///
See Also: Shutterstock

Search : Fadil News   Page 1    



Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan - Mgazette - 8/02 4:32 pm

# Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (Garah) di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu berkenaan masih dalam tahanan dan permohonan reman telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi





Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang – .. - Mgazette - 8/02 4:32 pm

Tindakan pihak berkuasa menahan beberapa individu yang terlibat dalam Himpunan GARAH, serta laporan berhubung kesukaran akses peguam kepada tahanan, menimbulkan persoalan serius berkaitan pematuhan kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang, menurut kenyataan itu hari ini. Pagi tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan lima individu yang dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo malam tadi





Polis ambil kira lawatan Modi dalam pertimbangan halang GARAH – KP KL - Mgazette - 8/02 4:32 pm

# Polis ambil kira lawatan Modi dalam pertimbangan halang GARAH - KP KL KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan faktor keselamatan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, antara pertimbangan utama dalam keputusan menghalang perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) yang sepatunya berlangsung semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, arahan larangan itu dibuat hasil risikan terhadap pelbagai faktor termasuk ancaman keselamatan awam





Reman 2 hari terhadap Zamri Vinoth, penganjur bersama perhimpunan - FMT - 8/02 4:20 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata kedua-dua individu terbabit sedang disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta SKMM.





Cops get 2-day remand for Zamri Vinoth, rally co-organiser - FMT - 8/02 4:11 pm

Kuala Lumpur police chief Fadil Marsus says the duo are being investigated under the Sedition Act, the Penal Code and the MCMC Act.





Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Harapandaily - 8/02 3:54 pm

Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berdekatan kompleks Sogo malam tadi. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, kedua-dua individu itu direman..





Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Sinarharian - 8/02 3:48 pm

KUALA LUMPUR - Dua aktivis, Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada Ahad.Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu itu direman untuk siasatan lanjut."Kedua-dua individu terbabit telah dibenarkan untuk direman dua hari," katanya ringkas pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu.Ujar beliau, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan.





Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R - Siakapkeli - 8/02 2:41 pm

YDH CP Dato Fadil bin Hj





Keputusan larang perhimpunan GARAH berdasarkan risikan keselamatan - Polis - Sinarharian - 8/02 12:19 am

KUALA LUMPUR Keputusan melarang penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH) dibuat selepas pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, larangan itu turut mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan negara, termasuk ketika Malaysia menerima kehadiran tetamu negara, selain memastikan tidak berlaku sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam."Antara pertimbangan utama ialah memastikan keadaan negara kekal stabil dan keselamatan awam sentiasa terpelihara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Ahad.Fadil menegaskan, polis memberi amaran tegas supaya mana-mana pihak tidak meneruskan perhimpunan yang menyentuh isu sensitif termasuk agama dan kaum kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan serta menjejaskan keselamatan masyarakat.Beliau berkata, sebarang pandangan atau cadangan berkaitan pembinaan rumah ibadat seharusnya disalurkan melalui saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang, bukannya melalui perhimpunan jalanan."Sekiranya terdapat pembinaan rumah ibadat di atas tanah yang tidak dibenarkan dan pihak polis menerima perintah mahkamah, kami akan memberikan kerjasama penuh bagi tujuan penguatkuasaan mengikut lunas undang-undang," katanya.Tambah beliau, polis tidak mahu sebarang unsur hasutan atau ancaman terhadap keselamatan awam tercetus daripada perhimpunan sedemikian.Dalam perkembangan sama, Fadil mengesahkan terdapat beberapa tangkapan berkaitan kes hasutan melalui paparan di media sosial, termasuk TikTok, yang dipercayai boleh menggugat ketenteraman awam.Katanya, siasatan mendapati wujud unsur hasutan dalam beberapa kes terbabit dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 41 Kanun Keseksaan.Beliau turut memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan perhimpunan GARAH dibuat selepas perbincangan bersama pihak penganjur, selain mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkaitan."Siasatan telah dibuka dan tindakan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang menyentuh isu sensitif kerana ia boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat."Keselamatan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu pihak penguat kuasa," katanya.Terdahulu, media melaporkan penyelaras perhimpunan GARAH tetap berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan walaupun polis memutuskan untuk tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam.Perkara itu disuarakan oleh penyelaras perhimpunan, Zamri Vinoth, yang menegaskan perhimpunan tersebut dirancang berlangsung di perkarangan Kompleks Sogo pada jam 8 malam.Penganjur mendakwa perhimpunan itu bersifat aman dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman, serta menyatakan tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.Bagaimanapun, Fadil menjelaskan bahawa polis turut menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks serta beberapa premis lain di sekitar lokasi perhimpunan yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan dan orang awam.





Himpunan GARAH: 19 individu ditahan, dua disiasat - Sinarharian - 8/02 12:14 am

KUALA LUMPUR - Seramai 19 individu ditahan termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu."Daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis sebelum ini menerima pemakluman penganjuran perhimpunan daripada pihak penganjur sebelum sesi libat urus dijalankan."Hasil risikan, pemantauan dan siasatan mendapati perhimpunan tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan awam."Polis juga menerima sebanyak 131 laporan daripada pelbagai pihak termasuk premis sekitar lokasi yang mendakwa wujud ancaman berkaitan perhimpunan tersebut," katanya.Tambah beliau, tindakan penahanan dibuat bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk atau berlakunya jenayah lain yang tidak diingini.Dalam perkembangan berasingan, polis turut menahan tiga lelaki di Klang Utara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu sama.Menurut Fadil, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.Beliau menegaskan tindakan diambil tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang."Keutamaan kita adalah keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R)," katanya.Media sebelum ini melaporkan penyelaras himpunan terbabit iaitu Zamri Vinoth bersama beberapa individu difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu itu ditahan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi terbabit dijalankan.Terdahulu, polis memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan GARAH yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo atas faktor keselamatan awam.





GARAH: Peguam dakwa hak berpelembagaan rakyat dinafikan - Mgazette - 8/02 8:05 am

Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan beberapa individu termasuk Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus





GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain GARAH: .. - Mgazette - 8/02 8:05 am

# GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, selain Zamri terdapat beberapa individu lain yang turut ditahan





Beberapa peserta himpunan GARAH ditahan polis Beberapa peserta himpunan .. - Mgazette - 8/02 8:05 am

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia menegaskan penganjuran himounan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan





Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain - Sinarharian - 7/02 9:54 pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinothbersama beberapa individu lain, pada Sabtu.Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain."Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat."Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad)," katanya ringkas pada Sabtu.Sinar Hariansebelum ini melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.





Penyelaras Himpunan GARAH, Zamri Vinoth ditahan - Sinarharian - 7/02 9:19 pm

KUALA LUMPUR - Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan, penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaanKeadaan dilaporkan sedikit tegang apabila beberapa individu yang dipercayai peserta himpunan turut ditahan pihak berkuasa.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pegawai serta anggota polis melaksanakan kawalan keselamatan seawal jam 7 malam di sekitar lokasi yang dijadualkan menjadi lokasi perhimpunan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi perhimpunan.





Beberapa peserta GARAH ditahan polis - Sinarharian - 7/02 8:54 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.





Tindakan maksimum terhadap pihak gugat keselamatan negara - Anwar - Sinarharian - 7/02 5:57 pm

Tunjukkanlah masih sayang. Apa salahnya warna kulit berbeza sedikit, hidung tinggi atau rendah? Mengapa perlu sampai membenci begitu?" katanya.Berhubung isu rumah ibadat, Perdana Menteri berkata, sebarang bantahan berkaitan perkara itu boleh disuarakan melalui saluran sah dan mengikut undang-undang, termasuk mengemukakan memorandum atau bantahan rasmi, namun tidak boleh dilakukan dengan cara hasutan atau melanggar peraturan.Anwar juga berkata, beliau tidak bersetuju dengan percambahan kuil yang dibina tanpa mengikut peraturan, sambil menegaskan semua pihak termasuk masjid atau gereja mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi tujuan berkenaan.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini malam ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat setelah polis menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi berkenaan





Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo hari ini berikutan kebimbangan terhadap keselamatan awam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan





Kalau ganggu keselamatan negara, tangkap dan humban mereka – Anwar - Mgazette - 7/02 4:07 pm

Jangan cuba ambil alih tugas polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis tidak membenarkan Perhimpunan GARAH yang dijadual berlangsung di ibu kota malam ini diteruskan atas faktor keselamatan awam dan risiko gangguan ketenteraman





Polis tiada kuasa halang perhimpunan aman - PPMM - Sinarharian - 7/02 2:41 pm

SHAH ALAM - Polis tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan atau menghalang ataupun tidak membenarkan perhimpunan aman selagi ia dijalankan secara aman dan tanpa senjata berdasarkan undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan.Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin kepada setiap warganegara.Menurutnya, hak tersebut dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata."Hak ini adalah hak asasi yang hanya boleh dikenakan sekatan yang sah, munasabah dan selaras dengan Perlembagaan."Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Amir Hariri Abd Hadi v Pendakwa Raya1 telah menegaskan dengan jelas bahawa hak berhimpun secara aman bukan suatu keistimewaan yang tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa, sebaliknya merupakan hak perlembagaan yang wajib dihormati dan dilindung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitanMuhamad Hisham menambah, Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa peruntukan undang-undang yang bersifat menghukum atau menjenayahkan kegagalan memberi notis perhimpunan adalah tidak berperlembagaan."Keputusan ini menegaskan bahawa keperluan notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak boleh ditafsir sebagai kuasa untuk melarang perhimpunan, apatah lagi menjadikannya tidak sah secara automatik," ujarnya lagi.Tambah beliau, alasan kononnya terdapat bantahan daripada para peniaga di sekitar kawasan perhimpunan juga bukanlah alasan yang sah untuk melarang sesuatu perhimpunan aman.Muhamad Hisham memberitahu, satu kes pernah difailkan oleh Persatuan Peniaga Bazar Masjid India pada 2016 untuk menghalang perhimpunan yang hendak diadakan di sana, namun telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.Justeru, beliau menegaskan, sebarang kenyataan bahawa sesuatu perhimpunan aman adalah 'tidak dibenarkan' adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang perlembagaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan."PPMM menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab polis bukanlah untuk menghalang perhimpunan aman, tetapi untuk memudahcara pelaksanaan hak berhimpun secara aman, menjaga keselamatan awam dan peserta perhimpunan dan memastikan ketenteraman awam tanpa menafikan hak perlembagaan rakyat," kongsinya lagi.Beliau berpandangan, pendekatan yang bersifat melarang, menakut-nakutkan atau mengugut penganjur dan peserta perhimpunan aman bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah merosakkan prinsip kedaulatan undang-undang dan demokrasi berperlembagaan.Beliau turut menggesa pihak polis supaya mematuhi sepenuhnya kehendak Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan serta mengambil pendekatan yang selari dengan prinsip hak asasi manusia dan tadbir urus demokratik."Hak berhimpun secara aman bukan ancaman kepada undang-undang dan ketenteraman awam





Cops block rally against illegal houses of worship - FMT - 7/02 11:10 am

Kuala Lumpur police chief Fadil Marsus says security assessments and intelligence gathered found that the gathering could endanger public safety.





Police advise against tonight's 'illegal houses of worship' rally - Mkini - 7/02 10:52 am

UPDATED 12.50PM Fadil warns of firm action against any party that attempts to incite disorder.





Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram tidak dibenarkan - Polis - Sinarharian - 7/02 9:53 am

KUALA LUMPUR Polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan akan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Menurutnya, pada 3 Februari lalu, polis menerima surat pemakluman daripada penyelaras GARAH berhubung perancangan mengadakan perhimpunan aman di lokasi berkenaan pada 7 Februari jam 8 malam."Susulan itu, polis telah menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat termasuk pemilik premis-premis di sekitar lokasi perhimpunan."Ketua Polis Daerah Dang Wangi juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur himpunan GARAH pada 5 Februari lalu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pada 6 Februari, pihak polis menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harisons serta beberapa premis lain di sekitar lokasi berkenaan.Katanya, bantahan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang akan mengunjungi premis perniagaan di kawasan tersebut."Maklumat risikan turut mendapati terdapat kemungkinan berlakunya pecah keamanan serta ancaman keselamatan kepada masyarakat di sekitar lokasi perhimpunan."Keadaan ini dijangka lebih berisiko memandangkan kawasan berkenaan akan dipenuhi orang ramai yang datang membeli-belah sempena sambutan beberapa perayaan," katanya.Fadil berkata, hasil pertimbangan menyeluruh serta risikan keselamatan yang dijalankan, polis menjangkakan perhimpunan berkenaan berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada orang awam."Oleh itu, pihak polis membuat keputusan untuk tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan ini," katanya."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke lokasi perhimpunan berkenaan," katanya.Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan atau menggugat keselamatan awam di lokasi tersebut."Pihak polis akan memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa diutamakan," katanya.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur





Police dismantle three drug syndicates, seize various types of drugs worth over RM200 million - Sinardaily - 6/02 8:40 pm

KUALA LUMPUR - The Royal Malaysia Police (PDRM) dismantled three drug distribution syndicates and seized various drugs, worth RM208.25 million, in several raids conducted from Jan 30 to Feb 3 in the Klang Valley.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said they also managed to arrest the leaders of all three syndicates, together with nine members.He said that in the first operation conducted on Jan 30, his team successfully arrested three local men, aged between 40 and 48, while they were in a car at the Genting Sempah Rest and Service area at 10.50pm."A search of a car parked on Jalan Kuchai Lama, here, led to uncovering 255 packets of suspected methamphetamine weighing 265 kilogrammes (kg), worth RM13.25 million," he said at a press conference here today.Also present at the event was Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus.He said the first suspect was believed to be the syndicate leader, while the other two suspects acted as "transporters" responsible for bringing the drugs from the East Coast to the Klang Valley for distribution."All three suspects were charged at the Kuala Lumpur Court today under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952," he said.In separate operations around Kepong here on Jan 31, Hussein said his team managed to arrest a local man along with a local woman and a foreign woman, aged between 38 and 58, and seized various types of drugs worth RM180 million."The seized drugs included 843.8 kg of MDMA, 325.2 kg of Erimin 5 pills, 104.3 kg of Ecstasy pills, 97.7 kg of ketamine powder, and 9.5 kg of Methamphetamine," he said.He said the local man was believed to be the syndicate leader, while the two women were his girlfriends."The syndicates modus operandi was to rent houses in the Klang Valley as stores for the drugs before being distributed to the local and international markets, he said.According to Hussein, his team seized four cars, worth RM118,800, belonging to the syndicates."All suspects have been remanded for 12 days, beginning Feb 11





Spa songsang: Polis tunggu arahan Peguam Negara untuk tindakan - Sinarharian - 5/02 12:27 am

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan ke atas lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa songsang di Chow Kit di sini pada November lalu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan mengenai kes itu sudah dirujuk ke pejabat Peguam Negara pada 17 Disember lalu untuk penelitian."PDRM telah membuka kertas siasatan membabitkan lelaki warga tempatan daripada jumlah 171 orang yang ditahan dalam serbuan pusat spa di Chow Kit."Ia membabitkan siasatan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan (kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan pelacuran) dan Seksyen 377B/511 dan 377D Kanun Keseksaan (cubaan melakukan persetubuhan luar tabii atau cubaan melakukan sesuatu kesalahan)," katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen.Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta beliau menyatakan langkah seterusnya kerajaan terhadap 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa di Chow Kit dan dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan atas alasan kekurangan bukti.Saifuddin Nasution memaklumkan, kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 269 dan 270 Kanun Keseksaan membabitkan perbuatan cuai yang boleh menyebarkan penyakit berbahaya dan perbuatan berniat jahat yang boleh menyebarkan penyakit berbahaya.Katanya, kertas siasatan juga dibuka di bawah Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).Pada 30 November lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, seramai 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di pusat kesihatan di Chow Kit itu dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.Beliau menjelaskan, tanpa pengakuan mangsa, siasatan mengikut Seksyen 377 (bagi kesalahan persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan."Tiada seorang pun daripada mereka mengaku sebagai mangsa eksploitasi sebab setiap kali (dalam kes) eksploitasi, pelacuran atau luar tabii, mesti ada mangsa





Polis siasat kes pelakon lelaki dakwa jadi mangsa seks luar tabii - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Polis siasat kes pelakon lelaki dakwa jadi mangsa seks luar tabii KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii pengarah drama pada 2005. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya juga sudah merakam keterangan pelakon lelaki yang berusia 35 tahun itu, semalam susulan laporan yang dibuat mangsa





Cops record statement from actor who claimed childhood sexual abuse - Sinardaily - 2/02 7:22 pm

KUALA LUMPUR - The police have recorded the statement of the male actor who claimed he was a victim of unnatural sex acts when he was a child.Kuala Lumpur police chief Comm Datuk Fadil Marsus the 35-year-old actor's statement was recorded on Sunday (Feb 1)."Initial investigation revealed the incident is believed to have occurred in 2005."There are no arrests yet and we are investigating under Section 377C of the Penal Code," he said when contacted on Monday (Feb 2).The actor lodged a police report on Saturday (Jan 31), claiming he was sexually assaulted when he was a child.Earlier, the actor shared a statement on social media, alleging that he was a victim of the act while he was still a child, involving an older individual who was said to hold a position of authority and was alleged to have a familial relationship with him.According to the actor, the disclosure was made to raise awareness and to help protect other victims who may have experienced similar incidents





Polis rakam keterangan pelakon lelaki dakwa mangsa liwat - Sinarharian - 2/02 4:33 pm

KUALA LUMPUR Polis telah merekod keterangan seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan luar tabii ketika mangsa masih kanak-kanak dalam kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2005.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pengadu berusia 35 tahun telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.Menurut beliau, percakapan pengadu telah dirakamkan pada Ahad."Setakat ini, polis telah mengambil keterangan pengadu bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan."Siasatan awal mendapati kejadian yang didakwa berlaku adalah pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Fadil berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.Jelas beliau, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pihak polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki itu.Terdahulu, individu terbabit memuat naik kenyataan di media sosial mendakwa pernah menjadi mangsa perbuatan itu ketika masih kanak-kanak melibatkan individu yang lebih berusia, mempunyai kedudukan dan didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.Individu berkenaan mendakwa





Pelakon lapor polis jadi mangsa seks luar tabii - FMT - 1/02 3:23 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata laporan itu dibuat semalam.





Polis siasat pelakon lelaki jadi mangsa amang seksual - Mgazette - 1/02 2:59 pm

# Polis siasat pelakon lelaki jadi mangsa amang seksual KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang pelakon lelaki Ketika menjadi mangsa perbuatan luar tabii semasa kanak-kanak. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun pada pukul 6.11 petang semalam





Warga asing cuba rasuah pegawai polis dicekup Warga asing cuba rasuah .. - Mgazette - 1/02 2:59 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing ditahan akibat cuba menyogok pegawai polis selepas didapati tidak memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu berlaku ketika pemeriksaan di Jalan Suasa 6, Sungai Besi, Cheras dijalankan pada awal pagi tadi





Lelaki warga asing dicekup, cuba sogok pegawai polis - Utusan - 1/02 2:54 pm

KUALA LUMPUR: Lelaki warga asing dipercayai cuba menyogok pegawai polis akibat tidak memiliki lesen memandu serta dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan di Jalan Suasa 6, Sungai Besi, Cheras di sini ditahan hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pada 4.07 pagi





Warga asing cuba sogok rasuah ketika pemeriksaan jalan - Kosmo - 1/02 2:12 pm

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki warga asing menyogok pegawai polis ketika pemeriksaan jalan raya membawa padah apabila ditahan dalam operasi snap check di Sungai Besi, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima laporan berkenaan pada pukul 4.07 pagi Ahad





Lelaki warga asing dicekup, cuba sogok pegawai polis - Sinarharian - 1/02 2:11 pm

KUALA LUMPUR Cubaan seorang lelaki warga asing menyogok pegawai polis ketika didapati tidak memiliki lesen memandu serta dokumen pengenalan diri yang sah mengundang padah apabila ditahan ketika pemeriksaan di Jalan Suasa 6, Sungai Besi, Cheras di sini pada Ahad.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.07 pagi.Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika seorang pegawai polis berusia 47 tahun sedang menjalankan tugas pemeriksaan jalan raya di lokasi berkenaan."Pemeriksaan ke atas sebuah motosikal yang ditunggang suspek mendapati lelaki warga asing berusia 24 tahun itu gagal mengemukakan lesen memandu kelas B2 serta dokumen pengenalan diri yang sah."Suspek kemudian cuba memberi wang sogokan kepada pegawai polis terbabit sebagai balasan supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pegawai polis terbabit telah memberi amaran tegas supaya suspek tidak melakukan perbuatan rasuah tersebut."Bagaimanapun, suspek enggan mematuhi arahan sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63," katanya.Menurutnya, suspek direman 14 hari bermula 2 Februari hingga 15 Februari 2026 untuk siasatan lanjut.





Polis siasat dakwaan pelakon jadi mangsa perbuatan luar tabii - Sinarharian - 1/02 10:59 am

KUALA LUMPUR Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki menjadi mangsa perbuatan luar tabii yang dipercayai berlaku ketika mangsa masih kanak-kanak.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut pada Sabtu.Menurutnya, laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun di sebuah balai polis di ibu negara pada jam 6.11 petang."Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes perbuatan luar tabii pada 31 Januari 2026."Kes ini masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, individu terbabit memuat naik kenyataan di media sosial dengan mendakwa pernah menjadi mangsa perbuatan itu ketika masih kanak-kanak, melibatkan individu yang lebih berusia, mempunyai kedudukan serta didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.Individu berkenaan mendakwa kejadian terbabit berlaku sejak sekian lama dan hanya berani bersuara selepas berada dalam keadaan lebih selamat serta stabil untuk berkongsi perkara yang berlaku.Menurutnya, pendedahan itu dibuat bukan kerana dendam, sebaliknya bagi memberi kesedaran serta perlindungan kepada pihak lain yang mungkin pernah melalui pengalaman hampir sama.





Polis bongkar sindiket jadikan inap desa tempat simpanan dadah, tahan .. - Mgazette - 30/01 7:55 am

# Polis bongkar sindiket jadikan inap desa tempat simpanan dadah, tahan empat lelaki KUALA LUMPUR - Polis berjaya membongkar taktik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa sebagai pusat penyimpanan bahan itu sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut di sini, Selasa lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata empat lelaki berusia 23 hingga 32 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan dan 250 bungkusan plastik teh berisi dadah disyaki jenis syabu seberat 261 kilogram dianggarkan bernilai RM13 juta dirampas





Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah, rampas syabu RM13 juta - Sinarharian - 29/01 1:25 pm

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa atau homestay sebagai tempat penyimpanan dadah terbongkar susulan tangkapan empat lelaki tempatan di Segambut, di sini pada Selasa.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menahan empat suspek berusia 23 hingga 32 tahun dalam serbuan pada jam 7 petang."Kita telah menahan tiga suspek di rumah berkenaan, hasil pemeriksaan kita menjumpai 13 guni mengandungi 250 bungkusan plastik teh yang berisi dadah disyaki syabu."Anggaran berat keseluruhan dadah dirampas 261 kilogram yang bernilai RM13 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Fadil berkata, seorang lagi suspek ditahan berhampiran rumah inap desa itu."Modus operandi sindiket yang aktif sejak enam bulan lalu itu adalah menyewa rumah inap desa dalam tempoh empat hari dengan bayaran RM200 sehari."Mereka kemudian mengedar peket dadah kecil secara mobil dengan menggunakan kenderaan untuk pasaran tempatan dan kelab malam," katanya.Tambahnya, polis turut menyita wang tunai RM100 dan dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Toyota Vellfire yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya."Semakan lanjut mendapati tiga suspek memiliki rekod lampau, kesemua suspek direman seminggu bermula 28 Januari hingga 3 Februari.'Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





USJT Bukit Aman siasat laporan dibuat bekas PTD - Sinarharian - 26/01 5:36 pm

KUALA LUMPUR Siasatan berkaitan dua laporan polis yang dibuat oleh bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan terhadap aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard, telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berkenaan pada Isnin."Saya mengesahkan ada menerima laporan tersebut



Cops probing alleged sexual harassment on LRT train - FMT - 17/01 1:09 pm

The complainant could not clearly see the perpetrator's face as he was wearing a mask, says Kuala Lumpur police chief Fadil Marsus.



Letupan universiti: Tiada bukti kecuaian dikesan setakat ini - Mgazette - 17/01 7:12 am

# Letupan universiti: Tiada bukti kecuaian dikesan setakat ini KUALA LUMPUR - Tiada unsur kecuaian dikesan setakat ini dalam kejadian letupan kompresor pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara dekat sini yang mengorbankan seorang pelajar lelaki, Isnin lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal tidak menemukan sebarang bukti yang menunjukkan berlaku kecuaian namun siasatan menyeluruh tetap dijalankan dari pelbagai sudut



Polis tahan empat warga Iran disyaki geng pukau - Mgazette - 17/01 7:12 am

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat warga Iran termasuk seorang wanita disyaki geng pukau yang terbabit kes samun dan curi melibatkan kerugian lebih RM30,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspekberusia antara 18 hingga 35 tahun dengan dua daripada mereka merupakan adik beradik manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan



Rosdi dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu - Mgazette - 17/01 7:12 am

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Aidil Bolhassan yang yang dinaikkan pangkat Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman. Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sambil disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus



Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian - Sinarharian - 16/01 6:51 pm

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan menyeluruh termasuk meneliti kemungkinan unsur kecuaian dalam insiden letupan gas penyaman udara di kampus Universiti HELP, Bukit Damansara di sini, Isnin lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun setakat ini tiada bukti awal menunjukkan wujudnya kecuaian, aspek tersebut kekal sebagai antara fokus utama siasatan."Biasanya dalam kes melibatkan bencana atau kejadian seperti ini, siasatan akan melibatkan semua pihak berkaitan dan meneliti semua aspek termasuk kemungkinan kecuaian."Jika terdapat kecuaian yang menyebabkan kecederaan atau kemalangan, ada kesalahan boleh disiasat," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada Jumaat.Fadil berkata, jika elemen kecuaian dikenal pasti, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang.Beliau berkata, setakat ini siasatan masih pada peringkat awal dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Selain itu, Fadil berkata bangunan terlibat telah diserahkan kepada pemilik manakala tiga mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital manakala seorang lagi telah dibenarkan pulang.Pada 11.40 pagi Isnin lepas, seorang lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam letupan itu.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, penuntut tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)



No signs of negligence found in HELP University blast, say cops - FMT - 16/01 6:46 pm

Kuala Lumpur police chief Fadil Marsus says the investigation will continue 'from all angles'.



Geng pukau warga Iran tumpas - Sinarharian - 16/01 6:13 pm

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan 'geng pukau' melibatkan tangkapan empat warga Iran di sebuah kondominium di sini,Isnin lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.Menurutnya, semakan mendapati dua daripada suspek ialah adik-beradik, manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan."Taktik geng ini ialah berinteraksi dengan mangsa sebelum mangsa tiba-tiba dipercayai menjadi khayal sebelum barang berharga diambil suspek."Ada empat kes setakat ini dikenal pasti dan terbaharu berlaku 9 Januari lepas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada Jumaat.Pada majlis itu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu menggantikan Senior Asisten Komisioner Aidil Bolhassan.Mengulas lanjut, Fadil berkata, semakan awal mendapati suspek memasuki Malaysia pada Jun tahun lalu.Menurut beliau, berdasarkan laporan,anggaran kerugian dialami mangsa termasuk warga asing dan tempatan melebihi RM30,000."Kesemua suspek masih dalam tempoh reman dan dijangka dituduh minggu depan," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.



Letupan di Help University, polis belum kesan unsur cuai - FMT - 16/01 6:00 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata pihaknya tetap akan meneliti kes itu daripada pelbagai sudut.



Mohd Rosdi dilantik ketuai IPD Cheras - Sinarharian - 16/01 5:38 pm

KUALA LUMPUR - Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu pada Jumaat.Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.Mohd Rosdi yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Kota Bharu dilantik bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Aidil Bolhassan yang dinaikkan pangkat Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.Fadil berkata, tugas sebagai Ketua Polis Daerah sememangnya menuntut keupayaan kepimpinan yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran keselamatan dan trend jenayah yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa."Namun, dengan kepimpinan yang mantap serta semangat esprit de corps yang kukuh dalam kalangan pegawai dan anggota, Insya-ALLAH setiap cabaran dapat ditangani dengan berkesan."Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga IPD Cheras, khususnya pegawai, anggota dan pegawai awam agar memberikan sokongan padu serta kerjasama sepenuhnya kepada Mohd Rosdi selaku Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan pasukan," katanya.Sementara itu, Mohd Rosdi berkata, beliau mengharapkan kerjasama padu seluruh warga IPD Cheras termasuk petugas media dalam usaha menyambung legasi cemerlang kepimpinan terdahulu."Saya akan meneruskan visi dan misi pucuk kepimpinan dan saya akan meneruskan legasi kecemerlangan



Letupan gas universiti: Mangsa alami pendarahan otak, patah pinggang - Kosmo - 16/01 3:35 pm

PETALING JAYA – Dua penuntut sebuah universiti swasta di Bukit Damansara masih menerima rawatan hospital susulan insiden letupan gas sistem pendingin hawa yang berlaku, di sini baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seorang daripada penuntut terbabit berusia 19 tahun kini dirawat di High Dependency Ward (HDW), Hospital Kuala Lumpur (HKL)



Gas pendingin hawa meletup: Mangsa alami pendarahan dalam otak, patah pinggang - Sinarharian - 16/01 2:18 pm

KUALA LUMPUR - Dua penuntut universiti swasta masih menerima rawatan hospital selepas terlibat dalam insiden letupan gas pendingin hawa di bangunan universiti terbabit di Bukit Damansara di sini baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seorang daripada penuntut terbabit berusia 19 tahun kini sedang dirawat di High Dependency Ward (HDW) Hospital Kuala Lumpur (HKL)."Setakat 16 Januari (Jumaat), mangsa masih belum sedarkan diri dan berada di bawah pemantauan rapi pihak perubatan."Mangsa mengalami koma, tidak sedarkan diri, pendarahan dalam otak serta retak tengkorak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah Fadil, seorang lagi penuntut universiti terbabit berusia 18 tahun patah pinggang sebelum dikejarkan ke HKL.Katanya, mangsa telah dibenarkan keluar dari HKL pada 13 Januari dan pada hari sama mendapat rawatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur sebelum selesai menjalani pembedahan gigi pada 15 Januari dan berada dalam keadaan stabil."Mangsa dijadualkan menjalani pembedahan pinggang pada jam 2 petang, 17 Januari (Sabtu)," ujarnya.Sementara itu, seorang penyelia berusia 54 tahun yang mengalami melecur dan serpihan besi di dalam badan telah selesai menjalani pembedahan di HKL.Jelasnya, mangsa telah sedar dan stabil serta berada di bawah pemantauan rapi doktor untuk rawatan susulan.Bagi pekerja kantin warga Indonesia di universiti terbabit, ujar Fadil, mangsa berusia 22 tahun ini dilaporkan dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh pada Khamis."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, Isnin lepas, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera.Mangsa yang maut berusia 24 tahun di universiti swasta terbabit sedang menjalani Latihan Industri (LI).



PM arah siasatan menyeluruh letupan di HELP University - Mgazette - 15/01 8:03 am

Mangsa adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang menjalani latihan industri selama tiga bulan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, seorang pelajar yang cedera parah dalam insiden itu masih tidak sedarkan diri, manakala dua lagi mangsa utama terus menerima rawatan di hospital



Letupan di HELP University: Seorang pelajar masih belum sedarkan diri - Mgazette - 14/01 4:25 pm

# Letupan di HELP University: Seorang pelajar masih belum sedarkan diri KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang cedera parah dalam insiden letupan di kafeteria Universiti HELP di Bukit Damansara masih tidak sedarkan diri, manakala dua lagi mangsa utama terus menerima rawatan di hospital. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini tiga mangsa masih dirawat, membabitkan seorang penyelia kontraktor berusia 54 tahun, seorang pelajar berusia 19 tahun dan seorang pekerja warga Indonesia berumur 22 tahun



Bayi tiga bulan patah paha, polis siasat unsur pengabaian - Sinarharian - 14/01 12:03 am

KUALA LUMPUR Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah pada bahagian paha kiri dipercayai akibat pengabaian ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Taman Koperasi Polis, di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2.38 petang, 9 Januari lalu."Bayi itu mengalami bengkak pada bahagian paha kiri selepas mangsa di hantar ke rumah pengasuh"Mangsa juga tidak berhenti menangis sebelum dibawa ibu bapanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tulang paha kiri mangsa patah sebelum laporan polis dibuat seorang doktor yang merawat bayi berkenaan."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001."Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan dialami mangsa," katanya.



Letupan kompresor: Seorang mangsa masih tak sedar diri, 2 lagi masih... - Mgazette - 14/01 7:41 am

# Letupan kompresor: Seorang mangsa masih tak sedar diri, 2 lagi masih dirawat KUALA LUMPUR - Tiga daripada sembilan mangsa yang cedera dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marus berkata, mangsa melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak dan tengkorak retak



Letupan Universiti: Tiga Mangsa Masih Dirawat Di Hospital – Polis - Siakapkeli - 13/01 5:03 pm

Letupan Universiti: Tiga Mangsa Masih Dirawat Di Hospital – Polis KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Tiga mangsa yang cedera dalam insiden letupan di sebuah universiti di ibu negara semalam masih dirawat di hospital, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus



Three still hospitalised after explosion at university in Kuala Lumpur - Sinardaily - 13/01 5:00 pm

KUALA LUMPUR - Three victims involved in an explosion at anuniversity in the capital yesterday are still receiving treatment in hospital, said Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus.He said the first victim is a 54-year-old female contractor who is being treated at the Kuala Lumpur Hospital (HKL) after sustaining injuries from metal fragments embedded in her body as well as burns, buther condition is reported to be stable and under medical observation.According to him, the second victim is a 19-year-old female student who is still unconscious and is receiving intensive care treatment at the same hospital after suffering internal bleeding in the brain and a cracked skull as a result of the incident."The third victim, a 22-year-old Indonesian man who works as a canteen worker at the university, is being treated at the Sungai Buloh Hospital for observation despite not sustaining serious injuries, while six other victims have been allowed to return home, he said when contacted today.Fadil said further investigations into the cause of the incident are still being conducted by the Fire and Rescue Department (JBPM), and the police will update the public on the latest developments from time to time.Media reported yesterday that a man was confirmed dead while receiving treatment at the HKL, while nine others were injured in the air-conditioning gas explosion at a private university at about 11.40 am.The deceased was identified as Soo Yu Juan, 24, a third-year Mechanical Engineering student from Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).Fadil was reported as saying that the explosion is believed to have occurred at an air-conditioning maintenance area located adjacent to a cafeteria on the fourth floor of the university.- BERNAMA



Letupan gas di universiti swasta: Seorang penuntut koma, pendarahan dalam otak - Sinarharian - 13/01 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut dilaporkan koma dan tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam insiden letupan gas di kawasan penyelenggaraan sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan pendarahan dalam otak dan tengkorak retak.Menurutnya, mangsa masih belum sedarkan diri dan di bawah pemantauan rapi doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL)."Dua lagi mangsa yang masih dirawat ialah penyelia kontraktor berusia 54 tahun dan pekerja kantin universiti terbabit warga Indonesia berusia 22 tahun."Penyelia terbabit berada dalam keadaan separuh sedar dengan kecederaan terdapat serpihan besi di dalam badan sementara tunggu untuk pembedahan di HKL, manakala pekerja kantin itu masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi pemantauan serta rawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, enam mangsa lain bagaimanapun telah dibenarkan keluar setelah menerima rawatan.Dalam kejadian letupan gas penghawa dingin kira-kira jam 11.40 pagi, Isnin, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera.Fadil dilaporkan berkata, mangsa yang maut berusia 24 tahun di universiti swasta terbabit sedang menjalani Latihan Industri (LI).



Letupan kompresor penghawa dingin: Seorang maut, 9 cedera - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Letupan kompresor penghawa dingin: Seorang maut, 9 cedera KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor maut manakala sembilan orang cedera dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut merupakan warga tempatan berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)



Gas pendingin hawa meletup: Help University, pihak berkuasa kenal pasti punca insiden - Sinarharian - 12/01 10:31 pm

KUALA LUMPUR -HELP University bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik danpengurusan bangunan bagimengenal pasti punca insiden letupan semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udaradi kampus universiti itu di Bukit Damansara pagi Isnin.Universiti itu dalam kenyataan memaklumkan, bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai dijalankan."Sebagai institusi yang komited menyediakan persekitaran selamat bagi pelajar dan seluruh warga kampus, kami akan segera menjalankan pemeriksaan dalaman bagi memastikan keselamatan serta integriti bangunan lain di Kampus Bukit Damansara serta Kampus Subang Bestari."Kami ingin menegaskan bahawa operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari akan diteruskan seperti biasa," menurutkenyataan itu.HELPUniversity turut memaklumkan, pihaknya bekerjasama rapat denganpasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan dan bantuan sewajarnya, selain berhubung dengan ahli keluarga mereka untukmemberikan sokongan sertabantuan yang diperlukan."Pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi saluran komunikasi dalaman yang telah disediakan," menurut kenyataan itu.HELP University jugamemaklumkan, pelajar dan petugasdi kampus telah dipindahkan dengan segera mengikut protokol kecemasansejurus insiden berlaku, sebelum pihak perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama selepas dimaklumkan.Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi tadiKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsusberkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun.Fadil berkata, letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universitiberkenaan



Letupan di HELP University: Saksi lihat seorang penuntut terperangkap bawah papan - Sinarharian - 12/01 8:12 pm

Saya juga melihat seseorang lagi di bahagian dapur mengalami kecederaan melecur akibat kejadian itu," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.Wanita itu berkata, tidak dapat memastikan keadaan mangsa serta tidak berupaya untuk membantu mereka kerana dirinya juga berada dalam keadaan panik."Ketika itu penggera keselamatan sudah berbunyi dan saya memberi tumpuan untuk menyelamatkan diri," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.Sementara itu, seorang petugas universiti yang juga enggan dikenali berkata, kampus itu mempunyai satu kafeteria yang digunakan staf dan penuntut."Kebanyakan ruang dalam bangunan terlibat menempatkan pejabat pengurusan universiti, beberapa kelas dan kafeteria itu. Ketika kejadian, saya di blok lain dan tidak mendengar letupan tersebut kerana mungkin disebabkan jarak agak jauh," katanya.Tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa kenderaan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memasuki kawasan kejadian.Beberapa pengawal keselamatan universiti swasta itu turut berada di sekitar lokasi bagi mengawal keadaan dengan blok terlibat telah dipasang tali kuning oleh pihak berkuasa bagi menghalang orang ramai memasuki lokasi kejadian.Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian menyebabkan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala sembilan lagi cedera.Beliau berkata letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan




Reformasi     >>



Ketika Modi ke Malaysia, pelancong India berhibur di .. - Harapandaily
Ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi bertemu masyarakat India di negara ini bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebahagian pelancong India ke negara ini berhibur di Bukit Bintang, pusat tarikan pelancong utama negara ini. Bukan di kelab-kelab malam atau lantai ..
Kroni     >>



'No more being soft on betrayal': Kota Melaka Bersatu .. - Star
PETALING JAYA: Calls for tough action against alleged party traitors in Bersatu are growing louder, as another party division chief demanded swift and uncompromising measures. Read full story
Tabloid     >>



Along Eyzendy Meninggal Dunia - Rotikaya
Pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira jam 12.16 pagi. Memetik mStar Online, perkara itu disahkan oleh isterinya Hamidah Mohd Yatim suaminya meninggal dunia... Baca selanjutnya → The post Along Eyzendy Meninggal Dunia appeared first on ROTIKAYA .
Tech     >>



Nearly a thousand Google workers sign letter urging .. - Cnbc
Hundreds of Google workers signed an open letter urging the company to cut its ties with ICE and CBP after rising violence.
World     >>



Russia says man suspected of shooting top general has .. - Star
MOSCOW, Feb 8 (Reuters) - Russia's Federal Security Service (FSB) said on Sunday that the man suspected of shooting top Russian military intelligence officer Vladimir Alexeyev in Moscow has been detained in Dubai and handed over to Russia. Read full story
Motor Trend     >>



Motosikal Aprilia Sr Gt 400 Masuk Malaysia Tahun Ini .. - Mekanika
**Aprilia antara pengeluar yang mencuri tumpuan di EICMA tahun lalu apabila memperkenalkan Aprilia SR GT 400.** Pelancaran model serba baharu itu sekaligus melaungkan misi berani Aprilia dalam menyaingi model popular seperti Zontes 368G dan Honda ADV 350. Terbaru, kami difahamkan Aprilia ..