![]() |
/// |
|
Search : Conscience News | Page 1 |
Misi FFC x TMTG: Aktivis Malaysia dikasari, alami penderaan fizikal - CEO MyCARE - Sinarharian - 9/10 10:19 pm KUALA LUMPUR - Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkantelah dikasari dan mengalami penderaan fizikal sertalayanan tidak berperikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan oleh tentera Israel.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab (ADALAH) memaklumkan tindakan rejim Zionis itu termasuk menendang, menampar dan mencengkam secara agresif.Beliau berkata,tentera Zionis melakukan perkara sama terhadap peserta kali ini seperti yang dialami peserta misi GlobalSumudFlotilla sebelum ini."Setakat 3 petang tadi, peguam ADALAH di Israel telah berjumpa dengan 100aktivis daripada145 yang ditahan Israel."Sembilanaktivis Malaysia disahkan tiada kecederaan, namun pihak MyCARE akan mengatur pemeriksaan lebih lanjut sejurus dibebaskan bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik," katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini FFC di Serdang pada Khamis.Kamarul Zaman berkata tujuhaktivis Malaysia sudah menandatangani surat deportasi, manakala status dua lagi aktivis masih belum diketahui.Pihak MyCARE masih menunggu laporan daripada peguam ADALAH dan dijangka proses tribunal akan selesai pada tengah malam ini waktu Malaysia.Kesemua aktivisFFC x TMTG terdiri daripada doktor perubatan serta wartawan antarabangsa hanya membawa bantuan kemanusiaan untuk diserahkan kepada rakyat Gaza dan bukanpengganas seperti yang dilaporkan rejim Israel."Mereka tidak membawa senjata, tetapi membawa harapan, ubat-ubatan dan kasih untuk rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang telah lama merasakan penderitaan.Namun, di tengah lautan, misi kemanusiaan ini telah dihalang sebelum sempat tiba ke destinasi."Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dalam detik cemas ini, kita semua perlu bersatu dalam doa dan solat hajat. Doakan agar setiap usaha murni mereka dipermudah, keselamatan mereka dijaga dan semangat perjuangan ini terus menyala walau di mana pun mereka berada," katanya.Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis daripada25 negara,dengan menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Zionis padasemalam ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi,Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil manakala seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad |
Sembilan rakyat Malaysia selamat selepas kapal bantuan Gaza dirampas - SUN - 9/10 8:50 pm Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 buah negara. Mereka menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad yang dipintas tentera Zionis |
FFC x TMTG: Nine Malaysians safe, all activists detained in Ketziot prison - MyCARE - Sinardaily - 9/10 4:05 pm SERDANG - Nine Malaysian activists participating in the Freedom Flotilla Coalition and Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) humanitarian mission have been confirmed safe after their vessels were intercepted by Israeli forces yesterday and towed to Ashdod Port, Israel.Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) chief executive officer Kamarul Zaman Shaharul Anwar said lawyers from the Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) informed that all 145 activists involved in the mission had been transferred to Ketziot Prison in the Negev, Israel.He said the lawyers had also met with seven Malaysian delegates for further legal proceedings."The remaining two are expected to be located today (Gaza time), he said at a press conference on the latest developments concerning the FFC mission here today.Kamarul Zaman also confirmed that the lawyers had applied to attend all hearings involving the detained activists and would continue to provide updates from time to time."Some of them experienced acts of violence during the interception, and the lawyers have requested to meet them later this evening (Gaza time), he said.He added that the activists also reported their personal belongings, including clothes and power banks, had been confiscated. However, no serious injuries have been reported so far, and there have been no indications of violence involving the Malaysian delegation.In addition, Kamarul Zaman said there was a possibility that the three Turkish parliamentarians who joined the flotilla would be deported either tonight or tomorrow morning."The tribunal hearing involving all the detained delegates, including those from Malaysia, is expected to be held within the next two days before their release.Kamarul Zaman said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had yesterday informed that he had contacted his Turkish counterpart, President Recep Tayyip Erdogan, regarding the matter, and that diplomatic efforts were underway to facilitate the repatriation of Malaysian activists.The FFC x TMTG humanitarian mission involved about 150 activists from 25 countries aboard nine ships, including the Conscience and Umm Saad, which were intercepted by Israeli forces yesterday when they were less than 120 nautical miles from Gaza at 10.50 am Malaysian time.The eight Malaysians on board the Conscience vessel were head of delegation Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar and Astro Awani journalist Syafik Shukri Abdul Jalil |
Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod - Mgazette - 9/10 3:16 pm KUALA LUMPUR - Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan delegasi Malaysia telah tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira 12.45 pagi tadi, waktu Malaysia |
Malaysias voice will continue to resonate for Palestines freedom - SUN - 9/10 11:54 am I was truly touched to see the sea of people who came with hearts full of love and courage, he said. They came not because they were forced, but because of their conscience, rejecting tyranny and demanding justice |
Kapal Conscience Tiba Di Ashdod, Ada Sukarelawan Dilapor Alami Kecederaan - Lobakmerah - 9/10 10:10 am Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan orang rakyat Malaysia dilaporkan tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel |
Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod - FMT - 9/10 9:43 am Humanitarian Care Malaysia memaklumkan kapal membawa 92 aktivis termasuk lapan rakyat Malaysia itu tiba pada 12.45 tengah malam. |
MyCARE usaha kenal pasti keadaan sembilan aktivis FFC x TMTG - Sinarharian - 9/10 9:10 am SHAH ALAM Pusat Kawalan Humanitarian Aid Malaysia (MyCARE) kini berusaha meneliti keadaan sembilan aktivis kemanusiaan rakyat Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).Usaha itu dilakukan berterusan oleh My Care selepas laporan mengesahkan kapal Conscience yang mereka naiki telah tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira jam 12.45 pagi waktu Malaysia.Menurut kenyataan MyCARE, kapal tersebut membawa 92 individu terdiri daripada doktor perubatan wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk sembilan rakyat Malaysia yang sebahagian daripadanya menaiki kapal Conscience dan Umm Saad.Sembilan aktivis berkenaan ialah Ketua Delegasi Aktivis Malaysia, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Amanah MyCARE), Syafik Shukri Abdul Jalil (wartawan Astro Awani) dan Dr Maziah Muhammad."MyCARE sedang meneliti dengan rapi perkembangan terkini serta berhubung rapat dengan pihak FFC, pasukan peguam antarabangsa dan wakil diplomatik Malaysia bagi memastikan keselamatan kesemua aktivis yang terlibat," jelas kenyataan itu.MyCARE turut memaklumkan bahawa pasukan peguam daripada NGO ADALAH telah berada di Pelabuhan Ashdod bagi meninjau keadaan para aktivis dan mendapatkan akses segera bagi pihak FFC.Setakat ini, status lapan kapal lain yang menyertai konvoi kemanusiaan tersebut masih belum dapat dipastikan."Pihak MyCare sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada rangkaian antarabangsa mereka."Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan keselamatan sembilan aktivis negara serta semua sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan ini," tambah kenyataan itu. |
[TERKINI] Kapal Conscience kini di Ashdod, ada aktivis cedera - MyCARE - Astroawani - 9/10 8:50 am Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut dalam keadaan selamat. |
PM condemns latest interception of Gaza aid ships - SUN - 9/10 7:00 am All nine vessels from the FFC and TMTG humanitarian mission were expected to enter the red zone at 5pm Malaysian time yesterday. However, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) confirmed that the flotilla, including the Conscience and Umm Saad vessels, which were carrying nine Malaysians, was intercepted by Israeli forces before it could proceed further |
Misi FFC: Kapal bantuan kemanusiaan Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod - Astroawani - 9/10 6:40 am Misi yang turut disertai lapan wakil Malaysia itu bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di wilayah bergolak tersebut |
FFC x TMTG: Sukarelawan tiba di Ashdod - Sinarharian - 9/10 2:52 am SERDANG - Para peserta misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang ditahan tentera Israel mula tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel.Perkara itu dimaklumkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi hantaran di Facebook sekitar jam 12.55 tengah malam pada Rabu."Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan orang rakyat Malaysia dilaporkan telah tiba di Pelabuhan Ashdod," katanya.Katanya, barisan peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) dilaporkan telah bersiap sedia di pelabuhan untuk meninjau keadaan peserta bagi pihak FFC."Sama-sama kita doakan mereka semua dalam keadaan baik-baik sahaja," ujarnya.Sinar Harian melaporkan Adalah telah menulis kepada pihak berkuasa Israel bahawa pertubuhan itu akan mewakili kesemua 145 peserta misi kemanusiaan berkenaan.Pertubuhan itu turut menuntut agar akses segera diberikan kepada peserta sebaik tiba di Israel dan menegaskan bahawa pihaknya akan mencabar penahanan haram serta rampasan kapal bersama bantuan yang dibawa.Terdahulu, sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah dipintas oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di perairan antarabangsa ketika menghampiri zon merah Gaza, sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.Misi pelayaran FFC x TMTG yang merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan serta menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza.Lapan delegasi Malaysia yang menaiki kapal Conscience milik FFC itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil, dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.Kapal terbesar Conscience membabitkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC. |
Malaysia mohon bantuan Turkiye sekali lagi, bawa pulang aktivis FFC x TMTG - Sinarharian - 9/10 12:01 am KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa pulang sembilan peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) mewakili Malaysia ke tanah air selepas kapal dinaiki kesemua aktivis dipintas tentera Israel pada pagi Rabu waktu tempatan.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya telah menerangkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk meminta pertolongan mengeluarkan aktivis Malaysia yang dipenjarakan rejim Israel.Bagaimanapun, menurutnya, perincian mengenai pelan mengeluarkan sembilan rakyat Malaysia daripada tahanan Israel belum boleh dimaklumkan lebih lanjut."Saya sudah maklum Perdana Menteri dan minta bantuan daripada Erdogan. Kami hantar teks kepada kepimpinan Amerika Syarikat (AS) mengenai kepulangan mereka (aktivis Malaysia yang menyertai FFC x TMTG)."Secepat mana saya tak tahu tapi kerajaan akan berusaha sebaik mungkin bawa keluar wira dan wirawati kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini pada Rabu.Sebelum ini, sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat dalam misi di bawah gabungan FFC x TMTG dilaporkan dipintas tentera Israel ketika sedang menuju ke perairan zon merah.Perkara itu disahkan Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan bahawa flotilla bagi misi berkenaan dipintas pada jam 10.50 pagi Rabu waktu Malaysia.Menurut data pelayaran terakhir pada jam 04:00 UTC (11 pagi waktu Malaysia), kapal itu dikesan berada di koordinat 3230.649 N, 3024.474 E iaitu kira-kira lebih 120 kilometer dari pesisir Gaza.Kapal itu dilaporkan bergerak pada kelajuan 4.32 knot dengan haluan 90 darjah.Pelayaran FFC x TMTG merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.Seramai lapan delegasi Malaysia belayar di atas kapal Conscience manakala seorang lagi menaiki flotila Umm Saad dalam misi tersebut.Lapan delegasi Malaysia yang menaiki kapal Conscience milik FFC terdiri daripada ketua misi, Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Syafik Shukri Abdul Jalil, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.Kapal terbesar Conscience membabitkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCARE, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.Secara keseluruhan misi ini membabitkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia. |
Dua kapal bawa sukarelawan Malaysia berlayar laju menuju Ashdod - Sinarharian - 8/10 8:39 pm SERDANG - Dua kapal yang membawa sukarelawan Malaysia dalam misi di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini dilaporkan memecut laju menuju ke Pelabuhan Ashdod, Israel.Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Conscience dan Umm Saad (Maiden) disyaki ditunda memasuki perairan Gaza."Teruskan doa dan memberikan perhatian kepada delegasi yang diculik di atas perairan antarabangsa," katanya.Paparan pada sistem penjejak (tracker) freedomflotilla.org menunjukkan kapal Conscience bergerak pada kelajuan 11.10 knot manakala Umm Saad sekitar 9.45 knot.Pada masa sama, pihaknya menyeru masyarakat untuk menunaikan solat hajat dan bacaan doa buat delegasi Malaysia di dalam kapal tersebut."Komunikasi telah terputus dan nasib mereka tidak diketahui," katanya.Sinar Harian kesemua 145 sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) termasuk sembilan rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel tengah malam Rabu waktu tempatan iaitu awal pagi Khamis waktu Malaysia.Pada jam 10.50 pagi, kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang menuju ke perairan zon merah.Lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza. |
Kumpulan guaman di Israel tuntut akses kepada aktivis Malaysia ditahan - Mkini - 8/10 6:25 pm Sembilan rakyat Malaysia menaiki kapal Conscience yang dipintas tentera Israel pada awal pagi tadi. |
Misi FFC x TMTG: Delegasi Malaysia dijangka tiba Pelabuhan Ashdod awal pagi Khamis - Sinarharian - 8/10 5:47 pm Jadi dengan kelajuan tersebut, kita jangka ambil masa 10 hingga 11 jam untuk sampai."Pihak kami menjangkakan 'communication blackout' ini akan lebih lama dan kelajuan kapal juga dijangka akan lebih perlahan ini kerana rejim Israel ingin memastikan delegasi tiba pada waktu malam," katanya ketika sidang media berhubung perkembangan misi tersebut di sini pada Rabu.Beliau menjelaskan, pintasan ke atas kapal berlaku antara pukul 10.30 hingga 10.50 pagi waktu Malaysia dan seperti kebiasaannya, kapal yang ditawan akan diambil alih sepenuhnya oleh tentera Israel."Biasanya, peserta misi tidak akan memandu kapal ke Pelabuhan Ashdod kerana matlamat mereka adalah ke Gaza. Namun, tentera Israel akan mengawal kapal berkenaan hingga tiba di pelabuhan tersebut," katanya.Tambah beliau, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berhubung dengan Menteri Luar Turkiye, Hakkan Fidan untuk menyelaras usaha membawa pulang sembilan rakyat Malaysia bersama 21 delegasi Turkiye ke Istanbul sebaik sahaja proses siasatan selesai.Menurut Kamarul Zaman, delegasi Malaysia terdiri daripada tiga orang doktor perubatan di atas kapal Conscience iaitu Dr Fauziah Hassan, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan Dr Hafiz Sulaiman manakala seorang lagi, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal UMM Saad.Katanya, mereka berperanan sebagai pasukan perubatan misi berkenaan."Misi pelayaran ini bukan sekadar membawa bantuan kemanusiaan, tetapi turut disertai doktor dan wartawan antarabangsa sebagai tanda solidariti terhadap ribuan nyawa doktor dan wartawan yang terkorban di Gaza," katanya.Tambah beliau, pasukan peguam yang telah bersedia di lapangan akan mengendalikan semua 145 delegasi yang ditahan sebaik sahaja mereka tiba di Ashdod dan proses siasatan dijangka bermula pada waktu pejabat pada Khamis."Kami berharap urusan ini dapat diselesaikan sebelum hujung minggu bagi mengelakkan kelewatan kerana pejabat kerajaan di Israel ditutup pada Jumaat dan Sabtu," ujarnya.Ujar beliau lagi, kerjasama kerajaan Turki juga diharap dapat mempercepatkan urusan pelepasan dan penghantaran pulang para delegasi, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap peserta Global Sumud Flotilla sebelum ini.Tegas beliau, misi FFC x TMTG dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa dan berada di luar bidang kuasa Israel.Oleh itu katanya, MyCare menggesa kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan rampasan tersebut serta menuntut pembebasan segera semua sukarelawan yang telah diculik."Kami juga mendesak agar sekatan haram dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera," katanya. |
PM tuntut pembebasan segera rakyat Malaysia - Mgazette - 8/10 4:10 pm Tambahnya, Kerajaan Madani akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin. Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Kapal Conscience dan lapan kapal layar dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalation - Thousand Madleen To Gaza telah dipintas tentera Israel ketika berada kurang 130 batu nautika dari Gaza sebentar tadi |
Anak Bimbang Dapat Tahu Kapal Conscience Dipintas, Yakin Ibu Bapa Dalam Keadaan Selamat - Lobakmerah - 8/10 3:29 pm Anak kepada dua delegasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) X Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Shamil Mohd Alauddin meluahkan rasa bimbang susulan kapal Conscience yang dinaiki ibu bapanya telah dipintas oleh tentera Zionis yang berlaku pagi tadi |
9 delegasi sukarelawan misi bantuan kemanusiaan FFC x TMTG - Sinarharian - 8/10 2:52 pm GAZA - Pada jam 10.50 pagi waktu tempatan, kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat misi di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini dilaporkan telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang menuju ke perairan zon merah.Perkara itu disahkan oleh Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan kapal freedom flotilla bagi misi berkenaan telah dipintas pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia.Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, hubungan komunikasi dengan kesemua sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza terputus pada jam 10.03 pagi waktu Malaysia.Jelasnya, kesemua kapal telah dirampas secara haram oleh rejim Zionis Israel, termasuk kapal yang membawa sembilan delegasi Malaysia.Menurutnya, lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi di atas kapal UMM Saad.Tambah Dr Kamal, MyCare mengjangkakan tiada sebarang akses perhubungan dengan semua deligasi Malaysia misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam tempoh sehingga 24 jam susulan semua kapal terlibat telah dipintas tentera Israel.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan, lebih 15 jam perlu diambil untuk membawa semua bot dari jarak pintasan ke darat."Pintasan berlaku dalam jam 5 waktu sana (perairan Egypt)...selalunya bila dipintas, kita serahkam bot tu sepenuhnya pada tentera Israel |
9 delegasi sukarelawan misi bantuan kemanusiaan FFC x TMTG - Sinarharian - 8/10 2:52 pm GAZA - Pada jam 10.50 pagi waktu tempatan, kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan yang terlibat misi di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini dilaporkan telah dipintas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang menuju ke perairan zon merah.Perkara itu disahkan oleh Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan kapal freedom flotilla bagi misi berkenaan telah dipintas pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia.Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, hubungan komunikasi dengan kesemua sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza terputus pada jam 10.03 pagi waktu Malaysia.Jelasnya, kesemua kapal telah dirampas secara haram oleh rejim Zionis Israel, termasuk kapal yang membawa sembilan delegasi Malaysia.Menurutnya, lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi di atas kapal UMM Saad.Tambah Dr Kamal, MyCare mengjangkakan tiada sebarang akses perhubungan dengan semua deligasi Malaysia misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam tempoh sehingga 24 jam susulan semua kapal terlibat telah dipintas tentera Israel.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan, lebih 15 jam perlu diambil untuk membawa semua bot dari jarak pintasan ke darat."Pintasan berlaku dalam jam 5 waktu sana (perairan Egypt)...selalunya bila dipintas, kita serahkam bot tu sepenuhnya pada tentera Israel |
'Dah agak kena pintas, tapi terkejut sebab terlalu awal' - Anak Dr Alauddin, Dr Fauziah - Sinarharian - 8/10 2:10 pm Kami hanya mampu berdoa dan berharap kerajaan dapat melakukan apa yang perlu untuk mempercepatkan pembebasan mereka," katanya. Sebelum ini, MyCARE mengesahkan bahawa semua sembilan kapal dalam misi bantuan kemanusiaan FFC x TMTG telah dipintas oleh tentera Israel (IDF) di perairan antarabangsa pada pagi Rabu.Antara mereka yang berada dalam kapal utama Conscience ialah Dr Mohd Alauddin dan Dr Fauziah, bersama tujuh lagi rakyat Malaysia.Misi kemanusiaan itu membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk rakyat Gaza, dan disertai oleh 150 peserta dari 25 negara, termasuk sembilan rakyat Malaysia |
Komunikasi semua kapal misi FFC terputus jam 10.03 pagi MyCARE - Sinarharian - 8/10 1:42 pm SERDANG - [DIKEMAS KINI] Hubungan komunikasi dengan kesemua sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza terputus pada jam 10.03 pagi waktu Malaysia.Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, kesemua kapal telah dirampas secara haram oleh rejim Zionis Israel termasuk kapal yang membawa sembilan delegasi Malaysia.Menurutnya, lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi di atas kapal Umm Saad."Kami mula terputus hubungan komunikasi dengan semua kapal pada pukul 10.03 pagi waktu Malaysia |
Anwar condemns interception of Gaza-bound aid vessels, demands release of Malaysians - Sinardaily - 8/10 1:25 pm KUALA LUMPUR -Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today strongly condemned the provocative and unlawful actions of the Israeli Zionist forces for intercepting humanitarian aid vessels bound for Gaza this morning.He said the mission vessels of the Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to Gaza (TMTG), which included Malaysians,were illegally intercepted in international waters by Israeli forces at about 10.50 am Malaysian time.He said the act of detaininghumanitarian vessels carrying aid for the people of Gaza was inhumane and violated the fundamental principles of human rights and universal human dignity."I demand that all Malaysian activists and volunteers be released immediately, given due protection, and not subjected to any form of harm during their detention."The MADANI Government will make every possible effort to safeguard the lives of all Malaysians involved in this humanitarian mission and will engage with partner countries and international organisations to facilitate their immediate release, he said.Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) today confirmed that nine vessels, including 'Conscience' and 'Umm Saad', carrying nine Malaysian activists, were intercepted by Israeli forces at about 10.50 am Malaysian time.This latest FFC and TMTGmission saw eight Malaysian representatives aboard 'Conscience', which departed from Porto Otranto, Italy, on Sept 30, led by Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali.The group also included three doctors - Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman and Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi - two lecturers, Prof Dr Mohd Afandi Salleh and Dr Noorhasyimah Ismail, MyCARE Board of Trustees member Norsham Abu Bakarand Astro Awani journalist Syafik Shukri Abdul Jalil.Another Malaysian, Dr Maziah Muhammad, was aboard 'Umm Saad', which departed from Catania, Sicily, on Sept 27 together with seven other vessels en route to Gaza.The humanitarian mission aimedto deliver real-time coverage and bring aid to the people of Gaza, who continue to suffer under Israel's blockade and siege.In total, the FFC mission comprises about 150 participants from 25 countries, with MyCARE leading the Malaysian delegation |
Kemaraan Freedom Flotilla Kini Jadi Tumpuan Dunia - Wrlr - 8/10 1:11 pm Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia memandangkan tarikh itu genap dua tahun Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023. Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG |
Tentera Israel pintas misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza - Mkini - 8/10 11:56 am Sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad yang dinaiki sembilan aktivis Malaysia telah dipintas, namun maklumat terperinci masih belum diketahui. |
MyCare sahkan 9 kapal misi bantuan FFC x TMTG dipintas jam 10.50 pagi - Sinarharian - 8/10 11:17 am GAZA Kesemua sembilan kapal bantuan kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dilaporkan telah dipintas oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika menghampiri perairan zon merah menuju ke Gaza.Perkara tersebut disahkan oleh Pusat Kawalan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan bahawa kapal-kapal misi Freedom Flotilla itu telah dipintas pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia, hari ini.Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan setakat ini, dan pihak MyCARE dijadual mengadakan sidang media tergempar pada jam 12 tengah hari bagi memberikan perkembangan terkini.Menurut data pelayaran terakhir pada jam 04:00 UTC (11 pagi waktu Malaysia), salah satu kapal misi tersebut dikesan berada pada koordinat 3230.649 N, 3024.474 E, iaitu kira-kira 120 kilometer dari pesisir Gaza. Kapal berkenaan dilaporkan bergerak pada kelajuan 4.32 knot dengan haluan 90 darjah.Sebelum ini, kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TMTG dijangka memasuki zon merah sekitar jam 5 petang waktu Malaysia, Rabu.Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, sebelum ini memaklumkan bahawa semua kapal dalam misi berkenaan telah bergerak pada kelajuan sekitar 4.00 knot dan telah melepasi 200 batu nautika dari perairan pantai Gaza.Misi pelayaran FFC x TMTG yang merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan serta menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza.Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.Lapan delegasi Malaysia yang menaiki kapal Conscience milik FFC itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil, dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.Kapal terbesar Conscience membabitkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.Secara keseluruhan misi ini membabitkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia. |
9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG memasuki 150 batu nautika dari perairan Gaza - Sinarharian - 8/10 9:07 am SHAH ALAM Kesemua sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini telah memasuki 150 batu nautika dari perairan pantai Gaza sekitar jam 3.36 pagi, Rabu.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, FFC melaporkan bahawa itu adalah titik di mana kapal-kapal sebelum ini telah diserang oleh rejim Zionis Israel."Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr Mohd Alauddin Mohd Ali melaporkan bahawa rancangan asal kapal Conscience adalah untuk bergabung dengan armada lain di titik 130 batu nautika."Namun, atas beberapa faktor, kesemua sembilan armada akan bertemu pada titik dan masa yang belum diputuskan oleh FFC |
FFCxTMTGM: Delegasi Malaysia dijangka masuk zon kuning malam esok - Mgazette - 8/10 7:31 am # FFCxTMTGM: Delegasi Malaysia dijangka masuk zon kuning malam esok SERDANG - Misi kemanusiaan flotilla Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTGM) kini belayar di perairan antarabangsa berdekatan Mesir dan dijangka memasuki zon kuning malam esok. Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, kapal Conscience yang membawa lapan delegasi Malaysia akan meneruskan pelayaran dengan knot perlahan untuk belayar seiring dan bergabung dengan lapan kapal lain |
FFCxTMTGM dijangka masuk zon merah petang esok – MyCARE - Mgazette - 8/10 7:31 am Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ini kerana kesemua kapal sedang bergerak pada kelajuan knot 4.00 dan telah memasuki 200 batu nautika iaitu zon kuning dari perairan pantai Gaza. Menurutnya, situasi terkini itu dijangka membolehkan misi yang membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama, Conscience dan kapal pelayaran, Umm Saad tiba di Gaza sebelum Jumaat ini |
Freedom Flotilla Coalition dijangka masuk zon merah Gaza esok - SUN - 7/10 10:03 pm Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia Kamarul Zaman Shaharul Anwar menyatakan misi itu semakin hampir ke kawasan berisiko tinggi. Sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad kini berada di zon kuning kira-kira 180 batu nautika dari perairan Gaza |
Freedom Flotilla to enter Gaza red zone tomorrow amid high-risk mission - SUN - 7/10 9:26 pm Humanitarian Care Malaysia chief executive officer Kamarul Zaman Shaharul Anwar said this brings the mission closer to a high-risk area. He said the mission involves nine ships, including Conscience and Umm Saad, which are currently in the yellow zone |
'Kru bukan Islam pun tidak minum arak, hormat solat atas kapal Conscience' - Mohd Afandi - Sinarharian - 7/10 6:48 pm SHAH ALAM - Kesemua kru kapal Conscience yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) menunjukkan tahap disiplin dan rasa hormat yang tinggi terhadap agama Islam walaupun majoriti mereka bukan beragama Islam.Penolong Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, sepanjang pelayaran di Laut Mediterranean, tiada seorang pun dalam kalangan mereka meminum arak atau melakukan perkara tidak senonoh di atas kapal."Mereka amat menghormati ajaran agama lain, bahkan menjaga laluan ketika kami sedang solat."Mereka cukup berdisiplin dan bertanggungjawab |
Tempoh 48 jam akan datang amat kritikal - MyCARE - Sinarharian - 7/10 6:37 pm SERDANG - Sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka memasuki zon merah pada 5 petang Rabu akan berdepan berisiko dipintas tentera Israel.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, kesemua kapal yang bergerak pada kelajuan 4 knot telah memasuki kawasan 200 batu nautika dari perairan Gaza yang digelar zon kuning.Menurutnya, tempoh 48 jam akan datang amat kritikal dan kemungkinan serangan oleh rejim zionis Israel berlaku pada waktu malam."Jika ikut kelajuan sekarang, dalam masa 24 jam, jarak perjalanan sekitar 100 nautika."Kapal sekarang dekat 200 batu nautika, kalau ikut perkiraan, masuk 48 jam adalah sangat kritikal."Dalam tempoh 24 jam kedua nak masuk zon merah, kita percaya kebiasannya taktik serangan Israel berlaku pada sebelah malam," katanya ketika sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini pada Selasa.Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia. |
Misi FFC: Peserta seru Malaysia, dunia terus beri perhatian terhadap nasib Gaza - Astroawani - 7/10 6:20 pm Delegasi Malaysia di atas kapal Conscience menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar terus memberi perhatian terhadap Gaza serta mengadakan protes sekiranya kapal dipintas oleh Israel. |
Freedom Flotilla Coalition dijangka masuk zon merah jam 5 petang esok - MyCARE - Sinarharian - 7/10 4:54 pm SERDANG - [DIKEMAS KINI] Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon merah pada 5 petang Rabu waktu Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum Jumaat."Kesemua kapal telah bergerak pada kelajuan knot 4.00 dan telah memasuki 200 batu nautika dari perairan Pantai Gaza."Kapal Conscience mula bergerak pada jam 9.30 pagi pada Selasa waktu Malaysia dan lapan kapal yang lain bergerak pada jam 1 pagi," katanya ketika sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini pada Selasa.Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.Tambah Kamarul Zaman, Ketua Delegasi Malaysia, Prof Alauddin melaporkan kesemua delegasi kapal telah sebulat suara untuk bertemu dalam satu garis masa dijangka di 150 batu nautika dan berkemungkinan berhadapan dengan penahanan rejim Zionis Israel."Dr Fauziah berkata, dunia perlu memberi lebih tekanan kepada rejim Zionis dan semua lapisan masyarakat harus bangkit memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan rakyat Palestin khususnya di Gaza."Selain itu, beliau juga menyarankan agar anjuran demo diadakan sehingga mereka selamat keluar dari penjara Israel agar terus sedar tentang kekejaman yang dilakukan rejim Zionis," katanya.Sementara itu, Zulkifli berkata, beliau memohon rakyat Malaysia tidak mengira agama, warna kulit dan ideologi untuk bersama-sama memberikan sokongan terhadap Palestin."Ini adalah isu kemanusiaan dan sangat jelas badan antarabangsa mengisytiharkan ini genosid |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |