| /// |
|
| Search : Bukit Kayu Hitam News | Page 1 |
|
Anggota polis Bukit Aman maut digilis lori Anggota polis Bukit Aman maut .. - Mgazette - 28/02 7:51 am KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam di Jalan Cheras dari arah Taman Midah menghala ke Taman Connaught,di sini hari ini |
|
Rancangan sabotaj kerajaan guna media antarabanga dikaitkan keluarga .. - Mgazette - 28/02 7:51 am # Rancangan sabotaj kerajaan guna media antarabanga dikaitkan keluarga berpengaruh KUALA LUMPUR - Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj negara, pempengaruh media sosial, Caprice tampil membongkar konon ada gerakan melibatkan campur angan ejen luar negara |
|
2 ADUN, 19 Exco, 9 Ketua Srikandi negeri hilang keyakinan terhadap Mas .. - Mgazette - 28/02 7:51 am Sehubungan itu, kami menegaskan segala keputusan, kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh beliau kebelakangan ini adalah atas kapasiti peribadi beliau semata-mata serta tidak mendapat sokongan dan persetujuan kami, Exco Srikandi Malaysia mahupun majoriti Ketua-ketua Srikandi Negeri, katanya. Kenyataan itu turut melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Srikandi Bersatu iaitu Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Norhaslinda Zakaria (Pangkor) |
|
Anggota polis maut terperosok bawah lori - Sinarharian - 27/02 10:40 pm KUALA LUMPUR Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Cheras dari arah Taman Midah menghala ke Taman Connaught di sini pada Jumaat.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.06 petang."Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah lori serta dipercayai turut membabitkan sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Zamzuri berkata, mangsa merupakan anggota polis lelaki berusia 34 tahun yang bertugas di Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman."Siasatan awal mendapati mangsa sedang bergerak lurus dalam keadaan aliran trafik sesak dan dipercayai mencelah di antara dua lorong kenderaan sebelum sebuah kenderaan di hadapan membrek secara mengejut."Akibatnya, mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan termasuk ke bawah lori yang sedang bergerak di lorong kiri," katanya.Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz."Pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan."Pemeriksaan saringan air kencing akan dijalankan manakala ujian alkohol mendapati pemandu berkenaan negatif," ujarnya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. |
|
Anggota KPDN di sempadan dilengkapi senjata api, baju kalis peluru - Sinarharian - 27/02 6:53 pm Di Kelantan sendiri, anggota kita dilengkapi senjata api dan baju kalis peluru kerana kita sangat menitikberatkan keselamatan mereka semasa bertugas, khususnya ketika berada di kawasan sempadan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjung di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berhubung kes keselamatan melibatkan anggota penguat kuasa di sempadan serta keperluan membekalkan senjata api kepada anggota KPDN.Tambahnya, langkah memperketat tahap keselamatan anggota merupakan rentetan daripada beberapa insiden keselamatan yang pernah berlaku sebelum ini di kawasan sempadan negara."Kita telah meningkatkan tahap keselamatan kepada anggota. Mereka sentiasa bersedia, sentiasa membawa senjata api, memakai baju kalis peluru dan sentiasa berwaspada semasa menjalankan tugas," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun senjata api telah lama dibekalkan kepada anggota, penyediaan baju kalis peluru khususnya kepada pegawai yang bertugas di kawasan sempadan merupakan antara penambahbaikan keselamatan yang dilaksanakan oleh kementerian.Ujarnya, baju kalis peluru ini baharu dibekalkan kepada mereka, terutama kepada pegawai di sempadan, sebagai langkah tambahan bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.Media pada Rabu melaporkan kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak dalam satu kejadian di sini.Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada jam 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand. |
|
Ex-CEO of Malakoff, UEM Sunrise Anwar Syahrin passes away - FMT - 27/02 6:04 pm Anwar Syahrin Abdul Ajib, 53, was laid to rest at the Bukit Kiara Muslim cemetery this afternoon. |
|
Penuntut UUM maut kemalangan dalam perjalanan solat tarawih - Sinarharian - 27/02 5:43 pm ALOR SETAR Hasrat seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Muhammad Amiruddin Musa, 23, disahkan meninggal dunia selepas terlibat nahas ketika dalam perjalanan pulang dari kerja sambilan sempena cuti semester.Allahyarham yang merupakan penuntut Semester 5 Program Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) difahamkan bergegas ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat tarawih sebelum tragedi berlaku.Jenazah Allahyarham dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Seri Sinai, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.Allahyarham yang menetap di Inapan Siswa (Inasis) Bank Islam di Sintok merupakan anak daripada keluarga kategori B40 dan dibesarkan oleh ayah tiri yang bekerja sebagai buruh binaan.Ibunya pula dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung tiga tahun lalu.Di sebalik kekangan hidup, arwah tetap cekal meneruskan pengajian dan bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan diri serta membantu keluarga.Di kampus, Allahyarham dikenali sebagai mahasiswa yang ceria, petah berbicara dan aktif dalam pelbagai program pembangunan pelajar.Minatnya dalam bidang pengacaraan turut menyerlahkan bakat kepimpinan dan keyakinan dirinya.Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed menziarahi keluarga Allahyarham serta menyampaikan sumbangan sebagai tanda solidariti warga universiti terhadap keluarga yang ditinggalkan.Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada universiti kerana arwah merupakan mahasiswa berpotensi dan mempunyai masa depan cerah.Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Ram Al Jaffri Saad. |
|
Keluarga berpengaruh disyaki terbabit rancang jatuhkan kerajaan guna media antarabangsa - Sinarharian - 27/02 5:07 pm KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga berpengaruh tempatan didakwa menggunakan agensi perhubungan awam dan media antarabangsa dalam usaha menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.Perkara tersebut diperoleh hasil laporan polis yang dibuat seorang individu di ibu negara pada 10.29 pagi semalam.Berdasarkan laporan itu, pengadu mendakwa terdapat perbincangan dalam kalangan sekumpulan individu yang merancang menggunakan sekurang-kurangnya lima media antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.Laporan itu mendakwa tekanan tersebut dibuat khususnya berkaitan usaha menggugurkan dakwaan dalam siasatan melibatkan agensi tersebut.Selain itu, pengadu turut mendakwa khidmat pelobi di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) turut digunakan bagi memberi tekanan kepada Malaysia.Pengadu turut mendakwa kaedah penggunaan pelobi itu didakwa merupakan strategi profesional yang lazim digunakan untuk mempengaruhi dasar sesebuah negara serta hala tuju sesuatu isu di peringkat global.Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.Mohd Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut semalam dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.Beliau berkata siasatan berhubung kes itu masih diteruskan dan menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara siasatan dilengkapkan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini |
|
Police deny Bukit Jalil bribery claims in viral video, clarify officers were issuing summonses - Malaymail - 27/02 5:01 pm KUALA LUMPUR, Feb 27 The Cheras Police headquarters (IPD) has denied claims that an officer accepted a bribe from... |
|
SPRM cari empat anak Tun Daim - Mgazette - 27/02 4:29 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin |
|
Dakwaan polis terima rasuah dalam video tular tidak benar - Mgazette - 27/02 4:29 pm # Dakwaan polis terima rasuah dalam video tular tidak benar KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan dalam rakaman video tular di aplikasi TikTok, seorang pegawai polis menerima rasuah daripada pemandu kenderaan di tepi jalan raya di Jalan Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil di sini |
|
Himpunan Tangkap Azam Baki desak tubuh RCI segera - Mgazette - 27/02 4:29 pm # Himpunan Tangkap Azam Baki desak tubuh RCI segera PUTRAJAYA - Himpunan Tangkap Azam Baki hari ini mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sru Azam Baki |
|
Cubaan sabotaj negara: Polis siasat pempengaruh, media asing - Mgazette - 27/02 4:29 pm # Cubaan sabotaj negara: Polis siasat pempengaruh, media asing KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa |
|
Peguam persoal mengapa pertuduhan terhadap tiga jurulatih Palapes diubah - Mgazette - 27/02 4:29 pm # Peguam persoal mengapa pertuduhan terhadap tiga jurulatih Palapes diubah KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsuddin mempersoalkan perubahan pendakwaan terhadap tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palepas) di Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan |
|
MACC looking for four of Daim's children - Sinardaily - 27/02 4:24 pm PUTRAJAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has sought four people to facilitate investigations into a case.They have been identified as Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim and Muhammed Amin Zainuddin Daim.Asnidas last known address was No |
|
Lelaki OKU lemas ketika cari lidi penyapu - Sinarharian - 27/02 3:58 pm TAMPIN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang Khamis ditemukan meninggal dunia, dipercayai lemas di Sungai Gedok di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.50 pagi."Siasatan awal di lokasi mendapati, seorang lelaki memakai kemeja-T ditemukan tersangkut pada ranting kayu di dalam sungai terbabit."Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 62 tahun yang dipercayai keluar dari rumah sejak semalam untuk mencari lidi penyapu di kawasan berhampiran sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dan lemas."Tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian |
|
Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan - Sinarharian - 27/02 3:41 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan."Dalam isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, jawatankuasa khas hampir menyelesaikan proses siasatan dan akan menyerahkan laporan minggu depan," katanya pada sidang akhbar mingguan di sini pada Jumaat.Fahmi menjelaskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan secara mendalam dakwaan pemilikan saham Azam serta isu penyalahgunaan SPRM bagi tujuan manfaat korporat."Berhubung isu salah guna institusi SPRM bagi manfaat korporat, laporan polis telah dibuat |
|
Bekas CEO Malakoff dan UEM Sunrise, Anwar Syahrin meninggal dunia - Sinarharian - 27/02 3:01 pm KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd dan UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib, meninggal dunia awal pagi Jumaat.Allahyarham, yang berusia 53 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas urusan jenazah dan solat dilakukan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.Anwar Syahrin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Abdul Ajib Ahmad.Membesar di Johor sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Anwar Syahrin kemudian memperoleh ijazah kejuruteraan dari Imperial College London, United Kingdom.Sekembalinya ke Malaysia, Anwar Syahrin memulakan kerjaya di syarikat minyak dan gas Shell sebagai eksekutif pengangkutan.Ketika isterinya menyambung pengajian di United Kingdom, Anwar Syahrin turut mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian sehingga bergelar akauntan bertauliah.Kerjaya perakaunannya bermula di firma audit antarabangsa Arthur Andersen sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada 2006.Pada 2014, Anwar Syahrin menyertai MMC Corporation Bhd sebagai CFO sebelum dilantik mengetuai UEM Sunrise pada tahun sama, beberapa bulan selepas penggabungan UEM Land Holdings Bhd dan Sunrise Bhd dimuktamadkan.Anwar Syahrin menerajui syarikat pembangunan hartanah itu selama enam tahun.Anwar Syahrin kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff pada Disember 2020 dan berkhidmat sehingga September 2025 sebelum berundur bagi meneruskan peluang lain |
|
Lelaki dera, rendam kepala anak kekasih dalam baldi hingga maut dihukum gantung - Sinarharian - 27/02 2:59 pm KLANG Seorang lelaki yang mendera anak kekasihnya berusia tiga tahun, menggunakan kayu, penyangkut baju, tali pinggang, malah menenggelamkan kepala dalam baldi hingga maut, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pada Jumaat.Hakim, Norliza Othman menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaaan S Davandakumar, 32, bersifat penafian kosong semata-mata.Semasa membaca keputusan di akhir kes pembelaan, Norliza berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.Menurutnya, mahkamah melihat sendiri laporan bedah siasat yang menunjukkan sekujur tubuh kanak-kanak lelaki yang kecil dan kurus."Anak kecil tersebut dipukul dengan kejam oleh tertuduh, menggunakan semua barang tersebut."Mangsa yang langsung tidak boleh melawan itu kemudiannya direndam dalam air dan jasad kecil itu akhirnya diseret ke bilik lalu dibelasah sehingga tidak bernyawa," katanya.Susulan itu beliau berkata, tiada hukuman lain yang lebih setimpal melainkan hukuman gantung di leher hingga mati.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.Menurutnya, lelaki itu melakukan kesalahan yang keji kerana mendera kanak-kanak malang tersebut tanpa belas kasihan, sedangkan dia hanya berusia tiga tahun."Tertuduh memukul mangsa menggunakan pelbagai senjata termasuk menumbuk dan menendang si mati selama tiga hari berturut-turut."Bukan itu sahaja, dia bertindak dengan menyelamkan kepala mangsa sehingga hampir lemas," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Maryam Jamielah Ab Manaff.Selepas si mati kelihatan lemah, beliau berkata, tertuduh mencekik dan menggigit leher serta tangan sehingga mangsa tidak bergerak.Katanya, hanya selepas kanak-kanak itu tidak bergerak, barulah tertuduh berhenti memukul mangsa di hadapan mata ibu kandung si mati sendiri."Walaupun si mati bukan darah dagingnya, namun dia seharusnya melindungi dan menjaga mangsa dengan penuh kasih sayang kerana dia masih kecil dan memerlukan perlindungan dari orang dewasa."Kesalahannya amat keji dan sukar untuk dimaafkan kerana mengambil nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya yang menambah, tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau bagi kesalahan (ugutan) di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 2015 dan dadah tahun 2021.Bagaimanapun, peguam, Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh berkata, lelaki itu yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan."Dia yang masih bujang juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama," katanya.Pada 5 Januari 2022, tertuduh didakwa menyebabkan kematian K Nithish di sebuah rumah di Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini pada 24 Disember 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan |
|
Police nab seven, including Thai woman, in Bukit Kayu Hitam attack on Malaysia Border Control commander - Malaymail - 27/02 2:18 pm ALOR SETAR, Feb 27 Seven people, including a Thai woman, have been arrested for their alleged involvement in a s... |
|
SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin bantu siasatan - Sinarharian - 27/02 1:58 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.SPRM dalam kenyataan berkata, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang; manakala Md Wira Dani pula dengan alamat terakhir di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.Tambahnya, Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur."Alamat terakhir bagi individu keempat iaitu Muhammed Amin Zainuddin ialah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur," ujarnya.Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel kepada mohamad.daeem@sprm.gov.my."Pegawai Penyiasat lain ialah Ahmad Aiman Ramly di talian 011-61930814 atau emel kepada ahmad.aiman@sprm.gov.my, Muhamad Ridhwan Mat Hussain di talian 019-9895174 atau emel kepada ridhwan.hussain@sprm.gov.my dan Hardiansyah Ismail di talian 013-5639147 atau emel kepada hardiansyah@sprm.gov.my," ujarnya.Pada Januari 2024, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.Selain Daim, isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak, Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin, Muhammed Amin Zainuddin serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama menerusi Tetuan Tommy Thomas.Menerusi laporan media pada Julai tahun lalu, SPRM telah menyita dan melucut hak aset yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, isteri, ahli keluarga serta sekutunya bernilai lebih RM3 bilion.SPRM dalam kenyataan berkata, suruhanjaya telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa di 11 buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion. |
|
7 nabbed over Bukit Kayu Hitam AKPS chief shooting - FMT - 27/02 1:36 pm The suspects were picked up in a series of raids in Bukit Kayu Hitam and Padang Besar on the day of the incident. |
|
Video tular: 'Anggota polis bukan terima rasuah tapi keluarkan saman' - Sinarharian - 27/02 1:33 pm KUALA LUMPUR Polis menafikan dakwaan dalam rakaman video tular di aplikasi TikTok, pegawai polis menerima rasuah daripada pemandu kenderaan di tepi jalan raya Persiaran Jalil Utama Bukit Jalil di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil semakan mendapati kejadian jam 11.20 pagi, empat pegawai polis sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah."Tindakan yang diambil anggota polis ketika itu adalah mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang didapati menghalang lalu lintas."Pihak polis turut menasihatkan pemilik kenderaan supaya mengalihkan kenderaan selain mendaftar aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol (VSP) PDRM serta mengambil butiran pemilik kenderaan tersebut untuk tujuan rekod," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Rosdi berkata, dua keping saman dikeluarkan oleh pihak polis terhadap pemandu dan sebuah lagi kenderaan kerana kesalahan menghalang aliran lalu lintas."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab anggota polis di lapangan," katanya.Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejateraan negara."Sekiranya ada mana-mana individu yang mempunyai maklumat lengkap dan sahih berkaitan perkara ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050 / 5051 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. |
|
Seven nabbed over AKPS commander vehicle shooting - Sinardaily - 27/02 1:20 pm ALOR SETAR - Seven people, including a Thai woman, have been arrested for their alleged involvement in a shooting incident targeting the vehicle of the commander of the Malaysia Border Control and Protection Agency (AKPS) in Bukit Kayu Hitam, Kedah, on Wednesday.Kedah police chief Datuk Adzli Abu Shah said all suspects, aged between 22 and 52, were picked up in a series of raids in Bukit Kayu Hitam and Padang Besar, Perlis, on the day of the incident between 10.30am and 6pm."Investigations revealed that the six men and one woman, the wife of one of the suspects, lived near the scene, knew one another, and that four of them have prior criminal records involving serious offences."Two suspects were found to have gunshot residue on their hands and cheeks |
|
Jelajah Iftar Ramadan Sinar Mydin MITC Melaka - Sinarharian - 27/02 1:16 pm MELAKA - Lebih 1,000 peserta memeriahkan Jelajah Iftar Ramadan Sinar Mydin yang berlangsung di Mydin MITC di sini pada Khamis.Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin dengan kerjasama Sinar Harian bagi menyantuni masyarakat serta berkongsi rezeki sempena Ramadan.Pelaksanaan program berkenaan turut mendapat sokongan rakan penaja utama seperti Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N), Akademi Kenegaraan Malaysia, Cadbury, Indra Valley, Lifebuoy, Maggi, Subi di bawah jenama Pacific West, Sunsilk dan Vaseline.Seawal jam 5 petang, orang awam telah hadir bagi proses pendaftaran sebelum diisi dengan slot bacaan al-Quran oleh Mahad Tahfiz Darul Huda serta Motivasi Ramadan dari Aniq Muhai sementara menunggu waktu berbuka puasa.Program disusuli Penyerahan Sumbangan Mydin Prihatin dan penyerahan Baju Raya Boost Bank kepada pelajar Mahad Tahfiz Darul Huda.Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim yang diiringi Pengurus Kawasan Mydin MITC, R Apparavoo; Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin; Pengurus Besar Pacific West, Joseph Lim serta Ketua Jualan dan Pemasaran Indra Valley, Rooban Palani.Mydin MITC Melaka merupakan lokasi ketiga bagi siri jelajah berkenaan selepas Subang Jaya (Selangor) dan Mutiara Rini (Johor) |
|
Kes tembak Komander AKPS: Dua daripada tujuh suspek ditahan ada kesan rembesan tembakan - Sinarharian - 27/02 11:57 am ALOR SETAR [DIKEMAS KINI] Dua daripada tujuh individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam didapati mempunyai kesan rembesan tembakan atau gunshot residue (GSR).Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, kesan berkenaan dikesan hasil ujian forensik yang dijalankan ke atas suspek selepas mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu.Menurutnya, siasatan turut mendapati kesan GSR itu bukan sahaja ditemui pada tubuh dua suspek, malah dikesan pada kunci serta topi keledar motosikal yang dipercayai digunakan ketika kejadian."Walaupun senjata api yang digunakan masih belum ditemui, penemuan kesan GSR ini merupakan antara bukti penting dalam siasatan yang sedang dijalankan."Siasatan juga mendapati mereka tidak mempunyai lesen untuk memiliki sebarang senjata api," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Jumaat.Dalam operasi bermula jam 10.30 pagi hingga 6 petang itu, polis menahan enam lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 52 tahun.Adzli berkata, pasangan suami isteri yang tinggal di Bukit Kayu Hitam turut ditahan di kawasan pemeriksaan pintu sempadan Padang Besar, Perlis pada jam 12.30 tengah hari dan disyaki cuba melarikan diri ke negara jiran."Hasil semakan mendapati empat daripada tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan berat," ujarnya.Tambah beliau, ujian saringan awal air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis ketamin manakala seorang lagi positif methamphetamine.Dalam serbuan tersebut, polis merampas dua motosikal jenis Yamaha dan Honda, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama serta lima set pakaian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Kesemua suspek direman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan, manakala wanita berusia lingkungan 30-an itu direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 bagi menyiasat ketulenan dokumen pengenalan dirinya.Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Pada Rabu lalu, media melaporkan kenderaan Proton X70 dipandu Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak kira-kira jam 5.40 pagi di susur masuk Masjid Muhajirin, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.Dua lelaki bermotosikal melepaskan dua das tembakan dipercayai menggunakan senjata semi automatik sebelum melarikan diri.Sehari selepas kejadian, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan suspek utama berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam. |
|
DBKL akan pasang CCTV di taman Bukit Kiara selepas kereta Kok dipecah masuk - FMT - 27/02 11:29 am DBKL berkata kamera akan dipasang minggu depan. |
|
DBKL to install CCTV at Bukit Kiara Federal Park - Sinardaily - 27/02 11:08 am KUALA LUMPUR - The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will install closed-circuit television cameras at the car park of Bukit Kiara Federal Park following recent vehicle break-ins.In a statement today, DBKL said installation works would begin within a week and are expected to be completed by early March.The move follows concerns raised by Seputeh Member of Parliament Teresa Kok over a car break-in at the site and the proposed installation of CCTV in the area."DBKL views the incident and public concerns seriously |
|
Police probe alleged attempt to bring down govt - Sinardaily - 27/02 10:55 am KUALA LUMPUR - Police are investigating allegations of an attempt to bring down the government and sabotage national stability involving a prominent local individual and an international media agency.Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail said a report on the matter was lodged yesterday, and investigations are being carried out by the Classified Criminal Investigation Unit, Prosecution/Legal Division (D5) of the Criminal Investigation Department at Bukit Aman."The case is being investigated under Section 124B of the Penal Code, which covers activities detrimental to parliamentary democracy, whether carried out directly or indirectly |
|
Polis siasat individu berpengaruh, media antarabangsa cuba jatuhkan kerajaan - Sinarharian - 27/02 10:54 am KUALA LUMPUR - Polis menyiasat seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis itu telah diterima pada Khamis dan siasatan sedang dijalankan bagi meneliti kesahihan dakwaan berkenaan."Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman."Kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara siasatan dilengkapkan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. |
|
DBKL to install CCTVs at Bukit Kiara park following break-in of Teresa Koks car - Malaymail - 27/02 10:44 am KUALA LUMPUR, Feb 27 City Hall (DBKL) has announced the installation of closed-circuit television (CCTV) cameras... |
|
Bukit Aman probing alleged plot to overthrow govt - FMT - 27/02 10:18 am Inspector-General of Police Khalid Ismail says the plot allegedly involves an influential local figure acting in coordination with an international media agency. |
|
Government overthrow plot: Bukit Aman probes prominent local figure, foreign media - Malaymail - 27/02 10:05 am KUALA LUMPUR, Feb 27 The Royal Malaysia Police (PDRM) has launched a high-level investigation into an alleged co... |
|
CSR Karangkraf-Nestle dekati masyarakat B40 - Sinarharian - 27/02 8:50 am SHAH ALAM - Seramai 100 keluarga di Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang di sini menjadi kumpulan penerima pertama bagi Program Karangkraf Ramadan Food Drive 2026 yang diadakan pada Khamis.Lebih bermakna lagi, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Karangkraf dengan kerjasama Nestle Malaysia itu turut berjalan serentak dengan Kempen 1 Rumah 1 Al-Quran Karya Bestari yang dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan tahun ini.Menerusi program berkenaan, setiap penerima yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima satu set barangan keperluan asas terdiri daripada makanan dan alat penjagaan diri bernilai RM250 serta senaskhah al-Quran terbitan Karya Bestari.Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, program kali ini merupakan kesinambungan kepada Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang direhatkan sementara pada tahun ini."Sebelum ini, setiap tahun Karangkraf menganjurkan Iftar Ala Madinah @Karangkraf dengan memberi makanan berbuka puasa secara percuma tapi tahun ini kita tidak buat."Jadi, kita melihat perlunya untuk Karangkraf keluar berjumpa komuniti, maka terhasil program seperti hari ini |
|
Murid tahun 6 disyaki dikejar, dicabul dalam semak dekat sekolah - Mgazette - 27/02 8:00 am # Murid tahun 6 disyaki dikejar, dicabul dalam semak dekat sekolah MELAKA - Seorang murid perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam apabila disyaki dicabul sebelum ditinggalkan hanya berpakaian dalam di kawasan semak berhampiran sekolahnya di sini semalam |
|
Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan .. - Mgazette - 27/02 8:00 am # Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan RAUB - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam ini |
|
KDN sedia sokong penggunaan senjata untuk AKPS - Mgazette - 27/02 8:00 am Beliau berkata demikian selepas meninjau Op Khas Pagar Laut Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) di Perairan Selangor atas Kapal Maritim Tun Fatimah, hari ini. Mengulas mengenai insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam, Saifuddin berkata satu sidang media khas akan dibuat oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, esok |
|
Enforcement at dakwah site due to canopy complaints - SUN - 27/02 7:30 am Hannah Yeoh says KL City Hall action at Bukit Bintang Street Dakwah site followed canopy complaints, not religious activities |
|
Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan - Sinarharian - 27/02 12:09 am RAUB - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam ini.Jenazah Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.Lima van yang membawa semua jenazah tiba di tanah perkuburan pada 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan dimandikan di Unit Forensik Hospital Raub serta disolatkan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat di sini.Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung yang memberikan penghormatan terakhir.Kebakaran sekitar 3 pagi tadi telah mengorbankan lima sekeluarga, namun dua lagi anak pasangan itu selamat kerana tiada di rumah, iaitu Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan manakala Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan turut menyebabkan tiga kereta serta tiga motosikal terbakar |
|
Penceramah agama digelar tuan guru nafi cabul isteri pengikut - Mgazette - 26/02 3:10 pm # Penceramah agama digelar tuan guru nafi cabul isteri pengikut ALOR GAJAH - Seorang penceramah agama dikenali tuan guru yang juga pengerusi sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan mencabul isteri pengikut kuliahnya tahun lalu |
|
Hamzah kekal Ketua Pembangkang - Mgazette - 26/02 3:10 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat setakat ini selepas tiada sebarang notifikasi rasmi dikemukakan bagi menukar kedudukan beliau, kata Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan |
|
Dua lelaki bawa dadah, barang pecah rumah dicekup - Mgazette - 26/02 3:10 pm # Dua lelaki bawa dadah, barang pecah rumah dicekup Cubaan Loloskan Diri, Dua Lelaki Bawa Dadah Dua lelaki cuba meloloskan diri gagal apabila mereka ditahan selepas dikejar polis dalam kejadian di Jalan Taman Bukit Indah, di Ampang awal pagi tadi |
|
Dirempuh warga asing, pegawai imigresen patah kaki kiri dirawat di HKL - Mgazette - 26/02 3:10 pm # Dirempuh warga asing, pegawai imigresen patah kaki kiri dirawat di HKL PUTRAJAYA - Seorang pegawai Imigresen yang cedera dirempuh warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, awal pagi tadi sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) |
|
Suspek kes tembak komander AKPS ditahan kurang 24 jam – Saifuddin?? - Mgazette - 26/02 3:10 pm # Suspek kes tembak komander AKPS ditahan kurang 24 jam - Saifuddin KUALA LUMPUR Suspek yang terbabit dalam kes tembakan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, telah ditahan dalam tempoh kurang 24 jam |
|
KL cops nab two suspected burglars after car chase - Sinardaily - 26/02 1:56 pm KUALA LUMPUR - Police arrested two men carrying burglary tools after they failed an attempt to flee.Ampang Jaya OCPD Asst Comm Khairul Anuar Khalid, in a statement Thursday (Feb 26), said that the arrests were made after they duo fled from a police inspection along Jalan Taman Bukit Indah.A car chase then ensued until their eventual arrest near the Serendah bypass road, heading towards Kuala Lumpur."Preliminary police investigations found that the suspects fled a police inspection because they were carrying drugs and housebreaking tools."Both have been remanded for four days," he said |
|
Cubaan lolos diri gagal, dua lelaki miliki dadah dan peralatan pecah rumah diberkas - Sinarharian - 26/02 1:29 pm AMPANG JAYA - Cubaan dua lelaki meloloskan diri gagal apabila mereka ditahan selepas dikejar polis di Jalan Taman Bukit Indah, di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam, pihaknya menerima laporan daripada unit peronda (MPV) memaklumkan sedang mengejar suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen Passat."Unit MPV bertindak membuat hebahan kepada semua petugas supaya memberi bantuan dan laporan polis dibuat untuk makluman pertama kejadian."Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri daripada pemeriksaan polis kerana membawa dadah dan peralatan pecah rumah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Anuar berkata, kedua-dua suspek ditahan di Jalan bypass Serendah, Hulu Selangor menghala Kuala Lumpur."Kedua-dua suspek direman selama empat sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan."Kes turut disiasat mengikut Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah," ujarnya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan aksi kenderaan polis mengejar suspek di kawasan perumahan Bukit Indah. |
|
Bukit Kayu Hitam shooting: Suspects arrested within 24 hours, says Home Minister - Malaymail - 26/02 12:31 am KUALA LUMPUR, Feb 26 Suspects linked to the shooting at the Bukit Kayu Hitam border entry have been arrested, Ho... |
|
Immigration officer injured in Bukit Bintang nightclub raid - Sinardaily - 26/02 11:25 am KUALA LUMPUR - An Immigration officer was injured while attempting to detain a foreign national during an enforcement operation at a nightclub in Bukit Bintang early this morning.Immigration Enforcement Division director Basri Othman said the operation, which began at 3.15am, saw the officer suffering a suspected fracture to his left leg after being rammed by the suspect who then fled the scene."The suspect, while trying to flee the chaotic scene, aggressively struck the officer, knocking him down the stairway of the premises |
|
Cops nab suspect in Bukit Kayu Hitam AKPS chief shooting - FMT - 26/02 11:17 am The arrest was made less than 24 hours after the incident, says home minister Saifuddin Nasution Ismail. |
|
Immigration officer hurt during Bukit Bintang nightclub raid, 48 foreigners detained - Malaymail - 26/02 10:55 am KUALA LUMPUR, Feb 26 An Immigration officer was injured while attempting to detain a foreign national durin... |
|
Pegawai Imigresen patah kaki dirempuh dalam serbuan pusat hiburan - Sinarharian - 26/02 9:40 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai Imigresen cedera patah kaki kiri selepas dirempuh warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang di sini pada Khamis.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi bermula 3.15 pagi itu, segelintir pengunjung bertindak agresif ketika dalam kelam-kabut di tangga premis sehingga pegawai itu terjatuh."Ada individu cuba melarikan diri sehingga salah seorang pegawai Imigresen dirempuh oleh pengunjung yang menyebabkan pegawai terjatuh dan cedera."Saya dimaklumkan pegawai perkenaan patah kaki dan dia sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen Malaysia di sini pada Khamis.Zakaria berkata, keadaan pegawai itu stabil dan mungkin mengambil masa untuk pulih."Pegawai itu akan membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut," katanya.Operasi itu membabitkan 85 pegawai dan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) dengan 48 daripada 98 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.Antara kesalahan ialah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan mereka terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika.Dua lelaki Nigeria ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pengacara lagu (DJ).Mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.Kebanyakan pengunjung dalam keadaan dipengaruhi alkohol ketika pemeriksaan dijalankan.Siasatan awal juga mendapati premis itu menggunakan khidmat wanita warga asing yang menerima tempahan dan menetapkan kadar bayaran melalui telefon.Semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. |
|
Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama - Mgazette - 26/02 7:50 am # Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama KUALA LUMPUR - Kes pengubahan wang haram membabitkan isteri Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed akan dibicarakan bersama dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi suaminya itu di Mahkamah Sesyen di sini |
|
Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka .. - Mgazette - 26/02 7:50 am # Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka BUKIT KAYU HITAM - Insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan penguatkuasaan tegas agensi itu sejak kebelakangan ini |
|
AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan - Sinarharian - 25/02 10:35 pm SUNGAI BULOH - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperkukuh kawalan keselamatan dan kesiapsiagaan anggotanya, termasuk meneliti penubuhan pasukan khas, susulan insiden tembakan terhadap kenderaan dinaiki seorang komander agensi itu pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah AKPS (Pengurusan), Ismail Mokhtar berkata, langkah berkenaan dibuat selaras dengan proses pengambilalihan operasi dan aset daripada enam agensi teras termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, selain penilaian semula risiko di pintu masuk negara."Kita ke arah itu (penubuhan pasukan khas) bagi memperkukuh aspek keselamatan. Dalam tempoh pengambilalihan ini, pasukan penguat kuasa, unit risiko serta kawalan operasi di pintu masuk akan diperkemaskan," katanya pada sidang media selepas Program Ihya Ramadan dan Iftar bersama warga AKPS di sini pada Rabu.Beliau berkata, AKPS kini mengendalikan 22 pintu masuk yang diklasifikasikan mengikut tahap risiko, termasuk beberapa lokasi berstatus "hotspot" yang memerlukan pendekatan penguatkuasaan lebih ketat.Mengulas insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam itu, Ismail menyifatkan kejadian tersebut sebagai ancaman serius namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan semangat dan komitmen anggota.Ismail berkata, kawalan akan diperketatkan dan permohonan aset keselamatan termasuk persenjataan akan dipercepat bagi memastikan perlindungan pegawai."Kita tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman kepada anggota dan operasi akan diteruskan seperti biasa dengan langkah keselamatan dipertingkatkan," katanya.Beliau turut memaklumkan Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah turun ke lokasi bagi menilai situasi serta memberi sokongan kepada pegawai terlibat.Terdahulu, sebuah Proton X70 dipandu Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir dilaporkan ditembak kira-kira jam 5.40 pagi di susur masuk berhampiran Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, lebih kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh dilaporkan terselamat |
|
Pukul mati kucing, lelaki dipenjara 11 bulan - FMT - 25/02 8:48 pm Shaifulnizam Abdul Rahman @ Latip mengaku bersalah memukul haiwan itu dengan kayu di sebuah kedai dobi di Kuching. |
|
Insiden tembak AKPS: Mohd Nasaruddin dalam keadaan baik - Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:48 pm BUKIT KAYU HITAM - Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berada dalam keadaan baik walaupun hampir ditembak dua lelaki, pagi Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, susulan kejadian, beliau sendiri turun bertemu Mohd Nasaruddin bagi menilai keadaan serta keseluruhan warga AKPS Bukit Kayu Hitam."Insya-ALLAH berdasarkan semangat yang saya tengok tadi semuanya berdiri teguh di belakang komander mereka dan Mohd Nasaruddin pula kalau siapa yang kenal dan tahu, beliau datang daripada unit yang sememangnya terlatih."Perkara ini bukan kata biasa tetapi dia telah terlatih untuk mengawal emosi, mengawal reaksi dan sebagainya |
|
AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru tingkat keselamatan Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:47 pm BUKIT KAYU HITAM - Aspek keselamatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam tidak boleh dipandang ringan susulan insiden tembakan individu tidak dikenali, pada Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kehadiran agensi itu yang baru berusia 14 bulan nyata memberi impak terhadap aspek penguatkuasaan termasuk operasi bersepadu dijalankan AKPS Bukit Kayu Hitam pada 15 Januari hingga 15 Februari lalu.Menurutnya, rampasan bernilai RM3.1 juta yang dihasilkan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam itu mungkin telah memberi tekanan kepada pihak yang melanggar undang-undang."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seawal pagi tadi lagi telah menghubungi saya dan beritahu apa yang diperlukan oleh AKPS maklumkan kepada beliau untuk beliau usahakan."Maka, antara perkara yang kita lihat di sini adalah pegawai-pegawai AKPS tidak dibekalkan senjata api, itu satu skop yang mungkin boleh diperbaiki dalam masa terdekat dan juga jaket kalis peluru serta kelengkapan yang boleh menjamin keselamatan anak buah saya bekerja dengan lebih selamat," katanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang nyaris ditembak dua lelaki bermotosikal berhampiran Masjid Al-Muhajirin, pagi ini.Mohd Shuhaily turut mengadakan pertemuan tertutup dengan seluruh warga AKPS Bukit Kayu Hitam susulan insiden pertama yang menimpa agensi penguatkuasaan berkenaan.Sementara itu, katanya, peringatan juga telah diberikan kira-kira empat minggu lalu kepada semua komander AKPS tentang beberapa ancaman dan ugutan jenayah terhadap pegawai dan anggota mereka."Kita ambil itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian dan pada pagi ini kita tak menjangkakan mereka akan bertindak sehingga ke tahap itu, dengan apa yang berlaku ini juga jelas dan ketara sememangnya ada orang yang betul-betul terjejas dengan penguatkuasaan yang sedang dilakukan."Ini kerana saya pasti tiada siapa yang sanggup melaksanakan perkara begitu sekiranya mereka tidak berasa tertekan, saya juga sampaikan perkara itu dalam pertemuan bersama pegawai dan anggota AKPS tadi bahawa apa yang mereka laksana dalam tempoh 14 bulan ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran."Maka mungkin selama ini aktiviti-aktiviti (pihak melanggar undang-undang) yang biasa dilakukan kini sukar sehingga berkemungkinan menyebabkan ada tindak balas sedemikian," katanya.Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, Mohd Nasaruddin diserang dua lelaki berpistol yang menaiki motosikal dan mengekorinya ketika dalam perjalanan menunaikan solat Subuh.Tembakan pertama dari jarak satu meter terkena bahagian pintu belakang sebelah kanan Proton X70 dipandu mangsa, sementara tembakan kedua melintasi beliau yang ketika itu membuka tingkap kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.Mohd Nasaruddin tidak mengalami sebarang kecederaan dan cuba mengejar kedua-dua suspek terbabit yang bertindak meloloskan diri ke arah Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini. |
|
Bos AKPS minta senjata, jaket kalis peluru - FMT - 25/02 6:29 pm Ketua Pengarah Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia antara perkara boleh diperbaiki susulan insiden tembakan terhadap komander AKPS Bukit Kayu Hitam. |
|
Ancaman terhadap petugas keselamatan jenayah yang tidak boleh diterima - AKPS - Sinarharian - 25/02 5:38 pm SHAH ALAM - Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima.Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan, tindakan akan diambil selaras dengan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara.Dalam masa sama, AKPS mengesahkan Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir yang terlibat dalam insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam berada dalam keadaan selamat dan stabil.Menurut kenyataan itu, beliau juga kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara."Susulan insiden itu, Ketua Pengarah AKPS telah turun padang ke ICQS Bukit Kayu Hitam pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku, memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas."Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, AKPS Bukit Kayu Hitam menerima beberapa ancaman sejak kebelakangan ini."Insiden yang berlaku pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi," menurut AKPS.Sebelum ini, kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin ditembak di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada jam 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mangsa sedang menghala ke Masjid Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam yang menaiki motosikal dengan topi keledar penutup penuh.Tambah kenyataan itu, insiden berkenaan sama sekali tidak akan melemahkan semangat warga agensi tersebut."Sebaliknya, ia terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani serta profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara."AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air," menurut kenyataan itu lagi. |
|
Pelajar perempuan maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri - Sinarharian - 25/02 5:04 pm GEORGE TOWN - Mayat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun ditemukan terbaring di bawah sebuah pangsapuri di Gelugor di sini, pada Rabu, dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira jam 9.20 pagi di lokasi kejadian."Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.Terdahulu, mayat remaja itu yang berlumuran darah ditemui memakai pakaian sukan dengan nama sekolah tertera, manakala sebuah beg berwarna hitam turut ditemukan berhampiran mangsa.Dalam perkembangan berasingan, Abdul Rozak berkata, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Kelawai, di sini.Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 8 pagi dan siasatan awal mendapati suspek menyerang mangsa di hadapan lobi bangunan sebelum melarikan diri menaiki motosikal.Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Muhaimin Muthar di talian 014-3421292 atau mana-mana balai polis berdekatan.Terdahulu, dua video tular berdurasi 17 dan 29 saat menunjukkan mangsa diserang seorang lelaki sebelum suspek melarikan diri bersama rakannya menaiki motosikal.Video itu juga memaparkan keadaan mangsa yang berlumuran darah di lobi bangunan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |