///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Beaufort News   Page 1    



KDN Arah Siasatan Menyeluruh Tragedi Renjatan Elektrik Ragut Tiga Nyawa Anggota PDRM - Siakapkeli - 7/08 11:58 am

Menteri Dalam Negeri mengarahkan siasatan menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca tragedi renjatan elektrik yang mengorbankan tiga anggota PDRM di Beaufort, Sabah.





PMX Arah Siasatan Menyeluruh Tragedi Tiga Anggota Polis Maut Di Beaufort - Ohmedia - 7/08 11:07 am

Anwar arah siasatan menyeluruh susulan tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Beaufort





Home minister orders immediate probe into deaths of three cops in Beaufort electric shock tragedy - Malaymail - 7/08 11:01 am

KOTA KINABALU, Aug 7 A comprehensive and transparent investigation has been ordered immediately to determine the...





Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan - Sinarharian - 7/08 10:11 am

BEAUFORT - Hilang keseimbangan ketika cuba mengalihkan galah besi untuk diturunkan menyebabkan galah berkenaan jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa sebelum terkena kabel elektrik utama, mengakibatkan tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, petang Khamis.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter."Apabila mereka selesai mengait buah kelapa dan hendak mengalihkan serta menurunkan galah tersebut, salah seorang daripada mereka telah hilang keseimbangan kemudian galah tersebut telah jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa dan terkena kabel elektrik utama."Akibat kejadian itu menyebabkan arus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di BeaufortKatanya, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston dan berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan."Keadaan permukaan kawasan tersebut merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung," katanya.Champin berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Weston, Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu."Jenazah ketiga-tiga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan selepas selesai urusan dokumentasi, jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing diiringi oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort," katanya.Katanya, jenazah ketiga-tiga anggota berkenaan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sarawak, Kelantan dan Terengganu.Bagaimanapun, pihaknya ketika ini masih belum menerima maklumat terperinci mengenai lokasi pengebumian ketiga-tiga anggota berkenaan.





Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat - Sinarharian - 7/08 9:22 am

KOTA KINABALU - Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Beaufort, semalam dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini, awal pagi ini dari Hospital Beaufort untuk menjalani bedah siasat.Tinjauan Bernama di pekarangan hospital itu mendapati ketibaan ketiga-tiga van yang membawa jenazah tersebut pada 1.10 pagi diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.Ketua Polis Daerah Beaufort Superintenden Champin Piuh ketika dihubungi berkata, jenazah akan menjalani proses bedah siasat serta urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort"Selepas semua urusan selesai, jenazah akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai polis dari IPD Beaufort," katanya.Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang semalam, ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Weston berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Weston





Bodies of three Beaufort policemen sent to Kota Kinabalu for post-mortems - Malaymail - 7/08 9:21 am

KOTA KINABALU, Aug 7 The bodies of three police officers who died, believed to have been electrocuted in Beaufor...





Anwar orders full probe into deaths of three Beaufort policemen - Malaymail - 7/08 9:11 am

KUALA LUMPUR, Aug 7 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has ordered a thorough, transparent, and prompt inve...





Three policemen die after suspected electrocution in Beaufort - Malaymail - 7/08 9:07 am

KOTA KINABALU, Aug 7 Three policemen were killed, suspected of having been electrocuted along Jalan Weston, Kamp...





3 polis maut: PM arah siasatan menyeluruh, telus dan segera 3 polis maut: .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# 3 polis maut: PM arah siasatan menyeluruh, telus dan segera KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca kejadian tragis membabitkan tiga anggota polis yang maut terkena renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, petang tadi





3 anggota polis maut terkena renjatan elektrik ketika jolok buah kelapa di .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# 3 anggota polis maut terkena renjatan elektrik ketika jolok buah kelapa di Beaufort KUALA LUMPUR: Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, petang tadi





PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik - Mypress - 7/08 7:31 am

KOTA KINABALU – Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut akibat renjatan elektrik di Beaufort, pada Khamis





Three policemen electrocuted while plucking coconuts with metal pole in Beaufort - Sinardaily - 7/08 7:20 am

BEAUFORT - Three policemendied after suffering electric shocks in Kampung Weston, here, on Aug 6.The deceased officers were identified as Chiu Teck Siong, 40, from Sarawak; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, from Kelantan; and Muhammad Raimi Ismarubee, 26, from Terengganu.Beaufort District Police Chief Superintendent Champin Piuh said the incident occurred at around 5.50pm when the three victims were plucking coconuts using an eight-metre metal pole."When they finished plucking the coconuts and wanted to move and lower the pole, one of them lost balance





Jenazah tiga anggota polis maut renjatan elektrik akan dibawa pulang ke kampung halaman - Sinarharian - 6/08 11:58 pm

BEAUFORT - Jenazah tiga anggota polis yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sarawak, Kelantan dan Terengganu.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya ketika ini masih belum menerima maklumat terperinci mengenai lokasi pengebumian ketiga-tiga anggota berkenaan."Ketiga-tiga mangsa bertugas di Balai Polis Weston, berusia 40 tahun berasal dari Sarawak, seorang lagi berusia 29 tahun berasal dari Kelantan, dan seorang berasal dari Terengganu berusia 26 tahun.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort"Jenazah ketiga-tiga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan selepas selesai urusan dokumentasi, jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing diiringi oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Champin sebelum itu memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter."Apabila mereka selesai mengait buah kelapa dan hendak mengalihkan serta menurunkan galah tersebut, salah seorang daripada mereka hilang keseimbangan menyebabkangalah tersebut jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa dan terkena kabel elektrik utama."Akibat kejadian ituarus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa," katanya.Menurutnya, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan."Keadaan permukaan kawasan tersebut merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung," katanya.





3 anggota polis maut ketika kait kelapa di Beaufort - Kosmo - 6/08 11:16 pm

PETALING JAYA – Tiga anggota polis maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, Sabah petang tadi





Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort - Sinarharian - 6/08 11:11 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera berhubung kejadian yang mengorbankan tiga anggota polis, dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah pada Khamis.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca kejadian tragis berkenaan, selain memastikan langkah penambahbaikan dapat diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang."Saya telah meminta agar siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca kejadian tragis ini





3 polis maut: PM zahir takziah, arah siasatan menyeluruh - Kosmo - 6/08 10:43 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah hari ini





Anwar orders immediate probe into deaths of three policemen electrocuted in Sabah - SUN - 6/08 10:29 pm

Anwar orders a thorough probe into the Beaufort electrocution that killed three police officers, extending condolences to their families and PDRM.





Tiga Anggota Polis Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Di Beaufort - Siakapkeli - 6/08 9:41 pm

Tiga anggota polis lelaki maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, dengan punca serta identiti mangsa masih dalam siasatan.





Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 6/08 8:37 pm

BEAUFORT - [KEMAS KINI] Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini pada petang Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikKatanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer."Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian."Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik."Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, pasukan bomba kemudian bertindak memasang sawar-sawar dan mengambil maklumat di lokasi kejadian."Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Mohd Pisar berkata, operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi tersebut.





Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik - Hmetro - 6/08 8:01 pm

Beaufort: Tiga anggota polis lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, di sini, hari ini





Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 6/08 7:01 pm

BEAUFORT - [DIKEMAS KINI] Tiga anggota polis dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, pada petang Khamis.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.Katanya, sepasukan anggotanya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Beaufort."Setakat ini, maklumat diterima melibatkan anggota polis namun, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikBEAUFORT - Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini pada petang Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer."Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian."Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik."Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, pasukan bomba kemudian bertindak memasang sawar-sawar dan mengambil maklumat di lokasi kejadian."Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Mohd Pisar berkata, operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi tersebut.





MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lapan negeri, Labuan - Sinarharian - 3/08 3:30 pm

KUALA LUMPUR -JabatanMeteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat sertaangin kencangdi lapan negeri dan Wilayah PersekutuanLabuan hingga jam 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialahKedah (Sik dan Baling),Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim),Kelantan (Jeli, Bachok dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).Amaran sama dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Rompin)sertaJohor (Kluang dan Mersing).Sementara itu, diSarawak kawasan yang terlibat ialahKuching (Bau), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu sertaKapit (Song dan Kapit).Di Sabah,kawasan dijangka terjejasialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu)





Public rushes to rescue three after car reverses into Padas River in Beaufort - Malaymail - 3/08 11:31 am

BEAUFORT, Aug 3 A 28-year-old male driver, a 29-year-old female passenger, and a 10-year-old child escaped unhur...





Kereta mengundur masuk sungai, tiga sekeluarga diselamatkan orang awam - Sinarharian - 2/08 8:11 am

BEAUFORT - Tiga termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaikiterjunam ke Sungai Padas dalam kejadian berhampiran sebuah premis di Pekan Beaufortdi sini,malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun, wanita berusia 39 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.42 malam.Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Beaufort."Menurut laporan, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terjunam ke dalam sungai ketika mengundur."Terdapat tiga mangsa yang saling mempunyai hubungan keluarga terlibat dalam kejadian tersebut dan kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Ishak berkata, pihak bomba kemudian melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan mangsa sebelum mereka diserahkan kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital."Operasi ditamatkan pada jam 9.45 malam selepas keadaan di lokasi disahkan selamat," katanya.





Lelaki ditahan cabul anak tiri, rogol anak kandung - Sinarharian - 30/07 10:20 am

BEAUFORT - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol anak kandung dan mencabul anak tirinya dalam kejadian di daerah ini.Lelaki berusia 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat kedua-dua mangsa baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah menahan suspek yang juga warga asing bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan melibatkan kesalahan cabul dan sumbang mahram."Siasatan bermula selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa pertama, iaitu anak tiri suspek yang juga seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)."Mangsa tampil membuat laporan polis selepas dicabul kerana berasa terancam dan bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya pulang ke kampung halaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Katanya lagi, hasil siasatan awal yang dijalankan membawa kepada pembongkaran satu lagi jenayah yang lebih berat."Suspek didapati turut disyaki merogol anak kandungnya sendiri secara berterusan sejak mangsa berusia tujuh tahun."Rentetan daripada pembongkaran tersebut, anak kandung suspek yang kini masih bersekolah dan di bawah umur turut tampil membuat laporan polis secara rasmi," katanya.Champin berkata, pihaknya kini telah membuka dua kertas siasatan berasingan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan."Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.





Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9 malam ini - Sinarharian - 29/07 7:14 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan kawasan di Sabah serta Sarawak hingga jam 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor yang melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).Sementara itu, di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).Di Sarawak pula, kawasan diramalkan terjejas ialah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang





Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri - Sinarharian - 29/07 3:23 pm

SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 5 petang, Rabu.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1.40 tengah hari, amaran itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.Di Perak, amaran melibatkan daerah Pengkalan Hulu, manakala di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.Bagi Negeri Sembilan, amaran meliputi Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol, manakala di Melaka hanya melibatkan daerah Jasin.Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Tangkak, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah dan Limbang.Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).Selain itu, Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam kawasan yang menerima amaran cuaca tersebut.METMalaysia menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi agensi itu.





Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri - Sinarharian - 27/07 10:30 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang).Di Sabah, cuaca sama diramal melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat).Selain itu, cuaca sama dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 22/07 4:45 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuhnegeri dan Labuan hingga 5 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialahKedah membabitkan daerahBaling sertaPerak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Cuaca sama turut dijangka melanda Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan).Di Selangor, kawasan terjejas ialahSabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak manakalaJohormelibatkanKluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat



Sabah police appeal for witnesses after nine China tourists injured in head-on crash involving tour van and Perodua Axia - Malaymail - 16/07 2:39 pm

BEAUFORT, July 16 Nine China tourists were injured when their van collided with a Perodua Axia at Km 21 of the B...



Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 15/07 7:03 pm

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas di Kedah melibatkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan daerah Timur Laut serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang, manakala seluruh Kelantan turut dijangka mengalami cuaca berkenaan.Di Terengganu, kawasan terjejas meliputi Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.Bagi Johor, daerah terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Di Sarawak, amaran sama melibatkan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) serta Miri (Beluru, Miri dan Marudi).Sementaradi Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan serta Pantai Barat melibatkan Papar, Penampang dan Ranau.Wilayah Persekutuan Labuan turut berada di bawah amaran itusehingga 9 malam ini.-Bernama



Sandakan, Beaufort hospital upgrades delayed for over a decade - FMT - 14/07 11:30 pm

Issues with the appointed contractors led to contracts being cancelled in 2022 and 2024, and the projects have yet to be completed.



Police detain four in Membakut over alleged cyberbullying, criminal intimidation of 16-year-old girl - Malaymail - 14/07 9:02 am

BEAUFORT, July 14 Police have detained four individuals to assist in the investigation of a bullying and crimina...



Empat ditahan bantu siasatan kes buli, ugut pelajar perempuan di Membakut .. - Mygazette - 14/07 8:11 am

# Empat ditahan bantu siasatan kes buli, ugut pelajar perempuan di Membakut BEAUFORT - Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes buli dan ugutan jenayah melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Membakut di sini baru-baru ini



Four held over cyberbullying of teenager in Membakut - SUN - 14/07 8:06 am

Police detain four suspects in Membakut over bullying and criminal intimidation of a 16-year-old schoolgirl near Beaufort.



Remaja dibuli, diugut rogol: 4 termasuk 2 pelajar ditahan polis - Sinarharian - 13/07 5:35 pm

BEAUFORT - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja berdepan trauma akibat dibuli rakan sekolah, malah turut menerima ugutan rogol daripada teman lelaki kepada salah seorang pembuli berkenaan.Akibat tidak tahan dengan ancaman tersebut, mangsa bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan empat individu, termasuk dua pelajar sekolah dalam kejadian di Membakut.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kesemua empat individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan wang secara berulang serta ugutan jenayah terhadap pelajar terbabit."Menurut laporan, kira-kira jam 2 petang pada 8 Julai lalu, mangsa yang ketika itu berada di sekolah menyatakan bahawa wangnya telah diambil oleh rakan sekolahnya yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima."Pengadu turut menyatakan bahawa dia telah diugut oleh dua individu yang mengatakan akan merogolnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Mengulas lanjut, Champin berkata susulan laporan tersebut, siasatan lanjut dan rakaman percakapan mangsa mendapati kedua-dua pelajar terbabit sering meminta wang daripada mangsa di mana kejadian itu berlaku pada waktu rehat."Pada hari kejadian, pengadu yang tidak lagi tahan dengan perbuatan suspek bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada abang sepupunya."Abang sepupu mangsa kemudiannya telah menemui salah seorang pelajar yang membuli itu untuk memarahinya, selain mengarahkan agar wang mangsa dikembalikan semula."Tindakan itu menyebabkan pelajar terbabit memaklumkan perkara berkenaan kepada teman lelakinya yang sudah tidak bersekolah



Amaran ribut petir di 6 enam negeri, Labuan - Sinarharian - 10/07 11:45 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 2 petang ini.Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak (Kerian, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).Cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Alor Gajah dan Jasin) dan Johor (Kota Tinggi).Sementara itu di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat




Reformasi     >>



SNAPSHOT Reezal moves to prevent flag gaffes; Umno .. - Mkini
What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.
Kroni     >>



Kita ada potensi besar. Tetapi adakah kita .. - Harakahdaily
KADANGKALAkita terlalu sibuk melihat kejayaan negara lain sehingga terlupa bahawa Malaysia sendiri mempunyai potensi yang luar biasa. Adakah kita benar-benar menyedarinya dan bersedia memanfaatkannya? Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam Bulletin of the Chinese Academy of Sciences menarik ..
Tabloid     >>



RASMI: Real Madrid Sambar Yan Diomande Dengan Rekod .. - Vocket
Real Madrid secara rasmi mengumumkan ketibaan pemain sayap muda sensasi Cte d’Ivoire, Yan Diomande, daripada RB Leipzig dengan kontrak sehingga Jun 2033. Walaupun nilai perpindahan... The post RASMI: Real Madrid Sambar Yan Diomande Dengan Rekod Perpindahan Mencecah 140 Juta appeared first ..
Tech     >>



Spesifikasi Google Pixel Watch 5 Tertiris dan Ia .. - Amanz
Spesifikasi Google Pixel Watch 5 tertiris lima hari sebelum pelancaran rasminya di New York minggu depan. Seperti siri Pixel 11 yang juta bocor ke internet minggu ini, spesifikasi Pixel Watch 5 membuatkan ramai mempersoalkan keseriusan Google dalam menghasilkan perkakasan yang berbaloi untuk ..
World     >>



Oil rises as Iran's draft plan sees U.S. and Israel .. - Cnbc
News of Iran's restrictive draft plan for theStrait of Hormuz sent oil prices higher, renewing concerns over supply disruptions.
Motor Trend     >>



Buletin Dongfeng Nissan Dedah Nx7 Baharu, Suv Dengan .. - Mekanika
# DONGFENG NISSAN DEDAH NX7 BAHARU, SUV DENGAN TEKNOLOGI LIDAR **Dongfeng Nissan memperkenalkan imej rasmi SUV terbaharunya, NX7, sekali gus memberi bayangan hala tuju baharu jenama itu dalam segmen kenderaan elektrik yang semakin berkembang di China.** Dari segi rekaan, NX7 menampilkan wajah ..