| /// |
|
| Search : Dasar Pendidikan Kebangsaan News | Page 1 |
|
‘Ada orang tidak suka, ada pemain jumpa presiden’ - Utusan - 18/05 8:25 am PETALING JAYA: Pendekatan tegas yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei bagi mempertingkatkan tahap disiplin atlet kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), membuat pemain kebangsaan ‘tidak senang duduk’ |
|
Bangkit atau disingkir - Utusan - 18/05 8:05 am PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao di ambang penyingkiran daripada skuad kebangsaan selepas diberi amaran keras oleh Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei berhubung masalah disiplin yang semakin membimbangkan |
|
Nik Nazmi, Rafizi khianati mandat rakyat - AMK - Sinarharian - 17/05 11:21 pm SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu demi mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) dianggap keputusan mengecewakan serta mengkhianati mandat rakyat, dakwa Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu patut memberi tumpuan penuh kepada amanah menjaga kebajikan rakyat dan membantu memperkukuh kestabilan negara.Ia kerana baginya, perkara tersebut amat mustahak memandangkan rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dunia serta cabaran krisis bekalan global."Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah percaturan politik peribadi, langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan Madani."Rakyat Pandan dan Setiawangsa memberikan mandat untuk berkhidmat, bukannya menjadikan kerusi dimenangi sebagai batu loncatan membina platform politik baharu selepas menang pilihan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Danish berpendapat bahawa tindakan sedemikian juga memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab kerana memaksa negara berdepan pilihan raya kecil (PRK).Tambah beliau, ia bakal melibatkan kos besar menggunakan wang rakyat ketika negara masih berusaha memulihkan ekonomi dan menghadapi cabaran global.Jelasnya lagi, rakyat hari ini mahukan kestabilan politik, dasar konsisten dan pemimpin yang fokus bekerja menyelesaikan masalah rakyat."Bukannya ahli politik yang terus bermain percaturan demi 'survival' dan cita-cita politik sendiri."Jika benar mahu membawa idealisme atau perjuangan baharu, mereka sepatutnya mendapatkan mandat baharu lebih awal dan bukannya menggunakan kedudukan dimenangi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memperkukuh parti lain," ujar beliau.Justeru, kata Danish, pihaknya akan terus istiqamah mempertahankan agenda reformasi, kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat tanpa tunduk kepada politik kecewa atau percaturan individu tertentu."Perjuangan reformasi tidak boleh dijadikan slogan ketika mahu meraih sokongan rakyat, kemudian ditinggalkan apabila kepentingan politik peribadi mula mengatasi amanah perjuangan," tegas beliau.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar PKR, seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa, masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya pada Ahad.Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, seterusnya pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.Rafizi dan Nik Nazmi dalam program sama mengesahkan mengambil alih Bersama, iaitu parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. |
|
JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI - Mypress - 17/05 8:49 pm JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor |
|
Kerajaan tidak bincang klasifikasi T20, fokus BUDI diesel - Amir Hamzah - Sinarharian - 17/05 7:12 pm BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan belum membincangkan sebarang cadangan untuk mewujudkan klasifikasi baharu melibatkan kumpulan berpendapatan tinggi setakat ini.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebaliknya kerajaan akan memberi fokus kepada penambahbaikan inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) sedia ada."Kami (kerajaan) tidak membincangkan apa-apa untuk klasifikasi T20, kita tidak bincang lagi, jadi saya tidak tahu macam mana yang (isu) T20 ini keluar."Pendekatan kita ialah untuk melihat penggunaan diesel untuk seluruh negara, kita menggunakan pendekatan yang dibuat dalam BUDI Diesel kerana kita merasakan sistem yang ada itu cukup lengkap dan adil untuk semua orang dan kita akan memperluas ke Sabah dan Sarawak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Blok Tambahan Kelas Prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Wan Hashim Wan Rahim.Mengulas mengenai harapan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan 300 liter bawah BUDI95 kepada warga pendidik, Amir Hamzah berkata kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa pasaran minyak global serta beban subsidi yang ditanggung.Beliau berkata, konflik di Asia Barat telah memberi tekanan kepada bekalan minyak dunia, sekali gus menyebabkan peningkatan kos subsidi kerajaan yang melonjak daripada sekitar RM700 juta sebulan kepada hampir RM7 bilion pada Mac lepas, sebelum menurun kepada hampir RM3.5 hingga RM4 bilion kebelakangan ini.Katanya, pendekatan kerajaan kini fokus untuk memastikan bekalan bahan api mencukupi dan pada masa sama menggalakkan penggunaan secara berhemat.Dalam pada itu, beliau berkata, kini perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) boleh memohon pembiayaan melalui Kemudahan Kestabilan Perusahaan, Kecil dan Sederhana (SME SRF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM5 bilion.Katanya, PMKS yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum sebanyak 3.7 peratus setahun.Jumaat lepas, Presiden NUTP Aminuddin Awang berharap kerajaan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru kerana terdapat guru yang menggunakan kuota subsidi BUDI95 individu untuk urusan rasmi.- Bernama |
|
KONVENSYEN PH Anwar seru semua mesti berani jawab fitnah dengan fakta - Harapandaily - 17/05 7:00 pm Semua anggota Pakatan Harapan (PH) diseru menjawab semua fitnah segera dengan fakta yang lengkap |
|
Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak boleh dikompromi - Zambry - Sinarharian - 17/05 6:00 pm SHAH ALAM - Kerajaan tidak boleh mengorbankan asas Dasar Pendidikan Kebangsaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan mana-mana aliran pendidikan tertentu.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kenyataan Dong Zong bertarikh 15 Mei yang mendakwa kerajaan gagal mencerminkan keadilan pendidikan terhadap pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah tersasar dan tidak bertanggungjawab.Menurutnya, kerajaan mengambil pendekatan seimbang, inklusif dan bertanggungjawab dalam memastikan akses pendidikan tinggi dapat diperluaskan tanpa mengorbankan asas Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Dalam sebuah negara berdaulat, sistem pendidikan bukan sekadar alat akademik semata-mata."Ia turut melibatkan pembinaan identiti nasional, pengukuhan perpaduan, pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kefahaman terhadap sejarah dan kenegaraan Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.Zambry berkata, atas sebab itu kerajaan tidak boleh mengubah asas sistem nasional semata-mata untuk memenuhi tuntutan mana-mana aliran pendidikan tertentu.Sebaliknya, jelas beliau, mana-mana aliran pendidikan yang mahu mendapat akses lebih luas ke institusi awam perlu menunjukkan kesediaan untuk bergerak dalam kerangka nasional negara ini.Beliau berkata, langkah kerajaan memberi laluan kepada calon UEC memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kursus tertentu dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina dengan syarat mereka memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan sesuatu yang kabur, tidak adil atau kecacatan sistemik seperti didakwa Dong Zong."Sebaliknya, ia adalah satu pendekatan yang inklusif dan bertanggungjawab dalam menghormati kerangka Dasar Pendidikan Kebangsaan."Dalam hubungan ini, ketegasan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Sejarah sebagai asas kenegaraan tidak boleh dikompromi," ujarnya lagi.Beliau berkata, prinsip itu mesti dilaksanakan secara konsisten dan tidak boleh berubah hanya kerana tekanan politik atau tuntutan mana-mana pihak.Menurutnya, isu lebih besar ialah bagaimana negara membina titik temu nasional dalam masyarakat majmuk dan pendidikan tidak boleh terus dilihat daripada sudut tuntutan kelompok tertentu atau identiti sempit semata-mata.Tegasnya, masa depan Malaysia memerlukan satu asas bersama yang mampu menghubungkan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pemahaman terhadap sejarah negara serta semangat kenegaraan yang sama.Zambry berkata, Dong Zong juga perlu memahami bahawa universiti awam ialah institusi nasional yang tertakluk kepada dasar negara."Oleh itu, kerajaan berhak menetapkan syarat tertentu demi menjaga standard pendidikan, keharmonian sistem dan kepentingan jangka panjang negara," katanya.Tambahnya, kerajaan kekal komited memastikan pendidikan tinggi negara terus bersifat inklusif, adil dan berkualiti, namun inklusif tidak bermaksud kerajaan perlu mengorbankan dasar asas negara. |
|
KONVENSYEN PH Jangan tunggu pilihan raya baru nak bantu rakyat - Harapandaily - 17/05 6:00 pm Pengerusi Pakatan Harapan(PH) mempertahankan dasar ekonomi Kerajaan MADANI dengan menegaskan pelbagai bantuan dan reformasi yang dilaksanakan kerajaan bukan dilakukan kerana pilihan raya, tetapi sebagai dasar konsisten untuk membantu rakyat |
|
Amir Hamzah menghadap Sultan Pahang minggu ini perjelas isu peruntukan Persekutuan - Sinarharian - 17/05 5:52 pm BALIK PULAU - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat bagi memperjelaskan isu berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri berkenaan.Amir Hamzah berkata, komitmen Kerajaan Persekutuan jelas dalam memastikan setiap peruntukan kepada negeri dibuat berdasarkan keperluan dan Perlembagaan Persekutuan."Saya akan menghadap Sultan Pahang, insya-Allah minggu ini untuk memperjelaskan sedikit dan ini bagi memastikan semua pihak faham apa yang telah kami berikan dan peruntukan yang disediakan."Saya rasa perkara ini tiada masalah," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian dan Penyerahan Blok Tambahan Kelas Prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh di sini hari ini.Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan peruntukan kepada negeri dari semasa ke semasa, khususnya melibatkan perbelanjaan pembangunan berdasarkan keutamaan semasa.Pada 8 Mei lepas, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15 bertitah mempersoalkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu |
|
Hari ini iktiraf UEC, esok akan muncul tuntutan lebih besar - Harakahdaily - 17/05 5:26 pm ALOR SETAR: Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke universiti awam negara, membuktikan Kerajaan Madani tidak tegas mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dibina sejak sekian lama |
|
UEC: Tolak selain dasar pendidikan negara, itu prioriti - Harakahdaily - 17/05 5:16 pm ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disarankan agar menilai semula kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diiktiraf layak ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
|
Loke puji Anwar atas keputusan berhubung UEC - FMT - 17/05 4:37 pm Setiausaha agung DAP berkata, isu ini harus dilihat secara khusus sebagai dasar pendidikan bertujuan perluas akses kepada pengajian tinggi. |
|
Kampung Bantal bakal jadi Kampung Diraja pertama Pahang - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Kampung Bantal bakal jadi Kampung Diraja pertama Pahang KUANTAN - Kampung Bantal di Jerantut bakal dinaik taraf dan dinamakan Kampung Diraja yang pertama di Pahang |
|
RM100 juta untuk PACE, kerajaan mahu lahir tenaga kerja kelas dunia - Mygazette - 17/05 4:27 pm # RM100 juta untuk PACE, kerajaan mahu lahir tenaga kerja kelas dunia KUALA LUMPUR Sejumlah RM100 juta diperuntukkan menerusi inisiatif Progressive Acceleration for Capability & Employability (PACE) dalam usaha mempercepat pembangunan bakat tempatan serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara |
|
Kerajaan Madani paling banyak laksana agenda MA63 – Mustapha Sakmud - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Kerajaan Madani paling banyak laksana agenda MA63 - Mustapha Sakmud JOHOR BAHRU Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menegaskan Kerajaan Madani merekodkan pencapaian terbesar dalam melaksanakan agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negara |
|
Kerajaan mungkin tidak popular, tapi kita selesaikan masalah rakyat .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Kerajaan mungkin tidak popular, tapi kita selesaikan masalah rakyat - Amirudin JOHOR BAHRU Laungan Reformasi bergema lebih 6,000 perwakilan dan penyokong ketika Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor 2026 berlangsung di sini hari ini, sebaik Datuk Seri Amirudin Shari tampil menyampaikan ucapan penuh semangat mempertahankan rekod pentadbiran gabungan itu |
|
PH bukan kerajaan kaut kekayaan, susun projek – Adam Adli - Mygazette - 17/05 4:27 pm # PH bukan kerajaan kaut kekayaan, susun projek - Adam Adli JOHOR BAHRU Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim menegaskan Pakatan Harapan (PH) bukan sebuah kerajaan yang dibentuk untuk mengaut kekayaan atau menyusun projek demi kepentingan kelompok tertentu |
|
UEC bukan gantikan SPM, tak ancam Bahasa Melayu – Anthony - Mygazette - 17/05 4:27 pm # UEC bukan gantikan SPM, tak ancam Bahasa Melayu - Anthony JOHOR BAHRU Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan, isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan mengancam kedudukan Bahasa Melayu |
|
Johor medan ujian terbesar PH hadapi pilihan raya – Saifuddin Johor .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Johor medan ujian terbesar PH hadapi pilihan raya - Saifuddin JOHOR BAHRU - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Johor sebagai antara negeri paling penting kerana hampir berdepan pilihan raya sekali gus menjadi medan utama untuk PH mempertahankan keyakinan rakyat |
|
Tak puas hati isu UEC, Anthony minta MCA rujuk menteri daripada... - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Tak puas hati isu UEC, Anthony minta MCA rujuk menteri daripada BN JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merujuk kepada Menteri Pendidikan Tinggi daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) |
|
Pembangunan negeri dipacu secara secara menyeluruh: Raja Muda Perlis - Utusan - 17/05 4:24 pm ARAU: Pembangunan negeri ini akan terus dipacu secara menyeluruh meliputi aspek kebajikan, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan prasarana melalui perancangan rapi serta berterusan |
|
UEC tidak jejas kedudukan Bahasa Melayu - Anthony Loke - Sinarharian - 17/05 4:17 pm JOHOR BAHRU Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu.Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, dakwaan kononnya pengiktirafan UEC melemahkan kedudukan bahasa Melayu tidak berasas kerana pelajar UEC tetap perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Jangan bimbang, Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan kita selama-lamanya |
|
Genggam Emas Canselor lepas gigih dalami bahasa Inggeris - Kosmo - 17/05 3:48 pm SHAH ALAM – Kegigihan seorang graduan mendalami ilmu bahasa Inggeris sejak 2020 berbaloi apabila dinobatkan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-37 di sini, hari ini |
|
UEC bukan ancam kedudukan bahasa Melayu – Anthony - Kosmo - 17/05 3:45 pm JOHOR BAHRU Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook menegaskan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan bertujuan menidakkan penguasaan bahasa Melayu, sebaliknya membuka ruang kepada rakyat menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Tamil dan Mandarin |
|
Kalau FIFA salah, cabar FIFA - Hotfm - 17/05 2:07 pm Kuala Lumpur: Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya terus mempersoalkan pendirian pihak berkaitan berhubung isu tujuh pemain warisan yang didakwa terbabit dengan pemalsuan dokumen sehingga menyebabkan skuad kebangsaan dikenakan tindakan di peringkat antarabangsa. |
|
Sidang DUN khas 24 Jun ini umum pembubaran untuk PRN Johor? - Sinarharian - 17/05 1:57 pm JOHOR BAHRU - Satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan diadakan pada 24 Jun ini dikaitkan dengan pengumuman pembubaran DUN bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Permintaan supaya kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersiap sedia untuk sidang DUN khas tersebut sudah mula disebarkan kepada mereka menerusi aplikasi WhatsApp.Perkembangan itu susulan pengumuman Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sabtu yang mengumumkan BN akan bertanding di 56 kerusi DUN.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon ketika dihubungi memaklumkan setakat ini tiada arahan ataupun surat rasmi dikeluarkan berhubung perkara tersebut."Saya baru bertemu Onn Hafiz pagi tadi, kami ada program di Tasik Merdeka |
|
Khlir tak berhasrat sertai Umno, hadir program atas jemputan - Hotfm - 17/05 1:30 pm Ahli Parlimen Ketereh itu berkata beliau hadir program Umno itu juga atas dasar penyatuan ummah. |
|
Khlir tak berhasrat sertai Umno, hadir program atas jemputan - FMT - 17/05 1:30 pm Ahli Parlimen Ketereh itu berkata beliau hadir program Umno itu juga atas dasar penyatuan ummah. |
|
UEC: Geraham kesal kerajaan dilihat ambil langkah ke belakang - Sinarharian - 17/05 12:20 am ALOR SETAR - Gabungan Gerak Rakyat Hidupkan Amar Maaruf Hancur Aktiviti Maksiat (Geraham) kesal terhadap tindakan kerajaan yang dilihat semakin membuka ruang kepada penerimaan pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam.Pengerusi Secretariat Geraham, Noor Hakimi Ab Halim berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengambil keputusan yang dilihat mengundur ke belakang sebaliknya memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan, memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dan memastikan semua dasar pendidikan bergerak selari dengan semangat Perlembagaan serta kepentingan nasional negara.Menurutnya, ia bukan sekadar isu kemasukan mahasiswa ke institusi pengajian tinggi tetapi melibatkan masa depan identiti nasional, prinsip pendidikan kebangsaan serta arah pembinaan negara bangsa Malaysia."Tindakan kerajaan ini memperlihatkan seolah-olah kepimpinan negara hari ini semakin tidak tegas mempertahankan asas yang telah dibina sejak sekian lama melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan."Lebih membimbangkan apabila keputusan seperti ini dilihat sebagai langkah ke belakang dalam usaha memperkukuhkan perpaduan nasional melalui satu sistem pendidikan yang berteraskan identiti negara," katanya menerusi satu kenyataan.Noor Hakimi berkata, Geraham berpandangan bahawa pemimpin seharusnya memahami dan menjiwai semangat pembinaan negara bangsa yang diasaskan atas kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan serta sistem pendidikan nasional sebagai alat penyatuan rakyat pelbagai kaum."Namun hari ini, prinsip tersebut semakin dilonggarkan sedikit demi sedikit demi memenuhi tekanan dan kepentingan politik tertentu," dakwanya.Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan ialah berlakunya normalisasi terhadap tindakan luar kebiasaan yang bercanggah dengan semangat asal pembinaan negara.Katanya, perkara yang dahulu dianggap sensitif terhadap identiti nasional kini mula dibiasakan secara perlahan-lahan sehingga rakyat semakin dipaksa menerima kompromi yang berterusan."Jika keadaan ini terus dibiarkan, rakyat perlu bersedia melihat lebih banyak lagi perkara asas negara yang mungkin akan tergadai pada masa hadapan."Hari ini isu UEC diperluaskan |
|
59.2 peratus pekerja hidap obesiti - Timbalan Menteri - Sinarharian - 17/05 12:03 am PUTRAJAYA - Sebanyak 59.2 peratus pekerja yang menjalani Program Saringan Kesihatan (HSP) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2023 hingga 2025 didapati mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, dapatan itu turut menunjukkan kira-kira 19 peratus daripada mereka menghidap diabetes manakala 17.45 peratus pekerja mempunyai tekanan darah tinggi.Beliau berkata, analisis itu juga menunjukkan kira-kira 59.24 peratus yang menjalani saringan didapati mempunyai masalah kolesterol tinggi dengan profil risiko terlibat berada dalam kalangan pekerja berusia 40 hingga 59 tahun."Kita perlu sedar bahawa memasuki fasa usia sebelum persaraan ialah tempoh produktif, tetapi pada masa yang sama, ia merupakan tempoh kritikal bagi risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)."Malah, Kementerian Kesihatan juga mendedahkan hanya 14.7 peratus warga emas di Malaysia ketika ini dapat mencapai tahap penuaan sejahtera," katanya berucap pada majlis perasmianprogram PERKESO Run and Ride 2026 sempena Hari Pekerja 2026di sini pada Ahad.Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menjalankan tugas Ketua Setiausaha KESUMA Dr Mohd Shaharin Umar; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Rahimi Ismail; Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal sertaKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.Khairul Firdaus turut menyuarakan kebimbangan terhadappenyakit kanser yang kekal sebagai punca kematian ketiga tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang kini semakin kerap berlaku dalam kalangan usia muda.Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar kesedaran mengenai bahaya NCD tidak dipandang ringandan pekerja disarankan untuk membudayakan hidup sihat sertapemakanan seimbang.Mengenai PERKESO Run and Ride 2026, Khairul Firdaus berkata, program itu menunjukkan momentum positif dengankadar penyertaan pada Ahad menunjukkan kelompok peserta berusia 40 hingga 50-an mewakili hampir 30 peratus daripada keseluruhan peserta."Perkembangan yang amat baik dan saya harap semua pekerja tanpa mengira peringkat umur akan terus membudayakan corak hidup sihat."Hal ini kerana aspek kesihatan pekerja adalah penentu produktiviti kita, malah secara tidak langsung mempengaruhi kelangsungan sosioekonomi," katanya.Penganjuran PERKESO Run and Ride 2026 yang memasuki edisi kesembilan tahun ini, menerima penyertaan terbesar dengan 12,000 individumenyertai program tersebut, sekali gus memanifestasi sokongan KESUMA dalam menggerakkan perubahan gaya hidup secara kolektif |
|
NUM Bentuk gelombang permurnian fahaman politik - Msomelayu - 17/05 10:15 am RENCANA AHAD TANPA diwar-warkan dan publisiti besar-besaran dimedia eletronik dan media sosial, semalam telah berlangsung satu majlis yang sangat penting dan bermakna dalam usaha memurnikan pemikiran siasah atau politik negara ini |
|
NAFAS perkukuh strategi pemasaran jenama Peladang - Sinarharian - 17/05 10:05 am MUAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus memperkukuh kedudukan jenama Peladang apabila menjalin kerjasama strategik dengan rangkaian pasar raya Megamart bagi memperluas pemasaran produk keluaran tempatan ke pasaran runcit moden.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, langkah itu merupakan satu inisiatif penting dalam meningkatkan akses pengguna terhadap produk berkualiti keluaran peladang tempatan, di samping memperkukuh rantaian pemasaran sektor agromakanan negara.Beliau berkata, kerjasama tersebut membuktikan kemampuan NAFAS untuk membawa produk jenama Peladang ke platform pasaran yang lebih luas dan kompetitif."Usaha ini bukan sahaja membuka peluang pasaran baharu kepada produk tempatan, malah membantu meningkatkan daya saing usahawan peladang dalam industri peruncitan moden," katanya selepas merasmikan Festival Agro MADANI Peladang@NAFAS Mall di Muar, Johor pada Sabtu.Sementara itu, Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin berkata beberapa produk di bawah jenama Peladang seperti minuman 3 dalam 1 (kopi o, teh dan coklat), santan dan sardin telah mula dipasarkan di rangkaian Megamart cawangan NAFAS Mall menerusi kerjasama strategik tersebut.Sebagai permulaan, NAFAS memasarkan di satu lokasi sahaja dan akan meluaskan ke rangkaian lain pada masa akan datang.Menurut beliau, inisiatif itu selaras dengan usaha NAFAS untuk memperkukuh penjenamaan serta memperluas capaian produk keluaran peladang ke seluruh negara."NAFAS komited untuk memastikan jenama PELADANG terus berkembang sebagai produk pilihan pengguna dengan mengekalkan standard kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan," katanya.NAFAS Mall mula beroperasi pada April 2012 kini menjadi antara pusat aktiviti ekonomi komuniti Muar - Tangkak dengan menempatkan Pasaraya Megamart, Mr |
|
'Bukan kejar views tapi nak ubah persepsi masyarakat' - Sinarharian - 17/05 8:30 am KENINGAU - Di sebalik lambakan kandungan media sosial yang mengejar tontonan dan populariti, seorang guru memilih platform digital sebagai medium untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap dunia pendidikan khas dan potensi murid neurodivergen.Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, berkata, beliau berkongsi ilmu berkaitan terapi sensori, inovasi pendidikan dan pendekatan pembelajaran yang boleh membantu guru serta ibu bapa.Menurutnya, ia bagi memberi kesedaran bahawa setiap anak mempunyai potensi berjaya jika diberikan pendekatan, kasih sayang dan persekitaran pembelajaran yang sesuai."Saya berasakan kisah-kisah ini perlu dikongsi agar masyarakat dapat memahami bahawa pendidikan khas bukan tentang kelemahan, sebaliknya potensi yang menunggu untuk difahami," katanya kepada Sinar Ahad.Dr Velerie berkata, pengalaman sebenar bersama murid di sekolah menjadi asas kepada setiap kandungan yang dihasilkan.Mengulas lanjut, jelas beliau, setiap kandungan pendidikan dihasilkan berpandu kepada asas pedagogi yang jelas dan selari dengan kurikulum serta keperluan murid.Ujarnya, bahan yang dikongsikan turut merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan mengambil kira tahap perkembangan murid.Dr Velerie yang pernah memenangi anugerah Tokoh Guru Cambridge 2026 peringkat Asia Tenggara dan Pasifik mengakui terdapat pelbagai pandangan terhadap penglibatannya di media sosial, namun identiti utamanya tetap sebagai guru pendidikan khas."Bagi saya, guru pempengaruh bukan diukur melalui jumlah tontonan atau pengikut tetapi sejauh mana mereka memberi kesan kepada kehidupan orang lain," katanya. |
|
Neymar cantas tempat Joao Pedro? - Sinarharian - 17/05 8:20 am NAMA Neymar kembali menjadi perhatian apabila dilaporkan semakin hampir disenaraikan dalam skuad Brazil ke Piala Dunia 2026.Situasi itu dijangka membuka kontroversi apabila penyerang Chelsea, Joao Pedro berisiko tercicir daripada senarai akhir pilihan jurulatih, Carlo Ancelotti.Sebelum ini, peluang Neymar untuk kembali bersama skuad kebangsaan dianggap tipis selepas bergelut dengan kecederaan ketika bersama Al-Hilal.Bagaimanapun, kepulangan semula ke Santos FC nyata mengubah segalanya apabila bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu kembali menyerlah dengan 17 gol dan lapan bantuan jaringan.Laporan ESPN menyebut Neymar kini kembali berada dalam radar utama Ancelotti menjelang pengumuman skuad Isnin ini.Jika dipilih, Joao Pedro kemungkinan menjadi nama besar yang terpaksa dikorbankan meskipun penyerang Chelsea itu menikmati musim pertama cukup cemerlang dengan 20 gol termasuk 15 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).Ancelotti sebelum ini mengakui Neymar masih mempunyai bakat luar biasa, namun tahap kecergasan pemain berusia 34 tahun itu terus menjadi persoalan utama.Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia dalam Kumpulan C menentang Maghribi sebelum berdepan Haiti dan Scotland. |
|
UEC: Jangan buka ruang kompromi kepada asas pembinaan negara – Shahir - Mygazette - 17/05 8:04 am # UEC: Jangan buka ruang kompromi kepada asas pembinaan negara - Shahir KUALA LUMPUR Aktivis politik, Shahir Adnan membantah keras sebarang usaha kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), walaupun hanya melibatkan kursus atau universiti tertentu |
|
50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian berpeluang ke IPTA - Mygazette - 17/05 8:04 am # 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian berpeluang ke IPTA SUNGAI PETANI - Kira-kira 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian akan mendapat manfaat bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program-program tertentu |
|
Vape: Zaliha perjelas isu di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi - Mygazette - 17/05 8:04 am # Vape: Zaliha perjelas isu di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan kerajaan mengambil langkah berani berhubung isu pengecualian cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952 yang dibuat pada Mac 2023, sewaktu beliau menjadi Menteri Kesihatan ketika itu |
|
PRN Johor: Keputusan tanding semua 56 kerusi DUN bukan kerana ego... - Mygazette - 17/05 8:04 am # PRN Johor: Keputusan tanding semua 56 kerusi DUN bukan kerana ego - Pemuda UMNO JOHOR BAHRU - Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan atas dasar ego |
|
ATM tubuh Task Force Anti Buli, perkukuh disiplin dan tatakelola organisasi - Mygazette - 17/05 8:04 am # ATM tubuh Task Force Anti Buli, perkukuh disiplin dan tatakelola organisasi KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah tegas dan menyeluruh dalam membanteras gejala buli menerusi penubuhan rasmi Task Force (TF) Anti Buli ATM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya profesionalisme, disiplin dan tatakelola dalam organisasi pertahanan negara |
|
Kerajaan Madani jangan segan guna dasar PN, tukar nama pun tak apa ??? .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Kerajaan Madani jangan segan guna dasar PN, tukar nama pun tak apa Radzi Jidin SHAH ALAM Kerajaan Madani digesa agar mengetepikan ego politik dan tidak segan untuk mengguna pakai semula dasar serta formula bantuan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dalam mendepani krisis ekonomi semasa |
|
Kerajaan bertegas tidak akan sokong pengampunan Jho Low ??? Anwar - Mygazette - 17/05 8:04 am # Kerajaan bertegas tidak akan sokong pengampunan Jho Low Anwar IPOH Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak sama sekali akan menyokong atau mempertimbangkan berhubung cubaan memohon pengampunan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump |
|
TVET 2.0 tumpu bidang berteknologi tinggi - Utusan - 17/05 8:02 am IPOH: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 yang akan dilancarkan bulan hadapan memberi penekanan kepada bidang berteknologi tinggi |
|
Iran ke Turkiye sebelum Piala Dunia - Utusan - 17/05 7:59 am TEHRAN: Skuad kebangsaan Iran akan berlepas ke Turki esok bagi menjalani kem latihan pusat, aksi persahabatan serta melengkapkan urusan visa sebelum beraksi pada kejohanan Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) |
|
'Kita sekarang dalam tempoh edah, PRU16 dah tak lama' - Radzi Jidin - Sinarharian - 17/05 7:35 am SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin membayangkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar akan diadakan lebih awal dan tidak akan menunggu sehingga ke penghujung penggal.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, landskap politik negara kini boleh diibaratkan sedang berada dalam tempoh 'edah' atau fasa persediaan akhir sebelum pembubaran Parlimen dilakukan."Kita sekarang ini berada dalam edah dalam tempoh untuk Pilihan Raya Umum ke-16 |
|
Sir Asai kongsi ilmu cara santai - Sinarharian - 17/05 7:20 am KOTA BHARU - Ketika ramai masih malu bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana takut dilabel koya atau berlagak, seorang guru tampil dengan pendekatan luar biasa apabila berkongsi video pembelajaran santai subjek itu di TikTok sehingga meraih lebih 1.2 juta pengikut.Usaha Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, 50, atau lebih dikenali sebagai Sir Asai bermula ketika pandemik Covid-19 pada 2020 selepas beliau mendapati minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris semakin merosot walaupun mereka aktif di media sosial.Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2 itu berkata, pelajar kini lebih banyak meluangkan masa di platform digital, berbanding memberi tumpuan kepada pembelajaran secara konvensional."Motivasi mereka semakin menurun tetapi mereka aktif di TikTok, jadi saya cuba mendekati mereka melalui platform tersebut."Jika pelajar banyak habiskan masa di media sosial, di situlah juga pendidikan perlu berada," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian) dari University of Exeter, United Kingdom itu kepada Sinar Ahad.Menurutnya, kandungan video dihasilkan berbeza dengan suasana pengajaran di dalam kelas kerana disampaikan secara ringkas, santai dan mudah difahami.Ujarnya, selain boleh diakses pada bila-bila masa, kaedah itu juga dapat membantu pelajar yang bersifat introvert untuk lebih berani melibatkan diri dalam pembelajaran.Beliau berkata, pengalaman lebih 25 tahun sebagai guru Bahasa Inggeris banyak membantu dalam memastikan kandungan dihasilkan tepat dan selari dengan silibus."Setiap video saya semak terlebih dahulu bagi mengelak kekeliruan atau menimbulkan persepsi negatif."Ada juga topik yang saya ambil terus daripada buku teks supaya pelajar lebih mudah faham," katanya.Mengulas cabaran mengajar Bahasa Inggeris, beliau mengakui masih terdapat segelintir pelajar yang malu bertutur kerana bimbang dipandang serong."Masih ada stigma apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris dianggap koya atau berlagak tetapi sekarang semakin ramai yang berani mencuba," ujarnya.Tambah beliau, tugas sebagai pendidik tetap menjadi keutamaan meskipun aktif menghasilkan kandungan media sosial dengan fokus kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurutnya, kebiasaan video pembelajaran itu dirakam pada waktu rehat selepas sekolah atau hujung minggu.Beliau berpandangan, penglibatan guru di media sosial mampu memberi impak positif kepada pendidikan sekiranya kandungan yang dihasilkan mempunyai nilai ilmu. |
|
34 keluarga dipindahkan ke PPS akibat banjir kilat di Pontian - Kosmo - 16/05 10:32 pm PONTIAN Seramai 80 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung di daerah ini selepas hujan lebat berterusan sejak petang tadi |
|
Fahmi tinjau persiapan akhir Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Johor Bahru - Harapandaily - 16/05 9:13 pm FOTO BERITA: Sesi Lawatan Tapak dan sidang media oleh Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan KEADILAN, YB Datuk Fahmi Fadzil serta Naib Pengerusi Kebangsaan DAP YB Syahredzan Johan dan Datuk Ashraf Mukhlis Minghat Pengerusi Anak Melaka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.16hb Mei 2026 (Sabtu) Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil hari ini mengetuai.. |
|
Pemain langgar peraturan berisiko digantung - Tengku Zafrul - Sinarharian - 16/05 8:27 pm PEMAIN kebangsaan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berisiko berdepan hukuman penggantungan daripada menyertai sebarang kejohanan, kata Presidennya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, cadangan hukuman itu dibuat bagi memastikan pemain di bawah naungan badan induk memiliki tahap disiplin yang tinggi."Bagi mereka yang tidak memenuhi standard disiplin lebih tinggi yang kita telah cadangkan, mereka mungkin akan diambil tindakan disiplin sewajarnya."Ini termasuklah tidak membenarkan mereka bermain (dalam kejohanan tertentu)," katanya ketika ditemui selepas melancarkan dewan badminton Ampang Jaya Badminton Club (AJBC) hari ini.Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei melahirkan kerisauan berkenaan masalah disiplin melibatkan pemain badminton negara.Beliau berkata, isu disiplin bukan perkara baharu dan perlu diberi perhatian serius jika skuad negara mahu kembali bersaing di peringkat tertinggi.Dalam pada itu, Zafrul berkata, BAM ketika ini sudah menguatkuasakan beberapa peraturan baharu termasuk pemain yang belum berkahwin wajib menginap di asrama di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara."Satu daripada keputusan yang telah dibuat ialah untuk memastikan semua pemain kita termasuk pemain senior mestilah bersama-sama dengan pemain junior di asrama BAM kecuali mereka yang dah kahwin atau ada sebab tertentu," katanya |
|
50,000 lepasan pondok persendirian berpeluang ke IPTA - FMT - 16/05 7:17 pm Timbalan menteri pendidikan tinggi berkata ia susulan keputusan Kabinet berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan. |
|
Kerajaan terus pantau situasi kapal GSF, siap siaga jika dipintas Zionis - PM - Sinarharian - 16/05 7:02 pm IPOH - Kerajaan terus memantau situasi pasukan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di garisan kuning dua, iaitu kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza, sekiranya dipintas oleh rejim Zionis.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan sedaya upaya berhubung secara langsung dengan kerajaan Jordan dan Arab Saudi untuk mengetahui keadaan terkini peserta selain bersiap siaga seandainya situasi tidak diingini berlaku."Kita pantau selalulah, maknanya dah bagi desakan tapi kita berdepan dengan Israel yang paling biadab dalam dunia."Bukan saja (berhubung) dengan peserta dari Malaysia tapi (juga) dengan Sepanyol, Turki dan Brazil.. |
|
50,000 lepasan tahfiz, pondok persendirian berpeluang ke IPTA - Sinarharian - 16/05 6:41 pm SUNGAI PETANI - Kira-kira 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian akan mendapat manfaat bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program-program tertentu.Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, ia susulan keputusan Kabinet berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan, iaitu daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC, baru-baru ini.Beliau berkata, walaupun ada lepasan tahfiz yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah melanjutkan pengajian di IPTA, keputusan terbaharu itu menjadi penambahan paling signifikan untuk pelajar aliran agama."Untuk lepasan pondok persendirian, terdapat kira-kira 50,000 orang manakala lepasan SMPC/UECtidak sampai 9,000 orang."Jadi, penambahan yang paling signifikan ialah kepada pelajar aliran agama...kita akan bagi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran di universiti awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Siswa (Tesis) Zon Utara di Universiti Teknologi MaraKedah dekat sini pada Sabtu.Adam Adli berkata, pihaknya berharap keputusan Kabinet itu tidak dipolemikkan dan menegaskan bahawa kerajaan sentiasa mendengar pandangan pelbagai pihak berkaitan perkara tersebut."Bagi masa kepada situasi ini untuk reda sedikit dan pastikan apabila kita mengulas hal ini, kita ambil pandangan pelbagai pihak...kita tidak menolak tepi keresahan dan kita tidak menafikan bantahan...kita buka perbincangan yang lebih luas."Kita harap situasi ini dapat diuruskan dengan baik supaya boleh membawa kepada impak positif seperti yang diharapkan," katanya.Sementara itu, beliau berkata, terdapat banyak perkongsian yang disampaikan oleh penuntut institusi pengajian tinggi di kawasan utara yang akan diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Program Tesis Zon Utara."Program Tesis menjadi platform untuk dialog, bertanyakan soalan serta berkongsi pandangan.. |
|
KKM akan kemuka rayuan keputusan mahkamah berhubung pengecualian nikotin - Dr Zaliha - Sinarharian - 16/05 6:23 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat berhubung isu pengecualian cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952.Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menegaskan proses rayuan tersebut amat penting, bagi membetulkan tafsiran perundangan berhubung kuasa eksekutif menteri dalam membuat keputusan dasar demi kepentingan strategik negara.Sehubungan itu, beliau menyifatkan adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap isu berkenaan, memandangkan proses rayuan akan berlangsung."Keputusan yang diambil pada tahun 2023, merupakan satu langkah berani yang akhirnya berjaya memayungi keselamatan rakyat di bawah Akta 852 yang sedang berkuat kuasa sekarang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang mengambil maklum serta menghormati keputusan mahkamah tersebut, di samping menghargai usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan yang membawa kes berkenaan ke mahkamah sebagai bukti sistem demokrasi yang sihat."Proses semak dan imbang ini, bukti sistem demokrasi yang sihat |
|
PM luang masa 45 minit minum petang bersama komuniti Cina di Tambun - Sinarharian - 16/05 5:56 pm IPOH Perdana Menteri meluangkan kira-kira 45 minit bersama masyarakat Cina di Parlimen Tambun menerusi sesi minum petang di sebuah restoran di Chemor di sini pada Sabtu.Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar jam 4 petang itu disambut mesra kira-kira 300 hadirin terdiri daripada pemimpin komuniti, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), guru besar serta warga sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Terence Ng.Suasana pertemuan berlangsung dalam keadaan santai dengan pelbagai hidangan tradisional seperti cekodok, pisang goreng, sandwic, kuih-muih, minuman soya dan teh tarik.Sepanjang sesi tersebut, Anwar berinteraksi secara langsung dengan hadirin, termasuk bertanya khabar mengenai perkembangan sekolah serta aktiviti komuniti di kawasan Tambun.Dalam perbualan santai itu, beberapa isu semasa turut disentuh termasuk perkembangan konflik Asia Barat, situasi ekonomi semasa dan subsidi petrol.Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menzahirkan harapan agar masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut terus mengekalkan keharmonian serta memperkukuh kerjasama sesama komuniti.Sebelum beredar, beliau turut mengambil kesempatan menandatangani kain rentang pasukan wushu dari SJKC Poi Lam sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti pelajar dan komuniti setempat. |
|
Isu pengampunan Jho Low tidak berbangkit - Anwar - Sinarharian - 16/05 5:54 pm IPOH - Kerajaan tidak akan memberikan sebarang tumpuan berkaitan isu pengampunan melibatkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang pengampunan melibatkan individu berkenaan tidak sepatunya menjadi isu di sebalik jenayah dilakukan.Beliau turut menjelaskan kenyataannya berhubung isu Jho Low yang sebelum ini disalah tafsir sesetengah pihak."Tapi menimbulkan kekeliruan ini soal Jho Low yang saya katakan tak berbangkit bukan bermakna tiada isu |
|
Peruntukan tambahan bina 6,000 bilik darjah baharu - Sinarharian - 16/05 5:25 pm IPOH Kerajaan meluluskan tambahan peruntukan daripada RM500 juta kepada RM900 juta bagi pembinaan 6,000 bilik darjah baharu di seluruh negara untuk memastikan keperluan ruang pembelajaran murid khususnya Tahun Satu dapat dipenuhi.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan peruntukan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan memaklumkan berlaku peningkatan keperluan bilik darjah susulan pertambahan pendaftaran murid.Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kekurangan bilik darjah pada saat akhir yang boleh menjejaskan proses pembelajaran."Dalam Belanjawan 2026 sebelum ini kita umumkan RM400 juta untuk pembinaan 2,500 bilik darjah tambahan melibatkan lebih 800 sekolah."Namun selepas penilaian semula dan unjuran semasa, kerajaan bersetuju menambah peruntukan daripada RM500 juta kepada RM900 juta untuk membina 6,000 bilik darjah," katanya ketika berucap.Beliau berkata demikian sempena Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini pada Sabtu.Anwar berkata, pelaburan dalam sektor pendidikan perlu diberi keutamaan kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek celik huruf tetapi pembangunan modal insan yang mampu menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), tanpa mengabaikan nilai akhlak dan jati diri.Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kontraktor kecil bumiputera yang berjaya melaksanakan projek dengan cemerlang akan diberi peluang mengendalikan projek lebih besar pada masa hadapan.Menurutnya, kerajaan mahu melihat kontraktor kecil terutama dalam kategori G1 hingga G4 terus berkembang dan tidak kekal dalam skala kecil untuk tempoh yang lama.Jelasnya, prestasi baik dalam melaksanakan projek kerajaan akan menjadi antara asas utama penilaian bagi membolehkan syarikat berkenaan menerima kontrak lebih besar."Kalau prestasi syarikat kontraktor kecil ini baik, saya akan pastikan dalam urutan penilaian kerajaan, mereka akan diberikan kontrak lebih besar supaya dapat berkembang."Ini janji saya kerana kita tidak mahu mereka kekal selama-lamanya sebagai kontraktor kecil," katanya.Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan melaksanakan dasar memperkasakan kontraktor kecil bukan sekadar membuka ruang perniagaan sebaliknya bagi memastikan syarikat bumiputera berdaya saing dan mampu meningkatkan kapasiti masing-masing.Katanya, had sebut harga projek yang sebelum ini ditetapkan pada RM500,000 kini dinaikkan kepada RM1 juta bagi memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor kecil."Dulu kita hadkan kerana mahu pastikan tatakelola baik dan elak ketirisan, tetapi selepas perbincangan dengan pegawai serta pemain industri, kerajaan bersetuju menaikkan had ini."Tetapi saya tegaskan, peluang ini mesti diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, cekap dan berintegriti bukan kerana ada kaitan dengan mana-mana pihak," katanya.Dalam masa sama, beliau mengarahkan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memberi kerjasama penuh kepada kontraktor kecil bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dipercepatkan. |
|
Guru pempengaruh perlu beradab, berhujah dengan fakta - Anwar - Sinarharian - 16/05 4:51 pm IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan golongan guru yang aktif sebagai pempengaruh di media sosial supaya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dengan mengutamakan adab serta berhujah berlandaskan fakta.Menurut beliau, peranan guru sebagai pempengaruh bukan sekadar menyampaikan pandangan sebaliknya perlu menjadi landasan dalam meningkatkan mutu perbincangan awam yang turut menitikberatkan aspek akhlak.Jelasnya, perbezaan pandangan bukan satu masalah selagi ia disampaikan dengan cara yang berhemah dan beradab."Dia kena pertama jadi contoh untuk menjelaskan fakta dan gunakan adab dan budaya yang baik dalam berhujah."Sama ada setuju atau tidak tak mengapa, tapi biar bagi contoh supaya influencer di kalangan pendidik itu menjadi landasan untuk kita pastikan ada peningkatan dari segi mutu yang terkait juga dengan soal akhlak," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor kecil Bumiputera di Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini pada Sabtu.Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Sementara itu, mengulas perkembangan misi kemanusiaan antarabangsa iaitu Global Sumud Flotilla 2.0, Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau rapat situasi semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan."Ya kita pantau selalulah (perkembangan semasa Global Sumud Flotilla 2.0) |
|
Wan Nur Aishah pangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 16/05 4:14 pm SHAH ALAM - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Wan Nur Aishah Ahmad Fazli memangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan selepas Asheeq Ali Sethi Alivi meletakan jawatan berkenaan pada Sabtu.Setiausaha AMK, Omar Mokhtar A Manap berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik AMK bagi memastikan kesinambungan gerak kerja dan proses penstrukturan semula berjalan lancar."Wan Nur Aishah yang juga Ketua AMK Bandar Tun Razak akan menyelaras semula gerak kerja organisasi, memperkukuh jentera anak muda serta memastikan agenda mendekati rakyat terus diperkasakan di seluruh Wilayah Persekutuan."AMK juga akan melaksanakan proses penstrukturan dan pengukuhan organisasi secara menyeluruh agar gerakan anak muda Keadilan terus relevan, progresif dan bersedia mendepani cabaran politik menuju masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu, Asheeq Ali mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Ketua AMK Wilayah Persekutuan serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.Omar Mokhtar turut merakamkan penghargaan atas segala sumbangan dan komitmen Asheeq Ali sepanjang bersama AMK dan Keadilan serta beberapa jawatan lantikan politik yang beliau galas disepanjang tempoh itu.Dalam pada itu, Omar Mokhtar mengingatkan seluruh anggota AMK bahawa kekuatan perjuangan tidak bergantung kepada seorang individu semata-mata.Katanya, PKR dibina atas semangat kolektif, pengorbanan ramai generasi reformis dan keyakinan bahawa perubahan memerlukan ketahanan yang panjang."Kepada anggota AMK di seluruh negara, kekal tenang, terus bekerja dan fokus memperkukuh gerakan."Rakyat sedang memerhati bukan sekadar siapa yang paling lantang berbicara tetapi siapa yang paling konsisten memikul tanggungjawab ketika negara memerlukan kestabilan dan solusi."AMK akan terus menjadi nadi kepada cita-cita reformasi yang digembleng selama ini," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan reformasi yang menjadi asas kepada parti itu dan AMK tidak pernah terhenti, apatah lagi ditinggalkan."Reformasi bukan slogan bermusim tetapi sebuah proses panjang dalam membina negara yang lebih adil, demokratik, telus dan berintegriti."Kita memahami bahawa apabila sesebuah gerakan memasuki fasa pentadbiran negara, cabaran yang dihadapi menjadi jauh lebih kompleks."Idealisme tetap menjadi kompas perjuangan, namun proses menterjemahkan idealisme ke dalam dasar dan pentadbiran memerlukan kebijaksanaan, kesabaran serta kemampuan mengimbangi realiti semasa negara," katanya.Ujarnya, AMK percaya bahawa reformasi yang matang bukan sekadar retorik ketika menjadi pembangkang tetapi keberanian untuk melaksanakan perubahan secara bertanggungjawab ketika memegang amanah pemerintahan.Menurutnya, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, cabaran geopolitik yang semakin rencam dan keperluan menjaga kestabilan negara berbilang kaum seperti Malaysia, pendekatan pragmatik yang berpaksikan rakyat kadangkala menjadi keperluan tanpa menggadaikan prinsip asas perjuangan."Berikutan itu, saya ingin menegaskan bahawa AMK Wilayah Persekutuan kekal stabil, tersusun dan akan terus bergerak lebih aktif berbanding sebelum ini," katanya. |
|
Rupanya ini peranan Anwar dalam penubuhan Yayasan Anda, PMX sempat jadi guru! - Mydateline - 16/05 4:00 pm Tahukah anda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah bergelar guru dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yayasan .. |
|
19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026 - Mygazette - 16/05 3:25 pm # 19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026 KUALA LUMPUR Sebanyak 19 muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada seluruh warganegara Malaysia pada 18 Mei ini sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 |
|
UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM – Amar... - Mygazette - 16/05 3:25 pm Ramai lepasan tahfiz berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dan luar negara dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan dan syariah, sekali gus membuktikan kemampuan mereka bersaing di peringkat tertinggi, katanya. Tambah beliau, kurikulum tahfiz juga mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan serta memperkukuhkan kedudukan Bahasa Melayu dan mata pelajaran teras kenegaraan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |