| /// |
|
| Search : Himpunan News | Page 1 |
|
PKR belum bincang isu Rafizi sertai Himpunan Tangkap Azam Baki –... - Mgazette - 16/02 3:06 pm # PKR belum bincang isu Rafizi sertai Himpunan Tangkap Azam Baki - Fahmi JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh dan Jawatankuasa Disiplin PKR masih belum menerima aduan berkenaan Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara semalam |
|
PKR berani tak pecat Rafizi, ahli-ahli langgar disiplin parti – Gulam - Mgazette - 16/02 3:06 pm Saya nak tengok sangat keberanian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR bertindak ke atas Rafizi, katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Terdahulu, beberapa bekas menteri dan ahli Parlimen PKR termasuk Razifi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Rodziah Ismail menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini, semalam |
|
Bersatu kumpul maklumat himpunan dihadiri Hamzah, kata Azmin - FMT - 16/02 2:56 pm Setiausaha agung Bersatu itu sebelum ini beri amaran tindakan akan diambil terhadap ahli yang sertai himpunan bersama pemimpin dipecat. |
|
Kerajaan serah kepada Jawatankuasa Khas siasat isu pemilikan saham Azam Baki - Fahmi - Sinarharian - 16/02 1:15 pm JOHOR BAHRU - Kerajaan menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas untuk melaksanakan siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah memberikan maklum balas berhubung isu itu melalui keputusan penubuhan jawatankuasa khas berkenaan."Bagi kami (Jemaah Menteri), kami serahkan kepada jawatankuasa untuk lakukan siasatan, lakukan siasatan penuh dan Tan Sri Azam juga sangat terbuka berkata beliau sedia untuk disiasat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Ramadan 2026 Edisi Ke-14 di sini pada Isnin.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman.Media melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jawatankuasa ini akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberikan pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat.Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan bahawa pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.Berhubung satu himpunan berkaitan isu Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dihadiri Datuk Seri Rafizi Ramli, Fahmi berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempunyai hak untuk berhimpun."Beliau (Rafizi) ada hak untuk melaksanakan apa-apa yang dia rasa dia nak lakukan |
|
Polis masih teliti ucapan himpunan anti-Azam andai sentuh 3R - FMT - 16/02 11:10 am Ketua Polis KL Fadil Marsus berkata pihak berkuasa sedang melihat isi kandungan mahupun ucapan menyentuh isu 3R. |
|
Rafizi ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin - Mgazette - 16/02 8:23 am Tetapi, siasatan yang dibuat hanya menjurus kepada pemilikan saham. Tuduhan yang lebih serius belum disentuh, katanya kepada media ketika ditemui pada Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini, hari ini |
|
“Kami Datang Kami Lawan” Berkumandang di Himpunan Turun Azam .. - Mgazette - 16/02 8:23 am # "Kami Datang Kami Lawan" Berkumandang di Himpunan Turun Azam Baki Kerajaan tidak boleh memandang ringan isu ini kerana ia berpotensi mencetuskan ketidakpuasan dan konflik antara komuniti agama serta kaum, kata Tong Keong |
|
Tubuhkan badan siasat bebas siasat kaitan MMAG dan Azam -Rafizi - Mgazette - 16/02 8:23 am Tanggungjawab terletak pada kerajaan untuk memulakan siasatan terlebih dahulu. Jika ada walau sedikit bukti bahawa wujud penglibatan ejen kerajaan dalam aktiviti haram, ia sesuatu yang tidak boleh diterima, katanya kepada media ketika ditemui pada Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini, hari ini |
|
Sokongan Mas Ermieyati terhadap Hamzah atas kapasiti peribadi, tak wakili .. - Mgazette - 16/02 8:22 am Semoga Allah memandu kita semua dalam membuat keputusan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara, katanya. Semalam, Mas Ermieyatiyang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut hadir dan berucap pada himpunan `Reset Bersatu anjuran Hamzah yang dipecat daripada parti itu kelmarin |
|
Polis siasat jika wujud unsur 3R Dalam Himpunan #TangkapAzamBaki - Mgazette - 16/02 8:22 am # Polis siasat jika wujud unsur 3R Dalam Himpunan #TangkapAzamBaki KUALA LUMPUR Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya didapati terdapat sebarang unsur menyentuh isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R) dalam himpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di hadapan sebuah kompleks beli-belah Sogo sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka, petangv tadi |
|
Demo tolak Azam: Siasatan polis bagi pastikan tiada unsur 3R - Mkini - 15/02 9:24 pm Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata himpunan itu berjalan lancar dan terkawal hasil kerjasama semua pihak. |
|
Polis ambil tindakan jika dapati himpunan #TangkapAzamBaki sentuh isu 3R - Harapandaily - 15/02 8:42 pm Polis akan melakukan semakan semula terhadap keseluruhan perjalanan himpunan #TangkapAzamBaki bermula dari awal hingga akhir melalui risikan dan siasatan |
|
Himpunan #TangkapAzamBaki terkawal, berakhir dengan aman - Thempress - 15/02 8:19 pm KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Himpunan Aman #TangkapAzamBaki yang berlangsung di ibu kota, pada Ahad berakhir secara aman |
|
Himpunan Azam Baki: Tiada insiden tak diingini, kata polis KL - FMT - 15/02 7:39 pm Ketua polis KL berkata, kira-kira 600 pegawai dan anggota digerakkan kawal keselamatan. |
|
Penunjuk perasaan desak Azam letak jawatan, ancam buat himpunan Bersih 6 - Mkini - 15/02 7:38 pm Peserta himpunan Tangkap Azam Baki 2.0 hari ini turut menyasarkan Anwar, yang menurut mereka mempertahankan Azam. |
|
'Jika Azam Baki tidak digantung, kami akan turun lagi' - Rafizi - Sinarharian - 15/02 7:18 pm KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak sepatutnya terus memegang jawatan berikutan kontroversi pemilikan saham yang didedahkan sebelum ini.Beliau berkata, himpunan yang berlangsung di ibu negara pada Ahad hanyalah untuk menguji reaksi kerajaan terhadap isu terbabit dan sekiranya kerajaan masih enggan menggantung Azam Baki serta melaksanakan siasatan bebas, protes akan diteruskan."Kalau kerajaan masih lagi tak mahu menggantung Azam dan tidak mahu adakan satu siasatan yang bebas dan telus, maka kita tidak ada pilihan lain kecuali untuk turun berkali-kali sehingga Azam turun," ujarnya ketika berucap pada Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo di sini pada Ahad.Himpunan yang bermula kira-kira jam 4.30 petang itu dihadiri orang ramai yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.Turut kelihatan hadir ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Dalam pada itu, Rafizi turut menolak cabaran Azam Baki untuk membuat laporan polis berhubung pendedahan Bloomberg mengenai pemilikan saham tersebut dengan alasan akhirnya SPRM sendiri yang akan menjalankan siasatan."Kalau kita buat laporan, akhirnya siapa yang akan siasat? Azam akan siasat Azam sahaja," jelasnya.Himpunan tersebut diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan Azam Baki, dengan kehadiran anggota polis untuk memantau keadaan dan perjalanan himpunan yang terkawal dari mula sehingga ia ditamatkan.Terdahulu, menurut laporan Bloomberg, Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd, bersamaan 1.7 peratus, berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu.Laporan itu turut menyebut nama Azam tersenarai dalam daftar pemegang saham yang diselenggara oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Azam Baki didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024 yang mengehadkan pemilikan saham penjawat awam dalam syarikat diperbadankan di Malaysia kepada tidak melebihi lima peratus modal berbayar atau bernilai RM100,000, mengikut mana yang lebih rendah.Bagaimanapun, beliau menegaskan transaksi berkenaan telah diisytiharkan dan saham tersebut telah dilupuskan pada tahun lalu.Dalam masa yang sama, Azam Baki juga telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Bloomberg berhubung laporan berkenaan. |
|
Isu Azam Baki jejaskan kredibiliti SPRM - Nik Nazmi - Sinarharian - 15/02 6:58 pm KUALA LUMPUR Kontroversi terbaharu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menjejaskan kredibiliti institusi berkenaan pada peringkat paling asas.Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara paling penting ialah memastikan suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan mempunyai kewibawaan serta dilihat bebas dan telus di mata rakyat."Tentulah wujud pihak yang merasakan bahawa isu ini menjejaskan kredibiliti SPRM pada peringkat paling asas," katanya ketika ditemui pada Himpunan dan Tangkap: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo di sini pada Ahad.Himpunan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Menurut beliau, umum mengetahui SPRM diberikan kuasa yang sangat besar dengan niat untuk memerangi rasuah dan perkara itu tidak menjadi masalah."Isunya ialah apabila terdapat dakwaan salah laku seperti yang disebut sekarang, maka kita bimbang kuasa SPRM yang begitu kuat itu akan disalahgunakan," ujarnya.Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, Azam Baki sebelum ini telah dilanjutkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.Beliau berkata, sebelum ini Pakatan Harapan pernah meminta Azam berundur termasuk kepimpinan sedia ada seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Jadi kita kembali kepada manifesto, bukan sahaja Pakatan Harapan, manifesto Barisan Nasional juga |
|
Rafizi dakwa wujud unsur kongsi gelap bolosi pentadbiran negara - Sinarharian - 15/02 6:08 pm KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa pendedahan yang dibuat sebelum ini membayangkan terdapat unsur kongsi gelap yang telah membolosi pentadbiran negara dan mampu mempengaruhi badan penguat kuasa.Beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang berbahaya tanpa mengira siapa yang menerajui kerajaan."Saya tak peduli kerajaan mana, saya tak peduli siapa Perdana Menteri. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah kongsi gelap yang mengawal badan-badan besar, yang boleh mempengaruhi penguat kuasa, masuklah Perdana Menteri macam mana pun, hancur negara ini," ujarnya ketika berucap pada Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo di sini pada Ahad.Himpunan bermula kira-kira jam 4.30 petang itu dihadiri orang ramai yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.Turut kelihatan hadir ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Dalam ucapannya, Rafizi turut merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau menyedari isu berkenaan dan akan menjawabnya dalam siri pertemuan bersama anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara.Menurut Rafizi, Perdana Menteri menyifatkan tindakan pihak yang mendesak isu berkenaan sebagai merengik dan nyek-nyek.Bagaimanapun, beliau berkata, desakan berterusan rakyat selama lebih 20 tahun sebelum ini akhirnya membawa perubahan kepimpinan negara."Kami dah belajar bahawa hanya dengan rakyat merengik dan nyek-nyek lebih 20 tahun, kamu jadi Perdana Menteri," ujarnya.Rafizi berkata, sekiranya Perdana Menteri masih mempertahankan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, rakyat akan mengaitkan perkara itu dengan kepimpinan negara.Beliau mendakwa desakan yang dibuat adalah atas dasar sayangkan negara dan bagi mengelakkan Perdana Menteri jatuh bersama-sama dalam kemarahan rakyat terhadap isu berkenaan.Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru wakil-wakil parti dalam kerajaan termasuk DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR supaya menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu terbabit.Rafizi secara khusus menyebut DAP dan mendakwa Perdana Menteri memberi perhatian sekiranya parti itu bersuara.Beliau mengingatkan agar DAP tidak menangguhkan sebarang isyarat sehingga Jun, sambil mendakwa parti itu juga berdepan risiko dalam pilihan raya akan datang sekiranya isu berkenaan berlarutan.Himpunan tersebut diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan Azam Baki, dengan kehadiran anggota polis bagi memantau keadaan dan perjalanan himpunan yang terkawal dari mula sehingga ia ditamatkan. |
|
Jika Azam tak turun, kami terus buat himpunan, kata Rafizi - FMT - 15/02 5:48 pm Ahli Parlimen Pandan itu berkata himpunan hari ini sekadar uji reaksi kerajaan terhadap desakan supaya Azam Baki berundur dari SPRM. |
|
Himpunan Azam Baki: Peserta mula berkumpul ibu kota - FMT - 15/02 4:49 pm Lebih 150 peserta berpakaian serba hitam dilihat berhimpun di pekarangan kompleks Sogo, dikawal ketat oleh polis. |
|
Rafizi tiba di Sogo sertai himpunan #TangkapAzamBaki - Sinarharian - 15/02 4:41 pm KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo di sini kira-kira jam 4.30 petang.Ketibaan beliau disambut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan.Kehadiran Ahli Parlimen terbabit menarik perhatian peserta yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.Rafizi dilihat bersalaman dengan penyokong serta berbincang ringkas bersama rakan Ahli Parlimen sebelum sesi ucapan dijadualkan berlangsung.Himpunan yang sebelum ini dijadualkan bermula jam 4 petang namun masih belum bermula itu diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Setakat ini, suasana di lokasi dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota polis bagi memantau keadaan.Perkembangan lanjut termasuk ucapan Ahli Parlimen serta situasi semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
|
Bukan Hal Saya Azam Baki Enggan Komen Panjang, Terpulang Kepada Mereka Yang Mahu Berdemo - Lobakmerah - 15/02 4:33 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Petang ini, satu himpunan dikenali sebagai #TangkapAzamBaki dijadual berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur |
|
Himpunan #TangkapAzamBaki: Orang ramai mula penuhi sekitar Sogo - Sinarharian - 15/02 4:01 pm KUALA LUMPUR Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.Berdasarkan pemerhatian di lokasi, suasana setakat ini terkawal dengan peserta mula berhimpun di laluan pejalan kaki dan kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau akan hadir bersama beberapa pemimpin lain yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) sufha berada di lokasi manakala Rodziah Ismail (Ampang) dan Zahari Hassan (Wangsa Maju) masih belum kelihatan.Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, kehadiran Rafizi masih ditunggu.Himpunan #TangkapAzamBaki dianjurkan bagi menyatakan pendirian mendesak tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Pihak polis turut dilihat berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.Perkembangan lanjut mengenai ucapan pemimpin serta sebarang insiden akan dikemas kini dari masa ke masa. |
|
Rafizi sahkan hadir Himpunan Tangkap Azam Baki di Sogo - Sinarharian - 15/02 3:31 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau bersama beberapa ahli Parlimen akan turun ke Himpunan Tangkap Azam Baki di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada Ahad.Rafizi memaklumkan, mereka yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digantung tugas juga diberi ruang berucap kepada peserta yang hadir."Saya dan rakan-rakan #MP8 yang mendesak Azam Baki digantung akan hadir di demo #TangkapAzamBaki di Sogo hari ini (Ahad)."Saya dimaklumkan penganjur bahawa tiga dari kami iaitu saya, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen akan berucap," katanya dalam satu hantaran menerusi Threads.Pada Jumaat, lapan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantung tugas Azam Baki dan menyegerakan siasatan bebas serta telus ke atas beliau berkait dakwaan pemilikan saham.Siasatan juga digesa dibuat berhubung dakwaan pimpinan suruhanjaya itu bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk menyingkirkan pesaing korporat dan mengatur pengambilalihan syarikat.Menurut Rafizi lagi, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan turut hadir dalam himpunan, bagaimanapun tidak cukup masa untuk berucap.Beliau turut memaklumkan sesi ucapan mereka dijangka berlangsung antara jam 4 hingga 5 petang di kawasan pusat beli-belah terbabit.Menerusi hantaran tersebut, bekas Menteri Ekonomi itu turut mengajak penyokong untuk hadir bagi memberi sokongan pada himpunan berkenaan.Himpunan dan Lawan #TangkapAzamBaki dijadualkan akan berlangsung di hadapan pusat beli-belah itu pada jam 4 petang pada Ahad.Pada 2022, perhimpunan #TangkapAzamBaki pernah berlangsung di sekitar ibu negara bagi mendesak Azam Baki meletak jawatan susulan pelbagai isu negatif yang dikaitkan terhadap beliau. |
|
Jangan sertai himpunan pemimpin dipecat, ahli Bersatu diberi amaran - FMT - 13/02 10:52 pm Setiausaha Bersatu Agung Azmin Ali berkata ahli yang terlibat berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti. |
|
Jangan sertai himpunan pemimpin dipecat, ahli Bersatu diberi amaran - Hotfm - 13/02 10:52 pm Setiausaha Bersatu Agung Azmin Ali berkata ahli yang terlibat berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti. |
|
Bersih sedia bekerjasama dengan Rafizi gerakkan himpunan aman SPRM - Sinarharian - 13/02 3:38 pm SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sedia bekerjasama dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bagi menggerakkan satu himpunan aman berhubung isu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan media antarabangsa Bloomberg.Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz menyifatkan perkara berkenaan sebagai isu besar yang memerlukan gerakan rakyat bagi memastikan SPRM benar-benar bersihkan dan berfungsi secara bebas serta berintegriti."Secara prinsip Bersih bersedia untuk bekerjasama menggerakkan himpunan aman ini, ia isu besar yang memerlukan gerakan rakyat untuk memastikan SPRM benar-benar dibersihkan."Tuntutan Bersih jelas, siasatan bebas perlu dilakukan dan kerajaan harus laksanakan agenda reformasi SPRM segera," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat bekas Rafizi yang dilaporkan akan menulis kepada Bersih bagi mencadangkan agar gabungan itu memimpin satu demonstrasi awam berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan SPRM.Menurut beliau, tindakan lanjut berhubung penganjuran himpunan itu akan dibincangkan dalam masa terdekat."Bersih akan adakan pertemuan bersama rakan-rakan gabungan dalam masa terdekat untuk bincang secara terperinci berkaitan tindakan termasuk perhimpunan yang bakal dianjurkan nanti," katanya lagi.Pada Selasa lalu, Bloomberg mengeluarkan laporan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang didakwa mencecah jutaan unit.Azam, 62, dikatakan memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Beliau bagaimanapun menegaskan transaksi itu telah diisytiharkan dan saham berkenaan telah dilupuskan pada tahun lalu |
|
8 Ahli Parlimen PKR umum himpunan aman, desak kerajaan siasat Azam... - Mgazette - 13/02 3:36 pm # 8 Ahli Parlimen PKR umum himpunan aman, desak kerajaan siasat Azam Baki AMPANG - Lapan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan lima tindakan termasuk mencadangkan perhimpunan aman dan membuat laporan polis bagi menekan kerajaan supaya bertindak terhadap dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki |
|
Gantung Azam Baki segera, kerajaan didakwa hilang kredibiliti ??? MUDA - Mgazette - 13/02 3:36 pm Saya dah gesak untuk satu badan bebas ditubuhkan untuk siasat Azam Baki," kata beliau. Beliau turut mengingatkan bahawa bantahan awam pernah digerakkan melalui himpunan jalanan, malah disertai pelbagai pihak politik ketika itu, sebagai bukti isu berkenaan mendapat perhatian meluas |
|
Rafizi cadang Bersih ketuai himpunan bantah dakwaan penyelewengan SPRM - Sinarharian - 13/02 3:34 pm AMPANG Lapan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli akan menulis surat kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan membantah penyelewangan yang didakwa berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Malah, Rafizi berkata, beberapa pihak juga telah menghubunginya dan meminta beliau agar menganjurkan satu demonstrasi aman."Saya dulu penganjur demonstrasi berpengalaman tapi untuk buat demonstrasi ini jangan ikut kepala masing-masing, ia perlu diketuai satu badan yang dipersetujui dan membawa semua pihak bersama."Jadi saya berpendapat dalam rekod dan sejarah negara kita, yang paling baik dan neutral untuk menganjurkan perhimpunan ini ialah Bersih walaupun mereka dituduh rapat dengan Pakatan Harapan (PH) |
|
Saifuddin akan dedahkan watak-watak sebenar di sebalik GARAH kepada Kabinet - Mgazette - 12/02 4:34 pm # Saifuddin akan dedahkan watak-watak sebenar di sebalik GARAH kepada Kabinet PUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan perkembangan mengenai penahanan penganjur Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini |
|
Sany saran masukkan kisah tokoh komunis, reformasi dalam modul sejarah - Mkini - 11/02 1:27 pm Begitu juga Langkah Sheraton, Langkah Sheraton ke Langkah Setan? Kemudian contohnya macam Himpunan anti-ISA, dulu," kata Sany Hamzan. |
|
'Alhamdulillah, dua sahabat saya telah dibebaskan'- Firdaus Wong - Sinarharian - 9/02 8:42 pm SHAH ALAM Dua aktivis yang sebelum ini direman susulan himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) telah dibebaskan pada Isnin.Perkembangan itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menerusi hantaran di Facebook yang merujuk kepada penyelaras himpunan GARAH, Zamri Vinoth dan pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahri."Alhamdulilah, dua sahabat saya yang ditahan reman telahpun dibebaskan sebentar tadi."Walaupun masih jet lag, saya tetap ke sana untuk memberikan sokongan kepada mereka," katanya.Terdahulu, kedua-dua aktivis berkenaan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran himpunan tersebut.Dalam pada itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama tidak bersetuju dengan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah."Isu agama? Cikgu Chandra dan ramai rakyat Malaysia berlainan agama juga tidak bersetuju dengan kuil haram!"Isu perkauman? Tamim Dahri seorang Melayu, Zamri Vinoth berketurunan India manakala saya Cina," katanya |
|
Pemimpin Pas, UMNO puji ketegasan PM tangani rumah ibadat tidak sah - Sinarharian - 9/02 8:27 pm SHAH ALAM - Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu."Terima kasih YAB PMX, inilah sebenarnya yang dituntut oleh peserta himpunan malam kelmarin (Sabtu) iaitu pematuhan kepada undang-undang, tidak lebih dari itu."Peraturan sudah ada, undang-undang sudah ada, patuh jelah |
|
'Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan' - Zamri Vinoth - Sinarharian - 9/02 6:55 pm SHAH ALAM "Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan," demikian tegas penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth susulan isu berkaitan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.Dalam status ringkas di Facebook pada Isnin, beliau turut menulis: "Membujur lalu, melintang patah |
|
Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 individu termasuk warga asing... - Mgazette - 9/02 2:56 pm Tambah Fadil, kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan Ibu Pejabata Polis Kotinjen (IPK) Kuala Lumpur serta kerjasama daripada orang awam. "Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran, memiliki, atau melindungi aktiviti yang berkaitan dengan dadah.- MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah persendirian pesara swasta Pengerusi .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm Media turut melaporkan, pemilik tanah persendirian terbabit telah memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan kuil berkenaan supaya mengosongkan tanah yang diduduki secara haram. - MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
JKR nilai rekod prestasi kontraktor sebelum lantik – KKR - Mgazette - 9/02 2:56 pm Terdahulu katanya, KKR memperuntukkan RM300 juta di bawah Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera G1-G4 yang membabitkan 758 kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan, iaitu 81 kerja berkala pavemen dan 677 kerja berkala bukan pavemen. "Terdapat peningkatan bilangan kerja dari 2025 ke 2026, iaitu kenaikan 112 kerja, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang pembabitan kerja kepada kontraktor, terutamanya kelas G1 dan G2," katanya lagi.-MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
DHPP bantah GARAH kerana boleh heret rakyat ke arah ketegangan –... - Mgazette - 9/02 2:56 pm # DHPP bantah GARAH kerana boleh heret rakyat ke arah ketegangan - Subash KUALA LUMPUR - Pengarah Media dan Komunikasi Strategi, Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Pusat, Dr |
|
Tahan dan humban; Apa yang Anwar tak buat untuk jatuhkan Tun M dulu .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm Menurut Mukhriz, perkara sebaliknya berlaku hari ini iaitu ketika Malaysia menerima kunjungan pemimpin antarabangsa seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri India, Narendra Modi. Ujarnya, pelbagai sekatan dibuat bagi menafikan hak rakyat bersuara termasuk permit himpunan dibatalkan; lokasi berhimpun ditukar pada saat-saat akhir; jalan raya ditutup dan peserta himpunan ditangkap |
|
Tidak wajar tuduh Anwar takut, zalim tak benarkan demonstrasi - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Tidak wajar tuduh Anwar takut, zalim tak benarkan demonstrasi JOHOR BAHRU - Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di Kuala Lumpur kelmarin didakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri |
|
Sekumpulan pelajar berarak ke Parlimen tuntut mansuh AUKU - Sinarharian - 9/02 12:37 am KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar mula berarak dari Taman Tugu ke hadapan bangunan Parlimen bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) pada Isnin.Perarakan demonstrasi yang bermula pada jam 9.30 pagi itu melibatkan lebih 30 kumpulan pelajar, termasuk Persatuan Anak Muda Universiti Malaya (UMANY), Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia dan Liga Mahasiswa Universiti Malaya (LMUM).AKAN MENYUSUL |
|
Isu komunis: Rayuan Dr. Mastura ketepi saman, ganti rugi RM825,000 .. - Mgazette - 9/02 8:24 am Pembayaran tersebut dibuat melalui cek kepada Sankara untuk didepositkan ke dalam akaun firma guamannya yang turut disaksikan oleh peguam Yusfarizal Yusoff yang mewakili Siti Mastura dalam prosiding secara Zoom. Media sebelum ini melaporkan ketiga-tiga plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman (PRK) pada 4 November2023 |
|
Isu rumah ibadat perlu diselesaikan secara berhemah Isu rumah ibadat perlu .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Isu rumah ibadat perlu diselesaikan secara berhemah KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius reaksi awam berhubung isu rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan serta perhimpunan protes oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) |
|
Patutnya polis tahan penceroboh tanah bukannya peserta himpunan – .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Patutnya polis tahan penceroboh tanah bukannya peserta himpunan - Akmal KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pihak menceroboh tanah, bukannya menahan peserta perhimpunan aman yang mempertahankan hak mereka |
|
Percikan isu 3R patut dicegah awal, hak berhimpun bukan mutlak - Harapandaily - 8/02 10:04 pm Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN Beberapa orang yang menyertai himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di Sogo, Kuala Lumpur semalam telah ditangkap oleh pihak polis |
|
Pemuda Umno tawar khidmat peguam untuk individu akan didakwa - FMT - 8/02 7:44 pm Khidmat percuma untuk individu yang akan didakwa berkait himpunan membantah rumah ibadat haram, umum Dr Akmal Saleh. |
|
Himpunan GARAH: Pemuda UMNO tawar khidmat peguam percuma kepada individu ditahan - Sinarharian - 8/02 6:52 pm SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyatakan hasratuntuk menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada individu yang ditahan dalam himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), malam Sabtu.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya difahamkan beberapa individu yang ditahan pihak berkuasa dalam perhimpunan itu dijangka didakwa di mahkamah pada bulan hadapan"Insya-ALLAH Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam dalam kalangan kami secara percuma kepada mereka yang ditahan."Jangan risau, kami bersama dengan anda semua," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan.Menurut beliau, kerajaan sepatutnya menjadi pelindung kepada golongan yang ditahan itu."Atas sebab apa mereka ini ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa semalam? Adakah hak itu sudah tidak sah lagi?"Seperti mana pihak pembangkang sebelum ini menuntut hak rakyat untuk keluar berhimpun, hak itu sepatutnya dipertahankan juga ketika mereka menerajui kerajaan pada hari ini, bukannya menakutkan rakyat dengan kuasa yang ada pada kamu."Sepatutnya tahan orang yang menceroboh tanah, bukannya tahan orang yang mempertahankan pencerobohan!" ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulladan dua aktivis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan GARAH berhampiran Kompleks Beli Belah Sogo di ibu kota pada Sabtu.Dua aktivis terbabit ialah penyelaras himpunan GARAH, Zamri Vinoth dan Pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahari Abdul Razak.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesahkan kedua-duanya direman selama dua hari bermula Ahad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.Jelas Fadil, tangkapan dibuat susulan perhimpunan 'ad hoc' yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, penahanan membabitkan 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun.Beliau berkata, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Sementara 17 individu ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah, bagaimanapun kesemuanya dibebaskan dengan jaminan.Selain daripada tangkapan semalam, Fadil berkata, polis turut menahan tiga lelaki yang terbabit dalam hasutan membabitkan kes sama dan siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.Perhimpunan aman dengan sokongan 141 badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai dirancang bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang didakwa semakin berleluasa. |
|
Mahkamah benarkan reman dua hari terhadap Zamri Vinoth dan Tamim - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Mahkamah benarkan reman dua hari terhadap Zamri Vinoth dan Tamim KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan dua aktivis Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan Tamim Dahari, selama dua hari bagi membantu siasatan |
|
PPMM persoal penahanan peguam, aktivis sebelum himpunan GARAH - Mgazette - 8/02 4:32 pm # PPMM persoal penahanan peguam, aktivis sebelum himpunan GARAH KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mempersoalkan tindakan polis menahan beberapa peguam dan aktivis sebelum berlangsungnya perhimpunan aman pada malam tadi yang didakwanya bercanggah dengan proses undang-undang |
|
Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang – .. - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang - Pemuda Pas Terengganu KUALA LUMPUR Pihak berkuasa digesa menghentikan sebarang tekanan terhadap individu yang ditahan berkaitan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), susulan kebimbangan terhadap pematuhan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang |
|
Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Harapandaily - 8/02 3:54 pm Dua individu Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) |
|
Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Sinarharian - 8/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Dua aktivis, Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada Ahad.Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu itu direman untuk siasatan lanjut."Kedua-dua individu terbabit telah dibenarkan untuk direman dua hari," katanya ringkas pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu.Ujar beliau, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan. |
|
Himpunan GARAH: Selesaikan salah faham ikut lunas undang-undang – Fahmi - Thempress - 8/02 2:45 pm KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak pernah dihalang dan memiliki hak untuk berhimpun bagi menyuarakan pandangan atau sebarang rasa tidak puas hati |
|
Lawatan Modi antarapertimbangan PDRM halang himpunan GARAH - Thempress - 8/02 1:25 pm KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan faktor keselamatan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, antara pertimbangan utama dalam keputusan menghalang perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) |
|
Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari antara ditahan - Thempress - 8/02 1:17 pm KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks… |
|
Penahanan sebelum himpunan aman tidak ikut proses undang-undang - PPMM - Sinarharian - 8/02 1:07 pm SHAH ALAM - Penahanan peguam dan aktivis yang hendak menyertai perhimpunan aman pada waktu sebelum berlakunya sebarang himpunan aman secara nyata tidak mengikut proses undang-undang.Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, pihak polis juga gagal menyatakan dan menjelaskan sebab penahanan kepada mereka yang dilakukan secara mendadak dan melulu.Menurutnya, pihak mereka kesal dan mengecam tindakan pihak berkuasa menangkap serta menahan peguam dan aktivis yang hendak menyertai perhimpunan aman tersebut."Hak berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan;"Penahanan terhadap peguam dan aktivis yang melaksanakan hak mereka secara sah adalah suatu bentuk pencabulan terhadap prinsip demokrasi, kebebasan sivil, dan kedaulatan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Menurutnya, tindakan polis itu jelas menimbulkan kebimbangan serius terhadap budaya demokrasi dan memberi kesan buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa melalui tindakan tidak mengikut dan bertentangan norma prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.Justeru, beliau menegaskan, semua individu yang ditahan perlu segera dibebaskan tanpa syarat.Tambahnya, polis dan pihak berkuasa turut dituntut menghormati hak asasi rakyat serta mengamalkan pendekatan yang selaras dengan prinsip keadilan, hak asasi manusia dan standard antarabangsa.Muhamad Hisham berkata, kerajaan perlu memastikan dan menjamin institusi penguatkuasaan tidak digunakan sebagai alat untuk menekan suara rakyat yang sah.Selain itu katanya, PPMM menuntut penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang menyalahtafsir dan mengelirukan orang awam dengan membangkitkan isu perkauman, agama dan kepentingan politik."PPMM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan bantuan guaman kepada mana-mana peguam atau aktivis yang menjadi mangsa penindasan dan pencabulan kedaulatan undang-undang," ujarnya lagi.Tegasnya, suara rakyat tidak boleh dibungkam dan hak berhimpun secara aman mesti dipertahankan sebagai asas kepada demokrasi yang matang dan berfungsi. |
|
Polis akan reman Zamri Vinoth, penganjur bersama himpunan rumah ibadat haram - FMT - 8/02 12:34 am Ketua Polis Kuala Lumpur Fadhil Marsus berkata dua lelaki itu disiasat bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta SKMM. |
|
Himpunan GARAH: 19 individu ditahan, dua disiasat - Sinarharian - 8/02 12:14 am KUALA LUMPUR - Seramai 19 individu ditahan termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu."Daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis sebelum ini menerima pemakluman penganjuran perhimpunan daripada pihak penganjur sebelum sesi libat urus dijalankan."Hasil risikan, pemantauan dan siasatan mendapati perhimpunan tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan awam."Polis juga menerima sebanyak 131 laporan daripada pelbagai pihak termasuk premis sekitar lokasi yang mendakwa wujud ancaman berkaitan perhimpunan tersebut," katanya.Tambah beliau, tindakan penahanan dibuat bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk atau berlakunya jenayah lain yang tidak diingini.Dalam perkembangan berasingan, polis turut menahan tiga lelaki di Klang Utara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu sama.Menurut Fadil, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.Beliau menegaskan tindakan diambil tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang."Keutamaan kita adalah keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R)," katanya.Media sebelum ini melaporkan penyelaras himpunan terbabit iaitu Zamri Vinoth bersama beberapa individu difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu itu ditahan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi terbabit dijalankan.Terdahulu, polis memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan GARAH yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo atas faktor keselamatan awam. |
|
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Kecoh di Hadapan Sogo - Mgazette - 8/02 8:05 am # Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Kecoh di Hadapan Sogo |
|
GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain GARAH: .. - Mgazette - 8/02 8:05 am Saya akan beri perinciannya esok, katanya kepada pemberita. Terdahulu, portal ini melaporkan beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo sebelum demonstrasi itu bermula, malam ini |
|
Demo mansuh AUKU: UM nasihat pelajar fokus akademik, keselamatan Demo .. - Mgazette - 8/02 8:05 am Demonstrasi itu dianjurkan kumpulan tersebut yang membentuk sebuah sekretariat yang dinamakan Mansuh AUKU. Protes dijadualkan bermula 9 pagi akan melibatkan lebih 30 kumpulan pelajar, termasuk Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany), Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia, dan Liga Mahasiswa Universiti Malaya (LMUM) |
|
Beberapa peserta himpunan GARAH ditahan polis Beberapa peserta himpunan .. - Mgazette - 8/02 8:05 am KUALA LUMPUR - Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo sebelum demonstrasi itu bermula, malam ini |
|
Himpunan Garah: Bukan soal undang-undang tetapi mainan politik 3R - Harapandaily - 8/02 7:00 am Oleh SYAM GHAZ Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) di Sogo malam tadi jelas bukan isu undang-undang, sebaliknya cubaan politik untuk mencetuskan sentimen 3R |
|
Zamri Vinoth antara peserta himpunan GARAH ditahan polis - Kosmo - 7/02 10:29 pm KUALA LUMPUR – Beberapa individu yang dipercayai peserta Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan pusat beli belah Sogo di sini, malam ini |
|
Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain - Sinarharian - 7/02 9:54 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinothbersama beberapa individu lain, pada Sabtu.Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain."Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat."Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad)," katanya ringkas pada Sabtu.Sinar Hariansebelum ini melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |