| /// |
|
| Search : Besar Pahang News | Page 1 |
|
KPKT anjur Pesta Cahaya Deepavali terbesar dalam sejarah kementerian - Mygazette - 27/10 4:00 pm # KPKT anjur Pesta Cahaya Deepavali terbesar dalam sejarah kementerian PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencipta sejarah tersendiri apabila menganjurkan sambutan Pesta Cahaya sempena Hari Deepavali 2026 yang disifatkan sebagai paling besar dalam sejarah di kementerian itu |
|
AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu – Saifuddin - Mygazette - 27/10 4:00 pm # AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu - Saifuddin KUALA LUMPUR Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal dilengkapi aset serta teknologi dan inovasi baharu bagi memperkukuh kawalan sempadan negara dalam menghadapi jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks |
|
160,000 pemandu e-hailing sasar kesatuan sekerja, rayu menteri ketepikan .. - Mygazette - 27/10 4:00 pm # 160,000 pemandu e-hailing sasar kesatuan sekerja, rayu menteri ketepikan penolakan KUALA LUMPUR Jawatankuasa Protem Kesatuan Kebangsaan Pekerja E-Hailing dan Industri Berkaitan Semenanjung Malaysia (NUEW) merayu Menteri Sumber Manusia supaya mengetepikan keputusan menolak pendaftaran kesatuan itu yang disasarkan mewakili kira-kira 160,000 pemandu e-hailing di Semenanjung |
|
Pahang mula agih bekalan makanan kering ke seluruh negeri, persediaan .. - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Pahang mula agih bekalan makanan kering ke seluruh negeri, persediaan hadapi monsun KUANTAN - Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sejumlah RM3.785 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sebagai persediaan logistik dan bekalan makanan kering ke seluruh negeri bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini |
|
Aura kemenangan BN di Johor, N. Sembilan akan menular ke Melaka... - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Aura kemenangan BN di Johor, N |
|
Pelaburan Battersea terlalu tinggi, kerugian sedang dipulihkan – PM - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Pelaburan Battersea terlalu tinggi, kerugian sedang dipulihkan - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan awal dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station di London terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kerugian |
|
Anggota maritim maut dalam operasi: Saifuddin ucap takziah - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Anggota maritim maut dalam operasi: Saifuddin ucap takziah GEORGE TOWN - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang maut ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang, Perlis, malam tadi |
|
Kerjasama MCA-Pas mampu pulihkan keseimbangan politik - Zaid Ibrahim - Sinarharian - 27/10 3:47 pm SHAH ALAM Kerjasama antara MCA dengan Pas dilihat mampu mengembalikan keseimbangan politik negara seperti yang pernah wujud menerusi Parti Perikatan pada era 1960-an.Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, MCA perlu melihat perkembangan politik negara secara lebih strategik, khususnya ketika masyarakat Melayu menunjukkan kecenderungan semakin kuat terhadap Pas.Menurut Zaid yang juga ahli Pas, sekiranya masyarakat Melayu semakin cenderung untuk bersikap tertutup dan hanya menumpukan perhatian kepada kelompok sendiri, perkembangan itu bukan sesuatu yang baik untuk negara."MCA sepatutnya melihat politik Malaysia dari sudut yang strategik |
|
Ahli perniagaan didakwa tipu RM1.65 juta urusan beli dusun durian di Raub - Astroawani - 27/10 3:45 pm Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki sebanyak RM1.65 juta bagi pembelian sebuah dusun durian di Raub, Pahang. |
|
Pahang allocates RM3.78m for monsoon preparations, sends aid supplies to 167 forward bases - Malaymail - 27/10 3:45 pm KUANTAN, Oct 27 The Pahang state government has allocated more than RM3 million to prepare for the 2026/20... |
|
GE15 was the lowest point in my political career - Wan Rosdy - Sinardaily - 27/10 3:36 pm SHAH ALAM - Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail has described Barisan Nasionals (BN) loss of its majority in the 15th General Election (GE15) as the lowest point of his political career.He said the outcome was unexpected, as he believed he and his colleagues had done their best for the people.The outcome in GE15 was beyond expectations |
|
Lebih 200,000 kenderaan perlu SLD, JPJ hanya iktiraf 33 bengkel - Sinarharian - 27/10 3:20 pm KUALA LUMPUR - Hanya 33 bengkel dan penyedia perkhidmatan diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang peranti pengehad kelajuan (SLD) secara retrofit setakat 26 Oktober lalu.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah bengkel yang diberi kuasa itu tidak mencukupi memandangkan lebih 200,000 kenderaan memerlukan pemasangan tersebut."Ini antara punca mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan penuh."Kita mengalu-alukan lebih banyak bengkel untuk menjadi pusat yang diperakui JPJ bagi menyediakan perkhidmatan pemasangan retrofit," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada 30 Jun lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan penuh terhadap keperluan pemasangan dan pematuhan SLD bagi kenderaan perdagangan untuk memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara lebih teratur.Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri khususnya daripada syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang mempunyai jumlah kenderaan besar dan masih dalam proses menjadualkan pemasangan SLD secara retrofit.Dalam pada itu Anthony menjelaskan, antara cabaran membabitkan pemasangan tambahan SLD adalah ketidakserasian sesetengah model dengan peranti berkenaan, selain pengeluar asal tidak dapat menyediakan sokongan teknikal diperlukan."Selain itu, kapasiti pemasangan dengan pihak yang mengesahkan fungsi SLD perlu diperluaskan bagi menampung jumlah kenderaan yang terbabit," jelasnya.Sementara itu beliau turut memaklumkan, MOT sedang memuktamadkan kerangka perundangan berkaitan pemasangan, pengesahan dan penguatkuasaan SLD.Jelas beliau, penguatkuasaan sepenuhnya hanya akan dilaksanakan selepas kerangka perundangan tersebut diwartakan dan semua perincian pelaksanaan diselesaikan."Tarikh penguatkuasaan sepenuhnya akan dimaklumkan kepada pihak industri lebih awal selepas semua perkara ini dimuktamadkan," katanya. |
|
Genting Highlands nampak dari Sekinchan? - Sinarharian - 27/10 3:03 pm SABAK BERNAM - Dakwaan pemandangan Genting Highlands, Pahang yang dikatakan boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang, Selangor, mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, daffodilyla, mempersoalkan kesahihan pemandangan itu susulan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih."Ramai yang nampak Genting (Highlands) dari Sekinchan, Tanjong Karang real (benar) ke fake (palsu)? Ada trust issue (krisis kepercayaan) sejak ada AI," tulisnya menerusi hantaran itu.Hantaran itu mengundang reaksi pengguna lain yang mendakwa pemandangan itu sememangnya boleh dilihat dalam keadaan tertentu terutama ketika cuaca cerah selepas hujan.Seorang pengguna Threads, syzwntslim, berkata, pemandangan itu boleh dilihat dari kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang terutama pada pagi selepas hujan pada malam sebelumnya."Kalau bercuti (di) sini (jika) malam itu hujan, esok pagi cepat-cepat keluar memang akan nampak Genting (Highlands)," katanya dalam ruangan komen.Seorang lagi pengguna, Atikahmissnon, turut mendakwa pemandangan itu bukan perkara baharu, malah lampu di kawasan Genting Highlands juga boleh dilihat pada waktu malam."Kalau malam, (memang) nampak lampu kat Genting itu menyala," ujarnya.Perkongsian itu mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai mengenai kemungkinan melihat kawasan tanah tinggi itu dari kawasan sawah padi di pesisir utara Selangor. |
|
Jururawat mengaku tidak bersalah palsukan 10 sijil cuti sakit - Astroawani - 27/10 2:40 pm Zaleha Ismail, 55, didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang di sini, antara 1 Mac hingga 27 April lepas. |
|
Pemergian anggota Maritim kehilangan besar buat negara - Saifuddin - Sinarharian - 27/10 2:25 pm SHAH ALAM Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, yang maut ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang, Perlis, awal pagi Selasa.Saifuddin berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan insan tersayang, malah kepada seluruh warga Maritim Malaysia, khususnya rakan seperjuangan yang pernah berkhidmat bersamanya.Menurut beliau, Allahyarham telah mencurahkan tenaga, kepakaran dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara sepanjang berkhidmat sebagai anggota Maritim Malaysia."Sesungguhnya, setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Allahyarham amat kita hargai dan akan terus dikenang."Buat seluruh ahli keluarga Allahyarham, saya dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan ucapan salam takziah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Roshaimi, 41, disahkan meninggal dunia selepas bot yang dinaikinya bersama tiga anggota lain dipercayai melanggar tembok di pesisir pantai kawasan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam.Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota dilaporkan cedera selepas bot peronda mereka terlanggar tembok ketika mengejar sebuah bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).Saifuddin berharap keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.Beliau turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal ibadah dan jasa baktinya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. |
|
Semangat Dr Siti Hawa inspirasi golongan inklusif UMPSA - Sinarharian - 27/10 1:51 pm KUANTAN Kejayaan Allahyarhamah Dr Siti Hawa Apandi menamatkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) meskipun menghidap spinal muscular atrophy (SMA) menjadi inspirasi kepada golongan inklusif.Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 37 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana sebelum memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Anak ketiga daripada lima beradik itu juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai 'First SMA Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University'.Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada universiti itu, namun pencapaian akademik dan semangatnya akan terus menjadi inspirasi kepada warga kampus."Semangat Allahyarhamah sebagai seorang daripada golongan inklusif menjadi ikon kepada UMPSA kerana beliau bersama kami sejak peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana sehingga berjaya memperoleh ijazah kedoktoran."Kami sentiasa mengikuti perkembangannya dengan sokongan penyelia dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Inklusif (PPi)/Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) UMPSA, Dr Munirah Abdul Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Seri Mahkota Aman di sini pada Selasa.Menurut Yatimah, sokongan dan pengorbanan ibu bapa Allahyarhamah yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pengajian di UMPSA turut menjadi antara pendorong kejayaan tersebut."Kami merasakan ini satu kehilangan yang sangat besar |
|
Kerajaan pertahan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah, Sarawak - Anwar - Astroawani - 27/10 1:15 pm Kerajaan mempertahankan keputusan menyediakan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah dan Sarawakberdasarkan keperluan geografiserta infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan. |
|
MB N Sembilan tolak lantik exco baharu - FMT - 27/10 1:13 pm Ismail Lasim mahu tunggu keputusan mahkamah berkait pembatalan pelantikan 10 exco oleh Yang Dipertuan Besar. |
|
Ismail puts off appointing new Negeri Sembilan exco - FMT - 27/10 1:06 pm Menteri besar wants to wait for the Federal Court's decision regarding the challenge on the sacking of his 10 former exco members. |
|
Kerajaan perketat penelitian pelaburan luar negara, elak kesilapan Battersea - Sinarharian - 27/10 1:04 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pelaburan dalam projek pembangunan Battersea di United Kingdom (UK) mengalami kerugian berikutan kos pelaburan asal yang terlalu tinggi.Beliau berkata, projek tersebut sedang diusahakan untuk dipulihkan, namun pengalaman itu perlu dijadikan pengajaran supaya keputusan pelaburan di luar negara dibuat dengan lebih teliti."Rasional yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang (Hasan Abdul Karim) itu tepat |
|
Kerajaan pertahan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah, Sarawak - Anwar - Sinarharian - 27/10 12:58 am KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan menyediakan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan geografi serta infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan tersebut termasuk keadaan jalan raya yang masih teruk di beberapa kawasan di Sabah meskipun jumlah penduduknya lebih kecil berbanding negeri lain."Jangan kita lihat dari segi kaca mata satu negeri, iaitu untuk kepentingan melayani Sabah dan Sarawak."Tidak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu mesti dilihat sebagai waad nasional |
|
Jururawat klinik kesihatan didakwa palsukan 10 sijil cuti sakit - Sinarharian - 27/10 12:37 am PEKAN - Seorang jururawat di sebuahklinik kesihatan ibu dan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memalsukan 10 keping sijil cuti sakit antara Mac hingga April lepas.Zaleha Ismail, 55, didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang di sini, antara 1 Mac hingga 27 April lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman memohon jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, mengambil kira keseriusan kesalahan, status tertuduh sebagai penjawat awam serta kepentingan awam.Peguam Ahmad Deniel Roslan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang bersesuaian dengan mengambil kira keadaan kewangan dan tanggungan tertuduh.Beliau berkata, tertuduh bekerja sebagai jururawat dengan pendapatan kira-kira RM3,500 sebulan dan merupakan pencari nafkah tunggal keluarga berikutan suaminya mengalami strok dantidak dapat bekerja serta menanggung dua orang anak yang masih bersekolah.Majistret Melody Woon Sze Munmembenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bersertasyarat tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sekali sebulan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan23 November ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan penyerahan dokumen |
|
From among the bottom three, Pahang now records the country's fourth-highest GDP - Sinardaily - 27/10 12:11 am KUANTAN - Pahang has risen from among the country's three lowest-ranked states to fourth place in terms of Gross Domestic Product (GDP), demonstrating its ability to drive economic growth.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the achievement reflected positive economic developments in the state, driven by increased economic activity, tourist arrivals and annual investment inflows.He said Pahang now ranks behind Penang, Selangor and Johor, recording GDP growth of 5.3 per cent, above the national rate of 5.1 per cent."Among all the states in Malaysia, Pahang ranks fourth |
|
Wan Rosdy reveals Pahang's formula for raising revenue to over RM1 billion - Sinardaily - 27/10 12:11 am KUALA LIPIS - Curbing revenue leakages, strengthening enforcement and improving administrative efficiency are among the three key strategies used by the Pahang state government to raise revenue collections to more than RM1 billion.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said these efforts were also supported by the efficiency of district officers and the state administration in ensuring revenue collection, including payments from landowners and outstanding arrears, was carried out effectively.He said the establishment of state government-linked companies had also helped generate additional income, with their profits channelled back to the state government."The RM1 billion figure has been achieved for five consecutive years, Alhamdulillah |
|
Pahang first state to establish its own enforcement unit to curb illegal land encroachment - Sinardaily - 27/10 11:54 am KUALA LIPIS - Pahang is the first state in Malaysia to establish its own enforcement team through the formation of the Pahang State Enforcement Unit (UPNP) to protect the state's interests and prevent revenue losses and leakages.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the unit was responsible for combating illegal activities, including land encroachment, illegal logging and sand theft.He said the state government took these activities seriously as they could affect state revenue and threaten its natural resources."The function of UPNP is to ensure there is no illegal land encroachment, illegal logging or sand theft |
|
Pesakit SMA pertama Malaysia tamat PhD di universiti, Dr Siti Hawa meninggal dunia - Sinarharian - 27/10 11:31 am KUANTAN - Pesakit pertama Spinal Muscular Atrophy (SMA) di negara ini yang berjaya menamatkan semua peringkat pengajian tinggi di universiti yang sama, Dr Siti Hawa Apandi meninggal dunia hari ini.Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Hawa, 37, yang merupakan alumni universiti itu daripada Fakulti Komputeran.Allahyarham juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai "First Spinal Muscular Atrophy (SMA) Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University"."Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," menurut hantaran itu.Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham disahkan menghidap penyakit genetik jarang jumpa SMA sejak zaman kanak-kanak yang menyebabkan fungsi ototnya merosot secara progresif sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda.Bagaimanapun, keterbatasan fizikal itu langsung tidak mematahkan semangatnya apabila Siti Hawa mula mendaftar di UMPSA pada 2007 untuk pengajian peringkat diploma dan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, diikuti Ijazah Sarjana Sains Komputer, sebelum berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kepintaran Buatan (AI).Sepanjang hayatnya, kecemerlangan akademik Siti Hawa turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah berprestij termasuk Heitech Industry Excellence Award 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Inklusif Abdullah Bin Ummi Maktum ketika pengajian PhD.Siti Hawa dimasukkan ke hospital pada tahun lepas akibat jangkitan bakteria dan menghabiskan kira-kira 50 hari di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.Allahyarham meninggal dunia di kediamannya, di sini hari ini |
|
Pahang plans commercial hubs near ECRL stations to boost rural economy - Sinardaily - 27/10 10:20 am KUALA LIPIS The Pahang state government plans to develop commercial areas within a 15km to 16km radius of East Coast Rail Link (ECRL) stations to boost economic activity in rural communities.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the initiative was part of preparations for the expected influx of tourists using the rail service.I have asked the local authorities to conduct further studies on developing commercial areas so that the people of Pahang can benefit from them.Even before the ECRL service begins operating, we have seen significant benefits.We have managed to reduce the unemployment rate and increase tourist arrivals in Pahang |
|
Pahang gazettes 16,000 housing plots for Felda's next generation Wan Rosdy - Sinardaily - 27/10 9:58 am KUALA LIPIS The Pahang state government has gazetted about 16,000 housing plots under the Felda New Generation People Land Scheme (STRFP) for the second generation of settlers in the state.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the initiative was aimed at safeguarding the welfare of the community and improving housing opportunities for the next generation of settlers.Although the Felda Act stipulates that houses cannot be built on the original plots, I raised the matter at a National Land Council meeting, as the state government's representative, to allow second-generation families to build houses on their original plots.Alhamdulillah, Felda has approved the matter, he said during the Sinar Harian Town Hall Rakyat programme with the Pahang Menteri Besar at the Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall here on Monday.Wan Rosdy said the welfare and needs of the Felda community remained a priority, noting that Pahang had 43,016 Felda residents across 115 schemes in three regions.He added that 95.5 per cent of settlers in the state had received their land ownership titles, which he said was the highest rate in Malaysia.The remaining settlers who have yet to receive their titles are facing delays due to inheritance issues beyond the state government's control |
|
Absolute success! Over 2,000 attend Sinar Harian Town Hall Rakyat with Pahang MB - Sinardaily - 27/10 9:36 am KUALA LIPIS The Sinar Harian Town Hall Rakyat programme with Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail drew an encouraging response, with more than 2,000 people attending its third edition at the Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall here on Monday.Wan Rosdy said he was pleased with the response from people of various ethnic backgrounds, adding that the programme provided an opportunity for him to engage directly with the public and explain the state government's policies and development plans.The response was fantastic, with more than 2,000 people in attendance.Alhamdulillah, everything went smoothly |
|
Zek Awani Pahang meninggal dunia, ceria pada Malam Media Darul Makmur... - Mygazette - 27/10 8:06 am Terdahulu, kali terakhir sahabat perjuangan bertemu dengannya pada Malam Media Darul Makmur di sini pada 20 Oktober lalu. Allahyarham memenangi cabutan betuah dan membawa pulang hadiah sebuah ketuhar dan kelihatan ceria berbaju mengikut temai Hawai yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail |
|
Simpanan REE Kelantan RM129.15 bilion, kedua terbesar selepas Terengganu - Mygazette - 27/10 8:06 am # Simpanan REE Kelantan RM129.15 bilion, kedua terbesar selepas Terengganu KUALA LUMPUR - Simpanan undur nadir bumi (REE) di Kelantan berjumlah RM129.15 bilion menjadikan negeri itu kedua terbesar memiliki khazanah sumber alam baharu itu di Malaysia selepas Terengganu |
|
Jerebu: Sekolah di Melaka, Pahang beroperasi seperti biasa esok – JPN - Mygazette - 27/10 8:06 am # Jerebu: Sekolah di Melaka, Pahang beroperasi seperti biasa esok - JPN MELAKA - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka akan beroperasi seperti biasa esok, menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka |
|
PRN Melaka: Isu khalwat Nik Nazmi boleh jadi beban kempen Bersama - Mygazette - 27/10 8:06 am # PRN Melaka: Isu khalwat Nik Nazmi boleh jadi beban kempen Bersama KUALA LUMPUR - Isu tangkapan khalwat membabitkan pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi Nik Ahmad berpotensi menjadi beban kepada kempen 15 calon parti itu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan |
|
Dari tiga terbawah, Pahang kini catat KDNK keempat terbaik negara - Sinarharian - 26/10 11:36 pm KUALA LIPIS - Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus membuktikan keupayaan negeri itu memacu pertumbuhan ekonomi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu menunjukkan perkembangan positif ekonomi negeri yang turut didorong peningkatan aktiviti ekonomi, kehadiran pelancong dan kemasukan pelabur setiap tahun.Menurutnya, kedudukan Pahang kini berada di belakang Pulau Pinang, Selangor dan Johor, dengan pertumbuhan KDNK negeri itu sebanyak 5.3 peratus, mengatasi paras nasional 5.1 peratus."Semua negeri di Malaysia ini, Negeri Pahang menduduki tempat yang keempat teratas |
|
Belanjawan 2027: Pahang lulus 10,000 topi keledar untuk anak muda - Sinarharian - 26/10 11:21 pm KUALA LIPIS - Kerajaan Pahang akan meluluskan bantuan 10,000 topi keledar berkualiti untuk anak muda di negeri berkenaan dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismailberkata, bantuan itu antara perkara yang diminta golongan berkenaan menerusi maklum balas yang diterima pihaknya."Kita dapati anak-anak muda meminta supaya kerajaan menyediakan topi keledar dan mereka minta yang berkualiti |
|
Pahang warta 16,000 lot rumah untuk generasi baharu Felda - Wan Rosdy - Sinarharian - 26/10 10:24 pm KUALA LIPIS - Kerajaan Pahang telah mewartakan kira-kira 16,000 lot rumah di bawah Projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) untuk generasi baharu peneroka di negeri berkenaan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha itu dibuat bagi memelihara kebajikan dan memperkasakan generasi baharu komuniti tersebut."Walaupun Akta Felda mengatakan tidak boleh buat rumah di tapak asalnya |
|
SG4 mahu formula agihan pembangunan lebih adil - Sinarharian - 26/10 10:11 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu memperkukuh kerjasama bagi memastikan agihan peruntukan pembangunan lebih telus, konsisten dan tidak dipengaruhi sentimen politik.Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap negeri mempunyai peluang yang adil untuk menikmati manfaat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.Beliau berkata, satu Formula Penyamaan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri dicadangkan bagi memastikan peruntukan pembangunan dilaksanakan secara lebih saksama.Menurutnya, kejayaan ekonomi tidak seharusnya dinilai berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan dan eksport semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kesannya terhadap kehidupan rakyat."Pertumbuhan KDNK, pelaburan dan eksport memang penting tetapi semuanya kurang bermakna jika keluarga masih terbeban dengan sewa rumah, harga makanan dan kos pengangkutan."Ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar sejauh mana ekonomi berkembang, tetapi sejauh mana pertumbuhan itu memperbaiki kehidupan rakyat kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 di sini.SG4 merupakan gabungan empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi serantau menerusi kekuatan sektor ekonomi masing-masing.Ahmad Samsuri berkata, Terengganu mempunyai asas kukuh dalam industri minyak, gas dan maritim, Kelantan dalam sektor pertanian serta industri halal, Kedah dalam industri semikonduktor, manakala Perlis berpotensi dalam perdagangan rentas sempadan dan tenaga boleh baharu.Beliau turut menyatakan bahawa kira-kira 70 peratus sumber nadir bumi negara terletak di rantau berkenaan, sekali gus membuka peluang untuk membangunkan industri hiliran bernilai tinggi.Katanya, matlamat SG4 bukan sekadar mengeksport bahan mentah, sebaliknya membangunkan rantaian industri yang mampu meningkatkan nilai ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan Hab Kewangan Islam SG4 bagi menghubungkan modal patuh Syariah dengan projek tenaga, infrastruktur serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Menurutnya, langkah itu berpotensi memperluas akses pembiayaan dan menyokong pelaksanaan projek pembangunan yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di empat negeri berkenaan.Ahmad Samsuri berkata, usaha membangunkan potensi SG4 perlu berpaksikan dua prinsip utama iaitu keadilan dan keupayaan.Jelasnya, keadilan bermaksud setiap komuniti, wilayah dan generasi mempunyai peluang sebenar untuk menikmati kemajuan negara, manakala keupayaan memerlukan institusi kukuh, infrastruktur yang boleh diharap, tenaga kerja mahir, akses pembiayaan dan tadbir urus berkesan.Beliau menegaskan, kerjasama yang lebih erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjadi asas penting untuk merealisasikan matlamat tersebut."Melalui kerjasama yang ikhlas dan praktikal, saya yakin SG4 mampu membantu membina Malaysia yang lebih adil dan lebih kuat, iaitu Malaysia yang meluaskan peluang, meningkatkan pendapatan isi rumah dan menjamin kemakmuran yang mampan untuk generasi akan datang," katanya. |
|
Wan Rosdy dedah formula Pahang tingkat hasil melebihi RM1 bilion - Sinarharian - 26/10 10:05 pm KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Pengurusan ketirisan dan kebocoran hasil, penguatkuasaan serta kecekapan pentadbiran antara tiga formula utama yang digunakan kerajaan negeri Pahang sehingga berjaya meningkatkan kutipan hasil melepasi RM1 bilion.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha berkenaan turut disokong kecekapan pegawai daerah dan barisan pentadbiran negeri dalam memastikan kutipan hasil, termasuk bayaran daripada pemegang tanah serta tunggakan, dapat dilaksanakan dengan berkesan.Menurutnya, penubuhan syarikat berkaitan kerajaan negeri turut membantu menjana pendapatan tambahan menerusi keuntungan yang disumbangkan semula kepada kerajaan negeri."Angka RM1 bilion ini sudah lima tahun Alhamdulillah |
|
Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram - Sinarharian - 26/10 9:50 pm KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai pasukan penguatkuasaan sendiri menerusi penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bagi menjaga kepentingan negeri serta mencegah kehilangan dan ketirisan hasil kerajaan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, unit berkenaan berperanan membanteras aktiviti tidak sihat termasuk pencerobohan tanah haram, pembalakan haram dan kecurian pasir.Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kegiatan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan hasil serta khazanah negeri."Fungsi UPNO adalah memastikan tiada pencerobohan tanah haram, pembalakan dan tiada kecurian pasir dan mereka berada di mana-mana sahaja di bumi Pahang."Kita sangat tegas |
|
Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia - Sinarharian - 26/10 9:50 pm KUANTAN - Wartawan senior Astro Awani, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di sini pada Petang Isnin.Perkara itu dimaklumkan isterinya, Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 52, ketika ditemui di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib di sini.Menurutnya, sebelum itu arwah dikatakan demam dan mengalami kesukaran untuk berjalan beberapa hari sebelum dijemput Ilahi."Pagi tadi, keadaan arwah agak lemah, tetapi masih boleh bersembang dengan saya dan ada selera makan."Tapi dalam dua tiga hari ini, arwah nampak biasa sahaja, tiada pesanan atau nasihat yang ditinggalkan kepada saya dan anak-anak," katanya.Suaibatul Aslmiah memberitahu, awah ada darah tinggi dan kencing manis.Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata, tiga hasil rumah tangga bersama Suaibatul dan seorang dari perkahwinan sebelumnya."Dua anak kami sudah bekerja, masing-masing 26 dan 28 tahun."Seorang lagi masih bersekolah Tingkatan Tiga, anak perempuan bongsu," jelasnya.Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas Isyak. |
|
Pahang bangunkan tapak komersial berdekatan stesen ECRL - Sinarharian - 26/10 9:33 pm KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif membangunkan tapak komersial dalam radius 15 hingga 16 kilometer dari stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai usaha untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar di negeri itu.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif diambil sebagai persediaan menerima limpahan pelancong yang menggunakan pengangkutan berkenaan."Saya telah minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengkaji lebih lanjut (pembinaan tapak komersial) supaya dapat memberi manfaat kepada orang-orang Pahang."Dalam keadaan belum ada kereta api laju (ECRL) ni pun kesannya banyak |
|
Kudrat 1968: High Council bukan menggalakkan buli - Zulaikha - Sinarharian - 26/10 8:59 pm FILEM Kudrat 1968: High Council bukan bertujuan menggalakkan budaya buli, sebaliknya mengetengahkan kesan perbuatan tersebut serta pengajaran di sebalik setiap tindakan yang dilakukan watak-wataknya.Pengarahnya, Zulaikha Zakaria berkata, isu buli sememangnya sering dikaitkan dengan siri Projek: High Council sejak awal pembikinannya berikutan paparan visual yang dianggap dekat dengan realiti kehidupan di sekolah.Bagaimanapun, beliau memastikan setiap babak keganasan yang dipaparkan dalam naskhah berkenaan mempunyai kesan dan balasan tersendiri agar penonton dapat memahami akibat daripada perbuatan membuli."Bagi saya dari awal lagi pembikinan High Council sehingga siri ini (Kudrat 1968), isu buli di sekolah masih dikaitkan dengan naskhah High Council."Secara visual ia sangat dekat dengan apa yang terjadi (buli), tapi bezanya dalam filem ini walaupun ada babak-babak keganasan saya akan pastikan watak-watak tersebut ada balasannya (pengajaran)."Disebabkan siri ini dari drama ke filem, jadi penonton akan lihat pengajaran yang didapati daripada setiap tindakan membuli," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Kudrat 1968: High Council di TGV KLCC, di sini, pada Isnin.Mengulas lanjut, Zulaikha berkata, kesan daripada perbuatan buruk turut diperlihatkan menerusi perkembangan karakter, termasuk perubahan seseorang daripada berperwatakan baik kepada individu yang bersikap kasar.Menurutnya, perjalanan watak-watak dalam cerita berkenaan menjadi antara medium untuk mengetengahkan impak negatif perbuatan membuli serta penyalahgunaan kuasa."Setiap watak yang jahat itu impaknya sangat besar |
|
Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia - Astroawani - 26/10 8:30 pm Wartawan senior Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala dan kemudian rebah di kediamannya, di Kuantan, pada petang Isnin. |
|
PRN Melaka: Empat calon muda, tiga calon wanita bakal pelapis PKR - Sinarharian - 26/10 6:01 pm MELAKA Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan empat calon muda dan tiga calon wanita dalam usaha membentuk barisan kepimpinan pelapis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, daripada sembilan calon yang diketengahkan parti itu, tujuh orang atau 77.8 peratus merupakan muka baharu, manakala empat orang atau 44.4 peratus terdiri daripada golongan anak muda.Katanya, tiga calon wanita turut diberi kepercayaan untuk bertanding, mewakili 33.3 peratus daripada keseluruhan calon PKR pada PRN kali ini."Barisan calon berkenaan mencerminkan usaha parti melakukan pembaharuan kepimpinan dengan memberi ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam politik."Bagi saya, pembaharuan politik bukan sekadar mengetengahkan wajah baharu, tetapi membuka ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan serta membawa aspirasi rakyat," katanya dalam kenyataan.Fuziah berkata, beliau telah turun padang melawat lapan Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN bagi meninjau persiapan, bertemu petugas dan membantu menyelaraskan gerak kerja jentera parti.Katanya, siri lawatan itu akan diteruskan sehingga esok bagi memastikan persiapan di peringkat kawasan berjalan lancar.Untuk rekod, PKR akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini sementara DAP dengan tujuh kerusi sementara Parti Amanah dengan lima kerusi. |
|
FA-50M bernilai RM4 bilion, kumpulan pertama tiba Jumaat ini – .. - Mygazette - 26/10 5:41 pm # FA-50M bernilai RM4 bilion, kumpulan pertama tiba Jumaat ini - Khaled KUALA LUMPUR - Malaysia dijadual menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini sebagai sebahagian usaha memperkukuh keupayaan tempur udara negara |
|
Pahang mahu perluas perkhidmatan kapal RoRo selain hantar kenderaan ke .. - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Pahang mahu perluas perkhidmatan kapal RoRo selain hantar kenderaan ke Sabah, Sarawak KUANTAN Kerajaan negeri berhasrat memperluas perkhidmatan kapal Roll-on/Roll-off (RoRo) terus ke Sabah dan Sarawak dengan tidak hanya melibatkan kenderaan, malah merangkumi penghantaran kontena bagi mengurangkan kos logistik perniagaan |
|
Istana Pahang nafi video fitnah dakwa Tengku Mahkota hadiri ritual di... - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Istana Pahang nafi video fitnah dakwa Tengku Mahkota hadiri ritual di Indonesia KUALA LUMPUR Istana Pahang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di sebuah klip video rekaan yang tular di platform Tik Tok berkenaan kehadiran Tengku Mahkota Pahang ke Indonesia baru-baru ini |
|
Bekalan air Tawau terganggu, mana pelan kontingensi Kerajaan Sabah? - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Bekalan air Tawau terganggu, mana pelan kontingensi Kerajaan Sabah? KUALA LUMPUR Gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Tawau sejak minggu lalu bukan sahaja menjejaskan rutin harian penduduk, tetapi berpotensi memberi kesan kepada operasi perniagaan dan industri setempat |
|
SG4 sedia jadi negeri perintis kajian penggunaan teknologi nuklear baharu - Mygazette - 26/10 5:41 pm # SG4 sedia jadi negeri perintis kajian penggunaan teknologi nuklear baharu KUALA LUMPUR - Gabungan negeri SG4 yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sedia untuk dijadikan perintis bagi kajian penggunaan teknologi nuklear baharu seperti Reaktor Modular Kecil (SMR) di Malaysia sebagai alternatif penjanaan tenaga pada masa depan |
|
77.8 peratus calon PKR di Melaka muka baharu, anak muda – Fuziah - Mygazette - 26/10 5:41 pm # 77.8 peratus calon PKR di Melaka muka baharu, anak muda - Fuziah KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan 77.8 peratus muka baharu dan 44.4 peratus calon anak muda daripada keseluruhan sembilan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
KXP tertangguh, Kedah tunggu dua lagi kelulusan MOT - Mygazette - 26/10 5:41 pm # KXP tertangguh, Kedah tunggu dua lagi kelulusan MOT KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa mempercepatkan kelulusan baki dua lagi syarat yang ditetapkan bagi projek cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah |
|
Negeri SG4 ibarat gergasi sedang tidur – Tun Mahathir - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Negeri SG4 ibarat gergasi sedang tidur - Tun Mahathir KUALA LUMPUR - Tun Dr |
|
SG4 terbuka jadi negeri perintis teknologi nuklear skala kecil - Sinarharian - 26/10 5:03 pm KUALA LUMPUR Gabungan SG4 yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terbuka untuk menjadi negeri perintis bagi kajian penggunaan teknologi nuklear melalui Reaktor Modular Kecil (SMR) sebagai alternatif penjanaan tenaga negara pada masa depan.Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, teknologi reaktor nuklear berskala kecil itu wajar dipertimbangkan berbanding loji nuklear berskala besar bagi memenuhi keperluan tenaga negara."Perbincangan mengenai teknologi itu perlu mengambil kira perkembangan semasa dan potensi SMR sebagai antara pilihan dalam perancangan tenaga Malaysia."Walau bagaimanapun, apa yang kita bincangkan bukanlah loji tenaga nuklear berskala besar seperti Fukushima," katanya dalam sidang akbar sempena Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.Dalam pada itu beliau memaklumkan, pernah melawat sebuah stesen janakuasa nuklear di luar negara dan melihat sendiri saiz reaktor serta kemudahan berkaitan.Berdasarkan pengalaman itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berpandangan, Malaysia wajar meneliti penggunaan reaktor nuklear berskala kecil yang mampu menjana tenaga pada skala lebih rendah."SG4 terbuka untuk meneliti peluang bagi mengkaji teknologi berkenaan dengan lebih lanjut, termasuk potensinya untuk dipertimbangkan dalam perancangan tenaga negara."Keterbukaan itu bukan sahaja melibatkan empat negeri berkenaan, malah negeri lain di Malaysia sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri perlu diberikan kuasa lebih besar untuk menentukan keutamaan pembangunan infrastruktur masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada keputusan kerajaan Persekutuan.Malah menurutnya, perbezaan keutamaan antara peringkat kerajaan menjadi antara cabaran dalam mendapatkan sokongan bagi pelaksanaan projek yang dianggap penting oleh pentadbiran negeri."Saya fikir inilah antara isu utama yang sedang kita hadapi dalam hubungan dengan kerajaan Persekutuan |
|
SG4 open to exploring small nuclear reactors, says Samsuri - FMT - 26/10 4:56 pm The Terengganu menteri besar says small-scale nuclear reactors should be considered given their potential to meet the countrys energy needs. |
|
Istana Pahang nafi klip video rekaan Tengku Mahkota ke Indonesia - Astroawani - 26/10 4:00 pm Menuruthantaran di Facebook Kesultanan Pahang, klip video yang disebarkan di akaun TikTok tersebutmendakwakehadiranTengku Mahkota Pahang ke Indonesia bagi menonton ritual keagamaan yang dilakukan oleh seorang individu yang bergelar ustaz. |
|
Dr Sam belum fikir soal calon PM, fokus PN menang PRU16 - Sinarharian - 26/10 2:36 pm KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar belum memikirkan soal menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya menegaskan keutamaan gabungan itu ketika ini adalah memenangi pilihan raya terlebih dahulu.Menteri Besar Terengganu itu berkata, keputusan mengenai individu yang bakal menerajui kerajaan Persekutuan sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan akan dibincangkan kepimpinan apabila tiba masanya.Malah menurutnya, setiap pemimpin perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan tanggungjawab sekiranya diberi peluang."Saya rasa daripada banyak soalan yang akan ditanya hari ini, itu soalan paling sukar untuk saya jawab."Namun, apabila diberikan peluang atau tanggungjawab, kita perlu menerima sebarang cabaran dan bersikap terbuka."Jika tiba masanya untuk anda, maka tanggungjawab itu milik anda," katanya pada sidang media selepas Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026, pada Isnin.Isu calon Perdana Menteri daripada PN menjadi perhatian menjelang PRU16 susulan gesaan supaya Pas, selaku tonggak utama gabungan itu, menamakan calon lebih awal.Selain Ahmad Samsuri, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin turut disebut sebagai antara individu yang berpotensi menjadi calon Perdana Menteri daripada PN.Dalam pada itu mengulas peluang PN pada PRU16, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas menjelaskan, tiada pihak boleh memastikan kemenangan dalam pilihan raya, sama ada parti yang membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini mahupun PN.Bagaimanapun beliau menegaskan, gabungan itu mempunyai sumber serta pasukan penyelidik yang meneliti angka di lapangan serta bertemu masyarakat bagi mendapatkan gambaran mengenai sokongan rakyat."Dalam mana-mana peperangan, bukan sekadar memenangi pertempuran, tetapi kita mahu memenangi pertempuran dan peperangan itu."Apa yang berlaku pada PRU15, kita memenangi pertempuran tetapi kalah dalam peperangan."Jadi, kita akan berusaha mengubah keadaan itu," ujarnya. |
|
Aplikasi navigasi dan keselamatan negara - Sinarharian - 26/10 2:27 pm MUTAKHIR ini, rancak diperkatakan tentang keputusan Kerajaan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna Malaysia.Keputusan ini dilihat tepat pada waktunya kerana kebergantungan yang tinggi terhadap aplikasi navigasi berteraskan sumber dan kepakaran luar mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara, termasuk keselamatan pengguna dalam kalangan rakyat biasa.Keperluan pemanduan dalam era teknologi digital kini banyak bergantung pada aplikasi navigasi untuk menuju ke sesuatu destinasi.Maklumat masa nyata yang disediakan diyakini mampu membantu pengguna bergerak dengan selamat dari satu lokasi ke lokasi yang lain, disertai maklumat tambahan seperti keadaan trafik, laluan alternatif serta pelbagai kemudahan lain yang mempermudah perjalanan.Perkhidmatan navigasi digital ini semakin penting dan telah meresap ke dalam pelbagai aspek kehidupan.Pemetaan digital kini menjadi suatu keperluan yang merentas pelbagai sektor dan kegunaan harian |
|
M40 terhimpit: Kerajaan teliti pemberian bantuan ikut pendapatan bersih isi rumah - Sinarharian - 26/10 1:44 pm KUALA LUMPUR Kerajaan sedang meneliti penggunaan pendapatan boleh guna bersih (NDI) isi rumah sebagai asas pemberian bantuan susulan tekanan kewangan dihadapi golongan M40 yang membelanjakan hampir 70 peratus pendapatan untuk keperluan asas.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan menyedari bahawa dasar pemberian bantuan tidak boleh bergantung kepada pendapatan kasar semata-mata kerana ia tidak semestinya menggambarkan kedudukan kewangan sebenar isi rumah.Menurut beliau, pendekatan NDI mengambil kira perbelanjaan asas berdasarkan demografi dan lokaliti, berbanding penilaian yang hanya menggunakan jumlah pendapatan kasar bulanan."Kerajaan menyedari bahawa dasar tidak boleh bergantung kepada angka pendapatan kasar semata-mata |
|
Tun Mahathir tidak hadir forum SG4, kurang sihat - Mokhzani - Sinarharian - 26/10 1:05 pm KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tidak hadir kerana kurang sihat.Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan, negarawan berusia 101 tahun itu sudah menyiapkan teks ucapan, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya menghadiri acara berkenaan."Beliau telah berusaha menyiapkan ucapan ini dan berhasrat untuk menyampaikannya sendiri, tetapi malangnya keadaan kesihatan beliau sejak kebelakangan ini kurang mengizinkan."Oleh itu, saya berharap anda semua dapat bersabar dengan saya dan teks yang akan saya bacakan berikut ialah keseluruhan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili bapanya, pada Isnin.Terdahulu berdasarkan tentatif program berkenaan, Dr Mahathir yang berperanan sebagai penasihat SG4, dijadual menyampaikan ucapan khas.Forum berkenaan menghimpunkan pemimpin kerajaan, pembuat dasar, pelabur, institusi kewangan, pemain industri, usahawan dan peneraju teknologi untuk membincangkan bagaimana empat negeri itu boleh bersama-sama memainkan peranan lebih besar dalam masa depan ekonomi Malaysia.Antara perkara yang akan dibincangkan ialah perubahan persekitaran ekonomi global, keadaan semasa pelaburan dan pasaran modal, dasar kerajaan, teknologi baharu, transformasi industri serta peluang baharu di negeri-negeri SG4. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |