| /// |
|
| Search : Indonesia News | Page 1 |
|
Indonesia terima bantuan asing tangani kebakaran hutan - Mygazette - 16/10 7:17 am # Indonesia terima bantuan asing tangani kebakaran hutan JAKARTA - Indonesia meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran bagi membantu menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas, dengan perbincangan teknikal sedang dijalankan untuk menentukan pengaturannya |
|
IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 - Mygazette - 16/10 7:17 am Dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Serantau bagi Asia dan Pasifik edisi Oktober 2026, bertemakan Resilient Amid Uncertainty: Can It Be Sustained? (Berdaya Tahan dalam Ketidaktentuan: Mampukah Ia Dikekalkan?), IMF menyatakan eksport berkaitan teknologi dan pelaburan kukuh dalam pusat data menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan di rantau ini. Malaysia dan Singapura meningkatkan eksport sebagai negara pemasang dan pembungkus produk teknologi, manakala pelaburan kukuh dalam pusat data di China, India, Jepun, Indonesia dan Malaysia turut menyumbang kepada pertumbuhan, menurut laporan itu hari ini |
|
Isu jerebu: Malaysia utamakan diplomasi, mekanisme ASEAN Mohamad Hasan - Astroawani - 15/10 11:30 pm Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan mekanisme ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan dengan Indonesia secara berperingkatdengan mengutamakan kepentingan serta kesihatan rakyat tanpa menjejaskan hubungan dua hala. |
|
Malaysia guna saluran diplomatik, mekanisme ASEAN tangani jerebu: Mohamad Hasan - SUN - 15/10 11:16 pm Malaysia akan terus memanfaatkan saluran diplomatik dan mekanisme ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan bersama Indonesia. |
|
Dewan Rakyat syor Malaysia tubuh Petugas Khas ASEAN tangani jerebu, tuntut ganti rugi - Astroawani - 15/10 11:00 pm Malaysia disyorkan bekerjasama dengan Singapura, Filipina dan Indonesia bagi menubuhkan Petugas Khas Kebakaran Hutan dan Lahan (Karhutla) ASEAN secara tetap bagi menangani krisis jerebu rentas sempadan dengan lebih berkesan. |
|
Jerebu: Malaysia perlu tuntut ganti rugi jika Indonesia enggan bekerjasama - Guan Eng - Sinarharian - 15/10 10:51 pm KUALA LUMPUR - Malaysia disyorkan bekerjasama dengan Singapura, Filipina dan Indonesia bagi menubuhkan Petugas Khas Kebakaran Hutan dan Lahan (Karhutla) ASEAN secara tetap bagi menangani krisis jerebu rentas sempadan dengan lebih berkesan.Lim Guan Eng (PH-Bagan) ketika mengemukakan cadangan itu berkata, petugas khas berkenaan perlu disokong pasukan penyelamat kekal sepanjang tahun, yang bersedia bertindak serta-merta sebaik sahaja berlaku kebakaran hutan."Sementara itu, sekiranya kerajaan Indonesia masih enggan menerima Petugas Khas Karhutla ASEAN atas sebab kedaulatan negara, maka kerajaan Malaysia tidak ada jalan lain kecuali bertindak dengan memulakan tuntutan ganti rugi secara perundangan."Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam sahaja tanpa sebarang tindakan menghadapi krisis jerebu ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau berkata, krisis jerebu berpunca daripada kebakaran hutan dan lahan (tanah) yang semakin serius tahun ini, dengan kawasan terjejas di Indonesia didakwanya mencecah 300,000 hektar, iaitu 70 peratus lebih besar berbanding 2023.Guan Engturut mendesak kerajaan menyediakan bantuan kewangan khusus kepada rakyat terjejas akibat jerebu, khususnya pekerja sektor gig dan pemandu e-hailing yang terpaksa menghentikan pekerjaan berikutan kualiti udara tidak sihat.Sementara itu, Datuk Ali Biju (PN-Saratok) turut menggesa kerajaan meneroka mekanisme perundangan antarabangsa bagi menuntut pampasan dan ganti rugi daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jerebu rentas sempadan, termasuk syarikat perladangan komersial yang terlibat dalam aktiviti pembakaran terbuka.Beliau berkata, fenomena jerebu yang berulang hampir setiap tahun bukan sahaja menjejaskan kesihatan jutaan penduduk di rantau ASEAN, malah memberi kesan kepada sektor pelancongan, perniagaan, pengangkutan serta penganjuran acara sukan antarabangsa.Ali turut menyuarakan kebimbangan terhadap risiko jerebu yang boleh menjejaskan penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak pada September tahun depan, memandangkan fenomena itu lazimnya berlaku pada bulan tersebut."Bencana jerebu ini adalah bencana buatan manusia, dapat dirancang, dapat diramalkan, disengajakan dan tetap berlaku tiap-tiap tahun," katanya.Sehubungan dengan itu, beliau menggesa kerajaan mengemukakan aduan rasmi kepada Indonesia, memperkukuh perundangan berkaitan pencemaran jerebu rentas sempadan serta mempertimbangkan penubuhan tabung bencana jerebu bagi membantu pihak terjejas, selain tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka sehingga mencetuskan pencemaran udara.Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.- Bernama |
|
Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia - Sinarharian - 15/10 6:56 pm SEREMBAN - Malaysia tidak berhasrat menghantar nota diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk ketika ini.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk mengambil tindakan sedemikian, malah ia boleh memberi kesan kepada hubungan baik kedua-dua negara."Kita belum sampai ke tahap itu |
|
Jerebu: Kerajaan lakukan sebaik mungkin berunding dengan Indonesia - PM - Sinarharian - 15/10 6:36 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesiadalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita dah buat sedaya mungkin," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini.Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia bersikap "terlalu lembut"dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.Dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan.- Bernama |
|
Weve done our best on the haze, says Anwar - FMT - 15/10 6:02 pm The prime minister was responding to former health minister Khairy Jamaluddin, who said Malaysia was being 'too soft' in dealing with Indonesia over the issue. |
|
Malaysia sudah sedaya mungkin atasi masalah jerebu, kata Anwar - FMT - 15/10 5:44 pm Perdana Menteri ulas kenyataan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang mendakwa Malaysia mengambil sikap terlalu lembut dalam menangani isu jerebu dengan Indonesia. |
|
Bukan sekadar gambar, KPW26 angkat seni fotografi bercerita - Astroawani - 15/10 3:20 pm Kongsi Photo Week 2026 menghimpunkan 29 pengkarya Malaysia dan Indonesia, mengangkat fotografi melangkaui bingkai gambar melalui seni visual, filem pendek dan penerbitan buku foto. |
|
Ingat boleh sembuh demam, nenek suap telur mentah pada bayi 24 hari berakhir tragedi! - Mydateline - 15/10 3:00 pm Seorang bayi perempuan berusia 24 hari di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, meninggal dunia selepas keadaannya dilaporkan kritikal, dipercayai selepas diberi telur mentah oleh neneknya untuk .. |
|
Lim Guan Eng urges Malaysia to sue Indonesia over haze if Jakarta rejects Asean firefighting task force - Malaymail - 15/10 2:53 pm KUALA LUMPUR, Oct 15 Bagan MP Lim Guan Eng has urged Malaysia to consider legal action against Indonesia to seek... |
|
Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia - FMT - 15/10 2:03 pm Ahli Parlimen Bagan berkata krisis jerebu rentas sempadan kini menjejaskan kesihatan awam. |
|
Majikan paksa alasan warga asing tiada lesen pandu lori tanah lebih muatan - Sinarharian - 15/10 1:52 pm SHAH ALAM - Bukan sahaja tiada lesen memandu, seorang pemandu lori warga Indonesia turut memberi alasan membawa muatan melebihi had kerana ditekan majikan dan mahu mengejar trip pada Rabu.Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) di Persiaran Mokhtar Dahari di sini.Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pemeriksaan mendapati lori tipper dipandu lelaki itu membawa muatan tanah merah melebihi 80 peratus had muatan sepatutnya."Siasatan awal mendapati lori tersebut dalam perjalanan ke Kapar, Klang."Pemandu tersebut mendakwa tindakannya membawa muatan berlebihan dibuat atas sebab arahan dan tekanan majikan demi mengaut keuntungan tinggi."Selain itu, pemandu itu mengejar trip dengan memaksimumkan jumlah perjalanan serta menjimatkan kos operasi syarikat memandangkan muatan berlebihan dalam satu perjalanan membolehkan hasil keuntungan diperoleh menyamai dua kali perjalanan biasa," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Tambahnya, pemandu tersebut juga mendakwa upah dibayar mengikut jumlah perjalanan yang diselesaikan, bukannya gaji tetap.Beliau berkata, semakan mendapati pemandu terbabit tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta Lesen Vokasional (GDL).Tegasnya, tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan lori terbabit telah disita."JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan."Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya. |
|
Former UKM director claims trial to RM3.12m abuse-of-power charges - Sinardaily - 15/10 1:51 pm SHAH ALAM A former director of an education centre at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pleaded not guilty at the Sessions Court here today to two charges of abusing his position to secure employment contracts worth RM3.12 million in 2022.Datuk Prof Muhammad Hussin, 64, a retiree, entered the plea after the charges were read out before Judge Datuk Mohd Nasir Nordin.According to the charges, Muhammad, a member of Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB), allegedly abused his position to secure two contracts worth RM1.2 million and RM1.92 million respectively to manage the Master of Education programme through UKMs Faculty of Education.He was accused of influencing KSBB board members at two separate meetings to approve the appointment of QTech Management Malaysia Sdn Bhd, a company in which he purportedly had an interest, as the programme operator.The alleged offences took place on Feb 26 and June 25, 2022, at Kolej Keris Mas, UKM, and Hotel Tenera in Bangi, respectively.Muhammad was charged under Section 23(1) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009 (Act 694), which carries a maximum prison term of 20 years and a fine of at least five times the value of the gratification involved, if it can be valued or is monetary in nature, or RM10,000, whichever is higher.MACC deputy public prosecutor Muaz Ahmad Khairuddin proposed bail of RM300,000, with additional conditions requiring the accused to report to the MACC office, surrender his passport to the court and refrain from interfering with prosecution witnesses.Defence counsel Muhammad Wafi Anwar Roslan sought a lower bail of RM50,000, citing his clients financial circumstances, including his responsibility for two wives and nine children, and his reliance on a monthly pension as his sole source of income."The accused also suffers from synovial sarcoma and heart disease, both of which require regular treatment. I also urge the court not to impose the passport surrender condition, as his second wife and child are in Indonesia, he said.The court set bail at RM80,000 and ordered the accused to surrender his passport and refrain from interfering with prosecution witnesses.The case was fixed for mention on Nov 12 |
|
Bekas pengarah pusat pendidikan didakwa salah guna kedudukan dapatkan kontrak RM3.12 juta - Sinarharian - 15/10 1:38 pm "Tertuduh juga menghidap kanser synovial sarcoma serta sakit jantung yang memerlukan rawatan berkala. Berkenaan syarat penyerahan pasport saya mohon supaya ia tidak dikenakan kerana isteri kedua dan anak berada di Indonesia," katanya |
|
Haze could cost Malaysia RM50 million in losses daily - Sinardaily - 15/10 10:04 am PETALING JAYA - Malaysia risks incurring losses of between RM20 million and RM50 million a day if the haze persists, due to rising healthcare costs, disruptions to economic activities and declining worker productivity.The estimated losses, which could reach RM600 million to RM1.5 billion a month, were cited by Sunway University economics professor Yeah Kim Leng, according to a report by English daily newspaper The Star.He said tourism and aviation were among the sectors worst affected, as air pollution could reduce tourist arrivals by up to eight per cent, while also disrupting agriculture, transportation and construction.Yeah also referred to the 2013 haze episode, which was estimated to have caused RM1.57 billion in losses, including healthcare costs and lost income.Malaysia University of Science and Technology economics expert Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai said the estimated daily losses were reasonable as an initial indicator, but did not represent a verified actual figure."If the haze persists for a month and daily losses are indeed between RM20 million and RM50 million, the indicative total losses could reach RM600 million to RM1.5 billion," he told Sinar.He said the actual amount would depend on the duration of the haze, pollution levels, affected areas and businesses' ability to adapt their operations.He added that a more accurate assessment would require data on healthcare, the workforce, tourism, transportation and agriculture to prevent the same losses from being counted more than once."Malaysia previously suffered losses of RM801.9 million during the August to October 1997 haze episode, including lost productivity during the state of emergency in Sarawak and a decline in tourist arrivals."If the RM802 million figure recorded in 1997 is adjusted using Malaysia's Consumer Price Index, it would be equivalent to approximately RM1.47 billion, based on a comparison of the annual indices for 1997 and 2025," he said.Barjoyai stressed that the country could not simply rely on changes in wind patterns, but needed to strengthen early detection, fire prevention and enforcement cooperation with Indonesia and Asean."Experience from the 1997 haze and subsequent episodes shows that Malaysia should not rely solely on emergency measures once air quality has reached hazardous levels," he said.Meanwhile, Universiti Sains Islam Malaysia public health medicine expert Associate Professor Dr Mohd Hafiz Jaafar said his study in Selangor found that increased hospital and clinic visits during the haze season resulted in additional costs of approximately RM14.6 million between 2012 and 2015.He said the estimated national cost of haze-related illnesses rose from RM21 million in 1997 to RM410 million in 2013."Haze also affects the heart and blood vessels, costs that have yet to be fully accounted for," he said.He explained that losses also increased when sick leave, lost income, student absenteeism and reduced productivity among employees who reported for work but were unable to perform their duties effectively were taken into account.The impact is felt not only by large industries but also by families forced to bear treatment costs and lost income.The haze threat remains as West Kalimantan, Indonesia, continues to be shrouded in smoke, with 419 hotspots detected over the 24-hour period up to Wednesday, according to Indonesian media reports citing the Meteorology, Climatology and Geophysics Agency (BMKG). |
|
Superhaze fears overblown, haze expected to ease by November - Sinardaily - 15/10 9:15 am SHAH ALAM Malaysians should remain calm over concerns about a possible superhaze affecting the country, as the transition to the northeast monsoon is expected to help shift smoke away from the peninsula.Universiti Malaya meteorologist Professor Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah said the country was approaching the end of the transition period between the weakening southwest monsoon and the onset of the northeast monsoon, which is expected in early November.Azizan said prevailing winds during the transition period had contributed to haze affecting parts of the country, particularly the southern peninsula.Once the northeast monsoon sets in, or the wind changes from southerly or southwesterly, the smoke plume from Kalimantan and southern Sumatra would be blown away from the peninsula and Sarawak.So, a bit of patience. The haze issue will be gone by November, he said.He said his following concerns about a possible worsening of the haze circulate on social media platform Threads, with some users warning that smoke from several parts of Indonesia could combine and affect Malaysia.Social media user, @basiaq.07, claimed that smoke from Kalimantan and Sumatra was combining and moving towards the peninsula, while also raising concerns about reports of haze affecting Singapore and Thailand.Meanwhile, @kaklongdisini shared that she was experiencing fever, coughing and a runny nose.Another user, @aidesyafiq, said they had started experiencing nasal discomfort, while @farihanuzu reported an unusual smell in the air and an itchy throat.Yesterday, the air already smelled unusual |
|
Jerebu boleh rugikan Malaysia RM50 juta sehari - Sinarharian - 15/10 9:00 am PETALING JAYA - Malaysia berisiko menanggung kerugian antara RM20 juta hingga RM50 juta sehari sekiranya jerebu berpanjangan akibat peningkatan kos kesihatan, gangguan aktiviti ekonomi dan kemerosotan produktiviti pekerja.Anggaran yang boleh mencecah RM600 juta hingga RM1.5 bilion sebulan itu dikemukakan Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, menurut laporan The Star.Beliau berkata, pelancongan dan penerbangan antara sektor paling terjejas apabila pencemaran udara boleh mengurangkan ketibaan pelancong sehingga lapan peratus, selain mengganggu pertanian, pengangkutan dan pembinaan.Kim Leng turut merujuk episod jerebu 2013 yang dianggarkan menyebabkan kerugian RM1.57 bilion, termasuk kos penjagaan kesihatan dan kehilangan pendapatan.Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, anggaran kerugian harian itu munasabah sebagai petunjuk awal, tetapi bukan jumlah sebenar yang telah disahkan."Sekiranya jerebu berlarutan selama sebulan dan kerugian harian benar-benar berada dalam julat RM20 juta hingga RM50 juta, jumlah kerugian indicator boleh mencecah RM600 juta hingga RM1.5 bilion," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, jumlah sebenar bergantung pada tempoh jerebu, tahap pencemaran, kawasan terjejas dan keupayaan perniagaan menyesuaikan operasi.Katanya, penilaian lebih tepat memerlukan data kesihatan, tenaga kerja, pelancongan, pengangkutan dan pertanian supaya kerugian sama tidak dihitung berulang kali."Malaysia pernah mengalami kerugian RM801.9 juta sepanjang episod jerebu Ogos hingga Oktober 1997, termasuk kehilangan produktiviti ketika darurat di Sarawak dan kemerosotan ketibaan pelancong."Jika angka RM802 juta pada 1997 diselaraskan menggunakan Indeks Harga Pengguna Malaysia, nilainya bersamaan kira-kira RM1.47 bilion berdasarkan perbandingan indeks tahunan 1997 dengan 2025," katanya.Barjoyai menegaskan, negara tidak boleh hanya berharap kepada perubahan angin, sebaliknya perlu memperkukuh pengesanan awal, pencegahan kebakaran dan kerjasama penguatkuasaan dengan Indonesia serta ASEAN."Pengalaman jerebu 1997 dan episod selepasnya menunjukkan bahawa Malaysia tidak seharusnya bergantung semata-mata pada langkah kecemasan apabila kualiti udara sudah mencapai tahap berbahaya," ujarnya.Kos tersembunyiSementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hafiz Jaafar berkata, kajiannya di Selangor mendapati peningkatan kunjungan ke hospital dan klinik ketika musim jerebu menyebabkan kos tambahan kira-kira RM14.6 juta bagi tempoh 2012 hingga 2015.Menurutnya, kos penyakit akibat jerebu di peringkat nasional dianggarkan meningkat daripada RM21 juta pada 1997 kepada RM410 juta pada 2013."Jerebu turut menjejaskan jantung dan saluran darah yang belum dikira sepenuhnya," katanya.Beliau menjelaskan, kerugian turut meningkat apabila cuti sakit, kehilangan pendapatan, ketidakhadiran murid ke sekolah serta pekerja yang hadir tetapi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik diambil kira.Kesan tersebut bukan sahaja dirasai industri besar, malah turut membebankan keluarga yang terpaksa menanggung kos rawatan dan kehilangan pendapatan.Ancaman jerebu belum berakhir apabila Kalimantan Barat, Indonesia masih diselubungi kabut asap, dengan 419 titik panas dikesan dalam tempoh 24 jam hingga Rabu, menurut laporan media Indonesia yang memetik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG). |
|
Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia - FMT - 14/10 9:46 pm Bekas menteri kesihatan berkata Malaysia 'terlalu lembut' tangani isu jerebu rentas sempadan. |
|
KJ wants govt to take firmer stance with Indonesia over haze - FMT - 14/10 9:28 pm The former health minister says Malaysia has been too soft in dealing with the transboundary haze issue. |
|
Indonesias haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools - FMT - 14/10 6:14 pm Singapore has rolled out subsidies for haze-related medical treatment, a measure last activated in 2015 when similar fires in Indonesia shrouded Southeast Asia in toxic smoke for weeks. |
|
Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan - Mygazette - 14/10 3:58 pm # Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan |
|
Jerebu: Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan – Hasan - SUN - 14/10 3:40 pm Malaysia dan Indonesia memulakan perbincangan untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera susulan jerebu rentas sempadan yang semakin memburuk |
|
Jerebu: Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan - Mohamad Hasan - Astroawani - 14/10 3:20 pm Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan. |
|
Penduduk empat kampung berdepan ancaman harimau - Sinarharian - 14/10 3:14 pm KUALA KRAI Lebih 500 penduduk di Kampung Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di sini diselubungi kebimbangan susulan kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu.Lebih merisaukan, perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangkap karnivor itu sebaliknya dimasuki seekor beruang pada Rabu.Penghulu Mukim Sungai Mengkuang, Zulkifli Sulaiman berkata, kehadiran pak belang itu dikesan berkeliaran di kawasan kebun sawit sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.Menurut beliau, kehadiran haiwan liar itu mula diketahui selepas seorang pekerja kebun warga Indonesia terserempak dengan pak belang tersebut sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berwajib."Perhilitan kemudian datang ke kawasan kebun untuk bertemu penduduk dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu."Kami di sini semakin bimbang apabila seekor lembu milik seorang penduduk dikenali sebagai Awang Tu dilaporkan menjadi mangsa serangan haiwan liar di kawasan berkenaan pada petang Selasa," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ujar beliau, kejadian itu menyebabkan penduduk semakin bimbang untuk keluar bekerja, terutama mereka yang bergantung kepada aktiviti menoreh getah dan mengusahakan kebun bagi menyara kehidupan.Menurutnya, penduduk berharap tindakan lanjut pihak berkuasa dapat menangani ancaman berkenaan supaya mereka dapat kembali menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat."Kehadiran harimau ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, malah mengganggu rutin harian mereka yang perlu keluar ke kebun untuk mencari rezeki," katanya. |
|
Jerebu: Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan - Mohamad Hasan - Sinarharian - 14/10 2:29 pm PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan itu melibatkan kementerian dan agensi berkaitan daripada kedua-dua negara, termasuk Kementerian Luar (KLN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta Majlis Keselamatan Negara (MKN)."Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Tan Sri Amran Mohamed Zin) telah pun berbincang dengan MKN dan NADMA, serta pihak Indonesia untuk kita menangani secara bersama-sama isu kebakaran ini |
|
Haze: Malaysia, Indonesia discuss joint action on forest fires - Sinardaily - 14/10 2:16 pm PUTRAJAYA - Malaysia and Indonesia have begun discussions to explore ways of working together to tackle forest fires in Kalimantan and Sumatra that have caused transboundary haze.Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan said the discussions involved relevant agencies and ministries from both countries, including the National Disaster Management Agency (NADMA), the Foreign Ministry and the National Security Council (MKN)."Our secretary-general (Tan Sri Amran Mohamed Zin) has held discussions with MKN, NADMA and the Indonesian side on how we can jointly address these fires |
|
Hit them where it hurts most: Syed Saddiq proposes bank pressure over haze - Sinardaily - 14/10 1:39 pm SHAH ALAM Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has proposed coordinated diplomatic pressure and restrictions on bank financing for companies linked to slash-and-burn practices to address the recurring haze crisis linked to Indonesia.Speaking in Parliament on Tuesday, he said Malaysia should work with other Asean countries to pressure parties responsible for the problem.We hit them where it hurts them the most, then there will be action, he said when asked how he would address the haze crisis if he were prime minister.Syed Saddiq proposed that Malaysia work with other Asean members to isolate parties that failed to take action.We need to isolate them diplomatically, not just through Malaysia, but through Asean as a whole |
|
Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia – PDRM - Mygazette - 14/10 7:55 am # Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia - PDRM KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan serta penularan di media sosial, kononnya seorang pelajar universiti rakyat Malaysia ditahan kerana menyeludup dadah jenis syabu seberat lebih empat kilogram (kg) di Tanjung Balai, Indonesia pada 10 Okt |
|
Ler Qi pamer kualiti di Iskandar Puteri - Sinarharian - 13/10 10:28 pm ISKANDAR PUTERI - Eng Ler Qi muncul antara pemain yang wajar diberikan perhatian pada hari pembukaan Kejohanan Badminton Allianz Malaysia Super 100 2026 selepas mempamerkan semangat juang dan ketahanan mental dalam acara perseorangan wanita di Arena Tertutup Kompleks Sukan EduCity, di sini pada Selasa.Ler Qi menewaskan wakil Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta, menerusi pertarungan sengit tiga set 22-20, 19-21, 21-11.Mengulas perlawanan itu, Ler Qi mengakui sedikit gementar pada awal permainan selain mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang yang berangin.Keadaan itu katanya menyukarkannya mencari rentak permainan pada peringkat awal perlawanan."Pada mulanya, saya berasa gementar dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang kerana faktor anginSaya gagal mendapatkan momentum, tetapi tidak berputus asa dan terus mencuba," katanya.Ler Qi berkata, dia mengingatkan dirinya supaya tidak terburu-buru melakukan pukulan atau terlalu bimbang melakukan kesilapan.Pendekatan itu katanya, membantunya membina semula keyakinan sebelum menguasai permainan secara berperingkat."Saya hanya mengingatkan diri supaya tidak terburu-buru, tidak gementar kerana takut melakukan kesilapan dan bermain mengikut corak permainan sendiri," katanya.Menurutnya, lawan turut cuba memperlahankan tempo permainan bagi memaksanya mengikut rentak yang ditetapkan.Bagaimanapun, Ler Qi kekal fokus untuk mengekalkan kepantasan pukulan dan tidak terikut-ikut dengan corak permainan lawan."Saya terus mengingatkan diri supaya tidak memperlahankan tempo pukulan."Walaupun lawan masih mampu mengembalikan pukulan itu, saya perlu terus mencuba dan tidak mengikut rentaknya," katanya.Ler Qi juga menyifatkan kejohanan itu sebagai peluang berharga untuk mengukur kemampuan apabila berdepan pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi.Walaupun pernah beraksi dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 100 dua tahun lalu, dia mengakui prestasinya ketika itu tidak mencapai tahap yang diharapkan."Saya fikir kejohanan ini peluang yang sangat baik untuk mengukur tahap permainan kerana ramai pemain di sini mempunyai ranking lebih tinggi daripada saya'Saya hanya mahu mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan perkara lain dan memberikan tumpuan kepada permainan," katanya.Selain Ler Qi, beberapa wakil negara turut mencatat keputusan positif dalam pusingan kelayakan.Dalam acara perseorangan wanita, Shahidi Shaneesa menewaskan wakil Venezuela, Juliana Zefanya Gabriela, 21-10, 21-11.Sementara itu, Lim Zhi Shin bangkit selepas tewas set kedua untuk menundukkan pemain Thailand, Nattanan Kulamat, 21-14, 8-21, 21-17.Beregu wanita negara, Dania Sofea dan Tan Zhing Hui, pula menewaskan rakan senegara, Lee Xin Jie dan Low Yeen Yuan, 21-13, 21-9.Sementara itu, Tan Zhi Yang-Teoh Mei Xing mencatat kemenangan meyakinkan dalam acara beregu campuran apabila menewaskan Beh Chun Meng dan Karen Yun Qiao Feng, 21-9, 21-11.Dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Beh Chun Meng- Choi Jian Sheng turut mara selepas menewaskan Eason Lee dan Xu Wong, 21-10, 21-14.manakala lagi gandingan Malaysia, Juan Jeremy Zhen Liang dan Lim Tze Jian, mempamerkan aksi cemerlang untuk menundukkan pasangan Trkiye, Bugra Aktas dan Emre Sonmez, 21-16, 21-8.Dalam acara perseorangan lelaki, Razeeq Danial turut melakar kemenangan selepas mengatasi wakil Indonesia, Henrikho Wibowo Kho, 23-21, 21-17.Sementara itu, gandingan beregu campuran Juan Jeremy Zhen Liang dan Low Yeen Yuan bangkit selepas tewas tipis 20-22 pada set pertama untuk menewaskan pasangan India, Samarveer Samarveer dan Vaishnavi Khadekar, dengan keputusan seterusnya 21-13, 21-14. |
|
Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa tangani penderitaan rakyat Palestin - Sinarharian - 13/10 10:21 pm BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menangani kezaliman terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza walaupun dunia sering melaungkan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.Beliau berkata, layanan berbeza dalam isu Palestin menimbulkan persoalan mengenai komitmen masyarakat antarabangsa terhadap prinsip kemanusiaan, keadilan dan hak asasi manusia.Menurutnya, prinsip demokrasi dan hak asasi manusia sepatutnya terpakai kepada semua manusia tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama."Anda bercakap mengenai demokrasi, demokrasi siapa? Anda bercakap mengenai hak asasi manusia, manusia yang mana? Apabila manusia dilayan seperti haiwan dan hamba," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Congress 2026 di sini pada Selasa.Anwar berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang pernah dijajah mengajar rakyatnya supaya menentang segala bentuk penjajahan, imperialisme, ketidakadilan dan penindasan.Bagaimanapun, katanya, dunia hari ini menyaksikan kekejaman berlaku di depan mata, sedangkan usaha masyarakat antarabangsa untuk memperjuangkan nasib golongan tertindas masih terbatas.Beliau berkata, penderitaan rakyat Palestin bukan isu yang baru berlaku sejak dua atau tiga tahun lalu, sebaliknya mencerminkan kezaliman yang berlarutan selama puluhan tahun."Apabila membabitkan Palestin, mengapa terdapat perbezaan dari segi aturan, penghakiman dan perbincangan?" soalnya.Anwar berkata, persoalan sama ada penderitaan rakyat Palestin berpunca daripada latar belakang mereka sebagai orang Arab, Palestin atau Islam tidak sepatutnya menjadi pertimbangan dalam memperjuangkan hak mereka.Sebaliknya, beliau menegaskan, rakyat Palestin ialah manusia yang tidak sepatutnya terus dijajah atau menjadi mangsa penindasan dan kekejaman.Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha rakan-rakan yang terbabit dalam Sumud Nusantara, sambil mengakui bahawa perjuangan berkenaan berdepan pelbagai cabaran.Bagaimanapun, katanya, kesukaran itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengabaikan penderitaan rakyat Palestin, terutama kanak-kanak yang terpaksa menanggung kesengsaraan akibat konflik berpanjangan.Anwar berkata, peningkatan kesedaran di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin memberi harapan bahawa perjuangan menuntut keadilan untuk Palestin akan terus mendapat sokongan.Beliau berharap usaha berterusan masyarakat antarabangsa akan membawa kepada kemenangan keadilan serta pembebasan Palestin.Dalam pada itu, Anwar berkata, penyertaan rakan dari luar negara dalam program berkenaan amat bermakna kerana mereka adalah sebahagian daripada gerakan antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan."Suara dari negara seperti Sepanyol, Brazil, Indonesia dan Filipina menunjukkan bahawa perjuangan itu turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa," katanya..Beliau turut menggesa semua pihak supaya terus berusaha memberikan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin, walaupun dalam skala kecil.Menurutnya, tidak wajar bagi masyarakat antarabangsa mengambil sikap tidak melakukan apa-apa hanya kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sedangkan rakyat Palestin terus menanggung penderitaan.Anwar turut berharap ALLAH SWT merestui segala usaha dan doa bagi menjamin kebebasan Masjid Al-Aqsa serta kemerdekaan Palestin. |
|
Lelaki ditahan bawa 4kg dadah di Indonesia bukan warga Malaysia - PDRM - Sinarharian - 13/10 9:51 pm SHAH ALAM Lelaki yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai membawa empat kilogram (kg) syabu dari Malaysia bukan rakyat Malaysia berstatus pelajar universiti seperti yang tular di media sosial.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki warga Indonesia itu pulang ke negara asal dari Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum ditahan di Terminal Feri Teluk Nibung Tanjung Balai Indonesia pada Sabtu."Polis Resor (Polres) Tanjung Balai, Sumatera Utara selepas pemeriksaan terhadap beg pakaiannya menemukan lapan bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat keseluruhan empat kilogram."Siasatan lanjut mendapati dadah itu diserahkan oleh seorang lagi lelaki warga Indonesia di kawasan Lembah Klang untuk dibawa ke Indonesia melalui Terminal Feri Tanjung Balai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut Hussein, penularan maklumat di media sosial tempatan yang mendakwa seorang rakyat Malaysia berstatus pelajar universiti ditahan kerana membawa dadah berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat."Dakwaan berkenaan tidak benar dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan pihak berkuasa," katanya.Katanya, JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat risikan untuk mengenal pasti sumber bekalan serta membanteras rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222," ujarnya. |
|
Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia - PDRM - Astroawani - 13/10 9:30 pm Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan serta penularan di media sosial, kononnya seorang pelajar universiti rakyat Malaysia ditahan kerana menyeludup dadah jenis syabu seberat lebih empat kilogram (kg) di Tanjung Balai, Indonesia pada 10 Okt. |
|
Jerebu dijangka beransur berkurangan dalam dua minggu lagi - NRES - Sinarharian - 13/10 8:41 pm Mungkin akan berulang lagi."Jadi, usaha pencegahan kebakaran ini mesti berlaku di punca. Penguatkuasaan undang-undang mesti domestik serta kerjasama serantau mesti diperkukuhkan untuk kita akhirnya dapat mengurangkan risiko kejadian yang sama berulang pada masa hadapan," katanya ketika menjawab isu jerebu rentas sempadan dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab isu itu selepas ucap runding oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang menyifatkan jerebu sebagai krisis nasional kerana menjejaskan kesihatan awam, keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat, selain dibangkitkan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) dan Young Syefura Othman (PH-Bentong).Kelvin berkata, jerebu bukan lagi sekadar gangguan bermusim, sebaliknya kecemasan tahunan yang memerlukan tindakan lebih tegas, termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan serta perkongsian data titik panas dan konsesi secara lebih telus.Young Syefura pula meminta penjelasan mengenai tindakan diplomatik yang diambil kerajaan terhadap Indonesia, termasuk maklum balas yang diterima dan keberkesanan langkah berkenaan, selain menggesa penguatkuasaan domestik serta perlindungan kepada golongan berisiko diperkukuh.Menjawab perkara itu, Syed Ibrahim berkata, episod jerebu berpunca daripada peningkatan kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah Indonesia, termasuk Kalimantan dan Sumatera, yang turut menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia, khususnya Sarawak.Sebagai langkah mitigasi, kerajaan turut melaksanakan 11 siri operasi pembenihan awan dari 30 Ogos hingga 15 Oktober dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara."Cabaran utama dalam pelaksanaan undang-undang yang ada elemen merentas sempadan ini ialah keupayaan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi untuk menentukan punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab," katanya.Syed Ibrahim berkata, setakat ini kementerian belum menerima maklumat rasmi daripada Kementerian Luar atau Kementerian Perladangan dan Komoditi mengenai penglibatan syarikat Malaysia dalam kejadian pembakaran terbuka di Indonesia |
|
Cross-border haze expected to ease over next two weeks - Sinardaily - 13/10 8:04 pm It could happen again."Fire prevention efforts must therefore address the problem at its source. Domestic enforcement must be strengthened, while regional cooperation must be enhanced to reduce the risk of similar incidents recurring, he said during the Special Chamber session in the Dewan Rakyat today.Syed Ibrahim was responding to concerns raised by Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), who described the haze as a national crisis affecting public health, safety, the economy and public well-being.The issue was also raised by Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) and Young Syefura Othman (PH-Bentong).Yii said the haze was no longer merely a seasonal nuisance but an annual emergency requiring stronger action, including the proposed introduction of a Cross-Border Haze Pollution Act and greater transparency in sharing hotspot data and information on plantation concessions.Young Syefura, meanwhile, sought clarification on the governments diplomatic engagements with Indonesia, including the responses received and the effectiveness of the measures taken.She also called for stronger domestic enforcement and better protection for vulnerable groups.In his response, Syed Ibrahim said the latest haze episode was caused by an increase in forest and land fires in several parts of Indonesia, including Kalimantan and Sumatra, which had affected air quality in Malaysia, particularly in Sarawak.He said the Department of Environment (DOE) received 2,104 complaints concerning open burning and carried out 3,039 enforcement actions between Aug 3 and Oct 9.These comprised 2,104 monitoring actions, 168 field orders, 32 notices, 13 compounds and two court actions.As part of the mitigation efforts, the government also conducted 11 cloud seeding operations between Aug 30 and Oct 15 in collaboration with the Malaysian Meteorological Department, the National Disaster Management Agency and the Malaysian Army."The main challenge in enforcing laws with cross-border elements is obtaining sufficient evidence to establish the source of pollution and identify the parties responsible, he said.Syed Ibrahim added that the ministry had yet to receive any official information from the Foreign Affairs Ministry or Plantation and Commodities Ministry regarding the alleged involvement of Malaysian companies in open-burning incidents in Indonesia |
|
Immigration detains 630 foreign nationals under Ops Mega in Kulim - Sinardaily - 13/10 5:20 pm ALOR SETAR - The Immigration Department (JIM) detained 630 foreign nationals during its Ops Mega large-scale raid at a battery manufacturing plant construction site in Padang Meha, near Kulim, yesterday.Kedah Immigration Department director Mohd Ridzzuan Mohd Zain said the operation, which began at 11 am, involved 159 department personnel from Putrajaya, Kedah, Kuala Lumpur, Perlis, Perak, Negeri Sembilan and the departments Special Tactical Team (PASTAK)."This was the second raid at the location, following intelligence gathered and comprehensive monitoring of the nearly 500,000-square-metre construction site by the Immigration Department."A total of 697 individuals, including Malaysians, were inspected. Those detained were contract workers believed to have been employed by subcontractors, he told a media conference here today.He said those detained comprised 622 men and eight women aged between 18 and 50, making it the largest number of foreign nationals arrested at a single location in Kedah in the past 10 years.He said Chinese nationals made up the largest group of detainees, with 396 arrested, followed by nationals from Bangladesh (199), Pakistan (10), Myanmar (seven), India (five), Ghana (four), Nigeria (three), Kenya (two), Indonesia (two) and one each from New Zealand and Senegal."This operation was somewhat different as we also detained foreign nationals from Ghana, Nigeria, Kenya and Senegal, who are rarely found working at construction sites, he said.Mohd Ridzzuan said all those detained had allegedly committed offences under Section 6(1)(c) and Section 15(1)(c) of the Immigration Act 1959/63, as well as Regulation 39(b) Immigration Regulations 1963."During the operation, some foreign nationals even hid in high-risk areas, including climbing onto the roofs of unfinished buildings, he said, adding that it also issued six notices to witnesss to assist in the investigation.He said the department would continue to intensify enforcement operations and urged employers, main contractors and subcontractors to ensure all foreign workers they employed possessed valid travel documents and passes or permits |
|
4 rakan didakwa subahat, bunuh penjual durian - FMT - 13/10 3:27 pm Asrul Siwi, Amirul Maamur Rosli, Amri Rizani Darus, dan warga Indonesia Rijal Haryono didakwa membunuh Mulialisman Nordi di Hulu Langat antara 24 dan 25 Sept lepas. |
|
4 sahabat didakwa bunuh penjual durian di Semenyih - Mygazette - 13/10 3:17 pm # 4 sahabat didakwa bunuh penjual durian di Semenyih KUALA LUMPUR - Empat rakan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui ditanam di Semenyih, Selangor bulan lalu. Kesemua tertuduh iaitu Asrul Siwi, 32, Amirul Maamur Rosli, 27, Amri Rizani Darus, 36, dan seorang lelaki warga Indonesia Rijal Hayono, 47, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja |
|
Bunuh, tanam mayat: Empat lelaki didakwa membunuh, subahat - Sinarharian - 13/10 3:13 pm KUALA LUMPUR - Empat rakan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Selasa atas pertuduhan membunuh dan bersubahat dalam pembunuhan seorang penjual durian yang mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih, Selangor,bulan lepas.Asrul Siwi, 32; Amirul Maamur Rosli, 27; Amri Rizani Darus, 36, dan warga Indonesia Rijal Haryono, 47, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Asrul dan Amirul Maamur bersama tiga lagi individu yang masih bebas didakwa membunuh Mulialisman Nordi, 34, di Batu 28, Sungai Lalang, Mukim Ulu Semenyih di Hulu Langat, antara 24 dan 25 September lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan.Dua lagi tertuduh, Amri Rizani dan Rijal pula didakwa bersubahat membantu Asrul dan Amirul Maamur membunuh mangsa dengan cara melarikan si mati serta membantu mengasah cangkul di tempat dan masa yang sama.Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 akta sama yang membawa hukuman serupa, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan menetapkan 1 Disember depansebagai tarikh sebutan semula kes.Pada 29 September lepas, media melaporkan seorang penjual durian disyaki dibunuh selepas dilarikan sekumpulan individu menaiki sebuah kereta jenis Honda dari sebuah bengkel kereta di Ampang Waterfront, Ampang Jaya, sebelum mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih |
|
Kerjasama JIETF buru sindiket seludup migran - JIM - Sinarharian - 13/10 10:47 am SHAH ALAM - Satu kerjasama strategik dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama pelbagai negara dalam tindakan penguatkuasaan berkaitan sindiket penyeludupan migran menerusi Joint Immigration Enforcement Task Force (JIETF).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan terhadap mereka yang ditahan semasa operasi penguatkuasaan membawa kepada maklumat awal berkaitan penglibatan sindiket yang beroperasi atau menguruskan di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.Menurutnya, bagi memastikan sindiket dapat dilumpuhkan secara total, maka pihak JIM telah mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik antara negara."Antaranya JIM dan Imigrasi Indonesia menerusi Joint Immigration Enforcement Task Force (JIETF)."Kolaborasi ini merangkumi pertukaran maklumat perintipan (tactical intelligence) secara real-time untuk memotong rantaian jaringan transporter dan rumah transit sebelum tiba di sempadan negara," katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, melalui pendekatan berstruktur ini, JIM tidak lagi sekadar menahan PATI di hujung rantai (Malaysia), sebaliknya menumpukan usaha melumpuhkan keseluruhan ekosistem, rantaian kewangan, serta dalang utama (mastermind) sindiket berkenaan.Sinar Harian menerusi laporan eksklusif pada Isnin melaporkan transit antarabangsa melalui lapangan terbang utama negara menjadi modus operandi terkini sindiket penyeludupan migran.Helah sindiket penyeludupan dan pemerdangangan orang yang dikesan JIM kini semakin kompleks, bertingkat (multi-layered) dan sering mengubah modus operandi bagi menghilangkan jejak risikan oleh pihak berkuasa.Bahkan, sejak 2024, JIM memberkas seramai 105 ahli sindiket penyeludupan migran membabitkan pelbagai kumpulan antaranya 'Ali Rohingya', 'Pade Ajak' serta sindiket 'Iqbal'.Kata Zakaria, jumlah penahanan seramai 105 individu merujuk kepada jumlah keseluruhan tangkapan merangkumi ketua sindiket, ejen, transporter dan penjaga premis yang disyaki mempunyai kaitan langsung dengan sindiket-sindiket berkenaan."Hasil daripada operasi khas dan risikan berterusan JIM, sebahagian besar daripada ahli serta dalang utama bagi rangkaian tersebut telah berjaya diberkas."Kertas siasatan telah dibuka dan tindakan pendakwaan di mahkamah sedang giat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, manakala sebahagian kes masih di peringkat akhir siasatan," ujarnya.Tegasnya, JIM komited untuk meneruskan operasi bagi melumpuhkan sepenuhnya sisa rangkaian sindiket ini demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara. |
|
Indonesia Is Not Declaring Forest Fires As National Disaster For Now - Rakyatpost - 13/10 10:34 am The Indonesian government has not responded to Malaysia's offer to aid in the fire crisis. |
|
Mengaku lacur diri dengan upah RM20 dan berkhalwat, wanita Indonesia .. - Mygazette - 13/10 7:53 am # Mengaku lacur diri dengan upah RM20 dan berkhalwat, wanita Indonesia didenda RM5,000 MELAKA Seorang wanita Indonesia dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka hari ini selepas mengaku bersalah melacurkan diri dengan bayaran RM20 dan berkhalwat di sebuah rumah tumpangan di Bukit Cina di sini, semalam |
|
Indonesia tak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat .. - Mygazette - 13/10 7:53 am # Indonesia tak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini JAKARTA - Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanahyang berlarutan di negara itu sebagai bencana nasional buat masa ini, sambil menyatakan ia masih berupaya menangani krisis berkenaan |
|
Indonesia will not declare forest fires a national disaster for now - FMT - 12/10 10:40 pm The government said it remained capable of managing the crisis while recognising concerns over haze spreading to neighbouring countries, including Malaysia. |
|
Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh - Sinarharian - 12/10 6:53 pm SHAH ALAM - Ikatan Setiakawan Wartawan MalaysiaIndonesia (ISWAMI Malaysia) menggesa tindakan segera dan menyeluruh daripada pihak berkaitan bagi menangani ancaman jerebu rentas sempadan.Ia susulan kebakaran hutan dan tanah di beberapa kawasan di Indonesia yang menjejaskan kualiti udara di Malaysia.Pemangku Presidennya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, tindakan berkenaan termasuk memperkukuh pencegahan dan penguatkuasaan di Indonesia dengan mempergiat pemadaman kebakaran, mencegah pembakaran terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang."Jerebu bukan sekadar isu alam sekitar, malah melibatkan kesihatan awam, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab bersama negara serantau."Isu berulang ini memerlukan penyelesaian menyeluruh, bukan sekadar tindakan kecemasan ketika keadaan bertambah buruk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, ISWAMI Malaysia menggariskan lima keutamaan antaranya melindungi kesihatan rakyat melalui pemantauan kualiti udara, penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan yang tepat serta langkah perlindungan, khususnya bagi golongan berisiko.Menurutnya, orang ramai juga disaran merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan nasihat pihak berkuasa."Selain itu, meningkatkan kerjasama Malaysia-Indonesia melalui perkongsian data titik panas, pemantauan pergerakan asap, pertukaran maklumat, bantuan teknikal dan operasi pemadaman kebakaran apabila diperlukan."Kami juga menggesa agar komitmen ASEAN diperkukuh dalam pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan bagi merealisasikan rantau bebas jerebu."Dalam masa sama menggalakkan pelaporan media yang tepat, berimbang dan bertanggungjawab," katanyaMenurutnya, media perlu mengutamakan fakta, pandangan pakar dan suara masyarakat terjejas serta mengelakkan naratif yang menyalahkan keseluruhan rakyat sesebuah negara.ISWAMI Malaysia menegaskan bahawa hubungan erat Malaysia-Indonesia harus menjadi asas untuk membincangkan isu ini secara terbuka dan matang, tanpa mengetepikan kepentingan rakyat."Kedua-dua negara berhak menikmati udara bersih dan persekitaran selamat |
|
Peluang pekerjaan punca kehadiran warga asing di Janda Baik - Sinarharian - 12/10 5:45 pm BENTONG Peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan perniagaan dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kehadiran warga asing di Janda Baik, Pahang.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, situasi itu secara tidak langsung membuka ruang kepada kegiatan penggajian dan penempatan warga asing secara tidak sah di kawasan berkenaan."Sektor pelancongan yang melibatkan resort, chalet dan premis penginapan merupakan antara aktiviti ekonomi setempat yang berpotensi membuka ruang kepada penggajian warga asing secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Zakaria berkata, keadaan itu mendorong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen di kawasan terbabit."JIM Pahang telah melaksanakan operasi pada 24 April lalu melibatkan pemeriksaan di lapan lokasi."Hasil operasi tersebut, seramai 82 individu diperiksa dan 38 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen," katanya.Beliau berkata, usaha penguatkuasaan akan diteruskan menerusi pemantauan, risikan dan operasi yang dipertingkatkan berdasarkan maklumat serta aduan yang diterima."Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang imigresen," katanya.ARTIKEL BERKAITAN : Ops Taring Delta -Tujuh pekebun sayur warga Indonesia ditahanMenurut beliau, penguatkuasaan berasaskan risikan akan memberi tumpuan bukan sahaja kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), malah majikan, pemilik atau pengendali premis serta mana-mana pihak yang menggaji, melindungi atau membenarkan PATI tinggal di premis di bawah kawalan mereka."Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 55B dan Seksyen 55E mengikut peruntukan yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, JIM turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa berkaitan menerusi perkongsian maklumat serta penyelarasan tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing."JIM juga menghargai kerjasama penduduk setempat dan persatuan penduduk dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang disyaki melanggar undang-undang imigresen."Maklumat yang tepat dapat membantu JIM membuat pengesahan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa mendedahkan orang awam kepada sebarang risiko," katanya. |
|
Malaysia’s Haze Help Offer Is Still Hanging – Jakarta’s Own Official Says The Helicopters Can Fly, But Not Through This Haze - Rakyatpost - 12/10 2:53 pm Malaysia went as far as raising the offer with Indonesia's president |
|
Stop making excuses and apologise for haze, Johor Pakatan tells Indonesia - Malaymail - 12/10 2:31 pm KUALA LUMPUR, Oct 12 The Johor Pakatan Harapan (PH) has urged the Indonesian government to abandon its dismissiv... |
|
Jerebu: Dedahkan 57 syarikat 'dalang' kebakaran hutan Indonesia - SAM - Sinarharian - 12/10 12:22 am KUALA LUMPUR - Kerajaan Indonesia hendaklah bersikap telus dan terbuka dalam menangani krisis jerebu serantau yang berpunca daripada aktiviti kebakaran di negara berkenaan dengan mendedahkan semua maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi 'dalang' aktiviti tidak bermoral itu.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, pendedahan kepada umum penting bagi mencari pesalah terbabit dan memulakan proses tindakan undang-undang kepada syarikat-syarikat tersebut kerana masalah ditimbulkan membawa kesan serta gejala negatif yang terlalu besar.Tegasnya, sikap syarikat terbabit yang mengambil pendekatan mudah dan murah dengan terus membakar untuk penanaman semula mesti dihukum dengan tegas oleh kerajaan Indonesia."Sampaikan sekolah pun ditutup, dan ramai orang menghadapi pelbagai masalah kesihatan daripada daripada perbuatan mereka ini yang bukan sekali, tetapi telah berdekad-dekad lamanya membakar hutan sehingga menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di negara serantau."Semoga dengan pendedahan tersebut, ia akan menjurus kepada suatu tindakan yang boleh menghentikan aktiviti pembakaran hutan secara menyeluruh agar ianya tidak berlaku lagi di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, Indonesia mengenal pasti 198 suspek individu dalam siasatan kes kebakaran hutan dan tanah, selain memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.KBRI Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.Kawasan konsesi yang terbakar itu meliputi 33,514.01 hektar, membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700.16 hektar.Mengulas lanjut, Meena berkata, pendedahan tersebut juga akan membolehkan rakyat di semua negara yang terbabit mencari jalan penyelesaian tanpa terlalu bergantung kepada tindakan kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata."Sebagai contoh, rakyat secara umumnya boleh melakukan protes kepada syarikat terbabit dengan tidak lagi member produk mereka sebagai tanda bantahan kepada sikap tidak bertanggung jawab pemilik syarikat dan firma terbabit," ujarnya |
|
Jerebu: Dedahkan 57 syarikat 'dalang' kebakaran hutan Indonesia - SAM - Astroawani - 12/10 12:15 am Kerajaan Indonesia hendaklah bersikap telus dan terbuka dalam menangani krisis jerebu serantau yang berpunca daripada aktiviti kebakaran di negara berkenaan dengan mendedahkan semua maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi 'dalang' aktiviti tidak bermoral itu. |
|
Indonesia belum jawab tawaran bantuan padam kebakaran ??? Zahid - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Indonesia belum jawab tawaran bantuan padam kebakaran Zahid IPOH Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran di Kalimantan dan Sumatera yang mencetuskan jerebu rentas sempadan |
|
Indonesia still mum on Malaysias offer of firefighters, says Zahid - FMT - 11/10 9:16 pm The deputy prime minister says 'we remain optimistic and assume the best' as perhaps Indonesia does not require our assistance. |
|
Jerebu rentas sempadan: Indonesia, Malaysia kekalkan perhubungan diplomatik peringkat tinggi - Astroawani - 11/10 4:30 pm Menteri Luar Indonesia Arrmanatha Nasir berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi menjelaskan usaha negara itu memadamkan kebakaran berkenaan. |
|
Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid - Astroawani - 11/10 4:20 pm Beliau berkata ketika lawatan ke Jakarta bulan lepas, beliau telah bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto serta wakil Naib Presiden bagi membincangkan tawaran bantuan itu. |
|
Haze: Malaysia still awaiting Indonesias response to firefighting aid offer, says DPM Zahid - Malaymail - 11/10 4:12 pm IPOH, Oct 11 Malaysia is still awaiting a response from Indonesia on its offer to help put out forest and land f... |
|
Malaysia, Indonesia in high-level contact over haze as Jakarta deploys 60,000 to fight fires, says Indonesian minister - Malaymail - 11/10 3:32 pm JAKARTA, Oct 11 Indonesia and Malaysia have maintained high-level diplomatic communication over transboundary ha... |
|
Isu jerebu: 'Kita tawar dengan ikhlas, tetapi tidak ada respons' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 11/10 2:23 pm IPOH - Indonesia masih belum memberikan maklum balas terhadap tawaran Malaysia untuk menghantar bantuan bagi memadamkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menyumbang kepada masalah jerebu di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu merangkumi penghantaran sebuah pesawat, tiga helikopter dan 55 anggota bagi membantu operasi memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan.Menurutnya, tawaran tersebut dikemukakan ketika lawatan rasmi beliau ke Jakarta sebelum ini, termasuk pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka.Jelas beliau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar turut mengutus surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia berhubung tawaran bantuan berkenaan, namun masih belum menerima sebarang jawapan."Kita menawarkan dengan ikhlas, tetapi tidak ada respons untuk kita membantu mereka |
|
Hakim Danish raih dua mata di Mandalika - Sinarharian - 11/10 2:05 pm PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Indonesia di tempat ke-14 selepas bermula dari petak ke-26 atau paling belakang di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.Meskipun berdepan tugas sukar, Hakim Danish mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya memintas seorang demi seorang pelumba lain sehingga melonjak ke kedudukan ke-10 pada satu ketika.Bagaimanapun, pelumba berusia 19 tahun itu gagal mengekalkan kedudukan berkenaan sebelum insiden pada pusingan terakhir menyaksikan dia dikenakan penalti tambahan tiga saat susulan pertembungan dengan pelumba Australia, Joel Kelso.Penalti itu menyebabkan kedudukan Hakim Danish merosot daripada tempat ke-10 kepada ke-14 dalam keputusan rasmi perlumbaan.Pelumba negara itu menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan 26.059 saat (s) di belakang pemenang, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team.Kutipan dua mata di Mandalika menyaksikan Hakim Danish mengumpul keseluruhan 107 mata, namun kedudukannya dalam carta kejuaraan merosot dua anak tangga berbanding minggu lalu.Sementara itu, Quiles mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 32 minit 36.821s untuk meraih 25 mata, sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu kejuaraan dengan 351 mata.Pelumba Sepanyol itu menamatkan perlumbaan di depan David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP yang ketinggalan 2.994s untuk menduduki tempat kedua.Almansa, yang muncul juara GP Jepun minggu lalu, gagal mengulangi kejayaan itu apabila terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara kali ini.Seorang lagi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo melengkapkan podium di tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 5.156s di belakang Quiles.Selepas mengharungi cabaran di Indonesia, Hakim Danishbakal mengalihkan tumpuan kepada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, dengan peluang beraksi di laman sendiri menjadi motivasi untuk memburu keputusan lebih baik di hadapan penyokong tempatan. |
|
Ministry looks into working with Indonesia to fight fires causing haze - FMT - 9/10 11:38 pm Indonesia says 57 business entities with burned concession areas in Kalimantan and Sumatra are under investigation. |
|
KPK teliti kerjasama dengan Indonesia cegah kebakaran di Kalimantan - Astroawani - 9/10 10:23 pm Kementerian Perladangan dan Komoditi memaklumkan kerjasama itu boleh merangkumi perkongsian maklumat serta usaha pencegahan dan pengawalan kebakaran. |
|
NRES ready to assist in tackling transboundary haze, says deputy minister - Sinardaily - 9/10 7:30 pm KUALA LUMPUR The Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry (NRES) is ready to provide technical expertise to help tackle the transboundary haze from Indonesian wildfires but is awaiting the green light to assist relevant agencies.Deputy Minister Syed Ibrahim Syed Noh said the ministry wanted to play an active role in addressing the issue, stressing the importance of cooperation between Malaysia and Indonesia through diplomatic engagements and discussions between their respective ministries.We want to ensure that NRES is involved and plays its role in addressing this matter, he told Sinar Daily at Parliament today.Syed Ibrahim said the issue was being addressed at the highest diplomatic level, with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim engaging Indonesian President Prabowo Subianto, followed by discussions involving the two countries deputy prime ministers and foreign ministers.He added that NRES ministers were also engaging with their Indonesian counterparts.Our ministers from NRES are also involved in these engagements with their Indonesian counterparts and we believe that all parties are taking this matter seriously.We are ready to provide assistance as soon as possible and are currently waiting for the green light to work alongside the relevant agencies by providing expert information, he said.On Oct 8, Anwar said he had spoken directly with Prabowo, who agreed to take the necessary steps to address the haze affecting Malaysia.Anwar also directed Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan and NRES Minister Datuk Seri Arthur Joseph Kurup to strengthen cooperation with their Indonesian counterparts.He further asked the Asean Secretariat to coordinate a meeting of environment ministers to discuss the issue.Meanwhile, 37 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 5pm today.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) attributed the transboundary haze to 238 hotspots detected in Kalimantan and Sumatra, Indonesia, as well as four hotspots in Sabah and Sarawak. |
|
Beto Kusyairy to represent Malaysia at AACA Grand Awards gala - Sinardaily - 9/10 5:37 pm KUALA LUMPUR - Actor Beto Kusyairy will represent Malaysia at the 2026 Asian Academy Creative Awards (AACA) Grand Gala Final in Singapore on Dec 3 after winning the national title for Best Actor in a Leading Role for his performance in Good Boys Go to Heaven.According to a Facebook post by AACA, Beto was named the 2026 national winner in the category, earning him a place to compete for the coveted Golden Statuette at the gala final."Congratulations Beto Kusyairy! A distinguished performance in Good Boys Go to Heaven has earned Beto Kusyairy the 2026 national winner, Best Actor in a Leading Role," the post read.Based on the National Winners list on AACA's official website, Beto will compete against Hunter Page-Lochard (Australia), Bai Yu (China), Raymond Wong Ho Yin (Hong Kong), Anil Kapoor (India), Angga Yunanda (Indonesia), Yuki Yamada (Japan), Vice Ganda (the Philippines), Ayden Sng (Singapore), Chang Hsiao Chuan (Taiwan) and Gemini Norawit Titicharoenrak (Thailand).The drama series Good Boys Go to Heaven, produced by Astro Shaw, also emerged as Malaysia's national winner in the Best Drama Series, Best Cinematography (Fiction), Best Editing and Best Screenplay categories.Meanwhile, actress Datin Sofia Jane was named the national winner in the Best Actress in a Supporting Role category for the film Malam Terlarang, which also won in the Best Feature Film, Best Direction (Feature Film) and Best Promo or Trailer categories."Congratulations to everyone involved in this achievement, and all the best in competing at the ASEAN level to represent Malaysia, Astro Shaw said in an Instagram post.In the animation category, Papa Zola the Movie was named Malaysia's national winner for Best Animation.Other Malaysian national winners listed on AACA's official website include Farihin Arnia for Best Actor in a Supporting Role and Emma Maembong for Best Actress in a Leading Role.The list also features Bad Cop, which won Best Adaptation of an Existing Format (Scripted), and Dapur Bapak-Bapak for Best Branded Programme.Upin & Ipin: Wira Minyak Sawit won Best Children's Programme, while Kavin Jay's Nobody Asked secured the Best Comedy title |
|
Sindiket salah guna kuota pekerja asing di Ampang tumpas - Mygazette - 9/10 3:23 pm Dalam operasi khas di sebuah premis perniagaan di Taman Dato Ahmad Razali, semalam, JIM menyita 341 pasport warga asing serta wang tunai RM6,700 yang dipercayai hasil bayaran pelanggan. Pasport yang disita membabitkan 265 pasport Bangladesh, 63 pasport Indonesia, 12 pasport Pakistan dan satu pasport India |
|
Ops Kutip: 19 PATI dicekup di Pudu - Mygazette - 9/10 3:23 pm JIM WPKL berkata, semua ditahan selepas gagal mengemukakan pas atau dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan terhadap 30 individu dilakukan dalam serbuan bermula jam 11 malam itu. Katanya, daripada keseluruhan tangkapan, 15 individu ialah warga Indonesia membabitkan 11 lelaki dan empat wanita, manakala tiga lelaki warga Bangladesh serta seorang lelaki warga India turut ditahan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |