| /// |
|
| Search : Bukit Kayu Hitam News | Page 1 |
|
Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama - Mgazette - 26/02 7:50 am # Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama KUALA LUMPUR - Kes pengubahan wang haram membabitkan isteri Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed akan dibicarakan bersama dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi suaminya itu di Mahkamah Sesyen di sini |
|
Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka .. - Mgazette - 26/02 7:50 am # Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka BUKIT KAYU HITAM - Insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan penguatkuasaan tegas agensi itu sejak kebelakangan ini |
|
Geng Plastik Hitam on a mission to feed stray cats - Star - 26/02 7:00 am KUALA LUMPUR: Come Ramadan, this team packs food in black plastic bags to feed stray cats |
|
Shots fired at AKPS officers car - Star - 26/02 12:00 am PETALING JAYA: Bukit Kayu Hitam Malaysian Control and Border Protection Agency (AKPS) commander's vehicle was shot at during an early morning incident near the Malaysian-Thai border |
|
AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan - Sinarharian - 25/02 10:35 pm SUNGAI BULOH - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperkukuh kawalan keselamatan dan kesiapsiagaan anggotanya, termasuk meneliti penubuhan pasukan khas, susulan insiden tembakan terhadap kenderaan dinaiki seorang komander agensi itu pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah AKPS (Pengurusan), Ismail Mokhtar berkata, langkah berkenaan dibuat selaras dengan proses pengambilalihan operasi dan aset daripada enam agensi teras termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, selain penilaian semula risiko di pintu masuk negara."Kita ke arah itu (penubuhan pasukan khas) bagi memperkukuh aspek keselamatan. Dalam tempoh pengambilalihan ini, pasukan penguat kuasa, unit risiko serta kawalan operasi di pintu masuk akan diperkemaskan," katanya pada sidang media selepas Program Ihya Ramadan dan Iftar bersama warga AKPS di sini pada Rabu.Beliau berkata, AKPS kini mengendalikan 22 pintu masuk yang diklasifikasikan mengikut tahap risiko, termasuk beberapa lokasi berstatus "hotspot" yang memerlukan pendekatan penguatkuasaan lebih ketat.Mengulas insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam itu, Ismail menyifatkan kejadian tersebut sebagai ancaman serius namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan semangat dan komitmen anggota.Ismail berkata, kawalan akan diperketatkan dan permohonan aset keselamatan termasuk persenjataan akan dipercepat bagi memastikan perlindungan pegawai."Kita tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman kepada anggota dan operasi akan diteruskan seperti biasa dengan langkah keselamatan dipertingkatkan," katanya.Beliau turut memaklumkan Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah turun ke lokasi bagi menilai situasi serta memberi sokongan kepada pegawai terlibat.Terdahulu, sebuah Proton X70 dipandu Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir dilaporkan ditembak kira-kira jam 5.40 pagi di susur masuk berhampiran Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, lebih kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh dilaporkan terselamat |
|
Pukul mati kucing, lelaki dipenjara 11 bulan - FMT - 25/02 8:48 pm Shaifulnizam Abdul Rahman @ Latip mengaku bersalah memukul haiwan itu dengan kayu di sebuah kedai dobi di Kuching. |
|
AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru demi keselamatan - Thempress - 25/02 7:21 pm BUKIT KAYU HITAM Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) melihat keperluan pembekalan senjata api dan jaket kalis peluru kepada pegawainya bagi menjamin keselamatan mereka ketika bertugas |
|
Insiden tembak AKPS: Mohd Nasaruddin dalam keadaan baik - Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:48 pm BUKIT KAYU HITAM - Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berada dalam keadaan baik walaupun hampir ditembak dua lelaki, pagi Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, susulan kejadian, beliau sendiri turun bertemu Mohd Nasaruddin bagi menilai keadaan serta keseluruhan warga AKPS Bukit Kayu Hitam."Insya-ALLAH berdasarkan semangat yang saya tengok tadi semuanya berdiri teguh di belakang komander mereka dan Mohd Nasaruddin pula kalau siapa yang kenal dan tahu, beliau datang daripada unit yang sememangnya terlatih."Perkara ini bukan kata biasa tetapi dia telah terlatih untuk mengawal emosi, mengawal reaksi dan sebagainya |
|
AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru tingkat keselamatan Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:47 pm BUKIT KAYU HITAM - Aspek keselamatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam tidak boleh dipandang ringan susulan insiden tembakan individu tidak dikenali, pada Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kehadiran agensi itu yang baru berusia 14 bulan nyata memberi impak terhadap aspek penguatkuasaan termasuk operasi bersepadu dijalankan AKPS Bukit Kayu Hitam pada 15 Januari hingga 15 Februari lalu.Menurutnya, rampasan bernilai RM3.1 juta yang dihasilkan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam itu mungkin telah memberi tekanan kepada pihak yang melanggar undang-undang."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seawal pagi tadi lagi telah menghubungi saya dan beritahu apa yang diperlukan oleh AKPS maklumkan kepada beliau untuk beliau usahakan."Maka, antara perkara yang kita lihat di sini adalah pegawai-pegawai AKPS tidak dibekalkan senjata api, itu satu skop yang mungkin boleh diperbaiki dalam masa terdekat dan juga jaket kalis peluru serta kelengkapan yang boleh menjamin keselamatan anak buah saya bekerja dengan lebih selamat," katanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang nyaris ditembak dua lelaki bermotosikal berhampiran Masjid Al-Muhajirin, pagi ini.Mohd Shuhaily turut mengadakan pertemuan tertutup dengan seluruh warga AKPS Bukit Kayu Hitam susulan insiden pertama yang menimpa agensi penguatkuasaan berkenaan.Sementara itu, katanya, peringatan juga telah diberikan kira-kira empat minggu lalu kepada semua komander AKPS tentang beberapa ancaman dan ugutan jenayah terhadap pegawai dan anggota mereka."Kita ambil itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian dan pada pagi ini kita tak menjangkakan mereka akan bertindak sehingga ke tahap itu, dengan apa yang berlaku ini juga jelas dan ketara sememangnya ada orang yang betul-betul terjejas dengan penguatkuasaan yang sedang dilakukan."Ini kerana saya pasti tiada siapa yang sanggup melaksanakan perkara begitu sekiranya mereka tidak berasa tertekan, saya juga sampaikan perkara itu dalam pertemuan bersama pegawai dan anggota AKPS tadi bahawa apa yang mereka laksana dalam tempoh 14 bulan ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran."Maka mungkin selama ini aktiviti-aktiviti (pihak melanggar undang-undang) yang biasa dilakukan kini sukar sehingga berkemungkinan menyebabkan ada tindak balas sedemikian," katanya.Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, Mohd Nasaruddin diserang dua lelaki berpistol yang menaiki motosikal dan mengekorinya ketika dalam perjalanan menunaikan solat Subuh.Tembakan pertama dari jarak satu meter terkena bahagian pintu belakang sebelah kanan Proton X70 dipandu mangsa, sementara tembakan kedua melintasi beliau yang ketika itu membuka tingkap kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.Mohd Nasaruddin tidak mengalami sebarang kecederaan dan cuba mengejar kedua-dua suspek terbabit yang bertindak meloloskan diri ke arah Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini. |
|
Bos AKPS minta senjata, jaket kalis peluru - FMT - 25/02 6:29 pm Ketua Pengarah Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia antara perkara boleh diperbaiki susulan insiden tembakan terhadap komander AKPS Bukit Kayu Hitam. |
|
Air pollution after Johor warehouse fire forces 1,500 pupils to switch to online learning - Straitstimes - 25/02 5:55 pm The fire at Jalan Air Hitam, Senai, was reported at 4.37pm on Feb 24, with firefighters still on site on Feb 25. |
|
Ancaman terhadap petugas keselamatan jenayah yang tidak boleh diterima - AKPS - Sinarharian - 25/02 5:38 pm SHAH ALAM - Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima.Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan, tindakan akan diambil selaras dengan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara.Dalam masa sama, AKPS mengesahkan Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir yang terlibat dalam insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam berada dalam keadaan selamat dan stabil.Menurut kenyataan itu, beliau juga kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara."Susulan insiden itu, Ketua Pengarah AKPS telah turun padang ke ICQS Bukit Kayu Hitam pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku, memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas."Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, AKPS Bukit Kayu Hitam menerima beberapa ancaman sejak kebelakangan ini."Insiden yang berlaku pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi," menurut AKPS.Sebelum ini, kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin ditembak di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada jam 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mangsa sedang menghala ke Masjid Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam yang menaiki motosikal dengan topi keledar penutup penuh.Tambah kenyataan itu, insiden berkenaan sama sekali tidak akan melemahkan semangat warga agensi tersebut."Sebaliknya, ia terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani serta profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara."AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air," menurut kenyataan itu lagi. |
|
Pelajar perempuan maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri - Sinarharian - 25/02 5:04 pm GEORGE TOWN - Mayat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun ditemukan terbaring di bawah sebuah pangsapuri di Gelugor di sini, pada Rabu, dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira jam 9.20 pagi di lokasi kejadian."Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.Terdahulu, mayat remaja itu yang berlumuran darah ditemui memakai pakaian sukan dengan nama sekolah tertera, manakala sebuah beg berwarna hitam turut ditemukan berhampiran mangsa.Dalam perkembangan berasingan, Abdul Rozak berkata, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Kelawai, di sini.Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 8 pagi dan siasatan awal mendapati suspek menyerang mangsa di hadapan lobi bangunan sebelum melarikan diri menaiki motosikal.Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Muhaimin Muthar di talian 014-3421292 atau mana-mana balai polis berdekatan.Terdahulu, dua video tular berdurasi 17 dan 29 saat menunjukkan mangsa diserang seorang lelaki sebelum suspek melarikan diri bersama rakannya menaiki motosikal.Video itu juga memaparkan keadaan mangsa yang berlumuran darah di lobi bangunan |
|
Influencer Indonesia Disenarai Hitam Kerajaannya Selepas Kongsi Video Bangga Anak Dapat Pasport UK - Thevocket - 25/02 4:53 pm Di Indonesia, sedang digemparkan dengan kes mahasiswa mereka di luar negara umum tidak mahu lagi keturunannya jadi rakyat Indonesia sepertinya |
|
Insiden tembak: Kerajaan tidak kompromi dengan pihak ancam keselamatan negara - Sinarharian - 25/02 4:01 pm PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membuat ancaman terhadap keselamatan negara dengan tindakan tegas akan diambil.Jaminan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai reaksi terhadap insiden tembakan melibatkan kenderaan yang dinaiki Komander Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir pada pagi Rabu.Tegas beliau, kerajaan memandang serius insiden berkenaan dan kes disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Saya bersyukur beliau selamat," katanya dalam kenyataan.Terdahulu media melaporkan Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian cubaan bunuh ketika beliau memandu ke masjid yang terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh.Difahamkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.Dalam pada itu, Saifuddin menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional. |
|
Semi-auto weapon used in shooting of Bukit Kayu Hitam MCBA commander's vehicle - Police - Sinardaily - 25/02 3:31 pm BUKIT KAYU HITAM - The suspect who fired at a vehicle driven by the Bukit Kayu Hitam Malaysian Border Control and Protection Agency (MCBA) commander SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir in an incident at dawn here today are believed to have used a semi-automatic firearm.Kedah police chief Datuk Adzli Abu Shah said preliminary investigations confirmed that two shots were fired at the victims moving vehicle from a distance of about one metre."We believe the shooter used a semi-automatic weapon as we found shattered bullet fragments, he told a press conference here today.He said the incident was believed to involve two suspects on a motorcycle, dressed in dark clothing and wearing full-face helmets, while the victim was driving alone |
|
Suspect used semi-automatic firearm in attack on border agency commander, say Kedah police - Malaymail - 25/02 3:29 pm BUKIT KAYU HITAM, Feb 25 The suspect who fired at a vehicle driven by the Bukit Kayu Hitam Malaysian Border Cont... |
|
Contractor loses RM1.2m after falling for free stock class scam, says Bukit Aman - Malaymail - 25/02 3:25 pm KUALA LUMPUR, Feb 25 A contractor lost RM1.2 million after he was believed to have fallen victim to a scam offer... |
|
Tembak Komander AKPS: Langkah keselamatan diaktifkan serta-merta - Kosmo - 25/02 3:21 pm PUTRAJAYA – Kerajaan telah mengaktifkan langkah keselamatan tambahan susulan insiden tembakan melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terjamin |
|
Contractor loses RM1.2 million in free share investment class scam - Sinardaily - 25/02 3:21 pm KUALA LUMPUR - A contractor lost RM1.2 million after he was believed to have fallen victim to a scam offering a free stock investment class promoted via Facebook in early October last year.Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department director Datuk Rusdi Mohd Isa said the man, in his 60s, was browsing Facebook before being attracted by an offer for afree stock investment class on Oct 2, 2025.According to him, the victim then clicked on the included link before being added to a WhatsApp group run by an unknown individual."After several investment class sessions, the "investment guru in the WhatsApp group offered group members a new stock investment opportunity with guaranteed profits and compensation in case of losses."The victim who was interested in participating in the investment received a WhatsApp call from a woman asking the victim to download an application to start the investment, he said in a statement today.Rusdi said that on Nov 27, 2025, the victim made a transfer of money in stages to six different accounts belonging to companies or businesses, namely SCSS Pulse Trading, Bookmap If Sdn Bhd, Bookmap Tg Sdn Bhd, AEP Top Ventures, Musi Luxhome Renovation (M) Sdn Bhd and Sac Global Sdn Bhd.He said that in January 2026, the victim was interested in making a withdrawal of RM600,000 after the investment application showed the victim making a profit but was asked to pay a 10 per cent commission."After making the payment, the victim was informed that his withdrawal was blocked by Bank Negara Malaysia and must also pay taxes of RM168,000, he said, adding that the victims filed a report on Feb 13 and the case is being investigated under Section 420 of the Penal Code.He also advised the public to check with Semakmule portal before making any transactions and refer to the CCID "Top Ten" list, stressing that legitimate investments will not ask individuals to transfer money to third-party company accounts or unknown individuals via chat applications.He said that 10 companies were detected to be involved in fraudulent activities involving 81 reports that had been entered into the Semakmule CCID database as of Feb 15."A total of 14 reports involved SAC Global Sdn Bhd, Menjaya Makmur Sdn Bhd (13 reports), Data Innovations Sdn Bhd (12 reports) and 11 reports involved three companies, namely SCSS Pro Trading Sdn Bhd, SCSS Asia Trading Sdn Bhd and SCSS One Trading."In addition, we received 11 reports each involving KK Solid Works Sdn Bhd and two other companies, namely AEP Global Enterprise Sdn Bhd and AEP Top Ventures, as well as nine reports involving JM Maju Construction Sdn Bhd," he said |
|
39 anggota bomba bertarung nyawa kawal kebakaran gudang sejak semalam - Mgazette - 25/02 3:16 pm # 39 anggota bomba bertarung nyawa kawal kebakaran gudang sejak semalam KULAI - Seramai 39 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran besar-besaran di sebuah gudang penyimpanan getah dan plastik di Jalan Air Hitam, Senai di sini sejak petang semalam |
|
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam nyaris ditembak - Mgazette - 25/02 3:16 pm Dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaannya oleh dua suspek KUALA LUMPUR - Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian di Bukit Kayu Hitam, Kedah awal pagi tadi |
|
Takkan penganjuran RX-Z jadi kayu ukur calon PM – Shaiful Hazizy - Mgazette - 25/02 3:16 pm # Takkan penganjuran RX-Z jadi kayu ukur calon PM - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan agak kurang matang menjadikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai _poster boy _Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) hanya kerana faktor beliau merupakan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang _aviation_ (penerbangan) |
|
Cubaan takutkan Pas dengan imej radikal Islam tak akan berjaya – Zaid - Mgazette - 25/02 3:16 pm # Cubaan takutkan Pas dengan imej radikal Islam tak akan berjaya - Zaid KUALA LUMPUR Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengingatkan percubaan pihak tertentu menimbulkan ketakutan terhadap Pas kononnya parti itu seolah-olah `radikal Islam tidak akan berjaya |
|
Tidak puas hati, unsur ugutan punca kenderaan AKPS ditembak - Thempress - 25/02 3:05 pm KUBANG PASU – Mahu menakutkan pegawai penguat kuasa serta tidak puas hati dipercayai motif awal insiden Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki pada… |
|
Mahkamah benar kes Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama - Sinarharian - 25/02 3:03 pm KUALA LUMPUR -Kes pengubahan wang haram membabitkan isteri Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed akan dibicarakan bersama dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi suaminya itu di Mahkamah Sesyen di sini.Hakim Suzana Hussin memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berkaitan kes dihadapi Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi."Saya benarkan kes ini (Noor Azrina) dibicarakan bersama dengan kes Abu Sahid dan menetapkan sebutan kes pada 6 April untuk serahan dokumen," katanya.Terdahulu, Ahmad Akram berkata, Hakim Mahkamah Sesyen 8, Rosli Ahmad membenarkan permohonan pihaknya untuk memindahkan kes Noor Azrina ke mahkamah ini (Hakim Suzana)."Sehubungan itu, pihak kami mohon agar kes membabitkan Noor Azrina dibicarakan bersama dengan kes Abu Sahid kerana ia membabitkan transaksi yang sama dan saya percaya perkara ini tidak dibantah pihak pembelaan," katanya yang turut disahkan peguam, Datuk Jasbeer Singh yang mewakili Abu Sahid.Noor Azrina, 49, didakwa atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM67.14 juta menerusi akaun banknya daripada akaun bank milik Abu Sahid.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bukit Tunku antara 6 Mac 2017 dan 27 November 2017 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Abu Sahid, 75, sebagai Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan lebih RM458.5 juta wang milik syarikat yang diamahkan kepadanya dalam akaun bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana dekat sini antara 3 Mei 2016 hingga 21 Oktober 2019.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.Beliau turut berdepan 10 pertuduhan memindahkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM116,449,536.12 daripada akaun miliknya kepada lima individu dan empat syarikat pembinaan.Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah keseluruhan RM22,802,612.86 dengan membuat pengeluaran tunai melalui 15 keping cek daripada akaun miliknya di bank sama antara 4 Mei 2016 hingga 19 September 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama dan hukuman serupa |
|
Malaysias borders secure, home minister says, after gunmen open fire on AKPS commander in Bukit Kayu Hitam - Malaymail - 25/02 2:59 pm KUALA LUMPUR, Feb 25 Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has assured Malaysians that national ent... |
|
Malaysias borders secure, home minister says, after gunman opens fire on AKPS commander in Bukit Kayu Hitam - Malaymail - 25/02 2:59 pm KUALA LUMPUR, Feb 25 Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has assured Malaysians that national ent... |
|
Suspek tembak kereta Komander AKPS disyaki guna senjata semi automatik - Sinarharian - 25/02 1:19 pm BUKIT KAYU HITAM -Polis percaya suspek yang menembak kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir di sini awal pagi Rabu, menggunakan senjata api jenis semi automatik.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesahkan dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan mangsa yang sedang bergerak pada jarak kira-kira satu meter."Kita percaya suspek menggunakansenjata semi automatik kerana jumpa pelurutelah pecah,"katanya pada sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, kejadian dipercayai melibatkan dua suspek menaiki sebuah motosikal berkuasa kecil dan berpakaian serba gelap sertabertopi keledar bertutup penuhmanakala mangsa memandu bersendirian.Beliau berkata, polis telah melancarkan Ops Tutup termasuk di pintu masuk sempadan negara di Durian Burung, Padang Terap sejurus kejadian.Adzli berkata, kejadian itu sebagai cabaran dalam melaksanakan tugas kepada bukan sahaja AKPS, malah semua agensi penguatkuasaan."Sayamenyeru semua (penguat kuasa) sentiasa waspada |
|
Kontraktor rugi RM1.2 juta, terpedaya kelas saham percuma - Sinarharian - 25/02 1:10 pm KUALA LUMPUR Seorang kontraktor kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya tawaran menyertai 'kelas pelaburan saham percuma' yang diiklankan di Facebook, Oktober tahun lalu.Mangsa, lelaki berusia lingkungan 60-an, dikatakan melayari aplikasi itu sebelum tertarik dengan tawaran berkenaan pada 2 Oktober lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa kemudian menekan pautan yang disediakan sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang kononnya mengendalikan kelas pelaburan."Selepas beberapa sesi kelas diadakan, seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai guru menawarkan peluang pelaburan saham terbaharu kepada ahli kumpulan, lengkap dengan jaminan keuntungan serta pampasan sekiranya mengalami kerugian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, mangsa yang berminat kemudian menerima panggilan WhatsApp daripada seorang wanita yang memintanya memuat turun satu aplikasi pelaburan bagi tujuan pendaftaran dan transaksi.Pada 27 November lalu, mangsa membuat pindahan wang secara berperingkat ke enam akaun berbeza yang didakwa milik syarikat perniagaan."Menjelang Januari, aplikasi berkenaan memaparkan mangsa memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, mendorongnya untuk membuat pengeluaran sebanyak RM600,000," katanya.Bagaimanapun, mangsa diminta membayar komisen 10 peratus daripada jumlah pengeluaran sebagai syarat sebelum wang berkenaan dilepaskan |
|
Tindakan pantas brek kenderaan selamatkan Mohd Nasaruddin, peluru lintas .. - Hmetro - 25/02 12:57 am Bukit Kayu Hitam: Satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena muka pegawai kanan itu |
|
Bukit Kayu Hitam AKPS commander survives shooting near Thai border - FMT - 25/02 12:29 am Nasaruddin Nasir was shot at by two men on his way to perform the subuh prayers this morning, say Kedah police. |
|
All Sarawakians duty bound to back states petition in Federal Court, says former DAP rep - BorneoPost - 25/02 12:04 am SIBU (Feb 25): The Sarawak government’s decision to file a petition in the Federal Court on the constitutional validity of key federal petroleum laws is a necessary and long-overdue step to resolve the longstanding dispute between the Federal Government and the state over constitutional authority and petroleum rights |
|
Kenderaan komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditembak - FMT - 25/02 12:03 am Mohd Nasaruddin Mohd Nasir bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku ketika dia menghala ke masjid untuk solat Subuh, kira-kira 5.40 pagi tadi. |
|
Bukit Kayu Hitam shooting: Cops probe syndicate retaliation after gunmen attack border chief driving to Subuh prayers - Malaymail - 25/02 12:02 am BUKIT KAYU HITAM, Feb 25 The vehicle carrying the commander of the Malaysian Control and Border Protection Agenc... |
|
Shots fired at border agency's commanders vehicle in dawn attack near Thai border - Sinardaily - 25/02 11:59 am BUKIT KAYU HITAM - The vehicle carrying the commander of the Malaysian Control and Border Protection Agency (MCBA) in Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, was shot at in an incident at dawn near the Malaysian-Thai border today.Kedah Police chief Datuk Adzli Abu Shah said the commander escaped unharmed in the attack, which occurred at about 5.40am, roughly one kilometre from the frontier.He said the commander was on his way to perform Subuh prayers at Masjid Al Muhajirin when two men dressed in black on a motorcycle, both wearing full-face helmets, approached his car."One of the suspects fired two shots, hitting the rear right door and the front passenger door of the car |
|
[Watch] Religious Shrine Under A Tree In Bukit Tunku Draws Social Media Attention - Therakyatpost - 25/02 11:57 am A regular weekend jogger discovered the shrine after not visiting the area for some time, prompting him to share photos online because he wasn't sure what it was. |
|
Mahu takutkan penguat kuasa motif kereta Komander AKPS ditembak - Polis - Sinarharian - 25/02 11:36 am KUALA LUMPUR - Mahu menakutkan pegawai penguat kuasa dipercayai merupakan motif awal insiden kereta Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki pada awal pagi Rabu.Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati individu tertentu terhadap pihak berkuasa seperti AKPS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak melakar kejayaan rampasan."AKPS berjaya merampas daging khinzir yang cuba diseludup masuk pada bulan lalu dan rampasan lain menyebabkan kemungkinan ada yang tidak berpuas hati."Jadi motif kejadian setakat ini ialah untuk menakut-nakutkan pihak berkuasa |
|
Kereta Komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditembak dekat sempadan - Mkini - 25/02 11:10 am SAC Mohd Nasaruddin sedang menghala ke Masjid Al Muhajirin sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam menaiki motosikal. |
|
Motif tembak kenderaan Komander AKPS dipercayai mahu takutkan penguat kuasa - Hmetro - 25/02 11:04 am Kuala Lumpur: Motif awal kejadian Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki ketika ingin ke masjid dipercayai untuk menakut-menakutkan pegawai penguat kuasa |
|
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam terselamat, kenderaan ditembak ketika ke masjid - Sinarharian - 25/02 10:53 am BUKIT KAYU HITAM - [DIKEMAS KINI] Kenderaan dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak dalam satu kejadian di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand."Mangsa sedang menghala ke Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam menaiki motosikal dengan topi keledar full-face."Seorang daripada suspek melepaskan dua tembakan yang terkena pintu di bahagian kanan belakang kenderaan dan pintu sebelah penumpang hadapan, namun tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa," katanya pada sidang media Rabu.Adzli berkata, sejurus kejadian, mangsa yang memandu seorang diri cuba mengejar suspek sejauh kira-kira satu kilometer sebelum mereka lolos ke kawasan perindustrian berhampiran.Katanya, mangsa kemudian memandu kenderaan persendirian jenis Proton X70 ke Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.Beliau berkata, polis akan menyiasat daripada semua aspek dan tidak menolak kemungkinan ada ketidakpuasan hati mana-mana sindiket yang melakukan kesalahan di sempadan.Adzli memaklumkan AKPS Bukit Kayu Hitam merekodkan banyak kejayaan rampasan dalam tempoh dua bulan ini, termasuk rampasan 100 tan beras dan daging khinzir."Ini mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati sindiket-sindiket |
|
Kenderaan Komander AKPS ditembak dua das ketika dalam perjalanan tunai .. - Hmetro - 25/02 10:30 am Bukit Kayu Hitam: Kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan awal pagi tadi |
|
Bukit Kayu Hitam senior border agency commander escapes unhurt after attackers open fire in 6.30am ambush - Malaymail - 25/02 10:25 am KUALA LUMPUR, Feb 25 The commander of the Malaysian Customs and Border Protection Agency (AKPS) in Bukit Kayu Hi... |
|
Polis buru lelaki cuba curi, ceroboh surau ketika jemaah solat terawih - Mgazette - 25/02 7:48 am # Polis buru lelaki cuba curi, ceroboh surau ketika jemaah solat terawih KUALA LUMPUR - Polis giat memburu lelaki yang bertindak mencuri kunci pendua dan cuba menceroboh kawasan Balai Islam/Surau Batang Kali, di Selangor pada 22 Februari lalu |
|
‘Tauke’ bagi alasan pekerja kena kurap, upah lelaki Aceh pandu .. - Mgazette - 25/02 7:48 am # 'Tauke' bagi alasan pekerja kena kurap, upah lelaki Aceh pandu lori PUTRAJAYA - Terpaksa upah pemandu lori warga Indonesia kerana pekerja mengalami masalah kurap |
|
Mydin, Sinar Harian anjur Jelajah Iftar 2026 - Sinarharian - 25/02 12:00 am SUBANG JAYA Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 dengan kerjasama Sinar Harian bagi menyantuni masyarakat setempat sempena Ramadan tahun ini.Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, program berbuka puasa secara santai itu akan berlangsung di sembilan cawangan pasar raya berkenaan di seluruh negara bermula 23 Februari hingga 16 Mac depan.Menurutnya, cawangan yang terlibat ialah Subang Jaya (Selangor), Mutiara Rini (Johor), MITC (Melaka), Seremban 2 (Negeri Sembilan), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Meru Raya (Perak), Tunjong (Kelantan), Jengka (Pahang) dan Sejati Ujana (Sabah)."Program ini bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa, bahkan platform memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum."Hasrat meneruskan program ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan penaja kami yang konsisten menyumbang semula kepada masyarakat antaranya F&N, Nestle, Perap 99, Sunsilk, Tisha's dan Vaseline," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 di Mydin USJ, di sini pada Isnin.Majlis yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.Sementara itu, Ameer Ali memaklumkan program tahun ketiga tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dengan setiap lokasi menyantuni lebih 1,000 pelanggan.Katanya, orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui media sosial rasmi Mydin Malaysia."Seramai 500 pendaftar terawal di setiap lokasi akan menerima beg percuma tajaan F&N."Saya yakin dan percaya setiap kebaikan dan perkongsian pasti akan menambah keberkatan perniagaan kita semua," ujarnya.Selain berbuka puasa, jelajah menampilkan pengisian rohani bersama beberapa pendakwah terkenal bagi menyemarakkan suasana Ramadan.Dalam pada itu, sebagai antara rakan penaja jelajah, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd menjadikan platform inisiatif mendekati komuniti di samping menggalakkan amalan hidrasi sihat melalui minuman 100PLUS ketika berbuka puasa.Pengarah Pemasarannya, Leong Wai Yin berkata, program juga berperanan mengukuhkan jenama itu sebagai pilihan rakyat Malaysia khususnya dalam momen kebersamaan seperti iftar, di samping meningkatkan keterlihatan jenama di lokasi strategik."Kami harap sinergi terjalin diteruskan dalam jangka panjang demi memberikan nilai terbaik kepada rakan niaga dan pengguna."Melalui rangkaian pasar raya Mydin yang meluas, program ini mampu menjangkau lebih ramai pelanggan di pelbagai lokasi."Sekiranya sambutan memberangsangkan, tidak mustahil kerjasama ini diteruskan dengan lebih banyak aktiviti serta tawaran menarik pada masa depan" katanya.Sementara itu, Wai Yin turut menyasarkan pertumbuhan jualan menjelang Ramadan dan Syawal."Jelajah iftar bersama Mydin dijangka bantu perkukuhkan capaian jenama serta merancakkan jualan melalui promosi secara menyeluruh," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata, Boost Bank meneruskan kerjasama dengan Mydin menerusi meraikan Ramadan dengan menawarkan diskaun dan sumbangan baju raya bersama Mydin."Boost Bank memberikan diskaun kepada pelanggan Mydin melalui baucar baju raya bernilai RM10 kepada mereka yang membuka akaun baharu di Boost Bank."Pelanggan yang memohon kad debit Boost Bank dan menggunakannya untuk berbelanja turut dapat menikmati pulangan tunai sebanyak dua peratus," katanya.Tambahnya, Boost Bank juga menyumbangkan lebih 200 set baju raya kepada penerima sumbangan bersama Mydin di lapan lokasi lain sepanjang Ramadan ini."Ia sebahagian usaha kami menjadikan musim Ramadan dan Aidilfitri lebih bermakna dan lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia," katanya. |
|
Peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal hingga notis diterima daripada parti - Sinarharian - 24/02 11:15 pm KUALA LUMPUR - Peranan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang dan kedudukan di Dewan Rakyat kekal setakat ini kerana Dewan Rakyat belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung kedudukan beliau susulan tindakan pemecatan oleh parti.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hingga kini tiada notis rasmi diterima daripada Bersatu atau blok pembangkang dan sebarang keputusan hanya boleh dibuat selepas menerima pengesahan secara bertulis."Setakat ini kita tak terima apa-apa lagi |
|
Tiada hitam putih, kedudukan 17 Ahli Parlimen Bersatu belum diputuskan - Kosmo - 24/02 10:19 pm KUALA LUMPUR Kedudukan 17 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang didakwa bakal menyertai parti lain masih belum dapat diputuskan |
|
UKM cooperating with Bukit Aman after audit report raises red flags - FMT - 24/02 9:29 pm Deputy higher education minister Adam Adli says immediate corrective measures have been taken. |
|
Seluruh England: Wei Chong enggan mengalah - Sinarharian - 24/02 8:53 pm PEMAIN beregu lelaki negara, Man Wei Chong bertekad untuk menyertai Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada tiga kecederaan pada lutut kanan.Pemain berusia 27 tahun itu berkata, keputusan berkenaan dibuat atas keyakinan terhadap proses pemulihan yang sedang dilalui serta kepercayaan bersama barisan perubatan."...namun, sampai kejohanan pada Januari tahun ini, saya rasa memang sakit dan tidak boleh tahan."Jadi, saya pergi membuat pemeriksaan MRI (pengimejan resonans magnetik) |
|
Virtual taekwondo bakal gegar Sukan SEA 2027 - Sinarharian - 24/02 8:04 pm TAEKWONDO Malaysia (TM) bercadang memperkenalkan disiplin baharu sukan taekwondo iaitu virtual taekwondo pada Sukan SEA Malaysia 2027, selain mengekalkan dua disiplin sedia ada iaitu kyorugi dan poomsae.Pengarah Teknikal TM, R Dhanaraj berkata, pengenalan disiplin baharu itu berpotensi membuka peluang besar bagi Malaysia menambah koleksi pingat pada temasya sukan dwitahunan edisi ke-34 itu."Virtual taekwondo menyerupai kyorugi tetapi atlet perlu memakai gajet seperti gogal untuk beraksi |
|
Polis buru suspek curi kunci pendua, cuba ceroboh surau - Sinarharian - 24/02 5:48 pm HULU SELANGOR Polis sedang giat mengesan seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kunci pendua dan cubaan menceroboh kawasan sebuah surau di Batang Kali, di sini.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10 pagi Isnin."Siasatan pihak polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang individu telah bertindak mengumpil dan menggeledah raga motosikal milik jemaah yang diparkir di luar surau tersebut dengan menggunakan sebatang kayu."Selain itu, individu tersebut turut dilihat cuba untuk menceroboh masuk ke dalam surau, namun gagal disebabkan terdapat jemaah sedang solat tarawih pada masa tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 akta sama."Pihak polis memohon kepada mana-mana orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor," katanya |
|
Hamzah saman Mohd Redzuan RM100 juta dakwa fitnah isu enam jahanam - Sinarharian - 24/02 5:12 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin memfailkan saman terhadap pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dengan tuntutan RM100 juta kerana memfitnah.Ia membabitkan kenyataan Mohd Redzuan didakwa memfitnahnya sebagai pengkhianatan kepada ahli-ahli, parti serta PN sehingga diberikan gelaran enam jahanam kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hamzah, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 10 Disember tahun lalu, menerusi Tetuan Siddiq Azani & Co dengan menamakan Mohd Redzuan, 69, selaku defendan tunggal.Berdasarkan penyata tuntutan, Ketua Pembangkang itu mendakwa defendan membuat kenyataan fitnah dalam sebuah akhbar pada 5 November 2025.Katanya, pernyataan itu membawa maksud enam Ahli Parlimen Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) yang mengemukakan sokongan kepada Anwar sebagai pengingkaran arahan parti.Justeru ia merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli, parti serta PN sehingga diberikan gelaran enam jahanam.Mereka ialah Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang)Kenyataan fitnah itu juga membawa maksud bahawa enam Ahli Parlimen dan Hamzah, merupakan satu sabotaj dan menjahanamkan parti.Katanya, ia turut menggambarkannya sebagai seorang ahli dan pemimpin yang tidak setia kepada parti kerana menyebabkan keenam-enam Ahli Parlimen tersebut mengingkari arahan parti."Defendan bermaksud plaintif telah merancang, menggerakkan dan bersubahat menyebabkan enam orang hli Parlimen dari parti menukar sokongan sekaligus telah mengkhianati pengundi."Kenyataan itu memberi maksud Hamzah merupakan ahli politik yang korup, tidak bermoral, tidak beretika serta tidak beramanah di mata ahli, pengundi dan rakyat," kata dokumen itu.Plaintif berkata, fitnah tersebut palsu, tidak berasas dan diterbitkan oleh defendan dengan niat jahat semata-mata mahu mencemarkan nama baik termasuk menghasut ahli parti untuk menentang plaintif.Katanya, fitnah itu menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap reputasinya sebagai Ketua Pembangkang kerana dilihat tidak boleh dipercayai kerana membuat kerjasama sulit dengan pihak yang tidak sepatutnya.Menurutnya, walaupun Notis Tuntutan bertarikh 6 November 2025 telah diserahkan namun defendan gagal untuk memohon maaf."Ini menunjukkan defendan sangat angkuh, berniat jahat dan tidak menunjukkan keinsafan atau rasa bersalah terhadap fitnah yang disiarkan."Kedudukan defendan sebagai bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menjadikan fitnah tersebut mendapat perhatian meluas serta diambil serius oleh ahli-ahli parti," katanya.Hamzah berkata, jika tindakan defendan tidak dihalang ada kemungkinan defendan akan terus mengeluarkan, menyiarkan dan menyebabkan penyiaran fitnah tersebut.Katanya, defendan juga mungkin menggunakan semula perkataan yang serupa sehingga boleh mencemarkan reputasi serta kedudukan plaintif di mata masyarakat.Susulan itu beliau memohon, injunksi untuk menghalang defendan, ejen, pekerja, wakil, pihak ketiga daripada terus menerbitkan, menyiarkan fitnah.Katanya, defendan perlu menarik balik fitnah itu dan memohon maaf dan ia perlu diterbitkan di media elektronik, akhbar harian berbahasa Melayu yang menjadi pilihan plaintif."Ia termasuk tuntutan ganti rugi am sebanyak RM50 juta manakala pampasan teruk dan teladan masing-masing RM25 juta," katanya. |
|
[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan! - Murai - 24/02 5:00 pm Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini |
|
Police who refuse reports over attire may be dismissed, says Deputy Home .. - Sinchew - 24/02 4:54 pm Police who refuse reports over attire may be dismissed, says Deputy Home Minister KUALA LUMPUR: A new circular issued by Home Ministry prohibits police officers from refusing to assist members of the publiclodging police reports or seeking emergency helpon the grounds of attire |
|
Pendakwa raya tidak bantah permohonan pembebasan Zahid - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Pendakwa raya tidak bantah permohonan pembebasan Zahid KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pendakwa raya tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr |
|
Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa tuduhan AMLA RM1.7 juta - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa tuduhan AMLA RM1.7 juta KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mewah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 44 pertuduhan menerima dan memindahkan wang didakwa hasil daripada aktiviti haram melibatkan kerugian RM1.7 juta |
|
Bunyi kayu patah seperti kiamat: 6 Desa Aceh Timur ???hilang??? dibadai .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Bunyi kayu patah seperti kiamat: 6 Desa Aceh Timur hilang dibadai Balok Pada 26 November tahun lalu, sekitar jam 4 petang, banjir besar disertai tanah runtuh meluru tanpa amaran |
|
Kes pecah kereta Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu - Sinarharian - 24/02 4:28 pm KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan kes kereta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dipecah penjenayah sebelum wang tunai dan barangan peribadi berjumlah RM6,500 dilarikan.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, setakat ini, pihaknya merakam keterangan Teresa dan seorang pengawal keselamatan."Kita telah merakam keterangan pengadu (Teresa) dan pengawal keselamatan |
|
Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa terlibat aktiviti wang haram RM1.7 juta - Sinarharian - 24/02 3:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mewah mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 44 pertuduhan menerima dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram melibatkan kerugian RM1.7 juta.Miki Oshiro, 36, yang merupakan warga tempatan membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Azrul Darus dan Norma Ismail.Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-44, lelaki itu didakwa telah menerima RM1.7 juta daripada seorang pelanggan wanita berusia 61 tahun dan kemudiannya memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM628,499 daripada akaun simpanan miliknya ke dalam akaun bank milik beberapa individu dan syarikat lain.Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank di Damansara Utama, Petaling Jaya, antara 5 Oktober 2024 hingga 3 Januari 2025.Dia didakwa mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Mohd Marzuki menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri sebulan sekali ke Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, sehingga kes selesai."Tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana pasportnya telah disimpan oleh mahkamah bagi kesalahan yang telah dituduh sebelum ini dan mohon mahkamah juga ambil kira faktor kesalahan yang dilakukan memberi kesan kepada ekonomi dan sistem perbankan negara," katanya yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya P |
|
Pekerja butik jam tangan mewah berdepan 44 tuduhan ubah wang RM1.7 juta - FMT - 24/02 3:39 pm Hakim membenarkan Miki Oshiro diikat jamin RM105,000 serta perlu lapor diri di Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman sebulan sekali. |
|
Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?” - Murai - 24/02 3:15 pm Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior Datuk Remy Ishak |
|
RM27 juta lesap dalam sebulan kerana 'phone scam' - Sinarharian - 24/02 11:50 am SHAH ALAM - Sebanyak RM27 juta kerugian akibat kes penipuan panggilan atau 'phone scam' yang direkodkan pada Januari lalu di seluruh negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah kerugian itu berdasarkan 481 kes yang diterima pihaknya.Menurutnya, berdasarkan statistik, 45 peratus mangsa ialah lelakimanakala 55 peratus ialah wanita yang mana sebanyak 75 peratus ialah mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun."Statistik menunjukkan kadar peningkatan kes sebanyak 46 peratus, manakala jumlah kerugian meningkat sehingga 58 peratus berbanding Januari 2025," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Tambahnya, sindiket phone scam dikesan menggunakan teknik 'caller ID spoofing' bagi memaparkan nombor seolah-olah daripada rangkaian telco tempatan atau agensi sah di Malaysia untuk memperdaya mangsa serta meningkatkan tahap kepercayaan terhadap panggilan yang diterima.Kata beliau, modus operandi jenayah ini melibatkan panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil agensi penguat kuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mahkamah selain institusi kewangan (bank dan insurans) atau agensi kerajaan antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mangsa kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang turut menyamar sebagai pegawai berkuasa dan dimaklumkan bahawa akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti haram seperti pengubahan wang haram, dadah atau hutang cukai."Mangsa diugut agar tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak lain dan akhirnya menyedari telah ditipu selepas mendapati wang dalam akaun hilang serta gagal menghubungi suspek," katanya.Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali."Usah berkongsi maklumat perbankan atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak disahkan serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |