///
See Also: Shutterstock

Search : Gunung Liang Barat News   Page 1    





Maritim tahan bot bawa lebihan penumpang, lelaki Myanmar tanpa dokumen - Mgazette - 19/10 3:11 pm

# Maritim tahan bot bawa lebihan penumpang, lelaki Myanmar tanpa dokumen KUALA LUMPUR Sebuah bot penumpang bersama seorang penumpang warga asing tanpa dokumen pengenalan diri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dalam satu operasi petang semalam





Polis ambil keterangan 8 individu kes kematian Mustaqqeem Polis ambil .. - Mgazette - 19/10 3:11 pm

Terdahulu MG Perak melaporkan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung dari Bukit Fraser Pahang ke Gunung Liang dekat sini sejak dua hari lalu ditemukan maut petang Khamis. Allahyarham Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah, ditemukan tidak sedarkan diri di puncak puncak Gunung Liang Barat kira-kira jam 3.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak





MACC adopts Denmark and Norways grassroots anti-corruption education model - SUN - 19/10 3:02 pm

KOTA BHARU : The Malaysian Anti-Corruption Commission is strengthening its anti-corruption education approach at the grassroots level by emulating the strategies of countries with high Corruption Perception Index scores like Denmark and Norway





Polis rakam keterangan lapan individu kes kematian pendaki Gunung Liang - SUN - 19/10 1:51 pm

IPOH : Polis telah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat dekat Tanjong Malim, Khamis lepas





Sumbat penumpang bot macam 'sardin' - Sinarharian - 19/10 1:45 pm

KLANG - Bot membawa penumpang melebihi kapasiti ditetapkan ditahan di kedudukan 0.24 batu nautika barat daya Tanjung Harapan di sini pada Sabtu.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, rondaan Op Ehsan, Op Tiris dan Op Murni yang dijalankan kira-kira jam 2.50 petang itu mendapati bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Ketam dari Jeti Awan, Pelabuhan Klang.Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh dua warga tempatan berusia 27 dan 24 tahun yang masing-masing berperanan sebagai nakhoda dan kru."Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen operasi mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen dengan membawa lebihan penumpang serta menggunakan alat pemadam api yang telah tamat tempoh."Selain itu, seorang penumpang lelaki warga Myanmar berusia 41 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, bot, dua kru dan penumpang warga asing itu telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.Tambahnya, pengusaha bot penumpang perlu mematuhi semua syarat keselamatan dan peraturan operasi bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjamin."Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana melanggar syarat sah lesen operasi, manakala penumpang warga asing tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," ujarnya.Tegas beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuai dan mengabaikan keselamatan awam di laut."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," katanya.





Eight individuals give statements in Gunung Liang climber death case - SUN - 19/10 1:15 pm

IPOH : Police have recorded statements from eight individuals to assist investigations into the death of climber Mustaqqeem Mansor at Gunung Liang Barat near Tanjong Malim





Mountain guides: More than pathfinders, they are guardians of safety PMGM President - SUN - 19/10 12:33 am

IPOH : A mountain guide is not merely a pathfinder, they are the guardians of safety, carrying an immense responsibility to ensure every climbers wellbeing throughout the expedition, said Malaysian Mountain Guides Association (PMGM) president Muzafar Mohamad





Pendaki maut: Rakan, peserta pulang sebaik tiba di kaki gunung sebab urusan kerja, cuti - Polis - Astroawani - 19/10 12:15 am

Polis telah merakam percakapan lapan individu termasuk rakan pendaki Mustaqqeem Mansor bagi membantu siasatan kematiannya di Gunung Liang pada Khamis lalu.





No one left behind: Tragic Gunung Liang incident highlights gaps in .. - Malaymail - 19/10 12:06 am

IPOH, Oct 19 A mountain guide is not merely a pathfinder, they are the guardians of safety, carrying an immense...





Kes pendaki maut di Gunung Liang: Polis rakam keterangan lapan individu - Sinarharian - 19/10 9:59 am

TANJUNG MALIM Polis telah merakam percakapan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang, di sini, Khamis lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, kesemua individu terbabit merupakan peserta dan rakan pendaki kepada mangsa yang menyertai misi pendakian tersebut."Baki tiga lagi pendaki yang turut serta dalam ekspedisi akan dipanggil kemudian bagi melengkapkan siasatan."Mereka dikesan pulang terus selepas tiba di kaki gunung disebabkan urusan kerja dan cuti," katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Ahad.Suhaimi berkata, penganjur aktiviti pendakian itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat."Setakat ini, siasatan dijalankan di bawah laporan mati mengejut (SDR)," katanya.Terdahulu, polis mengesahkan kematian Allahyarham disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River.Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada jam 3.30 petang, Khamis, di puncak Gunung Liang dan jenazahnya dibawa keluar dari gunung berketinggian 1,933 meter itu menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba pada Jumaat.Allahyarham memulakan pendakian bersama lapan peserta dipandu dua malim gunung pada 10 Oktober dari Bukit Fraser, Pahang, dan kali terakhir dilihat di puncak gunung berkenaan sekitar jam 10.30 malam, Selasa.





Abdel Fattah jemput Anwar hadir Persidangan Pembangunan Semula Gaza - Mgazette - 19/10 7:39 am

# Abdel Fattah jemput Anwar hadir Persidangan Pembangunan Semula Gaza KUALA LUMPUR - Abdel Fattah el-Sisi menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza di Mesir





Plastik sampah jadi 'talian hayat' ketika hipotermia - Astroawani - 19/10 6:40 am

Setiap pendaki perlu memahami risiko ketika pendakian dilakukan dalam keadaan cuaca lembap, berangin dan suhu rendah di puncak gunung.





Presiden Mesir jemput Anwar hadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza - SUN - 18/10 10:28 pm

KUALA LUMPUR : Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir





Presiden Mesir jemput Anwar hadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza - Sinarharian - 18/10 10:02 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi menyampaikan jemputan kepada beliau untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir, sebagai sebahagian usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemulihan Gaza.Beliau berkata, jemputan berkenaan disampaikan El-Sisi menerusi perbualan telefon hari ini."Menerusi perbualan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, petang tadi, saya menerima perkembangan terkini mengenai Pelan Damai Gaza."Presiden El-Sisi memaklumkan bahawa tumpuan kini diberikan kepada usaha mengenal pasti serta membawa keluar mayat tebusan rakyat Israel dari Gaza agar rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengah atau menggagalkan proses damai yang sedang diusahakan."Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan fasa kedua pelan tersebut, iaitu pembinaan semula Gaza, keperluan melindungi Tebing Barat, serta pelaksanaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF)," katanya dalam hantaran di Facebook.Perdana Menteri berkata, El-Sisi juga menyatakan harapan agar kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN minggu depan membawa hasil yang positif, memandangkan peranannya amat penting dalam menjamin keamanan berkekalan di Gaza."Kami sependapat mengenai keperluan untuk terus mempertahankan keamanan, memperkukuh agenda kemanusiaan dan menyelaras pelaksanaan misi bantuan bagi rakyat Palestin yang masih berdepan penderitaan berpanjangan," kata Anwar.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini dengan penyertaan pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk AS, China, Jepun dan India





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 18/10 5:37 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.Antara kawasan yang terlibat termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang; Klang dan Petaling di Selangor; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) serta daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.MetMalaysia menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat dan kerosakan akibat tiupan angin kencang, selain mengelakkan aktiviti di kawasan lapang dan perairan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa





Plastik sampah jadi 'talian hayat' ketika hipotermia - Sinarharian - 18/10 4:43 pm

KUALA LUMPUR - Tragedi yang meragut nyawa seorang pendaki, Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang, Perak baru-baru ini menjadi peringatan tentang bahaya kesejukan melampau di kawasan pendakian dan betapa pentingnya ilmu asas bertahan hidup dalam cuaca ekstrem.Tragedi itu membuka mata banyak pihak mengenai bahaya hipotermia, situasi apabila suhu badan turun secara mendadak akibat kesejukan, dan setiap pendaki perlu memahami risiko ketika pendakian dilakukan dalam keadaan cuaca lembap, berangin dan suhu rendah di puncak gunung.Di sebalik tragedi duka itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Negeri Selangor, Mohamad Azuan Abdullah mengingatkan pendaki supaya tidak memandang ringan keperluan asas bertahan hidup termasuk kepingan plastik hitam yang sering dianggap tidak penting.Azuan yang berpengalaman 30 tahun dalam dunia pendakian berkata, plastik sampah bukan sekadar alat mengumpul sisa, sebaliknya dianggap barangan ultra ringan yang wajib dibawa pendaki dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) kerana sifatnya yang ringan, mudah disimpan dan sangat berguna ketika suhu badan turun mendadak.Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, dalam situasi tanpa peralatan utama seperti baju kalis angin dan selimut, plastik sampah mampu menjadi alat memanaskan badan, malah sangat efektif dalam keadaan kecemasan."Koyakkan pada bahagian bawah dan sarungkan di kepala sebagai pakaian, automatik badan akan panas tidak sampai 5 minit sebab udara di dalam akan terkumpul tetapi ia perlu dipantau sebab bila terlampau lama di dalam plastik sampah, badan terkepung dan akan jadi wap air yang menyumbang pula kepada hipotermia," katanya.Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada jam 3.30 petang 16 Khamis lepas, di puncak Gunung Liang Barat selepas memulakan pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang.Jenazah dibawa keluar dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba pada jam 2.45 petang semalam, dan bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan hipotermia.Mengulas lanjut mengenai hipotermia, Azuan berkata, keadaan itu berlaku apabila tubuh seseorang berada dalam kesejukan terlalu lama termasuk apabila memakai pakaian basah selepas berpeluh.Beliau yang juga MGP bertauliah sejak 2022 berkata, pendaki yang menunjukkan tanda-tanda hipotermia biasanya akan menggeletar, menjadi pasif dan akhirnya tertidur, yang boleh membawa kepada keadaan berbahaya jika tidak dipantau."Biasanya, kalau kami tengok di lapangan, mangsa akan diam, menggigil dan makin lama makin lemah





Pasal apa hampa tinggal dia? – Ibu Mustaqqeem - Mgazette - 18/10 4:34 pm

PENAGA - Kita (keluarga) bukan pasal anak mati (meninggal), anak mati kita redani ketentuan-Nya (Allah), yang kita tak puas hati, pasal apa hampa (mereka) tinggal dia? Itu luahan hati Rohani Saad, 64, ibu kepada Mustaqqeem Mansor, 34, pendaki yang ditemui meninggal dunia di Gunung Liang, Perak, selepas dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian bersama sekumpulan rakan





Mustaqqeem meninggal dunia akibat hipotermia – Polis - Mgazette - 18/10 4:34 pm

Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, di sini, Isnin lalu. Bagaimanapun, mangsa telah dijumpai sekitar jam 3.30 petang di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa





Jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan - Mgazette - 18/10 4:34 pm

PENAGA - Jenazah Mustaqqeem Mansoor, 34, pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak selamat dikebumikan, pagi ini





Keluarga Mustaqqeem harap pihak berkuasa jalankan siasatan terperinci - Astroawani - 18/10 12:45 am

Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor yang ditemukan maut di Gunung Liang berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci.





Hiker Mustaqeem Mansor buried in Penaga after tragic death - SUN - 18/10 12:07 am

KEPALA BATAS : The remains of Mustaqeem Mansor, the hiker who was found dead at the summit of Gunung Liang Barat in Perak, were laid to rest at the Muslim Cemetery of Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut in Penaga here after Subuh (dawn) prayers today





'Kenapa tinggalkan dia' - Keluarga Mustaqqeem mahu ambil tindakan undang-undang - Sinarharian - 18/10 11:40 am

KEPALA BATAS - Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor yang ditemukan maut di puncak Gunung Liang, Perak berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.Ibunya, Rohani Saad, 65, berkata, mereka reda dengan kematian Mustaqqeem, namun berasa curiga dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu."Mak cik dimaklumkan, rakan-rakan yang mendaki bersama Mustaqqeem beritahu mereka cari lebih enam jam tapi tak jumpa





Hiker died of hypothermia on Gunung Liang, say police - SUN - 18/10 11:18 am

Suhaimi said Muallim district police confirmed receiving a report regarding the disappearance of Mustaqqeem while following an expedition to climb Trans Slim from Bukit Fraser, Pahang to Gunung Liang. He said that following this, a search and rescue (SAR) operation had been conducted since Oct 16 with the cooperation of various agencies, involving a total of 43 members, before the victim was found lifeless at the peak of Gunung Liang Barat on the same day





Jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan - Sinarharian - 18/10 8:43 am

KEPALA BATAS - Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti mendaki di puncak Gunung Liang di Muallim, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut, Penaga pada Sabtu.Jenazah Mustaqqeem tiba di Masjid Jamek Nurussaadah, Lahar Tabut kira-kira jam 2 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Slim River (HSR) Ipoh, Perak.Terdahulu, van yang membawa jenazah Allahyarham Mustaqqeem disambut ratusan ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung di sini.Jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu kemudian ditempatkan di bilik khas di masjid berkenaan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum disolatkan selepas solat Subuh.Kira-kira 400 orang hadir mengiringi jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.Sebelum ini, Mustaqqeem dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, Isnin lalu.Bagaimanapun, lelaki itu ditemui meninggal dunia di puncak gunung, jam 3.30 petang Khamis, dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung.Jenazah mangsa dibawa turun dari puncak gunung itu oleh pasukan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang Jumaat menggunakan helikopter yang berlepas dari Subang sekitar 8.30 pagi.Polis mengesahkan punca kematian Mustaqqeem disebabkan akibat hipotermia atau kesejukan melampau.





Sudah tiba masanya dasar keselamatan aktiviti pendakian dinilai semula - Sinarharian - 18/10 8:40 am

INSIDENkematian seorang pendaki di Gunung Liang, Tanjung Malim yang disusuli dengan penahanan dua malim gunung kerana tidak memiliki permit sah, kembali mencetuskan persoalan besar mengenai tahap keselamatan dan pemantauan terhadap aktiviti pendakian di negara ini.Tragedi yang melibatkan Mustaqqeem Mansor, 34, dari Sungai Petani itu bukan sahaja menyayat hati, tetapi turut menimbulkan kebimbangan mendalam dalam kalangan masyarakat tentang sejauh mana aspek keselamatan diambil berat dalam aktiviti sukan rekreasi yang semakin diminati ramai.Kegiatan mendaki kini bukan sekadar hobi, tetapi sudah menjadi satu gaya hidup, khususnya dalam kalangan generasi muda yang gemar melakukan aktiviti luar.Namun, di sebalik populariti ini, muncul persoalan sejauh mana aktiviti tersebut diurus secara sistematik, khususnya dari sudut peraturan rentas negeri, kelulusan permit dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.Dari sudut keselamatan awam, masyarakat kini semakin bimbang dengan kekerapan insiden di kawasan pergunungan dan hutan simpan.Beberapa kes sebelum ini membabitkan kehilangan pendaki, kecederaan serius, malah kematian akibat faktor cuaca, keletihan dan kekurangan peralatan keselamatan.Ini membuktikan bahawa aktiviti mendaki bukan sekadar aktiviti santai, tetapi berisiko tinggi dan memerlukan sistem kawalan serta latihan yang ketat.Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan menilai semula dasar serta garis panduan keselamatan bagi aktiviti lasak seperti pendakian gunung.Beberapa cadangan boleh dipertimbangkan termasuk penyelarasan permit antara negeri dan agensi





HIBA…Jenazah pendaki Gunung Liang Dibawa Keluar Dari Unit Forensik .. - Mgazette - 18/10 7:51 am

# HIBAJenazah pendaki Gunung Liang Dibawa Keluar Dari Unit Forensik Hospital Slim River Suasana hiba ketika jenazah pendaki Gunung Liang Dibawa Keluar Dari Unit Forensik Hospital Slim River





Mustaqqeem meninggal dunia akibat hipotermia - Polis - Sinarharian - 18/10 12:12 am

TANJUNG MALIM - Punca kematian pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang di sini pada Khamis disahkan akibat hipotermia atau kesejukan melampau.Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River pada Jumaat."Proses pengecaman telah dilakukan oleh isteri dan adik mangsa pada jam 5.35 petang."Hasil bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh hipotermia (kesejukan melampau)," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya membawa turun jenazah Allahyarham menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semasa cuaca dalam keadaan baik pada jam 3 petang."Jenazah Allahyarham telah dituntut ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan," katanya.Sementara itu, beliau mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya dijalankan pada Khamis dengan kerjasama pelbagai agensi melibatkan 43 anggota."Mangsa ditemui pada hari sama operasi digerakkan di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa," katanya.





Kami tak tahu keadaan sebenar arwah' - Rakan nafi tinggalkan Mustaqqeem di gunung - Sinarharian - 17/10 11:52 pm

TANJUNG MALIM - "Kami tak tahu keadaan arwah semakin teruk."Demikian penjelasan rakan pendaki kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang di sini pada Khamis lalu.Muhammad Hafidz Mohd Kamal, 36, berkata, dakwaan tular di media sosial kononnya kumpulan mereka meninggalkan Mustaqqeem bersendirian di puncak adalah tidak benar sama sekali.Menurutnya, Mustaqqeem dilaporkan bergerak perlahan bersama seorang malim gunung (sweeper) dan ketiadaannya hanya disedari selepas semua peserta pendakian selamat turun ke garis penamat di kaki gunung pada pagi Rabu."Apabila berjumpa dengan sweeper (orang yang terakhir dalam trek), saya tanya di mana Mustaqqeem dan dia maklumkan yang keadaan Mustaqqeem ok dan masih mencuba untuk turun."Bila ditanya keberadaannya, dia maklumkan kali terakhir nampak arwah jam 10.30 malam (Isnin) di puncak Gunung Liang," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Slim River pada Jumaat.Muhammad Hafidz berkata, bimbang dengan keselamatan Mustaqqeem, dia bersama seorang rakan dalam keadaan masih keletihan dan cedera, membuat inisiatif sendiri untuk menyusuri kawasan yang berkemungkinan dilalui arwah."Kami naik semula ke beberapa check point termasuk Kem 7E dan Lubuk Hantu





AzriynWee Kiong tewas bermaruah di Odense - Sinarharian - 17/10 11:28 pm

BEREGU lelaki profesional negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Tan Wee Kiong, menamatkan kempen di Terbuka Denmark Super 750 dengan penuh bermaruah selepas tewas sengit kepada pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng Wang Chang, pada aksi suku akhir di Arena Jyske Bank, Odense pada Jumaat.Pasangan ranking ke-24 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum akur dengan kekalahan 19-21, 18-21 dalam pertarungan selama 38 minit, sekali gus menutup cabaran mereka di kejohanan berprestij tersebut.Meskipun gagal mara ke separuh akhir, persembahan mantap AzriynWee Kiong sepanjang kejohanan tetap mendapat pujian, khususnya selepas mencipta kejutan pada pusingan kedua dengan menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho Seo Seung-jae.Gandingan berpengalaman negara tampil cemerlang untuk menang 21-19, 21-14 dalam tempoh 36 minit, sekali gus melakar antara kemenangan paling bermakna dalam karier mereka sejak kembali bergandingan awal musim ini.Berdepan beregu handalan China semalam, AzriynWee Kiong terus menunjukkan ketenangan dan disiplin tinggi di gelanggang, namun ketepatan pukulan serta pengalaman Wei Keng Wang Chang, di saat-saat genting menjadi pemisah antara kemenangan dan kekalahan.





Hiker believed to have died of hypothermia after being left alone at Gunung Liang - Sinardaily - 17/10 11:00 pm

One of them led the other participants down, while the other stayed with the injured victim.But the guide who stayed with the victim later descended again to find help, leaving the deceased alone at the summit, he said.Marazman, who is also a registered Forest Mountain Guide (MGP) with the Perak State Forestry Department, revealed that before the official SAR team was activated, there were initial attempts by the mountain guides and expedition organisers from Johor to locate the victim on their own.He described the climb from Sungai Dara Dam, Behrang, to the location as taking about eight hours along a 12-kilometre trail that was extremely difficult, especially during rainy conditions.The path was slippery, rocky and flanked by deep ravines on both sides, making it difficult to traverse, especially during rainfall. The mountain, standing at 1,933 metres above sea level, is not suitable for casual climbers.The victims phone was found beside him, but there was no network coverage at the summit, Marazman shared.The climber from Sungai Petani, Kedah, was last seen by his teammates at Gunung Liang Barat at around 10.30pm on Tuesday, limping and walking slowly due to leg pain





Chinese pair end Wee Kiong-Azriyns gallant run in Denmark - FMT - 17/10 7:54 pm

After ousting the world champions yesterday, Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub fell to top Chinese pair Liang Wei Keng-Wang Chang in the quarter-finals.





'Jumpa hari Isnin Pesanan terakhir Mustaqqeem buat isteri - Sinarharian - 17/10 7:21 pm

Tapi dia jawab tak apa, kawan-kawan semua tahu apa nak buat. Biasanya dia pergi tak pernah ada masalah," ujarnya.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut, Penaga, Pulau Pinang, malam ini selepas proses bedah siasat di Hospital Slim River selesai.Terdahulu, media melaporkan mangsa tidak turun bersama kumpulan pendaki pada Selasa lalu, dan kali terakhir dilihat sekitar jam 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki serta berjalan perlahan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan pada Khamis lalu disertai 43 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Perhutanan Perak.Mayat Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada jam 3.30 petang Khamis di kawasan puncak gunung dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung, dipercayai akibat hipotermia





Body of hiker Mustaqqeem airlifted from Gunung Liang after fatal .. - Malaymail - 17/10 7:04 pm

IPOH, Oct 17 The body of hiker Mustaqqeem Mansoor, 34, who was reported to have died on Gunung Liang near Tanjon...





Jenazah Mustaqqeem selamat dibawa turun dari puncak Gunung Liang petang ini - Astroawani - 17/10 6:00 pm

Operasi membawa keluar jenazah tergendala pada waktu pagi akibat hujan dan awan tebal, namun berjaya dilakukan dengan teknik winching dari puncak berketinggian 1,933 meter.





Pendaki hilang di Gunung Liang: Mustaqqeem dijumpai seperti tidur kesejukan - Bomba - Astroawani - 17/10 5:50 pm

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan darah pada hidung, botol air kosong dan tidak menggunakan beg tidur, dipercayai akibat hipotermia.





Pendaki disyaki maut kesejukan, 2 malim gunung ditahan - FMT - 17/10 5:50 pm

Bomba berkata suhu boleh mencecah tiga hingga empat darjah Celsius di puncak Gunung Liang mungkin penyebab mangsa tidak mampu bertahan.





Jenazah pendaki hilang di Gunung Liang dibawa keluar guna helikopter - Sinarharian - 17/10 5:05 pm

TANJUNG MALIM Jenazah seorang pendaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di sini berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Jumaat.Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa, Mustaqqeem Mansoor, 34, ditemukan meninggal dunia di kawasan puncak gunung yang berketinggian 1,933 meter dari aras laut.Menurutnya, operasi membawa keluar mangsa dijalankan menggunakan pesawat AW189 (BMB 08) dengan bantuan tiga kru udara dan tiga anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB)."Pesawat berlepas dari Padang Kawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas menerima taklimat daripada ketua operasi dan tiba di lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pengambilan mangsa."Mangsa berjaya dibawa naik ke pesawat menggunakan teknik winching pada jam 2.45 petang dan seterusnya diterbangkan ke Padang Kawat UPSI sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Shazlean berkata, operasi yang bermula seawal pagi itu menghadapi kesukaran berikutan keadaan cuaca hujan dan awan tebal di sekitar puncak gunung, menyebabkan usaha awal membawa turun mangsa terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.Menurutnya, sebaik jenazah berjaya dibawa keluar, ia kemudiannya dihantar ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat."Operasi masih diteruskan bagi memastikan semua anggota pasukan penyelamat yang berada di puncak selamat turun ke pos kawalan bawah," ujarnya.Difahamkan, mangsa bersama 10 rakan memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan menamatkan perjalanan di Gunung Liang, Perak.Kali terakhir mangsa dilihat bersama kumpulannya ialah pada jam 10.30 malam, 14 Oktober lalu di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan sebelum dilaporkan hilang.Operasi mencari dan menyelamat tersebut melibatkan 14 anggota bomba termasuk 10 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), selain turut dibantu oleh pihak polis, Jabatan Perhutanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dua orang malim gunung.





Pendaki hilang di Gunung Liang: Mustaqqeem dijumpai seperti tidur kesejukan - Bomba - Sinarharian - 17/10 4:56 pm

Ini menunjukkan dia mungkin hilang pertimbangan untuk berfikir disebabkan kesejukan melampau," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.Marazman berkata, difahamkan mangsa pada awalnya mengadu sakit kaki ketika mendaki dan ditemani seorang malim gunung daripada kumpulan sama.Bagaimanapun katanya, malim tersebut dikatakan meninggalkan mangsa berseorangan selepas turun ke kaki gunung untuk mendapatkan bantuan."Saya difahamkan kumpulan pendakian itu disertai 11 orang yang dibimbing dua malim gunung. Seorang lagi malim membawa turun peserta lain manakala seorang lagi menemani mangsa yang cedera."Namun malim yang bersama mangsa turun semula untuk cari bantuan meninggalkan arwah sendirian di puncak," katanya yang juga Malim Gunung Perhutanan (MGP) berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).Beliau turut memaklumkan, terdapat cubaan awal oleh malim gunung serta penganjur ekspedisi dari Johor untuk mencari mangsa sendiri tanpa membabitkan pihak berkuasa sebelum pasukan SAR rasmi digerakkan.Mengulas mengenai operasi menyelamat, Marazman berkata, pendakian dari Empangan Sungai Dara, Behrang ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira lapan jam melalui trek sejauh 12 kilometer yang sangat mencabar."Keadaan licin, berbatu dan banyak gaung kiri kanan menjadikan laluan itu sukar, apatah lagi ketika hujan."Gunung berketinggian 1,933 meter dari aras laut itu bukan untuk pendaki biasa," jelasnya.Beliau menambah, telefon bimbit mangsa turut dijumpai bersama mayatnya, namun tiada liputan rangkaian komunikasi di kawasan puncak berkenaan.Media melaporkan, mangsa dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang selepas tidak turun bersama kumpulan pendaki pada Selasa lalu.Menurut laporan, rakan-rakan terakhir melihat mangsa di puncak Gunung Liang Barat jam 10.30 malam dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada Khamis melibatkan 43 anggota pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Perak





Pendaki maut di Gunung Liang: Polis tahan dua malim gunung - Mgazette - 17/10 3:37 pm

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung dari Bukit Fraser Pahang ke Gunung Liang sejak dua hari lalu ditemukan maut petang semalam. Mangsa dikenali sebagaiMustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah, ditemukan tidak sedarkan diri di puncak puncak Gunung Liang Barat kira-kira jam3.30 petangselepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak





Doktor HPP mengaku tidak bersalah empat pertuduhan cabul, aibkan dua wanita - Mgazette - 17/10 3:37 pm

# Doktor HPP mengaku tidak bersalah empat pertuduhan cabul, aibkan dua wanita GEORGE TOWN - Seorang doktor Hospital Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas empat pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan dua wanita warga asing, pada Februari lalu





Mountain guides detained in probe after hiker dies on Gunung Liang - SUN - 17/10 3:08 pm

A multi-agency rescue team including the Perak Fire and Rescue Department continues efforts to retrieve the body from the mountain. The Fire and Rescue Department previously confirmed the missing hiker was found dead at the summit of Gunung Liang Barat around 3.30 pm yesterday





Pendaki maut di Gunung Liang: Polis tahan dua malim gunung bantu siasatan - Astroawani - 17/10 2:45 pm

Polis menahan dua malim gunung bagi membantu siasatan susulan kematian seorang pendaki di Gunung Liang.





Police arrest two mountain guides after hikers death on Gunung Liang trek, .. - Malaymail - 17/10 2:15 pm

IPOH, Oct 17 Two mountain guides, in their 40s, have been detained to assist in the investigation into the death...





Cops nab mountain guides to assist in probe into death of hiker atop Gunung Liang - Sinardaily - 17/10 2:09 pm

IPOH - Two mountain guides, in their 40s, have been detained to assist in the investigation into the death of a hiker on Gunung Liang, near Tanjong Malim, yesterday.Perak deputy police chief SAC Mohammad Azlin Sadari said their investigations found that although the two guides had valid permits for the Fraser's Hill trek in Pahang, they did not have a valid permit to enter the Forest Reserve area in Perak."They were arrested under Section 47 of the National Forestry Act 1984. However, they have been released on police bail after having their statements recorded, he told a media conference here today.He said the victim, 34-year-old Mustaqqeem Mansoor, of Sungai Petani, Kedah, died due to ill health and not from a fall as reported.He added that the victim is believed to have collapsed while hiking with his 10 friends, who began their ascent from Fraser's Hill, Bentong, Pahang, before descending through the Gunung Liang route in Perak."The victim had earlier suffered an injury and was nowhere to be seen when all the climbers had descended, he said.He added that the rescue team, comprising various agencies including the Perak Fire and Rescue Department (JBPM), is still trying to bring the victim's body down from the location.Yesterday, the JBPM said in a statement that a man, who was reported missing for the past two days after joining the group of hikers, had been found dead at the summit of Gunung Liang Barat at about 3.30 pm.However, efforts to bring the body down by helicopter were hampered by adverse weather





Doktor HPP mengaku tidak bersalah aib, cabul pesakit wanita - Sinarharian - 17/10 1:37 pm

GEORGE TOWN - Seorang doktor Hospital Pulau Pinang (HPP) mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mengaibkan dan mencabul dua pesakitnya yang juga wanita warga asing di dua mahkamah berasingan di sini pada Jumaat.Di Mahkamah Majistret 1, tertuduh Goon Hoong Tat, 43 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang kini bertugas sebagai pegawai perubatan di hospital berkenaan didakwa dengan niat telah mengaibkan kehormatan seorang wanita warga asing dengan cara mengarahkan mangsa membuka pakaian.Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mencabul kehormatannya dan telah menyentuh dada mangsa.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa dan telah menyuruh mangsa berdiri dan berlari setempat dalam keadaan bogel.Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Kesemua kesalahan itu dilakukan di Bilik Pemeriksaan Klinikal Jabatan Forensik HPP pada jam 9.15, 9.25 dan 9.30 malam, 20 Februari lalu.Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan mohon dibicarakan.Dia membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin menawarkan jaminan RM7,000 bagi setiap pertuduhan selain memohon agar tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai.Beliau juga memohon agar pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.Peguam yang mewakili tertuduh, N Tishalini kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan anak guamnya baharu tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Forensik Patalogi selain mempunyai tanggungan keluarga.Katanya, tertuduh telah berkhidmat selama 15 tahun di HPP sejak 2010."Anak guam saya berusia 43 tahun dan mempunyai seorang isteri serta dua anak





Pendaki maut di Gunung Liang: Polis tahan dua malim gunung bantu siasatan - Sinarharian - 17/10 1:27 pm

IPOH - Dua malim gunung ditahan pihak berkuasa susulan kematian seorang pendaki ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Liang dekat Tanjung Malim pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 50 dan 41 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) berikutan kesalahan memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit sah.Menurutnya, kumpulan 10 pendaki yang dibimbing oleh dua malim gunung berkenaan hanya mempunyai permit memasuki hutan simpan dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, kerana pendakian bermula dari Bukit Fraser sebelum menuruni laluan di Tanjung Malim, Perak."Sepatutnya mereka turun di daerah yang sama tempat mereka mula mendaki, tetapi bila kumpulan itu turun di sebelah Muallim, ia dikira memasuki kawasan hutan simpan Perak tanpa permit."Dua malim gunung yang terlibat telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Latihan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.Media melaporkan, mangsa, Mustaqqeem Mansor, 34, dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang selepas tidak turun bersama kumpulan pendaki pada Selasa lalu.Menurut laporan, rakan-rakan terakhir melihat mangsa di puncak Gunung Liang Barat jam 10.30 malam dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada Khamis melibatkan 43 anggota pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Perak.Mangsa bagaimanapun ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 3.30 petang.Mohammad Azlin berkata, setakat ini, proses mengeluarkan mayat dari puncak Gunung Liang Barat masih dilakukan."Mayat akan di bawa ke Hospital Slim River sebaik berjaya dibawa turun untuk urusan selanjutnya," katanya.





Pendaki maut: Dua malim gunung ditahan - Sinarharian - 17/10 1:27 pm

IPOH - [DIKEMAS KINI] Dua malim gunung ditahan pihak berkuasa susulan kematian seorang pendaki ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Liang dekat Tanjung Malim pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 50 dan 41 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) berikutan kesalahan memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit sah.Menurutnya, kumpulan 10 pendaki yang dibimbing oleh dua malim gunung berkenaan hanya mempunyai permit memasuki hutan simpan dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, kerana pendakian bermula dari Bukit Fraser sebelum menuruni laluan di Tanjung Malim, Perak."Sepatutnya mereka turun di daerah yang sama tempat mereka mula mendaki, tetapi bila kumpulan itu turun di sebelah Muallim, ia dikira memasuki kawasan hutan simpan Perak tanpa permit."Dua malim gunung yang terlibat telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Latihan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.Media melaporkan, mangsa, Mustaqqeem Mansor, 34, dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang selepas tidak turun bersama kumpulan pendaki pada Selasa lalu.Menurut laporan, rakan-rakan terakhir melihat mangsa di puncak Gunung Liang Barat jam 10.30 malam dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada Khamis melibatkan 43 anggota pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Perak.Mangsa bagaimanapun ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 3.30 petang.Mohammad Azlin berkata, setakat ini, proses mengeluarkan mayat dari puncak Gunung Liang Barat masih dilakukan."Mayat akan di bawa ke Hospital Slim River sebaik berjaya dibawa turun untuk urusan selanjutnya," katanya.





Ribut di Sijangkang berpunca daripada pergerakan garis badai - Pakar - Sinarharian - 17/10 12:57 am

KUALA LUMPUR - Ribut kuat yang melanda Sijangkang, Selangor Rabu lepas berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh singkat.Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Zulfa Hanan Ashaari berkata, kawasan di pantai barat Semenanjung seperti Selangor lebih terdedah kepada kesan garis badai yang terbentuk di Selat Melaka, menjadikan tempat seperti Sijangkang berpotensi mengalami ribut kuat dari semasa ke semasa."Fenomena ribut kuat ini tidak berlaku setiap hari tetapi ia bukanlah asing di Malaysia khususnya pada musim peralihan monsun."Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan ribut kuat atau puting beliung berskala kecil di Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama.Insiden pada petang Rabu itu menyaksikan seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bumbung Dewan Wawasan Kampung Medan, yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sijangkang.Selain itu, lima sekolah, sebuah dewan dan kira-kira 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan manakala sekurang-kurangnya tujuh murid cedera ringan.Zulfa Hanan berkata, ribut biasanya berlaku apabila udara panas dan lembap naik dengan pantas, membentuk awan kumulonimbus yang lazimnya menghasilkan kilat, guruh, hujan lebat serta angin kencang yang boleh mengganggu aktiviti harian dan keselamatan awam.Beliau berkata, dalam keadaan tertentu, wujud fenomena ricihan angin iaitu angin bertiup dengan arah dan kelajuan berbeza pada lapisan atmosfera berlainan yang bukan sahaja menguatkan ribut petir malah berupaya membentuk pusaran udara."Keadaan ini boleh mengakibatkan puting beliung atau belalai darat jika ia cukup kuat dan memanjang dari awan ke permukaan bumi," katanya.Pakar Hidrologi dan Permodelan Banjir Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman pula berkata, kejadian ribut kuat disertai puting beliung secara amnya jarang berlaku di Malaysia kerana pembentukannya yang bersifat lokal dan sukar dikesan oleh satelit cuaca."Namun begitu, ada beberapa kejadian puting beliung yang direkodkan di Malaysia..





Teen remanded four days over alleged sexual harassment incident in school - Sinardaily - 17/10 12:12 am

SABAK BERNAM - Police have arrested a 14-year-old student by the roadside at Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar, after he was suspected of being involved in a sexual harassment incident against his schoolmate at a secondary school, here.Sabak Bernam district police chief Superintendent Md Yusof Ahmad said the boy was arrested the same day for allegedly harassing a 15-year-old female student last Monday.He said police took immediate action and detained the suspect soon after the report was lodged.Md Yusof said the incident, which occurred around 9.30am, took place during recess within the school compound.He added that the victim later came forward to lodge a police report after the incident.He said the suspect has been remanded for four days until Friday to assist in the investigation into the case.The case is being investigated under Section 14(a) of the Sexual Offences Against Children Act (SOACA) 2017, which carries a maximum sentence of 20 years imprisonment and whipping upon conviction, he said.





Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan - Sinarharian - 17/10 11:54 am

PERJALANAN Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis.Walaupun bermula dengan baik apabila menang set pertama menentang pilihan ketiga itu 21-19, Xin Yee-Carmen tewas pada dua set seterusnya 10-21, 7-21 dalam tempoh 57 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.Dalam aksi suku akhir hari ini, Hye Jeong-Hee Yong akan menentang rakan senegara Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menyingkirkan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-11, 17-21, 21-7.Harapan Malaysia kini terletak kepada juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bagi penentuan tempat ke separuh akhir.Beregu lelaki profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong juga berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dalam perlawanan menentang pilihan kelima Liang Wei Keng-Wang Chang dari China hari ini





Ribut di Sijangkang berpunca daripada pergerakan garis badai - Pakar - Astroawani - 17/10 11:40 am

Zulfa Hanan berkata, kawasan di pantai barat Semenanjung lebih terdedah kepada kesan garis badai yang terbentuk di Selat Melaka.





Missing hiker found dead at Mount Liang summit after two-day search - SUN - 17/10 9:20 am

IPOH : A hiker reported missing for two days at Mount Liang in Tanjong Malim has been found dead this evening



Hiker found dead at Mount Liang summit after two days missing - Malaymail - 17/10 9:01 am

IPOH, Oct 17 A man reported missing while hiking at Mount Liang in Tanjong Malim for the past two days was found...





Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Liang temui maut - Mgazette - 17/10 7:54 am

# Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Liang temui maut IPOH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34, yang beralamat di Sungai Petani, Kedah ditemukan pada 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat





Pelajar lelaki direman empat hari disyaki lakukan gangguan seksual - Sinarharian - 17/10 12:07 am

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang pelajar lelaki di tepi jalan di Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar, di sini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di daerah ini.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, suspek berusia 14 tahun itu ditahan pada hari sama selepas melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun pada Isnin lalu."Susulan laporan diterima, polis berjaya menahan suspek pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.MD Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika waktu rehat di dalam kawasan sekolah.Beliau berkata, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek dibuat pada Selasa dan mahkamah membenarkan tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan berhubung kejadian gangguan seksual melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini.





Pendaki hilang di Gunung Liang dua hari lepas ditemukan maut - Astroawani - 16/10 11:27 pm

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang tadi.





Pendaki hilang di Gunung Liang dua hari lepas ditemukan maut - Sinarharian - 16/10 10:24 pm

IPOH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang Khamis.Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34, yang beralamat di Sungai Petani, Kedah ditemukan pada jam 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat."Ketua operasi melakukan pencarian mangsa dengan mengaplikasikan konsep LAST dan mengikuti peta laluan pendakian sehingga ke lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Shazlean berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan 22 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Slim Village dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Beliau berkata, mangsa bersama 10 rakan memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lepas dan dijadualkan turun di Gunung Liang, namun kali terakhir dilihat pada 14 Oktober sekitar jam 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.Menurut Shazlean, helikopter bomba dijangka digunakan bagi membawa turun mangsa dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi esok."Berdasarkan laporan dari Unit Udara Bomba, penggunaan helikopter tidak dapat dilakukan pada masa ini atas faktor cuaca, maka pasukan penyelamat kedua akan naik ke atas bersama kelengkapan bagi menggantikan pasukan penyelamat pertama."Pasukan berkenaan akan bermalam di atas puncak Gunung Liang, manakala kerja-kerja membawa turun mangsa menggunakan helikopter akan dilaksanakan pada 9 pagi esok," katanya.Terdahulu, media melaporkan mangsa dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakan di Gunung Liang dengan pasukan bomba melakukan SAR





FAMA pastikan bekalan makanan mencukupi termasuk semasa banjir - SUN - 16/10 8:40 pm

KUALA NERUS : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif memastikan bekalan makanan asas di negeri mencukupi dan tidak terputus, termasuk semasa berlaku bencana banjir





Hampir seluruh negara dijangka dilanda ribut petir - MetMalaysia - Sinarharian - 16/10 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga jam 7 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang tadi memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.Kawasan lain yang turut terjejas adalah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta seluruh Terengganu.Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Pontian).Sementara itu, di Sarawak, amaran dikeluarkan untuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar)




Reformasi     >>



Festive mood in Brickfields as Deepavali shopping peaks - Mkini
Quality products sold attract locals and foreigners.
Kroni     >>



'No Kings' protesters emerge en masse for anti-Trump .. - Star
(Reuters) -Protesters spanning all age groups, many with children and pets in tow, took to the streets en masse for "No Kings" rallies across the United States on Saturday, denouncing what they view as authoritarian tendencies and unbridled corruption of U.S. President Donald Trump. Read full ..
Tabloid     >>



Sebab Pace Je Mus, Dia Tinggal Hang Rakan Arwah .. - Ohmedia
Rakan arwah Mustaqqeem luah rasa terkilan, dakwa sahabatnya ditinggalkan sendirian di Gunung Liang kerana pace. The post Sebab Pace Je Mus, Dia Tinggal Hang Rakan Arwah Mustaqqeem Luah Rasa Terkilan appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Microsoft found to be breaching data privacy in .. - Star
Microsoft has been illegally tracking students and schoolgoers via its 365 Education platform, officials in Austria have ruled. Read full story
World     >>



Israel receives two bodies that Hamas says are Gaza .. - BBC
There is outrage in Israel that the armed group has not returned all deceased hostages from Gaza.
Motor Trend     >>



Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026 - Piston
Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026. XC60 Refreshed XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan termasuk rekaan gril depan ..