///
See Also: Shutterstock

Search : Halim News   Page 1    



Ibu Prebet Siti Khadijah hampir rebah beberapa kali - Mygazette - 18/06 8:00 am

Dalam kejadian pukul 10.57 pagi semalam, Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani. Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.- MalaysiaGazette





Pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu sakit dada - Sinarharian - 17/06 10:41 pm

DUNGUN - Seorang pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu mengalami ketidakselesaan padabahagian dada ketika beradadi Pelantar Minyak Guntung-Delta, Paka di sini pada Rabu.Ketua Polis Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, siasatan awal mendapati mangsaseorang lelaki tempatan berusia 44 tahunitu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di pelantar minyak berkenaan pada 7.30 pagi.Beliau berkata sebelum itu pada 6 pagi, mangsa dipercayai mengalami ketidakselesaan padabahagian dada."Petugas perubatan pelantar minyak telah memberikan bantuan awal pernafasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganumenggunakan helikopter pada 11.22 pagi."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Susulan itu, beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan





Letupan di Kem Hobart: TDM hentikan latihan baling grenade, beri ruang siasatan - Sinarharian - 17/06 5:59 pm

Ia dijangka akan mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraJenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikanKakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah'Arwah kata nak jaga kami dulu sebelum kahwin' - Bapa Prebet Siti Khadijah "Sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak yang berkenaan demi menjamin keselamatan warga TDM dan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Azhan berkata, pada masa ini pihaknya belum dapat memberikan perincian lanjut mengenai punca sebenar insiden letupan berkenaan."Pada masa ini, punca kejadian sedang di kenalpasti oleh Lembaga Siasatan yg telah ditubuhkan. Setelah itu tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil penemuan siasatan tersebut," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa TDM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD), yang terkorban dalam kejadian berkenaan."Bantuan sepenuhnya diberikan kepada keluarga termasuklah pampasan yang layak diterima," katanya.Perincian berhubung bantuan bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana merupakan satu maklumat yang sulit.Pada Selasa, media melaporkan kedua-dua anggota berkenaan cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.





Kadet SPRM di sekolah berupaya perkukuh budaya antirasuah pada usia muda - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Kadet SPRM di sekolah berupaya perkukuh budaya antirasuah pada usia muda KUALA LUMPUR Projek rintis penubuhan Kadet SPRM yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman wajar disambut baik kerana ia langkah penting menyemai budaya membenci rasuah dalam kalangan generasi muda





Tiada petunjuk, pencarian hari ketujuh Azan, Nordin diteruskan - Kosmo - 17/06 2:41 pm

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dua nelayan, Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, yang dikhuatiri hilang dalam insiden bot karam dipukul ribut di perairan Kemaman, dekat sini, pada minggu lalu diteruskan buat hari ketujuh hari ini. Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah berkata, operasi Carilamat itu berdepan cabaran kerana masih belum ..





Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/06 2:34 pm

KLUANG Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianSolat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.Dalam kejadian jam 10.57 pagi, Selasa Allahyarham Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.





Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm

Pada mulanya saya sangka kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Taman Sri Lambak, di sini hari ini.Menurutnya, tidak lama selepas itu beliau menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku semasa latihan ketenteraan dan adiknya telah meninggal dunia.Siti Zaiha berkata, kehilangan adik bongsunya itu amat sukar diterima kerana Allahyarham sentiasa ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini."Kali terakhir kami berjumpa seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Dia nampak gembira seperti biasa dan tidak menunjukkan apa-apa petanda," katanya.Dalam kejadian pada pukul 10.57 pagi semalam di Kem Hobart, Gurun, Kedah, Siti Khadijah, 24, dan seorang lagi anggota, Koperal Norazmi Abu Bakar, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani akibat kecederaan parah susulan letupan ketika latihan membaling grenad.Sementara itu, bapa Allahyarham, Sungip Jais, 65, berkata anak bongsunya yang merupakan anak ketujuh daripada tujuh beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana minat mendalam terhadap kerjaya ketenteraan serta mahu meneruskan legasi keluarga.Bekas anggota Rejimen Artileri Diraja (RAD) itu berkata Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan kerana mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu."Dia selalu cakap belum mahu fikir soal kahwin kerana mahu jaga mak dan ayah dahulu," katanya dalam nada sebak.Allahyarham yang dilahirkan pada 19 September 2002 di Kluang pernah menerima pengiktirafan sebagai Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik pada Januari lalu selepas mencatat keputusan cemerlang sepanjang menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Beliau mengikuti latihan sebagai Perajurit Muda Wanita daripada Kompeni Juliet sebelum diserapkan ke Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak, Kluang, petang ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera





'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm

Pada mulanya saya sangka kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya."Tidak lama kemudian saya menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian itu berlaku semasa latihan dan adik saya telah meninggal dunia," katanya.Siti Zaiha berkata, kehilangan itu amat sukar diterima keluarga, kerana arwah sentiasa ceria dan tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sepanjang pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini."Kali terakhir kami berjumpa seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Dia nampak gembira seperti biasa dan tidak menunjukkan apa-apa petanda," katanya.Dalam kejadian pada 10.57 pagi semalam, Allahyarham dan seorang lagi anggota Koperal Norazmi Abu Bakar, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani akibat kecederaan parah susulan letupan berkenaan.Allahyarham Siti Khadijah pernah menerima pengiktirafan sebagai Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik pada Januari lepas, selepas mencatat keputusan cemerlang sepanjang menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Allahyarham dilahirkan pada 19 Sept 2002 di Kluang dan mengikuti latihan sebagai Perajurit Muda Wanita daripada Kompeni Juliet, sebelum diserapkan ke Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).JenazahPrebet Siti Khadijahselamat dikebumikanpada 1.15 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak di sini





Biasiswa BAeK PTPTN bantu reaslisasikan impian pelajar untuk sambung belajar - Sinarharian - 17/06 9:45 am

MELAKA - Tidak mahu membebankan bapa yang hanya berpendapatan RM500 sebulan mendorong seorang pelajar Politeknik Melaka bekerja sambilan sebagai penghantar makanan bagi menampung pengajiannya.Ayahnya, Mat Nor Bidin, 56, sebelum ini bekerja sebagai pembuat minuman di warung, namun selepas kedai berkenaan ditutup, duda anak enam itu menyara kehidupan dengan menjadi sukarelawan membersihkan surau.Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Muhammad Asymawi Mat Nor, 19, berkata, setiap hari selepas tamat kelas, dia akan meneruskan kerja sambilan sebagai penghantar makanan bagi menampung keperluan pengajiannya.Menurutnya, walaupun yuran pengajian di politeknik tidak terlalu tinggi, dia tetap memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai persediaan sekiranya memerlukan wang untuk membeli keperluan pembelajaran atau menghadapi sebarang kecemasan.Seorang lagi penerima BAeK ialah Alia Batrisyia Abu Samah dari Jalan Gambir yang kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.Sesi penyerahan tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim, diiringi Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Melaka, Mas Anisah Ayu Othman.Muhammad Asymawi merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui sedih dengan keadaan kewangan keluarga namun tetap nekad menyambung pengajian demi masa depan yang lebih baik."Ikutkan memang mahu terus kerja tapi fikir untuk jangka masa panjang perlu ada sijil untuk dapatkan pekerjaan lebih baik."Atas semangat itu saya cekalkan diri untuk sambung belajar





'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am

Jadi, saya suruh dia bangun bersiap dan sempat menyediakan kopi panas untuknya. Selepas minum, dia salam dan cium saya dan saya sempat berpesan untuk memandu dengan berhati-hati pulang ke kem di Gurun."Kebiasaannya, kalau dia hendak bergerak saya akan tengok biasa sahaja tetapi semalam, saya tunggu sampai kereta dia hilang dari pandangantak tahu kenapa, saya rasa sayang sangat dekat dia dan rasa perasaan yang berat untuk lepaskan dia," katanya.Beliau berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian anaknya itu dari isteri Allahyarham yang menghubunginya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam."Isteri arwah telefon, dia suruh saya banyak bersabar dahulu, lepas itu baru dia maklumkan bahawa arwah sudah tiada...memang terkejut kerana tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya, tetapi ini semua ketentuan Allah," katanya.Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Norazrul berkata abangnya seorang yang tegas tetapi sangat baik dan suka bersembang, namun semalam dia banyak berdiam diri semasa berada di rumah dan tidak menyangka itu merupakan kali terakhir dia melihat abangnya.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, kira-kira 10.57 pagi, semalam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraDua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan parah akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital





Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan





Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm

Keterangan individu lain yang berkaitan akan disambung esok."Mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuk jurulatih, rakan selatihan dan individu yang berada di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Selasa malam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorJelas beliau, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Menurutnya, kerjasama antara polis dan pihak tentera dalam mengendalikan siasatan berhubung tragedi berkenaan berjalan dengan baik."Siasatan diteruskan mengikut prosedur, malah saya percaya pihak tentera juga akan menjalankan siasatan dalaman mereka."Keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan bedah siasat kedua-dua mangsa yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," ujarnya.Baderulhisham berkata, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah urusan melibatkan kedua-dua jenazah dan pihaknya berharap proses bedah siasat dapat diselesaikan pada malam Selasa.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau rakaman berkaitan kejadian di media sosial bagi menghormati perasaan keluarga mangsa dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan."Kita perlu menghormati keluarga mangsa dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."Sekiranya gambar atau maklumat berkaitan kejadian ditularkan, ia mungkin sedikit sebanyak boleh mengganggu siasatan. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini," katanya.Terdahulu, media melaporkan dua anggota tentera maut akibat letupan semasa menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun kira-kira tengah hari Selasa.Mangsa, Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sungai Petani, Kedah dan Johor.





Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm

ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat.





Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom Agong .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm

MalaysiaGazette hari ini melaporkan Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini. Norazmi dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah dari 1 Skuadron RAJD mengalami kecederaan akibat letupan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani





Police probe Hobart Camp blast that killed two soldiers - Sinardaily - 16/06 7:08 pm

SUNGAI PETANI - Police will record statements from several witnesses to assist in the investigation into an explosion that killed two army personnel during a training exercise at Hobart Camp in Gurun today.Kuala Muda police chief ACP Hanyan Ramlan said the department has opened a sudden death report (SDR) investigation into the incident and will seek cooperation from all quarters to complete the investigation."Both victims were army personnel undergoing heavy weapons training. We will open an investigation paper classified as sudden death."We will secure the cooperation of all parties to conduct an investigation at the scene, and we will also record statements from witnesses who were present at the time," he told reporters when met at the Forensic Department of the Sultan Abdul Halim Hospital (HSAH) here today.The Malaysian Army earlier today confirmed that an incident occurred during a grenade-throwing exercise under the Combat Enhancement Training of the First Squadron, Royal Malaysian Engineers Regiment (RAJD), of the Second Infantry Division, at Hobart Camp, Gurun, at about 10.57am.The two personnel involved, Corporal Norazmi Abu Bakar from the Sixth Battalion of the Royal Malay Regiment (RAMD) and Private Siti Khadijah Sungip from the First Squadron of the Royal Malaysian Engineers Regiment (RAJD), sustained injuries from the blast during the training exercise.Both personnel were taken to HSAH for treatment, but were pronounced dead while en route to the hospital.The remains of both victims were subsequently sent to the Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar for post-mortem





Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun – Polis - Mygazette - 16/06 5:46 pm

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat pertama berhubung insiden berkenaan jam 12.30 tengahari tadi. Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang anggota lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah





Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini. Katanya, Norazmi dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah dari 1 Skuadron RAJD mengalami kecederaan akibat letupan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani





Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart - Sinarharian - 16/06 5:18 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu."Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada, titah Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Sultan Ibrahim turut menitahkan ATM supaya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian utama dan diperkukuhkan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia memaklumkan mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Kedua-dua anggota berkenaan yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani





Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian - Sinarharian - 16/06 4:46 pm

SUNGAI PETANI - Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian membabitkan dua anggota tentera terkorban semasa latihan di Lapang Sasar, Kem Hobart termasuk merakam keterangan saksi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama semua pihak berhubung insiden terbabit."Polis akan membuka satu kertas siasatan bawah kematian mengejut SDR dan kita akan dapatkan kerjasama daripada semua pihak untuk kita menjalankan siasatan di tempat kejadian serta merakam percakapan saksi-saksi yang ada ketika itu."Kedua-duanya sedang menjalani latihan menggunakan senjata berat ketika kejadian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani."Bagaimanapun, setibanya di hospital, kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa tertumpu pada bahagian atas badan iaitu dari pinggang ke atas.Menurutnya, seorang mangsa berusia 24 tahun manakala seorang lagi berusia 40 tahun.Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku ketika latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pada jam 10.57 pagi.Dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.





Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad - Sinarharian - 16/06 4:30 pm

GURUN - Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.57 pagi itu melibatkan Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian"Kedua-dua anggota mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan."Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu pada Selasa.Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianBeliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Dalam pada itu, Azhan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."TDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia," katanya.





Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban - Sinarharian - 16/06 4:29 pm

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan identiti dua anggotanya yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Menurut kenyataan itu kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi tersebut, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani."Insiden berlaku semasa mangsa sedang menjalani Latihan Peningkatan Tempur RAJD Divisyen Kedua Infantri Malaysia





2 askar terbunuh terkena bom ketika latihan di Gurun - FMT - 16/06 2:53 pm

Anggota lelaki dan wanita dilapor meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim.





Two soldiers killed by bomb blast during training exercise - Sinardaily - 16/06 2:42 pm

GURUN - Two soldiers were killed after reportedly being struck by a bomb while undergoing training at the firing range of Kem Hobart in Gurun, in an incident on Tuesday.Kuala Muda district police chief Assistant Commissioner Hanyan Ramlan confirmed that police received initial information about the incident at around 12.30pm.According to a Malaysian Army (TDM) statement, the two victims have been identified as Corporal Norazmi Abu Bakar and Private Siti Khadijah Sungip.The victims, who were brought to Sultan Abdul Halim Hospital in Sungai Petani, have since been transferred to the Forensic Department of Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar for post-mortem proceedings.Further details on the incident remain under investigation, he said.Records show that two previous bomb tragedies have occurred at the same location during military training exercises.In the first incident on July 9, 1987, nine soldiers from the 24th Battalion of the Royal Malay Regiment were killed





Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan - Sinarharian - 16/06 2:37 pm

GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianMangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dariBatalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan.





Kadet SPRM di sekolah dilaksana berperingkat - KP SPRM - Sinarharian - 16/06 11:14 am

KOTA KINABALU - Projek rintis penubuhan Kadet Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekolah bagi menyemai budaya membenci rasuah sejak usia muda akan dilaksanakan secara berperingkat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, inisiatif itu akan dimulakan secara berperingkat melalui beberapa sekolah terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara.Menurutnya, projek perintis berkenaan akan melibatkan sebuah sekolah di Putrajaya atau Kuala Lumpur serta sebuah sekolah luar bandar di Terengganu sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak."Projek ini akan dimulakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu sebelum diperluaskan mengikut kesesuaian dan kemampuan semasa."Sabah dan Sarawak juga berpotensi menjadi antara rakan strategik dalam menjayakan inisiatif ini pada masa akan datang," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini pada Isnin.Beliau berkata, usaha pendidikan dan kesedaran antirasuah perlu diteruskan meskipun berdepan kekangan kewangan serta ketidaktentuan ekonomi semasa.Katanya, semua warga SPRM perlu mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan memastikan setiap peruntukan yang diterima digunakan secara optimum tanpa menjejaskan keberkesanan pelaksanaan program organisasi."Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kita perlu lebih berdisiplin dalam mengurus perbelanjaan





Keluarga mahu tindakan tegas terhadap pemandu positif syabu - Mygazette - 16/06 7:38 am

Menurut abang mangsa Jamlus Buang, tindakan undang-undang perlu diketat supaya tidak mudah lepas tangan selepas mengakibatkan mangsa yang tidak bersalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab. Insiden semalam menyebabkan empat nyawa ahli keluarganya melayang ialah A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun





Seolah-olah dia tahu hendak tinggalkan kami - Utusan - 16/06 7:37 am

Selain Rozita, 58, turut terkorban dalam kejadian tersebut adalah suaminya, A. Halim Hasoon, 55; ..





Suspek seleweng dana awam berdepan 158 tuduhan esok - FMT - 15/06 6:27 pm

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata individu berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.





Karak crash victim sent final family photo hours before tragic accident - Sinardaily - 15/06 4:15 pm

TEMERLOH, June 15 (Bernama) -- A Halim Hasoon, 55, who was driving the car involved in yesterday's fatal accident at KM43 of the Kuala Lumpur-Karak (KLK) Expressway near Bentong, had sent a photograph to his family shortly before the tragedy.The victims elder brother, Razali, 57, said the photograph was sent via WhatsApp a few hours before A Halim, a lorry driver, and his family were involved in the heartbreaking accident."Halim sent us a photo of him having a meal with his wife, daughter and granddaughter before the accident





Keluarga mangsa tuntut tindakan tegas terhadap pemandu treler - Sinarharian - 15/06 3:15 pm

TEMERLOH Keluarga mangsa nahas empat beranak di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala LumpurKarak (KLK), Bentong, berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pemandu lori yang didapati positif dadah.Abang kepada Allahyarham Rozita Buang, Jamlus, 69, berkata pemandu terbabit tidak wajar dibiarkan terus berada di jalan raya kerana perbuatannya bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mampu mengundang bahaya kepada orang lain."Dalam laporan polis pagi tadi, pemandu didapati positif dadah. Jadi pihak keluarga berharap tindakan sekeras-kerasnya dapat diambil berikutan kejadian ini," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluargaNahas empat maut: Pemandu treler ditahan positif dadah Nahas empat maut: Treler hempap kereta terbakar ketika dialihTreler terbabas hempap kereta, pemandu ada 15 rekod saman Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik Pada Ahad, empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam kejadian itu yang mengorbankan A Halim Hasoon, 55; isterinya, Rozita Buang, 58; anak perempuan mereka, Norbahyah A Haim, 26; serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.Mengulas mengenai tindakan undang-undang termasuk saman, Jamlus memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan bersama ahli keluarga lain."Saya sedang uruskan dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)





Tragedi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak: 4 Nyawa Melayang Selepas Honda City Dihempap Treler Terbalik Di Bentong - Lobakmerah - 15/06 10:23 am

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak pada Ahad, apabila empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah treler. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai A Halim Hasoon (55 tahun), Rozita Buang (58 tahun), Norbahyah A Halim (26 tahun), dan bayi […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Nahas empat maut: Pemandu treler ditahan positif dadah - Sinarharian - 15/06 8:38 am

KUANTAN- Pemandu treler yang terbabas menghempap kereta hingga meragut empat nyawa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Ahad positif dadah.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, saringan air kencing dilakukan mendapati lelaki berusia 40 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.Menurutnya, pemandu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk ujian saringan air kencing selepas selesai rawatan di hospital."Tangkapan dibuat ke atas pemandu kira-kira jam 4 pagi pada Isnin sebelum dibawa ke Mahkamah Raub untuk permohonan reman," katanya.Polis sebelum ini turut mengesahkan lelaki tersebut turut memiliki 15 rekod saman lampau.Dalam kemalangan dilaporkan jam 4.35 petang itu, empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa habuk kayu yang terbalik itu.Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat Faizal,1.Kemalangan dipercayai berpunca treler hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa.Semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.





Nahas empat maut: Treler hempap kereta terbakar ketika dialih - Sinarharian - 14/06 9:12 pm

KUANTAN - Treler yang menghempap kereta sehingga meragut empat nyawa di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad terbakar ketika proses dialihkan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kebakaran dikesan semasa jentera penyodok cuba mengalihkan treler tersebut.Menurutnya, kebakaran terjadi selepas semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.Terdahulu, empat termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 petang.Kemalangan dipercayai berpunca treler hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa yang berada di lorong kiri.Semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City, A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.





Treler terbabas hempap kereta, pemandu ada 15 rekod saman - Sinarharian - 14/06 8:54 pm

KUANTAN - Kemalangan maut meragut empat nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai berpunca daripada treler hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Bentong pada Ahad.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan menghantar muatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.Menurutnya, semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat."Hasil semakan mendapati pemandu lori mempunyai 15 rekod saman," katanya.Yahaya berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan lanjut akan dijalankan bagi melengkapkan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan secara menyeluruh," katanya,Terdahulu media melaporkan mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City, A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.





Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik - Sinarharian - 14/06 7:43 pm

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Empat termasuk seorang bayi perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad.Mangsa yang maut dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pemandu lori treler berusia 40 tahun cedera.Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.35 petang."Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat."Anggota bersama jentera yang tiba di lokasi jam 5.15 petang bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Honda City menggunakan peralatan menyelamat khas," katanya.Beliau berkata, semua mangsa yang tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan manakala pemandu treler berbangsa india hanya mengalami kecederaan."Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dibantu Pasukan Bomba Sularela (PBS) Elektriksolar Janda Baik."Sebuah jentera berat milik syarikat konsesi lebuh raya digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," ujarnya.Mohd Salahuddin berkata, semua mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.





Denda maksimum RM3,000 pun pesalah senyum - Kosmo - 14/06 3:00 pm

IPOH – Kerajaan Perak sedang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) kesalahan jenayah syariah baharu bagi menggantikan Enakmen Jenayah Syariah 1992 yang disifatkan tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kertas kerja bagi RUU baharu itu akan dibentangkan dalam persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu ..





Perak gubal RUU baharu kesalahan jenayah syariah - Utusan - 14/06 2:41 pm

IPOH: Kerajaan Perak sedang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) kesalahan jenayah syariah baharu bagi menggantikan Enakmen Jenayah Syariah 1992 yang disifatkan tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kertas kerja bagi RUU baharu itu akan dibentangkan dalam persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ..





Carilamat dua nelayan hilang guna helikopter - Sinarharian - 13/06 6:42 pm

CHUKAI - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dua nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki tenggelam akibat ribut di perairan Kemaman, kira-kira 27.9 batu nautika dari pantai, Rabu lepas, diteruskan hari ini dengan bantuan sebuah helikopter.Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah berkata, sektor pencarian yang memasuki hari ketiga diperluaskan meliputi kawasan seluas 127.1 batu nautika persegi.Beliau berkata, helikopter jenis AW139 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan bagi melaksanakan tinjauan udara untuk membantu operasi mencari kedua-dua mangsa yang masih hilang.Selain itu, katanya operasi berkenaan turut melibatkan dua aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Bot Penggalang 16 dan KM Bagahak, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan bot PLC 3 serta dua bot awam."Seramai 57 orang terdiri daripada pegawai dan anggota APMM, PDRM, JBPM serta orang awam terlibat dalam operasi pencarian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.Abdul Halim berkata, kawasan pencarian berkenaan diperluaskan dan tertumpu di perairan Kemaman hingga Kuala Terengganu."Carilamat hari ini dijalankan dalam keadaan cuaca baik dengan lelajuan angin kurang dari 10 kilometer/sejam dan ketinggian ombak kurang dari 0.5 meter," katanya.Dalam kejadian pada Rabu lepas, sebuah bot nelayan yang dikendalikan tekong, Azan Muda, 68, bersama dua kru, Nordin Mohammad, 61, dan Mahadi Jusoh, 51, dilaporkan tenggelam akibat ribut pada kira-kira 12.30 tengah malam.Bagaimanapun, Mahadi berjaya diselamatkan oleh nelayan lain di perairan Kemaman pada 10.30 pagi, Khamis lepas, manakala Azan dan Nordin masih belum ditemukan sehingga kini





Terdesak langsai hutang along, kelindan lori samun enam kedai serbaneka - Sinarharian - 13/06 12:01 am

MELAKA - Seorang kelindan lori nekad melakukan samun di enam kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah dipercayai akibat terdesak untuk melangsaikan hutang along.Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun menyasarkan pekerja wanita yang bertugas di kaunter bayaran dengan berpura-pura membuat pembayaran sebelum mengacukan pisau kepada mangsa untuk mendapatkan wang.Menurutnya, suspek berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada jam 3.30 petang, Khamis lalu, di Solok Bukit Bayan Jalan Bukit Katil."Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan kesemua enam kes samun melibatkan kedai serbaneka 24 jam dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM1,500."Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan semakan lanjut turut mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, berdasarkan soal siasat awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana mempunyai masalah hutang dengan along serta beberapa individu yang dikenalinya."Suspek akan berpura-pura membuat pembayaran bagi barangan yang diambil sebelum mengacukan pisau dan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai dari laci kaunter."Selepas memperoleh wang tersebut, suspek akan melarikan diri menggunakan motosikal yang telah diletakkan berhampiran premis," ujarnya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan samun menggunakan senjata.Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan.





Siapa sangka hero tua diminati ramai – Yusry KRU - Kosmo - 13/06 8:10 am

NAMA Datuk Yusry Abdul Halim bukanlah asing dalam industri hiburan tanah air.Selebriti berbakat besar ini sudah lebih tiga dekad bergelumang dalam pelbagai cabang seni





Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa” – Yusry A. Halim - Lobakmerah - 12/06 6:01 pm

Hampir sebulan berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah haji, Datin Lisa Surihani akhirnya selamat tiba di tanah air, hari ini. Ketibaannya telah disambut meriah oleh suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim bersama anak-anak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1





Melaka police smash fake investment call center, arrest 12 in twin raids - Sinardaily - 12/06 4:14 pm

MELAKA - The police dismantled a 'call centre' syndicate suspected of being involved in a non-existent online investment scam with the arrest of 12 individuals in two raids at Taman Krubong Perdana here early on Wednesday morning.Acting Melaka Tengah district police chief Supt Halim Abas said that those detained comprised 10 male Chinese nationals, in addition to a local man and woman, all aged between 23 and 47 years."In the first raid at 2.30 am, a team from the Melaka Commercial Crime Investigation Department (JSJK) arrested six individuals, consisting of five male Chinese nationals and one local man, all aged between 23 and 43 years."Meanwhile, the second raid at 3 am led to the arrest of five more male Chinese nationals and a local woman, all aged between 27 and 47 years," he said at a press conference at the Melaka contingent police headquarters (IPK) here today.Commenting further, Halim said that the results of the social media analysis experts' review found that both syndicates engaged in online investment fraud activities that do not exist and are suspected of targeting Chinese citizens through digital platforms.It was said that the investigation found that both syndicates had started operating since early June and were using the MiChat application to communicate with the victims.The investigation results also found that all the suspects acted as customer service representatives who contacted target customers and provided explanations about online investments that could be accessed through the given link."Interested victims would choose the offered investment and make payments managed by other syndicate members who are still at large," he said.Halim said that in the raid, the police also seized 12 sets of monitors, mouses and keyboards, 12 CPU units, 12 mobile phones, as well as two sets of modems and routers worth approximately RM40,000, which were believed to be used for conducting the activities.He said the investigation was conducted under Section 420 of the Penal Code read together with Section 120B of the Penal Code and Section 6(1)(c) of the Immigration Act 1959/63, and all suspects have been remanded from June 10 to June 23.He also advised the public to be more cautious before making any money transfer transactions and to check with the bank or police if they feel suspicious about any financial dealings."The public is also advised to check phone numbers and account numbers through the Semak Mule website before making any transactions, and to immediately contact the bank or the National Scam Response Centre (NSRC) at 997 if they fall victim to cyber fraud," he added





Bot tenggelam: Ahli keluarga harap 2 nelayan hilang ditemukan selamat - Sinarharian - 12/06 3:33 pm

Kalau ALLAH beri usia panjang, insya-ALLAH jumpa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Geliga, di sini hari ini.Salma berkata suaminya keluar rumah untuk ke laut ketika dia baru selesai membaca al-Quran pada 11 pagi, Selasa, dan terkejut apabila anaknya memaklumkan suaminya hilang di laut pada 4 petang semalam.Lazimnya, Salma berkata, suaminya keluar menangkap ikan selama tiga hari dua malam, namun ada kalanya pulang lewat disebabkan masalah teknikal seperti kerosakan enjin bot."Pada kira-kira 11 pagi semalam, saya cuba menghubungi suami selepas didapati dia tidak pulang-pulang, namun panggilan itu tidak dijawab dan saya tidak mengesyaki kejadian buruk berlaku sebelum seorang daripada anak memaklumkan kejadian yang menimpa suami," katanya.Dalam pada itu, Nor Azizah Rani, 45, isteri kepada Nordin, turut berharap suaminya ditemukan selamat dan berada dalam keadaan baik."Kali terakhir saya bertemu dengan suami pada pagi Selasa sebelum dia turun ke laut. Biasanya jika suami berada di laut, saya jarang menghubunginya kerana tiada liputan telekomunikasi," katanya.Nor Azizah berkata suaminya menjadi kru bot milik Azan di sini sejak enam bulan lepas dan sebelum ini merupakan kru beberapa buah bot di Kuala Dungun dan Kuala Paka.Sementara itu, Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah dalam kenyataan berkata, sebanyak 24 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang masih hilang itu.Beliau berkata, APMM menggunakan sebuah bot Penggalang 16 dan KM Bagahak dalam operasi berkenaan."Operasi SAR itu disambung semula pada 7 pagi selepas dihentikan sementara pada 9 malam tadi," katanya sambil menambah setakat ini, tiada mangsa yang hilang ditemukan





‘Alhamdulillah selesai haji, rumah tak sempurna tanpa Lisa’ - Kosmo - 12/06 3:06 pm

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan berada di Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan haji, Datin Lisa Surihani selamat pulang ke tanah air, hari ini. Ketibaannya disambut meriah dengan kehadiran suami, Datuk Yusry Abdul Halim dan anak-anak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1





Gol Pertama Korea Selatan Persis Gol Faisal Halim Lawan Mereka Dulu – Netizen - Vocket - 12/06 1:07 pm

Di sebalik kisah kemenangan itu, netizen segera teringat gol... The post Gol Pertama Korea Selatan Persis Gol Faisal Halim Lawan Mereka Dulu – Netizen appeared first on VOCKET .





Datin Hajah Lisa Surihani Selesai Haji, Ramai Sebak Lihat Yusry Dan Anak-Anak Sambut Ketibaan Di ‘Airport’ - Beautifulnara - 12/06 12:56 am

Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abd Halim meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat bersatu semula dengan isterinya, Datin Lisa Surihani selepas selesai menunaikan ibadah haji





‘Integriti bukan slogan’ PMX mahu SPRM bertindak tanpa kompromi - Harapandaily - 12/06 11:31 am

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa agenda memperkukuh tatakelola, integriti dan reformasi institusi akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam usaha membina Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing. Ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, Anwar berkata usaha membanteras rasuah tidak boleh..





Dua nelayan hilang, bot karam dipukul ribut - Sinarharian - 12/06 8:17 am

KEMAMAN Dua nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam akibat dipukul ribut di perairan Kemaman di sini pada Rabu.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam itu melibatkan tekong bot, Azan Muda, 68, dan seorang kru, Nordin Mohammad, 61, yang sehingga kini masih belum ditemui.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, seorang lagi mangsa, Mahadi Jusoh, 51, bagaimanapun ditemui selamat oleh nelayan lain kira-kira jam 10.30 pagi pada Khamis.Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang."Sebelum kejadian, ketiga-tiga nelayan berkenaan dilaporkan keluar menangkap ikan kira-kira jam 11.30 pagi pada Selasa sebelum bot mereka dipukul ribut pada Rabu."Pihak polis menerima laporan daripada mangsa yang selamat kira-kira jam 10 malam ini (Khamis) yang memaklumkan bot mereka terbalik pada jarak 27.9 batu nautika dari perairan Kemaman," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Sementara itu, Pengarah Maritim Zon Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, sebuah aset iaitu Bot Penggalang 16 telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa.Bagaimanapun katanya, operasi tersebut terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan."Operasi pencarian dihentikan sementara dan akan disambung semula esok pagi (Jumaat) berikutan cuaca buruk serta keadaan laut bergelora yang menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat," katanya.





2 nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat dalam kejadian bot tenggelam .. - Mygazette - 12/06 7:44 am

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa yang selamat pada 10 malam ini. Sementara itu Pengarah Maritim Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah berkata bot Penggalang 16 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal di sekitar kawasan berkenaan





Kerajaan MADANI jamin perkasakan SPRM banteras rasuah tanpa kompromi .. - Mygazette - 12/06 7:44 am

Perdana Menteri berkata beliau amat menekankan kepada usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara, yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing. Perkara itu dinyatakan beliau ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman, di Putrajaya hari ini





Ini Nasihat PM Anwar Kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu - Wrlr - 12/06 5:45 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026





73 ejen, pemilik syarikat direman kes palsukan tuntutan Daya Kerjaya RM9 juta - Sinarharian - 11/06 5:32 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 bernilai kira-kira RM9 juta.Kesemua suspek yang terdiri daripada 48 lelaki dan 25 wanita berusia antara lingkungan 20 hingga 70-an itu ditahan pada petang dan malam Selasa lalu di pejabat SPRM seluruh negara kecuali Perlis.Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025.Katanya, mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan bantuan penggajian kerajaan sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan bagi setiap pekerja yang diambil bekerja oleh majikan sektor swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Pada 9 Jun lalu, SPRM menerusi Bahagian Perisikan, Bahagian Siasatan dan SPRM negeri dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan satu operasi bersepadu."Dalam operasi itu, penggeledahan dijalankan di 90 lokasi melibatkan premis syarikat dan seramai 83 individu ditahan, terdiri daripada enam ejen dan 77 pemilik syarikat," katanya pada Khamis.Menurutnya, hasil risikan yang dijalankan sejak November tahun lalu mendapati operasi tersebut menyasarkan 143 premis syarikat di seluruh negara serta 320 individu yang dikaitkan dengan tuntutan berkenaan.Beliau berkata, sepanjang operasi itu juga SPRM telah merakam 104 percakapan melibatkan 32 orang kena siasat (OKS) dan 72 saksi."SPRM turut membekukan 25 akaun bank syarikat yang mempunyai jumlah wang kira-kira RM390,000 bagi membantu siasatan," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009."Siasatan masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.





Op Daya: 73 individu direman sindiket palsu tuntutan insentif Daya Kerjaya .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Melalui operasi ini juga SPRM telah membekukan sebanyak 25 akaun bank syarikat dengan jumlah kira-kira RM390,000, jelasnya. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009





Nota tulisan tangan persiapan Lisa Surihani tunai haji buat netizen kagum - Mygazette - 11/06 4:26 pm

# Nota tulisan tangan persiapan Lisa Surihani tunai haji buat netizen kagum KUALA LUMPUR - Netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan catatan tangan pelakon Datin Lisa Surihani yang berkisar tentang persiapan rohani menjelang ibadat haji. Kandungan itu tular di media sosial selepas perkongsian itu dibuat seorang petugas agensi umrah, Dr Amirul Hassan menerusi TikTok apabila memuat naik video memaparkan buku nota peribadi milik isteri kepada penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim itu





Di Sebalik Babak Berkemban, Siti Khadijah Rupanya Ada Syarat Sendiri - Murai - 10/06 3:15 pm

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan sebab dia memakai kardigan dalam filem Khadam, selepas ada netizen mempersoalkan elemen itu yang dilihat tidak kena dengan latar zaman cerita berkenaan





Pasukan petugas khas banteras ketirisan - Sinarharian - 9/06 9:50 pm

PUTRAJAYA Pasukan petugas khas atau jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal-hal berkaitan mengikut keperluan semasa antara perkara dibincangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan (MOF).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya dan MOF terus memperkasakan komitmen bersama dalam membanteras penyelewengan serta ketirisan demi memelihara kedaulatan ekonomi negara."Dalam usaha memastikan siasatan dan pemulihan aset berjalan dengan lebih tuntas, tumpuan perbincangan terarah kepada pasukan petugas khas serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk mengendalikan kes tersebut."SPRM juga menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh dan bantuan menyeluruh daripada segi perundangan, penguatkuasaan serta aspek teknikal bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan ke akar umbi," katanya.Komitmen itu dizahirkan Abd Halim melalui kunjungan hormat ke atas Ketua Perbendaharaan Negara, Tan Sri Johan Mahmood Merican di Kementerian Kewangan (MOF) di sini pada Selasa.Pertemuan strategik yang berlangsung selama hampir sejam itu menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak memperkukuh jalinan kerjasama khususnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.Sesi kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai simbolik keutuhan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.




Reformasi     >>



Krisis Pas vs Bersatu, masuk fasa perang gerila, kata .. - Harapandaily
Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko kehilangan jenamanya sendiri sekiranya konflik antara Pas dan Bersatu gagal diselesaikan, malah tidak mustahil gabungan itu boleh berakhir dengan pembubaran jika pertikaian dibawa ke peringkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Pensyarah Kanan ..
Kroni     >>



Rombakan Perikatan Nasional: Sanusi kembali ketuai .. - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan rombakan pentadbiran gabungan itu berkuat kuasa serta-merta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Portugal, Ronaldo mulakan kempen .. - Kosmo
HOUSTON – Portugal gagal memanfaatkan status sebagai pasukan pilihan apabila sekadar seri 1-1 dengan Congo dalam aksi Kumpulan K saingan Piala Dunia 2026, sekali gus meneruskan rekod negatif mereka dalam perlawanan pertama kejohanan berprestij itu. Ini adalah kali keempat dalam lima edisi ..
Tech     >>



Amazon AI exec predicts first 'commercially useful' .. - Cnbc
Quantum computing is becoming an increasingly competitive field, with tech giants including Microsoft, Google and IBM developing the technology.
World     >>



Trump: World will find out pretty soon if Iran MOU .. - Aljazeera
Trump suggests deal signing on Friday could still fall through, vows to bomb Iran if they don't 'behave'.
Motor Trend     >>



Chery Buka Pusat 3S Baharu di Kulai - Tampil Dengan .. - Careta
Pusat 3S tersebut mempunyai keluasan keseluruhan 734 meter persegi. Apa yang menarik, Chery Kulai merupakan cawangan kedua di Malaysia yang menggunakan konsep reka bentuk bilik pameran Gen 4.0 Chery, selain menjadi yang pertama memperkenalkan konsep tersebut di wilayah selatan. Reka bentuk