| /// |
|
| Search : Besar Perlis News | Page 1 |
|
Guru terlibat gangguan seksual: Bersama bina semula kepercayaan setelah .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Guru terlibat gangguan seksual: Bersama bina semula kepercayaan setelah amanah dikhianati **SEJAK** kebelakangan ini, Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa laporan mengenai penglibatan guru sekolah dalam kes serangan seksual terhadap pelajar yang menimbulkan kemarahan, kebimbangan, dan kesedihan dalam kalangan masyarakat |
|
Pensyarah politeknik maut dalam nahas dua kenderaan Pensyarah politeknik .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Pensyarah politeknik maut dalam nahas dua kenderaan IPOH Seorang pensyarah di Politeknik Ungku Omar (PUO) maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Pinji Seni 5 di sini hari ini |
|
Dataran Merdeka perlu kekal sebagai ruang untuk rakyat ??? Hannah Dataran .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Dataran Merdeka perlu kekal sebagai ruang untuk rakyat Hannah KUALA LUMPUR - Dataran Merdeka perlu terus diaktifkan menerusi program seni, budaya, pendidikan dan komuniti bagi memastikan ia kekal sebagai ruang awam yang dinamik untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh |
|
Polis rakam keterangan MB Perlis, rampas senjata api berhubung video tular .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Polis rakam keterangan MB Perlis, rampas senjata api berhubung video tular tembak lembu KANGAR - Polis merakam keterangan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah serta merampas senjata api dan peluru berhubung video tular di media sosial yang memaparkan beliau dipercayai menembak seekor lembu |
|
Muhyiddin anggap Hamzah ancaman untuk jadi PM – Wan Ahmad Fayhsal - Mygazette - 31/05 8:01 am # Muhyiddin anggap Hamzah ancaman untuk jadi PM - Wan Ahmad Fayhsal KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Berrsatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa melihat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ancaman kepada cita-citanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri menerusi Perikatan Nasional (PN) |
|
PRN Johor: Mandat sebenar rakyat apabila peratusan keluar mengundi tinggi .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # PRN Johor: Mandat sebenar rakyat apabila peratusan keluar mengundi tinggi - PKR JOHOR BAHRU - Demokrasi matang menuntut keberanian untuk mendapatkan mandat seramai mungkin rakyat yang keluar mengundi dalam pilihan raya |
|
Bantu DAP seperti melepas anjing tersepit, gigit semula tangan yang .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Bantu DAP seperti melepas anjing tersepit, gigit semula tangan yang menolong - Naqib JOHOR BAHRU - UMNO Johor menyifatkan membantu DAP seperti melepaskan anjing tersepit dengan menggigit semula tangan yang menghulurkan pertolongan |
|
Kerajaan teliti kaedah berkesan tangani kes curi kabel kereta api - Mygazette - 31/05 8:01 am # Kerajaan teliti kaedah berkesan tangani kes curi kabel kereta api PADANG BESAR - Kerajaan sedang meneliti kaedahberkesan termasuk penggunaan teknologi pemantauan bagi menangani kes kecurian kabel landasan kereta api yang semakin berleluasa |
|
Gelora besar menanti - Sinarharian - 31/05 8:00 am KEBANYAKAN rakyat Malaysia masih mengisi minyak kereta, membeli barangan dapur dan menjalani kehidupan harian tanpa menyedari kejutan Hormuz sedang secara senyap mengubah landskap kehidupan mereka.Kesan berantai daripada kekurangan bekalan hingga tekanan terhadap barisan pengeluaran sebenarnya sudah mula terbina walaupun belum sepenuhnya dirasai oleh isi rumah.Apa yang kelihatan tenang di stesen minyak atau rak pasar raya sebenarnya menyembunyikan tekanan lebih mendalam terhadap subsidi, kilang dan rantaian makanan yang boleh mula terserlah lebih awal daripada dijangkakan ramai.Unjuran pertumbuhan ekonomi terkini Bank Negara Malaysia sebanyak empat hingga lima peratus kini dilihat terdedah kepada risiko, dengan Agensi Tenaga Antarabangsa menyifatkan penutupan Selat Hormuz susulan konflik Amerika Syarikat-Israel-Iran sebagai gangguan bekalan paling serius dalam sejarah pasaran minyak global.Kebergantungan Malaysia terhadap import bahan api bertapis dan makanan pula menyebabkan kejutan itu bukan sahaja menjejaskan kos tenaga, malah kestabilan keperluan harian rakyat.Laporan menunjukkan trafik kapal tangki melalui Selat Hormuz telah merosot lebih 90 peratus, sekali gus mengurangkan eksport minyak Teluk sekitar 60 peratus.Gangguan itu kini mula dirasai di kilang-kilang Malaysia apabila kelewatan bekalan bahan mentah mengancam jadual pengeluaran.Penganalisis berpandangan jika keadaan itu berpanjangan, tekanan tersebut boleh memberi kesan kepada pekerjaan dan gaji.Namun, meskipun harga petrol dan makanan semakin meningkat, tahap kesedaran awam masih rendah |
|
PSG pertahan takhta Eropah hasil semangat juang luar biasa - Sinarharian - 31/05 6:25 am PARIS Saint-Germain (PSG) sekali lagi membuktikan status mereka sebagai kuasa baharu bola sepak Eropah apabila mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan di Puskas Arena, Budapest awal pagi Ahad.Kejayaan itu menyaksikan PSG menyamai rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Juara-Juara dengan 45 gol, sekali gus menyamai pencapaian FC Barcelona pada musim 1999-2000.Namun, berbeza dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Inter Milan pada final musim lalu, kejayaan kali ini dibina menerusi kesabaran, disiplin dan ketahanan mental ketika berdepan lawan yang begitu sukar ditembusi.Arsenal bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Kai Havertz, sekali gus meletakkan PSG dalam tekanan.Pasukan bimbingan Luis Enrique menguasai permainan hampir sepanjang perlawanan, namun bergelut menembusi benteng kukuh Arsenal yang hanya melepaskan enam gol dan merekodkan sembilan aksi tanpa bolos sepanjang kempen mereka ke final.Meskipun menguasai lebih 70 peratus penguasaan bola dan melengkapkan 837 hantaran berbanding hanya 199 oleh Arsenal, PSG gagal mencipta banyak peluang bersih pada babak pertama.Ketika kebuntuan berterusan, PSG akhirnya memperoleh peluang keemasan pada pertengahan babak kedua apabila Khvicha Kvaratskhelia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Cristhian Mosquera.Sepakan penalti itu disempurnakan dengan tenang oleh Ousmane Dembele untuk menghidupkan semula harapan juara Perancis itu.Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam masa tambahan sebelum penentuan penalti menjadi pemisah.PSG akhirnya muncul juara selepas pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes, gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatannya melambung tinggi.Luis Enrique memuji ketahanan mental dipamerkan anak buahnya yang tidak panik walaupun ketinggalan awal."Antara kekuatan terbesar pasukan ini ialah keupayaan untuk bangkit mengatasi setiap cabaran |
|
Sambutan 'JDT Realm of 12' meriah diwarnai bunga api, dron cahaya - Sinarharian - 30/05 11:13 pm ISKANDAR PUTERI - Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut diraikan penuh meriah malam ini dengan pertunjukan bunga api dan persembahan dron bercahaya pada sambutan "JDT Realm of 12" di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.Berangkat tiba, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Kelab JDT dan isterinya, Che Puan Mahkota Khaleeda Johor.Majlis penyerahan trofi Liga Super disempurnakan oleh Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Sebanyak 32,230 penyokong membanjiri stadium bagi menyaksikan sambutan itu yang turut diserikan dengan persembahan artis antarabangsa seperti 50 Cent, Onefour, Big Ben serta kumpulan tarian Jabbawockeez dan The Royal Family.Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menerusi Karnival "FanFest" yang berlangsung pada sebelah pagi dan petang, termasuk persembahan artis tempatan seperti Ella, Cherpen, Orkes A |
|
Kerjasama pelabuhan Belawan, P Pinang dan Perlis perkukuh rantaian bekalan serantau - FMT - 30/05 9:58 pm BNCT akan berperanan sebagai gerbang utama di Sumatera, manakala Penang Port jadi hab pemindahan kapal dan Perlis Inland Port sebagai penghubung logistik darat. |
|
Belawan, Penang and Perlis link up in new trade route - FMT - 30/05 9:03 pm Indonesia's consul-general in Penang says the new route is shorter than the Belawan-Singapore route and will bring commodities from Sumatra to peninsula states and Southeast Asia. |
|
Liverpool pecat Slot - Sinarharian - 30/05 8:04 pm KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC mengesahkan bahawa pengendali pasukan, Arne Slot bakal meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta.Menerusi satu kenyataan rasmi kelab, keputusan tersebut telah dipersetujui dan proses untuk melantik pengganti baharu kini sedang berjalan.Slot, yang menyertai The Reds pada Jun 2024, telah mempamerkan impak luar biasa apabila berjaya menghadiahkan kejuaraan liga ke-20 buat kelab itu pada musim pertamanya membimbing pasukan (2024-25).Pencapaian cemerlang tersebut turut menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan Persatuan Pengurus Liga (LMA), selain membimbing Liverpool mara ke perlawanan akhir Piala Liga serta pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.Pada musim ini, pengendali dari Belanda itu memastikan Liverpool sekali lagi layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat dua musim berturut-turut di samping membawa pasukan melangkah sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan berprestij berkenaan.Namun, di peringkat domestik Liverpool gagal menyerlah dan mengakhiri saingan liga di kedudukan kelima selain gagal memenangi sebarang trofi.Dalam pada itu, pihak pengurusan tertinggi Liverpool menerusi satu kenyataan bersama menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga ke atas kejayaan serta kepimpinan yang dipamerkan oleh Slot sepanjang dua tahun menerajui kelab di Anfield."Keputusan ini sememangnya amat sukar untuk dibuat oleh kami sebagai sebuah kelab |
|
SOP aktiviti pendakian perlu disemak - Lam Thye - Sinarharian - 30/05 7:16 pm SHAH ALAM Pihak berkuasa digesa menjalankan semakan menyeluruh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti pendakian di seluruh negara bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa ditambah baik mengikut perkembangan semasa.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meskipun aktiviti rekreasi itu memberi manfaat kepada kesihatan, peningkatan kes kehilangan pendaki menunjukkan keperluan mendesak untuk penambahbaikan SOP.Menurutnya, beberapa insiden kecemasan kebelakangan ini turut menyaksikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa digerakkan secara kerap oleh pelbagai agensi penyelamat."Setiap kali berlaku kes kehilangan atau kemalangan melibatkan pendaki, operasi SAR melibatkan penggunaan sumber manusia, aset dan kos yang besar."Ia turut melibatkan komitmen tinggi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa pada 23 Mei lalu, ditemui meninggal dunia pada Selasa.Pada hari sama, seorang lagi wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dan operasi pencarian masih diteruskan.Mengulas lanjut, Lee Lam Thye berkata anggota penyelamat turut berdepan risiko ketika menjalankan operasi di kawasan mencabar.Beliau menegaskan pelaksanaan SOP wajar dipertimbangkan termasuk mewajibkan pendaftaran pendaki di kawasan hutan simpan serta mewujudkan sistem daftar masuk dan keluar secara digital bagi memudahkan pengesanan awal."Pihak berkuasa juga perlu mewajibkan penggunaan jurupandu bertauliah bagi laluan berisiko atau yang mempunyai tahap kesukaran tinggi."Penggunaan teknologi moden seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan lokasi, dron dan sistem amaran kecemasan juga boleh membantu mempercepatkan usaha menyelamat," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau turut mencadangkan penubuhan pangkalan data kebangsaan berkaitan insiden pendakian serta mempergiat kempen kesedaran keselamatan kepada orang ramai.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah aspek persediaan sebelum melakukan aktiviti pendakian."Ramai pendaki didapati mendaki secara bersendirian, mengabaikan amaran cuaca, keluar daripada laluan ditetapkan atau gagal membawa peralatan keselamatan mencukupi."Langkah keselamatan ini bukan bertujuan menyekat aktiviti rekreasi, sebaliknya memastikan rakyat dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan selamat dan bertanggungjawab."Kehilangan walaupun satu nyawa akibat kelemahan aspek keselamatan adalah terlalu banyak |
|
Pensyarah maut langgar kereta membelok - Sinarharian - 30/05 6:32 pm IPOH Seorang pensyarah Politeknik Ungku Omar (PUO) maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, pada Sabtu.Mangsa, Sarafuddin Alang Osman, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal Benelli Napoleon 500.Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 89 tahun itu dalam perjalanan dari arah Ipoh menuju ke Jalan Pinji Seni 5."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan dipercayai membuat belokan ke kanan untuk memasuki simpang."Pada masa sama, motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 59 tahun dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan kiri kereta tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Muhammad Najib berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah kecederaan pelbagai akibat kemalangan jalan raya," katanya.Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi tujuan siasatan lanjut."Polis turut mengesan saksi bebas dan rakaman kamera papan pemuka bagi membantu siasatan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan.Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Sementara itu, PUO menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarham merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.Menurut hantaran itu, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga PUO. |
|
'Selepas PJ, Hulu Selangor rayu segera bina hospital pakar baharu' - Sinarharian - 30/05 6:12 pm SHAH ALAM Selepas cadangan pembinaan hospital kerajaan baharu di Petaling Jaya dan tuntutan kemudahan kesihatan di Puchong mendapat perhatian pelbagai pihak, kini Hulu Selangor turut menyuarakan keperluan mendesak untuk memiliki sebuah hospital pakar kerajaan bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kerajaan perlu melihat keperluan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar utama, sebaliknya turut memberi perhatian kepada daerah separa bandar dan luar bandar yang sedang berkembang pesat seperti Hulu Selangor.Menurut beliau, pembinaan hospital kerajaan baharu di Petaling Jaya sememangnya penting dan wajar diteruskan, namun pada masa sama keperluan penduduk Hulu Selangor untuk mendapatkan akses rawatan pakar juga tidak boleh terus ditangguhkan."Hulu Selangor meliputi hampir 20 peratus keluasan negeri Selangor dan lebih besar daripada negeri Melaka dengan anggaran penduduk sekitar 300,000 orang."Dengan pertumbuhan penduduk yang pesat, pembangunan kawasan perumahan baharu serta peningkatan keperluan penjagaan kesihatan, daerah ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Dr Sathia yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor menegaskan, isu akses kepada rawatan pakar tidak boleh dipandang ringan kerana faktor masa memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan rawatan dan keselamatan pesakit."Masa adalah nyawa |
|
Malaysia mampu jadi 'Kota Baca' dalam tempoh 20 tahun - Fadhlina - Sinarharian - 30/05 6:10 pm KUALA LUMPUR - Malaysia mampu menjadi sebuah "Kota Baca" dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu terus diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Beliau berkata, usaha membina sebuah bangsa yang membaca perlu bermula dengan memastikan akses kepada bahan bacaan berkualiti untuk anak-anak selain mewujudkan ekosistem yang mampu membudayakan amalan mulia itu dalam kehidupan seharian masyarakat."Kita mahu membina sebuah bangsa yang membaca |
|
Raja Perlis rasmi Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin-PIP - FMT - 30/05 5:55 pm Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail perkenan namanya digunakan sebagai simbolik zon itu dengan harapan ia terus berkembang sebagai pusat logistik dan perdagangan moden. |
|
Raja of Perlis launches Tuanku Syed Sirajuddin Free Trade Zone-Perlis Inland Port - Malaymail - 30/05 4:43 pm PADANG BESAR, May 30 The Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, today graced and officiated the lau... |
|
Bayaran interim RM1.5 bilion pencapaian besar buat Sabah, kata Mustapha - FMT - 30/05 4:40 pm Menteri Sabah dan Sarawak berkata, kenaikan bayaran pemberian khas itu bukti tuntutan hak Sabah terus diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan. |
|
Loke: Railway cable theft is a national security issue, govt eyeing tougher laws, tech solutions - Malaymail - 30/05 4:35 pm PADANG BESAR, May 30 The government is examining effective methods, including the use of monitoring technology,... |
|
Bayaran interim Sabah naik kepada RM1.5 bilion bukti komitmen Kerajaan Madani - Mustapha Sakmud - Sinarharian - 30/05 3:59 pm KOTA KINABALU - Kenaikan pembayaran geran khas interim bagi Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion membuktikan komitmen berterusan kerajaan Persekutuan dalam menangani tuntutan hak negeri itu secara berperingkat dan bertanggungjawab.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan pencapaian besar yang mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan kepentingan Sabah terus diberi perhatian."Untuk rekod, sebelum perubahan kerajaan Persekutuan pada 2022, Sabah hanya menerima sekitar RM26.7 juta setahun selama berdekad walaupun tuntutan 40 peratus hasil termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika ini, rakyat menyaksikan peningkatan ketara dari tahun ke tahun iaitu RM125.6 juta pada 2022; RM300 juta (2023 dan 2024); serta RM600 juta pada 2025 dan 2026, sebelum disusuli dengan pengumuman kenaikan bayaran interim kepada RM1.5 bilion.Beliau berkata, peningkatan secara konsisten itu membuktikan suara dan tuntutan rakyat Sabah bukan sahaja didengari, malah diberikan perhatian serius oleh kerajaan Persekutuan.Mustapha berkata, isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah telah berlarutan selama puluhan tahun dan ia menuntut komitmen politik yang kukuh serta kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk diselesaikan sepenuhnya.Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak Sabah akan diteruskan sehingga penyelesaian yang lebih menyeluruh dan muktamad dicapai, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.Justeru, beliau menyarankan pendekatan yang matang, berhemah dan berpandangan jauh terus diaplikasikan bagi memastikan hak Sabah dapat direalisasikan tanpa menjejaskan kestabilan serta hubungan baik dalam persekutuan Malaysia.Mustapha turut menyuarakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Anwar dan gagasan Malaysia MADANI, agenda memperkasa Sabah dan Sarawak akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Persekutuan |
|
MOT teliti penggunaan teknologi pantau kecurian kabel landasan kereta api - Anthony Loke - Sinarharian - 30/05 3:43 pm PADANG BESAR Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih berkesan bagi membendung kes kecurian kabel sehingga menjejaskan perkhidmatan kereta api kepada pengguna.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil susulan kegiatan kecurian kabel yang semakin membimbangkan khususnya di kawasan utara.Menurutnya, MOT turut berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperketatkan undang-undang terhadap kes berkenaan."Kes kecurian kabel ini tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia mengganggu perkhidmatan pengangkutan awam serta memberi kesan kepada keselamatan orang ramai."Ia merupakan isu keselamatan nasional kerana bukan sahaja menimbulkan gangguan kepada perkhidmatan, malah mengundang risiko bahaya kepada pengguna," katanya.Beliau berkata demikian kepada media ketika hadir ke perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin di Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) yang disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di sini pada Sabtu.Anthony berkata, walaupun tindakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah diambil, kegiatan berkenaan masih dilaporkan berikutan harga tembaga yang tinggi.Tambahnya, cabaran pemantauan turut melibatkan jajaran landasan kereta api negara yang menjangkau kira-kira 1,000 kilometer termasuk kawasan terpencil yang diakses pihak tidak bertanggungjawab.Beliau berkata, dalam masa sama, kementerian turut meneliti pendekatan dan penyelesaian dilaksanakan negara lain dalam menangani kes kecurian kabel melibatkan sistem pengangkutan rel.Menurutnya, masalah berkenaan bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut dihadapi negara lain yang mempunyai rangkaian rel, justeru pengalaman dan kaedah digunakan di luar negara boleh dijadikan rujukan bagi memperkukuh langkah pencegahan tempatan. |
|
Perlis Inland Port set to boost Malaysia-Thailand trade and regional connectivity, says Loke - Malaymail - 30/05 3:28 pm PADANG BESAR, May 30 The government is confident that the development of the Perlis Inland Port (PIP) will contr... |
|
Masa depan parti `kancil’ gelap, prestasi bakal senasib rekod Rafizi .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Masa depan parti `kancil' gelap, prestasi bakal senasib rekod Rafizi sebagai menteri - AMK KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang dikaitkan dengan logo kancil dan diterajui Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan tidak mempunyai masa depan yang cerah serta gagal menawarkan sesuatu yang benar-benar meyakinkan rakyat |
|
Terengganu bukan seperti difitnah, rakyat perlu nilai berdasarkan fakta .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Terengganu bukan seperti difitnah, rakyat perlu nilai berdasarkan fakta - DHPP KUALA LUMPUR - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Pusat menyifatkan pelbagai dakwaan yang sering dilemparkan terhadap pentadbiran Terengganu sebagai tidak tepat dan mengelirukan, selain gagal menggambarkan keadaan sebenar di negeri itu |
|
Profesional muda perlu kembali jadi nadi PKR – Dharshinee - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Profesional muda perlu kembali jadi nadi PKR - Dharshinee KUALA LUMPUR - Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan cabaran untuk memulihkan keyakinan akar umbi, Ahli Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dharshinee Suresh Kumar menggesa usaha membawa pulang golongan profesional muda dijadikan keutamaan dalam proses memperkukuh semula parti itu |
|
Spekulasi baharu DUN Johor bubar 22 Jun ini untuk PRN? Spekulasi baharu .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Spekulasi baharu DUN Johor bubar 22 Jun ini untuk PRN? JOHOR BAHRU - Spekulasi terbaharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan bertiup kembali apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima notis mesyuarat menghadiri sidang khas DUN pada 22 Jun ini |
|
Geran khas interim Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion ??? PM - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Geran khas interim Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion PM PENAMPANG - Geran khas interim bagi Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu dimuktamadkan seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
PRN Johor: MCA fokus raih sokongan pengundi banding letak sasaran khusus - Mygazette - 30/05 3:25 pm # PRN Johor: MCA fokus raih sokongan pengundi banding letak sasaran khusus JOHOR BAHRU - MCA memberi fokus kepada usaha meraih sokongan pengundi berbanding meletak sasaran khusus memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang |
|
Hospital awam PJ tak wajar dipolitikkan, cadangan ambil alih hospital .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Hospital awam PJ tak wajar dipolitikkan, cadangan ambil alih hospital swasta perlu dipertimbang - Faiz KUALA LUMPUR Pembinaan Hospital Awam Petaling Jaya tidak wajar dijadikan isu politik oleh mana-mana pihak kerana keutamaannya adalah untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik, kata Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil |
|
UEC bukan satu-satunya janji, kerajaan diminta tunaikan manifesto lain .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # UEC bukan satu-satunya janji, kerajaan diminta tunaikan manifesto lain dahulu - Bersekutu KUALA LUMPUR - Pemangku Ketua Bersekutu Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan mempersoalkan keutamaan kerajaan dalam melaksanakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sedangkan pelbagai janji lain yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan masih belum ditunaikan |
|
MB Perlis tembak lembu korban: Polis rampas 'shotgun', 9 butir peluru - Sinarharian - 30/05 3:17 pm KANGAR Polis merampas selaras 'shotgun' dipercayai digunakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam insiden tembakan ke arah seekor lembu korban yang didakwa mengamuk di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, rampasan turut membabitkan sembilan butir peluru jenis 'buckshot' bagi membantu siasatan.Menurutnya, keterangan Menteri Besar Perlis itu juga telah diambil susulan insiden yang berlaku ketika Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis berikutan video tular dan laporan polis diterima."Hasil keterangan yang direkodkan mendapati tindakan itu diambil kerana seekor lembu mengamuk serta mengancam petugas dan orang awam yang berada di lokasi program," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, semakan melalui Bahagian Perlesenan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar mengesahkan Menteri Besar Perlis merupakan pemegang lesen senjata api yang sah bagi senjata berkenaan.Sebelum itu, Yusharifuddin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis daripada orang awam pada jam 4.51 petang Jumaat berkaitan rakaman video berdurasi 38 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana melepaskan tembakan di tempat awam.Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi terhadap mana-mana pihak.Tambah beliau, polis memandang serius perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim di talian 019-9939200 atau 04-9082222. |
|
Perlis Inland Port to boost Malaysia-Thailand trade target - SUN - 30/05 3:11 pm The Perlis Inland Port is expected to significantly contribute towards the US$30 billion Malaysia-Thailand bilateral trade target by next year. |
|
Police confirm Perlis MBs shotgun legally licensed, seize weapon after viral sacrificial cow shooting - Malaymail - 30/05 2:54 pm KUALA LUMPUR, May 30 Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah holds a valid firearms licence for the shotgun used t... |
|
Cops seize shotgun used by Perlis MB in cow shooting incident - FMT - 30/05 2:42 pm Kangar police say Abu Bakar Hamzah holds a valid firearms licence. |
|
MB Perlis dirakam keterangan, polis rampas senjata berkait kes tembak lembu - FMT - 30/05 2:29 pm Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan semalam berhubung video tular kejadian berkenaan. |
|
7 tahun berlalu, Acap masih belum ditemui - Sinarharian - 30/05 1:51 pm KEHILANGAN pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih baru-baru ini mengembalikan ingatan ramai kepada satu lagi misteri kehilangan yang sehingga kini masih belum terungkai.Misteri kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, masih belum terungkai walaupun lebih tujuh tahun berlalu sejak dia dilaporkan hilang ketika menyertai perlumbaan lasak itu pada 23 Mac 2019.Acap yang ketika itu berusia 29 tahun dilaporkan gagal dikesan selepas tidak tiba di pusat pemeriksaan terakhir perlumbaan yang berlangsung di kawasan hutan dan bukit sekitar Gopeng.Kehilangannya disedari apabila dia tidak menamatkan perlumbaan sebelum rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Gopeng pada jam 1.09 pagi, 24 Mac 2019.ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kehilangan AcapKehilangan Acap: Jangan obses unsur mistikKehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar dilancarkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, pasukan keselamatan lain serta ratusan sukarelawan dan penduduk kampung.Sepanjang hampir sebulan operasi dijalankan, pelbagai aset digunakan termasuk unit anjing pengesan, dron, helikopter dan pasukan khas pencarian darat bagi menjejaki Acap di kawasan hutan, bukit dan sungai sekitar Gopeng.Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak membuahkan hasil apabila tiada petunjuk kukuh ditemukan |
|
Kelewatan pembinaan Hospital Awam Petaling Jaya tidak wajar dipolitikkan Amanah - Sinarharian - 30/05 11:07 am SHAH ALAM - Tindakan beberapa pihak termasuk MCA Selangor mempersoalkan kelewatan pembinaan Hospital Awam Petaling Jaya disifatkan sebagai tidak wajar dan cuba mempolitikkan isu kesihatan rakyat.Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, isu kesihatan awam tidak sepatutnya dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak, termasuk Pengerusi MCA Selangor, Datuk Lawrence Low.Menurut beliau, Petaling Jaya sememangnya telah lama memerlukan sebuah hospital awam sendiri bagi menampung peningkatan jumlah penduduk serta mengurangkan tekanan terhadap hospital awam sekitar seperti di Klang dan Shah Alam.Dalam pada itu, beliau berkata sementara menunggu projek hospital tersebut siap dibina, kerajaan wajar mempertimbangkan langkah sementara lebih segera termasuk cadangan Galen Centre for Health and Social Policy supaya sebuah hospital swasta bersaiz sederhana di Petaling Jaya disewa dan diambil alih operasinya sebagai hospital awam untuk tempoh tertentu.Beliau menjelaskan pendekatan itu selari dengan konsep perkongsian awam-swasta telah diperkenalkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui Program Hospital Outsourcing (HSOP) sejak 2023, termasuk perkhidmatan seperti radiologi dan kardiologi di hospital swasta.Ujarnya, pendekatan tersebut berpotensi menjadi penyelesaian praktikal sementara menunggu hospital baharu siap dibina, di samping membantu mengurangkan kesesakan hospital awam di Lembah Klang serta mempercepatkan akses rawatan kepada penduduk Petaling Jaya.Faiz turut menegaskan bahawa cadangan Hospital Awam Petaling Jaya bukanlah agenda baharu, sebaliknya telah lama menjadi sebahagian daripada perancangan Pakatan Harapan di Selangor.Beliau berkata, Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 yang diwartakan pada tahun 2011 telah mengambil kira keperluan pembinaan hospital awam di kawasan berkenaan ketika pentadbiran negeri terdahulu.Bagaimanapun, beliau menjelaskan pelaksanaan projek tersebut memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dari segi kelulusan, peruntukan serta perancangan teknikal, yang ketika itu ditadbir oleh Barisan Nasional.Menurutnya lagi, usaha mengenal pasti tapak hospital hanya dapat digerakkan dengan lebih serius selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada tahun 2018, namun terganggu susulan perubahan politik melalui Langkah Sheraton serta krisis Covid-19.Faiz berkata, peluang membangunkan hospital berkenaan pada kos lebih munasabah telah terlepas pada pentadbiran terdahulu, menyebabkan kerajaan kini perlu lebih teliti dan strategik dalam memilih lokasi baharu.Beliau turut memberi amaran bahawa kos pengambilan tanah yang terlalu tinggi boleh menjejaskan peruntukan lain seperti peralatan perubatan, kemudahan pesakit, tenaga kerja dan kelengkapan hospital.Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan lokasi hospital perlu mengambil kira akses rakyat, kesesuaian kawasan serta kewajaran kos secara menyeluruh.Faiz pada masa sama menyambut baik komitmen Menteri Kesihatan serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam usaha merealisasikan Hospital Awam Petaling Jaya, termasuk cadangan Taman Medan sebagai antara tapak sedang dinilai.Menurutnya, pembangunan hospital di kawasan seperti Taman Medan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu serta kelompok B40 akan memberi manfaat besar kepada rakyat Petaling Jaya secara keseluruhan.Beliau menegaskan rakyat perlu menolak politik sempit dalam isu ini kerana pembinaan hospital awam adalah soal nyawa, kesihatan dan kebajikan rakyat, bukan keuntungan politik mana-mana pihak. |
|
Hukum tembak haiwan korban mengganas dibolehkan jika darurat Pakar Fiqh UKM - Sinarharian - 30/05 9:31 am SHAH ALAM Hukum menembak haiwan korban yang lari, mengganas atau sukar dikawal adalah dibolehkan sekiranya terdapat keperluan, dengan syarat tujuan tembakan tersebut adalah untuk melemahkan serta mengawal haiwan berkenaan, bukan untuk membunuhnya sebelum sempat disembelih.Menurut Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, hukum tersebut berpandukan dalil hadis sahih berkaitan kejadian unta liar yang terlepas.Beliau memetik hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi haiwan-haiwan ini ada sifat liar seperti binatang buas. Maka apabila ia mengatasi kamu, lakukanlah terhadapnya seperti ini." (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)."Dalam hadis tersebut seekor unta korban telah lari sebelum seorang sahabat memanahnya sehingga ia dapat ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan.Bagaimanapun, beliau menegaskan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam keadaan sedemikian."Antaranya, haiwan tersebut mesti masih hidup selepas ditembak."Selain itu, haiwan berkenaan hendaklah segera disembelih secara syarie selepas dikawal," ujarnya.Beliau turut menjelaskan, jika tembakan tersebut menyebabkan haiwan mati sebelum sempat disembelih, hukumnya bergantung kepada keadaan darurat dan keperluan."Jika benar-benar darurat dan tiada cara lain, sebahagian ulama mengharuskan keadaan itu serta menganggapnya halal dimakan, namun perkara tersebut perlu dirujuk kepada Jabatan Mufti negeri berkenaan bagi menentukan status sama ada sah sebagai korban atau tidak, " ujarnya lagi.Namun jika haiwan mati akibat kecuaian atau sengaja dibunuh tanpa melalui proses sembelihan, ia tidak dianggap sah sebagai korban.Terdahulu media melaporkan, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tampil memberi penjelasan berhubung video tular beliau menembak seekor lembu yang sedang mengamuk pada program korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.Abu Bakar berkata, lembu berkenaan yang terlucut tali telah mengamuk dan boleh mengundang mudarat atau bahaya kepada para petugas sebagaimana berlaku di tempat lain sehingga ada menyebabkan kematian.Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis itu, beliau hanya menembak ke arah kaki lembu dan selepas itu proses penyembelihan dilakukan seperti biasa. |
|
Masa depan parti kancil gelap, cerminan prestasi Rafizi sebagai Menteri Ekonomi - AMK - Sinarharian - 30/05 8:55 am KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang menggunakan logo kancil disifatkan tidak mempunyai masa depan yang cerah sekiranya terus bergantung kepada pengaruh individu semata-mata tanpa menawarkan hala tuju yang jelas kepada rakyat.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Himli Zainol berkata, parti yang dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli itu dilihat lebih bersandarkan kepada retorik politik berbanding tawaran penyelesaian yang realistik kepada rakyat.Menurutnya, rakyat kini sudah mampu menilai pendekatan politik Rafizi yang sering mengemukakan pelbagai formula dan kritikan ketika berada di luar kerajaan."Namun apabila diberikan peluang memegang kuasa dan mengurus ekonomi negara, ramai berpendapat prestasinya tidak setanding dengan harapan serta formula yang pernah dijanjikan."Politik bukan sekadar pandai mengkritik atau menghasilkan formula yang menarik |
|
Rayer desak polis siasat kes MB perlis tembak lembu tanpa pilih... - Mygazette - 30/05 7:55 am # Rayer desak polis siasat kes MB perlis tembak lembu tanpa pilih kasih KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan tindakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban dalam satu program ibadah korban di Kuala Perlis baru-baru ini |
|
MBWP sambut baik Dana Pemangkin Generasi Madani RM5 juta, perkasa industri .. - Mygazette - 30/05 7:55 am # MBWP sambut baik Dana Pemangkin Generasi Madani RM5 juta, perkasa industri kreatif belia KUALA LUMPUR - Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) menyambut baik pengumuman Kerajaan MADANI berhubung pelaksanaan Dana Pemangkin Generasi MADANI berjumlah RM5 juta |
|
Tembak lembu korban: Polis bakal panggil MB Perlis - Mygazette - 30/05 7:55 am |
|
Hospital vertikal idea realistik, lebih baik berbanding bina di lokasi jauh - Mygazette - 30/05 7:55 am # Hospital vertikal idea realistik, lebih baik berbanding bina di lokasi jauh KUALA LUMPUR Pembinaan hospital secara menegak atau vertical hospital merupakan satu pendekatan realistik yang perlu dipertimbangkan kerajaan khususnya di kawasan bandar padat penduduk dan mempunyai kekangan tanah |
|
Farhash kekal bersama perjuangan reformasi Anwar ketika ramai ubah haluan .. - Mygazette - 30/05 7:55 am # Farhash kekal bersama perjuangan reformasi Anwar ketika ramai ubah haluan - Penganalisis KUALA LUMPUR Nama Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan sebagai antara individu yang kekal setia bersama perjuangan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berdepan pelbagai cabaran politik sejak sekian lama |
|
Gyokeres wajib jadi taruhan Arsenal - Sinarharian - 30/05 7:50 am BEKAS penyerang England, Michael Owen percaya Mikel Arteta perlu mengembalikan Viktor Gyokeres ke dalam kesebelasan utama Arsenal menjelang final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain tengah malam ini (12 tengah malam waktu Malaysia).Gyokeres sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan ketika membantu Arsenal menyingkirkan Atletico Madrid pada separuh akhir menerusi persembahan bertenaga di jentera serangan.Bagaimanapun, penyerang Sweden itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi dua aksi terakhir selepas Arteta memilih Kai Havertz ketika menentang Burnley dan Gabriel Jesus ketika bertemu Crystal Palace.Kedua-dua pemain terbabit turut mencatat nama sebagai penjaring, namun Owen berasakan Gyokeres tetap pilihan paling tepat untuk mengetuai serangan Arsenal pada pentas final."Dia perlu diturunkan dalam final Liga Juara-Juara |
|
Kvaratskhelia senjata utama PSG di Budapest - Sinarharian - 30/05 7:20 am AKSI berbahaya Khvicha Kvaratskhelia terus menjadi antara aset utama Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Arsenal dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Budapest, Hungary tengah malam ini.Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah yang diidamkan.Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah kedua berturut-turut.Sejak menyertai PSG, Kvaratskhelia cepat membentuk keserasian dalam sistem kolektif yang turut digerakkan Ousmane Dembele, Vitinha dan Joao Neves, sekali gus menjadikan jentera serangan lebih seimbang dan sukar dijangka.Sebelum ke Paris, pemain berusia 23 tahun itu mencipta nama bersama Napoli selepas dibawa dari Dinamo Batumi pada 2022 dengan nilai sekitar 10 juta euro (RM46.1 juta) ketika namanya masih belum dikenali di pentas Eropah.Namun, Kvaratskehlia pantas mencuri perhatian apabila membantu Napoli menjulang kejuaraan Serie A serta menyerlah di UCL menerusi aksi lincah dan kreativiti di bahagian sayap kiri.Di Itali, penyokong Napoli menggelarnya "Kvaradona" sebagai penghormatan kepada legenda Diego Maradona, sekali gus menggambarkan impak besar yang ditinggalkan sejak musim pertamanya.Bekas jurulatih Napoli, Luciano Spalletti sebelum ini mengakui kekuatan utama pemain itu terletak pada elemen ketidakbolehramalan yang mampu mengubah rentak permainan."Kravatskhelia sukar dijangka dan perkara itu menjadikan situasi biasa bertukar luar biasa," katanya. |
|
Jemaah haji Malaysia jadi teladan kebersihan di Tanah Suci - Sinarharian - 29/05 10:23 pm SHAH ALAM - Disiplin dan budaya menjaga kebersihan dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci terus mendapat pujian apabila meninggalkan teladan baik sepanjang berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, walaupun berdepan keadaan sesak, cuaca panas dan keletihan, jemaah Malaysia tetap memastikan khemah serta kawasan sekitar sentiasa bersih dan teratur."Bila orang lain tinggalkan sampah, jemaah kita tinggalkan teladan |
|
Lepas tembakan di tempat awam kesalahan serius, kata Rayer - FMT - 29/05 8:38 pm Ahli Parlimen RSN Rayer turut menyoal sama ada Menteri Besar Abu Bakar Hamzah mempunyai lesen untuk memiliki senjata api. |
|
Discharging firearm in public a serious offence, says MP - FMT - 29/05 8:14 pm Jelutong MP RSN Rayer also asks if Perlis menteri besar Abu Bakar Hamzah, who shot a sacrificial cow, owns a gun licence. |
|
Konvensyen BN Johor 14 Jun depan - Onn Hafiz - Sinarharian - 29/05 7:57 pm JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor akan menganjurkan Konvensyen BN Johor pada 14 Jun depan bagi memperkukuhkan tekad dan hala tuju perjuangan parti di negeri itu.Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan tersebut dicapai hasil Mesyuarat BN Negeri Johor pada Jumaat."Mesyuarat hari ini berlangsung dalam suasana penuh muafakat, kebersamaan dan semangat perjuangan demi memastikan kestabilan politik serta kemajuan negeri Johor terus diperkukuhkan."Hasil mesyuarat, kita bersetuju bahawa Konvensyen BN Johor akan dianjurkan pada 14 Jun depan," katanya menerusi satu kenyataan.Onn Hafiz yang jugaMenteri Besar Johor berkata, mesyuarat berkenaan juga menjadi platform penting untuk memperhalusi gerak kerja, mengukuhkan kerjasama antara komponen parti serta menyusun langkah yang lebih tersusun dalam memastikan agenda Maju Johor terus dipacu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara menyeluruh."Semoga semangat permuafakatan dalam BN akan terus menjadi kekuatan utama dalam membawa suara rakyat, memperkukuh perpaduan serta memastikan setiap perancangan pembangunan dapat diterjemahkan dengan berkesan demi masa depan Bangsa Johor yang lebih gemilang," katanya. |
|
Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini |
|
Farhash terus kekal bersama perjuangan reformasi - Penganalisis - Sinarharian - 29/05 6:49 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan sebagai antara individu yang kekal setia bersama perjuangan reformasi dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, meskipun berdepan pelbagai cabaran serta pergolakan politik sepanjang perjalanan kariernya.Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Dr Nor Syamimi Mohamed Adnan berkata, Farhash sebelum ini dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya sebelum terlibat secara lebih aktif dalam arena politik.Menurutnya, latar belakang tersebut menyebabkan ada pihak melihat penglibatan Farhash dalam PKR bukan didorong oleh kepentingan kedudukan atau kekayaan semata-mata, sebaliknya berpaksikan keyakinan terhadap agenda reformasi yang diperjuangkan oleh Anwar."Namun seperti mana-mana tokoh politik lain, penilaian terhadap Farhash juga datang dengan pelbagai pandangan."Ada yang menghargai kesetiaan serta sumbangannya kepada perjuangan reformasi, manakala ada juga yang mengkritik beberapa kontroversi yang pernah dikaitkan dengannya."Justeru, sejarah dan sumbangan beliau wajar dinilai secara adil berdasarkan fakta, rekod perkhidmatan serta sumbangan yang telah diberikan kepada parti dan negara," katanya pada Jumaat.Beliau mengulas polemik yang terus mengaitkan nama Farhash dalam perdebatan politik semasa.Baru-baru ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi dilaporkan menggesa Anwar supaya berhenti menggunakan istilah sakau selagi isu yang dikaitkan dengan Farhash tidak dijelaskan secara tuntas.Mengulas lanjut, Nor Syamimi berkata, perjalanan politik beberapa tokoh yang pernah berada dalam kelompok reformasi menunjukkan hala tuju berbeza selepas mencapai kedudukan tertentu dalam politik negara.Katanya, Mohamed Azmin Ali misalnya dilihat semakin rapat dengan Mahathir Mohamad selepas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan pernah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada bekas Perdana Menteri itu ketika kemuncak krisis politik pada 2020."Begitu juga dengan Rafizi Ramli yang mengambil keputusan berehat daripada politik aktif selepas PRU14 dan memberi tumpuan kepada kerjaya korporat serta perniagaan."Beliau sendiri pernah menjelaskan keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan perkembangan politik dalaman selain memerlukan masa untuk memulihkan semangat sebelum kembali aktif dalam politik," katanya.Tambah beliau, dalam landskap politik yang sentiasa berubah, kesetiaan seseorang pemimpin terhadap perjuangan asal yang dibawa sejak awal pembabitan mereka sering menjadi antara ukuran yang dinilai oleh penyokong dan pemerhati politik. |
|
Pertimbang tenaga nuklear sebagai bekalan elektrik beban asas negara - Penasihat Ekonomi PMO - Sinarharian - 29/05 6:39 pm SHAH ALAM - Tenaga nuklear dilihat sebagai antara langkah yang perlu dipertimbangkan di Semenanjung Malaysia bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik beban asas negara.Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkata, tenaga solar tidak mampu menyediakan bekalan asas yang stabil, manakala Semenanjung Malaysia pula tidak mempunyai kapasiti tenaga hidro yang besar seperti di Sabah dan Sarawak."Jadi nuklear adalah pilihan yang perlu diambil namun memerlukan banyak pendidikan dan perubahan dasar."Kita juga perlu menandatangani banyak perjanjian antarabangsa dan melihat keseluruhan rantaian bekalan dari mula sampai akhir termasuk cara menguruskan sisa, jadi semuanya memerlukan perbincangan jangka panjang," katanya.Beliau berkata demikian dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.Dalam pada itu Nurhisham menjelaskan, cadangan pembangunan grid kuasa ASEAN bakal membolehkan Malaysia memanfaatkan sumber tenaga lebih bersih menerusi import kuasa hidro dari Vietnam, Laos dan Kemboja.Menurut beliau, langkah tersebut mampu memperkukuh sumber tenaga boleh diperbaharui negara pada masa hadapan."Sebaik memilikinya, kita akan mempunyai sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih baik," ujarnya. |
|
PRN Johor boleh diadakan bila-bila masa, MCA sudah bersedia - Ka Siong - Sinarharian - 29/05 5:50 pm JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diadakan pada bila-bila masa selepas lebih empat tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri sejak 2022.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA telah mempersiapkan jenteranya di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memastikan kemenangan gabungan tersebut."Kita sudah empat tahun dan memasuki tahun kelima, kini hampir sampai penghujung |
|
Selangor kekal catat kes pendaki sesat tertinggi - Sinarharian - 29/05 5:39 pm PUTRAJAYA Selangor terus mencatatkan jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini apabila kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, trend itu dapat dilihat berdasarkan statistik lima bulan pertama tahun ini serta rekod keseluruhan tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 52 kes melibatkan 114 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu."Peningkatan sebanyak 12 kes ini bersamaan hampir 30 peratus, manakala jumlah mangsa turut meningkat seramai 26 orang berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan kebanyakan kejadian berlaku di kawasan pendakian dan rekreasi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.Antara lokasi yang kerap terlibat insiden pendaki hilang arah ialah Air Terjun Kanching di Rawang, Bukit Wawasan di Puchong, Bukit Broga di Semenyih, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Apek di Hulu Langat serta beberapa kawasan rekreasi di Kota Damansara.ARTIKEL BERKAITAN SAR JASLINDA: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan jumlah kejadian yang tinggi melibatkan kawasan rekreasi seperti Bukit Kiara, Bukit Gasing dan Bukit Sungai Besi.Pulau Pinang juga tidak terkecuali apabila lokasi seperti Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Batu Ferringhi, Balik Pulau dan Teluk Bahang terus mencatatkan kes pendaki sesat setiap tahun."Sepanjang tahun lalu, sebanyak 88 kes membabitkan 193 mangsa direkodkan di seluruh negara, dengan Selangor menjadi negeri paling banyak memerlukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes pendaki sesat."Malah, lokasi seperti Bukit Wawasan di Puchong direkodkan berulang kali dalam statistik operasi sehingga menjadi antara kawasan paling kerap terlibat dengan insiden kehilangan arah," katanya.Mengulas perkembangan tahun ini, beliau berkata antara kes terbesar direkodkan ialah melibatkan 10 individu yang dilaporkan sesat di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.Katanya, satu lagi kejadian besar membabitkan tujuh mangsa hilang arah di kawasan Kem Kasut Gunung Yong Belar, Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, jumlah kes pendaki sesat tahun ini berpotensi melepasi angka keseluruhan tahun lalu sekiranya peningkatan berterusan sehingga hujung tahun.Jelasnya, peningkatan itu dipercayai berkait rapat dengan minat masyarakat terhadap aktiviti pendakian dan rekreasi luar yang semakin popular, khususnya di kawasan bukit dan hutan berhampiran bandar."Aktiviti hiking dan riadah lasak kini menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat."Keadaan ini menyebabkan semakin ramai individu termasuk pendaki baharu mencuba aktiviti pendakian dan penerokaan hutan sebagai riadah," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.Katanya, persediaan fizikal, pengetahuan asas serta penggunaan khidmat malim gunung berpengalaman amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Persediaan rapi dari segi kecergasan dan ilmu asas sangat penting kerana kita tidak mengetahui cabaran sebenar di lapangan."Khidmat malim gunung berpengalaman juga wajar digunakan kerana mereka mampu membuat keputusan lebih tepat sekiranya berlaku situasi kecemasan," ujarnya. |
|
'Saya terkejut nampak lengan anak putus, tersangkut di bonet kereta' - Sinarharian - 29/05 5:03 pm PASIR MAS Seorang bapa tidak mampu melupakan detik menyayat hati apabila melihat kesan kemalangan yang meragut nyawa anak sulungnya dalam nahas di Jalan Lubok Gong-Jeram Perdah di sini, petang kelmarin.Tukang cat, Zurul Azli Awang, 48, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan anaknya, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, terlibat dalam kemalangan.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, dia tergamam melihat keadaan selepas nahas yang menimpa anaknya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Aidiladha: Remaja maut, lengan putusMaut putus lengan: Dua pasangan pengantin batal hasrat bersanding"Apabila sampai di lokasi kejadian, saya terkejut melihat bahagian lengan kanan anak tersangkut di depan kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki."Muhammad Luqman pula sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Sitok di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada hari pertama Hari Raya Aidiladha itu, mangsa meninggal dunia di lokasi selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Honda Jazz.Menurut Zurul Azli, anaknya keluar dari rumah sekitar jam 4.45 petang selepas menunaikan solat Asar untuk beraya bersama rakan-rakannya.Katanya, kira-kira 15 minit kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut."Pemergian arwah memberi kesan besar kepada keluarga |
|
Polis siasat MB Perlis lepaskan tembakan ke arah lembu korban - Sinarharian - 29/05 4:22 pm KANGAR -Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dipercayai menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal sedang dijalankan walaupun setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian itu."Polis dah terima (penularan video) tetapi setakat ini belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |