///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Bomba News   Page 1    



Suami isteri ditemui maut berpelukan dalam kolam kumbahan - Sinarharian - 12/11 9:52 pm

PAPAR - Sepasang suami isteri maut selepas tergelincir ke kolam kumbahan ternakan babi dalam kejadian di Kampung Kawari di sini pada Khamis.Lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun ditemukan dalam keadaan berpelukan di dalam kolam berkenaan.Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan dua mayat itu pada jam 11.56 pagi."Sepasukan anggota dari Balai Polis Papar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa."Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa merupakan pasangan suami isteri yang ditemukan dalam keadaan berpelukan di kolam berkenaan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, siasatan awal mendapati pasangan warga Indonesia itu didapati bekerja di kawasan kandang ternakan tersebut."Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, mangsa lelaki dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan, manakala isterinya dipercayai cuba memberikan bantuan sebelum turut terjatuh ke dalam kolam tersebut."Bagaimanapun, keadaan sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.Heryan berkata, kedua-dua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian," katanya.





Kepala air akibat hujan lebat cabaran SAR dua lagi mangsa hilang - Sinarharian - 12/11 6:09 pm

HULU SELANGOR - Kepala air yang sekali lagi berlaku pada Rabu susulan hujan lebat antara cabaran dihadapi pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, di sini.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, keadaan itu menyukarkan pasukan penyelamat menjalankan pemeriksaan dan pencarian di kawasan berkenaan.Beliau berkata, keadaan beberapa lubuk sungai yang agak dalam turut menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang."Hujan lebat semalam menyebabkan kejadian kepala air sekali lagi berlaku di kawasan berkenaan."Selain itu, terdapat kawasan lubuk yang agak dalam dan keadaan itu turut menyukarkan usaha pencarian," katanya dalam sidang media perkembangan operasi SAR di sini pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan enam daripada lapan mangsa tragedi kepala air itu ditemukan, manakala dua lagi masih hilang setakat Khamis.Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu, lapan lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal serta India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Katanya, operasi SAR yang memasuki hari keempat itu melibatkan kira-kira 108 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Sebanyak empat bot digunakan dalam operasi hari ini, selain bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Udara PDRM yang menggunakan dron bagi memperluas pemantauan dari udara," katanya.Mengulas mengenai penemuan mangsa keenam, Manimaran berkata, mayat lelaki berkenaan ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis di kawasan muara sungai berhampiran Jambatan Pertak.Jelasnya, lokasi penemuan mayat itu terletak kira-kira 1.3 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman identiti."Setakat ini, seorang mangsa lemas yang juga warga tempatan telah diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian, manakala lima lagi mayat masih belum diserahkan kerana proses bedah siasat dan pengecaman identiti," katanya.Sementara itu, Ketua JBPM Zon Rawang, Mustakim Rimon berkata, operasi pencarian turut menggunakan kaedah 'snif and dive' yang dilaksanakan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengesan menggunakan bot penyelamat.Beliau berkata, pasukan penyelamat turut menjalankan pencarian di satu kawasan di Sektor A selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang terhidu bau dipercayai daripada mayat ketika melalui lokasi berkenaan selepas pulang dari kebun."Pemeriksaan dan pencarian di lokasi tersebut bagaimanapun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu."Operasi pencarian dibahagikan kepada empat sektor iaitu Sektor A hingga D meliputi kawasan Lata Jebus hingga sekitar Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor dan pencarian seterusnya akan difokuskan di Sektor C," katanya.





Dr Dzul rakam kepada pakar HKL selepas tangan anggota polis berjaya .. - Wrlr - 12/11 5:22 pm

Thierry, 26, merupakan anggota Cawangan Kereta Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang cedera ketika menjalankan tugas dalam satu operasi di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong pada 11 November. Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang dilaporkan menyerang anggota polis, bomba dan petugas kesihatan yang berada di hadapan kediaman berkenaan





Ribuan ikan bertaburan di atas jalan raya - Utusan - 12/11 4:18 pm

BAGAN DATUK: Ribuan ikan bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan itu terbabas ke bahu jalan ketika dalam perjalanan dari Hutan Melintang menghala ke Kampung Kota, di sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Mohd





Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai - Sinarharian - 12/11 3:55 pm

SUNGAI PETANI - Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai berdekatan Pekan Lama di sini dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Khamis.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan."Setakat ini, identiti tidak dikenali, bangsa juga tidak boleh dikenal pasti jadi minta masyarakat kalau ada kehilangan ahli keluarga, datang membuat laporan polis," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.Jelasnya, pengesahan warga negara mahupun kesan kecederaan sekiranya dialami juga sukar untuk dipastikan memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput."Kita akan tengok juga daerah Kuala Muda dan juga daerah-daerah berdekatan jika ada laporan orang hilang yang menyamai deskripsi inilah, seorang wanita lingkungan umur 30-an ke atas," katanya.Jelasnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.





'Bau mayat bawa penemuan jasad mangsa keenam' - Sinarharian - 12/11 1:58 pm

HULU SELANGOR Bau mayat membawa kepada penemuan satu lagi mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini pada Khamis.Mayat mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran kawasan Empangan Sungai Selangor kira-kira jam 10.15 pagi, menjadikan enam daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian Isnin lalu berjaya ditemukan, manakala dua lagi masih hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi SAR turut memberi tumpuan di Sektor A selepas pasukan mengesan bau dipercayai berpunca daripada mangsa di kawasan berkenaan.Menurutnya, dua anjing pengesan (K9) digerakkan ke lokasi yang terletak berhampiran kawasan empat mangsa ditemukan pada Selasa lalu."Pasukan SAR menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan petang semalam selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang melalui lokasi itu ketika pulang dari kebun."Ketika tinjauan, kita memang mengesan bau secara berselang-seli di kawasan berkenaan, namun tidak dapat menyeberangi sungai kerana paras air masih tinggi, kira-kira dua meter melebihi paras biasa," katanya pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu.Seorang mangsa warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa warga asing ditemukan pada pagi hari sama di kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira 950 meter hingga satu kilometer dari Lata Jebus.Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus, manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri serta diselamatkan anggota bomba.Sementara itu, Ashrul Riezal berkata, operasi SAR pada Khamis bermula jam 7 pagi dengan beberapa pasukan digerakkan mengikut sektor bagi memperluas kawasan pencarian.Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan pencarian di Sektor A hingga B, iaitu dari kawasan Lata Jebus hingga ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Tapak Berkelah Sungai Pertak."Anggota JBPM, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula menumpukan pencarian dari Sektor B hingga C, berhampiran Empangan Sungai Selangor."Sebanyak lima bot turut digerakkan bagi memantau keadaan sungai dan melakukan pembersihan permukaan air di Sektor C dan D susulan lambakan sampah yang dihanyutkan arus selepas kejadian kepala air kedua petang semalam," katanya.Ashrul Riezal berkata, dron JBPM turut digunakan bagi melakukan tinjauan udara meliputi Sektor A hingga D, termasuk kawasan empangan, dengan jarak keseluruhan kira-kira 3.5 kilometer.





Tragedi kepala air: Satu lagi mayat ditemukan - JBPM - Sinarharian - 12/11 12:03 am

HULU SELANGOR Satu lagi mayat mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan berhampiran kawasan Empangan Sungai Selangor pada Khamis.Penemuan kira-kira jam 10.15 pagi itu menjadikan enam daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian Isnin lalu berjaya ditemukan, manakala dua lagi masih hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut memberi tumpuan di Sektor A selepas pasukan mengesan bau dipercayai daripada mangsa di kawasan berkenaan.Menurutnya, dua anjing pengesan (K9) digerakkan ke lokasi yang terletak berhampiran kawasan empat mangsa ditemukan pada Selasa lalu."Pasukan SAR menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan petang semalam selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang melalui lokasi itu ketika pulang dari kebun."Ketika tinjauan, kita memang mengesan bau secara berselang-seli di kawasan berkenaan, namun tidak dapat menyeberangi sungai kerana paras air masih tinggi, kira-kira dua meter melebihi paras biasa," katanya pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu.Seorang mangsa warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa warga asing ditemukan pada pagi hari sama di kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira 950 meter hingga satu kilometer dari Lata Jebus.Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri serta diselamatkan anggota bomba.Sementara itu, katanya, operasi SAR pada Khamis bermula jam 7 pagi dengan beberapa pasukan digerakkan mengikut sektor bagi memperluas kawasan pencarian.Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan pencarian di Sektor A hingga B, iaitu dari kawasan Lata Jebus hingga ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Tapak Berkelah Sungai Pertak."Anggota JBPM, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula menumpukan pencarian dari Sektor B hingga C, berhampiran Empangan Sungai Selangor."Sebanyak lima bot turut digerakkan bagi memantau keadaan sungai dan melakukan pembersihan permukaan air di Sektor C dan D susulan lambakan sampah yang dihanyutkan arus selepas kejadian kepala air kedua petang semalam," katanya.Ashrul Riezal berkata, dron JBPM turut digunakan bagi melakukan tinjauan udara meliputi Sektor A hingga D, termasuk kawasan empangan, dengan jarak keseluruhan kira-kira 3.5 kilometer.





Anggota polis putus pergelangan tangan kanan ditetak warga asing - Sinarharian - 12/11 12:50 am

SELAYANG Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah selepas ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus dalam kejadian di sebuah premis kediaman di Desa Aman Puri, di sini pada Rabu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang ketika sepasukan polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir ke lokasi bagi memeriksa keadaan seorang lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan tidak stabil dan mengamuk.Menurutnya, sebaik sahaja pintu premis kediaman itu dibuka, seorang lelaki yang berada di dalam rumah tiba-tiba meluru keluar dengan membawa dua bilah parang sebelum menyerang anggota yang berada di hadapan pintu."Akibat serangan itu, seorang anggota polis mengalami kecederaan parah sehingga pergelangan tangan kanannya terputus ketika cuba mempertahankan diri."Anggota lain yang berada di lokasi kemudian berundur bagi menyelamatkan diri, manakala suspek melarikan diri dengan berlari turun ke bawah," katanya dalam sidang media di Hospital Selayang di sini pada Rabu.Shazeli berkata, anggota polis berusia 26 tahun itu berpangkat Lans Koperal dan bertugas di bahagian kereta peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.Beliau berkata, mangsa yang pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan awal kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan."Anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pembedahan bagi usaha menyelamatkan pergelangan tangannya."Insya-Allah, kita berdoa supaya tangan mangsa dapat disambungkan semula," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat beberapa kecederaan lain dialami anggota berkenaan termasuk di bahagian kepala dan badan."Anggota bomba dan KKM yang berada di lokasi turut mengalami sedikit kecederaan dan pihak polis sedang mendapatkan laporan lanjut daripada kedua-dua agensi berkenaan."Setakat ini hanya seorang suspek dipercayai terbabit dalam kejadian terbabit," katanya.





Lelaki warga asing tetak anggota polis maut ditembak - Sinarharian - 12/11 12:48 am

SELAYANG Lelaki warga asing yang menetak seorang anggota polis sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus dalam kejadian di Desa Aman Puri, di sini pada Rabu, disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Selayang.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek yang melarikan diri selepas menyerang anggota polis, bomba dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berjaya dikesan berhampiran sebuah taman permainan tidak jauh dari lokasi kejadian.Menurutnya, usaha menahan lelaki terbabit dilakukan kira-kira jam 7.30 hingga 8 malam sebelum suspek sekali lagi bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang."Dalam usaha mempertahankan diri dan melakukan tangkapan, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek."Bagaimanapun, tembakan itu hanya mencederakan lelaki berkenaan sebelum polis berusaha membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam sidang media di Hospital Selayang di sini pada Rabu.Beliau berkata, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan sebaik tiba di Hospital Selayang.Katanya, jumlah sebenar tembakan yang dilepaskan serta bahagian tubuh suspek yang terkena tembakan masih belum dapat dipastikan."Kita perlu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengesahkan jumlah tembakan dan kecederaan yang dialami suspek."Keadaan ketika kejadian agak gelap, jadi kita perlu menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui keadaan sebenar," katanya.Shazeli berkata, pihak polis percaya suspek merupakan seorang warga asing, namun identiti serta butiran lanjut lelaki terbabit masih dalam proses pengesahan.Menurutnya, setakat ini tiada individu lain dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan selain suspek.





Ibu maut cuba selamatkan dua anak dihanyutkan kepala air - Sinarharian - 11/11 11:16 pm

SUNGAI SIPUT - Seorang wanita maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan dua anak perempuannya yang terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian kepala air di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama suami dan dua anak perempuan berusia tujuh serta sembilan tahun sedang mandi-manda di sungai berkenaan bersama tujuh lagi ahli keluarga.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras.Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan kemudian cuba menyelamatkan anak mereka, namun gagal sebelum kesemua mereka turut dihanyutkan arus."Kedua-dua kanak-kanak dan bapa mereka berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung Orang Asli, namun ibu mereka gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.Katanya, sekitar jam 6.50 petang, mangsa ditemukan penduduk kampung di tebing sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya.Charan turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan aktiviti rekreasi seperti perkhemahan dan berkelah di kawasan air terjun atau tepi sungai, khususnya ketika musim tengkujuh dan hujan tidak menentu.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.41 petang.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang, kira-kira 19 kilometer dari balai."Ketua operasi yang melakukan penilaian awal mendapati terdapat laluan darat yang boleh digunakan kenderaan untuk ke lokasi mangsa berada."Anggota kemudian menggunakan kenderaan utiliti pacuan empat roda (Hilux) untuk sampai ke tebing seberang sungai," katanya.Operasi menyelamat itu melibatkan kekuatan 10 anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Hilux, sebuah bot dan sebuah kenderaan utiliti Kembara.





Tiga sungai di Hulu Selangor lokasi 'hotspot' utama kepala air - JBPM - Sinarharian - 11/11 5:29 pm

HULU SELANGOR - Sebanyak 14 lokasi rekreasi di daerah Hulu Selangor dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air dengan Sungai Pertak, Sungai Siling dan Sungai Batang Kali menjadi tiga lokasi hotspot utama.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Sungai Batang Kali merekodkan empat insiden kepala air diikuti Sungai Chiling (tiga) dan Sungai Pertak (dua)."Daripada sembilan kejadian kepala air yang direkodkan di tiga lokasi itu, hanya insiden di Sungai Pertak melibatkan mangsa manakala kejadian lain tidak melibatkan sebarang mangsa," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Hadapan JBPM di Jambatan Pertak di sini pada Rabu.Ashrul Riezal berkata, 11 lokasi lain yang turut dikenal pasti berisiko ialah Lata Medang di Kuala Kubu Bharu, Sungai Inki (Ingki) di Kalumpang dan River View Sungai Bernam di Hulu Selangor."Lokasi lain ialah Sungai Sendat dan Sungai Tua di Ulu Yam, Sungai Kedondong di Batang Kali, Sungai Cilin di Kuala Kubu Bharu serta Sungai Pinang di Batang Kali."Turut disenaraikan ialah Air Terjun Serendah di Serendah, Air Terjun Semangkuk dan Sungai Liam di Hulu Selangor," katanya.Ashrul Riezal berkata, susulan Monsun Timur Laut, JBPM menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan sementara aktiviti rekreasi air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Nasihat itu meliputi aktiviti mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh berkenaan."Langkah itu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan pengunjung mengenai bahaya kepala air, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim berkenaan," katanya.Terdahulu, JBPM memberi peringatan kepada orang ramai untuk menangguhkan sebarang aktiviti rekreasi air termasuk mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.JBPM dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca tidak menentu dan kejadian hujan lebat berterusan di beberapa kawasan berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak, arus deras, fenomena kepala air yang boleh mengancam keselamatan serta meragut nyawa.





Litar pintas punca kebakaran rumah, kereta - Bomba - Sinarharian - 11/11 2:03 pm

KUALA LANGAT Litar pintas di sebuah bilik dipercayai antara punca kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan kereta di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis bangunan kelas B berkeluasan 50 x 60 kaki yang musnah kira-kira 95 peratus.Kebakaran turut menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di lokasi sama musnah kira-kira 90 peratus.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.16 petang.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bersama bantuan BBP Sri Andalas bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba pada jam 4.28 petang."Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah dan sebuah kereta jenis Perodua Viva."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.45 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, operasi berkenaan melibatkan kekuatan 10 anggota dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).





Insiden kepala air: Bomba, polis guna dron cari tiga mangsa hilang - Sinarharian - 11/11 12:11 am

HULU SELANGOR - Polis serta Bomba menggunakan lima dron dalam Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak di sini, diteruskan pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja, yang memulakan tugas mereka seawal jam 7 pagi tadi.Pasukan itu menumpukan pencarian melalui udara dalam jarak radius lima kilometer (km) dari sebuah jambatan tidak jauh dari persimpangan Kampung Pertak.Tiga anggota Unit Dron PDRM ini menerbangkan dua dron jenis Matrice 300 RTK dan Autel Evo Max, yang mampu terbang dalam tempoh maksima selama 45 minit, manakala Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan tiga jenis dron.Pencarian melalui udara ini turut dikoordinasikan bersama dengan pencarian oleh Unit Dron JBPM yang turut beroperasi dari jambatan yang sama dengan segala maklumat dikongsikan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Pertak.Sementara itu, pihak media hari ini tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian di Tapak Perkelahan Sungai Pertak, namun diminta untuk berada di jambatan berhampiran yang hanya terletak dalam jarak 1.3 km.Pihak media hanya akan dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian sekiranya sebarang sidang akhbar akan diadakan.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, selain pemantauan udara, pelaksanaan operasi SAR hari ini turut dijalankan menggunakan bot JBPM dengan radius pencarian diperluaskan hingga ke bawah jambatan.Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata operasi SAR pada Rabu menumpukan kaedah pemerhatian di muka air membabitkan kawasan jambatan dan berhampiran Empangan Sungai Selangor.Pasukan penyelamat meneruskan pencarian menerusi kaedah pemerhatian di permukaan air, terutama di sektor C membabitkan kawasan jambatan dan sektor D berhampiran empangan.Ashrul Riezal berkata, operasi SAR hari ini memberi tumpuan di kedua-dua sektor berkenaan dengan menggunakan bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).Tiga mangsa yang masih hilang ialah Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, warga Yaman; Chinnasamy Duraimurugan, 36, dan Monikkoth Raghunath, kedua-duanya warga India.Sehingga jam 11.40 pagi ini, tiada sebarang perkembangan positif atau penemuan mangsa diperoleh dalam operasi berkenaan.Terdahulu media melaporkan lima daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin telah ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang.Mangsa pertama, V





Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, kini tertumpu di Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, kedua-dua kawasan itu menjadi tumpuan pasukan SAR bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang."kita memberi tumpuan kepada kawasan empangan dan bawah jambatan. Dua kawasan itu menjadi tumpuan pencarian bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih belum ditemukan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Selasa.Manimaran berkata, operasi SAR masih diteruskan dan keputusan untuk menghentikannya sementara bergantung kepada keadaan cuaca serta nasihat pasukan bomba."Operasi masih berjalan





Tangguh aktiviti rekreasi air sepanjang MTL - Sinarharian - 10/11 7:10 pm

PUTRAJAYA Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti rekreasi air di kawasan sungai, jeram, air terjun dan tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan, nasihat itu dikeluarkan berikutan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk hujan lebat dan berterusan di beberapa kawasan yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak.Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan juga boleh mengakibatkan arus deras dan fenomena kepala air yang berisiko mengancam keselamatan serta meragut nyawa."Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti rekreasi air termasuk mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh MTL."Orang ramai juga diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu pada Selasa.Dalam pada itu, JBPM mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah fenomena kepala air yang boleh berlaku dalam tempoh singkat.Menurutnya, orang ramai perlu segera bertindak sekiranya terdapat perubahan keadaan air dan tidak menunggu sehingga arus menjadi deras sebelum meninggalkan kawasan berisiko."Keselamatan nyawa hendaklah sentiasa menjadi keutamaan."Sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai diminta menghubungi talian kecemasan 999 dengan segera dan memberikan maklumat lokasi kejadian kepada pihak penyelamat," menurut kenyataan itu.Dalam pada itu, JBPM turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 9 November lalu.Dalam kejadian itu, seramai lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti rekreasi dan pendakian di sekitar kawasan berkenaan.Bagaimanapun, seramai 26 individu yang terkandas di sekitar lokasi kejadian berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.JBPM turut berharap seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi tragedi berkenaan.Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan sekali lagi menjadi peringatan bahawa aktiviti rekreasi di kawasan sungai dan hutan mempunyai risiko keselamatan tinggi, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim monsun.





Wanita OKU hilang ditemukan lemas - Sinarharian - 10/11 5:40 pm

TAWAU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual berusia 33 tahun dan tidak boleh bertutur ditemukanlemas di sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn di sini pada Selasa.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat wanita itu dijumpai tersangkut di tepi sungai oleh penduduk kampung pada 2 petang."Berdasarkan maklumat,wanita itudisedari hilang oleh bapanya pada 12 tengah hari tadi dan pencarian awal dilakukan pendudukkampung."Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan mayat itu daripada pihak polis pada 1.56 tengah hari dan tiba di lokasi pada2.03 petang untuk membantu mengeluarkanmayat dari sungai,"katanya dalam kenyataan.Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian manakalaoperasi berkenaan tamat sepenuhnyapada 2.38 petang.- Bernama





Mercedes-Benz terbakar selepas kemalangan di Johor Bahru, dua rentung - Careta - 10/11 5:06 pm

Kemalangan berlaku di laluan menghala dari Bakar Batu ke Permas Jaya dengan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.35 pagi





Mercedes-Benz terbakar: Lima sahabat baru pulang beraya - Mygazette - 10/11 5:00 pm

"Impak pelanggaran menyebabkan kenderaan itu terbalik ke bahagian kiri jalan sebelum terbakar, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Azrul Hisham berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya memberikan bantuan dan berjaya memadamkan kebakaran





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di sini diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian





Maritim giat kesan kru nelayan Kemboja hilang di perairan Pangkor - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Susulan kejadian, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menyelaras operasi CARILAMAT dengan menetapkan kawasan pencarian awal seluas lima batu nautika persegi dari lokasi kejadian. Operasi berkenaan melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM Malawali dan Bot Benteng 1206, dengan bantuan Bot RH 33 daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Bot BP 67 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta komuniti maritim setempat





Dua rentung, tiga cedera Mercedes-Benz terbakar - Mygazette - 10/11 5:00 pm

JOHOR BAHRU - Dua rentung dan tiga lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum terbalik dan terbakar berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala dari Bakar Batu ke Permas di sini hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I Razali Hussein berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 4.35 pagi





Tragedi kepala air: Seorang daripada lapan mangsa ditemui di Jambatan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air: Seorang daripada lapan mangsa ditemui di Jambatan Pertak KUALA LUMPUR Salah seorang daripada lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus kepala air di Sungai Pertak awal pagi ini. Menurut bomba, mangsa, V





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang HULU SELANGOR - Lima daripada lapan individu yang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini semalam, ditemukan lemas setakat 9.20 pagi ini, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa pertama, seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai V





Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Muhammad Muiz Muhammad Luqman dijumpai pada 10.29 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dipercayai hanyut





Lori lima tan bawa barangan runcit terbalik, pemandu cedera ringan - Sinarharian - 10/11 4:52 pm

GEORGE TOWN- Seorang lelaki cedera ringan selepas lori lima tan yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, berhampiran Pangsapuri Green Garden, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1.53 petang itu, mangsa berusia 34 tahun berjaya dikeluarkan dari lori berkenaan oleh orang awam sebelum menerima rawatan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Euro membawa muatan barangan runcit."Komander operasi membuat penilaian awal sebelum mengarahkan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian."Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah diberikan rawatan sebelum dibawa oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, operasi melibatkan sembilan anggota BBP Paya Terubong dengan bantuan sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan EMRS."Polis dan PBSM turut membantu operasi menyelamat."Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain





Final Mission Accomplished: Sabah Bomba Mourns Pioneer Rescue Dog Lexi - Rakyatpost - 10/11 3:56 pm

Bringing a legendary nine-year career to a close, one of Sabahs first wilderness tracking dogs passed away just hours after completing a successful search operation, leaving the K9 unit heartbroken.





Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh - Sinarharian - 10/11 3:43 pm

SUNGAI BULOH -Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.





Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu - Sinarharian - 10/11 3:27 pm

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada Selasa.Mayat Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula jam 9.30 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi itu membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Katanya, operasi SAR menggunakan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba - Astroawani - 10/11 3:00 pm

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsayang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di Hulu Selangor, diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor.





Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti - Sinarharian - 10/11 2:35 pm

HULU SELANGOR Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India."Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Senarai mangsa dihanyutkan1





Tragedi kepala air: Tiga mangsa masih hilang, pencarian hingga Empangan Sungai Selangor - Sinarharian - 10/11 1:48 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pencarian tertumpu sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus ke arah empangan berkenaan."Jarak pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian."Setakat ini, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih dicari," katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.Terdahulu, empat mayat ditemukan pagi tadi, dengan tiga daripadanya tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan pada jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari lokasi kejadian.Operasi membawa keluar keempat-empat mayat selesai pada jam 11.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak di sini.Seorang lagi mangsa, lelaki tempatan berusia 36 tahun, ditemukan meninggal dunia di Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.Difahamkan, kesemua lima mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.Kejadian kepala air petang semalam menyebabkan lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras di lokasi.





Tragedi kepala air: Arus sungai naik mendadak - Sinarharian - 10/11 1:12 pm

HULU SELANGOR "Kami hanya mampu berdiri dan melihat arus deras yang berlaku secara tiba-tiba."Demikian kata B Partiban, 27, yang terselamat dan menyaksikan detik cemas kejadian kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak di sini pada Isnin.Partiban berkata, beliau sepatutnya menyertai saudaranya, V Vijayan, 36, bersama beberapa rakan untuk beriadah di kawasan air terjun berkenaan, namun tiba lewat berbanding mangsa lain."Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika itu arus sungai meningkat mendadak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat, namun tidak menyedari Vijayan dihanyutkan arus.Terdahulu, empat mayat yang ditemukan pagi Selasa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.Sebuah lori polis dilihat meninggalkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira jam 12 tengah hari dengan membawa mayat berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Beliau berkata, pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan.Pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira jarak tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.Mangsa pertama, Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan arus.Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi di sekitar kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Bagaimanapun, identiti serta kewarganegaraan empat mangsa berkenaan belum dikenal pasti.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Sementara itu, seorang pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian berkenaan berkata, keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan, malah tiada sebarang petanda awal berlakunya kepala air.Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad, 19, berkata, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing untuk mandi-manda."Tiba-tiba arus deras, dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya," katanya.





Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 10/11 12:16 am

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia.Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang."Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan melibatkan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Operasi SAR melibatkan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas dan terbakar - Astroawani - 10/11 11:00 am

Lima mangsa terbabitdalam kejadian itu dengan tiga daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus





Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar - Sinarharian - 10/11 8:29 am

JOHOR BAHRU Dua individu rentung apabila sebuah kereta jenis Mercedes dinaiki lima individu terbakar selepas terlibat kemalangan berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala ke Bakar Batu, di sini awal pagi Selasa.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, PBK I Razali Hussein berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.35 pagi.Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Mercedes dipercayai terbabas dan terbalik di tepi jalan sebelum terbakar sehingga 90 peratus."Seramai lima mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan tiga daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba."Seorang mangsa lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki dan tangan sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota bomba," katanya.Beliau memberitahu, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam.Katanya, dua lagi mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan dengan identiti mereka belum dapat dikenal pasti."Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Kedua-dua mangsa yang rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.47 pagi," katanya.





Budak 2 Tahun Hilang Ketika Keluarga Beriadah Di Sungai Jahang, Operasi SAR Digerakkan - Siraplimau - 10/11 8:00 am

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Muiz Muhd Luqman, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang pada Isnin. Kehilangan mangsa disedari sebelum satu panggilan kecemasan dibuat kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng pada jam 12.06 tengah hari





Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam tiga kejadian kepala air melibatkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, petang semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Asrul Riezal Asbar berkata lapan mangsa itu terdiri daripada seorang dalamkumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan





Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan GEORGE TOWN, - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mempergiat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir kilat di seluruh negeri itu susulan ramalan hujan dan ribut petir sehingga Selasa ini





Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai Jahang GOPENG Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari





8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air - Sinarharian - 10/11 7:05 am

HULU SELANGOR Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.





Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai' - Sinarharian - 9/11 7:39 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang di sini pada Isnin.Mangsa yang datang berkelah bersama keluarga dari Batu Gajah itu disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi sebelum usaha mencarinya dilakukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga"Ahli keluarga telah melakukan pencarian di sekitar kawasan perkelahan, namun mangsa gagal ditemui."Mereka kemudian mengesyaki mangsa dihanyutkan arus sungai yang agak deras sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan polis dan bomba," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota polis serta tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.Katanya, operasi itu turut dibantu 21 orang awam dengan menggunakan empat bot water rafting bagi memperluaskan kawasan pencarian."Pasukan penyelamat melakukan pencarian melalui laluan sungai menggunakan bot, manakala anggota lain menjalankan pencarian di kawasan darat sekitar lokasi kejadian."Sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemukan





Pengalaman banjir 2014 jadi panduan penting JBPM Kelantan - Pengarah - Astroawani - 9/11 6:00 pm

Pengalaman menghadapi banjir besar pada 2014 menjadi panduan penting Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana luar biasa di negeri itu.





Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga - Sinarharian - 9/11 5:34 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman yang berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di sini pada Isnin.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng jam 12.06 tengah hari.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu operasi dengan menyediakan lapan bot rafting bagi membantu usaha mengesan mangsa."Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh."Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga telah dibuka di lokasi kejadian."Anggota BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar," katanya.Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.



Bomba, APM, polis bahagi kawasan operasi elak pertindihan ketika banjir - Astroawani - 9/11 3:50 pm

JBPM, APM dan PDRM Kelantan menyelaras kawasan operasi banjir mengikut daerah bagi mengelakkan pertindihan tugas serta memastikan tindak balas kecemasan lebih berkesan.





Helikopter padam kebakaran hutan terhempas ketika ambil air di sungai .. - Mygazette - 9/11 3:20 pm

Punca nahas masih dalam siasatan. Selain bergantung kepada anggota bomba di darat, Indonesia turut menggunakan operasi udara secara meluas bagi memadam kebakaran hutan yang menurut pemantau penyahhutanan, Nusantara Atlas, telah memusnahkan lebih 1.9 juta hektar kawasan





Berbakti hingga ke hujung nyawa, Lexi pergi selamanya sehari selepas misi .. - Hmetro - 9/11 1:41 pm

Kota Kinabalu: Selepas hampir sedekad menabur bakti dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Lexi, akhirnya pergi buat selamanya, sehari selepas menyertai misi terakhirnya





Lelaki OKU mental lari selepas gagal padam kebakaran rumah - Sinarharian - 9/11 12:43 am

KOTA BHARU Seorang lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental bertindak menyelamatkan diri selepas gagal memadam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Semut Api, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini pada Isnin.Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan melarikan diri selepas melihat api semakin marak dan memusnahkan rumah kayu pusaka berusia lebih 50 tahun berkenaan.Kakaknya, Norma Ismail, 56, berkata, dia yang tinggal di rumah bersebelahan pada mulanya melihat adik bongsunya itu memunggah air sebelum bertanyakan tujuan tindakannya."Dia beritahu mahu menyiram najis kambing."Saya tidak mengesyaki apa-apa sebelum jiran di hadapan rumah datang memaklumkan bahawa rumah itu terbakar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurut Norma, dia bergegas keluar untuk melihat keadaan dan terdengar beberapa letupan kecil, manakala api ketika itu sudah marak di bahagian dapur rumah."Bapa saya yang berusia 81 tahun panik dan cuba mengambil hos untuk menyiram air, tetapi kami menghalangnya kerana api sudah terlalu marak."Kami berusaha membuka pintu kandang bagi melepaskan 10 ekor kambing supaya tidak terperangkap dalam kebakaran," katanya.Norma berkata, adiknya telah 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental dan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU), selain mempunyai tabiat merokok."Dia seorang yang suka membersihkan kawasan rumah."Dia memang selalu membakar sampah, tetapi saya tidak pasti bagaimana kebakaran ini boleh berlaku," katanya.Menurutnya, ibu bapanya, Nik Mas Nik Mahmood, 82, dan Ismail Yen, 81, sebelum ini tinggal di rumah berkenaan bersama adiknya sebelum berpindah ke rumahnya yang terletak bersebelahan sejak empat bulan lalu.Tambah Norma, dia sepatutnya kembali ke Gombak pada Selasa selepas mengambil cuti selama sebulan seperti kebiasaannya pada penghujung tahun."Memang saya tidak sangka perkara ini berlaku. Saya bercadang pulang esok, tetapi hari ini rumah pula terbakar," katanya.Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Engku Mohd Azam Engku Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.12 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan operasi pemadaman tamat lebih sejam selepas itu."Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian," katanya.





Hujan, ribut petir dijangka hingga 10 November, Bomba Pulau Pinang pergiat pemantauan - Astroawani - 9/11 4:45 am

Langkah itu bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).





Taman Sri Muda dinaiki air, tiada pemindahan penduduk setakat ini .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Taman Sri Muda dinaiki air, tiada pemindahan penduduk setakat ini - Bomba Selangor SHAH ALAM - Tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini susulan hujan lebat berterusan petang tadiyang mengakibatkan kejadian banjir kilat seperti tular dalammedia sosial





Lelaki lemas ketika mandi di air terjun Taiping - Astroawani - 8/11 9:01 pm

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian sselepas menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang.





Lelaki lemas ketika mandi air terjun - Utusan - 8/11 8:07 pm

TAIPING: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama empat rakannya di kawasan Air Terjun Taman Suria di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.10 petang





Helikopter Bomba Terhempas Di Sungai Indonesia, Tiga Kru Berjaya Diselamatkan - Siakapkeli - 8/11 6:44 pm

Sebuah helikopter sewaan BNPB terhempas ke Sungai Barito ketika operasi pengeboman air memadam kebakaran di Kalimantan Selatan, namun tiga kru dilaporkan terselamat.





Lelaki maut kemalangan dua kereta di MRR2 - Sinarharian - 8/11 11:42 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dua kereta terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) , Desa Melawati di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.48 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan Honda Civic.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Arif Nasarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati dua lelaki tersepit di dalam kenderaan masing-masing."Seorang mangsa lelaki berusia 19 tahun yang menaiki Proton Wira mengalami kecederaan patah kaki kiri serta luka di bahagian tangan dan kepala."Seorang lagi mangsa lelaki berusia 43 tahun yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota bomba menggunakan Peralatan Kemalangan Jalan Raya (RTA) bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut.





Penduduk kawasan rendah, persisiran di Selangor diminta waspada air pasang besar esok - Sinarharian - 7/11 8:13 pm

KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan rendah dan persisiran di Selangor diminta berwaspada susulan jangkaan fenomena air pasang besar dengan paras air boleh mencecah hingga 5.2 meter esok.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, jangkaan itu berdasarkan ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan bacaan paras air di Klang hari ini direkodkan pada 5.1 meter.Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan pertembungan aliran air dari kawasan Sungai Buloh dan Ijok dengan fenomena air pasang, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah."Justeru, kami meminta penduduk yang berada di kawasan persisiran dan kawasan rendah seperti sekitar Kuala Selangor supaya sentiasa berwaspada dan membuat persediaan awal," katanya ketika dihubungi hari ini.Ashrul Riezal ketika mengulas mengenai banjir di Kampung Melayu Subang hari ini berkata kenaikan paras air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada limpahan sistem perparitan di kawasan berkenaan, bukannya fenomena air pasang besar.Beliau berkata, JBPM Selangor belum menerima laporan baharu berhubung kejadian itu, namun pemantauan terus dilakukan bagi memastikan sebarang keperluan bantuan dapat disalurkan segera.Sementara itu, hantaran dikongsi pengguna media sosial memaparkan Kampung Melayu Subang sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang ini, dengan kawasan perumahan dinaiki air sehingga menenggelamkan sebahagian halaman dan laluan kediaman penduduk.Seorang pengguna Threads, Nurul Azuwana mendakwa paras air meningkat selepas hanya kira-kira 20 minit hujan manakala seorang lagi pengguna hyenarawr1 mendakwa kejadian itu adalah banjir kilat ketiga melanda kawasan berkenaan minggu ini.Pada 2 November lepas, kira-kira 92 rumah di empat kawasan di Kampung Melayu Subang, iaitu Lorong Merbau, Jalan Cengal, Jalan Resak dan Jalan Jati dilaporkan terjejas akibat banjir




Reformasi     >>



Dari roadtax ke ETS, netizen pakat senarai legasi .. - Harapandaily
Di sebalik perhatian terhadap isu peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, netizen mula mengimbas kembali pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan sepanjang pentadbiran beliau di Kementerian Pengangkutan. Menerusi satu perkongsian di media sosial, portal WeirdKaya ..
Kroni     >>



Nvidia CEO Huang quits after affair with suspected .. - NST
SAN FRANCISCO: Jensen Huang, the leather-jacketed architect of the artificial intelligence boom, resigned as chief executive of Nvidia on Thursday after revelations of two extramarital affairs, including one with a woman accused of spying for China.
Tabloid     >>



Anwar Tokoh Muslim Ke-13 Paling Berpengaruh Di Dunia - Siakapkeli
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia dalam edisi 2027 The Worlds 500 Most Influential Muslims.
Tech     >>



Jensen Huang Resigns As CEO And President Of NVIDIA - Lowyat
Jensen Huang, the co-founder and face of NVIDIA, has resigned from his position as the President and Chief Executive Officer (CEO) of the company. His resignation goes into effect with immediate effect. Huangs resignation effectively marks the end of an era, as he has also given up his seat on the ..
World     >>



Why did Nvidia CEO Jensen Huang resign, and who is .. - Aljazeera
Huang has stepped down amid revelations about extramarital affairs and allegations of Chinese espionage.
Motor Trend     >>



Jajaran baharu Lingkaran Tengah Utama 11.7km hubungkan .. - Careta
Alexander berkata, pembukaan jalan itu membabitkan tiga laluan utama termasuk LTU Seksyen 3J sepanjang 6.95km bernilai RM339.7 juta dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong yang dibina mengikut piawaian JKR R5 (empat lorong dua hala). Turut dibuka ialah Laluan Penghubung Kechau dari