![]() |
/// |
|
Search : Hospital Queen News | Page 1 |
Abang disyaki tikam adik direman empat hari - Mgazette - 13/08 3:05 pm MELAKA - Seorang lelaki yang disyaki menikam adiknya di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini |
Pemuda didakwa curi selipar, makanan kucing - Mgazette - 13/08 3:05 pm MELAKA - Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mencuri makanan kucing, pewangi, jem roti dan selipar milik sebuah pasar mini, Ahad lalu |
JKM cari waris bayi 30 hari - Mgazette - 13/08 3:05 pm MELAKA - Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jasin memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang bayi lelaki dikenali Mohamad Shaqeel Fayyad, berusia sebulan |
AGC putuskan inkues dijalankan tentukan punca kematian Zara Qairina AGC .. - Mgazette - 13/08 3:05 pm Tiga permohonan yang ditunaikan sebelum ini adalah kertas siasatan kes itu dikembalikan kepada polis dan siasatan dibuka semula, proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman dan kubur Zara Qairina digali semula supaya satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian. Kelmarin, proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai dijalankan selama hampir lapan jam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, selepas kubur Allahyarham digali semula |
PALAPES UTM: Tiada kesan cedera berunsur penderaan pada tubuh mangsa - Mgazette - 13/08 3:05 pm # PALAPES UTM: Tiada kesan cedera berunsur penderaan pada tubuh mangsa KUALA LUMPUR - Tiada kesan kecederaan berunsur penderaan ditemukan pada tubuh seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, yang meninggal dunia baru-baru ini |
Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM, warden ditempatkan sementara di JPN .. - Mgazette - 13/08 3:05 pm Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan berkata, pasukan terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu digerakkan ke Kontinjen Sabah sebahagian daripada komitmen memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh. Terdahulu, proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai dijalankan selama hampir lapan jam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, selepas kubur Allahyarham digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) |
AGC orders inquest into Zara Qairinas death - SUN - 13/08 2:55 pm PUTRAJAYA : The Attorney Generals Chambers (AGC) has decided to conduct an inquest to determine the cause and circumstances surrounding the death of Form One student Zara Qairina Mahathir |
AGC orders inquest into Zara Qairinas death - Sinardaily - 13/08 2:53 pm PUTRAJAYA - The Attorney Generals Chambers (AGC) has decided to conduct an inquest to determine the cause and circumstances surrounding the death of Form One student Zara Qairina Mahathir.In a statement today, the AGC said the decision was made after reviewing the investigation report submitted by the Royal Malaysia Police in connection with the death of the Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha student on Aug 12.According to the AGC, the inquest proceedings aim to establish the cause of death and determine whether there were any criminal elements involved."This process will be conducted at the Coroners Court independently and transparently under the provisions of the law, the statement read.The AGC said the decision to proceed with an inquest was in line with subsection 339(1) of the Criminal Procedure Code [Act 593].On Aug 8, the AGC said that Zara Qairina's remains needed to be exhumed to allow for a post-mortem to be carried out.It said further investigation by the police was necessary to ensure a thorough probe.Following this, the remains of the 13-year-old, who was buried at the Tanjung Ubi Muslim Cemetery in Kampung Mesapol in Sipitang, Sabah, were exhumed on Aug 9 and taken to Queen Elizabeth I Hospital for the post-mortem before being reburied early Monday at the same cemetery.Zara Qairina was pronounced dead at Queen Elizabeth I Hospital, Kota Kinabalu, on July 17.She had been taken there after being found unconscious in a drain near her school dormitory in Papar at about 4am on July 16 |
Murid tahun dua dakwa dibuli sampai patah hidung - Kosmo - 13/08 2:41 pm KUALA TERENGGANU Seorang murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan rakan sekolahnya sehingga mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang hidung baru-baru ini |
Students charged over school toilet bullying incident - SUN - 13/08 2:32 pm PETALING JAYA : Two female students were brought before the Sungai Petani Magistrates Court, today on charges of injuring and confining a classmate in a secondary school toilet last month |
No evidence of abuse in death of UTM Palapes cadet, says Defence Minister - Sinardaily - 13/08 2:31 pm KUALA LUMPUR - An investigation committee has found no evidence of abuse in the death of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Reserve Officers Training Unit (Palapes) trainee cadet Syamsul Haris Shamsudin, who died during training at the Army Basic Training Centre (Pulada) in Ulu Tiram, Johor, on July 28.Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the committees findings involved input from several ministries, including the Defence Ministry, Home Ministry, Health Ministry and Higher Education Ministry.He said the incident occurred a day after the 22-year-old began his training on July 27, and all training activities were carried out according to established guidelines and procedures."Testimonies from more than 30 witnesses, including trainees and instructors, confirmed that the training followed the prescribed procedures, and no abuse was reported, he told reporters after attending the Malaysian Armed Forces Education Excellence Awards ceremony here today.From a medical perspective, Mohamed Khaled said a post-mortem conducted at Kota Tinggi Hospital, attended by military medical personnel, confirmed that all initial aid given to the trainee complied with standard operating procedures."The hospital report also confirmed there were no signs of injury on the body, consistent with police investigation findings |
Apologise! Thai student punches teacher in the face for giving him 18/20 in exam - SUN - 13/08 2:23 pm A 17-year-old student in Uthai Thani, Thailand, is facing police action after assaulting his teacher for not awarding him a perfect score on a midterm exam |
Kes buang bayi bongkar sumbang mahram, bapa hamilkan anak perempuan sendiri - Sinarharian - 13/08 2:15 pm KAJANG Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan selepas dipercayai terlibat dalam kes membuang bayi perempuan di sebuah stesen minyak di Batu 14, Hulu Langat di sini, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 1.56 pagi."Pengadu mendakwa menemui seorang bayi perempuan berusia kurang seminggu dalam sebuah kotak berhampiran bangunan kedai di stesen minyak kawasan itu."Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan masih bernyawa dan sihat, sebelum dihantar ke hospital untuk pemantauan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, hasil siasatan pihak polis telah menahan tiga individu berusia 16 hingga 39 tahun pada jam 5.35 petang Selasa."Hasil siasatan mendapati laporan itu adalah rekaan, apabila pengadu didapati bersubahat dengan seorang rakan lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang."Lelaki itu disyaki melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya berusia 16 tahun sehingga remaja itu melahirkan anak |
Unemployed man charged with fathers murder in Kuala Krai - SUN - 13/08 1:52 pm KUALA KRAI: An unemployed man was charged in the Magistrates Court today with the murder of his father |
Kes Pegawai Kadet PALAPES UTM : Laporan Hospital Sahkan Tiada Kecederaan - Lobakmerah - 13/08 12:56 am Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini mengesahkan hasil siasatan jawatankuasa siasatan kematian Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam insiden berkenaan |
No abuse found in UTM Palapes cadet death, says defence minister - SUN - 13/08 12:30 am KUALA LUMPUR: An investigation committee found no evidence of abuse in the death of Universiti Teknologi Malaysia Reserve Officers Training Unit cadet Syamsul Haris Shamsudin |
Keputusan representasi pemandu Honda Jazz ditangguh lagi - Sinarharian - 13/08 12:25 am SEREMBAN - Mahkamah Majistret di sini pada Rabu sekali lagi menangguhkan keputusan representasi pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut di Senawang, Mac lalu.Majistret Saiful Sayoti memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum menerima keputusan representasi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika prosiding keputusan yang sepatutnya pada Rabu.Mahkamah kemudian menetapkan 10 September depan sebagai tarikh baharu keputusan representasi.Prosiding tersebut bagaimanapun berlangsung secara tertutup berikutan tertuduh yang berusia 17 tahun merupakan pesalah di bawah umur.Tertuduh diwakili peguam Johan Radzi manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17.Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Height, Senawang di sini pada 6 Mac lalu.Bagi pertuduhan kedua, remaja lelaki itu didakwa tidak memiliki lesen memandu di lokasi dan masa sama.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya.Bagaimanapun pada prosiding kes 23 April lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan pada 21 Mei, peguamnya memberitahu akan mengemukakan representasi.Terdahulu, remaja 17 tahun itu yang berkerusi roda hadir bersama ibunya dengan ditemani ahli keluarga lain.Media sebelum ini melaporkan dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah Honda Jazz yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.Empat hari kemudian, seorang lagi mangsa yang cedera parah turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini. |
HSNI cari waris warga emas meninggal dunia di Batu Pahat - SUN - 13/08 12:17 am BATU PAHAT: Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sedang mencari ahli keluarga atau waris seorang warga emas yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital tersebut |
Murid Tahun Dua patah tulang hidung, retak tulang mata dakwa dipukul rakan sekolah - Sinarharian - 13/08 12:16 am KUALA TERENGGANU [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki Tahun Dua di sebuah sekolah di daerah ini patah tulang hidung dan retak tulang berdekatan mata selepas didakwa dipukul beberapa rakan sekolah dalam kejadian pada 30 Julai lalu.Ibu mangsa, Rifka Amelia Bustomi Sofian, 37, berkata, insiden menimpa anak keduanya itu disedari selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah dan muka lebam sekitar jam 4 petang.Menurutnya, dia segera membawa anaknya ke sebuah klinik swasta sebelum membuat pemeriksaan X-ray yang mengesahkan tulang hidung kanak-kanak itu patah."Anak saya pernah beritahu sering dibuli sebelum ini, tetapi saya tidak sangka sampai tahap begini."Dia diserang oleh sekumpulan murid, ada yang memegang tangan supaya dia tidak dapat lari, ada yang menolak dan menumbuk mukanya sehingga dia terjatuh, menyebabkan tulang hidung patah serta retak tulang di bahagian mata," katanya ketika ditemui di pekarangan HSNZ di sini pada Rabu.Rifka Amelia berkata, pihak klinik turut menasihatkannya supaya membuat laporan polis dan merujuk kes itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)."Hari ini anak saya telah menjalani rawatan di HSNZ untuk menyambung semula tulang hidung yang patah dan masih dalam pemantauan pihak hospital," jelasnya.Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pertukaran kelas ketika Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)."Kebetulan anak saya dari kelas lain dan menumpang di kelas itu |
Keuntungan TNB dan projek 5G jadi fokus sidang Dewan Rakyat - SUN - 13/08 11:59 am KUALA LUMPUR : Kadar keuntungan tahunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas kenaikan tarif elektrik serta kemajuan projek 5G menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini |
Seorang maut dalam kebakaran hutan di Madrid, Sepanyol - SUN - 13/08 11:43 am MADRID : Seorang lelaki maut dalam kejadian kebakaran hutan di pinggir bandar Tres Cantos, kira-kira 20 kilometer utara Madrid |
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa sawit tumbang - Sinarharian - 13/08 11:28 am KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar sebatang pokok kelapa sawit tumbang di Jalan Kampung Teluk Pelepat, Tanjung Sedili di sini awal pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 12.10 tengah malam hasil laporan orang awam."Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa terlanggar pokok tumbang di lokasi."Perlanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 26 tahun yang bekerja kampung, terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala."Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sementara itu, Yusof berkata, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
Tiada unsur penderaan dikesan dalam kes kematian pelatih Palapes - Menteri Pertahanan - Sinarharian - 13/08 11:06 am KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin, 22, seperti didakwa sebelum ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam latihan itu menafikan berlakunya sebarang bentuk penderaan terhadap mangsa."Insiden ini berlaku ketika latihan di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) yang dijalankan dari 27 Julai hingga 2 Ogos |
HSNI cari waris warga emas meninggal dunia - Astroawani - 13/08 10:40 am Hospital Sultanah Nora Ismail sedang mencari ahli keluarga atau waris Morsani Othman yang telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu pada 27 Julai lepas. |
Mayat bayi lelaki ditemui ditanam di taman permainan - Sinarharian - 13/08 10:35 am GUA MUSANG [DIKEMAS KINI] Mayat bayi lelaki ditemukan ditanam di kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam lebih kurang 10.30 malam mengenai penemuan tersebut."Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mayat bayi lelaki yang telah ditanam."Hasil siasatan awal mendapati bayi itu adalah pramatang dan dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui," katanya kepada pemberita pada Rabu.Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian |
Kereta terbabas bongkar sindiket curi kabel - Sinarharian - 13/08 10:06 am GERIK - Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 29 Jalan Gerik-Kupang di sini pada Selasa bertukar menjadi petunjuk penting kegiatan sindiket mencuri kabel.Polis menemukan beberapa gulung kabel yang telah dipotong serta peralatan mencurigakan tersimpan dalam kenderaan tersebut.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan MPV jenis Perodua Aruz kira-kira jam 8.28 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan sehingga terbalik."Pemeriksaan lanjut mendapati tiada pemandu atau penumpang di lokasi, namun kita menemui beberapa kabel yang telah dipotong bersama peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan curi kabel."Penemuan ini membawa kepada siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Beliau berkata, usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan suspek yang dipercayai turut mengalami kecederaan.Katanya, kerjasama pihak klinik dan hospital diperlukan dengan segera memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu dengan kecederaan mencurigakan datang mendapatkan rawatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian kemalangan dan kecurian kabel ini diminta tampil membantu pihak polis bagi mengesan suspek terlibat," katanya. |
Kes Zara Qairina: KPM tempatkan sementara pengurusan SMKA Tun Datu Mustapha di JPN Sabah - Sinarharian - 13/08 9:31 am SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah buat sementara waktu hingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan pengumuman Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang telah mengambil alih siasatan kes pelajar Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir."Kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas."Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini."KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi memberikan keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat," katanya pada Rabu.Sebelum ini, Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum pelajar Tingkatan Satu itu disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan. |
Health Ministry allocates RM1.05m for urgent upgrades at Sandakans Duchess of Kent Hospital - Malaymail - 13/08 9:17 am KUALA LUMPUR, Aug 13 The Ministry of Health has approved an allocation of RM1.05 million to carry out minor work... |
Lelaki cedera parah ditikam abang sendiri di rumah - Mgazette - 13/08 8:07 am # Lelaki cedera parah ditikam abang sendiri di rumah MELAKA - Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditikam abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi |
Tempatkan pekerja sosial di sekolah bagi atasi kes buli - Mgazette - 13/08 8:07 am # Tempatkan pekerja sosial di sekolah bagi atasi kes buli KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menempatkan pekerja sosial di sekolah bagi menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar seperti kes buli, ponteng sekolah, ketidakupayaan belajar, kurang menghormati guru, dan masalah salah laku disiplin |
JAKIM anjurkan bacaan Yasin dan solat hajat untuk Zara Qairina JAKIM .. - Mgazette - 13/08 8:07 am Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama perempuan di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu pada 17 Julai, sehari selepas insiden berlaku |
Bergaduh sebelum tikam adik di Kandang, Melaka Bergaduh sebelum tikam adik .. - Mgazette - 13/08 8:07 am MELAKA - Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditikam abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi |
Jangan berlengah keluarkan hasil bedah siasat Zara Qairina ??? Wan Saiful - Mgazette - 13/08 8:07 am Selain itu, memorandum tersebut turut menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan perkembangan siasatan secara berkala dan telus kepada masyarakat. Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai dijalankan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lalu |
'Saya tidak nafikan terhidu bau wangi di kubur Zara Qairina' - Sinarharian - 13/08 7:13 am SHAH ALAM - Wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin berkongsi pengalamannya sewaktu menyedari kewujudan bau wangi ketika penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada Sabtu lalu.Asyikin berkata, kejadian berlaku ketika dirinya bersama rakan media lain sedang memberi tumpuan terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina yang sedang dibawa keluar dari tanah perkuburan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan pihak berkuasa."Ia berlaku sekitar jam 7 malam, ketika itu kami standby menunggu jenazah keluar (dari kubur dan dibawa masuk dalam) kenderaan."Masa itu hujan sedikit lebat, saya tidak nafikan memang saya terhidu bau yang wangi."Cuma ketika itu saya fikir logik dan menyangka ia berpunca dari tumbuh-tumbuhan memandangkan kawasan perkuburan itu terdapat tanaman bunga," katanya dalam siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.Ujar Asyikin, meskipun hanya terhidu bau wangi tersebut untuk masa yang singkat, namun dia bersangka baik mengenainya dan tidak menghiraukan perkara tersebut.Menurutnya, beberapa kebun buah di sekitar tanah perkuburan tersebut turut mendorong kepada punca bau wangi berkenaan."Saya juga difahamkan penduduk kampung bahawa sekitar kawasan berkenaan juga terdapat kebun buah-buahan."Saya juga pernah sesat sebelum sampai ke tanah perkuburan tersebut dan saya mendapati memang banyak kebun buah-buahan milik penduduk," ujarnya. |
Bullying will not be tolerated, minister warns - SUN - 13/08 7:00 am PETALING JAYA : Thirty-one cases of bullying have been reported in eight public universities over the past decade, the Higher Education Ministry revealed yesterday, vowing zero tolerance for such misconduct |
Lagu 'Justice For Zara Qairina' mesej tuntut keadilan - Sinarharian - 13/08 12:17 am SHAH ALAM - Lagu solidariti untuk pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial membawa mesej untuk menggalakkan orang ramai bersuara dan menuntut keadilan bagi mangsa buli.Pencipta lagu tersebut, Norsalim Ali berkata, penghasilan lagu bertajuk Justice For Zara Qairina itu bertujuan memberi gesaan kepada pihak berkuasa supaya menyegerakan siasatan berhubung kes tersebut."Sebagai seorang ayah dan juga datuk kepada 10 cucu, saya rasa kematian (Zara Qairina) yang disembunyikan adalah sesuatu yang pelik."Sepatutnya perkara ini disegerakan sebab ia berlaku dalam kawasan asrama, ada pengawal keselamatan, guru dan warden."Apabila ia makan masa begitu lama dan sebagainya, saya rasa pelik. Jadi saya fikir, kematiannya perlu diangkat untuk dibela," katanya dalam siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.Ujar Norsalim, beliau mula mendapat inspirasi mengenai lagu berkenaan setelah membaca laporan media yang mengaitkan isu berkenaan dengan perbuatan buli.Menurutnya, beliau juga memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan lirik lagu yang sesuai menggambarkan kes tersebut."Saya mendapat inspirasi lagu ini apabila tahu mengenai isu seorang pelajar sekolah agama yang meninggal dunia menerusi laporan-laporan berita."Sewaktu zaman sekolah juga saya sudah mula menulis puisi dan sebagainya tetapi dengan menggunakan teknologi AI sekarang, penghasilan lirik lagu itu lebih mudah," ujarnya.Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin turut berkongsi pengalamannya mendengar lagu berkenaan dimainkan di beberapa lokasi tertentu ketika membuat liputan berhubung kes Zara Qairina."Ketika itu, kami dan rakan media juga tertanya-tanya siapa di sebalik pencipta lagu ini kerana lagu tersebut terlalu menyentuh perasaan."Malah, lagu berkenaan juga berkumandang sewaktu saya dan rakan media membuat liputan di lokasi himpunan solidariti," menurutnya. |
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia - Sinarharian - 13/08 12:00 am SHAH ALAM - Gelombang solidariti buat pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, bukan setakat dalam negara bahkan sudah tersebar ke seluruh dunia.Kisah tragis menimpa gadis asal Sipitang, Sabah itu kini menjadi bualan ramai termasuk rakyat Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Kemboja, Myanmar, Laos, malah United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).Kesemuanya turut menggunakan #JusticeforZara sebagai tanda solidariti dan bukti kebersamaan dalam menuntut keadilan buat mangsa.Solat hajat dan bacaan yasin juga diadakan di beberapa tempat sepertimana seruan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.Wargamaya termasuk pengguna media sosial luar negara turut meluahkan rasa takut untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh selepas ini kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini atau menjadi mangsa buli selepas mendengar kisah Zara Qairina.Berita pemergian Zara Qairina mendapat liputan meluas di seluruh dunia dan ramai turut menggesa kerajaan Malaysia untuk tidak berlengah-lengah dalam membuat siasatan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah agama berasrama penuh dalam kejadian 16 Julai lalu.Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).Kematiannya mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan. |
Masjid, surau seliaan Jakim, Jawi laksana solat hajat untuk Zara Qairina Khamis ini - Sinarharian - 12/08 11:28 pm KUALA LUMPUR - Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah melaksanakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin pada Khamis ini untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, usaha itu sebagai tanda solidariti, doa dan ingatan tulus umat Islam terhadap pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah itu.Beliau berkata, ikhtiar itu juga bagi memohon agar ALLAH SWT mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosa serta menempatkan Zara Qairina dalam kalangan orang beriman."Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama hadir dan menyertai majlis solat hajat dan bacaan Yasin di masjid atau surau masing-masing."Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah ini memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat arwah," katanya dalam kenyataan malam ini.Pada Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan kubur Allahyarham Zara Qairina, 13, perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi semalam di tanah perkuburan sama.Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai |
307 pegawai perubatan ditempatkan di Sabah - FMT - 12/08 10:19 pm Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata 10 daripada pegawai perubatan itu akan berkhidmat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan. |
Transformasi modul pendidikan PUSPEN kepada TVET bantu bekas penagih - SUN - 12/08 10:15 pm DENGKIL : Modul pendidikan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) akan diubah suai kepada modul Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) |
RM1.05 million allocated for Duchess of Kent Hospital upgrades in Sandakan - SUN - 12/08 9:29 pm KUALA LUMPUR : The Ministry of Health has allocated RM1.05 million for minor upgrades and improvements at the Duchess of Kent Hospital in Sandakan |
307 medical officers to be stationed in Sabah - FMT - 12/08 9:28 pm Health minister Dzulkefly Ahmad says 10 of these officers will serve at the Duchess of Kent Hospital in Sandakan, which serves the east coast of Sabah. |
RM1.05 million upgrades for Sandakan hospital - BorneoPost - 12/08 8:40 pm SANDAKAN (Aug 12): The Ministry of Health has approved RM1.05 million for minor works and upgrades at Duchess of Kent Hospital here, addressing urgent surgical and non-medical asset needs |
Bandar Kuching MP calls for end to contract doctor system - SUN - 12/08 8:35 pm KUALA LUMPUR : The welfare of healthcare workers took centre stage in Parliament today during debates on the 13th Malaysia Plan |
307 permanent medical officers deployed to Sabah under e-Placement initiative - SUN - 12/08 8:24 pm KUALA LUMPUR : A total of 307 permanent medical officers will be stationed across healthcare facilities in Sabah under Phase One of the e-Placement initiative |
MOH to place 307 permanent medical officers in Sabah – Dzulkefly - BorneoPost - 12/08 8:20 pm SANDAKAN (Aug 12): A total of 307 permanent medical officers will be stationed at healthcare facilities throughout Sabah under Phase One of the e-Placement initiative to strengthen services and reduce the existing workload |
307 pegawai perubatan tetap ditempatkan di Sabah bawah e-Placement Fasa Satu - Sinarharian - 12/08 7:53 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 307 pegawai perubatan lantikan tetap akan ditempatkan di fasiliti kesihatan seluruh Sabah di bawah e-Placement Fasa Satu bagi mengukuhkan perkhidmatan dan mengurangkan beban kerja sedia ada.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 10 pegawai akan berkhidmat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) yang menjadi hospital rujukan utama bagi pantai timur Sabah meliputi daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod."HDOK menyediakan 19 kepakaran dalaman dan menjadi nadi perkhidmatan kesihatan di lima daerah berkenaan |
Mangsa maut ditikam di Senawang baru dua minggu bertunang - SUN - 12/08 7:42 pm SEREMBAN : Muhammad Amirul Rasyid Mohd Niza, 28, maut selepas ditikam di hadapan rumahnya di Taman Seri Pagi, Senawang petang semalam |
Lelaki maut, gara-gara motosikal ubah haluan - Sinarharian - 12/08 6:24 pm PORT DICKSON Gara-gara sebuah motosikal mengubah haluan secara tiba-tiba, seorang lelaki maut dalam kejadian di simpang tiga Kampung Tarzan, Linggi pada Isnin.Kejadian sekitar jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 23 tahun, yang juga menunggang motosikal mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua motosikal jenis Honda FS150 dan Honda ANF100 dari arah Linggi menghala ke Pasir Panjang."Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda ANF100 yang ditunggang dan dibonceng oleh dua lelaki warga Indonesia dipercayai dari bahu jalan sebelah kiri telah mengubah haluan ke kanan."Pada masa sama, motosikal jenis Honda FS150 yang ditunggang lelaki berusia 23 tahun dari arah belakang telah melanggar motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.Jelasnya, kedua-dua lelaki Indonesia itu pula melarikan diri dan masih belum dikenal pasti kecederaannya."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
Man stabbed to death just two weeks after engagement - Sinardaily - 12/08 6:22 pm SEREMBAN A man who was stabbed to death in front of his family home in Taman Sri Pagi here on Monday had only been engaged for two weeks and was planning to get married later this year.In the 6.50pm incident, Muhammad Amirul Rasyid Mohd Niza, 28, was stabbed in the chest with a knife by a 31-year-old man.Tragically, the single father had planned to buy stuffs for wedding preparations on the night of the incident.The victims younger brother Muhammad Amirul Hakim, 27, said he was chatting with the deceased outside their house when a car suddenly stopped nearby.I thought it was my brothers friend |
Lelaki maut, adik cedera parah motosikal langgar pokok tumbang di Melaka - SUN - 12/08 6:17 pm MELAKA : Seorang lelaki maut manakala adiknya cedera parah dalam kemalangan motosikal di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) di Kandang pagi tadi |
Off-duty SCDF officer killed in Punggol Highway accident; 15-year-old passenger injured - Indept - 12/08 6:07 pm SINGAPORE: A 50-year-old full-time Singapore Civil Defence Force (SCDF) officer was killed in a traffic accident along Punggol Highway early this morning, while his 15-year-old motorcycle passenger was taken to hospital |
'Tanda pada dada arwah seolah-olah akibat dipukul, dicucuk objek' - Ibu Syamsul Haris - Sinarharian - 12/08 6:02 pm KUALA LUMPUR Keluarga kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, menuntut siasatan telus dan segera dijalankan bagi merungkai punca sebenar kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang disifatkan meragukan.Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, beliau curiga dengan keadaan jenazah anaknya yang menunjukkan pelbagai kesan kecederaan ketika ditemui di Unit Forensik selepas dimaklumkan mengenai kematian anaknya itu.Dakwanya, tanda pada dada arwah seolah-olah akibat dipukul atau dicucuk menggunakan objek, selain pendarahan teruk dari hidung yang berwarna pekat dan gelap, bukan merah seperti biasa."Saya percaya ia bukan kesan tebukan untuk bantuan pernafasan seperti yang dimaklumkan, tetapi akibat hentakan kuat di kepala |
'Suami kata ini yang terakhir tunggang motosikal' - Sinarharian - 12/08 5:12 pm MELAKA "Suami kata sekali ini dia naik motor, namun tak sangka itu kali terakhir saya melihatnya sebelum menerima berita sedih ini."Demikian kata Norliana Mohd Ali, 31, isteri kepada mangsa kemalangan maut akibat terlanggar dahan pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Kandang, awal pagi Selasa.Norliana yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Muar berkata, arwah suaminya, Muhammad Fauzy Borhan, 33, sudah lama tidak menunggang motosikal dan lebih gemar menggunakan kereta untuk ke mana-mana.Menurutnya, malam sebelum kejadian, arwah menyatakan hasrat untuk bertemu rakannya di Semabok.Namun dia berat hati membenarkan suaminya menunggang motosikal."Saya cuba larang, tapi dia beritahu kali ini sahaja, dan akhirnya saya izinkan dia pergi."Tapi tak sangka pagi tadi saya terima khabar duka ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Selasa.Tambahnya, arwah juga bertemu adiknya dari Bakri di Sebatu, Merlimau sebelum mereka berdua menunggang motosikal secara berasingan menghala ke bandar Melaka."Mereka memang rapat, malah lima beradik sangat akrab, dan selalu bersama termasuk dalam kerja-kerja kontraktor yang mereka lakukan bersama," kata ibu kepada tiga anak berusia 5, 2 dan enam bulan itu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tragedi menyayat hati menimpa dua beradik apabila motosikal mereka terlanggar dahan pokok patah yang melintang di tengah jalan di Lebuh AMJ berhampiran Kandang.Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, mengakibatkan Muhammad Fauzy, 33, maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Muhammad Naim, 30, mengalami kecederaan serius di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Muar, Johor, masing-masing menunggang motosikal Yamaha NVX dan Yamaha Y15. |
Man stabbed to death in front of house in Senawang - Sinardaily - 12/08 4:53 pm SEREMBAN - A 28-year-old man died from stab wounds to the chest in front of a house at Taman Seri Pagi in Senawang near here yesterday evening.Seremban police chief ACP Mohamad Hatta Che Din said the incident stemmed from a disagreement between the victim and the suspect during the 6.50pm incident."The suspect stabbed the victim in the chest with a knife, causing death |
Housewife, tailor turn emergency midwives to deliver baby by roadside in Pasir Gudang - Sinardaily - 12/08 4:26 pm PASIR GUDANG A housewife and a tailor in Pasir Gudang became unexpected heroes when they helped deliver a baby boy by the roadside during heavy rain, guided only by instinct, compassion and instructions from a Health Ministry officer over the phone.It was a Sunday afternoon that neither Syarifah Munawwarah Sayed Muhammad, 36, nor M |
Dua bulan hasil bedah siasat Zara Qairina terlalu lama ??? Arman Azha - Mgazette - 12/08 3:50 pm Ketulusan perlu ada dalam proses penyiasatan kes ini, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina Mahathir selesai dijalankan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lalu |
Peguam Zara Qairina tahan diri ulas laporan bedah siasat - Mgazette - 12/08 3:50 pm Selain itu, mereka turut berterima kasih kepada polis yang telah mengawal rapi proses penggalian dan bedah siasat tersebut. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu termasuk wartawan-wartawan media yang berada di tanah perkuburan dan persekitaran hospital Queen Elizabeth 1 dari pagi hingga ke malam bagi menyaksikan proses penggalian kubur, pengkebumian jenazah dan bedah siasat |
Peguam Keluarga Zara Qairina Terpaksa Tahan Diri - Ohmedia - 12/08 2:01 pm Peguam ibu Zara Qairina elak ulas laporan bedah siasat sebelum hospital keluarkan laporan rasmi |
Keputusan siasatan kematian pelatih Palapes diketahui dalam masa terdekat - Sinarharian - 12/08 1:49 pm KUALA LUMPUR Keputusan siasatan kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, dijangka diketahui dalam masa terdekat.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kementerian Pertahanan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes itu yang turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM)."Jawatankuasa khas berkenaan akan membuat kajian dan memastikan supaya laporan lengkap dapat disediakan dalam kadar segera berhubung kematian pelajar tersebut."Kes ini berada di peringkat siasatan dan laporan siasatan dijangka diketahui dalam masa terdekat," katanya di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta penjelasan menteri mengenai perkembangan lanjut kes kematian Syamsul Haris yang mendapat perhatian umum.Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas selesai menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Johor.Susulan itu, ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, pada 1 Ogos lalu dilapor menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya disebabkan punca kematian yang belum jelas serta meragukan.Ibu tunggal itu berkata, pemerhatian terhadap jenazah anaknya sewaktu bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor mendapati kecederaan teruk pada jenazah anaknya yang tidak selaras dengan maklumat awal bahawa kematian anaknya berpunca daripada sawan.Zambry memberitahu, beliau berpeluang melawat keluarga Allahyarham pada Isnin dan mendengar sendiri daripada ibu mangsa yang menceritakan keadaan anaknya."Beliau memohon secara rasmi supaya siasatan semula dijalankan dan saya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Peguam Negara."Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan melindungi pelaku yang terbabit buli atau kekerasan di institut pendidikan tinggi |
Lelaki maut ditikam depan rumah - Sinarharian - 12/08 1:25 pm SEREMBAN - Seorang lelaki maut akibat ditikam pada bahagian dada dalam kejadian di hadapan rumah keluarganya di Taman Sri Pagi di sini pada Isnin.Mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi sekitar jam 7.28 malam.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada jam 6.50 petang pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki telah ditikam."Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada perselisihan faham antara suspek berusia 31 tahun dengan mangsa."Suspek dikatakan telah menikam dada mangsa menggunakan pisau sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar yang datang ke lokasi mengesahkan kematian mangsa pada jam 7.28 petang.Tambahnya, suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam, manakala sebilah pisau yang digunakan turut dirampas."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 18 Ogos ini."Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.Sementara itu seorang penduduk berusia 66 tahun yang enggan dikenali memberitahu kejadian itu disedarinya selepas terdengar jeritan bapa mangsa.Katanya, dia bergegas keluar untuk melihat kejadian berlaku dan melihat bahagian dada anak sulung jirannya itu berlumuran darah."Masa itu jiran-jiran dah ramai keluar untuk melihat kejadian berlaku dan darah mengalir dari dada mangsa macam air paip."Suspek telah berjaya ditahan dan saya bersama penduduk membantu mengikat suspek dengan tali supaya dia tidak melarikan diri," katanya.Bagaimanapun dia tidak pasti punca kejadian berlaku. |
AMK Pulau Pinang tolak cubaan politikkan kes Zara Qairina - Sinarharian - 12/08 12:48 am GEORGE TOWN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menolak sebarang cubaan mempolitikkan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.Ketuanya, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, nyawa manusia bukan bahan dagangan politik dan sebarang usaha untuk meraih keuntungan politik daripada tragedi ini adalah tindakan yang tidak bermoral.Menurutnya, kepercayaan penuh wajar diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara telus, menyeluruh dan adil sehingga keadilan dapat ditegakkan."Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan tiada sesiapa akan dilindungi daripada tindakan sekiranya terbukti bersalah tanpa mengira pangkat, darjat atau kedudukan."Justeru kami menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mempolitikkan tragedi tersebut kerana nyawa manusia bukan bahan dagangan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Muhammad Zakwan berkata, AMK Pulau Pinang turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa, selain menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan kes berkenaan."Kami (AMK Pulau Pinang) berdiri teguh bersama keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan, selain mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman," katanya.Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina.Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan berkata, penghantaran pasukan task force terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai itu adalah komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh."PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa."Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional, serta mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan," katanya.Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan. |
Buah pinggang & paru-paru h*ncur – Baru Masuk 2 Bulan, Tentera Dib*li 20 Senior Hingga Meninggal Dunia - Lobakmerah - 12/08 12:33 am Seorang anggota tentera maut kerana dipukul oleh senior, perkara itu didedahkan oleh kakak mangsa, Lusi Namo |
Kemalangan ngeri di Gua Musang: 4 maut termasuk kanak-kanak - SUN - 12/08 11:29 am PASIR MAS : Jenazah empat mangsa kemalangan ngeri di Gua Musang telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban |
'Nor Syuhada menangis tanya anak-anak dan suami' - Sinarharian - 12/08 11:21 am PASIR MAS - "Nor Syuhada ada tanya mengenai anak-anak serta suami dan saya ceritakan kejadian yang berlaku."Demikian kata Tuan Ruzila Tuan Teh, 48, ibu Mangsa kemalangan yang parah dalam kemalangan di Kilometer 34, Felda Chiku 1, dekat Gua Musang pada Isnin, Tuan Nor Syuhada Mohd Zain, 23.Menurut Tuan Ruzila, Tuan Nor Syuhada mula menangis tetapi dia memujuknya untuk menziarahi kubur anak-anak selepas kembali.Jelasnya, anaknya kini sudah sedar selepas menjalani pembedahan selepas kritikal dan patah beberapa bahagian badan termasuk rahang dan tulang rusuk akibat kemalangan itu.Tuan Ruzila bersyukur kerana anaknya itu sempat menyentuh dan menatap kali terakhir jenazah dua anak serta suaminya ketika berada di Hospital Gua Musang.Tuan Nor Syuhada juga sudah boleh bercakap selepas pembedahan."Saya berharap dia terus kuat semangat untuk sembuh," katanya.Menurut Tuan Ruzila, kali terakhir dia berjumpa anak, menantu serta cucunya lima hari lepas sebelum mereka bertolak ke Kuala Lumpur.Katanya lagi, dua cucunya, Muhammad Aryan Fattah Abdul Qayyum, 5 dan Muhammad Aydan Fattah, 4, sangat rapat dengannya dan memanggilnya sebagai tok mi."Saya sempat memandikan jenazah mereka di hospital walaupun terpaksa berulang-alik menjenguk Tuan Nor Syuhada," katanya.Tuan Ruzila yang juga seorang Sarjan polis di Balai Polis Pasir Mas juga bersyukur kerana semua cucu dan menantunya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.Dalam kemalangan berkenaan, suami Tuan Nor Syuhada Muhammad Faiz Nor Amran, 31, turut maut.Media sebelum ini melaporkan empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Gua Musang selesai dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 12 tengah malam Isnin.Jenazah sebelum itu dikebumikan di Madrasah Ar-Rahman di sini selepas dibawa dari Hospital Gua Musang dengan van jenazah. |
Abang maut, adik parah terlanggar dahan pokok melintang atas jalan - Sinarharian - 12/08 10:14 am MELAKA Tragedi menyayat hati menimpa dua beradik apabila motosikal mereka terlanggar dahan pokok yang patah dan melintang di tengah jalan di Lebuh Alor GajahMelaka TengahJasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang, di sini awal pagi Selasa.Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, mengakibatkan Muhammad Fauzy Borhan, 33, maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Muhammad Naim, 30, mengalami kecederaan serius di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Muar, Johor, masing-masing menunggang motosikal Yamaha NVX dan Yamaha Y15.Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, terdapat dahan pokok yang patah dan melintang di atas jalan di Lebuh AMJ itu."Motosikal kedua-dua mangsa gagal mengelak lalu terlanggar halangan terbabit menyebabkan dua beradik itu tercampak ke hadapan."Muhammad Fauzy mengalami kecederaan parah di muka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan manakala adiknya parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, kejadian berlaku dalam keadaan hujan dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mahupun saksi yang dapat memberi keterangan."Pol 61 yang ditemui turut dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum mayat dituntut waris keluarga," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |