| /// |
|
| Search : Bebas News | Page 1 |
|
Polis Marin pintas bot, rampas 250 karton rokok Polis Marin pintas bot, .. - Mgazette - 18/11 3:23 pm Tambah Jaffri, kes itu kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Beliau menegaskan, PPM akan terus mempergiatkan rondaan bagi memperkukuh risikan dan memastikan perairan negara kekal selamat serta bebas daripada ancaman penyeludupan |
|
Bekas tentera dilepas tanpa bebas daripada pertuduhan amang seksual - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Bekas tentera dilepas tanpa bebas daripada pertuduhan amang seksual KOTA TINGGI - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bekas anggota tentera berpangkat koperal, Syukri Hanafi, 32, atas tuduhan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada 2017 |
|
PH akur keputusan SPR kekalkan nama calon DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:51 pm Abd Halim Sidek Gulam Hassan (PH-PKR)6. Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas/IND)7 |
|
PRN Sabah: SPR sahkan calon PH kekal atas kertas undi DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:31 pm KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan kekal sebagai bertanding meskipun menyatakan hasrat menarik diri selepas hari penamaan calon.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya mengambil maklum hasrat penarikan diri itu namun menegaskan bahawa ia tidak dibenarkan menurut peraturan sedia ada.Beliau berkata, mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas 10 pagi hari penamaan."Justeru, Abdul Halim kekal tersenarai dalam kertas undi bagi bahagian pilihan raya berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, DUN Silam menyaksikan pertandingan sembilan penjuru membabitkan 28,261 pengundi.Antara calon bertanding Sharif Musa Sharif Mabul daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mizma Appehdullah (Gabungan Rakyat Sabah - GRS), Datuk Mohammad Yusof Apdal (Warisan), Borkes @ Balkis Kalinggalan (Perikatan Nasional - PN), Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas), Mohammad Enriquez (Parti Damai Sabah - SPP), Brahim Bisel (Parti Impian Sabah - PIS) dan Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (Parti Kebangsaan Sabah - PKS)Susulan penarikan diri Abdul Halim, PH kini bertanding di 21 kerusi DUN.INFON62: SILAM: SABAH: 28,2611 |
|
Perjanjian ART tak halang Malaysia jalin perdagangan, berunding dengan negara lain - PM - Sinarharian - 18/11 1:37 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) tidak menghalang Malaysia daripada mengadakan rundingan atau perdagangan dengan mana-mana negara, termasuk China.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun terdapat dakwaan bahawa ART mengehadkan ruang Malaysia dalam membuat keputusan dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan, perkara itu adalah tidak benar.Beliau menjelaskan Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan mana-mana rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan melibatkan penggunaan mata wang tempatan."Saya setuju bahawa tekanan Amerika Syarikat (AS) itu relatif lebih besar |
|
PH tanding atas dasar lunas janji, kekalkan rekod prestasi - Nurul Izzah - Sinarharian - 18/11 1:24 pm Shone Eric Jr. Majimbun (Bebas/IND)4 |
|
Perjanjian dengan AS: Dakwaan maruah negara tergadai tidak betul - Anwar - Mkini - 18/11 1:22 pm PARLIMEN l Katanya, Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan. |
|
Lelaki China disyaki cuba seludup ketamin lebih RM300,000 di KLIA - Sinarharian - 18/11 10:21 am SEPANG Tindakan seorang lelaki warga China menyembunyikan dadah dalam ruangan rahsia dua bagasi miliknya terbongkar selepas ditahan pasukan penguat kuasa di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal (KLIA2) baru-baru ini.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Zulkifli Muhammad berkata, tangkapan dilakukan pada 28 Oktober lalu.Menurutnya, taktik itu terbongkar selepas imbasan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) LTAKL mengesan imej mencurigakan dalam bagasi yang dibawa suspek."Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bungkusan plastik lut sinar mengandungi serbuk disyaki ketamin yang dibalut dengan pembalut aluminium sebelum ditutup menggunakan papan dan disorokkan di bahagian dalam pelapik kain kedua-dua bagasi berkenaan."Keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan seberat 6,884 gram dengan nilai lebih RM344,000," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zulkifli berkata, suspek dan barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM LTAKL untuk siasatan lanjut."Ketamin berkenaan disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama."Orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan kerana ia bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.Katanya, orang awam turut diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat. |
|
Kartel dadah eksploitasi kelemahan kawalan - Sinarharian - 18/11 10:10 am PUTRAJAYA - Malaysia terus menjadi lokasi transit pilihan kartel dadah antarabangsa berikutan gabungan faktor geografi dan kelemahan dalam sistem kawal selia pintu masuk negara.Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kedudukan perairan negara yang luas dan terbuka menjadikan penyeludupan melalui laluan laut lebih mudah, sekali gus dimanfaatkan sindiket besar sejak bertahun-tahun."Pertamanya, urusan nak bawa masuk dadah itu mudah kerana negara kita dikelilingi laut terbuka," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa kelemahan penguatkuasaan dalam semakan kontena menyumbang kepada kecenderungan Malaysia dijadikan negara transit, memandangkan deklarasi barang tidak disahkan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa."Orang itu isytihar barang lain, tetapi penguat kuasa tidak buat pemeriksaan |
|
Pilihan raya Sabah paling gila - Msomelayu - 18/11 10:07 am ANALISA PIRANE SABAH 17 SERAMAI 596 orng telah mendafftar diri dan disah untuk merebut 73 kerusi DUN Sabah dalam pilihan raya negeri ke-17 yang akan berlangsung 29 November nanti. Daripada jumlah itu seramai 524 mewakili 22 buah parti politik manakala 74 orang bertanding sebagai calon bebas |
|
Tanding Bebas: Itu hak mereka, tidak jejas GRS – Hajiji Tanding .. - Mgazette - 18/11 7:52 am # Tanding Bebas: Itu hak mereka, tidak jejas GRS - Hajiji KOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menepis dakwaan kekuatan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) tergugat berikutan beberapa bekas ahlinya bertanding atas tiket Bebas |
|
Presiden Harapan Rakyat beri laluan calon muda pertahan DUN Kukusan - Sinarharian - 17/11 8:39 pm Itu bukan perkara penting."Yang penting adalah hala tuju kita dalam politik. Apa perjuangan kita? Jadi sama ada calon baharu atau lama, apa yang penting adalah sama ada rakyat menerima mereka untuk berkhidmat atau tidak," ujarnya.Tambah beliau, fokus utama parti adalah memastikan kepimpinan baharu dapat meneruskan perjuangan yang selari dengan aspirasi Harapan Rakyat dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.Harapan Rakyat sebelum ini menampilkan calon baharu bagi menggantikan bekas penyandangnya yang juga Timbalan Presiden Harapan Rakyat selepas keahlian dan jawatannya digantung pada Rabu lalu.Susulan itu, Rina tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Kukusan di bawah tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Bagaimanapun, pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Rina muncul sebagai calon bebas bagi kerusi tersebut.Sementara itu, calon muka baharu Harapan Rakyat, Samsiah Usman, 42, mengakui perlu bekerja keras untuk menambat hati rakyat dan mempertahankan kerusi yang sebelum ini dimiliki GRS."Sudah semestinya kena usaha lebih keras |
|
PRN Sabah: Bekas ahli tanding bebas tidak jejaskan kekuatan GRS - Hajiji - Sinarharian - 17/11 4:53 pm KOTA KINABALU - Tindakan beberapa bekas ahli parti yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) tidak menjejaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi pilihan raya kali ini.Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa tindakan mereka sedikit pun tidak mengubah sebarang strategi gabungan itu untuk menang dalam PRN17."Itu hak mereka, tapi tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam pilihan raya akan datang ini |
|
Dokumen sulit tular cadangkan Radzi Jidin ganti Hamzah - Mgazette - 17/11 4:11 pm Draf berkenaan diterima MalaysiaGazette awal pagi tadi dan didakwa berkaitan dengan satu perjumpaan yang dijadualkan berlangsung esok antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan semua ahli Parlimen parti itu di kediamannya. Dalam kandungan dokumen sama, Bersatu turut diingatkan mengenai tujuan asal penubuhannya untuk membina sebuah platform politik yang bebas daripada pengaruh rasuah dan kronisme, selain komited memperbaiki ekonomi dan kesejahteraan rakyat |
|
PRN Sabah: Calon PH tarik diri tanding DUN Silam - Mgazette - 17/11 4:11 pm Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan terkilan pemimpin GRS kerana disifatkan melanggar persetujuan awal antara kedua-dua parti. Dengan pengumuman penarikan diri Abdul Halim Sidek itu, DUN Silam kini menyaksikan pertandingan lapan penjuru antara calon GRS; Warisan; Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN); Parti Damai Sabah (SPP); Parti Impian Sabah (PIS); Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta seorang calon Bebas |
|
RUU penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan dijangka dibentang 2026 - Sinarharian - 17/11 12:44 am Sejurus mendapat kelulusan prinsip, maka draf RUU dapat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC)."Seterusnya kita harap dapat bawa balik (RUU ini) ke Parlimen ini untuk dibentangkan pada tahun hadapan," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) sama ada Kementerian Pengangkutan (MOT) mempunyai garis masa untuk memuktamadkan penubuhan MTSB memandangkan ia telah dicadangkan sejak hampir 11 tahun lalu.Anthony menjelaskan, model penubuhan MTSB tersebut masih belum dimuktamadkan dan pihak kementeriannya akan mengambil kira amalan terbaik yang dipraktikkan agensi-agensi siasatan pengangkutan antarabangsa."Seperti saya katakan memang kita ambil kira juga pandangan dan juga perbandingan dengan agensi antarabangsa di luar negara. Sudah tentu kita akan mengambil kira amalan terbaik daripada agensi-agensi tersebut."Apa sahaja agensi siasatan juga sudah tentu ada kebebasannya malah task force (pasukan petugas) yang kita bentuk sekarang pun memang mereka bebas melaksanakan apa sahaja siasatan dan membuat apa sahaja syor," ujarnya.Kata Anthony, di peringkat kementeriannya sendiri, apabila laporan itu disiapkan ia tidak akan diedit atau tidak akan dibuat apa-apa pindaan dan akan dibentangkan secara terbuka kepada umum.Sementara itu, menjawab soalan asal Shaharizukirnain mengenai kekangan utama yang menghalang penubuhan MTSB, Anthony berkata, ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan kerajaan baharu yang memerlukan keputusan dasar yang terkini.Menurutnya, ia juga ekoran pembubaran dan penstrukturan semula agensi-agensi sedia ada di bawah MOT dan pertindihan kuasa agensi-agensi siasatan kemalangan."Bermula Jun 2025, MOT telah mengatur gerak langkah terkini bagi mencapai sasaran penubuhan MTSB |
|
Bung Moktar sedar jadi sasaran utama lawan untuk lihat BN tumbang di Sabah - Sinarharian - 17/11 12:12 am Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag itu berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kerusi berkenaan kini menjadi sasaran pihak lawan yang telah mengerahkan segala jentera untuk memastikan beliau tewas di DUN itu.Pada PRN Sabah ke-16, Bung Moktar yang juga Pengerusi BN negeri berjaya memenangi persaingan lima penjuru di DUN Lamag dengan majoriti 661 undi.Bung Moktar berkata, walaupun berhadapan dengan apa yang disifatkan sebagai "panahan" politik oleh musuh-musuhnya, ia tidak sama sekali menggentarkan beliau yang berkeyakinan penuh terhadap peluang BN di Lamag dan 44 DUN lain. "Selaku Pengerusi BN Sabah dan ketua UMNO Sabah, sudah tentu panah-panah itu semua sasarannya kepada saya."Insya-ALLAH, saya tetap yakin pengundi Lamag akan terus memilih BN kerana saya telah mencurahkan segala tenaga di samping jentera juga sudah dibentuk di semua kawasan," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.DUN Lamag yang terletak dalam Parlimen Kinabatangan antara kerusi tumpuan pada PRN Sabah, dengan isu pembangunan asas dan taraf hidup masyarakat luar bandar dijangka menjadi fokus utama pengundi.Pada PRN Sabah kali ini, DUN Lamag akan menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (Warisan), Bebas, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Impian Sabah (PIS).Terletak kira-kira 316 kilometer dari Kota Kinabalu, kawasan pedalaman itu bukan sekadar kubu politik Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, tetapi simbol kekuatan dan ujian sebenar buat BN di pantai timur negeri ini.Sebagai antara 13 kerusi baharu diwujudkan hasil persempadan semula kawasan pilihan raya pada PRN lepas, Lamag kekal berdepan cabaran pembangunan luar bandar seperti jalan tidak berturap, capaian internet terhad serta peluang pekerjaan yang tidak seimbang.Dalam konteks lebih luas, Bung Moktar berkata PRN kali ini bukan sekadar medan mempertahankan kerusi, tetapi juga adalah ujian besar untuk menilai sejauh mana BN masih diterima sebagai parti bertunjangkan pembangunan di Sabah.Beliau berkata, isu yang dimainkan oleh parti lawan seperti slogan Sabah untuk Sabahan dan seruan "pilih parti lokal" hanyalah retorik politik tanpa tawaran konkrit kepada rakyat negeri yang kaya dengan sumber asli."Lamag ini dulu hutan rimba |
|
Kedah tuntut Pulau Pinang bagaikan siram benih yang dah lama kering - Wrlr - 17/11 12:05 am * Pengiktirafan sejarah dan identiti negeri: Sejarah seperti pajakan Pulau Pinang, MA63, dan royalti minyak perlu dihormati dan dijadikan asas rundingan. * Penubuhan Suruhanjaya Federalisme: Sebuah badan bebas yang menilai semula hubungan pusat-negeri secara berkala dan memberi cadangan dasar |
|
SPRM tekankan pemulihan aset, tangani ketirisan dana awam - Sinarharian - 17/11 11:02 am PUTRAJAYA Penekanan terhadap usaha pemulihan aset menjadi agenda penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah menangani ketirisan dana awam.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM juga bersedia menawarkan sokongan teknikal kepada mana-mana pihak termasuk penggunaan teknologi penyiasatan terkini."SPRM turut berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan operasi siasatan, program pencegahan rasuah, jaringan kerjasama rentas sempadan serta pelbagai inisiatif ke arah memperkukuh integriti organisasi dan pendidikan antirasuah di Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Bilateral Ke-16 bersama Anti-Corruption Bureau (ACB) Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan, Brunei pada 10 November lalu.Mesyuarat itu dianjurkan oleh ACB selaku hos dan merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi yang telah terjalin lebih dua dekad.Delegasi SPRM diketuai Azam manakala ACB diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datin Paduka Anifa Rafiza Abd Ghani yang berperanan sebagai pengerusi bersama mesyuarat tersebut.Mesyuarat Dua Hala kali Ke-16 ini diadakan bagi memperkukuhkan hubungan erat MalaysiaBrunei dalam memerangi rasuah, termasuk melalui pelaksanaan kerjasama teknikal, program latihan profesional serta pertukaran kepakaran dalam pencegahan dan pendakwaan kes rasuah.Dalam sesi pertemuan itu SPRM membentangkan pelaksanaan "Ops Sky" dalam slot perkongsian operasi siasatan, manakala program "Keep Malaysia Clean (KMC)" dikongsi sebagai contoh usaha pencegahan berskala nasional bagi membina masyarakat bebas rasuah.Sementara itu, ACB pula membentangkan hasil operasi mereka termasuk kejayaan menangani kes salah laku dalam kalangan pegawai awam di dalam badan-badan awam melalui perundangan Misconduct of Public Office (MIPO) serta inisiatif memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam di Brunei |
|
Isyarat ketidakstabilan politik Sabah - Sinarharian - 17/11 9:45 am SHAH ALAM - Pertembungan sengit hingga 14 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 memberi isyarat ketidakstabilan di negeri berkenaan kerana masih berdepan krisis penyatuan politik.Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, keadaan itu juga memperlihatkan perpecahan politik serius dalam kalangan pengundi di Sabah dan tidak wujud persefahaman kolektif yang boleh menyatukan pemimpin dalam parti atau gabungan politik yang minimum."Saya tidak khuatir apabila ramai bertanding atas tiket Bebas, namun saya bimbang dengan terlalu banyak parti yang agresif sehingga menyukarkan penyatuan dalam politik |
|
Bekas Adun tanding bebas pemecah undi paling bahaya, kata penganalisis - FMT - 17/11 9:30 am Penganalisis berkata bekas Adun seperti Fairuz Renddan serta Rina Jainal mampu hakis undi parti besar sekali gus mengubah keputusan. |
|
Adakah MCA bebas buat keputusan sendiri dalam BN, soal Upko - FMT - 16/11 11:59 pm Setiausaha Agung Upko Nelson W Angang berkata sangat mudah kritik parti lain yang berani buat keputusan tegas sedang MCA sendiri merungut dipinggirkan BN. |
|
Bersih ingatkan politik wang adalah jenayah, perlu ditolak calon, pengundi - Mgazette - 16/11 3:42 pm Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesemua calon tersebut akan bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 November ini. Sementara itu, Bersih berkata, pihaknya turut menggerakkan seramai 70 orang Pemantau di 23 kawasan Parlimen untuk memastikan proses PRN-17 Sabah dipantau secara bebas, objektif dan berintegriti |
|
MIC tidak akan minta maaf kerana teroka pakatan politik baharu – .. - Mgazette - 16/11 3:42 pm Vigneswaran juga menemplak tindakan parti-parti besar yang mempersoalkan MIC berbuat demikian sedangkan mereka sendiri mencari sekutu demi kelangsungan, kekuatan dan strategi politik masing-masing. Mengapa MIC dipersoal apabila kita cuba melakukan perkara yang sama? Mengapa mobiliti politik kita dipersoalkan sedangkan orang lain bebas bergerak? MIC bukan rakan junior yang boleh diarahkan |
|
Buat laporan jika peniaga cairkan plastik minyak masak dalam kuali gorengan - Mgazette - 16/11 10:23 am Terdahulu, tular tindakan peniaga yang didakwa memasukkan dan mencairkan plastik minyak masak dalam kuali gorengan sehingga mencetuskan perdebatan di dalam media sosial. Tambah PHM, minyak panas yang bercampur plastik juga boleh menghasilkan radikal bebas, hidrokarbon aromatik serta bahan toksik baharu yang meningkatkan risiko keradangan, penyakit hati dan masalah kesihatan jangka panjang |
|
Lima tokoh besar dijangka jadi poster boy - Penganalisis - Sinarharian - 16/11 9:00 am Dalam masa 24 jam atau 48 jam akan datang, tidak mustahil akan berlaku perubahan," ujar beliau.Mengulas mengenai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Syahruddin Awang berkata, ia mungkin tertumpu kepada Presidennya, Datuk Ewon Benedick sebagai poster boy."Saya tidak dapat memberi jangkaan tepat. Lagipun UPKO merupakan parti yang tidak menang banyak kerusi, jadi Ewon berkemungkinan menjadi pelengkap kepada mana-mana gabungan selepas ini," ujarnya.Syahruddin Awang turut menjangkakan gabungan calon bebas atau dikenali sebagai gerakan Gelombang Hitam di Sabah akan memilih Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda sebagai poster boy. |
|
Tidak dicalon namun kekal sokong GRS, pendirian Awang Ahmad cetus tanda tanya - Thempress - 16/11 8:30 am PETAGAS – Tindakan calon Bebas DUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang tetap mahu menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meskipun bertanding sebagai calon bebas menimbulkan persoalan mengenai ketegasan… |
|
596 calon bertanding PRN Sabah, calon Bebas paling ramai – SPR - Mgazette - 16/11 8:03 am # 596 calon bertanding PRN Sabah, calon Bebas paling ramai - SPR KUALA LUMPUR Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN Sabah) mencatat sejarah baharu apabila seramai 596 calon disahkan bertanding, jumlah paling tinggi dalam mana-mana pilihan raya negeri di Sabah setakat ini |
|
PRN Sabah: Kapayan 13 penjuru, Moyog 12 penjuru - Mgazette - 16/11 8:02 am Lojingau, pada sesi penamaan calon yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah, hari ini. DUN Kapayan menyaksikan persaingan padat antara Chin Ling Ling (PIS), Sabariah Aziz (Bebas), Cyril Gerald Liew (Bebas), Kuo Lee On (PBK), Wong Kong Fooh (Parti Anak Negeri) dan Bernard A |
|
Protes calon digugurkan, markas GRS DUN Bandau ditutup? - Mgazette - 16/11 8:02 am Penyokong GRS mempersoalkan sama ada pencalonan ini memberi laluan mudah kepada parti lain seperti PKDM untuk merampas kerusi DUN Bandau," tulis Facebook berkenaan. Sebahagian penyokong GRS turut bimbang pencalonan tersebut memberi kelebihan kepada parti lain seperti PKDM untuk merampas kerusi Bandau, malah turut mengaitkannya dengan pengaruh kepimpinan PKDM dan calon bebas yang bertanding di kawasan berhampiran |
|
PRN Sabah: 596 calon bertanding di 73 kerusi DUN - Mgazette - 16/11 8:02 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 596 calon disahkan bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, calon bebas menyaksikan pencalonan paling ramai iaitu 74 orang diikuti Parti Warisan (Warisan) 73 |
|
PRN Sabah: Bekas KSU KDN hadapi saingan 4 penjuru di DUN Merotai - Mgazette - 16/11 8:02 am Katanya, beliau mahu mencurahkan pengalamannya yang luas dalam pembangunan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran demi manfaat rakyat Sabah. Ruji berkata, pengundi bebas menilai setiap calon berdasarkan kemampuan, visi serta rekod perkhidmatan |
|
PRN Sabah: 596 calon raikan 'pesta demokrasi' - Sinarharian - 16/11 12:17 am KOTA KINABALU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan penyertaan 596 calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meraikan 'pesta demokrasi' berbanding 447 calon semasa PRN ke-16 pada 2020.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 525 calon adalah lelaki manakala 71 lagi wanita, dan tiada kertas pencalonan ditolak.Sebanyak 23 parti politik bertanding dengan Warisan menyenaraikan 73 calon, Parti Impian Sabah - PIS (72), Gabungan Rakyat Sabah - GRS (55), Parti Solidariti Tanah Airku - STAR (46), Barisan Nasional - BN (45), Perikatan Nasional - PN (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat - KDM (40), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu - UPKO (25) dan Pakatan Harapan - PH (22).Turut bertanding Parti Kebangsaan Sabah - PKS (20), Parti Kerjasama Anak Negeri - Anak Negeri (17), Parti Perpaduan Rakyat Sabah - PPRS (16), Parti Bumi Kenyalang - PBK (14), Parti Rumpun Sabah - Rumpun (7), Parti Maju Sabah - SAPP (6), Parti Damai Sabah - SPP (5), Perjuangan Rakyat - PR (6), Pertubuhan Gemilang Anak Sabah - GAS (3), Parti Bangsa Malaysia - PBM (3) Parti Aspirasi Rakyat Sarawak - Aspirasi (3) manakala Parti Bersatu Sasa Malaysia - Bersama dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah - Perpaduan masing-masing satu calon.Sebanyak 73 calon pula bertanding atas tiket Bebas.Calon tertua pada PRN kali ini ialah Uling @ Thomas Anggan, 86, daripada PKS yang bertanding di DUN Bingkor, manakala calon termuda Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, juga mewakili PKS.DUN Tulid yang kali pertama dipertandingkan pada PRN lepas, menyaksikan persaingan sengit 14 penjuru, Bandau, Tamparuli, Inanam serta Kapayan masing-masing 13 penjuru manakala DUN Banggi dan Moyong masing-masing merekodkan persaingan 12 penjuru.DUN Bengkoka, Tanjong Kapor, Pintasan, Karambunai, Tanjung Keramat dan Balung menyaksikan pertembungan 11 penjuru manakala 10 DUN merekodkan sembilan penjuru, lapan DUN membabitkan lapan penjuru, 10 DUN (tujuh penjuru), 13 DUN (enam penjuru), lapan DUN (lima penjuru) dan dua DUN empat penjuru.Empat Timbalan Menteri Persekutuan iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mewakili BN berdepan saingan lima penjuru di DUN Sook.Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah pula berdepan sembilan penjuru di Tanjung Aru mewakili PH, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mewakili BN di DUN Bongawan berdepan sembilan penjuru, dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Mohammad Yusof Apdal berdepan lapan penjuru di DUN Silam mewakili Warisan.Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick juga Presiden UPKO mempertahankan DUN Kadamaian dalam saingan lapan penjuru.Figura seni dan sukan turut memeriahkan pesta demokrasi ini dengan penyanyi dan pelakon terkenal Sabah Abu Bakar Ellah atau dikenali Ampal yang bertanding atas tiket KDM bagi DUN Kuamut, manakala penyanyi veteran Kadazandusun John Samud bertanding di DUN Tempasuk juga mewakili KDM.Bekas penyampai berita RTM Kota Kinabalu Francis Fahir bertanding di DUN Pantai Dalit mewakili STAR, bekas pemain serta pengurus pasukan bola sepak Sabah Henry Soimpon calon KDM di DUN Kiulu manaka bekas bintang bola sepak Sabah Jekerison Kilan pula bertanding di DUN Nabawan, juga mewakili KDM.Calon adik-beradik turut mewarnai PRN kali ini dengan Chaya Sulaiman mewakili BN dan Ma'mun Sulaiman calon Warisan di DUN Kukusan manakala Awang Husaini Sahari yang mewakili PH menentang abangnya Awang Ahmad Sah yang bertanding atas tiket Bebas di DUN Petagas.Dua anak kepada Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman tampil sebagai calon iaitu Datuk Yamani Hafez, 48, yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan II tampil sebagai calon PH di Sindumin manakala adiknya, Hazem Mubarak, 43, mewakili GRS di Sungai Manila.Dua bekas Ketua Menteri turut "masuk gelanggang" kali iaitu Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berdepan saingan empat penjuru mempertahankan DUN Senallang manakala Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, 68, mewakili BN akan mempertahankan DUN Usukan dalam saingan enam penjuru.Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun memaklumkan proses penamaan calon pada Sabtu berjalan lancar dan tiada laporan polis diterima sepanjang tempoh berkenaan."Saya menyeru semua pihak untuk mempertahankan semangat profesional ini dan bersama-sama mencipta sejarah bahawa pilihan raya ini berjalan tanpa insiden dan tidak ada laporan polis hinggalah tamat proses pengundian 29 November ini," katanya.Tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-17 ialah pada 29 November manakala pengundian awal pada 25 November |
|
'Kami bertanding secara profesional' - Chaya, Ma'mun dua beradik bersaing di DUN Kukusan - Sinarharian - 15/11 9:07 pm TAWAU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan dua beradik mewakili parti politik berbeza bertembung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan namun membawa misi sama iaitu memperjuangkan nasib penduduk Sabah.Chaya Sulaiman, calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan berkata pertembungan politik dengan adiknya Ma'mun tidak akan menjejaskan hubungan mereka meskipun membawa ideologi politik berbeza."Saya membawa panji BN dan dia (Mamun) membawa panji partinya sendiri, pertembungan keluarga dalam pilihan raya di Parlimen Kalabakan ini bukan perkara baharu."Kami bertanding secara profesional, PRN ini wadah rakyat menentukan siapa yang layak mewakili mereka dan parti mana yang lebih dekat di hati rakyat," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Cin di sini hari ini.Ma'mun yang merupakan calon Parti Warisan (Warisan) di kerusi itu pula berkata hubungan kekeluargaan tetap utuh meskipun terpaksa bersaing dengan kakaknya pada PRN kali ini."Pada Pilihan Raya Umum 2018 saya bertanding mewakili Warisan di kerusi Parlimen Kalabakan melawan calon BN ketika itu arwah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Ketika itu kakak saya bekerja di kem lawan (Abdul Ghapur), namun saya menang."Sekali lagi, pada 2022, saya bertanding mewakili Warisan untuk kerusi Parlimen Kalabakan dan berdepan persaingan dengan calon BN iaitu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, dia (Chaya) bersama Andi melawan saya tidak ada masalah, sehingga hari ini mungkin Tuhan sudah menentukan takdir kami bertembung di DUN Kukusan," katanya.Ma'mun dan Chaya antara 10 calon yang bertanding di DUN Kukusan termasuk penyandangnya Datuk Rina Jainal yang sebelum ini mewakili Warisan namun kali ini bertanding sebagai calon Bebas selepas keluar daripada parti itu dan parti Harapan Rakyat Sabah yang disertainya selepas keluar daripada Warisan.Sementara itu, pertembungan adik beradik turut berlaku di kerusi DUN Petagas dalam kawasan Parlimen Putatan apabila Awang Husaini Sahari yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menentang abangnya Awang Ahmad Sah yang bertanding atas tiket Bebas.Pada PRN kali ini, Awang Ahmad Sah yang juga penyandang kerusi Petagas bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak dicalonkan semula oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN kali ini.Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November manakala hari pengundian 29 November |
|
Dua anak bekas MP Sepanggar bertembung rebut kerusi DUN Inanam - Sinarharian - 15/11 8:56 pm KOTA KINABALU - Calon bebas yang menggelarkan dirinya sebagai sebahagian daripada kumpulan gelombang hitam melihat pertembungan dengan kakaknya, calon Parti Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam sebagai satu perjuangan hak meskipun mereka berada di platform politik berbeza.Shone Majimbun, 45, berkata, hubungan kekeluargaan tidak pernah terhakis, namun perjuangan masing-masing sehingga membawa kepada pertandingan kali ini adalah berkaitan hak yang ingin diperjuangkan."Tidak banyak mengenainya (pertembungan) |
|
PRN Sabah: Bekas Presiden PKS calon paling tua - Sinarharian - 15/11 6:46 pm KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Parti Kebangsaan Sabah (PKS) Uling @ Thomas Anggan muncul calon paling tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Thomas, 86, akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor yang dimenangi Robert Tawik @ Nordin daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN lepas dengan majoriti 5,070 undi.Di DUN Bingkor, Thomas akan berdepan saingan 10 penjuru termasuk daripada penyandang yang kini bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Robert Selain Kennedy Jie John @ Kenn (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu-UPKO), Solzah Sual (Parti Maju Sabah-SAPP), Haryady Antutu (Pertubuhan Gemilang Anak Sabah-GAS), Benedict Martin Gunir (Warisan) dan Kenolee Justine (Parti Impian Sabah-PIS).Thomas juga akan dicabar Niklos Ongoh dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Mohd Ishak Ayub (STAR) dan seorang calon Bebas Ahamin Salim.DUN Bingkor yang terletak dalam Parlimen Keningau mempunyai 31,305 pemilih berdaftar pada PRN kali ini.Sementara itu, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin yang mewakili PKS muncul calon paling muda pada PRN kali ini dan bertanding di DUN Silam yang dimenangi Datu Dumi Masdal dari Warisan pada pilihan raya lepas.Mohd Syafiq, 24, berdepan saingan sembilan penjuru pada PRN ke-17 antaranya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal (Warisan).Dia juga akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Musa Mabul, Mizma Appehdullah (GRS), Borkes @ Balkis Kalinggalan (PN), Abd Halim Sidek Gulam Hassan (Pakatan Harapan), Mohammad Enriquez (Parti Maju Sabah-SAPP) dan Brahim Bisel (PIS).Pada PRN ke-16 tahun 2020, calon termuda berumur 22 tahun di DUN Tandek, manakala calon tertua berumur 75 tahun bertanding di DUN Bugaya.PRN kali ini menyaksikan sebanyak 71 daripada 596 calon bertanding adalah wanita dengan Warisan menghantar jumlah calon wanita terbanyak sebanyak sembilan orang.SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November. |
|
Adik Shahelmey berdepan cabaran 11 penjuru di DUN Tanjung Keramat - Sinarharian - 15/11 6:19 pm KOTA KINABALU - Calon muka baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Shah Alfie Yahya Ahmad Shah melihat saingan 11 penjuru yang bakal dihadapinya pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sebagai satu pertandingan yang memperlihatkan sistem demokrasi yang subur di negeri ini.Namun dalam masa yang sama, beliau yakin dengan kekuatan jentera dan sokongan penyokong GRS di peringkat akar umbi untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat yang sebelum ini disandang abangnya, Datuk Ir Shahelmey Yahya."Ada 11 penjuru, saya melihat begitu meriah. Bagi saya itu tidak ada masalah tetapi yang penting ialah kekuatan membawa jentera dan penyokong untuk menyokong parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon di Dewan Sri Putatan di sini pada Sabtu.Selain Shah Alfie, antara calon lain yang bakal ditentangnya ialah wakil dari Parti Warisan (Warisan), BN, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Perikatan Nasional (PN) Parti Impian Sabah (PIS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan bebas.Shah Alfie merupakan calon baharu yang diketengahkan GRS selepas abangnya, Shahelmey tidak mempertahankan kerusi tersebut susulan kemungkinan berdepan tindakan daripada UMNO jika bertanding atas tiket gabungan itu.Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan mewakili Barisan Nasional (BN), sebelum ini digantung keahliannya dalam UMNO ekoran tindakannya menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.Sementara itu, calon yang mewakili BN, Jeffery Nor Mohamed, menyifatkan kepelbagaian parti yang bertanding di kerusi tersebut sebagai satu pertembungan mesra antara keluarga dan rakan-rakan."Namun saya yakin bahawa kita dalam keadaan yang baik, rekod kita baik di Putatan dan telah bekerja lama."Jadi kita kembalikan kepada rakyat untuk memilih parti yang mesra dengan rakyat," katanya. |
|
PRN Sabah: Orang Sabah enjoy jadi calon Ahmad Zahid - Sinarharian - 15/11 5:49 pm KOTA KINABALU Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kehadiran begitu ramai calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah sebagai gambaran bahawa rakyat negeri itu benar-benar menikmati suasana demokrasi."Lagi ramai, lagi meriah |
|
PRN Sabah: 596 calon disahkan bertanding di 73 DUN - Mkini - 15/11 5:37 pm Pengerusi SPR berkata daripada jumlah itu, calon Bebas adalah paling ramai iaitu 74 orang. |
|
PRN Sabah: DUN Tulid saksi saingan 14 penjuru, paling sengit setakat ini - Sinarharian - 15/11 4:13 pm KUALA LUMPUR - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid menyaksikan pertembungan paling sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 apabila 14 calon disahkan bertanding di kawasan itu selepas proses penamaan calon selesai pada Sabtu.Antara yang bertanding ialah Rufinah Pengeran daripada Pakatan Harapan (PH), Vinson Rusikan (Parti Kebangsaan Sabah - PKS), Lucia Khing (Parti Warisan - Warisan), Datuk Everitus Gungkit (Parti Solidariti Tanah Airku - STAR), Mohd Khairil Abdullah (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu - UPKO), Ancis@Rayner Francis Udog (Parti Impian Sabah - PIS), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah) dan Dr Aisat Ellik Igau Inggau (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat - KDM).Enam calon Bebas iaituSuman @ Sunsunah Yasambun, Clarence Carter Maraat, Edwin Laimin, Jordan Jude Ellron, Engah Sintan @ Dahlan Abdullahdan Lautis @ Laulis Anggangturut bertanding di DUN Tulid yang pertama kali dipertandingkan pada 2020.DUN Tulid mempunyai 16,551 pengundi dan pada PRN Sabah Ke-16, kerusi itu dimenangi oleh Flovia Ng daripada STAR dengan majoriti 544 undi.Tiga lagi DUN turut mencatat persaingan sengit iaitu Bandau, Tamparuli dan Inanamyang masing-masing menyaksikan pertembungan 13 penjuru manakalaBanggi mencatat pertandingan 12 penjuru.Enam DUN mencatat persaingan 11 penjuru iaitu Bengkoka, Tanjong Kapor, Karambunai, Tanjung Keramat, Balung dan Pintasan yang menyaksikan penyertaan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Bekas Speaker Dewan Rakyat itu yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS),berdepan calon Barisan Nasional (BN) Tadzul Radim, Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional - PN), Raplin Samat (STAR), Abdullah Otong (Warisan), Lomog Rudin @Efejus Rudin (PIS), Almudin Kiada (KDM) serta empat calon Bebas iaitu Syarif Mohd Shukree Danchingan, Datuk Fairuz Renddan, Tajuddin Padis danMohd Rizal Saiman.Pertandingan enam penjuru pula yangmerupakan persaingan paling banyak dicatat pada PRN kali ini, membabitkan 13 DUN iaitu Pitas, Matunggong, Usukan, Darau, Likas, Kuala Penyu, Lumadan, Sungai Manila, Sekong, Lamag, Kunak, Apas dan Sri Tanjong.Persaingan paling sedikit direkodkan di DUN Senallang dan DUN Merotai masing-masing membabitkan empat penjuru.Turut menjadi tumpuan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Sulaman iaitu kerusi yang disandang oleh Pengerusi GRS itu sejak tahun 1990.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian manakala undiawalpada 25 November |
|
PRN Sabah: DUN Tulid saksi saingan 14 penjuru, paling sengit setakat ini - Mkini - 15/11 4:08 pm Daripada jumlah itu enam calon bebas turut mencuba nasib. |
|
596 calon sah bertanding PRN Sabah – SPR - Harapandaily - 15/11 3:57 pm Pecahan parti-parti bertanding adalah seperti sepertiberikut: 1. BEBAS – 74 2 |
|
PRN Sabah: Ini tawaran dan janji Bung Moktar untuk DUN Lamag - Sinarharian - 15/11 3:48 pm Selebihnya, saya beri kepada mereka untuk mengurus. Kita akan monitor perkembangan dari masa ke masa," katanya.Bung akan mempertahankan kerusi DUN Lamag dan akan dicabar lima calon lain daripada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Impian Sabah (PIS), Warisan, Perikatan Nasional (PN) dan bebas.Pada PRN16, Bung berjaya memenangi kerusi di Lamag dalam saingan lima penjuru dengan memperoleh 3,035 undi dengan mencatatkan majoriti tipis 661.DUN Lamag antara 13 DUN baharu dan mula dipertandingkan pada 2020 dan mempunyai 13,859 pengundi berdaftar |
|
PRN Sabah: Laungan 'kita lawan' iringi Fairuz, tanding bebas pertahan kerusi DUN Pintasan - Sinarharian - 15/11 3:34 pm KOTA BELUD - Kemunculan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan di pusat penamaan calon bersama kira-kira 2,000 penyokong yang melaungkan perkataan 'kita lawan' menjadi petanda jelas bahawa beliau bangkit untuk mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.Beliau yang hadir memakai kemeja-T berwarna hitam turut membuat kejutan apabila menghantar borang penamaan calon untuk bertanding sebagai calon bebas di DUN Pintasan.Difahamkan, keputusan bertanding atas tiket bebas dibuat selepas namanya digugurkan daripada senarai calon Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memberi laluan kepada Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mewakili gabungan itu di kawasan berkenaan.Sementara itu, Fairuz yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada parti berkenaan pada Jumaat.Beliau berkata, pejabat parti turut mengesahkan penerimaan surat peletakan jawatan yang disandang."Saya sudah hantar surat letak jawatan bagi jawatan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Pintasan dan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah."Pejabat sudah menerima surat peletakan jawatan saya pada pukul 2.45 petang," katanya ringkas kepada pemberita ketika proses penamaan calon di Dewan Tun Said Keruak di sini pada Sabtu.Sebelum itu, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohammad Razali Razi, mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025 akan dipecat serta-merta. |
|
Ahli GRS jadi calon bebas dikenakan tindakan tegas - Mkini - 15/11 3:11 pm PRN SABAH "Ini kita tidak boleh bertolak ansur," kata Hajiji |
|
‘Memalukan wanita Islam…’ – Ustazah Asma’ tegur Dolla - Mdateline - 15/11 3:00 pm Pendakwah dan penceramah bebas, Ustazah Asma Harun, menegur kumpulan penyanyi popular Dolla susulan lagu dan persembahan terbaharu kumpulan itu |
|
Awang Ahmad Sah sokong parti jadi kerajaan selepas PRN - FMT - 15/11 2:47 pm Penyandang DUN Petagas yang bertanding bebas itu berharap GRS menjadi pilihan pengundi pada 29 Nov depan. |
|
Pandikar Amin hadapi saingan 11 penjuru di DUN Pintasan - Sinarharian - 15/11 2:44 pm KOTA BELUD - Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) berdepan saingan 11 penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Bertanding mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau ditentang calon Barisan Nasional (BN), Tadzul Radim; Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional), Raplin Samat (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR) dan Abdullah Otong (Warisan).Pandikar turut dicabar oleh calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Almudin Kaida; Lomog Rudin @ Efejus Rudin (Parti Impian Sabah atau PIS), Mohd Rizal Saiman (Bebas), Syarif Mohd Shukree Danchingan (Bebas), Tajuddin Padis (Bebas) dan penyandang kerusi itu, Datuk Fairuz Renddan, yang bertanding atas tiket Bebas selepas tidak dicalonkan GRS.Di DUN Tempasuk pula, penyandangnya, Datuk Mohd Arsad Bistari (GRS) berdepan pertandingan tujuh penjuru menentang John Samud (KDM), Dr Rimin Manun (Parti Gemilang Anak Sabah atau GAS), Azuwan Marjan @ Norjan (BN), Timuti Majitol (PIS), Mohd Khidir Lamsil (WARISAN) dan Walter Mark Mukis (STAR).Bagi DUN Usukan, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (BN) yang juga Bendahari UMNO Sabah mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan enam penjuru berdepan Jaefris Muadis (PIS), Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan), Ajun Meliyon (Bebas), Datuk Japlin Akim (GRS) dan Mohd Lin Harun (STAR).Sementara itu, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick turut mencuri perhatian di DUN Kadamaian apabila berdepan perlawanan lapan penjuru menentang Norman Simon (Warisan), Judin Tingih (Parti Bangsa Malaysia), Daibi Mandadi (PIS), James Muyau (GRS), Davylandon Rubbin (STAR), Josley Taising (KDM) dan Priskila Akwila Sinem (Parti Kerjasama Anak Negeri atau Anak Negeri).Pengumuman calon PRN Sabah ke-17 itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak iaitu Peter Jiton di sini pada Sabtu |
|
PRN Sabah: Tindakan tegas terhadap ahli GRS tanding bebas - Hajiji - Sinarharian - 15/11 2:23 pm TUARAN - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli dalam parti komponennya yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata, perkara itu dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku pertembungan sama ada dengan calon PGRS sendiri atau dengan parti komponen dalam GRS."Bagi parti-parti yang friendly contest itu kita boleh terima, tetapi bagi ahli-ahli PGRS dan GRS yang bertanding calon bebas, kita akan ambil tindakan untuk pecat mereka daripada parti."Ini kita tidak boleh bertolak ansur," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Pantai Dalit, Kiulu dan Tamparuli di Dewan Seri Sulaman di sini pada Sabtu.Hajiji berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Sulaman pada pilihan raya kali ini dan dicabar calon muda serta muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin, Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).Pada PRN lepas, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 3,099 undi dalam persaingan tiga penjuru.Sementara itu, Hajiji berkata, beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan."Inilah demokrasi |
|
PRN Sabah: Arthur Kurup berdepan saingan 5 penjuru untuk tawan DUN Sook - Sinarharian - 15/11 2:23 pm NABAWAN - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berdepan persaingan lima penjuru bagi menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook buat pertama kali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin, Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut (Parti Solidariti Tanah Airku - STAR), Joseph Peter Tinggi (Parti Warisan - Warisan) dan V Chong Vin @ Siau Ho (Parti Impian Sabah - PIS).Senarai nama calon bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Marshal Anthony @ Idham.Kerusi DUN Nabawan menyaksikan calon GRS, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin bersaing dalam pertandingan sembilan penjuru dengan calon BN, Laui Ompongoh, Alfiqn A Koroh (Warisan), Sayau Tangkap (Perikatan Nasional - PN), Akuang Suan (STAR), Jinulin Kilan (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu - UPKO), Jekerison Kilan (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat - KDM), Rejoh Ondoh (PIS) dan Farney Akon (Parti Kebangsaan Sabah - PKS).Sementara itu, DUN Tulid menyaksikan pertandingan 14 penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Rufinah Pengeran, Dr Aisat Ellik Igau Inggau (KDM), Mohd Khairil Abdullah (UPKO), Datuk Everitus Gungkit (STAR), Lucia Kihing (Warisan), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah), Vinsin Rusikan (PKS) dan Ancis@Rayner Francis Udog (PIS).Selain itu, enam calon bebas turut bertanding di kerusi DUN Tulid iaitu Jordan Jude Eleron, Datuk Sumey Yasambun, Engah Sintan, Lautis Anggang, Edwin Lamin dan Clarence Carter Mataat.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 November manakala pengundian awal pada 25 November |
|
PRN Sabah: Penyandang DUN Petagas tanding bebas, tentang adik sendiri - Sinarharian - 15/11 2:22 pm PUTATAN - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari membuat kejutan dengan muncul sebagai calon bebas pada hari penamaan calon, sekali gus menentang adiknya yang juga calon daripada Pakatan Harapan (PH), Awang Husaini.Menurut beliau, keputusan itu sebagai satu proses demokrasi yang harus diraikan dan ia bukan dibuat atas kehendak peribadi, sebaliknya berdasarkan permintaan rakyat yang mahu beliau meneruskan usaha dan khidmat yang dijalankan di DUN Petagas sejak lima tahun lalu."Ekoran perkhidmatan yang begitu baik sebelum ini tanpa memilih bangsa, agama, keturunan dan sekalipun parti politik, hari ini saya diminta oleh rakyat di kawasan DUN Petagas ini untuk bertanding bebas kerana Petagas ini kita yang jaga."Saya tidak melihat pertembungan adik beradik ini sebagai satu masalah, kerana saya melihat dari konteks pengundi sama ada keluarga saya atau pengundi di Peragas ini yang dianggap keluarga."Saya tidak ada memujuk atau merayu mana-mana jentera atau rakyat untuk menyokong saya bertanding sebagai calon bebas, duduk dengan tenang dan rakyat mahukan saya bertanding sebagai calon bebas."Saya bertanding ini bukan kerana nafsu dan hasrat saya kerana mahu jadi YB (Yang Berhormat) tetapi ini satu aspirasi rakyat di Petagas," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Putatan, di sini, pada Sabtu.Ditanya mengenai tindakan yang dikenakan oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Awang Ahmad Sah menjelaskan perkara itu tidak timbul kerana beliau sudah terlebih dahulu meletakkan jawatan."Saya telah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Presiden iaitu pada 12 hari bulan |
|
Pandikar Amin yakin tawan Pintasan, Fairuz bertanding calon bebas - Sinarharian - 15/11 2:04 pm Pilihan raya sebelum ini, saya bertanding atas tiket USNO. Lepas itu, Perikatan Nasional dan BN pada ketika itu yang mencalonkan Datuk Fairuz, itu lawan saya."Jadi, saya cuma kalah 84 undi saja pada ketika itu," katanya kepada Bernama selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak di sini pada Sabtu.Pandikar Amin kini lebih bersedia berbanding PRN lepas, dengan jentera pilihan raya diperkukuh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada USNO.Sementara itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan pada Sabtu mengesahkan akan mempertahankan kerusi berkenaan sebagai calon bebas.Mengulas mengenai kedudukannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Fairuz berkata, beliau sudah melepaskan jawatan sebagai ketua pemuda.Beliau berkata, keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas bukan sahaja atas dasar maruah peribadi tetapi turut membawa semangat jentera dan anak muda Sabah.DUN N08 Pintasan menyaksikan kedua-dua calon berkenaan bakal dicabar Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional-PN), Syarif Mohd Shukree Danchingan (Bebas), Raplin Samat (Parti Solidariti Tanah Airku-STAR), Abdullah Otong (Warisan), Tajuddin Padis (Bebas), Datuk Almudin Kaida (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat-KDM), Tadzul Radim (Barisan Nasional-BN), Mohd Rizal Saiman (Bebas) dan Lomog Rudin @ Efejus Rudin (Parti Impian Sabah-PIS).Hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 yang membabitkan pertandingan 73 kerusi DUN ditetapkan pada 29 November manakala undi awal pada 25 November |
|
Putra dakwa peneroka Kampung Jalan Papan dizalimi - Mgazette - 15/11 1:41 pm Justeru beliau berkata, Putra menetapkan pendiriannya melalui empat perkara utama, iaitu peneroka adalah rakyat sah yang telah dijanjikan hak milik tanah; perobohan tanpa rundingan dan pampasan adalah tindakan zalim; penahanan aktivis dianggap menindas suara rakyat serta kerajaan negeri Selangor wajib menjelaskan status tanah secara rasmi dan terbuka. Dalam pada itu Shahrulutfi berkata, parti itu turut mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya menghentikan semua pengusiran serta-merta, membebaskan individu yang ditahan, menubuhkan siasatan bebas mengenai dakwaan pelanggaran arahan menteri besar serta mengembalikan hak peneroka melalui pemberian geran milik atau pampasan yang adil |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |