| /// |
|
| Search : Gunung News | Page 1 |
|
Apa Itu Sulfur Dioksida? Sana Sini Orang Kongsi Gas Gunung Anak Krakatau Masuk Atmosfera Malaysia, Ini Jawapan MetMalaysia! - Siraplimau - 10/09 10:12 am Sana sini orang berkongsi mengenai dakwaan gas daripada letusan Gunung Anak Krakatau sudah memasuki ruang udara Malaysia |
|
4 Gunung Berapi Indonesia Hambur Abu, Lapangan Terbang Wunopito Kekal Ditutup - Siakapkeli - 9/09 7:35 pm BMKG mengesan abu daripada empat gunung berapi di Indonesia, dengan abu Gunung Ili Lewotolok menyebabkan Lapangan Terbang Wunopito di Lewoleba kekal ditutup sementara hingga Khamis. |
|
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai - Mypress - 9/09 6:18 pm KUALA NERANG Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di… |
|
Missing hikers aware of SAR operation only after hearing sound of helicopter - Sinardaily - 8/09 6:28 pm GERIK - Six hikers who were found safe after being reported missing while taking part in the Trans Gerah expedition at Gunung Gerah in the Lojing Permanent Forest Reserve in Gua Musang, Kelantan, only became aware of the search and rescue (SAR) operation when they heard the sound of a helicopter while at Kem Kulim.Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, said his wife and two children were in good condition throughout their time in the forest, but he felt any delay in their return would prompt family members to file a police report."Our suspicions were confirmed when we heard the sound of a helicopter while at Kem Kulim heading towards the jungle entrance, and we also encountered a guide from Kelantan |
|
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat - Mypress - 8/09 6:09 pm KOTA KINABALU Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin |
|
'Kami tidak sesat, kami tahu di mana kami berada' - Pendaki Trans GBB - Hmetro - 8/09 5:30 pm Gerik: Kami tidak sesat, tetapi beberapa halangan dihadapi menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih lama, kata pendaki ekspedisi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GBB), Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39 |
|
'Sampai satu tahap kami rasa nak patah balik atau cari punca air' - Sinarharian - 8/09 5:03 pm GERIK - Peserta pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, mengakui aktiviti pendakian sudah menjadi hobi utama keluarganya sejak dua tahun lalu.Menurutnya, isteri dan dua anaknya masing-masing berusia 9 dan 13 tahun juga sudah terbiasa mengikuti setiap pendakian hingga sering menyertai pelbagai ekspedisi bersama keluarga."Anak-anak memang dah biasa ikut hiking, termasuk yang kecil sekali |
|
Gunung Anak Krakatau meletus empat kali - Utusan - 8/09 4:19 pm JAKARTA: Gunung Berapi Anak Krakatau kembali meletus pada Selasa, dengan sekurang-kurangnya empat letusan direkodkan sejak awal pagi hingga tengah hari |
|
Rotan, buluh halang laluan, pendaki hanya sedar SAR selepas dengar helikopter - Sinarharian - 8/09 3:59 pm GERIK - Halangan laluan yang dipenuhi rotan dan buluh menjadi punca dua malim gunung bersama empat sekeluarga lewat keluar dari trek asal ketika mengikuti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB) di kawasan Kem Kulim, di sini.Malim Gunung, Shafiee Sidek, 49, berkata keadaan laluan yang semakin tertutup, terutama di laluan Gunung Bies ke Gunung Sepat, memaksa mereka menebas hampir sepanjang perjalanan, sekali gus melambatkan pergerakan kumpulan.Menurutnya, selain perlu berdepan dengan kawasan berbuluh, mereka juga terpaksa bermalam berhampiran puncak Gunung Sepat susulan kekangan laluan."Antara halangan utama ialah rotan dan buluh yang menutup laluan, jadi kita terpaksa menebas untuk meneruskan perjalanan."Keadaan itu menyebabkan pergerakan menjadi perlahan dan kita terpaksa bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya," katanya ketika ditemui bersama rakannya, Hazman Mamat, 43, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini, pada Selasa.Ahli Persatuan Malim Gunung Kelantan itu berkata, atas faktor laluan yang teruk, mereka juga terpaksa mengambil keputusan memotong laluan dari Gunung Sepat ke Kampung Orang Asli Pos Agih.Katanya, walaupun laluan tersebut tidak pernah dilaluinya sebelum ini, pengalaman lebih 20 tahun sebagai malim gunung, termasuk mengendalikan laluan off-track, membantu mereka menilai risiko dengan lebih baik."Jika berpatah balik, kami perlu mengambil masa sehingga tiga hari dua malam tanpa jaminan sumber air mencukupi."Jadi, kita pilih untuk potong laluan sebab di kawasan caruk (anak sungai) ada sumber air |
|
'Terima kasih pasukan SAR, kami sangat bersyukur' - Keluarga pendaki - Astroawani - 8/09 3:10 pm Ahli keluarga menzahirkan kelegaan selepas empat sekeluarga bersama dua malim gunung yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian Trans GBB (Gerah, Bilah dan Bieh) ditemui selamat pada Isnin. |
|
Gunung Berapi Meletus, Kenapa 'Flight' Indonesia Boleh Tiba-Tiba Batal? - Siakapkeli - 8/09 2:46 pm Gunung Berapi Meletus, Kenapa 'Flight' Indonesia Boleh Tiba-Tiba Batal? Percutian ke Indonesia mungkin terganggu apabila Gunung Anak Krakatau kembali meletus dan menghasilkan |
|
Gangguan jerebu, abu gunung berapi Indonesia, operasi LTAPP kekal lancar - Astroawani - 8/09 2:15 pm Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kekal lancar meskipun jerebu melanda Pulau Pinang dan beberapa kawasan lain di Malaysia, dengan penerbangan berlepas dan mendarat setakat ini tidak terjejas. |
|
Blocked trails delayed six hikers return from Gunung Gerah, says Perak Fire Dept - Malaymail - 8/09 2:06 pm GERIK, 8 Sept The closure and obstruction of hiking trails that have not been used for a long time were the main... |
|
Police to record statements from six Gunung Gerah hikers after rescue - Malaymail - 8/09 1:48 pm BAGAN SERAI, Sept 8 Police will record statements from six hikers in the Trans Gerah Expedition at Gunung Gerah,... |
|
Six Gunung Gerah hikers safely out of forest after days missing - Malaymail - 8/09 1:45 pm IPOH, Sept 8 Six climbers who participated in the Trans Gerah Expedition in Gunung Gerah, Kelantan, who were fou... |
|
JBPM Perak cadang kaji semula SOP had usia kanak-kanak sertai ekspedisi daki gunung - Astroawani - 8/09 1:30 pm JBPM Perak menyarankan pihak berwajib mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) had usia kanak-kanak dalamaktiviti lasak serta ekspedisi mendaki gunung melaluilaluan mencabar. |
|
Police to record statements from six Gunung Gerah hikers [WATCH] - NST - 8/09 12:49 am BAGAN SERAI: Police will record statements from six hikers in the Trans Gerah Expedition at Gunung Gerah, Kelantan, who were found safe yesterday after being reported missing since Aug 29. |
|
Polis akan rakam keterangan enam pendaki - Astroawani - 8/09 12:45 am Polis akan merakam keterangan enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang yangditemukan selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos. |
|
Six Gunung Gerah climbers leave Pos Kemar - NST - 8/09 12:39 am IPOH: Six climbers who went missing during the Trans Gerah Expedition in Gunung Gerah, Kelantan, and were found safe yesterday, have successfully left Pos Kemar this morning. |
|
Polis rakam keterangan enam pendaki - Sinarharian - 8/09 12:38 am BAGAN SERAI - [DIKEMAS KINI] Polis akan merakam keterangan enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi proses dokumentasi selepas dibawa keluar dari Pos Kemar."Kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke tempat masing-masing selepas proses dokumentasi berkenaan."Mereka juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini pada Selasa.Ditanya sama ada menjadi satu kesalahan pasangan suami itu membawa dua orang anak mereka melakukan aktiviti pendakian tersebut, Mohd Alwi berkata ,keempat-empat individu itu mempunyai permit yang sah."Sebenarnya, perkara itu (membawa anak mendaki) tidak menjadi satu isu sebab dalam permit itu memang dimasukkan butir-butir berkaitan dengan keluarga mereka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemuiEnam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangTerdahulu, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah dikesan selamat malam tadi sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pos Kemar.Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama kesemua mangsa telah keluar dari Pos Kemar 8.30 pagi tadi dan tiba di Jeti Trojan, Tasik Banding pada 10.20 pagi sebelum dibawa ke IPD Gerik.Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos |
|
6 pendaki ekspedisi Trans GBB tiba di Pengkalan Trojan, Gerik pagi ini - Hmetro - 8/09 11:39 am Gerik: Kesemua enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans GBB (Gerah, Bilah dan Bieh) di Gunung Gerah, Kelantan sudah dibawa keluar ke Pengkalan Trojan, di sini, pagi hari ini |
|
Six hikers safely rescued after going missing during Trans Gerah expedition in Gunung Gerah - Malaymail - 8/09 8:35 am GERIK, Sept 8 Six individuals who were found safe after participating in the Trans Gerah expedition a... |
|
Malaysia tidak terancam - Hmetro - 8/09 7:01 am Kuala Lumpur: Abu vulkanik daripada beberapa gunung berapi yang meletus di Indonesia pada Isnin lalu termasuk Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia ketika ini lebih banyak dibawa angin ke arah Jawa dan tidak memberi sebarang risiko secara langsung kepada Malaysia setakat ini |
|
Missing Trans Gerah hikers rescued, receiving treatment - Sinardaily - 8/09 6:46 am GERIK - Six hikers who went missing during the Trans Gerah expedition at Gunung Gerah were safely brought out by the search and rescue (SAR) team on Monday night.Gerik district police chief Supt Abdul Samad Othman said the rescue team brought all the hikers out of Kem Kulim and arrived at Kampung Lelar at around 8.45pm."All the victims are currently receiving treatment at the Pos Kemar Klinik Kesihatan and are in good condition without any injuries," he said in a statement.The group had earlier gathered at Kem Kulim with the rescue team before continuing their journey to Pos Kemar.The operation was assisted by mountain guides from Perak and Kelantan, involving ten members.The six were named as Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, his wife Siti Zulaiha Norizan, 39, their children Diya Raisha, 13, and Ahmad Raef, nine and mountain guides Shafiee Sidek, 49, and Hazman Mamat, 43.They entered the forest through Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang, Kelantan on Aug 29 and were scheduled to exit through Pos Kemar, Perak on Sept 3.When they failed to do so, family members lodged a police report, prompting the SAR operation.The group made contact on Sept 7, telling relatives they were safe, though rescuers had yet to reach them at that point.Samad said the method of extraction would depend on their condition and location once the SAR team met them.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said smoke signals spotted during an aerial survey helped the SAR team estimate the hikers' location in the forested area of Pos Kemar.A JBPM Mi-17 helicopter from Subang Air Base brought in 11 SAR personnel, comprising five JBPM personnel, four Royal Malaysia Police personnel, one Forestry Department officer and one mountain guide, while 14 Malaysian Mountain Guides (MGM) entered on foot, bringing total SAR strength to 25.Based on the hikers' last SMS on Sept 1, the group was believed to have taken the route via Gunung Bieh, Gunung Sepat, Gunung Belatoh, Kampung Agek and Gunung Bongok before reaching Pos Kemar.Malaysian Mountain Guides Association (PMGM) president Muzafar Mohamad said guides were carrying extra food supplies, as the group had been in the forest about ten days by the time they were found, well beyond the six days they had originally planned for.He said the trail towards Belatoh and Sepat was less explored and covered by dense bamboo, raising the risk of hikers straying off course, while a scarcity of water sources along the route was also a concern given the group's prolonged exposure to high-altitude conditions. |
|
Enam pendaki hilang selamat, dibawa turun ke Kampung Lelar - Kosmo - 7/09 11:27 pm GERIK – Kesemua enam individu yang dilaporkan hilang ketika aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan, selamat dibawa turun dari Kem Kulim ke Kampung Lelar pada pukul 8.45 malam |
|
6 pendaki ditemui, tidak alami kecederaan - Sinarharian - 7/09 11:25 pm GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) tidak mengalami kecederaan.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kesemua mangsa telah dijumpai di Kem Kulim oleh pasukan Malim Gunung Perhutanan (MGP) daripada Perak dan Kelantan.Menurutnya, kesemua mangsa kemudian telah dibawa ke Kampung Lelar, Pos Kemar sini pada jam 8.45 malam oleh pasukan penyelamat."Enam individu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar."Kesemua mangsa dalam keadaan baik dan tiada kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu Abdul Samad memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memberitahu kesemua mereka berada dalam keadaan selamatOperasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9. |
|
Contact made with six missing hikers in Lojing, all safe – Police - SUN - 7/09 10:42 pm Six hikers, including two children, reported missing on the Gunung Trans Gerah trail in Lojing have established contact and are confirmed safe. |
|
Isyarat asap bantu penemuan 6 individu hilang di Gunung Gerah - Kosmo - 7/09 10:40 pm Katanya, seramai 25 ... Read more The post Isyarat asap bantu penemuan 6 individu hilang di Gunung Gerah appeared first on Kosmo Digital . |
|
Indonesia No. 1, Senarai Negara Dengan Jumlah Gunung Berapi Aktif Paling Banyak - Siakapkeli - 7/09 10:20 pm Indonesia mendahului senarai negara dengan gunung berapi aktif terbanyak sejak 1960, diikuti Jepun dan Amerika Syarikat, berdasarkan rekod jumlah gunung berapi serta letusan. |
|
Puteri Sarah Terkandas Seorang Diri Di Jakarta - Rotikaya - 7/09 9:53 pm Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia masih lagi terkandas di Indonesia berikutan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta susulan abu gunung berapi |
|
'Salah seorang pendaki alami kecederaan punca lewat keluar hutan' - Sinarharian - 7/09 9:26 pm ERIK - Kecederaan dialami salah seorang daripada enam pendaki dipercayai menjadi punca kumpulan berkenaan mengambil masa untuk keluar dari lokasi selepas mereka ditemukan selamat pada petang Isnin.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya memperoleh maklumat mengenai keberadaan kesemua mangsa selepas berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang."Mereka boleh bergerak tetapi perlahan |
|
Enam Pendaki Hilang Berjaya Dihubungi, Berada Dalam Keadaan Selamat - Siakapkeli - 7/09 8:08 pm Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang di laluan Gunung Trans Gerah berjaya dihubungi dan memaklumkan mereka selamat, namun pasukan SAR masih bergerak untuk membawa mereka keluar. |
|
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat - Mypress - 7/09 8:02 pm GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin |
|
Police: Six missing Gunung Trans Gerah hikers contacted, safe for now - Malaymail - 7/09 8:02 pm IPOH, Sept 7 Six individuals, including two children, who were reported missing while trekking along the Gunung... |
|
Enam pendaki dijangka dibawa keluar esok - Sinarharian - 7/09 7:38 pm GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) dijangka dibawa keluar dari kawasan berkenaan esok.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Gunung Bongok.Menurutnya, kesemua mangsa sedang bergerak menuju ke Pos Kemar dengan jarak antara Gunung Bongok dan Pos Kemar dianggarkan sejauh 14.3 kilometer yang mengambil masa pendakian antara enam hingga lapan jam."Susulan maklumat diterima, strategi pencarian disusun semula dengan satu pasukan terdiri daripada 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dihantar ke Kem Kulim menggunakan helikopter JBPM."Jarak Kem Kulim ke Gunung Bongok kira-kira 4.3 kilometer atau dua jam perjalanan |
|
Letusan Anak Krakatau: Kedutaan Besar Malaysia bantu rakyat terkandas - Mohamad Hasan - Astroawani - 7/09 7:30 pm Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang mencari penyelesaian dan menghulurkan bantuan terbaik untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Indonesia susulan letusan Gunung Anak Krakatau. |
|
Enam pendaki Trans GBB hilang disahkan selamat - Astroawani - 7/09 7:00 pm Enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) disahkan selamat. |
|
Letusan Anak Krakatau: Kedutaan Besar Malaysia bantu rakyat terkandas Mohamad - Sinarharian - 7/09 6:34 pm KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang mencari penyelesaian dan menghulurkan bantuan terbaik untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Indonesia susulan letusan Gunung Anak Krakatau.Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ahli keluarga rakyat Malaysia yang terlibat diminta bersabar kerana keadaan itu bergantung kepada kebenaran untuk syarikat penerbangan meneruskan operasi.Beliau berkata rakyat Malaysia yang terkandas berada dalam keadaan selamat, dan situasi ketika ini hanya melibatkan gangguan penerbangan."Jadi, saya harap rakyat Malaysia yang terkandas bersabar kerana kita tak boleh nak buat apa kerana tidak ada penerbangan khas yang boleh dilakukan.. |
|
4 ahli keluarga, 2 malim gunung hilang dilapor selamat - FMT - 7/09 6:30 pm Polis berkata pihak berkuasa berjaya berhubung dengan seorang malim gunung dalam kumpulan itu. |
|
Enam pendaki hilang ditemui selamat - Sinarharian - 7/09 6:28 pm GERIK - [DIKEMAS KINI] Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin.Difahamkan perjalanan mereka mengambil masa kerana seorang daripada kumpulan berkenaan mengalami kecederaan yang belum diketahui tahapnya.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat keberadaan kesemua mangsa diperoleh selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang"Mereka boleh bergerak tetapi perlahan |
|
Anak Krakatau: Aktiviti Seismik Masih Tinggi, Usaha Hasilkan Hujan Mencabar - Siakapkeli - 7/09 6:19 pm Aktiviti seismik Anak Krakatau masih tinggi dengan letusan lanjut boleh berlaku pada bila-bila masa, sementara usaha menghasilkan hujan melalui pengubahsuaian cuaca berdepan cabaran abu gunung berapi. |
|
Enam pendaki hilang: Bapa ke Gerik dapatkan perkembangan SAR - Sinarharian - 7/09 6:05 pm SHAH ALAM - Bapa kepada ketua keluarga yang hilang bersama lima individu lain ketika menyertai ekspedisi pendakian laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Zairudin Wan Ismail, 66, bertolak dari Shah Alam ke Gerik bersama isteri dan dua anak lelakinya pada Isnin.Wan Zairudin berkata, beliau bersama isterinya, Rusnani Embong, 65, serta dua anak, Ahmad Aiman, 24, dan Ahmad Ridwan, 38, dijangka tiba di Gerik malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain memberikan sokongan moral kepada pasukan yang terbabit."Saya dan isteri serta dua anak bertolak dari Saujana Alam Suria, Shah Alam ke Gerik dan dijangka tiba malam ini bagi mendapatkan berita terkini serta memberi semangat kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi SAR ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Enam individu yang masih hilang itu ialah anaknya, Wan Ahmad Aslam, 39; menantu, Siti Zulaiha Norizan, 39; dua cucu, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9; serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.Kumpulan berkenaan memulakan ekspedisi dari Gua Musang, Kelantan menuju Kem Kemor, Perak pada 29 Ogos lalu dan sepatutnya keluar dari kawasan hutan pada Khamis lalu.Bagaimanapun, mereka kini sudah melepasi tempoh 10 hari berada di dalam hutan, sedangkan bekalan makanan yang dibawa hanya mencukupi untuk tempoh enam hingga tujuh hari.Hubungan terakhir dengan keluarga diterima pada 1 September lalu apabila Siti Zulaiha memaklumkan mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat sebelum komunikasi terputus.Operasi SAR kini dipergiatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan helikopter dan Unit Anjing Pengesan (K9), selain pasukan Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) yang bersedia digerakkan jika diperlukan.Seramai 12 Malim Gunung Perhutanan (MGP) turut digerakkan dari Sungai Siput ke Pos Kemar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membantu operasi pencarian melalui laluan darat.Wan Zairudin berkata, keluarganya kini bimbang kemungkinan ada antara enam individu berkenaan mengalami kecederaan atau tidak mampu bergerak keluar dari kawasan hutan berikutan bentuk muka bumi laluan Trans GBB yang mencabar."Saya bimbang ada yang cedera, mungkin itu punca anak, menantu dan dua cucu gagal keluar dari hutan pada jam 3 petang Khamis lalu."Mereka juga sudah kehabisan makanan sebab bekalan dibawa hanya cukup untuk enam atau tujuh hari pendakian, tetapi kini sudah melepasi 10 hari," katanya.Menurutnya, lebih cepat operasi SAR dilakukan dapat membantu menyelamatkan mereka terutama bekalan makanan yang kini dipercayai sudah kehabisan.Beliau berkata, keluarga anaknya itu sepatutnya keluar hutan pada Khamis lalu dan kemudian pulang ke Yong Peng, kelmarin kerana dua cucu perlu bersekolah selepas cuti persekolahan berakhir semalam."Malangnya, sehingga kinitiada berita mengenai mereka dengan kali terakhir menantu menghantar mesej pendek kepada isteri saya pada 1 September memaklumkan mereka sekeluarga sihat dalam pendakian itu dan akan keluar di Kem Kemor di Perak dua hari selepas itu," katanya. |
|
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat - Hmetro - 7/09 6:02 pm Gerik: Enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, disahkan selamat |
|
“Mungkin ada yang cedera, makanan dah habis” – 4 Beranak Hilang Daki Gunung Trans GBB, Bapa Luah Bimbang - Lobakmerah - 7/09 5:32 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Keluarga empat daripada enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan ekspedisi di laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Gua Musang, Kelantan, meluahkan kebimbangan apabila sehingga kini mereka masih belum ditemui |
|
Police: Missing hikers said they were in good condition when speaking to family on Tuesday - Malaymail - 7/09 5:18 pm GERIK, Sept 7 Police said the six hikers, who are feared missing on Gunung Trans Gerah in Kelantan, wer... |
|
Ramai yang merempat…” Penerbangan Batal Akibat Abu Gunung Berapi, Wanita Luah Detik Cemas Terkandas Di Jakarta - Lobakmerah - 7/09 4:49 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Letusan berterusan Gunung Anak Krakatau yang melepaskan abu gunung berapi sejak Jumaat lalu telah menyebabkan gangguan besar terhadap sektor penerbangan di Indonesia |
|
Bayangkan Bunyi Letupan Gunung Boleh Didengar Satu Pertiga Dunia Itulah Krakatau 1883, Kini Anaknya Meletus Lagi - Lobakmerah - 7/09 3:50 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Selepas beberapa siri letusan Anak Krakatau sejak beberapa hari lalu, abu gunung berapi itu dilaporkan telah mengganggu penerbangan di Indonesia sehingga lapan lapangan terbang terpaksa ditutup, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta |
|
Batik Air Batal Penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta Hari Ini Susulan Abu Gunung Berapi - Mydateline - 7/09 3:30 pm Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan .. |
|
Flight ‘Cancel’ Gara-Gara Anak Krakatau? Ini Panduan Untuk Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Indonesia - Lobakmerah - 7/09 3:12 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Penerbangan antara Indonesia dan Malaysia terganggu susulan penyebaran abu vulkanik daripada letusan Gunung Anak Krakatau, menyebabkan sebahagian penumpang terkandas dan terpaksa menunggu penerbangan seterusnya |
|
Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm # Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara IPOH Usaha mengesan enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang dijalankan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari ini membabitkan pelbagai agensi keselamatan |
|
Johor tutup sekolah jika jerebu, IPU melebihi 200 – Exco Johor tutup .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm Jika perlu kurangkan aktiviti luar, kita kurangkan, tambah beliau lagi. Letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera kelmarin dijangka tidak menjejaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johor sehingga menyebabkan sekolah ditutup.- MalaysiaGazette |
|
Rescue teams mobilised by land, water, air for six missing hikers - SUN - 7/09 2:59 pm SAR teams are mobilising by land, water and air to search for six hikers missing since Sept 1 at Gunung Trans Gerah in Lojing, Kelantan |
|
6 pendaki hilang: Rakaman ‘camera trap’ jadi petunjuk pasukan SAR - Kosmo - 7/09 2:53 pm GERIK – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mendapatkan rakaman kamera perangkap (camera trap) di sepanjang jalur pendakian bagi mengesan enam individu yang dilaporkan hilang selepas menyertai aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB) di Lojing, Gua Musang |
|
Enam pendaki Trans GBB hilang: 59 anggota digerak, SAR dilancar - Astroawani - 7/09 2:50 pm Seramai 59 anggota digerakkan pada Isnin bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB). |
|
Rakaman ‘camera trap’ jadi petunjuk untuk pasukan SAR - Utusan - 7/09 2:36 pm GERIK: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mendapatkan rakaman kamera perangkap (camera trap) di sepanjang jalur pendakian bagi mengesan enam individu yang dilaporkan hilang selepas menyertai aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB) di Lojing, Gua Musang |
|
Rescue teams mobilised by land, water, air for six missing hikers - Sinardaily - 7/09 2:18 pm GERIK - Rescue teams are being mobilised by water, land and air in preparation for a search and rescue (SAR) operation for six individuals feared missing while hiking at Gunung Trans Gerah in Lojing, Kelantan.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said the department received information about the missing two mountain guides and four family members yesterday afternoon, prompting discussions with the JBPM headquarters operations division on the search plan.He said three boats from the Trojan Jetty in Gerik would transport eight members of the Special Tactical Operation and Rescue Team (Storm) and five fire and rescue mountain guides by water to Pos Kemar."A total of 12 Forestry Mountain Guides are also travelling from Sungai Siput in four-wheel-drive vehicles to Pos Kemar, with the journey expected to take about four hours."All teams will gather at Pos Kemar, which will serve as the Forward Control Post (PKH), he said when contacted today.Sayani said the JBPM air unit from the Northern Region JBPM Bertam Air Base was scheduled to depart Bertam at 2 pm today for an aerial survey, beginning at the last location where the six were seen on Sept 1 before proceeding towards Pos Kemar."The aerial survey is important to give us an initial overview of the search area, including identifying routes that can be used by the ground teams, he said.He said the JBPM canine unit (K9), which arrived this morning, was on standby but had yet to be deployed pending finalisation of the operation plan."A multi-agency coordination meeting is still being held at the Gerik District Police Headquarters (IPD) to determine the SAR plan and deployment on the ground, he said.The operation involves the Royal Malaysia Police (PDRM), Forestry Department, Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan), General Operations Force (PGA), JBPM and Forestry Mountain Guides.The six began their hike on Aug 29 and were due to emerge from the forest on Sept 3.A report was lodged by their family members yesterday after they failed to return as scheduled |
|
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta - Mypress - 7/09 2:06 pm JAKARTA – Gangguan penerbangan susulan penyebaran abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau menyebabkan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta diminta mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang menggunakan Lapangan Terbang… |
|
6 pendaki hilang termasuk kanak-kanak: Operasi pencarian tumpu laluan Perak, trek pendakian mencabar - Sinarharian - 7/09 2:04 pm GERIK Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) yang dilaporkan hilang kini ditumpukan di kawasan laluan sebelah Perak.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, operasi berkenaan dilancarkan susulan laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal menerima sebarang khabar berita daripada kumpulan terbabit sehingga 6 September lalu.Beliau yang juga Komander Operasi SAR tersebut memaklumkan pencarian dibuat dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan."Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki kumpulan terbabit di kawasan laluan sebelah Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Operasi ini melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Malim Gunung Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, kumpulan pendaki itu terdiri daripada empat lelaki berusia antara 39 hingga 49 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun.Katanya, mereka dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos dari kawasan Pos Dakoh, Gua Musang, Kelantan dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu."Komunikasi terakhir kumpulan berkenaan dengan ahli keluarga adalah pada 1 September kira-kira jam 7.47 pagi dengan memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan sedang bergerak menghala ke arah Perak."Bagaimanapun sehingga 6 September, ahli keluarga masih tidak menerima sebarang berita sebelum membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kumpulan terbabit supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencarian.Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan kelancaran operasi SAR.INFO Laluan Trans GBB yang merangkumi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh di Banjaran Titiwangsa dianggap antara trek pendakian mencabar kerana melalui kawasan hutan tebal, hutan lumut serta laluan permatang yang curam.Ekspedisi itu merentasi sempadan Perak dan Kelantan dengan pendaki biasanya memulakan perjalanan sama ada melalui Pos Kemar, Perak atau Pos Dakoh, Kelantan.Melalui Pos Kemar, tempoh pendakian lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari, manakala laluan dari Pos Dakoh pula sekitar tiga hingga empat hari dengan jarak trek kira-kira 44 kilometer.Trans GBB dikategorikan sebagai laluan pendakian bertaraf sangat sukar atau 'hardcore' dan tidak sesuai untuk pendaki baharu berikutan cabaran fizikal serta bentuk muka bumi yang mencabar.Pendaki juga berdepan perubahan ketinggian melebihi 2,600 meter dengan perjalanan antara lapan hingga 12 jam sehari melalui laluan turun naik yang curam.Selain itu, laluan tersebut bukan trek komersial dan jarang dilalui menyebabkan jejak pendakian tidak sentiasa jelas, sekali gus meningkatkan risiko tersesat atau laluan terhalang akibat pokok tumbang.Cabaran turut bermula sebelum memasuki hutan apabila pendaki perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan balak menuju ke pintu rimba.Sepanjang berada di kawasan hutan pula, pendaki berdepan ketiadaan liputan telefon, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar. |
|
Mountain guides accompanying missing six have more than 20 years experience - NST - 7/09 2:01 pm GUA MUSANG: The two mountain guides accompanying a family of four on their trek across the Gunung Gerah mountain range are believed to have more than 20 years experience. |
|
Kelantan Fire Dept on standby to help in search for six hikers missing in Lojing - SUN - 7/09 1:39 pm Six hikers, including two children, remain missing after entering Gunung Trans Gerah in Lojing, Gua Musang, with SAR teams on standby |
|
'Keadaan kami baik' - Keluarga enam pendaki hilang terima mesej terakhir 1 September lalu - Sinarharian - 7/09 1:16 pm GUA MUSANG - "Keadaan kami baik dan cuaca sepanjang tiga hari ini tidak hujan."Itu mesej terakhir diterima ahli keluarga daripada enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini.Mesej berkenaan diterima pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu sebelum keenam-enam mereka gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingKeluarga dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Dua malim gunung yang turut bersama kumpulan berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, masing-masing berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, selepas mesej terakhir berkenaan diterima, ahli keluarga tidak lagi menerima sebarang komunikasi daripada kumpulan tersebut."Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Katanya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung dari Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo berkata, pihaknya turut menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan pada Ahad bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Gunung berapi meletus: Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta hari ini - Sinarharian - 7/09 12:44 am KUALA LUMPUR - Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan Sumatera, menurut Batik Air.Syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan hasil daripada susulan penilaian operasi terkini dan penyelarasan berterusan dengan pihak berkuasa penerbangan serta pengendali lapangan terbang yang berkaitan."Penumpang yang terjejas boleh memohon untuk menjadualkan semula perjalanan mereka kepada penerbangan Batik Air yang seterusnya, tertakluk kepada ketersediaan atau memohon bayaran balik," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.Batik Air telah membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Malaysia dan Jakarta hari ini, iaitu OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391.Sebanyak enam daripada perkhidmatan yang dibatalkan beroperasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Jakarta, manakala dua lagi beroperasi antara Subang dan Jakarta |
|
Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui - Sinarharian - 7/09 12:39 am GUA MUSANG - Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.Keluarga yang berasal dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan telah dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi pada Ahad selepas mereka gagal menghubungi keenam-enam mangsa.ARTIKEL BERKAITAN:Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu mula mendaki pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Jelasnya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan semalam bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Enam individu hilang: Operasi SAR guna laluan darat, udara - Bomba - Sinarharian - 7/09 12:19 am IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans GBB digerakkan pada Isnin menggunakan laluan darat, air dan udara.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan enam individu itu pada petang Ahad sebelum keputusan dibuat untuk memulakan operasi pencarian pada pagi Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingMenurutnya, lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama lima malim bomba menggunakan tiga bot dari Jeti Trojan Tasik Temengor menuju ke Pos Kemar, Gerik."Pasukan bomba akan menggunakan laluan air dengan bot manakala 12 anggota MGP dari Sungai Siput bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke Pos Kemar dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam untuk tiba."Kedua-dua pasukan akan berkumpul di Pos Kemar sebelum gerak kerja pencarian dilaksanakan berdasarkan perancangan yang diputuskan bersama agensi terlibat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Sayani berkata, mesyuarat penyelarasan antara agensi masih berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi menentukan gerak kerja pasukan penyelamat dalam usaha mengesan keenam-enam individu berkenaan.Menurutnya, Pos Kawalan Hadapan (PKH) akan ditubuhkan di Pos Kemar, manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) atau Pos Kawalan Operasi (PKOP) dijangka ditempatkan di IPD Gerik atau Balai Bomba Gerik."Pasukan K9 (Unit Anjing Pengesan) JBPM juga sudah tiba pagi ini dan berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan. Buat masa ini, kita menunggu maklumat dan perancangan yang lebih jelas sebelum menggerakkan pasukan K9."Selain itu, unit udara dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang dijangka bergerak pada jam 2 petang bagi menjalankan tinjauan udara bermula dari lokasi terakhir mangsa dikesan pada 1 September sebelum tinjauan diteruskan ke arah Pos Kemar," katanya.Tambah beliau, operasi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am (PGA), JBPM serta pasukan MGP.Katanya, jumlah anggota dan agensi yang terlibat boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi.Pada Ahad, media melaporkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabit gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan pada 3 September.Choon Foo berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak. |
|
Kelantan Fire Dept on standby to help in search for six hikers missing in Lojing - Sinardaily - 7/09 12:14 am KOTA BHARU - The Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) is on standby to assist in the search and rescue (SAR) operation for six hikers, including two children aged nine and 13, who remain missing after entering the Gunung Trans Gerah area in Lojing, Gua Musang.Its director Farhan Sufyan Borhan said four members of the departments Special Tactical Operations and Rescue Team (Storm), four firefighters from Gua Musang and six mountain guides from the district had been placed on standby."For now, we are on standby at the Gua Musang Fire and Rescue Station and will only be deployed if the Perak Fire and Rescue Department, which is leading the SAR operation, requires assistance, he told Bernama today.The six hikers are Shafiee Sidek, 49; Hazman Mamat, 43; Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; Siti Zulaiha Norizan, 39; Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13; and Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, nine.However, another individual listed on the hiking permit did not join the hike.Farhan Sufyan said the search operation is currently focused on the Perak side, as the group is believed to have entered the state and was reportedly seen by another group on Sept 1.He said if the group turns back and re-enters the trail from the Kelantan side, the team on standby will be deployed to assist in the SAR operation."Based on information from hikers, it normally takes about three days to cross all three mountains |
|
Search for six missing on Kelantan mountain: Fire dept's Storm team deployed - NST - 7/09 12:08 am GERIK: Eight members of the Perak Fire and Rescue Departments Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (Storm) team have been deployed to search for six people reported missing after joining the Trans Gerah Expedition at Gunung Gerah, Kelantan. |
|
Enam hilang ketika mendaki: 14 malim gunung terlibat operasi SAR - Astroawani - 7/09 12:05 am Seramai 14 Malim Gunung Perhutanan dari Perak dan Kelantan digerakkan membantu operasi SAR enam individu hilang di kawasan hutan Pos Dakoh, Lojing sejak 29 Ogos. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |