| /// |
|
| Search : Bukit Awang News | Page 1 |
|
No pig farming in Selangor, import to meet demand for pork, says Selangor .. - Sinchew - 11/02 2:17 pm No pig farming in Selangor, import to meet demand for pork, says Selangor Sultan SHAH ALAM: Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah does not agree with pig farming held in any parts of Selangor |
|
First calligraphy competition for non-Chinese teachers in Bentong district .. - Sinchew - 11/02 2:17 pm First calligraphy competition for non-Chinese teachers in Bentong district organised by Bukit Tinggi Chinese Primary School BUKIT TINGGI: SJKC Bukit Tinggi has broken new ground by hosting the first-ever Chinese calligraphy competition specifically for non-Chinese primary school teachers in Bentong district, Pahang on Feb 2 |
|
Kerajaan tegas banteras judi haram walaupun tidak mudah – PM - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Kerajaan tegas banteras judi haram walaupun tidak mudah - PM KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan terus mempergiatkan usaha dalam membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini |
|
Pemandu Myvi dipercayai microsleep rempuh maut penunggang, 5 kenderaan - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Pemandu Myvi dipercayai microsleep rempuh maut penunggang, 5 kenderaan MELAKA Terlelap seketika atau_ microsleep _dipercayai menjadi punca pemandu sebuah Perodua Myvi merempuh lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di sini petang tadi |
|
Kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM dalam siasatan polis - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM dalam siasatan polis KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit berkait urusan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 Januari lalu |
|
Ismail Sabri anggap karier politiknya masih belum berakhir - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Ismail Sabri anggap karier politiknya masih belum berakhir JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap karier politiknya masih belum berakhir dan kini masih aktif sebagai Ahli Parlimen Bera dan Ketua UMNO Bahagian Bera |
|
Berebut jawatan, budaya lobi, tak wala’ punca krisis Pas Perlis .. - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Berebut jawatan, budaya lobi, tak wala' punca krisis Pas Perlis - Hadi KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdu Hadi Awang hari ini mendedahkan punca terjadinya krisis politik di Perlis, akhir tahun lalu |
|
BUDI95: Kerajaan jangka dapat jimat RM2.5 bilion tahun ini – PM - Mgazette - 11/02 2:17 pm # BUDI95: Kerajaan jangka dapat jimat RM2.5 bilion tahun ini - PM KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka dapat melakukan penjimatan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada tahun ini hasil daripada pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON96 (BUDI95) |
|
Op Selamat 25: 3,148 kawasan hot spot rondaan cegah jenayah dikenal pasti - Sinarharian - 11/02 1:19 pm SUNGAI BULOH - Sebanyak 3,148 kawasan hot spot di seluruh negara dikenal pasti sebagai tumpuan rondaan pencegahan jenayah sempena pelaksanaan Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd |
|
Perak exco: Bukit Merah Dam at Stage Three critical irrigation level amid zero rainfall, water at 17pc capacity - Malaymail - 11/02 1:09 pm IPOH, Feb 11 The water level at Bukit Merah Dam has reached Stage Three Irrigation Critical Status, with the cur... |
|
Abdul Hadi nasihat ahli Pas Perlis taat kepimpinan parti - Sinarharian - 11/02 12:36 am SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menasihati seluruh ahli parti itu di Perlis supaya kekal taat kepada kepimpinan parti yang dilantik oleh pimpinan pusat susulan konflik pentadbiran negeri itu sebelum ini.Menerusi surat terbuka kepada ahli Pas Perlis, beliau berkata, kepimpinan Pas Pusat yang dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan parti berkuasa mentadbir serta melantik jawatan-jawatan di semua peringkat termasuk pesuruhjaya Pas negeri dan menteri besar.Katanya, disebabkan itu, pelantikan tersebut wajib ditaati oleh semua ahli Pas berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW mengenai jihad."Jihad itu wajib bersama ketua yang dilantik, sama ada dia seorang yang baik atau seorang yang jahat, melainkan arahan mengerjakan maksiat."Pas Pusat telah memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Perlis daripada kalangan ahli Majlis Syura Ulama, jawatan yang paling bersih dalam Pas," katanya pada Rabu.Sabtu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mendakwa isu dalaman Pas Perlis terutama membabitkan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, boleh diselesaikan lebih awal jika pimpinan di pusat menanganinya lebih awal.Menurut Hashim, beliau telah melaporkan perkara yang dianggap tidak wajar berlaku di Perlis itu kepada pimpinan pusat termasuk Presiden parti, namun tindakan susulan yang diharapkan tidak berlaku.Mohd Shukri meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 25 Disember lalu atas faktor kesihatan selepas laporan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN), termasuk tiga daripada Pas, menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menarik sokongan terhadap beliau.Tiga wakil rakyat Pas yang dikatakan berbuat demikian ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Majlis Syura Ulama Pas kemudian dilaporkan menerima permohonan kemasukan semula bekas tiga ADUN Perlis itu yang akan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk pertimbangan Pas Pusat.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Majlis Syura Ulama bertanggungjawab memastikan dasar tertinggi parti berlandaskan al-Quran dan sunnah, manakala urusan pentadbiran berada di bawah bidang kuasa Pas Pusat selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi parti."Adapun pelaksanaan dasar hukum tertinggi Pas iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak Ulama dan Qias dipertanggungjawabkan kepada Majlis Syura Ulama."Ia mengikut Fasal 8(1) Perlembagaan Pas yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat serta dilantik anggota tambahan oleh Majlis Syura Ulama itu sendiri."Maka, Majlis Syura Ulama tiada kaitan dengan pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi," ujarnya.Abdul Hadi menegaskan, pihaknya juga telah melakukan tabayyun atau siasatan terhadap aduan dari Perlis sejak awal menerima pengaduan selepas memenangi pilihan raya negeri.Menurutnya, beberapa wakil Pas Pusat dihantar ke Perlis bagi melakukan tabayyun dan pemimpin Pas kawasan dijemput hadir untuk mendengar pengaduan secara bersemuka serta menjalankan siasatan lanjut."Adapun pertemuan dengan para pemimpin Pas kawasan di Pejabat Agung mendedahkan sifat mereka yang tidak memenuhi ciri-ciri ahli parti Islam yang bertarbiah |
|
NGOs submit memo to Bukit Aman alleging systemic police failures - FMT - 11/02 12:24 am Civil rights coalition Sekretariat Himpun calls for institutional reforms, saying recent cases reveal a recurring pattern of failure. |
|
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM - Sinarharian - 11/02 12:10 am KUALA LUMPUR - Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka mampu menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu juga tertakluk pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang."Penjimatan ini hasil daripada ketirisan subsidi yang berjaya dikekang |
|
Warga Myanmar ditahan selepas rakan ditemui mati ditikam 29 kali - FMT - 11/02 11:44 am Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin berkata suspek ditahan selepas mayat mangsa ditemui di sebuah rumah kedai di Bukit Pelandok. |
|
Kerajaan terus banteras kegiatan perjudian haram - PM - Sinarharian - 11/02 11:18 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaanmenyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini."Cuma tidak mudah kerana judi dalam taliankadang-kadang berpangkalan di luar negara |
|
Lelaki maut dengan 29 kesan tikaman di leher, dipercayai dibunuh - Sinarharian - 11/02 10:59 am PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemukan dengan kesan 29 tikaman pada bahagian leher dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah bilik rumah kedai berdekatan Jalan Besar Bukit Pelandok di sini, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 9.45 malam pada Isnin."Mangsa yang merupakan warga Myanmar berusia 26 tahun yang lengkap berpakaian telah dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman pada bahagian leher."Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa bersama suspek yang juga rakan senegaranya sedang minum minuman keras di dalam bilik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, suspek berusia 21 tahun dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut kerana dalam pengaruh alkohol, namun motif kejadian masih dalam siasatan.Jelasnya, kedua-dua mereka bekerja sebagai tukang panggang khinzir dan merupakan kenalan di tempat kerja."Hasil proses bedah siasat selama lebih lima jam terhadap mangsa yang dijalankan pada Selasa mendapati, punca kematiannya disebabkan luka tikaman berganda di leher sebanyak 29 tikaman."Suspek kini telah direman selama tujuh hari selepas ditahan di kawasan Bukit Pelandok di sini Isnin lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
Pemandu Myvi rempuh lima kenderaan direman empat hari - Sinarharian - 11/02 10:51 am MELAKA - Pemandu Perodua Myvi yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan seorang maut di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru direman selama empat hari bermula Rabu.Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap suspek berusia 35 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam kejadian sekitar jam 2 petang, Selasa, seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi termasuk suspek cedera selepas Perodua Myvi berkenaan terbabas ke laluan bertentangan.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.Bapa kepada empat anak itu dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.Kemalangan tersebut melibatkan enam kenderaan iaitu tiga motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit dipercayai mengalami microsleep sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Beliau berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan terhadap pemandu berusia 35 tahun itu didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol. |
|
Cubaan seludup hampir 100 tan beras gagal, nilai rampasan cecah RM1.06 juta - Sinarharian - 11/02 9:31 am BUKIT KAYU HITAM Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup hampir 100 tan beras di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Selasa.Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan yang membawa kepada pemeriksaan ke atas dua buah treler sekitar jam 4 petang.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sejumlah besar beras disembunyikan di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan tanpa sebarang pengisytiharan atau ikrar kepada pihak Kastam."Anggaran kuantiti beras yang ditemui adalah sebanyak 49,950 kilogram (kg) bagi setiap kontena, menjadikan jumlah keseluruhan 99,900kg yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) di bawah Seksyen 20 dan Seksyen 21 yang melibatkan kuasa rampasan serta pelucuthakan.Tambahnya, keseluruhan beras yang ditemui telah dirampas, manakala dua treler turut disita bagi tujuan siasatan lanjut."Nilai rampasan beras dianggarkan sebanyak RM639,400, manakala nilai sitaan dua buah treler pula dianggarkan RM420,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM1.06 juta," jelasnya.Menurut Mohd Nasaruddin, kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.Beliau menegaskan, kejayaan rampasan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan AKPS bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan di pintu masuk negara. |
|
Hasil penjimatan BUDI95, peningkatan gaji seiring kemahiran antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 11/02 8:08 am KUALA LUMPUR - Hasil penjimatan diraih kerajaan susulan pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95), kemajuan ekonomi Pantai Timur dan kadar gaji tenaga kerja tempatan antara isu yang bakal dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI95sepanjang tahun lepas serta unjuran penjimatan bagi tahun ini, pada sesi soal jawab lisan.Beliau juga ingin tahubagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan dalam usahameringankan kos sara hidup rakyat sertamemperkukuh bantuan bersasar kepada golongan B40 dan M40.Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) pula bertanya kepada Menteri Ekonomi mengenaiperancangan kerajaan dalam memastikan kemajuan ekonomi rakyat serta negeri di Pantai Timur terus dipertingkat bagi mengimbangi kepesatan pembangunan di Pantai Barat.Pada sesi sama, DatukSeri DrWee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mahu Menteri Sumber Manusia memperincikanstrategi kementerian dalam memperkukuh kerjasama dengan institusi latihan dan sektor swasta bagi memastikan peningkatan gaji seiring peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan.Turut tersenarai soalanDatuk Iskandar DzulkarnainAbdul Khalid (Kuala Kangsar) kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai program Felo Perdana, sama ada ia telah ditangguhkan pelaksanaannya dan apakah kementerian berhasrat untukmewujudkan program baharu yang lebih baik modulnya.Selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi bacaan kali pertamaRang Undang-Undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 oleh Menteri Kewangan danRUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam |
|
Peniaga maut dirempuh Myvi ketika dalam perjalanan ambil anak OKU dari sekolah - Sinarharian - 11/02 7:21 am MELAKA - Penunggang motosikal yang maut dirempuh sebuah Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru di sini pada Selasa sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.Adik ipar mangsa, Abdul Rashid Abdul Hamid, 37 berkata, dia mengetahui kejadian itu sekitar jam 2 petang selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan ketika dalam perjalanan ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.Menurutnya, menjadi rutin harian arwah, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, menguruskan anak-anak ke sekolah pada waktu siang dan berniaga kedai makan pada waktu malam."Masa kejadian, dia dalam perjalanan untuk mengambil anak Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim."Kebetulan orang kampung lalu hendak ke hospital, cam muka arwah |
|
Borneo Oil dapat kelulusan lombong emas di Bukit Ibam - FMT - 10/02 8:33 pm Kumpulan berpangkalan di Labuan itu berkata kelulusan membolehkan syarikat itu jalankan aktiviti perlombongan dan pemprosesan emas. |
|
Kenapa Ahli Parlimen KL tak dirunding mengenai pembangunan, soal Kok - FMT - 10/02 8:00 pm Ahli Parlimen Seputeh berkata, beliau hanya tahu tentang program perumahan besar di Bukit Jalil menerusi laporan berita. |
|
SKMM tumpaskan sindiket Fake BTS - Sinarharian - 10/02 7:44 pm JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menumpaskan aktiviti sindiket pemancaran Stesen Pangkalan Palsu (Fake BTS) dalam satu operasi di kawasan Bukit Chagar di sini pada Selasa.SKMM dalam satu kenyataan memberitahu, operasi itu dilaksanakan susulan maklumat diterima serta pemantauan teknikal dan analisis rangkaian pihaknya yang mengesan corak pemintasan rangkaian telekomunikasi dan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kepada pengguna."Dalam operasi bersepadu yang dijalankan bersama-sama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi pada hari ini, pasukan penguat kuasa mengenal pasti seorang individu dan sebuah kenderaan yang digunakan sebagai platform pemancaran Fake BTS."Pemeriksaan di lokasi mengesahkan penggunaan peranti komunikasi tidak diperakui yang berupaya memintasrangkaian sah dan menghantar SMS palsu secara terus kepada peranti pengguna di sekitarnya," menurut kenyataan itu.Jelas SKMM, maklumat yang diperoleh turut menunjukkan bahawa individu yang terlibat direkrut untuk mengendalikan peranti Fake BTS melalui tawaran pekerjaan dengan bayaran harian.Kenyataan berkenaan memaklumkan, itu merupakan satu taktik yang digunakan sindiket bagi memperluas operasi tanpa mendedahkan struktur sebenar rangkaian mereka."Penemuan ini mengukuhkan kewujudan rangkaian sindiket yang menyasarkan pengguna di kawasan tumpuan awam, sekali gus meningkatkan risiko penipuanserta mengancam integriti sistem telekomunikasi negara," ujar kenyataan itu.Kes diambil tindakan bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta Peraturan 16(1)(b), Peraturan-PeraturanKomunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.Bagi kesalahan bawah Seksyen 239 Akta 588, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Bagi kesalahan bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pelaku boleh didenda maksimum RM300,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Tambah kenyataan itu, SKMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian komunikasi oleh sindiket tidak bertanggungjawab.Usaha pemantauan teknikal serta tindakan penguatkuasaan tegas SKMM, akan terus diperkasakan bagi melindungi pengguna dan memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan rangkaian komunikasi negara. |
|
Why are KL MPs not consulted over developments in city, asks Kok - FMT - 10/02 7:15 pm The Seputeh MP says she only found out about a major housing programme in Bukit Jalil from media reports. |
|
Ismail Sabri masih aktif berpolitik - Sinarharian - 10/02 5:19 pm JOHOR BAHRU Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap karier politiknya masih belum berakhir dan kini masih aktif sebagai Ahli Parlimen Bera serta Ketua UMNO Bahagian Bera.Beliau berkata, keputusan sama ada akan bertanding semula atau tidak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya akan ditentukan apabila tiba masanya."Saya masih aktif sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian |
|
First Singaporean To Be Charged Under Malaysia’s Anti-Litter Law Fined RM1,500 And Community Service - Therakyatpost - 10/02 5:03 pm The offender pleaded guilty to littering near a convenience store on Jalan Bukit Bintang. |
|
Kes tembak Durian Tunggal: Siasatan lengkap, tunggu arahan AGC KPN - Sinarharian - 10/02 4:54 pm KUALA LUMPUR Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tembakan di Durian Tunggal, Melaka dan kini menunggu laporan daripada agensi berkaitan sebelum tindakan lanjut diambil.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya juga sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkembangan kes berkenaan."Kita sebenarnya sudah melengkapkan siasatan dan kini menunggu laporan daripada agensi-agensi berkaitan."Jika ada perkembangan, kita akan memaklumkannya dari masa ke masa," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Selasa.Mengulas mengenai kes rompakan di Alor Gajah, Melaka yang didakwa mempunyai modus operandi hampir sama dengan kejadian di Durian Tunggal, Mohd Khalid berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sebarang kaitan."Isu-isu seperti ini memang kita lihat berlaku di sana sini dan pihak polis berusaha mengekang supaya ia tidak berterusan."Siasatan dijalankan secara berterusan dan ada ketika kita cuba mengaitkan satu kes dengan kes yang lain, namun setakat ini siasatan masih diteruskan," katanya.Terdahulu, media melaporkan siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, pada November tahun lalu berada di peringkat melengkapkan pembuktian teknikal.Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberitahu ketika ini pihak polis sedang menunggu dua laporan penting iaitu berkaitan patologi dari Hospital Melaka dan analisis forensik membabitkan Jabatan Kimia Malaysia.Pada 16 Disember tahun lalu, polis mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk dan dikemukakan kepada AGC.Mohd Khalid dalam kenyataan berkata, hasil penelitian, AGC bersetuju dengan syor Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menuntut supaya siasatan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Kejadian tembakan terbabit berlaku pada November lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, apabila tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.Akibat serangan itu, anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an mengalami kecederaan parah di lengan kiri. |
|
Polis siasat dakwaan kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM - Sinarharian - 10/02 4:35 pm KUALA LUMPUR Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu tertentu bagi membantu siasatan tersebut."Siasatan berhubung perkara ini masih diteruskan dan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Selasa.Pada 26 Januari lalu, media melaporkan beberapa pegawai tentera telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata individu terbabit dipanggil susulan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat itu minggu lalu.Menurutnya, laporan polis tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, setakat ini siasatan masih berjalan dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa. |
|
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/02 3:00 pm KUALA NERUS - Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Februari) ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan."Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya |
|
Pindaan SOSMA: Kerajaan cadang pengkelasan kesalahan bagi kelayakan ikat jamin - Sinarharian - 9/02 7:19 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas menerima kelulusan secara dasar daripada Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pindaan itu antara lain mencadangkan pengenalan sistem pengkelasan berdasarkan tahap keseriusan kesalahan bagi menentukan kelayakan ikat jamin.Beliau berkata, bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara antara 20 hingga 30 tahun tidak dicadangkan dibenarkan ikat jamin, namun bagi kesalahan lebih ringan, budi bicara akan diberikan kepada mahkamah atau atas cadangan Timbalan Pendakwa Raya."KDN akan melakukan sesi libat urus, kajian dan perbincangan dengan harapan pindaan itu boleh dibawa ke Dewan ini pada persidangan Julai atau Ogos nanti," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Rakyat pada Isnin.Menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan akan melaksanakan moratorium ketika proses pindaan akta berkenaan, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu tidak dibincangkan.Mengenai isu kewarganegaraan, beliau berkata sejak Disember 2022, KDN berjaya menyelesaikan 52,444 kes permohonan kewarganegaraan, sekali gus mengurangkan baki kes tertunggak kepada 3,738 kes setakat 31 Disember tahun lepas."KDN mengikat diri dengan komitmen selama setahun untuk memaklumkan keputusan permohonan, berbanding sebelum ini yang mengambil masa lima hingga 33 tahun," katanya.Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, polis sedang menunggu laporan teknikal termasuk laporan patologi, balistik dan sisa tembakan berhubung kes tembak mati tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.Pada 24 November tahun lepas, tiga lelaki berumur 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang dan mencederakan seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.Bagaimanapun, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan tersebut dan susulan itu, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.Jabatan Peguam Negara kemudian mengarahkan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.Persidangan bersambung esok |
|
Singaporean man fined RM1,500 for littering at Jalan Bukit Bintang - Sinardaily - 9/02 4:31 pm KUALA LUMPUR -A Singaporean man was fined RM1,500 by the Sessions Court here today after he pleaded guilty to discarding a cigarette butt in a public place early last month.Judge Siti Shakirah Mohtarudin imposed the sentence on Mohamed Nuh Qursaini Kayat, 25, and ordered him to serve one month in jail in default of payment |
|
Teori Malaysia Malaysia DAP akan menghapuskan bangsa – Hadi - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Teori Malaysia Malaysia DAP akan menghapuskan bangsa - Hadi KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa Pas yang berprinsipkan Islam akan menghapuskan bangsa, terkeluar daripada hakikat yang sebenar |
|
Kes tipu belian online rekod kerugian RM14.8 juta dalam sebulan - Sinarharian - 9/02 12:28 am KUALA LUMPUR - Kes penipuan belian dalam talian mencatatkan 1,381 kes dengan nilai kerugian mencecah RM14.8 juta pada Januari lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kerugian direkodkan itu menunjukkan lonjakan mendadak apabila ia meningkat 57 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Menurutnya, statistik ini membuktikan penipuan belian dalam talian semakin membimbangkan."Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sebelum membuat sebarang pembelian dalam talian."Jika tidak pasti boleh semak di portal Semak Mule PDRM melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my," katanya dalam kenyataan pada Isnin. |
|
The sweet-scented trap: How ‘Zombie Vapes’ or Kpods are .. - Sinchew - 9/02 8:24 am The sweet-scented trap: How 'Zombie Vapes' or Kpods are preying on students The "Zombie Vape" phenomenon has "exploded" across many Asian countries and Malaysia is no exception |
|
Lombong bitcoin haram punca gangguan elektrik berulang di Bukit Beruntung - Mgazette - 9/02 8:24 am # Lombong bitcoin haram punca gangguan elektrik berulang di Bukit Beruntung HULU SELANGOR Gangguan elektrik yang kerap berlaku di kawasan perniagaan sekitar Bukit Beruntung di sini dek kegiatan perlombongan mata wang kripto, Bitcoin terbongkar menerusi operasi bersepadu Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), semalam |
|
Fire erupts near Penang Hill, quickly contained - Sinardaily - 9/02 7:00 am GEORGE TOWN A forest fire covering an estimated 0.4 hectares at the foothills of Penang Hill along Jalan Air Itam on Sunday was successfully brought under control by the Penang Fire and Rescue Department (JBPM), with no injuries reported.Penang JBPM Assistant Director of Firefighting and Rescue Operations, John Sagun Francis said the department received an emergency call at 3.41pm and fire engines from the Paya Terubong Fire and Rescue Station arrived at the scene within five minutes.He said the blaze involved a forested area on a hillside slope and required swift action to prevent it from spreading further.Upon arrival, firemen carried out an initial size-up while wearing full personal protective equipment before commencing containment and extinguishing operations.They also constructed fire breaks to prevent the fire from spreading, he said in a statement.The fire, he said, was brought under control at 4.46pm with assistance from several nearby fire stations as well as volunteer fire brigades (PBS) to expedite the operation.Firefighting efforts involved the use of fire beaters, jet shooters and direct attack methods through relay pumping techniques.The fire was fully extinguished at 8.05pm, followed by overhaul work to ensure there were no remaining hotspots that could reignite, he added.He said the operation was concluded at 8.30pm after the area was confirmed to be safe.A total of 125 personnel, including station chiefs, were involved, with fire engines deployed from the Paya Terubong, Jalan Lebuh Pantai, Paya Seri Balik Pulau and Bayan Baru fire stations.Volunteer fire brigades from Bukit Bendera, Mount Erskine and Paya Terubong also assisted |
|
Hutan Bukit Bendera terbakar - Sinarharian - 8/02 10:11 pm GEORGE TOWN Kebakaran hutan seluas kira-kira 0.4 hektar yang berlaku di kawasan kaki Bukit Bendera, Jalan Air Itam di sini pada Ahad berjaya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang tanpa melibatkan sebarang kecederaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan hutan di lereng bukit dan memerlukan tindakan pantas bagi mengelakkan api daripada merebak lebih luas."Sejurus tiba, pasukan bomba melakukan penilaian awal (size up) dengan kelengkapan perlindungan diri lengkap sebelum memulakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman."Pasukan turut membina fire break bagi menyekat api merebak," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.46 petang dengan bantuan beberapa balai bomba berhampiran serta penglibatan pasukan bomba sukarela (PBS) bagi mempercepatkan operasi pemadaman."Operasi pemadaman dijalankan menggunakan peralatan seperti 'fire beater', 'jet shooter' serta kaedah serangan terus (direct attack) melalui teknik 'relay pumping'."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.05 malam sebelum kerja-kerja 'overhaul' dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," ujarnya.Tambah beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam setelah keadaan di lokasi disahkan selamat."Operasi melibatkan l25 anggota termasuk ketua balai dalam operasi membabitkan beberapa jentera dari BBP Paya Terubong, BBP Jalan Lebuh Pantai, BBP Paya Seri Balik Pulau dan BBP Bayan Baru."PBS Bukit Bendera, Mount Eskine dan Paya Terubong turut membantu operasi tersebut |
|
Kenyataan emosi MB Selangor tak cermin kematangan politik - Pas - Sinarharian - 8/02 9:54 pm SHAH ALAM - Penggunaan perkataan beremosi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu video terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dianggap tidak mencerminkan kematangan politik.Ketua Penerangannya, Dr Yusfarizal Yussoff berkata, kata-kata keterlaluan yang kurang enak didengar dan tidak selari dengan kedudukan serta kehebatan Menteri Besar mahu pun suasana politik di Selangor.Menurutnya, Ab Halim yang juga bekas ahli akademik bertaraf profesor dikenali sebagai tokoh politik yang lembut tutur kata dan jarang mengeluarkan kenyataan berunsur provokatif."Sedikit perasaan hormat dalam politik tidak akan menggugat kredibiliti Menteri Besar, malah akan menguatkannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mengulas isu penternakan babi di Selangor, Yusfarizal menegaskan, Pas Selangor membangkitkan perkara itu secara objektif dengan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya diselesaikan selepas bertahun-tahun tanpa penyelesaian tuntas.Katanya, Pas Selangor turut menumpukan kritikan terhadap aspek alam sekitar termasuk pencemaran yang didakwa berpunca daripada ladang penternakan babi di Bukit Tagar serta ladang yang masih beroperasi di Tanjung Sepat."Pesuruhjaya Pas Selangor tidak pernah menyatakan Menteri Besar tidak tahu hukum babi haram, sebaliknya mencadangkan pendekatan jalan tengah rasional, berasaskan bukti dan berpaksikan kepentingan rakyat," tambahnya.Beliau berkata, cadangan itu merangkumi pelaksanaan audit alam sekitar secara bebas dan berkala, syarat lesen operasi berdasarkan pematuhan sebenar di lapangan serta mekanisme penggantungan atau pembatalan lesen secara automatik sekiranya berlaku ketidakpatuhan berulang.Yusfarizal turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar yang menggunakan frasa 'hendak buat' memandangkan Amirudin sudah hampir lapan tahun menerajui pentadbiran negeri."Jika dicampur tempoh tambahan, isu ini seolah-olah mengambil masa sehingga 12 tahun untuk diselesaikan."Sepatutnya tempoh lapan tahun sudah menunjukkan hasil yang jelas," katanya.Menurutnya, sehingga kini masalah pencemaran masih dapat dilihat termasuk kelodak hitam berbuih di pantai Tanjung Sepat serta status penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial (SIA) di Bukit Tagar yang belum disiapkan.Dalam pada itu, beliau mengakui Menteri Besar seorang pemimpin yang kental dan tenang, namun berpendapat kenyataan beremosi yang dikeluarkan kali ini mungkin satu kekhilafan.Beliau berkata, Pas Selangor akan memantau perkembangan isu berkenaan bermula 7 Februari 2026 sebagai tarikh rujukan."Apa pun, kami menunggu penyelesaian isu penternakan babi yang dikatakan nak buat itu," katanya.Terdahulu, menerusi satu rakaman video Reels yang tular di media sosial, Amirudin berkata, pihak pembangkang tidak berani membangkitkan isu itu secara terbuka ketika mereka berada dalam kerajaan sebelum ini."Dia (Pas) berani cakap? Tak berani |
|
Pelacuran kaki lima caj RM200 digempur - Sinarharian - 8/02 9:34 pm KUALA LUMPUR Menawarkan khidmat pelacuran pada kadar RM200 di kaki lima sekitar kawasan Bukit Bintang di sini sebelum pelanggan dibawa ke hotel bajet berhampiran atau ke lokasi peribadi pelanggan antara taktik yang dibongkar menerusi serbuan polis pada Ahad.Kegiatan yang dipercayai aktif sejak sebulan lalu itu menyasarkan pelanggan yang datang berhibur di sekitar kawasan tumpuan pelancong berkenaan.Serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dijalankan Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bersama Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, kegiatan tersebut dikesan selepas risikan dijalankan selama dua minggu.Menurut kenyataan itu, individu terbabit dikesan menawarkan perkhidmatan seks di kaki lima kawasan hiburan sebelum membawa pelanggan ke hotel bajet sekitar kawasan berkenaan atau ke lokasi pilihan pelanggan."Jika pelanggan bersetuju dengan harga yang ditawarkan, mereka akan memilih hotel bajet sekitar kawasan berkenaan atau mengikut pelanggan ke lokasi peribadi pelanggan tersebut."Individu terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong sebelum menjalankan aktiviti tidak bermoral sebagai sumber pendapatan," menurut kenyataan itu pada Ahad.Menurut JSJ Kuala Lumpur, siasatan awal mendapati kegiatan tersebut dijalankan secara solo dan tidak dilindungi mana-mana sindiket.Katanya, hasil operasi berjaya menahan seramai 11 wanita warga asing terdiri daripada Ghana, Uganda dan Nigeria."Kesemua wanita yang ditahan dianggarkan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun."Turut dirampas kondom yang disyaki digunakan bagi tujuan aktiviti tidak bermoral," katanya.Tambah kenyataan itu, kesemua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen," menurut kenyataan itu.Jelasnya, operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan pelacuran warga asing khususnya di kawasan tumpuan pelancong sekitar ibu negara.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan. |
|
Alumni angkat warisan 78 tahun SK Bukit Awang - Sinarharian - 8/02 4:57 pm SELEPAS 78 tahun tertubuh sebagai institusi pendidikan rakyat, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan mencatat satu detik bersejarah pada 5 Februari lalu dengan tertubuhnya Persatuan Alumni SKBA sebagai satu inisiatif penting bagi menyatukan bekas pelajar serta memobilisasi kekuatan alumni demi pembangunan berterusan sekolah.Penubuhan jawatankuasa penaja Persatuan Alumni SKBA ini bukan sahaja menandakan kematangan perjalanan SK Bukit Awang sebagai sebuah institusi pendidikan luar bandar, malah mencerminkan kesedaran kolektif alumni untuk kembali menyumbang kepada sekolah yang telah membentuk jati diri dan kejayaan mereka.SK Bukit Awang bermula sebagai Sekolah Rakyat Bukit Awang sekitar tahun 1948, hasil inisiatif dan gotong-royong masyarakat kampung sebelum era pasca-perang.Sekolah ini pada asalnya dibina berhampiran kawasan perkuburan Bukit Awang di bawah kepimpinan tokoh pendidikan awal, Allahyarham Cikgu Nik Him.Menurut catatan sejarah oleh Ya Salleh @ Salahuddin (SKBA 19581963), mantan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Besut, pembinaan awal sekolah digerakkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat dengan sokongan pemimpin kampung.Antaranya ialah Allahyarham Penghulu Ali yang menggunakan tanduk kerbau untuk memanggil orang kampung bergotong-royong membina jalan ke sekolah, serta Allahyarham Penghulu Che Mat dari Dalam Huma, seorang tukang yang terlibat secara langsung dalam pembinaan bangunan kayu dan papan sekolah.Sekitar penghujung 1950-an, sekolah ini berpindah ke tapak semasa dan masih dikenali sebagai sekolah rakyat sebelum secara rasmi dinamakan SK Bukit Awang kemudiannya.Pentadbiran sekolah kemudiannya diperkukuh di bawah kepimpinan Allahyarham Cikgu Wan Daud yang dikenali sebagai seorang pendidik tegas, berprinsip dan berani mempertahankan integriti pendidikan walaupun berhadapan tekanan daripada pelbagai pihak.Peranan tokoh masyarakat seperti Allahyarham Tok Ayah Haji Awang, ayah kepada Tan Sri Zulkurnain yang dikenali sebagai Tok Haji Awang Kerani juga amat signifikan sebagai penghubung antara sekolah dengan Jabatan Pendidikan Daerah ketika itu.Melahirkan tokoh negara, profesional dan pendidik bangsaAntara alumni paling tersohor yang pernah dibentuk oleh SK Bukit Awang ialah Tan Sri Zulkurnain Haji Awang, seorang tokoh pentadbiran awam bertaraf nasional yang perjalanan hidupnya bermula di sekolah rakyat luar bandar ini.Beliau bukan sekadar mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, malah pernah menerajui pelbagai institusi strategik negara termasuk sektor latihan pentadbiran awam, perkhidmatan awam dan tadbir urus pendidikan.Dengan latar akademik yang cemerlang dari Universiti Malaya di Malaysia, Ohio University di Amerika Syarikat dan University of Leeds di England, Zulkurnain menjadi lambang kejayaan mobiliti sosial melalui pendidikan, membuktikan bahawa sekolah desa seperti SK Bukit Awang mampu melahirkan pemikir, pentadbir dan cendekiawan bertaraf antarabangsa.Dalam dunia korporat pula, SK Bukit Awang turut mencorakkan laluan kerjaya tokoh-tokoh berpengaruh seperti Mohd Asri Haji Yusoff, mantan Pengurus Besar Takaful Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri takaful negara.Begitu juga Rosfinah Abdul Kadir, seorang tokoh wanita yang meniti laluan pendidikan cemerlang daripada SK Bukit Awang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), seterusnya ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Kimia sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa buah syarikat milik PETRONAS Chemicals Group.SK Bukit Awang juga telah melahirkan barisan profesional pelbagai bidang yang memberi sumbangan langsung kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.Dalam sektor kesihatan, alumni seperti Dr Che Haslinawati Che Awang dan Dr Noor Azira Abdullah tampil sebagai doktor perubatan yang berkhidmat di hospital dan klinik, memikul amanah besar menjaga nyawa serta kesihatan rakyat.Dalam bidang perundangan pula, SK Bukit Awang telah melahirkan peguam-peguam yang menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang, antaranya ialah Azilah Ismail, Dr Fauzana Ismail serta Fauzi Ismail.Mereka bukan sahaja aktif dalam profesion guaman, malah berperanan memberi khidmat kepada masyarakat dan memperkukuh sistem perundangan negara.Dalam sektor ekonomi dan pengurusan pula, alumni seperti Azimah Ishak, Pengurus Kewangan Hotel Permai, serta Che Adzha Che Adnan sebagai usahawan, membuktikan kemampuan lulusan SK Bukit Awang membina kerjaya mapan, mengurus institusi dan menjana ekonomi setempat serta nasional.Dalam bidang pentadbiran awam, selain Zulkurnain, SK Bukit Awang turut melahirkan beberapa pentadbir berpengalaman yang berkhidmat dalam agensi-agensi utama kerajaan.Antaranya ialah Dr Saharudin Haji Yusoff di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Nik Norhaslinda Nik Abdul Rahman di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); Sudin Jusoh di Lembaga Tembakau & Kenaf Negara (LTKN); Mohd Noor Salleh di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) serta Yasman Hasim @ Yassin di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).Dalam dunia akademik, sumbangan SK Bukit Awang amat ketara apabila ramai alumninya berkhidmat sebagai pensyarah universiti dan institusi pengajian tinggi, antaranya ialah Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff di Universiti Utara Malaysia, Dr Norlizah Che Hasan di Universiti Putra Malaysia, Dr Nooramira Ghazali di Universiti Sultan Zainal Abidin, Badaruddin Bin Muhammad di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Lukeman Haji Yusoff di Universiti Kuala Lumpur dan Mohd Fauzi Hj Hamid di Universiti Teknologi Malaysia.Turut menyumbang dalam landskap pendidikan tinggi ialah pensyarah di politeknik serta Institut Pendidikan Guru, termasuk tokoh akademik berpengalaman seperti Ya Salleh @ Salahuddin Mat Ali di Institut Pendidikan Guru Besut, Sarimah Che Hasan di Politeknik Shah Alam dan Nik Noor Zilawati Nik Abdul Rahman di Politeknik Sultanah Bahiyah.Paling membanggakan, SKBA turut dikenali sebagai "kilang melahirkan guru" apabila puluhan alumninya sedang dan pernah berkhidmat sebagai pendidik di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Antaranya termasuk Kamsiah Hasim @ Yassin di SM Sains Selangor; Noriah Husin di SMK Saujana Utama; Norlaini Muhamad Pauzi di SMK Gajah Berang; Nurul Akmar Mohd Noor di SMK Darul Aman Height; Radmawani Ramli di SMK Jinjang; Rogayah Jusoh di SMK Damansara Utama; Marzuki Johari di SK Masai; Rosdi Deraman di SK Kampung Padang serta ramai lagi yang mengabdikan diri dalam dunia pendidikan baik di dalam mahupun di luar Kelantan.Mereka menyambung kesinambungan perjuangan pendidikan dengan kembali ke sekolah-sekolah luar bandar dan bandar, mendidik generasi baharu dengan nilai, disiplin dan semangat yang pernah mereka peroleh di SK Bukit Awang.Hakikat ini mengukuhkan peranan SK Bukit Awang sebagai penyumbang penting kepada ekosistem pendidikan nasional, bukan sekadar melahirkan murid cemerlang tetapi membentuk doktor, peguam, akademik, guru, pentadbir dan pemimpin masyarakat yang berkhidmat dengan amanah dan integriti.Kini, SKBA menempatkan 181 orang murid termasuk murid pra-sekolah yang dibimbing oleh 18 orang guru, dengan murid-murid datang dari Kampung Gong Kala, Gong Keding, Gong Chokoh, Gong Lapang, Dalam Huma, Bukit Awang dan Gong Kemuning.Sekolah ini kekal sebagai institusi pendidikan teras bagi komuniti setempat, berfungsi bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi juga pusat pembentukan nilai dan sahsiah.Lawatan rasmi alumni ke SK Bukit AwangSebagai langkah awal memperkukuh kerjasama dengan pihak sekolah, Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SKBA telah mengadakan lawatan rasmi ke SK Bukit Awang pada 8 Februari lalu.Lawatan tersebut disambut oleh Guru Besar SK Bukit Awang, Wan Azah Wan Ismail, yang mula melapor diri pada 26 Januari lalu, bersama barisan pentadbir sekolah iaitu Mazulaiha Ramli selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Rusdi Muhammad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Norfahiza Ismail sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.Dalam pertemuan tersebut, Penasihat Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SKBA, Dr Mustafa Ahmad, menegaskan komitmen beliau untuk membantu memajukan SK Bukit Awang melalui jaringan komuniti, sokongan strategik serta kerjasama berterusan antara alumni dan pihak sekolah.Lawatan ini menjadi simbol permulaan kepada hubungan erat dan sinergi baharu antara Persatuan Alumni SKBA dengan pengurusan sekolah demi masa depan SK Bukit Awang yang lebih gemilang.Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SKBA, Zurkurnan Haji Yusoff, pula menjelaskan bahawa penubuhan persatuan ini merupakan satu usaha strategik untuk menyatukan seluruh alumni SKBA daripada pelbagai generasi dalam sebuah wadah rasmi yang berstruktur dan berkesinambungan.Menurut beliau, penyatuan ini penting bagi membina jaringan sokongan yang kukuh antara bekas pelajar, sekali gus membolehkan sumbangan mereka diselaraskan secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.Beliau turut menegaskan bahawa Persatuan Alumni SKBA akan berperanan membantu pembangunan sekolah secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, akademik serta kebajikan murid dan warga pendidik."Persatuan akan berfungsi sebagai rakan strategik kepada pihak pengurusan sekolah, khususnya dalam merancang inisiatif sokongan yang mampan dan berorientasikan keperluan sebenar SK Bukit Awang," katanya.Selain itu, penubuhan Persatuan Alumni SKBA juga bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara alumni, warga sekolah dan komuniti setempat."Melalui pertemuan berkala, program kebajikan dan aktiviti bersama, persatuan ini diharapkan dapat menghidupkan kembali ikatan kekeluargaan yang sekian lama terjalin dalam ekosistem SK Bukit Awang," kata beliau lagi.Dalam perkembangan berkaitan, Zurkurnan turut memaklumkan bahawa Persatuan Alumni SKBA akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat bagi memastikan segala urusan dapat dilaksanakan secara sah, tersusun dan berintegriti.Komposisi jawatan kuasa penaja Alumni SKBABagi memastikan hala tuju persatuan ini dipandu oleh pengalaman dan kewibawaan, Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SKBA diterajui oleh tokoh-tokoh alumni dan masyarakat yang berkaliber.Persatuan ini dinaungi oleh Tan Sri Zulkurnain Haji Awang, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merupakan antara tokoh nasional paling berjaya pernah dilahirkan oleh SK Bukit Awang.Sebagai penasihat, persatuan ini mendapat bimbingan daripada Dr Mustafa Ahmad, Penggawa Daerah Semerak, yang berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran dan pembangunan komuniti setempat selain mencatat rekod sebagai penggawa pertama di Malaysia yang memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD).Jawatankuasa Penaja ini dipengerusikan oleh Zurkurnan, dibantu oleh Abdul Rahim Awang sebagai Timbalan Pengerusi |
|
Lelaki Thailand mengaku tidak bersalah pandu berbahaya hingga sebabkan .. - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Lelaki Thailand mengaku tidak bersalah pandu berbahaya hingga sebabkan kematian JITRA - Seorang lelaki Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, bulan lepas |
|
Pemandu Van Thailand mengaku tidak bersalah langgar gadis hingga maut - Sinarharian - 8/02 12:44 am JITRA Seorang pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, di sini, bulan lalu.Tertuduh, Yusof Senkonam, 60, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thai oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri pada Ahad.Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22.Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor SetarBukit Kayu Hitam, di sini, kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh diwakili peguam, Zabedah Ahmad.Nurul Asyiqin memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia.Bagaimanapun, Zabedah memohon mahkamah menetapkan jaminan minimum serta memohon pasport dilepaskan sementara kerana tertuduh dijadualkan menunaikan umrah pada 9 Februari.Menurutnya, tertuduh merupakan seorang guru agama di kampungnya di Satun, Thailand selain memegang jawatan di sana.Katanya lagi, tertuduh turut menyara isteri dan tiga orang anak serta menghidap penyakit kencing manis.Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.Mahkamah turut mengarahkan peguam tertuduh membuat permohonan pelepasan pasport sementara bagi membolehkan tertuduh berangkat ke Tanah Suci.Tertuduh juga tidak dibenarkan memandu di negara ini sepanjang proses perbicaraan selain diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.Mahkamah menetapkan 15 Mac depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.Kemalangan itu menyebabkan Fatin Nursyafikah, yang berasal dari Kampung Bukit Beruas di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan. |
|
PKR Bukit Bintang lancar sistem E-Aduan Awam, perkukuh hubungan rakyat .. - Mgazette - 8/02 8:05 am # PKR Bukit Bintang lancar sistem E-Aduan Awam, perkukuh hubungan rakyat dan media KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Bintang hari ini melancarkan Sistem E-Aduan Awam Keadilan Bukit Bintang sebagai platform digital bagi memudahkan rakyat menyalurkan aduan dan maklum balas berkaitan isu setempat sekali gus memperkukuh ketelusan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat |
|
New YMCA Community Park at Terap Lane to enrich community life in Sibu - BorneoPost - 8/02 8:01 am SIBU (Feb 8): The new Young Men’s Christian Association (YMCA) Community Park to be developed at Terap Lane here marks a meaningful, community-driven initiative to benefit the community, said Bukit Assek assemblyman Joseph Chieng |
|
Laluan kampung jadi jalan pintas - Sinarharian - 7/02 8:30 am KOTA BHARU "Tak boleh buka pintu rumah |
|
Tiga sindiket dadah tumpas, rampasan RM208.25 juta - Mgazette - 7/02 7:55 am # Tiga sindiket dadah tumpas, rampasan RM208.25 juta KUALA LUMPUR Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan dalam siri operasi khas bermula 30 Januari hingga 3 Februari melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM208.25 juta |
|
Acu gunting ke arah sarjan di kuarters polis, penganggur dijel lima... - Mgazette - 7/02 7:55 am # Acu gunting ke arah sarjan di kuarters polis, penganggur dijel lima tahun MELAKA - Penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki senjata iaitu gunting di tempat awam dan menghalang tugas polis, Oktober tahun lalu |
|
Police dismantle three drug syndicates, seize various types of drugs worth over RM200 million - Sinardaily - 6/02 8:40 pm KUALA LUMPUR - The Royal Malaysia Police (PDRM) dismantled three drug distribution syndicates and seized various drugs, worth RM208.25 million, in several raids conducted from Jan 30 to Feb 3 in the Klang Valley.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said they also managed to arrest the leaders of all three syndicates, together with nine members.He said that in the first operation conducted on Jan 30, his team successfully arrested three local men, aged between 40 and 48, while they were in a car at the Genting Sempah Rest and Service area at 10.50pm."A search of a car parked on Jalan Kuchai Lama, here, led to uncovering 255 packets of suspected methamphetamine weighing 265 kilogrammes (kg), worth RM13.25 million," he said at a press conference here today.Also present at the event was Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus.He said the first suspect was believed to be the syndicate leader, while the other two suspects acted as "transporters" responsible for bringing the drugs from the East Coast to the Klang Valley for distribution."All three suspects were charged at the Kuala Lumpur Court today under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952," he said.In separate operations around Kepong here on Jan 31, Hussein said his team managed to arrest a local man along with a local woman and a foreign woman, aged between 38 and 58, and seized various types of drugs worth RM180 million."The seized drugs included 843.8 kg of MDMA, 325.2 kg of Erimin 5 pills, 104.3 kg of Ecstasy pills, 97.7 kg of ketamine powder, and 9.5 kg of Methamphetamine," he said.He said the local man was believed to be the syndicate leader, while the two women were his girlfriends."The syndicates modus operandi was to rent houses in the Klang Valley as stores for the drugs before being distributed to the local and international markets, he said.According to Hussein, his team seized four cars, worth RM118,800, belonging to the syndicates."All suspects have been remanded for 12 days, beginning Feb 11 |
|
AKPS rampas hampir 26 tan ayam diragui halal - FMT - 6/02 8:38 pm Ayam sejuk beku bernilai RM285,000 itu dirampas di Bukit Kayu Hitam. |
|
Bukit Aman: Three drug rings busted in Klang Valley, RM208m haul; suspects remanded - Malaymail - 6/02 7:58 pm KUALA LUMPUR, Feb 6 The Royal Malaysia Police (PDRM) dismantled three drug distribution syndicates and seized va... |
|
Dua sindiket kecundang, dadah RM193 juta dirampas - Sinarharian - 6/02 6:14 pm KUALA LUMPUR Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan selepas menahan enam individu termasuk dalang utama, dengan nilai rampasan dadah mencecah RM193.25 juta.Penahanan kesemua suspek dilakukan menerusi operasi khas Op Allograpta dan Op Apiocera yang dijalankan bermula 30 Januari hingga 3 Februari lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua serbuan Op Apiocera di Kepong, Kuala Lumpur dan Subang Jaya, Selangor merekodkan rampasan dadah bernilai RM180 juta.Menurutnya, polis menemukan pelbagai jenis dadah iaitu serbuk MDMA seberat 843.8 kilogram (kg), pil Erimin 5 (325.2kg), pil ekstasi (104.3kg), ketamin (97.7kg) dan methamphetamine (9.5kg)."Operasi ini telah menahan tiga individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 38 hingga 58 tahun."Suspek lelaki merupakan ketua sindiket yang mengatur gerak kerja pengedaran dadah di pasaran tempatan dan luar negara dengan dibantu seorang wanita warga asing yang juga kekasihnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.Menurut Hussein, sindiket yang aktif sejak awal Januari lalu itu menjadikan rumah sewa di kawasan Lembah Klang sebagai lokasi penyimpanan dadah.Katanya, pihak polis turut menyita tiga kenderaan mewah termasuk Toyota Alphard, Honda Accord dan Perodua Myvi dengan nilai sitaan harta berjumlah RM118,800.Mengulas mengenai Op Allograpta yang dilancarkan pada 30 Januari lalu, beliau berkata tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun ditahan dengan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 265 kg bernilai RM13.25 juta.Hussein berkata, ketiga-tiga suspek termasuk ketua sindiket ditahan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, Pahang, selain serbuan susulan di kawasan parkir sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur."Modus operandi sindiket yang aktif sejak 2024 ini ialah menggunakan kereta sewa untuk membawa dadah dari Kelantan ke Lembah Klang."Kenderaan berisi dadah itu kemudiannya ditinggalkan di kawasan parkir tertentu sebelum diambil oleh ahli sindiket lain tanpa perlu bersua muka," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Tegas beliau, kejayaan berkenaan hasil risikan berterusan pihak polis dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk jerung dadah demi menjaga keselamatan serta imej negara. |
|
Keldai dadah diupah RM10,000, pakej melancong bawa bunga ganja ke UK - Sinarharian - 6/02 6:14 pm KUALA LUMPUR - Dua warga Singapura terjerat sindiket dadah selepas dipercayai dibayar RM10,000 setiap seorang serta pakej melancong bagi membawa bunga ganja ke United Kingdom (UK).Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan Op Diogma pertama pada 2 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang berjaya menahan tiga suspek iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lagi warga Singapura termasuk seorang wanita.Menurutnya, pemeriksaan merampas 60 bungkusan plastik disyaki dadah bunga ganja seberat kira-kira 33 kilogram (kg)."Siasatan awal mendapati dua suspek warga asing itu dipercayai dijadikan keldai dadah bagi penyeludupan keluar negara."Susulan itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah di Bandar Damai Perdana, Cheras dan merampas 254 bungkusan plastik disyaki berisi bunga ganja seberat 133kg," katanya krtika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan ketiga di sebuah hotel di Taman Equine, Selangor berjaya menahan dua lelaki tempatan dengan rampasan 4 bungkusan plastik disyaki berisi bunga ganja seberat 22kg dalam sebuah Toyota Cross.Tambahnya, bertindak atas maklumat, pada 3 Februari, seorang wanita tempatan ditahan di hadapan sebuah premis di Bayan Lepas, Pulau Pinang."Suspek wanita ini dipercayai merupakan teman wanita kepada suspek keempat yang turut terlibat dalam rangkaian sindiket pengedaran terbabit," katanya.Kata beliau, keseluruhan bunga ganja yang dirampas dianggarkan seberat 18 kg dengan nilai RM15 juta.Dedahnya, suspek pertama berperanan sebagai ketua sindiket, suspek kedua dan ketiga iaitu warga Singapura merupakan keldai dadah, manakala suspek keempat dan kelima berperanan sebagai transporter."Sindiket dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi mereka ialah menyeludup bunga ganja melalui laluan haram di Padang Besar, Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang bagi tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan nilai sitaan bernilai RM110,000 membabitkan sebuah Perodua Alza, Mazda 6, seutas gelang tangan emas dan pelbagai wang tunai," ujarnya.Kata beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam pengedaran dadah yang mengancam keselamatan, kesejahteraan rakyat serta mencemarkan imej dan maruah negara. |
|
Domestic Trade Ministry: Cooking oil diversion racket uncovered in Penang, counterfeit phones seized in Perak - Malaymail - 6/02 5:00 pm BUKIT MERTAJAM, Feb 6 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has intensified enforcement actio... |
|
Jenazah legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/02 4:55 pm JENAZAH legenda bola sepak Terengganu Zulharisam Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mok Suri, Pekan Batu Enam, di sini kira-kira jam 3 petang tadi.Bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun pada 6.20 petang semalam di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu di sini akibat penyakit dalaman.Urusan pengebumian Allahyarham dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan yang memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Nur Bakti, Gong Badak di sini dengan diimamkan anak sulung Allahyarham, Muhammad Aizat Hairi.Muhammad Aizat Hairi, 19, semasa ditemui bersyukur urusan pengebumian lancar serta berterima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan bapanya.Pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam jurusan Sains itu berkata, bapanya ada berpesan supaya menjaga ibu dan adik-beradiknya serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik."Ayah banyak menyembunyikan kesakitan kerana tidak mahu orang risau dan hanya berkongsi keadaan sebenar dengan ahli keluarga terdekat."Insya-ALLAH, saya akan terus berusaha menjadi tulang belakang keluarga dan memastikan amanah arwah ayah dipikul sebaiknya," katanya.Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.Zulharisam yang juga Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meninggalkan isteri Nik Noratiza Abd Aziz, 47, dan tiga anak iaitu Muhammad Aizat Hairi, Nur Airin Farisha, 17, dan Muhammad Aidan Haidi, 12 |
|
Polis rampas minuman keras, rokok seludup bernilai RM1.22 juta di Subang... - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Polis rampas minuman keras, rokok seludup bernilai RM1.22 juta di Subang Jaya KUALA LUMPUR Polis merampas minuman keras serta rokok tidak bercukai bernilai RM1.22 juta selepas menahan dua lelaki warga asing dalam satu operasi khas di sekitar Subang Jaya, kelmarin |
|
Remaja perempuan 14 tahun hilang sejak semalam - Mgazette - 6/02 4:07 pm KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berumur 14 tahun enam bulan dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya pada 5.30 pagi semalam di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ibrahim Husin berkata, laporan kehilangan Nur Raihan Irdina Muhammad Ridzuan dibuat oleh ibu remaja tersebut |
|
Kanak-kanak tiga tahun maut terperangkap dalam kebakaran - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Kanak-kanak tiga tahun maut terperangkap dalam kebakaran KUALA LANGAT Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi |
|
Operasi kebakaran Bukit Bendera selesai selepas 20 jam - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Operasi kebakaran Bukit Bendera selesai selepas 20 jam GEORGE TOWN - Operasi kebakaran hutan di Bukit Bendera di Jalan Kebun Bunga di sini, berakhir sepenuhnya selepas hampir 20 jam kerja-kerja mengesan dan memadam bara api tersembunyi dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang bagi mengelakkan kebakaran berulang |
|
Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah... - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah gambut terbakar MUAR Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di ladang kelapa sawit dan nanas seluas 38.4 hektar bersamaan 54 padang bola sepak di Bukit Naning, Ayer Hitam di sini sejak sejak Sabtu lalu berdepan cabaran apabila berlaku satu letupan kuat di satu sektor kebakaran petang semalam |
|
Sebutan Alhamdulillah; teguran Zailah wajar, berasas – Ahmad - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Sebutan Alhamdulillah; teguran Zailah wajar, berasas - Ahmad KUALA LUMPUR Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahayamenyifatkan teguran Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkenaan sebutan Alhamdulillah adalah wajar dan berasas |
|
11 ketua bahagian Bersatu pertahan Radzi sebagai Pengerusi PN WP - Mgazette - 6/02 4:07 pm # 11 ketua bahagian Bersatu pertahan Radzi sebagai Pengerusi PN WP KUALA LUMPUR Seramai 11 daripada 13 Ketua Bahagian Bersatu di Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Dr |
|
Empat Presiden PN sah hadir ???mesyuarat khas??? pilih pengerusi baharu .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Empat Presiden PN sah hadir mesyuarat khas pilih pengerusi baharu - Takiyuddin KUALA LUMPUR - Keempat-empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kehadiran mereka dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) bagi memilih pengerusi baharu gabungan itu |
|
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980 - Sinarharian - 6/02 4:06 pm SHAH ALAM - Seorang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan bersubahat membuat tuntutan palsu bagi program latihan berjumlah RM76,980, tiga tahun lepas.Noor Aini Mohd Khalid, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan, masing-masing di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud dan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan pertama, Noor Aini didakwa bersubahat dengan seorang lelaki tempatan mengemukakan dokumen butir matan palsu bernilai RM36,000 kepada institut tersebut.Dokumen tersebut bertujuan memperdaya pihak institut itu kerana kerja-kerja perkhidmatan menyediakan makanan, minuman dan dobi, tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh sebuah syarikat pengurusan latihan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa bersubahat bersama lelaki yang sama mengemukakan dokumen butir matan palsu pembayaran bernilai RM40,980, bagi kerja perkhidmatan membekal bahan latihan berserta bahan promosi untuk program yang sama.Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada 14 Julai 2023 dan 22 Mei 2023 di pejabat IKBN Kuala Langat di Banting, dekat sini, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa Zamri masing-masing menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.Peguam Muhammad Amin Anuar yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan minimum diberikan kepada anak guamnya, memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan tiga anak kerana suami patah kaki akibat kemalangan dan ibu bapa uzur yang tinggal serumah.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon pendakwa raya dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |