///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Hamzah Zainudin News   Page 1    





RM5juta masuk ke akaun Bersatu, tiada bayaran terus kepada Muhyiddin -Saksi - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# RM5juta masuk ke akaun Bersatu, tiada bayaran terus kepada Muhyiddin -Saksi KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah membabitkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan aliran wang berjumlah RM5 juta yang dimasukkan ke dalam akaun parti itu antara 2021 hingga 2022





Hamzah berjiwa besar lepas jawatan Ketua Pembangkang – Nordin Ahmad - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Hamzah berjiwa besar lepas jawatan Ketua Pembangkang - Nordin Ahmad KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Seri Hamzah Zainudin melepaskan jawatan Ketua Pembangkang disifatkan sebagai langkah berjiwa besar demi memastikan keharmonian dan kelancaran pentadbiran dalam Perikatan Nasional (PN), selain mengelakkan pertelagahan berterusan dalam gabungan tersebut





Muhyiddin trial: Bank officers testify RM5 million deposited into Bersatu account - Sinardaily - 16/04 6:13 pm

KUALA LUMPUR - Two bank officers told the High Court today that RM5 million had been deposited into a Bersatu account.CIMB Bukit Tunku branch assistant manager Herdayanti Md Hasan, 44, confirmed that sums of RM2 million, RM1 million, RM500,000 and RM500,000 were withdrawn via cheques made out to businessman Datuk Azman Yusoff on Sept 24, 2021, and Nov 3, 2022, and were subsequently deposited into the party's account."This document is the CIMB Bank statement belonging to Azman Yusoff, and based on this statement, I confirm that withdrawals were made from Azman Yusoff's account," she said while reading her witness statement during the trial of Tan Sri Muhyiddin Yassin, who faces seven charges of abuse of power and money laundering.During examination-in-chief by deputy public prosecutor Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, Herdayanti also confirmed Azman's personal account opening application form.When asked by Muhyiddins defence counsel, Datuk Amer Hamzah Arshad, whether the witness knew the purpose of the payment cheques, Herdayanti replied that she was not certain.The seventh prosecution witness agreed with the defence counsel that all payments involving cheques would generate records from both the issuing bank and the receiving account.Amer Hamzah: Therefore, any payment made by cheque is a transparent transaction with a proper record.Herdayanti: Yes, I agree.Meanwhile, Maybank Kota Kemuning branch assistant manager Alfian Othman, 57, testified that on Feb 21, 2022, Nepturis Sdn Bhd made a RM1 million transaction via cheque.The eighth prosecution witness further informed the court that the cheque, dated Feb 16, 2022, was honoured on Feb 21, 2022, and paid to Bersatu.Alfian also agreed with Amer Hamzah's suggestion that the cheque issued by Nepturis was not meant for Muhyiddin personally, but rather for Bersatu.He further agreed that the cheque payment had been properly recorded, was transparent and that nothing was concealed.Muhyiddin, 78, who was then Prime Minister and Bersatu president, was charged with four counts of abuse of power for allegedly soliciting RM232.5 million in bribes for the political party from Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, and Datuk Azman Yusoff in connection with the Jana Wibawa project.He was accused of committing the offence at the Prime Minister's Office, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya between March 1, 2020, and Aug 20, 2021 under Section 23(1) of the MACC Act 2009, which carries a maximum penalty of 20 years' imprisonment and a fine of five times the value of the gratification or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.The Pagoh MP also faces three charges of receiving RM200 million in unlawful proceeds from Bukhary Equity Sdn Bhd, which were deposited into Bersatu's Ambank and CIMB Bank accounts, allegedly committed in Petaling Jaya and Kuala Lumpur between February 2021 and July 2022.These charges were brought under Section 4(1)(b) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, which carries a maximum penalty of 15 years' imprisonment and a fine of either five times the value of the proceeds from unlawful activities or RM5 million, whichever is higher.The trial before Judge Noor Ruwena Md Nurdin will resume on April 28





Social media curbs for under-16s by June - Fahmi - Sinardaily - 16/04 4:59 pm

PUTRAJAYA - The government plans to impose restrictions on social media account access for children under the age of 16 as part of efforts to strengthen online protection.Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the move is expected to be implemented by the end of June, subject to final review."The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is currently conducting a regulatory sandbox with social media platforms to identify mechanisms currently used by service providers."Secondly, we want to standardise the mechanism





Kerajaan laksana sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak hujung Jun - Fahmi - Sinarharian - 16/04 3:53 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun sebagai langkah memperkukuh perlindungan dalam talian.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sekatan akses itu dijangka dilaksanakan hujung Jun ini, tertakluk kepada penelitian akhir."MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sedang melakukan regulatory sandbox (medan uji) dengan platform media sosial untuk mengenal pasti mekanisme yang pada waktu ini dilaksanakan oleh penyedia platform."Yang kedua, untuk menyeragamkan dengan mekanisme yang mungkin kita harapkan (dan) kita tidak mahu sekadar disebut sebagai age assurance tapi age verification kerana Malaysia dalam konteks perundangannya berbeza yang mana kita mempunyai dokumen rasmi kerajaan iaitu MyKad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Fahmi berkata, MCMC telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai pelaksanaan sekatan itu dengan platform media sosial di Singapura pada Jumaat lepas."Sekarang dalam proses meneliti dan mereka (MCMC) akan bawa kepada perhatian saya, mungkin dalam seminggu yang akan datang





299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global diturunkan setakat ini - Fahmi - Sinarharian - 16/04 2:36 pm

PUTRAJAYA - Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial setakat ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 450 kandungan palsu yang dikenal pasti Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diturunkan bagi tempoh 29 Mac hingga 7 pagi ini."Jadi kadar penurunan ialah sebanyak 66 peratus pada waktu ini."Selebihnya masih dalam proses tindakan oleh platform terlibat, kerana penurunan kandungan adakalanya memerlukan sedikit masa pada peringkat platform," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Fahmi berkata, 147 kandungan berkaitan Selat Hormuz telah dimohon untuk diturunkan, dengan 122 daripadanya telah diturunkan pagi tadi."Platform yang paling banyak (menyebarkan) maklumat palsu ialah Facebook dengan 180 kandungan melibatkan pelbagai isu, manakala kedua paling banyak ialah TikTok dengan 134 kandungan," katanya.Fahmi berkata, peningkatan kandungan palsu di Threads berkemungkinan berkait dengan pemilikan akaun yang saling berkait antara Facebook dan Instagram, sekali gus memudahkan pengguna membuka akaun di platform berkenaan.Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 57 kertas siasatan telah dibuka setakat ini berhubung penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.Fahmi berkata, daripada jumlah itu, satu kes telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dalam masa terdekat, manakala lima kes menerima arahan pengkompaunan, dengan jumlah kompaun masih belum ditetapkan





PN bukan hak mutlak Bersatu - Muhammad Fadhli - Sinarharian - 16/04 2:12 pm

IPOH Perikatan Nasional (PN) bukan hak mutlak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukan keahlian gabungan itu kerana sebarang keputusan perlu dibuat secara musyawarah bersama semua parti komponen.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail berkata, sebarang keputusan berkaitan kemasukan parti baharu ke dalam PN tidak boleh ditentukan secara unilateral tanpa mengambil kira pandangan rakan komponen lain termasuk Pas.Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menolak kemungkinan penyertaan parti baharu dipimpin Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin ke dalam PN adalah tidak berasas."Penolakan tersebut hanya bersandarkan kepada pertemuan Hamzah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan sebagai remeh dan tidak wajar dijadikan alasan."Hamzah merupakan tokoh berjiwa besar serta konsisten memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara selain dilihat sebagai ikon penyatuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Muhammad Fadhli berkata, kenyataan Ahmad Faizal itu juga memberi gambaran seolah-olah UMNO kini dianggap sebagai musuh utama Bersatu sekali gus boleh menjejaskan usaha penyatuan ummah.Menurutnya, pendekatan sedemikian berpotensi menggagalkan usaha penyatuan bukan sahaja di Perak malah di peringkat nasional terutama apabila ia datang daripada individu yang didakwa kurang peka terhadap landskap politik semasa.Dalam pada itu, beliau menegaskan isu sumpah atau baiah tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pendirian tetapi keutamaan perlu diberikan kepada integriti serta kelayakan moral seseorang pemimpin.Muhammad Fadhli juga menasihati Ahmad Faizal supaya tidak mengutamakan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan matlamat penyatuan ummah sebaliknya kembali kepada prinsip perjuangan asal parti.Pada 15 April, media melaporkan Bersatu mengakui sukar menerima parti baharu pimpinan Hamzah untuk menyertai gabungan PN.Dalam laporan itu, Ahmad Faizal berkata, perkara itu berpunca daripada pendirian Hamzah yang sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan pihak lawan tanpa memaklumkan kepada kepimpinan parti.





Biar lambat asal selamat, kata Hadi berkait pengganti Hamzah - FMT - 16/04 2:08 pm

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata masih ada ruang untuk lantik ketua pembangkang baharu memandangan sidang Parlimen hanya akan berlangsung Jun depan.





'Biar lambat asal selamat' - Abdul Hadi jawab teka-teki Ketua Pembangkang - Sinarharian - 16/04 1:18 pm

KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) tidak mahu terburu-buru dalam menetapkan pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu, sebaliknya menegaskan proses tersebut memerlukan perbincangan mendalam membabitkan semua pihak.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan jawatan berkenaan perlu mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua Ahli Parlimen blok pembangkang, termasuk wakil dari Malaysia Timur."Kita sebuah negara demokrasi dan perlu menghormati pandangan masing-masing





Hamzah letak jawatan ketua pembangkang langkah interim, dakwa Ahli Parlimen - FMT - 16/04 12:11 am

Ahli Parlimen Lumut Nordin Ahmad Ismail berkata ia satu tindakan interim sebelum kemungkinan pengumuman lebih besar dibuat dalam masa terdekat.





Bersatu MP claims IPR will be used to divide PN - FMT - 16/04 11:30 am

Nordin Ahmad Ismail, who is aligned with Hamzah Zainudin, expects Bersatu to pressure PN into accepting 'Trojan horses' that will weaken the coalition.





Cadangan Ahli Parlimen pilih ketua pembangkang boleh tambah polemik PN - FMT - 16/04 7:30 am

Chin Yee Mun berkata langkah itu berisiko mencetuskan rasa tidak puas hati terutama dalam Bersatu jika Hamzah Zainudin dipilih semula.





Skim pembantu tadbir: AUEGCAS bentang cadangan perubahan Gred 1 ke Gred 5 - Sinarharian - 15/04 6:03 pm

PUTRAJAYA - Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) membentangkan cadangan komprehensif berhubung kaedah dan syarat perubahan Gred 1 ke Gred 5 bagi skim pembantu tadbir.Setiausaha Agungnya, Amir Hamzah Yakat Ali berkata, antara cadangan utama yang diketengahkan termasuk penjumudan terus bagi pegawai yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun tanpa keperluan tambahan syarat akademik yang ketat.Menurutnya, cadangan tersebut turut merangkumi pengiktirafan kelayakan akademik daripada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD), selain laluan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) tanpa ujian psikometrik."Cadangan ini merupakan hasil penelitian menyeluruh terhadap keperluan semasa penjawat awam dalam skim pembantu tadbir."Ia bukan sahaja mengambil kira aspek pengalaman dan kelayakan akademik, malah memberi penekanan kepada keadilan laluan kerjaya serta pengiktirafan terhadap sumbangan sebenar warga pembantu tadbir yang telah lama berkhidmat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.AUEGCAS sebelum itu membuat perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini, bagi membincangkan kaedah penetapan syarat bagi perubahan gred berkenaan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.Menurut Anwar seramai 125,000 pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan Gred 1 bakal dinaikkan kepada Gred 5 bermula Januari tahun depan bagi meningkatkan kedudukan kumpulan penjawat awam berkenaan yang dilihat masih berada pada gred terlalu rendah walaupun pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah dilaksanakan.Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, pendekatan penjumudan dan pelaksanaan kursus penyesuaian juga merupakan langkah praktikal bagi memastikan proses peralihan gred dapat dilaksanakan secara lebih inklusif dan berkesan."AUEGCAS berpandangan bahawa sudah tiba masanya satu pendekatan baharu yang lebih fleksibel dan realistik dilaksanakan, selaras dengan perubahan landskap perkhidmatan awam dan tuntutan semasa," katanya.Beliau menambah, pihaknya juga akan terus komited bekerjasama dengan JPA serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan cadangan ini dapat direalisasikan demi kebajikan dan masa depan warga Pembantu Tadbir.





Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang





Zainol Fadzi kekal Ketua Whip Pembangkang Perak, tiada arahan baharu PN .. - Mgazette - 15/04 4:58 pm

Sebelum ini media melaporkan, Zainol Fadzi antara 17 pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu, pada Februari lalu. Antara wakil rakyat dari Perak yang turut dipecat ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan





Pas wajar pertimbang terima Hamzah - Muhamad Muqharabbin - Sinarharian - 15/04 4:22 pm

SHAH ALAM - Pas wajar mempertimbangkan menerima Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai sebahagian daripada kekuatan dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Penyelaras Reset Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, cadangan itu berasaskan beberapa pertimbangan utama.Menurutnya, penyertaan tokoh berpengaruh seperti Hamzah berpotensi memperkukuh blok pembangkang dengan menarik sokongan lebih luas merentasi kaum dan latar belakang masyarakat."Beliau mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja dalam parti sendiri, malah turut dihormati oleh pelbagai pihak dalam landskap politik negara."Keupayaan beliau menjadi penghubung antara parti-parti yang menginginkan perpaduan dan penyatuan ummah amat penting dalam memastikan kestabilan politik yang inklusif," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai berkata, pengalaman luas Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang dan bekas menteri memberikan kelebihan dalam menyumbang idea, kepimpinan dan dinamika baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi serta isu perpecahan dalam negara.Tambah beliau, langkah tersebut wajar dilihat sebagai strategi ke hadapan dalam memperkukuh kedudukan PN sebagai alternatif yang diyakini rakyat."Walau apapun kenyataan saya, pasti pentaksub kerajaan dan pentaksub yang tidak suka Hamzah akan membantah perkara ini, tapi hakikatnya Tun Dr Mahathir Mohamed pun inginkan beliau menerajui tugas berat menjadi jambatan kepada payung besar bangsa Melayu dan rakyat negara ini tercapai."Ditambah pula dengan kebarangkalian PRU16 yang dijangka akan berlaku dalam keadaan mengejut, kemasukan segera Hamzah akan kembali memperkukuhkan PN," katanya lagi.Sinar Harian melaporkan pengunduran beliau belum menutup peranannya dalam PN sebaliknya membuka satu kemungkinan luar jangka.Senario Hamzah ganti Hamzah dilihat bukan mustahil, sebaliknya mencerminkan sifat politik semasa yang semakin pragmatik, yang mana kedudukan tidak lagi ditentukan semata-mata oleh parti, tetapi kemampuan menyesuaikan diri dengan realiti kuasa.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan tersebut pada Ahad lalu.Februari lalu, Hamzah yang ketika itu Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama 16 lagi pemimpin parti dipecat susulan melanggar Perlembagaan Bersatu





Kerusi Ketua Pembangkang perlu segera diisi - Muhyiddin - Sinarharian - 15/04 2:52 pm

KUALA TERENGGANU - Kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen perlu segera diisi bagi mengelak spekulasi berpanjangan yang boleh menjejaskan imej gabungan Perikatan Nasional (PN).Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun sesi Parlimen hanya akan bermula pada Jun depan, pelantikan itu tidak wajar ditangguhkan terlalu lama."Kalau dibiarkan kosong terlalu lama, akan timbul pelbagai andaian yang tidak memberi gambaran baik kepada PN."Saya menunggu keputusan pimpinan tertinggi Pas untuk menamakan calon secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Raya Bersatu Terengganu di sini pada Rabu.Hadir sama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali; Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan menghantar surat rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi memaklumkan kekosongan itu serta mencalonkan nama baharu.Jelas beliau, Majlis Tertinggi PN telah mencapai kata putus bahawa kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin itu akan diisi oleh wakil daripada Pas.Menurut beliau, keputusan tersebut selaras dengan persefahaman dalaman komponen PN dan Bersatu yang sedia menerima mana-mana Ahli Parlimen Pas yang dicalonkan."Kita sudah buat keputusan di peringkat Majlis Tertinggi PN sebelum ini dan kini kerusi itu telah pun dikosongkan





Kamu kurang matang, belajar lagi politik, Wan Fayhsal diberitahu - FMT - 15/04 2:20 pm

Bersatu sangkal dakwaan Ahli Parlimen Machang mengenai peletakan jawatan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang.





Kes serang, bunuh mangsa dengan parang: Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 15 tahun - Sinarharian - 15/04 12:10 am

PUTRAJAYA - Seorang bekas pekerja restoran pada Selasa terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini menggantikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap K Rovin Joty oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh dengan kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun yang berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Februari 2018.Yang turut bersidang ialah Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Rovin Joty, 41, bersalah membunuh Gurwinder Singh Gill Amar Singh, 27, dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.Tertuduh kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Limau Manis 1, Bangsar Park, Kuala Lumpur pada 2.30 pagi 25 Mei 2008





No official letter yet on Hamzah Zainudins resignation as Opposition Leader, says Speaker - Malaymail - 15/04 11:19 am

KUALA LUMPUR, April 15 Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul has yet to receive any notification letter on t...





Johari belum terima surat maklum Hamzah letak jawatan ketua pembangkang - FMT - 15/04 10:47 am

Pengerusi PN sebelum ini berkata akan hantar surat rasmi maklum kekosongan jawatan ketua pembangkang kepada speaker Dewan Rakyat.





Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang - Sinarharian - 15/04 10:11 am

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.Perkara itu disahkan Johari ketika dihubungi Bernama pada Rabu."Belum (terima surat)", katanya ringkas.Ahad lepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan Ketua Pembangkang.Ahmad Samsuri berkata susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat





Hamzah quit as opposition leader to protect Samsuri, says Wan Fayshal - FMT - 15/04 7:45 am

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal says Hamzah Zainudin acted nobly since he still commanded majority support among PN MPs to remain in the role.





Hamzah mahu lindungi Dr Sam daripada Bersatu, kata Wan Fayhsal - FMT - 15/04 7:45 am

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan Hamzah Zainudin berjiwa besar, memandangkan beliau mempunyai sokongan majoriti pembangkang.





Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun - Sinarharian - 14/04 9:14 pm

PUTRAJAYA - Seorang bekas pekerja restoran pada Selasa terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini menggantikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap K Rovin Joty oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh dengan kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun yang berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Februari 2018.Yang turut bersidang ialah Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Rovin Joty, 41, bersalah membunuh Gurwinder Singh Gill Amar Singh, 27, dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.Tertuduh kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Limau Manis 1, Bangsar Park, Kuala Lumpur pada 2.30 pagi 25 Mei 2008





Permohonan semakan Rosmah gugur hakim kes rasuah solar hibrid didengar 29 Julai ini - Sinarharian - 14/04 8:13 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 29 Julai ini untuk mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyemak semula keputusan terdahulu menolak rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, yang mendengar dan mensabitkan beliau dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion pada 2022.Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rohaiza Hamzah hari ini melalui aplikasi Zoom.Beliau berkata, mahkamah turut mengarahkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya 5 Mei ini manakala hujahan bertulis pada 14 Julai.Yang turut hadir semasa pengurusan kes ialah peguam Datuk Jagjit Singh, Meor Hafiz Salehan dan Harel Nieryan bagi pihak Rosmah manakala Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mewakili pendakwaan.Pada 3 Mac lepas, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar menolak rayuan Rosmah.Panel itu memutuskan bahawa Mohamed Zaini (kini Hakim Mahkamah Rayuan) tidak melanggar Kod Etika Hakim 2009 susulan dakwaan draf penghakiman yang bocor telah disediakan oleh unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum beliau menyampaikan keputusan pada 1 September 2022.Permohonan Rosmah untuk menggugurkan Mohamed Zaini telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Sept 2022 manakala rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.Rosmah, 74, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi pada saat-saat akhir sebelum Mohamed Zaini menyampaikan keputusannya atas alasan draf penghakiman yang disediakan oleh pihak ketiga telah bocor.Pada hari sama, Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah disabitkan dengan kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid itu bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta, dengan tambahan tempoh pemenjaraan selama 30 tahun sekiranya gagal membayar denda.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu pelupusan rayuan.Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin





Rationalisation or Retreat? Bersatu recasts its role as Pas takes the helm - Sinardaily - 14/04 3:41 pm

And by that logic, Pass rise is less a surprise than an inevitability.What is more striking is Harriss admission that Bersatu had offered Pas the top role as early as 2022.From day one, Bersatu offered Pas to take over because, as the biggest party, you rightly become the leader. Its just that they previously felt [the recently expelled] Datuk Seri Hamzah Zainudin was more suitable for a national image, he said.If true, the current transition is not a sudden shift, but a delayed one a plan deferred, now executed.Still, timing matters





Asfiksia penyedutan asap punca kematian peguam veteran, kerani – .. - Mgazette - 14/04 2:23 pm

# Asfiksia penyedutan asap punca kematian peguam veteran, kerani - Polis GEORGETOWN - Polis mengesahkan punca kematian dua mangsa yang terperangkap dalam kebakaran sebuah pejabat guaman di Lebuh King di sini semalam akibat asfiksia penyedutan asap





Pengundi perlu kejelasan wadah kem Hamzah hadapi PRN Melaka, kata penganalisis - FMT - 14/04 8:00 am

Azmi Hassan berkata pendekatan teka-teki digunakan Hamzah Zainudin mungkin beri ruang rundingan, namun berisiko menimbulkan persepsi tidak pasti di kalangan pengundi.





Muhyiddin tak kawal Bersatu secara mutlak, kata saksi pendakwaan - Mgazette - 14/04 7:43 am

# Muhyiddin tak kawal Bersatu secara mutlak, kata saksi pendakwaan KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu struktur pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak membolehkan mana-mana individu, termasuk presiden, mempunyai kawalan mutlak ke atas parti itu





Hamzah berjiwa besar lepas jawatan Ketua Pembangkang – Saifuddin - Mgazette - 14/04 7:43 am

# Hamzah berjiwa besar lepas jawatan Ketua Pembangkang - Saifuddin KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyifatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin berjiwa besar apabila melepaskan jawatan Ketua Pembangkang





Terpulang kebijaksanaan pimpinan PN lantik semula Hamzah jika diterima sertai Pas - Razali - Sinarharian - 13/04 6:07 pm

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) melantik semula Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang sekiranya Ahli Parlimen Larut itu diterima menyertai Pas.Beliau menegaskan, jawatan penting berkenaan bukan hak peribadi mana-mana pihak, sebaliknya ditentukan melalui kesepakatan dalam gabungan."Dalam konteks ini, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini memegang jawatan tersebut atas kapasiti beliau dalam Bersatu."Apabila berlaku pemecatan, secara prinsipnya kedudukan itu sudah berubah





Pegawai bank dedah empat cek RM800,000 masuk akaun Bersatu - Sinarharian - 13/04 5:51 pm

KUALA LUMPUR Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa terdapat empat kemasukan wang berjumlah RM800,000 ke akaun Bersatu daripada sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan empat tahun lepas.Pegawai Operasi Maybank Cawangan Shah Alam, Chang Hui Chin, 50, berkata demikian ketika perbicaraan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta yang dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, wanita itu berkata, KCJ Engineering Sdn





Bekas peguam terkenal bergelar Datuk maut dalam kebakaran - Sinarharian - 13/04 4:18 pm

GEORGE TOWN Seorang notari awam berpangkat Datuk dan kerani sebuah pejabat guaman maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bangunan pejabat dua tingkat di Jalan Perak di sini pada Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mangsa, Datuk San Markan Ganapathi, 88, ditemui di atas kerusi berhampiran meja pejabat di tepi tingkap manakala B Chandra, 60, ditemui dalam timbunan fail di tepi dinding bangunan berkenaan.Menurutnya, San Markan yang merupakan bekas peguam terkenal dipercayai berada di pejabat guaman berkenaan bagi menguruskan beberapa urusan berkaitan dokumen guaman ketika kejadian berlaku."Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terhidu asap tebal."Mangsa dijumpai pada jam 1.05 tengah hari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan mangsa kedua pada jam 3.26 petang."Mayat mangsa wanita ditemui di bahagian tingkat atas berhampiran dinding, di bawah timbunan fail selepas lantai bangunan runtuh."Kedudukan kedua-dua mangsa tidak jauh antara satu sama lain," katanya.Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi kira-kira jam 12.14 tengah hari dan ketika itu, api sedang marak dan bangunan berkenaan musnah hampir 70 peratus."Bangunan berkeluasan 20x20 kaki itu menempatkan pejabat guaman di kedua-dua tingkat namun ketika kejadian hanya pejabat di tingkat atas beroperasi manakala tingkat bawah ditutup," katanya.Beliau menambah, operasi pemadaman dijalankan oleh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bersama bantuan beberapa pasukan lain."Ketika tiba di lokasi, anggota berdepan kesukaran berikutan struktur bangunan lama yang rapuh selain keadaan asap yang tebal serta kesesakan lalu lintas pada waktu puncak," katanya.Menurut beliau, hasil maklumat saksi memaklumkan terdapat tiga individu berada di tingkat satu ketika kejadian, terdiri daripada seorang kerani, seorang lelaki bergelar Datuk dan seorang lagi pekerja."Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat."Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM," katanya.





Muhyiddin dibicarakan di bawah Akta Hasutan 3 November ini - Mgazette - 13/04 4:13 pm

# Muhyiddin dibicarakan di bawah Akta Hasutan 3 November ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 November ini bagi mendengar perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut menyentuh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)





Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran di pejabat guaman - Mgazette - 13/04 4:13 pm

# Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran di pejabat guaman GEORGETOWN - Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah premis dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di King Street di sini, hari ini





Terpulang kebijaksanaan pimpinan PN jika Hamzah sertai PAS, kata pemimpin Bersatu - FMT - 13/04 4:01 pm

Razali Idris mengulas spekulasi bekas timbalan presiden Bersatu itu mungkin menyertai PAS dan kembali menerajui blok pembangkang di Parlimen.





Kes hasutan dihadapi Muhyiddin bermula November depan - Sinarharian - 13/04 3:13 pm

KUALA LUMPUR Perbicaraan kes Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyebut perkataan berunsur hasutan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, ditetapkan berlangsung selama enam hari bermula November depan.Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 hingga 5 serta 11 hingga 13 November di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh berusia 79 tahun itu memohon agar perbicaraan ditetapkan selepas September bagi memberi laluan kepada satu lagi kes membabitkan anak guamnya."Ini akan membolehkan kes lain iaitu berkaitan Jana Wibawa dihadapi anak guam saya, didengar terlebih dahulu."Kes berkenaan dijalankan di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin dan dijangka selesai September ini," katanya.Beliau kemudian memohon pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan pernyataan bertulis kepada pembelaan.Pada prosiding berkenaan, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd Saad dan Nadia Mohd Izhar.Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara jam 10.30 hingga 11.50 malam pada 14 Ogos 2024.Kenyataan menghasut itu berkaitan dakwaan beliau tidak dijemput Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 ahli Parlimen pada masa itu.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Hamzahs camp denies plot, cites coalition risks - Sinardaily - 13/04 11:29 am

SHAH ALAM The official line from Bersatus top brass is neat, convenient and ultimately unconvincing: the recent internal upheaval was nothing more than a failed hit against the party leadership.But beneath that carefully managed narrative lies a more complex and politically dangerous reality. What is unfolding is not a simple power struggle, but a party grappling with internal dissent while trying to hold together an increasingly fragile coalition.Those aligned with Datuk Seri Hamzah Zainudin offered a counter-narrative thatreframes the now-scrutinised gathering at a Middle Eastern restaurant in Shah Alam in September last year, some 24 hours before the partys annual general meeting (AGM).Far from a clandestine plot, they argue, it was an urgent attempt at damage control.At the centre of the tension is Bersatus insistence on positioning Tan Sri Muhyiddin Yassin as the sole poster boy for the 16th General Election (GE16) a move insiders say had already unsettled Pas.According to sources, Pas had quietly signalled its reluctance to endorse the motion on at least two occasions





The Hit That Failed: Power, optics and the politics of disruption in Bersatu - Sinardaily - 13/04 11:28 am

It is messaging, theatre, and strategy all rolled into one. But when the spectacle ends, what matters is not the chaos itself, but whether it changes the outcome.In Bersatus case, it didnt.Armada (Bersatu Youth) Information Chief Harris Idaham Rashid has laid out what he claims was a coordinated attempt to derail the partys annual general meeting (AGM) and weaken its president, Tan Sri Muhyiddin Yassin an attempt that, by his account, collapsed under its own weight.Speaking on Sinar Dailys Top News Podcast, Harris described the so-called Arab Restaurant Plot, an alleged meeting involving loyalists of former deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin at a Middle Eastern eatery in Shah Alam some 24 hours before the AGM.There, he said, the blueprint for disruption was drawn.The meeting was to decide how to create a scene during the presidential address.It was well planned, it was a strategy to destabilise the party, Harris revealed, pushing back against any suggestion that the chaos was spontaneous.The objective, he claimed, was not merely to interrupt but to prevent a political endpoint: Muhyiddins formal endorsement as Bersatus sole prime ministerial candidate.Hamzah's loyalists knew that if that motion passed, it became official party policy





Kerajaan pantau rapat perkembangan misi GSF 2.0 - Amirudin - Sinarharian - 13/04 9:23 am

BARCELONA - Kerajaan akan sentiasa memantau secara rapat perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bagi memastikan keselamatan setiap peserta dari Malaysia terjamin sepanjang berada di zon berisiko.Bercakap dari atas kapal melalui pembesar suara kepada para aktivis ketika memantau keadaan mereka yang telah memulakan pelayaran di Laut Mediterranean, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga ketua delegasi turut memuji kecekalan delegasi negara yang sanggup berdepan risiko demi misi bantuan tersebut."Kita akan memantau keadaan dari semasa ke semasa, memastikan kelancaran, keselamatan kepada semua delegasi yang datang bersama kita," katanya ketika mendekati peserta misi berkenaan bagi menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan dan rakyat Malaysia.Amirudin yang diiringi sekumpulan peguam daripada Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) turut memberi kata-kata semangat kepada aktivis Malaysia selain mendoakan agar pelayaran yang membawa bantuan kemanusiaan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan hingga mencapai matlamat utamanya."Sekali lagi kepada semua delegasi Malaysia, saya ucapkan salam tahniah khusus daripada rakyat Malaysia atas pengorbanan yang telah diberikan."Kita doakan perjalanan kita yang baru bermula akan lancar, sampailah dapat kita mencapai misi Sumud Flotilla 2.0





Global energy crisis: Moderation, public prudence key to national resilience - Sinardaily - 13/04 9:04 am

PUTRAJAYA - Amid global economic uncertainty driven by geopolitical tensions and volatile crude oil prices, the key question is no longer only how effectively governments can manage the crisis, but how far the public is prepared to help limit its impact.As concerns over supply and rising prices intensify, early consumer responses, such as stocking up on essentials, are understandable





Pas sedia terima Hamzah jadi ahli - Takiyuddin - Sinarharian - 13/04 8:46 am

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu memohon sebagai ahli Pas terlebih dahulu sekiranya mahu menyertai parti itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli termasuk bekas ketua pembangkang itu.Bagaimanapun katanya, kemasukan itu perlu mengikut prosedur ditetapkan."Hamzah kena memohon dahulu barulah kita buat keputusan





Pakar teknikal Malaysia isi kelompangan kritikal kru GSF 2.0 ??? Nadir... - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Pakar teknikal Malaysia isi kelompangan kritikal kru GSF 2.0 Nadir Al-Nuri BARCELONA - Malaysia memainkan peranan utama dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 apabila pesertanya mengisi kekosongan jawatan penting bagi membolehkan pelayaran antarabangsa itu digerakkan





Samsuri sahkan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang Samsuri sahkan .. - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Samsuri sahkan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang





Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin - Sinarharian - 13/04 7:14 am

KOTA BHARU - Keputusan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dibuat demi memastikan suasana lebih harmoni serta memperkukuh perjalanan Perikatan Nasional (PN).Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan yang memaklumkan bahawa alasan tersebut dinyatakan dalam surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ahad.Menurut beliau, tindakan Hamzah itu bertujuan mewujudkan suasana lebih baik dalam gabungan pembangkang utama negara."Kelmarin kita terima surat





Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti - Sinarharian - 12/04 7:11 pm

KUALA TERENGGANU Teka-teki mengenai status jawatan Ketua Pembangkang akhirnya terjawab apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan lagi penyandang jawatan tersebut.Ahmad Samsuri berkata, susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat."Saya rasa esok (Isnin) surat itu akan dihantar memandangkan hari ini merupakan hari cuti





Hamzah steps down as Opposition Leader, PN to name successor - Sinardaily - 12/04 7:08 pm

KUALA TERENGGANU Uncertainty over the Opposition Leader post has been put to rest after Perikatan Nasional (PN) chairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar confirmed that Datuk Seri Hamzah Zainudin is no longer holding the position.Samsuri said that following the resignation, he had instructed PN secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan to submit an official letter to inform the Dewan Rakyat Speaker of the vacancy.I believe the letter will be sent tomorrow (Monday), as today is a public holiday





Negara risiko kurang beras 6 bulan lagi jika pesawah tak tanam... - Mgazette - 12/04 7:56 am

# Negara risiko kurang beras 6 bulan lagi jika pesawah tak tanam padi - Hamzah MELAKA - Negara berisiko kekurangan bekalan beras dalam tempoh enam bulan akan datang sekiranya pesawah terus menolak untuk menanam padi susulan peningkatan kos akibat kenaikan harga diesel. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kesan itu bukan bersifat jangka panjang semata-mata sebaliknya boleh dirasai dalam tempoh terdekat jika musim penanaman ketika ini terjejas





Hamzah does not rule out joining existing party with Reset bloc MPs - Malaymail - 11/04 4:55 pm

MELAKA, April 11 Datuk Seri Hamzah Zainudin has not ruled out the possibility of him and 18 MPs...





`Kamu yang kecil berlegar-legar itu rasalah sedar diri sikit’ .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# `Kamu yang kecil berlegar-legar itu rasalah sedar diri sikit' - Hamzah MELAKA Cadangan menubuhkan parti politik baharu bukan jalan terbaik dalam landskap semasa, sebaliknya usaha memperkukuh parti sedia ada dianggap lebih relevan untuk masa depan perjuangan rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keutamaan ketika ini bukan sekadar menubuhkan organisasi baharu, tetapi memastikan parti yang ada mampu menarik minat rakyat serta kekal relevan dalam jangka panjang





Hamzah hints at new political movement for Melaka polls - FMT - 11/04 3:33 pm

The opposition leader declines to give details, simply saying an announcement would be made at the right time.





'Engkau yang kecil berlegar-legar sepatutnya sedar diri, rasa malu' - Hamzah - Sinarharian - 11/04 2:56 pm

MELAKA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyindir segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak mempunyai sokongan dan berlegar-legar mencari rumah baharu selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Beliau berkata, tanggapan itu tidak tepat apabila ramai pihak terutama pengamal media yang berminat mengikuti rapat perkembangan hala tuju politiknya."Ada penganalisis sebelah sana kata saya tidak ada sokongan, jadi tidak perlu takut





Hamzah bayang gerakan politik baharu tanding PRN Melaka - FMT - 11/04 2:10 pm

Bekas timbalan presiden Bersatu berkata gerakan diketuainya semakin mendapat sokongan daripada bekas pemimpin dan ahli Bersatu.





Geng Muncung tumpas, ketua kumpulan baru keluar penjara ditangkap - Mgazette - 11/04 7:44 am

# Geng Muncung tumpas, ketua kumpulan baru keluar penjara ditangkap PARIT Meskipun baharu keluar dari penjara Januari lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad kembali melakukan jenayah membabitkan kecurian motosikal sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh





Jenazah bekas Pengerusi SPR selamat dikebumikan - Sinarharian - 10/04 11:30 pm

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun petang tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini malam ini.Van yang membawa jenazah Mohd Hashim tiba di tanah perkuburan pada jam 9.30 malam.Urusan pengebumian beliau dihadiri kira-kira 150 orang termasuk ahli keluarga, warga SPR dan kenalan.Terdahulu, Allahyarham dibawa ke Surau al-Mizan Presint 8 untuk urusan solat jenazah dipimpin oleh anak sulungnya, Arif Izwan, yang disertai lebih 100 jemaah.Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Othman Mahmood dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.Mohd Hashim, yang juga anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara akibat komplikasi kesihatan.Bernama melaporkan Allahyarham mengalami serangan jantung pada Selasa lepas sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.Beliau kemudian dirujuk ke IJN jam 10 pagi tadi namun semasa dalam perjalanan, Mohd Hashim sekali lagi mengalami serangan jantung dan diberi bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.Allahyarham yang meninggalkan empat cahaya mata dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 24 Januari 2016 dan menamatkan perkhidmatan pada 1 Julai 2018.Antara jawatan yang pernah disandang Mohd Hashim ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari 11 November 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014





Aidilfitri event brings cheer to asnaf families in Samarahan - BorneoPost - 10/04 8:28 pm

KOTA SAMARAHAN (April 10): A total of 20 underprivileged families received ‘duit raya’ (festive cash aid) during the Samarahan Division’s Hari Raya Aidilfitri gathering here





Bekas banduan dalang 'Geng Muncung' curi motosikal tumpas - Sinarharian - 10/04 6:46 pm

PARIT - Seorang bekas banduan antara 11 lelaki ditahan polis kerana menubuhkan kumpulan Geng Muncung yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di beberapa daerah di negeri ini sejak Januari lalu.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bertindak sebagai ketua kumpulan sebaik dibebaskan dari penjara dengan modus operandi menyasarkan motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR (Y-Suku)."Berdasarkan rekod polis, suspek yang dikenali sebagai 'Muncung' ini pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kecurian motosikal."Suspek menubuhkan kumpulan berkenaan dianggotai kalangan pengawal keselamatan, mekanik dan bekerja sendiri sebelum bergerak aktif di sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terhadap semua suspek berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun itu dilakukan susulan laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di hadapan sebuah kedai makan di Seri Iskandar pada 22 Mac lalu.Katanya, hasil maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah dengan kerjasama Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak melancarkan operasi besar-besaran menjejaki suspek terlibat selama lima hari bermula 29 Mac lalu."Dengan tangkapan tersebut, polis turut berjaya membuat rampasan terhadap lima motosikal yang telah dileraikan, komponen enjin dan alat ganti selain penemuan satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 0.56 gram."Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.Mengulas lanjut, Hafezul Helmi berkata, setiap motosikal yang dicuri akan dileraikan dan dijual kepada individu sebagai alat ganti, manakala bahagian yang tidak boleh dijual seperti nombor casis dipotong dan dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti."Polis berjaya menemui semula beberapa komponen motosikal di sungai hasil tunjuk arah suspek," katanya.Menurutnya, siasatan juga mendapati, kumpulan tersebut menggunakan khidmat pointer iaitu individu yang memberi maklumat mengenai lokasi dan masa sesuai untuk mencuri motosikal."Suspek dikesan bertindak mematahkan hendal dan memintas suis kunci sebelum melarikan motosikal."Dalam satu kes di Seri Iskandar, seorang pengawal keselamatan apartmen bertindak sebagai pointer dengan mengenal pasti motosikal yang mudah dicuri sebelum memaklumkan kepada kumpulan untuk bertindak," katanya.Beliau berkata, dengan tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian motosikal yang dilaporkan sejak Januari tahun ini melibatkan tiga daerah.Tambahnya, pihak polis kini sedang mengesan dua lagi ahli kumpulan berkenaan dikenali Sapik dan Akim yang masih bebas bagi membantu kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Sebagai langkah keselamatan, polis menasihatkan pemilik motosikal supaya mengambil langkah tambahan termasuk memasang kunci ketiga bagi mengurangkan risiko kecurian," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Farah Ellyana Liki Maliki di talian 013-8927218





Kerajaan beri amaran syarikat jangan alih saluran beli bahan api subsidi - FMT - 10/04 6:18 pm

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata pihak berkuasa sedang pergiat usaha bendung salah guna subsidi bahan api.





Govt warns firms against channel switching in fuel purchases - FMT - 10/04 6:06 pm

Finance minister II Amir Hamzah Azizan denounces companies that buy fuel at subsidised pump prices instead of at market prices as required.





Kerajaan beri amaran kepada syarikat korporat, industri beli minyak pada harga pam - Amir Hamzah - Sinarharian - 10/04 4:57 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi amaran untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat korporat dan industri yang bertindak membeli minyak pada harga pam secara diam-diam, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Beliau berkata, syarikat sedemikian sepatutnya membeli minyak secara terus daripada syarikat minyak pada harga pasaran RM7 - RM8 seliter berbanding harga diesel di stesen minyak pada RM6.72 seliter yang sebahagian daripada kosnya masih lagi diserap oleh kerajaan."Kerajaan memberi amaran kepada syarikat-syarikat ini untuk menghentikan aktiviti channel switching atau berdepan dengan tindakan penguatkuasaan," katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global pada Jumaat.Selain memantau aktiviti itu untuk memastikan bekalan dalam negara, katanya kerajaan juga meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk membanteras penyeludupan dan penyelewengan.Harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter.Amir Hamzah berkata, kerajaan juga berterima kasih kepada rakyat yang melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa seperti warga asing yang mengisi kereta mereka dengan RON95 serta aktiviti yang mencurigakan di stesen minyak dan di sempadan negara."Semangat kebersamaan inilah yang membantu kita dalam menghadapi krisis




Reformasi     >>



Can Trump get a better Iran deal than Obama? - Mkini
The situation is far more complicated than it was a decade ago.
Kroni     >>



Business : Takaful Malaysia Celebrates Two Grand Prize .. - Bernama
KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) marked a special milestone with the celebration of two grand prize winners of its Mini Worries, Great Prizes campaign, each of whom drove home aBYD Atto 3 Ultra.
Tabloid     >>



Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri .. - Rotikaya
Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan dia menggunakan wang daripaa usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen. Memetik HibGlam, Azar berkata dia dan ahli keluarga... Baca selanjutnya → The post Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri ..
Tech     >>



Nothing unveils Warp app for easy transfers between .. - Gsmarena
While Google has already given its two newest flagship smartphone series support for AirDrop, and Samsung is slowly following suit, Nothing is releasing its own system for easily transferring files between Android devices and computers running macOS, Windows, or Linux. It's called Nothing Warp ..
World     >>



Hopes for U.S.-Iran talks renewed as Pakistans army .. - Globalnews
The meeting comes as U.S. President Donald Trump announced the leaders of Israel and Lebanon will speak later on Thursday about halting the fighting.
Motor Trend     >>



Nissan Unveils the Updated 2026 X-Trail Electrified SUV - DSF
The Nissan X-Trail received another update but is unlikely to come to Malaysia. The 2026 Nissan X-Trail update represents the latest evolution of one of the world’s most recognized electrified family SUVs. This model year refresh focuses on enhancing the vehicles “rugged ..