///
See Also: Shutterstock

Search : Bung Moktar News   Page 1    





Tiada surat, rundingan sertai kerajaan - DAP Sabah - Sinarharian - 8/12 5:27 pm

KOTA KINABALU - DAP Sabah menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung penglibatan mereka dalam kerajaan negeri.Penegasan itu antara perkara utama dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa DAP Sabah pada Ahadyang mana turut meneliti keputusan PRN dan merangka hala tuju parti bagi menghadapi cabaran politik selepas pilihan raya.Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, mesyuarat tersebut untuk meneliti dan membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN), seterusnya merangka hala tuju parti bagi masa hadapan."Kami menghormati dan menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi di seluruh Sabah. Keputusan tersebut mencerminkan satu krisis keyakinan serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH)yang mesti ditangani dengan segera serta bersungguh-sungguh."DAP Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zheuntuk tidak mengambil jawatan dalam kerajaan negeri."DAP Sabah menegaskan bahawa parti tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri berhubung penglibatan dalam kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jin Zhe dalam pada itu turut mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimmengenai peningkatan ambang e-invois kepada RM1 juta dan permulaan proses pelaksanaan pemulangan 40 peratus hasil yang menjadi hak Sabah."Namun begitu, DAP Sabah berpendapat bahawa lebih banyak langkah reformasi perlu dilaksanakan dan dipercepatkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya."Kerajaan perlu menyegerakan reformasi institusi dan melipatgandakan usaha meningkatkan ekonomi Sabah, termasuk memperkukuh urus tadbir yang telus, mengurangkan kerenah birokrasi serta meringankan beban rakyat," katanya.Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti, sukarelawan dan penyokong yang bekerja keras sepanjang kempen PRN."Semangat, komitmen dan dedikasi anda akan terus menjadi inspirasi dalam perjuangan kita pada masa hadapan," katanya.Sebelum itu, DAP Sabah turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin."DAP Sabah menyampaikan simpati kepada keluarga beliau dan mendoakan mereka diberikan kekuatan menghadapi saat yang sukar ini," katanya.





Anwar visits Bung Moktars family, calls late Sabah leader a great loss to the nation - Malaymail - 7/12 8:48 am

KUALA LUMPUR, Dec 7 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim took the opportunity yesterday to visit the family o...





PM ziarah keluarga Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai kehilangan .. - Mgazette - 7/12 7:49 am

# PM ziarah keluarga Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai kehilangan besar KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia awal pagi semalam





Anwar ziarah keluarga Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai kehilangan besar - Sinarharian - 6/12 11:09 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia awal pagi semalam.Dalam pertemuan itu, Anwar menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan Madani kepada seluruh keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Bung Moktar sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sabah serta negara."Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara, khususnya atas khidmat baktinya yang panjang dalam pentadbiran, siyasah serta perjuangan membela rakyat," kata beliau dalam catatan di Facebook hari ini.Anwar turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan menghadapi saat sukar itu."Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang mencabar ini, dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," kata beliau.Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi, semalam.Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November lepas





Puncak Borneo MP recalls how spat turned into friendship with late Bung Moktar - BorneoPost - 6/12 7:47 pm

KUCHING (Dec 6): Puncak Borneo MP Datuk Willie Mongin revealed that the infamous verbal spat between him and the late Datuk Bung Moktar Radin in the Dewan Rakyat in 2018 had formed a friendship rooted in what he described as the ‘Borneo spirit’





Jasa Bung Moktar dalam ingatan penduduk Kinabatangan - Sinarharian - 6/12 7:17 pm

KINABATANGAN - [DIKEMAS KINI] Jasa Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan yang dermawan dan berjiwa besar akan kekal terpahat dalam ingatan penduduk di sini.Imam Masjid Nurul Hikmah Kampung Bilit, Isde Singling, 52, berkata, sifat dermawan Bung Moktar itu tidak tergambar, misalnya banyak sumbangan diberikan kepada pihak masjid dari segi kewangan, kelengkapan ibadah termasuk al-Quran."Kerap kali beliau menyumbang ke masjid, kadang-kadang beliau sendiri akan bertanya apa kekurangan dan apa yang diperlukan (masjid) sangat mudah berurusan dan sebelum ini pihak masjid membuat permohonan untuk mewujudkan bilik mandi jenazah dan peruntukan juga diluluskan."Malah, pembinaan Masjid Nurul Hikmah ini juga inisiatif Allahyarham sendiri di samping pembinaan Masjid Rancangan Suan Lamba, beliau seorang pemimpin prihatin yang disayangi penduduk Kinabatangan kerana jasanya dalam pembangunan agama," katanya kepada Bernama.Secara peribadi Isde dari Kampung Terus Jaya berkata, memori yang tidak dapat dilupakan apabila Bung Moktar sendiri menghubungi dan menawarkannya ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji pada 2015."Ketika itu, sebanyak enam imam di Kinabatangan termasuk saya berpeluang menunaikan ibadah haji atas inisiatif Allahyarham," katanya.Bagi bekas Ketua Kampung Bilit, Salina Tombok, 64, Allahyarham seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana banyak pembangunan diusahakan untuk Kampung Bilit seperti pembinaan jalan raya, air, lampu, termasuk pelaksanaan puluhan rumah Program Perumahan Rakyat."Jasa dan sumbangan di Kampung Bilit banyak, di samping pembinaan dewan serba guna yang memanfaatkan penduduk kampung, kami penduduk di sini merasai kehilangan seorang pemimpin yang baik hati serta memahami masalah rakyat, susah kami mahu lupa."Allahyarham seorang yang rajin turun padang, masuk kampung dan antara perkara yang saya tidak lupa beliau akan ziarah kubur orang tuanya di Kampung Bilit sebelum meneruskan program-program rakyat," katanya.Dalam pada itu, Sahrudin Sujarah, 50, berkata, Bung Moktar berjasa besar dalam pembangunan Kinabatangan khususnya Kampung Bilit kerana penduduk asal kampung berkenaan pada mulanya yang mendiami kawasan tepi sungai namun kini tidak lagi."Di Kinabatangan ini terutama Kampung Bilit ini alhamdulillah jauh berubah dulu di sini hutan belantara, berlumpur, jalan tiada, susah namun berkat usaha Allahyarham, berubah daripada hutan menjadi pembangunan, dulu penduduk tinggal di tepi-tepi sungai."Kepimpinan Allahyarham kepada penduduk Kinabatangan yang sukar dilupakan, kalau contohnya kita jalan dulu, dari pagi kalau ke Tongod petang baru sampai, tapi sekarang Telupid ke Tongod kira-kira sejam," katanya.Sahrudin berkata, orang luar mungkin melihat atau menganggap Bung Moktar sebagai pemimpin yang tidak tahu buat kerja tetapi bagi penduduk daerah sendiri tahu dan merasai pembangunan semasa pada era Allahyarham memimpin Kinabatangan."Kalau dahalu dari Kinabatangan ke Sandakan makan masa tiga, empat jam tetapi sekarang boleh sampai sejam lebih, di samping itu Allahyarham seorang yang sangat mementingkan pendidikan dan beliau sedaya upaya membantu memberikan sumbangan pendidikan kepada anak-anak Kinabatangan," katanya.Selain itu, rakan sekolah Namrah Tom, 67, dari Kampung Sukau pula menyifatkan Allahyarham Bung Moktar seorang sahabat yang tegas tetapi baik hati."Pada 1973, kami sama-sama sekolah di Goverment Secondary School Cheng Meng di Sandakan, dia kalau marah sekali pun selepas itu dia akan ketawa, dia kalau berjanji mesti dia tepati," katanya.Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi, semalam





Saya dan Bung berkawan baik selepas insiden 2018, kata wakil Puncak Borneo - FMT - 6/12 11:57 am

Willie Mongin nafi beliau dan Bung Moktar Radin menyimpan dendam antara satu sama lain seperti disangka ramai selepas peristiwa itu.





In tribute, MP recounts events after Bungs vulgar outburst in 2018 - FMT - 6/12 11:32 am

Willie Mongin says many assumed he and Bung Moktar Radin held a vendetta against each other after the incident, but that was not the case.





PRK DUN Lamag, biar PN Sabah putuskan - Takiyuddin - Sinarharian - 6/12 9:10 am

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada PN Sabah untuk membuat keputusan sama ada meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin."Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya."Jika bertanding, kerusi tersebut milik Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Bung Moktar disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi.Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.Pada PRN Sabah lalu, Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Lamag mempunyai 13,859 pemilih berdaftar pada PRN kali ini adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Kinabatangan.Terdahulu, PRN-16 pada 2020, Bung Moktar menang kerusi Lamag yang kali pertama dipertandingkan dengan majoriti 661 undi.





Sabah’s leaders mourn passing of state’s Umno chief Bung Moktar Radin - BorneoPost - 5/12 9:19 pm

KOTA KINABALU (Dec 5): Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has expressed deep sadness over the passing of Sabah Umno chief, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin





Cabinet extends condolences over Bung Moktars death, says Fahmi - Malaymail - 5/12 7:21 pm

PUTRAJAYA, Dec 5 The Cabinet today extended its condolences to the family of Datuk Seri Bung Moktar Radin, who d...





Late Bung Moktar a passionate, unique parliamentary politician - BorneoPost - 5/12 6:19 pm

KUCHING (Dec 5): The Parliament may never be the same without the late Datuk Seri Bung Moktar Radin, said Tourism, Creative Industry and Performing Arts Minister Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah





Ladang FGV: Putrajaya telah lunaskan semua keperluan kewangan - Sinarharian - 5/12 5:12 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa semua keperluan kewangan berkaitan isu tanah di 10 ladang milik FGV Holdings Berhad (FGV) di Terengganu telah dilunaskan lebih awal dan kini menunggu tindakan lanjut daripada Kerajaan Negeri bagi memastikan proses penyelesaian berjalan lancar.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat."Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa semua keperluan berkaitan tanah yang mempunyai pertikaian dengan kerajaan negeri telah dibayar sebelum ini, namun terdapat beberapa perkara yang belum disusuli."Petang ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Terengganu untuk memastikan segala yang telah dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan disusuli dengan tindakan lanjut. Ini sangat penting," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA), di sini, pada Jumaat.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Terdahulu, kerajaan Terengganu telah menghantar notis kepada enam Ahli Lembaga Pengarah FGV berhubung isu tanah ladang yang diusahakan syarikat berkenaan atas tanah milik kerajaan negeri.Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) itu dihantar pada Rabu melalui pos berdaftar dan e-mel, selepas FGV didapati terus mengusahakan tanah tersebut tanpa kebenaran sah, walaupun tempoh mencukupi telah diberikan bagi tujuan rundingan.Kesemua 10 ladang terbabit terletak di Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman, dan merupakan tanah milik kerajaan negeri yang sepatutnya diuruskan berdasarkan perjanjian serta syarat asal yang telah ditetapkan.Dalam perkembangan lain, Fahmi turut memaklumkan bahawa Kabinet merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.Selain itu, Jemaah Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet





Leaders pay tribute to late Sabah politician Bung Moktar - BorneoPost - 5/12 4:45 pm

KUCHING (Dec 5): Leaders across Sarawak have paid tribute to the late Datuk Seri Bung Moktar Radin, remembering him as a vocal, charismatic and seasoned politician whose presence in Parliament and Sabah politics will be deeply missed





Bung Moktar laid to rest in Sabah - FMT - 5/12 3:58 pm

Family, colleagues and community members gather to pay final respects to the Kinabatangan MP and Sabah Umno chief.





Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan - FMT - 5/12 3:50 pm

Pemimpin negara antara ribuan yang hadir menunaikan solat jenazah wakil rakyat Kinabatangan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.





Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas - Sinarharian - 5/12 3:36 pm

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi pada Jumaat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas jam 2.25 petang.Hujan gerimis sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu.Terdahulu, van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada 1.45 tengah hari, disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama dalam suasana hiba, menggambarkan kasih sayang tidak berbelah bahagi rakyat kepada beliau.Mereka yang hadir kemudian berpusu-pusu membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah.Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar, sanak saudara dan rakan seperjuangan Allahyarham.Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi pada Jumaat dan pemergian itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar.Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November lalu





Barisan Pemimpin Sertai Solat Jenazah Allahyarham Bung Moktar - Mgazette - 5/12 3:20 pm

# Barisan Pemimpin Sertai Solat Jenazah Allahyarham Bung Moktar





Lantang di mata lawan, rendah diri di hati rakyat - Mgazette - 5/12 3:20 pm

# Lantang di mata lawan, rendah diri di hati rakyat KUALA LUMPUR Selama hampir dua dekad menabur bakti, nama Datuk Bung Moktar Radin, 66, akan terpahat antara pemimpin yang meninggalkan impak mendalam dalam sejarah politik dan pentadbiran negara khususnya di Sabah





Bung Moktar laid to rest at Kampung Likas Muslim Cemetery - Malaymail - 5/12 3:20 pm

KOTA KINABALU, Dec 5 The remains of Kinabatangan Member of Parliament Datuk Seri Bung Moktar Radin were laid to...





Bung Moktar cekal hidupkan UMNO di Sabah - Ahmad Zahid - Sinarharian - 5/12 3:08 pm

KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai seorang pemimpin yang menjadi pemacu utama kepada kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah.Menurut beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, kepimpinan UMNO dan BN di seluruh peringkat amat terkesan dengan pemergian tokoh itu yang dianggap bukan sahaja sebagai sahabat, tetapi juga salah seorang pemimpin penting dalam UMNO di peringkat nasional dan khususnya di Sabah."Rakan-rakan kepimpinan UMNO dan BN berasa amat pilu dan sedih dengan pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, sahabat dan salah seorang pemimpin UMNO di peringkat nasional dan negeri Sabah."Kami kehilangan beliau yang amat sangat," katanya sebak mengenang rakan seperjuangan yang meninggalkan mereka pada awal pagi Jumaat.Mengulas peranan Allahyarham dalam menghidupkan kembali UMNO Sabah selepas 2018, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN melihat Bung Moktar adalah antara tonggak yang terus mempertahankan parti ketika ramai memilih untuk meninggalkan perjuangan."Pada tahun 2018, beliau adalah seorang daripada tiga ketua bahagian daripada 25, yang kekal cekal dalam UMNO dan terus menghidupkan parti ini."Beliau merupakan pemacu kebangkitan semula UMNO di Sabah dan juga di peringkat nasional





Bung Moktar prioritised the welfare of Sabah FC players and coaches Ong Kim Swee - Sinardaily - 5/12 2:10 pm

KOTA KINABALU Datuk Seri Bung Moktar Radin is remembered as a leader who consistently emphasised the welfare of Sabah FC players and coaches without interfering in the teams technical affairs.His commitment to ensuring the well-being of everyone in the team made him a respected and admired figure.Former Sabah FC head coach Datuk Ong Kim Swee shared his experience of working under Bung Moktars leadership when he was the Sabah Football Association (SAFA) President and expressed appreciation for his trust in the team.This proves that Datuk Bung never interfered in other matters, but ensured the welfare of players and coaches during my time with Sabah, where he always thought about what was best for everyone in the team, he said when met by reporters at the grounds of Kota Kinabalu City Mosque here on Friday.Ong, who also paid his respects to his former employers remains, shared his personal experience working with the late Bung Moktar.One of the reasons I returned after playing for Sabah was, of course, because the late Datuk Bung brought me back to serve under him, and to me, he was a fighter, a leader.From there, I developed a very good connection with Datuk Bung





Ribuan hadir solat jenazah Bung Moktar - Sinarharian - 5/12 1:39 pm

KOTA KINABALU - Ribuan jemaah menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radinyang berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.Solat jenazah itu dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting.Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa pemimpin lain.Jenazah kemudian dijadualkan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk urusan pengebumian.





16 tahun saksi kebaikan, kemurahan hati suami - Zizie Izette - Sinarharian - 5/12 1:31 pm

SHAH ALAM Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, sempat berkongsi satu hantaran penuh emosi di Instagram mengenai keperibadian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.Dalam perkongsian tersebut, Zizie Izette, 47, meluahkan mengenai keperibadian murni suaminya yang tidak diketahui ramai."Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu





Bung Moktar utamakan pemain, jurulatih Sabah FC- Kim Swee - Sinarharian - 5/12 1:21 pm

KOTA KINABALU Datuk Seri Bung Moktar Radin dikenang sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menekankan kebajikan pemain dan jurulatih Sabah FC tanpa mencampuri urusan teknikal pasukan tersebut.Sikapnya yang memastikan kesejahteraan semua pihak dalam pasukan menjadikannya figura yang dihormati dan dicontohi oleh ramai.Bekas ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkongsi pengalaman bekerja di bawah kepimpinan Bung Moktar ketika beliau sebagai Presiden persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan menghargai kepercayaannya terhadap pasukan





Bung Moktar remembered for his quiet spiritual side after his passing - Sinardaily - 5/12 12:45 am

SHAH ALAM - A tender and lesser-known side of Datuk Seri Bung Moktar Radin has surfaced following his death, with those close to him recalling his calm presence and constant zikr (the act of mindful remembrance of Allah SWT) during parliamentary sittings.Despite his reputation as a bold and forceful political figure, Bung Moktar was remembered by former deputy finance minister Datuk Mohd Shahar Abdullah as a man who carried a quiet spiritual grace beneath his public persona.Shahar said the Sabah Barisan Nasional chairman was often seen with prayer beads in hand during Dewan Rakyat sessions, frequently engaging in zikr that brought a sense of tranquillity."His fingers were always clasping the prayer beads





Empat dekad warnai politik Sabah, pemergian Bung Moktar satu kehilangan besar - Sinarharian - 5/12 12:33 am

NEGARA hari ini kehilangan seorang tokoh politik yang cukup dikenali, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang telah mewarnai landskap politik Sabah dan Malaysia selama lebih empat dekad dengan penuh keberanian, ketegasan prinsip serta semangat juang yang tidak pernah luntur.Dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung Bilit, Kinabatangan, Bung Moktar mula terdedah kepada dunia politik sejak usia muda hasil didikan keluarga yang kuat menyokong United Sabah Organisation (USNO).Langkah awal penglibatan beliau bermula pada 1979 apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda USNO Kinabatangan, sebelum meneruskan perjuangan dalam UMNO pada 1991 sebagai Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.Sejak 1996, Bung Moktar kekal sebagai Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, menjadikan namanya sinonim dengan politik di kawasan tersebut.Kerjaya beliau terus berkembang apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah dari 1994 hingga 1999.Jawatan tersebut memberikan pendedahan luas terhadap urusan pentadbiran negeri, selain mengasah kepimpinan serta pengalaman dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Sabah.Perjalanan politik Bung Moktar secara rasmi bermula pada 1999 apabila beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan pada ketika itu, beliau memperoleh majoriti 3,895 undi setelah meraih 8,141 undi berbanding lawannya yang memperoleh 4,246 undi.Selepas kemenangan pertama itu, Bung Moktar terus mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan atas tiket Barisan Nasional (BN) sehingga ke akhir hayatnya, termasuk menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.Pada PRU ke-15 pada November 2022, Bung Moktar mengekalkan kemenangan kali keenam di kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi, menewaskan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua dengan memperoleh 16,842 undi, manakala Mazliwati mendapat 12,512 undi.Bung Moktar juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang pertama, setelah memenangi kerusi tersebut yang julung kali dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah, September 2020.Pada PRN ke-17 yang berakhir Sabtu lalu, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru.Selepas kemenangan pada PRN ke-16 melalui kerjasama antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru dibentuk secara tidak rasmi ketika itu, Bung Moktar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri atas kapasiti beliau selaku Ketua UMNO dan Pengerusi BN Sabah.Pada masa yang sama, beliau turut memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.Bagaimanapun, jawatan tersebut digantikan oleh Datuk Ir Shahelmey Yahya bermula Januari 2023, selepas Bung Moktar membawa UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan GRS atas alasan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri.Sebelum bergiat aktif dalam politik, Bung Moktar memulakan kerjayanya dalam sektor perkhidmatan awam sebagai pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sandakan dari 1987 hingga 1990.Beliau kemudiannya menyertai Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari 1990 hingga 1992.Bung Moktar meninggalkan dua isteri iaitu Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Datin Seri Zizie Ezette Abdul Samad bersama empat anak.Pemergian Bung Moktar merupakan satu kehilangan besar, khususnya buat rakyat Kinabatangan, warga UMNO Sabah serta seluruh rakyat Malaysia yang mengenali figura beliau.Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga





Bung pejuang setia, kata Ismail Sabri - FMT - 5/12 12:23 am

Bung Moktar Radin tidak berganjak ketika ramai meninggalkan Umno selepas PRU 2018, kongsi bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob.





Shaheizy Sam dedah Bung Moktar tak sihat sejak kempen PRN - Sinarharian - 5/12 11:59 am

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan bahawa keadaan kesihatan abang iparnya, Ketua UMNO Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah terjejas sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.Beliau yang lebih mesra disapa Sam berkata, tahap kesihatan Allahyarham merosot dengan ketara pada Khamis sebelum dimaklumkan mengenai pemergian itu oleh kakaknya iaitu isteri Bung Moktar, Datin Seri Zizie Izette A Samad, awal pagi Jumaat."Sebelum ini kan kempen PRN, jadi daripada situ memang dah nampak dia dah tak sihatlah





Pemergian Bung Moktar dirasai seluruh Keluarga Malaysia - Sinarharian - 5/12 11:39 am

SHAH ALAM - Pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmatullah awal pagi Jumaat meninggalkan kesan yang amat mendalam buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Menurut beliau, banyak kenangan dicipta bersama sahabat karibnya itu ketika dalam UMNO, kerajaan dan di Dewan Rakyat."Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya menerima khabar yang sangat menyedihkan





Bung dikenang sebagai wakil rakyat berwarna-warni, lantang - FMT - 5/12 11:24 am

Ahli Parlimen dari pelbagai parti beri penghormatan kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.





Condolences pour in for Bung Moktars family as politicians honour his service and spirit - Malaymail - 5/12 11:12 am

KUALA LUMPUR, Dec 5 Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof, along with Cabinet ministers and menteris b...





Zizie Izette breaks down in tears as she returns to farewell Bung Moktar - Sinardaily - 5/12 10:37 am

KOTA KINABALU A heartbreaking scene unfolded at Idang Residence in Luyang here as Datin Seri Zizie Izette arrived to bid a final farewell to her late husband, Datuk Seri Bung Moktar Radin, with only the sound of her sobbing filling the air.Zizie was overcome with emotion when she reached the Idang Residence in Luyang on Friday morning, where the body of her husband, Bung Moktar, was laid out for viewing.The actress arrived at about 9.30am with their four children, immediately rushing into the living room where the body had been placed.Upon entering, she was seen embracing her co-wife, Datin Nor Asidah Alimuddin, in a moment of sorrow shared between the two women.It was understood that Zizie and her children had just flown in from Kuala Lumpur before making their way to the residence.





PM rakam takziah, kenang Bung Moktar sebagai tokoh tegas, berpendirian - Sinarharian - 5/12 10:34 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.Sebagai sahabat lama, Anwar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dikenang sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat."Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan."Saya mendoakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah





Bung Moktar remembered as Dewan Rakyats larger-than-life figure - FMT - 5/12 10:26 am

Lawmakers across party lines pay tribute to the outspoken Sabah MP, recalling his commanding presence, sharp wit and enduring influence in the lower house.





SPR bakal tentukan kedudukan kerusi DUN Lamag - Sinarharian - 5/12 10:15 am

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menentukan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berikutan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk James Ligunjang berkata, ini kerana Bung Moktar belum lagi mengangkat sumpah sebagai ADUN yang sah di hadapan Speaker DUN Sabah."Dalam keadaan begini, Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut."Ini bermakna ia berada di bidang kuasa SPR dan SPR lah yang akan menentukan kedudukan kerusi Lamag, sama ada mengadakan semula pilihan kecil atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.Bercakap mengenai kedudukan Bung Moktar sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, James berkata, tempoh kerajaan Madani sekarang akan berakhir pada 2027.Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 November 2027.James berkata, jika tempoh itu kurang dua tahun maka mengikut peruntukan undang-undang sedia, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tidak perlu diadakan.Bagaimanapun, dalam hal ini, beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat yang menentukan kedudukan kerusi Kinabatangan.Dalam PRN Sabah baru-baru ini, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun, kurang seminggu selepas dipilih sebagai ADUN Lamag untuk penggal kedua.





Governor Musa Aman mourns Bung Moktar’s passing, calls for contributions to be remembered - BorneoPost - 5/12 10:06 am

KOTA KINABALU (Dec 5): Sabah Governor Tun Musa Aman expressed his sadness and extended his condolences to the family of Datuk Seri Bung Moktar Radin, who passed away early today





A firm, principled and outspoken figure: Anwar leads tributes after Bung Moktar dies at 66 - Malaymail - 5/12 9:57 am

KUALA LUMPUR, Dec 5 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has conveyed his condolences to the family of Datuk...





Zizie Izette tiba dalam esakan, tatap suami buat kali terakhir - Sinarharian - 5/12 9:56 am

KOTA KINABALU - Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.Zizie Izette yang juga pelakon tiba di kediaman itu sekitar jam 9.30 pagi bersama empat anak mereka, sebelum bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin sejurus melangkah masuk dalam suasana penuh sebak dan hiba.





Bung Moktar, a steadfast comrade in both good, bad times - Zahid - Sinardaily - 5/12 9:45 am

KUALA LUMPUR - Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi described the passing of Datuk Seri Bung Moktar Radin as the loss of "a true friend who was close to his heart.In a Facebook post today, the Umno president said Bung Moktar was a steadfast comrade who always stood by him, remaining a loyal companion through both good and difficult times."It is difficult for me to find the words to describe this loss





Bung Moktar - A leader who always firmly upheld his principles, says Zambry - Sinardaily - 5/12 9:41 am

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Bung Moktar Radin has been described as a leader, friend and figure who always strongly upheld his principles and consistently stood at the forefront of the struggle.Barisan Nasional (BN) secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said the Sabah BN chairman had also sacrificed much and contributed greatly to Sabah and the country."Thank you for all your services, sacrifices and contributions to the people, Sabah and the nation."My condolences to all his family members





Bung Moktar sentiasa berzikir di Dewan Rakyat - Mohd Shahar - Sinarharian - 5/12 9:32 am

SHAH ALAM - Di sebalik reputasi sebagai pemimpin tegas dan lantang, terdapat sisi peribadi Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak diketahui umum.Menurut Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sering kelihatan memegang tasbih di tangan setiap kali berada di dalam Dewan Rakyat.Katanya, Bung Moktar sering berzikir dan ia mendamaikan hati."Jarinya sentiasa menggenggam tasbih





Zahid mourns true friend Bung Moktar after Sabah BN chief dies at 66 - Malaymail - 5/12 8:47 am

KUALA LUMPUR, Dec 5 Deputy Prime Minister Datuk Seri described the passing of Datuk Seri Bung Moktar Radin as th...





Zahid: Bung Moktar a steadfast comrade in good and bad times - BorneoPost - 5/12 8:42 am

KUALA LUMPUR (Dec 5): Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi described the passing of Datuk Seri Bung Moktar Radin as the loss of “a true friend who was close to his heart”





Bung Moktar akan dikebumi di Likas - Sinarharian - 5/12 8:39 am

KOTA KINABALU - Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radindijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likasdi sinipada Jumaat.Difahamkan, ziarah terakhir di kediaman Allahyarham di Idang Residen, Luyang, antara jam 8 hingga 9.30 pagi.Pada jam 10 pagi, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk urusan mandi jenazah sebelum solat Jumaat.Selesai solat Jumaat, barulah solat jenazah akan dilaksanakan di masjid yang sama.Selesai semua urusan tersebut, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk urusan pengebumian.Pemimpin berusia 66 tahun itu menghembuskan dunia pada jam 1.46 pagi dan disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawanmenerusi satu hantaran di Facebook.





'Kami berkongsi sejarah lama' - Shafie Apdal - Sinarharian - 5/12 8:35 am

KOTA KINABALU - Pemergian Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, awal pagi Jumaat membuka ruang penghormatan terakhir daripada pelbagai pemimpin negeri yang menyifatkan kehilangan tokoh politik itu sebagai satu detik yang amat dirasai di Sabah.Pemimpin-pemimpin utama negeri tampil menzahirkan ucapan takziah, termasuk mengenang jasa serta perjalanan panjang Allahyarham dalam dunia politik.Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam hantaran di Facebook miliknya menzahirkan rasa dukacita dan penghormatan terakhir, selain mengimbau perjalanan panjang mereka bersama dalam UMNO."Innalillahi wa inna ilaihi rojiun





Bung was a true friend, says Zahid - FMT - 5/12 8:29 am

The Umno president expresses sorrow at the death of the party's Sabah chief Bung Moktar Radin early this morning.





Perginya seorang pejuang rakyat Sabah - Sinarharian - 5/12 8:26 am

KOTA KINABALU - Sabah kehilangan seorang pejuang rakyat yang lantang dan tegas dalam memperjuangkan hak serta kesejahteraan negeri ini, dengan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi pada Jumaat.Sinonim dengan laungan Radu Tatap Radu atau Lawan Tetap Lawan, Allahyarham dikenali sebagai pemimpin berani yang tidak gentar menyuarakan isu rakyat, termasuk keperluan asas seperti pembangunan infrastruktur, jalan raya, bekalan air bersih dan peluang ekonomi luar bandar.Bung Moktar, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, dilahirkan pada 15 Sept 1959 di Sukau, Kinabatangan





Sabah BN chairman Bung Moktar dies at 66 after lung, kidney complications - Malaymail - 5/12 8:07 am

KOTA KINABALU, Dec 5 Sabah Barisan Nasional (BN) chairman and six-term Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Ra...





'Bung Moktar setia teman setiap waktu senang, susah' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 5/12 7:58 am

KUALA LUMPUR - "Ya Allah luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini."Itu mukadimah nota belasungkawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditulis khusus buat sahabat politik beliau, Bung Moktar yang meninggal dunia sekitar jam 1.46 pagi Jumaat.Tulisan itu jelas sekali memperlihatkan Ahmad Zahid tidak mampu menyembunyikan rasa sedih dan duka yang mendalam susulan kematian Ketua UMNO Sabah itu.Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, Allahyarham Bung Moktar bukan sekadar sahabat sejati yang dekat di hati.Bahkan, Allahyarham Bung Moktar, jelas Ahmad Zahid, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.Justeru, Ahmad Zahid mengakui, beliau kehilangan kata-kata untuk menggambarkan kehilangan ini."Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini





Jenazah Bung Moktar akan dikebumikan selepas solat Jumaat - Mgazette - 5/12 7:57 am

# Jenazah Bung Moktar akan dikebumikan selepas solat Jumaat KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin dijangka dikebumikan di selepas solat Jumaat





Saya hilang sahabat sejati, yang setia di saat senang dan susah – .. - Mgazette - 5/12 7:57 am

# Saya hilang sahabat sejati, yang setia di saat senang dan susah - Zahid KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai kehilangan seorang sahabat sejati yang begitu dekat di hatinya





Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin Meninggal Dunia – .. - Mgazette - 5/12 7:57 am

# Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin Meninggal Dunia - Al-Fatihah Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin Meninggal Dunia - Al-Fatihah





Bung Moktar dirawat di hospital swasta di Kota Kinabalu Bung Moktar .. - Mgazette - 5/12 7:57 am

# Bung Moktar dirawat di hospital swasta di Kota Kinabalu KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta, di sini





Bung Moktar meninggal dunia Bung Moktar meninggal dunia Bung Moktar .. - Mgazette - 5/12 7:57 am

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini





Bung sahabat sejati begitu dekat di hati, kata Zahid - FMT - 5/12 7:41 am

Presiden Umno itu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin awal pagi tadi.





"Saya kehilangan seorang teman dan pemimpin" - Rahman Dahlan - Sinarharian - 5/12 7:30 am

KUALA LUMPUR - Pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmahtullah awal pagi Jumaat meninggalkan kesan yang amat mendalam buat rakan seperjuangan Allahyarham di gelanggang politik, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.Dalam satu catatan di akaun media sosialnya sebentar tadi, Rahman menggambarkan Bung Moktar sebagai hero buat seluruh pejuang politik.Hantaran Rahman jelas menggambarkan beliau sangat-sangat berduka dengan pemergian Ahli Parlimen Kinabantangan yang terkenal sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara dan berprinsip."Tiada apa yang mampu diluahkan





Bung Moktar dies at 66 - Sinardaily - 5/12 7:01 am

KOTA KINABALU - Kinabatangan Member of Parliament Datuk Seri Bung Moktar Radin, who was also the Sabah Barisan Nasional (BN) chairman, passed away at a private hospital at 1.46 am today





Sabah Umno chief Bung Moktar dies at 66 - FMT - 5/12 6:38 am

The Umno stalwart courted controversy on multiple occasions through the years, including when he said long live Hitler after Germany thrashed Brazil 7-1 in the 2014 World Cup.




Reformasi     >>



Debate over police reforms reignites after fatal .. - Mkini
Some want task force set up to probe Nov 23 incident, others call for return of IPCMC.
Kroni     >>



Court of Appeal president recuses self from Bersatu .. - Star
PUTRAJAYA: Court of Appeal president Justice Abu Bakar Jais recused himself from hearing Bersatu's bid to appeal Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul's refusal to declare four Sabah parliamentary seats vacant, won by the party's former members in the last general election. Read full story
Tabloid     >>



Tanpa Sedar Air Mata Boleh Menitik – Ustazah .. - Rotikaya
Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar meninggalkan kesan cukup mendalam apabila ramai yang berkongsikan mengenai kebaikan arwah sepanjang hayatnya di media sosial. Perkara itu turut menyentuh hati pendakwah selebriti, Ustazah... Baca selanjutnya → The post Tanpa Sedar Air Mata Boleh ..
Tech     >>



Tech's biggest winners of 2025 - Engadget
Every December, the Engadget staff compiles a list of the years biggest winners . We scour over articles from the previous 12 months to determine the people, companies, products and trends that made the most impact over the course of the year. Not all of that influence is positive, however, and some selections may ..
World     >>



Where do Ukraine peace talks stand, and what does each .. - Globalnews
U.S. President Donald Trump's diplomatic efforts to end the nearly-four-year-old war have run into sharply conflicting demands by Russia and Ukraine.
Motor Trend     >>



Batik Air perkenal laluan Ipoh-Singapura - Careta
"Laluan baharu ini mencerminkan keyakinan Batik Air terhadap potensi Perak dan tiba pada masa yang tepat ketika kita sedang memperhebat usaha mengukuhkan kedudukan Ipoh sebagai gerbang pelancongan antarabangsa," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran laluan Batik Air Ipoh-Singapura di