| /// |
|
| Search : Imigresen News | Page 1 |
|
103 warga asing digempur dalam operasi Whitening Black Spot - Mygazette - 30/10 3:08 pm # 103 warga asing digempur dalam operasi Whitening Black Spot GEORGE TOWN - Seramai 103 warga asing diperiksa dalam operasi _Whitening Black Spot_ yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Jalan Rumbia dan Jalan Tun Dr Awang di sini, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 11 lelaki warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 |
|
DPP bukan laluan pelarian dapat PR atau kewarganegaraan ??? KDN - Mygazette - 30/10 3:08 pm Menurut KDN, isu pelarian merupakan masalah legasi yang berlarutan selama beberapa dekad dan membawa cabaran besar kepada negara dari sudut ekonomi, sosial, keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang. Keadaan itu turut memberi tekanan kepada kapasiti depot tahanan imigresen, meningkatkan kos pengurusan serta menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan akibat kesesakan |
|
'Bila warga asing makin ramai, kes mabuk gaduh dah biasa...orang kita terpaksa keluar' - Penduduk - Sinarharian - 30/10 1:42 pm KLANG - "Orang kita sendiri pun keluar lepas mereka mula semakin ramai di sini."Itu antara luahan penduduk tempatan yang menetap di sebuah flat di Pandamaran di sini apabila ramai warga asing mengambil kesempatan menyewa di unit kediaman itu sejak beberapa tahun lalu.Menurutnya, flat ini dikatakan disewa oleh warga asing sekitar harga RM700 bergantung kepada aras tingkat kediaman."Kalau tingkat bawah RM900. Mereka ini akan duduk dalam jumlah yang ramai, ada yang sampai tujuh orang."Keadaan di sini sudah berubah, bila mereka (warga asing) ramai, ada kes mabuk, gaduh...itu dah biasa," dakwa lelaki berusia lingkungan 40-an yang sudah menetap sejak kira-kira 20 tahun lalu.Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan unit kediaman dihuni warga asing dalam keadaan tidak terurus termasuklah peralatan dan bahan memasak di dalam bilik selain bau yang kurang menyenangkan.Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 pagi, Jumaat, empat blok flat empat tingkat diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Sementara itu, Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, seramai 87 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan hasil pemeriksaan 110 individu."Tangkapan membabitkan 54 lelaki dan 33 wanita daripada pelbagai warganegara."Kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Selangor di sini pada Jumaat.Tambahnya, antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.Menerusi Operasi Bersepadu Mega itu juga, dua buah kilang di Subang Bestari dan Subang Jaya digempur dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Seramai 161 individu diperiksa dan hasilnya 120 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan," ujarnya.Dalam serbuan itu, rata-rata warga asing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dengan memberi alasan tertinggal di rumah, bahkan ada yang terbabit salah guna permit iaitu pemegang permit pembinaan, namun bekerja di sektor perkilangan. |
|
'Gadis KTV dicekup di bilik rehat ketika tunggu tempahan pelanggan' - Sinarharian - 30/10 12:24 am KLANG - Sebuah pusat hiburan berkonsepkan KTV yang disyaki menawarkan peneman gadis pelayan pelanggan (GRO) dengan berselindung di sebalik bangunan pusat beli-belah 'sendu' di sini digempur pada Khamis.Operasi kira-kira jam 11.10 malam digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor hasil maklumat dan risikan selama dua minggu.Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati, premis terletak di tingkat tujuh itu menawarkan bilik mewah dengan harga mencecah ribuan ringgit.Semasa serbuan, satu bilik rehat dijumpai di laluan belakang yang menempatkan wanita warga asing itu dipercayai sementara menunggu tempahan pelanggan.Seorang pekerja mendakwa, 'kapten' akan menguruskan wanita ini berdasarkan permintaan pelanggan."Berapa harga yang dibayar saya tak tahu, sebab harga itu kapten saja yang tahu."Tempat ini buka jam 8 malam sampai awal pagi |
|
Imigresen Sabah sasar 800 tahanan Filipina pulang setiap minggu - Mypress - 30/10 10:38 am SANDAKAN – Jabatan Imigresen Malaysia Sabah (Imigresen) merancang melaksanakan enam lagi siri penghantaran pulang tahanan warga Filipina secara |
|
Menyorok Di Lombong Bijih Besi, 30 PATI Dicekup Awal Pagi - Wrlr - 29/10 11:51 pm Serbuan itu membawa kepada penahanan 16 lelaki warga Bangladesh dan 14 warga Indonesia, termasuk dua wanita, berusia antara 25 hingga 53 tahun. Kesemua mereka dibawa ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. |
|
Imigresen tidak akan henti operasi gempur penempatan, perniagaan haram warga asing - KP - Astroawani - 29/10 9:45 pm Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghentikan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk di kawasan penempatan yang didakwa membentuk koloni serta premis perniagaan yang menjadi tumpuan mereka. |
|
Bola sepak erat ukhuwah media, JIM - Sinarharian - 29/10 7:46 pm DARI medan berita ke padang bola sepak, pengamal media dan warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bertemu dalam aksi persahabatan bola sepak yang menyatukan dua skop tugas berbeza.Perlawanan bermula jam 8 malam tersebut bukan sekadar medan menunjukkan kehebatan di padang, tetapi juga platform mengeratkan hubungan antara penguat kuasa dan pengamal media dalam suasana santai dan mesra.Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, perlawanan persahabatan bola sepak antara kedua-dua pasukan berlangsung dengan semangat kesukanan dan ukhuwah.Menurutnya, perlawanan ini dianjurkan sempena Hari Sukan Negara (HSN) dan menyahut budaya pupuk kesihatan khususnya kepada pegawai dan anggota jabatan."Di samping mengeratkan hubungan antara pihak JIM dan rakan media, ini juga memperkukuh kerjasama strategik dalam penyampaian laporan berita secara beretika dan profesional."Ini sekali gus memastikan komunikasi dua hala yang lebih positif antara kami dengan wartawan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Padang Arena Sukan Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Pasukan media dibarisi daripada pelbagai agensi antaranya Sinar Harian, The Star, Harian Metro, New Straits Times, Bernama, TV3 dan Utusan Malaysia.Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua pasukan media bertemu aksi perlawanan persababatan dengan JIM Kuala Lumpur. |
|
Operasi gempur koloni, penempatan warga asing tidak akan berhenti - JIM - Sinarharian - 29/10 7:21 pm PUTRAJAYA -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki melanggar undang-undanghingga membentuk koloni termasuklah di premis perniagaan dan kawasan penempatan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaabanberkata, peningkatan jumlah tangkapan warga asing menunjukkan tindakan penguatkuasaan terus dilaksanakan secara berterusan.Menurutnya, operasi bukan sahaja tertumpu kepada kawasan penempatan warga asing, malah turut menyasarkan kegiatan yang disyaki menyalahi undang-undang, termasuk sindiket penipuan dalam talian dan aktiviti perniagaan."Kita tidak akan berhenti di satu noktah kerana selagi sesuatu kegiatan itu berada dalam bidang kuasa JIM, kita akan terus melaksanakan penguatkuasaan."Tidak kira sama ada melibatkan penempatan, sindiket penipuan dalam talian ataupun aktiviti perniagaan, kita akan terus mempergiatkan operasi |
|
Sindiket penipuan beroperasi di kondominium, banglo digempur - Sinarharian - 29/10 7:07 pm PUTRAJAYA - Kondominium dan banglo dua tingkat yang disewa hingga RM25,000 sebulan dengan kawalan keselamatan menjadi markas warga asing untuk menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan dalam talian.Kegiatan itu dibongkar Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selama dua hari berturut-turut bermula Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan digerakkan di empat unit kondominum di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur dan dua unit banglo dua tingkat di The Mines, Serdang.Menurutnya, seramai 64 warga asing yang terdiri daripada 44 warga China, Myanmar (19 orang) dan seorang Myanmar diberkas dengan rampasan beberapa peralatan antaranya 28 unit komputer riba, 81 unit telefon bimbit selain wang tunai RM51,300."Kes ini dipercayai melibatkan dua sindiket berlainan yang menyasarkan mangsa di negara masing-masing."Siasatan awal dipercayai unit kondominium itu disewa dengan harga RM5,000 sehingga RM10,000, manakala banglo terbabit mencecah RM25,000 sebulan daripada pemilik warga tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada Khamis.Beliau berkata, ahli sindiket dikesan bekerja dari jam 10 pagi hingga 11 malam dengan tawaran gaji bulanan yang lumayan antara RM3,000 hingga RM6,000.Jelasnya, memandangkan semua urusan transaksi dilakukan sepenuhnya secara dalam talian bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket ini dianggarkan telah berjaya mengaut keuntungan haram yang mencecah sehingga RM6 juta setakat Oktober."Ahli sindiket dipercayai menerima gaji berdasarkan komisen hasil penipuan."Sindiket ini dipercayai telah aktif sejak dua bulan yang lalu dan memperolehi keuntungan berjumlah sebanyak RM100,000 sehingga RM150,000 sehari dengan menawarkan perkhidmatan yang tidak pernah wujud," ujarnya.Zakaria berkata, premis operasi itu juga dikesan menjadi tempat mereka berhibur termasuklah berkaraoke dan berjudi.Katanya, ini kerana suspek yang tiba di premis terbabit tidak dibenarkan keluar dan hanya berada di dalam kediaman itu bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.Dedahnya lagi, ahli sindiket yang pernah beroperasi di Kemboja juga beroperasi dengan taktik berpindah-randah dari satu negara ke negara lain."Ketika diserbu, kita temui tiga pasport yang belum dicetak dan tiket penerbangan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Korea dipercayai mereka sudah bersedia untuk meninggalkan premis," ujarnya.Tegasnya, kes masih dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti kewujudan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan serta rangkaian individu yang terlibat."Usaha penguatkuasaan terus dipergiatkan secara bersepadu dan berterusan bagi membanteras penyalahgunaan kemudahan imigresen oleh warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang, khususnya penipuan dalam talian atau online scam," ujarnya.Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. |
|
Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik - Utusan - 29/10 4:57 pm TAMPARULI: Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera selepas van dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di sini malam tadi |
|
Pengarah syarikat katering didenda RM10,000 guna dokumen sewa palsu kuota PATI - Sinarharian - 29/10 12:54 am KUALA LUMPUR Seorang pengarah syarikat katering didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, kerana menggunakan dokumen perjanjian penyewaan palsu bagi permohonan kuota pekerja asing di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pengarah syarikat PSSB Holdings (M) Sdn Bhd, Chua Keng Hiang, 73, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Muhammad Ilmami Ahmad.Mahkamah memerintahkan lelaki warga emas itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu perjanjian sewaan antara Goh Leong Han, 65, dan PSSB Holdings (M) Sdn Bhd bertarikh 1 Julai 2021 yang tertuduh percaya dokumen tersebut palsu.Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Sri Hartamas 1, di sini pada 5 Julai 2023.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, dokumen penyewaan palsu bagi satu unit premis milik Leong Han di Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, dekat sini, telah digunakan sebagai dokumen sokongan dalam permohonan kuota pekerja asing kepada JIM.JIM mempercayai dokumen tersebut sebagai tulen kemudiannya meluluskan kuota sebanyak enam pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi sektor perkhidmatan kepada PSSB Holdings sebelum semakan lanjut mendapati dokumen itu dipalsukan.Hasil siasatan mendapati Leong Han yang merupakan pemilik premis tersebut menafikan pernah menurunkan tandatangan atau membuat sebarang perjanjian sewa dengan syarikat milik tertuduh.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat."Kesalahan ini melibatkan isu keselamatan iaitu kemasukan warga asing ke dalam Malaysia."Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat," katanya.Bagaimanapun, peguam, Michelle Tan yang mewakili tertuduh, merayu anak guam dikenakan hukuman ringan kerana dia merupakan pesalah kali pertama."Dia juga menghidap pelbagai penyakit termasuk demensia, barah prostat dan sakit jantung."Anak guam memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan menyesali perbuatannya selain berjanji tidak akan mengulanginya di masa akan datang," kata peguam. |
|
Penghantaran pulang pelarian Myanmar diteruskan - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 29/10 12:26 am Kerajaan mensasarkan 3,000 lagi pelarian atau tahanan dijangka dihantar pulang dalam bulan ini.Pada 29 September, fasa pertama melibatkan 1,476 individu (tahanan) telah dihantar pulang menggunakan kapal laut dan kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.Dalam pada itu, Saifuddin turut membidas membidas pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan mengadakan pertemuan dengan junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing menerusi lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.Jelasnya, pertemuan itu merupakan usaha kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan pelarian Myanmar di negara ini yang tidak sepatutnya dijadikan sebagai modal politik.Ujar beliau, kerajaan perlu berunding secara langsung dengan kepemimpinan Myanmar bagi membincangkan isu berkenaan dan mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan."Walaupun ada pihak yang kurang senang, atas apa alasan pun, tetapi bagi kita yang berdepan dengan masalah, kerajaan ada masalah dan kita kena uruskan masalah."Tiba-tiba kita dikatakan jangan berjumpa dengan pemimpin Myanmar. Macam mana nak selesai masalah kalau kita tak boleh jumpa dengan pemimpin Myanmar? Sebab itu kita jemput dia datang," katanya.Saifuddin berkata, kehadiran pelarian Myanmar menimbulkan pelbagai cabaran kepada negara, termasuk dari aspek ekonomi, politik dan sosial, selain meningkatkan beban pengurusan pusat tahanan imigresen.Malah beliau mengakui isu berkenaan turut mencetuskan ketegangan dalam komuniti tertentu apabila segelintir masyarakat mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian."Penguat kuasa Imigresen tidak putus-putus menjalankan operasi |
|
Bukan lagi isu imigresen, penyeludupan PATI ancam keselamatan nasional - Pakar - Sinarharian - 29/10 9:54 am SHAH ALAM - Isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) bukan lagi sekadar isu imigresen, tetapi sudah berkembang menjadi ancaman keselamatan rentas sempadan.Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Noraini Zulkafli @ Zulkifli berkata, isu ini melibatkan sindiket jenayah terancang, pemalsuan dokumen, pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh.Menurutnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mentakrifkan penyeludupan migran sebagai kemasukan seseorang secara haram ke sesebuah negara bagi memperoleh keuntungan kewangan atau material, lazimnya dikendalikan oleh rangkaian jenayah transnasional."Walaupun operasi penguatkuasaan berjaya meningkatkan tangkapan, pendekatan berasaskan penahanan semata-mata tidak mencukupi."Dalam teori keselamatan moden, kejayaan sebenar diukur melalui kemampuan memutuskan rangkaian sindiket, aliran kewangan dan pihak yang mendapat keuntungan daripada penyeludupan migran, bukannya jumlah PATI yang ditangkap semata-mata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Jelasnya, kemasukan PATI menunjukkan kelemahan kawalan sempadan dan boleh menjejaskan keupayaan negara mempertahankan integriti wilayahnya.Katanya, dalam keselamatan nasional, sempadan yang mudah dibolosi merupakan indikator kelemahan negara.Tambah Noraini, jenayah ini turut memberi kesan risiko keselamatan dalaman, kesan ekonomi dan sosial serta ancaman keselamatan maritim."Penyeludupan PATI tidak lagi boleh ditakrifkan sebagai isu imigresen semata-mata, sebaliknya merupakan ancaman keselamatan bukan tradisional yang semakin kompleks, melibatkan rangkaian jenayah transnasional seperti pemerdagangan manusia, pemalsuan dokumen, pengubahan wang haram dan eksploitasi kelemahan sistem kawalan sempadan darat, maritim serta lapangan terbang."Walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah meningkatkan keupayaan negara mengekang kemasukan PATI, pendekatan yang berorientasikan penahanan dan pengusiran semata-mata tidak lagi memadai kerana ia hanya menangani kesan, bukannya memusnahkan struktur sindiket yang menjadi pemacu utama aktiviti penyeludupan," ujarnya.Beliau berkata, kelemahan yang perlu ditambah baik ialah pemeriksaan penumpang berisiko tinggi menggunakan analisis risiko berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI)."Selain itu, disyorkan pengesahan biometrik bersepadu antara pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi sempadan serantau selain Polis Antarabangsa (Interpol)," katanya.Katanya lagi, laksanakan hukuman lebih berat terhadap majikan atau pihak berkuasa yang bersubahat selain memperluaskan sistem biometrik nasional bagi mengelakkan kemasukan berulang menggunakan identiti berbeza.12 Oktober lalu, laporan khas Sinar Harian mendedahkan transit antarabangsa melalui lapangan terbang utama negara menjadi modus operandi terkini sindiket penyeludupan migran.Sindiket penyeludupan dan pemerdangangan orang yang dikesan JIM kini semakin kompleks, bertingkat (multi-layered) dan sering mengubah modus operandi bagi menghilangkan jejak risikan oleh pihak berkuasa.JIM mengesan beberapa laluan baharu yang digunakan warga asing, antaranya dari India atau Bangladesh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi transit, sebelum meneruskan perjalanan melalui Singapura atau Hat Yai.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan laluan transit berlapis menjadi pilihan, termasuk usaha mengelakkan sekatan kemasukan, risiko ditolak masuk ke Malaysia serta kos penerbangan.Antara migran yang menggunakan laluan tersebut ialah individu yang telah disenarai hitam dalam sistem imigresen dan tidak boleh memasuki Malaysia secara terus melalui pintu masuk yang diwartakan. |
|
Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar - Mygazette - 29/10 8:10 am # Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar JOHOR BAHRU - Mesin pengimbas berteknologi baharu akan digunakan di Kompleks Imigresen Kastam dan kuaratin (ICQ), Bukit Chagar, Johor Bahru apabila Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura beroperasi awal tahun depan |
|
Kediaman mewah jadi pusat penipuan pelaburan diserbu, 20 warga asing ditahan - Sinarharian - 28/10 8:29 pm KUALA LUMPUR - Sebuah kediaman mewah dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekitar Jalan San Peng, Pudu di sini pada Selasa.Serbuan menerusi Operasi Khas kira-kira jam 11.45 pagi itu membawa kepada penahanan 20 warga asing terdiri daripada 10 lelaki warga Taiwan, China dan India serta enam lelaki dan empat wanita warga Thailand dan India, berusia antara 23 hingga 43 tahun.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selepas risikan selama dua minggu berdasarkan maklumat awam.Menurutnya, empat unit kediaman yang dipercayai digunakan sindiket itu diperiksa dalam operasi berkenaan."Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan premis kediaman mewah yang disewa sebagai pusat operasi bagi menjalankan kegiatan penipuan pelaburan untuk mengaburi pihak berkuasa."Sindiket dipercayai dikendalikan kumpulan operator warga China, Taiwan, Thailand dan India dengan setiap kumpulan menyasarkan mangsa dari negara tertentu termasuk Thailand, India, Taiwan dan Jepun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit tidak dibenarkan keluar secara bebas, manakala bekalan makanan dihantar dari luar ke premis melalui perkhidmatan penghantaran makanan."Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu, bermula jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari."Pemeriksaan turut menemukan pelbagai jenis ubat-ubatan di salah satu unit kediaman yang dipercayai diimport dari luar negara," katanya.Menurutnya, serbuan turut menyita 45 telefon bimbit, lapan komputer meja, tiga komputer riba, lima penghala internet (router), empat walkie-talkie, kad akses dan skrip penipuan dalam bahasa Thailand."Selain itu, rampasan turut dilakukan melibatkan empat pasport Taiwan, empat pasport China, tiga pasport Thailand serta wang tunai RM5,370."Turut disita mata wang asing membabitkan 1,400 Myanmar Kyat, 36,000 Kemboja Riel, 4.28 juta Vietnam Dong dan 31,000 Dolar Taiwan," katanya.Zakaria berkata, tiga lelaki warga China, India dan Taiwan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63."Tiga lelaki warga China pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama, manakala tiga lelaki dan seorang wanita warga India serta tiga lelaki dan seorang wanita warga Thailand disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c)."Warga asing yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
Suami isteri diberkas bawa wang tunai RM2.9 juta, S$300,000 ke Singapura .. - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Suami isteri diberkas bawa wang tunai RM2.9 juta, S$300,000 ke Singapura tanpa isytihar JOHOR BAHRU - Cubaan pasangan suami isteri membawa want tunai berjumlah RM1.97 juta dan S$300,000 ke Singapura tanpa diisytiharkan gagal apabila ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam |
|
Sindiket pindah wang haram tumpas, 8 warga Bangladesh ditahan - Kosmo - 28/10 2:41 pm PETALING JAYA -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lapan lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kegiatan pemindahan wang secara tidak sah dalam operasi khas di tiga lokasi sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, semalam |
|
Anggota Maritim maut: Kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Sinarharian - 28/10 12:59 am KANGAR - Kesemua11 tahanandisyaki pendatang tanpa izin warga Myanmar dan Thailand disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut ketika operasi penguatkuasaan, Isnin lepas.Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kes itu bukan lagi isu pelanggaran undang-undang imigresen semata-mata sebaliknya melibatkan siasatan jenayah lebih berat."Hasil pemeriksaan lanjut, kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) |
|
DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN - Sinarharian - 28/10 11:16 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendaftaran dan penentuan status pelarian menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjadi asas untuk kerajaan menentukan tindakan bersesuaian termasuk penghantaran pulang apabila keadaan mengizinkan atau penempatan semula ke negara ketiga.Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkanmekanisme itu juga membolehkan kerajaan mengurus keberadaan sementara pelarian danmempertimbangkan akses kepada kemudahan yang dibenarkan berdasarkan status serta maklumat daripada proses pendaftaran.KDN memaklumkan DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari2026 bermula dengan individu di depot tahanan imigresen sebelum diperluas kepada individu dalam komunititermasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang mendakwa diri sebagai pelarian atau pemohon suaka."Proses ini melibatkan pendaftaran maklumat peribadi, pengambilan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian oleh kerajaan."Pemegang kad UNHCR tidak secara automatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan hanya berdasarkan pemilikan kad itu, sebaliknya individu yang melepasi proses penentuan status dan tapisan keselamatan di bawah DPP sahaja akan diperakui," menurut KDNdalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.KDN menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dikenal pasti, dipantau dan diurus secara berkesanselaras dengan undang-undang negara.KDN memaklumkanmaklumat menerusi program itu akan menjadi pangkalan data rasmi kerajaan bagi mengenal pasti identiti, status dan keberadaan golongan tersebut selain membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan agensi berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.Kementerian itujuga menegaskanpelaksanaan DPP tidak memberikan kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.Ia sebaliknya bertujuan memastikan pengenalpastian, pemantauan dan pengurusan pelarian serta pemohon suaka berada di bawah kawalan kerajaan.Dalam jawapan berasingan, KDN memaklumkan pemegang Kad DPP akan diberikan akses bersyarat kepada sektor pekerjaan formal bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam ekonomi gelap (shadow economy)atau dieksploitasi sindiket.Kebenaran bekerja itu juga sebagai pengganti padakemasukan pekerja asing baharu dari luar negara, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap pekerja asing."Kemahiran dan pengalaman bekerja yang dimiliki pemegang DPP akan membuka peluang lebih baik untuk mendapat penempatan ke negara ketiga melalui laluan pelengkap (complementary pathway)," menurut kementerian itu menerusi jawapan kepada soalanV |
|
71 individu ditahan terlibat kegiatan pemalsuan pasport pekerja asing 71 .. - Mygazette - 28/10 8:17 am # 71 individu ditahan terlibat kegiatan pemalsuan pasport pekerja asing KUALA LUMPUR - Seramai 71 individu ditahan berkaitan kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan bagi urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 2004 hingg kini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata, sebanyak 17 operasi penguatkuasaan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemalsuan pasport serta pengubahsuaian maklumat biodata pekerja asing |
|
15 rakyat Malaysia ditahan sindiket pinjaman dalam talian di Bali - FMT - 27/10 8:48 pm Mereka ditahan bersama dua warga Singapura yang mengoperasikan sindiket mengiklankan pinjaman di media sosial, menurut pihak berkuasa imigresen Indonesia. |
|
15 rakyat Malaysia ditahan sindiket pinjaman dalam talian di Bali - Hotfm - 27/10 8:48 pm Mereka ditahan bersama dua warga Singapura yang mengoperasikan sindiket mengiklankan pinjaman di media sosial, menurut pihak berkuasa imigresen Indonesia. |
|
Dua lelaki ditahan bantu siasatan rampasan dadah di premis kurier - Sinarharian - 27/10 7:47 pm RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di sini bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah di sebuah premis kurier pada Sabtu.Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan dalam Op Taring Wawasan pada Isnin dan awal pagi Selasa.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek pertama berusia 27 tahun ditahan di tepi jalan Taman Bakti kira-kira jam 7.30 malam."Suspek memaklumkan bahawa seorang wanita warga Thailand memintanya membantu menghantar bungkusan yang diambil di pangkalan haram Gergaji."Suspek mendakwa meminta bantuan seorang individu lain yang tinggal di Kedai Lama Rantau Panjang untuk membawa bungkusan itu ke sebuah syarikat kurier bagi urusan penghantaran," katanya kepada pemberita pada Selasa.Sebelum itu media melaporkan pada Ahad, cubaan menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier dipatahkan PGA selepas merampas tujuh parcel mengandungi ganja, bunga ganja dan rokok elektronik berisi minyak kanabis.Rampasan jam 1.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan melibatkan tiga kilogram (kg), bunga ganja (56 gram) dan 10 kotak rokok elektronik mengandungi minyak kanabis.Menurut beliau, suspek pertama memaklumkan menerima upah RM200 bagi urusan berkenaan.Ahmad Radzi memberitahu, susulan itu, seorang lagi suspek telah ditahan di tempat letak kereta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 2 pagi, Selasa.Ujarnya, suspek kedua memaklumkan bahawa dia dihubungi individu dikenali sebagai Bulan, iaitu suspek pertama, untuk membantu menghantar bungkusan ke premis kurier berkenaan."Dalam serbuan itu, PGA turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dianggarkan bernilai RM50,000 |
|
Empat kanak-kanak Myanmar ditahan baling batu, batang besi ke arah warga emas - Sinarharian - 27/10 4:30 pm BUKIT MERTAJAM Gara-gara tidak berpuas hati selepas ditegur kerana membuat bising ketika bermain di taman permainan, sekumpulan kanak-kanak didakwa membaling batu dan melontarkan batang besi ke arah seorang wanita warga emas berusia 71 tahun di Taman Sri Rambai di sini.Kejadian pada 22 Oktober lalu itu menyebabkan mangsa berasa takut sebelum membuat laporan polis pada Isnin.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika warga emas berkenaan menegur sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan berhampiran kediamannya kerana menimbulkan bunyi bising.Menurutnya, teguran tersebut tidak diendahkan sebelum kumpulan berkenaan didakwa bertindak membaling batu dan melontarkan batang besi ke arah mangsa."Bagaimanapun, objek yang dibaling dan dilontarkan itu tidak terkena wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Nik Aminuddin berkata, susulan laporan polis diterima, pihaknya menjalankan siasatan sebelum menahan empat kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia antara sembilan hingga 12 tahun."Kesemua mereka ditahan menerusi beberapa serbuan berasingan di sekitar Taman Sri Rambai di sini."Kita turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan," ujarnya lagi.Beliau menambah, kesemua tangkapan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi permohonan reman."Reman telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini hingga 30 Oktober untuk membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau tingkah laku anak-anak serta mendidik mereka agar sentiasa menghormati orang lain."Orang ramai turut diminta supaya menjaga keharmonian hidup berjiran dan melaporkan sebarang ancaman keselamatan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu – Saifuddin - Mygazette - 27/10 4:00 pm Menurut Saifuddin Nasution, Malaysia berdepan cabaran besar untuk mengawal kemasukan dadah berikutan panjang sempadan darat dan laut kira-kira 4,000 kilometer selain kawasan maritim seluas 600,000 kilometer persegi. Beliau berkata, kerajaan sedang melaksanakan pengisian anggota AKPS menerusi pengambilan baharu, bekas anggota tentera serta penempatan anggota daripada agensi sedia ada termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia |
|
Premis perniagaan langgar undang- undang berdepan tindakan tegas - Kor Ming - Sinarharian - 27/10 3:17 pm PUTRAJAYA Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran."Kita memang mengalu-alukan pelaburan foreign direct investment, tapi bukan salah guna visa kemudian dan buat perniagaan tanpa izin," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Pesta Cahaya KPKT di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan Sinar Harian yang mendedahkan pelbagai perniagaan aktif dipercayai dijalankan warga asing di sekitar bandar Klang, Selangor.Tegas Kor Ming, tindakan penguatkuasaan itu penting bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara dan tidak menjalankan perniagaan sewenang-wenangnya."Kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara dan tiada sesiapa pun terkecuali daripada mematuhinya," jelas beliau.Terdahulu, dalam laporan eksklusif Sinar Harian mendedahkan, warga asing leka melakukan aktiviti perjudian bola golek di sebuah lorong yang tersorok berhampiran stesen bas lama, Klang hanya dengan menutup kawasan itu menggunakan kanvas hitam.Tinjauan Sinar Harian di lokasi turut mendapati seorang lelaki tempatan memegang walkie- talkie dipercayai sedang mengawasi kawasan berkenaan dari diserbu pihak berkuasa.Selain itu, terdapat perniagaan aktif seperti menjual sireh, telefon bimbit, pakaian, barangan kemas serta barangan basah. Premis menjual daging dan barang basah antara yang mendapat sambutan.Di lorong belakang pula, kelihatan beberapa pekerja asing sedang memotong daging di kawasan terbuka.Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan sebanyak 28,000 lesen perniagaan warga asing tanpa izin dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menurutnya, hampir 7,000 premis haram yang tidak mendapat kelulusan PBT turut dirobohkan, manakala 63,000 kompaun dikeluarkan dalam tempoh sama. |
|
Lelaki Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas dengan heroin, `ice??? .. - Mygazette - 27/10 8:06 am # Lelaki Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas dengan heroin, `ice RM700,000 KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 1,924 gram heroin dan 164 gram ice, ke Singapura menggunakan sebuah motosikal berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, 21 Oktober lalu. Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memaklumkan, lima bungkusan yang disyaki mengandungi dadah itu ditemukan di dalam beg jinjing yang disembunyikan di bawah baju hujan di dalam kotak simpanan motosikal berkenaan |
|
28,401 lesen dibatalkan, KPKT kekang warga asing berniaga haram - Sinarharian - 26/10 6:59 pm KUALA LUMPUR Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi 10,248 operasi bersepadu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani isu pencerobohan perniagaan tempatan oleh warga asing.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembatalan lesen itu merupakan sebahagian daripada 100,366 tindakan penguatkuasaan yang diambil di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.Menurutnya, tindakan lain yang dilaksanakan termasuk pengeluaran 65,023 kompaun dan 6,942 tindakan sitaan serta perobohan premis bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan."Bersama agensi rakan strategik seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), KPKT telah mengambil tindakan tegas bagi mengekang warga asing berniaga secara haram di premis perniagaan seluruh negara."Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan pemegang lesen tempatan yang melanggar syarat pelesenan seperti amalan Ali Baba atau penyewaan premis kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan secara haram," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Isnin.Kor Ming berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan pemegang lesen tempatan mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya berkaitan penggunaan premis perniagaan oleh pihak yang tidak dibenarkan.Beliau turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan peluang perniagaan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat."Kami akan terus komited dalam mempertahankan hak peniaga tempatan dan memastikan peluang perniagaan yang disediakan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat," tegasnya.Dalam usaha memperkasa usahawan tempatan pula, Kor Ming memaklumkan, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah melaksanakan 107 projek pembinaan Gerai Madani dan menaik taraf pasar awam uzur dengan peruntukan RM60 juta pada 2026.Katanya, usaha itu akan terus dipergiatkan pada 2027 dengan peruntukan sebanyak RM120 juta."Langkah ini bertujuan menyediakan kemudahan perniagaan dan pasar awam yang lebih selamat, bersih dan selesa demi manfaat peniaga serta pengunjung," ujar beliau. |
|
Tular masuk rumah Zalina Azman, polis panggil pencipta kandungan - Mygazette - 26/10 5:41 pm "Namun setakat ini masih belum ada petunjuk kukuh berhubung kehilangan wanita itu," katanya. Beliau berkata, polis turut membuat semakan rekod keluar masuk imigresen, namun belum memperoleh perkembangan baharu berhubung kehilangan wanita itu |
|
Isu Rohingya di Taman Seri Rambai dirujuk kepada Imigresen - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Isu Rohingya di Taman Seri Rambai dirujuk kepada Imigresen GEORGE TOWN - Isu keselamatan dan masalah sosial membabitkan etnik Rohingya di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam di sini dirujuk kepada Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang untuk tindakan segera susulan aduan tular di media sosial |
|
Polis akan panggil pencipta kandungan masuk rumah Zalina Azman - Sinarharian - 26/10 3:39 pm SHAH ALAM Polis akan memanggil pencipta kandungan yang memasuki kediaman bekas personaliti televisyen, Zalina Azman di sini bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya serta memuat naik kandungan berkaitan di media sosial.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil."Kita akan panggil pencipta kandungan itu, namun pihak polis sedang meneliti perkara tersebut terlebih dahulu bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Sebelum ini, tular perkongsian seorang pencipta kandungan yang mengunjungi kediaman Zalina bagi meninjau rumah itu susulan misteri kehilangannya.Zalina dilaporkan gagal dihubungi sejak 24 November 2021 dan sehingga kini, kehilangan wanita itu masih menjadi misteri dengan polis mengekalkan statusnya sebagai Orang Hilang (OH).ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga risau keberadaan Zalina Azman: Ras AdibaKali terakhir jumpa badan Zalina susutMinta kerjasama syarikat e-hailing cari Zalina Azman[VIDEO] Wanita mirip Zalina Azman adalah gelandangan: PolisZalina Azman tidak bergaul, kurang dikenali jiran[VIDEO] Bekas pembaca berita dilapor hilang masih tidak dijumpaiDalam perkembangan sama, Sarudin berkata, siasatan berkaitan kehilangan Zalina masih diteruskan, namun setakat ini belum ada petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan lanjut diambil."Polis sudah mengambil tindakan terhadap setiap maklumat dan petunjuk baharu yang diterima."Namun setakat ini masih belum ada petunjuk kukuh berhubung kehilangan wanita itu," katanya.Beliau berkata, polis turut membuat semakan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen, namun belum memperoleh perkembangan baharu berhubung kehilangan wanita itu.Mengenai dakwaan kediaman Zalina diceroboh, Sarudin berkata, keadaan menunjukkan terdapat individu yang memasuki rumah itu sebelum ini.Berdasarkan semakan polis, katanya, empat unit pendingin hawa di rumah berkenaan dipecahkan, manakala batang paip singki turut dilaporkan hilang.Dalam pada itu, beliau berkata, rondaan berkala di kawasan kediaman berkenaan masih dilaksanakan oleh Balai Polis Seksyen 6. |
|
Usia dua tahun AKPS pamer taring, rampasan cecah RM322.74 juta - Sinarharian - 26/10 1:31 pm SEPANG - Biar pun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baharu beroperasi pada kadar kekuatan awal, agensi itu membuktikan kejayaan luar biasa apabila ketirisan hasil negara bernilai RM322.74 juta tahun ini setakat Oktober berjaya diselamatkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini sekali gus lonjakan empat kali ganda berbanding tahun lalu.Menurutnya, pencapaian ini membuktikan bahawa AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang, tetapi adalah benteng fiskal negara."Penubuhan AKPS dua tahun lalu berakar umbi daripada wawasan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meruntuhkan amalan kerja secara silo dan membina benteng kedaulatan negara yang moden, bersepadu dan berintegriti di bawah satu chain of command berteraskan semangat Single Border Agency (SBA)."Dalam tempoh singkat ini, kita telah menganalisis dan menilai keberkesanan pengoperasian agensi ini menerusi pendekatan berfasa serta mengambil kira tahap ancaman semasa dan kesediaan sumber manuaia dan logistik," katanya menerusi ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Beliau berkata, ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.Katanya, bertindak pantas atas keputusan Jemaah Menteri pada 5 Ogos dan kelulusan 17 syor keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, kerajaan menetapkan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan berteraskan tiga komponen utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.Tambahnya, dalam pelan ini, AKPS telah diberi kepercayaan penuh sebagai agensi peneraju bagi Teras Keselamatan Negara dan Sempadan untuk melaksanakan tiga syor utama di bawah seliaannya."Pertama, pelaksanaan saringan bersasar berasaskan risiko merangkumi prosedur pemeriksaan tambahan khusus terhadap penerbangan, penumpang, kru serta bagasi yang dikenal pasti berprofil risiko tinggi."Kedua, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mempertingkatkan keupayaan K9 sebagai pelengkap saringan bagi mengesan bahan terlarang yang sukar dikesan oleh mesin pengimbas biasa."Ketiga ialah penyelarasan risikan antara agensi di mana AKPS bertindak sebagai hab peneraju perkongsian maklumat risikan bersama agensi sahabat secara pantas dan berkesan," ujarnya.Menerusi majlis itu, AKPS turut memperkenalkan logo baharuSelain itu, AKPS juga memperkenalkan hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit KLIA bertujuan membantu pengembara yang baru sampai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu disediakan semasa ketibaan di negara ini.Dalam ucapan itu juga, kejayaan yang dilakar AKPS sepanjang dua tahun ini tidak mungkin tercapai secara bersendirian."Ia merupakan hasil sinergi utuh merentas kementerian dan agensi rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya. |
|
Cuba lolos ketika diserbu, 109 warga asing dicekup - Sinarharian - 25/10 9:44 am IPOH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 109 warga asing menerusi dua operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya ini sejak malam tadi hingga awal pagi ini.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 34 wanita menerusi Ops Gegar di sebuah pusat hiburan dan empat pusat urut, manakala 75 lelaki ditahan di Pasar Borong Ipoh.Beliau berkata, kedua-dua operasi itu melibatkan 66 pegawai dan anggota penguat kuasa JIM Perak, Bahagian Perisikan Operasi Khas JIM Putrajaya dan polis."Ops Gegar bermula pada jam 9 malam dengan pemeriksaan terhadap 70 warga asing, manakala operasi di Pasar Borong Ipoh bermula pada jam 1.30 pagi dan melibatkan pemeriksaan terhadap 77 warga asing," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.Beliau berkata, warga asing yang ditahan di Pasar Borong Ipoh terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Laos dan Indonesia, manakala tangkapan menerusi Ops Gegar melibatkan warga Thailand dan Vietnam.Lokman Effendi berkata, mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan permit atau pas yang dikeluarkan."Ketika serbuan dibuat, warga asing ini cuba melarikan diri dan atas kecekapan pegawai serta anggota penguat kuasa, kami berjaya menahan kesemua yang ada," katanya.Beliau berkata, lima saman turut dikeluarkan kepada majikan bagi meminta mereka hadir ke bahagian penguatkuasaan Imigresen untuk membantu siasatan, manakala kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke pejabat JIM Perak untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Lokman Effendi berkata, JIM melaksanakan lebih 11,000 operasi penguatkuasaan di seluruh negara sejak 1 Jan hingga 25 Oktober membabitkan pemeriksaan hampir 150,000 warga asing.Beliau berkata, lebih 66,000 warga asing ditahan dalam tempoh berkenaan, dengan lebih 41,000 daripadanya menerusi operasi penguatkuasaan, manakala lebih 24,000 lagi ditahan atau diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain, di pintu masuk negara serta menerusi operasi lain.Katanya, lebih 45,000 warga asing telah dihantar pulang ke negara masing-masing selepas tindakan diambil, manakala selebihnya masih dalam proses tindakan JIM dan pihak berkuasa berkaitan |
|
U Mobile Dan MRT Corp Menandatangani MoU Untuk Memperkenalkan IBC Di Kompleks ICQC Johor - Amanz - 23/10 12:26 am U Mobile, syarikat telekomunikasi tempatan dan pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkenalkan sambungan dalam bangunan (In Building Connectivitiy) yang akan memperhebatkan sambungan rangkaian 5G dalam Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) di Bukit Chagar, Johor Bahru |
|
Sindiket edar dadah jadikan kuil tidak berdaftar stor simpan heroin - Sinarharian - 23/10 11:24 am SHAH ALAM Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil tidak berdaftar di Klang sebagai lokasi penyimpanan bahan terlarang terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut dan bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu merupakan antara empat lokasi yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menerusi lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini antara 13 hingga 19 Oktober lalu.Menurutnya, operasi tersebut menyasarkan empat sindiket dadah berbeza dan membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM16.2 juta."Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Semakan awal mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan heroin sejak awal tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Beliau berkata, polis percaya kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur gangsterisme atau penglibatan kumpulan kongsi gelap.Dalam operasi tersebut, polis menahan lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun.Mereka membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing."Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket dadah tempatan serta antarabangsa," katanya.Menurut Shazeli, kesemua warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan semakan lanjut sedang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Beliau berkata, terdapat suspek warga asing yang baru beberapa hari berada di negara ini sebelum ditahan."Mereka dipercayai transit di KLIA sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, namun dadah berjaya dikesan dalam bagasi mereka," katanya.Mengulas sumber bekalan dadah, beliau berkata pihak polis percaya bahan terlarang tersebut dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.Semakan rekod turut mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau membabitkan tujuh kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, manakala suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah.Antara dadah yang dirampas ialah 81.3 kilogram bunga ganja mampat, 37 kilogram ganja mampat, 3,510 unit katrij cecair ketamin, 65.4 kilogram ketamin, 84 botol cecair ekstasi dan 20.6 kilogram heroin.Selain dadah, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM54,835 daripada empat suspek tempatan, termasuk dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga, sebuah motosikal Honda RS150 serta wang tunai dalam mata wang pound sterling dan ringgit.Menurut Shazeli, operasi itu dijalankan JSJN Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, IPD KLIA dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). |
|
Feri Sri Tanjong 1: Legasi JKR perkukuh hubungan Malaysia-Thailand - Sinarharian - 23/10 8:55 am DI utara Kelantan, Pengkalan Kubor bukan sekadar sebuah pekan sempadan, lokasinya yang dipisahkan oleh Sungai Golok dari Tak Bai, Narathiwat, Thailand menjadikan kawasan itu antara pintu masuk penting yang menghubungkan dua negara berjiran sejak puluhan tahun lalu.Bagi ribuan penduduk yang berulang-alik setiap hari, sama ada untuk bekerja, berniaga, melawat keluarga mahupun menjalankan urusan rasmi, perkhidmatan feri merupakan nadi pengangkutan yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan mereka.Di sebalik kelancaran operasi itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) memainkan peranan penting memastikan perkhidmatan rentas sempadan ini terus beroperasi dengan selamat, cekap dan berdaya harap.Kini, legasi tersebut diteruskan menerusi pengoperasian Feri Sri Tanjong 1, sebuah feri moden yang menggantikan Feri Sri Tanjong selepas lebih tiga dekad berjasa.Kehadirannya bukan sahaja memperbaharui aset pengangkutan negara, malah menjadi simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand serta menyokong pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.Sejarah perkhidmatan feri Pengkalan Kubor bermula hasil keputusan Jawatankuasa Pembangunan Sosioekonomi Bersama Malaysia Thailand (SEDEC) pada 11 Disember 1982 yang bersetuju supaya kedua-dua kerajaan menyediakan sebuah feri dengan spesifikasi yang sama bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan.Susulan persetujuan itu, Malaysia membina Feri Sri Tanjong di Pulau Pinang sebelum mula beroperasi pada 1 April 1990. Feri berkenaan kemudiannya dirasmikan pada 16 Ogos 1990 bersempena pembukaan Kompleks Imigresen, Feri dan Rumah Api Malaysia-Thailand, manakala Thailand mengendalikan feri Taba I.Sejak hari pertama beroperasi, Feri Sri Tanjong menjadi penghubung utama antara Pengkalan Kubor dan Tak Bai dengan jarak pelayaran kira-kira 400 meter.Walaupun perjalanan mengambil masa hanya beberapa minit, impaknya amat besar kerana ia memudahkan urusan perdagangan, pelancongan, pendidikan dan sosial masyarakat di kedua-dua negara.Operasi feri ini dilaksanakan berlandaskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Thailand yang menggariskan pelbagai aspek termasuk waktu operasi, pengurusan hasil kutipan tambang serta mekanisme kerjasama sekiranya berlaku gangguan teknikal.Pendekatan itu memastikan perkhidmatan kepada pengguna tidak terjejas, sekiranya salah sebuah feri mengalami kerosakan, feri negara jiran akan terus beroperasi sementara kerja pembaikan dilaksanakan oleh pemilik aset berkenaan.Bagi JKR, pengurusan feri bukan sekadar mengendalikan operasi harian, ia turut melibatkan penyelenggaraan aset, pematuhan piawaian keselamatan maritim, pengurusan kewangan, pentadbiran dan sumber manusia yang diselaraskan oleh pasukan berpengalaman.Anak kapal yang mengendalikan feri pula memiliki Perakuan Kekompetenan (Certificate of Competency) yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia, sekali gus memastikan setiap pelayaran memenuhi standard keselamatan antarabangsa.Keselamatan sentiasa menjadi keutamaanSelepas lebih 30 tahun beroperasi, Feri Sri Tanjong terus menjalani penyelenggaraan berkala bagi memastikan keupayaan operasi berada pada tahap terbaik.Antara kerja naik taraf terbesar ialah penggantian dua enjin utama pada tahun 2013 bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan feri.Selain itu, kerja penyelenggaraan berkala termasuk proses dry docking dilaksanakan bagi memastikan aset sentiasa mematuhi syarat pembaharuan Sijil Penumpang yang ditetapkan Jabatan Laut Malaysia.Walaupun kos penyelenggaraan meningkat seiring usia aset, JKR terus komited melaksanakan penyelenggaraan tanpa kompromi kerana aspek keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.Komitmen ini membolehkan perkhidmatan feri terus menjadi pilihan utama masyarakat setempat selama lebih tiga dekad.Sementara itu, seperti sektor pengangkutan lain, operasi feri turut menerima kesan besar ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.Penutupan pintu sempadan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan operasi feri dihentikan sepenuhnya pada tahun 2021 selepas kutipan hasil menjunam dengan ketara pada tahun sebelumnya.Namun, pembukaan semula sempadan membawa sinar baharu apabila aktiviti ekonomi kembali rancak.Penduduk baru kembali menggunakan perkhidmatan feri untuk urusan harian, manakala sektor perdagangan dan pelancongan rentas sempadan kembali pulih secara berperingkat.Pengalaman tersebut menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh infrastruktur sedia ada agar lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan |
|
Upah RM200 untuk seorang PATI dari Kelantan ke Kuala Lipis - Sinarharian - 23/10 8:49 am KOTA BHARU Tawaran upah RM200 untuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lipis, Pahang dipercayai menjadi habuan dua lelaki tempatan yang ditahan bersama sembilan warga asing dalam operasi berasingan di Kok Lanas di sini pada Khamis.Kedua-dua suspek yang dipercayai berperanan sebagai tekong itu ditahan ketika memandu kereta jenis Honda Accord dan Civic yang membawa PATI warga China serta Myanmar dalam keadaan mencurigakan.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.Menurut beliau, dalam operasi kira-kira jam 9 pagi itu, anggota mengesan dua buah kenderaan yang bergerak dari arah Kampung Melor menuju Kok Lanas."Pemeriksaan terhadap Honda Accord menemukan seorang lelaki tempatan yang dipercayai tekong, dua lelaki warga China serta seorang lelaki dan wanita warga Myanmar."Pemeriksaan terhadap Honda Civic pula menemukan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong bersama empat wanita warga Myanmar," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Ujar beliau, pemeriksaan mendapati dua lelaki warga China yang dibawa dalam Honda Accord tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala dua PATI Myanmar dalam kenderaan sama serta empat wanita Myanmar dalam Honda Civic memiliki pasport tanpa cop keluar masuk ke Malaysia melalui laluan yang sah.Jelasnya, hasil soal siasat awal terhadap salah seorang suspek mendapati PATI berkenaan diambil di sekitar Kampung Peringat dan Melor sebelum dibawa ke destinasi ditetapkan.Beliau memberitahu, suspek turut mengaku menerima tawaran upah RM200 daripada seorang individu dikenali sebagai 'Ah Siong' bagi setiap PATI yang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lipis."Dalam operasi itu, kami telah merampas kedua-dua kenderaan terbabit bersama empat telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM134,000."Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Menurut Ahmad Radzi, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu untuk siasatan lanjut. |
|
Lebih 20 pasport warga Bangladesh ditemui dalam peti besi dikunci - Sinarharian - 21/10 6:30 pm KLANG - Serbuan deretan premis perniagaan di Meru di sini membongkar penemuan puluhan pasport warga asing yang mencurigakan disimpan dalam sebuah premis pada Rabu.Operasi itu digerakkan secara bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bermula jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan bersama.Pada awalnya, operasi dilaksanakan ke atas deretan premis bagi memeriksa majikan serta pekerja asing di kawasan terbabit.Bagaimanapun, sebuah premis yang diperiksa menemukan satu bilik mencurigakan di bahagian belakang.Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati, pegawai JIM bersama MBDK telah melakukan pemeriksaan lanjut dan menemui puluhan pasport warga asing termasuk di dalam peti besi yang dikunci.Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, lebih 20 pasport Bangladesh yang tertera butiran sah dijumpai."Ini mencurigakan dan JIM Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan keberadaan pasport di premis itu."Kita akan memanggil majikan disyaki warga Bangladesh untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Rabu.Sementara itu, seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an mendakwa diupah RM50 oleh rakannya disyaki warga asing untuk menjaga premis terbabit yang menjual telefon bimbit, perkakasan bilik serta membaiki basikal."Saya diminta jaga kedai ini hari ini saja cik |
|
Ada warga tempatan datang mengaku 'majikan', 'penjaga' - Sinarharian - 21/10 6:26 pm KLANG - Hampir setiap premis perniagaan dipercayai dimiliki serta menggajikan warga asing yang diperiksa di sekitar Meru, di sini akan didatangi warga tempatan konon mendakwa sebagai 'majikan' mahu pun 'penjaga'.Situasi itu antara yang dikesan ketika Operasi Bersepadu pada jam 11 pagi yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Rabu.Pelbagai pemeriksaan premis dilaksanakan antara kedai gunting rambut, bengkel kenderaan, kedai runcit, kedai cuci kereta dan kedai telefon bimbit.Semasa pemeriksaan di salah satu premis, seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai majikan tidak berpuas hati apabila kedainya diperiksa anggota MBDK.Malah, dengan nada agak tinggi, lelaki yang ditemani isterinya warga tempatan enggan mendedahkan siapa pekerjanya disyaki warga asing dengan memberi pelbagai alasan sebelum didatangi seorang lelaki tempatan yang mengaku merupakan adik kepada isteri lelaki terbabit kononnya penjaga premis."Saya tak tahu pekerja hari ini cik |
|
Imigresen serbu 19 lokasi di Janda Baik, tahan 65 warga asing - Sinarharian - 21/10 5:38 pm BENTONG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 19 lokasi sekitar Janda Baik dan menahan 65 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Mega Bersepadu, pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata operasi bermula 10 pagi meliputi Kampung Cemeruh, Ceringin dan Sumsum itu dijalankan susulan aduan penduduk dan laporan media mengenai kebanjiran warga asing di kawasan peranginan tersebut."Hasil daripada serbuan ke atas 19 lokasi merangkumi resort, kebun dan tapak pembinaan, sebanyak 278 warga asing telah diperiksa dan 65 daripadanya ditahan atas sebab munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen."Kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 54 tahun itu akan dibawa ke Depot Kemayan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, menggunakan dokumen perjalanan palsu dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.Lokman Effendi berkata, operasi bersepadu itu melibatkan 150 anggota daripada JIM Pahang, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya, selain kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negata (JPN).Dalam serbuan itu, beliau berkata, JIM turut mengeluarkan notis saman kepada dua warga tempatan iaitu pemilik resort dan pemilik kebun untuk hadir memberi keterangan kerana disyaki melindungi warga asing."Kita berharap agar rakyat Malaysia lebih berjiwa patriotik dan tidak menyewakan tanah atau premis perniagaan kepada warga asing kerana kebanjiran mereka berpunca daripada wujudnya penawaran dan permintaan," katanya.Mengulas mengenai penguatkuasaan di seluruh negara, beliau memaklumkan JIM telah melaksanakan lebih 11,000 operasi bermula 1 Jan lepas hingga semalam.Lokman Effendi berkata, dalam tempoh berkenaan, hampir 150,000 warga asing diperiksa, 41,000 ditahan, manakala lebih 45,000 lagi telah dihantar pulang ke negara asal |
|
Sindiket pelacuran rentas sempadan: 30 ditahan di KL, Johor - Mygazette - 21/10 3:56 pm Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda. Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63, termasuk kesalahan memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah serta tinggal selepas tamat tempoh pas atau permit |
|
Sindiket pelacuran jadikan Malaysia pusat operasi tumpas, sembilan ditahan - Sinarharian - 21/10 9:36 am KUALA LUMPUR - Sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang yang menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan warga Singapura dibongkar pada Selasa.Op Noda-Rentas Sempadan itu digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Singapore Police Force (SPF) di beberapa premis kediaman sekitar Kuala Lumpur dan Johor.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, serbuan berjaya menahan sembilan individu membabitkan seorang tempatan dan lapan warga asing berusia lingkungan 29 hingga 56 tahun.Menurutnya, tangkapan membabitkan lima lelaki dan empat wanita itu dipercayai ahli sindiket persundalan yang sama dan mempunyai rekod dikehendaki (wanted) oleh SPF di bawah kesalahan Section 146A (1)(b) Women's Charter 1961 dan Section 109 Of Penal Code."Semakan awal dokumen pengenalan diri yang dirampas, warga asing yang ditahan merupakan tujuh warga China dan seorang Singapura."Seorang warga Singapura dan empat China didapati telah tinggal lebih masa di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, kesemua sembilan tangkapan akan diserahkan kepada pihak SPF melalui Bahagian D12 (NCB/Interpol) JSJ Bukit Aman selepas pengesahan identiti di bawah Seksyen 5(3) Akta (Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 di hadapan majistret.Dedah beliau, modus operandi sindiket dipercayai mula aktif sejak tahun 2024 di Singapura dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang yang menawarkan khidmat pelacur kepada pelanggan di Singapura."Malaysia dijadikan sebagai hab operasi bagi mengelakkan serta menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan pencegahan ke atas kumpulan sindiket," ujarnya.Dalam operasi sama, pasukan serbuan turut menahan 21 warga asing terdiri daripada lima lelaki dan 16 wanita berusia lingkungan 19 hingga 41 tahun dipercayai terlibat mempromosi dan menguruskan khidmat persundalan dalam talian.Katanya, warga asing terdiri daripada 17 China, tiga Vietnam dan seorang Laos disiasat di bawah Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama."Kejayaan operasi ini membuktikan keberkesanan sinergi strategik di antara Polis Diraja Malaysia dan SPF melalui perkongsian maklumat risikan," ujarnya. |
|
Pembolosan warga asing di KLIA: Mengapa masih tiada kesudahan? - Utusan - 21/10 8:00 am ISU kemasukan warga asing yang tidak memenuhi syarat melalui pintu masuk negara, khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bukan lagi sekadar masalah imigresen |
|
Sindiket ambil kesempatan cuaca berjerebu seludup PATI - Sinarharian - 20/10 6:11 pm PELABUHAN KLANG - Sindiket penyeludupan migran dipercayai mengambil kesempatan terhadap keadaan cuaca berjerebu di utara perairan Selangor bagi menyeludup masuk warga Indonesia ke negara ini.Bagaimanapun, kegiatan itu dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas menahan sebuah bot kayu membawa 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tanjung Karang, kira-kira jam 12 tengah malam Selasa.Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, keadaan jerebu berpotensi menyukarkan pengesanan sasaran.Menurutnya, laluan utara yang digunakan bot berkenaan turut berada di kawasan pinggir liputan radar, menyebabkan pengesanan lebih mencabar berbanding kawasan yang lebih hampir dengan pantai."Jerebu boleh memudahkan mereka memasuki kawasan perairan kita kerana pengesanan radar menjadi lebih sukar."Sasaran yang dikesan mungkin kelihatan terlalu kecil pada paparan radar, menyebabkan ia tidak dapat dikesan dengan baik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu hasil maklumat risikan yang diterima kira-kira jam 11 malam."Sebuah bot iaitu bot Pengalang 41 kemudian diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan mendapati bot kayu berwarna merah berjalur hitam itu membawa seorang tekong, dua awak-awak dan 54 penumpang terdiri daripada 31 lelaki serta 23 wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun," katanya.Abdul Muhaimin berkata, siasatan awal mendapati setiap individu dipercayai dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 untuk perjalanan berkenaan."Tekong pula dipercayai menerima upah kira-kira RM1,600, manakala setiap awak-awak menerima sekitar RM1,500," katanya."Perjalanan dari Indonesia ke Malaysia mengambil masa kira-kira 26 jam dan sindiket dipercayai mengumpulkan migran di satu lokasi di Indonesia sebelum menggerakkan mereka menggunakan laluan laut," katanya.Menurutnya, sebahagian migran dipercayai memilih laluan tidak sah untuk memasuki semula negara ini kerana pernah disenarai hitam, termasuk akibat tinggal melebihi tempoh dibenarkan.Katanya, kegiatan itu turut didorong faktor ekonomi apabila ada antara mereka yang datang untuk mencari pekerjaan di Malaysia."Modus operandi mereka berubah-ubah, ada yang sudah biasa menggunakan laluan ini dan ada juga yang baru pertama kali memasuki Malaysia."Kita sentiasa memantau kegiatan ini dan akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi menghalang kemasukan migran melalui laluan tidak sah," katanya.Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan jenayah rentas sempadan dan akan memberi tumpuan kepada usaha mengesan dalang, tekong serta ejen sindiket."Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim atau talian kecemasan MERS 999," katanya. |
|
Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik - Murai - 20/10 3:26 pm Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen |
|
Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian - Sinarharian - 20/10 2:21 pm KULIM - Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini.Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Kesemua tertuduh Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Loo Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti penipuan atas talian beralamat di Bandar Putra Kulim pada jam 8 malam, 9 Oktober lalu.Sementara itu, seramai 41 lagi warga India dan Pakistan termasuk tujuh wanita turut didakwa mengikut pertuduhan sama.Bagaimanapun, warga India dan Pakistan berusia 25 hingga 41 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan menggunakan Bahasa Inggeris.Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 120B(1) kanun yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Fadilla Muhammad Fauzi tidak membenarkan jaminan untuk kesemua tertuduh warga India dan Pakistan.Kesemua 49 tertuduh termasuk warga tempatan, India dan Pakistan diwakili Peguam Kenny Tan Cheng Yee.Majistret kemudian menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan ke atas kesemua warga asing yang mengaku tidak bersalah.Sementara itu, dalam mahkamah sama, Lee Jian, Loh Seng Huang dan Chew Joo Hock turut dituduh membenarkan 17 imigran haram tinggal di premis sama.Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM8,000 bagi setiap seorang.Mereka didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum bawah Seksyen 55E(2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.Sebutan semula kes ditetapkan 18 Januari 2027.Sebelum ini, Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis India dalam serbuan di Bandar Putra di sini baru-baru ini. |
|
Kaedah pemprosesan ayam meragukan, Jakim siasat syarikat pembekal bukan pemegang SPHM - Sinarharian - 20/10 2:10 pm SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dakwaan pembekal ayam di sebuah premis di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam mengikut hukum syarak, tetapi mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Status halal dan rangkaian pengedaran ayam yang diproses juga didakwa diragui ramai pihak.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) ke atas syarikat bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) itu."Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama PBT ke atas syarikat bukan pemegang SPHM tentang isu ayam yang sedang tular," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa Jakim membuat siasatan segera mengenai kaedah penyembelihan, status halal serta rangkaian pengedaran ayam yang diproses di sebuah premis di Kuala Lumpur.Menurut beliau, ia bagi memastikan proses penyembelihan ayam di premis tersebut benar-benar mematuhi hukum syarak, memiliki status halal dan lokasi ia dibekalkan untuk dijual.Tambahnya, siasatan bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga perlu meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing.Jika terbukti berlaku pelanggaran, Mohd Radzi menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas syarikat pembekal ayam itu.Isu tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat selepas tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok, memaparkan seorang lelaki dengan selamba menghisap rokok ketika ditanya individu lain tentang kaedah pemprosesan ayam yang mencurigakan dibuat pihaknya.Majoriti wargamaya berang sambil mempersoalkan sama ada ayam yang dibekalkan di sekitar Kuala Lumpur adalah bangkai atau sebaliknya. |
|
Bersama gesa Anwar jawab tiga perkara babit krisis kewangan Zetrix - Sinarharian - 20/10 12:51 am SHAH ALAM Parti Bersama Malaysia (Bersama) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiga perkara berkaitan krisis kewangan yang sedang dihadapi Zetrix AI Berhad (Zetrix), yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Berhad.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) setakat 1 April 2026.Menurutnya, maklumat itu penting bagi menunjukkan tahap keterdedahan dana awam terhadap krisis kewangan yang dihadapi syarikat berkenaan.Katanya, penjelasan itu turut perlu melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Maybank dan CIMB.Rafizi berkata, Anwar juga perlu memaklumkan jumlah pegangan saham yang masih dimiliki dana-dana berkenaan setakat 20 Oktober serta jumlah kerugian yang ditanggung dana awam susulan kejatuhan harga saham Zetrix."Berapakah kerugian atas kertas bagi saham yang masih dipegang dan jumlah kerugian sebenar bagi saham yang dijual antara 1 April hingga 20 Oktober 2026 berbanding harga pembelian asal?"Selain itu, syarikat manakah yang menjadi pembekal teknologi kepada Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) selepas Zetrix melupuskan pegangan dalam HeiTech Padu Berhad dan apakah kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Rafizi berkata, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Anwar sebagai pemimpin yang memperjuangkan tatakelola baik untuk menjawab persoalan tersebut secara terbuka.Beliau turut melampirkan laporan kewangan Zetrix yang menunjukkan harga penutupan saham syarikat itu pada 1 April 2026 ialah 75.5 sen sesaham.Menurutnya, harga saham berkenaan merosot kepada lima sen sesaham pada 19 Oktober 2026, iaitu penyusutan sebanyak 93.4 peratus dalam tempoh enam bulan.Berdasarkan laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, Rafizi memperincikan pegangan saham Zetrix oleh beberapa dana awam."KWSP memegang 67,674,000 saham setakat 1 April 2026, KWAP sebanyak 390,090,000 saham setakat 2 Oktober 2025 dan UJSB sebanyak 211,507,500 saham setakat 1 April 2026."Maklumat terkini pegangan dana-dana awam dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia belum dilaporkan sehingga Laporan Tahunan Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pegangan yang direkodkan pada Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dimiliki ketiga-tiga dana awam itu adalah besar.Menurut Rafizi, sekiranya KWSP, KWAP dan UJSB masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku bermula 28 Ogos lalu, mereka mungkin terlepas peluang untuk mengehadkan kerugian.Beliau tidak menolak kemungkinan dana awam berkenaan berdepan potensi kerugian sehingga RM472 juta berdasarkan penyusutan nilai sebanyak 70.5 sen sesaham."Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata."Sejak sebulan lalu, selain kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM314 juta, Zetrix juga terus berdepan masalah aliran tunai."Terbaharu, pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix yang sehingga kini masih belum diselesaikan," katanya. |
|
31 ditahan, polis tumpas sindiket scam antarabangsa - Sinarharian - 20/10 12:29 am KUANTAN Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6 hingga 14 Oktober lalu.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, sindiket berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian, love scam dan tawaran pekerjaan sambilan palsu dengan menyasarkan mangsa dari China, Eropah serta Amerika Syarikat."Dalam operasi pertama di Sungai Lembing pada 6 Oktober lalu, polis menahan lima suspek terdiri daripada tiga lelaki warga China, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dalam talian."Pada keesokannya, tujuh lelaki warga China ditahan di Kuantan dalam operasi berkaitan penipuan pelaburan dalam talian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.Menurutnya, lapan lagi suspek ditahan di Kuantan pada 12 Oktober lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan love scam.Beliau berkata, empat lelaki warga China turut ditahan pada 13 Oktober dalam operasi berasingan yang membabitkan modus operandi sama.Dalam operasi terakhir pada 14 Oktober, tujuh lelaki warga China ditahan di Genting Highlands, Bentong kerana disyaki terlibat dalam penipuan tawaran pekerjaan sambilan menerusi platform Amazon.Azry Akmar berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan tersebut."Antara barangan yang dirampas ialah komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, modem dan penghala (router) selain wang tunai berjumlah RM4,850."Siasatan awal mendapati kegiatan itu dijalankan secara terancang dengan setiap ahli mempunyai peranan tertentu," katanya.Menurut beliau, sindiket berkenaan menggunakan akaun media sosial palsu, aplikasi komunikasi dan rangkaian internet bagi memperdaya mangsa serta menyembunyikan identiti sebenar mereka.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Imigresen.Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu, ejen hartanah, pemilik premis atau pemilik bangunan yang disyaki mempunyai kaitan, membantu atau bersekongkol dengan sindiket berkenaan."Siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap mana-mana pihak yang disyaki terbabit dan tindakan undang-undang termasuk pertuduhan di mahkamah akan diambil sekiranya terdapat bukti mencukupi," katanya. |
|
Tular dakwaan ayam tidak disembelih, Radzi Jidin gesa Jakim siasat status halal - Sinarharian - 20/10 10:55 am SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa membuat siasatan segera mengenai kaedah penyembelihan, status halal serta rangkaian pengedaran ayam yang diproses di sebuah premis di ibu negara.Ia susulan tular video berkaitan isu kebersihan dan cara ayam itu diproses di premis berkenaan.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi memastikan proses penyembelihan ayam di premis tersebut benar-benar mematuhi hukum syarak, memiliki status halal dan lokasi ia dibekalkan untuk dijual."Siasatan bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga perlu meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing."Jika terbukti berlaku pelanggaran, tindakan tegas mesti diambil."Isu halal dan keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Bagaimanapun, Mohd Radzi tidak menyebut lokasi premis secara spesifik.Dalam masa sama, beliau mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah Jakim bagi membolehkan siasatan dijalankan.Mohd Radzi turut memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk perhatian lanjut.Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Jakim berhubung perkara berkenaan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |