| /// |
|
| Search : Besar Selangor News | Page 1 |
|
Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar .. - Mygazette - 27/08 7:58 am # Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar KUANTAN Kerabat Diraja Pahang diselubungi suasana hiba susulan kemangkatan Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Dato Sri Setia Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, malam tadi |
|
Mahkamah Tinggi arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam - Mygazette - 27/08 7:58 am # Mahkamah Tinggi arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas Ahmad Husam Baderudin memenangi saman fitnah terhadap Datuk Zamil Ibrahim dan bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak, Mukhlis Maghribi |
|
PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 ???... - Mygazette - 27/08 7:58 am # PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 Mas Ermieyati KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Keterjaminan makanan bermula di ladang, pertanian Perak terus diperkasa - Mygazette - 27/08 7:58 am # Keterjaminan makanan bermula di ladang, pertanian Perak terus diperkasa IPOH Keterjaminan makanan Perak tidak bermula di pasar raya atau di meja makan, sebaliknya bermula di ladang, sawah, kawasan ternakan dan setiap lokasi pengeluaran makanan yang menjadi nadi kepada kehidupan rakyat |
|
Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi Banjir di Nepal: .. - Mygazette - 27/08 7:58 am # Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi KUALA LUMPUR - 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, Nepal dilaporkan terputus hubungan dengan agensi pelancongan mereka susulan banjir besar di Nepal |
|
Henti budaya selesa, negara akan rugi dan musnah – PM - Mygazette - 27/08 7:58 am Beliau berkata demikian ketika berucap katanya ketika berucap pada majlis peluncuran sambutan Ulang Tahun ke-80 Telekom Malaysia Berhad (TM) di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh |
|
Hari Kebangsaan: PM ajak rakyat berdoa agar jerebu terkawal Hari .. - Mygazette - 27/08 7:58 am "Kita doakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala mudah-mudahan jerebu lebih terkawal supaya sambutan boleh diadakan," katanya berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun Ke-80 TM, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar |
|
Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam - Mygazette - 27/08 7:58 am # Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah, Seksyen U14 di Shah Alam, Selangor |
|
PKBM perkenal Liga Super BMX Racing ganti siri YSD - Sinarharian - 27/08 7:45 am PERSEKUTUAN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memperkenalkan Liga Super BMX Racing bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan BMX Racing negara selepas Yayasan Sime Darby (YSD) memutuskan untuk menamatkan kerjasama dan penganjuran YSD Track Series serta BMX YSD 2026.Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, dua pusingan pertama liga berkenaan dijadual berlangsung pada 28 dan 29 November ini, manakala program berkenaan akan diperluaskan pada 2027.Beliau berkata, keputusan YSD itu sememangnya sesuatu yang mendukacitakan, namun PKBM tetap menghargai sumbangan yayasan berkenaan terhadap pembangunan sukan berbasikal negara selama ini."Walau sebesar mana sekalipun sumbangan sesuatu pihak, rasa hormat antara semua pemegang taruh serta penghormatan terhadap badan induk kebangsaan adalah asas kepada hubungan kerja yang profesional dan mampan," katanya dalam satu kenyataan.Amarjit berkata, isu yang membawa kepada keputusan berkenaan hanya dimaklumkan kepada PKBM pada penghujung Mac lalu, sebelum pihaknya mendapatkan penjelasan lanjut dan memberi ruang secukupnya untuk perkara itu diselesaikan."Bagaimanapun, pembangunan atlet akan terus berjalan |
|
Pendidikan bukan sekadar gred, perlu bina insan Fadhlina - Sinarharian - 27/08 12:15 am KUALA LUMPUR - Pendidikan manusiawi perlu melihat murid sebagai insan secara menyeluruh dan bukan sekadar mengejar pencapaian akademik, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.Menurut beliau, setiap murid mempunyai potensi, bakat, emosi dan cita-cita tersendiri yang perlu dibangunkan menerusi sistem pendidikan.Fadhlina berkata, konsep itu bermaksud kerajaan perlu mengambil kira perkara asas yang mempengaruhi kehidupan dan pembelajaran murid, termasuk keadaan sekolah, pemakanan serta kesihatan mental."Kalau kita benar-benar melihat anak-anak kita sebagai manusia, kita harus peduli tentang tempat mereka belajar."Sebab itu kita mengambil inisiatif besar khususnya membaiki sekolah daif dan tandas sekolah |
|
Liga Super: Kuching City raih kemenangan sulung, JDT mengganas - Sinarharian - 27/08 12:05 am KUCHING City FC memanfaatkan kekurangan pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk mencatat kemenangan besar 6-0 pada aksi Liga Super 2026-2027 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.KL City kendalian Datuk Dollah Salleh memulakan perlawanan dengan hanya 10 pemain serta seorang pemain simpanan susulan masalah kesihatan yang membabitkan 13 pemain dan dua pegawai pasukan yang dilaporkan dijangkiti influenza.Penyerang Ajdin Mujagic membuka jaringan pasukan pelawat kendalian Aidil Sharin Sahak pada minit keempat sebelum gandingannya Jerome Etame menggandakan kedudukan pada minit ke-25.Kedua-dua pasukan kemudian beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Kuching City, James Okwuosa dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Sharvin Selvakumaran pada minit ke-44.Etame melengkapkan hatrik menerusi jaringan pada minit ke-48 dan ke-52, manakala Mujagic menjaringkan gol keduanya pada minit ke-59 sebelum Etame meledak gol keempat peribadi pada masa tambahan babak kedua untuk mengesahkan kemenangan sulung Kuching City musim ini.Mengikut Law of the Game 2026/27 yang ditetapkan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) dan diguna pakai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sesebuah pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya tujuh pemain di atas padang untuk memulakan atau meneruskan perlawanan.Sementara itu, di Iskandar Puteri, juara bertahan Johor Darul Tazim (JDT) meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim dengan Shahab Zahedi muncul wira menerusi empat jaringan.Penyerang kelahiran Iran itu membuka tirai seawal minit kedua sebelum menggandakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-37, manakala gol sendiri pemain pertahanan pasukan pelawat, Muhammad Mohd Faudzi, pada masa tambahan babak pertama meletakkan JDT selesa 3-0.Jairo da Silva menambah gol keempat pada minit ke-49, disusuli dua lagi jaringan Shahab pada minit ke-50 dan ke-62 untuk melengkapkan koleksi empat gol peribadinya.Matias Nahuel, Eddy Israfilov dan Arif Aiman Mohd Hanapi kemudian menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-78, ke-81 dan ke-90 untuk melengkapkan kemenangan besar Harimau Selatan di hadapan penyokong sendiri |
|
Masa depan pendidikan tinggi negara tuntut keperluan AUKU diteliti semula - Zambry - Sinarharian - 26/08 11:12 pm KUALA LUMPUR - Masa depan pendidikan tinggi negara menuntut keperluan untuk melihat semula akta-akta berkaitan pendidikan tinggi secara menyeluruh, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah meneliti serta menambah baik kerangka undang-undang sedia adapenting, bagi memastikan ekosistem pendidikan tinggi kekal relevan dan tidak terus dikongkong oleh peraturan lama."Kita perlu melihat semula keberadaan akta-akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi ini...antara akta yang sentiasa menjadi tumpuan sudah tentu AUKU itu sendiri."Kita akui ada kekangan dan kongkongan yang wujud sebelum ini |
|
Malaysia perlu pelajari pengalaman China perkasa sektor agromakanan - Mohamad - Sinarharian - 26/08 8:52 pm KUALA LUMPUR -Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman China dalam memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan menerusi penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti serta pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang secara tersusun dan berterusan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus memperkukuh sektor agromakanan negara dengan mengambil pendekatan bersesuaian berdasarkan pengalaman negara lain, tanpa mengabaikan kepentingan pemain industri tempatan."China menunjukkan bagaimana sektor pertanian boleh diperkasakan melalui penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, pembangunan kawasan luar bandar serta perancangan yang tersusun dan berterusan."Kita perlu berani belajar daripada pengalaman negara lain, mengambil pendekatan yang sesuai dengan keperluan kita, dan pada masa yang sama terus memperkasakan petani, pesawah, penternak serta nelayan tempatan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.Mohamad berkata, perkara itu dikongsikannya dalam mesyuarat Kabinet hari ini,susulan lawatan beliau ke China bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan Makanan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-11 di Hangzhou, baru-baru ini.Padamasa sama, beliau berkata, kerjasama dengan negara lain juga perlu terus diperkukuhbagi memastikan rantaian bekalan makanan serantau kekal kukuh dan stabil."Matlamat akhirnya tetap sama, iaitu memastikan makanan rakyat cukup, bekalannya terjamin dan negara mempunyai sistem makanan yang lebih berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa hadapan," katanya |
|
Pemandu lori edar ganja, mahkamah kekalkan hukuman penjara seumur hidup - Sinarharian - 26/08 8:48 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu mengekalkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang pemandu lori kerana mengedar 845 gram ganja, lapan tahun lepas.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak rayuan, M Mugunthan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan.Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai yang mewakili pihak pendakwaan mengesahkan keputusan itu kepada Bernama.Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim mendapati Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang dapatan yang bercanggah mengenai pengetahuan Mugunthan mengenai dadah berkenaan, selain penjagaan dan kawalan terhadap dadah itu telah dibuktikan melalui keterangan afirmatif.Beliau berkata, hakim berkenaan turut berpendapat dapatan yang dibuat oleh mahkamah lebih rendah adalah selaras dan disokong oleh keterangan, serta tidak terdapat sebarang kesilapan atau salah arah yang memerlukan campur tangan mahkamah.Pada 16 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi mendapati Mugunthan, 46, bersalah atas kesalahan mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 12 sebatan.Beliau diperintahkan menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu 10 April 2018.Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Jalan Lengkuas, Shah Alam, Selangor pada jam 4.35 petang, 10 April 2018.Mahkamah Tinggi turut mendapati Mugunthan bersalah atas dua pertuduhan memiliki 1.02 gram methamphetamine dan 35.96 gram ganja |
|
KJ terajui firma penasihat baharu - FMT - 26/08 8:38 pm Flowstate Advisors ditubuhkan untuk membuktikan firma tempatan mampu bersaing dengan syarikat perunding antarabangsa bagi mendapatkan tugasan besar, kata bekas menteri kesihatan itu. |
|
Haze: Selangor local authorities told to step up monitoring, crack down on open burning - Malaymail - 26/08 8:22 pm SHAH ALAM, Aug 26 All local authorities (PBT) in Selangor have been urged to step up monitoring to prevent open... |
|
PH assemblymen, two coordinators told to return Negeri Sembilan allocations - Sinardaily - 26/08 8:19 pm SEREMBAN A total of 17 Pakatan Harapan (PH) state assemblymen, including six who lost their seats in the last state election, and two constituency coordinators in Negeri Sembilan have been asked to return allocations received for July to September within a month.Menteri Besar Datuk Ismail Lasim said the repayment was sought as they no longer held any function following the dissolution of the State Legislative Assembly (Dun) on June 5, with the allocations having been approved at a State Executive Council (Exco) meeting on June 3 and channelled into their accounts the following day.The allocations, comprising funds for service centres and the people's well-being, were channelled to the ADUNs and the Paroi and Labu constituency coordinators, with each assemblymen (Adun) required to return RM174,000 and each coordinator RM150,000."However, the Exco members at the time, including former menteri besar Datuk Seri Aminuddin Harun, retained their ex-officio status until July 31 and were eligible to use the allocation for that month, he told reporters after chairing the Exco meeting here today.Ismail said the former Exco members received RM225,000 in total allocations for the three-month period, but only needed to return RM150,000 for August and September.He said his office would issue letters demanding the return of the allocations to all those involved soon.Meanwhile, Ismail said the state government had agreed to appoint Rembau MIC Division chief Datuk VS Mogan as Coordinating Officer for Indian Community Affairs, with Exco-member status, effective Sept 1 |
|
Pemeriksa forensik kenal pasti tulisan daripada beberapa individu dalam jurnal Zara Qairina - Sinarharian - 26/08 8:14 pm KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu bahawa beberapa jurnal yang diperiksa berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mengandungi catatan tulisan tangan beberapa individu.Saksi ke-79, pemeriksa dokumen forensik Tay Eue Kam memberitahu Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa catatan dalam jurnal hijau yang ditandakan sebagai W1 dan jurnal "Simple Style Book" berwarna ungu pastel ditandakan sebagai W2 ditulis oleh lebih daripada seorang individu.Bagi W1, Eue Kam berkata, sebahagian besar tulisan tangan dalam jurnal itu dikenal pasti sebagai tulisan Zara Qairina, kecuali dua halaman yang mengandungi catatan ditulis menggunakan pensel.Dalam W2 pula, kebanyakan tulisan tangan dikenal pasti sebagai tulisan Zara Qairina, kecuali catatan pada halaman 58, 59, 61, 76, 87, 88, 98 dan 100.Beliau berkata, tulisan yang meninggalkan kesan tekanan pada halaman 51 dan 53 W2 juga didapati bukan hasil tulisan Zara Qairina.Sementara itu, Eue Kam berkata, jurnal berwarna coklat gelap yang ditandakan sebagai W3 mengandungi tulisan daripada lebih dua individu, dengan sebahagian catatan dikenal pasti sebagai tulisan Zara Qairina manakala selebihnya ditulis individu lain.Beliau berkata, terdapat sokongan kukuh menunjukkan beberapa kumpulan catatan dalam jurnal itu bukan ditulis oleh Zara Qairina manakala kumpulan catatan lain didapati ditulis olehnya.Jurnal "Love and Peace" berwarna hijau zaitun yang ditandakan sebagai WK9 turut didapati mengandungi tulisan daripada lebih dua individu.Eue Kam berkata, sebahagian catatan dalam jurnal itu dikenal pasti sebagai tulisan Zara Qairina manakala penulis bagi beberapa catatan lain tidak dapat dipastikan.Beliau berkata, hasil pemeriksaannya terhadap 15 helaian berasingan yang ditandakan Y1 hingga Y15 turut mendapati mengandungi tulisan daripada lebih dua individu.Beliau berkata, terdapat sokongan kukuh menunjukkan catatan pada Y1b hingga Y5b, Y9b, Y10a dan Y10b bukan ditulis oleh Zara Qairina, manakala catatan pada Y9a pula ditulis lebih daripada seorang individu.Eue Kam berkata, pemeriksaan dilakukannya melibatkan perbandingan tulisan tangan dalam jurnal, buku sekolah dan helaian kertas berasingan dengan sampel tulisan tangan Zara Qairina yang diketahui serta sampel tulisan tangan pelajar lain di sekolahnya.Beliau berkata, pemeriksaan itu berdepan beberapa kekangan termasuk kekurangan sampel tulisan tangan Zara Qairina bagi tempoh antara akhir 2024 hingga awal 2025.Eue Kam berkata, pada ketika itu, Zara Qairina dan pelajar lain juga berusia bawah 16 tahun, menyebabkan ciri tulisan tangan mereka mungkin belum matang sepenuhnya, sekali gus menyukarkan proses membezakan antara setiap penulis.Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.Prosiding inkues bersambung esok dengan saksi sama |
|
Selangor Sukma holiday on Sept 1 applies to federal, state civil servants - Malaymail - 26/08 8:06 pm SHAH ALAM, Aug 26 The special holiday declared for Sept 1 to mark Selangors overall victory at the 2026 M... |
|
11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 26/08 7:52 pm PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi-agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa susulan banjir besar di Nepal.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung akibat gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik yang disebabkan oleh bencana berkenaan."Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka," menurut kementerian itu dalam pemakluman media pada Rabu.Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Kementerian itu turut menggesa warganegara Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi talian +977 1 544 5680 / +977 1 544 5681 (umum), +977 1 544 5689 (konsular), +977 980 100 8000 (talian kecemasan) atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih mengenai warganegara Malaysia berkenaan diperoleh.Media melaporkan banjir kilat akibat limpahan Sungai Bhote Koshi melanda daerah Rasuwa di utara Nepal pada pagi Rabu, menyebabkan kerosakan di kawasan pasar, penempatan penduduk dan infrastruktur |
|
Adun PH perlu pulang peruntukan diterima sehari sebelum DUN N Sembilan bubar - FMT - 26/08 7:38 pm Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini susulan isu kelulusan peruntukan terbabit dibangkitkan dalam sidang khas DUN baru-baru ini. |
|
PN selamatkan 76,000 hektar ladang THP, dakwa Ahli Parlimen PAS - FMT - 26/08 7:20 pm Ahmad Marzuk Shaary dakwa keputusan menghentikan pelupusan besar-besaran aset THP membolehkannya mengekalkan ladang yang kemudian menjana keuntungan enam tahun berturut-turut. |
|
Doakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan lancar - PM - Sinarharian - 26/08 6:56 pm CYBERJAYA -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohonrakyat Malaysia untuk mendoakan supayakeadaan jerebu terkawal menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 Septemberdepan.Beliau berkata, ketika ini segala persiapan membabitkan jentera kerajaan sedang giat dilaksanakan untuk menyambut dua acara tahunan itu."Kita doakan ke hadrat ALLAH Subhanahuwataala mudah-mudahan jerebu lebih terkawal supaya sambutan boleh diadakan," kata beliauketika berucap merasmikan majlis peluncuran sambutan ulang tahun ke-80 Telekom Malaysia Bhd (TM) di sini pada Rabu.Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Terdahulu, Fahmi dalam sidang media mingguan berkata, Shamsul Azri akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan padasambutan Hari Kebangsaan 2026, susulan situasi jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, antara pilihan yangdipertimbangkan ialah mengubah skala sambutan atau lokasi, sertakerajaan tidak bercadang membatalkan sambutan Hari Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini |
|
Buang budaya selesa boleh lemahkan negara, kata Anwar - FMT - 26/08 6:53 pm Perdana menteri berkata Malaysia ada potensi besar terus maju, namun ia hanya dapat direalisasikan jika semua pihak bertekad melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pencapaian sedia ada. |
|
SJPP angkat budaya kepoh sempena Hari Kebangsaan - Sinarharian - 26/08 6:40 pm SHAH ALAM - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) melancarkan kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Kisah Kepoh Bisnes, bagi mengangkat budaya kepoh dari sudut berbeza sebagai tanda keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan rakyat Malaysia.Kempen bertemakan Malaysia Kita, Impian Bersama itu mengetengahkan kisah seorang usahawan muda, Aishah yang dilakonkan Aishah Azman, dalam mengharungi cabaran mengembangkan perniagaan inap desanya.Pegawai Utama SJPP, Juanita Rusmini Abdul Jalil berkata, Kisah Kepoh Bisnes meraikan cara unik rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan mengambil tahu, melibatkan diri dan menyokong impian antara satu sama lain."Di SJPP, kami percaya kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya bergantung kepada pembiayaan semata-mata, tetapi turut didorong oleh kepercayaan dan sokongan daripada orang di sekeliling kita."Menerusi Kisah Kepoh Bisnes, kami mahu meraikan satu sifat unik rakyat Malaysia yang mencerminkan semangat untuk sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, di samping memperkukuh komitmen SJPP dalam membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan untuk merealisasikan aspirasi mereka," katanya.Menurutnya, tema Malaysia Kita, Impian Bersama membawa kepercayaan bahawa apabila rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan komuniti saling berganding bahu, lebih banyak peluang dapat diwujudkan, selain membantu membina perniagaan lebih kukuh dan masa depan lebih cerah.Kempen berkenaan tercetus daripada pemerhatian terhadap budaya rakyat Malaysia yang sering dikenali dengan sifat kepoh.Walaupun lazimnya dikaitkan dengan sikap ingin tahu, SJPP mengangkat sifat itu daripada sudut berbeza sebagai cara rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan mengambil tahu mengenai orang di sekeliling, meraikan kejayaan dan bersedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.Juanita berkata, tema Malaysia Kita, Impian Bersama menjadi nadi kepada kempen berkenaan yang mengingatkan bahawa setiap impian akan menjadi lebih bermakna apabila ada insan yang percaya dan memberi sokongan sepanjang perjalanan."Kami berharap Kisah Kepoh Bisnes dapat membuka mata kita kepada tindakan kecil yang sebenarnya membawa makna besar, daripada bertanya khabar hinggalah menghulurkan bantuan."Semoga ia turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong antara satu sama lain dalam membina sebuah negara yang lebih kukuh, bersatu dan inklusif, di mana masyarakat berbilang kaum terus saling membantu dan bersama-sama melangkah ke hadapan," katanya.Kempen berkenaan berlangsung sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, bermula dengan pelancaran filem kempen pada 14 Ogos 2026.Beberapa peraduan media sosial turut dianjurkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkongsi kisah mengenai sokongan dan keprihatinan, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah.Menerusi filem Kisah Kepoh Bisnes, Aishah digambarkan sebagai seorang usahawan muda yang mengusahakan sebuah inap desa kecil yang berkembang lebih pantas daripada jangkaannya.Dalam mengembangkan perniagaan, dia berdepan pelbagai cabaran termasuk tempahan bertindih, masalah sistem, pelanggan yang kecewa dan nasihat keluarga yang tidak putus-putus.Keadaan itu turut diserikan dengan gelagat dua jirannya yang terkenal dengan sifat kepoh dan sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan perniagaannya.Bagaimanapun, apabila Aishah hampir terpedaya dengan tawaran pembiayaan perniagaan tidak sah daripada penipu, dua jiran berkenaan tampil membantu dengan memperkenalkannya kepada SJPP serta sokongan yang tersedia menerusi skim jaminan pembiayaan.Filem itu turut mengetengahkan kepentingan mendapatkan pembiayaan daripada saluran yang dipercayai, selain memperkenalkan peranan SJPP dalam memudah cara akses pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menerusi jaminan pembiayaan Kerajaan melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian.Maklumat lanjut mengenai filem Kisah Kepoh Bisnes boleh ditonton menerusi platform YouTube dan TikTok SJPP. |
|
Mampukah BN-PN bina gabungan lebih luas? - Sinarharian - 26/08 6:25 pm SHAH ALAM - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu bergerak melangkaui agenda perpaduan Melayu-Islam dengan merangkumi golongan sederhana serta parti bukan Melayu jika mahu menarik sokongan lebih luas, kata penganalisis.Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali berkata, gabungan politik yang stabil sebelum ini lazimnya mempunyai sebuah parti Melayu dominan yang memimpin parti-parti lebih kecil, termasuk parti bukan Melayu.Beliau memberi contoh formula tradisional BN yang diterajui UMNO bersama MCA dan MIC, selain Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama DAP dan Amanah.Menurutnya, walaupun kerjasama BN-PN berkemungkinan boleh berjaya, gabungan yang mempunyai dua parti Melayu dominan berpotensi mencetuskan lebih banyak percanggahan."Kewujudan keseimbangan antara golongan sederhana dan konservatif hanya boleh berlaku dalam satu kolisi yang diketuai oleh sebuah parti Melayu dominan yang memimpin parti-parti kecil lain termasuk parti bukan Melayu," katanya.Dalam pada itu, BN turut mencatat keputusan memberangsangkan menerusi parti komponen bukan Melayunya dalam dua pilihan raya negeri (PRN) terbaharu.Di Johor bulan lalu, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk kerusi yang dimenangi calon MCA dan MIC.MCA kemudian memenangi dua kerusi pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini.John Siow Kong Choon menewaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Chennah dengan majoriti 688 undi, manakala Koh Kim Swee merampas kerusi Repah daripada DAP dengan majoriti 444 undi.Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata, sebarang pakatan BN-PN atau kerjasama politik Melayu perlu meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa penyatuan berkenaan tidak mengancam kepentingan mereka."Melayu ialah majoriti, tetapi Malaysia bukan negara satu kaum," katanya.Menurut Zaharuddin, formula yang lebih kukuh bukan berasaskan konsep Melayu lawan bukan Melayu, sebaliknya Melayu kuat, semua rakyat mendapat manfaat.Kebelakangan ini, PN yang diterajui Pas juga dilihat cuba meluaskan daya tarikannya.Presiden Parti Wawasan Negara, Hamzah Zainudin sebelum ini berkata, parti baharunya mahu menjadi jambatan untuk PN mendekati kelompok pengundi lebih luas serta membantu membentuk gabungan yang lebih inklusif.Hamzah yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini berkata, perpaduan Melayu harus menjadi asas kepada kerjasama dengan kaum lain dan membuka ruang kepada agenda ekonomi bersama.Sokongan luasZaharuddin berkata, persoalan lebih penting ialah matlamat BN-PN selepas parti-parti Melayu mencapai kerjasama."Jika pakatan Melayu hanya bertujuan menggabungkan kekuatan politik untuk memenangi pilihan raya, ia tidak banyak mengubah politik negara," katanya."Namun, jika penyatuan itu mampu mengurangkan persaingan sesama parti Melayu dan mengalihkan tumpuan kepada ekonomi, pekerjaan dan tadbir urus, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih besar."Menurutnya, mana-mana pakatan yang mahu menjadi alternatif kepada kerajaan perlu menawarkan dasar yang jelas berkaitan gaji, pekerjaan, pendidikan, perumahan, kesihatan, pelaburan dan peluang ekonomi."Di sinilah pakatan Melayu akan diuji," katanya."Jika mereka mahu menjadi alternatif kepada kerajaan sedia ada, agenda mereka mesti lebih besar daripada isu Melayu-Islam."Katanya, pengundi akhirnya akan menilai kerjasama tersebut berdasarkan kesannya terhadap kehidupan mereka."Rakyat akan menilainya berdasarkan satu soalan yang lebih mudah: selepas kamu bersatu, hidup kami jadi lebih baik atau tidak?" |
|
Mahkamah arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam - Sinarharian - 26/08 6:13 pm ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Datuk Zamil Ibrahim dan bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak, Mukhlis Maghribi membayar RM483,000 kepada pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam.Perintah itu dibuat selepas mahkamah membenarkan keseluruhan tuntutan Ahmad Husam dalam saman terhadap kedua-dua individu berkenaan berkaitan dakwaan ugutan dan fitnah.Peguam Ahmad Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz daripada firma Zain Megat & Murad mengesahkan keputusan itu yang diputuskan Hakim, Datuk Mohd Aimi Zaini dalam prosiding pada Rabu.Menurutnya, mahkamah mendapati wujud unsur ugutan dan fitnah terhadap anak guamnya."Mahkamah mengarahkan Zamil dan Mukhlis membayar ganti rugi serta kos berjumlah RM483,000."Mereka juga diarahkan menarik balik hantaran di media sosial yang didakwa memfitnah Ustaz Husam sebelum ini."Dalam tempoh 14 hari, mereka perlu memohon maaf kepada Ustaz Husam," katanya.Sebelum ini, Zamil dan Mukhlis didakwa terbabit dalam konspirasi untuk mendapatkan sejumlah wang secara salah selain melakukan perbuatan fitnah terhadap Ahmad Husam.Sementara itu, Ahmad Husam berkata, perjalanan mendapatkan keadilan menerusi kes berkenaan bukan sesuatu yang mudah, namun beliau percaya kebenaran akhirnya akan terserlah."Saya percaya bahawa kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin ALLAH SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga, sahabat serta semua pihak yang memberikan doa, sokongan dan kata-kata semangat sepanjang melalui proses perundangan berkenaan.Ahmad Husam turut menzahirkan penghargaan kepada Muhammad Asyraf atas usaha dan komitmen dalam mengendalikan kes tersebut."Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur dan rendah hati."Semoga ALLAH SWT menjadikan segala ujian, kesabaran dan kepayahan yang telah dilalui sebagai asbab kepada kebaikan yang lebih besar, serta memberikan keadilan kepada setiap insan yang dizalimi," katanya. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 26/08 6:02 pm KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.Dalam kenyataan pada Rabu,MetMalaysia memaklumkanamaran itu meliputi seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).Negeri yang turut terjejas ialah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai), Terengganu (Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut) danNegeri Sembilan (Jelebu).Amaran turut melibatkan negeri Pahang (Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera) danSelangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching danBintulu (Tatau).Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasukPedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut) |
|
Jangan terperangkap budaya selesa PM - Sinarharian - 26/08 5:36 pm CYBERJAYA Perdana Menteri mengingatkan semua pihak agar tidak terperangkap dalam budaya selesa atau culture of contentment meskipun berada pada tahap pencapaian yang membanggakan.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya berkenaan boleh menyebabkan sesebuah organisasi atau negara menjadi lemah sekiranya terlalu berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, selain terus bertolak ansur dengan kelemahan dan kerosakan."Jadi sebab itu harus ada tekad, lawan this culture of contentment, budaya selesa," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun Telekom Malaysia (TM) ke-80 di sini pada Rabu.Menurut beliau, budaya selesa dengan pencapaian semasa boleh menyebabkan sesebuah negara, agensi atau syarikat menjadi lemah dan hambar sekiranya tiada tekad untuk terus melakukan pembaharuan."Kadang-kadang kalau ada agensi atau syarikat rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tapi kita masih kata, Okay, tak ada apa-apa, biasa |
|
Selangor MB says waiting for police technical report on Sunway Lagoon roller coaster incident that hurt 10 - Malaymail - 26/08 5:28 pm SEPANG, Aug 26 (Bernama) The state government is still waiting for a technical report on the incident involving... |
|
School holidays: Public advised to avoid travelling to Thailand - Sinardaily - 26/08 5:17 pm KOTA BHARU Members of the public are advised to avoid travelling to Thailand for holidays for the time being following security tensions in several of the country's provinces, especially with the upcoming school holidays starting this weekend.Kelantan Deputy Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan said that this matter requires careful attention given that many Malaysians, particularly from Kelantan, typically take the opportunity to visit Thailand with their families during holiday seasons."Malaysians love visiting Thailand due to its many attractions."However, under current circumstances, if there is no urgent need, please postpone your travel until the situation returns to peaceful conditions," he told reporters after the Executive Council meeting at Kota Darulnaim here on Wednesday.Starting last Saturday, attacks occurring in Narathiwat, Pattani and Yala involved more than 50 incidents, including bomb explosions, building arson, and tyre burning.The incidents also caused tremors felt by residents in several areas near the Kelantan-Thailand border.According to Fadzli, the relationship between the people of Kelantan and residents in southern Thailand is exceptionally close, encompassing family ties alongside cross-border economic and social activities.However, he noted that public safety must remain the top priority while the situation in the neighbouring country has not fully stabilised."We understand that our relationship with Thailand is very close, and many of our people have family members as well as affairs there."But when unrest of this nature occurs, we advise everyone to exercise caution," he said.The incidents have also affected movement at the Rantau Panjang Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex where outbound travel to Thailand registered a decline following the events.Based on records from the Malaysia Border Control and Protection Agency (MCBA), a total of 1,696 outbound movements were recorded on Saturday before falling to 1,273 on Sunday and Monday.To date, no Malaysians have been reported as victims in the series of attacks. |
|
1,000 Jalur Gemilang diagih di Meru sempena bulan kebangsaan - FMT - 26/08 4:59 pm Program anjuran Persatuan Yakinkan Eratkan Sahabatkan Selangor dengan kerjasama Polis Klang Utara bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme masyarakat setempat. |
|
MEF: Sep 1 special holiday drives up costs and disrupts business operations - Sinchew - 26/08 4:53 pm MEF: Sep 1 special holiday drives up costs and disrupts business operations KUALA LUMPUR: The Sep 1 special holiday to celebrate Selangors victory in the 2026 Malaysia Games (SUKMA) will not only increase wage costs for non-stop operational businesses but also disrupt original operational plans |
|
MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang - Mygazette - 26/08 4:53 pm # MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta pemilik tapak bagi memastikan liputan telekomunikasi mencukupi menjelang penganjuran acara berskala besar di Sepang |
|
Jangan jadikan politik, kaum, agama alasan pecah-belahkan rakyat – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Jangan jadikan politik, kaum, agama alasan pecah-belahkan rakyat - Sultan Selangor KUALA LUMPUR - Pemimpin dan ahli politik perlu menunjukkan teladan dengan mengamalkan kesederhanaan, toleransi dan sifat belas ihsan serta tidak menjadikan perbezaan politik, kaum atau agama sebagai alasan untuk memecahbelahkan rakyat |
|
17 kawasan rekod IPU tidak sihat, Sri Aman tertinggi - Mygazette - 26/08 4:53 pm # 17 kawasan rekod IPU tidak sihat, Sri Aman tertinggi KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 8 pagi ini |
|
Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih ???tiang gol???... - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih tiang gol - AMK KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
|
Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti –... - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti - Faizal KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail |
|
2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 - Mygazette - 26/08 4:53 pm # 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 KUANTAN Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 |
|
RCI: Fahami konsep `prudence’ dalam akaun TH – Sheikh Umar?? - Mygazette - 26/08 4:53 pm # RCI: Fahami konsep `prudence' dalam akaun TH - Sheikh Umar KUALA LUMPUR Perbezaan angka keuntungan RM3.4 bilion dan kerugian RM1.4 bilion bagi Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2017 perlu dilihat berdasarkan kaedah perakaunan serta konsep 'prudence', bukannya sekadar mempertikaikan angka Jabatan Audit Negara (JAN) atau laporan firma PricewaterhouseCoopers (PwC) |
|
Bersatu restu dua ADUN sokong MB Pahang - Faizal Azumu - Sinarharian - 26/08 4:14 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara dasarnya menyokong tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan itu dibuat selepas Biro Politik parti membincangkan perkara berkenaan dari pelbagai sudut.Menurutnya, Bersatu mengambil maklum tindakan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy yang dibuat menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara mereka."Kedua-dua ADUN tersebut telah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan."Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan perkara ini dari segala sudut dan secara dasarnya menyokong tindakan tersebut," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.Sebelum ini, Jasri dan Mohd Yazid Mohd Yunus menerusi kenyataan bersama memaklumkan mengambil pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.Menurut mereka, keputusan tersebut dibuat demi menjamin kestabilan politik serta memelihara kebajikan rakyat di kawasan diwakili.Justeru, Ahmad Faizal senada dengan menyatakan, keputusan tersebut bertujuan menjamin kestabilan politik di Pahang selain memastikan kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan DUN berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri. |
|
PAC setuju buka prosiding siasat Tabung Haji - Sinarharian - 26/08 4:01 pm SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH).Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.Menurutnya, PAC menyifatkan pendedahan RCI berkenaan adalah amat serius dan boleh menghakis kepercayaan umat Islam di negara ini, sekiranya ia tidak ditangani dengan sewajarnya."Masih ada beberapa persoalan yang terus diperkatakan selepas Laporan RCI itu didedahkan dan kemudian dibahaskan di Dewan Rakyat dalam Sidang Khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026."Sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan di bawah Parlimen yang bipartisan, PAC mempunyai bidang kuasa jelas seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Am Bilangan 1 Organisasi-organisasi Kementerian Jabatan Perdana Menteri adalah menjadi tugas dan tanggungjawab PAC untuk memulakan prosiding berhubung isu ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Terdahulu beliau memaklumkan, cadangan mengenai penubuhan badan khas bagi meneliti pengurusan TH akan dibincangkan dalam mesyuarat PAC, hari ini.Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kecuali Ahli Parlimen Seratok, Datuk Ali Biju.Dalam pada itu Mas Ermieyati menjelaskan, prosiding itu bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dijalankan secara menyeluruh, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada status serta kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI, selaras dengan fungsi teras jawatankuasa berkenaan.Justeru menurutnya, tajuk, Terma Rujukan (TOR) dan senarai saksi berhubung prosiding TH masih belum ditetapkan buat masa ini dan jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat khas bagi tujuan berkenaan."Bagi memastikan siasatan prosiding berhubung TH dilakukan secara komprehensif, telus dan berakauntabiliti, PAC akan menggunakan dokumen-dokumen seperti Laporan RCI, Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Audit Firma Audit PwC sebagai rujukan dalam prosiding ini."PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara telus dan adil demi memastikan akauntabiliti berterusan pengurusan wang awam dan mengembalikan keyakinan penuh pendeposit terhadap TH," jelasnya.Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menegaskan, PAC mempunyai pengalaman dalam menyiasat isu-isu besar dan sensitif antaranya Prosiding 1MDB pada tahun 2016, Prosiding Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 Bilion (2019) dan Prosiding Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (2022).Malah beliau berkata, prosiding PAC berhubung perolehan LCS dimulakan selepas jawatankuasa berkenaan menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pada tahun 2019. |
|
Lahir anak dalam tahanan, pengalaman pahit harap yang terakhir - Nor - Sinarharian - 26/08 3:34 pm MELAKA - Dipenjarakan ketika kandungan berusia tiga bulan sebelum melahirkan anak ketujuh di dalam penjara menjadi pengalaman pahit yang tidak mungkin dilupakan seorang bekas pengedar dadah yang dikenali sebagai Nor.Nor, 32, dari Jempol, Negeri Sembilan berkata, ini kali kedua dia ditahan atas kesalahan mengedar dadah, selepas pertama kali ditahan pada November 2023 sebelum sekali lagi ditahan tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan sama.Menurutnya, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam kepadanya dan menjadi antara sebab dia nekad untuk berubah."Alhamdulillah, sekarang saya dapat pelepasan PBSL (Pelepasan Banduan Secara Berlesen) dan saya bersyukur sangat sebab dapat membesarkan anak saya di luar, bukan di dalam penjara."Terima kasih kepada ALLAH SWT sebab beri saya peluang lagi untuk terus ubah kehidupan saya bersama bayi saya di luar dan membesarkannya," katanya ketika ditemui pada Majlis PBSL Madani Yakin sempena Kemerdekaan Negara ke-69 di Penjara Sungai Udang di sini pada Rabu.Nor berkata, dia terjebak dalam kegiatan pengedaran dadah kerana tertarik dengan pendapatan lumayan selain dipengaruhi bekas suaminya yang mengambil dadah."Saya terjebak sebab senang dapat duit |
|
RCI Tabung Haji: Akmal diminta terima dapatan, bukan alih tiang gol Danish - Sinarharian - 26/08 3:28 pm SHah ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diminta menerima keseluruhan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), bukannya mengalihkan fokus selepas laporan berkenaan didedahkan kepada umum.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, Akmal sebelum ini antara pihak yang lantang mendesak supaya laporan RCI Tabung Haji didedahkan."Namun apabila apa yang didedahkan tidak menepati naratif politik yang mahu beliau bawa, beliau cuba mengalihkan tiang gol pula," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Akmal mempertahankan gesaan supaya RCI baharu mengenai Tabung Haji ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan.Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai pemindahan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0.Akmal mendakwa aset TH yang dipindahkan kepada UJSB ketika itu bernilai RM9 bilion, manakala UJSB dikatakan membeli aset berkenaan pada harga RM19 bilion melalui terbitan sukuk.Beliau turut mempersoalkan jumlah tunai yang telah diterima TH sehingga kini serta sama ada ia hanya berupa 'kertas hutang' yang dipanjangkan tempohnya.Akmal turut merujuk kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang sebelum ini membangkitkan persoalan berkaitan UJSB.Mengulas lanjut, Danish berkata, persoalannya kini sama ada semua pihak perlu mengikut telunjuk Akmal dan UMNO sehingga mendapat jawapan yang dikehendaki mereka.Beliau berkata, RCI Tabung Haji bukan ditubuhkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, justeru ketidakpuasan terhadap dapatan laporan itu tidak seharusnya dialihkan kepada kerajaan hari ini.Menurutnya, UMNO mempunyai Ahli Parlimen dan pada masa sama merupakan sebahagian daripada kerajaan |
|
Kelantan sedia pertahan undang-undang syariah baharu - FMT - 26/08 3:02 pm Timbalan Menteri Besar Kelantan, Fadzli Hassan berkata peguam kerajaan negeri sedia sekiranya ada pihak cabar undang-undang itu di mahkamah. |
|
Bersatu Youth chief hints at possible cooperation with Selangor government - Malaymail - 26/08 2:59 pm KUALA LUMPUR, Aug 26 Bersatu Youth chief Hilman Idham has suggested that his party could back Pakatan Harapan in... |
|
Google To Invest US$2 Billion In Malaysian Data Centre Campus In Selangor - Rakyatpost - 26/08 2:13 pm Google says it will fund grid upgrades, add renewable energy capacity and restore more water than it consumes to reduce the impact of its operations on local resources. |
|
0.4 hektar hutan di Puchong terbakar - Sinarharian - 26/08 1:37 pm PUCHONG - Kawasan hutan seluas kira-kira 0.4 hektar di Bandar Puchong Jaya di sini terbakar dalam kejadian pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.35 pagi."Pasukan operas tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian."Api berjaya dipadamkan kira-kira jam 5 pagi melibatkan anggaran keluasan hutan 1 ekar (0.4 hektar)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. |
|
Not impossible that Bersatus Selangor reps will back Amirudin, says Hilman - FMT - 26/08 1:31 pm Gombak Setia assemblyman notes that the party worked with both BN and PH in the past. |
|
'Kami nekad pecah pintu rumah' - Saksi cerita detik cemas kebakaran ragut dua nyawa - Sinarharian - 26/08 1:00 pm KUALA NERUS - Seorang saksi menceritakan detik cemas apabila penduduk kampung nekad memecahkan pintu sebuah rumah yang terbakar bagi menyelamatkan penghuninya dalam kejadian kebakaran di Kampung Tok Jembal, di sini pada Rabu.Wan Azrin Wan Awang, 46, berkata, dia bersama beberapa penduduk bergegas ke lokasi kejadian sebaik menyedari kebakaran itu dan cuba memanggil penghuni yang berada di dalam rumah.Menurutnya, selepas pintu rumah diketuk berulang kali tanpa sebarang sahutan, mereka mengambil keputusan untuk merempuh dan memecahkan pintu berkenaan."Bila sampai, dah ada dua orang kampung kat situ |
|
Hilman tak tolak kemungkinan Adun Bersatu Selangor sokong MB - FMT - 26/08 12:44 am Adun Gombak Setia, Hilman Idham berkata perkara itu bukan mustahil kerana yang penting adalah rakyat selangor. |
|
Look beyond racial and political lines this Merdeka, urges Sultan of Selangor - Malaymail - 26/08 12:43 am SHAH ALAM, Aug 26 The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has urged Malaysians to use this year&r... |
|
Bersatu leadership approves two Pahang reps move to back Umno menteri besar - Malaymail - 26/08 11:23 am KUALA LUMPUR, Aug 26 Two Bersatu assemblymen in Pahang have thrown their support behind Menteri Besar Datuk Seri... |
|
Nama Abdul Wahab Alwi dicadang diabadikan pada sebuah MRSM, kenang jasa 'Bapa MRSM - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 26/08 10:43 am SHAH ALAM - Nama pengasas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Allahyarham Abdul Wahab Alwi dicadangkan untuk diabadikan pada salah sebuah MRSM sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangannya dalam membangunkan institusi pendidikan berkenaan.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) supaya sebuah MRSM dinamakan sempena Allahyarham yang dikenali sebagai Bapa MRSM itu.Menurut beliau, Abdul Wahab mempunyai jasa besar kepada lebih 300,000 bekas pelajar MRSM yang mendapat manfaat daripada sistem pendidikan berkenaan."Saya akan mencadangkan kepada YAB Menteri KKDW agar menamakan salah sebuah MRSM atas nama pengasas dan pencetus idea MRSM Almarhum Abdul Wahab Alwi yang terlalu banyak jasanya kepada lebih 300,000 bekas pelajar MRSM," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) menerusi Instagram.ANSARA berkata, pemergian Abdul Wahab sebagai kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam mencipta peluang serta membina laluan pendidikan untuk generasi demi generasi anak Malaysia.Allahyarham dikenang sebagai tokoh penting di sebalik penubuhan MRSM yang sehingga kini melahirkan ratusan ribu aalumni dan kini berbakti dalam pelbagai bidang termasuk kerajaan, keselamatan, perubatan, kejuruteraan, akademik, perniagaan, profesional dan masyarakat. |
|
Areas with unhealthy air quality fall to 16 nationwide - FMT - 26/08 10:01 am Sarawak and Selangor had the most areas in the unhealthy range as of 9am, with readings of up to 166. |
|
Sanusi to Ramkarpal: Come give Muslims a talk about not gambling - Malaymail - 26/08 9:36 am KUALA LUMPUR, Aug 26 Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has taken aim at DAP lawmaker Ramkarp... |
|
17 areas record unhealthy API readings, Sri Aman highest - Sinardaily - 26/08 9:33 am KUALA LUMPUR - Seventeen areas in six states and two Federal Territories recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 8am today.Based on data from the Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, three areas in Sarawak recorded unhealthy air quality, with Sri Aman recording the highest API reading of 167, followed by Serian district police headquarters (IPD) (166) and Samarahan (162).Five areas in Selangor also recorded readings above 100, namely Johan Setia and Shah Alam with an API reading of 158 each, Klang (151), Banting (144) and Petaling Jaya (123).In the Federal Territory of Kuala Lumpur, two areas recorded unhealthy API readings, namely Cheras (159) and Batu Muda (152), while Nilai (162) and Seremban (158) recorded unhealthy readings in Negeri Sembilan.The five other areas that recorded unhealthy API levels were the Federal Territory of Putrajaya (159); Tangkak (153) in Johor; Bukit Rambai (143) and Alor Gajah (128) in Melaka; and Taiping (108) in Perak.In addition, 49 areas nationwide recorded moderate air quality, while two areas recorded good readings |
|
17 kawasan rekod IPU tidak sihat - Sinarharian - 26/08 9:32 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat jam 8 pagi ini.Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan Sri Aman merekodkan bacaan IPU tertinggi 167, diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (166) dan Samarahan (162).Lima kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan melebihi 100, iaitu Johan Setia dan Shah Alam masing-masing dengan IPU 158, Klang (151), Banting (144) dan Petaling Jaya (123).Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (152), manakala Nilai (162) dan Seremban (158) bagi Negeri Sembilan.Lima lagi kawasan merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (159); Tangkak, Johor (153), Bukit Rambai (143) dan Alor Gajah (128) di Melaka; serta Taiping, Perak (108).Selain itu, 49 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, dua kawasan mencatatkan bacaan baik, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- Bernama |
|
SPM buka ruang dalami ilmu Islam - Sinarharian - 26/08 9:30 am IPOH - Program Sijil Pengajian Masjid (SPM) bukan sekadar menawarkan sijil pengajian, tetapi ia menjadi platform kepada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan dan penghayatan agama Islam sepanjang hayat.Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh berkata, program pengajian yang diperkenalkan sejak 2014 itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan masyarakat untuk menambah pengetahuan.Menurutnya, SPM menawarkan enam subjek teras iaitu Akidah, Fekah, Tasawuf, Tafsir, Hadis dan Sirah yang disusun secara sistematik menerusi gabungan ilmu menggunakan kitab Turath dan isu kontemporari dengan tempoh pengajian selama 24 minggu."Program ini memenuhi keperluan muslimin dan muslimat yang ingin menambah ilmu pengetahuan serta penghayatan agama dari aspek teori dan amali |
|
Baleba sertai United dengan nilai RM386 juta - Sinarharian - 26/08 9:04 am MANCHESTER United memperkuatkan jentera tengah dengan mendapatkan pemain Brighton, Carlos Baleba, menerusi perpindahan bernilai 70 juta (RM386 juta).Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain tengah ketiga yang dibawa masuk United pada jendela perpindahan musim panas ini selepas Youri Tielemans dan Andrey Santos.Baleba, yang juga pemain antarabangsa Cameroon, menandatangani kontrak lima tahun bersama pilihan lanjutan setahun lagi."Manchester United dengan sukacitanya mengesahkan Carlos Baleba menyertai kelab, tertakluk kepada pendaftaran," kata kelab juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam kenyataan.United menyifatkan Baleba sebagai antara pemain tengah muda paling berbakat di EPL selepas pemain kelahiran Cameroon itu menyerlah sepanjang dua musim pertamanya bersama Brighton."Baleba sudah membuktikan dirinya sebagai antara pemain tengah paling berbakat di Liga Perdana Inggeris," kata kenyataan itu.United sebelum ini pernah cuba mendapatkan Baleba setahun lalu, namun menarik diri selepas Brighton dilaporkan meletakkan tanda harga 100 juta (RM551 juta) untuk pemain yang pernah beraksi bersama Lille itu.Prestasi Baleba sedikit menurun musim lalu ketika spekulasi mengenai masa depannya semakin hangat, namun United tidak memadamkan minat sebelum akhirnya mencapai persetujuan dengan Brighton kali ini.United dilaporkan membayar 65 juta (RM358 juta) sebagai bayaran awal, manakala 5 juta (RM27 juta) lagi boleh diterima Brighton bergantung kepada pencapaian dan prestasi pemain."Ini perasaan yang luar biasa kerana dapat menyertai kelab impian saya |
|
Sanusi mocks Ramkarpal with offer to lecture Muslims on gambling - FMT - 26/08 8:45 am Kedah menteri besar says efforts to ban gambling in the state will continue despite the Federal Court ruling. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |