///
See Also: Shutterstock

Search : Bukit Tagar News   Page 1    



Polis marin rampas mercun, bunga api dalam lori di R&R Juru - Mgazette - 14/01 4:25 pm

# Polis marin rampas mercun, bunga api dalam lori di R&R Juru BUKIT MERTAJAM - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650 di tepi jalan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Lebuh Raya UtaraSelatan (PLUS) arah utara di sini, semalam





Letupan di HELP University: Seorang pelajar masih belum sedarkan diri - Mgazette - 14/01 4:25 pm

# Letupan di HELP University: Seorang pelajar masih belum sedarkan diri KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang cedera parah dalam insiden letupan di kafeteria Universiti HELP di Bukit Damansara masih tidak sedarkan diri, manakala dua lagi mangsa utama terus menerima rawatan di hospital





'Ladang babi dipindah ke tempat makhluk lain tak sanggup tinggal' - Mkini - 14/01 4:07 pm

Ahli majlis eksekutif Selangor, Izham Hashim, berkata tempat baharu itu terletak di Bukit Tagar, berhampiran tapak pelupusan sampah.





Pig farms moving to a place even 'creatures' won't live, says exco - Mkini - 14/01 3:19 pm

New location is near Bukit Tagar landfill, Izham adds.





Pas Selangor persoal risiko alam sekitar ladang babi 200 hektar di Bukit Tagar - Sinarharian - 14/01 2:30 pm

SHAH ALAM - Pas Selangor mempersoalkan jaminan keselamatan dan alam sekitar berhubung rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan ladang ternakan babi seluas 200 hektar di Bukit Tagar, Hulu Selangor yang dikatakan menggunakan konsep moden zero waste, zero discharge.Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Selangor, Ir Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, istilah tersebut sering disalah tafsir seolah-olah tiada langsung sisa atau pelepasan, sedangkan dalam amalan penternakan babi moden, sistem yang digunakan hanyalah sistem tertutup atau closed-loop.Menurutnya, sistem tersebut masih menghasilkan pelepasan gas seperti ammonia dan metana, sisa pepejal termasuk enap cemar (sludge), serta pencemaran bau meskipun sisa ternakan itu dirawat melalui proses pengumpulan najis, rawatan air kumbahan, penghasilan biogas, baja organik dan kitar semula air terawat."Walaupun lebih terkawal, sisa pepejal tetap perlu dipindahkan secara manual ke lokasi lain dan risiko tumpahan di jalan raya tetap wujud."Bayangkan masyarakat Melayu Islam di kawasan terbabit terpaksa melalui jalan yang dilalui sisa najis babi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut mempersoalkan isu pencemaran bau, dengan mengimbas pengalamannya di Air Kuning yang mempunyai beberapa kandang babi berskala sederhana."Ketika hendak menunaikan solat Subuh di masjid, bau yang menusuk hidung menjejaskan kekhusyukan."Itu baru kandang berskala sederhana, bayangkan ladang seluas 500 ekar (200 hektar)? Adakah kerajaan negeri berani menjamin sistem ini benar-benar zero odour?" soalnya.Nurul Islam turut membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan ladang yang dicadangkan itu berhampiran beberapa Loji Rawatan Air (LRA) dan muka sauk, antaranya LRA Rantau Panjang (lama dan baharu) serta LRA Sungai Selangor 1, 2 dan 3.Katanya, semua LRA tersebut terletak di kawasan pertengahan Sungai Selangor sekitar Bukit Tagar dan Bestari Jaya yang menyumbang kira-kira 60 hingga 70 peratus bekalan air kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya."Sekiranya berlaku pencemaran masuk ke sungai akibat kegagalan sistem atau kebocoran kolam takungan kumbahan ladang, kesannya amat besar dan boleh menjejaskan bekalan air jutaan penduduk," katanya.Beliau menegaskan bahawa konsep zero discharge juga tidak bermakna tiada pelepasan langsung, kerana sisa terawat masih akan dilepaskan secara berjadual yang tetap menimbulkan risiko sekiranya berlaku kecuaian atau masalah teknikal.Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor menangguhkan cadangan pemindahan ladang ke Bukit Tagar dan melaksanakan kajian terperinci, termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA).Selain itu, beliau mencadangkan agar satu sesi pendengaran awam diadakan bagi mendapatkan pandangan pakar dan wakil masyarakat sebelum laporan penuh dibentangkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tanpa sebarang tapisan."Ini bukan soal membandingkan jumlah kandang atau ternakan dengan kerajaan terdahulu, sebaliknya membabitkan perancangan projek, kebolehlaksanaan serta kesan besar terhadap alam sekitar dan kesihatan awam."Konsep modern pig farming dengan slogan zero waste, zero discharge tidak boleh dianggap sebagai jaminan keselamatan mutlak





Prolonged water disruption affects over 10,000 consumers in Labuan - Sinardaily - 14/01 1:15 pm

LABUAN - Several villages and residential areas here, affecting over 10,000 consumers, have faced continuous water supply disruptions since Jan 9, just before the start of the school term.The outage has posed a particular challenge for parents with school-age children, with many households queuing at water tankers with basins and containers to collect their daily supply.Some residents have resorted to purchasing bottled water for bathing, cooking and drinking.In a statement on Jan 8, the Labuan Water Department said the disruption was caused by earth movement on a slope at Bukit Besar, which forced apart both the inlet and outlet 800-millimetre pipes, causing major leaks.In an update on Jan 10, the department reported that repair works were suspended due to persistent rainfall and landslides, and would resume only when the weather permitted.The situation was compounded by a second pipe failure on Jan 13 at Pulau Buah, affecting the raw water supply.As of 6.50 am today, repairs at the site were 65 per cent complete, with progress slowed by continued bad weather.In response to the prolonged crisis, the Labuan Water Department and Labuan Corporation have deployed water tankers to affected areas.The department added that it is closely monitoring the situation and will provide further updates, urging consumers to conserve water until full supply is restored





Polis Marin rampas mercun, bunga api di R&R Juru - Sinarharian - 14/01 11:49 am

BUKIT MERTAJAM Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM211,650 dalam satu operasi yang dijalankan di tepi jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pada petang Selasa.Serbuan kira-kira jam 2 petang itu dijalankan bersama pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT), hasil maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori mendapati sejumlah besar kotak disyaki mengandungi mercun dan bunga api.Menurutnya, seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit penyimpanan bahan letupan yang sah."Antara rampasan utama melibatkan 206 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650."Selain itu, polis turut menyita sebuah lori lima tan yang dianggarkan bernilai RM80,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM211,650," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Fakharuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, iaitu memiliki, menyimpan atau mengawal bahan letupan tanpa kebenaran yang sah.Dalam pada itu, beliau berkata Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran bahan letupan tanpa kebenaran, khususnya menjelang musim perayaan, demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu tindakan penguatkuasaan





Maut tersepit di bawah lori dipandu - Sinarharian - 14/01 11:06 am

TANGKAK Seorang pemandu lori maut apabila didapati tersepit di bawah lori yang dipandunya dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 167.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Rabu.Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Khalid Mohd Aris dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 5.27 pagi.Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan 16 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian sejauh 27 kilometer."Setibanya anggota bomba di tempat kejadian pada jam 5.55 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah lori yang membawa muatan barangan perkakasan."Pemandu treler, seorang lelaki berusia 34 tahun, didapati cedera manakala pemandu lori jenis Hino disahkan meninggal dunia dan tersepit di bawah lori yang dipandunya."Anggota bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sementara itu, Mohd Khalid berkata akibat nahas tersebut, pemandu treler mengalami kecederaan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Setelah mangsa yang cedera diselamatkan, keadaan di lokasi berjaya dikawal oleh anggota bomba dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.58 pagi," ujarnya.





Tujuh cedera akibat kemalangan tiga kenderaan - Sinarharian - 14/01 10:54 am

KUALA KANGSAR Tujuh lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 238 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Kampung Bukit Gantang di sini pagi Rabu.Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.33 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.10 pagi."Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki, sebuah pacuan empat roda Isuzu D-Max dinaiki dua lelaki dan sebuah lori Mitsubishi Canter yang dinaiki dua lelaki."Kesemua tujuh mangsa mengalami kecederaan namun tidak tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Shazlean berkata, setibanya di lokasi, ketua operasi menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota melaksanakan rawatan awal kepada mangsa.Katanya, Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Bomba (EMRS) telah memasang cervical collar (C-collar) kepada semua mangsa sebagai langkah keselamatan sebelum mereka dibawa ke hospital.Menurutnya, kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berhampiran menggunakan EMRS, ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Tambahnya, operasi melibatkan 11 anggota itu berjaya dikawal pada jam 8.30 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.01 pagi





Inisiatif Muay Thai tangani buli, Aaron Aziz diangkat jadi duta - Sinarharian - 14/01 10:45 am

KUALA LUMPUR Isu buli yang semakin membimbangkan dan memberi kesan serius terhadap kesihatan mental masyarakat, khususnya golongan muda, perlu ditangani secara menyeluruh dan berterusan, termasuk melalui pendekatan sukan berdisiplin seperti Muay Thai dan tinju.Sehubungan itu, pelakon tersohor tanah air, Datuk Aaron Aziz dilantik sebagai duta anti buli sukan Muay Thai sempena penganjuran kejohanan Sang Saka Biru Muaythai Warrior Vol





More non-Chinese pupils attend SJKCs nationwide - Sinchew - 14/01 7:41 am

More non-Chinese pupils attend Chinese primary schools nationwide, turning Chinese schools into a melting pot for Malaysians of different backgrounds





Letupan kompresor: Seorang mangsa masih tak sedar diri, 2 lagi masih... - Mgazette - 14/01 7:41 am

# Letupan kompresor: Seorang mangsa masih tak sedar diri, 2 lagi masih dirawat KUALA LUMPUR - Tiga daripada sembilan mangsa yang cedera dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, semalam





Lelaki maut, rakan cedera alat kimpalan meletup - Mgazette - 14/01 7:41 am

MELAKA - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam satu kejadian letupan ketika kerja-kerja kimpalan di sebuah premis kitar semula di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini, tengah hari tadi





Anggota polis tampar mat rempit adalah tindakan spontan – KP Johor - Mgazette - 14/01 7:41 am

# Anggota polis tampar mat rempit adalah tindakan spontan - KP Johor JOHOR BAHRU - Anggota polis yang menampar seorang lelaki disyaki mat rempit di sebuah stesen minyak di Taman Perling di sini kelmarin adalah tindakan spontan selepas mangsa cuba melarikan diri





One dies, another injured in welding work explosion at waste recycling centre - Sinardaily - 13/01 8:55 pm

MELAKA - One man was killed while another was injured in an explosion involving welding works at a waste recycling centre in the Bukit Rambai Industrial Park here today.Melaka Fire and Rescue Department public relations officer Mohd Hafidzatullah Rashid said the 44-year-old man died at the scene after suffering 90 per cent burns in the 1.30pm incident."Another man, aged 32, sustained five per cent burns and was taken to Melaka Hospital for further treatment, he said in a statement.Hafidzatullah said his department received an emergency call at 1.32pm and dispatched a team of 11 personnel from the Tangga Batu Fire and Rescue Station to the scene.He said that upon arrival about six minutes later, the team found that an explosion had occurred involving a Cranking Unit (CRU) welding machine while welding works were being carried out within the premises."The Hazmat team was also deployed to the scene to monitor and control toxic gases and the team commander reported that gas detector readings were low and safe."However, the incident did not result in a factory fire and the operation was fully brought under control at 2.27pm, he said





Titah Sultan Selangor mengenai LGBT, penternakan babi perlu dikuat kuasa Hamzah - Sinarharian - 13/01 6:07 pm

SHAH ALAM - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu program Glamping With Pride dan kontroversi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat perlu dikuatkuasakan menerusi pelaksanaan tadbir urus kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang yang tegas.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, titah Sultan Selangor itu mencerminkan kebijaksanaan Raja Berperlembagaan yang berpaksikan tuntutan agama, kepentingan awam dan keharmonian sosial dalam masyarakat majmuk."Titah tersebut wajar menjadi pedoman kepada semua pihak khususnya kerajaan dan agensi berkaitan agar setiap dasar serta tindakan yang diambil bukan sahaja selari dengan prinsip toleransi, tetapi mesti berjalan seiring dengan ketegasan mempertahankan kesucian agama, kepentingan rakyat dan kedaulatan undang-undang," katanya dalam hantaran pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua isu utama yang mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk penganjuran program Glamping With Pride yang merupakan antara acara kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat.Susulan itu, baginda pada Selasa bertitah supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan gaya hidup songsang LGBT di negeri ini.Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar, Hulu Selangor pada 2030.Baginda bertitah, perancangan tersebut dipandang serius, khususnya apabila terdapat kemungkinan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar di Bukit Tagar.Ujar Hamzah, sebarang usaha untuk menormalisasikan aktiviti songsang yang bercanggah dengan ajaran agama, jati diri dan nilai kemanusiaan perlu ditangani secara tegas serta berhemah"Isu penternakan babi pula perlu melalui pematuhan ketat kepada peraturan alam sekitar, kesihatan awam, zon guna tanah dan sensitiviti masyarakat setempat," ujarnya.





Seorang maut, seorang lagi parah insiden letupan di kilang - Sinarharian - 13/01 5:38 pm

MELAKA - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kitar semula di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini pada Selasa.Dalam kejadian jam 1.32 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat melecur teruk, manakala seorang lagi lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.Menurutnya, siasatan awal mendapati letupan berlaku ketika kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan di dalam kawasan kilang berkenaan."Letupan dipercayai melibatkan peralatan kimpalan jenis cranking unit (CRU)





Letupan gas di universiti swasta: Seorang penuntut koma, pendarahan dalam otak - Sinarharian - 13/01 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut dilaporkan koma dan tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam insiden letupan gas di kawasan penyelenggaraan sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan pendarahan dalam otak dan tengkorak retak.Menurutnya, mangsa masih belum sedarkan diri dan di bawah pemantauan rapi doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL)."Dua lagi mangsa yang masih dirawat ialah penyelia kontraktor berusia 54 tahun dan pekerja kantin universiti terbabit warga Indonesia berusia 22 tahun."Penyelia terbabit berada dalam keadaan separuh sedar dengan kecederaan terdapat serpihan besi di dalam badan sementara tunggu untuk pembedahan di HKL, manakala pekerja kantin itu masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi pemantauan serta rawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, enam mangsa lain bagaimanapun telah dibenarkan keluar setelah menerima rawatan.Dalam kejadian letupan gas penghawa dingin kira-kira jam 11.40 pagi, Isnin, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera.Fadil dilaporkan berkata, mangsa yang maut berusia 24 tahun di universiti swasta terbabit sedang menjalani Latihan Industri (LI).





“9 orang cedera, 1 meninggal…” – Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Insiden Letupan Di Universiti Bukit Damansara - Lobakmerah - 13/01 4:36 pm

Semalam kita dikejutkan dengan berita berlakunya insiden letupan kompresor pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara





Lelaki mengaku curi 17 jongkong emas, gelang berlian Pegawai Kewangan .. - Mgazette - 13/01 3:42 pm

# Lelaki mengaku curi 17 jongkong emas, gelang berlian Pegawai Kewangan Negeri MELAKA - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencuri dan berniaga harta curi berupa 17 jongkong emas, cincin dan gelang berlian milik Pegawai Kewangan Negeri berjumlah kira-kira RM254,000 sejak dua tahun lalu





Pindah ladang babi ke Bukit Tagar untuk tamatkan cara tradisional, atasi .. - Mgazette - 13/01 3:42 pm

# Pindah ladang babi ke Bukit Tagar untuk tamatkan cara tradisional, atasi pencemaran - MB SHAH ALAM - Keputusan memindahkan ladang babi di Kuala Langat ke Bukit Tagar adalah untuk menamatkan penternakan cara tradisional kepada cara moden





Tampar penunggang motosikal: Anggota polis tidak dibenar jalankan tugas operasi - Sinarharian - 13/01 3:34 pm

JOHOR BAHRU Anggota polis yang tular kerana bertindak menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Perling di sini pada Ahad lalu, tidak dibenarkan terlibat dengan penugasan operasi.Ketua Polis Johor, Datuk Ab





Lelaki mengaku curi 17 jongkong emas, berlian RM254,000 milik Pegawai Kewangan Negeri - Sinarharian - 13/01 2:26 pm

MELAKA Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, pada Selasa atas pertuduhan mencuri barang kemas dan jongkong emas di kediaman Pegawai Kewangan Negeri dengan nilai dianggarkan RM254,000.Tertuduh, Mohd Zakuan Abdul Rashid, 35, yang turut berdepan pertuduhan berniaga barangan curi berkenaan, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rohatul Akmar Abdullah sebaik pertuduhan dibacakan.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mencuri dalam sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman milik Datuk Salhah Salleh antara Jun 2024 hingga Disember 2025.Perbuatan itu melibatkan wang tunai RM20, seutas gelang emas, dua bentuk cincin berlian, dua gelang berlian serta 17 ketul jongkong emas dengan berat keseluruhan dianggarkan 86 gram.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Rumah Kerajaan Pegawai Kewangan Negeri di Bukit Peringgit dalam daerah Melaka Tengah.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, tertuduh boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut mengaku bersalah dengan lazimnya berniaga barangan curi berkenaan di Kampung Paya Rumput, dalam daerah Melaka Tengah.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.Dalam prosiding sama, seorang peniaga emas, Noazira Jaafar, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima barang kemas berkenaan.Peguam Ishak Kari memohon anak guamnya dikenakan jaminan rendah dengan alasan pendapatan bulanan kurang RM4,000 bagi menyara anak yang masih kecil, selain suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik mencadangkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM100,000 kerana melibatkan kerugian tinggi yang ditanggung mangsa.Hakim Rohatul Akmar tidak membenarkan ikat jamin terhadap Mohd Zakuan, manakala Noazira dibenarkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Mahkamah menetapkan 10 Februari depan untuk sebutan semula kes





Projek babi di Selangor: Kenapa tergesa-gesa? - Harakahdaily - 13/01 2:17 pm

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Negeri Selangor memindahkan secara tergesa-gesa projek ternakan babi di Tanjung Sepat Kuala Langat ke Bukit Tagar Hulu Selangor menimbulkan persoalan yang perlu dirungkai





Kajian EIA, SIA Jadi Keutamaan Dalam Pemindahan Ladang Ternakan Babi – Amirudin - Siakapkeli - 13/01 2:11 pm

Kajian EIA, SIA Jadi Keutamaan Dalam Pemindahan Ladang Ternakan Babi – Amirudin SHAH ALAM, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri Selangor akan menjadikan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai keutamaan dalam operasi penternakan babi yang bakal dipindahkan segera ke Bukit Tagar, Hulu Selangor





Peranan ahli akademik bantu SPRM tangani rasuah - Azam - Sinarharian - 13/01 1:00 pm

KUALA LUMPUR - Ahli akademik di institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam menyumbang idea pemikiran bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan dasar integriti dan tadbir urus yang baik berjaya dilaksanakan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sebagai agensi pelaksana urusan antirasuah dalam negara juga perlu membantu kerajaan dalam mewujudkan tatakelola yang baik termasuk berkaitan integriti."Ini supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berdaya maju dan rakyat yang progresif pada masa akan datang."Bantuan daripada ahli akademik amat diperlukan," katanya semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan HELP University serta Pelancaran Siri Forum Tadbir Urus dan Integriti 2026 di Bukit Kiara di sini pada Selasa.Sebagai rekod, Azam dilantik sebagai Profesor Adjung di beberapa universiti tempatan iaitu Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).Beliau juga menyumbang kepakaran di Asia e University (AeU).Menyentuh mengenai memorandum persefahaman bersama HELP University, Azam berkata, ia menjadi satu hari yang bersejarah dan signifikan kerana kerjasama antara HELP University dengan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sudah mencecah lebih 16 tahun."Banyak perkara dapat SPRM sumbangkan dan begitu juga HELP sumbangkan kepada MACA





Selangor to move pig farms to Bukit Tagar immediately after Sultans decree - Malaymail - 13/01 12:14 am

SHAH ALAM, Jan 13 Following the Selangor Sultans decree to phase out traditional pig farms in Tanjong Sep...





Isu perolehan MINDEF: SPRM dijangka bertemu Menteri Pertahanan - Sinarharian - 13/01 11:54 am

KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut isu perolehan di kementerian tersebut.Pertemuan itu susulan kenyataan Mohamed Khaled mengenai rombakan pelan anti-rasuah secara besar-besaran bagi membanteras gejala rasuah dan segala bentuk salah guna kuasa dalam sistem pertahanan negara pada tahun ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu telah dinyatakan secara jelas oleh Mohamed Khaled.Menurutnya, isu berkaitan perolehan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) merupakan perkara yang sering menjadi perhatian masyarakat dan perlu diteliti berdasarkan kes yang sedang disiasat ketika ini."Peranan kami (SPRM) selepas ini, mungkin dalam tempoh terdekat minggu depan, saya akan membuat kunjungan hormat kepada beliau (Mohamed Khaled) dan juga kepada Ketua Setiausaha untuk membincangkan lebih lanjut berhubung pelbagai isu perolehan di MINDEF."Cuba bayangkan sendiri sebesar mana masalah ini berdasarkan pangkat pegawai yang terlibat





Keselamatan Kampus Jadi Keutamaan Susulan Insiden Letupan di Bukit Damansara - Lobakmerah - 13/01 9:16 am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga di semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sentiasa terjamin susulan insiden letupan tragis di sebuah universiti swasta baru-baru ini





Legacy 30: Magis suara tiga dekad Biduanita Negara Siti Nurhaliza - Sinarharian - 13/01 9:03 am

TIDAK ramai penyanyi mampu bertahan dan terus dicintai selama tiga dekad tanpa pudar jiwa seninya, namun itulah kekuatan dan keistimewaan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Biduanita Negara yang masih menjadi pelukan emosi buat jutaan pendengar dan peminatnya.Malam Sabtu menjadi saksi kemuncak perjalanan seni penyanyi tersohor ini apabila Legacy 30: Passion, Sincere & Love bukan sekadar konsert, sebaliknya bukti ketekalan, keanggunan dan kejujurannya berkarya tanpa pernah mengorbankan identiti seni yang membentuk legasinya sejak awal.Menghimpunkan 65,000 peminat merentasi pelbagai lapisan usia dari dalam dan luar negara, malam bersejarah bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyingkap perjalanan seni anak kelahiran Temerloh, Pahang ini tentang keberaniannya mengejar mimpi sehingga menjadi inspirasi buat jutaan hati.Membuka tirai persembahan tepat pada jam 8.30 malam dengan menaiki kren setinggi dua tingkat, kelunakan gema suara penyanyi nombor satu negara ini segera menghangatkan pentas, diperkukuh visual dramatik mencengkam emosi sebelum disambut ledakan sorakan ribuan penonton dari setiap penjuru.Tampil penuh elegan dengan gaun berona kelabu berkilauan, Siti Nurhaliza yang memilih lagu Purnama Merindu, Dialah Di Hati, Wajah Kekasih, Jerat Percintaan dan Percayalah sebagai pembuka tirai, berjaya mengembalikan nostalgia peminatnya ke era kegemilangan legenda hidup ini yang menjadi latar kepada kisah cinta, perpisahan dan harapan ramai.Tanpa memutuskan momentum, suasana berubah apabila Siti Nurhaliza mengalihkan rentak kepada pop rock menerusi Satu Cinta Dua Jiwa dan Destinasi Cinta, mencetuskan lonjakan tenaga yang serta-merta menghidupkan seluruh stadium, sekali gus menyerlahkan kekuatan dan dinamik vokalnya merentas genre.Tampil kemudiannya dengan busana dramatik berona merah jambu lembut sambil mengayakan off-the-shoulder detached rosette train, ibu kepada dua cahaya mata ini membuka ruang set kedua lebih teaterikal dengan medley hit Bicara Manis Menghiris Kalbu, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang,Kau Kekasihku dan Jaga Dia Untukku, yang disusun lebih ekspresif dan penuh jiwa.Istimewanya, segmen ini juga menjadi momen mempamerkan keupayaan vokal Siti Nurhaliza yang versatil khususnya dalam kebolehannya mengadunkan suara dengan penyanyi lain secara harmoni tanpa kehilangan identiti tersendiri yang menjadi simbol kekuatan legasinya sepanjang dalam industri.Menerusi duet pertamanya bersama-sama Umairah, anak saudaranya sendiri, ia menjadi detik simbolik apabila mereka berkongsi pentas tatkala mendendangkan lagu tradisional baharu Kaca dan Permata serta lagu malar segar Hati Kama, sekali gus menampilkan kesinambungan bakat merentas dua generasi.Kolaborasi dengan Hafiz Suip pula meneruskan aliran emosi apabila Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Muara Hati disampaikan dalam keharmonian vokal yang kemas, mempertemukan dua penyanyi yang masing-masing pernah dinobatkan vokal terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL).Nuansa konsert kian berubah dengan kemunculan Noh Salleh yang membawa sentuhan alternatif menerusi Kau Mawarku dan Bagaikan Sakti sebelum disempurnakan melalui kolaborasi serantau bersama-sama penyanyi Indonesia Chakra Khan yang membawakan Seluruh Cinta dan Dirgahayu.Kehangatan malam mega itu semakin terasa apabila Siti Nurhaliza sekali lagi tampil menggunakan kren mendendangkan seleksi lagu Cintamu, Aku Cinta Padamu, Bukan Cinta Biasa dan Bersandar Cinta selain menyampaikan lagu Bisikan Asmara, Engkau Bagaikan Permata dan Seindah Biasa serta medley hit Seribu Kemanisan, Kesilapanku Keegoaanmu dan Diari Hatimu.Sebahagian lagu ini dinyanyikan penyanyi yang turut mendapat gelaran Voice of Asia ini mengikut susunanan asal manakala selebihnya diberi nafas kontemporari, memperlihatkan kematangan dalam berkarya selain kemuncak konsert semakin mencengkam semasa set penutup berteraskan tradisional.Mengejutkan puluhan ribuan peminatnya apabila tampil melompat keluar dari bawah pentas yang dihidupkan bersama-sama penari kebudayaan Istana Budaya, Siti Nurhaliza membuka segmen akhir dengan lagu tradisional baharu daripada album Gema Bumantara iaitu Kesuma dan Rencong dengan sentuhan moden, rentak rancak dan susunan muzik bertenaga.Persembahan tidak dijangka itu mencetuskan gelombang sorakan gemuruh dari setiap penjuru stadium yang pernah menjadi lokasi persembahannya pada acara penutup Sukan Komanwel 1998, semakin meriah apabila Siti Nurhaliza mendendangkan karya ikoniknya Joget Menanti Kasih, Balqis, Mahligai Permata, Ya Maulai, Cindai dan Nirmala.Bagaikan sebuah pesta budaya, seluruh stadium bangkit berdiri, menyanyi dan menari mengikut rentak dengan persembahan itu didedikasikan sebagai penghormatan kepada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, tokoh penting yang membentuk identiti muzik tradisional Siti Nurhaliza.Sepanjang tiga jam persembahan yang digarap oleh Aubrey Suwito bersama-sama pasukan pemuzik handalan serta iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan ini peminat juga dibawa menyusuri perjalanan seni Siti Nurhaliza menerusi tayangan montaj daripada langkah awalnya sebagai Juara Bintang HMI terbitan RTM pada 1995, kejayaan dan pengiktirafan yang dikecapinya sehinggalah diangkat sebagai Biduanita Negara.Mungkin tiga jam belum memadai untuk merangkum seluruh perjalanan seni penyanyi nombor satu negara ini, namun Konsert Legacy 30 berdiri sebagai bukti teguh bahawa keabadian suara tidak lahir daripada bakat semata-mata sebaliknya dibina melalui imej, adab, profesionalisme, konsistensi serta keberanian untuk terus berevolusi





Wang simpanan lebih RM70,000 lesap selepas terima bungkusan 'Tupperware' - Sinarharian - 13/01 8:26 am

KUALA TERENGGANU Bermula dengan menerima bungkusan Tupperware yang dihantar ke rumah, seorang kerani klinik kerugian lebih RM70,000 selepas terperangkap dalam sindiket penipuan telefon membabitkan tawaran kerja palsu secara dalam talian.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan berhubung kes itu diterima pada kira-kira jam 2 petang pada Isnin.Menurutnya, mangsa yang merupakan wanita berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula pada 1 Januari lalu selepas dia menerima bungkusan barangan berupa barangan jenama Tupperware daripada individu tidak dikenali ketika berada di kediamannya di Bukit Besar di sini."Tidak lama selepas itu, pengadu dihubungi melalui satu panggilan telefon sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan pesanan mudah alih WhatsApp yang mempunyai kira-kira 200 ahli."Dalam kumpulan tersebut, pengadu ditawarkan tugasan mudah seperti menekan 'like' dan berkongsi hantaran media sosial dengan dijanjikan pemberian komisen," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Beliau berkata, selepas berjaya menyelesaikan kira-kira 20 tugasan dan menerima komisen awal, mangsa mula diyakinkan untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi dengan membuat bayaran bagi menaik taraf status ke peringkat pekerja."Ketika itu mangsa tidak menyedari dirinya sedang diperdaya, mangsa telah membuat dua pemindahan wang secara dalam talian dan 15 transaksi deposit tunai ke dalam lima akaun bank berbeza."Jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan mencecah RM70,935 melibatkan lima akaun bank berlainan, menggunakan wang simpanan peribadi pengadu," katanya.Menurut beliau, mangsa mula berasa curiga apabila terus diminta membuat bayaran tambahan tanpa menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan."Mangsa yang berasa ditipu tampil ke balai polis untuk membuat laporan."Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.Dalam pada itu, Azli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penghantaran bungkusan secara rawak atau tawaran kerja yang menjanjikan pulangan lumayan.Katanya, semakan segera perlu dibuat dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan.





Malam ini saya berikan seluruh kasih sayang saya: Tokti - Hmetro - 13/01 6:00 am

STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu lalu menjadi saksi sejarah apabila 65,000 peminat membanjiri Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love





Bangunan terlibat dalam letupan kompresor penghawa dingin ditutup – .. - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Bangunan terlibat dalam letupan kompresor penghawa dingin ditutup - Universiti HELP KUALA LUMPUR - Bangunan yang terlibat dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin akan ditutup sehingga siasatan rasmi selesai





Letupan kompresor penghawa dingin: Seorang maut, 9 cedera - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Letupan kompresor penghawa dingin: Seorang maut, 9 cedera KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor maut manakala sembilan orang cedera dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini hari ini





Sultan Selangor titah tiada penternakan babi di Tanjong Sepat Sultan .. - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Sultan Selangor titah tiada penternakan babi di Tanjong Sepat KUALA LUMPUR - Sultan Selangor menitahkan tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat. Justeru, operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara beransur-ansur dan seterusnya dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar, mengikut perancangan yang tersusun serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan





Ladang babi: Pemindahan ke Bukit Tagar dipercepatkan kepada tahun ini .. - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Ladang babi: Pemindahan ke Bukit Tagar dipercepatkan kepada tahun ini - Izham SHAH ALAM - Pemindahan ladang operasi penternakan babi ke Bukit Tagar yang sepatutnya dilaksana 2030 akan dipercepatkan kepada tahun ini





Sultan Sharafuddin tidak berkenan semua aktiviti songsang di Selangor - Mgazette - 12/01 10:49 pm

# Sultan Sharafuddin tidak berkenan semua aktiviti songsang di Selangor SHAH ALAM - Sultan Selangor menentang dan membantah keras terhadap sebarang aktiviti songsang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dianjurkan dalam Negeri Selangor





Gas pendingin hawa meletup: Help University, pihak berkuasa kenal pasti punca insiden - Sinarharian - 12/01 10:31 pm

KUALA LUMPUR -HELP University bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik danpengurusan bangunan bagimengenal pasti punca insiden letupan semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udaradi kampus universiti itu di Bukit Damansara pagi Isnin.Universiti itu dalam kenyataan memaklumkan, bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai dijalankan."Sebagai institusi yang komited menyediakan persekitaran selamat bagi pelajar dan seluruh warga kampus, kami akan segera menjalankan pemeriksaan dalaman bagi memastikan keselamatan serta integriti bangunan lain di Kampus Bukit Damansara serta Kampus Subang Bestari."Kami ingin menegaskan bahawa operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari akan diteruskan seperti biasa," menurutkenyataan itu.HELPUniversity turut memaklumkan, pihaknya bekerjasama rapat denganpasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan dan bantuan sewajarnya, selain berhubung dengan ahli keluarga mereka untukmemberikan sokongan sertabantuan yang diperlukan."Pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi saluran komunikasi dalaman yang telah disediakan," menurut kenyataan itu.HELP University jugamemaklumkan, pelajar dan petugasdi kampus telah dipindahkan dengan segera mengikut protokol kecemasansejurus insiden berlaku, sebelum pihak perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama selepas dimaklumkan.Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi tadiKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsusberkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun.Fadil berkata, letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universitiberkenaan





Sultan Selangor Gariskan Tiga Ketetapan Hala Tuju Operasi Penternakan Babi Negeri - Siakapkeli - 12/01 9:36 pm

Sultan Selangor Gariskan Tiga Ketetapan Hala Tuju Operasi Penternakan Babi Negeri SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan aktiviti penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan secara beransur-ansur dan operasi berkenaan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar mengikut perancangan serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan





No more pig farms in Tanjong Sepat, decrees Selangor Ruler - Star - 12/01 8:50 pm

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has decreed that there should be no more pig farming operations in Tanjong Sepat, Kuala Langat, with existing farms to be shut down in stages and fully relocated to Bukit Tagar





Higher Education Ministry demands full campus inspections following blast at Bukit Damansara varsity - Malaymail - 12/01 8:30 pm

PUTRAJAYA, Jan 12 The Higher Education Ministry (MOHE) has instructed HELP University to conduct thorough safety...





Gas pendingin hawa meletup: Mangsa maut penuntut UTAR, sedang jalani latihan industri - Sinarharian - 12/01 7:41 pm

KUALA LUMPUR - Lelaki yang maut dalam kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini disahkan seorang penuntutUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yangsedang menjalani Latihan Industri (LI).Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTAR, Profesor Dr Chang Yoong Choon berkata, mangsa adalah penuntut di jabatannya dan menjalani LI pada minggu terakhir."Mangsa adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang menjalani LI selama tiga bulan."Minggu ini, adalah minggu terakhir dia menjalani latihan industri sebelum menamatkan program," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada Isnin.Mengulas mengenai bantuan kepada keluarga mangsa, Yoong Choon berkata, UTAR menyediakan perlindungan insurans kepada semua penuntut meliputi sebarang kemalangan termasuk kecederaan dan kematian."Universiti akan menguruskan dokumentasi berkaitan dan mengemukakan tuntutan kepada pihak insurans."Pihak pengurusan juga akan memberikan sokongan penuh termasuk bantuan berkaitan urusan pengebumian," katanya.Beliau menegaskan UTAR komited untuk membantu keluarga mangsa sehingga semua urusan selesai dan akan menghormati keputusan keluarga berhubung pengurusan jenazah.Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas pendingan hawa di sebuah universiti swasta kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun.





Letupan gas universiti: Mangsa maut disahkan penuntut UTAR - Kosmo - 12/01 7:34 pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang maut dalam kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini hari ini disahkan penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)





Sultan Selangor titah tutup kandang babi Tanjong Sepat, pindah ke Bukit Tagar - Mkini - 12/01 7:24 pm

Operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara beransur-ansur.





KPT arah universiti buat pemeriksaan segera - Utusan - 12/01 7:13 pm

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan pihak universiti untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan segera ke atas semua kemudahan kampus, memastikan kawasan terjejas disahkan selamat oleh pihak berkuasa sebelum digunakan





Operasi ternakan babi harus dihentikan secara beransur-ansur – Sultan Selangor - Thempress - 12/01 6:48 pm

SULTAN Selangor Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya operasi ternakan babi di Tanjong Sepat dihentikan secara beransur-ansur dan seterusnya berpindah ke Bukit Tagar





Tiga perkara yang dibangkitkan Sultan Selangor dalam pertemuan dengan exco pagi ini - Harapandaily - 12/01 6:29 pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah membangkitkan tiga perkara berhubung kontroversi penternakan babi di negeri ini kepada dua orang anggota kerajaan negeri iaitu Exco Infrastruktur dan Pertanian Datuk Izham Hashim dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam





Isu ladang babi: Isham Jalil cadang buat 'townhall' - Sinarharian - 12/01 6:11 pm

Buat apa Selangor yang tanah sedikit dan lebih mahal ini nak ternak babi?"Kamu kata ada 'buffer zone' dan kumbahan itu tertutup dan 'zero discharge'. Tapi bau tidak kenal 'buffer zone', exco."Ia boleh pergi berpuluh kilometer, jika sistem kumbahan babi ini bocor, ia mengalir ke mana? Ini semua perlu libat urus dan penerangan kepada rakyat," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selama 45 minit bagi membincangkan mengenai isu ladang penternakan babi.Antara intipati perbincangan itu adalah perancangan untuk memindahkan ladang penternakan babi dari Kuala Langat dan Sepang ke kawasan berpusat moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor akan disegerakan sebelum hujung tahun ini.Menurut Izham, isu tanah di Bukit Tagar juga perlu diselesaikan sesegera mungkin bagi membolehkan proses pemindahan ke ladang seluas 500 ekar itu dibuat.Jelas beliau lagi, perbincangan itu turut menyentuh tentang keperluan untuk tidak lagi membenarkan pembaharuan lesen operasi babi.Isham turut mempersoalkan tujuan penternakan babi itu memandangkan keluasan ladang sekitar 500 ekar, lima kali ganda besar daripada zoo negara."Tadi exco maklumkan bahawa Sultan Selangor tanya berapa ekor populasi babi yang akan ada di Bukit Tagar? Exco kata dia tak tahu dan dia akan pastikan angka itu kelak."Tuanku titah supaya ladang-ladang ini tidak boleh diguna untuk pasaran eksport





Selangor akan tutup ladang babi Tanjung Sepat - FMT - 12/01 5:50 pm

Exco Selangor Izham Hashim berkata lesen penternak juga tidak akan diperbaharui sehingga mereka pindah di ladang babi moden berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor.





Selangor govt to shut down pig farms in Tanjung Sepat, expedite relocation - FMT - 12/01 5:36 pm

The owners will be required to move to the centralised facility in Bukit Tagar, says exco member Izham Hashim.





Letupan Di Universiti Swasta: Mangsa Meningkat Kepada 10 Orang Termasuk Seorang Maut - Siakapkeli - 12/01 5:35 pm

Letupan Di Universiti Swasta: Mangsa Meningkat Kepada 10 Orang Termasuk Seorang Maut KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di HELP University di Bukit Damansara pagi tadi, meningkat kepada 10 orang dengan seorang daripadanya maut





'Saya nampak wanita terperangkap bawah papan, seorang melecur di dapur' - .. - Hmetro - 12/01 5:30 pm

Kuala Lumpur: Selepas letupan itu, saya ternampak seorang penuntut wanita terperangkap di bawah papan," kata saksi kejadian kes letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini





Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Letupan Di Universiti Bukit Damansara - Thevocket - 12/01 5:27 pm

Seorang kontraktor berusia 24 tahun maut, manakala sembilan yang lain cedera apabila sebuah kompresor unit penyaman udara meletup di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan,..





Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Letupan Di Universiti Bukit Damansara - Hotfm - 12/01 5:27 pm

Seorang kontraktor berusia 24 tahun maut, manakala sembilan yang lain cedera apabila sebuah kompresor unit penyaman udara meletup di sebuah universiti swasta





HELP University cafeteria blast in Bukit Damansara leaves one dead, nine injured; LPG leak suspected - BorneoPost - 12/01 5:19 pm

KUALA LUMPUR (Jan 12): A man died and nine others were injured when an air conditionercompressor exploded at HELP University, Bukit Damansara,this morning





Gas pendingin hawa meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah - Sinarharian - 12/01 4:39 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun."Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 10 orang membabitkan pelajar, juruteknik, kontraktor serta pekerja kantin."Daripada jumlah itu, seorang disahkan meninggal dunia, dua parah manakala selebihnya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, media melaporkan satu kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa di universiti swasta itu kira-kira jam 11.40 pagi.





Seorang maut, sembilan cedera dalam letupan di universiti Bukit D'sara - Mkini - 12/01 4:16 pm

Letupan itu dipercayai disebabkan oleh kebocoran gas daripada pemampat penghawa dingin.





Projek ladang babi: MCW gesa audit integriti, tadbir urus bebas dilaksana - Mgazette - 12/01 4:09 pm

MCW tidak membuat tuduhan menyeluruh terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun sekiranya masalah pencemaran bau, air dan kesihatan awam yang dilaporkan sejak 2010 masih gagal diselesaikan, maka sebarang kelulusan baharu, sama ada bersifat sementara atau kekal, adalah wajar dipersoalkan dari sudut integriti dan tadbir urus, katanya. Beliau mengulas mengenai kontroversi rancangan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat yang dijadual bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030 yang mendapat bantahan Sultan Selangor





Selangor pun tidak cukup, macam mana nak eksport babi – Izham - Mgazette - 12/01 4:09 pm

Terdahulu katanya, perkara berkenaan antara yang dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi. Katanya lagi, beliau turut memberi penjelasan kepada Sultan Selangor mengenai beberapa perkara lain termasuklah rancangan memindahkan operasi penternakan ke Bukit Tagar untuk pemusatan yang lebih tersusun





Ladang babi di Tanjung Sepat ditutup - Utusan - 12/01 4:05 pm

SHAH ALAM: Perusahaan ternakan babi di Kampung Ladang Tumbuk di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan ditutup dan perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor. Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, pembaharuan lesen juga tidak akan diberikan sehingga pemindahan penternakan dilakukan di ladang babi moden berpusat di Bukit Tagar, ..





9 individu cedera dalam letupan di universiti swasta - Sinarharian - 12/01 4:03 pm

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan individu cedera dalam kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan sistem penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.40 pagi."Mangsa yang terlibat terdiri daripada pelajar, kakitangan pengurusan, pekerja kontraktor serta warga asing yang bekerja sebagai penjaga kafeteria di universiti berkenaan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.Fadil berkata, daripada sembilan mangsa, empat adalah pelajar, dua pekerja kontraktor dari luar yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan, seorang kakitangan pengurusan dan dua lagi warga asing yang bekerja menjaga premis kafeteria tersebut."Ada mangsa mengalami kecederaan parah manakala selebihnya cedera ringan," katanya.Beliau berkata, semua mangsa telah dihantar ke beberapa hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan penyelenggaraan pendingin hawadi tingkat empat berhampiran kafeteria bangunan berkenaan yang ketika itu belum dipenuhi ramai pelajar kerana sesi pembelajaran belum bermula sepenuhnya."Siasatan awal mendapati kejadian ini melibatkan dua individu teknikal yang berada di lokasi bagi menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan."Akibat letupan itu, ada mangsa mengalami kecederaan melecur dan terkena serpihan, termasuk runtuhan dinding konkrit di kawasan terbabit," ujarnya.Bagaimanapun, Fadil menegaskan punca sebenar letupan masih dalam siasatan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti."Pasukan bomba dan penyelamat telah menjalankan pemeriksaan keselamatan dan mengesahkan kawasan tersebut selamat."Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.





Satu maut kompresor meletup di sebuah universiti swasta - Utusan - 12/01 4:00 pm

KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala sembilan termasuk empat pelajar cedera selepas kompresor penghawa dingin meletup di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini





9 cedera dalam letupan di universiti swasta - Kosmo - 12/01 3:44 pm

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan individu cedera dalam satu kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi tadi




Reformasi     >>



Isyarat politik di sebalik penolakan Muafakat Nasional .. - Harapandaily
Semalam Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian partinya untuk mendokong kerajaan Madani dan menolak usaha Muafakat Nasional sebagaimana yang dibawa oleh Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh. Dengan berbuat demikian, Zahid telah menghantar tiga isyarat politik ..
Kroni     >>



Zahid: Umno will stay put for now - Star
KUALA LUMPUR: Umno grassroots are behind the party remaining in the unity government until the next general election, says party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Read full story
Tabloid     >>



Izara Aishah Sindir Balik Lepas Konsert Siti Nurhaliza .. - Ohmedia
Izara Aishah sindir individu yang dakwa konsert Siti Nurhaliza ulang konsep sama dan membosankan. The post Izara Aishah Sindir Balik Lepas Konsert Siti Nurhaliza Didakwa Ulang Konsep Sama appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Report outlines new features coming to Gemini-powered .. - Gsmarena
Apple recently confirmed it will use Googles Gemini to power Siri, along with Gemini models and Google Cloud tech to build its own foundational models. A new report now highlights what to expect from the partnership. While Apple confirmed that Gemini models will run on-device and support ..
World     >>



Trump vows 'very strong action' if Iran executes .. - BBC
Relatives of an arrested protester tell BBC Persian he is due to be executed on Wednesday, as the death toll from demonstrations reportedly exceeds 2,400.
Motor Trend     >>



Proton e.MAS 7 PHEV Open For Booking: 1,100km Range, .. - DSF
The first plug-in hybrid electric vehicle from a national brand, the Proton e.MAS 7 PHEV, is now open for booking. The wait for Proton’s first-ever Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) is officially over. PRO-NET has announced that order books for the Proton e.MAS 7 PHEV are now open, ..