| /// |
|
| Search : Borong Selangor News | Page 1 |
|
Tak benar kalau kata kita potong peruntukan untuk penduduk PJ, Damansara... - Mygazette - 25/07 7:42 am # Tak benar kalau kata kita potong peruntukan untuk penduduk PJ, Damansara - PM PETALING JAYA Perdana Menteri menafikan dakwaan kerajaan memotong peruntukan kepada rakyat di kawasan Parlimen tertentu sebaliknya menegaskan dana pembangunan tetap disalurkan mengikut keperluan |
|
Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran Pasar Borong Selangor – Bomba - Mygazette - 25/07 7:42 am # Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran Pasar Borong Selangor - Bomba KUALA LUMPUR - Tiada mangsa terlibat atau ditemui dalam kebakaran yang memusnahkan beberapa premis perniagaan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan selepas kerja-kerja punggahan sisa bahan terbakar selesai dijalankan dekat sini petang tadi |
|
Unit pangsapuri tingkat 9 di Setia Alam terbakar - Mygazette - 25/07 7:42 am KUALA LUMPUR - Sebuah unit pangsapuri di tingkat sembilan Pangsapuri Sri Pinang, Setia Alam terbakar dalam kejadian tengah hari tadi |
|
Bukan soal parti tapi prinsip hargai keberanian bersuara – Dr Sathia - Mygazette - 25/07 7:42 am # Bukan soal parti tapi prinsip hargai keberanian bersuara - Dr Sathia JEMPOL - Keberanian mempertahankan prinsip, kesederhanaan dan perpaduan tanpa mengira perbezaan parti politik perlu dijadikan amalan semua pemimpin demi memastikan keharmonian negara terus terpelihara |
|
Platform FWCMS berjaya sekat kegiatan kartel pekerja asing ??? Penganalisis - Mygazette - 25/07 7:42 am # Platform FWCMS berjaya sekat kegiatan kartel pekerja asing Penganalisis SEREMBAN Platform Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dibangunkan Bestinet Sdn Bhd dilihat berjaya menyekat kegiatan kartel pekerja asing daripada terus berleluasa di negara ini |
|
AMK bakal adakan Jelajah Gen Z, buka ruang anak muda kenal... - Mygazette - 25/07 7:42 am # AMK bakal adakan Jelajah Gen Z, buka ruang anak muda kenal perjuangan reformasi - Fahmi PETALING JAYA Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan melancarkan Jelajah AMK Gen Z ke seluruh negara susulan penyertaan seramai 3,075 ahli baharu yang majoritinya terdiri daripada golongan muda |
|
Selangor encourages local fruit consumption to reduce reliance on imports - Sinardaily - 24/07 8:58 pm SHAH ALAM - The Selangor state government is promoting the purchase and consumption of local fruit in a bid to reduce Malaysias reliance on imported fruit and vegetables, which cost an estimated RM7.5 billion each year.State Infrastructure and Agriculture Committee chairman Datuk Izham Hashim said the measure would increase demand for local agricultural produce while boosting the incomes of farming households and agri-entrepreneurs."Programmes such as the Selangor Fruit Festival 2026 are an important annual platform for promoting high-quality local produce |
|
PAFA lantik Noor Zaidi ketua jurulatih baharu Perak - Sinarharian - 24/07 6:57 pm BEKAS penolong jurulatih Selangor, Noor Zaidi Rohmat dilantik sebagai ketua jurulatih Perak FA bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027, demikian diumumkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan Noor Zaidi yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC Professional Diploma (Pro-A), selain pengalaman luas serta rekod cemerlang dalam pembangunan pemain muda di peringkat kebangsaan."Pengalaman lebih sedekad dalam arena bola sepak negara diyakini mampu membawa Perak FA menjadi sebuah pasukan yang lebih kompetitif, di samping memperkukuh pembangunan bakat muda sebagai teras kejayaan pasukan."PAFA percaya pengalaman, kepakaran serta falsafah kejurulatihan yang dimiliki Noor Zaidi akan membawa dimensi baharu kepada Perak FA, sekali gus membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan bagi musim 2026/2027," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Perak FA hari ini.Pelantikan ketua jurulatih baharu itu dibuat susulan syarat baharu yang ditetapkan Amateur Football League (AFL), yang mewajibkan setiap pasukan mempunyai ketua jurulatih berkelayakan Lesen Pro-A.Musim lepas, Perak dibimbing bekas pemain kebangsaan Syamsul Saad yang berjaya membawa pasukan itu menduduki tangga kelima liga, selain mara ke separuh akhir Piala Cabaran MFL dan suku akhir Piala Malaysia.Sepanjang kariernya, Noor Zaidi mencipta nama bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila membawa Selangor muncul juara Piala Belia 2015, selain pernah membimbing skuad pembangunan Bawah 19 Tahun (B-19) dan Bawah 21 Tahun (B-21) Selangor.Beliau turut menggalas pelbagai peranan penting bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk sebagai Ketua Jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17), Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Bawah 15 Tahun (B-15) dan Ketua Jurulatih Projek FAM-MSN, selain pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Bawah 20 Tahun (B-20).Noor Zaidi juga membantu Malaysia muncul juara Piala AFF B-19 pada 2022, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara jurulatih pembangunan terbaik negara |
|
Pelajar gaduh di Seri Kembangan diberikan bimbingan kaunseling - JPN Selangor - Sinarharian - 24/07 5:46 pm SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah melaksanakan intervensi bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar terlibat dalam kes pergaduhan yang membabitkan seorang pelajar dan bapanya di hadapan sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, baru-baru ini.JPN Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, khususnya yang membabitkan keganasan."JPN Selangor mengambil serius insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar seperti yang tular dan dilaporkan media baru-baru ini |
|
Kebakaran: Operasi Pasar Borong Selangor tidak terjejas, pasar baharu dibina tahun depan - Sinarharian - 24/07 5:25 pm SERDANG - Operasi perniagaan di Pasar Borong Selangor di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini berjalan seperti biasa meskipun tiga kedai di pekarangan pasar berkenaan musnah dalam kebakaran malam tadi.Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, tiga premis berkenaan melibatkan sebuah kedai menjual barangan dapur, kedai pemborong telur dan kedai perkakasan."Bagi PKPS selaku pihak yang menguruskan operasi Pasar Borong Selangor, saya ingin nyatakan operasi di sini tidak terjejas |
|
Abdul Hadi 'lupa sejarah', penyatuan ummah hanya helah politik - Amirudin - Sinarharian - 24/07 4:52 pm SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mendakwa naratif penyatuan ummah dibawa oleh Pas menerusi hasrat bergabung dengan UMNO merupakan helah politik lama yang pernah dicuba beberapa kali, namun gagal.Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sejak 1981 dituduh sebagai pemecah-belah umat Islam, kaum Melayu dan rakyat Malaysia.Menurut beliau, pada tahun sama juga Abdul Hadi pernah menuduh UMNO sebagai 'parti jahiliah', namun kini Ahli Parlimen Marang itu dilihat seolah-olah melupakan sejarah dengan berhasrat menjalinkan kerjasama bersama parti tersebut kononnya atas nama perpaduan ummah."Ini bukan kali pertama usaha sedemikian dibuat untuk menghantui rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor memaklumkan, sekurang-kurangnya tiga episod pernah berlaku sebelum ini iaitu pada 1972 apabila Pas menyertai Barisan Nasional (BN).Tambahnya, 2008 pula menyaksikan episod BN kehilangan majoriti dua pertiga dan pada 2018, BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) buat kali pertama dalam sejarah politik negara."Ketiga-tiga detik percubaan ini gagal dengan begitu dahsyat."Ia akan gagal sekali lagi kerana tabiat beberapa pihak 'parasit politik' ini yang tiada prinsip, miskin maruah, tamak kuasa dan bakal menghadapi gelagat pengkhianatan apabila nafsu politik tidak tercapai," ujarnya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PN dan BN menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.PN melengkapkan kerjasama dengan BN apabila mengumumkan 11 calon gabungan itu yang akan bertanding dalam pilihan raya dijadualkan berlangsung 1 Ogos depan.Pengumuman berkenaan melengkapkan keseluruhan 36 kerusi DUN apabila BN terlebih dahulu mengumumkan 25 calon.Abdul Hadi sebelum ini menjelaskan, kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara PN dan BN pada PRN Negeri Sembilan bukan wayang politik atau rekaan semata-mata.Tegas beliau, dakwaan atau persepsi dilemparkan sesetengah pihak terhadap hubungan itu adalah tidak berasas memandangkan kedua-dua parti memberikan komitmen penuh dari segi tenaga dan kewangan sepanjang tempoh berkempen. |
|
'Kalau penyatuan ummah majukan ekonomi, rakyat SG4 patutnya dah hidup selesa' - Amirudin - Sinarharian - 24/07 4:17 pm SHAH ALAM - Rakyat di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis (SG4) sepatutnya sudah hidup jauh lebih selesa atau memperoleh pendapatan tinggi berbanding penduduk di Tokyo, Dubai dan Doha jika benar naratif penyatuan ummah boleh menyelesaikan masalah serta memajukan ekonomi.Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari secara sinis berkata, Johor pula sepatutnya sudah menjadi Shenzhen Asia Tenggara dengan pelantikan 10 timbalan Exco baru-baru ini yang terdiri dari tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, dua (MCA) dan satu (MIC).Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Selangor itu, rakyat dari empat negeri tersebut tetap memilih untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan selesa di Selangor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang."Barisan Nasional (BN) perlu menyedari hakikat ini kerana tidak lama lagi mereka akan cuba ditelan oleh PN."Tanda-tanda PN ingin mendominasi BN sudah pun ada dengan ungkapan 'Perikatan Barisan Nasional'."Sebaliknya, PH membuktikan bahawa gabungan perpaduan berasaskan kepercayaan merupakan koalisi berpandukan nilai, akhlak dan tekad mengangkat martabat rakyat supaya ekonomi Malaysia berjaya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PN dan BN menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.PN melengkapkan kerjasama dengan BN apabila mengumumkan 11 calon gabungan itu yang akan bertanding dalam pilihan raya dijadualkan berlangsung 1 Ogos depan.Pengumuman berkenaan melengkapkan keseluruhan 36 kerusi DUN apabila BN terlebih dahulu mengumumkan 25 calon.Mengulas lanjut tentang komitmen PH, Amirudin menegaskan prestasi parti-parti komponen itu bukan sekadar janji, tetapi bukti yang telah dinikmati rakyat Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan bahkan kini di peringkat Persekutuan.Jelasnya, ia dibuktikan menerusi pemberian bantuan kewangan buat golongan susah bagi mengatasi kos sara hidup serta agama Islam yang terus subur di samping pengamalan agama lain.Tidak cuma itu, kata Amirudin, generasi muda menerima peluang pendidikan dan pekerjaan berkualiti tinggi, keluarga menikmati rumah mampu milik manakala warga emas diberi sokongan atas jasa kepada negeri serta negara."Jika pihak lain ketandusan idea ingin menghantui rakyat dengan retorik politik penyatuan ummah, tekad PH pula berlandaskan 'Kesatuan Rakyat' selaras prinsip Rukun Negara bagi masa depan Negeri Sembilan dan Malaysia yang makmur," tegas beliau. |
|
11 men charged as members of organised crime syndicate 'Vinod Gang' - Sinardaily - 24/07 3:31 pm SEPANG - Eleven men were brought before the Sessions Court here today on charges of being members of an organised crime syndicate known as "Vinod Gang."No plea was recorded after the charges were read before Judge Husna Dzulkifly, as the case falls under the jurisdiction of the High Court.All 11 are accused of being members of the syndicate in Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, between April 2024 and June 27, 2026, under Section 130V(1) of the Penal Code.They are Muhammad Vinod Saktivel, 30, believed to be the group's leader; M Puvaneswaran, 34; Lawrence Alfred, 34; G Sanggeethan, 31; M Naviedran, 29; and S Sri Tharan, 27; M Surenthar, 27; N A N Viknesvaran, 27; J M Kishaan, 24; R Shervinkumar, 23; and T Saarvin, 21.Deputy public prosecutors Chow Siang Kong and Muhammad Syahrezal Mohd Shukri appeared for the prosecution, while the accused were represented by lawyers T Mishant and S Devan.The court set Sept 14 for the next mention of the case.Earlier, all 11 accused arrived at the court compound around 9am under heavy security from the Royal Malaysia Police's Criminal Investigation Department (CID).They had been arrested on June 23 and 24 through Ops Rapido, a joint operation led by Bukit Aman CID in collaboration with its Selangor counterpart.In a statement yesterday, Bukit Aman CID director Datuk M Kumar said the group is believed to have been active since 2023 and involved in gang robberies, attempted murder, armed rioting, causing injury with weapons and mischief.He said the group's modus operandi was to commit armed robberies using machetes or sharp weapons, targeting residential premises to gain material profit, power or influence.The arrest of the 11 individuals has led to the solving of 21 cases and the crippling of one active armed gang robbery syndicate in Selangor.Police are actively tracking down five other individuals believed to be members of the group, who remain at large |
|
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM9.1 juta - Mygazette - 24/07 3:21 pm SEBERANG PERAI - Taktik sindiket menyeludup masuk lebih lapan juta batang rokok bernilai lebih RM9.1 juta ke negara ini terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa sebuah kontena di Westports Malaysia Sdn |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod 11 .. - Mygazette - 24/07 3:21 pm # 11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod SEPANG - Sebanyak 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng Vinod, dari dua tahun lepas |
|
FWCMS berjaya sekat kegiatan kartel pekerja asing daripada terus membarah Penganalisis - Sinarharian - 24/07 3:21 pm KUALA LUMPUR - Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS), yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd, telah berjaya menyekat kegiatan eksploitasi kartel pekerja asing daripada terus membarah di negeri ini.Pensyarah Kanan (Ekonomi) Jabatan Pengajian Ekonomi dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor, Nurul Ainun Ahmad Atory berkata, tanpa FWCMS, kemungkinan besar kartel pekerja asing akan semakin berleluasa dan tidak mampu dibendung lagi kerana tiada peralihan daripada proses kaunter yang manual kepada platform digital tunggal yang memudahkan berlakunya ekspoloitasi dan salah guna.Beliau berkata, sistem digital yang berpusat berpotensi mengurangkan kos transaksi, mempercepatkan proses permohonan serta meningkatkan ketelusan melalui rekod digital dan audit trail yang lebih sistematik."Dalam ekonomi institusi, mekanisme ini dapat mengurangkan masalah asimetri maklumat, sekali gus mengecilkan ruang untuk aktiviti 'rent-seeking', penyalahgunaan kuasa dan penglibatan orang tengah yang tidak memberikan nilai tambah kepada ekonomi," katanya pada Jumaat.Sebelum ini, sebuah portal berita menyiarkanartikel mengenai kartel pekerja asing yang terus kebal dengan dalang-dalang di sebalik tabir terus mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan imuniti yang amat mencurigakan dan meneruskan kegiatan dengan menjalankan evolusi modus operandi.Terdahulu, Pengerusi Persatuan Peniaga Mikro Malaysia (MAMBA), Tan Peng Beng berkata, tindakan mempolitikkan FWCMS berisiko menjejaskan kemajuan bermakna yang telah dicapai dalam memperkukuh tadbir urus, kecekapan dan ketelusan pengurusan pengambilan pekerja asing di Malaysia.Ujar Peng Beng,ketiadaan sistem itu di negara ini berisiko menjejaskan kemajuan bermakna yang telah dicapai dalam memperkukuh tadbir urus, kecekapan dan ketelusan pengurusan pengambilan pekerja asing di Malaysia.Mengulas lanjut, Nurul Ainun berkata, keberkesanan sesuatu sistem digital tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kewujudannya, sebaliknya perlu disokong oleh data empirikal dan penguatkuasaan yang berterusan.Katanya, penilaian perlu dibuat berdasarkan indikator yang jelas seperti pengurangan kos pengambilan pekerja asing, tempoh pemprosesan yang lebih singkat dan peningkatan kadar pematuhan majikan.Katanya, ini termasuk pengurangan kes penipuan serta peningkatan hasil kerajaan."Sekiranya objektif-objektif ini berjaya dicapai secara konsisten, sistem seperti FWCMS bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan ekonomi, malah turut memperkukuh keyakinan pelabur terhadap ekosistem perniagaan Malaysia melalui tadbir urus yang lebih telus, cekap dan berintegriti," katanya. |
|
2,300 pelajar buru tiket final Malaysia Techlympics 2026 - Sinarharian - 24/07 3:19 pm SEGAMAT Seramai 2,300 pelajar dari 135 sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor serta Melaka berentap dalam Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Selatan bagi merebut tempat ke pentas akhir kebangsaan.Pertandingan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) itu berlangsung selama dua hari di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Segamat bermula 22 Julai lalu, dengan mengetengahkan cabaran berasaskan kecerdasan buatan (AI), robotik, dron, kejuruteraan dan inovasi.Ketua Setiausaha Mosti, Datuk Dr K Nagulendran berkata, Malaysia Techlympics menjadi platform penting dalam memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi pendekatan pertandingan yang interaktif serta menyeronokkan.Menurutnya, program itu bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal peserta, malah membentuk pemikiran kritis, kreativiti, kebolehan menyelesaikan masalah serta budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan belia."Matlamat utama Malaysia Techlympics ialah membudayakan sains, teknologi dan inovasi melalui pendekatan praktikal, pembelajaran berasaskan pengalaman serta pertandingan yang terbuka kepada pelajar dan belia daripada pelbagai peringkat umur, jantina dan kaum," katanya ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan di sini pada Khamis.Beliau berkata, edisi kali ini turut memperkenalkan dua pertandingan baharu berasaskan AI iaitu AI Vibe Coding Drone dan Cabaran FC-1 Vibe AI sejajar dengan perkembangan teknologi global.Katanya, pengenalan cabaran berkenaan bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai penggunaan AI yang semakin meluas dalam sektor perniagaan, industri dan pembangunan teknologi negara.Selain AI, peserta turut menguji kebolehan dalam bidang robotik, pengekodan, pengkomputeran, dron dan kejuruteraan menerusi pertandingan berasaskan penyelesaian masalah sebenar.Nagulendran berkata, semua peserta yang layak akan bersaing merebut tiket ke Peringkat Akhir Kebangsaan Malaysia Techlympics 2026 yang dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor pada November depan."Mosti komited memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dengan menyediakan lebih banyak platform yang mampu mencungkil bakat baharu dalam bidang teknologi dan inovasi," katanya. |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod - Sinarharian - 24/07 2:12 pm SEPANG - Sebanyak 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng Vinod, dari dua tahun lepas.Mereka ialah Muhammad Vinod Saktivel, 30 yang dipercayai ketua kumpulan itu, M |
|
Kastam rampas 8.15 juta batang rokok putih seludup bernilai RM9.14 juta - Sinarharian - 24/07 1:16 pm BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 8.15 juta batang rokok putih seludup yang dianggarkan bernilai RM9.14 juta termasuk duti dalam satu pemeriksaan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Jun lalu.Pengarahnya, Hasbollah Din berkata, rampasan itu dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Westports Malaysia Sdn Bhd.Menurutnya, kontena berkenaan diikrarkan membawa polyethylene tarpaulin (PE) atau kanvas plastik, namun pemeriksaan rapi mendapati ia sebenarnya mengandungi 815 kotak induk berisi 8,150,000 batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam."Siasatan awal mendapati kontena itu dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan dan syarikat logistik yang mempunyai cawangan di sekitar Subang Jaya, Selangor."Melalui dokumen yang diperoleh, dagangan berkenaan disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara," katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan JKDM Pulau Pinang, Perai di sini pada Jumaat.Hasbollah berkata, pengimportan rokok adalah dibenarkan namun tertakluk kepada permit import mengikut peruntukan Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.Beliau berkata, sindiket dipercayai membuat pengikraran tidak benar dengan mengisytiharkan muatan sebagai kanvas plastik bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum rokok berkenaan dipercayai diedarkan ke pasaran tempatan."Pengurus syarikat perkapalan berkenaan telah dipanggil bagi membantu siasatan |
|
SPR digesa siasat pengumuman SARA ketika kempen PRN - Muhammad Faizzuddin - Sinarharian - 24/07 1:08 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pengumuman kenaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siri Jelajah Kekal Harapan pada Rabu.Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya kecewa dengan pengumuman itu kerana mendakwa ia bercanggah dengan pendirian yang dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini berhubung larangan mengumumkan peruntukan atau projek baharu selepas hari penamaan calon.Beliau menegaskan, pada Sidang Dewan Rakyat 30 Jun lalu, Perdana Menteri memaklumkan larangan itu masih berkuat kuasa."Pengumuman kenaikan SARA ketika tempoh kempen menimbulkan persoalan mengenai konsistensi kerajaan dalam mematuhi prinsip tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada JumaatAnwar pada Rabu lalu memaklumkan, kerajaan akan menaikkan kadar SARA dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.Menurut Anwar, langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.Mengulas lanjut, Muhammad Faizzuddin memberitahu, berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, tindakan mengumumkan bantuan ketika tempoh kempen boleh menimbulkan persepsi bertujuan mempengaruhi pengundi.Katanya, Pemuda Pas Selangor tidak mempertikaikan keperluan kerajaan membantu rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup, malah menyokong sebarang inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat."Namun, pelaksanaan dan pengumuman bantuan perlu dibuat pada masa serta platform yang bersesuaian supaya tidak menimbulkan persepsi bertentangan dengan komitmen kerajaan dan peraturan pilihan raya," ujar beliau.Sehubungan itu, beliau menggesa SPR menjalankan siasatan bagi memastikan setiap proses pilihan raya berlangsung secara bersih, adil dan berintegriti."Rakyat bukan sahaja berhak menerima bantuan, malah berhak menikmati proses demokrasi yang telus serta bebas daripada sebarang unsur penyalahgunaan kuasa," tambah beliau. |
|
Major fire erupts at Seri Kembangan wholesale market, gas tanks explode - Malaymail - 24/07 10:32 am SERDANG, July 24 Firefighters battled a major blaze at the Selangor Wholesale Market in Seri Kembangan last nigh... |
|
Kedai perkakas elektrik di Pasar Borong Selangor musnah 90 peratus - Sinarharian - 24/07 10:25 am SERI KEMBANGAN - Kebakaran di Pasar Borong Selangor awal pagi Jumaat memusnahkan kira-kira 90 peratus sebuah lot kedai yang menjual perkakas elektrik dan peralatan dapur di Blok B4, Pusat Bandar Putra Permai di sini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi pemadaman kebakaran berjaya diselesaikan sepenuhnya kira-kira jam 6.20 pagi.Menurutnya, setakat jam 7.50 pagi, anggota bomba masih menjalankan kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran yang tertumpu di kawasan lot kedai yang musnah."Operasi akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi baki bara atau punca kebakaran yang boleh menyebabkan api marak semula."Kita juga sedang menunggu ketibaan sebuah jengkaut bagi membongkar sisa runtuhan untuk memastikan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Media sebelum ini melaporkan kebakaran dilaporkan memusnahkan sebuah premis menjual barangan logam di kawasan Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.Kebakaran yang berlaku turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke bangunan utama pasar.Ashrul berkata, operasi pemadaman membabitkan 68 pegawai dan anggota JBPM dengan bantuan 67 anggota Pasukan Bomba Sukarela.Katanya, operasi itu menggunakan lima jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), dua Aerial Ladder Platform (ALP), sebuah All Terrain Vehicle (BATV), tiga Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta tujuh lori tangki air.Tambah beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. |
|
Hakam: Fungsi dan peranan dalam menyelesaikan konflik rumah tangga - Sinarharian - 24/07 9:30 am Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam |
|
Police arrest two bikers for Superman rides on PLUS highway near Hulu Selangor - Malaymail - 24/07 9:04 am KUALA LUMPUR, July 24 Two motorcyclists have been arrested after executing reckless Superman stunt... |
|
2,000 tin gas metana cetus risiko tinggi dalam operasi padam kebakaran Pasar Borong Selangor - Sinarharian - 24/07 8:08 am SERDANG Operasi memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor di sini berdepan cabaran besar, susulan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana berada dalam premis yang terbakar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, beberapa siri letupan berlaku ketika peringkat awal operasi, namun keadaan berjaya dikawal oleh pasukan bomba.Menurutnya, maklumat awal diterima pihaknya mendapati terdapat sejumlah besar tin gas metana disimpan di dalam premis terbabit, sekali gus meningkatkan risiko kepada anggota yang menjalankan operasi pemadaman."Berdasarkan penilaian di lokasi, kita dimaklumkan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan."Pada peringkat awal memang berlaku beberapa siri letupan, namun kita berjaya mengawalnya," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.Beliau berkata, anggota bomba kini masih meneruskan operasi pemadaman di tiga stor yang terletak di bahagian belakang premis.Ashrul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan tiba sembilan minit kemudian.Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat."Operasi ini membabitkan 68 anggota JBPM daripada 15 balai bomba di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dibantu 11 pasukan bomba sukarela selain anggota polis," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, operasi pemadaman turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta."Susulan itu, kita menggunakan sepenuhnya bekalan air daripada jentera serta lori tangki bomba sepanjang operasi," katanya.Beliau berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan akan dijalankan selepas kerja pemadaman selesai sepenuhnya.Sebelum ini, kebakaran besar dilaporkan memusnahkan sebuah premis menjual barangan logam di kawasan Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.Kebakaran yang berlaku turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke bangunan utama pasar. |
|
Polis tahan suspek cuba samun van keselamatan, rampas senjata api Polis .. - Mygazette - 24/07 8:01 am # Polis tahan suspek cuba samun van keselamatan, rampas senjata api KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditahan berhubung kes cubaan samun van keselamatan yang membawa wang tunai, di Bukit Tinggi, Klang, 20 Julai lalu |
|
Kedai berhampiran Pasar Borong Selangor terbakar Kedai berhampiran Pasar .. - Mygazette - 24/07 8:01 am SERI KEMBANGAN - Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor, di sini musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira 11 malam tadi |
|
Sanusi anggap cadangan PBN Hamzah sekadar 'syok-syok' - Sinarharian - 24/07 12:44 am JEMPOL - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan istilah 'Perikatan Barisan Nasional' yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai 'syok-syok'.Menurutnya, setakat ini perkara berkenaan tiada dalam perbincangan."Saya pun tak pernah dengar, cuma dia syok-syok saja kot |
|
Kedai perkakas berhampiran Pasar Borong Selangor musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 24/07 12:18 am SERI KEMBANGAN - Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor di sini musnah dalam satu kebakaran yang bermula kira-kira 11 malam tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi Bernama berkata, setakat ini, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja pemadaman.Beliau berkata, api semakin marak dan mula merebak ke beberapa premis berhampiran, menyebabkan jentera tambahan terpaksa digerakkan ke lokasi kejadian."Ya, saya sahkan kejadian dan jentera (tambahan) masih dalam perjalanan |
|
Polis tahan lelaki cuba samun van keselamatan, rampas semula senjata api - Sinarharian - 23/07 10:33 pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun van keselamatan dan melarikan senjata api di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang, Isnin lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Shah Alam, Selangor pada 11 pagi tadi.Beliau berkata, dalam kejadian 20 Julai itu, suspek dipercayai cuba menyamun kenderaan syarikat keselamatan yang sedang membawa wang tunai sebelum bertindak merampas senapang jenis 'pump gun' milik pengawal keselamatan dan melarikan diri menaiki motosikal."Susulan itu, satu operasi khas telah dilancarkan oleh Bahagian D9 JSJ Bukit Aman dan pasukan serbuan berjaya merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore daripada suspek."Turut dirampas ialah sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Kumar berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.Katanya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali."Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di hadapan mahkamah esok," katanya.- Bernama |
|
Selangor laksana pelan mitigasi banjir RM40 juta di PJ - FMT - 23/07 9:30 pm Antara kawasan diberi keutamaan kritikal termasuk Seksyen 51A (Jalan 223) dan kawasan terowong FAS berhampiran Jalan PJU 1A. |
|
Flood walls, retention ponds, rent relief: Selangors RM40.5m response after latest PJ floods - Malaymail - 23/07 7:49 pm SHAH ALAM, July 23 The Selangor state government is implementing the Immediate and Moderate Flood Mitigation Pla... |
|
Lebih 52,000 mohon Faedah Pengangguran, Gerakan persoal dakwaan ekonomi .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm # Lebih 52,000 mohon Faedah Pengangguran, Gerakan persoal dakwaan ekonomi kukuh KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah permohonan faedah pengangguran daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial tahun ini yang disifatkan mencerminkan keadaan sebenar pasaran pekerjaan negara |
|
‘Geng Lakino Garuda’ curi kabel solar, cip elektronik tumpas - Mygazette - 23/07 4:55 pm # 'Geng Lakino Garuda' curi kabel solar, cip elektronik tumpas KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan kegiatan curi kabel solar dan komponen telekomunikasi dipercayai didalangi seorang warga Indonesia dan 10 ahli 'Geng Lakino Garuda' yang mengakibatkan kerugian hampir RM1 juta |
|
Letak jawatan bukan alat tekanan politik – Dr. Sathia - Mygazette - 23/07 4:55 pm # Letak jawatan bukan alat tekanan politik - Dr |
|
Op Rapido tumpaskan Geng Vinod, 21 kes jenayah kekerasan di Selangor .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm # Op Rapido tumpaskan Geng Vinod, 21 kes jenayah kekerasan di Selangor selesai KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan satu sindiket jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Vinod' yang dipercayai aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di sekitar Selangor sejak 2023 menerusi Op Rapido |
|
Selangor road accidents on the rise? Multiple fatal crashes within days - Sinardaily - 23/07 4:16 pm SHAH ALAM A spate of fatal road accidents involving motorcyclists in Selangor over the past few days has once again highlighted road safety concerns after crashes in Puncak Alam, Klang and Shah Alam claimed multiple lives.The latest cases involved motorcyclists killed in collisions involving cars, lorries and road infrastructure, with police urging all road users to remain vigilant and comply with traffic regulations.In Puncak Alam, a 29-year-old motorcyclist was killed after being struck by a car while waiting at a traffic light at the Jalan Persiaran Mokhtar Dahari intersection near Hillpark on July 21.Sungai Buloh district police chief Superintendent Mohd Hafiz Muhammad Nor said police received a report regarding the incident at about 8.23pm.He said preliminary investigations found the crash involved a Yamaha Y15ZR motorcycle ridden by a local man and a Nissan Almera driven by a foreign national.The investigation found that the victim was on his way home from work |
|
Police cripple Geng Vinod organised crime group after 11 suspects detained in Selangor - Malaymail - 23/07 4:12 pm KUALA LUMPUR, July 23 Police have crippled an organised crime group known as Geng Vinod beli... |
|
11 alleged members of Geng Vinod to be charged in court tomorrow - FMT - 23/07 4:00 pm Police say their arrests late last month helped solve 21 gang robbery cases in Selangor. |
|
'Jika BN umum Jalaluddin calon MB, baru sesuai debat dengan Tok Min'- Khalid - Sinarharian - 23/07 4:00 pm SEREMBAN Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mempersoalkan kewajaran Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berdebat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar gabungan itu.Menurut beliau, perkara berkenaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya Jalaluddin telah pun diumumkan secara rasmi sebagai calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN)."Adakah Datuk Seri Jalaluddin merupakan calon Menteri Besar? Adakah apabila beliau mencabar Tok Min (Aminuddin) ini mengesahkan bahawa beliaulah calon Menteri Besar BN-PN?"Kalau beliau calon Menteri Besar, biarlah diumumkan dan diisytiharkan secara rasmi |
|
DAP bimbang penyatuan ummah di Negeri Sembilan - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 23/07 3:14 pm SHAH ALAM - Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP mula menunjukkan reaksi tidak senang dengan realisasi penyatuan ummah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dakwa Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, PH dan DAP menyedari hakikat bahawa sekiranya rakyat benar-benar menterjemahkan penyatuan ummah di atas kertas undi, kedua-duanya bakal tersungkur dalam pilihan raya kali ini.Lebih-lebih lagi menurutnya, trend pengundian masyarakat Cina terhadap DAP semakin menurun sejak pilihan raya di Sabah, Johor dan tidak mustahil berulang di Negeri Sembilan."Keadaan ini sudah cukup untuk membimbangkan DAP, kerusi selamat sedia ada pun mungkin tidak lagi stabil."Apabila koalisi penyatuan ummah dibentuk, gelombang penolakan terhadap DAP semakin membarah dan kuat," katanya di Facebook pada Khamis.Pada 16 Julai lalu, PN mengumumkan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban.ARTIKEL BERKAITAN:'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinMenurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, sebanyak lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Pada masa sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, gabungan itu melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi Barisan Nasional (BN) yang mana parti itu hanya meletakkan calon di 25 DUN.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berpendapat bahawa sasaran 23 kerusi dalam pilihan raya kali ini adalah realistik."Sebanyak 14 kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRN lalu, tiga kerusi Pas dan dua kerusi di DUN Gemenceh dan Gemas mempunyai harapan yang tinggi untuk dimenangi BN serta PN, menjadikannya keseluruhan 19 kerusi."Empat lagi DUN dalam situasi terbuka dan berpotensi untuk dimenangi BN mahupun PN kerana mempunyai majoriti Melayu yang tinggi |
|
Tanjong Sepat to be free of pig farms by October, says Selangor exco - Malaymail - 23/07 2:41 pm KUALA LUMPUR, July 23 The clearance of all pig farms in Tanjong Sepat, Kuala Langat is expected to be completed... |
|
Climate change takes toll as 350km of Selangor coastline erodes, state exco says - Malaymail - 23/07 2:23 pm SHAH ALAM, July 23 About 350km of Selangors coastline has been identified as affected by erosion due to v... |
|
Ahmad Zahid balas pantun Anwar - Sinarharian - 23/07 2:23 pm GEORGE TOWN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membalas pantun yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial sambil menegaskan hubungan mereka dalam Kerajaan Perpaduan kekal baik.Ahmad Zahid berkata, pantun berkenaan dihasilkan pada malam Rabu sejurus selepas beliau membaca hantaran pantun Anwar yang tular ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin memuncak.Menurutnya, balasan itu dibuat secara bersahaja sebagai respons terhadap pelbagai gurauan dan spekulasi yang mengaitkan hubungan antara mereka."Saya pun ada pantun juga |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 23/07 1:43 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 3 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah membabitkan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.Keadaan sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Pahang (Rompin).Negeri lain yang turut terjejas ialah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) |
|
Dipaksa kerja tanpa gaji: Wanita Sri Lanka diselamatkan, majikan ditahan - Mygazette - 23/07 8:26 am # Dipaksa kerja tanpa gaji: Wanita Sri Lanka diselamatkan, majikan ditahan KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dan eksploitasi menerusioperasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA JIM di sekitar Jenjarom, Selangor |
|
Kes bunuh di Cheras: Motif kejadian masih dalam siasatan – Shazeli - Mygazette - 23/07 8:26 am # Kes bunuh di Cheras: Motif kejadian masih dalam siasatan - Shazeli KUALA LUMPUR - Polis menyiasat motif sebenar kes pembunuhan seorang lelaki warga asing yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Isnin |
|
Kes rompak bank : Pemandu van keselamatan meninggal dunia akibat jantung - Mygazette - 23/07 8:26 am # Kes rompak bank : Pemandu van keselamatan meninggal dunia akibat jantung KUALA LUMPUR - Seorang petugas syarikat keselamatan yang terlibat dalam kes cubaan samun wang tunai RM82,000 di Klang disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung, ketika proses keterangan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan |
|
Tamim Dahri: Penguatkuasaan tak boleh bersifat pilih kasih – Firdaus .. - Mygazette - 23/07 8:26 am # Tamim Dahri: Penguatkuasaan tak boleh bersifat pilih kasih - Firdaus Wong KUALA LUMPUR Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) tidak mempertahankan mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang |
|
Kerajaan Perpaduan kekal stabil - PM - Sinarharian - 23/07 12:10 am SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kekal stabil dan kukuh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi serta keyakinan pelabur tidak terjejas.Beliau berkata, kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat adalah baik dan diterjemahkan menerusi kelancaran mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan secara konsisten walaupun bersaing di peringkat negeri."Di peringkat negeri mungkin ada isu tetapi di peringkat pusat belum lagi, dan mudah-mudahan insya-ALLAH, kekal selepas pilihan raya."Baru-baru ini, saya bermesyuarat Jemaah Menteri bersama-sama (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Seri Mohamad Sabu; (Menteri Pengangkutan), Anthony Loke; (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan lain seperti biasa.. |
|
Football legends rally support for SMK Bario Education project through Acmar Group CSR initiative - Sinardaily - 22/07 9:15 pm KLANG Malaysian football legend Datuk Santokh Singh joined corporate and community partners in supporting the SMK Bario classroom expansion project in Sarawak through the Legends United for SMK Bario CSR initiative, which aims to empower indigenous youths through education and sports.Organised by Acmar Group in collaboration with Justice of Peace (JP) Selangor and the Football Association of Selangor (FAS), the football-themed initiative brought together representatives from the corporate, sports and community sectors to raise awareness and support for improving learning facilities at SMK Bario, which serves the Kelabit and Penan communities in the Bario Highlands.Held on July 20 at T Cafe, Wyndham Acmar Klang Hotel, the event featured the symbolic handover of a framed jersey signed by Santokh as a gesture of support for the education-focused project.The classroom expansion initiative, originally started by Projek57, is now supported through Acmar Groups CSR efforts in partnership with JP Selangor and FAS, with funds raised channelled to Projek57 to ensure transparent management of the project.Acmar Group Deputy Group chief executive officer Adrian Tee said education remained a key foundation in creating opportunities for underserved communities.Education is the foundation of empowerment |
|
Cops bust online syndicate that raked in an estimated RM27 million in bets a day - Sinardaily - 22/07 8:09 pm SUBANG JAYA - Police crippled an online gambling syndicate, believed to have raked in an estimated RM27 million in bets a day, including on the recently concluded FIFA World Cup, after raiding 19 business and residential premises across the Klang Valley on July 16.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M |
|
Dipaksa kerja tanpa gaji, wanita Sri Lanka didera majikan - Sinarharian - 22/07 7:23 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Sri Lanka diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas disyaki mengeksploitasi seorang wanita senegaranya sebagai buruh paksa dalam operasi di tiga lokasi sekitar Jenjarom, Selangor pada Selasa.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan hasil aduan awam dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta AMLA."Operasi itu turut membawa kepada penyelamatan seorang wanita warga Sri Lanka yang dikenal pasti sebagai mangsa eksploitasi buruh paksa."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diperdaya dengan tawaran pekerjaan serta janji mendapatkan permit kerja sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sebuah premis makanan milik suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zakaria berkata, mangsa dipercayai dipaksa bekerja tanpa menerima gaji, tidak diberikan makanan yang mencukupi, dikawal pergerakannya serta mengalami kekerasan fizikal sebagai bentuk ugutan dan intimidasi."Enam lagi warga Sri Lanka berusia antara 21 hingga 51 tahun turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah," katanya.Beliau berkata, mangsa dikenal pasti berdasarkan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang 2.0 (NGHTI 2.0), manakala permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) telah dibuat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Siasatan mendapati suspek yang memegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLS) melalui perkahwinan dengan seorang warga Malaysia disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.Zakaria berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi pekerja dan pemerdagangan orang."Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat," katanya. |
|
Sindiket penipuan warga asing di sebalik kondominium, banglo dibongkar - Sinarharian - 22/07 5:25 pm SHAH ALAM - Rumah banglo dan kondominium yang digunakan sindiket bagi berselindung melakukan kegiatan pusat panggilan (calling centre) penipuan dibongkar menerusi empat siri serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.Operasi bermula 15 hingga 20 Julai lalu itu berjaya membawa tangkapan 40 warga asing termasuk empat wanita yang dipercayai berperanan sebagai operator khidmat pelanggan selain rampasan barang kes mencecah RM46,000.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan pertama oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 15 Julai di Bandar Sungai Long berjaya menumpaskan sindiket penipuan urusan jual beli barangan dalam talian dengan tangkapan 16 individu termasuk seorang wanita.Menurutnya, serbuan kedua pada tarikh sama di Country Heights, Kajang turut berjaya membongkar sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dengan tangkapan 15 individu termasuk dua wanita."Pada 18 Julai, serbuan ketiga di Saujana Impian, Kajang membawa tangkapan empat lelaki kerana terlibat sindiket love scam."Serbuan keempat yang digerakkan BSJK IPD Serdang pada 20 Julai di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan berjaya menangkap lima individu termasuk seorang wanita kerana terlibat sindiket love scam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Rabu.Beliau berkata, antara rampasan ialah naskah dan dokumen skrip yang digunakan sebagai 'panduan' bagi menipu mangsa.Katanya, siasatan mendapati empat sindiket terbabit tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan beroperasi antara Mei hingga bulan ini.Katanya, sindiket terbabit menyasarkan mangsa warga China, Amerika dan Kanada termasuk menggunakan aplikasi khas bagi love scam dan jual beli barangan."Pusat panggilan pula membabitkan rumah banglo dua dan tiga tingkat serta kondominium," ujarnya.Tambahnya, semakan awal mendapati suspek-suspek dari negara Timur Asia dan Asia Selatan berusia lingkungan 22 hingga 55 tahun tersebut memasuki negara ini menggunakan pas pelancong."Ada antara suspek yang ditahan belum menerima upah kerana baharu sahaja terlibat dalam sindiket."Semakan latar belakang juga sedang dijalankan sama ada terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi," jelasnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 120B Kanun Keseksaan. |
|
Pertaruhan RM27 juta sehari, sindiket judi Piala Dunia tumpas - FMT - 22/07 5:21 pm Seramai 161 individu termasuk lima pengarah syarikat ditahan dalam serbuan 19 premis di Kuala Lumpur dan Selangor. |
|
Mangsa culik RM7 juta ditahan bawah LLPK, disyaki terlibat sindiket dadah - Sinarharian - 22/07 5:17 pm SUBANG JAYA - Mangsa dalam kes culik dan tuntutan tebusan RM7 juta yang diselamatkan di Selangor pada Sabtu lalu, kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Selangor pada Selasa.Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah membabitkan kes komersial dan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah."Ketika ditahan, lelaki terbabit positif dadah hasil ujian saringan air kencing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan diculik serta menahan enam individu dipercayai terlibat dalam tuntutan wang tebusan RM7 juta menerusi operasi khas di Selangor.Enam individu termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 46 tahun direman selama 10 hari mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.Artikel berkaitan:Tuntut tebusan RM7 juta: Polis selamatkan mangsa culik, tahan enam suspekDalam perkembangan sama, Kumar berkata, pihaknya turut menahan dua lagi individu berusia lingkungan 30-an yang disyaki terbabit dalam kes culik tersebut di sekitar Selangor pada Selasa."Seorang daripada dua individu terbabit adalah bekas anggota polis yang telah dipecat pada 2023 kerana terbabit dalam kes dadah."Kedua-dua lelaki terbabit direman 10 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
Sindiket judi dalam talian raih RM27 juta sehari tumpas - Sinarharian - 22/07 5:10 pm SUBANG JAYA Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik syarikat komputer terbongkar susulan penahanan 161 individu dalam serbuan Op Soga XI di 19 premis di Lembah Klang pada Khamis lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, seramai 106 lelaki dan 55 wanita termasuk enam warga asing berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan dalam serbuan itu."Turut ditahan ialah lima lelaki tempatan yang dipercayai merupakan pengarah serta pemegang saham syarikat terbabit."Kita turut merampas pelbagai perkakasan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan serta mempromosikan aktiviti pertaruhan perjudian dalam talian, antaranya 182 unit komputer, 137 komputer riba dan 152 telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, pada Rabu.Kumar berkata, serbuan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, JSJ Selangor serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."Siasatan awal mendapati sindiket itu membangunkan aplikasi sendiri sebelum mempromosikannya kepada pelanggan bagi membolehkan pertaruhan dibuat untuk perlawanan bola sepak dan pelbagai bentuk perjudian lain," katanya.Beliau berkata, walaupun aplikasi berkenaan digunakan oleh pelanggan dari dalam dan luar negara, keseluruhan operasi pertaruhan dikawal oleh sindiket yang berpangkalan di Malaysia."Sindiket itu mengendalikan nilai pusingan kredit pertaruhan yang dianggarkan mencecah RM27 juta sehari," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati bahawa walaupun syarikat berkenaan didaftarkan di bawah nama berbeza, kesemuanya dipercayai berada di bawah satu sindiket yang sama."Kita juga percaya sindiket ini bukan hanya memfokuskan pertaruhan Piala Dunia, malah menawarkan pelbagai bentuk perjudian lain," katanya.Kumar berkata, sebanyak 14 kertas siasatan dibuka membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor."Kes disiasat mengikut Seksyen 4C dan Seksyen 4E Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4G Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 120B Kanun Keseksaan," katanya.Dalam perkembangan sama, Kumar berkata, sepanjang Op Soga yang dijalankan sejak 11 Jun hingga 20 Julai, polis melaksanakan 649 serbuan dan menahan 945 individu terdiri daripada 835 lelaki serta 110 wanita."Kita turut merampas wang tunai hampir RM200,000 selain mengesan nilai pertaruhan sebanyak RM35,148,815.88," katanya.Kumar berkata, sepanjang tempoh operasi itu, polis bersama SKMM turut mengesan 637 laman sesawang yang mempromosikan kegiatan perjudian."Sebahagian laman sesawang itu telah disekat, manakala bakinya sedang melalui proses tindakan lanjut," katanya. |
|
Stadium Hoki MBDK diiktiraf FIH, siap sedia jadi gelanggang SUKMA Selangor 2026 - Sinarharian - 22/07 5:04 pm STADIUM Hoki Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Kompleks Sukan Pandamaran yang siap dinaik taraf dengan kos RM8 juta kini diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara venue utama Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.Stadium berkenaan, yang dirasmikan pada Selasa, menjadi simbol komitmen MBDK dalam memperkasakan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa di Bandar Diraja Klang menjelang temasya SUKMA yang berlangsung bulan depan.Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, penaiktarafan itu bukan sahaja meningkatkan kualiti kemudahan sukan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat atlet, penganjuran kejohanan bertaraf tinggi serta pertumbuhan ekonomi setempat.Menurutnya, projek naik taraf stadium itu disiapkan sepenuhnya pada 1 Julai lalu dengan kos keseluruhan RM8 juta."Peruntukan yang dilaburkan ini bukan sekadar satu perbelanjaan, sebaliknya merupakan pelaburan strategik yang bakal memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan sukan dan ekonomi tempatan."Kita percaya kemudahan sukan yang berkualiti mampu menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat, pembangunan belia, pengukuhan perpaduan komuniti serta menjadi platform melahirkan atlet yang mampu bersaing di pentas dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Padang dan Penaiktarafan Kemudahan Fasiliti Stadium Hoki MBDK di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.Abd Hamid berkata, lebih membanggakan apabila stadium berkenaan menerima pensijilan FIH bagi tempoh tiga tahun bermula 3 Julai lalu, sekali gus mengesahkan ia memenuhi piawaian antarabangsa.Katanya, pengiktirafan tersebut membolehkan Stadium Hoki MBDK menjadi venue penganjuran kejohanan hoki bertaraf dunia selain memenuhi keperluan penyiaran televisyen secara langsung."Selain dilengkapi padang sintetik jenis Poligras Platinum, stadium ini turut mempunyai papan skor elektronik dan sistem lampu limpah berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi pertandingan antarabangsa."Stadium ini mampu menampung sehingga 1,300 penonton serta menyediakan 160 petak parkir, sekali gus memperkukuh hasrat menjadikan Bandar Diraja Klang sebagai hab penganjuran hoki bertaraf kebangsaan dan antarabangsa," katanya. |
|
Calon Bebas Sri Tanjung tampil manifesto tujuh teras - Sinarharian - 22/07 4:53 pm PORT DICKSON - Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainudin tampil dengan manifesto mengandungi tujuh teras yang memberi penekanan kepada penguatkuasaan adil, pemeliharaan warisan sejarah, pemartabatan Bahasa Melayu, perlindungan peniaga kecil dan kebebasan bersuara.Menurut beliau, manifesto itu bertujuan mempertahankan identiti Port Dickson di samping memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara saksama tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan."Penguatkuasaan mesti dibuat tanpa pilih kasih |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |