///
See Also: Shutterstock

Search : Bersama News   Page 1    



‘Ulat’ KLIA tawar RM180 ke Seremban ditahan - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, tangkapan itu hasil intipan dan pemantauan rapi yang dijalankan Stesen Penguatkuasa KLIA di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut beliau, anggota penguat kuasa berjaya menahan sebuah kenderaan Perodua Aruz bersama pemandunya yang disyaki terlibat dalam aktiviti ulat iaitu menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram





43 sekolah di Melaka guna alat pengesan logam kawal kemasukan telefon... - Mgazette - 8/12 3:55 pm

"Kita tidak mahu telefon lepas masuk ke sekolah kerana media sosial sangat memberi pengaruh kepada pelajar dan kebanyakannya pengaruh tidak baik," tegasnya lagi. Selain alat pengesan logam, beliau berkata, kerajaan negeri turut memperkukuh usaha pencegahan buli melalui pemeriksaan mengejut bersama rakan strategik terdiri daripada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Melaka





Ibu tunggal hidap kanser kesal anak autismenya dihalang ke sekolah - Mgazette - 8/12 3:55 pm

"Akhirnya suatu pertemuan diadakan dengan guru dan ibu bapa murid Darjah 5 pada 1 Disember 2025 yang mana anak saya didakwa membahayakan murid lain jika terus bersekolah di situ," katanya. Dia berkata, seorang bapa murid ugut mahu membuat laporan polis beramai-ramai bersama-sama ibu bapa murid Darjah 5 lain terhadap Solehah jika kembali bersekolah atau boleh dikenakan tindakan





Pelajar tingkatan 2 maut ditembak rakan guna senapang buatan - Mgazette - 8/12 3:55 pm

# Pelajar tingkatan 2 maut ditembak rakan guna senapang buatan KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika bermain bersama rakannya di halaman rumah dalam kejadian di Keningau, Sabah semalam





Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Dalam pada itu, Azhar ketika ditemui wakil media sejurus mahkamah ditangguhkan berkata, beliau mengenali Hakim Abu Bakar sejak 1982 dan mereka pernah menjadi rakan sepengajian. Pada prosiding itu, Presiden Mahkamah Rayuan bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi dan Tan Sri Nallini Pathmanathan





Lantik semua wakil parti Kerajaan Perpaduan ke Kabinet demi kestabilan .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Perdana Menteri perlu melantik semua wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan ke dalam Kabinet sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Pendekatan inklusif seumpama ini akan memastikan setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan merasa dihargai dan mempunyai kepentingan bersama dalam menjamin mandat dan survival pentadbiran perdana menteri, katanya





Pas sedia berdialog dengan MCA Pas sedia berdialog dengan MCA - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Sentimen ini semakin mendalam selepas Pas menamatkan kerjasama dan memutuskan hubungan sepenuhnya dengan DAP 10 tahun lalu, katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MCA di ibu negara hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan, pengalaman pentadbiran bersama sepatutnya menjadi asas kefahaman bahawa Pas bukan parti yang memusuhi mana-mana kaum atau agama





Buletin Continental Tyre Malaysia Perkenal Waranti Pengilang Tayar .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

* Terpakai secara retrospektif untuk tayar yang dibeli sebelum pengumuman ini. * Bersama dengan Total Confidence Plan (TCP) Road Hazard Warranty, memberikan perlindungan tambahan 12 bulan terhadap kerosakan di jalan apabila didaftarkan melalui aplikasi Conti TCP





Buletin Toyota Probox 2026, Model Lama Lebih Canggih Dengan Toyota Safety .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

* Membantu mengelak perlanggaran atau mengurangkan kerosakan, dengan sokongan merangkumi di persimpangan yang mempunyai kadar kemalangan tinggi. * Fungsi ini menyokong pengelakan perlanggaran atau pengurangan kerosakan melalui operasi brek, bersama amaran _buzzer_ dan paparan skrin, mengikut situasi pengesanan risiko





Buletin Toyota Gazoo Racing Dan Lexus Dedah Tiga Model Ikonik Baharu Read .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

Jantung GR GT ialah enjin 4.0 liter V8 twin-turbo baharu dengan sistem pelinciran dry-sump. Sistem transmisi pula menggunakan susun atur transaxle bersama tork tiub gentian karbon dan difrensial gelincir terhad mekanikal





“Penuh pasangan muda bermanja dalam lif” – Nabila Razali Bersuara Isu Ibu Bapa Bawa ‘Stroller’ - Lobakmerah - 8/12 3:43 pm

Nampaknya, isu keutamaan penggunaan lif di pusat beli-belah masih lagi menjadi perbincangan yang tiada kesudahan di media sosial. Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pengguna lif yang dilihat tidak bertimbang rasa apabila berdepan situasi ibu bapa yang membawa stroller bersama anak kecil





MyDigital ID mampu bendung penipuan dalam talian - Sinarharian - 8/12 3:41 pm

Jika dua bulan lalu jumlahnya sekitar 100,000, namun kini ia mencecah 400,000 seminggu berikutan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi.Beliau menjelaskan bahawa fungsi utama MyDigital ID ialah mengesahkan identiti sebenar pengguna melalui padanan wajah dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus memastikan hanya pemilik sah boleh menggunakan identiti tersebut.Nik Hisham turut menggalakkan rakyat mendaftar segera, memandangkan MyDigital ID bakal digunakan lebih meluas dalam pelbagai aplikasi kerajaan dan seterusnya sektor swasta."Kemudahan log masuk satu ID ini akan memudahkan banyak urusan. Sekarang untuk aplikasi kerajaan dan tidak lama lagi aplikasi swasta juga akan menggunakan MyDigital ID," katanya ketika ditemui pada program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini pada Ahad.Menurut beliau, kerjasama MyDigital ID kini meluas merangkumi agensi kerajaan, sektor swasta serta pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan beberapa PBT lain yang sedang dalam proses pelaksanaan.Selain itu, penyertaan MyDigital ID digerakkan bersama sokongan rakan-rakan strategik Honor, Perodua, Grab, Tenaga Nasional Berhad (TNB), XOX, CTOS dan U Mobile."Kami juga baru menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan Negeri Sarawak, dan akan disusuli Selangor serta Perlis





MCA kekal bersama BN, hubungan dua parti masih baik - Johari - Sinarharian - 8/12 3:36 pm

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing."Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN





Johnsons Lancar Kempen PlayDays, Galak Anak Bermain Aktif & Kekal Segar Sepanjang Hari - Siakapkeli - 8/12 3:07 pm

Johnsons, jenama yang dipercayai dengan lebih daripada 125 tahun dan jenama No. 1* Dunia dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, kini kembali dengan kempen Johnsons PlayDays untuk memberi inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia untuk meluangkan lebih banyak waktu bermain bersama dan kurangkan waktu tonton skrin





Mara latih pelajar B40 jadi jurutera kapal terbang - Kosmo - 8/12 3:02 pm

PETALING JAYA Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal melaksanakan program rintis melatih 50 pelajar miskin dan B40 sebagai jurutera kapal terbang melalui kerjasama strategik bersama Batik Air, kata Pengerusinya, Datuk Dr





Anwar gesa Thailand, Kemboja bersikap berhati-hati susulan pertikaian sempadan - Sinarharian - 8/12 2:50 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Thailand dan Kemboja supaya bersikap berhati-hati, mengekalkan saluran komunikasi terbuka, serta memanfaatkan sepenuhnya mekanisme sedia ada susulan laporan mengenai pertembungan bersenjata di sempadan bersama kedua-dua negara.Dalam hantaran di Facebook, Anwar menyatakan kebimbangannya terhadap insiden itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera.Perdana Menteri menegaskan Malaysia bersedia menyokong segala langkah yang dapat memulihkan ketenangan dan mengelakkan insiden susulan, sambil menekankan Thailand dan Kemboja merupakan rakan rapat Malaysia serta anggota penting ASEAN."Pertempuran yang berulang ini berisiko meruntuhkan usaha teliti yang telah dijalankan bagi menstabilkan hubungan antara kedua-dua jiran," katanya hari ini.Anwar berkata, rantau ini tidak mampu melihat pertikaian yang berlarutan bertukar menjadi kitaran konfrontasi."Keutamaan segera ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam, dan kembali ke landasan diplomasi yang berpandukan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan yang menjadi tunjang ASEAN," katanya.Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Thailand melancarkan serangan udara di sepanjang sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja susulan pertembungan baharu, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata terdahulu.Sekurang-kurangnya seorang anggota tentera Thailand terkorban manakala beberapa lagi cedera akibat tembakan pihak Kemboja di wilayah timur Ubon Ratchathani





Hampir 2 Dekad Berlalu, Permintaan Bapa Arwah Nurin Jazlin Minta Sunting Gambar Bersama Anaknya Undang Sebak - Siraplimau - 8/12 2:12 pm

Kini, ia kembali menjadi perhatian ramai apabila bapanya, Jazimin Abdul Jalil, memuat naik satu permintaan yang menyentuh perasaan di sebuah kumpulan Facebook baru-baru ini. Baca juga: Tengku Ampuan Pahang Lawat Bayi Kembar 3 Adik-Adik Arwah Al-Fateh Di Hospital, ALLAH […] The post Hampir 2 Dekad Berlalu, Permintaan Bapa Arwah Nurin Jazlin Minta Sunting Gambar Bersama Anaknya Undang Sebak first appeared on SirapLimau.com .





Projek fitlot Kedah: Ahli perniagaan didakwa minta, terima rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 1:56 pm

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM400,000 berhubung projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Amar Assuat Abu Bakar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut, daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, daerah Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran dan tepi jalan berhadapan sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada 20 dan 23 Jun 2020.Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin."Termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SPRM," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri.Bagaimanapun, peguam, R Yoganathan yang mewakili tertuduh berkata, jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan bersifat keterlaluan."Kadar itu terlalu tinggi, seakan-akan bersifat menghukum, sedangkan anak guam belum disabitkan keslaahan malah tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.





Rombakan Kabinet: PM Anwar Telah Fikirkan Individu Sesuai Isi Kekosongan - Wrlr - 8/12 1:42 pm

KUALA LUMPUR, 7 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau telah memikirkan beberapa individu yang sesuai untuk dilantik isi kekosongan dalam Kabinet tetapi senarai belum dimuktamadkan. Tanpa menamakan mana-mana individu, Perdana Menteri berkata, senarai itu akan dirujuk bersama ketua parti politik yang membentuk Kerajaan MADANI sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan





Ahli Parlimen PN Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000 - Wrlr - 8/12 1:28 pm

Azman Nasrudin (kot kelabu) bersama pegawai SPRM dan peguamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 8 Disember 2025





Bergurau guna bakakuk, pelajar Tingkatan Dua maut terkena tembakan - Sinarharian - 8/12 1:16 pm

KENINGAU - Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan ketika bermain menggunakan senapang jenis bakakuk bersama rakannya di rumah sebuah kampung di daerah ini, pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 14 tahun dipercayai mengalami 14 kesan tembakan pada bahagian dada kanan, lengan, lutut dan bahagian kiri badan.Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati mangsa bermalam di rumah suspek yang juga rakannya, turut berusia 14 tahun."Semasa kejadian, suspek ternampak mangsa sedang memegang bakakuk dan dia telah meminta senjata tersebut dengan tujuan untuk mengacah-acah sambil bergurau namun tanpa disedari di dalamnya terdapat sebutir peluru."Suspek dan mangsa bergurau dengan bermain sembunyi-sembunyi di bawah rumah





Keselamatan digital tanggungjawab bersama - Sinarharian - 8/12 12:35 am

Sebagai pengguna, kita perlu bertanggungjawab atas setiap perkongsian," katanya.Pada masa sama, beliau menekankan yang setiap ibu bapa bertanggungjawab memantau penggunaannya dalam kalangan anak-anak serta perlu memahami risiko yang mungkin dihadapi apabila mereka telah memasuki ruang media sosial."Anak-anak ini tak mampu pun beli telefon dan melanggan internet, kita sebagai ibu bapalah yang beri akses kepada mereka."Jadi ibu bapa harus tahu apa risiko kepada anak-anak apabila masuk dalam media sosial dan bukan semua kandungan boleh memberi kesan buruk," ujarnya pada sesi forum program 'Surfs Up: Deputies of Digital Literacy yang bertemakan Online With a Purpose' yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 1 November lalu.Siri keempat jelajah universiti Surf's Up yang diadakan semasa Pesta Konvo UTeM itu sebagai salah satu usaha TikTok Malaysia memperluaskan program kesedaran keselamatan digitalnya ke luar Lembah Klang dengan memberi penekanan kepentingan menjadi warga siber yang bertanggungjawab.Ini kerana, setiap perkongsian pada hari ini mampu mempengaruhi reputasi profesional dan peluang kerjaya pada masa depan.Selain Mediha, tiga lagi panel dalam bidang berbeza turut diundang untuk berkongsi pandangan mereka dalam sesi forum yang dikendalikan personaliti media sosial dan pencipta kandungan digital, Hazeman Huzir.Perbincangan turut menekankan kepentingan usaha kolaboratif antara platform, pengawal selia dan pengguna untuk memupuk persekitaran digital yang selamat dan dipercayai. Pengurus Dasar Awam TikTok Malaysia, Alif Zakaria menegaskan komitmen jangka panjang pihaknya terhadap pendidikan keselamatan yang proaktif menerusi kempen seperti #ThinkTwice(#FikirDulu)."Keselamatan dalam talian merupakan tanggungjawab bersama antara komuniti, pengawal selia dan platform





SEA-PLM: Pencapaian murid kekal stabil dalam domain Bacaan, Matematik - Sinarharian - 8/12 12:33 am

PUTRAJAYA - Pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran serantau Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) kekal stabil dengan kedua-dua domain Bacaan dan Matematik masing-masing merekodkan skor melebihi purata serantau, meskipun mencatat sedikit penurunan berbanding pusingan penilaian pertama.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, bagi domain Bacaan, Malaysia merekodkan skor melepasi purata serantau 300 mata, dengan penurunan kecil sebanyak lima mata berbanding penilaian SEA-PLM 2019.Beliau berkata, gambaran sama turut direkodkan bagi domain Matematik apabila skor negara melepasi purata serantau 305 mata, juga dengan penurunan lima mata."Ini bermakna secara keseluruhan, murid Malaysia berada pada tahap literasi membaca yang kompetitif walaupun menghadapi gangguan pembelajaran."Ini menunjukkan asas numerasi murid Malaysia masih kukuh secara relatif, walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam pemulihan pembelajaran," katanya ketika membentangkan keputusan SEA-PLM 2024 di sini pada Isnin.Beliau berkata, kohort yang mengambil bahagian dalam SEA-PLM 2024 ialah murid yang lahir pada 2013, dan menyifatkan kohort itu unik kerana murid menjalani PdPR (proses pengajaran dan pembelajaran di rumah) selama hampir dua tahun ketika berada di Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dari 2020 hingga 2021."Gangguan pembelajaran pada awal fasa persekolahan ini merupakan faktor besar yang mempengaruhi penguasaan kemahiran asas mereka dan menjadi konteks penting untuk mentafsir dapatan SEA-PLM dengan tepat," katanya.Mohd Azam berkata, trend yang direkodkan membantu Kementerian Pendidikan (KPM) merangka intervensi lebih bersasar bagi memastikan murid bukan sekadar pulih, malah mampu meningkatkan kemahiran Matematik ke tahap lebih tinggi.SEA-PLM yang dijalankan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil adalah pentaksiran serantau anjuran Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), melibatkan tujuh negara ASEAN termasuk Timor-Leste.SEA-PLM 2024 menilai pencapaian 4,379 murid Tahun 5 daripada 158 sekolah dalam empat domain utama, namun bagi pusingan kali ini, dapatan hanya melibatkan domain Bacaan dan Matematik.Mengulas pencapaian mengikut band aras penguasaan, beliau berkata, sebanyak 69 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas bagi domain Bacaan, yang disifatkan sebagai pencapaian baik, termasuk satu pertiga murid daripada keluarga berstatus sosioekonomi (SES) rendah.Bagi domain Matematik pula, sebanyak 74 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas, sekali gus menunjukkan trend penguasaan asas numerasi yang semakin positif."Ini menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah telah menampakkan implikasi positif," katanya.Antara inisiatif berkenaan ialah pembangunan kapasiti guru, program pemulihan khas, program baca bersama serta program literasi dan numerasi sekolah rendah.Dari segi jantina, Mohd Azam berkata, pencapaian murid perempuan masih mengatasi murid lelaki dalam domain Bacaan, namun jurang semakin mengecil daripada sembilan mata pada 2019 kepada tujuh mata pada 2024.Katanya, bagi Matematik pula, tiada jurang pencapaian antara murid lelaki dan perempuan direkodkan, malah murid lelaki mencatat peratusan lebih tinggi bagi Band 8 dan 9 berbanding murid perempuan.Beliau berkata, jurang berdasarkan status sosioekonomi kekal sebagai cabaran utama apabila perbezaan ketara direkodkan antara murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi, iaitu jurang 23 mata bagi Bacaan dan 26 mata bagi Matematik





“Terima Kasih Untuk 16 Tahun..”-Zizie Izette - Murai - 8/12 12:31 am

Pelakon, Zizie Izette meluahkan rasa pilu terhadap pemergian suaminya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada Jumaat. Menerusi Instagram Story terbaharunya, Zizie memuatnaik foto suaminya yang berdiri di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah itu turut menitipkan ucapan terima kasih untuk selama 16 tahun mereka bersama selain menyifatkan arwah suaminya itu telah bekerja keras untuk […] The post “Terima Kasih Untuk 16 Tahun..”-Zizie Izette appeared first on Murai MY .





“14 kesan t*mbakan” – Main Sembunyi-sembunyi, Pelajar Tingkatan 2 M*ut Dit*mbak Rakan Dengan Bakakuk - Lobakmerah - 8/12 12:30 am

Seorang pelajar Tingkatan 2 dilaporkan maut akibat terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika sedang bermain sembunyi-sembunyi bersama rakannya di halaman rumah





Pertuduhan subahat babit Azman defektif - Peguam - Sinarharian - 8/12 12:07 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan pembelaan kepada Ahli Parlimen Padang Serai memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, yang dihadapi Datuk Azman Nasrudin, adalah defektif dan tidak berasas.Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, peguam N. Surendran yang mewakili Azman, 53, berkata selepas meneliti pertuduhan berkenaan, ia didapati tidak sah dari segi undang-undang dan bercampur aduk.Beliau berkata perincian terhadap pertuduhan juga tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu berkenaan."Kami berpendapat berdasarkan pertuduhan, ia umpama dirangka, jadi tiada alasan untuk mengekalkannya."Susulan itu kami akan mencabar untuk membatalkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini," katanya yang hadir bersama peguam Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Dalam prosiding sama, beliau berkata pembelaan juga akan membuat rayuan supaya ahli politik Kedah itu tidak dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes berkenaan selesai.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima satu suapan berjumlah RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut didakwa dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada jam 5 petang, 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta tersebut.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa' Zamri.Mahkamah membenarkan Azman dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkannya memenuhi syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.





Gadis mengaku salah kawan dengan suami orang, dedah mesej bersama pempengaruh - Mdateline - 8/12 11:00 am

Penularan tangkap layar memaparkan mesej perbualan di antara seorang gadis dengan lelaki bergelar suami orang telah mengundang perbincangan hangat di platform media sosial baru-baru ini





Pelajar tingkatan dua maut ditembak rakan - Hmetro - 8/12 10:25 am

Keningau : Pelajar lelaki tingkatan dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan di halaman sebuah rumah di Jalan Kem PPH, di sini, semalam





Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 10:16 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Azman, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan, RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Bagaimanapun, Surendran merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum dengan alasan, ahli politik itu perlu menyara lima anak dan ibu yang berusia 82 tahun di Sungai Petani."Anak guam telah menjadi wakil rakyat di negeri itu selama beberapa penggal yang mana sebelum ini beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas."Mengambil kira latar belakangnya, saya mohon mahkamah tidak mengenakan syarat tambahan tersebut," katanya yang hadir bersama peguam-peguam, Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.Sinar Harian melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan Mac lalu namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgut sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.





Manfaatkan kestabilan politik untuk rancang program demi rakyat - PM - Sinarharian - 8/12 9:58 am

Alhamdulillah, bila stabil, hasilnya kita hampir berjaya noktah kemiskinan tegar."Saya tidak mahu mendabik dada kata usaha saya seorang... ini usaha Jemaah Menteri yang ada tekad bersama, kemudian KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) terjemahkannya di peringkat pelaksanaan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini pada Isnin.Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Shamsul Azri.Perdana Menteri bagaimanapun mengakui masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditangani bagi memastikan kejayaan yang lebih gemilang."Bukan maksudnya (ada kelemahan) itu kita meremehkan apa yang telah kita lakukan, tetapi kita perlu akui ada ruang untuk diperbaiki."Saya tekankan kadang-kadang dalam pertarungan kita, baik (daripada segi) politik, perselisihan faham, ideologi, kaum, suku kaum dan negeri, kadangkala hilang nilai kemanusiaannya," kata beliau.Mengulas mengenai usaha berterusan Kerajaan MADANI memerangi rasuah, Anwar melahirkan rasa dukacita dengan kewujudan satu trend yang cenderung mengagung-agungkan pemberi rasuah."Kita kata kita benci rasuah tetapi bila ambil tindakan, kalau kena kepada kawan kita, kita marah."Bukan setakat itu, kita sekarang ada pula trend aliran untuk mendewakan dan mengagungkan pemberi rasuah, saya fikir (ini) sangat menggusarkan kerana ini tidak akan mampu mengangkat negeri dan negara kita," katanya





Papa Zola tampil dengan filem solo, bakal dieksport ke 10 negara - Sinarharian - 8/12 9:49 am

Tetapi Papa Zola diterima baik apabila kami pitch filem ini di Singapura dan Cannes, termasuk kepada pembeli dari Itali, Sepanyol dan Timur Tengah."Mereka melihat watak ini sebagai karakter yang boleh pergi jauh," katanya sambil menambah beliau sendiri menyumbangkan suara untuk watak utama itu, satu keputusan yang pada awalnya tidak dijangka.Mengenai pasaran eksport, Nizam berkata, filem itu akan memasuki Indonesia pada 16 Jan tahun depan sebelum diperluas ke Vietnam, India serta pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Qatar, Bahrain dan Turkiye bermula April.Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya sebelum anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Bersama-sama isterinya Mama Zila, mereka perlu menyelamatkan Pipi dan menghalang ancaman terhadap dunia.Tiket tayangan awal yang dibuka sejak 22 November lepas menerima sambutan menggalakkan dengan kebanyakan slot habis dijual, sekali gus mendorong pihak penerbit membuka tayangan awal tambahan pada esok (9 Disember)





Nafuzi tenang tapi tetap waspada - Sinarharian - 8/12 8:40 am

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain tetap tenang menghadapi tekanan menjelang aksi penentuan Kumpulan B menentang Vietnam pada Khamis ini, meskipun perlawanan itu bakal menentukan sama ada Malaysia meneruskan kemaraan atau berdepan penyingkiran awal di Sukan SEA Thailand 2025.Malaysia kini berkongsi tiga mata bersama Vietnam, namun kelebihan jaringan memihak kepada skuad Harimau Muda.Walaupun situasi itu memberi sedikit ruang bernafas, Nafuzi tidak mahu pemain dibebani kebimbangan berlebihan, sebaliknya menuntut mereka turun dengan keyakinan dan disiplin tinggi."Seperti yang diketahui, Vietnam merupakan pasukan yang kuat terdiri daripada pemain pantas, berbakat dari segi teknikal, tenang dan matang."Kami perlu memberikan yang terbaik untuk mengalahkan mereka," katanya pada sidang media selepas menewaskan Laos 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Sabtu.Pada Khamis ini, Malaysia hanya perlu mengelakkan kekalahan untuk terus bersaing dalam kejohanan, manakala kemenangan akan memastikan slot automatik ke separuh akhir.Sebagai rekod, Vietnam merupakan juara pada edisi 2019 dan 2021.Kumpulan B dianggotai Malaysia, Vietnam dan Laos





Aktiviti Selepas Graduasi Jadi Tragedi, Budak 5 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam - Siraplimau - 8/12 7:53 am

Kesedihan jelas terpancar pada wajah Noor Muhamad Asun, 46, ketika mengenang detik terakhir bersama anak bongsunya yang meninggal dunia selepas lemas mandi kolam dan ditemui tidak sedarkan diri di Lenggeng, Sabtu lalu





Anggota polis akan pantau aktiviti ‘ulat mahkamah’ - Mgazette - 8/12 7:37 am

# Anggota polis akan pantau aktiviti 'ulat mahkamah' KUALA LUMPUR - Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti _touting_(ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam surat edaran kepada mediamemaklumkan, langkah itu diputuskan dalam perbincangan bersama Polis Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Okt lepas, bagi penempatan anggota polis padasetiap mahkamah di kompleks mahkamah berkenaan





Suasana Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku - Mgazette - 8/12 7:37 am

# Suasana Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku





Algeria mengesahkan telah menerima jet pejuang Stealth Su-57 Russia. - Wrlr - 8/12 3:34 am

Ini menjadikan Algeria negara pertama di luar Rusia yang mengendalikan Su-57, dengan ketara meningkatkan keupayaan tentera udaranya dan mengukuhkan hubungan pertahanan dengan Rusia. Perolehan ini tetap berlaku walaupun Algeria telah menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan bersama Amerika Syarikat pada Januari 2025





Awak Tak Payah Cerita Dengan Orang Lain, Cakap Depan-Depan Apa Yang Tak Okay - Rotikaya - 8/12 12:58 am

Pelakon Kamal Adli berkata harapannya sebagai suami jika ada masalah biar dirinya menjadi orang pertama yang mendengar. Menerusi temu bual bersama Melodi, apabila ditanya mengenai keputusan Uqasha yang nekad untuk..





Anggota polis di setiap mahkamah pantau 'ulat' - Sinarharian - 7/12 10:06 pm

KUALA LUMPUR - Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti touting(ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu.Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam surat edaran kepada mediamemaklumkan, langkah itu diputuskan dalam perbincangan bersama Polis Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Okt lepas, bagi penempatan anggota polis padasetiap mahkamah di kompleks mahkamah berkenaan."Tindakan job rotation (pusingan kerja)ini akan dijalankan selang beberapa bulan bagi memastikan risiko salah guna kuasa dapat diatasi," menurut suratitu.Langkah itu diambil susulan aduan yang diterima pada 22 September lepas yang mendakwa wujudnya aktiviti toutingmelibatkan peguam dan individu di kompleks mahkamah berkenaan.Selain itu, tindakan mengehadkan dan mengetatkan kawalan sertaakses orang awam di kawasan lokap mahkamah juga akan diambilyang mana hanyapeguam selain pihak Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) sahaja akan dibenarkan untuk berjumpa dengan OKT di luar lokap tertakluk kepada kesesuaian keadaan semasa.Tindakan pengawasan dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak penyelia Mahkamah Kuala Lumpur untuk memastikan tiada petugasmahkamah yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu."Sekiranya mana-mana pihak mempunyai aduan spesifik terhadap mana-mana petugas mahkamah, mohon perkara tersebut dikemukakan kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur untuk tindakan sewajarnya."Unit ini merakamkan jutaan terima kasih kerana membawa isu ini kepada perhatian pihak kami."Kami mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil dari semasa ke semasa bagi menangani masalah ini," menurut surat itu.- Bernama





Premis lombong bitcoin guna elektrik haram dibongkar - Kosmo - 7/12 9:15 pm

BALIK PULAU – Polis menumpaskan kegiatan mencuri arus elektrik bagi operasi mesin perlombongan Bitcoin selepas melakukan serbuan bersama pasukan Seal Team Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, semalam





PN bukan pilihan MCA, masyarakat Cina sukar terima Pas - Wee Ka Siong - Sinarharian - 7/12 8:18 pm

KUALA LUMPUR - MCA memberi bayangan bahawa parti itu tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) susulan ideologi parti komponennya iaitu Pas yang masih sukar diterima oleh majoriti masyarakat Cina.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kenyataan berbaur kontroversi yang dibuat oleh sebahagian pemimpin Pas merupakan antara faktor utama parti bukan Islam menjauhkan diri daripada PN.Ujar Ka Siong, kenyataan tersebut mencerminkan pendekatan konservatif dan menyinggung perasaan penganut agama lain."Ada (pihak) mencadangkan supaya menyertai PN tetapi kami amat jelas bahawa masyarakat Cina sekian lama tidak mempunyai pandangan positif terhadap Pas, malah menolak parti itu."Melainkan, jika Pas membuat pembaharuan dalam parti, menjadi lebih moderat dan diterima oleh masyarakat majmuk."Jika tidak, faktor tersebut tetap menghindar parti bukan Islam untuk sehaluan dengan PN," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MCA, Wisma MCA, di sini pada Ahad.Sebelum ini, beberapa pemimpin MCA turut menyuarakan rasa tidak senang terhadap hubungan akrab UMNO-DAP yang dilihat bercanggah dengan pendirian politik lama parti itu.Kemudian, perwakilan MIC pada 16 November lalu pula memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam BN.Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima, diluluskan dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).Menurut Ka Siong, sentimen penolakan masyarakat bukan Islam terhadap Pas semakin meningkat sejak parti itu memutuskan hubungan dengan DAP hampir satu dekad lalu.Beliau juga menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan UMNO menjalinkan kerjasama politik di luar Barisan Nasional (BN), khususnya dengan DAP dan memberi amaran bahawa MCA tidak akan berdiam diri jika asas perjuangan gabungan tersebut terus terhakis."Pendirian MCA jelas iaitu tiada kerjasama dengan DAP





Ops Samseng Jalanan: Remaja 16 tahun antara 11 positif dadah - Sinarharian - 7/12 7:27 pm

IPOH - Pelajar sekolah menengah antara individu yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Station 18 dekat Pasir Putih, lokasi dikenali sebagai hot spot geng rempit.Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 12 tengah hari pada Ahad itu diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sepanjang operasi, seramai 335 individu berusia 15 hingga 42 tahun diperiksa, termasuk pelajar sekolah menengah dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Hasil pemeriksaan ke atas 197 kenderaan pula, 30 motosikal telah disita kerana pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 158 saman trafik, 82 saman dan notis JPJ, serta 11 kompaun dan notis JAS dikeluarkan.Menurutnya, dalam tindakan bersama AADK, seramai 11 individu dikesan positif dadah, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun."Semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998)," katanya.Noor Hisam berkata, operasi bersepadu seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di negeri ini."Ini merupakan satu usaha PDRM dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya serta membantu mencegah berlakunya jenayah jalanan khususnya di Perak," katanya.Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.





Anwar Tidak Tergesa-gesa Isi Kekosongan Kabinet - Siakapkeli - 7/12 6:55 pm

Anwar Tidak Tergesa-gesa Isi Kekosongan Kabinet KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tergesa-gesa dalam mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet. Anwar berkata beliau telah memikirkan nama-nama yang sesuai dan perlu merujuk perkara itu bersama-sama pemimpin parti dalam Kerajaan MADANI sebelum sebarang keputusan dibuat





'Saya tidak terburu-buru isi kekosongan Kabinet' - Anwar - Sinarharian - 7/12 5:59 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa dalam mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.Anwar berkata, beliau telah memikirkan nama-nama yang sesuai dan perlu merujuk perkara itu bersama-sama pemimpin parti dalam Kerajaan Madani sebelum sebarang keputusan dibuat.Perdana Menteri berkata, setakat ini, beliau belum berbincang tentang perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin DAP."Saya sedang memikirkannya





TaniStats 2.0 integrasi pelbagai data pertanian lebih tepat - Sinarharian - 7/12 5:09 pm

PUTRAJAYA Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan gerbang digital statistik pertanian bersepadu TaniStats 2.0 diperbaharui daripada versi awal diperkenalkan pada Mei 2025.Menurut Pejabat Ketua Perangkawan Malaysia, platform itu dibangunkan secara dalaman bagi mengintegrasikan pelbagai sumber data pertanian.Ia termasuk dapatan Banci Pertanian 2024, data pentadbiran pelbagai agensi, harga agromakanan, indikator keterjaminan makanan dan maklumat rantaian bekalan di bawah satu ekosistem digital.Dalam satu kenyataan pada Ahad, jabatan tersebut memaklumkan bahawa pembangunan platform berkenaan menyokong teras ketiga gagasan Malaysia Madani iaitu daya cipta yang menekankan inovasi, pembaharuan dan pengupayaan modal insan."Matlamatnya ialah menggalakkan penggunaan data dalam membuat keputusan berasaskan bukti bagi kemajuan sektor pertanian."TaniStats 2.0 turut menyokong agenda Reformasi Sektor Awam, termasuk pendigitalan perkhidmatan kerajaan, integrasi data antara agensi serta tadbir urus data moden," katanya.Platform itu membolehkan data pertanian diakses hampir masa nyata, sekali gus membantu kerajaan dan pihak berkepentingan membuat penilaian dasar serta tindakan lebih tepat."Ia menghimpunkan data huluan dan hiliran termasuk rantaian nilai produk pertanian dari ladang ke pengguna bagi pelbagai komoditi terpilih."Statistik keterjaminan makanan pula merangkumi bekalan, penggunaan dan keseimbangan makanan yang memberikan gambaran menyeluruh untuk tindakan yang lebih berkesan," jelas kenyataan itu.TaniStats 2.0 turut mengintegrasikan teknologi analitik pintar, visualisasi geospatial serta modul pemantauan harga produk pertanian melalui MyAgroPrice, membolehkan pengguna meninjau harga di peringkat ladang, borong dan runcit mengikut negeri dan daerah."Ini memudahkan penilaian dasar harga serta pemantauan pasaran secara menyeluruh."Penambahbaikan lain termasuk modul CitraTani (Analitik Pertanian) bagi meneliti trend pengeluaran dan produktiviti, TableFlex bagi paparan data fleksibel, CaknaTani yang menyediakan laporan Banci Pertanian 2024 serta nota teknikal," jelasnya.Platform tersebut juga dilengkapi AgroBot, pembantu pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) generatif bagi memudahkan navigasi portal dan analisis awal secara efisien."DOSM komited memperkasakan penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan untuk meningkatkan ketepatan, kebolehpercayaan serta aksesibiliti data strategik negara."TaniStats 2.0 boleh diakses melalui portal TaniStats.dosm.gov.my," katanya.Tambah kenyataan itu, Malaysia turut mencatat pencapaian global apabila menduduki tangga pertama dalam laporan dwitahunan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 197 negara lain berbanding kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.Pelancaran TaniStats 2.0 disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025.





Saya Nak Kahwin Lagi Sebab Nak Anak - Rotikaya - 7/12 4:51 pm

Pelakon Nur Fazura terbuka untuk mendirikan rumah tangga lagi kerana masih menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi. Difahamkan, Fazura berkongsikan perkara itu ketika berbual bersama peminat di sebuah ekspo..





SUV Terjunam Dalam Gaung: Tiada Kesan Brek Ditemui, Polis Siasat Pihak Alih Tanda Amaran - Ohmedia - 7/12 4:02 pm

Mangsa, Hassan Shazali, seorang guru, bersama Suzaimah Che Azis dipercayai dalam perjalanan ke Gua Musang





Nissan NX8 SUV Elektrik dan EREV Serba Baharu, Debut Pertengahan 2026 - Careta - 7/12 3:48 pm

Rekaan moden Nissan NX8 membawa rekaan futuristik dengan lampu hadapan berbentuk L dan bar LED penuh di bahagian depan. Bahagian belakang menggunakan lightbar panjang bersama tulisan Nissan





Malaysia kekal mahu hak rakyat Palestin diiktiraf - Utusan - 7/12 3:44 pm

PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan pendirian yang mahukan konflik Palestin diselesaikan secara menyeluruh termasuk mengiktiraf hak rakyat negara itu dan kezaliman serta penjajahan oleh rejim Israel dihentikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dibuat susulan perbualan telefon beliau bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani semalam





PPP sokong langkah kerajaan lindungi belia dalam talian - Mgazette - 7/12 3:42 pm

Loga Bala menambah, peraturan itu memberi perlindungan asas kepada golongan bawah umur yang mungkin belum mempunyai kematangan atau kesedaran mencukupi untuk mengendalikan ruang digital yang kompleks dan mudah dimanipulasi. Melindungi kesejahteraan digital anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama, melibatkan pengawal selia, penyedia perkhidmatan, ibu bapa dan komuniti





Bimbang tak dapat masuk sekolah menengah kerana tiada kad pengenalan - Mgazette - 7/12 3:42 pm

Melihat kepada penyerahan tanpa sebarang dokumen, saya kemudiannya mendaftarkan kelahiran bayi berkenaan sebagai pendaftaran lewat, katanya. Menurut Nordiana lagi, suami kepada Sisiani juga mengenali keluarganya kerana sering bersama-sama Zulkifli yang bekerja sebagai tukang rumah di sekitar Batu Pahat dan Parit Sulong





Pelajar kolej ditangkap khalwat, terdapat kesan tompokan darah pada selimut - Mgazette - 7/12 3:42 pm

"Ini adalah hari kedua. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki ada bersama-sama sejak semalam atau hari ini





DAP tidak layak digelar ???MCA 2.0??? DAP tidak layak digelar ???MCA 2.0??? - Mgazette - 7/12 3:42 pm

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menolak dakwaan segelintir netizen yang melabelkan DAP sebagai MCA 2.0 sambil menyifatkan perbandingan itu sebagai tidak berasas. Beliau mengingatkan kembali bahawa, DAP sendiri pernah menuduh MCA gagal mengiktiraf _Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)_, gagal meluluskan lebih banyak pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan gagal memastikan peruntukan tetap kepada sekolah Cina





Jakim diseru perhebat program mengaji al-Quran braille - Mgazette - 7/12 3:42 pm

Foto MUHAIMIN MARWAN, 7 DISEMBER 2025 Menurut Mohd Naim, kerajaan melalui agensi agama sentiasa komitedmemastikan pendekatan dakwah dan pendidikan Islam bersifat inklusif, mesra OKU dan juga adil. Dalam pada itu, beliau memuji usaha Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bersama Yayasan Maghfirah kerana menganjurkan program MTQB





Semua janji semasa PRN Sabah dilaksanakan mulai bulan ini ??? Anwar - Mgazette - 7/12 3:42 pm

Kalau ada 250 projek utama, maka mesti dipantau setiap projek itu, mesyuarat setiap bulan di peringkat Persekutuan dan negeri. (Usaha) ini menjadi contoh terbaik yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan kata-kata kita, katanya berucap merasmikan penutupan program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di sini, hari ini





Kerjasama PNB, GLIC terajui GEAR-uP lonjak syarikat Bumiputera - Utusan - 7/12 3:37 pm

KUALA LUMPUR: Program 10 Juara Bumiputera di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) kini menjadi tumpuan utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memperkasa syarikat Bumiputera mencapai skala yang besar dan daya saing lebih tinggi





'Semua manifesto PRN Sabah mula dilaksana bulan ini, tidak mungkir janji' - PM - Sinarharian - 7/12 3:11 pm

dan meninggalkan janji itu. Kita janji dalam tempoh seminggu kita turun, menetapkan kaedah pelaksanaan, kerana di sana masih terbelenggu masalah api, air dan jalan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di sini pada Ahad.Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang mencecah belasan bilion ringgit antara Sabah dan Sarawak akan diteruskan dengan teratur dan mengikut jadual."Pan Borneo di mana RM6.9 bilion untuk Sabah dan RM6 bilion untuk Sarawak itu akan diteruskan dengan lebih teratur dan berkesan."Tahniah..





SIKR 3.0: Kadar pampasan dinaikkan, perlindungan lebih luas - PM - Sinarharian - 7/12 2:56 pm

PUTRAJAYA - Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 yang dilancarkan pada Ahad menawarkan kadar pampasan yang lebih tinggi bagi melindungi kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan skim dengan peruntukan awal RM20 juta yang telah bermula sejak 1 Oktober lepas sehingga 30 September 2026."Bagi SIKR 3.0, kadar pampasan ditingkatkan kepada RM13,500 untuk kematian semula jadi, RM26,500 bagi kematian akibat kemalangan serta RM13,500 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan," katanya dalam majlis penutup program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, di sini pada Ahad.Beliau berkata, bagi pelaksanaan SIKR 3.0, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri akan memeterai memorandum persefahaman dengan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).SIKR merupakan pelan takaful berkelompok eksklusif patuh syariah percuma yang ditaja oleh kerajaan bagi melindungi 300,000 ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih di bawah bidang kuasa ICU JPM.SIKR siri pertama dilancarkan pada 2022, dengan sumbangan premium oleh kerajaan berjumlah RM13.4 juta bagi melindungi seramai 268,887 KIR eKasih.Kadar pampasan di bawah SIKR 2.0 ditingkatkan kepada RM10,500 bagi kematian normal, RM25,500 bagi kemalangan serta RM10,500 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan.Sementara itu, Anwar berkata, Sahabat Penggerak Madani dilancarkan sebagai satu inisiatif sukarelawan nasional yang berperanan memperluas jangkauan agenda Malaysia Madani serta memperkukuh komunikasi dasar kerajaan di peringkat akar umbi."Setakat Disember 2025, kita sudah mengumpul 3,000 sukarelawan yang menjadi Sahabat Penggerak Madani





Haqiem Stopa Mohon Tiada Campur Tangan Orang Ketiga - Hotfm - 7/12 2:38 pm

Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa mohon tiada campur tangan pihak ketiga ekoran masalah rumah tangganya bersama Aireena Sofia.





Kanak-kanak 5 tahun lemas mandi kolam selepas majlis graduasi tabika - Sinarharian - 7/12 2:12 pm

REMBAU - Rindu...itu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan Noor Muhamad Asun, 46, selepas anak bongsunya meninggal dunia dipercayai akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng pada Sabtu.Meskipun baharu sehari pemergian Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, namun bapa kepada empat anak itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Rembau di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, anaknya ditemui tidak sedarkan diri di dalam kolam ketika sedang mandi bersama rakan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.Tragedi itu berlaku selepas berakhirnya majlis graduasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dihadirinya di lokasi berkenaan.Noor Muhamad berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja dan hanya isteri serta dua anaknya termasuk arwah yang berada di lokasi."Saya terasa sangat kehilangan dia





PM kecewa usaha kerajaan tenggelam, sampah dan maki hamun lebih menonjol - Sinarharian - 7/12 1:47 pm

Sebenarnya kalau kita kira 167 kesemuanya, tetapi tidak sampai kadang-kadang kepada khalayak."Apa yang sampai itu hanya 'sampah', sumpah dan maki hamun kerana ini negara demokrasi dan bebas... media sosial itu digunakan tidak untuk membina, tetapi untuk menghina," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di sini pada Ahad.Perdana Menteri berkata, keadaan itu menyebabkan gambaran tidak tepat timbul seolah-olah kerajaan tidak melakukan sebarang pembaharuan.Beliau menjelaskan, penyebaran maklumat yang tidak seimbang hanya memburukkan persepsi masyarakat terhadap usaha kerajaan.Sehubungan itu, Anwar menggesa penjawat awam untuk memainkan peranan aktif dalam memberi penerangan dan memastikan maklumat tepat dapat disalurkan kepada orang ramai."Tugas kita menyampaikan apa yang dilakukan dan menegur atau mencadang apa yang perlu ditambah, yang perlu diperbaiki," ujarnya.Beliau berkata, Kerajaan Madani tidak menolak kritikan, sebaliknya memerlukan teguran yang berasaskan fakta untuk memperkukuh pelaksanaan dasar.Anwar turut mengakui terdapat rakyat yang tidak sabar menunggu hasil pelaksanaan projek tertentu dan memerlukan penjelasan yang konsisten daripada pihak kerajaan."Saya tak salahkan rakyat kadang-kadang dia tak sabar menunggu, jadi kena jelaskan," katanya




Reformasi     >>



Malaysian ex-minister Rafizi challenges PM Anwars .. - Scmp
Malaysias former economy minister Rafizi Ramli has renewed his attack on Prime Minister Anwar Ibrahims reformist agenda, alleging that anti-corruption officers targeted candidates who challenged the leaders daughter in internal party polls earlier this year. In an episode of his Yang Berhenti ..
Kroni     >>



Padang Serai MP claims corruption charges against him .. - Star
SHAH ALAM: Padang Serai MP Datuk Azman Nasrudin has claimed that the corruption charge against him is politically motivated. Read full story
Tabloid     >>



Nama Graduan UiTM, Aminasufi Aininnaim .. - Siraplimau
Nama panjang seorang graduan UiTM menjadi perhatian ramai selepas video tular dimuat naik oleh UiTM Channel semasa majlis konvokesyen baru-baru ini. Menariknya, ini bukan pengalaman pertama Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya, 23, menjadi tular kerana keunikan namanya. Baca juga: Jangan Salah ..
Tech     >>



Trump says $72bn Netflix-Warner Bros deal 'could be a .. - BBC
The planned deal would cement Netflix in its position as the world's biggest subscription streaming service.
World     >>



Kennedy Center Honors fete performers, but Trump takes .. - Star
WASHINGTON, Dec 7 - U.S. President Donald Trump solidified his takeover of Washington's John F. Kennedy Center for the Performing Arts on Sunday by hosting its flagship awards program, mixing politics with a celebration of stars from music and film. Read full story
Motor Trend     >>



Chery Perkenal Tiggo 5 Pro di China: Tambahan Baharu .. - Piston
Chery kini bersiap sedia untuk mengembangkan barisan Tiggo 5 dengan kemunculan model baharu dikenali sebagai Tiggo 5 Pro, sebuah SUV kompak yang membawa pendekatan reka bentuk berbeza berbanding Tiggo 5x yang dipasarkan di China ketika ini. Walaupun kedua-duanya berada dalam keluarga yang ..