///
See Also: Shutterstock

Search : Gurun News   Page 1    



Bapa tak sangka itu mesej terakhir Prebet Siti Khadijah - Mygazette - 17/06 3:22 pm

Kira-kira 400 orang terdiri daripada rakan setugas dan ahli keluarga hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, jam 10.57 pagi Selasa





Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/06 2:34 pm

KLUANG Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianSolat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.Dalam kejadian jam 10.57 pagi, Selasa Allahyarham Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.





Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm

Pada mulanya saya sangka kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Taman Sri Lambak, di sini hari ini.Menurutnya, tidak lama selepas itu beliau menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku semasa latihan ketenteraan dan adiknya telah meninggal dunia.Siti Zaiha berkata, kehilangan adik bongsunya itu amat sukar diterima kerana Allahyarham sentiasa ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini."Kali terakhir kami berjumpa seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Dia nampak gembira seperti biasa dan tidak menunjukkan apa-apa petanda," katanya.Dalam kejadian pada pukul 10.57 pagi semalam di Kem Hobart, Gurun, Kedah, Siti Khadijah, 24, dan seorang lagi anggota, Koperal Norazmi Abu Bakar, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani akibat kecederaan parah susulan letupan ketika latihan membaling grenad.Sementara itu, bapa Allahyarham, Sungip Jais, 65, berkata anak bongsunya yang merupakan anak ketujuh daripada tujuh beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana minat mendalam terhadap kerjaya ketenteraan serta mahu meneruskan legasi keluarga.Bekas anggota Rejimen Artileri Diraja (RAD) itu berkata Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan kerana mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu."Dia selalu cakap belum mahu fikir soal kahwin kerana mahu jaga mak dan ayah dahulu," katanya dalam nada sebak.Allahyarham yang dilahirkan pada 19 September 2002 di Kluang pernah menerima pengiktirafan sebagai Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik pada Januari lalu selepas mencatat keputusan cemerlang sepanjang menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Beliau mengikuti latihan sebagai Perajurit Muda Wanita daripada Kompeni Juliet sebelum diserapkan ke Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak, Kluang, petang ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera





'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm

KLUANG - Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anak bongsunya meneruskan legasi keluarga dalam angkatan tentera berakhir dengan tragedi, apabila Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah semalam.Bapanya Sungip Jais, 65, berkata, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ketenteraan selain mahu meneruskan legasi keluarganya."Dia memang minat tentera sejak kecil





'Saya rasa sayang sangat tengok dia' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 10:28 am

Saya rasa sayang sangat tengok dia. Selepas dia pergi, saya rasa mengantuk sangat."Demikian kata Fatimah Ismail, 78, apabila mengenang detik terakhir bersama anaknya, Koperal Norazmi Abu Bakar, yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan di Kem Hobart, Gurun, Selasa lalu.Menurut Fatimah, Allahyarham pulang ke rumahnya di Kampung Tupah Lama di sini kira-kira jam 11.30 malam Isnin selepas selesai bertugas di Gurun.Katanya, kepulangan anak ketiga daripada lima beradik itu pada malam berkenaan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, namun beberapa perkara yang berlaku masih segar dalam ingatannya."Dia balik rumah dan beritahu baru habis kerja dari Gurun





Army corporal Norazmi laid to rest in Merbok with full military honours after Gurun grenade blast - Malaymail - 17/06 10:06 am

SUNGAI PETANI, June 17 The remains of the army personnel who died in an explosion while undergoing training at H...





'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am

ALOR SETAR - Koperal Norazmi Abu Bakar, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, semalam disifatkan sebagai seorang yang tegas, namun sangat menghormati dan sayang kepada ibu bapa dan keluarganya.Ibu Allahyarham Fatimah Ismail, 78, berkata, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu tidak pernah melawan atau membalas kata-kata apabila ditegur, sebaliknya hanya mendengar dan berdiam diri."Kalau mak cik tegur atau marah, dia senyap sahajatidak menjawab atau membalas semula





Police probe Gurun camp blast that killed corporal and private during army training session - Malaymail - 17/06 9:02 am

ALOR SETAR, June 17 Police have recorded statements from seven individuals so far to assist investigations into...





Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra - Sinarharian - 17/06 8:01 am

MERBOK -Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagiRabu.Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kirajam 4.20 pagi.Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.Allahyarham Norazmi meninggalkan duaanak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera





Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan





Letupan grenad: 7 saksi dirakam keterangan - Kosmo - 16/06 10:35 pm

ALOR SETAR – Polis setakat ini merakam keterangan tujuh saksi bagi membantu siasatan kejadian letupan grenad yang mengorbankan dua anggota tentera di lapang sasar Kem Hobart, Gurun dekat sini, hari ini





Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm

ALOR SETAR Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart di Gurun yang mengorbankan dua anggota tentera pada Selasa.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan merakam keterangan beberapa individu lain yang berkaitan dengan kejadian tersebut pada Rabu."Setakat ini kita telah merakam percakapan tujuh individu dan siasatan akan diteruskan





Letupan grenad: Jenazah 2 anggota tentera dibedah siasat di HSB - Kosmo - 16/06 9:58 pm

ALOR SETAR – Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kejadian letupan grenad di lapang sasar Kem Hobart, Gurun dekat sini pagi tadi menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), malam ini





Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm

ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat.





Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom Agong .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm

# Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban selepas terkena letupan bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini





Police probe Hobart Camp blast that killed two soldiers - Sinardaily - 16/06 7:08 pm

SUNGAI PETANI - Police will record statements from several witnesses to assist in the investigation into an explosion that killed two army personnel during a training exercise at Hobart Camp in Gurun today.Kuala Muda police chief ACP Hanyan Ramlan said the department has opened a sudden death report (SDR) investigation into the incident and will seek cooperation from all quarters to complete the investigation."Both victims were army personnel undergoing heavy weapons training





Agong zahir takziah dua tentera maut, titah siasatan menyeluruh - Utusan - 16/06 6:53 pm

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini





Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom - Mypress - 16/06 6:28 pm

SUNGAI PETANI Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini



Dua anggota tentera maut di Kedah: Agong zahir takziah - Harapandaily - 16/06 5:49 pm

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam kejadian letupan bom di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini





Allahyarham Prebet Siti Khadijah merupakan Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik - Kosmo - 16/06 5:49 pm

PETALING JAYA Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik, Prebet Siti Khadijah Sungip, yang maut dalam insiden latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini, disifatkan sebagai anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan ketenteraan yang diikutinya





Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini





Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun – Polis - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun - Polis KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua anggota tentera maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, tengahari tadi





Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart - Sinarharian - 16/06 5:18 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu."Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini





Insiden dua anggota tentera maut berlaku ketika latihan baling grenad - Utusan - 16/06 5:12 pm

SUNGAI PETANI: Dua anggota Tentera Darat yang maut akibat terkena letupan bom disahkan sedang mengikuti latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun





Agong zahir ucapan takziah, titah siasatan menyeluruh insiden latihan bom - Kosmo - 16/06 5:11 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini





TDM Sahkan 2 Anggota Tentera M*ut Terkena B*m Tangan Ketika Latihan Di Kem Hobart - Lobakmerah - 16/06 5:00 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya terkorban akibat terkena bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi





Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad - Sinarharian - 16/06 4:30 pm

GURUN - Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.57 pagi itu melibatkan Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian"Kedua-dua anggota mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan."Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu pada Selasa.Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianBeliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Dalam pada itu, Azhan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."TDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia," katanya.





Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban - Sinarharian - 16/06 4:29 pm

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan identiti dua anggotanya yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Menurut kenyataan itu kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi tersebut, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani."Insiden berlaku semasa mangsa sedang menjalani Latihan Peningkatan Tempur RAJD Divisyen Kedua Infantri Malaysia





Two soldiers killed in grenade explosion during training exercise in Kedah - Malaymail - 16/06 3:10 pm

GURUN, June 16 Two military personnel are believed to have died following a grenade explosion during a trai...





2 askar terbunuh terkena bom ketika latihan di Gurun - FMT - 16/06 2:53 pm

Anggota lelaki dan wanita dilapor meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim.





Two soldiers killed by bomb blast during training exercise - Sinardaily - 16/06 2:42 pm

GURUN - Two soldiers were killed after reportedly being struck by a bomb while undergoing training at the firing range of Kem Hobart in Gurun, in an incident on Tuesday.Kuala Muda district police chief Assistant Commissioner Hanyan Ramlan confirmed that police received initial information about the incident at around 12.30pm.According to a Malaysian Army (TDM) statement, the two victims have been identified as Corporal Norazmi Abu Bakar and Private Siti Khadijah Sungip.The victims, who were brought to Sultan Abdul Halim Hospital in Sungai Petani, have since been transferred to the Forensic Department of Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar for post-mortem proceedings.Further details on the incident remain under investigation, he said.Records show that two previous bomb tragedies have occurred at the same location during military training exercises.In the first incident on July 9, 1987, nine soldiers from the 24th Battalion of the Royal Malay Regiment were killed





Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan - Sinarharian - 16/06 2:37 pm

GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianMangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dariBatalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan.





2 anggota tentera maut terkena bom ketika latihan di Kem Hobart - Hmetro - 16/06 2:19 pm

Gurun: Dua anggota tentera dilaporkan meninggal dunia akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, di sini, hari ini





Kia Partners With Stellantis For CKD Local Assembly Operations - Lowyat - 9/06 8:32 pm

This move marks a major milestone in the formers long-term localisation and manufacturing strategy on our shores. Under this agreement, Stellantis will serve as the contract assembler for Kia at its manufacturing facility in Gurun, Kedah





Buletin Kia Perkukuh Operasi Ckd Di Malaysia Melalui Stellantis, .. - Mekanika - 9/06 4:22 pm

Sementara itu, Pengarah Urusan ASEAN Stellantis, Isaac Yeo berkata, kerjasama tersebut mencerminkan kepentingan hubungan strategik antara pemain industri dalam memperkukuh ekosistem automotif negara. Beliau berkata, penggunaan fasiliti Stellantis di Gurun, Kedah secara berterusan mampu mewujudkan nilai bersama kepada rakan industri, vendor serta pembekal tempatan selain menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang





Kia Malaysia Akan Pasang Model CKD Di Kilang Stellantis Gurun Mulai Q3 2026 - Piston - 9/06 1:03 pm

Kia Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Stellantis Malaysia untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) jenama Korea itu di Malaysia. Di bawah kerjasama ini, Stellantis Malaysia akan bertindak sebagai pemasang kontrak untuk Kia di kilang Stellantis di Gurun, Kedah





Kia Malaysia To Assemble CKD Models At Stellantis Gurun Plant From Q3 2026 - Piston - 9/06 12:54 am

Kia Malaysia has signed an agreement with Stellantis Malaysia for the Korean brands upcoming local assembly (CKD) operations in Malaysia. Under the partnership, Stellantis Malaysia will serve as Kias contract assembler at the Stellantis plant in Gurun, Kedah





Kia Malaysia, Stellantis Jalin Kerjasama CKD Di Gurun - Careta - 8/06 10:29 pm

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Malaysia serta Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, kerjasama tersebut merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Kia yang dikenali sebagai Return, Rebuild and Reposition untuk mengukuhkan semula kedudukan jenama itu di Malaysia





Stellantis to assemble Kia vehicles at Gurun plant starting Q3 2026 - Soyacincau - 8/06 5:34 pm

Kia has appointed Stellantis Malaysia as the contract assembler to locally assemble (CKD) its vehicles for local and export markets within the region. Taking place at the Stellantis plant in Gurun, the CKD operation is scheduled to begin sometime in Q3 this year





Stellantis Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Leapmotor SUV C10 Di Kilang Gurun - Siakapkeli - 5/06 6:11 pm

Stellantis Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Leapmotor C10 Di Kilang GurunStellantis Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan permulaan rasmi operasi pemasang...





Leapmotor C10 Sudah Mula CKD Di Gurun, B10 Menyusul Lagi 2-3 Bulan - Careta - 5/06 7:55 am

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, ketika majlis pemeteraian operasi pengedaran Leapmotor antara Stellantis Malaysia dan Cycle & Carriage yang berlangsung hari ini





Leapmotor B10 Local Assembly To Begin Within Three Months; C10 CKD Production Already Underway - Lowyat - 4/06 5:33 pm

Local assembly for Leapmotor electric vehicles in Malaysia has officially begun, with Stellantis confirming that CKD production of the B10 SUV is expected to begin within the next two to three months. Meanwhile, assembly of the larger C10 model has already commenced at the company’s Gurun manufacturing facility in Kedah (shown above)





Stellantis begins assembling Leapmotor EVs in Gurun, appoints Cycle & Carriage as distributor - Soyacincau - 4/06 4:58 pm

The local assembly (CKD) of Leapmotor EVs have officially begun at Stellantis facility in Gurun, Kedah





Leapmotor Memulakan Pemasangan EV CKD Di Kilang Stellantis, Gurun, Kedah - Amanz - 4/06 4:36 pm

Leapmotor merupakan salah satu jenama kereta elektrik yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2024 menerusi model pertamanya Leapmotor C10. Menyahut seruan kerajaan, kini mereka telah memulakan pemasangan CKD untuk model Leapmotor C10 di kilang Stellantis, Gurun, Kedah



Motosikal Mbs2026: Kawasaki Ninja Zx-10r Versi Ckd Lancar Minggu Ini? Read .. - Mekanika - 28/05 7:27 am

# MBS2026: KAWASAKI NINJA ZX-10R VERSI CKD LANCAR MINGGU INI? **Kawasaki antara jenama motosikal yang terlibat dengan Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di MAEPS, Serdang.** Berdasarkan perkongsian di media sosial, Kawasaki Malaysia akan memperkenalkan tiga model untuk pasaran tempatan yang terdiri dari Ninja ZX-10R-, Z 1100 dan Z650 baharu. Bagaimanapun, tumpuan kami terarah pada Ninja ZX-10R kerana terdapat desas-desus yang mengatakan superbike dari Jepun itu merupakan model pemasangan tempatan (CKD) di Gurun, Kedah




Reformasi     >>



Muhyiddin: Bersatu sedia lawan PAS di Johor jika gagal .. - Mkini
"Kau lawan sana, kau lawan sini, nak lawan sama kerusi," jelas presiden Bersatu.
Kroni     >>



Jangan biarkan perebutan kuasa ganggu keharmonian .. - Utusan
JEMPOL: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan semua pihak agar tidak membiarkan perebutan kuasa mengganggu ketenteraman di negeri ini. Baginda bertitah, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati rakyat selama ini perlu terus dipelihara demi ..
Tabloid     >>



Mengapa Skuad Korea Selatan Berang Dan Boikot Media .. - Vocket
Kempen Piala Dunia skuad bola sepak Korea Selatan di Guadalajara, Mexico kini dibayangi oleh satu kontroversi yang memanas di luar padang. Para pemain pasukan kebangsaan... The post Mengapa Skuad Korea Selatan Berang Dan Boikot Media Sendiri Di Piala Dunia? appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Google officially launches Android 17 - Mashable
The new Android 17, Wear OS 7, and June Pixel Drop were all released by Google today.
World     >>



Morning update - Middleeasteye
Morning update Good morning Middle East Eye readers, The US-Iran agreement faced its first major test as Iran warned of retaliation over continued Israeli operations in Lebanon and President Donald Trump publicly criticised Israel's conduct. While Washington and Tehran continued to advance implementation of the accord, Israeli ..
Motor Trend     >>



Perodua QV-E Selling Price Drop To Just RM63499 Only - DSF
Perodua is proud to announce the new pricing for the QV-E, Malaysias first homegrown EV. Now available from RM63,499* with the Battery-as-a-Service (BaaS) Plan, plus battery leasing at RM215/month (all-inclusive). Prefer full ownership? You can also own it from RM87,499*. *Terms & Conditions ..