///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Ipu News   Page 1    



Jerebu: 33 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi setakat jam 6 pagi - Astroawani - 10/10 6:45 am

Johor merekodkan jumlah kawasan tidak sihat tertinggi melibatkan Batu Pahat , Pasir Gudang, Tangkak, Larkin, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Pengerang.





36 kawasan catat IPU tak sihat, bacaan tertinggi di Pasir Gudang - FMT - 9/10 6:39 pm

Kawasan lain termasuk Segamat dan Larkin di Johor, Seremban di Negeri Sembilan, serta Johan Setia di Selangor.





36 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang rekod bacaan tertinggi - Sinarharian - 9/10 6:26 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5.45 petang ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 190.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Johor yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Segamat (187), Larkin (185), Tangkak (183), Batu Pahat (177), Kluang (176), Pengerang (175) dan Kota Tinggi (175).Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Seremban (189), Nilai (183) dan Port Dickson (174) manakala di Melaka melibatkan Bukit Rambai (187), Bandaraya Melaka (183) serta Alor Gajah (181).Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 181, diikuti Shah Alam (175), Petaling Jaya (167), Klang (167), Banting (166) dan Kuala Selangor (156).Cheras dan Batu Muda di ibu negara masing-masing merekodkan bacaan 177 dan 172 manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 170.Lima kawasan di Perak turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Tasek Ipoh (182), Pegoh Ipoh (176), Tanjung Malim (174), Seri Manjung (158) dan Taiping (110).Kawasan lain yang turut terjejas ialah Rompin (162), Indera Mahkota Kuantan (158) dan Temerloh (156) di Pahang manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (156) dan Alor Setar (152).Selain itu, tiga kawasan di Pulau Pinang, iaitu Minden (154), Seberang Jaya (147) dan Seberang Perai (129) turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.Sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya





IPU cecah tahap tidak sihat, Hari Sukan Negara di Melaka ditangguh - Mygazette - 9/10 3:23 pm

# IPU cecah tahap tidak sihat, Hari Sukan Negara di Melaka ditangguh MELAKA Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditangguhkan susulan keadaan jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap tidak sihat di beberapa kawasan negeri ini





Jerebu: KAFA ditutup jika IPU cecah 180 mulai hari ini - Mygazette - 9/10 3:23 pm

# Jerebu: KAFA ditutup jika IPU cecah 180 mulai hari ini KUALA LUMPUR Semua premis Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup mulai hari ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara





Jerebu: Sekolah di P.Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm

# Jerebu: Sekolah di P.Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh GEORGE TOWN - Semua sekolah di negeri ini beroperasi seperti biasa, namun aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa





Sekolah di 3 daerah Perak ditutup akibat jerebu - FMT - 9/10 1:57 pm

Institusi pendidikan di Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar diarah tutup serta-merta selepas bacaan IPU di Ipoh mencecah 180.





Jerebu: Sekolah di dua daerah ditutup serta-merta - Sinarharian - 9/10 1:18 pm

IPOH - Semua sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar di negeri ini ditutup serta-merta susulan situasi semasa jerebu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 180.Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, bacaan itu direkodkan di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh pada jam 11 pagi pada Jumaat.Menurutnya, semua sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlibat ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan."Sekolah terlibat perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan sepanjang tempoh penutupan."Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) juga perlu melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, PPD terlibat diminta memastikan maklumat penutupan disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa, penjaga dan murid di daerah masing-masing.Katanya, ibu bapa dan penjaga juga diminta mengikuti perkembangan serta pengumuman rasmi JPN Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan."Pihak sekolah akan terus memantau keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sepanjang tempoh penutupan," katanya.Pada Khamis, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad dilapor berkata, semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup pada Jumaat.Penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan keadaan jerebu yang melanda negara.Bagi institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin ini.





[TERKINI] Jerebu: 37 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi ini, Seremban tertinggi - Astroawani - 9/10 11:30 am

37 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi, Seremban tertinggi 187





KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini - Wrlr - 9/10 11:17 am

Keselamatan dan kesihatan anak-anak serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kita, katanya. Keputusan itu dibuat ketika keadaan jerebu dilaporkan semakin membimbangkan di beberapa kawasan, dengan KPM sebelum ini menetapkan tindakan penutupan sekolah berdasarkan bacaan IPU yang ditetapkan





Selatan Semenanjung catat IPU tak sihat akibat jerebu berterusan - FMT - 9/10 11:03 am

Bacaan IPU di semua kawasan tersenarai di Melaka dan Negeri Sembilan mencecah 174 atau lebih tinggi, manakala beberapa kawasan di Johor melebihi 180.





37 kawasan catat IPU tak sihat, Seremban paling tinggi - Mkini - 9/10 11:00 am

Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.





37 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9.30 pagi - Sinarharian - 9/10 10:53 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.30 pagi tadi dengan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 186.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Negeri Sembilan yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Nilai (183) dan Port Dickson (174).Di Melaka, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing dengan bacaan 184 dan Alor Gajah (178), sementara di Johor, lapan kawasan terjejas, iaitu Segamat (183), Pasir Gudang (181), Tangkak (181), Kluang (176), Larkin (173), Pengerang (171), Batu Pahat (169) serta Kota Tinggi (166).Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 183, diikuti Shah Alam (178), Petaling Jaya (169), Banting (168), Klang (167) dan Kuala Selangor (151).Batu Muda dan Cheras di ibu negara pula masing-masing merekodkan bacaan 171 dan 170, manakala Putrajaya (170).Lima kawasan di Perak turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Tasek Ipoh (178), Tanjung Malim (173), Pegoh Ipoh (172), Seri Manjung (159) dan Taiping (128).Kawasan lain yang turut terjejas ialah Rompin (170), Indera Mahkota Kuantan (162) dan Temerloh (154) di Pahang, manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (157) dan Alor Setar (153).Selain itu, tiga kawasan di Pulau Pinang, iaitu Minden (153), Seberang Jaya (152) dan Seberang Perai (119) serta Kemaman di Terengganu (153) turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya





Bukan Sekadar Angka, Begini Rupanya Cara IPU Dikira Ketika Jerebu - Siakapkeli - 9/10 10:10 am

BukanSekadarAngka,Begini Rupanya Cara IPU Dikira Ketika Jerebu - Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia menyebabkan





JAKIM Arah Premis KAFA Di Kawasan IPU 180 Ditutup Mulai Hari Ini - Siakapkeli - 9/10 9:41 am

Semua premis Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 hendaklah ditu...





Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika... - Mygazette - 9/10 7:25 am

# Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika IPU tinggi MELAKA Semua sekolah di seluruh Melaka ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan utama melepasi 150, sekali gus mencapai tahap tidak sihat





Jerebu: Semua institusi pendidikan di N. Sembilan ditutup esok - Mygazette - 9/10 7:25 am

Sembilan ditutup esok SEREMBAN - Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM hari ini berdasarkan bacaan Indeks PencemarUdara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada 5 petang





Jerebu: Insititusi pendidikan KPM di kawasan IPU lebih 180 diarah tutup .. - Mygazette - 9/10 7:25 am

# Jerebu: Insititusi pendidikan KPM di kawasan IPU lebih 180 diarah tutup esok KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula esok





[TERKINI] Jerebu: 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi - Astroawani - 9/10 6:35 am

Negeri Sembilan muncul antara negeri yang paling terjejas apabila Seremban merekodkan bacaan 187, diikuti Nilai (184) dan Port Dickson (173).





Jerebu: 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi - Astroawani - 9/10 6:35 am

Negeri Sembilan muncul antara negeri yang paling terjejas apabila Seremban merekodkan bacaan 187, diikuti Nilai (184) dan Port Dickson (173).





IPU Malaysia wajar jadi rujukan utama - Hmetro - 9/10 6:30 am

Kuala Lumpur: Perbezaan kaedah pengiraan dan piawaian indeks menjadi antara punca bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sama dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang dipaparkan platform antarabangsa seperti IQAir





Jerebu: Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup esok - Sinarharian - 8/10 11:53 pm

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayaserta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok berikutan situasi jerebu.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sekolah di negeri lain iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan pula beroperasiseperti biasa."Saya telah meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya menerusi hantaran Facebookmalam ini.Beliau turut menzahirkan rasa prihatin mengenaikesulitan dihadapi ibu bapa susulan pengumuman penutupan sekolah berkenaan yang memberi kesan kepada urusan harian."Kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan," katanya sambil menambah keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.Sehubungan dengan itu, Fadhlinamenasihati ibu bapa agar sentiasa mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak sekolah, JPN dan PPDmasing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini.Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan semua sekolah di negeri itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai setakat 5 petang.JPN Melaka pula memaklumkan keputusan penutupan diambil susulan pemantauan berterusan pihaknya dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar yang menunjukkan IPU di kawasan utama negeri itu melepasi paras 150 iaitu pada tahap tidak sihat.Sementara itu, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sekolah dibuat berasaskan bacaanIPUdi stesen pemantauan setakat 5 petang tadi, manakala penutupan sekolah di ibu negara berdasarkan IPU di Stesen Cheras dan Batu Muda setakat 2 petang.Di Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan semua sekolah agama negeri di bawah jabatan itu ditutup sepenuhnya mulai esok, selain menyarankan sekolah Islam persendirian yang berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikuti ketetapan berkenaan.Berikutan penutupan itu, semua institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan, manakala ibu bapa dinasihatkan sentiasa merujuk maklumat daripada saluran rasmi.- Bernama





IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok - Mypress - 8/10 11:08 pm

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok





Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok - Kosmo - 8/10 10:23 pm

PUTRAJAYA Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu yang menjejaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan





Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok - FMT - 8/10 9:23 pm

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa selain mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan serta ketetapan KPM.





KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat - Mypress - 8/10 9:22 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh…





Sekolah ditutup jika IPU lebih 180, lebih 150 selama tiga hari - Mkini - 8/10 9:22 pm

Paras ambang baru itu lebih rendah berbanding paras IPU 200 yang digunakan ketika ini untuk menutup sekolah.





Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok - Sinarharian - 8/10 8:32 pm

SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai Jumaat.Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5.00 petang Khamis.Menurutnya, ia juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KPM pada Khamis berhubung situasi jerebu."Ketetapan ini dibuat berdasarkan Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru."Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan," menurut kenyataan itu.Jelasnya, pihaknya menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke masa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan dan ketetapan yang ditetapkan oleh KPM.JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa peka terhadap perkembangan.





Jerebu: JAS Tegaskan Bacaan IPU Rasmi Hanya Melalui APIMS, MyJAS EQMS - Siakapkeli - 8/10 8:07 pm

JAS menasihatkan orang ramai merujuk bacaan IPU rasmi melalui APIMS atau MyJAS EQMS kerana platform lain mungkin menggunakan skala, kaedah pengiraan dan sumber data berbeza.





Sekolah, institusi pendidikan di lokasi catat IPU lebih 180 ditutup mulai esok - Sinarharian - 8/10 7:53 pm

KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula Jumaat.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan itu juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan aspek keselamatan dan kesihatan murid."Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat."Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula Isnin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Azam berkata, sekolah dan institusi pendidikan KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan."Pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru," ujarnya lagi.Beliau menambah, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.Dalam pada itu, menurutnya, KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawahnya membuat pemantauan secara berterusan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya bacaan IPU melebihi paras ditetapkan."KPM turut akan terus memantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa terpelihara sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong," tambahnya.





Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok - FMT - 8/10 7:52 pm

Keputusan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan jerebu.





[TERKINI] KPM Umum Sekolah Tutup Esok Untuk IPU Lebih 180 & Isnin Jika Cecah 150 Selama 3 Hari - Siraplimau - 8/10 7:47 pm

Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membuatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika berada di luar, malah turut memberi kesan kepada sesi persekolahan. Baca juga: [VIDEO] Permata Seni Koir Cipta Kejutan Di Jerman, Raih Juara Keseluruhan Dengan 29/30 Mata! SYARAT PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN KEADAAN JEREBU Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan ketetapan baharu […] The post [TERKINI] KPM Umum Sekolah Tutup Esok Untuk IPU Lebih 180 & Isnin Jika Cecah 150 Selama 3 Hari first appeared on SirapLimau.com .





IPU Lebih 180: Institusi Pendidikan KPM Di Kawasan Terjejas Ditutup Mulai Esok - Siakapkeli - 8/10 7:19 pm

Semua institusi pendidikan KPM di kawasan dengan bacaan IPU melebihi 180 akan ditutup mulai esok, manakala PdPR dilaksanakan bagi sekolah dan institusi terjejas.





Semua sekolah di kawasan catat IPU melebihi 180 ditutup - KPM - Hmetro - 8/10 7:05 pm

Kuala Lumpur: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula esok





Kualiti udara: JAS lapor hasil pemantauan stesen, platform lain guna sumber, kaedah berbeza - FMT - 8/10 6:58 pm

IPU Malaysia merupakan bacaan purata yang dilaporkan setiap jam, hasil pemantauan stesen pengawasan kualiti udara berdasarkan standard antarabangsa.





Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura – .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Saya yakin operasi penerbangan di LTAS akan kembali pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi," katanya. Setakat pukul 9 pagi tadi, tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Segamat merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186; diikuti Pasir Gudang (180), Larkin (178) dan Tangkak (171).- MalaysiaGazette





Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di kawasan terjejas KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar keselamatan dan kesihatan murid diutamakan dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negara ketika ini. Seri Paduka Baginda juga menasihatkan penutupan sekolah di kawasan terjejas, terutamanya yang mencatatkan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) antara 150 dan 180 secara berpanjangan





Anwar hubungi Prabowo, gerakkan Asean tangani jerebu - FMT - 8/10 4:21 pm

Malaysia turut meningkatkan operasi pembenihan awan ketika 38 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat setakat 3 petang.





Agong titah sekolah ditutup jika IPU lebih 150 hingga 180 - FMT - 8/10 3:48 pm

Sultan Ibrahim mahu keselamatan dan kesihatan murid diutamakan ketika jerebu melanda Malaysia ketika ini.





Jerebu: IPU Segamat meningkat kepada 190, kualiti udara 38 stesen kekal membimbangkan - Astroawani - 8/10 3:40 pm

Di Lembah Klang, Putrajaya merekodkan bacaan 175 manakala Cheras mencatatkan bacaan 174





Jerebu: Agong Nasihat Sekolah Di Kawasan Terjejas Ditutup, Utamakan Keselamatan Murid - Siakapkeli - 8/10 3:33 pm

Yang di-Pertuan Agong nasihat sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup susulan bacaan IPU 150 hingga 180, dengan keselamatan dan kesihatan murid...





Jerebu: Segamat rekod IPU 189, kualiti udara di beberapa kawasan masih membimbangkan - Astroawani - 8/10 1:30 pm

Sebanyak 38 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan di Pantai Barat, selatan serta Pantai Timur Semenanjung merekodkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya.





Jerebu Belum Pulih, Ini 38 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat - Siakapkeli - 8/10 12:02 am

Jerebu Belum Pulih, Ini 38 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi ini, kebanyakan kawasan di Malaysia masih diselubungi jerebu yang belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih sepenuhnya.





38 kawasan catat IPU tak sihat pagi ini - FMT - 8/10 11:32 am

Sebanyak 30 kawasan pula catatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiada kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.





Jerebu: Guru, kakitangan sekolah dibenarkan BDR sepanjang sekolah ditutup - Mygazette - 8/10 8:13 am

Turut ditutup, semua 575 Sekolah Agama Kerajaan Johor, tiga Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor serta 239 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) berdaftar di negeri ini. Setakat pukul 11 pagi tadi semua lapan stesen pemantauan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 161 hingga 187





Jerebu: Sekolah di Johor ditutup 2 hari bermula esok - Mygazette - 8/10 8:13 am

# Jerebu: Sekolah di Johor ditutup 2 hari bermula esok JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan semua sekolah di negeri ini ditutup susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang mencatatkan keadaan tidak sihat





Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai esok - Sinarharian - 7/10 7:58 pm

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di Johor ditutup selama dua hari bermula esok susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh daerah.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan danPenerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan berkenaan dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan serta kesihatan murid.Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan.Katanya, sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiranakan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkaitan."Kerajaan negerimemahami bahawa keputusan ini mungkin memberi kesan kepada urusan ibu bapa serta penjaga yang masih perlu bekerja."Justeru, kerjasama dan pertimbangan para majikan amat dihargai untuk memberikan fleksibiliti yang bersesuaian kepada ibu bapa yang terkesan, termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing," katanya dalam kenyataan.Dr Muhammad Naqib berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa.Beliau berkata, keputusan penutupan menuntut sedikit penyesuaian daripada semua pihak, namun keselamatan dan kesihatan anak-anak perlu menjadi keutamaan bersama.Sehubungan dengan itu, beliau menyeru ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah.Katanya, ibu bapajuga perlu memastikan pengambilan air secukupnya serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.Setakat jam 5 petang tadi, beberapa lokasi di Johormerekodkan bacaan IPU tahap tidak sihat, iaitu Segamat (179), Batu Pahat (177), Pasir Gudang (176), Larkin (172), Tangkak (169) Pengerang (167), Kota Tinggi (166) dan Kluang (165).-Bernama





JPN, PPD dan semua institusi pendidikan diarah pantau keadaan semasa jerebu - KPM - Sinarharian - 7/10 6:15 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawahnya, terus memantau keadaan semasa jerebu di lokasi masing-masing bagi tindakan selanjutnya.KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, arahan itu turut melibatkan pemberhentian semua aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan di luar bangunan secara serta-merta, khususnya di kawasan dengan bacaan IPU melebihi 100."KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, khususnya semasa menghadapi keadaan jerebu di luar jangkaan."Situasi jerebu yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, institusi pendidikan di daerah Batu Pahat di bawah seliaan JPN Johor ditutup sementara mulai hari ini, sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan susulan situasi semasa jerebu dan bacaan IPU yang direkodkan di kawasan itu.Sehubungan dengan penutupan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan berdasarkan kesesuaian serta ketetapan semasa dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid."Berdasarkan situasi semasa jerebu dan bacaan IPU yang direkodkan di seluruh negara terkini, pihak JPN Johor telah mengambil tindakan susulan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM," menurut kenyataan itu.Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawahnya dinasihatkan untuk sentiasa merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2016: Persediaan Sekolah Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid, Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Kering Berpanjangan bertarikh 26 April 2016, untuk tindakan sewajarnya.Selain itu, Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Langkah-langkah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid di Sekolah yang Berada Dalam Kawasan Jerebu yang Dianggap Kritikal bertarikh 15 Jan 2019.KPM turut memaklumkan, JPN, PPD dan semua institusi pendidikan di bawahnya, disaran melaksanakan langkah-langkah pencegahan sebagaimana dalam garis panduan, antaranya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan berjerebu serta semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah yang bacaan IPU melebihi 200, hendaklah ditutup dengan serta-merta.Selain itu, memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM, menggalakkan murid membawa air minuman sendiri dan minum dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik atau hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat jerebu dan cuaca panas."JPN, PPD dan semua institusi pendidikan bawah KPM juga perlu peka dan memantau bacaan IPU dan status terkini melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar pada pautan dari semasa ke semasa, bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan," menurut kenyataan itu.Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, mengeluarkan arahan penutupan semua sekolah, tadika dan taska di daerah itu bermula hari ini, berikutan IPU mencatat bacaan sangat tidak sihat, iaitu 203 pada 8 malam.Penutupan itu melibatkan keseluruhan 176 sekolah di bawah KPM di Batu Pahat merangkumi 144 sekolah rendah, 31 sekolah menengah dan sebuah Kolej Vokasional.Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid dalam kenyataan turut memaklumkan, sebanyak 106 Sekolah Agama Kerajaan Johor termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) serta 53 Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) berdaftar di daerah Batu Pahat, turut diarahkan tutup berkuat kuasa hari ini





IPU lebih 201: IPT diberi autonomi tentukan kaedah PdP - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# IPU lebih 201: IPT diberi autonomi tentukan kaedah PdP KUALA LUMPUR Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan warga kampus





Lapan kawasan di Johor catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi?? - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Lapan kawasan di Johor catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi JOHOR BAHRU Sebanyak lapan stesen pemantauan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 161 hingga 187 setakat pukul 11 pagi tadi





Batu Pahat masih diselubungi jerebu, aktiviti penduduk berjalan seperti .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Batu Pahat masih diselubungi jerebu, aktiviti penduduk berjalan seperti biasa BATU PAHAT - Keadaan jerebu di daerah ini mencapai tahap sangat tidak sihat selepas stesen pemantauan di sini mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang tinggi sehingga semua jenis sekolah diarah ditutup berkuat kuasa hari ini





Aktiviti luar bilik darjah henti serta-merta jika IPU lebih 100 - Utusan - 7/10 4:40 pm

PUTRAJAYA: Semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dan program keramaian di kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 diarahkan dihentikan serta-merta susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini





IPU Lebih 201: IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP Sesuai - KPT - Siakapkeli - 7/10 4:35 pm

KPT memberi autonomi kepada IPT di kawasan mencatatkan IPU melebihi 201 untuk menentukan mod PdP sesuai, selain mengarahkan pemantauan bacaan IPU dan penilaian aktiviti luar.





Aktiviti luar bilik darjah henti serta-merta jika IPU lebih 100 - Kosmo - 7/10 4:29 pm

PUTRAJAYA Semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dan program keramaian di kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 diarahkan dihentikan serta-merta susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini





IPT di kawasan IPU lebih 201 ada autonomi tentu mod PdP - Utusan - 7/10 4:22 pm

PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian susulan keadaan kualiti udara semasa





Jerebu: IPT diberi autonomi tentukan mod PdP jika IPU lebih 201 - FMT - 7/10 3:57 pm

Kementerian Pendidikan Tinggi berkata semua IPT di bawah seliaannya diarahkan memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing.





Putrajaya terus diselubungi jerebu - Sinarharian - 7/10 11:20 am

PUTRAJAYA Pusat pentadbiran negara diselubungi jerebu pada pagi Rabu apabila bangunan dan kawasan sekitar Putrajaya kelihatan kabur susulan kemerosotan kualiti udara.Keadaan itu jelas kelihatan menerusi pemandangan dari Pejabat Perdana Menteri apabila deretan bangunan kerajaan serta jalan utama di sekitar pusat pentadbiran negara dilitupi jerebu sehingga menjejaskan jarak penglihatan.Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Putrajaya turut menunjukkan keadaan tidak sihat apabila merekodkan bacaan 187 pada jam 11 pagi, meningkat secara berterusan daripada 183 pada jam 6 pagi.Rekod pemantauan menunjukkan bacaan IPU di Putrajaya mula meningkat sejak awal pagi, daripada 175 pada tengah malam kepada 180 pada jam 3 pagi, sebelum mencecah 183 pada jam 6 pagi dan 187 pada jam 11 pagi.Keadaan tersebut didominasi oleh pencemar PM2.5 dengan kepekatan direkodkan pada paras 125.5 mikrogram per meter padu pada jam 6 pagi ketika IPU berada pada bacaan 183.Putrajaya bukan satu-satunya kawasan terjejas apabila beberapa lokasi di Lembah Klang turut merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat, termasuk Cheras dan Johan Setia.Sementara itu, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan keadaan berjerebu dijangka berterusan di Putrajaya pada waktu pagi dan malam hari ini serta esok.Pada sebelah petang, ribut petir diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Putrajaya.Keadaan jerebu yang menyelubungi pusat pentadbiran negara itu turut menggambarkan kemerosotan kualiti udara yang ketara apabila bangunan yang lazimnya dapat dilihat dengan jelas dari kawasan Pejabat Perdana Menteri menjadi samar di sebalik lapisan jerebu.Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru, disaran mengehadkan aktiviti luar ketika bacaan pencemaran udara berada pada tahap tidak sihat.





35 kawasan catat IPU tak sihat, Batu Pahat tertinggi 191 - FMT - 7/10 8:25 am

Ia disusuli Johan Setia (189), Cheras dan Nilai (188), Putrajaya (186), Seremban (181) serta Shah Alam (180).





KL hilang diselubungi jerebu pagi ini - Utusan - 7/10 7:38 am

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur seakan-akan hilang apabila jerebu semakin menyelubungi ibu negara dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menghampiri paras 200 pagi ini





Jerebu: 33 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 7/10 7:26 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 pagi pada Rabu dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 195.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), beberapa kawasan lain yang mencatatkan bacaan tinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (188), Johan Setia, Selangor (188), Cheras, Kuala Lumpur (186), Putrajaya (183) dan Seremban, Negeri Sembilan (181).Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Shah Alam (179), Segamat (178), Batu Muda (176), Petaling Jaya (174), Bukit Rambai (174) dan Bandaraya Melaka (174).Johor menjadi negeri paling terjejas apabila sembilan stesen pemantauan mencatatkan bacaan tidak sihat, termasuk Pasir Gudang (172), Tangkak (171), Larkin (165), Pengerang (164), Kota Tinggi (163) dan Kluang (161).Di Pahang, enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Temerloh (166), Indera Mahkota Kuantan (163), Jerantut (160), Balok Baru Kuantan (158) dan Rompin (157), manakala Kemaman serta Paka di Terengganu masing-masing mencatat bacaan 156.Tawau, Sabah turut berada pada paras tidak sihat dengan bacaan 154, manakala Tanjung Malim, Perak mencatat bacaan 153 dan Serian, Sarawak 152.Sementara itu, 32 kawasan berada pada tahap sederhana, termasuk Kuching (99), Kota Bharu (89), Sungai Petani (78), Seberang Jaya (75) dan Kuala Terengganu (100).Hanya tiga kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Kota Kinabalu, Sabah (50), Kangar, Perlis (38) dan Langkawi, Kedah (30).Menurut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 adalah sederhana dan 0 hingga 50 berada pada tahap baik.Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah perlindungan sewajarnya ketika keadaan jerebu berterusan





Jerebu: 33 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 6 pagi - Astroawani - 7/10 6:45 am

Jerebu terus melanda negara apabila 33 kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat 6 pagi, dengan Batu Pahat merekod bacaan tertinggi 195.





IPU 203: Semua Sekolah, Tadika Dan Taska Di Batu Pahat Tutup Esok - Siakapkeli - 6/10 10:08 pm

Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat diarahkan tutup esok selepas bacaan IPU mencecah 203 pada jam 8 malam, iaitu tahap sangat tidak sihat.





IPU 203, semua sekolah di Batu Pahat ditutup esok - Hmetro - 6/10 9:57 pm

Batu Pahat: Semua sekolah dalam daerah ini akan ditutup esok, berikutan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan bacaan sangat tidak sihat pada jam 8 malam ini





Jerebu: Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat ditutup esok - Kosmo - 6/10 9:49 pm

BATU PAHAT Semua sekolah, tadika dan taska di seluruh daerah ini diarahkan tutup bermula esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang mencecah 203, malam ini





Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 6/10 9:36 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi, dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 188.Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di Johor yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Kluang (169), Segamat dan Larkin masing-masing 166, Pasir Gudang (165), Tangkak (164), Kota Tinggi (155) dan Pengerang (154).Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 161 manakala Seremban (157) sementara Bandar Raya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka masing-masing 155 dan 115.Di Pahang, Balok Baru dan Indera Mahkota di Kuantan merekodkan bacaan 153 dan 142 manakala Rompin (152) serta Jerantut (102).Putrajaya pula mencatatkan bacaan IPU 152, Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing 140 dan 120 manakala Kemaman dan Paka di Terengganu merekodkan 134 dan 111.Selain itu, sebanyak 48 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan lima kawasan merekodkan kualiti udara baik.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya





Jerebu: 17 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 6/10 7:57 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Johor muncul negeri paling terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing.Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 183, diikuti Kluang (169), Larkin (167), Segamat (165), Pasir Gudang (164) dan Tangkak (161).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Nilai (159), Seremban (156), Kota Tinggi (155), Pengerang (154), Putrajaya (152), Bandaraya Melaka (152), Balok Baru, Kuantan (152), Rompin (151), Cheras (132), Kemaman (109) dan Indera Mahkota, Kuantan (106).Berdasarkan kategori APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan golongan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.Sementara itu, 47 stesen pemantauan mencatat bacaan sederhana dengan nilai IPU antara 51 hingga 100.Antara kawasan yang hampir memasuki kategori tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka; Paka, Terengganu dan IPD Serian, Sarawak yang masing-masing merekodkan bacaan 99.Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan IPU 98, Shah Alam dan Banting masing-masing 90, Petaling Jaya (89) serta Klang (82).Sebanyak empat kawasan masih menikmati kualiti udara pada tahap baik iaitu Minden, Pulau Pinang (50), Kangar, Perlis (39), Langkawi, Kedah (29) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (26).Johor menjadi negeri paling terjejas apabila lapan daripada 10 bacaan IPU tertinggi negara direkodkan di negeri itu, menunjukkan keadaan jerebu yang lebih ketara berbanding kawasan lain.Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, batuk berpanjangan atau iritasi mata akibat jerebu.Data IPU boleh disemak menerusi laman web APIMS yang dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS)





Jerebu: Segamat masuk senarai tidak sihat, Batu Pahat kekal IPU tertinggi - Astroawani - 5/10 4:00 pm

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor dan Lembah Klang terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini.





Jerebu: Sembilan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 12 tengah hari - Astroawani - 5/10 12:30 am

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor dan Lembah Klang terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi.





Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 5/10 11:01 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi Isnin.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Johor merekodkan bacaan tertinggi dengan Larkin dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan 154, manakala Batu Pahat (153).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor (153), Cheras di Kuala Lumpur (152), Putrajaya (152) serta Nilai di Negeri Sembilan (124).Sementara itu, sebanyak 60 kawasan berada pada kategori sederhana manakala hanya satu kawasan merekodkan kualiti udara yang baik iaitu Langkawi, Kedah.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya




Reformasi     >>



‘Kalau cakap sekadar nak bunyi, lembu pun .. - Harapandaily
Pembangkang dicabar supaya membentangkan belanjawan alternatif, bukannya sekadar mempertikaikan perancangan ekonomi Kerajaan MADANI. Gesaan orang ramai di media sosial itu susulan kritikan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), Syahir Sulaiman terhadap Belanjawan 2027 yang kemudian ..
Kroni     >>



COURT WATCH: Murder charges, Zara Qairina inquest and .. - NST
KUALA LUMPUR: An e-hailing driver has pleaded not guilty to three charges over a crash that killed a 22-year-old Maldivian student and injured another passenger, including driving under the influence of methamphetamine.
Tabloid     >>



Biarpun kurang promosi tetapi puas hati dengan sokong .. - Hmetro
TUAH dan rezeki seseorang tidak sama. Justeru, ada sebab kenapa penyanyi Atilia Haron sangat bangga dan gembira dengan perkembangan dilaluinya sekarang. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Survey suggests that the iPhone Duo is tempting a .. - Androidauthority
Not quite an Android exodus, but encouraging reading for Apple.
World     >>



UN envoy warns Yemen has returned to full-scale war, .. - Aljazeera
Saudi Arabia and Yemen's internationally recognised gov't urge UN Security Council action amid Houthi escalation.
Motor Trend     >>



Buletin Belanjawan 2027: Potongan Cukai Hingga Rm5 .. - Mekanika
# BELANJAWAN 2027: POTONGAN CUKAI HINGGA RM5 JUTA KEPADA VENDOR AUTOMOTIF **Kerajaan menawarkan potongan cukai bagi kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta kepada syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya yang memindahkan operasi ke Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjong ..