| /// |
|
| Search : Bukit Aman News | Page 1 |
|
Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara - Sinarharian - 20/06 3:42 pm KUALA LUMPUR - Hampir seluruh negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan cuaca buruk tersebut dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.Di Kedah, kawasan yang terlibat merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim.Bagi wilayah pantai timur, amaran tersebut dikeluarkan untuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).Turut terkesan ialah Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.Di Sabah, ramalan cuaca buruk itu membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Beluran) dan Kudat, selain turut merangkumi Wilayah Persekutuan Labuan.Sementara itu di Sarawak, keadaan sama dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang |
|
Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan –... - Mygazette - 20/06 3:41 pm # Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan - PAIP KUANTAN Ribuan pengguna di sekitar Kuantan dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam susulan kerja-kerja segera baik pulih dan penyelenggaraan kritikal di Rumah Pam Kobat yang akan dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) minggu depan |
|
DAP letak calon Melayu di Bukit Permai, Bor Yang kekal di Senai - Mygazette - 20/06 3:41 pm # DAP letak calon Melayu di Bukit Permai, Bor Yang kekal di Senai KULAI - DAP melakukan perubahan berani apabila meletakkkan Mohamad Syafwan Ani, 33, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 |
|
Enam individu termasuk 3 warga asing diberkas kes pecah rumah - Sinarharian - 20/06 3:31 pm KUALA LUMPUR Enam individu termasuk tiga warga asing diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah yang mengakibatkan mangsa kerugian lebih RM13,000 dalam kejadian di Taman Bukit Cheras di sini pada April lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud berkata, kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu menerusi operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras."Suspek yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Myanmar, seorang wanita warga Indonesia serta dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an."Kami turut merampas pelbagai barangan antaranya enam utas jam tangan mewah, tujuh beg tangan berjenama, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer riba permainan, sebilah parang sepanjang 25 inci dan sepasang sarung tangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Rosdi berkata, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek tempatan mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah."Siasatan awal turut mendapati suspek utama warga Myanmar dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam lagi kes pecah rumah di sekitar daerah Cheras," katanya.Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis berhubung kejadian pecah rumah di Taman Bukit Cheras pada 25 April lalu yang melibatkan kehilangan barang kemas, gajet serta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing."Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan melebihi RM13,000."Kesemua suspek direman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
PRN Johor: DAP pertama kali bertanding di Bukit Permai, pertaruh calon Melayu - Sinarharian - 20/06 2:56 pm KULAI DAP buat pertama kali akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan meletakkan calon, Mohamad Syafwan Ani sebagai wakil Pakatan Harapan (PH).Mohamad Syafwan bukan nama asing di kawasan tersebut apabila beliau sebelum ini aktif berkhidmat sebagai pembantu khas Ahli Parlimen Kulai serta kerap turun padang bersama masyarakat sejak beberapa tahun lalu.Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemilihan calon dibuat berdasarkan pengalaman serta penglibatan berterusan beliau dalam kerja-kerja masyarakat di kawasan berkenaan.Menurut beliau, faktor pemahaman terhadap keperluan penduduk setempat menjadi antara pertimbangan utama dalam menentukan calon yang bakal mewakili parti."Calon yang dipilih mempunyai pengalaman di lapangan dan sentiasa dekat dengan masyarakat," katanya selepas Majlis Pengumuman Calon Bukit Permai dan Senai di Bilik Gerakan PH Senai pada Sabtu.Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan penyandang DUN Senai, Wong Bor Yang akan terus diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini.DAP menyasarkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Kulai iaitu Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai bagi memperkukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di kawasan tersebut.Secara keseluruhan, DAP Johor akan mempertaruhkan 17 calon pada PRN kali ini melibatkan pelbagai kaum termasuk calon Melayu, India dan Cina, selain menampilkan lebih ramai calon wanita dalam barisan kali ini.Senarai penuh calon selebihnya akan diumumkan oleh kepimpinan PH pada majlis pengumuman rasmi di Tangkak, Isnin ini. |
|
Spekulasi Onn Hafiz sertai Kabinet: Kerusi MB Johor bertukar lagi? - Sinarharian - 20/06 10:00 am SEJAK pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, nama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi terus menjadi perhatian.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu bukan sahaja membuat keputusan mengejut pada 1 Jun lalu, malah mengumumkan BN akan bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi DUN.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12 kerusi, Ikatan Demokratik Muda (Muda) satu dan Perikatan Nasional (PN) tiga.Keputusan BN Johor untuk bergerak secara solo kurang disenangi PH yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Wawasan sasar himpunkan 150,000 penyokong di Bukit Jalil, Oktober ini .. - Mygazette - 20/06 7:54 am # Wawasan sasar himpunkan 150,000 penyokong di Bukit Jalil, Oktober ini KLANG Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyasarkan untuk menghimpunkan seramai 150,000 penyokong pelbagai kaum dalam satu program mega yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober depan |
|
Projek tebatan banjir Bukit Batu: Jangan pusing fakta – Arthur - Mygazette - 20/06 7:54 am # Projek tebatan banjir Bukit Batu: Jangan pusing fakta - Arthur KUALA LUMPUR Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern menegaskan, Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Bukit Batu yang bernilai RM200,000 diluluskan menerusi Peruntukan Mesra Rakyat Pejabat Parlimen Kulai dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang berulang di kawasan tersebut |
|
PRN: Ketua AMK Johor, Negeri Sembilan mungkin jadi calon - Sinarharian - 19/06 6:08 pm PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayangkan dua pemimpin muda utama mereka di Johor dan Negeri Sembilan berkemungkinan diketengahkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di kedua-dua negeri berkenaan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan calon kepada kepimpinan parti dan yakin pimpinan utama sayap berkenaan akan diberi peluang bertandingdi kedua-dua negeri.Menurutnya, pengumuman rasmi calon akan dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis yang dijadual berlangsung di Bukit Gambir, Tangkak pada 22 Jun ini."Insya-ALLAH kita tunggu pengumuman pada hari Isnin ini di Bukit Gambir |
|
New 1,500-capacity mosque to be built in Bukit Bintang by early 2027 - Sinardaily - 19/06 5:34 pm KUALA LUMPUR - A new mosque capable of accommodating more than 1,500 worshippers will be built in Bukit Bintang and is expected to be completed early next year, said Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan.He said the mosque would replace the Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) community centre, which is currently being used as a temporary Friday prayer surau following approval granted by the Federal Territories Syariah Law Consultative Committee during a special meeting held on June 8."Once it is completed, all congregants will gather there, while the OOBB community centre, will continue with its dakwah activities, he told reporters after performing Friday prayer at the OOBB today.According to him, the mosque's design and plans have been prepared and construction work is expected to commence soon."The construction of the mosque is being carried out through the cooperation of various parties, including the Federal Territories Islamic Religious Department (JAWI), the Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP), as well as several non-governmental organisations," he added |
|
New mosque to rise in front of TRX as Bukit Bintang seeks permanent worship space - Malaymail - 19/06 5:08 pm KUALA LUMPUR A new mosque to be known as Masjid Warisan is being planned on a site in front of the Tun Razak Exc... |
|
Tengku Ampuan Rahimah Hospital???s first triplets now STPM top achievers - Sinchew - 19/06 4:17 pm Tengku Ampuan Rahimah Hospitals first triplets now STPM top achievers KLANG: The first set of triplets born at Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang, 20 years ago have achieved outstanding results in the Malaysian Higher School Certificate (STPM) examination |
|
Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara - Mygazette - 19/06 4:17 pm # Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail |
|
Bukit Bintang berubah wajah, `Charli xcx’ hiasi layar skrin digital - Mygazette - 19/06 4:17 pm # Bukit Bintang berubah wajah, `Charli xcx' hiasi layar skrin digital KUALA LUMPUR - Jenama telefon pintar dan audio pengguna terkemuka dunia, Nothing kini hadir dalam dua cara yang sangat berbeza apabila membawa penyanyi antarabangsa, Charli xcx muncul di skrin digital di Bukit Bintang di sini |
|
Bekas MB Sahruddin tiada masalah lawan PAS di Bukit Kepong - FMT - 19/06 3:15 pm Ketua Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata beliau hormati hak PAS untuk bertanding, terutama ketika keduanya tidak lagi bekerjasama. |
|
Agong terima mengadap Ketua Polis Negara - Sinarharian - 19/06 2:43 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.Semasa sesi menghadap itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sembah taklimat daripada Mohd Khalid mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam negara.- Bernama |
|
Terikat Akta Anti Lompat Parti, ADUN Kuala Sepetang tangguh hasrat sertai Wawasan - Sinarharian - 19/06 10:39 am TAIPING Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Ahmad Man mengakui hasrat untuk menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana masih terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.Beliau yang kini masih berstatus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi digantung keahlian berkata, sebarang tindakan menyertai parti politik lain ketika ini boleh menyebabkan beliau berdepan implikasi di bawah akta berkenaan."Saya memang terpaksa tunggu |
|
Dua melecur, seorang sesak nafas rumah sewa terbakar - Sinarharian - 19/06 8:02 am MELAKA - [DIKEMAS KINI] Dua melecur manakala seorang lagi mengalami sesak nafas selepas sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan mengikut bilik di Jalan Permai 4 Taman Perkota Hang Tuah Bukit Baru di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Lajiberkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada jam 3.38 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dengan bantuan BBP Bukit Katil ke lokasi.Menurutnya, setibanya pasukan bomba pada jam 3.48 pagi, didapati sebuah rumah jenis kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 20 x 70 kaki persegi sedang terbakar."Kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan struktur rumah tersebut yang disewakan mengikut bilik kepada beberapa penyewa."Seramai enam penghuni warga tempatan berjaya diselamatkan dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, dua mangsa mengalami kecederaan melecur iaitu seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun, manakala seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.Katanya, tiga lagi penghuni masing-masing seorang wanita berusia 44 tahun, seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang lelaki lingkungan 40-an berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan."Ketiga-tiga mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS BBP Ayer Keroh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.Mohd Hafidzatullah berkata, operasi pemadaman melibatkan 15 anggota bomba dan penyelamat dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua kenderaan EMRS."Api berjaya dikawal pada jam 3.57 pagi menggunakan salur bantu mula dan operasi masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan api semula."Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
|
Titah Sultan Pahang wajar dijadikan panduan tangani isu pendatang haram, .. - Mygazette - 19/06 7:33 am # Titah Sultan Pahang wajar dijadikan panduan tangani isu pendatang haram, Rohingya KUALA LUMPUR - Titah Sultan Pahang yang menegaskan kepentingan menjaga kedaulatan negara dan tidak membenarkan mana-mana pihak melangkaui batas sewajarnya dijadikan panduan oleh kerajaan dalam menangani isu pendatang haram serta komuniti Rohingya di negara ini |
|
PRN Johor: 17 calon DAP diumum berperingkat sehingga Isnin ini – .. - Mygazette - 19/06 7:33 am # PRN Johor: 17 calon DAP diumum berperingkat sehingga Isnin ini - Anthony KLUANG Seramai 17 calon DAP yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumum secara berperingkat-peringkat sehingga Isnin ini |
|
CEO Perbadanan Stadium Malaysia didakwa kes rasuah RM1 juta - Mygazette - 19/06 7:33 am # CEO Perbadanan Stadium Malaysia didakwa kes rasuah RM1 juta KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah yang dipercayai membabitkan kira-kira RM1 juta |
|
Ops Daya: 1,638 syarikat lagi dikesan terlibat kemuka tuntutan palsu - Mygazette - 19/06 7:33 am # Ops Daya: 1,638 syarikat lagi dikesan terlibat kemuka tuntutan palsu PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan 1,638 syarikat lagi, yang disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan anggaran kerugian RM45 juta |
|
Lagi amaran ribut petir, angin kencang, hujan lebat di 6 negeri, Labuan - Sinarharian - 18/06 10:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enamnegeri sertaLabuan hingga 1 pagi, Jumaat.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta Pahang (Jerantut).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang (Limbang).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan dan Ranau) serta Sandakan (Telupid dan Beluran), selainLabuan.- Bernama |
|
PRN Johor: PAS jangka saingan sengit jika tanding Bukit Kepong - FMT - 18/06 7:16 pm Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata parti itu sedia letak calon di Bukit Kepong yang kini disandang Ketua Bersatu negeri Dr Sahruddin Jamal. |
|
58 ditahan disyaki terbabit pertaruhan piala dunia - FMT - 18/06 6:42 pm Pengarah JSJ Bukit Aman M Kumar berkata 42 laman sesawang, platform, aplikasi dan media sosial juga dikesan jalan aktiviti pertaruhan. |
|
58 nabbed in crackdown on illegal World Cup betting - FMT - 18/06 6:36 pm Bukit Aman CID chief M Kumar says the total value of bets involved amounted to almost RM500,000. |
|
Gempur judi Piala Dunia, 4 wanita antara 58 dicekup polis - Sinarharian - 18/06 6:16 pm KUALA LUMPUR - Seramai 58 individu ditahan polis dalam serbuan Op Soga XI kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian di seluruh negara sejak 11 Jun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2026."Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 52 serbuan telah dijalankan di seluruh negara dengan seramai 58 suspek terdiri daripada 54 lelaki dan empat wanita berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian."Turut dirampas wang tunai berjumlah RM25,684.65 dan nilai pertaruhan dianggarkan berjumlah RM488,582.47," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Kumar berkata, operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau aktiviti promosi serta pengiklanan perjudian menerusi laman sesawang dan platform media sosial."Polis turut mengesan sebanyak 42 platform yang digunakan bagi menjalankan aktiviti pertaruhan bola sepak dan promosi perjudian, melibatkan laman web, aplikasi serta media sosial."Tindakan menyekat laman sesawang dan menurunkan kandungan berkaitan akan dilaksanakan dengan kerjasama MCMC bagi mengekang penyebaran aktiviti perjudian dalam talian," katanya.Beliau berkata, kesemua suspek telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953."Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.Kumar berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan selain memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan berkenaan. |
|
UPKO diterima sebagai parti komponen GRS - Sinarharian - 18/06 5:54 pm KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menerima kemasukan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti komponen baharu gabungan itu.Kemasukan UPKO sekali gus menjadikan GRS kini dianggotai enam parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Cinta Sabah (PCS).Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan menerima UPKO dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS dan berkuat kuasa serta-merta."Kita telah membuat keputusan dan bersetuju sebulat suara untuk menerima UPKO sebagai ahli gabungan baharu GRS |
|
Zainudin Aman appointed Sabah State Secretary effective June 29 - BorneoPost - 18/06 5:39 pm KOTA KINABALU (June 18): The Sabah government has approved the appointment of Datuk Zainudin Aman as the new State Secretary, effective June 29 |
|
Dakwah Islam di institusi pendidikan awam selaras Perlembagaan - Zainul Rijal - Sinarharian - 18/06 5:36 pm SHAH ALAM Kenyataan mendakwa institusi pendidikan awam tidak boleh menjadi tempat penyebaran Islam merupakan tafsiran yang tidak selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, manakala Perkara 11(1) dan 11(4) memberi ruang kepada pengembangan agama Islam serta membenarkan sekatan terhadap penyebaran agama lain kepada orang Islam.Menurut beliau, institusi pendidikan awam juga tidak boleh dianggap sebagai institusi yang bersifat neutral agama sehingga menafikan kedudukan Islam yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan."Sejak sekian lama, sekolah dan universiti awam menyediakan pelbagai kemudahan serta program berkaitan Islam seperti pengajian Islam, masjid, surau, kuliah dan aktiviti dakwah yang dijalankan secara terbuka serta teratur."Pelaksanaan program-program ini tidak pernah menghalang hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing, malah mencerminkan pendekatan Malaysia yang mengiktiraf kepelbagaian agama dalam kerangka kedudukan istimewa Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ahli Dewan Negara, Dr RA Lingeshwaran sebelum ini dilapor meminta siasatan secara menyeluruh, telus dan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab susulan penularan poster Pendaftaran Saudara Baharu (Mualaf) yang menggunakan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Katanya, isu berkenaan telah menimbulkan keresahan kerana poster tersebut menggunakan nama dan identiti UPSI selain menyentuh perkara yang amat sensitif dalam konteks masyarakat majmuk negara ini.Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, adalah tidak tepat untuk mengaitkan penyebaran Islam dengan unsur paksaan, eksploitasi atau galakan yang tidak sihat.Katanya, dakwah dalam Islam berteraskan hikmah, nasihat yang baik dan penghormatan terhadap kebebasan individu sebagaimana ditegaskan dalam ajaran Islam bahawa tiada paksaan dalam agama."Selagi penyebaran Islam dilaksanakan secara berhemah, sukarela dan mematuhi undang-undang, ia merupakan hak yang dijamin oleh Perlembagaan serta sebahagian daripada tanggungjawab umat Islam dalam menyampaikan ajaran agama mereka," katanya.Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa institusi pendidikan awam sedang dimanipulasi untuk tujuan penukaran agama sebagai tuduhan melulu, tidak berasas dan berpotensi menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.Menurutnya, kenyataan sedemikian bukan sahaja mengabaikan hakikat bahawa aktiviti keagamaan tertakluk kepada undang-undang serta garis panduan yang ketat, malah boleh dianggap sebagai cubaan mengecilkan ruang penghayatan dan pengembangan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan."Pemimpin politik seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap amalan dakwah yang selama ini berlangsung secara aman dan harmoni," ujarnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa keharmonian dalam masyarakat majmuk tidak boleh dibina dengan mengehadkan atau meminggirkan kedudukan Islam yang telah diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.Ujarnya, sebarang cadangan untuk menyingkirkan aktiviti pengembangan Islam daripada institusi pendidikan awam bukan sahaja tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh, malah berpotensi menimbulkan salah faham terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. |
|
Sabah names Zainudin Aman as new state secretary - Malaymail - 18/06 5:23 pm KOTA KINABALU, June 18 The Sabah government has approved the appointment of Datuk Zainudin Aman as the new... |
|
Will Bukit Kepong And Endau Be The First Bersatu Seats To Fall To Hamzah’s Wawasan? - Rakyatpost - 18/06 4:50 pm The fledgling party led by former Bersatu deputy president Hamzah Zainudin is expected to make its electoral debut by contesting two constituencies previously held by Bersatu, amid the latter's increasingly uncertain future within PN. |
|
Pemuda Pas bidas senator pertikai program mualaf, dakwa cabar hak Islam - Sinarharian - 18/06 4:24 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas mengecam kenyataan seorang Ahli Dewan Negara yang mempertikaikan usaha dakwah Islam serta program pendaftaran saudara baharu (mualaf) di sebuah institusi pengajian tinggi.Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas, Mohamed Sukri Omar berkata, kenyataan Dr Lingeshwaran R Arunasalam itu memperlihatkan kegagalan dirinya memahami kerangka Perlembagaan Persekutuan serta mencabar hak umat Islam yang dijamin perundangan.Menurut beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dalam konteks yang menyeluruh."Perlembagaan bukan sahaja menjamin kebebasan beragama melalui Perkara 11(1), malah turut memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 11(4)."Ini membuktikan bahawa Perlembagaan mengiktiraf kedudukan istimewa Islam serta hak untuk agama Islam disebarkan dan dikembangkan secara aman, berhemah dan mengikut lunas undang-undang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Mohamed Sukri menegaskan bahawa program dakwah yang dijalankan oleh pusat Islam di institusi pengajian tinggi adalah sah di sisi undang-undang dan selaras dengan identiti negara."Selagi pelaksanaannya dibuat secara sukarela, tanpa paksaan, beretika serta mematuhi undang-undang, tiada mana-mana pihak berhak menghalang, mempertikai atau menimbulkan syak wasangka terhadap aktiviti dakwah di kampus."Institusi pengajian tinggi bukanlah kawasan larangan kepada dakwah Islam |
|
TUDM bangunkan radar pertahanan, pemantauan udara kawasan strategik - Sinarharian - 18/06 4:14 pm SUBANG -Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membangunkan radar pertahanan udara dan pemantauan di beberapa kawasan strategik diseluruh negara bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan operasi pasukan keselamatan itu.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, radar pertahanan udara dibangunkan di Bintulu, Sarawak;Bukit Peteri, Terengganu dan Bukit Lunchu, Johor manakala radar pemantauan udara di Pulau Layang-Layangdi Laut China Selatan."Keupayaan ini penting untuk meningkatkan pengesanan awal dan menutup jurang pemantauan ruang udara negarakhususnya di kawasan strategik," katanyaketika berucap pada Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68di sini pada Khamis.Muhamad Norazlan berkata, pembangunan radar itumerupakan sebahagian daripada langkah pemodenan di bawahfasa pertama Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM2055 (CAP55) bagi memastikan pembangunan keupayaan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan ancaman masa hadapan.Menyentuh mengenai konflik di Asia Barat, beliau berkata, ia memberikan pengajaran sangat besar kepada dunia, termasuk Malaysiauntukterus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam mendepani realiti geostrategik yang semakin kompleks dan tidak menentu.Beliauberkata, gangguan terhadap laluan komunikasi laut di Selat Hormuz bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga dunia, malah turut memberi impak kepada ekonomi global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia."Realiti ini menuntut kita untuk lebih peka dan bersedia dalam mempertahankan kedaulatan negara, yangmana Malaysia selaku sebuah negara maritim amat bergantung kepada keselamatan laluan komunikasi laut, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang menjadi nadi kepada perdagangan dan ekonomi negara," katanya.Terdahulu, Muhamad Norazlan yang tiba di Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi, menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan dengan diiringi ketua perbarisan Leftenan Kolonel Mohd Nazree Mansor.Beliau seterusnya menyampaikan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sertaSijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada 17 penerima dalam majlis yang turut dihadiri bekas-bekas Panglima Tentera Udara.Perbarisan bertemakan "Kuasa Udara, Perisai Negara" itu melibatkan keseluruhan kekuatan 16 pegawai dan 272 anggota lain-lain pangkat yang dibahagikan kepada empat flait merangkumi Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU), Flait Gabungan Wanita dan Flait Gabungan Pelbagai Tred dalam TUDM.- Bernama |
|
2 askar didakwa angkut migran di Bukit Kayu Hitam - FMT - 18/06 3:15 pm Mereka didakwa angkut tiga warga Myanmar guna kereta di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, 22 Mei lepas. |
|
New MACC chief Abdul Halim vows to strengthen agency despite steep learning curve - Malaymail - 18/06 3:13 pm PUTRAJAYA, June 18 Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Datuk Seri Abdul Halim Aman ha... |
|
Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara - Mygazette - 18/06 3:11 pm # Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara SUBANG - Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara |
|
Projek skuasy: CEO Stadium Malaysia mengaku tidak salah minta, terima .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm # Projek skuasy: CEO Stadium Malaysia mengaku tidak salah minta, terima suapan lebih RM1j KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ilyas Jamil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan lebih RM1 juta berhubung tender projek menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil |
|
PRN Johor: Polis kenal pasti 39 kawasan panas?? PRN Johor: Polis kenal .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm "Sekiranya perlu bantuan, sumber manusia akan ditambah melibatkan kontinjen dari luar. Bantuan ini akan diselaraskan Jabatan Pengurusan Bukit Aman melibatkan 5,763 pegawai dari luar yang akan bantu kontinjen Johor |
|
'Setiap individu perlu sedia pikul tanggungjawab' - KP SPRM - Sinarharian - 18/06 3:08 pm PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman, menyifatkan pelantikannya menerajui suruhanjaya itu sebagai satu cabaran baharu memandangkan latar belakang tugas yang dikendalikannya sebelum ini berbeza daripada skop tanggungjawab semasa.Menurutnya, setiap individu yang diberikan amanah perlu bersedia memikul tanggungjawab dan tidak boleh mengelak daripada cabaran yang dihadapi."Seperti yang anda tahu, latar belakang saya sebelum ini adalah berbeza daripada skop yang saya kendalikan sekarang."Bagi saya, ini merupakan suatu cabaran dan walau apa jua peringkat sekali pun, kita perlu memikul cabaran tersebut |
|
Johor state election: PH to unveil candidates on Monday - Sinardaily - 18/06 2:56 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) is expected to announce the list of candidates contesting in the Johor state election this Monday, said Johor PKR chairman Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Zaliha, who is also PKR vice president, said the announcement was expected to be made at a ceremony involving the party's top leadership, including PH chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim."The announcement of candidates has been agreed upon by the state and central PH |
|
AI kesan penipuan tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 - Sinarharian - 18/06 2:37 pm PUTRAJAYA Kegiatan penipuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 dikesan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui penelitian serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Bahagian Antipenipuan, Etika dan Integriti telah memulakan penilaian serta pemeriksaan bermula pada penghujung tahun 2024.Menurutnya, pada Ogos 2025, maklumat berhubung kegiatan itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan."Tindakan pantas daripada Bahagian Antipenipuan berjaya menyelamatkan RM5.33 juta."Setakat semalam, sebanyak RM1.26 juta telah dikembalikan selepas tindakan yang sewajarnya diambil terhadap majikan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis.Program Daya Kerjaya 2.0 merupakan bantuan penggajian kerajaan berjumlah RM1,500 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan untuk setiap pekerja yang diambil oleh majikan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) |
|
Dua anggota tentera didakwa angkut migran di Bukit Kayu Hitam - Sinarharian - 18/06 2:19 pm ALOR SETAR - Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyendi sini pada Khamis atas pertuduhan mengangkut migran yang diseludup di Bukit Kayu Hitamdekat sini, bulan lepas.Mohd Zulhilmi Aqwa A Rahman, 34, dan Mohamad Johan Iskandar Shah Jeffry Pidin, 26, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Mengikut pertuduhan, Mohd Zulhilmi Aqwa didakwa mengangkut dua migran lelaki warga Myanmar yang diseludup iaitu Binajo, 19, dan Antoi, 29, menggunakan kereta jenis Toyota Yaris.Mohamad Johan Iskandar Shah pula dituduh mengangkut seorang migran lelaki warganegara sama yang diseludup iaitu Win Shwe, 61, dengan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Check Point Foxtrot, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira 7.13 malam, 22 Mei lepas.Mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan 17 Ogos depan untuk sebutan semula kes.Mohd Zulhilmi Aqwa diwakili peguam, Datuk G |
|
1,638 syarikat disyaki terlibat kes palsu tuntutan Daya Kerjaya 2.0 - SPRM - Sinarharian - 18/06 2:02 pm PUTRAJAYA Sebanyak 1,638 syarikat dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 bernilai kira-kira RM45 juta.Program Daya Kerjaya 2.0 merupakan bantuan penggajian kerajaan berjumlah RM1,500 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan bagi setiap pekerja yang diambil oleh majikan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) |
|
Two Malaysian soldiers charged with smuggling three Myanmar migrants through Bukit Kayu Hitam border - Malaymail - 18/06 1:47 pm KUALA LUMPUR, June 18 Two military personnel were charged in the Sessions Court in Alor Setar, Kedah, today with... |
|
PRN Johor: PH dijangka umum calon Isnin ini - Dr Zaliha - Sinarharian - 18/06 1:35 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor padaIsnin ini, kataPengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, pengumuman itu dijangka dibuat pada majlis yang melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Pengumumancalon ini telah disepakati oleh PH negeridan juga pusat |
|
Malaysia Stadium Corporation CEO charged with RM1.45m graft over Bukit Jalil National Squash Centre tender - Malaymail - 18/06 11:26 am KUALA LUMPUR, June 18 The chief executive officer of Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) was charged in the Sessio... |
|
CEO PSM mengaku tak salah 7 tuduhan rasuah berkait projek pusat skuasy - FMT - 18/06 10:10 am Iliyas Jamil mengaku tak bersalah atas tuduhan libat lebih RM1 juta, didakwa berkaitan tender naik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil. |
|
Malaysia Stadium Corp CEO claims trial to bribery over squash centre project - FMT - 18/06 9:55 am Iliyas Jamil pleads not guilty to charges involving more than RM1 million allegedly linked to a tender to upgrade the National Squash Centre in Bukit Jalil. |
|
CEO PSM Iliyas Jamil tiba di mahkamah pagi ini - Sinarharian - 18/06 8:55 am KUALA LUMPUR Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, dipercayai bagi menghadapi beberapa pertuduhan rasuah berkaitan projek menaik taraf Pusat Skuasy.Iliyas, 42, yang memakai kot berwarna biru gelap dilihat memasuki kompleks mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke dewan mahkamah sebelum prosiding bermula.Pada 15 Jun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, memaklumkan bahawa seorang CEO sebuah badan berkanun akan didakwa berhubung kes rasuah.Beliau berkata, individu terbabit akan menghadapi tujuh pertuduhan, iaitu satu pertuduhan meminta rasuah dan enam pertuduhan menerima rasuah.Pada 13 April lalu, individu tersebut direman selama lima hari bermula 14 April bagi membantu siasatan. |
|
Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit .. - Mygazette - 18/06 8:00 am # Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit Jalil KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kes khianat dan merosakkan harta benda pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil pada April lalu |
|
PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India - Mygazette - 18/06 8:00 am # PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, menghantar pulang dua penjenayah buruan warganegara India yang dipercayai terlibat dalam kes meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 april lalu. Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan pihaknya susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa negara India untuk mengesan dan menangkap kedua-dua subjek tersebut |
|
Police deport two wanted Indian nationals involved in Punjab blast - Sinardaily - 18/06 7:41 am KUALA LUMPUR - Two wanted Indian fugitives believed to be involved in a railway track explosion in Patiala, Punjab, on April 27, have been deported to India by the Royal Malaysia Police (PDRM).Federal Police Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M. Kumar said the deportation followed a request from Indian authorities to locate and detain the two individuals.He said the operation highlights the close ties and cooperation between Malaysia and India in tackling serious crimes involving regional security."This collaboration reflects the continuous commitment of the Royal Malaysia Police in combating transnational crime while strengthening international security synergy," he said in a statement on Wednesday.He added that the action also shows that Malaysia will not serve as a safe haven for individuals evading the criminal justice system.Previously, both suspects were wanted by Indian authorities in connection with an Improvised Explosive Device (IED) blast targeting a main railway line in the Patiala district.The suspects are believed to have entered Malaysia at the end of April and hid in the Klang Valley to avoid detection.Through intensive intelligence gathering and international information-sharing, the Bukit Aman National Central Bureau/Interpol Division (D12) tracked the suspects' locations in the federal capital before launching a raid to arrest them |
|
Dua penjenayah warga India diburu dihantar pulang ke negara asal - Sinarharian - 17/06 9:28 pm KUALA LUMPUR - Dua penjenayah warga India yang diburu keranadipercayai terlibat dalam kejadian letupan di landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lepas telah dihantar pulang atau deportasike negara ituoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India untuk mengesan dan menahan kedua-dua individu berkenaan.Beliau berkata, operasi itu mencerminkan hubungan erat serta kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam menangani jenayah berat yang melibatkan keselamatan serantau."Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan polis dalam membanteras jenayah rentas sempadan, di samping memperkukuh sinergi keselamatan padaperingkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.M Kumar berkata tindakan itu turut membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah.Sebelum ini, suspek berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa India berhubung insiden letupan bom jenis peranti letupan rekaan yang menyasarkan landasan kereta api utama di daerah Patiala.Suspek dipercayai menyusup masuk ke Malaysia pada penghujung April dan menyembunyikan diri di sekitar kawasan Lembah Klang bagi mengelak daripada dikesan.Hasil risikan intensif dan kerjasama maklumat antarabangsa, Bahagian National Central Bureau/ Interpol (D12) Bukit Aman berjaya mengesan kedudukan suspek di sekitar ibu negara dan melancarkan serbuan bagi menahan mereka |
|
2 suspek kes letup landasan kereta api diusir ke India - FMT - 17/06 8:36 pm Ketua JSJ Bukit Aman, M Kumar berkata pihak berkuasa India mohon bantuan kesan dan tangkap suspek itu di Malaysia. |
|
Berang dengan pihak pengurusan, bekas penyewa rosakkan pondok pengawal - Sinarharian - 17/06 3:56 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat dengan merosakkan pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil di sini pada 23 April lalu.Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di IPD Brickfields pada Ahad lalu."Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan bekas penyewa di residensi berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan."Dalam kejadian itu, suspek didakwa memarahi pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul palang pintu, memecahkan cermin hadapan pondok pengawal serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Rosdi berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam insiden berkenaan."Suspek direman selama dua hari sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
Kadet SPRM di sekolah berupaya perkukuh budaya antirasuah pada usia muda - Mygazette - 17/06 3:22 pm # Kadet SPRM di sekolah berupaya perkukuh budaya antirasuah pada usia muda KUALA LUMPUR Projek rintis penubuhan Kadet SPRM yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman wajar disambut baik kerana ia langkah penting menyemai budaya membenci rasuah dalam kalangan generasi muda |
|
Universiti awam bukan medium galak penukaran agama – Lingeshwaran - Mygazette - 17/06 3:22 pm # Universiti awam bukan medium galak penukaran agama - Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Institusi pengajian tinggi awam tidak sepatutnya dijadikan medium untuk menggalakkan penukaran agama kerana universiti milik kerajaan merupakan ruang yang perlu kekal neutral, inklusif dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia, tegas Senator Dewan Negara, Dr |
|
Melaka road caves in after fibre optic works rupture pipe - FMT - 17/06 12:44 am Melaka Tengah public works department says the incident forced lane closures along Jalan Sembaok-Bukit Katil. |
|
Anak gadis hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarga - Sinarharian - 17/06 10:49 am KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang hilang ketika keluar bersiar-bersiar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada 29 Mei lepas.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ketika kejadian, Amiratul Husna Mohd Shany, 13, memakai baju-T lengan panjang dan seluar berwarna hitam serta tudung bercorak petak berwarna ungu.Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang itu memiliki ketinggian sekitar 152 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan sekitar 50 kilogram."Laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 30 Mei lepas |
|
Pelajar IPT ditahan seludup bunga ganja RM1.17 juta - Sinarharian - 17/06 10:40 am ALOR SETAR Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal.Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan ketika anggota bertugas menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda.Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan 13 bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 14,630.76 gram."Dadah tersebut disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |