| /// |
|
| Search : Dun Melaka News | Page 1 |
|
PRN Melaka 2026: Apa berlaku selepas DUN dibubarkan? - Mygazette - 23/09 7:46 am Sebaliknya, pembubaran DUN merupakan langkah yang membuka laluan kepada satu proses pilihan raya yang akan dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum rakyat Melaka memilih wakil bagi 28 kerusi DUN. Jadi, apa sebenarnya berlaku selepas DUN Melaka dibubarkan? 1 |
|
SPR terima pemakluman pembubaran DUN Melaka, akan adakan mesyuarat khas - Mygazette - 23/09 7:46 am # SPR terima pemakluman pembubaran DUN Melaka, akan adakan mesyuarat khas MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 |
|
Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok, beri laluan PRN ke-16 - Mygazette - 23/09 7:46 am # Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok, beri laluan PRN ke-16 MELAKA - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) |
|
Kepentingan rakyat jadi asas kerjasama politik selepas DUN bubar ??? Ab... - Mygazette - 23/09 7:46 am Pastinya saya akan ada rundingan-rundingan dengan mana-mana parti yang terlibat dan akan menilai perbincangan kita dan tawaran-tawaran yang diberikan. "(Tapi) kita selesaikan dulu ini (pembubaran) lepas itu nanti baru kita cerita pasal parti, mana hala tuju kita, katanya pada sidang selepas mengumumkan pembubaran DUN Melaka di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini |
|
PRN Melaka: Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan ??? Fadhli - Mygazette - 23/09 7:46 am Insya Allah PH (Pakatan Harapan) bakal bertemu kekalahan berikutnya, katanya. Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa esok, sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16 |
|
SPR Terima Pemakluman Pembubaran DUN Melaka, Mesyuarat Khas PRN Akan Diadakan - Siakapkeli - 22/09 11:51 pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi menerima pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 dan akan mengadakan mesyuarat khas... |
|
DUN Melaka bubar: SPR adakan mesyuarat khas PRN ke-16 - Sinarharian - 22/09 11:31 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 berkuat kuasa pada Rabu.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Haji Ibrahim Durum, menerusi surat pada Selasa.Beliau berkata, pembubaran DUN Melaka ke-15 adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka."Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa.Sehubungan itu, beliau berkata, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Bagaimanapun, katanya, tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.Pembubaran DUN Melaka ke-15 itu sebelum ini diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.PRN Melaka ke-16 kini akan memasuki proses seterusnya selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran berkuat kuasa pada Rabu. |
|
'BN Melaka gerak solo, itu kita putuskan nanti' - Ab Rauf - Sinarharian - 22/09 4:57 pm MELAKA - Status sama ada Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo atau menjalinkan kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan kemudian, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Ab Rauf berkata, buat masa ini tumpuan diberikan kepada pasca pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hala tuju kerjasama politik BN ditentukan."Mengenai hala tuju BN gerak solo atau BN Plus, saya beritahu nanti bila kita dah putuskan," katanya pada sidang media khas pengumuman pembubaran DUN di Seri Negeri pada Selasa.Ab Rauf mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.Beliau turut menyerahkan Warkah Proklamasi Pembubaran DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka, Rudy Rohan Johan sejurus pengumuman berkenaan.Mengulas mengenai kerjasama strategik atau formula BN Plus, Ab Rauf berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan parti yang berminat selepas proses pembubaran DUN selesai."Kita selesaikan yang ini dulu (pasca pembubaran DUN) |
|
DUN Melaka Dibubar Esok, Laluan PRN Ke-16 Kini Terbuka - Beautifulnara - 22/09 4:20 pm MELAKA Teka-teki mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terjawab apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN negeri itu akan dibubarkan secara rasmi mulai 23 September 2026. Pengumuman tersebut dibuat selepas Ab Rauf menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan semasa DUN serta mendapatkan […] The post DUN Melaka Dibubar Esok, Laluan PRN Ke-16 Kini Terbuka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
PRN Melaka: 'Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 22/09 4:16 pm Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan. Insya-ALLAH, PH (Pakatan Harapan) bakal bertemu kekalahan berikutnya," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini dilapor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa Rabu, bagi memberi laluan kepada PRN.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu memaklumkan, beliau telah menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka serta memohon perkenan untuk pembubaran berkenaan.Menurutnya, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan supaya DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok.Ahmad Fadhli sebelum ini turut menyifatkan penyatuan ummah sebagai satu gagasan penting dalam menghadapi pilihan raya, selain mendakwa kerjasama berkenaan mampu memberi cabaran kepada PH.Pada 31 Mei lalu, beliau turut berpandangan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang susulan hubungan antara kedua-dua parti yang didakwanya semakin sukar dipertahankan. |
|
DUN Melaka Rasmi Dibubarkan Berkuat Kuasa 23 September Bagi PRN Ke-16 - Vocket - 22/09 3:25 pm Teka-teki mengenai halatuju pentadbiran negeri Melaka akhirnya terjawab apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Langkah penting... The post DUN Melaka Rasmi Dibubarkan Berkuat Kuasa 23 September Bagi PRN Ke-16 appeared first on VOCKET . |
|
DUN Melaka Rasmi Dibubarkan Berkuat Kuasa 23 September Bagi PRN Ke-16 - Hotfm - 22/09 3:25 pm Teka-teki mengenai halatuju pentadbiran negeri Melaka akhirnya terjawab apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan |
|
Teka-Teki Terjawab! DUN Melaka Sah Bubar Esok, Laluan PRN Kini Terbuka - Ohmedia - 22/09 3:18 pm DUN Melaka sah dibubarkan esok, 23 September 2026, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, sekali gus membuka laluan PRN |
|
DUN Melaka dijangka bubar petang ini - Mygazette - 22/09 3:03 pm Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai pengumuman pembubaran tersebut. Perkembangan itu semakin menguatkan petunjuk bahawa DUN Melaka bakal dibubarkan selepas mesyuarat Exco yang lazimnya berlangsung pada Rabu dipercepatkan kepada Selasa, hari ini |
|
RASMI: DUN Melaka dibubarkan esok, buka laluan PRN RASMI: DUN Melaka .. - Mygazette - 22/09 3:03 pm # RASMI: DUN Melaka dibubarkan esok, buka laluan PRN MELAKA Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), umum Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. |
|
Bubar DUN Melaka: Sidang media khas Ab Rauf 2 petang ini - Mygazette - 22/09 3:03 pm # Bubar DUN Melaka: Sidang media khas Ab Rauf 2 petang ini MELAKA Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin kuat susulan sidang media khas Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dijadualkan pada petang ini |
|
DUN Melaka dibubarkan - Hmetro - 22/09 2:52 pm Melaka: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuatkuasa esok |
|
DUN Melaka dibubar esok beri laluan pilihan raya negeri - Utusan - 22/09 2:48 pm Pengumuman itu sekali gus membuka laluan ... Read more The post DUN Melaka dibubar esok beri laluan pilihan raya negeri appeared first on Utusan Malaysia . |
|
DUN Melaka bubar esok - FMT - 22/09 2:48 pm Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata Yang di-Pertua Negeri Melaka Ali Rustam memperkenankan pembubaran. |
|
DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini - Siakapkeli - 22/09 1:37 pm MELAKA, 22 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2 petang ini |
|
Tak pilih hijau dikata tak nak penyatuan ummah, tak pilih merah dikata lupa daratan - ADUN Duyong - Sinarharian - 22/09 11:59 am MELAKA - Barisan Nasional (BN) tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak dalam menentukan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, apa juga keputusan yang dibuat tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak.Bagaimanapun katanya, yang penting ialah pilihan tersebut adalah yang terbaik dibuat demi kepentingan rakyat."Kalau tak pilih hijau, dikatakan tak nak penyatuan.Kalau tak pilih merah, dikatakan lupa daratan."Kalau tak pilih siapa-siapa, dikatakan sombong.Hidup ini adalah pilihan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.Dalam pada itu, perkhabaran pembubaran DUN Melaka semakin hangat diperkatakan dengan jangkaan pengumumannya dijangka diadakan hari ini. |
|
Teka teki bakal terjawab, DUN Melaka bubar petang ini? - Harapandaily - 22/09 11:53 am Bagaimanapun belum ada pengesahan... The post Teka teki bakal terjawab, DUN Melaka bubar petang ini? appeared first on Harapan Daily . |
|
Pengumuman Pembubaran DUN Melaka Dijangka Petang Ini Bagi Beri Laluan Kepada PRN - Ohmedia - 22/09 10:58 am DUN Melaka dijangka dibubarkan petang ini bagi memberi laluan kepada PRN |
|
Pengumuman bubar DUN Melaka dijangka hari ini - Sinarharian - 22/09 10:42 am MELAKA Pengumuman Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan pada Selasa bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Berdasarkan maklumat sumber, surat pembubaran DUN berkenaan difahamkan telah ditandatangani dan pengumuman rasmi dijangka dibuat pada sebelah petang.Sidang media berhubung pembubaran itu dijangka diadakan selepas mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan Post- Mesyuarat Exco yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Difahamkan, surat jemputan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah diterima semalam bagi hadir ke Seri Negeri jam 2.30 petang ini.Sebelum ini, Ab Rauf memberi bayangan bahawa pembubaran DUN semakin hampir dengan menyebut tempoh berbaki dua kali Jumaat sebelum sambutan Hari Jadi Melaka.Penggal DUN Melaka ke-15 dijadualkan berakhir pada 27 Disember 2026 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.Perhatian kini terarah kepada pengumuman rasmi pembubaran DUN Melaka serta proses seterusnya bagi membolehkan PRN negeri itu diadakan. |
|
PN tanding semua kerusi DUN Melaka jika rundingan dengan BN gagal - FMT - 21/09 10:06 am Naib Presiden Wawasan Abdul Rahim Thamby Chik berkata parti itu mahu tanding di DUN Bemban dan Sungai Udang sama ada dengan kerjasama dengan BN atau tidak. |
|
Satu Jumaat sahajalah lagi – Ab Rauf - Mygazette - 18/09 8:00 am Menurutnya, perkara berkenaan bukan lagi rahsia dan pembubaran DUN hanya menunggu masa yang sesuai sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan. Semua orang tertanya-tanya tentang bilakah DUN Melaka akan dibubarkan |
|
PRN Melaka: 'Satu Jumaat lagi? Bila saya panggil, media datanglah' - Ab Rauf - Sinarharian - 17/09 11:16 am Masa itu saya belum dapat lagi bila," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas, OKU dan Kanak-Kanak peringkat Melaka di Masjid Tanah di sini pada Khamis.Katanya, penggunaan istilah Jumaat ke Jumaat itu tidak bermaksud tarikh pembubaran DUN, sebaliknya sebagai indikator bagi menyelesaikan urusan pentadbiran negeri sebelum PRN."Saya memberikan indikator dari Jumaat ke Jumaat kerana dalam tempoh itu kita ada banyak lagi perkara yang perlu selesaikan untuk mentadbir urus Negeri Melaka."Insya-ALLAH, pastinya PRN Melaka tetap diadakan dalam tempoh yang terdekat. Jadi saya akan panggil, bila saya panggil media itu datanglah," katanya.Sebelum ini, ketika ditanya mengenai tarikh PRN Melaka, Ab Rauf memaklumkan berbaki empat kali Jumaat kepada dua kali Jumaat.Sementara itu, pada Selasa lalu, tersebar dakwaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama Ab Rauf bertempat di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MITC, Ayer Keroh.Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan berkenaan dan tidak sahih.Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka, Nor Hafizah Mohd Sati berkata, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perjumpaan seperti yang didakwa. |
|
PRN Melaka: DAP sah bakal bertanding lapan kerusi DUN - Mygazette - 17/09 8:05 am # PRN Melaka: DAP sah bakal bertanding lapan kerusi DUN MELAKA DAP Melaka mengesahkan mahu bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang |
|
Ab Rauf nafi tanda tangan dokumen bubar DUN semalam - Mygazette - 17/09 8:05 am Jelasnya, pertemuan itu juga adalah pertemuan pertama bersama Tun Mohd Ali pada bulan ini. Ditanya sekali lagi mengenai tarikh pembubaran DUN Melaka, Ab Rauf terus berteka-teki dan memberi bayangan bahawa proses demokrasi itu akan berlaku selepas salah satu hari Jumaat namun tidak mendedahkan tarikh tepat |
|
Pejabat Ketua Menteri nafi dokumen bubar DUN Melaka ditandatangani hari ini - Mygazette - 16/09 7:58 am # Pejabat Ketua Menteri nafi dokumen bubar DUN Melaka ditandatangani hari ini MELAKA Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan tular bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menandatangani dokumen pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini |
|
Pejabat KM nafi Ab Rauf tandatangan dokumen bubar DUN Melaka - Hotfm - 15/09 8:24 pm Terdahulu, tular mesej WhatsApp dakwa Ab Rauf Yusoh tandatangani dokumen tersebut bersama-sama Yang Dipertua Negeri Melaka Ali Rustam hari ini. |
|
Pejabat KM nafi Ab Rauf tandatangan dokumen bubar DUN Melaka - FMT - 15/09 8:24 pm Terdahulu, tular mesej WhatsApp dakwa Ab Rauf Yusoh tandatangani dokumen tersebut bersama-sama Yang Dipertua Negeri Melaka Ali Rustam hari ini. |
|
UMNO Bentuk Jawatankuasa Runding Dengan Pas Berbanding PN Selepas DUN .. - Mygazette - 12/09 3:24 pm # UMNO Bentuk Jawatankuasa Runding Dengan Pas Berbanding PN Selepas DUN Melaka Bubar |
|
Kesepakatan di Melaka Sesuai Dengan Apa Yang Berlaku di Johor dan... - Mygazette - 10/09 8:08 am # Kesepakatan di Melaka Sesuai Dengan Apa Yang Berlaku di Johor dan N9 - Tok Rauf Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO perlu berdiri atas kaki sendiri dengan memperkukuh kekuatan, integriti serta kepercayaan di peringkat akar umbi. Beliau turut memaklumkan perundingan dengan rakan strategik boleh dipertimbangkan selepas DUN Melaka dibubarkan. |
|
Ab Rauf terbuka runding dengan mana-mana parti selepas DUN Melaka bubar - FMT - 9/09 11:48 pm Ketua menteri Melaka berkata, sebarang kerjasama dipertimbangkan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negeri dan rakyat. |
|
Ab Rauf terbuka runding dengan mana-mana parti selepas DUN Melaka bubar - Hotfm - 9/09 11:48 pm Ketua menteri Melaka berkata, sebarang kerjasama dipertimbangkan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negeri dan rakyat. |
|
'PRN Melaka, jangan tunggu lama-lama' - Sinarharian - 9/09 11:12 pm Buat elok-elok, pakat elok-elok. Muafakat biar bulat, berunding jangan selisih," katanya.Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bagi Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Rabu.Mohamad memaklumkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan momentum kejayaan di negeri-negeri bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pula.Terdahulu, Ab Rauf memberi bayangan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin dibuat dalam tempoh dua kali Jumaat lagi.Ab Rauf ketika ditemui pemberita selepas perasmian serentak PAU 2026 memaklumkan, pihaknya mengalu-alukan sebarang rundingan termasuk selepas DUN Melaka dibubarkan |
|
PRN Melaka: ’19 September buah baru masak, kita tunggu buah .. - Mygazette - 8/09 4:23 pm Itu kiasan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada pemberita ketika ditanya adakah 19 September ini mungkin menjadi tarikh kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Bagaimanapun, Ab Rauf tidak mengesahkan sama ada DUN Melaka akan dibubarkan pada tarikh berkenaan, malah dalam ucapannya turut turut meminta semua pihak menunggu perkembangan selanjutnya |
|
Adakah PH-BN sekufu? Atau Adakah BN-PN sekufu? - Denyutreformasi - 8/09 4:16 pm Apa strategi terbaik UMNO/BN? Strategi terbaik adalah menguji semua model, termasuk model solo. DUN Melaka dijangka dibubar selepas PAU nanti, barangkali dalam tempoh dua minggu lagi |
|
Umno nak 21 kerusi, Pas tinggal 7? PN disaran bertanding semua Dun di .. - Wrlr - 7/09 8:54 pm Penganalisis politik, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, kenyataan Presiden Umno semalam membawa dua mesej, iaitu secara terbuka Umno mahu bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi, manakala secara tersirat parti itu bersedia bergerak solo jika tiada rakan politik menerima syarat berkenaan. Menurutnya, jika Umno dan Barisan Nasional (BN) mahu bekerjasama dengan parti lain, hanya tujuh daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka yang berbaki untuk ditandingi parti berkenaan |
|
Dua kali Jumaat lagi 'hari jadi kita - Ab Rauf beri bayangan bubar DUN Melaka - Sinarharian - 7/09 5:02 pm MELAKA - [DIKEMAS KINI] Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkemungkinan besar berlangsung dalam bulan ini.Ia berdasarkan gambaran yang diberikan beliau bahawa hari penting bagi Melaka itu bakal berlangsung dalam tempoh dua kali Jumaat lagi."Orang tanya, apa nak jadi kita? Kita jangan risau, hari ini hari jadi ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin |
|
KM beri bayangan DUN Melaka bubar hujung bulan - FMT - 7/09 3:55 pm Ab Rauf Yusoh guna ungkapan 'dua kali Jumaat' merujuk kepada dua minggu lagi. |
|
PRN Melaka: Ab Rauf diberi mandat runding kerjasama, pilih rakan boleh beri kemenangan - Sinarharian - 6/09 7:25 pm MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan mandat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, rakan kerjasama yang dipilih haruslah mempunyai sifat jujur serta ikhlas bagi memastikan BN terus menerajui pentadbiran negeri pada penggal hadapan."Datuk Rauf, saya beri mandat berunding elok-elok, pilih partner (rakan)yang taat setia,yang boleh memberikan kemenangan pada kita (BN)."Pilih partner yang ikhlas dan jujur dengan kita, yang bercakap di belakang sama, di depan sama, bukan yang cakap depan lain, belakang buat lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang turut dihadiri Ab Rauf di tapak parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini pada Ahad.Ahmad Zahid pada masa sama mengingatkan agar BN Melaka mengekalkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi parti itu pada pilihan raya lepas.Pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021, BN menang 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH)memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, tumpuan ketika ini adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan selepas itu baru berbincang isu berkaitan Persekutuan. Zahid Hamidi berkata, isu tersebut termasuk kerjasama dengan Pas dan hanya akan dibincangkan selepas pembubaran DUN Melaka |
|
Rundingan calon PRN Melaka hanya dibuat selepas bubar DUN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 3:06 pm ISKANDAR PUTERI - Rundingan awal berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, buat masa ini, segala perancangan dan perbincangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu."Sebagaimana yang saya nyatakan, perundingan itu hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tentang rundingan awal berhubung calon bagi pilihan raya negeri berkenaan.Penggal DUN Melaka akan tamat pada Disember ini seterusnya memberikan laluan kepada PRN.Mengulas isu calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kenyataan PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan perbincangan berkaitan perkara itu sebagai terlalu awal."Terus terang, terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu susuk tubuh untuk memegang jawatan itu, pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin dekat kerana kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan |
|
PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO - Sinarharian - 3/09 2:57 pm KOTA BHARU Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi."Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka."Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti."Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan."Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama," katanya.Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu. |
|
UMNO mulakan rundingan kerjasama PRN Melaka selepas DUN dibubarkan - Sinarharian - 30/08 2:38 pm KUALA LUMPUR - UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuaiperbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN."Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan."Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN)," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkatademikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.Ahmad Zahid berkata, beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.Beliau berkata, pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untukmembincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusiwar room UMNO Melaka |
|
PRN: BN Melaka tidak kompromi, pertahan 21 kerusi - AB Rauf - Sinarharian - 27/08 4:05 pm ALOR GAJAH - Barisan Nasional (BN) Melaka akan mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebelum ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua kerusi itu tidak akan dikompromi dan merupakan syarat paling utama yang perlu dipatuhi mana-mana pihak jika mahu mengadakan kerjasama dengan gabungan itu pada PRN kali ini."Kita tidak akan kompromi 21 kerusi, itu kita punya garisan sempadan perbincangan," katanya kepada pemberita pada Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka di sini pada Khamis.Menjawab pertanyaan mengenai tiga pemimpin kanan Pas dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan beliau minggu ini, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak untuk mengadakan rundingan."Saya mengalu-alukan sesiapa yang hendak datang tetapi asas perbincangan mestilah berdasarkan kepada satu rasional yang cukup munasabah kerana saya tidak boleh hendak menguruskan apa juga keputusan melainkan saya mendapat restu daripada pihak Majlis Tertinggi (MT)," katanya.Ditanya mengenai ura-ura pembubaran DUN Melaka akan dilakukan pada September ini, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, ia boleh berlaku pada "bila-bila masa"."Pilihan raya ini bila-bila masa sahaja, tak ada masalah.. |
|
‘Pasangan hidup’ politik BN perlu terima garis sempadan 21 .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm Catch me if you can,_ katanya berseloroh. Beliau berkata, DUN Melaka akan terbubar secara automatik pada 30 Disember ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal |
|
BN tentu kerjasama politik lepas DUN Melaka bubar - FMT - 25/08 12:25 am Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata perkembangan lanjut perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat. |
|
PRN Melaka: Rakyat mahu penyelesaian, bukan sekadar retorik Ahmad Samsuri - Sinarharian - 24/08 12:43 am MELAKA - Tempoh tersisa tidak lebih dua bulan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka perlu dimanfaatkan Pas bersama rakan muafakat dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menunjukkan kesiapsiagaan memerintah Seri Negeri.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, seluruh pimpinan dan jentera Pas serta PN di Melaka perlu bekerja secara lebih tersusun, berdisiplin dan bijak bagi mendapatkan kepercayaan rakyat."Sebab itulah saya selaku Pengerusi PN menyeru seluruh rakan-rakan pimpinan dan jentera Pas serta PN di Melaka untuk sama-sama memahami bahawa tempoh yang tersisa sebelum dibubarkan DUN Melaka, saya kira tidak lebih daripada dua bulan sehingga tarikh pilihan raya."Ini adalah masa yang sangat penting untuk kita terus bekerja dari sekarang |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |