///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Empat News   Page 1    



AIM25: Kemenangan semua, bukan pencapaian peribadi saya – Siti .. - Mygazette - 27/09 4:22 pm

"Terima kasih atas dedikasi dan kepercayaan kalian," tulisnya. Pada malam kemuncak AIM25 malam tadi, Siti membawa pulang empat trofi menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik (Kesuma), Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Terbaik (Pesanan Buat Diri), selain Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa menerusi Cenderamaya





Pemandu Bezza 22 tahun maut tersepit bertembung jentera berat - Mygazette - 27/09 4:22 pm

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, katanya. Katanya lagi, operasi membabitkan empat anggota JBPM daripada BBP Kapar dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT-1) dan dikawal pukul 5.35 pagi





Enam kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi - Mygazette - 27/09 4:22 pm

# Enam kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi KUALA LUMPUR - Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini. Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (163), Pengerang (162) dan Larkin (156)





Empat lelaki maut kemalangan di Sepanggar - Mygazette - 27/09 4:22 pm

KOTA KINABALU - Empat lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, di sini awal pagi ini





KEMASKINI: Kemelut N. Sembilan: Zahid panggil ADUN BN, Pas bincang malam .. - Mygazette - 27/09 4:22 pm

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menyerahkan mandat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu. Ahmad Zahid berkata, Ismail perlu menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selain Undang Yang Empat, Tengku Besar Tampin, Datuk Shahbandar serta hierarki adat negeri bagi membincangkan jalan penyelesaian secara baik





Banjir berulang kali cabaran besar buat Abang Rashidi - Utusan - 27/09 4:00 pm

BELUM pun setahun bergelar wakil rakyat, Rashidi Razak sudah berdepan pengalaman getir sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit apabila kawasan itu dilanda banjir besar dalam empat gelombang pada 2024





Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan 25 ADUN Negeri Sembilan malam ini - Sinarharian - 27/09 2:14 pm

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam ini.Menurutnya, pertemuan itu akan melibatkan semua ADUN BN selain wakil rakyat Pas dan Wawasan bagi menyelaras langkah seterusnya dalam mencari penyelesaian terbaik di peringkat negeri."Malam ini saya akan mengadakan mesyuarat bersama seluruh 25 ADUN BN, Pas dan Wawasan di bangunan ini."Saya mahu mengkoordinasi dan tidak berhajat untuk campur tangan, tetapi mahu mencari jalan terbaik...," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.Ahmad Zahid berkata, beberapa pilihan akan dibincangkan dalam pertemuan itu sebelum satu penyelesaian diputuskan dengan mengambil kira ketetapan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.Dalam pada itu, beliau memberikan mandat kepada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk mencari penyelesaian terbaik, termasuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin serta pihak lain dalam hierarki adat negeri."Saya memberikan mandat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan untuk mencari penyelesaian terbaik yang penting, rakyat mesti diberikan keutamaan





Jabatan Imigresen serbu pusat hiburan sejenis, empat warga asing ditahan - Astroawani - 27/09 2:00 pm

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di ibu negara yang menyediakan persembahan tarian melibatkan golongan sejenis dalam operasi khas awal pagi tadi.





Bomba bongkar asrama sarang burung pelajar dalam premis pejabat - Sinarharian - 27/09 1:46 pm

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesan tindakan mengubah suai sebuah pejabat menjadi bilik asrama pelajar yang kecil dan dibina secara berasingan dalam premis terbabit menerusi Ops Sepadu Premis Sarang Burung di sini pada Ahad.Premis di tingkat dua berkenaan dikesan mempunyai sembilan bilik kecil yang dibina secara berasingan dan dijadikan sebagai bilik asrama pelajar sekali gus tidak mematuhi beberapa syarat keselamatan bangunan.Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan serta premis di tiga lokasi lain yang diperiksa, asalnya diluluskan sebagai bangunan pejabat tetapi telah ditukar kegunaan kepada asrama pekerja dan pelajar."Dalam operasi ini, fokus kita adalah premis kedai atau ruang pejabat yang diubah suai secara tidak sah termasuk melihat ketidakpatuhan terhadap syarat bangunan serta aspek keselamatan kebakaran," katanya ketika ditemui pemberita di sini.Operasi bersepadu itu dilaksanakan di empat kawasan iaitu Jalan Masjid Abidin, Jalan Engku Pengiran Anom 2, Jalan Engku Sar dan Jalan Sultan Zainal Abidin.Nor Mahathir berkata, kesemua bangunan yang dikenal pasti itu juga didapati tidak mematuhi keperluan mengikut Jadual Kelima Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, serta didapati bahaya kebakaran yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)."JBPM akan mengeluarkan notis kepada pemilik atau penyewa premis terbabit supaya mengambil tindakan menghapuskan bahaya kebakaran yang dikenal pasti."Jika pemilik atau penyewa gagal melaksanakan perkara yang ditetapkan dalam notis mengikut tempoh diberikan, kita akan menjalankan pemeriksaan kali kedua," katanya.Beliau berkata, sekiranya pemilik atau penyewa masih gagal mematuhi notis berkenaan, pihaknya akan mengemukakan perkara itu kepada pihak pendakwaan untuk membuka kertas siasatan dan seterusnya mengambil tindakan mahkamah mengikut Seksyen 8 Akta 341.Beliau berkata, tempoh yang diberikan melalui notis bergantung kepada tahap pembetulan yang diperlukan, terutama bagi premis yang menukar kegunaan bangunan daripada pejabat kepada asrama.Katanya, bagaimanapun aspek berkaitan keselamatan dan bahaya kebakaran perlu diberi perhatian serta-merta kerana premis terbabit masih diduduki."Kita akan sesuaikan tempoh notis dengan keperluan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik premis namun perkara yang mustahak perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kemungkinan dalam tempoh seminggu."Di daerah Kuala Terengganu, kita mengenal pasti empat lokasi untuk operasi kali ini dan tidak menolak kemungkinan tindakan susulan akan dilaksanakan berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya.Operasi berkenaan turut membabitkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, dengan keseluruhan 32 anggota dan pegawai daripada agensi terlibat.Nor Mahathir berkata, JBPM Terengganu masih mengumpulkan data berkaitan jumlah keseluruhan premis berisiko di negeri itu sebelum operasi berkenaan diperluas."Kita tidak mahu membuat andaian atau menetapkan sasaran yang tidak tepat





Pelajar maut di asrama: Polis siasat dakwaan mangsa dipukul kerana vape - Sinarharian - 27/09 1:15 pm

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima maklumat dan menyiasat dakwaan bahawa mangsa dipukul kerana disyaki menghisap vape."Maklumat itu (mangsa dipukul dipercayai kerana hisap vape) diterima dan masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Astro Awani, pada Ahad.Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat, manakala beberapa keterangan susulan akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun"Tiada tangkapan baharu, siasatan masih dijalankan sama ada wujud buli atau tidak sebelum ini."Tiada lagi percakapan baharu diambil, cuma ada beberapa sambungan percakapan akan dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan," ujarnya.Alzafny menambah, setakat ini keputusan bedah siasat belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.Semalam, media melaporkan Alzafny berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.Susulan itu, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan "menghukum" mangsa berhubung kesalahan berkenaan.Setakat Sabtu, polis telah merekodkan keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.Media sebelum ini melaporkan mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Seremban, dan kemudian disahkan meninggal dunia.Susulan kejadian itu, seorang pelajar tingkatan empat direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Julang lima trofi di AIM25, Mimi Fly tetap kekal prinsip - Sinarharian - 27/09 1:01 pm

Walaupun pasukan Mimi tidak besar, mereka sangat percaya dan mahu melihat Mimi berjaya. Mimi juga rasa berkat doa Mama yang tidak berhenti doakan Mimi membuatkan Mimi berdiri di sini hari ini," katanya.Mengulas lanjut perjalanan kerjayanya, penyanyi berusia 39 tahun itu mendedahkan beliau pernah melalui fasa sukar sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam industri, termasuk mengalami rasa hilang arah apabila menyepi tanpa sebarang karya selama empat tahun.Beliau turut pernah menerima tanggapan negatif sesetengah pihak yang menganggap dirinya sudah tidak relevan, melepasi fasa kemuncak, dan terlalu tua untuk bertapak dalam industri muzik."Terlampau banyak kali Mimi buat sesuatu yang tidak menjadi dan orang tak percaya





Tragedi berdarah: Identiti empat mangsa maut dikenal pasti - Sinarharian - 27/09 11:24 am

KOTA KINABALU [DIKEMAS KINI] Empat lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi Ahad, dikenal pasti sebagai Nicholas Thomas, 24, Raynniel Robin, 23, Axelord Nigel Alexander, 21, dan Junior Allyson A Julius, 19.Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu.Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun bersama tiga penumpang hilang kawalan.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Empat individu dalam Perodua Viva mautMenurutnya, kenderaan tersebut ketika itu dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Indah Permai."Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lori serta Perodua Aruz."Lori berkenaan kemudian tertolak ke hadapan lalu menghimpit sebuah van Nissan Urvan, manakala van tersebut pula melanggar bahagian belakang Proton X50," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Syed Lot berkata, akibat kemalangan itu, kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba."Kesemua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat," katanya.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-313153 atau mana-mana balai polis berhampiran.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, kira-kira jam 2.30 pagi Ahad.





Pusat hiburan 'gay' diserbu - Sinarharian - 27/09 11:10 am

KUALA LUMPUR Sebuah pusat hiburan yang menawarkan persembahan tarian oleh warga asing golongan sejenis diserbu dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Klang Lama di sini pada Sabtu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula jam 12.05 tengah malam itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan."Seramai empat warga asing ditahan dalam operasi berkenaan membabitkan tiga lelaki warganegara China dan seorang lelaki Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun."Semakan awal mendapati kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Zakaria berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibu Pejabat dan Kuala Lumpur."Pusat hiburan yang beroperasi sejak tahun lalu dipercayai menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing daripada golongan sejenis dengan menyasarkan pelanggan tempatan serta warga asing di sekitar Lembah Klang."Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM53 hingga RM700 bergantung kepada jenis minuman dan tempahan meja," katanya.Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Dalam operasi sama, tiga lelaki warga tempatan turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.Zakaria berkata, JIM akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam melaksanakan operasi secara berterusan dan tegas bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang negara."Langkah ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," katanya.





Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar - Mypress - 27/09 11:04 am

KOTA KINABALU Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…





6 kawasan catat IPU tidak sihat, bacaan tertinggi di Johor - FMT - 27/09 10:18 am

Empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (163), Pengerang (162) dan Larkin (156).





Enam kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 27/09 9:47 am

KUALA LUMPUR - Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (163), Pengerang (162) dan Larkin (156).Di Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan 152, manakala Sri Aman (128).Sebanyak 52 kawasan pula mencatat bacaan pada tahap sederhana, manakala sembilan kawasan merekodkan bacaan baik.Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya





PRN Melaka uji kekuatan sebenar BN, PH dan PN - Denyutreformasi - 27/09 9:39 am

BN tewas semua kerusi Parlimen dipertandingkan, tiada seorang pun wakil BN Melaka di Dewan Rakyat sekarang. Jika undi untuk memilih Ahli Parlimen dalam PRU15 berkenaan dicerakinkan mengikut kawasan DUN, BN hanya menang empat DUN sahaja, iaitu Asahan, Ayer Molek, Rim dan Merlimau





4 maut kereta langgar lori di Sabah - FMT - 27/09 9:29 am

Perodua Viva yang dinaiki empat mangsa terbabas lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan.





Tragedi awal pagi, empat maut Perodua Viva terbabas rempuh lori - Harapandaily - 27/09 9:17 am

Empat lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi ini





Empat lelaki maut kemalangan di Sepanggar - Astroawani - 27/09 9:00 am

Operasi mengeluarkan mangsa selesai pada 3.50 pagi dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.





Jerebu: Enam kawasan catat IPU tidak sihat, empat di Johor - Astroawani - 27/09 8:00 am

Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing merekodkan bacaan IPU 163, diikuti Pengerang (161) dan Larkin (155).





Asyraf Wajdi gesa drama, filem promosi buli dihentikan - Mygazette - 27/09 7:59 am

Susulan itu, polis merekodkan keterangan21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan kejadian tersebut. Selain itu, seorang pelajar Tingkatan Empat turut direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Empat maut Perodua Viva rempuh lori - Sinarharian - 27/09 7:48 am

KOTA KINABALU - Empat lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar, di sini, pada awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mohd Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 pagi.Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Kota Kinabalu."Sebaik tiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah Perodua Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan."Terdapat empat mangsa terlibat dilaporkan tersepit di dalam kenderaan Perodua Viva tersebut dan pasukan bomba segera bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba."Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Mohd Hannis berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.55 pagi selepas pihaknya memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.





4 maut, Perodua Viva rempuh lori - Hmetro - 27/09 7:31 am

Kota Kinabalu: Empat terbunuh selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki merempuh empat kenderaan termasuk sebuah lori yang sedang parkir di Jalan Sepanggar berhampiran Taman Jaya Diri, Sepanggar, di sini, awal pagi tadi





Pelajar senior direman 6 hari bantu siasatan kematian di SMK Zaba - Utusan - 27/09 6:50 am

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan





Pelajar maut dipercayai dihukum suspek akibat langgar peraturan sekolah, kata polis - FMT - 26/09 11:29 pm

Suspek yang juga pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa atas kesalahan itu.





Johor catat bacaan IPU tidak sihat - FMT - 26/09 11:09 pm

Empat kawasan di negeri itu merekodkan bacaan IPU antara 154 hingga 129, manakala keadaan di kawasan lain bertambah baik.





Murid Tahun Empat dakwa ditampar guru ketika solat jemaah - Sinarharian - 26/09 10:19 pm

BEAUFORT - Seorang murid lelaki Tahun Empat mendakwa ditampar seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Membakut, pada Selasa lalu.Kejadian didakwa berlaku ketika mangsa berusia 10 tahun bersama rakannya sedang menunaikan solat di surau sekolah berkenaan sebelum dia menceritakan perkara itu kepada ibunya dan laporan polis dibuat.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 52 tahun selepas mendengar cerita daripada anaknya."Menurut laporan, pengadu memaklumkan anaknya menceritakan bahawa dia telah ditampar menggunakan tangan di bahagian kiri kepala sebanyak dua kali oleh seorang ustaz semasa menunaikan solat Zuhur di surau sekolah."Hasil siasatan awal, mangsa menyatakan semasa berada di saf ketika solat, rakannya telah menolak badannya sehingga keadaan pada ketika itu bising."Imam ketika itu iaitu guru tersebut telah memberhentikan solat lalu menghala ke arah mangsa dan menamparnya di bahagian kepala kiri dengan kuat."Mangsa mendakwa berasa sakit pada ketika itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Katanya, siasatan turut mendapati mangsa mempunyai masalah kesihatan berkaitan ketumbuhan dalam hidung dan telah menjalani tiga pembedahan sejak 2024 serta masih dalam pemantauan doktor."Pada kira-kira jam 12.20 tengah malam Jumaat, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan hidung ketika berada di rumah sebelum dibawa ibunya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Membakut."Ibunya kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki pendarahan berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian tamparan yang didakwa berlaku sebelum ini," katanya.Sehubungan itu, Champin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung laporan berkenaan."Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan untuk menjalankan siasatan," katanya.





Pelajar maut di asrama: Kes dipercayai berpunca kerana langgar peraturan sekolah - Polis - Sinarharian - 26/09 9:11 pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memaklumkan bahawa hasil siasatan awal kes membabitkan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.Susulan itu, suspek, seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan menghukum mangsa berikutan kesalahan itu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.Beliau berkata, suspek kini direman selama enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban."Setakat ini, hanya seorang individu, iaitu pelajar Tingkatan Empat berkenaan, ditahan untuk membantu siasatan kes itu," katanya.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMedia sebelum ini melaporkan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mangsa yang berasal dari Gemenceh, Negeri Sembilan, itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Ibu saudara mangsa, Nur Hijrah (@Nurhijj), menerusi hantaran di Threads memaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada adiknya yang memberitahu anaknya meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.Dalam hantaran susulan, Nur Hijrah memaklumkan jenazah mangsa berada di Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa ke Hospital Seremban untuk bedah siasat





Tiga kenderaan kemalangan, seorang kena serangan jantung gara-gara elak buah sawit terabur - Sinarharian - 26/09 7:56 pm

SEMPORNA - [DIKEMAS KINI] Tindakan tiga kenderaan cuba mengelak buah kelapa sawit yang bertaburan di atas jalan dipercayai punca kemalangan di Simpang 4 Kalumpang di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan parah, seorang wanita mengalami masalah jantung manakala empat lagi mangsa dilaporkan cedera ringan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.52 pagi.Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari BBP Semporna."Sebaik tiba di lokasi, kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu dua pacuan roda jenis Isuzu D-Max, Toyota Hilux dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza."Hasil maklumat awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas muatan buah kelapa sawit yang dibawa sebuah lori terjatuh ke atas jalan raya."Lori berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Tawau, manakala tiga kenderaan terbabit yang turut menuju ke arah sama dipercayai cuba mengelak buah kelapa sawit yang bertaburan di atas jalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Katanya, kemalangan itu melibatkan tujuh mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita."Tiga mangsa wanita mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi mengalami masalah jantung."Seorang mangsa yang juga pemandu Isuzu D-Max tersepit di dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah, seorang lagi cedera ringan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Susulan kejadian itu katanya, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah sebelum membawanya ke Hospital Semporna."Pasukan bomba turut membantu mengangkat mangsa wanita yang juga penumpang MPV mengalami masalah jantung ke ambulans untuk tindakan lanjut."Kesemua mangsa yang memerlukan rawatan kemudian dibawa ke Hospital Semporna," katanya.Zainal berkata, pasukannya turut menjalankan operasi pembersihan sisa minyak, buah kelapa sawit dan serpihan kaca di atas permukaan jalan."Operasi ditamatkan pada jam 12.36 tengah hari selepas memastikan tiada bahaya lain dan keadaan jalan selamat untuk digunakan," katanya.





Kes kematian pelajar SMK Za'ba: Suspek 'hukum' mangsa kerana dipercayai langgar peraturan sekolah - Polis - Astroawani - 26/09 7:22 pm

Susulan itu, suspek, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa berikutan kesalahan itu.





Pelajar maut di asrama: Polis rekod keterangan 21 individu - Sinarharian - 26/09 5:56 pm

SEREMBAN - Polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh."Punca kematian belum dapat ditentukan pada masa ini, dan masih menunggu keputusan ujian lanjutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu, Alzafny berkata, seorang pelajar Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kuala Pilah.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, dan disahkan meninggal dunia.Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah menengah di daerah Kuala Pilah.- Bernama





'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm

KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil





Hormati institusi raja, usah terburu-buru label biadap, derhaka – .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm

Sebelum ini, Perdana Menteri membantah keras tindakan Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan yang didakwa mempertikaikan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dengan menyifatkannya sebagai satu langkah biadab dan tidak bertamadun. Ismail bagaimanapun menegaskan tindakannya bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak bertujuan mengambil alih kuasa Undang Yang Empat





Literasi pertahanan tingkat kefahaman, kesedaran rakyat terhadap keselamatan negara - Mohamed Khaled - Sinarharian - 26/09 2:35 pm

Ia satu kesedaran, satu ilmu dan satu kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap warganegara," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Literasi Pertahanan Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Sabtu.Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Ketua Eksekutif MiDAS Laksdya Datuk Yusne Mokhtar; Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Awang Ashaari dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Datuk Yahya Sulaiman.Mohamed Khaled berkata, masyarakat perlu memahami bahawa ancaman keselamatan kini semakin kompleks dan tidak lagi terhad kepada ancaman fizikal atau ketenteraan, malah turut wujud dalam ruang digital."Jadi atas sebab itulah kita mengadakan program ini (Program Literasi) kita nak bangunkan ketahanan rakyat dan bila adanya ketahanan rakyat, maka ia akan menjadi sebagai satu daya rintang," katanya.Beliau berkata, usaha meningkatkan literasi pertahanan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya masyarakat lebih memahami isu pertahanan dan keselamatan serta peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam menyumbang kepada pertahanan negara.Mohamed Khaled berkata, Sabah dipilih sebagai negeri pertama bagi pelaksanaan program berkenaan sebelum ia diperluas ke seluruh negara.Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata, tiga komponen utama dalam pertahanan negara iaitu pertahanan ialah pagar atau perisai negara, pertahanan ialah payung negara dan pertahanan juga berfungsi sebagai pasak atau pancang kepada sebuah negara yang berdaulat.Beliau berkata, melalui agenda literasi pertahanan, kementerian mahu menyedarkan masyarakat bahawa terdapat banyak ruang dan cara untuk mengukuhkan ketahanan rakyat."Cara yang tidak memerlukan masyarakat untuk menjadi tentera atau mengangkat senjata," katanya pelbagai program akan giat dianjurkan berkaitan kesedaran berkaitan isu-isu pertahanan."Kita mahu masyarakat faham dengan jelas bahawa isu-isu pertahanan tidak lagi bermula dengan kehadiran musuh di sempadan atau perairan negara. Sebaliknya, ancaman kedaulatan berada di mana-mana," katanya.Program sehari itu melibatkan dua pengisian utama iaitu "Bicara Ancaman Kognitif" dan "Bicara Pahlawan Negara" yang memberi fokus kepada dimensi ancaman terhadap pemikiran dan persepsi masyarakat dalam persekitaran keselamatan semasa.Sesi "Bicara Pahlawan Negara" pula melibatkan Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Radzi Abd Hamid selaku moderator bersama empat orang ahli panel khas iaitu Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zain Mohd Said SP; Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid PGB; Pegawai Waren 1 (B) Freaddey Yojod dan Lans Koperal (B) Abdul Rahman Maidin.Literasi Pertahanan Nasional merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan yang diterajui Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).Inisiatif terbabit penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, berkenaan peranan setiap lapisan masyarakat dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara





Sekali lafaz, Zahnita Wilson sah isteri Farouk Osman Yunus - Sinarharian - 26/09 1:20 pm

PELAKON dan model Zahnita Wilson selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.Menurut laporan Utusan Malaysia, pasangan tersebut disatukan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta rakan terdekat.Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan oleh abangnya, Mohd. Julian Hussein dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.Dalam majlis berkenaan, Zahnita menerima mas kahwin sebanyak RM300 selain hantaran berupa dua bentuk cincin serta kelengkapan solat.Kedua-dua mempelai tampil sedondon dalam persalinan serba putih hasil sentuhan Ruby Signature.Terdahulu, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor sebelum perkahwinan selama 20 tahun itu berakhir dengan perpisahan.Hasil perkahwinan terdahulu, Zahnita dikurniakan empat orang cahaya mata





Operasi penguatkuasaan Imigresen Sabah tahan 156 PATI - Mypress - 26/09 12:21 am

TAWAU – Operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia di beberapa kawasan empat daerah negeri ini berjaya menahan seramai 156 orang pendatang asing tanpa izin (PATI)





Berikan ruang kepada N. Sembilan selesaikan urusan mereka – GPMS - Mygazette - 26/09 8:16 am

Sembilan selesaikan urusan mereka - GPMS KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa parti-parti politik serta individu yang tidak berkaitan secara langsung dengan institusi Negeri Sembilan supaya tidak mencampuri atau mengeruhkan isu yang sedang berlaku di Negeri Sembilan. GPMS berpandangan, perkara yang menyentuh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Adat Perpatih serta institusi berkaitan sewajarnya diberikan ruang untuk diselesaikan oleh pihak-pihak yang mempunyai kedudukan dan tanggungjawab dalam struktur adat serta pemerintahan Negeri Sembilan





Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin minta Tuanku Muhriz berundur - Mygazette - 26/09 8:16 am

# Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin minta Tuanku Muhriz berundur KUALA LUMPUR - Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menasihatkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir agar bermuhasabah, merendah hati dan menerima hakikat bahawa beliau telah diturunkan takhta





SPRM serah notis kepada Saravanan, isteri dan tiga anak Isnin ini - Mygazette - 26/09 8:16 am

Difahamkan Saravanan akan hadir bersama isteri dan dua anaknya manakala akan berbuat demikian pada November kerana masih belajar di London. Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1.097 juta, empat tahun lalu





Ramai masih sayang ayahanda – Nizar - Mygazette - 26/09 8:16 am

Kalau tidak, mana mungkin mereka nak menyumbang ke tabung ini kalau tiada jasa langsung. "Rupa-rupanya ramai juga rakyat Malaysia yang masih sayangi ayahanda dan tergerak hati untuk membantu, masih ingat kepada ayahanda walaupun sudah empat tahun di sebalik tirai besi," katanya ketika sidang media khas UMNO Bahagian Pekan, di sini





Krisis N. Sembilan: Pembangkang diingatkan jangan menanguk di air keruh - Mygazette - 26/09 8:16 am

# Krisis N. Sembilan: Pembangkang diingatkan jangan menanguk di air keruh KUALA LUMPUR Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menggesa parti politik pembangkang supaya tidak mengambil kesempatan dengan kemelut takhta serta urusan adat dan pemerintahan Negeri Sembilan





Kuasa pilih, turunkan Yang di-Pertuan Besar prerogatif kami - Mygazette - 26/09 8:16 am

# Kuasa pilih, turunkan Yang di-Pertuan Besar prerogatif kami KUALA LUMPUR - Kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan adat prerogatif Undang Yang Empat yang termaktub dalam Perkara 7, Perkara 10 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959





PNB sasar RM15 bilion pelaburan aset hijau menjelang 2030 - Mygazette - 26/09 8:16 am

Ini termasuk mencapai sasaran Perusahaan Sifar Bersih 2025, memastikan 100 peratus penggunaan elektrik perusahaan PNB disokong oleh sijil tenaga boleh baharu, serta melabur sebanyak RM8.1 bilion dalam aset hijau dan aset peralihan. Kami turut mencatat kemajuan dalam memperkukuh amalan di tempat kerja serta pelaburan bertanggungjawab merentasi portfolio kami, katanya





Piala ASEAN FIFA mungkin kembali empat tahun lagi - Hotfm - 25/09 9:54 pm

Jakarta: Belum pun tirai edisi sulung dilabuhkan, Piala ASEAN FIFA sudah membuka kemungkinan untuk kembali menggegarkan rantau ini empat tahun lagi.





Baru Empat Tahun, Netizen Puji Bilal Lancar Baca Surah Al-Adiyat - Rotikaya - 25/09 7:34 pm

Menerusi video dikongsikan, PU Riz dilihat menyemak Bilal membaca surah Al-Adiyat yang... Baca selanjutnya → The post Baru Empat Tahun, Netizen Puji Bilal Lancar Baca Surah Al-Adiyat appeared first on ROTIKAYA .





Tamatkan segera krisis di Negeri Sembilan - Msomelayu - 25/09 7:25 pm

Institusi Yang di-Pertuan Besar tidak diwarisi secara turun-temurun seperti sistem kesultanan di negeri-negeri lain. Pemilihannya mempunyai kaitan rapat dengan Adat Perpatih dan peranan Undang Yang Empat





'Datuk Undang' kritik keputusan Tuanku Muhriz singkir exco - Mkini - 25/09 6:23 pm

"Hanya Tuanku Nadzaruddin yang mempunyai kuasa sah untuk menjalankan segala fungsi Yang di-Pertuan Besar," dakwa empat pembesar negeri yang dipertikaikan itu.





“Mengembalikannya ke keadaan asal” – Ramai Sebak Lihat Secangkir Cafe Dirobohkan, Luahan Kontraktor Jadi Perhatian - Lobakmerah - 25/09 5:56 pm

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.55 malam itu, Kosmo! melaporkan bahawa sebuah lori tangki simen hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan menghala ke arah Pantai Timur. Kemalangan tersebut telah meragut empat nyawa dan seperti […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





UDA kenal pasti aset untuk diberi nafas baharu - Sinarharian - 25/09 5:23 pm

KUALA LUMPUR - UDA Holdings Berhad (UDA) mengenal pasti kira-kira empat hingga lima aset di seluruh negara untuk diperbaharui dan diaktifkan semula bagi membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi pendekatan pembaharuan aset lama bagi mewujudkan ruang komersial moden dan premium yang mampu diakses usahawan tempatan.Menurutnya, Chinatown 1974 di Jalan Petaling yang dibangunkan semula daripada bangunan Tunas Utama milik UDA menjadi antara contoh usaha berkenaan."Baru-baru ini saya nampak Chinatown 1974 tular di TikTok





SPRM arah Saravanan, isteri dan tiga anak isytihar harta - Sinarharian - 25/09 5:06 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, bersama isteri dan tiga anaknya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 akan diserahkan secara rasmi kepada mereka menerusi serahan tangan pada Isnin depan."Saravanan dan keluarganya telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Beliau, isteri dan dua anaknya akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pagi Isnin bagi tujuan penyerahan notis."Penyerahan notis kepada seorang lagi anaknya akan dibuat pada November kerana beliau masih melanjutkan pengajian di London," katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Ahli Parlimen Tapah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah hampir RM1.09 juta yang dikaitkan dengan kelulusan kuota 1,000 pekerja asing bagi sebuah syarikat empat tahun lalu.Dalam perkembangan berkaitan, Abd Halim berkata, SPRM masih belum menerima maklum balas berhubung pengisytiharan harta daripada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya."Tempoh sebulan masih belum berakhir





Juruterapi kecantikan Indonesia kaut RM50,000 sebulan dicekup - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# Juruterapi kecantikan Indonesia kaut RM50,000 sebulan dicekup KUALA LUMPUR Tujuh warga Indonesia termasuk enam wanita yang dipercayai menjalankan perkhidmatan kecantikan dan estetik secara haram dengan keuntungan mencecah sehingga RM50,000 sebulan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Rabu lalu. Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 44 tahun itu dipercayai menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan tempatan dan warga asing, khususnya warga Indonesia di Lembah Klang, dengan menggunakan premis kediaman yang disewa bagi mengaburi pihak berkuasa





Krisis N. Sembilan: Sekretariat gesa Tunku Nasaruddin tarik diri - Mygazette - 25/09 3:15 pm

Dr Mohd Aluwi Sari menegaskan, kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 adalah sah. Kami memohon agar Tunku Nasaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar menarik diri daripada diangkat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 oleh Undang Luak Yang Empat





Proklamasi: Saya tak tandatangan, kenapa Ismail tandatangan? ??? Aminuddin - Mygazette - 25/09 3:15 pm

AGC turut berpandangan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar. Bagaimanapun, pendirian berkenaan dipertikaikan pihak yang mewakili Undang Yang Empat yang mendakwa proses siasatan pada 5 Mac dan 19 April telah memenuhi kehendak Perkara 10





Selepas 9 bulan, Najib mohon gantung hukuman penjara 15 tahun dan denda .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm

Sementara itu, media melaporkan, tiada tempoh atau had masa ditetapkan untuk bekas Perdana Menteri itu menjelaskan denda RM50 juta yang menjadi syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah. Najib memohon menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah RM11.38 bilion terhadapnya bagi empat pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB





Kanak-kanak kerap 'berkhayal' mungkin petanda sawan absens - Sinarharian - 25/09 3:14 pm

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dan guru disaran tidak menganggap remeh keadaan kanak-kanak yang kerap 'termenung' atau 'berkhayal' seperti kurang memberikan perhatian kerana ini mungkin petanda sawan absens, iaitu sejenis epilepsi ringan yang sukar dikesan.Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Tan Jen Ern berkata, sawan absens kebanyakannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, dengan kemuncak pada usia enam hingga tujuh tahun ketika otak sedang melalui fasa perkembangan penting.Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kanak-kanak hilang kesedaran secara tiba-tiba selama lima hingga 15 saat, tanpa kanak-kanak terjatuh atau mengalami kekejangan, iaitu berbeza dengan jenis sawan yang lazim berlaku."Keadaan berkhayal biasanya boleh dihentikan dengan memanggil nama kanak-kanak dengan kuat atau menyentuh mereka





Simpan 78 video lucah, kelindan lori didenda RM3,500 - Kosmo - 25/09 2:54 pm

Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Sabri Muhamat Solehan, 33, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Tertuduh turut berdepan hukuman penjara empat bulan ..





IPU di empat kawasan Sarawak terus menurun, jerebu beransur pulih - Astroawani - 25/09 2:40 pm

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Serian merekodkan penurunan satu mata kepada 173 berbanding 174 pada jam 1 tengah hari.





Jangan campur tangan urusan N Sembilan, PM dan AG diberitahu - FMT - 25/09 1:57 pm

Empat individu mendakwa sebagai Undang serta Tunku Besar Tampin berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan AGC tiada kuasa campur tangan berkait bidang kuasa perlembagaan mereka.





Jerebu: Empat kawasan di Sarawak masih catat IPU tidak sihat, bacaan terus menurun - Astroawani - 25/09 12:20 am

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Serian merekodkan penurunan dua mata kepada 175 berbanding 177 pada jam 11 pagi, namun kekal dalam kategori tidak sihat bersama Kuching (163), Samarahan (162) dan Sri Aman (158).





Anak Usia 10 Tahun Setiap Pagi Bancuh Kopi, Teman & Jaga Ibu Hidap Masalah Saraf…Tak Pernah Rasa Beban - Siraplimau - 25/09 11:52 am

Ketika kanak-kanak seusianya masih bebas menikmati waktu bermain, Muhammad Shameer Farriez Amir Nizam, 10, sudah biasa memikul tanggungjawab di rumah selepas ibunya berdepan masalah saraf yang mengehadkan pergerakannya. Murid Tahun Empat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai itu bukan sahaja membantu urusan harian ibunya, Juraimie Ramli, 42, malah turut melakukan kerja rumah dan menjual aiskrim […] The post Anak Usia 10 Tahun Setiap Pagi Bancuh Kopi, Teman & Jaga Ibu Hidap Masalah SarafTak Pernah Rasa Beban first appeared on SirapLimau.com .





Saya tidak tahu - Anak Najib enggan ulas isu denda RM50 juta - Sinarharian - 25/09 10:59 am

KUALA LUMPUR - "Saya tidak tahu."Demikian kata anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ketika ditanya mengenai pembayaran denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat bapanya.Beliau berkata demikian sambil melemparkan senyuman kepada pihak media ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Nooryana hadir bersama anak-anaknya bagi mengikuti prosiding permohonan bapanya untuk menangguhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion yang dikenakan terhadapnya dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Anak keempat Najib juga tidak mengulas mengenai jumlah yang terkumpul sebelum memasuki lif menuju ke mahkamah untuk bertemu bapanya.Najib sebelum ini dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.Pada 26 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah, mendapati Najib bersalah terhadap kesemua 25 pertuduhan berkenaan, membabitkan dana 1MDB berjumlah kira-kira RM2.3 bilion.





[TERKINI] Kes 1MDB: Permohonan Najib tangguh hukuman penjara 15 tahun didengar 14 Oktober - Astroawani - 25/09 10:40 am

Najib failkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman selepas didapati bersalah empat tuduhan salah guna kedudukan serta 21 tuduhan ubah wang haram.




Reformasi     >>



Anwar calls for UiTM Holdings review, chair says .. - Mkini
'Let's not pass judgment now. First, examine whether these are ordinary weaknesses,' says PM.
Kroni     >>



Iran insists on diplomatic solution after Trump .. - NST
CAIRO: Iran on Sunday insisted that only diplomacy can solve its conflict with the United States and Israel after US President Donald Trump said he rejected an Iranian proposal to reopen the Strait of Hormuz and end fighting.
Tabloid     >>



SPRM Siasat Kes Kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd - Siakapkeli
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2...
Tech     >>



WhatsApp is redesigning its Android app, here's how - Gsmarena
WhatsApp is currently in the process of redesigning its Android app, according to a new report. The redesign is right now focused on the apps navigation bar, which is getting a new look and a new item inside of it. The image below shows the rough state of the current development - this is ..
World     >>



Iran war live: Tehran vows not to back down as Trump .. - Aljazeera
US president rejects Iran's seven-day plan to reopen the Strait of Hormuz, saying the deal is not 'acceptable'.
Motor Trend     >>



Motosikal Dari Malaysia Ke Itali, Mka Group Jalin .. - Mekanika
# DARI MALAYSIA KE ITALI, MKA GROUP JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN BITUBO **MKA Group, syarikat induk di belakang jenama RCB, telah pun mengumumkan kerjasama strategik dengan pengeluar suspensi Itali, Bitubo.** Kerjasama itu menyaksikan MKA Group melaksanakan pelaburan signifikan pada jenama ..