///
See Also: Shutterstock

Search : Belanjawan News   Page 1    



PTPTN hargai inisiatif simpan SSPN Johor - Utusan - 15/11 1:46 pm

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor yang terus memberi fokus kepada pembangunan pendidikan dan kebajikan rakyat melalui pembentangan Belanjawan Johor 2026 bertemakan Bangsa Johor Sejahtera





BKJ bukti Johor ambil berat hal pendidikan, bela nasib anak... - Mgazette - 15/11 1:41 pm

# BKJ bukti Johor ambil berat hal pendidikan, bela nasib anak yatim- PTPTN KUALA LUMPUR - Bantuan Kasih Johor (BKJ) atau BKJ Anak Yatim Negeri Johor dalam bentuk tunai dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak RM2,000 yang diumum menerusi Belanjawan 2026 bukti kerajaan negeri itu mengambil berat aspek pendidikan khususnya membela nasib anak yatim





3,954 penjawat awam P. Pinang terima bantuan kewangan 0.75 gaji, minimum... - Mgazette - 15/11 1:41 pm

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembayaran BKK itu akan dibuat pada bulan depan dengan unjuran implikasi kewangan berjumlah RM11.49 juta. Maka, sebagai apresiasi kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, sukacita saya umumkan BKK sebanyak 0.75 bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000, katanya ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri di sini





Lebih 12,000 anak yatim terima manfaat SSPN bawah Belanjawan Johor - FMT - 15/11 12:15 am

Mereka akan menerima bantuan RM2,000 seorang melalui inisiatif Bantuan Kasih Johor.





Malaysia di landasan betul untuk capai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 - PM - Sinarharian - 15/11 11:03 am

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang membina asas yang kukuh untuk momentum ekonomi yang mampan."Dengan permintaan domestik yang berdaya tahan, pasaran buruh yang stabil dan pelaburan berterusan dalam sektor pertumbuhan dan nilai yang tinggi, kerajaan sedang membina asas yang kukuh untuk momentum ekonomi yang mampan sepanjang tahun ini," kata beliau dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada Sabtu.Kementerian itu memaklumkan ekonomi Malaysia pada suku ketiga 2025 dipacu oleh prestasi kukuh merentas semua sektor.Permintaan domestik yang berdaya tahan terus menjadi peneraju pertumbuhan meskipun berdepan halangan luaran dan ketidaktentuan global di samping kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dengan mencatatkan sebanyak 5.8 peratus (suku kedua 2025: tujuh peratus), tambah MOF.Kementerian menjelaskan, prestasi permintaan domestik itu disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan serta inflasi yang terkawal."Pada masa yang sama, usaha berterusan oleh kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta disokong oleh program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut menyumbang kepada perbelanjaan pengguna," tambah MOF.Pertumbuhan juga didorong oleh peningkatan eksport yang sebahagiannya mencerminkan impak aktiviti perdagangan yang dilakukan lebih awal, menurutnya.MOF memaklumkan, bagi sembilan bulan pertama 2025, ekonomi berkembang sebanyak 4.7 peratus sekali gus membuktikan daya tahan dan asas negara yang kukuh dalam menghadapi cabaran global."Prestasi suku ketiga adalah selaras dengan petunjuk ekonomi yang bertambah baik termasuk pasaran buruh dengan jumlah guna tenaga meningkat 3.1 peratus kepada 17.0 juta orang, manakala pengangguran kekal pada kadar tiga peratus, paras sama yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini."Selain itu, inflasi kekal pada 1.3 peratus, nilai jualan sektor pembuatan turut meningkat 3.5 peratus kepada RM500.1 bilion, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) juga naik sebanyak 4.9 peratus dan jumlah dagangan berkembang 3.7 peratus kepada RM769.8 bilion dengan lebihan dagangan RM50.3 bilion," jelas MOF.Kementerian itu turut memaklumkan dari segi imbangan pembayaran pula akaun semasa imbangan pembayaran mencatatkan lebihan sebanyak RM12.2 bilion atau 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) yang menunjukkan akaun barangan dan perkhidmatan yang berdaya tahan.Akaun perkhidmatan pula mencatatkan lebihan sebanyak RM0.7 bilion selepas 14 tahun merekodkan defisit, jelas MOF.Prestasi suku ketiga itu turut sejajar dengan petunjuk ekonomi yang bertambah baik melibatkan pelaburan langsung asing (FDI) dengan aliran masuk bersih sebanyak RM8.5 bilion, tambah kementerian itu."Prestasi ringgit pula menyaksikan ringgit kekal stabil pada RM4.2070 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu meningkat sebanyak 0.1 peratus dan mengukuhkan kedudukan dalam kalangan mata wang berprestasi terbaik di Asia," menurut MOF.Menurut kementerian, kerajaan Madani terus komited untuk memajukan agenda kerangka Ekonomi Madani dengan melaksanakan pembaharuan struktur dan fiskal bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya saing serta menggalakkan pendigitalan dan pelaburan berkualiti tinggi.Kerajaan kekal teguh dalam usaha untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus pada 2025 dan 3.5 peratus pada 2026, jelasnya."Melangkah ke hadapan, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan MADANI Keempat akan memacu trajektori ekonomi dan terus menyokong usaha untuk melindungi kesejahteraan rakyat di samping memastikan limpahan manfaat pertumbuhan terus dinikmati bersama," tambah MOF





Belanjawan 2026 bukti kesungguhan Johor pacu kemajuan tanpa pinggir rakyat - Sinarharian - 15/11 12:25 am

KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan Johor 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bukti kesungguhan kerajaan negeri memacu kemajuan Johor di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, belanjawan itu mencerminkan komitmen pentadbiran negeri memastikan pembangunan dilaksanakan secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana lapisan rakyat.Katanya, segala perincian yang dibentangkan selari dengan aspirasi Maju Johor yang menekankan pembangunan menyeluruh dan agihan manfaat ekonomi secara saksama."Belanjawan lebihan ini menjadi bukti kerja keras yang dibuat oleh Kerajaan Negeri





P Pinang bentang belanjawan defisit terendah RM1.088 bilion - FMT - 14/11 7:51 pm

Kerajaan negeri unjur hasil RM1.068 bilion tahun depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.





Sabah perlukan kerajaan konsisten untuk terus maju ke hadapan - Sinarharian - 14/11 4:50 pm

SHAH ALAM Sabah memerlukan kerajaan yang konsisten dan sealiran dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan negeri itu tidak lagi terganggu akibat konflik politik dalaman serta pertukaran kepimpinan yang kerap.Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kestabilan politik merupakan prasyarat utama untuk memastikan komunikasi dan penyaluran dana antara kerajaan Persekutuan dan negeri berjalan lancar."Sejarah menunjukkan ketidakstabilan kerajaan negeri terdahulu memperlahankan pembangunan Sabah hingga negeri itu juga masih jauh ketinggalan berbanding negeri jiran, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung."Ia mengakibatkan banyak projek tertangguh, kelulusan belanjawan lewat, pelabur berwaspada untuk melabur dan pelaksanaan program untuk rakyat juga terganggu





Peruntuk RM736,000 untuk alat kaji daya tahan gempa bumi di Segamat - Mgazette - 14/11 7:46 am

Usaha ini penting untuk memastikan kemungkinan gegaran pada masa hadapan dapat dikenal pasti melalui kajian serta data yang lebih mendalam, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan Johor 2026 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini





Belanjawan lebihan tetapi rakyat Johor masih tak rasa manfaatnya - Mgazette - 14/11 7:46 am

# Belanjawan lebihan tetapi rakyat Johor masih tak rasa manfaatnya JOHOR BAHRU Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan Belanjawan Johor 2026 yang dibentangkan hari ini sama ada rakyat benar-benar mendapat manfaat dan menyelesai masalah mereka termasuk terus dihimpit kos sara hidup tinggi





Pemuda Pas didakwa manipulasi data Belanjawan 2026 - Mgazette - 14/11 7:46 am

# Pemuda Pas didakwa manipulasi data Belanjawan 2026 KUALA LUMPUR Pemuda Amanah Selangor mengecam keras tindakan Pemuda Pas Selangor yang didakwa mengeluarkan kenyataan penuh manipulasi data, salah tafsiran statistik serta andaian politik tidak berasas terhadap kerajaan negeri itu





PN Johor persoal belanjawan surplus, rakyat masih belum rasa limpahan kekayaan negeri - Sinarharian - 13/11 9:47 pm

JOHOR BAHRU Blok Pengimbang Perikatan Nasional (PN) Johor mempersoalkan sejauh mana Belanjawan Johor 2026 mampu memberi manfaat kepada rakyat, meskipun kerajaan negeri mengumumkan belanjawan surplus berjumlah RM2.55 bilion.Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, walaupun Johor mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia sebanyak 6.4 peratus, hakikatnya ramai rakyat negeri itu masih berdepan tekanan kos sara hidup dan tidak merasai limpahan hasil kekayaan negeri."Surplus dan pertumbuhan ekonomi tidak bermakna jika rakyat biasa tidak merasai limpahan hasil negeri."Ramai masih bergelut dengan gaji rendah, peluang kerja terhad dan jurang pembangunan yang besar antara bandar serta luar bandar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, banyak inisiatif kebajikan diumumkan kerajaan negeri termasuk Bantuan Kasih Johor (BKJ), namun langkah itu hanya bersifat jangka pendek dan tidak menyelesaikan akar masalah ekonomi rakyat."Pendekatan yang terlalu bergantung kepada bantuan tunai one-off tidak akan memperkukuh ekonomi rakyat secara berterusan."Kerajaan negeri perlu menumpukan kepada dasar pemberdayaan seperti latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan penyediaan peluang pekerjaan agar rakyat mampu berdikari," jelasnya.Dr Sahruddin yang jugak ADUN Bukit Kepong turut mempersoalkan sejauh mana pelaburan besar bernilai RM218 bilion yang berjaya dibawa masuk ke Johor benar-benar memberi manfaat kepada anak muda tempatan."Persoalannya, adakah peluang pekerjaan daripada pelaburan ini dimanfaatkan oleh anak Johor sendiri?"Ramai belia terpaksa keluar bekerja di negeri lain kerana tawaran gaji di Johor masih rendah dan tidak kompetitif," katanya lagi.Beliau turut menegaskan, keperluan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan negeri agar setiap sen wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan berimpak."Sebahagian besar peruntukan nampaknya lebih tertumpu kepada aktiviti pentadbiran dan promosi imej kerajaan."Rakyat berhak tahu ke mana wang negeri dibelanjakan dan bagaimana impaknya kepada kesejahteraan mereka," tegasnya.Dalam masa sama, beliau menyambut baik peruntukan untuk pendidikan dan pembangunan modal insan seperti Johor Skills dan Kolej Universiti YPJ, namun mengingatkan agar isu kebolehpasaran graduan diberi keutamaan."Dasar pendidikan negeri perlu disesuaikan dengan keperluan pasaran semasa, terutama dalam sektor teknologi, logistik dan ekonomi digital," ujarnya.Beliau menegaskan, Blok Pengimbang akan terus memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif bagi memastikan kekayaan negeri benar-benar dinikmati oleh semua lapisan rakyat."Kekayaan Johor adalah milik rakyat Johor





YSD, UNM partner to launch nations first digital course on human-elephant conflict mitigation - Sinardaily - 13/11 9:08 pm

SHAH ALAM - The Management and Ecology of Malaysian Elephants (MEME) at the University of Nottingham Malaysia (UNM), in partnership with Yayasan Sime Darby (YSD) and supported by the Madani Government under Belanjawan 2025, has launched an online course focused on human-elephant conflict and coexistence.Developed for plantation workers, sustainability teams and local communities, the course aims to make conservation education more accessible and practical for Malaysians living near elephant habitats.This online course represents a major step forward in our efforts to make conservation knowledge more accessible to those living and working alongside elephants.By combining ecological insights with practical safety protocols and conflict mitigation strategies, were equipping the communities in plantation and agricultural sectors with the tools they need to respond confidently and compassionately during human-elephant encounters," said Dr Wong Ee Phin, Principal Investigator of MEME and Associate Professor at UNM.Since MEMEs establishment in 2012, YSD has contributed over RM10 million to support elephant conservation efforts.This partnership has enabled major achievements such as GPS-collaring of 54 wild elephants, development of national SOPs for human-elephant conflict management and the creation of Malaysias first free online module on elephant coexistence.MEME has also conducted 63 awareness programmes, reaching over 22,000 people and supported 16 postgraduate students through research initiatives."In an era of land-use change, climate pressures, and the urgent need to decarbonise, understanding how humans and wildlife interact is no longer optional, its essential," UNM Research and Knowledge Exchange Vice Provost Professor Dr Mohd Shahir Liew said.By making conservation knowledge more accessible to everyone, Yayasan Sime Darby Chief Executive Officer (CEO) Dr Yatela Zainal Abidin said they are laying the groundwork for safer, more sustainable coexistence.The true challenge is not just learning to live alongside elephants, but ensuring that this knowledge is shared widely, so that everyone can discover how to coexist respectfully and sustainably, she said.The course, available in both Malay and English, consists of three modules with three lessons each.The first lesson of Module 1 is now open to the public for free, supported by the Madani Government under Belanjawan 2025 and the continued partnership between YSD and UNM.Interested participants can access the course via www.ace-coalition.com.





Keputusan mahkamah AS akan tentukan langkah Malaysia selanjutnya - Tengku Zafrul - Sinarharian - 13/11 3:46 pm

Tetapi bagi pihak kita, kita akan terus mengadakan libat urus dengan AS. Pemeteraian ART membuka peluang yang lebih baik kepada rundingan mengenai semikonduktor," katanya.Tengku Zafrul berkata, Malaysia akan mengutamakan pembukaan pasaran baharu selaras dengan Belanjawan 2026 apabila kerajaan menaikkan Geran Pembangunan Pasaran sebanyak 100 peratus untuk menyokong syarikat Malaysia ke pasaran luar negara melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).Menurutnya, Malaysia berhasrat untuk memperluas operasi dalam pasaran sedia ada terutama di Amerika Latin dan Afrika memandangkan syarikat Malaysia telah mempunyai kedudukan yang kukuh di sini





RM22.6 juta atasi banjir di kawasan hotspot - Mgazette - 13/11 2:58 pm

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak RM22.6 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2025 bagi menaik taraf dan membina baharu sistem perparitan, longkang serta kolam tadahan di kawasan hotspot banjir





Johor tubuh Majlis AI - Mgazette - 13/11 2:58 pm

Sebab itu Majlis AI Johor diwujudkan bagi memastikan perkembangan AI di negeri ini lebih terarah dan mendahului negeri-negeri lain, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan Johor 2026 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini





Keputusan tidak merayu pemberian khas kepada Sabah bukan kerana tekanan .. - Mgazette - 13/11 2:58 pm

Kalau bermusuhan, apa pun tidak selesai. Kita sudah salurkan peruntukan tambahan, termasuk RM1.2 bilion di luar belanjawan awal untuk bantu rakyat, katanya





Penjawat awam Persekutuan, Negeri Johor terima insentif khas, bonus 2 .. - Mgazette - 13/11 2:58 pm

"Ini sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada penjawat-penjawat awam selari dengan semangat _whole of nation_ yang Johor terapkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.55 bilion dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini





Pemberian khas 40 peratus berasingan daripada belanjawan tahunan – PM - Utusan - 13/11 2:57 pm

KUALA LUMPUR: Pemberian khas 40 peratus kepada Sabah adalah berasingan daripada peruntukan pembangunan negeri yang disalurkan melalui belanjawan tahunan





Belanjawan Johor 2026 fokus kesejahteraan rakyat, catat lebihan RM4.45 juta - Thempress - 13/11 1:52 pm

KERAJAAN Negeri Johor memperkukuh agenda kebajikan rakyat dan kemakmuran ekonomi melalui pembentangan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion, yang turut mencatat lebihan sebanyak RM4.45 juta hasil pengurusan fiskal berhemah dan…





Dana EFT tak cukup, negara perlu data terumbu karang - Harakahdaily - 13/11 1:49 pm

KUALA LUMPUR: Peruntukan dana Ekologi Fiskal (EFT) sebanyak RM250 juta yang dikekalkan dalam Belanjawan 2026 disifatkan masih belum mencukupi untuk menampung kos tinggi pengurusan hutan oleh kerajaan negeri





Rasional keputusan tidak rayu pemberian khas Sabah tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 13/11 8:18 am

KUALA LUMPUR - Rasional Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil kepada Sabah antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan Perdana Menteri mengenai perkara itu selain ingin mengetahui implikasi keputusan berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus persidangan bermula pada jam 10 pagi.Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bertanyakan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan mahkamah terkait Amri Che Mat serta Paderi Raymond Koh dan apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan, khususnya menyentuh prosedur operasi standard (SOP) dan kewibawaan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai cabaran utama dihadapi kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) termasuk dari segi pemilikan tanah, kemudahan asas, kepadatan dan tekanan pembangunan.Beliau juga ingin tahu apakah pendekatan strategik kerajaan bagi memastikan identiti dan kesinambungan kampung-kampung berkenaan dapat dikekalkan.Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) kepada Perdana Menteri mengenai sejauh mana keberkesanan dasar perancangan bandar yang menetapkan dua petak parkir bagi setiap unit kediaman, mampu menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan khususnya di Kuala Lumpur yang semakin padat.Selain itu, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status terkini persediaan kontinjen Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand termasuk jumlah atlet dan jurulatih serta apakah sasaran keseluruhan pingat yang ditetapkan kementerian.Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.- Bernama





Integrasi AI: KPM perlu sedia bentang pelan terperinci - Harakahdaily - 12/11 10:45 pm

KUALA LUMPUR: Peningkatan besar peruntukan bagi sumber dan teknologi pendidikan dalam Belanjawan 2026 perlu disertai dengan pelan strategik jelas untuk mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara





Perjanjian ART buka peluang pelaburan baharu - Tengku Zafrul - Sinarharian - 12/11 9:43 pm

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Tindak Balas (ART) yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kejelasan kepada pelabur serta membuka lebih banyak peluang pelaburan baharu ke negara ini.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa yang sudah menyatakan komitmen meningkatkan pelaburan selepas perjanjian itu ditandatangani."Kita nampak beberapa syarikat termasuk dari AS dan juga tempatan sudah maklumkan akan tingkatkan pelaburan kerana kini ada kejelasan dan kepastian selepas perjanjian ini dimeterai."Langkah ini juga membuktikan Malaysia diiktiraf sebagai antara rakan dagang penting dalam rantaian bekalan serantau," katanya dalam program Interviu yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai perkembangan rundingan ART dan kesannya terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mungkin terkesan dengan perubahan tarif.Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan sudah menyediakan beberapa langkah bagi membantu PMKS menghadapi cabaran pasaran baharu, termasuk menaikkan kadar Geran Pembangunan Pasaran (MDG) hingga 100 peratus dalam Belanjawan sebelum ini.Selain itu, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Kementerian Kewangan turut menawarkan jaminan bagi memudahkan syarikat mendapatkan pinjaman bank."Ini sedikit sebanyak membantu PMKS yang akan terkesan





Guru besar, sekolah diberi autonomi tentukan pelaksanaan pengajaran berpasukan - Sinarharian - 12/11 8:50 pm

KUALA LUMPUR -Konsepco-teachingatau pengajaran berpasukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi autonomi kepada guru besar untuk menentukan kaedah pelaksanaannya di sekolah masing-masing.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan kaedah pedagogi berkenaan tidak membebankan guru, selain mengambil kira tahap kesediaan sekolah dan tenaga pengajar yang ada."KPMakan melaksanakan amalan pedagogi ini secara berhati-hati, dengan mengambil kira semua aspek pelaksanaan secara berperingkat dan mengambil kira tahap ketersediaan sekolah serta guru."Dalam isu ini, panitia mata pelajaran dan juga guru besar mempunyai autonomi bagi menentukan pendekatanco-teachingdi sekolah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi KPM di Dewan Rakyat pada Rabu.Beliau berkata, autonomi itu termasuk keputusan sama ada untuk mengekalkan dua guru dalam satu kelas atau melaksanakan pembelajaran dengan seorang guru, sekiranya berlaku kekangan tenaga pengajar."Sekolah mempunyai guru yang mencukupi untuk pelaksanaanco-teachingbagi mata pelajaran bersepadu ini, tetapi pada suatu masa yang lain mungkin ada guru bercuti sakit atau guru bercuti bersalin."Dalam situasi ini, guru besar mempunyai autonomi untuk menentukan sama ada hendak menggantikan guru yang tidak ada dengan guru yang lainatau hanya menggunakan seorang guru sahaja dalam mata pembelajaran bersepadu ini," katanya.Kah Wohberkata, pengajaran berpasukanditakrifkan sebagai satu kaedah pedagogi yang melibatkan dua guru yang setara, bekerjasama secara sinergi dalam satu bilik darjah bagi merancang, melaksana dan mentaksir proses pengajaran dan pembelajaran.Beliauberkata, sebelum pelaksanaan penuh, KPM telah menjalankan projek rintis melibatkan 130 guru di 65 sekolah rendah pelbagai kategori, bagi menilai keberkesanan pendekatan itu.Justeru, Kah Woh berkata, KPM akan memastikan tenaga pengajar mencukupi bagi menjayakan pelaksanaan tersebut tanpa menambah beban kepada guru sedia ada.Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM66,198,630,600 yang diperuntukkan kepada KPM dalam Belanjawan 2026 dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahas 30 Ahli Parlimen.Persidangan bersambung esok





Ahli Parlimen pembangkang desak KPM jelaskan masa depan SPM - Sinarharian - 12/11 5:12 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek diminta menyatakan pendirian sama ada kementerian yang dipimpinnya berhasrat untuk memansuhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa akan datang.Persoalan itu dibangkitkan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu."Justifikasi KPM semasa memansuhkan UPSR DAN PT3 ialah untuk memberi ruang kepada pentaksiran holistik dan mengurangkan tekanan peperiksaan."Jika prinsip yang sama digunakan, maka SPM juga boleh dipertimbangkan untuk dimansuhkan secara berperingkat."Justeru, saya mohon supaya Menteri (Pendidikan) menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk memansuhkan SPM pada masa akan datang selaras dengan pelaksanaan korikulum persekolahan 2027 dan sistem pentaksiran berasaskan kompetensi," katanya.UPSR dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2021 dan digantikan dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).PT3 pula dimansuhkan mulai 2022 dan digantikan dengan PBS.Ahli Parlimen pembangkang itu dalam masa sama turut meminta KPM menyatakan bentuk pentaksiran alternatif yang sedang dikaji bagi memastikan penilaian murid kekal telus adil dan diterima industri jika sistem peperiksaan awam utama berkenaan dimansuhkan nanti.





'Teruskan pengecualian bayaran PTPTN pada mahasiswa cemerlang IPTS' - Mkini - 12/11 1:48 pm

MP Petaling Jaya berkata kerajaan wajar menarik balik cadangan menghentikan pengecualian itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.





Razman kekal Ketua Pembangkang Perak, tiada notis baharu pertukaran diterima - Speaker - Sinarharian - 12/11 1:33 pm

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis atau cadangan baharu daripada mana-mana pihak berhubung pertukaran Ketua Pembangkang."Saya telah dimaklumkan beliau kekal sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri."Setakat ini, tiada cadangan lain atau notis baharu diterima mengenai pertukaran Ketua Pembangkang di DUN Perak," katanya dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri, Jenny Choy dan Setiausaha Dewan Negeri, Mohd Ikram Ahmad.September lalu, Pas mengumumkan pelantikan Naib Presidennya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad sebagai Pesuruhjaya Perak menggantikan Razman yang dilantik ke jawatankuasa kerja pusat sebagai ahli.Persidangan DUN Perak dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 25 November hingga 2 Disember antara lain membentangkan Belanjawan Negeri 2026.Mohammad Zahir menjelaskan, Razman dibenarkan menghadiri persidangan kali ini setelah selesai tempoh penggantungannya, Oktober lalu.Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua Ahli Dewan agar menjadikan episod penggantungan itu sebagai pengajaran dan sempadan untuk terus menjaga adab serta tertib semasa persidangan dijalankan.Katanya, tujuan persidangan adalah jelas untuk membahas dasar kerajaan, meluluskan undang-undang dan menjalankan urusan mengikut peraturan serta Perintah Tetap sedia ada."Kita tidak mahu mencipta kontroversi





Belanjawan Terengganu 2026 hanya indah di atas kertas - UMNO - Sinarharian - 12/11 11:29 am

KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu menyifatkan Belanjawan Negeri Terengganu 2026 sebagai belanjawan yang penuh potensi di atas kertas, namun masih gagal menjawab realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.UMNO Terengganu dalam kenyataan pada Rabu berkata, walaupun tema 'Memacu Potensi, Melonjak Prestasi' menggambarkan keyakinan kerajaan negeri terhadap hala tuju ekonomi, hakikatnya kesejahteraan rakyat belum benar-benar dirasai.Menurut kenyataan itu, unjuran belanjawan berjumlah RM1.998 bilion dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.938 bilion dan lebihan RM59.94 juta menunjukkan disiplin fiskal yang baik, namun belum menggambarkan kesan langsung kepada rakyat."Belanjawan ini kelihatan indah di atas kertas, tetapi belum tentu 'mendarat' di dapur rakyat





Pembangunan Bank Data Kebangsaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 12/11 8:16 am

KUALA LUMPUR - Pembangunan Bank Data Kebangsaan serta tempoh masa pelaksanaannya menjadi antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Ku Abd Rahman (PN-Kubang Pasu) meminta Menteri Digital menjelaskan tempoh masa yang diperlukan untuk membangunkan sistem berkenaan dan jangkaan ia beroperasi sepenuhnya.Beliau turut ingin mengetahui mengenai protokol yang dilaksanakan bagi memastikan kualiti data, keselamatan, privasi dan interoperability (saling kendali) sistem itu pada sesi soal jawab lisan.Pada sesi sama, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) bertanyakan kepada Menteri Komunikasi mengenai langkah yang akan diambil bagi mempertahankan imej kerajaan yang dikatakan tidak dapat mengawal media yang didakwa memburukkan pemimpin dan pentadbiran.Turut menarik perhatian, soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) kepada Menteri Kewangan berhubung penjualan diesel.Beliau ingin tahu sama ada berlaku pengurangan jualan diesel di Semenanjung Malaysia serta jumlah penjimatan yang telah dicapai oleh kerajaan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel sejak Jun 2024.Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini





Elaun Sara Hidup RM900 sebulan dinikmati penjawat awam separa biasiswa .. - Mgazette - 12/11 7:43 am

# Elaun Sara Hidup RM900 sebulan dinikmati penjawat awam separa biasiswa mulai Januari depan KPPA KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM900 sebulan kepada penjawat awam yang menerima penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) secara separa biasiswa bagi pengajian di peringkat ijazah lanjutan secara separuh masa, berkuat kuasa Januari 2026. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, keputusan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026, yang bertujuan memperkukuh motivasi serta kebajikan penjawat awam yang menyambung pengajian





Belanjawan Kedah 2026 tak benar-benar sentuh keperluan rakyat ??? UMNO .. - Mgazette - 12/11 7:43 am

# Belanjawan Kedah 2026 tak benar-benar sentuh keperluan rakyat UMNO Kedah KUALA LUMPUR UMNO Kedah menyifatkan Belanjawan Kedah 2026 berjumlah RM1.33 bilion yang dibentangkan semalam masih jauh daripada menjadi bajet pembangunan yang benar-benar menyentuh keperluan rakyat





Rakyat jangan terpengaruh politik sempit Wan Rosdy - Sinarharian - 11/11 10:15 pm

KUANTAN Rakyat diminta supaya tidak terpengaruh dengan politik sempit yang cuba menggugat keharmonian serta menimbulkan kerugian kepada rakyat dan kerajaan sedia ada.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menumpukan usaha dan perancangan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.Justeru, menurutnya, rakyat perlu menilai kerajaan berdasarkan prestasi sebenar, bukannya retorik politik."Kalau kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya, walaupun tidak sepenuhnya, tetapi memberi kesejahteraan kepada rakyat, kerajaan tersebut wajib diteruskan."Jangan dengar politik sempit yang hanya cuba menggugat keharmonian," katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di sini, pada Selasa.Wan Rosdy turut menyenaraikan pelbagai bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Antaranya, bantuan kepada ibu yang melahirkan bayi, warga emas, hinggalah kepada pengurusan jenazah, yang kesemuanya akan dimasukkan dalam Belanjawan Negeri.





Belanjawan Pahang 2026: Dinamik, realistik dan untuk rakyat Wan Rosdy - Sinarharian - 11/11 10:02 pm

KUANTAN Kerajaan Pahang akan membentangkan Belanjawan 2026 yang bersifat dinamik, berpaksikan rakyat dan dirangka secara realistik mengikut kedudukan kewangan semasa negeri.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyediaan bajet tersebut dilakukan secara teliti melalui perbincangan bersama kepimpinan kerajaan, ketua jabatan dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat."Bajet ini kita tidak buat sambil lewa





Belanjawan Pahang 2026 realistik untuk rakyat Wan Rosdy - Sinarharian - 11/11 10:02 pm

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pahang akan membentangkan Belanjawan 2026 pada Disember depan disifatkan realistik dan berpaksikan rakyat sejajar dengan kemampuan kewangan semasa negeri.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, belanjawan adalah sesuatu yang dinantikan rakyat dan perlu dilaksanakan secara serius kerana melibatkan kepentingan lebih 1.67 juta penduduk negeri."Bajet ini kita tidak harus buat sambil lewa dan kena serius





Bekalan beras masih tak terjamin, dimonopoli kartel? - Harakahdaily - 11/11 9:48 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi perhatian kepada isu bekalan makanan dan kestabilan pasaran beras tempatan kerana melibatkan keperluan asas rakyat serta peranan industri pertanian dalam memastikan keterjaminan bekalan. Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) membangkitkan isu beras nasional dan beras putih tempatan yang masih menghantui rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2026 […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Bekalan beras masih tak terjamin, dimonopoli kartel? appeared first on Harakahdaily .





Kerajaan pertimbang kembalikan subsidi diesel nelayan Zon C2 - Sinarharian - 11/11 8:10 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula pemberian subsidi diesel kepada nelayan Zon C2 yang telah dihentikan sejak 2019 selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.Beliau berkata, dasar itu turut menyaksikan pengurangan kuota diesel di bawah Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan daripada 80 juta liter kepada 70 juta liter.Bagaimanapun, Arthur berkata, kerajaan kekal prihatin terhadap kebajikan nelayan serta memahami cabaran operasi yang dihadapi oleh pemilik vesel Zon C2."Pertimbangan untuk mengembalikan semula pemberian subsidi kepada kumpulan ini masih dibincangkan di peringkat tertinggi, dengan mengambil kira keperluan penelitian menyeluruh terhadap implikasi fiskal dan dasar sedia ada," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Dewan Rakyat pada Selasa.Selain itu, Arthur berkata, KPKM juga sedang melaksanakan pemetaan digital berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi memperkukuh pengurusan sumber air pertanian di semua jelapang padi di negara ini melalui integrasi data daripada Kajian Pengurusan Sumber Air Pertanian dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara.Beliau berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2026 dan akan menjadi asas kepada pembangunan pangkalan data bersepadu bagi infrastruktur pertanian di seluruh negara, sekali gus menjadi langkah penting ke arah pengurusan sumber air yang moden, cekap dan berimpak tinggi.Arthur berkata, ketika ini pemodenan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang dilaksanakan melalui sistem automasi dan sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan air pertanian.Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan pengurusan dan pembangunan berjumlah RM6,868,552,800 yang diperuntukkan kepada KPKM dalam Belanjawan 2026 dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 23 Ahli Parlimen





Kerajaan peruntuk perumahan untuk veteran TUDM, isytihar tanah rizab Melayu di KL - Sinarharian - 11/11 4:29 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan kawasan perumahan khusus untuk veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas mengambil alih Lapangan Terbang Sungai Besi sebagai hak milik penuh syarikat kerajaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan bekas anggota pasukan keselamatan yang majoritinya terdiri daripada bumiputera."Dalam agenda bumiputera menerusi belanjawan, saya tekankan walaupun tidak diuar-uarkan, bila kita mengambil alih Lapangan Terbang Sungai Besi lama menjadi hak milik kerajaan sepenuhnya, kita memperuntukkan perumahan untuk veteran tentera udara yang tentunya 90 peratus daripada mereka ialah bumiputera."Pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan juga telah mengisytiharkan sebanyak 50 ekar (20.23 hektar) tanah utama di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu."Ini berbeza daripada orang kempen Melayu, tetapi belum ada satu inci tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur semasa mereka memerintah





Belanjawan 2026 perkukuh ekosistem STI negara - Sinarharian - 11/11 4:21 pm

Belanjawan 2026 memperuntukkan sebanyak RM1.27 bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta RM5.9 bilion bagi aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RDCI) merentasi semua kementerian dalam usaha memperkukuh rantaian inovasi negara daripada penyelidikan asas hingga ke pasaran.Menterinya, Chang Lih Kang berkata, peruntukan besar itu mencerminkan komitmen kerajaan memperkasa ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) agar setiap sen dibelanjakan memberi pulangan berganda kepada ekonomi melalui penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan produktiviti industri tempatan serta pembangunan penyelesaian teknologi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat."Pendekatan From Lab to Livelihood menjadi panduan utama dalam pelaksanaan dasar dan program RDCI





Belanjawan Kedah 2026 belum mampu pacu ekonomi, dakwa Umno - FMT - 11/11 3:45 pm

Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata belanjawan RM1.33 bilion itu masih bergantung kepada hasil tanah dan bantuan pusat.





Penerima tajaan latihan yang belum tamat tahun depan terima ESH ikut baki .. - Mgazette - 11/11 3:20 pm

Beliau berkata demikian menerusi pekeliling bertarikh 7 November lalu. Sebagai rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrhim melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2026 mengumumkan pemberian ESH RM900 sebulan kepada pegawai awam yang menerima Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah lanjutan secara separuh masa





Projek KB Sentral bakal dimulakan selepas lama ditangguh, rakyat persoal janji lama - Harapandaily - 11/11 12:51 am

Isu projek mega KB Sentral yang sekian lama terbengkalai kembali dibangkitkan selepas kerajaan negeri memasukkannya semula dalam senarai projek utama Belanjawan Kelantan 2026 yang dibentangkan minggu lalu





Town Hall: Rakyat Pahang dijemput hadir jumpa Tok Wan malam ini - Sinarharian - 11/11 9:30 am

KUANTAN - Rakyat Pahang dari pelbagai latar belakang dijemput hadir ke Program Town Hall Rakyat (THR) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan), yang akan berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di sini, malam ini (Selasa).Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer berkata, segala keperluan program telah disiapkan sepenuhnya."Semuanya telah bersedia, kini hanya menantikan kehadiran rakyat Pahang ke dewan ini malam ini," katanya kepada Sinar Harian.Jelas beliau, THR kali ini menyasarkan kehadiran sekitar 1,000 tetamu terdiri daripada rakyat Pahang pelbagai latar belakang."Kita mengalu-alukan kehadiran penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan paling penting, rakyat Pahang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk nelayan, petani, pelajar serta komuniti setempat."Semua dijemput hadir kerana inilah peluang terbaik untuk rakyat Pahang menyuarakan pandangan dan hasrat secara terus kepada Tok Wan, khususnya berkaitan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang dijangka dibentangkan pada 5 Disember depan," jelasnya.Tambah beliau, program ini memberi ruang kepada rakyat untuk mengemukakan cadangan dan pandangan secara langsung kepada Menteri Besar sebelum pembentangan belanjawan tersebut."Melalui program THR, kerajaan negeri, khususnya Tok Wan sendiri dapat mendengar suara rakyat dan memahami keperluan serta harapan mereka dengan lebih mendalam."Segala pandangan, cadangan dan teguran yang disuarakan nanti akan diperhalusi supaya setiap peruntukan benar-benar berfokus kepada pembangunan negeri dan kepentingan rakyat," ujarnya.Selain itu, beliau turut menggalakkan penyertaan secara dalam talian bagi mereka yang tidak berpeluang hadir secara fizikal."Kita jangkakan dewan berkapasiti 1,000 hingga 1,200 orang itu akan penuh kerana tempat duduk adalah terhad."Bagi rakyat dari daerah yang jauh atau tidak sempat hadir, mereka boleh mengikuti siaran langsung melalui platform Facebook Sinar Harian," katanya.Khairul Anwar turut memaklumkan bahawa orang ramai boleh menonton siaran langsung program itu melalui Facebook rasmi Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail dan Pahang Media."Penonton juga boleh mengemukakan soalan secara langsung di ruangan komen, dan pasukan bertugas akan cuba memilih beberapa soalan untuk dijawab dalam sesi tersebut."Datanglah beramai-ramai malam ini ke Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail atau ikuti siaran langsung di platform digital kerana suara anda penting dalam membentuk masa depan Pahang yang makmur dan sejahtera," ujarnya.





Anak Kelantan tepis kempen anti minyak sawit - Harakahdaily - 11/11 7:53 am

KUALA LUMPUR: Kejayaan dua anak Kelantan mencipta bahan api pesawat dari minyak masak terpakai dijangka dapat menepis kebimbangan masyarakat antarabangsa berhubung kempen anti minyak sawit. Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM63 juta bagi melaksanakan menangani kempen itu serta mempromosikan pensijilan mampan termasuk pekebun kecil persendirian





Belanjawan Terengganu 2026: Lebihan 3% hanya ilusi, bukti negeri bergantung penuh kepada Persekutuan - Thempress - 10/11 7:20 pm

WALAUPUN Kerajaan Negeri Terengganu mendabik dada kononnya Belanjawan 2026 mencatat surplus sebanyak 3 peratus, hakikat sebenar menunjukkan negeri ini masih gagal menjana kekayaan sendiri dan terus hidup atas suntikan dana…





Kedah dalam fasa akhir muktamadkan tindakan perundangan terhadap P.Pinang - Mgazette - 10/11 3:43 pm

Susulan itu, kita (kerajaan negeri) telah melantik pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar sejarah dan perundangan. Kajian mereka telah pun selesai dan pada 15 April lalu, pasukan ini telah membentang laporan akhir kajian mereka kepada Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli-ahli Parlimen berkaitan isu tersebut, katanya semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini





Penjawat awam terima bantuan khas RM2,000 - Harakahdaily - 10/11 3:41 pm

ALOR SETAR: Kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah bakal menerima Bantuan Khas sebanyak RM2,000 setiap seorang bermula Januari depan. Perkara itu, dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor, ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2026, di Wisma Darul Aman, hari ini





Belanjawan Kedah RM1.33 bilion, defisit RM9.9 juta - Mkini - 10/11 2:27 pm

Menteri Besar berkata bagi tahun hadapan, kerajaan negeri menganggarkan hasil sebanyak RM838 juta dengan peningkatan RM48 juta.





PRN Sabah: Sekarang baru mahu jadi hero, mana kamu ketika berkuasa? - PM - Sinarharian - 9/11 1:45 pm

Masa ada kuasa, ke mana hak itu? Kuasa bukan untuk hak aku, hak isteri aku, hak anak aku. Kuasa mesti digunakan untuk bela rakyat," ujarnya.Beliau turut menyatakan, Kerajaan Persekutuan terus memberi perhatian kepada pembangunan Sabah tanpa mengira perbezaan politik.Jelasnya, peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026 adalah yang tertinggi dalam sejarah negara, termasuk pemberian khas interim RM600 juta seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Rentetan itu, Anwar menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan janji ketika pilihan raya semata-mata.Beliau mengingatkan, kestabilan politik dan perpaduan adalah syarat penting untuk memajukan ekonomi negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan





Kampung Angkat Madani pastikan pemimpin fahami masalah rakyat - PM - Sinarharian - 8/11 4:01 pm

BUKIT MERTAJAM - Program Kampung Angkat Madani yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 dilihat mampu memastikan setiap pemimpin benar-benar memahami realiti kehidupan rakyat serta membantu menyelesaikan masalah pada peringkat akar umbi.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah program itu, semua pimpinan kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan diwajibkan memilih satu kampung sebagai kampung angkat masing-masing bagi meneliti isu kemiskinan, pendidikan dan kemudahan setempat."Apabila mereka turun sendiri ke kampung, mereka akan tahu masalah sebenar...dari anak-anak sekolah, orang miskin sehinggalah mutu pendidikan."Dari situ barulah usaha penambahbaikan boleh dibuat," katanya ketika berucap pada Program Komuniversiti Kolaboratif di Padang Bola Cherok Tokun di sini pada Sabtu.Dalam usaha memperkukuh semangat pemerkasaan rakyat, beliau berkata, kerajaan memperkenalkan Inisiatif Sejati Madani yang membolehkan penduduk kampung mengurus sendiri dana yang disalurkan terus kepada mereka tanpa melalui lapisan birokrasi kementerian.Melalui inisiatif itu, Anwar berkata, orang kampung diberi kuasa untuk menentukan jenis projek yang ingin dijalankan sama ada dalam bidang ternakan, pertanian atau perniagaan kecil."Pengurusan dijalankan sendiri oleh penduduk, dengan keperluan untuk mengekalkan akaun dan rekod perbelanjaan yang telus."Pendekatan ini menggambarkan semangat 'menyantuni rakyat' dalam konsep Kerajaan Madani, yang bukan sekadar turun berjumpa rakyat tetapi memberikan ruang kepada mereka untuk memilih dan mengurus masa depan sendiri," katanya.Program Komuniversiti Kolaboratif, yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), memberi 100 pelajar universiti itu peluang untuk menabur bakti kepada penduduk kampung Cherok Tokun.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tiga hari hingga esok itu termasuk gotong-royong, Forum Perdana, Fun Run, Jualan Rahmah dan pemeriksaan kesihatan





Amanah lahir bukan untuk mengejar kuasa tapi bawa kembali roh Islam - Mat Sabu - Sinarharian - 8/11 11:25 am

SHAH ALAM - Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) kira-kira 10 tahun lalu bukan untuk mencari kedudukan atau mengejar kuasa, tetapi bagi membawa kembali roh Islam yang sebenar.Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, roh Islam sebenar bermaksud yang membawa rahmat kepada semua manusia."Islam yang kita perjuangkan bukan Islam yang mengajar kebencian dan permusuhan, bukan Islam yang menanam fitnah dan caci maki, tetapi Islam yang membina yang menyatukan yang menegakkan keadilan dan kasih sayang antara manusia."Inilah roh perjuangan Amanah, Islam yang menebar rahmah, bukan marah-marah."Islam yang menjadi obor pencerahan, bukan alat untuk menakut-nakutkan rakyat," ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Amanah yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menegaskan, Islam di bawah Kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terus subur.Ujarnya, ia dibuktikan apabila Islam terus menjadi dasar pentadbiran negara."Sebagai contoh, sebanyak RM150 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 untuk memperkasakan sekolah tahfiz dan institusi pondok."Perdana Menteri sendiri menjadi contoh kepimpinan berjiwa agama menghadiri kuliah, turun ke masjid dan menyantuni ulama pelbagai aliran," katanya.





Makin ramai penjaga pesakit kronik terima bantuan JKM - Sinarharian - 8/11 10:30 am

SHAH ALAM Penerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) meningkat ketara kepada 32,653 orang dengan peruntukan berjumlah RM117 juta setakat Julai tahun ini, berbanding 29,448 (RM174.5 juta) pada 2024 dan 28,281 orang (RM165.6 juta) bagi 2023.JKM dalam satu kenyataan berkata, setiap individu itu menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan yang bertujuan meringankan beban penjaga, sekali gus menggalakkan mereka terus menjaga ahli keluarga yang memerlukan."Semasa Belanjawan Tahun 2025, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah bagi pertimbangan BPT daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan."Kenaikan syarat kelayakan ini telah memberi peluang kepada lebih ramai individu menerima bantuan BPT."Kriteria kelayakan untuk menerima bantuan BPT adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia, pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik terlantar atau tidak terlantar," katanya.Antara ciri lain ialah pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan bagi tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga bulan layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri.Sekiranya OKU, pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit itu sendiri.Jelas JKM, terdapat pelbagai cabaran dihadapi dalam menyalurkan bantuan khususnya golongan OKU terlantar dan pesakit kronik yang tinggal jauh di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak.Bagaimanapun katanya, beberapa langkah telah diambil bagi menangani cabaran tersebut."JKM melaksanakan pengoperasian 108 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan di bawah JKM dan termasuklah permohonan bantuan kewangan."Pemohon juga boleh hadir ke mana-mana PKMD yang terdekat dengan tempat tinggal mereka untuk mendapatkan perkhidmatan diperlukan di bawah JKM," ujarnya.





MB Pahang sedia terima pandangan rakyat - Sinarharian - 8/11 9:10 am

KUANTAN - Rakyat negeri ini berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan cadangan menjelang pembentangan Belanjawan Pahang 2026 terus kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada Selasa depan.Wan Rosdy berkata, Town Hall Rakyat yang bakal berlangsung di Dewan Dato Sri Abdul Manan Ismail di sini merupakan ruang terbaik bagi kerajaan negeri untuk mendengar pandangan dan memahami keperluan serta harapan sebenar rakyat dengan lebih mendalam.Menurutnya, segala pandangan, cadangan dan teguran yang disuarakan rakyat dapat diperhalusi supaya setiap peruntukan benar-benar berfokus kepada pembangunan negeri serta kepentingan rakyat."Saya amat berbesar hati apabila diundang sebagai tetamu buat kali kedua untuk berinteraksi secara langsung, bertukar pandangan dan berbincang tentang masa hadapan negeri bersama rakyat."Program ini bagi saya satu peluang baik untuk memahami keperluan dan harapan komuniti dengan lebih mendalam untuk belanjawan nanti," katanya kepada Sinar Harian.Pada Town Hall Rakyat itu nanti, Wan Rosdy juga sedia untuk berkongsi bersama rakyat pencapaian negeri termasuk pencapaian mengulangi kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini, sekali gus merekodkan kejayaan tersebut untuk empat tahun berturut-turut sejak 2022.Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO turut berhasrat untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai negeri Pahang termasuk pelan pembangunan ekonomi dan inisiatif kebajikan rakyat pada program itu nanti."Kerajaan negeri prihatin terhadap suara rakyat selain komitmen berterusan dalam memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai sehubungan itu mengundang rakyat Pahang untuk sama-sama mengikuti program Town Hall Rakyat itu dengan hadir ke lokasi acara atau mengikuti siaran langsung di platform media sosial."Saya juga mengalu-alukan anak jati Pahang yang menetap di luar negeri untuk turut serta memberi pandangan dan cadangan."Sama-sama kita menjayakan program ini kerana masa depan Pahang yang makmur dan sejahtera bermula dengan suara dan penyertaan aktif rakyatnya sendiri," tambah beliau.





Negeri Pas yang ini banyak sumber tapi hasil entah ke mana - Harapandaily - 7/11 3:44 pm

Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan penurunan pendapatan kerajaan negeri dalam tempoh tujuh tahun terakhir, menurut penganalisis ekonomi bebas, Islah. Berdasarkan rekod belanjawan negeri, Terengganu pada 2018 mencatatkan pendapatan sebanyak RM283.3 juta, sebaliknya pada tahun ini, hanya memperoleh RM263.4 juta





NACS perkukuh usaha perangi rasuah secara menyeluruh - SPRM - Sinarharian - 7/11 10:13 am

KUCHING - Usaha Malaysia memerangi rasuah terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 20242028 yang dilihat membawa perubahan besar terhadap landskap tatakelola negara.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, NACS bukan sekadar dokumen dasar, sebaliknya pelan tindakan menyeluruh yang menuntut komitmen seluruh institusi untuk memperkukuh integriti dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara.Menurutnya, NACS ialah kerangka menyeluruh yang direka untuk mencegah rasuah sebelum ia berlaku, mendidik rakyat dan melibatkan setiap segmen masyarakat."Ia mewakili visi kita untuk Malaysia yang bebas rasuah, tinggi integriti dan dihormati di peringkat global."Sejak NACS dilancarkan Perdana Menteri pada tahun lalu, sebanyak 20 substrategi telah berjaya dilaksanakan setakat Oktober lepas melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan NACS Edisi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini pada Khamis.Beliau berkata, antara inisiatif utama yang telah direalisasikan termasuk penggubalan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri, pelaksanaan kursus integriti dan antirasuah di universiti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi serta pembangunan kit etika dan nilai murni di sekolah oleh Kementerian Pendidikan.Katanya, SPRM melalui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) juga telah membangunkan dua papan pemuka iaitu r-NACS untuk pemantauan dalaman antara agensi dan d-NACS iaitu platform awam yang memaparkan kemajuan substrategi serta reformasi yang telah dilaksanakan."Matlamat jangka panjang NACS adalah untuk menempatkan Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033," ujarnya.Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya dalam ucapan berkata, Kerajaan Sarawak mengambil serius isu integriti bukan hanya sebagai slogan tetapi sebagai budaya pentadbiran.Jelasnya, dalam usaha memperkukuh integriti kewangan dan ketelusan, Kerajaan Sarawak turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) bagi menyemak dan menganalisis anggaran belanjawan serta penyata kewangan oleh Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan."Kerajaan negeri sentiasa menyokong kerjasama erat dengan SPRM dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah di semua peringkat dan menambah baik pelaksanaan program integriti bagi memastikan nilai menolak rasuah diterapkan sehingga ke akar umbi," katanya





Peluang terbaik rakyat Pahang kemuka pandangan - Sinarharian - 7/11 9:40 am

SHAH ALAM - Sinar Harian menjemput rakyat Pahang untuk hadir ke program Town Hall Rakyat yang menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Dato' Sri Abdul Manan, Kuantan pada Selasa depan.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, ini merupakan kali pertama Town Hall Rakyat diadakan di luar Dewan Karangkraf di Shah Alam dan menampilkan tetamu istimewanya buat kali kedua di pentas sama.Katanya, Wan Rosdy tampil buat kali pertama di pentas Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada awal Januari lalu dengan menyaksikan lebih 300 tetamu hadir memenuhi Dewan Karangkraf."Sambutan kali pertama itu sangat memberangsangkan sehingga ada tetamu yang terpaksa berdiri di belakang dewan untuk menyaksikannya dan ramai penonton mengambil peluang bertanyakan pelbagai soalan kepada menteri besar."Kali ini atas permintaan orang Pahang yang tidak dapat hadir pada pentas Town Hall Rakyat kali pertama dulu, pada Selasa ini kami membawakan Town Hall Rakyat di Kuantan," katanya.Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Besar Pahang akan diadakan pada jam 8 malam 11 November ini.Tambah Zamri, Sinar Harian amat berbesar hati di atas kesudian Wan Rosdy untuk tampil kali kedua di Town Hall Rakyat yang mana ini merupakan kali pertama mana-mana menteri besar atau menteri berbuat demikian di pentas bicarawara bersama rakyat ini."Jika kali pertama dahulu menteri besar membentangkan kad laporan prestasi kerajaan negeri tahun 2024 dan perancangan tahun 2025, pentas kedua Selasa ini pastinya peluang terbaik untuk beliau menghuraikan pula segala kejayaan dan cabaran diharungi kerajaan negeri pada tahun 2025."Tidak ketinggalan town hall ini nanti mungkin menjadi peluang kepada rakyat melontarkan pandangan dan buah pendapat menjelang Belanjawan Negeri Pahang yang akan dibentangkan dalam masa terdekat," jelasnya.Mengulas lanjut mengenai program Town Hall Rakyat yang dianjurkan Sinar Harian, Zamri berkata, ia merupakan antara program atas talian yang mendapat tontonan dan pilihan pelayar yang disiarkan secara langsung.Sebelum ini antara menteri yang pernah menjadi panel Town Hall Rakyat ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.





Wisma Putra perlu jawab dakwaan Jeneral Kitiyansap – Pembangkang - Mgazette - 7/11 7:34 am

Ini perkara yang Wisma Putra (KLN) perlu beri jawapan balas, sama ada menerusi nota bantahan diplomatik atau mungkin seorang jeneral tentera yang setanding untuk menjawab tuduhan ini, terpulanglah. Yang penting, maruah Tambun perlu dipertahankan dan dijaga kerana beliau merupakan pemimpin utama negara kita, katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat Jawatankuasa KLN di Dewan Rakyat hari ini




Reformasi     >>



US-China row offers Asean transformative minerals .. - Scmp
Southeast Asian economies have a transformative opportunity to enter the worlds critical mineral supply chain amid China-US trade tensions, a senior Asian economist said. Critical minerals essential raw materials for the production of hi-tech gadgets, cars and aerospace equipment will make the ..
Kroni     >>



Sabah polls: Hajiji, Bung Moktar, Shafie among top .. - Star
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor, who is also Gabungan Rakyat Sabah (GRS) chairman, together with several political party leaders, submitted their nomination papers today to contest in the 17th Sabah State Election. Read full story
Tabloid     >>



Penduduk Johor, Sarawak berdepan hujan lebat - Kosmo
PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Johor serta beberapa kawasan lain di Sarawak dijangka bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 3 petang ini. Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Mersing dan Kota Tinggi ..
Tech     >>



Google prepares to give Android users their own .. - Phonearena
Android users might get a timesaving way to share contact info with other Android users,
World     >>



Trump to ask DOJ to probe Jeffrey Epstein involvement .. - Cnbc
President Trump himself is a former longtime friend of sex offender Jeffrey Epstein, who killed himself in a federal jail during Trump's first term.
Motor Trend     >>



Ford Malaysia Introduces the New Ranger Raptor Sport .. - Piston
Sime Darby Auto ConneXion-Ford, the sole distributor of Ford vehicles in Malaysia, has launched the Ford Ranger Raptor Sport 3.0, a new addition to the Ranger Raptor family created to celebrate the models third anniversary in the Malaysian market. The latest variant builds on the Raptors ..