| /// |
|
| Search : Haji News | Page 1 |
|
Zero-waste Haj: Tabung Haji launches recycling drive for pilgrims ihram garments - Malaymail - 5/04 9:32 am PUTRAJAYA, April 5 Lembaga Tabung Haji (TH) has introduced the Haji Lestari initiative for the 144... |
|
Reman suspek koperal pukul anggota tentera dilanjutkan hingga Isnin - Mgazette - 5/04 8:02 am Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari bermula 1 hingga 4 April bagi membantu siasatan di bawah seksyen yang sama. Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD)Jeneral Datuk Azhan Md Othmanmemaklumkan bahawa mangsa yang cedera parah masih dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan sokongan bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh |
|
Anggota tentera parah dipukul masih tidak stabil – PTD - Mgazette - 5/04 8:02 am # Anggota tentera parah dipukul masih tidak stabil - PTD KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjadi mangsa pukul di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentongbaru-baru ini dilaporkan masih tidak stabil dan memerlukan sokongan bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh |
|
TH lancar inisiatif Haji Lestari, program kitar semula kain ihram terpakai - Mgazette - 5/04 8:02 am # TH lancar inisiatif Haji Lestari, program kitar semula kain ihram terpakai KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan, memaklumkan Lembaga Tabung Haji akan melaksanakan program Haji Lestari pada musim haji 1447H/2026M bagi menyokong usaha menjaga alam sekitar |
|
Kuota Haji Malaysia 1447H penuh 100 peratus – Zulkifli - Mgazette - 5/04 8:02 am # Kuota Haji Malaysia 1447H penuh 100 peratus - Zulkifli KUALA LUMPUR Malaysia mengesahkan telah memenuhi 100 peratus kuota haji bagi musim 1447H, sekali gus menandakan persiapan jemaah negara ke Tanah Suci berada pada tahap akhir |
|
Krisis Asia Barat tidak gugat kelancaran operasi haji 2026 - Utusan - 5/04 6:40 am KUALA LUMPUR: Semua aspek berkaitan pengurusan haji pada tahun ini berjalan lancar dan akan diteruskan seperti dijadualkan walaupun negara berhadapan dengan krisis ekonomi berikutan pergolakan di Asia Barat |
|
Krisis Asia Barat tidak jejas ibadah haji - Sinarharian - 4/04 11:21 pm PUTRAJAYA - Krisis Asia Barat ketika ini tidak menjejaskan perjalanan ibadah haji musim 1447H/2026M dengan semua persiapan bagi jemaah Malaysia berjalan lancar hasil kerjasama erat antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak berkuasa Arab Saudi.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jaminan tersebut diperoleh hasil pertemuan rasmi bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi serta beberapa pihak berkaitan ketika lawatan kerja beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.Menurutnya, kerajaan Arab Saudi memberi komitmen positif dalam memastikan kelancaran pengurusan haji tahun ini walaupun terdapat perkembangan geopolitik di rantau Asia Barat."Saya baru sahaja kembali dari Tanah Suci dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi serta delegasi antarabangsa |
|
Haj flights to begin on April 18 as scheduled, says minister - FMT - 4/04 8:46 pm Religious affairs minister Zulkifli Hasan said Tabung Haji has a 'good contingency plan' in view of the West Asian crisis. |
|
Persiapan musim haji 2026 lancar, penerbangan pertama kekal 18 April - FMT - 4/04 6:35 pm Menteri Agama Zulkifli Hasan berkata TH sedia pelan luar jangka bagi berdepan sebarang kemungkinan susulan krisis Asia Barat. |
|
Kes pukul di kem tentera: Prebet Muhammad Amirul Raziq masih tidak stabil - PTD - Sinarharian - 4/04 6:10 pm KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjadi mangsa pukul di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong baru-baru ini dilaporkan masih tidak stabil dan memerlukan sokongan bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, insiden kekerasan melampau dalam TDM tidak boleh diterima sama sekali dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya suspek didapati bersalah."Kita menunggu hasil siasatan polis dan pada masa sama, Lembaga Siasatan telah ditubuhkan di peringkat TDM," katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Hari Tentera Darat ke-93 di Kem Perdana Sungai Besi di sini pada Sabtu.Azhan berkata, beliau akan ke hospital berkenaan hari ini untuk melawat serta mendapatkan perkembangan terkini mangsa.Seorang anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dipercayai dipukul dalam satu kejadian di Kem Batalion 25 RAMD Bentong, pada 30 Mac lepas.TDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan akibat insiden itu, anggota berkenaan telah tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera 25 RAMD sebelum dipindahkan ke Hospital Bentong dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan di HOSHAS.Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang anggota tentera berpangkat koperal berumur 37 tahun bagi membantu siasatan.Sementara itu, Azhan berkata, suspek akan ditempatkan di bawah pengawasan rapi dan tidak dibenarkan bercampur dengan anggota lain sejurus dibebaskan daripada tahanan reman."Mereka yang tidak dapat mengawal emosi sehingga melakukan kekerasan melampau tidak sesuai berada dalam TDM," katanya |
|
Reman koperal didakwa pukul tujuh anggota tentera dilanjutkan dua hari lagi - Sinarharian - 4/04 4:29 pm BENTONG Perintah reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal yang disyaki memukul tujuh rakan setugasnya di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD di sini Isnin lalu, dilanjutkan selama dua hari lagi.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, permohonan sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan."Reman suspek berusia 37 tahun itu dilanjutkan bermula dari 5 hingga 6 April ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.Jelasnya, ziasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera berusia 24 tahun dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di kawasan kem berkenaan.Mangsa yang koma dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan alat pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.Siasatan awal mendapati kesemua mangsa merupakan anggota tentera berusia antara 19 hingga 22 tahun dan bukannya pelatih seperti yang tular di media sosial sebelum ini.Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari bermula 1 hingga 4 April bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen sama. |
|
MATTA Fair: Sia Sitok Sarawak 2026 tawar pakej percutian jimat 40 peratus - Sinarharian - 4/04 4:17 pm KUALA LUMPUR - Kempen Sia Sitok Sarawak 2026 secara rasminya dilancarkan dengan memperkenalkan promosi terhad khas buat pengunjung MATTA Fair April 2026 iaitu penjimatan sehingga 40 peratus bagi pakej percutian ke negeri tersebut.Bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), pengunjung berpeluang merasai sendiri kepelbagaian budaya negeri itu dan mendapatkan pakej percutian berbaloi di Pavilion Sarawak dari 3 hingga 5 April ini.Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Dennis Ngau berkata, pelancaran kempen tersebut bertujuan menggalakkan pelancong untuk meneroka Sarawak sambil menikmati tawaran perjalanan eksklusif yang disediakan oleh pengendali pelancongan profesional dan berlesen.Menurut beliau, inisiatif itu menekankan fokus berterusan Sarawak terhadap pasaran domestik, dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka destinasi tersebut melalui pengalaman pelancongan yang disusun rapi dan berbaloi.Jelasnya lagi, Sia Sitok Sarawak 2026 hadir pada waktu yang tepat iaitu menjadikan perjalanan lebih mampu milik dan mudah diakses, di samping membuka peluang menikmati pelbagai pengalaman di seluruh negeri."Pelancong domestik sentiasa menjadi teras kepada perkembangan pelancongan Sarawak dan sokongan kukuh mereka sejak beberapa tahun lalu menyumbang secara signifikan terhadap pertumbuhan stabil yang kita lihat hari ini."Ketika kita melangkah dalam Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), inisiatif seperti Sia Sitok Sarawak membolehkan STB berhubung secara langsung dengan pelancong dan menjemput mereka merasai pelbagai keunikan di Sarawak."Jadi, pengunjung MATTA Fair April 2026 boleh ambil peluang ini untuk menikmati penjimatan sehingga 40 peratus bagi pakej percutian Sarawak yang terpilih dengan tempoh perjalanan sah sehingga 15 Disember," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media pelancaran kempen Sia Sitok Sarawak 2026 bertempat di Pavilion Sarawak, MATTA Fair April 2026, di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr Sharzede Datu Haji Salleh Askor dan Pengerusi MATTA Chapter Sarawak, Oscar Choo Chon Foong.Promosi menampilkan lebih 80 pakej percutian yang disusun khas dengan kerjasama 17 pengendali pelancongan berlesen Sarawak di mana setiap satunya direka sebagai pengalaman perjalanan sekurang-kurangnya tiga hari dua malam (3H2M) menggabungkan penginapan, lawatan dan itinerari terpilih.Di Sarawak Selatan, Kuching menampilkan keunikan warisan, kemeriahan budaya serta akses yang mudah ke kawasan hidupan liar dan taman negara.Sarawak Tengah yang berpusat di Sibu pula memperkenalkan pengalaman menyusuri Sungai Rajang, lawatan ke rumah panjang tradisional dan interaksi budaya autentik.Sementara itu, Sarawak Utara membawa pengunjung dari bandar pesisir Miri ke tapak warisan UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah, selain keindahan tanah tinggi yang sejuk di Bario.Selain pakej pelancongan tersusun, pengunjung turut digalakkan merancang perjalanan selari dengan kalendar acara Sarawak di mana negeri itu menganjurkan lebih 110 acara sepanjang tahun ini.Antaranya, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Jun depan di Kampung Budaya Sarawak.Diiktiraf sebagai antara festival muzik paling unik di Asia Tenggara, acara tersebut bakal menampilkan artis tempatan dan antarabangsa seperti Datuk M Nasir, The Commodores yang menampilkan Thomas McClary serta Incognito selain bengkel interaktif pada waktu siang serta pertukaran budaya berlatarbelakangkan hutan hujan Borneo.Selepas festival tersebut, lebih 70 acara lain akan terus berlangsung di seluruh negeri, merangkumi pelbagai pengalaman budaya, gaya hidup dan sukan.Sepanjang tiga hari MATTA Fair April 2026 berlangsung, pengunjung Pavilion Sarawak turut berpeluang merasai budaya Sarawak melalui pelbagai pameran interaktif.Antaranya termasuk persembahan muzik tradisional menggunakan sape dan seruling hidung, demonstrasi kraftangan secara langsung, sulaman keringkam, lukisan batik, sesi kuiz serta pemberian cenderamata. |
|
Persiapan haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan - Menteri Agama - Sinarharian - 4/04 3:33 pm KUALA LUMPUR - Persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim Haji 2026, dengan penerbangan pertama pada 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Zulkifli berkata, lawatan beliau ke Makkah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini."Saya baru pulang daripada lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri oleh ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia."Operasi haji akan berjalan seperti yang dirancang |
|
Almarhum Haji Mohamad Husain dalam kenangan kolektif kita semua - Harakahdaily - 4/04 6:37 am Namun, nama sosok ini harum di Borneo kerana beliau ‘menebas’ hutan belantara dakwah untuk memugar lahan PAS berkembang. Mengukuh tanzim jamaah […] The post Almarhum Haji Mohamad Husain dalam kenangan kolektif kita semua appeared first on Harakahdaily . |
|
Gurauan suami mahu pergi dulu tunai haji, jadi kenangan terakhir - Sinarharian - 3/04 2:28 pm TUMPAT Gurauan seorang suami untuk menunaikan haji terlebih dahulu kini menjadi kenangan pilu apabila isterinya meninggal dunia akibat kecederaan melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Simpangan di sini pada Rabu lalu.Peniaga, Mazelan Daud, 64, berkata, dia tidak menyangka kata-kata selorohnya itu menjadi detik terakhir bersama isterinya, Allahyarham Shaadah Muhammad, 57, yang sebenarnya sudah membuat persiapan lengkap untuk menunaikan ibadah umrah pada 26 April ini.Menurutnya, mereka sebelum ini pernah menunaikan umrah dan merancang untuk kembali ke Tanah Suci bersama bagi menunaikan haji sebelum terpaksa menangguhkan hasrat itu tahun lalu kerana masalah kesihatan arwah."Saya pernah bergurau dengan dia, saya pergi dululah haji tapi tak sangka jadi macam ni."Dia memang nak sangat pergi, minta saya tunggu dia dan semua barangnya pun dah siap kemas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semasa kunjungan serta penyampaian zakat oleh Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Aiman Yusri Mohd Yusof pada Jumaat.Shaadah sebelum ini dilaporkan melecur hampir 80 peratus di badan dan muka sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang, Khamis ketika menerima rawatan di di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Pengkalan Kubor di sini kira-kira jam 11 malam hari sama.Mazelan berkata, hasrat ke Makkah untuk dirinya sendiri itu juga dijangka akan ditangguhkan terlebih dahulu kerana keadaan kesihatan termasuk kaki yang membengkak akibat terjatuh ketika memunggah air semasa cuba memadam api dalam kebakaran tersebut.Dalam kejadian itu, anak perempuan mereka, Nur Fariesya Syaila Mazelan, 15, yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga turut mengalami kecederaan melecur di bahagian muka."Anak bongsu kami sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital sama."Dia sempat mengiringi pemergiaan ibunya," katanya.Menceritakan semula kejadian itu, Mazelan berkata, kebakaran bermula di bilik sembahyang rumah mereka sebelum api merebak dengan cepat hingga ke bahagian kedai runcit yang diusahakan."Isteri saya dan anak kami cuba memadamkan api sebelum api itu menyambar mereka hingga rebah."Saya masa tu tengah angkut air nak padam api tiba-tiba terjatuh kerana lantai licin dan kayu yang berbara jatuh tertimpa serta kena bahagian telinga," katanya.Mazelan kemudian sempat menarik Shaadah keluar dan menyelamatkan diri bersama anak mereka.Dia berkata, kehilangan isterinya bukan sahaja memberi kesan emosi mendalam malah meruntuhkan impian mereka untuk ke Tanah Suci bersama |
|
Jangan hanya jimat kos, tingkatkan produktiviti - Sinarharian - 3/04 10:00 am Mereka dahulu yang kena berubah.Produktiviti juga boleh dicapai dengan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti pembekal, pelanggan dan juga pihak yang menyelia industri.Sudah tentu kerjasama dengan pembekal dan pelanggan berpaksikan kepentingan komersil masing-masing dan perlu mencapai kedudukan menang-menang.Sebagai contoh, pelanggan bersetuju untuk mengekalkan pembelian pada harga yang tertentu di dalam tempoh yang agak panjang bagi membolehkan perniagaan kita menyusun semula rantaian bekalan dan kaedah pengeluaran agar apa-apa tambahan kos dari krisis yang ada boleh ditanggung secara sama rata.Peranan penyelia industri seperti kementerian atau agensi kerajaan pula ialah lebih kepada mengurangkan peraturan-peraturan yang lapuk atau pun yang tidak sesuai dengan keadaan semasa yang mencabar.Sekiranya pihak ini tidak mengiktiraf cabaran yang dihadapi oleh pemain-pemain pasaran dan tidak mahu berubah kerana boleh menambah beban kerja mereka, sukar juga kita sebagai sebuah negara mahu menangani cabaran-cabaran daripada perang Iran ini secara bersama.Malah barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh dirangka semula agar ia bertepatan dengan kehendak pelanggan yang mungkin terjejas disebabkan kenaikan kos secara menyeluruh tetapi memerlukan barangan atau perkhidmatan kita, walaupun di dalam bentuk yang lebih realistik dengan harga yang sepadan.Di dalam krisis, banyak perkara yang dianggap tidak logik di masa aman boleh dipertimbangkan.Janganlah dibiarkan cabaran atau krisis yang ada berlalu tanpa dimanfaatkan. Manfaat di sini ialah di dalam bentuk menjadikan perniagaan menjadi lebih produktif, berdaya saing dan lebih lestari.Sudah tentu ini tidak akan dicapai dengan mudah namun sekiranya "platfom yang terbakar" tidak mendorong kita untuk berubah ke arah yang lebih hebat, apa lagi dorongan yang kita perlukan?*Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji |
|
Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota parah ditumbuk pegawai - Mgazette - 3/04 7:43 am "Akibat daripada insiden tersebut, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi telah tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD sebelum dipindahkan ke Hospital Bentong. "Beliau kini sedang menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh," jelasnya lagi |
|
SPRM kesan Mohd Idzwan bantu siasatan - Sinarharian - 2/04 7:58 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.SPRM menerusi kenyataan memaklumkan individu terbabit dikenali sebagai Mohd Idzwan Husin, 35."Alamat terakhir lelaki berkenaan adalah di Jalan Haji Omar, Bukit Rambai, Melaka."Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.Tambah kenyataan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, PPs Nur Raihanah Abdul Jalil di talian 06-2896000 atau 019-6373924."Maklumat juga boleh disalurkan melalui emel kepada raihanah.jalil@sprm.gov.my," menurut kenyataan tersebut. |
|
'Muhammad Amirul sangat kritikal, berlaku kematian tisu otak' - Bekas komando tuntut keadilan buat anak - Sinarharian - 2/04 4:03 pm TEMERLOH - Keluarga kepada anggota tentera, Muhammad Amirul Raziq, 24yang kini kritikal selepas dipercayai menjadi mangsa pukul di sebuah kem tentera di Bentong berharap agar keadilan ditegakkan atas kejadian menimpa anak sulungnya itu.Bapa mangsa, Rosafindi Tambi Chik, 49 mendakwa, kekasaran itu bukan prosedur tentera, tetapi lebih kepada buli yang dilakukan individu dengan sengaja.Katanya, anaknya itu sudah berkhidmat dalam tentera selama tiga tahun dan tidak pernah mempunyai masalah serius sebelum ini."Kini dia kritikal dan kami sekeluarga amat sedih serta kecewa atas kejadian berlaku."Doktor beritahu otak anak saya gagal menerima oksigen dan berlaku kematian tisu otak. Keadaannya sangat kritikal," kata bekas anggota tentera ini ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada Khamis.Rosafindi yang pernah berkhidmat sebagai anggota komando selama 26 tahun berkata, latihan ketenteraan tidak mengajar anggota memukul atau mencederakan rakan sendiri.Katanya, latihan hanya untuk menguji mental dan ketahanan anggota bukan pukul sepak hingga cedera."Kejadian ini diketahui selepas dihubungi pegawai pemerintah kira-kira jam 10.40 malam, Ahad lalu memberitahu anak saya, Muhammad Amirul Raziq pengsan dan telah dibawa ke Hospital Bentong dalam keadaan kritikal."Selepas menerima khabar itu, saya segera bergerak dari rumah di Gemas, Negeri Sembilan ke Hospital Bentong dan sampai kira-kira jam 2 pagi," katanya.Katanya, pihak hospital memaklumkan keadaan anak saya kritikal apabila jantungnya sudah berhenti."Bagaimanapun jantungnya kembali berdenyut selepas prosedur pertolongan kecemasan (CPR) dilakukan selama sejam."Mangsa dipindahkan ke HoSHAS kira-kira jam 5 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana memerlukan pemantauan pakar," katanya.Bapa kepada lima anak itu berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada hari raya kedua baru-baru ini."Semasa balik bercuti raya baru-baru ini, dia ada mengadu terlalu letih ketika menjalani latihan."Dia tidak pernah mengadu perkara lain yang lebih berat kerana sikapnya agak pendiam |
|
Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm "Akibat daripada insiden tersebut, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi telah tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD sebelum dipindahkan ke Hospital Bentong. "Beliau kini sedang menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh," jelasnya lagi |
|
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul - Sinarharian - 2/04 2:23 pm KUALA LUMPUR Tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata dilaporkan menjadi punca seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota kem berkenaan di bahagian muka dan perut."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, enam anggota tentera lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini. |
|
Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong - Mgazette - 2/04 12:37 am Tambahnya, hasil siasatan juga mendapati terdapat enam lagi mangsa yang berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 22 tahun bersama dalam kejadian itu. Salah seorang mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan pengsan dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang |
|
Kes pukul di kem tentera: Seorang koma, enam cedera - Sinarharian - 1/04 10:45 pm BENTONG -Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di kawasan kem berkenaan."Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan."Hasil siasatan juga mendapati kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun itu merupakan anggota tentera dan bukannya pelatih seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menjelaskan, seorang mangsa berusia 24 tahun dilaporkan parah dan kini masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.Zaiham berkata, susulan itu, pihaknya menahan anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, pada Selasa bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini."Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. |
|
13 Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah students score straight As in SPM 2025 - BorneoPost - 1/04 8:03 am KUCHING (April 1): Thirteen students from Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah here achieved straight As in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 examination, said its principal Adzuddin Mantrang |
|
Polis buru empat suspek tetak lelaki dengan parang di Bera Polis buru .. - Mgazette - 1/04 8:00 am "Kesemua suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dengan menaiki sebuah kereta. "Mangsa berusia 35 tahun yang cedera pada awalnya dibawa ke Hospital Bera untuk menerima rawatan, namun telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana cedera parah |
|
Tahniah! Keputusan SPM Pahang membanggakan – Wan Rosdy - Mgazette - 1/04 8:00 am "Tahniah juga diucapkan kepada 12 buah sekolah yang mencatat sekurang-kurangnya GPS 2.30 dan daripada 12 sekolah tersebut tiga daripadanya mencatatkan GPS 2.00 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan; Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan," katanya dalam kenyataan hari ini. Sekolah-sekolah lain yang turut cemerlang antaranya Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan; Sekolah Menengah Agama Al Maarif, Kuantan; Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut dan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub |
|
Polis buru empat suspek kes tetak di Triang - Sinarharian - 1/04 7:59 am BERA - Empat suspek dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes tetak seorang lelaki menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.16 malam itu, mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah akibat ditetak.Menurutnya, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh."Susulan laporan polis berhubung kejadian yang diterima jam 12.46 pagi pada Isnin lalu, polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Empat suspek berusia 27 hingga 39 tahun itu diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Zulkiflee turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki terbabit supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes di talian 014-2250306 atau talian IPD Bera Ibu 09-250 8222. |
|
Ramai bakal jemaah haji belum sedia wasiat di Selangor - Kosmo - 31/03 3:36 pm SHAH ALAM – Tahap kesedaran bakal jemaah haji untuk menyediakan dokumentasi wasiat kepada keluarga atau waris masih rendah di negeri ini |
|
Persiapan Haji 2026 Berjalan Lancar, Fokus Penambahbaikan Infrastruktur & Logistik - Lobakmerah - 30/03 9:39 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Persiapan bagi menghadapi musim haji bagi tahun 1447H/2026M kini dilaporkan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan |
|
Persiapan Haji Berjalan Lancar, Banyak Penambahbaikan Dilaksana - Zulkifli - Siakapkeli - 29/03 9:55 pm Persiapan musim haji tahun ini berjalan lancar mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Hasan selepas tiba di Arab Saudi. |
|
Syed Saddiq beri hantaran 'rare' termasuk simpanan ASNB, Tabung Haji kepada Bella - Sinarharian - 28/03 5:42 pm SHAH ALAM Majlis pertunangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian apabila tampil dengan konsep hantaran yang luar biasa dan sarat makna, berteraskan masa depan serta kesejahteraan keluarga.Berbeza daripada kebiasaan, hantaran bertemakan masa depan diberikan oleh ahli politik itu tidak hanya berbentuk simbolik semata-mata, sebaliknya membawa mesej tanggungjawab, kestabilan dan perancangan jangka panjang.Menerusi satu hantaran di laman Facebook Adam Mohd Muhayeddin, antara hantaran utama termasuklah cincin pertunangan yang menjadi lambang ikatan rasmi antara kedua-dua mereka.Paling menarik perhatian, Syed Saddiq menghadiahkan simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji (TH) kepada Bella.Tidak terhenti di situ, dua lagi hantaran turut mencuri tumpuan apabila melibatkan anak-anak Bella iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disediakan khusus buat Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6."Hantaran pertunangan YB Syed Saddiq bertemakan masa depan iaitu cincin pertunangan, simpanan ASNB kepada Bella Astillah, Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah, SSPN kepada Ayden dan SSPN kepada Ara."Alhamdulillah, majlis sudah selesai |
|
TH anjur pelbagai program infaq, kebajikan sepanjang Ramadan - Sinarharian - 27/03 6:12 pm KUALA LUMPUR - Program Infaq Ramadan anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Masjid dan Surau TH berjaya mengumpul sumbangan lebih RM270,000 serta mengagihkan lebih 900 kotak infaq sepanjang bulan puasa lalu.Ia melibatkan pelbagai aktiviti kebajikan dan pengisian rohani bagi menyantuni golongan yang memerlukan di samping mengimarahkan bulan Ramadan 1447H/2026M.Program tersebut merangkumi penyaluran sumbangan kepada institusi Pendidikan Islam, pusat kebajikan anak yatim, warga emas, golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) serta saudara baharu (mualaf) di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang |
|
Pemilik Laungan Azan Di TV, Ustaz Abu Bakar Sairi Meninggal Dunia - Siakapkeli - 27/03 4:41 pm Pemilik Laungan Azan Di TV, Ustaz Abu Bakar Sairi Meninggal Dunia Mantan bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Haji Abu Bakar |
|
Timbalan Ketua Polis Serdang meninggal dunia - Mgazette - 25/03 5:09 pm Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada warga Polis Kontinjen Selangor. "CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Dato Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Superintendan Shahnaz Akhtar bin Haji," menurut hantaran Polis Selangor di Facebook |
|
Netizen puji PMX berjaya selesaikan diplomasi antarabangsa - Wrlr - 25/03 2:52 pm Penulis Ismail Hashim menulis, Inilah doktrin Anwar diplomasi ketamadunan saya sedang siapkan bukunya. Haji Khairul pula menulis, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala |
|
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang meninggal dunia - Sinarharian - 25/03 12:09 am SERDANG - Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji meninggal dunia di Hospital Serdang di sini pada Rabu.Difahamkan arwah meninggal dunia jam 10 pagi ini akibat serangan jantung.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kaharmenzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham."Allahyarham bertugas akhir sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang."Allahyarham meninggal dunia pada usia 51 tahun dan berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 30 tahun," katanyaShazeli berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga Polis Kontinjen Selangor. |
|
Ralat dan permohonan maaf - Mgazette - 21/03 5:03 pm Hasil semakan mendapati sumber berita dan kenyataan media yang diberikan kepada pihak media adalah palsu dan tidak berasas. Kami telah menurunkan berita tersebut dan menghargai maklum balas daripada Setiausaha Sulit Kepada Yang Teramat Mulia Dato Kelana Petra, Dato Haji Mubarak Thahak, Ahmad Hanafi Ruzlan berhubung berita palsu itu |
|
Tun Musa, Toh Puan Faridah serikan sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu - Thempress - 21/03 2:27 pm KOTA KINABALU Keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama-sama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin menyerikan Majlis Sambutan… |
|
Aidilfitri: Kekalkan toleransi, perpaduan dalam kepelbagaian Hajiji - Thempress - 20/03 5:00 pm KOTA KINABALU – Rakyat Sabah diseru agar terus memelihara nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji… |
|
Dividen Tabung Haji 2026 dijangka cecah 3.75% - Utusan - 20/03 8:09 am PETALING JAYA: Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi 2026 dijangka berada dalam julat 3.25 peratus hingga 3.75 peratus dengan kecenderungan kekal sekitar 3.5 peratus sekiranya tiada kejutan besar dalam pasaran global |
|
Nak cari RM30 pun susah Wanita sebak terima RM3,000 dari Pak Nil - Mdateline - 19/03 5:00 pm Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada pengacara terkenal dan penyampai radio Kool FM, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak .. |
|
Hati emas, Pak Nil ‘transfer’ RM3,000 kepada pemanggil radio - Kosmo - 19/03 2:03 pm PETALING JAYA – Penyampai radio Kool FM, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil menyumbangkan RM3,000 kepada pemanggil yang berkongsi kisah sedih menjelang sambutan Syawal |
|
Timbalan Menteri Agama ziarah johan tilawah - Harapandaily - 19/03 10:44 am Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli mengadakan ziarah khas kepada Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Tahun 1999 Hajah Masnah Haji Awang sempena Program Ziarah Kasih Madani |
|
Dividen Tabung Haji 3.5 peratus khabar gembira pencarum menjelang .. - Mgazette - 19/03 7:44 am # Dividen Tabung Haji 3.5 peratus khabar gembira pencarum menjelang Aidilfitri - PM KUALA LUMPUR Pengumuman dividen Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Dividen TH 3.50 peratus, tertinggi dalam tempoh 8 tahun - Thempress - 18/03 10:02 pm KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun |
|
Kos haji kekal RM33,300 - TH - Mkini - 18/03 3:44 pm Meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan. |
|
Catat agihan tertinggi dalam tempoh 8 tahun, TH umum dividen 3.5 peratus - Harapandaily - 18/03 3:31 pm Lembaga Tabung Haji (LTH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, sekali gus merekodkan jumlah tertinggi dalam tempoh lapan tahun |
|
Kos Haji Kekal RM33,300 - TH - Siakapkeli - 18/03 3:30 pm Kos Haji Kekal RM33,300 - TH KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim |
|
Kos haji kekal RM33,000 - TH - Sinarharian - 18/03 3:23 pm KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026 kekal pada RM33,300.Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad berkata, meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan.Beliau berkata, hal ini kerana perjanjian dengan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines telah pun dikunci lebih awal."Tabung Haji yakin kos haji tidak akan meningkat untuk 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada ia telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan," katanya.Mustakim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.Bagaimanapun, beliau berkata, TH akan menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berterusan bagi jangka panjang dan memberi kesan kepada harga minyak dunia.Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata, menerusi rundingan dengan kedua-dua syarikat, harga penerbangan telah dipersetujui untuk tempoh tiga tahun sekali gus melindungi jemaah daripada impak langsung kenaikan harga minyak global.- Bernama |
|
TH agih keuntungan 3.50 peratus, beri manfaat kepada 9.7 juta pendeposit - Mgazette - 18/03 2:59 pm # TH agih keuntungan 3.50 peratus, beri manfaat kepada 9.7 juta pendeposit KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, melibatkan keseluruhan agihan berjumlah RM3.22 bilion yang akan dimanfaatkan lebih 9.7 pendeposit di seluruh negara |
|
Kos Tunai Haji Kekal, TH Mampu Serap Kenaikan Harga Minyak - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Kos Tunai Haji Kekal, TH Mampu Serap Kenaikan Harga Minyak Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada RM33,300 walaupun berdepan risiko ketidaktentuan harga minyak susulan konflik di Asia Barat. |
|
Konflik Asia Barat: Kos haji 1447H kekal RM33,300 - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Konflik Asia Barat: Kos haji 1447H kekal RM33,300 KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada RM33,300 walaupun berdepan risiko ketidaktentuan harga minyak susulan konflik di Asia Barat |
|
Tabung Haji Umum Dividen 3.50 Peratus, Tertinggi Dalam Tempoh Lapan Tahun - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Tabung Haji Umum Dividen 3.50 Peratus, Tertinggi Dalam Tempoh Lapan Tahun Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, melibatkan keseluruhan agihan berjumlah RM3.22 bilion yang akan dimanfaatkan lebih 9.7 pendeposit di seluruh negara. |
|
TH kekalkan kos haji 1447H RM33,300 meski harga minyak tidak menentu - Thempress - 18/03 2:42 pm KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada kadar RM33,300 walaupun terdapat ketidaktentuan harga minyak akibat konflik di Asia Barat.… |
|
Tabung Haji posts highest profit in eight years, 3.5pc payout to benefit 9.7 million depositors - Malaymail - 18/03 1:54 pm KUALA LUMPUR, March 18 The Pilgrims Fund Board (Tabung Haji -TH) today announced a profit distribut... |
|
Tabung Haji announces highest profit distribution in 8 years - FMT - 18/03 1:45 pm Religious affairs minister Zulkifli Hasan says the 3.50% rate was achieved after taking into account zakat repayment at 2.577%, amounting to RM95.3 million. |
|
Buruh ladang bawa sabit sebabkan kematian pelajar kolej didakwa di mahkamah - Sinarharian - 18/03 1:31 pm TELUK INTAN Seorang buruh ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu atas dua pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap dua pelajar kolej vokasional, minggu lalu.Tertuduh, Sutiyono, 39, warga Indonesia, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan kerana tertuduh mempunyai masalah pendengaran.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu sebagai penunggang motosikal Honda EX5 didakwa menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Adham Faisal, 18, yang semasa kejadian menunggang motosikal Honda Vario 150cc.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Abdul Rashid, Kampung Selabak dalam daerah Hilir Perak kira-kira jam 8.10 pagi pada 9 Mac 2026.Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, Sutiyono didakwa menunggang motosikal yang sama secara berbahaya hingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Muammar Ismail, 17, pada tarikh, masa dan lokasi sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi menawarkan jaminan RM8,000 untuk kedua-dua pertuduhan selain meminta agar lesen memandu tertuduh dirampas sehingga kes selesai.Tertuduh diwakili Peguam Francis Sinnappan secara pro bono memohon jaminan dikurangkan mengambil kira faktor pekerjaan tertuduh sekadar buruh ladang kelapa sawit dan perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak yang menetap di Indonesia.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dengan salah sorang daripada penjamin merupakan majikan tertuduh.Tarikh 28 April depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan bedah siasat serta lantikan dua jurubahasa iaitu bahasa isyarat dan bahasa Indonesia.Terdahulu akhbar melaporkan Adham Faisal yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan maut apabila lehernya terhiris sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal ditunggangi tertuduh.Kejadian turut menyebabkan rakan Allahyarham yang menaiki motosikal sama mengalami kecederaan pada tangan. |
|
Kos ibadah haji 1447H kekal RM33,300 - TH - Hmetro - 18/03 1:12 pm Kuala Lumpur: Kos menunaikan haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada RM33,300 meskipun berlaku peningkatan harga minyak dunia ketika ini |
|
Dividen Tabung Haji 2025, 3.5 peratus - Hmetro - 18/03 12:21 am Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding 3.25 peratus yang direkodkan tahun sebelumnya, kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun ini |
|
Mapim perkenal sistem pantau badal haji, badal umrah berteknologi tinggi - Sinarharian - 17/03 3:06 pm SHAH ALAM Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memperkenalkan sistem pengurusan badal haji dan badal umrah berteknologi tinggi bagi meningkatkan ketelusan serta kecekapan pelaksanaan ibadah tersebut.Inisiatif strategik itu dilaksanakan melalui kerjasama Mapim dengan Muslim Smart Wearable Company (MSWC) menggunakan M2 Muslim Smartwatch dan disokong platform digital Road2Haramain sebagai ekosistem pendigitalan haji dan umrah.Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendekatan berasaskan teknologi dilihat berupaya meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap pelaksanaan ibadah berkenaan.Beliau berkata, pelaksanaan badal haji merupakan satu bentuk tanggungjawab fardu kifayah dalam membantu umat Islam yang tidak berkemampuan menunaikan ibadah tersebut."Semasa menghadiri persidangan haji di Arab Saudi, saya melihat badal haji dan badal umrah boleh menjadi alternatif penting bagi membantu waris kepada mereka telah meninggal dunia atau individu uzur untuk menunaikan kewajipan ibadah tersebut"Peningkatan kos menunaikan haji pada masa kini menjadikan pengurusan badal haji yang tersusun, telus dan dipercayai semakin penting," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Pejabat Mapim, Bukit Jelutong pada Selasa.Justeru, Mohd Azm berkata, Mapim turut mencadangkan pendekatan baharu dengan memperkenalkan Tabung Badal Haji dan Tabung Badal Umrah yang membolehkan ibadah tersebut dilaksanakan secara lebih terancang dan telus.Menurut Pengasas Road2Haramain dan Ketua Pendigitilan di MobilityOne Sdn Bhd, Datuk Abdul Rahim Abdullah, transformasi digital itu memudahkan urusan umat Islam melaksanakan badal bagi pihak ahli keluarga."Penggunaan teknologi digital dan integrasi pembayaran melalui kerjasama dengan MobilityOne Limited membantu membangunkan ekosistem pengurusan ibadah yang lebih moden, selamat dan cekap."Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Saudi Vision 2030 yang menekankan pendigitalan sektor pelancongan termasuk haji dan umrah," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSWC Malaysia, Prof Adjunct Datin Seri Azreen Abu Noh berkata, penggunaan teknologi tersebut merupakan langkah penting dalam membawa inovasi ke dalam pengurusan ibadah umat Islam.Menurut beliau, teknologi wearable digunakan oleh M2 membolehkan sistem pengesanan dan pengesahan ibadah Badal Haji dan Badal Umrah dilakukan secara digital melalui sistem Track & Trace Ibadah."Melalui integrasi teknologi M2 Muslim Smartwatch, setiap pelaksanaan ibadah badal boleh direkodkan secara selamat dan telus, dengan data disahkan secara serentak di dalam jam pintar, telefon mudah alih serta sistem storan awan," ujarnya lagi.Beliau menambah setiap pelaksanaan ibadah yang direkodkan melalui sistem ini akan disertakan dengan pensijilan digital oleh Muslim Smart Wearable Company (MSWC) sebagai bukti pengesahan pelaksanaan ibadah tersebut. |
|
87 syarikat pengendali umrah disiasat MyCC berkait kartel harga - Sinarharian - 17/03 1:23 pm KUANTAN Sebanyak 87 syarikat pengendali umrah disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana disyaki terlibat dalam kartel penetapan harga pakej ke Tanah Suci.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, siasatan dijalankan bagi melindungi pengguna daripada manipulasi harga oleh pihak tidak bertanggungjawab.Menurutnya, amalan kartel berlaku apabila beberapa syarikat berpakat menetapkan harga sehingga menutup persaingan sihat dan menafikan peluang rakyat mendapatkan tawaran lebih kompetitif."Ini bahayanya kartel, sebab itu di bawah KPDN kita ada MyCC, tujuannya untuk melawan amalan ini. Kartel umrah ini adalah salah satu sedang disiasat"Setakat ini, 87 syarikat sedang disiasat dan jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jualan Rahmah Madani Mega Aidilfitri 2026 dan Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM di Perkarangan Masjid Sungai Isap Perdana di sini pada Selasa.Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kamarudin Mohd Daud.Seramai 100 penerima asnaf telah menerima bantuan yang terdiri daripada sumbangan tunai RM200 seorang dan satu set bakul makanan bernilai RM100 daripada SSM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Intelek dan Bestari Indera Mahkota.Mengulas mengenai faktor keselamatan jemaah susulan situasi konflik peperangan di Asia Barat, Fuziah menasihatkan bakal jemaah agar menilai semula kemampuan atau 'istitaah' sebelum merancang perjalanan."Umrah itu bukan ibadah wajib berbanding haji |
|
Pemandu e-hailing didenda RM4,000, mohon maaf sebar video gores hati orang Islam - Sinarharian - 17/03 11:58 am SEREMBAN - "Saya minta maaf kepada semua umat Islam di mana saya telah menyebarkan video tersebut tanpa niat apa-apa."Saya cuma bertanyakan persoalan dan ini telah memberi susah hati kepada penganut Islam. Saya minta maaf atas kesilapan saya dan saya harap puan dapat maafkan saya dan beri denda yang minimum."Demikian rayuan P Mahendra Bhoopathy, 53, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.Dia yang bekerja sebagai pemandu e-hailing kemudiannya dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Majistret, Nurul Saqinah Rosli dan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan, boleh dipenjara tujuh bulan.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memuat naik hantaran video di akaun media sosial Facebook miliknya dengan kenyataan "kalau kuil India di bawah jambatan haram, yang ini masjid bawah jambatan 'flyover' macam mana haram ke halal eh cuba terangkan".Kenyataan itu mungkin boleh menyebabkan kegentaran kepada mana-mana golongan awam terdorong supaya melakukan suatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.Kesalahan tersebut dilakukan pada 27 Februari 2026, kira-kira jam 12.30 tengah hari di Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad Rasah, Jalan Rasah, Kampung Dato Mansor di sini.Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum kerana buat masa ini tidak dapat bekerja selepas keretanya terpaksa dihantar ke bengkel susulan terlibat kemalangan.Ujarnya, buat sementara waktu dia menyewa kereta di bawah syarikatnya, tetapi telah ditarik disebabkan dia telah ditahan di lokap.Tambah Mahendra, dia juga mempunyai seorang anak dan menjaga ayah yang sudah uzur, selain kini berdepan masalah kewangan sehingga bayaran ansuran rumahnya tertunggak lima bulan.Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menggugat ketenteraman dan keharmonian negara."Faktor ini memerlukan mahkamah menjatuhkan hukuman bukan saja bagi memberi pengajaran kepada tertuduh sendiri, tetapi juga masyarakat lain di luar untuk tidak menyentuh sebarang isu sensitif terutama berkenaan rumah ibadat penganut semua agama."Keharmonian dan ketenteraman awam ialah satu faktor yang harus diberi pertimbangan utama dan sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam hendaklah diberi pandangan serius |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |