///
See Also: Shutterstock

Search : Bersatu Bahagian Damansara News   Page 1    





Maut terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# Maut terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori SEGAMAT - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori di Kilometer 72 Jalan Muar-Segamat di sini semalam





Tindakan Pemuda PH Johor beri kesan keyakinan rakyat, pelabur Tindakan .. - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# Tindakan Pemuda PH Johor beri kesan keyakinan rakyat, pelabur KLUANG - Isu krisis air yang dijadikan polemik oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor berisiko memberi kesan terhadap keyakinan rakyat dan sentimen pelabur di negeri ini





AJK Bersatu Bahagian Subang, Pasir Salak keluar parti - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# AJK Bersatu Bahagian Subang, Pasir Salak keluar parti KUALA LUMPUR - Bersatu terus bergolak apabila ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Subang dan Pasir Salak mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin





Warga emas ditikam anak: Jiran dengar jeritan minta pintu rumah dibuka menjelang berbuka - Sinarharian - 21/02 2:23 pm

KUALA PILAH - Jeritan seorang lelaki menjelang waktu berbuka yang meminta supaya pintu rumah wanita warga emas yang dipercayai ditikam anak perempuannya di Kampung Seginyeh, Johol, di sini dibuka telah mengejutkan penduduk setempat.Suasana bertukar kecoh apabila beberapa penduduk bergegas ke rumah terbabit bagi mengetahui apa yang berlaku.Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan dari rumah berkenaan."Tapi tengah nak tunggu waktu berbuka itu, saya pelik bila terdengar suara lelaki menjerit sambil mengetuk pintu rumah mangsa."Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak lama kemudian, saya nampak lelaki berkenaan cuba menenangkan suspek," katanya kepada pemberita pada Sabtu.Menurutnya, dia mengenali suspek dan tidak menyangka wanita itu akan bertindak sedemikian kerana berperwatakan baik, suka membantu serta tidak pernah meninggikan suara.Tambahnya, dia pernah dimaklumkan bahawa suspek mempunyai masalah kesihatan dan baru sahaja tinggal bersama ibunya di situ."Kejadian ini sangat mengejutkan penduduk kampung kerana kebanyakannya mengenali suspek dan ibunya."Memang setiap manusia akan menemui ajal, tetapi kejadian seperti ini benar-benar mengejutkan penduduk," katanya.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas cedera dipercayai ditikam anak perempuannya pada bahagian leher menggunakan pembuka tin dalam kejadian kira-kira jam 7 malam.





Wira tidak didendang selamatkan mangsa culik Abu Sayyaf - Sinarharian - 21/02 2:00 pm

KUALA LUMPUR Nyawa ditaruhkan demi tugas kepada negara, itu antara simbol keberanian pegawai terlibat dalam operasi khas pembebasan mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang dilaksanakan Bahagian Counter Terrorism E8 Cawangan Khas Bukit Aman pada 2012.Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay mengimbau kembali operasi berisiko tinggi itu menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, sekali gus membuka semula kisah keberanian pasukan elit berkenaan dalam melaksanakan misi sulit merentas sempadan.Menurutnya, mangsa, Mohd Nazarrudin Saidin diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 8 Mei 2011 ketika berada di Pulau Sulu, Selatan Filipina bagi menguruskan perniagaan mencari cicak tokek yang ketika itu mempunyai nilai tinggi di pasaran gelap."Mangsa ditahan selama 378 hari dan dipindahkan dari satu pulau ke satu pulau lain di gugusan kepulauan Mindanao bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina."Sepanjang tempoh tersebut, mangsa hidup dalam ketakutan, diugut bunuh, dipaparkan video kekejaman serta diancam akan dipenggal kepala sekiranya tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi," katanya.Beliau berkata, selepas hampir setahun tanpa khabar berita, usaha membawa pulang mangsa digerakkan melalui misi senyap yang dilaksanakan pegawai Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman yang kini dikenali sebagai Bahagian Counter Terrorism E8 Cawangan Khas.Ayob Khan berkata, pada awal April 2012 ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, beliau menerima panggilan daripada Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung rayuan keluarga mangsa."Susulan itu, saya mengarahkan pegawai bertemu keluarga mangsa di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menilai situasi sebenar kes penculikan tersebut."Rayuan penuh emosi daripada anak-anak mangsa yang memohon jasa baik pihak polis untuk menyelamatkan bapa mereka menguatkan iltizam kami untuk membantu walau apa jua risiko," katanya.Menurutnya, tiga pegawai operasi dengan nama samaran Reno, Jaybon dan Komeng dipanggil bagi merangka strategi serta kaedah terbaik menyelesaikan kes berkenaan secara sulit dan berkesan.Ketiga-tiga pegawai itu kemudian digerakkan ke Sandakan, Sabah untuk bertemu beberapa sumber lapangan yang mempunyai rangkaian di Selatan Filipina bagi mengenal pasti lokasi terkini mangsa serta kaedah membawa keluar mangsa dengan selamat."Hasil risikan mendapati kes ini diketuai Apo Mike @ Majan Sahidjuan yang merupakan Sub-Komander Abu Sayyaf dan perancang utama kegiatan culik untuk wang tebusan di pantai timur Sabah."Rundingan menekankan hujah kemanusiaan serta keadaan keluarga mangsa yang daif dan hakikat mangsa merupakan saudara seagama Islam, sedikit demi sedikit melembutkan pendirian penculik," katanyaBeliau berkata, pada awal Mei 2012, beliau bersama beberapa pegawai berlepas ke Sandakan dan membuka Tactical Operation Center (TOC) di lokasi sulit bagi menyelaras operasi tersebut.Kerja risikan lapangan termasuk pemerhatian pergerakan keluar masuk bot dan kapal di perairan Sandakan turut dijalankan bagi mengenal pasti waktu serta laluan paling sesuai untuk pergerakan tanpa dikesan."Pada 11 Mei 2012, sumber digerakkan ke Pulau Jolo bagi mengambil mangsa yang ditahan ASG."Sumber tersebut mengambil risiko besar dengan belayar hampir 24 jam menggunakan bot laju dalam keadaan laut ganas sambil mengelak dikesan kumpulan penculik lain," katanya.Menurutnya, pada 13 Mei 2012 kira-kira jam 2 pagi, dua pegawai operasi menunggu di kawasan pokok bakau sekitar Jampiras, Sandakan sebelum menerima mangsa di tengah perairan Sandakan-Taganak pada jam 5 pagi.Mangsa bersama pegawai operasi akhirnya selamat mendarat di Sandakan pada jam 6.15 pagi tanpa dikesan mana-mana pihak."Kejayaan operasi sulit berisiko tinggi ini hasil perancangan rapi dan keberanian pegawai-pegawai Counter Terrorism khususnya Reno, Jaybon dan Komeng yang merupakan wira tidak didendang dan hanya dikenali dengan nama samaran," katanya.





Peja denies taking dig at PAS, suggesting Bersatu quit PN - FMT - 21/02 12:07 am

Bersatu veep says screenshot of alleged WhatsApp messages are fake, and the work of those who recently left or were sacked from the party.





Peja nafi mesej WhatsApp kutuk PAS, dakwaan cuba porak-peranda PN - FMT - 21/02 12:00 am

Naib presiden Bersatu dakwa perbuatan itu dibuat oleh bekas ahli parti terbabit.





Bersatu turmoil deepens after Subang, Pasir Salak division leaders resign en bloc - Malaymail - 21/02 11:16 am

KUALA LUMPUR, Feb 21 Two Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) divisions were plunged into turmoil after comm...





Bersatu return bids to face top-level party scrutiny, says Umno sec-gen - Malaymail - 21/02 11:04 am

KUALA LUMPUR, Feb 21 Umno will require all applications from former members in Parti Pribumi Bersatu Malaysia (B...





PBDS open to anyone who shares Dayak struggle, including ex-Bersatu members, says party - BorneoPost - 21/02 10:30 am

KUCHING (Feb 21): Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) has reiterated that it is open to discussions with individuals and elected representatives who share its struggle for Dayak rights and greater political representation in Sarawak





Hadi says PAS focused on saving Perikatan amid Bersatu turmoil - Malaymail - 21/02 9:38 am

KUALA LUMPUR, Feb 21 PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang said the partys immediate priority is to stab...





As Bersatu fractures widen, Hamzah and loyalists reportedly eye settling in a new home next week - Malaymail - 21/02 9:26 am

KUALA LUMPUR, Feb 21 Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin is expected to announce a political new...





Jadi kuasa ketiga beri Hamzah peluang runding semua parti, kata penganalisis - FMT - 21/02 9:00 am

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata parti baharu Hamzah Zainudin juga boleh mesra PN tetapi cabaran kerjasama dengan Bersatu.





MB nafi dakwaan gangguan air di Johor ada kaitan dengan pembangunan pusat .. - Mgazette - 21/02 5:41 am

# MB nafi dakwaan gangguan air di Johor ada kaitan dengan pembangunan pusat data KUALA LUMPUR - Kenyataan Pemuda Pakatan Harapan Johor yang cuba mengaitkan gangguan bekalan air di Simpang Renggam dan Benut dengan pembangunan pusat data di negeri ini berunsur politik dan tidak bertanggungjawab





Ibu ditikam anak perempuan dengan alat pembuka tin - Sinarharian - 21/02 4:58 am

KUALA PILAH - Seorang wanita warga emas ditikam anak perempuannya dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas, Johol di sini pada Jumaat.Mangsa yang berusia lingkungan 80-an dipercayai ditikam pada bahagian leher dengan alat pembuka tin.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 7.08 malam."Orang awam memaklumkan satu kes pergaduhan telah berlaku di lokasi."Hasil siasatan, suspek telah menikam leher ibunya sendiri menggunakan senjata tajam yang dipercayai alat pembuka tin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 80-an telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih dalam pemantauan pihak hospital.Jelasnya, suspek berusia 50-an merupakan anak kandung mangsa telah pun ditahan untuk membantu siasatan."Motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan suspek mempunyai masalah kesihatan mental."Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999.





'PKR akan ambil tindakan ke atas Rafizi jika ada aduan' - Fuziah - Sinarharian - 20/02 8:40 pm

JOHOR BAHRU Sebarang tindakan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli hanya akan diambil sekiranya terdapat aduan rasmi dikemukakan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, aduan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin PKR."Sekiranya ada aduan, ia perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin





Polis cari Jamil, Ahmad Nazzer, Afiq dan 33 lagi individu - Sinarharian - 20/02 8:30 pm

KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.Menurutnya, antara individu lain yang dikesan ialah Low Lye Huat, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran serta Annannakais Abdul Rahim."Turut dikesan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, individu lain yang sedang dikesan termasuk Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan, Hamzah Talib dan Rosmadi Shafie."Polis turut mengesan Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G





Bersatu masih ada harapan, ruang untuk pulih – Pemerhati - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Bersatu masih ada harapan, ruang untuk pulih - Pemerhati KUALA LUMPUR - Di sebalik gelombang pembubaran jawatankuasa bahagian; peletakan jawatan kepimpinan dan ahli-ahli yang bertindak keluar parti itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih ada harapan dan peluang untuk dipulihkan





Polis KL cari 36 individu bantu siasatan kes jenayah berat - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Polis KL cari 36 individu bantu siasatan kes jenayah berat KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur sedang mengesan 36 individu bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah berat termasuk bunuh, rogol, culik dan samun berkumpulan bersenjata di sekitar ibu negara





Bubar bahagian, keluar parti beramai-ramai bukan perkara biasa – .. - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Bubar bahagian, keluar parti beramai-ramai bukan perkara biasa - Azizi KUALA LUMPUR Episod pembubaran jawatan kuasa; peletakan jawatan beramai-ramai kepimpinan dan pengumuman keluar parti oleh ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh dianggap sekadar perkara biasa dalam politik





Pejuang yakin kemelut Pas-Bersatu masih boleh diselamatkan - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Pejuang yakin kemelut Pas-Bersatu masih boleh diselamatkan KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yakin kemelut yang melanda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) masih boleh diselamatkan demi memastikan wujudnya blok semak dan imbang yang kukuh terhadap kerajaan





Keutamaan ketika ini adalah selamatkan PN ??? Hadi - Mgazette - 20/02 5:31 pm

KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan keutamaan ketika ini adalah untuk menyelamatkan Perikatan Nasional (PN)





Lelaki dituduh bunuh wanita gelandangan diarah jalani pemeriksaan psikiatri - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Lelaki dituduh bunuh wanita gelandangan diarah jalani pemeriksaan psikiatri KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan lelaki yang ditahan berhubung kes kematian seorang wanita gelandangan di Jalan Sentul, di sini, pada 9 Februari lalu dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri





Mendung pasti berlalu jika ahli Bersatu kekalkan kesatuan – Sahruddin - Mgazette - 20/02 5:31 pm

# Mendung pasti berlalu jika ahli Bersatu kekalkan kesatuan - Sahruddin KUALA LUMPUR Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr





Pas to discuss Opposition leader position this Sunday - Hadi - Sinardaily - 20/02 4:25 pm

MARANG - The Pas Central Committee meeting scheduled for this Sunday, is expected to discuss whether the party will take over the post of Parliamentary Opposition Leader, previously held by former Bersatu deputy president Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang, who is also Perikatan Nasional (PN) deputy chairman, said that the party has yet to reach a decision on the matter, following Hamzahs expulsion from Bersatu."We will discuss this in the Pas meeting





Tun Faisal sampaikan tazkirah, dakwa Allah laknat wakil rakyat langgar baiah - FMT - 20/02 4:22 pm

Ketua penerangan Bersatu berkata wakil rakyat keluar parti atau dipecat juga perlu letak jawatan atau bayar pampasan RM10 juta.





'Permohonan ahli Bersatu kembali kepada UMNO diputuskan MKT' - Ahmad Maslan - Sinarharian - 20/02 3:13 pm

PONTIAN Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ingin kembali menyertai UMNO tidak boleh diterima secara terus oleh bahagian, sebaliknya permohonan mereka perlu dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terlebih dahulu.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan mengenai penyertaan semula ahli Bersatu adalah urusan MKT kerana membabitkan keputusan dasar parti."Jika ada permohonan daripada ahli-ahli Bersatu untuk masuk kembali ke UMNO, keputusan akhir perlu dibuat oleh MKT."Saya ingin tegaskan ini ialah isu nasional yang melibatkan dasar dan kedudukan ahli-ahli parti





Penganggur didakwa bunuh gelandangan diarah jalani pemeriksaan mental - Sinarharian - 20/02 3:02 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret pada Jumaat mengarahkan seorang penganggur yang didakwa membunuh wanita gelandangan di Sentul, di sini, untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan mengeluarkan perintah supaya Syed Faizal Syed Alwi, 46, menjalani ujian psikiatri selepas Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai penyiasat melaporkan tertuduh dipercayai tidak waras.Syed Faizal didakwa membunuh seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitinya di hadapan sebuah premis di Jalan Sentul, dekat sini, antara 6.35 dan 6.36 pagi, 9 Februari lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.Mahkamah menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes serta laporan penilaian psikiatri.Pada 10 Februarilepas, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Sentul, Assten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, polis telah menahan seorang suspek berusia 46 tahun susulan penemuan mayat seorang wanita gelandangan dipercayai dibunuh di Jalan Sentul pada 9 Februari lepas.Beliau berkata, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an hingga 60-an ditemukan terbaring dengan kecederaan parah pada bahagian kepala dan kematian disahkan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur."Pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami luka sepanjang empat sentimeter pada bahagian kepala sebelah kanan atas telinga serta bengkak pada kelopak mata," katanya





'Yang penting kita selamatkan Perikatan Nasional dulu'- Hadi Awang - Sinarharian - 20/02 2:34 pm

SHAH ALAM Menyelamatkan Perikatan Nasional (PN) susulan kemelut yang berlaku dalam gabungan berkenaan menjadi keutamaan Pas ketika ini.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya PN berhasrat untuk mengambil alih pentadbiran negara, semua pihak perlu dilibatkan.Justeru katanya, mesyuarat Pas yang dijadualkan pada Ahad ini dijangka membincangkan kedudukan Ketua Pembangkang dan mengenai PN."Kita akan bincang dalam mesyuarat Pas, insya-ALLAH sehari dua lagi





PAS focused on PNs continuity, says Hadi - FMT - 20/02 1:51 pm

The Islamic partys president says ex-Bersatu deputy president Hamzah Zainudin is free to join another party if he wishes.





36 individu dicari bantu siasatan kes jenayah - Polis KL - Sinarharian - 20/02 1:17 pm

KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan 36 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah termasuk bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes yang disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah Kanun Keseksaan serta akta lain."Antara individu dikesan dikenali sebagai Low Lye Huat, Ahmad Nazzer Abd Wahab, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran dan Muhammad Afiq Safine."Kita turut mengesan Annannakais Abdul Rahim dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Fadil berkata, individu lain yang turut dikesan Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan dan Hamzah Talib, Rosmadi Shafie."Polis turut mengesan Jamil Awang, Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G





Mas Ermieyatis exit signals challenge to Bersatu leadership, says analyst - FMT - 20/02 12:10 am

Azeem Fazwan Ahmad Farouk says the Wanita Bersatu chief no longer fears being sacked.





Federal Court upholds 35-year jail term for man who killed lover in Kota Damansara in 2018 - Malaymail - 20/02 11:25 am

PUTRAJAYA, Feb 20 The Federal Court today reportedly upheld the 35-year prison sentence imposed on a former secu...





Hamzahs Reset movement not about personal ambition, says Saifuddin - FMT - 20/02 10:54 am

Indera Mahkota MP Saifuddin Abdullah says now-former Bersatu deputy chief Hamzah Zainudin never harboured dreams of becoming party president or prime minister.





Mas Ermieyati berundur tanda isyarat terbuka terhadap Muhyiddin, kata penganalisis - FMT - 20/02 10:41 am

Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari USM berkata ketua Wanita Bersatu itu tidak lagi takut dipecat seperti pemimpin lain yang sokong bekas timbalan presiden Hamzah Zainudin.





Early Melaka polls risky for BN despite Bersatu turmoil, says analyst - FMT - 20/02 9:42 am

Azmi Hassan says a loss of confidence among PN supporters may not automatically lead them to back BN or PH.





Hamzah, 16 Ahli Parlimen Bersatu masuk parti baharu minggu depan? - FMT - 20/02 9:41 am

Ahli Parlimen Padang Rengas Azahari Hassan berkata ia juga dijangka akan disertai ketua bahagian Bersatu yang sudah pun menyatakan sokongan terhadap Ahli Parlimen Larut.





Hamzah, 16 MPs to join new party next week? - FMT - 20/02 9:11 am

Padang Rengas MP Azahari Hassan says Bersatu division chiefs who declared their support for Hamzah Zainudin will also join the new home.





Krisis Bersatu tak cukup bagi BN bubar DUN Melaka, kata penganalisis - FMT - 20/02 9:00 am

Azmi Hassan berkata realiti politik di lapangan belum menunjukkan perubahan ketara dalam corak sokongan pengundi untuk BN panggil PRN lebih awal.





Adrift 2 months, will PN find its captain this Sunday? - FMT - 20/02 9:00 am

Hamzah Zainudin's sacking from Bersatu may spark fresh tensions in PN after weeks without a chairman.





Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM21 juta





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar .. - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar KUALA LUMPUR Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan dakwaan hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin





Tiga unit rumah teres dua tingkat terbakar - Sinarharian - 19/02 11:15 pm

PERAI Tiga unit rumah teres dua tingkat di Halaman Kikik, Taman Inderawasih di sini mengalami kerosakan akibat kebakaran pada Khamis.Bagaimanapun, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.23 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga buah rumah berkeluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi bagi setiap unit."Anggaran kemusnahan bagi rumah bernombor 23 adalah kira-kira 10 peratus manakala rumah bernombor 25 dan 27 masing-masing 50 peratus dan 40 peratus."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran menggunakan kaedah serangan secara defensif dan ofensif selain mewujudkan fire break bagi mengelakkan api merebak," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.56 petang sebelum dipadam sepenuhnya pada jam 5.30 petang."PKO kemudiannya menjalankan kerja overhaul bagi memastikan tiada punca bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.48 petang."Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa kerana semua penghuni telah keluar dari rumah sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.Menurut beliau lagi, operasi pemadaman turut dibantu BBP Butterworth bersama beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran."Seramai 17 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi dengan kekuatan empat jentera."Kes seterusnya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut manakala Pusat Sehenti Pasca Insiden turut mengambil maklumat pemilik premis serta menyalurkan khidmat nasihat mengikut keperluan semasa," ujarnya.





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah - Sinarharian - 19/02 6:58 pm

SHAH ALAM - Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah pada Khamis.Peletakan jawatan itu dibuat bersama 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit, menurut bekas Setiausaha Bahagian, Shahrul Azhar Amir."Pertemuan yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan selama dua jam ini berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberikan penjelasan tentang perkembangan terkini konflik politik Bersatu."Mesyuarat ini merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah bahawa tindakan ini dibuat atas faktor kehilangan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu."Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah terbubar secara rasmi," katanya dalam kenyataan.Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi sejurus berita peletakan jawatan tersebar.Pada Sabtu lalu, ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir ke majlis 'reset' politik bagi menyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya dalam Bersatu pada Jumaat.Hamzah turut mendakwa disokong 18 daripada 25 ahli Parlimen Bersatu.Difahamkan, kehadiran Mas Ermieyati ke perhimpunan pertemuan digerakkan pasca pemecatan Hamzah menyebabkan dirinya berada dalam radar pimpinan Bersatu.





Mas Ermieyati letak jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah - FMT - 19/02 5:56 pm

Turut meletak jawatan barisan AJK Masjid Tanah, ketua sayap dan semua ketua cawangan kerana hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin Yassin.





Simpan bahagian hidupan liar: 3 didenda RM128.9 juta, penjara 12 tahun - FMT - 19/02 5:52 pm

Tiga warga Vietnam didenda dan dipenjara atas 15 pertuduhan menyimpan hampir 1,000 bahagian hidupan liar dilindungi tanpa permit.





Mas Ermieyati resigns as Masjid Tanah Bersatu chief - FMT - 19/02 5:51 pm

She was among the Bersatu MPs who attended a solidarity rally held by former Bersatu deputy president Hamzah Zainudin in Kuala Lumpur on Feb 14.





Wanita disamun ketika buang sampah, enam suspek diberkas - Sinarharian - 19/02 5:19 pm

SHAH ALAM Seorang wanita menempuh detik cemas apabila disamun beberapa individu bersenjatakan pisau dalam kejadian di lorong berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikatakan sedang berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah di kawasan berhampiran tempat tinggalnya sebelum didatangi sekumpulan individu menaiki sebuah Perodua Axia berwarna merah.Bagaimanapun, tindakan kesemua suspek itu mengundang padah apabila mereka diberkas polis pada hari sama.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.19 petang."Hasil siasatan awal mendapati beg tangan mangsa telah disamun oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau."Mangsa yang ketika itu berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah telah didatangi suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah sebelum beg tangannya diragut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan operasi susulan pada hari sama."Pada jam lebih kurang 9 malam, polis berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut."Turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan seorang wanita yang disamun sekumpulan individu dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan perumahan di Shah Alam





Berselindung sebagai nelayan, rupanya seludup dadah ke Indonesia - Sinarharian - 19/02 4:37 pm

SHAH ALAM - Kegiatan membawa dadah dari semenanjung melalui perairan Selangor sebelum dipindah ke kapal di tengah laut untuk diseludup ke Indonesia dibongkar selepas tiga dicekup menerusi serbuan di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam 12 Februari lalu.Serbuan Op Tapis itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 53 tahun.Menurutnya, kesemua suspek ditahan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Leman, Sekinchan dengan rampasan tiga bungkusan plastik disyaki dadah methamphetamine seberat 11.36 gram."Serbuan kedua di sebuah bot tidak bernombor di jeti ikan dan menemui 152 bungkusan plastik disyaki methamphetamine seberat kira-kira 158.61 kilogram (kg), lima bungkusan plastik disyaki ekstasi (10.89 kg) serta 2,000 biji katrij disyaki mengandungi dadah jenis MDMA."Nilai dadah dianggarkan RM12.6 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.Beliau berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Llama Cal.38 Super beserta satu kelopak berisi empat butir peluru selain 45 butir peluru lain.Tambah Hussein, suspek pertama merupakan kordinator laut dan darat, manakala suspek kedua ialah 'runner' dan 'boatman' dalam sindiket yang telah aktif sejak 2021 itu."Suspek ketiga pula merupakan isteri kepada suspek pertama," ujarnya.Dedah beliau, dua suspek lelaki yang juga bekerja sebagai nelayan dipercayai menetap di Malaysia tanpa sebarang dokumen, manakala suspek wanita baru tiba sebulan lepas.Katanya lagi, modus operandi sindiket ialah menggunakan bot pancung sebagai pengangkutan membawa dadah."Kesemua suspek direman 14 hari bermula 13 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan nilai sitaan RM49,000 membabitkan wang tunai 421,000 Rupiah, tiga bentuk cincin, seutas rantai leher dan rantai tangan, satu gelang tangan, sepasang anting-anting serta tiga motosikal," katanya.Ujar Hussein, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam pengedaran dadah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat selain mencemarkan imej serta maruah negara.





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya dan tujuh negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 19/02 3:48 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 7 malam pada Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan jam 2.55 petang pada Khamis memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.Amaran itu turut membabitkan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau.Kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang





12 pegawai, anggota polis disiasat kes rompakan berkumpulan mata wang kripto - Sinarharian - 19/02 3:48 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 12 anggota dan pegawai polis disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kes samun membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata laporan diterima pihaknya pada jam 2.07 petang, 6 Februari lalu."Tindakan segera diambil dan seramai 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Kes masih dalam siasatan dan Polis Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.Difahamkan, mereka yang ditahan masing-masing terdiri daripada seorang berpangkat asisten superintenden, inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.Sebelum itu, media tempatan melaporkan sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Country Heights, Kajang, pada 5 Februari lalu selepas disyaki terdapat aktiviti penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.Bagaimanapun, dikatakan tiada bukti kegiatan jenayah ditemukan di lokasi terbabit.Mangsa kemudian dikatakan diugut akan ditahan dan dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000 kepada polis terbabit.Selepas rundingan, anggota polis terbabit didakwa bersetuju menerima bayaran 50,000 USDT (mata wang kripto) yang dipindahkan ke alamat dompet kripto yang diberikan.Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun yang mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto terbabit.Tangkapan kesemua 12 anggota itu dilakukan selepas beberapa hari laporan dibuat.





Lagi ketua bahagian Bersatu umum letak jawatan - FMT - 19/02 3:39 pm

Bukit Gantang, Bagan Serai dan Bintulu kini masuk senarai Bersatu bahagian yang didakwa bubar.





More Bersatu division chiefs quit following Hamzahs sacking - FMT - 19/02 3:03 pm

Bukit Gantang, Bagan Serai and Bintulu are the latest additions to a growing list of allegedly dissolved divisions.





Penyatuan Melayu sukar direalisasikan jika UMNO terus kendong DAP – .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Penyatuan Melayu sukar direalisasikan jika UMNO terus kendong DAP - Annuar KUALA LUMPUR Pendirian UMNO untuk terus menyokong keberadaan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP mungkin menjadikan hasrat UMNO ke arah penyatuan Melayu sebagai `_non starter_ atau tidak ke mana-mana





Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 juta KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) dari luar negara membabitkan rampasan lapan kontena bernilai kira-kira RM2.15 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, awal bulan ini





Umum bubar bahagian hanya gimik politik ??? MPT Bersatu - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Umum bubar bahagian hanya gimik politik MPT Bersatu KUALA LUMPUR - Pengumuman pembubaran oleh kepimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan lebih bersifat gimik politik





'Tiada bahagian Bersatu Johor terbubar' - Dr Sahruddin - Sinarharian - 19/02 2:11 pm

JOHOR BAHRU - Ketua Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menegaskan tiada mana-mana bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor terbubar setakat ini.Bekas Menteri Besar Johor itu seterusnya menafikan dakwaan kononnya 11 bahagian parti itu lumpuh susulan peletakan jawatan beramai-ramai pada Rabu.Menurut beliau, sebarang peletakan jawatan melibatkan ketua bahagian, timbalan atau ahli jawatankuasa tidak membawa kepada pembubaran automatik, sebaliknya akan digantikan dengan individu lain yang masih setia dan komited terhadap perjuangan parti."Saya cukup yakin tiada mana-mana bahagian yang terbubar seperti dakwaan beberapa pihak





JKDM Pahang gagalkan cubaan seludup 186 tan e-waste bernilai RM2.15 juta - Sinarharian - 19/02 1:04 pm

PELABUHAN KLANG Cubaan menyeludup masuk 186 tan sisa elektronik (e-waste) dari Kanada, Sepanyol dan Croatia digagalkan menerusi rampasan lima kontena yang mengandungi bahan buangan itu bernilai kira-kira RM2.15 juta di Pelabuhan Utara di sini pada 3 Februari lalu.Sindiket dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan taktik membuat pengikraran tidak benar dalam dokumen dagangan dengan mengisytiharkan muatan sebagai campuran tembaga.Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan keperluan mendapatkan permit sah di bawah peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan sisa terjadual.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Mohd Asri Seman berkata, serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dijalankan oleh JKDM Pahang dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor hasil risikan terhadap pergerakan kontena terbabit.Beliau berkata, semakan mendapati lima kontena berkenaan dibawa masuk dari Kanada, manakala dua lagi dari Sepanyol dan satu dari Croatia."Pemeriksaan fizikal mendapati kandungan sebenar ialah sisa elektronik termasuk komponen komputer, kabel dan wayar terpakai dengan berat keseluruhan 186,737 kilogram."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.15 juta dan kesemua kontena ini diimport tanpa permit sah seperti yang ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Utara di sini pada Khamis.Katanya, maklumat awal diperoleh sejurus kontena terbabit tiba di pelabuhan berkenaan kira-kira dua minggu sebelum tindakan penahanan dibuat dalam sistem bagi menghalang sebarang pergerakan keluar."Siasatan awal mendapati e-waste ini dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang."JKDM Pahang juga sedang berusaha mengesan ejen serta pihak yang terlibat untuk tindakan lanjut," ujarnya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.Mengulas lanjut, Mohd Asri menjelaskan tiada sempadan operasi dalam JKDM dan mana-mana bahagian penguatkuasaan negeri boleh bertindak berdasarkan maklumat risikan bagi mengelakkan kebocoran maklumat serta memastikan operasi berjalan lancar.





Dissolution of 11 Bersatu divisions: Umno offers itself as umbrella for Malay unity in Johor - Sinardaily - 19/02 12:47 am

JOHOR BAHRU Umno has offered itself as the umbrella for Malay political unity in Johor following the dissolution of 11 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) divisions in the state, a move believed to stem from prolonged internal turmoil.Johor Bahru Umno division chief Datuk Yahya Jaafar said the development proves that division only weakens Malay political strength, ultimately affecting stability and the direction of the struggle."Since its establishment, Umno has been the main platform for the Malay struggle, shaping national leadership and policies and it remains relevant as a unifying force to this day."Umno is not merely a political party, but a big house for the Malay community





Bersatu Bintulu members resign en bloc, first Sarawak division to exit party - BorneoPost - 19/02 12:15 am

BINTULU (Feb 19): Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bintulu has become the first division in Sarawak to collectively resign and exit the party





Harap pengerusi baharu mampu kukuhkan PN - Bersatu Kelantan - Sinarharian - 19/02 11:59 am

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berharap pengerusi baharu yang bakal dilantik pada Ahad ini mampu mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, tindakan itu penting bagi memastikan PN mampu mendepani arena politik tanah air yang semakin mencabar ketika ini."Tidak kira siapa (yang dilantik sebagai Pengerusi PN), yang penting ia perlu memberi tumpuan kepada membina kesatuan dan kekuatan parti," katanya ketika dihubungi.Menurut beliau, Bersatu Kelantan turut berharap pengerusi baharu itu mampu kukuhkan PN di negeri ini.Katanya, hal ini kerana kebanyakan rakyat masih belum mengenali PN secara jelas terutama di kawasan luar bandar.Beliau melihat usaha itu perlu diteruskan bagi memastikan kehadiran PN diterima sebaik mungkin oleh rakyat di negeri ini.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jawatan Pengerusi PN bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan pada 22 Februari ini, jam 3 petang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.Katanya, mesyuarat tersebut diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.




Reformasi     >>



Kes bos SPRM: Anwar macam 'cybertrooper', kata Rafizi - Mkini
Bekas menteri bangkitkan hantaran media sosial di akaun PM beri bayangan hasil siasatan ke atas Azam
Kroni     >>



Iran prepares counterproposal as Trump weighs strikes - Star
WASHINGTON, Feb 20 (Reuters) - Iran's foreign minister said on Friday he expected to have a draft counterproposal ready within days following nuclear talks with the United States this week, while U.S. President Donald Trump said he was considering limited military strikes. Read full story
Tabloid     >>



Pula dah…baru hari pertama Ramadan dah jumpa .. - Mdateline
Seorang lelaki nyaris tercekik selepas menjumpai sebatang skru dalam kuih pulut panggang ketika berbuka puasa semalam. Dalam perkongsian di TikTok, individu itu memberitahu pulut itu ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Samsung Galaxy Unpacked 2026: The Galaxy S26 and other .. - Engadget
Samsungs 2025 was filled with new foldables , an ultra-thin new form factor and the launch of Google's XR platform . After making some announcements at CES 2026 , the company has announced its first Galaxy Unpacked of the year will take place on February 25, where it is expected to introduce ..
World     >>



What happens next for Andrew Mountbatten-Windsor? - BBC
The former prince was arrested on suspicion of misconduct in public office and taken to a Norfolk police station for questioning on Thursday 19 February.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan 10 Trenkuasa Terbaik Wards 2026. 2 Je .. - Mekanika
# 10 TRENKUASA TERBAIK WARDS 2026. 2 JE ENJIN PETROL???? Setiap tahun, WardsAuto akan mengumumkan senarai **Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems**, satu pengiktirafan berprestij yang menilai trenkuasa terbaik dalam industri automotif. Anugerah ini diberikan pada trenkuasa enjin ..