| /// |
|
| Search : Hari Raya Aidilfitri News | Page 1 |
|
5 individu buang sampah merata jalani khidmat masyarakat - Mgazette - 13/03 8:06 am # 5 individu buang sampah merata jalani khidmat masyarakat KUALA LUMPUR Seramai lima individu hari ini melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Segitiga Bersejarah, Jalan Pudu St di sini, atas kesalahan membuang sisa pepejal merata-rata |
|
Pengumuman PM jadi benteng hadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi global - Mgazette - 13/03 8:06 am # Pengumuman PM jadi benteng hadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi global KUALA LUMPUR - Langkah proaktif kerajaan dalam mengawal keadaan ekonomi negara di tengah konflik Asia Barat menunjukkan kesiapgaan dan keprihatinan tertinggi negara dalam menjaga rakyat |
|
LOD: KPT saran UM dan pertubuhan mahasiswa berunding - Mgazette - 13/03 8:06 am # LOD: KPT saran UM dan pertubuhan mahasiswa berunding KUALA LUMPUR - Isu berkaitan penggunaan identiti atau logo melibatkan sebuah pertubuhan pelajar dengan Universiti Malaya (UM) wajar diselesaikan terlebih dahulu melalui perbincangan dan konsultasi, kata Kementerian Pendidikan Tinggi |
|
KPM pastikan institusi pendidikan tak dipengaruhi unsur ekstremisme - Mgazette - 13/03 8:06 am # KPM pastikan institusi pendidikan tak dipengaruhi unsur ekstremisme SEBERANG JAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan institusi pendidikan tidak dipengaruhi unsur ekstremisme |
|
Aidilfitri: 300,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu - Mgazette - 13/03 8:06 am # Aidilfitri: 300,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu CHUKAI - Sebanyak 300,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 26 sempena Aidilfitri dari 19 hingga 23 Mac |
|
Siasat dakwaan ‘orang dalam’ FAM cuba jadikan TMJ .. - Mgazette - 13/03 8:06 am # Siasat dakwaan 'orang dalam' FAM cuba jadikan TMJ 'kambing hitam' JOHOR BAHRU - Dakwaan wujud segelintir 'orang dalam' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang cuba menjadikan Tunku Mahkota Ismail sebagai kambing hitam dalam isu membabitkan pemain warisan Harimau Malaya perlu disiasat secara telus, berintegriti dan berani |
|
KPM pastikan pelajar dirawat di hospital tidak tercicir pendidikan - Mgazette - 13/03 8:06 am # KPM pastikan pelajar dirawat di hospital tidak tercicir pendidikan SEBERANG JAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) terus memastikan tiada murid tercicir daripada sistem pendidikan termasuk mereka yang menjalani rawatan di hospital menerusi pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) |
|
SC keluarkan waran tangkap CEO Serba Dinamik - Mgazette - 13/03 8:06 am KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan waran tangkap Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd., Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah |
|
Petani, pesawah tanggung kesan besar kenaikan harga diesel ??? Syazwani - Mgazette - 13/03 8:06 am # Petani, pesawah tanggung kesan besar kenaikan harga diesel Syazwani KUALA LUMPUR Kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen di Semenanjung memberi kesan amat besar kepada sektor ekonomi asas negara, khususnya sektor pertanian dan pesawah padi |
|
Malaysia Airlines gantung sementara penerbangan ke Doha hingga 20 Mac - Mgazette - 13/03 8:06 am # Malaysia Airlines gantung sementara penerbangan ke Doha hingga 20 Mac KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines melanjutkan lagi penggantungan sementara perkhidmatan penerbangannya ke Doha sehingga 20 Mac 2026 susulan perkembangan terkini di rantau tersebut |
|
Kerajaan pastikan bekalan makanan tidak terjejas biarpun harga bahan api .. - Mgazette - 13/03 8:06 am Saya baru sahaja berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat penerbangan, operator lapangan terbang, pembekal bahan api jet dan pihak berkuasa sektor udara untuk menyusun gerak kerja dalam menghadapi konflik antara Amerika Syarikat/Israel dan Iran yang telah menyebabkan harga bahan api dunia mencanak, katanya menerusi hantaran di Facebook. Menurut beliau, dalam tempoh terdekat, fokus utama kementerian adalah memastikan rantaian bekalan tidak terjejas, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lazimnya menyaksikan peningkatan permintaan barangan makanan |
|
Tangani isu rumah ibadat segera, elak ketegangan kaum terus memuncak .. - Mgazette - 13/03 8:06 am # Tangani isu rumah ibadat segera, elak ketegangan kaum terus memuncak - PN KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) memandang serius ketegangan yang tercetus kebelakangan ini berkait isu rumah ibadat yang didakwa dibina di atas tanah milik pihak lain termasuk tanah kerajaan |
|
Saya sedia kembali perkasa, perkukuhkan UMNO – Hishammuddin - Mgazette - 13/03 8:06 am # Saya sedia kembali perkasa, perkukuhkan UMNO - Hishammuddin KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu |
|
Lelaki Pakistan maut, dua lagi parah kereta terbalik - Mgazette - 13/03 8:06 am # Lelaki Pakistan maut, dua lagi parah kereta terbalik KOTA TINGGI - Seorang lelaki Pakistan maut manakala dua rakannya parah selepas kereta dinaikinya kemalangan di Jalan Kuala Sedili-Tenggaroh Selatan di sini hari ini |
|
Pasaran kewangan Malaysia berdaya tahan dalam ketidaktentuan global .. - Mgazette - 13/03 8:06 am # Pasaran kewangan Malaysia berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - FMC KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) berkata, pasaran Malaysia menunjukkan daya tahan dalam persekitaran tempoh ketidaktentuan global ini |
|
Serian MP distributes Raya aid to 84 elderly residents - BorneoPost - 13/03 8:00 am KUCHING (March 13): A total 84 recipients from 14 villages received contributions under the ‘Sumbangan Ikhlas Setulus Kasih’ programme from Serian MP Dato Sri Richard Riot on Thursday |
|
Di mana Nur Dinie, hilang sejak Isnin - Sinarharian - 13/03 7:43 am KAJANG - Polis mencari seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani berusia 25 tahun diterima pihaknya pada jam 12.16 tengah hari.Menurutnya, wanita itu dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 pagi dan alamat terakhirnya ialah Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang."Butiran wanita itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter (cm), berbadan kurus dengan berat sekitar 48 ke 49 kilogram (kg) serta berpakaian blazer hitam dan seluar panjang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairulazwan Yunus di talian 013-4480997. |
|
Sambut raya tapi rumah tak terbuka - FMT - 13/03 7:30 am Memandangkan bilangan hadirin serta kementerian, agensi kerajaan serta GLIC saya kira jumlah perbelanjaan keseluruhan membabitkan direct and indirect costs agak lumayan. |
|
Demand soars for Kuchings Lemang Warisan as Hari Raya nears - BorneoPost - 13/03 7:00 am KUCHING (March 13): As Hari Raya Aidilfitri approaches, it is once again a bustling period for local food entrepreneur Reduan Mohamad, whose lemang business is receiving a surge in orders ahead of the festive celebration |
|
Elak riba upah tukar duit raya - Sinarharian - 13/03 7:00 am SHAH ALAM - Dua syarat utama perlu dipatuhi dalam urusan pertukaran wang kepada not baharu sempena Aidilfitri termasuk persamaan nilai dan serah terima secara serta-merta.Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, sekiranya salah satu syarat tersebut tidak dipenuhi, maka ia boleh membawa kepada riba al-fadl iaitu pertambahan dalam pertukaran barang ribawi yang sama jenis.Ujar beliau, umat Islam perlu memahami prinsip berkenaan supaya tradisi menukar duit raya dapat dilakukan seiring tuntutan syariah dan nilai keadilan dalam muamalat."Menukar wang kepada not baharu bagi tujuan duit raya adalah harus dalam Islam |
|
KPM pantau pembabitan pelajar dalam aktiviti militan, kumpulan ekstremis - Sinarharian - 12/03 11:57 pm BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) memantau rapi pembabitan pelajar dalamaktiviti militan dan keganasan bagi mengekangsebarang unsur ekstremisme daripada menyusup masuk ke institusi pendidikan.Menterinya,Fadhlina Sidek berkata, pihak KPM telah menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut."Dalam masa yang sama, di peringkat KPMkita pantausemua penglibatan pelajarsupaya anasir ini tidak masukdalam kementerian dan khususnya di institusi pendidikan kita," katanya pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Seberang Jayadi sini pada Khamis.Beliau berkata, kerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan penting bagi melindungi pelajar, guru serta keseluruhan institusi pendidikan daripada pengaruh yang berkait rapat dengan unsur terbabit.Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, polis melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi kumpulan pengganas Daesh di negara ini dengan penahanan enam remaja termasuk tiga di bawah umur menerusi operasi khas.Beliau berkata, suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan dalam operasi dilancarkan oleh Cawangan Khas selama dua hari bermula 14 Februari lalu di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu.Polis turut mendedahkan mengesan kewujudan sel radikal yang memfokuskan golongan remaja dan mempunyai jaringan komunikasi dengan kumpulan ekstremis di luar negara.- Bernama |
|
'Luluh hati, beg baju diasudah kemas...' - Anak mangsa tanah runtuh - Sinarharian - 12/03 11:33 pm SANDAKAN - Seorang lelaki warga emas yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berdekatan Bangunan Blok 10 di sinisepatutnya pulang ke Kota Kinabalu untuk bertemu keluarga semalam.Anak mangsa, Lionel Aaron Lingam, 45, berkata, bapanya,Agustine Frederick J Lingam, 76, telah bersiap untuk ke Kota Kinabalu menaiki pesawat pada 11 pagi, namun hasrat itu tidak kesampaian akibat kejadian pagi semalam.Beliau berkata, semua keluarga berada di Kota Kinabalu kerana bapanya berasal dari Beaufort dan membesar di Papar sebelum bekerja lebih 30 tahun di Sandakantermasukempat tahun dalam sektor perhotelan."Saya bergegas ke Sandakan selepas mendengar berita yang menimpa bapa,luluh hati |
|
Rayuan ditolak, pakar mata diperintah bayar ganti rugi RM1.28 juta kepada mekanik - Sinarharian - 12/03 10:51 pm PUTRAJAYA - Seorang pakar oftalmologi gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia bertanggungjawab atas kecuaian perubatan sehingga menyebabkan seorang mekanik buta mata kiri dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM1.28 juta.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Dr Choo Kah Sing yang bersidang bersama-sama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Sri Latifah Mohd Tahar menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel itu, Choo berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi undang-undang atau fakta apabila menerima naratif yang dikemukakan oleh T |
|
Sabah bantah permohonan AGC tangguh perintah Mahkamah Tinggi bayar 40 peratus - Sinarharian - 12/03 10:23 pm KOTA KINABALU - Jabatan Peguam Besar Sabah mengesahkan bahawa kerajaan negeri akan membantah permohonan yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia (AGC) bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025.Permohonan itu berkaitan dengan semakan dan penentuan hak Sabah terhadap 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada negeri ini bagi tempoh 1974 hingga 2021.Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh berkata, perintah Mahkamah Tinggi itu mengarahkan kerajaan Persekutuan mengadakan semakan bersama kerajaan Sabah bagi melaksanakan pemberian khas 40 peratus selaras dengan kerangka Perlembagaan bagi tahun-tahun yang hilang serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari, iaitu selewat-lewatnya pada 15 April depan."Sejak keputusan tersebut dikeluarkan, kerajaan Sabah dengan sepenuhnya kekal komited mematuhi isi dan maksud keputusan Mahkamah Tinggi tersebut."Kerajaan Sabah secara konsisten telah turut terlibat dalam proses libat urus bersama pihak berkuasa Persekutuan berkaitandan beberapa mesyuarat serta perbincangan teknikal telah diadakan bagi sesi bertukar maklumat, membuat pengesahan data selain pertimbangan terhadap kaedah-kaedah yang sesuai bagi menentukan jumlah amaun Pemberian Khas 40 peratus kepada kerajaan Sabah."Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan kesemua sesi perbincangan tersebut secara konstruktif, telus dengan niat yang baik agar objektif untuk mencapai suatu penyelesaian yang adil, berprinsip serta boleh diterima secara bersama dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkamah Tinggi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Brenndon berkata, kerajaan Sabah juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan kerangka kerja bagi membantu pihak berkaitan mencapai persetujuan bersama."Kerajaan Sabah tidak ada melakukan sebarang penangguhan kelewatan mahupun tidak memberi kerjasama dalam melaksanakan Perintah Mahkamah Tinggi."Sebaliknya, kerajaan Sabah telah mengambil langkah-langkah yang aktif dan berterusan bagi memastikan proses yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi itu dapat dilaksanakan secara teratur dan produktif."Sehubungan itu, kerajaan Sabah kekal bersedia, bersetuju dan berkeupayaan untuk terus berunding dengan kerajaan Persekutuan secara konstruktif dengan tujuan mencapai suatu keputusan yang dipersetujui bersama selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang mengawal Pemberian Khas tersebut serta terma-terma Perintah Mahkamah Tinggi berkenaan," katanya.Dalam pada itu, Brenndon turut menegaskan bahawa Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan mekanisme perlembagaan yang jelas sekiranya pihak-pihak gagal mencapai persetujuan."Peruntukan tersebut menghendaki pelantikan seorang penilai bebas, yang mana syor-syor yang dikemukakan olehnya berhubung perkara tersebut, hendaklah mengikat kerajaan-kerajaan yang berkenaan dan hendaklah dilaksanakan seolah-olah syor tersebut merupakan persetujuan kerajaan-kerajaan tersebut."Jaminan perlembagaan ini memastikan bahawa proses semakan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat diselesaikan secara teratur walaupun sekiranya tiada persetujuan bersama dapat dicapai," katanya.Beliau berkata, memandangkan perbincangan masih berlangsung dan mengambil kira tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah semakin hampir, kerajaan Sabah berpendapat kedua-dua pihak perlu terus menumpukan perhatian serta mempergiat usaha bagi memenuhi terma-terma Perintah Mahkamah Tinggi tersebut."Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah akan sentiasa mengambil langkah undang-undang yang sewajarnya bagi melindungi hak dan kepentingan negeri Sabahdan dalam masa yang sama menyokong prinsip kedaulatan undang-undang, prinsip perlembagaan serta semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah," katanya. |
|
Padah jual kuku, gigi haiwan dilindungi, lelaki ditahan JHL Sabah - Sinarharian - 12/03 10:05 pm TUARAN - Tindakan seorang lelaki menjual beberapa organ haiwan hidupan liar yang dilindungi di sebuah gerai di Tamu (pasar hari) Tenghilan di sinimembawa padah apabila ditahan Penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada Khamis.Dalam operasi kira-kira jam 8.05 pagi itu, suspekberusia 30 tahun itu ditahan bersama beberapa barangan iaitu melibatkan organ haiwan seperti beruang madu, tenggiling, kijang dan landak.Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, operasi itu dilaksanakan oleh sepasukan penguat kuasa daripada Rapid Response Team (RRT) hasil daripada maklumat unit risikan jabatan tersebut berkaitan aktiviti penjualan organ atau bahagian hidupan liar di kawasan berkenaan.Katanya, hasil operasi tersebut membawa kepada rampasan beberapa bahagian haiwan yang dipamer untuk dijual secara haram."Antara barangan yang dirampas adalah dua batang kuku beruang madu, satu bahagian tangan beruang madu, satu batang gigi beruang madu, satu keping sisik tenggiling, satu batang tanduk kijang dan enam belas batang duri landak.Seorang lelaki tempatantelah ditahan bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (EPHL 1997)."Di bawah EPHL 1997, sebarang aktiviti perdagangan hidupan liar yang dilindungi hendaklah mendapatkan lesen atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh JHL Sabah."Bagaimanapun, tiada sebarang permit dikeluarkan bagi perdagangan, pemilikan atau penyimpanan spesies beruang madu dan tenggiling kerana kedua-dua spesies ini berada di bawah kategori dilindungi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Mohd Soffian berkata, individu yang didapati memiliki, menyimpan, menjual atau memperdagangkan spesies tersebut tanpa kebenaran didapati melakukan kesalahan di bawah EPHL1997."Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun," katanya. |
|
'Saya sedia kembali perkukuhkan UMNO' Hishammuddin - Sinarharian - 12/03 8:48 pm JOHOR BAHRU Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu.Ahli Parlimen Sembrong itu terharu dan berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.Bagaimanapun, Hishamuddin yang digantung keahliaannya selama enam tahun bermula Januari 2023 itu berkata, untuk menyertai UMNO bukanlah keputusan sukar baginya."Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun."Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan presiden parti."Yang penting saya tidak pernah lari (dari UMNO)," katanya dalam muat naik video di Facebooknya.Bagaimanapun menurut Hishammuddin, isunya kini ialah status beliau sebagai ahli yang digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO."Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO," tambahnya. |
|
Sejambak Kasih Aidilfitri: Relief to needy Dalat folks - BorneoPost - 12/03 8:38 pm DALAT (March 12): A total of 150 aid recipients here received festive cash assistance and hampers during the Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2026 programme here today |
|
Ahli digantung, tinggalkan parti di Sabah boleh buat permohonan kembali sertai UMNO - Jafry - Sinarharian - 12/03 8:24 pm KOTA KINABALU - UMNO Sabah terbuka untuk menerima semula bekas ahli yang meninggalkan parti atau pernah dikenakan tindakan gantung keahlian selaras dengan keputusan pucuk pimpinan untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka yang ingin kembali menyertai perjuangan UMNO.Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata,keputusan itu adalah dasar yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru selesai.Menurutnya, UMNO Sabah turut menyokong pendekatan 'Rumah Bangsa' yang membuka peluang kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali bersama parti."Di Sabah, kita tidak terkecuali menyokong dasar ini |
|
Konflik Asia Barat: Kekalkan harga RM1.99 RON95 bukti kerajaan lindungi rakyat - Sinarharian - 12/03 6:50 pm KANGAR Langkah kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat disifatkan sebagai tindakan proaktif dalam melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Syazwan Fahmi Badrul Sham berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Menurutnya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dan bertanggungjawab dalam menangani perkembangan konflik tersebut."Kenyataan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan serantau, kestabilan ekonomi global serta kebajikan rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat ketegangan di rantau berkenaan."Antara langkah penting yang diumumkan termasuk pendirian tegas Malaysia mengecam serangan terhadap Iran selain usaha diplomasi aktif dengan menghubungi pemimpin negara Teluk, Turki, Indonesia dan Menteri Luar Iran bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan konflik daripada terus merebak," katanya dalam satu kenyataan.Syazwan Fahmi berkata, kerajaan juga memberi jaminan bahawa bekalan petroleum negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini hasil pengurusan cekap oleh Petronas bersama kerajaan.Menurutnya, tindakan mengekalkan harga petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan turut memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api yang berpotensi meningkat susulan perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran."Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II juga ditubuhkan bagi memantau impak ekonomi konflik tersebut secara berterusan supaya langkah segera dapat diambil bagi memastikan kestabilan ekonomi negara," ujarnya.Tambah beliau, kerajaan turut menunjukkan kebertanggungjawaban fiskal apabila memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.Katanya, PKR Perlis juga menghargai usaha kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas di kawasan Asia Barat."Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pendekatan yang seimbang antara diplomasi antarabangsa, pengurusan ekonomi yang berhemah serta perlindungan kebajikan rakyat."Seluruh rakyat Malaysia diminta terus menyokong usaha kerajaan Madani dalam memastikan negara kekal stabil, selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar," jelasnya. |
|
AMK cadang kerajaan laksana WFH bersasar, kurangkan guna bahan api - Sinarharian - 12/03 6:31 pm SHAH ALAM - Kerajaan disaran mempertimbangkan pelaksanaan dasar kerja dari rumah secara bersasar bagi sektor tertentu susulan harga minyak dunia melonjak akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, langkah itu bertujuan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, menjimatkan kos pengangkutan rakyat dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dalam keadaan ekonomi masa kini."Pelaksanaan dasar ini boleh dimulakan di pejabat kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebelum diperluaskan kepada sektor swasta yang bersesuaian mengikut keperluan operasi masing-masing."Dalam masa sama, langkah tersebut berpotensi membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi bahan api dengan lebih berhemah selain mengurangkan beban kos kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan harga minyak dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, krisis di Asia Barat bermula apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu, mendorong Iran bertindak balas menyerang pangkalan serta bangunan kepentingan AS di rantau tersebut.Ujar Muhammad Kamil, cadangan tersebut dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan pergerakan rakyat, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol dan perbelanjaan subsidi bahan api khususnya RON95.Tambah beliau, saranan pelaksanaan fleksibel seperti beberapa hari bekerja dari rumah dalam seminggu juga boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kesesuaian fungsi jabatan, agensi dan organisasi."Pendekatan itu selari dengan usaha meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan di samping menyokong agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan kenderaan serta pelepasan karbon," ujarnya. |
|
Prisons Dept sets third and fourth days of Aidilfitri for Raya visits - Malaymail - 12/03 5:57 pm KUALA LUMPUR, March 12 The Malaysian Prisons Department, in conjunction with this years Hari Raya Aidilfi... |
|
UMNO bukan nak jadi 'abang besar' dalam Rumah Bangsa - Akmal Saleh - Sinarharian - 12/03 5:39 pm SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengkritik kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO sebagai usaha parti itu untuk kembali berkuasa dan menjadi 'abang besar' dalam politik Melayu sebagai tidak tepat.Sebaliknya Ketua Pemuda parti berkenaan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan, konsep diperkenalkan bertujuan menyatupadukan orang Melayu yang banyak terpecah."Tiada langsung kenyataanRumah Bangsa ni untuk sesiapa menjadi 'abang besar', malah kenyataan presiden UMNO menyatakan penyatuan tanpa syarat lagi kerana kepentingan menyatukan agama bangsa ini melebihi dari kepentingan individu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Pada Rabu, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mendakwa cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha parti itu mendekati kembali parti-parti Melayu selepas berdepan tekanan politik.Beliau turut menyindir UMNO hanya mencari orang Melayu apabila terdesak dan melupakan sewaktu senang.Mengulas perkara tersebut, Dr Muhammad Akmal mendakwa perpecahan yang berlaku ketika ini bukan disebabkan oleh rakyat, sebaliknya berpunca daripada sikap pemimpin itu sendiri."Rakyat mahukan kuasa Melayu Islam menjadi kuat dan tidak terpecah itu agenda sebenarnya."Rupanya yang berpecah ini bukan rakyat,tetapi pemimpin yang masih lagi ego |
|
Johor dinobat destinasi pelancongan Malaysia sempena MATTA Fair 2026 - Sinarharian - 12/03 4:59 pm KUALA LUMPUR - Keunikan budaya, warisan dan 'hidden gem' Negeri Johor menjadi antara tawaran menarik sempena MATTA Fair April 2026 apabila negeri selatan tanah itu dinobatkan sebagai destinasi pilihan Malaysia bagi acara promosi pelancongan terbesar yang bakal berlangsung dari 3 hingga 5 April depan.MATTA Fair yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini juga kembali dengan skala lebih besar, meliputi keluasan 40,820 meter persegi merentasi 10 dewan pameran.Naib Presiden (Pengangkutan Udara), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Dr Fazil Khan berkata, penganjuran kali ini dijangka menampilkan kepelbagaian tawaran pelancongan yang lebih luas, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan MATTA bersama pemain industri dalam memperkukuh sektor pelancongan negara."Dikenali sebagai Permata Selatan, Johor terus menyerlah dengan keindahan budaya serta pelbagai tarikan pelancongan."Kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan Singapura juga menjadikannya pintu masuk yang mudah diakses oleh pelancong," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.Untuk rekod, Johor merekodkan 25 juta pelawat asing pada 2025, manakala 1.91 juta pelawat direkodkan setakat Januari tahun ini.Daripada jumlah tersebut, kira-kira 78 peratus merupakan pelawat dari Singapura, sekali gus menggambarkan hubungan perjalanan yang kukuh antara kedua-dua negara jiran itu.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Majestic Johor Tourism Sdn Bhd, Jeffri Munir berkata, dengan pengiktirafan tersebut, Johor mensasarkan menarik 12 juta pelancong dengan jangkaan pendapatan sekitar RM42 bilion.Katanya, ia juga bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026 yang turut mempromosikan kawasan-kawasan unik, produk dan gastronomi Johor."Kita juga bakal membuat pertukaran memorandum persefahaman (MOU) dengan TikTok Malaysia untuk mempromosikan kempen dengan kerjasama syarikat tempatan Johor."Selain itu, kita juga akan melancarkan laman web baharu Melawat Johor 2026 termasuk mengemaskini promosi di sosial media 'Mehla Johor'," katanya.Johor juga akan memperkenalkan beberapa pengalaman dan tarikan pelancongan baharu antaranya seperti Muzium Tokoh, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Kampung Sungai Melayu, selain destinasi rekreasi yang dinaik taraf serta pengalaman budaya yang menonjolkan keunikan warisan, alam semula jadi dan pelancongan berasaskan komuniti di negeri tersebut.Sementara itu, setakat ini, sebanyak 2,043 reruai disediakan di MATTA Fair dengan penyertaan 330 organisasi.Pameran tersebut turut menampilkan penyertaan 210 agensi pelancongan, enam Organisasi Pelancongan Kebangsaan (NTO), 11 Organisasi Pelancongan Negeri (STO), 63 hotel dan resort, sebuah syarikat penerbangan, 11 taman tema serta 28 penyedia perkhidmatan berkaitan pelancongan.Bagi memastikan pengalaman pengunjung lebih lancar, MATTA Fair menawarkan kemasukan percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam sepanjang tiga hari penganjuran, dari Jumaat hingga Ahad.Pengunjung juga digalakkan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang disediakan dari KL Sentral dan Sunway Putra Mall ke MITEC.Bagi pengunjung yang memandu, kemudahan parkir disediakan di MITEC South Entrance Basement, MITI Basement, MATRADE Open Parking, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Open Parking, The MET Basement, MET 1 Basement dan MET 9 Open Parking. |
|
Penang to go ahead with modest Aidilfitri open house despite Anwars call to refrain - Malaymail - 12/03 4:40 pm GEORGE TOWN, March 12 The Penang state government will proceed with its plan to hold an Aidilfitri open house, b... |
|
Penang to proceed with modest Aidilfitri open house - CM Chow - Sinardaily - 12/03 4:21 pm GEORGE TOWN - The Penang state government will proceed with its plan to hold an Aidilfitri open house, but in a modest manner, despite Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims call to refrain from organising such events within government agencies.Anwar yesterday announced that ministries, agencies and government-linked companies (GLCs) will not host Aidilfitri open house this year as a cost-saving measure following global economic uncertainties arising from the conflict in West Asia.Chief Minister Chow Kon Yeow said the state government has yet to receive any official circular from the Chief Secretary to the Government regarding the matter."Personally, I feel that the event date is already very near |
|
Rumah Bangsa tak selamat, penuh hantu - Abdul Hadi - Sinarharian - 12/03 4:07 pm PUTRAJAYA PAS tidak bersedia menyertai gagasan Rumah Bangsa yang ditawarkan oleh UMNO kerana disifatkannya sebagai struktur politik yang tidak selamat.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gagasan yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diibaratkan seperti perlindungan yang rosak dan tidak mampu melindungi pihak yang berada di bawahnya.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Rumah Bangsa bagaikan berada di bawah payung buruk yang sudah mengalami banyak kerosakan sehingga tidak mampu menahan simbahan hujan lebat.Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau mendakwa, kain peneduh Rumah Bangsa sudah tiada dan masih terdapat besi-besi tajam yang boleh membahayakan."Lebih berbahaya lagi kalau menjadi rumah tidak beratap dan berdinding, yang dimasuki hantu menjadi penunggu sehingga membahayakan penghuninya," katanya.Beliau berkata, Pas sebelum ini menghantar pemerhati ke satu pertemuan berkaitan inisiatif berkenaan bagi melihat sendiri pihak yang terlibat selepas menerima jemputan daripada penganjur.Namun menurut Abdul Hadi, pertemuan tersebut dilihat sebagai usaha menghimpunkan perpaduan Melayu berasaskan semangat kebangsaan semata-mata tanpa menjadikan Islam sebagai teras."Walaupun tanpa kehadiran wakil DAP (dalam pertemuan), namun Pas dapat membaca segala yang tersirat," katanya.Pada masa sama, beliau turut membangkitkan persoalan mengenai hubungan politik UMNO dengan parti lain yang menurutnya menimbulkan keraguan terhadap prinsip asal perjuangan parti tersebut."Hal ini demikian kerana tetap bersahabat dan berwala kepada DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan walaupun terpaksa meninggalkan prinsip asal perjuangannya."Dalam kalangan pemimpin UMNO, ada yang berpegang dengan kepercayaan Melayu sebelum kepercayaan terhadap Islam, yang memestikan mereka bersahabat dengan semua pihak tanpa pilihan demi kemenangan untuk mendapatkan kuasa dan harta," katanya.Tambah beliau, keadaan itu menyebabkan kerjasama politik dibina tanpa batasan sehingga sanggup bekerjasama dengan pelbagai pihak."Walaupun terpaksa berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk segala jenis hantu, termasuk hantu raya yang paling besar serta pelbagai hantu yang bijak berkosmetik Islam," katanya.Beliau juga mendakwa, pendekatan tersebut turut disertai dengan pelbagai amalan yang menurutnya tidak selari dengan prinsip agama."Selain itu, mereka turut dijamukan dengan pesta pemujaan yang dianggap boleh membantu bagi meneruskan kehidupan dan meluaskan rezeki."Jamuan tersebut disertai oleh lebai-lebai yang jahil dan kuat beribadat supaya menjadi tukang sembelih yang diharamkan dagingnya," katanya.Abdul Hadi berkata, Pas dan ahlinya tidak terpengaruh dengan pendekatan tersebut yang menurutnya telah lama digunakan dalam persaingan politik."Pas beristiqamah tidak terpengaruh dengan umpan dan tipu daya syaitan serta sekutunya, yang selama ini menjadi senjata lapuk dalam kalangan UMNO yang jahil |
|
Penang to hold modest Raya open house, says CM - FMT - 12/03 3:58 pm Chow Kon Yeow says the open house, a longstanding tradition for Penang, has always been held on a moderate scale. |
|
Pengarah syarikat direman, disyaki minta dan terima rasuah seleweng tanah - Sinarharian - 12/03 3:57 pm SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pemaju hartanah sebagai balasan menyerahkan tanah milik bekas pekerja sebuah ladang di negeri ini bagi tujuan pembangunan komersial.Perintah reman sehingga 16 Mac terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohamad Suffian Jaafar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini pada Khamis.Menurut sumber, pengarah terbabit dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2025 apabila menyerahkan tanah milik 136 bekas pekerja sebuah ladang di Hulu Selangor tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka kepada sebuah syarikat pemaju."Suspek yang juga merupakan pemegang amanah ke atas tanah seluas kira-kira lapan ekar itu disyaki menerima wang rasuah berjumlah sekitar RM50,000 hingga RM100,000 beberapa kali dalam tempoh lima tahun."Ia sebagai balasan membantu menyerahkan tanah berkenaan bagi tujuan pembangunan komersial bernilai kira-kira RM4 juta," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.Terdahulu, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 12.20 tengah hari, Rabu, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. |
|
Bekas pengarah DIDR berdepan 20 pertuduhan rasuah - Sinarharian - 12/03 3:49 pm KOTA KINABALU - Seorang bekas pengarah di sebuah jabatan kerajaan negeri mengaku tidak bersalah terhadap 20 pertuduhan bersubahat dengan penjawat awam menerima barang berharga tanpa balasan, di Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis.Tertuduh, bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah, Tseu Kei Yue, 58, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elsie Primus.Menurut pertuduhan, Kei Yue didakwa bersubahat dengan pelbagai penjawat awam dengan menerima barang berharga seperti mesin basuh, telefon bimbit pintas, gitar bass, peralatan pejabat dan peralatan senaman daripada beberapa syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi mereka.Nilai barang berbeza antara sekitar RM2,350 hingga RM7,100, manakala lokasi kejadian termasuk di kawasan Pusat Perindustrian Sri Inanam, kawasan bank di Inanam, Sandakan, Tawau dan Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.Kesemua pertuduhan adalah di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan |
|
Teknologi ANPR diperluas mulai Ogos - Sinarharian - 12/03 3:44 pm PETALING JAYA - Sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) dijangka diperluaskan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Ogos ini.Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, setakat ini lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi baharu JustGO Malaysia untuk sistem pembayaran tol terbuka tersebut."Melalui sistem tersebut, pengguna lebuh raya boleh menggunakan mana-mana lorong di plaza tol sekiranya kenderaan mereka telah didaftarkan dengan aplikasi tersebut," katanya.Nik Airina berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat mengenai persiapan PLUS menghadapi peningkatan trafik sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini pada Khamis.Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir Nadzrol Fadzilah Ahmad dan Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Norazlan Ibrahim.Nik Airina berkata, pengguna yang tidak mendaftar dengan sistem berkenaan masih perlu menggunakan lorong yang dikhaskan mengikut kaedah pembayaran masing-masing sama ada Touch n Go atau SmartTAG."Projek rintis ANPR kini dilaksanakan PLUS di kawasan utara membabitkan sembilan tol jajaran Hutan Kampung ke Sungai Dua pada Januari lalu."Nombor plat kenderaan akan dikesan secara automatik apabila melalui lorong tol dan caj diproses serta dipautkan terus kepada kaedah pembayaran pengguna melalui aplikasi mudah alih berkenaan," katanya.Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian setakat ini, sistem tersebut dilihat membantu mempercepatkan pergerakan kenderaan di sembilan plaza tol di sepanjang laluan berkenaan."Pengguna juga tidak perlu berhenti kerana sistem berkenaan akan mengesan kenderaan yang telah didaftarkan sekali gus membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih lancar," ujarnya.Terdahulu media melaporkan, pengguna boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar apabila PLUS memperkenalkan projek rintis Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan ANPR.Sistem berkenaan disokong oleh kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan termasuk cuaca, kelajuan serta sudut pandangan yang berbeza.Bagi menggunakan kemudahan itu, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi JustGO Malaysia dan menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit tanpa sebarang kos pendahuluan kepada pengguna.Pembayaran secara e-dompet akan diperluaskan secara berperingkat.Aplikasi mudah alih itu dibangunkan sebagai platform pembayaran digital terbuka yang dirancang untuk dimiliki bersama industri lebuh raya selaras aspirasi kerajaan menyediakan kaedah lebih fleksibel.Kaunter pengaktifan JustGO disediakan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kedah termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun serta Hentian Sebelah Juru bagi membantu pengguna mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut. |
|
Remaja 19 tahun ditahan kes bunuh wanita di hotel dengan 14 kesan tikaman - Sinarharian - 12/03 3:42 pm JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya, di sini, berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan di sebuah kondominium di bandar raya ini."Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, antaranya sehelai baju t-shirt berwarna perang, seluar jeans biru, topi hitam, sepasang kasut getah hitam, cakera keras sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) serta dua telefon bimbit," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek yang merupakan warga asing tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati negatif dan bebas daripada sebarang jenis dadah.Suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah."Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Mac bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.Sebelum itu pada Rabu, media melaporkan seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan 14 kesan tikaman di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemukan selepas menerima laporan pada jam 5.30 pagi.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai maut antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.Katanya, terdapat 11 kesan tikaman di dada serta masing-masing satu kesan tikaman di leher, jari telunjuk dan lengan kanannya. |
|
P Pinang tetap anjur rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana - FMT - 12/03 3:32 pm Ketua menteri berkata, setakat ini kerajaan negeri belum terima pekeliling rasmi berhubung saranan agar majlis sedemikian tak dianjur. |
|
Mohd Ismail dikesan untuk perbicaraan kes dadah - Mgazette - 12/03 3:29 pm NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang juga saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Butterworth pada 13 dan 16 Mac ini |
|
Pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia, suami pelakon didakwa - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia, suami pelakon didakwa KUALA LUMPUR - Bekas pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu berhubung hal ehwal syarikat berkenaan, diberikan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), lima tahun lalu |
|
CAP gesa orang ramai elak ruang sesak kurangkan risiko tibi - Mgazette - 12/03 3:29 pm # CAP gesa orang ramai elak ruang sesak kurangkan risiko tibi GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa orang ramai mengelakkan berada di kawasan yang sesak, tertutup serta kurang pengudaraan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering |
|
Sany gesa tindakan undang-undang tegas pihak sentuh sensitiviti agama, kaum - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Sany gesa tindakan undang-undang tegas pihak sentuh sensitiviti agama, kaum HULU LANGAT Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu sensitiviti agama termasuk perbuatan menghina atau memijak kitab suci al-Quran |
|
Bayi maut di taska: Dua pengasuh belum ikuti kursus asuhan –... - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Bayi maut di taska: Dua pengasuh belum ikuti kursus asuhan - Siew Khim GEORGE TOWN - Dua pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Hospital Seberang Jaya yang direman bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan didapati belum mengikuti Kursus Asuhan Permata (KAP) |
|
Guru sekolah menengah didakwa kemuka tuntutan palsu - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Guru sekolah menengah didakwa kemuka tuntutan palsu KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah menengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan sukan berjumlah RM22,728, enam tahun lalu |
|
Kebakaran di Puncak Jalil terkawal, bukan dalam Hutan Simpan Kekal ??? .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Kebakaran di Puncak Jalil terkawal, bukan dalam Hutan Simpan Kekal Jamaliah KUALA LUMPUR Insiden kebakaran lereng bukit seluas kira-kira 15 hektar (37 ekar) di Puncak Jalil, Seri Kembangan yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat sejak petang semalam disahkan berada di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) |
|
Primas, Presma gesa kerajaan jelaskan kelewatan kuota pekerja asing - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Primas, Presma gesa kerajaan jelaskan kelewatan kuota pekerja asing KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menggesa kerajaan memberi penjelasan segera berhubung kelewatan serta kekeliruan dalam proses permohonan kuota penggajian pekerja asing yang didakwa menjejaskan operasi sektor restoran di negara ini |
|
Penganggur didakwa kelar leher, pergelangan tangan, bahu isteri - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Penganggur didakwa kelar leher, pergelangan tangan, bahu isteri KLUANG - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya dengan cara mengelar leher, pengelangan tangan dan bahu di rumahnya pada awal bulan ini |
|
Balu usia 70 tahun tak mampu gugat demokrasi negara -Peguam Na’imah .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Balu usia 70 tahun tak mampu gugat demokrasi negara -Peguam Na'imah KUALA LUMPUR - Peguam kepada Toh Puan Naimah Abdul Khalid, Nizamuddin Hamid menafikan anak guamnya mempunyai sebarang kaitan dengan laporan media antarabangsa mengenai komplot menggulingkan kerajaan |
|
Lebih RM1.54j perisa shisha, tembakau kunyah, mercun dan bunga api dirampas - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Lebih RM1.54j perisa shisha, tembakau kunyah, mercun dan bunga api dirampas PELABUHAN KLANG Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup perisa shisha, tembakau kunyah, mercun dan bunga api berjumlah RM1.54 juta dalam beberapa operasi penguatkuasaan di sini dan Puncak Alam, Kuala Selangor antara 12 dan 13 Januari lalu |
|
LTAT umum dividen 5.35 peratus, tertinggi dalam tempoh 8 tahun - Mgazette - 12/03 3:29 pm # LTAT umum dividen 5.35 peratus, tertinggi dalam tempoh 8 tahun KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus melibatkan agihan RM524.74 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun |
|
Rumah Bangsa: Sanusi tak usah gusar, jaga Kedah elok-elok – .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Rumah Bangsa: Sanusi tak usah gusar, jaga Kedah elok-elok - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR - Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan inisiatif Rumah Bangsa sebagai cubaan UMNO untuk kembali menjadi `abang besar disifatkan memperlihatkan kegusaran politik Menteri Besar Kedah berkenaan |
|
Garis merah Muda jelas, tak akan bersekongkol dengan korupsi, kleptokrasi - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Garis merah Muda jelas, tak akan bersekongkol dengan korupsi, kleptokrasi KUALA LUMPUR - Parti Muda tidak akan teragak-agak menarik diri daripada mana-mana kerjasama politik sekiranya garis merah yang ditetapkan dilanggar oleh mana-mana rakan gabungan, demikian menurut Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz |
|
Ahli Parlimen Hulu Langat akur arahan PM, batal rumah terbuka Aidilfitri - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Ahli Parlimen Hulu Langat akur arahan PM, batal rumah terbuka Aidilfitri HULU LANGAT Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan memaklumkan pihaknya membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di Parlimen berkenaan bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, pihaknya sebelum ini merancang menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 April depan, namun keputusan tersebut diubah selepas mengambil kira kenyataan Perdana Menteri yang menyentuh keperluan berjimat susulan perkembangan semasa termasuk konflik di Asia Barat |
|
Rumah Bangsa: ???Yang berpecah bukan rakyat, tapi pemimpin ego!???, Akmal .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Rumah Bangsa: Yang berpecah bukan rakyat, tapi pemimpin ego!, Akmal bidas Sanusi KUALA LUMPUR Polemik Rumah Bangsa semakin panas apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil membidas keras kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa inisiatif itu sebagai cubaan UMNO untuk kembali menjadi abang besar politik Melayu |
|
Pas tak bersedia masuk Rumah Bangsa ditawarkan UMNO ??? Hadi - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Pas tak bersedia masuk Rumah Bangsa ditawarkan UMNO Hadi KUALA LUMPUR Pas mengesahkan menghantar pemerhati ke satu perjumpaan bagi memenuhi jemputan Rumah Bangsa, yang diiklankan oleh UMNO bagi melihat dan menyaksikan sendiri kalangan yang hadir |
|
PRU, PRN serentak, lebih awal dapat jimat kos, elak ketidaktentuan politik - Mgazette - 12/03 3:29 pm # PRU, PRN serentak, lebih awal dapat jimat kos, elak ketidaktentuan politik JOHOR BAHRU - Pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) di Johor dan Melaka boleh dirancang untuk diadakan serentak serta lebih awal sebelum tempoh mandat yang diberikan tamat |
|
Timbalan CEO SSM didakwa terima wang RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin - Mgazette - 12/03 3:29 pm # Timbalan CEO SSM didakwa terima wang RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang RM50,000 daripada anak lelaki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
AMK gesa tindakan tegas terhadap pencetus provokasi 3R - Mgazette - 12/03 3:29 pm # AMK gesa tindakan tegas terhadap pencetus provokasi 3R KUALA LUMPUR Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pravin Murali menggesa pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan provokasi melibatkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |