| /// |
|
| Search : Bukit Kepong News | Page 1 |
|
PRN Johor: Manifesto PH dilancar dalam masa terdekat - Mygazette - 29/06 8:13 am # PRN Johor: Manifesto PH dilancar dalam masa terdekat KULAI - Manifesto Pakatan Harapan (PH) akan dilancar dalam masa terdekat yang mengandungi pelbagai tawaran melibatkan pendidikan, pekerjaan dan ekonomi |
|
LRT3 perkukuh pengangkutan awam negara - Sinarharian - 29/06 7:30 am SHAH ALAM - Penantian lebih sedekad berakhir apabila Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Shah Alam mula beroperasi hari ini sekali gus menjadi pemangkin kepada perubahan landskap pengangkutan awam dan ekonomi di koridor barat Lembah Klang.Laluan sepanjang 37.8 kilometer (km) yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, termasuk 2.5km laluan bawah tanah dirasmikan pada Ahad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.Ketua Laluan Shah Alam, Mohd Ariffin Idris berkata, projek tersebut dijangka memberi manfaat buat kira-kira 2 juta penduduk di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.Menurut beliau, Laluan Shah Alam dikenali sebagai LRT3 kerana ia merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ketiga dibangunkan di negara ini yang menelan kos sebanyak RM16.63 bilion."Reka bentuk stesen pula diinspirasikan daripada tanjak, sebagai simbol penghargaan terhadap warisan seni dan budaya Malaysia."Untuk kesemua stesen, Laluan Stadium Shah Alam ialah yang terbesar, fasilitinya paling lengkap dan ia menjadi pusat untuk kesemua 20 stesen."Di sepanjang jajaran ini juga, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan jumlah harian penumpang sekitar 67,000 dalam tahun pertama operasi dan untuk lima tahun akan datang seramai 117,708 orang," katanya.Beliau berkata demikian ketika lawatan pra-pembukaan eksklusif Prasarana bersama media terpilih di Stesen Stadium Shah Alam di sini pada Selasa lalu.Laluan Shah Alam yang menggunapakai 22 unit tren tiga gerabak itu beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dengan kekerapan lapan minit ketika waktu puncak dan 10 hingga 15 minit di luar waktu puncak.Kemudahan park and ride turut disediakan di enam stesen iaitu di Kayu Ara, Damansara Idaman, Pasar Klang, Seri Andalas, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia dengan jumlah keseluruhan tempat parkir sebanyak 2,300 petak.TeknologiMohd Ariffin menambah, Laluan Shah Alam mengadaptasi kecanggihan teknologi hijau antaranya sistem penyaman udara tren kenderaan rel ringan (LRV) menggunakan inverter dan penyaman udara pintar bagi mengutamakan aliran pengudaraan baik serta sistem pencahayaan semula jadi untuk meningkatkan kecekapan tenaga.Jelasnya lagi, LRT3 merupakan projek rel pertama di Malaysia menggunakan teknologi 'U-Trough' iaitu komponen blok girder berbentuk U yang dihasilkan secara pra-reka di luar tapak pembinaan, kemudiannya dibawa ke lokasi untuk pemasangan."U-Trough juga dilengkapi dengan penghadang bunyi untuk mengurangkan gangguan bunyi kepada kawasan sekitarnya semasa peringkat operasi," menurutnya.Di samping itu, kata beliau, kemudahan surau, tandas dan laluan mesra orang kurang upaya (OKU) serta tempat duduk khas buat penumpang OKU turut disediakan di setiap gerabak."Satu lagi fakta menarik adalah pemilihan warna di dalam gerabak |
|
With PAS snub, can Bersatu mobilise supporters in Pagoh to win Bukit Pasir? - Mkini - 28/06 8:00 pm JOHOR POLLS Party also faces challenge in Harapan's candidate, Najib Lep. |
|
DUN Bukit Pasir: 5,000 undi pernah diraih PAS kini milik siapa? - Mkini - 28/06 8:00 pm ANALISIS Apakah 5,000 undi itu memang pilih PAS, pengundi atas pagar atau dari sokongan Bersatu dan pengaruh Muhyiddin Yassin? |
|
Potential for development around several LRT3 stations, says Loke - FMT - 28/06 7:26 pm Transport minister Loke Siew Fook says commercial centres or affordable housing could be built in large spaces near the Sri Andalas, Kayu Ara, Bandar Bukit Tinggi and Johan Setia stations. |
|
JSJK siasat dakwaan pemalsuan tandatangan urusan pengebumian jenazah - Sinarharian - 28/06 6:11 pm KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan tandatangan bagi tujuan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan."JSJK Polis Diraja Malaysia mengesahkan terdapat satu kertas siasatan dibuka yang disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan berhubung pemalsuan tandatangan bagi tujuan pengebumian jenazah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut memandangkan siasatan masih di peringkat awal.Terdahulu, isu pengurusan pengebumian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menjadi perhatian selepas keluarganya mendakwa berlaku kelewatan hampir sejam untuk mengebumikan jenazah berkenaan.Pada Ahad, waris kepada seorang lelaki yang dikaitkan dengan pertikaian itu turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi menafikan dakwaan yang disifatkan mencemarkan nama baik dirinya dan keluarga.Laporan itu dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu berkenaan.Menurutnya, dakwaan dalam kenyataan tersebut yang menyebut 'datuk si mati berkeras jenazah diuruskan oleh Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS)' adalah tidak benar serta berunsur fitnah.Beliau turut menegaskan tidak pernah berurusan dengan pihak Masjid Nurul Hidayah dan ketika kejadian berada bersama jenazah cucu perempuannya.Katanya, laporan polis itu dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketika urusan pengurusan jenazah selain menafikan dakwaan melalui rakaman audio, penjelasan siak serta kenyataan media JAIS. |
|
Pork supply sufficient despite drop in pig farms, says Mohamad Sabu - Sinchew - 28/06 3:16 pm Pork supply sufficient despite drop in pig farms, says Mohamad Sabu KUALA LUMPUR: Despite the number of pig farms has been reduced, the actual production of pork is sufficient to meet local market demand, says Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu |
|
LRT3: 5 stesen tambahan baharu akan dibina - Mygazette - 28/06 3:16 pm KLANG - Sebanyak lima stesen tambahan baharu LRT3 iaitu di Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanic akan dibina bagi memperluaskan liputan lagi operasi Laluan Shah Alam pada masa hadapan |
|
Banjir di Selangor makin pulih, Perak meningkat - Mygazette - 28/06 3:16 pm KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Selangor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini manakala bilangan mangsa di Perak meningkat sedikit |
|
Pejuang tak relevan? Kami masih di peringkat `tanam benih’ ??? .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Pejuang tak relevan? Kami masih di peringkat `tanam benih' Mukhriz BUKIT GAMBIR Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathirmenyangkal dakwaan parti itu semakin tidak relevan dan terpinggir dalam arus politik perdana |
|
Tak payah sentuh isu 3R – Fahmi - Mygazette - 28/06 3:16 pm MUAR Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan semua pemimpin parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mengelakkan kempen yang menyentuh isu 3R melibatkan kaum, agama dan institusi diraja |
|
Calon ‘kitar semula’ BN lebih berpengaruh, PH letak yang tewas .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Calon 'kitar semula' BN lebih berpengaruh, PH letak yang tewas di kawasan baharu JOHOR BAHRU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang didakwa bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebagai kitar semula adalah mereka yang berpengaruh dan pernah berkhidmat untuk rakyat |
|
Diterima positif pengundi, calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir... - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Diterima positif pengundi, calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir Adam Adli KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim melahirkan rasa syukur dan terharu dengan penerimaan positif yang diberikan peduduk kepada calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Nor Mohd Yusof |
|
PH, PN masih tiada manifesto kerana tak bersedia khidmat untuk rakyat - Mygazette - 28/06 3:16 pm # PH, PN masih tiada manifesto kerana tak bersedia khidmat untuk rakyat JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang masih gagal mengumumkan manifesto masing-masing didakwa kerana tidak bersedia berkhidmat kepada rakyat |
|
Calon PN ???tawan??? pengundi Cina, BN kerja keras pertahan kemenangan - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Calon PN tawan pengundi Cina, BN kerja keras pertahan kemenangan MUAR Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Naning memberi fokus kepada usaha mendekati pengundi Cina yang membentuk kira-kira 38 peratus di kawasan itu, dalam usaha memperkukuh sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 |
|
Saya Akan Kembalikan Gaji Wakil Rakyat Kepada Rakyat – Calon PH... - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Saya Akan Kembalikan Gaji Wakil Rakyat Kepada Rakyat - Calon PH N14 Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni akan memberikan RM30 kepada 300 isi rumah sekiranya dia dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu |
|
Calon BN dipilih dalam kalangan kroni, `partner??? main golf – Puad - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Calon BN dipilih dalam kalangan kroni, `partner main golf - Puad KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai kitar semula, _mediocre _(biasa-biasa) dan antiaspirasi anak muda |
|
Meski penyandang, Sahrihan tetap turun padang santuni pengundi DUN Gambir - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Meski penyandang, Sahrihan tetap turun padang santuni pengundi DUN Gambir BUKIT GAMBIR Meskipun merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, namun calon Barisan Nasional (BN), Sahrihan Jani akan tetap dan terus turun padang untuk berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 |
|
Slim majority not a concern for PH candidate in Bukit Batu - FMT - 28/06 12:18 am Arthur Chiong, who won by 137 votes in 2022, is confident of retaining the seat with what Pakatan Harapan has to offer. |
|
Calon kitar semula, anti-anak muda Puad bedal senarai BN Johor - Wrlr - 28/06 11:35 am Harapandaily June 27, 2026 Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai kitar semula, biasa-biasa dan gagal mencerminkan aspirasi generasi muda oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi |
|
Majoriti 137 tak patah semangat PH pertahan Bukit Batu - FMT - 28/06 11:30 am Calon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata fokus utama adalah menawarkan dasar dan manifesto yang mampu membela kebajikan rakyat. |
|
Majoriti 137 tak patah semangat PH pertahan Bukit Batu - Hotfm - 28/06 11:30 am Calon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata fokus utama adalah menawarkan dasar dan manifesto yang mampu membela kebajikan rakyat. |
|
Bantahan bina masjid di Bukit Bintang bukti syiar Islam terus dicabar - Mohd Amar - Sinarharian - 28/06 11:12 am KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan bantahan terhadap cadangan pembinaan sebuah masjid di Bukit Bintang oleh seorang veteran DAP baru-baru ini sebagai petanda bahawa syiar Islam di negara ini masih terus dicabar.Menurut beliau, dakwaan bahawa Islam di Malaysia tidak pernah terancam perlu dinilai semula kerana insiden tersebut menimbulkan persoalan sejauh mana syiar Islam benar-benar dihormati dalam ruang awam.Katanya, keadaan itu lebih mendukacitakan apabila terdapat segelintir orang Islam yang sanggup mempertahankan tindakan berkenaan dan berdiri bersama pihak yang dilihat melemahkan kedudukan umat."Ada pihak yang sering mendakwa Islam di negara ini tidak pernah terancam |
|
PRN Johor uji kekuatan sebenar jentera BN, PH - Penganalisis - Sinarharian - 27/06 9:37 pm JOHOR BAHRU - Pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16tidak akan menggugat kestabilan serta keutuhan kerjasama Kerajaan Perpaduan padaperingkat Persekutuan.Rata-rata penganalisis politik berpendapat, persaingan itu harus dilihat sebagai manifestasi kematangan demokrasi padaperingkat tempatan, memandangkan percaturan politik dalamsesebuah negeri tidak semestinya mencerminkan keretakan hubungan padaperingkat pusat.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Nazreena Mohammed Yasin berkata, persaingan itu merupakan ruang bagi setiap parti mengekalkan identiti organisasi masing-masingdan bukannya satu petunjuk kepada kerapuhan hubungan."Kita boleh lihat bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan lebih berkait dengan aspek pentadbiran dan tadbir urus pada peringkat Persekutuan, manakala PRN memberikan ruang kepada parti-parti untuk mengukur kekuatan serta mengekalkan identiti politik masing-masing."Oleh itu, 'pertandingan' yang berlaku lebih wajar dilihat sebagai sebahagian daripada proses demokrasi dan strategi pilihan raya, bukannya petunjuk bahawa hubungan dalam Kerajaan Perpaduan telah terjejas," katanya kepada Bernama.Nada yang sama dikongsi Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan serta Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin yang menganggap perbezaan strategi itu sebagai variasi lazim antara pentadbiran pusat dan politik lokal.Beliau berkata, keadaan itu berpotensi memberikan lonjakan pemikiran baharu kepada masyarakat bahawa kebersamaan elemen federalisme boleh berjalan seiring dengan perbezaan politik setempat untuk menyokong kebaikan pengundi di Johor."Kerjasama padaperingkat Persekutuan itu tidak boleh diganggu-gugat berdasarkan kepada isu-isu yang boleh membawa kepada kepentingan bersama," kata Noor Nirwandy.Sementara itu, Geostrategis, Dr Azmi Hassan pula berkata, pertembungan itu tidak mencerminkan sebarang kekalutan kepimpinan di Putrajaya, sebaliknya bertitik tolak daripada momentum pencapaian BN pada peringkat negeri sebelum ini.Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata, keputusan BN untuk bergerak secara solo di Johor ialahrealiti politik yang diambil kira sejak kemenangan besar gabungan itu pada PRN 2022."Mengambil kira apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-15, sebab itu BN memilih untuk bergerak solo. Keputusan ini tidak merencatkan hubungan padaperingkat nasional antara BN dan PH."Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengatakan beliau akan menyokong gabungan Kerajaan Perpaduansehinggalah penggal Parlimen berakhir," katanya.Azmi berpendapat, 14 kerusi yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu akan menjadi medan bersih bagi menguji pengaruh mutlak BN dan PH,manakala 27 kerusi saingan tiga penjuru bakal menjadi penentu kerjasama selepas pilihan raya."Sebanyak 27 kerusi ini saya lihat sebagai penentu sama ada kerajaan campuran antara kedua-dua gabungan ini akan berlaku," katanya.Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, realiti politik Malaysia hari ini membenarkan kerjasama peringkat Persekutuan dan pertembungan strategi negeri berjalan serentak.Beliau berkata, tindakan bertanding padasemua kerusi menunjukkan kedua-dua parti ingin 'berlumba' menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat dengan matlamat membawa kestabilan."Saya yakin selepas pilihan raya kedua-dua gabungan akan menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk negeri Johor," katanya.Mengenai "kerusi panas", beliau meramalkan Datuk Onn Hafiz Ghazi di DUN Machap dan Dr Maszlee Malik di DUN Puteri Wangsa mempunyai kelebihan untuk menang, namun penyandang DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dijangka berdepan jalan berliku."Laluan sukar kepada Dr Sahruddin kerana beliau sebelum ini hanya menang majoriti 700 undi sahaja di kerusi tersebut," katanya.Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN kali ini dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 kerusi saingan tiga penjuru, 12 kawasan empat penjuru dan tiga kawasan saingan lima penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada 7 Julai, manakala hari pengundian bagi PRN Johor ke-16 adalah pada 11 Julai.- Bernama |
|
PRN Johor: Puad Zarkashi dakwa UMNO tampil ramai calon kitar semula - Sinarharian - 27/06 8:11 pm JOHOR BAHRU Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa UMNO membariskan ramai calon 'kitar semula' dan tidak memenuhi aspirasi golongan muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menurutnya, senarai calon yang diumumkan selepas proses penamaan calon hari ini didakwa tidak mencerminkan pembaharuan dalam parti, sebaliknya masih didominasi calon daripada generasi lama.Beliau mendakwa, UMNO sebagai parti yang berusia 80 tahun sepatutnya memberi lebih banyak ruang kepada pemimpin generasi keempat, namun ramai calon yang dipilih terdiri daripada pemimpin generasi ketiga."Penamaan calon hari ini sudah selesai |
|
Senarai penuh 172 calon PRN Johor 2026 - Sinarharian - 27/06 6:21 pm SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon membabitkan lapan gabungan parti termasuk Bebas bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Berikut adalah calon yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan selesai pada Sabtu:N01 Buloh KasapNoraziah Mohd Razit PH-PKRDatuk Zahari Sarip BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,973Penyandang 2022: Datuk Zahari Sarip BN-UMNO (5,377 majoriti) N02 JementahNg Kor Sim PH-DAPSaifullah Abdul Wahab PN-PasSee Ann Giap BN-MCAPemilih berdaftar: 41,137Penyandang 2022: Ng Kor Sim PH-DAP (714 majoriti) N03 PemanisJalex Lee En Xiang PH-PKRDr A Ariventharan PN-MIPPAnuar Abd Manap BN-UMNOPemilih berdaftar: 30,458Penyandang 2022: Anuar Abd Manap BN-UMNO (4,187 majoriti) N04 KemelahMohd Afif Abd Hamid PH-AmanahUzzair Ismail PN-BersatuK Raven Kumar BN-MICPemilih berdaftar: 35,365Penyandang 2022: N Saraswati BN-MIC (1,611 majoriti) N05 TenangElia Nadira Sabudin PH-AmanahNormala Sudirman PN-PasMohd Azahar Ibrahim BN-UMNOSiti Aisyah Zobir Bebas-PenPemilih berdaftar: 22,616Penyandang 2022: Haslinda Salleh BN-UMNO (1,736 majoriti) N06 BekokTay Yok Jiuen PH-DAPTan Chong BN-MCAPemilih berdaftar: 27,317Penyandang 2022: Tan Chong BN-MCA (3,569 majoriti) N07 Bukit KepongC Subramani PH-PKRDatuk Dr Sahrudin Jamal PN-BersatuAhmad Syare Yusof BN-UMNOPemilih berdaftar: 37,683Penyandang 2022: Datuk Dr Sahrudin Jamal PN-Bersatu (710 majoriti) N08 Bukit PasirKapt (B) Muhd Najib Lep PH-AmanahMohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin PN-BersatuMohamad Fazli Mohamad Salleh BN-UMNOPemilih berdaftar: 34,142Penyandang 2022: Mohamad Fazli Mohamad Salleh BN-UMNO (198 majoriti) N09 GambirMohd Nor Mohd Yusof PH-PKRSahrihan Jani BN-UMNOSuraya Sulaiman PN-PejuangPemilih berdaftar: 30,326Penyandang 2022: Sahrihan Jani BN-UMNO (3,146 majoriti) N10 TangkakEe Chin Li PH-DAPDatuk Haw Chin Teck BN-MCAPemilih berdaftar: 36,955Penyandang 2022: Ee Chin Li PH-DAP (372 majoriti) N11 SeromAhmad Nazari Abd Hamid PH-AmanahMahfidz Omar PN-BersatuNadhirah Afiqah Abdull Rahim BN-UMNOPemilih berdaftar: 40,172Penyandang 2022: Khairin-Nisa Ismail@Md On BN-UMNO (699 majoriti) N12 BentayanNg Yak Howe PH-DAPChua Lee Huat BN-MCAPemilih berdaftar: 34,205Penyandang 2022: Ng Yak Howe PH-DAP (7,476 majoriti) N13 Simpang JeramNazri Abd Rahman PH-AmanahAinie Haziqah Shafii MudaArshed Yahya@Awang PN-PasDatuk Azman Ismail BN-UMNOPemilih berdaftar: 41,975Penyandang 2022: Datuk Seri Salahuddin Ayub PH-Amanah (2,399 majoriti)Penyandang 2024: Nazri Abd Rahman PH-Amanah (3,514 majoriti) N14 Bukit NaningMd Ysahrudin Kusni PH-PKRIskandar Md Alias BersamaMohd Radzi Amin PN-BersatuMohd Ghazali Sabari BN-UMNOS Jegnanaathan Bebas-GajahPemilih berdaftar: 23,002Penyandang 2022: Datuk Mohd Fuad Tukirin BN-UMNO (1,535 majoriti) N15 MaharaniMuhammad Taqiuddin Cheman PH-AmanahMuhammad Amir Fiqri MudaMohamad Anuar Hayan PN-PasDatuk Ashari Md Sarip BN-UMNOPemilih berdaftar: 40,040Penyandang 2022: Abdul Aziz Talib PN-Pas (1,037 majoriti) N16 Sungai BalangAyna Soraya Badaruddin PH-PKRMuhammad Amin Sailan PN-PasSelamat Takim BN-UMNOPemilih berdaftar: 31,039Penyandang 2022: Selamat Takim BN-UMNO (2,293 majoriti) N17 SemerahMohd Khuzzan Abu Bakar PH-PKRHalim Kepol PN-PasMohd Fared Mohd Khalid BN-UMNOPemilih berdaftar: 47,431Penyandang 2022: Mohd Fared Mohd Khalid BN-UMNO (4,041 majoriti) N18 Sri MedanHishamudin@Misrin Ishak PH-PKRAhmad Rosdi Bahari PN-PasDatuk Zulkurnain Kamisan BN-UMNOPemilih berdaftar: 33,875Penyandang 2022: Datuk Zulkurnain Kamisan BN-UMNO (6,274 majoriti) N19 Yong PengYong Hui Yi PH-DAPLing Tian Soon BN-MCAPemilih berdaftar: 34,023Penyandang 2022: Ling Tian Soon BN-MCA (2,741 majoriti) N20 SemarangRamli Abd Hamid PH-AmanahMuhammad Syafiq Abdul Aziz PN-BersatuDatuk Samsolbari Jamali BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,753Penyandang 2022: Datuk Samsolbari Jamali BN-UMNO (5,846 majoriti) N21 Parit YaaniMd Ezam Md Taslim PH-AmanahDatuk Mohamad Najib Samuri BN-UMNOPemilih berdaftar: 44,741Penyandang 2022: Datuk Mohamad Najib Samuri BN-UMNO (294 majoriti) N22 Parit RajaShazwan Dzainal Abidin PH-DAPDr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee PN-BersatuNor Rashidah Ramli BN-UMNOPemilih berdaftar: 38,159Penyandang 2022: Nor Rashidah Ramli BN-UMNO (4,219 majoriti) N23 PenggaramFelicia Poh Rui Ling PH-DAPBoo Chin Liong BN-MCAPemilih berdaftar: 70,294Penyandang 2022: Gan Peck Cheng PH-DAP (9,956 majoriti) N24 SenggarangOnn Abu Bakar PH-PKRDatuk Mohd Rashid Hasnon PN-BersatuMohd Yusla Ismail BN-UMNOPemilih berdaftar: 38,576Penyandang 2022: Mohd Yusla Ismail BN-UMNO (3,912 majoriti) N25 RengitMohamed Yazid Bakri PH-AmanahSyed Mohamad Syed Alwi PN-BersatuZaidi Japar BN-UMNOPemilih berdaftar: 27,608Penyandang 2022: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi BN-UMNO (1,920 majoriti) N26 MachapNur Hafiz Roslan PH-AmanahDatuk Onn Hafiz Ghazi BN-UMNOPemilih berdaftar: 35,206Penyandang 2022: Datuk Onn Hafiz Ghazi BN-UMNO (6,543 majoriti) N27 Layang-LayangGuna Balakrishnan PH-PKRAbd Mutalip Abd Rahim PN-BersatuChua Jian Boon BN-MCAPemilih berdaftar: 25,181Penyandang 2022: Abd Mutalip Abd Rahim BN-UMNO (2,815 majoriti) N28 MengkibolChu Poh Yee PH-DAPYap Zhi Peng BN-MCAPemilih berdaftar: 68,457Penyandang 2022: Chew Chong Sin PH-DAP (10,107 majoriti) N29 MahkotaDr Ahmad Zuhan Md Zain PH-AmanahAbd Hamid Ali BersamaSyed Hussien Syed Abdullah BN-UMNOPemilih berdaftar: 67,562Penyandang 2022: Sharifah Azizah Syed Zain BN-UMNO (5,166 majoriti)Penyandang 2024: Syed Hussien Syed Abdullah BN-UMNO (20,648 majoriti) N30 PalohDr Ruben Arumungum PH-DAPD S Jeevakumar PN-MIPPLee Ting Han BN-MCAG Kamaleswaren Bebas-Kereta ApiPemilih berdaftar: 25,419Penyandang 2022: Lee Ting Han BN-MCA (3,176 majoriti) N31 KahangMohd Sabri Abd Kadir PH-AmanahMazlan Bujang PN-PasV Rugendran BN-MICPemilih berdaftar: 29,814Penyandang 2022: R Vidyananthan BN-MIC (6,698 majoriti) N32 EndauSaiful Nizam Samat PH-PKRHasnul Hakimi Hussein PN-PasAlwiyah Talib BN-UMNOJati Awang ASLIPemilih berdaftar: 28,767Penyandang 2022: Alwiyah Talib PN-Bersatu (3,041 majoriti) N33 TenggarohMd Yusof Dawam PH-PKRMuhamad Amerul Muhamad PN-BersatuMohd Youzaimi Yusof BN-UMNOPemilih berdaftar: 39,001Penyandang 2022: Raven Kumar Krishnasamy BN-MIC (1,356 majoriti) N34 PantiAhmad Daniel Sharudin PH-AmanahAlias Rasman PN-BersatuDr Muhammad Naqib Md Ghazali BN-UMNOPemilih berdaftar: 41,407Penyandang 2022: Hahasrin Hashim BN-UMNO (5,854 majoriti) N35 Pasir RajaMohd Fakharuddin Moslim PH-PKRYuhanita Yunan PN-PasDatuk Seri Dr Adham Baba BN-UMNOPemilih berdaftar: 29,818Penyandang 2022: Rashidah Ismail BN-UMNO (4,888 majoriti) N36 SediliAmirul Huzni Onn PH-AmanahRasman Ithnain PN-BersatuMuszaidee Makmor BN-UMNOPemilih berdaftar: 29,090Penyandang 2022: Muszaidee Makmor BN-UMNO (5,679 majoriti) N37 Johor LamaDanish Hossman Abd Rahman PH-PKRAisah Esa PN-BersatuNorlizah Noh BN-UMNOPemilih berdaftar: 32,716Penyandang 2022: Norlizah Noh BN-UMNO (6,039 majoriti) N38 PenawarMohd Sawaludin Salleh PH-AmanahFairulnizar Rahmat PN-BersatuFauziah Misri BN-UMNOPemilih berdaftar: 31,112Penyandang 2022: Fauziah Misri BN-UMNO (7,505 majoriti) N39 Tanjung SuratFaizul Abdul Ghani PH-PKRAznan Tamin BN-UMNOPemilih berdaftar: 26,943Penyandang 2022: Aznan Tamin BN-UMNO (5,903 majoriti) N40 TiramNor Zulaila Abd Ghani PH-DAPDr Harith Fakhrudin Abdul Malek BersamaKhirul Mutanazar Ismail PN-PasDatuk Abdul Halim Suleiman BN-UMNOPemilih berdaftar: 117,496Penyandang 2022: Azizul Bachok BN-UMNO (5,281 majoriti) N41 Puteri WangsaDr Maszlee Malik PH-PKRNicholas Paul Vincent BersamaRashifa Aljunied MudaTeow Chia Ling BN-MCAWang Wee Siong Bebas-KunciPemilih berdaftar: 128,723Penyandang 2022: Amira Aisya Abd Aziz - Muda (7,114 majoriti) N42 Johor JayaLee Wern Yiing PH-DAPLau Yi Leong BersamaChan San San BN-MCALim Hun Peaw Bebas-KunciPemilih berdaftar: 97,685Penyandang 2022: Liow Cai Tung PH-DAP (1,922 majoriti) N43 PermasSharon Teo Siew Hui PH-AmanahDr Zamil Najwah BersamaT Vela PN-MIPPBaharudin Mohamed Taib BN-UMNOPemilih berdaftar: 113,963Penyandang 2022: Baharudin Mohamed Taib BN-UMNO (7,926 majoriti) N44 LarkinSuhaizan Kaiat PH-AmanahNorsinah Abu BersamaMohd Hairi Mad Shah BN-UMNOPemilih berdaftar: 76,662Penyandang 2022: Mohd Hairi Mad Shah BN-UMNO (6,178 majoriti) N45 StulangAndrew Cheng Kah Eng PH-DAPStanley Tan BersamaLim Chin Eng @ Roland Lim PN-BersatuBong Seng Heng BN-MCAPemilih berdaftar: 60,029Penyandang 2022: Andrew Cheng Kah Eng PH-DAP (2,866 majoriti) N46 PerlingAlan Tee Boon Tsong PH-DAPBoo Wei Han BersamaPannir Selvam BN-MICPemilih berdaftar: 109,992Penyandang 2022: Liew Chin Tong PH-DAP (3,347 majoriti) N47 KempasMuhammad Faezuddin Mohd Puad PH-PKRSalamahafifi Mohd Yusnaieny BersamaDatuk Ramlee Bohani BN-UMNOPemilih berdaftar: 64,244Penyandang 2022: Datuk Ramlee Bohani BN-UMNO (3,514 majoriti) N48 SkudaiKartiyaini Jeyapalan PH-DAPEugene Chua BersamaTan Hiang Kee BN-MCAAmir PSMPemilih berdaftar: 106,805Penyandang 2022: Marina Ibrahim PH-DAP (13,943 majoriti) N49 Kota IskandarDzulkefly Ahmad PH-AmanahSahrudin Omar BersamaS Anna Pravina PN-MIPPDatuk Pandak Ahmad BN-UMNOPemilih berdaftar: 132,579Penyandang 2022: Datuk Pandak Ahmad BN-UMNO (4,360 majoriti) N50 Bukit PermaiMohamad Shafwan Ani PH-DAPMuhammad Aidil Riduan Mohd Yusof BersamaM Lina Manoh PN-MIPPDatuk Mohd Jafni Md Shukor BN-UMNOPemilih berdaftar: 44,819Penyandang 2022: Datuk Mohd Jafni Md Shukor BN-UMNO (4,755 majoriti) N51 Bukit Batu (hot seat)Arthur Chiong Sen Sern PH-PKRG Tamili BersamaM Premanand MudaR Kumaran BN-MICKamaruzaman Ali Bebas-KunciPemilih berdaftar: 49,963Penyandang 2022: Arthur Chiong Sen Sern PH-PKR (137 majoriti) N52 SenaiWong Bor Yang PH-DAPDr Tew Chian How BersamaTai Chee Chee BN-MCAPemilih berdaftar: 66,635Penyandang 2022: Wong Bor Yang PH-DAP (5,921 majoriti) N53 BenutAbd Razak Ismail PH-AmanahDatuk Mohd Sumali Reduan BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,798Penyandang 2022: Datuk Hasni Mohammad BN-UMNO (5,859 majoriti) N54 Pulai SebatangHaniff@Ghazali Hosman PH-PKRHasrunizah Hassan BN-UMNOPemilih berdaftar: 47,651Penyandang 2022: Hasrunizah Hassan BN-UMNO (6,325 majoriti) N55 Pekan NanasYeo Tung Siong PH-DAPTan Eng Meng BN-MCAPemilih berdaftar: 37,556Penyandang 2022: Tan Eng Meng BN-MCA (4,835 majoriti) N56 KukupCheah Chee Hong PH-PKRMohd Israk Abdullah BN-UMNOPemilih berdaftar: 34,968Penyandang 2022: Datuk Jefridin Atan BN-UMNO (8,201 majoriti) |
|
Johor election key contests Machap, Puteri Wangsa, Bukit Kepong in spotlight - Malaymail - 27/06 6:07 pm JOHOR BAHRU, June 27 Several high-profile contests are set to dominate the campaign for the 16th Johor state ele... |
|
DUN Bukit Kepong: BN letak muka baharu, calon PH cuba jadi YB kali kedua, PN yakin pertahan kerusi - Sinarharian - 27/06 5:12 pm MUAR Pertembungan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan BN mempertaruhkan calon muka baharu sementara Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Ketua Cabang Pagoh yang mencuba nasib buat kali kedua menjadi wakil rakyat manakala Perikatan Nasional (PN) berharap penyandang terdahulu mempertahankan kerusi dimenangi.Calon BN, Ahmad Syarie Yusof berkata, jentera UMNO Bahagian Pagoh kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik dan yakin momentum itu mampu dikekalkan hingga hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.Menurutnya, walaupun berdepan penyandang kerusi yang juga Pengerusi PN Johor dan bekas Menteri Besar Johor namun beliau tidak menganggap faktor itu sebagai tekanan."Politik adalah kerja berpasukan |
|
PH candidate confident of wresting Bukit Kepong from PN - FMT - 27/06 4:10 pm PKR's C Subramani says his grassroots service in Pagoh and close ties with its residents put him in a strong position to challenge incumbent Dr Sahruddin Jamal. |
|
BN mahu tarik undi PAS untuk rampas Bukit Kepong - FMT - 27/06 4:00 pm Ahmad Syarie Yusof kata keretakan hubungan antara PAS dan Bersatu membuka ruang kepada BN. |
|
Khairuddin Takiri ajak ahli Pas undi BN di kawasan tidak tanding - Sinarharian - 27/06 4:00 pm SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri mengajak ahli-ahli Pas yang berada di kawasan selain 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu supaya memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Khairuddin berkata, sokongan tersebut adalah berasaskan semangat kerjasama demi kebajikan rakyat dan ketakwaan."Ahli-ahli Pas di selain 11 DUN yang Pas bertanding di Johor dijemput mengundi BN. Mengundi adalah kerjasama atas dasar kebajikan dan takwa."InsyaALLAH, sama-sama kita majukan Islam dan bina pembangunan rakyat di Johor," katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu.Terdahulu, bagi PRN kali ini,Pas hanya mempertahankan 11 kerusi iaitu Jementah, Tenang, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Endau, Tiram, Pasir Raja, Kahang dan Simpang Jeram.Berdasarkan perbandingan tersebut, empat kerusi yang tidak lagi ditandingi Pas ialah Pemanis, Kemelah, Tenggaroh dan Bukit Kepong, manakala Simpang Jeram merupakan kerusi baharu yang ditandingi parti itu pada pilihan raya kali ini.Manakala BN Johor mengumumkan senarai penuh 56 calon yang akan bertanding dalam Pilihan PRN Johor ke-16, sekali gus menegaskan pendirian gabungan itu untuk bertanding secara solo tanpa sebarang kerjasama atau pembentukan kerajaan bersama parti politik lain.Tarikh pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas. |
|
PRN Johor: 'Kalau PM kerap turun, maknanya ada masalah' - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 27/06 3:43 pm KULAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijangka menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menghadiri program kemuncak atau Grand Finale PH yang dirancang pada 9 Julai iaitudua hari sebelum hari pengundian.Ketua Setiausaha PH merangkap Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan turun berkempen sepanjang tempoh PRN Johor."Ya, PM (Anwar) nanti akan turun," katanya pada sidang media selepas program turun padang bertemu calonPH yang bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dalam usaha memperkukuh gerak kerja kempen.Antara calon PH yang bertandingialah Arthur Chiong Sen Sern di DUN Bukit Batu, Mohd Syafwan Ani (DUN Bukit Permai), Wong Bor Yang (DUN Senai), Yeo Tung Siong (DUN Pekan Nanas), Haniff @ Ghazali Hosman (DUN Pulai Sebatang), Guna Balakrishnan (DUN Layang-Layang) dan Nor Hafiz Roslan (DUN Machap).Ditanyasekerap manaAnwar akan hadir sepanjang kempen PRN Johor, Saifuddin Nasution secara berseloroh berkata, ia bergantung kepada prestasi jentera pilihan raya PH."Kalau dia puas hati dengan persembahan saya, Amir (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari) dan jentera, dia kata tak payahlah |
|
BN confident of winning back Bukit Kepong seat as Johor election campaign begin - Malaymail - 27/06 3:28 pm PAGOH, June 27 Barisan Nasional (BN) has kicked off its campaign for the 16th Johor state elect... |
|
PRN Johor: Kempen secara matang, elak hubungan Kerajaan Perpaduan terjejas - MIC - Sinarharian - 27/06 3:22 pm SUNGAI PETANI - MIC mengharapkan semua pihak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkempen secara matang tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi antara satu sama lain.Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ia penting bagi memastikan hubungan politik yang terjalin di peringkat Persekutuan tidak terjejas biarpun berlaku pertembungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.Menurutnya, memandangkan Kerajaan Persekutuan ketika ini dibentuk menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, setiap pihak perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan mesej politik kepada rakyat."Oleh kerana kerajaan Persekutuan terdiri daripada Kerajaan Perpaduan, maka saya berharaplah kempen tu jangan terlalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang akan merunsingkan mereka yang bekerja bersama dalam kerajaan di peringkat Persekutuan.. |
|
Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur - Murai - 27/06 3:15 pm Wyndham Suites KLCC merupakan sebuah hotel moden yang terletak di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur |
|
Banjir RTB Bukit Changgang surut, operasi pasca banjir dilaksana - Sinarharian - 27/06 3:13 pm KUALA LANGAT - Keadaan banjir di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini telah surut dan semua penduduk yang terjejas telah dibenarkan pulang pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Pos Kawalan Bomba (PKB) RTB telah ditutup pada jam 6 petang, Jumaat."Banjir telah surut dan penduduk telah dibenarkan balik."Aktiviti pasca banjir telah mula dilaksanakan pada hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Beliau berkata, pihak bomba melaksanakan pemantauan berkala dari semaasa ke semasa memantau keadaan paras air sungai.Jelasnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP KLIA bergotong-royong membantu penduduk pada pasca banjir.Sinar Harian sebelum ini melaporkan jumlah mangsa terlibat dalam kejadian sejak Khamis lalu itu seramai 546 orang iaitu 295 lelaki dan 251 perempuan terdiri daripada 250 keluarga.Berdasarkan pecahan, lelaki dewasa seramai 241 orang, perempuan dewasa (166 orang), kanak-kanak lelaki (80 orang), kanak-kanak perempuan (76 orang), bayi lelaki (1 orang) dan bayi perempuan (9 orang), lelaki warga emas (12 orang), wanita warga emas (16 orang), orang kurang upaya (OKU) lelaki (13 orang) serta OKU perempuan (4 orang).Sebelum itu, sepasukan anggota BBP Banting, BBP KLIA dan BBP Dengkil dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.12 pagi, Khamis lalu.Kejadian dipercayai berpunca akibat ban pecah yang menyebabkan banjir berkedalaman kira-kira 0.3 hingga 0.9 meter hingga menjejaskan 32 buah rumah.Mangsa yang terjejas telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan RTB Bukit Changgang. |
|
Calon PH yakin mampu rampas Bukit Kepong - FMT - 27/06 2:34 pm Calon PH C Subramani berkata rekod perkhidmatannya selama sembilan tahun di Pagoh memberi keyakinan untuk menyaingi penyandang PN, Dr Sahruddin Jamal. |
|
Calon PH yakin mampu rampas Bukit Kepong - Hotfm - 27/06 2:34 pm Calon PH C Subramani berkata rekod perkhidmatannya selama sembilan tahun di Pagoh memberi keyakinan untuk menyaingi penyandang PN, Dr Sahruddin Jamal. |
|
Johor polls: DAP banking on young candidate to create history in Bukit Permai - Sinardaily - 27/06 2:29 pm BATU PAHAT - The young DAP candidate for the Bukit Permai seat, Mohamad Shafwan Ani, is seen as the partys best bet to create history as DAP makes its debut in the constituency in the 16th Johor state election.Johor DAP chairman Teo Nie Ching said the selection of 33-year-old Shafwan was based on his experience and nine-year track record serving in the Kulai parliamentary constituency, as well as his active involvement with the local community."Shafwan is the most suitable candidate because he has served in this area for nine years and has been a DAP member for the same period |
|
Fourteen straight fights, 42 multi-cornered seats as Johor polls near - Sinardaily - 27/06 1:58 pm SHAH ALAM - Johor's state election on July 11 will be contested across a fragmented political landscape, featuring fourteen straight fights, twenty-eight three-cornered contests, eleven four-cornered battles and three five-cornered battles across all 56 seats.As of the end of the nomination stage today, the structure already signals a highly competitive race, with multi-cornered contests dominating the electoral map.Both Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN) are fielding candidates in all 56 seats, setting up the broadest two-way baseline across the state.Perikatan Nasional (PN) is contesting 33 seats, with Bersatu and Pas dividing the bulk of that slate and Malaysian Indian People's Party (MIPP) and Pejuang taking up a handful each.Parti Bersama Malaysiais contesting fifteen seats, largely in the urban Johor Bahru belt, while Muda has fielded candidates in four seats.Parti Sosialis Malaysia (PSM) and Asli are each contesting a single seat and five seats also have independent candidates in the mix.The fourteen straight fights, mostly PH-versus-BN match-ups in seats such as Buloh Kasap, Bekok, Tangkak and Yong Peng, will serve as the clearest head-to-head battles, offering direct comparisons between the main political blocs without the influence of vote-splitting.The bulk of the contest lies in the twenty-eight three-cornered races, where overlapping competition between major parties is expected to shape outcomes.These seats are likely to hinge on how votes are divided among the competing camps rather than on clear majority support.The eleven four-cornered contests add another layer of complexity, while the three five-cornered battles, in Tenang, Bukit Naning and Paloh, see independents or smaller parties potentially acting as spoilers by drawing away crucial votes in tightly contested constituencies.Together, 42 of the 56 seats are multi-cornered contests, highlighting a fragmented electoral environment where pluralities may be enough to secure victory in several areas.Overall, the Johor election is defined by crowded fields and divided contests, where success will depend not only on winning support but also on how effectively opponents split or consolidate the vote. |
|
Three MB Hopefuls, Four Marginal Seats: Johor’s Battlegrounds That Could Decide The Next Government - Rakyatpost - 27/06 1:34 pm A political analyst says victories in Machap, Puteri Wangsa and Bukit Kepong could prove decisive in the race for Johor's next Menteri Besar. |
|
Kalau rakan tak nak bantu tak apa' - Muhyiddin - Sinarharian - 27/06 12:15 am Siapa yang nak bantu, bantulah."Walaupun dalam soal prinsip PN sepatutnya ada semangat saling membantu, tetapi kalau rakan-rakan tak nak bantu, kita terima."Setakat ini pun kita bekerja keras atas kekuatan yang kita ada berdasarkan dasar dan amalan yang telah kita lakukan selama ini. Saya yakin pengundi tahu bagaimana hendak membuat keputusan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon bagi DUN Bukit Kepong di sini pada Sabtu.Muhyiddin hadir memberikan sokongan kepada calon Bersatu-PN, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga penyandang kerusi berkenaan.DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan Dr Sahruddin akan ditentang calon PH, C Subramani dan BN, Ahmad Syarie Yusof.Bagaimanapun Muhyiddin menegaskan, Bersatu tetap mengamalkan sikap terbuka dan bersedia membantu mana-mana rakan sekutu yang memerlukan sokongan."Tetapi kalau rakan kita mahukan sokongan, kita akan bantu |
|
Kanak-kanak 11 tahun maut diseret 50 meter, motosikal ditunda dirempuh Axia - Sinarharian - 27/06 11:53 am BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas motosikal dinaiki diseret sejauh kira-kira 50 meter dalam kemalangan di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Wan Julaini Wan Noh, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tanah Merah, Jerteh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Kampung Pulau Panjang, Jerteh menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik yang sedang ditunda oleh sebuah motosikal lain akibat kerosakan.Menurutnya, sebuah kereta jenis Perodua Axia dari arah yang sama kemudiannya telah melanggar bahagian belakang motosikal ditunggang kanak-kanak berkenaan."Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terseret sejauh kira-kira 50 meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah |
|
Three-cornered fight confirmed for Bukit Kepong, incumbent Sahruddin from PN to face BN, PH - Sinardaily - 27/06 11:44 am MUAR - The Bukit Kepong state seat has officially been confirmed as a three-cornered fight in the 16th Johor state election, with incumbent Datuk Dr Sahruddin Jamal of Perikatan Nasional (PN) facing Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH).Returning officer Mohd Hisam Said declared the nomination process at the Bukit Kepong nomination centre closed at 10am.He said all three candidates successfully submitted their nomination papers within the stipulated timeframe, with no objections or rejections.Sahruddin submitted his nomination papers at 9am, followed by PH candidate C Subramani at 9.07am and BN candidate Ahmad Syarie Yusof at 9.12am.Following the verification process, and after all requirements were found to have been fulfilled, the Election Commission (EC) confirmed that all three candidates are eligible to contest, he said.Hisam also announced the candidates ballot positions, with C Subramani (PH) assigned number one, Ahmad Syarie Yusof (BN) number two and Dr Sahruddin (PN) number three.Earlier, Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin accompanied Sahruddin to the nomination centre at the Pagoh Sports Complex, while Deputy National Unity Minister and Segamat MP R Yuneswaran accompanied PH candidate C Subramani.All candidates entered the nomination hall at around 8.50am to submit their nomination papers.For the record, Sahruddin won the Bukit Kepong seat in the 2022 Johor state election after securing 9,873 votes, defeating BN candidate Ismail Mohamed, who garnered 9,163 votes, by a majority of 710 votes.Also contesting in 2022 were Muda candidate Nur Afiqah M |
|
Pertembungan 5 penjuru di Puteri Wangsa, 3 di Bukit Kepong - FMT - 27/06 11:36 am DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Onn Hafiz Ghazi daripada BN dan calon PH Nur Hafiz Roslan. |
|
Pertembungan 5 penjuru di Puteri Wangsa, 3 di Bukit Kepong - Hotfm - 27/06 11:36 am DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Onn Hafiz Ghazi daripada BN dan calon PH Nur Hafiz Roslan. |
|
Sah DUN Bukit Kepong tiga penjuru - Sinarharian - 27/06 11:29 am MUAR - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong sah menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan penyandang, Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada Perikatan Nasional (PN), berdepan cabaran daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Hisam Said mengisytiharkan proses penamaan calon yang berlangsung di pusat penamaan calon DUN Bukit Kepong ditutup tepat jam 10 pagi.Beliau berkata, ketiga-tiga calon berjaya mengemukakan borang pencalonan mengikut tempoh ditetapkan tanpa sebarang bantahan atau penolakan."Sahruddin menyerahkan borang pencalonan pada jam 9 pagi, diikuti calon PH, C Subramani pada jam 9.07 pagi dan calon BN, Ahmad Syarie Yusof pada jam 9.12 pagi."Selepas semakan dibuat dan berpuas hati semua syarat dipenuhi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan ketiga-tiga calon layak bertanding," katanya.Beliau turut mengumumkan nombor calon yang akan digunakan pada kertas undi iaitu C Subramani (PH) sebagai calon nombor satu, Ahmad Syarie (BN) nombor dua dan Dr Sahruddin (PN) nombor tiga.Terdahulu, Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi Sahruddin ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh manakala Timbalan Menteri Perpaduan Negara yang juga Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran mengiringi calon PH.Kesemua calon memasuki dewan penamaan calon sekitar jam 8.50 pagi bagi proses penyerahan borang pencalonan.Untuk rekod, pada PRN Johor 2022, Sahruddin yang memenangi kerusi DUN Bukit Kepong selepas memperoleh 9,873 undi, menewaskan calon BN, Ismail Mohamed yang meraih 9,163 undi dengan majoriti 710 undi.Turut bertanding ketika itu ialah calon MUDA, Nur Afiqah M |
|
Muhyiddin shrugs off Pas snub, says Bersatu wont force support in Johor polls - Sinardaily - 27/06 11:21 am SHAH ALAM Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin has brushed aside Pas refusal to deploy its election machinery to assist Bersatu candidates in the Johor state election, saying support should be given willingly rather than by force.Speaking after accompanying Perikatan Nasional (PN) candidate Dr Sahruddin Jamal to the Bukit Kepong nomination centre on Saturday, Muhyiddin said Bersatu respected Pas decision, even though cooperation and mutual support should be the coalitions guiding principle.That is alright, I am not asking anyone to help |
|
Bukit Kepong nomination centre erupts as supporters of BN, PH and PN clash - Sinardaily - 27/06 9:50 am MUAR The nomination centre for the Bukit Kepong state constituency at the Pagoh Sports Complex turned into a battleground of chants this Saturday, as supporters of the three major coalitions - Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) and Perikatan Nasional (PN) - made their presence felt.The atmosphere was charged with competing slogans, including Hidup BN, Maju Johor, Hidup PH, Undi Harapan, and Hidup PN, tolak orang hancing, echoing through the complex.PN candidate Datuk Dr Sahruddin Jamal arrived at approximately 8.50am, accompanied by Bersatu President Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Ramai Tak Tahu! Gold3 Boutique Hotel Di Bukit Bintang Ini Hidden Gem Dengan Konsep Kamera Vintaj, Murah & Selesa - Murai - 27/06 9:19 am Gold3 Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik bertemakan kamera vintaj yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur |
|
Laungan 'Hidup BN, PH, PN' gegar pusat penamaan calon Bukit Kepong - Sinarharian - 27/06 9:16 am MUAR - Laungan Hidup BN, Maju Johor, Hidup PH, Undi Harapan, dan Hidup PN, tolak orang hancing bergema dalam kalangan penyokong parti yang bertanding di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada Sabtu.Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal, tiba sekitar jam 8.50 pagi dengan diiringi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Rombongan berarak sambil berselawat sebelum memasuki pusat penamaan calon.Beberapa minit kemudian, calon Pakatan Harapan (PH), C Subramani, dan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof turut tiba bersama penyokong masing-masing sebelum memasuki dewan.Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Sahruddin yang mewakili Bersatu-PN memenangi kerusi DUN Bukit Kepong selepas memperoleh 9,873 undi, menewaskan calon BN, Ismail Mohamed yang meraih 9,163 undi dengan majoriti 710 undi.Turut bertanding ketika itu ialah calon Muda, Nur Afiqah M Zulkifli yang memperoleh 3,076 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Md Taib Md Suhut yang mendapat 191 undi.DUN Bukit Kepong (N07) dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang daripada PN, Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang dicabar Ahmad Syarie Yusof (BN) dan C |
|
PRN Johor pertaruhan terbesar Muhyiddin - Sinarharian - 27/06 8:20 am PUTRAJAYA PRN Johor dilihat sebagai pertaruhan politik terbesar buat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila prestasi parti itu bakal menjadi ukuran terhadap pengaruh beliau dalam landskap politik semasa.Penganalisis politik, Wong Chin Huat berkata, keputusan yang bakal dicatatkan Bersatu pada PRN Johor akan menentukan sama ada parti itu masih mampu mengekalkan sokongan seperti diperoleh pada PRN 2022.Menurutnya, sekiranya Bersatu gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 2022, keadaan itu akan dilihat sebagai kemunduran pengaruh Muhyiddin dan parti berkenaan."Kalau Bersatu gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 2022, maka ia akan dilihat sebagai kemunduran pengaruh Muhyiddin dan juga Bersatu."Kalau Bersatu gagal mempertahankan semua kerusi sedia ada, maka itu akan dilihat sebagai titik noktah ketokohan beliau," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PRN Johor menjadi ujian besar kepada Muhyiddin susulan keputusan Bersatu mengumumkan akan bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Pada PRN Johor 2022, Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi DUN di mana dua daripadanya iaitu Bukit Kepong dan Endau dimenangi Bersatu manakala Maharani menjadi milik Pas.Bukit Kepong menyaksikan Datuk Dr Sahruddin Jamal menang dengan majoriti 710 undi dalam saingan empat penjuru manakala Alwiyah Talib menang dalam saingan lima penjuru dengan majoriti 3,041 undi.Selain prestasi Bersatu, Chin Huat turut membangkitkan persoalan mengenai corak sokongan parti-parti lain yang berpotensi mempengaruhi keputusan pilihan raya berkenaan.Menurutnya, timbul persoalan sama ada Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pas akan menggerakkan penyokong masing-masing untuk mengundi UMNO sehingga menjejaskan peluang Bersatu."Ini membawa persoalan besar, adakah Wawasan dan Pas akan mengerahkan penyokong mereka untuk mengundi UMNO demi menyekat Muhyiddin dan Bersatu?"Dengan tidak bertanding di 23 kerusi, Pas mungkin ada persefahaman sulit dengan UMNO," katanya.Jelas beliau, senario itu menjadikan PRN Johor bukan sekadar persaingan merebut kerusi DUN, malah medan penting bagi mengukur kekuatan Muhyiddin serta hala tuju Bersatu menjelang persaingan politik akan datang. |
|
23 kerusi tanpa PN beri kelebihan kepada BN - Sinarharian - 27/06 8:00 am SHAH ALAM - Keputusan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon di 23 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun manfaat itu tidak semestinya berlaku di semua kawasan.Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ketiadaan PN di kerusi berkenaan membuka ruang kepada pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan (PH), sekali gus mengubah corak persaingan berbanding PRN Johor 2022."Dalam pertandingan dua penjuru, BN tidak lagi berdepan risiko sebahagian undi Melayu konservatif atau pengundi yang tidak berpuas hati beralih kepada PN."Ini memberi peluang kepada BN menyatukan undi tradisional UMNO, pengundi atas pagar yang mengutamakan kestabilan serta pengundi yang menilai prestasi kerajaan negeri," katanya kepada Sinar Harian.Setakat malam Khamis, PN mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai depan.Ini bermakna gabungan itu tidak meletakkan calon di baki 23 kerusi, melibatkan 13 kerusi kini disandang BN, iaitu Buloh Kasap, Bekok, Yong Peng, Parit Yaani, Machap, Tanjung Surat, Larkin, Kempas, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Kukup dan Mahkota.PN juga tidak bertanding di sembilan kerusi iaitu Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Perling, Skudai, Bukit Batu, Senai dan Johor Jaya yang dimenangi PH pada PRN Johor 2022, selain kerusi Puteri Wangsa yang sebelum ini disandang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Menurut Awang Azman, situasi kali ini berbeza daripada PRN Johor 2022 apabila BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, diikuti PH (12), PN (3) dan Muda (1)."Kemenangan besar BN ketika itu turut dibantu pertandingan pelbagai penjuru, perpecahan undi pembangkang dan kadar keluar mengundi yang rendah iaitu sekitar 54.92 peratus," ujarnya.Kata beliau, pertandingan dua penjuru kali ini berpotensi menghasilkan dua kesan berbeza mengikut komposisi pengundi di sesuatu kawasan dengan BN lebih berpeluang di kawasan majoriti Melayu, luar bandar dan separa bandar kerana sebahagian penyokong PN mungkin memilih BN atas faktor kestabilan, calon tempatan dan kesinambungan pentadbiran Melayu."Sebaliknya, di kawasan bandar atau bercampur, ketiadaan PN juga boleh membantu PH kerana undi penolakan terhadap BN tidak lagi berpecah kepada beberapa parti," ujarnya.Justeru, beliau memaklumkan, BN hanya mendapat manfaat maksimum sekiranya mampu menarik sebahagian besar pengundi PN yang tidak mempunyai calon."BN tidak boleh menganggap penyokong PN akan berpindah secara automatik |
|
Johor polls: Bersama bans boomers from contesting seats - Sinardaily - 26/06 10:52 pm JOHOR BAHRU - Parti Bersama Malaysia (Bersama) has excluded 'Baby Boomer' candidates for the upcoming 16th Johor state election, ensuring all 15 of its announced candidates are aged 62 and below.Bersama leader, Datuk Seri Rafizi Ramli, revealed that the final line-up was selected from 73 applicants through a rigorous screening process |
|
PRN Johor: Tiada calon 'boomers' untuk Bersama - Sinarharian - 26/06 10:18 pm JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak mempertaruhkan calon daripada generasi 'Baby Boomers' apabila kesemua 15 calon yang diumumkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berusia 62 tahun ke bawah.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, barisan calon yang dipilih telah melalui proses saringan yang ketat dan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk aktivis kemasyarakatan, usahawan, doktor, arkitek serta peguam."Individu yang memohon seramai 73 orang dan sebahagiannya adalah sangat berkelayakan |
|
Johor polls: Election swings into full gear with nominations tomorrow - Sinardaily - 26/06 6:13 pm JOHOR BAHRU - The 16th Johor state election is heating up after all major political parties announced their list of candidates to contest the 56 seats available in the state.Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH) are the only two coalitions to contest all 56 seats, with PH announcing their candidates first - PKR with 20 candidates, Amanah with 19, and DAP with 17 candidates, the majority of them revealed by PH chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim at a ceremony in Bukit Gambir on Monday.BN, who are going solo for the Johor polls, announced its candidates on Wednesday, a combination of old and new faces - 37 candidates from UMNO, 15 from MCA and four from MIC, while the third major coalition, Perikatan Nasional (PN) announced 33 candidates - 16 from Bersatu, 11 from PAS, five from Malaysian Indian Progressive Party (MIPP) and one from Pejuang.MUDA will contest in four seats, including defending their Puteri Wangsa seat, while Parti Sosialis Malaysias (PSM) sole candidate, Amir Syafiq Ameer Soekre, 40, will stand in Skudai.Newcomer Parti Bersama Malaysia (Bersama) is scheduled to announce its candidates and launch its campaign machinery tonight.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Social Sciences and Humanities Faculty director Assoc Prof Dr Mazlan Ali said attention is expected to focus on several key battleground seats featuring contests involving prominent candidates, particularly in constituencies that were won by narrow majorities in the last state election.There are seven "critical seats with majorities of fewer than 1,000 votes, namely Bukit Batu (PH, 137 votes), Bukit Pasir (BN, 198), Parit Yaani (BN, 294), Tangkak (PH, 372), Serom (BN, 699), Bukit Kepong (PN, 710) and Jementah (PH, 714).A contest of note is Puteri Wangsa, where former Education Minister Maszlee Malik has been fielded by PH and is expected to face Teow Chia Ling of BN, Rashifah Aljunie of MUDA and a Bersama candidate to be announced tonight.Political speculation suggests that PH may nominate Maszlee as its Menteri Besar candidate should the coalition emerge victorious in the Johor state election, further heightening interest in the contest for the closely watched seat.Another seat of interest is Bukit Kepong, where former Johor Menteri Besar Sahruddin Jamal, representing PN, is expected to face, among others, BN candidate Ahmad Syar'e Yusof and PH candidate C Subramani."Meanwhile, the Machap seat is also attracting attention as Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi is being challenged by PH's young candidate and lawyer, Nor Hafiz Roslan, Mazlan said when contacted, adding that other contests of interest would be Pasir Raja, where former Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba, a two-term winner, is contesting, and Larkin, where Pulai MP Suhaizan Kaiat will take on incumbent Mohd Hairi Mad Shah of BN.Amanah also caused a notable surprise by fielding its only Chinese candidate in the Permas state seat, Johor Amanah Women (Warda) chief Sharon Teo Siew Hui.Mazlan said voter turnout is expected to be the most important factor in determining the outcome of this election, particularly involving young voters and undecided voters."A high turnout can often change the pattern of results in marginal seats |
|
Polis guna kit ujian air liur kesan salah guna dadah 'piu piu', 'magic mushroom' ketika memandu - Sinarharian - 26/06 3:44 pm KUALA LUMPUR Polis bakal menggunakan kit ujian air liur di lokasi sekatan jalan raya (SJR) bagi mengesan pemandu dan pengguna cecair dadah sintetik jenis piu piu dan magic mushroom.Langkah ini diambil berikutan kejadian-kejadian kemalangan yang dipercayai banyak membabitkan pengguna jalan raya yang khayal akibat menggunakan dadah sintetik berkenaan yang dicampurkan dalam rokok peranti elektronik atau vape.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penggunaan kit berkenaan dilihat mampu membantu pihak berkuasa mengesan dadah dalam vape secara lebih pantas berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan ujian urin."Langkah itu merupakan sebahagian usaha berterusan polis dalam menangani peningkatan kes penyalahgunaan vape yang dicampur dengan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Hussein berkata, pihaknya turut mendapati terdapat peningkatan ketara kes melibatkan vape yang dicampur dadah apabila sebanyak 108 kes dengan 138 tangkapan direkodkan pada tahun lalu."Manakala dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga 10 Jun, angka itu meningkat kepada 168 kes dengan 267 tangkapan."Peningkatan ini menunjukkan trend yang membimbangkan kerana ia bukan sahaja melibatkan pengguna dewasa, malah turut membabitkan golongan muda termasuk pelajar sekolah," katanya.Beliau berkata, antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan tersebut adalah akses mudah untuk mendapatkan vape yang dicampur dadah melalui platform dalam talian, selain harga yang murah serta sifatnya yang sukar dikesan kerana tidak berwarna dan tidak berbau."Keadaan itu turut membuka ruang kepada sindiket untuk memasarkan bahan terlarang tersebut menggunakan pelbagai istilah komersial seperti piu piu dan magic mushroom," katanya.Hussein turut menyuarakan kebimbangan terhadap risiko keselamatan awam termasuk insiden kemalangan jalan raya yang dipercayai berpunca daripada pemandu yang berada di bawah pengaruh vape yang dicampur dadah."Beberapa kejadian seumpama itu telah berlaku sama ada di dalam negara mahupun di luar negara dan ia menunjukkan ancaman ini semakin serius," katanya.Sehubungan itu, polis menyokong cadangan supaya penggunaan vape diharamkan sepenuhnya bagi memudahkan kawalan dan tindakan penguatkuasaan walaupun dianggarkan hanya sebahagian kecil pengguna terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.Hussien berkata, pihaknya akan memohon bajet khas daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membeli kit ujian air liur tersebut."Kita akan menggunakan kit tersebut sebelum hujung tahun ini," katanya.Dalam masa sama, Hussein memaklumkan polis akan terus mempergiatkan pemantauan serta tindakan terhadap pengedaran bahan kimia sintetik yang dicampurkan ke dalam vape oleh sindiket yang dikesan aktif di pasaran gelap."Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta agensi berkaitan dalam usaha membanteras penyalahgunaan vape dicampur dadah di seluruh negara," katanya. |
|
Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dalam Bilik Air - Lobakmerah - 26/06 3:43 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
6 Kedai Makan Popular Jalan Alor Diarah Tutup, DBKL Jumpa Lipas & Tikus Di Dapur - Hotfm - 26/06 2:56 pm Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggempur Jalan Alor, Bukit Bintang dalam satu Operasi Gelap |
|
Police to use saliva test kits to detect synthetic drug abuse among drivers - Sinardaily - 26/06 2:49 pm KUALA LUMPUR - The Royal Malaysia Police (PDRM) will use saliva test kits at roadblocks to detect the use of synthetic drugs mixed into vape liquids as part of efforts to curb motorists driving under the influence of the illicit substance.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said the move follows a recent spate of road accidents involving drivers impaired by the synthetic drug."This situation is worrying |
|
Kilang terbiar jadi makmal dadah - Sinarharian - 26/06 2:09 pm KUALA LUMPUR - Sebuah kilang terbiar di Cheras yang dijadikan makmal memproses pil ekstasi dan MDMA terbongkar susulan penahanan tujuh individu serta rampasan dianggarkan bernilai RM135.63 juta dalam serbuan Ops Horitus di sekitar ibu negara pada 20 Jun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada enam lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 20 hingga 55 tahun."Serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Cheras Utama berjaya menahan lima suspek serta merampas tiga bungkusan disyaki serbuk MDMA seberat 26.40 kilogram dan 44 bungkusan pil ekstasi seberat 75.41 kilogram," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Hussein berkata, serbuan kedua dijalankan ke atas sebuah Toyota Alphard yang diparkir di kawasan Pudu Impian IV sebelum berjaya menahan dua lagi suspek serta merampas satu peket plastik disyaki ketamin seberat lima gram."Hasil soal siasat membawa kepada serbuan ketiga di sebuah premis perindustrian terbiar di Cheras Baharu yang dijadikan lokasi menyimpan dan memproses dadah."Di premis itu, polis menemukan 13 bungkusan pil ekstasi seberat 95.80 kilogram, 11 bungkusan serbuk MDMA seberat 48.42 kilogram serta 760 liter cecair MDMA," katanya.Beliau berkata, keseluruhan rampasan membabitkan 97.1 kilogram pil ekstasi, 47.12 kilogram serbuk MDMA, 760 liter cecair MDMA dan lima gram ketamin dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM135.63 juta."Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai aktif sejak November tahun lalu dengan mendapatkan bahan prekursor untuk memproses dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya.Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama hingga kelima serta suspek ketujuh negatif dadah, manakala suspek keenam didapati positif ketamin."Semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, manakala suspek lain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya.Katanya, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dadah."Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui talian hotline JSJN di 012-2087222 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Ketua kumpulan kongsi gelap bergelar Datuk antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas - Sinarharian - 26/06 1:36 pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar 'Datuk' antara 291 individu ditahan kerana telibat dalam aktiviti dadah dalam Op Gaurus yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Perak, Lembah Klang dan Johor pada minggu lalu.Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia pertengahan 40-an itu dipercayai merupakan ketua kumpulan kongsi gelap yang aktif di negeri-negeri berkenaan."Dalam operasi berkenaan pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya jenis heroin, serbuk dan cecair MDMA, ketamin, pil ekstasi, pil erimin 5 dan ganja bernilai RM6.26 juta selain berjaya memberkas seramai sembilan ahli sindiket berkenaan," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Hussein berkata, modus operandi sindiket pengedaran dadah yang diketuai oleh Datuk berkenaan ialah dengan membeli dadah secara pukal dan kemudian membungkus semula untuk dijual di pusat-pusat hiburan."Sindiket ini dipercayai aktif beroperasi di sekitar Perak, Lembah Klang, dan Johor sejak pertengahan 2024," katanya.Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan pihaknya turut merampas pelbagai jenis kereta antaranya sebuah kereta jenis Nissan Sentra, sebuah kereta Jenis Mazda sebuah Maserati Ghibli, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Mercedes Benz CL250, dua utas jam tangan Rolex dan wang tunai RM4,383."Semua yang ditahan berusia 19 hingga 74 tahun dan lima daripada mereka positif pelbagai jenis dadah."Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 terhadap semua aset milik sindiket berkenaan," katanya. |
|
Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Di Bilik Air, Sinki Pecah Ketika Panjat Untuk Buka Suis Pemanas Air - Siraplimau - 26/06 11:58 am Satu tragedi menyayat hati berlaku di Cheras apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh kerana singki pecah ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Bukit Segar |
|
Pas, Bersatu to contest under PN logo in Johor state election - Sinardaily - 26/06 9:36 am MUAR Perikatan Nasional (PN) has confirmed that both Pas and Bersatu will contest the Johor state election using the coalition's logo, insisting the arrangement will not confuse voters as the two parties are not competing against one another in any constituency.PN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the use of a common logo was straightforward because there will be no overlap in the seats contested by Pas and Bersatu.Pas will use the PN logo and so will Bersatu |
|
Johor polls: Bersatu unveils 16 candidates, including father and son pair - Sinardaily - 26/06 7:34 am PAGOH -Parti Pribumi Bersatu Malaysia will be contesting 16 seats in the upcoming Johor polls.Its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said all their candidates were carefully vetted and were not bankrupt, nor had police cases or unpaid taxes."All our candidates will also have to sign a declaration, which is a normal process in any election," Muhyiddin said during the unveiling of candidates here on Thursday (June 25).At least two of the candidates are below 35 years old, with one woman, who is contesting in Johor Lama.Two of the candidates are also a father and son team comprising former assemblyman Rasman Ithnin for Sedili and his son Mohamad Alias Rasman for Panti.Incumbent Layang Layang assemblyman, Abd Mutalib Abd Rahim from Barisan Nasional, will be contesting the same seat under the Perikatan Nasional ticket.The sole Chinese candidate will be contesting in the Stulang seat.In 2022, Bersatu contested 37 seats and won two.In his speech, Muhyiddin said that it was important for candidates to fight for issues such as the rising cost of living in Johor."What is the state government's strategy to ensure the people are able to increase their income in the next five to ten years?" he questioned during the unveiling of Perikatan Nasional candidates here.He added that it was important to have new ideas to propel the state to the next level, similar to other developed countries such as those in Europe, Japan and Korea.The following is the list of Bersatu candidates:N4 Kemelah: Uzzair IsmailN7 Bukit Kepong: Datuk Dr Sahrudin JamalN8 Bukit Pasir: Mohd Idzharruddin Mohd NasirruddinN11 Serom: Mahfidz OmarN14 Bukit Naning: Mohd Radzi AminN20 Semarang: Muhammad Syafiq Abdul AzizN22 Parit Raja: Dr Mohamed Maliki Mohamed RapieeN24 Senggarang: Datuk Mohd Rashid HasnonN25 Rengit: Syed Mohamad Syed AlwiN27 Layang-Layang: Abd Mutalip Abd Rahim.N33 Tenggaroh: Muhamad Amerul MuhamadN34 Panti: Alias RasmanN36 Sedili: Rasman IthnainN37 Johor Lama: Aisah EsaN38 Penawar: Fairulnizar RahmatN45 Stulang: Lim Chin Eng @ Roland LimThe Election Commission (EC) has set June 27 as nomination day for the Johor State Election, while polling will take place on July 11 |
|
Warga emas dikhuatiri lemas jatuh Sungai Bera - Sinarharian - 26/06 6:57 am KUANTAN- Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di Sungai Bera dekat Kampung Sungai Batu, Bera pada Khamis.Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kejadian menimpa mangsa, Mohamad Shukri Bakar@Hassan, 62 dilaporkan jam 4.52 petang.Menurutnya, mangsa difahamkan keluar memancing seorang diri sebelum kejadian."Susulan panggilan diterima, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang ke lokasi yang berada 48 kilometer dari balai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Tindakan operasi dimulakan dengan pencarian dipermukaan air sekitar kawasan sungai lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.Mohd Salahuddin berkata, Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Bukit Angin, Temerloh kini bersedia untuk menggerakkan bantuan mencari mangsa yang dikhuatiri lemas itu," katanya. |
|
PRN Johor: Pas tanding 11 kerusi, empat DUN tidak dipertahankan - Sinarharian - 26/06 12:34 am MUAR - Jumlah kerusi ditandingi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dikurangkan kepada 11 berbanding 15 kerusi pada PRN sebelumnya.Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengurangan jumlah kerusi yang ditandingi Pas bukanlah satu isu kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan semasa dan strategi terbaik bagi menghadapi pilihan raya.Menurutnya, setiap parti akan membuat penilaian berdasarkan landskap politik dan situasi terkini berbanding pilihan raya lalu."Mana-mana parti yang ingin bertanding dalam pilihan raya tentulah membuat pertimbangan berdasarkan senario semasa berbanding lima atau empat tahun lalu."Tentulah ada pertimbangan tertentu yang telah digunakan dan saya rasa ia tidak memberikan gambaran apa-apa yang negatif."Kita bertanding kerana kita mahu menang dalam pilihan raya," katanya selepas Majlis Pengumuman Calon PAS-PN bagi PRN Johor di sini pada Khamis.Pada PRN Johor 2022, Pas bertanding di 15 kerusi DUN iaitu Jementah, Pemanis, Kemelah, Tenang, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Bukit Pasir, Endau, Tenggaroh, Tiram, Pasir Raja, Kahang dan Bukit Kepong.Bagaimanapun, bagi PRN kali ini, Pas hanya mempertahankan 11 kerusi iaitu Jementah, Tenang, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Endau, Tiram, Pasir Raja, Kahang dan Simpang Jeram.Berdasarkan perbandingan tersebut, empat kerusi yang tidak lagi ditandingi Pas ialah Pemanis, Kemelah, Tenggaroh dan Bukit Kepong, manakala Simpang Jeram merupakan kerusi baharu yang ditandingi parti itu pada pilihan raya kali ini.Mengulas mengenai barisan calon Pas, Ahmad Samsuri berkata, sebahagian daripada mereka pernah bertanding sebelum ini termasuk di kerusi yang berbeza, namun majoritinya merupakan muka baharu."Daripada 11 calon yang ditampilkan, ada yang pernah bertanding sebelum ini dan mungkin juga di kerusi yang berbeza."Bagaimanapun, lebih 50 peratus daripada mereka adalah muka baharu yang akan membawa pendekatan serta tenaga baharu untuk Pas dan PN," katanya.Pas sebelum ini mengumumkan 11 calon untuk bertanding pada PRN Johor, termasuk dua calon wanita iaitu Normala Sudirman di DUN Tenang dan Yuhanita Yunan di DUN Pasir Raja. |
|
MIPP tanding lima kerusi pada PRN Johor - Sinarharian - 26/06 12:09 am JOHOR BAHRU - Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengumumkan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).Pengumuman tersebut dibuat Presidennya, P |
|
Pas, Bersatu guna logo PN pada PRN Johor - Sinarharian - 26/06 12:07 am MUAR - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penggunaan logo yang sama tidak akan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi memandangkan kedua-dua parti tidak bertembung sesama sendiri di kerusi yang ditandingi."Pas guna logo PN, begitu juga Bersatu |
|
PRN Johor: Pas pertaruh dua calon wanita, tanding 11 kerusi - Sinarharian - 25/06 11:27 pm MUAR - Pas mempertaruhkan dua calon wanita daripada keseluruhan 11 calon yang diumumkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Dua calon wanita tersebut ialah Normala Sudirman yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan Yuhanita Yunan di DUN Pasir Raja.Sembilan lagi calon lelaki yang diumumkan ialah Saifullah Abdul Wahab (Jementah), Arshed Yahya @ Awang (Simpang Jeram), Mohamad Anuar Hayan (Maharani), Muhammad Amin Sailan (Sungai Balang), Halim Kepol (Semerah), Ahmad Rosdi Baharu (Seri Medan), Hasnol Hakim Hussein (Endau), Khirul Mutanazar Ismail (Tiram) dan Mazlan Bujang (Kahang).Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengumuman Calon Pas-PN bagi PRN Johor yang berlangsung di Muar pada Khamis.Sementara itu, penyandang kerusi DUN Bukit Pasir, Abdullah Husin tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya.Majlis berkenaan turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Mahfodz Mohamed dan Ketua Penerangan PN, Annuar Musa.Pengumuman calon Pas itu diadakan serentak dengan pengumuman calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Pagoh Jaya yang meletakkan 16 calon.Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing telah mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.Sementara itu, Parti Bersama mengesahkan akan bertanding di 15 kerusi, manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan meletakkan calon di empat kerusi |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |