///
See Also: Shutterstock

Search : Bazar Ramadan News   Page 1    





177,000 pendaftaran PATI sertai PRM 2.0, bertambah menjelang perayaan - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# 177,000 pendaftaran PATI sertai PRM 2.0, bertambah menjelang perayaan PUTRAJAYA Sebanyak 177,000 pendaftaran telah direkodkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Program Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) sehingga 23 Februari lalu





Pastikan kes pijak al-Quran berakhir dengan pendakwaan ??? Muslimat Pas .. - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Pastikan kes pijak al-Quran berakhir dengan pendakwaan Muslimat Pas KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menegaskan kes menghina Islam dengan memuat naik gambar memijak al-Quran tidak seharusnya berakhir dengan siasatan semata-mata





Dirempuh warga asing, pegawai imigresen patah kaki kiri dirawat di HKL - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Dirempuh warga asing, pegawai imigresen patah kaki kiri dirawat di HKL PUTRAJAYA - Seorang pegawai Imigresen yang cedera dirempuh warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, awal pagi tadi sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)





Tuan Ibrahim desak kerajaan bertindak tegas kes hina al-Quran - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Tuan Ibrahim desak kerajaan bertindak tegas kes hina al-Quran KUALA LUMPUR Tindakan seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah (UMPSA) yang didakwa memijak al-Quran sehingga kejadian itu tular di media sosial disifatkan sebagai perbuatan melampau, tidak wajar dan mencemarkan nama institusi pengajian tinggi





'Saya dah hilang dua abang, hari ini abang sulung pula tinggalkan kami' - Luah adik mangsa kebakaran di Raub - Sinarharian - 26/02 2:34 pm

RAUB - "Saya sudah kehilangan dua abang dan hari ini abang sulung pula meninggalkan kami."Demikian luahan Muhamad Yusrizuhairi Mat Dani, 27, adik kepada Allahyarham Mohd Alawi Muhammad, 56, yang terkorban selepas rumah sewa yang diduduki bersama keluarga di Kampung Pamah Kulat di sini musnah terbakar pada awal pagi Khamis.Katanya, lebih memilukan, abangnya itu pergi bersama isteri dan tiga anak perempuan serentak dalam keadaan amat menyayat hati.Dalam kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi itu, isteri Mohd Alawi iaitu Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, bersama tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14; dan Ruby Azyan Barizah, 10, turut maut.Muhamad Yusrizuhairi berkata, walaupun berat untuk menerima kenyataan itu, dia tetap reda kerana arwah abangnya dan keluarga 'pergi' pada bulan Ramadan yang mulia ini."Sudah tiada air mata untuk menangis, sedih mengenangkan nasib mereka yang pergi secara mengejut dan tragis dalam tragedi ini."Kini saya sudah tiada abang lagi, yang tinggal hanya dua kakak," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raub di sini.Muhamad Yusrizuhairi berkata, arwah abangnya seorang yang baik, begitu juga dengan isteri dan anak-anaknya."Walaupun kami tinggal berasingan, sebelum ini arwah tetap mengambil berat tentang saya dan ibu





177,000 PATI telah daftar PRM 2.0, pendaftaran dijangka meningkat menjelang perayaan - Sinarharian - 26/02 2:28 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Sebanyak 177,161 pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diterima Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Program Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) 19 Mei tahun lalu sehingga 23 Februari 2026.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, sambutan terhadap PRM 2.0 dijangka meningkat terutama menjelang musim perayaan."Kita tidak lagi menggunakan sistem janji temu bagi urusan PRM, sebaliknya membuka kaunter secara walk-in."Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada individu yang hadir lebih awal bagi membolehkan urusan selesai pada hari sama





Lima beranak maut kebakaran: Sultan Pahang, Tengku Ampuan dukacita dan zahirkan takziah - Sinarharian - 26/02 1:42 pm

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub awal pagi Khamis.Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua amat dukacita atas kejadian tersebut."Berharap agar seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir ALLAH SWT."Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan yang mulia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba ALLAH yang dikasihi," menurut hantaran itu pada Khamis.Kebakaran pada kira-kira jam 3.40 pagi itu meragut nyawa Mohd Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka iaitu Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14; dan Ruby Azyan Barizah, 10





'Saya sempat bertemu arwah awal Ramadan'- Exco Pahang - Sinarharian - 26/02 1:07 pm

SHAH ALAM Kejadian lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal.Beliau yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang berkata, khabar duka itu lebih menyentuh perasaannya kerana pernah berkesempatan menemui salah seorang mangsa, Allahyarham Mohd Alawi Muhammad, 56, sebelum ini."Pilu dan sedih pagi ini setelah mendapat perkhabaran lima sekeluarga terkorban dalam satu kebakaran awal pagi tadi."Saya terus ke tempat kejadian sesudah subuh tadi bagi melihat sendiri situasi sebenar





Beaufort lumpuh, aktiviti ekonomi terhenti dan akses terputus - Sinarharian - 26/02 12:48 am

KOTA KINABALU - Pekan Beaufort lumpuh selepas paras air Sungai Padas dilaporkan semakin meningkat sebelum melimpah ke jalan raya, sekali gus menenggelami kawasan pekan dan premis perniagaan di sekitarnya.Tinjauan Sinar Harian mendapati banyak kedai tidak dapat beroperasi apabila air mula memasuki ruang premis sejak awal pagi.Keadaan itu menyebabkan aktiviti harian terhenti, manakala peniaga termasuk di bazar Ramadan terpaksa menanggung kerugian suuslan terdapat barangan yang tidak sempat dipindahkan ke tempat selamat.Selain itu, beberapa laluan utama di kawasan rendah turut dinaiki air sehingga tidak dapat dilalui kenderaan biasa.Hanya kenderaan berat seperti pacuan empat roda dan lori dilihat mampu meredah banjir, sementara pengguna jalan raya lain dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan untuk ke daerah itu.Akses ke kawasan perkampungan juga terjejas termasuk laluan masuk ke kediaman penulis sendiri di Kampung Batandok Lubak di sini turut terputus.Hal ini sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk untuk keluar mendapatkan bekalan keperluan asas.Setakat ini, penduduk terus memantau perkembangan paras air dengan kebimbangan sekiranya hujan berterusan dan keadaan menjadi lebih buruk.Selain Beaufort, daerah lain yang turut terjejas akibat banjir ialah Tenom, Membakut, Sipitang dan Sook.Setakat jam 12 tengah hari pada Khamis, seramai 3,617 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di enam daerah terjejas.Daripada jumlah itu, Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 948 penduduk ditempatkan di dua pusat pemindahan, iaitu Pusat Pemindahan Kekal Selagon dan Pusat Pemindahan Sementara Dewan Dewan Undangan Negeri Banir.Sementara itu, bacaan paras air Sungai Padas setakat jam 11 pagi menunjukkan trend membimbangkan apabila berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 10.15 meter.Pihak berkuasa terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan penduduk di kawasan rendah serta berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.





With TB cases on the rise, Bintulu steps up awareness campaigns and screenings - BorneoPost - 26/02 11:40 am

BINTULU (Feb 26): The Bintulu Divisional Health Office has stepped up community outreach initiatives to improve public health literacy, particularly on tuberculosis (TB), through a series of awareness and education campaigns





IMRAN PTPTN 2026 diperluas ke seluruh negara - Sinarharian - 26/02 10:08 am

BANTING - Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) terus memperkukuh peranannya sebagai inisiatif signature di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak diperkenalkan pada 2021.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, ini adalah tahun kelima pihaknya menganjurkan program tersebut bagi mengeratkan ukhuwah silaturrahim dan memperkukuh hubungan baik antara PTPTN dengan para pelajar serta institusi pendidikan di seluruh negara.Menurutnya, menerusi pelaksanaan berterusan nilai-nilai kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan pelajar serta tenaga pengajar."Bagi tahun 2026, program IMRAN dilaksanakan dalam skala lebih besar berbanding tahun sebelumnya





Pegawai Imigresen patah kaki dirempuh dalam serbuan pusat hiburan - Sinarharian - 26/02 9:40 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai Imigresen cedera patah kaki kiri selepas dirempuh warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang di sini pada Khamis.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi bermula 3.15 pagi itu, segelintir pengunjung bertindak agresif ketika dalam kelam-kabut di tangga premis sehingga pegawai itu terjatuh."Ada individu cuba melarikan diri sehingga salah seorang pegawai Imigresen dirempuh oleh pengunjung yang menyebabkan pegawai terjatuh dan cedera."Saya dimaklumkan pegawai perkenaan patah kaki dan dia sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen Malaysia di sini pada Khamis.Zakaria berkata, keadaan pegawai itu stabil dan mungkin mengambil masa untuk pulih."Pegawai itu akan membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut," katanya.Operasi itu membabitkan 85 pegawai dan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) dengan 48 daripada 98 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.Antara kesalahan ialah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan mereka terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika.Dua lelaki Nigeria ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pengacara lagu (DJ).Mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.Kebanyakan pengunjung dalam keadaan dipengaruhi alkohol ketika pemeriksaan dijalankan.Siasatan awal juga mendapati premis itu menggunakan khidmat wanita warga asing yang menerima tempahan dan menetapkan kadar bayaran melalui telefon.Semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.





Enam khemah bazar raya di Stadium Darul Aman terbakar - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Enam khemah bazar raya di Stadium Darul Aman terbakar ALOR SETAR - Enam khemah Bazar Aidilfitri di Stadium Darul Aman di sini yang menjual pakaian dan pelbagai kelengkapan raya, musnah dalam kebakaran pagi tadi





MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel Tonto .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

# MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel Tonto KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat serta menahan pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat menjadi orang tengah kartel tonto berkaitan aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan





???Selamat tinggal??? plastik sekali guna, tekad Perak demi kelestarian .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

Sebelum ini, jika premis tidak menyediakan plastik, pengguna masih boleh membelinya pada harga tertentu, namun menerusi larangan penggunaan plastik sekali guna, walaupun pengguna sanggup membayar, ia tetap tidak dibenarkan, katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Bazar Ramadan Medan Gopeng, baru-baru ini





Should Ramadan bazaar food carry labels? Consumers in Johor say yes - Malaymail - 26/02 7:00 am

PONTIAN, Feb 26 Labelling food sold at Ramadan bazaars, listing ingredients, preparation date, and trader d...





MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel tonto - Sinarharian - 25/02 11:03 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat serta menahan pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat menjadi orang tengah kartel tonto berkaitan aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau telah dimaklumkan lebih awal mengenai operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPRM itu bagi mempertahankan imej, kredibiliti serta integriti jabatan daripada elemen negatif yang tidak boleh dikompromi.Sebelum ini, katanya, beliau turut menerima pelbagai aduan termasuk daripada pengusaha lori tentang penglibatan anggota penguat kuasa yang membocorkan maklumat operasi kepada pihak luar sebelum tindakan diambil."Perkara ini telah pun berlaku beberapa kali dalam masa beberapa bulan sebelum ini





AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan - Sinarharian - 25/02 10:35 pm

SUNGAI BULOH - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperkukuh kawalan keselamatan dan kesiapsiagaan anggotanya, termasuk meneliti penubuhan pasukan khas, susulan insiden tembakan terhadap kenderaan dinaiki seorang komander agensi itu pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah AKPS (Pengurusan), Ismail Mokhtar berkata, langkah berkenaan dibuat selaras dengan proses pengambilalihan operasi dan aset daripada enam agensi teras termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, selain penilaian semula risiko di pintu masuk negara."Kita ke arah itu (penubuhan pasukan khas) bagi memperkukuh aspek keselamatan





Shahidan gesa semua dividen KWSP masuk Akaun 3 bantu pencarum beraya - Sinarharian - 25/02 7:52 pm

KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) bagi meringankan beban pencarum yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, langkah itu penting bagi membantu pencarum yang sangat memerlukan wang ketika menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi."Menjelang pengumuman kadar dividen 2025 oleh KWSP pada Sabtu ini, saya ingin menyeru agar pihak kerajaan mempertimbangkan satu langkah yang benar-benar memberi kelegaan kepada rakyat."Saya memohon agar dividen yang diumumkan dimasukkan 100 peratus terus ke Akaun 3 supaya ia boleh dimanfaatkan segera oleh pencarum yang memerlukan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Perkara itu terdahulu turut dibangkitkan Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.Pada Selasa, KWSP dilaporkan akan mengumumkan kadar dividen bagi 2025 pada Sabtu ini berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan kumpulan tersebut bagi mengadakan taklimat mengenai dividen 2025 pada hari berkenaan.KWSP mengisytiharkan kadar dividen tahun 2024 sebanyak 6.3 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan syariah.Kadar dividen bagi 2023 pula masing-masing 5.5 peratus dan 5.4 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan syariah.Jumaat lalu, media turut melaporkan pencarum KWSP mengharapkan semua dividen yang bakal diumumkan dimasukkan sepenuhnya ke Akaun 3 supaya boleh digunakan bagi perbelanjaan sempena Hari Raya Aidilfitri.Menurut Shahidan, cadangan berkenaan tidak memberi sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan kerana ia hanya melibatkan pengagihan dividen KWSP."Kerajaan tidak perlu buat apa-apa, hanya dividen KWSP yang akan diberikan pada Mac ini perlu dimasukkan semuanya ke Akaun 3."Sekarang dividen dimasukkan ke Akaun 1 dan Akaun 2 yang sukar dikeluarkan dan hanya sedikit ke Akaun 3," ujarnya.Beliau turut memberi contoh seorang pegawainya yang mempunyai simpanan sebanyak RM300,000, namun tidak boleh mengeluarkan wang berkenaan kerana faktor umur yang masih muda.Tambahnya, dividen tahunan yang diterima pegawainya itu dianggarkan hampir RM10,000."Dia (pegawai saya) kata kalau dapat dividen berkenaan, ia cukup-cukup menolongnya





'Bawa stok banyak, tapi...' - Asmidar sebak gerai martabak ayah tak semeriah dulu - Sinarharian - 25/02 6:56 pm

BILA sebut Ramadan, ramai terbayang juadah enak, bazar yang meriah dan deretan gerai yang tak putus dikunjungi.Namun di sebalik kemeriahan itu, ada juga kisah peniaga yang perlu bermula semula mencari tapak, membina pelanggan dan menaruh harapan pada rezeki yang belum tentu.Itulah realiti yang dilalui keluarga penyanyi Asmidar tahun ini.Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, pelantun lagu Biar Sampai Ke Bintang itu berkongsi situasi ayahnya yang tidak lagi berniaga di tapak lama di Wangsa Maju selepas hampir 40 tahun setia di situ."Hai semua, tahun ni ayah dah tak berniaga dekat Bazar Wangsa Maju macam selalu."Walaupun ayah adalah peniaga yang paling lama yang berniaga di Bazar Ramadan Wangsa Maju





KL mosque under fire after social media users allege rude treatment, cronyism - Sinardaily - 25/02 5:27 pm

SHAH ALAM A mosque in Kuala Lumpur is facing criticism online after a social media thread was flooded with allegations of rude behaviour, double standards and cronyism involving members of its committee.Several users shared personal experiences in the comment section of a post that initially invited the public to attend iftar at the mosque.One commenter claimed the mosque was too territorial, alleging that even long-time residents avoided it.I dont know





Kes hina agama: Pemuda UMNO Pekan akan hantar memorandum kepada UMPSA, tuntut tindakan tegas - Sinarharian - 25/02 4:52 pm

PEKAN Pemuda UMNO Pekan akan menghantar memorandum kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menuntut tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Selasa.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, memorandum itu bertujuan mendesak pihak universiti mengambil tindakan disiplin tegas terhadap pelajar terlibat bagi memastikan insiden sama tidak berulang.Menurut beliau, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti agama dan berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan."Kalau ikut kehendak kami di Pemuda UMNO Pekan, kami tidak mahu pelaku terus berada di Pekan, Bandar Diraja tempat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Ketua Agama Islam Negeri."Jadi saya rasa sangat tidak patut seorang yang menghina agama, al-Quran dan Nabi kami sebegitu rupa dibiarkan lagi menjejakkan kaki di tanah ini."Kami akan menyerahkan memorandum rasmi itu kepada pihak UMPSA secepat mungkin," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat UMNO Pekan di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul berkata, penghinaan terhadap Islam bukan perkara baharu, namun insiden kali ini lebih serius kerana berlaku pada bulan Ramadan."Ada yang kata suspek sudah minta maaf atau insaf, itu soal lain





Lima khemah Bazar Raya Stadium Darul Aman musnah terbakar - Sinarharian - 25/02 4:50 pm

ALOR SETAR - Lima khemah Bazar Raya Stadium Darul Aman di sini yang menjual kelengkapan perayaan, musnah dalam kebakaran tengah hari Rabu, namun tidak melibatkan mangsa.Ketua Zon 1, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.25 pagi berhubung kejadian.Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar digerakkan ke lokasi kejadian di Stadium Darul Aman, kira-kira dua kilometer dari balai."Semasa jentera tiba pada jam 11.29 pagi mendapati lima buah khemah sedang terbakar dengan keadaan api marak."Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terjejas," katanya.Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 11.37 pagi dan kerja-kerja overhaul dijalankan di lokasi.Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.36 tengah hari.Punca dan kerugian masih dalam siasatan.Sementara itu, video yang tular di media sosial berhubung kejadian menunjukkan baju raya yang dijual di bazar berkenaan, musnah dalam kebakaran.





Religious affairs minister to Muslims: Respect Ramadan, do not emulate viral TikTok incident - Malaymail - 25/02 4:07 pm

KUALA LUMPUR, Feb 25 Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan has...





All Aboard The Ramadan Express: ETS Trains Just Made Going Home 30% Cheaper - Therakyatpost - 25/02 3:42 pm

KTM Berhad has launched a Ramadan 2026 promotion offering 30% discounts on ETS train tickets for three specific travel periods (February 23-26, March 2-5, and March 9-12), but the real story is the fierce competition for these tickets.





Record Bids, Rising Prices: The New Reality Of Ramadan Bazaar Economics - Therakyatpost - 25/02 3:35 pm

The industry overall faces mounting pressure as traders struggle to maintain profit margins while keeping food affordable for customers, particularly impacting low-income families during the holy month.





Public warned against AI-generated videos impersonating Agong - FMT - 25/02 3:26 pm

The royal press office flags claims that the Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim is offering financial aid to the public during Ramadan.





Amid Ramadan sensitivities, Zambry warns against exploiting alleged Quran stepping incident - Malaymail - 25/02 3:21 pm

KUALA LUMPUR, Feb 25 Higher Education Minister Datuk Seri Zambry Abdul Kadir today urged the public to remain ca...





Zulkifli urges Muslims to respect Ramadan, do not emulate viral TikTok incident - Sinardaily - 25/02 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan has urged Muslims not to emulate the actions of a woman who was seen drinking openly during a TikTok live stream, describing the incident as worrying, particularly during Ramadan.He said the case should serve as a reminder to the community, stressing that the governments approach is to educate and guide Muslims to better respect the sanctity of the holy month."We have received information on the case and advise Muslims in this country to refrain from such an act, which is seen as worrying."We delivered a special sermon at the start of Ramadan, and perhaps after this, we will also request a sermon directly for women, he said at a press conference after announcing the 2025 Al-Quran and Fardhu Ain Class Assessment Test (UPKK) results today.Zulkifli emphasised that efforts to educate and guide the community would continue through advice issued by the Mufti Department and relevant religious authorities.He added that the case had been handed over to enforcement authorities for action in accordance with the law.However, he said the broader challenge was to highlight the beauty of Islam to both Muslims and non-Muslims."In a multi-racial and multi-religious society, we must understand one another to avoid incidents of religious insult, in line with the MADANI Governments aspiration of embracing differences within the framework of unity, he said.Earlier, a viral video showed a woman allegedly eating and drinking openly while interacting with followers during a live TikTok session.This morning, the director of the Negeri Sembilan Islamic Religious Affairs Department confirmed that the woman, aged 27, was arrested in Kuala Pilah yesterday and is being investigated under Section 50 of the Negeri Sembilan Syariah Criminal Enactment 1992 for allegedly insulting Islam





Johor consumers back food labelling at Ramadan bazaars for safety - SUN - 25/02 1:52 pm

Labelling food at Ramadan bazaars can protect consumers and curb food poisoning, with Johor residents calling for greater transparency from traders.





KPT jamin kes pelajar UMPSA hina Islam akan diselesaikan segera - Sinarharian - 25/02 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa kes pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam dengan memijak al-Quran sebelum memuat naik gambar perbuatan itu di media sosial akan diselesaikan dengan segera.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan yang tidak beradab itu sememangnya perlu ditangani segera, apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bertenang kerana pihak polis telah mengambil tindakan pantas berhubung kes berkenaan."Pihak kementerian dan kerajaan tidak mengambil mudah perkara seperti ini kerana ia boleh menimbulkan rasa kebencian antara satu sama lain."Setakat ini pihak universiti telah membuat laporan kepada polis dan polis telah mengambil tindakan





Perbuatan hina, pijak al-Quran gores maruah Islam - Menteri Agama - Sinarharian - 25/02 1:23 pm

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius insiden melibatkan seorang pelajar yang menghina Islam di media sosial sehingga mengundang kemarahan ramai ketika ini.Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ini."Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang."Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti di Pahang di media sosial.Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam.Menurut Yahaya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap penuntut terbabit yang ditahan awal pagi Rabu itu.





Kerajaan kecam sekeras-kerasnya tindakan individu pijak al-Quran - Fahmi - Sinarharian - 25/02 1:19 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya insiden melibatkan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads menggunakan nama akaun ryandaselva.Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini."Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.Pada masa sama, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada."Sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali," katanya.Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman pada Rabu mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial melalui hantaran yang tular sejak semalam.Mengulas isu sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi jaminan insiden itu akan diselesaikan segera memandangkan perbuatan itu mampu mengundang kegusaran terutamanya berlaku pada bulan Ramadan.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar bertenang serta tidak mengambil sebarang tindakan luar jangka terhadap pelajar tersebut."Tindakan-tindakan tidak beradab ini perlu ditangani segera dan kita juga mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius insiden berkenaan."Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang."Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya menerusi kenyataan





Immigration Dept detain 13 foreign nationals at Ramadan bazaars in Bandar Baru Bangi - Malaymail - 25/02 12:52 am

KUALA LUMPUR, Feb 25 The Immigration Department of Malaysia (JIM) detained 13 foreigners in a special inspection...





Johor Palace sounds alarm over deepfake clips claiming Ramadan aid from Agong - Malaymail - 25/02 11:55 am

KUALA LUMPUR, Feb 25 The Johor Palace has raised the alarm over a series of AI-generated TikTok videos impersona...





PTPTN semarakkan kebersamaan menerusi Program Imarah Ramadan 2026 - FMT - 25/02 11:06 am

Jelajah lima zon, tujuh lokasi seluruh negara, salur bantuan kewangan dan sumbangan makanan kepada pelajar serta komuniti institusi pendidikan.





Pemuda UMNO Pekan desak tindakan tegas isu hina Nabi dan agama ketika Ramadan - Sinarharian - 25/02 10:42 am

KUANTAN - Pemuda UMNO Pekan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera berhubung kenyataan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam bulan Ramadan.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, profesional dan tanpa kompromi.Menurutnya, tindakan perlu diambil agar menjadi pengajaran kepada pihak lain, dalam masa yang sama sebagai langkah mengelakkan perkara sama berulang pada masa akan datang."Kami menegaskan bahawa tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, antaranya Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan atau permusuhan atas alasan agama."Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang menyentuh penghinaan dengan niat membangkitkan pecah keamanan, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan kandungan jelik, lucah, palsu atau mengancam," katanya pada Selasa.Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki menggesa orang ramai berhujah menggunakan fakta dan rujukan bagi mengekalkan etika perbincangan yang sihat.Menerusi hantaran yang disematkan (pinned) pada profilnya, individu itu menegaskan bahawa penggunaan kata makian dan hinaan hanya membuang masa serta tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.Namun, lelaki berkenaan kemudian dikesan beralih daripada menyeru perbincangan sihat kepada memuat naik status provokatif dengan kata-kata kesat, sekali gus menimbulkan reaksi kurang selesa dalam kalangan warga maya.Mohd Fakhrul Akhmal berkata, perbuatan tersebut adalah satu tindakan yang biadab dan melampaui batas kebebasan bersuara.Tegasnya, ia juga bakal mencetuskan ketegangan antara agama serta mengganggu ketenteraman awam."Kami kesal, kecewa, marah dan bimbang dengan tindakan tersebut," ujarnya.Menurutnya, Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama tidak boleh berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana perkara melibatkan 3R iaitu agama, raja dan kaum."Kami juga menyeru masyarakat agar bertenang, tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak menurut lunas undang-undang."Keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama





UMPSA siasat dakwaan hantaran sentuh isu 3R libat pelajar - Sinarharian - 25/02 10:06 am

KUANTAN -Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial menerusi akaun milik individu yang didakwa pelajar universiti itu.Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Korporatnya pada Rabu, UMPSA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyebaran kandungan palsu atau berbentuk hasutan kebencian sehingga mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam.Menurut kenyataan itu, sentimen 3R tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti."Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024."UMPSA sentiasa mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat," menurut kenyataan itu.UMPSA turut mengingatkan warganya agar tidak menyebarkan kandungan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara.Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan isu tular membabitkan satu hantaran di media sosial oleh individu dipercayaipenuntut universiti itu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.Perbuatan tersebut disifatkan satu tindakan yang biadab, dan berlaku pada bulan Ramadan.Terdahulu, Pemuda UMNO Pekan menyelar perbuatan individu tersebut yang disifatkan melampaui batas kebebasan bersuara dan jelas boleh mencetuskan ketegangan antara agama serta mengganggu ketenteraman awam.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, sebagai negara berbilang kaum dan agama, mereka tidak boleh berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana perkara melibatkan 3R."Tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan."Selain itu, individu terlibat juga boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan.Mohd Fakhrul Akhmal berkata, Pemuda UMNO Pekan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan tanpa sebarang kompromi.Katanya, tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain dan mengelakkan perkara sama berulang di masa akan datang."Kami juga menyeru masyarakat agar bertenang, tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak menurut lunas undang-undang."Keharmonian negara tanggungjawab bersama





Nga Kor Ming rolls up sleeves to prepare sahur for firefighters, honours JBPMs sacrifice - Malaymail - 25/02 9:33 am

KUALA LUMPUR, Feb 25 Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming continued his annual Ramadan tradition b...





Treasure Ramadan FAMA jelajah seluruh negara - Sinarharian - 25/02 9:30 am

Jadi ia dibuat secara berturutan supaya semangat bekerjasama itu dapat dirasai di setiap negeri yang terlibat," katanya.Beliau berkata, kejayaan program tersebut didorong oleh komitmen menyeluruh warga FAMA di peringkat negeri dan daerah, selain sokongan padu usahawan bimbingan agensi."Komitmen mereka amat penting dalam memastikan setiap lokasi program berjalan lancar," katanya.Mengulas pendekatan yang diambil, Aminuddin berkata program ini memberi keutamaan kepada konsep ziarah kasih dengan mengunjungi sendiri rumah penerima."Kita tidak membawa mereka ke tempat kita, sebaliknya kita menziarahi mereka untuk melihat sendiri keadaan sebenar. Kita menziarah, kita empati dan kita menyampaikan sumbangan hasil sumbangan FAMA dan usahawan," katanya.Menurut beliau, pendekatan itu memberi makna lebih mendalam kerana pihaknya dapat memahami secara langsung cabaran kehidupan yang dihadapi penerima.Sepanjang tempoh pelaksanaan, seramai 70 asnaf disantuni, membabitkan lima penerima bagi setiap negeri dengan kerjasama agensi berkaitan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan benar-benar layak.Sumbangan yang diberikan merangkumi kit makanan keperluan asas, kit Hari Raya, buah-buahan serta duit raya bagi membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan Ramadan dan Syawal.Selain penyampaian sumbangan, program itu turut diisi dengan bacaan tahlil dan doa, berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah bersama komuniti setempat, khususnya golongan asnaf.Aminuddin berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kebajikan, malah turut menyokong sektor agromakanan negara.Katanya, pelbagai aktiviti sampingan seperti Jualan Agro MADANI, kempen makan buah-buahan tempatan, edaran bubur lambuk serta lawatan ke bazar Ramadan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan jualan usahawan dan petani tempatan sepanjang musim perayaan."Penglibatan usahawan dalam program ini bukan sahaja dalam bentuk sumbangan produk proses dan segar tetapi juga sebagai sebahagian daripada ekosistem yang sama-sama menyumbang kepada masyarakat."Secara tidak langsung, ia membuka peluang promosi produk, meningkatkan jualan Ramadan serta memperluas jaringan pasaran mereka," katanya.Beliau menegaskan, FAMA bertindak sebagai penyelaras utama dari aspek perancangan, pengumpulan dana, logistik, pemilihan penerima serta pelaksanaan program di lapangan.Kerjasama erat antara FAMA Ibu Pejabat, FAMA Negeri dan anak syarikat memastikan penyampaian bantuan dilaksanakan secara tersusun, telus dan berimpak tinggi.Aminuddin berharap Treasure Ramadan FAMA akan terus menjadi platform berterusan dalam menyemai nilai kasih sayang, empati dan kebersamaan dalam kalangan warga agensi serta komuniti."Kita mahu memastikan manfaat pembangunan sektor agromakanan bukan sahaja dirasai dari sudut ekonomi, tetapi juga diterjemahkan dalam bentuk kebajikan sosial kepada masyarakat secara menyeluruh," katanya.





Tidak hormat Ramadan, wanita buat live minum air di TikTok ditahan - FMT - 25/02 8:55 am

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Pilah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan semalam.





Woman nabbed for allegedly disrespecting Ramadan on TikTok - FMT - 25/02 8:48 am

The 27-year-old was seen openly eating and drinking during a livestream.





Why its OK for everyone to be more Chinese (Malaysian) - Malaymail - 25/02 8:38 am

FEBRUARY 25 This year is a whimsical convergence for our multi-holiday celebrating nation.Ramadan began on the s...





Woman livestreams herself eating, drinking water during Ramadan, detained by JHEAINS - Sinardaily - 25/02 8:34 am

SEREMBAN - The Negeri Sembilan Islamic Religious Affairs Department (JHEAINS) is investigating allegations that a woman allegedly disrespected the holy month of Ramadan during a live broadcast on her TikTok account last Sunday.JHEAINS director Datuk Mohd Asri Abdullah said the 27-year-old woman was arrested in Kuala Pilah yesterday and is currently being investigated under Section 50 of the Negeri Sembilan Syariah Criminal Enactment 1992 for allegedly insulting or bringing disrepute to Islam.He said a review of the viral video found that the woman was interacting directly with her followers at about 6.45pm."During the live broadcast, the individual was seen openly eating and drinking," he said in a statement today.Asri advised the public, especially Muslims, to be mindful of religious sensitivities and to uphold the sanctity of Ramadan by practising commendable conduct in accordance with Islamic teachings.He added that JHEAINS remains committed to ensuring that matters involving Muslims in the state are handled in an orderly and prudent manner, in line with Islamic principles and existing laws.Earlier, a video circulating on social media showed a woman allegedly drinking water while interacting with her followers during a live TikTok session





Farley Kota Samarahan brings Ramadan joy to underprivileged kids - BorneoPost - 25/02 8:01 am

KOTA SAMARAHAN (Feb 25): Farley Kota Samarahan’s ‘Majlis Sentuhan Kasih 2026’ yesterday brought joy and encouragement to orphans and other underprivileged children from the local community





13 warga Indonesia ditahan di Bazar Ramadan Bangi - Mgazette - 25/02 7:48 am

# 13 warga Indonesia ditahan di Bazar Ramadan Bangi KUALA LUMPUR - Seramai 13 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan di Tapak Bazar Ramadan, Seksyen 13, Laman Niaga Komuniti, Bandar Baru Bangi, semalam





Prasarana diarah beri penjelasan lanjut gangguan tren LRT - Mgazette - 25/02 7:48 am

# Prasarana diarah beri penjelasan lanjut gangguan tren LRT KUALA LUMPUR Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah diarahkan untuk memberikan penjelasan lanjut dalam mesyuarat pasca-Kabinet susulan beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya sejak awal Ramadan





How digital platforms are redefining Ramadan engagement in Malaysia - Malaymail - 25/02 7:00 am

KUALA LUMPUR, Feb 25 The Ramadan atmosphere, traditionally enlivened through activities at mosques and sura...





Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan - Sinarharian - 25/02 12:24 am

TANJUNG MALIM Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengharumkan nama negara apabila lima pelajarnya terpilih menjadi imam sempena Program Qari in Residence sepanjang Ramadan tahun ini di United Kingdom, Australia dan Singapura.Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pemilihan wakil universiti itu di institusi Islam luar negara sepanjang bulan Ramadan membuktikan keupayaan UPSI melahirkan graduan serta warga institusi yang mendapat pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tahfiznya.Menurutnya, pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Adib Farhan Baharudin, terpilih menjadi imam di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom."Saya berasa terharu apabila pelajar UPSI diberi peluang berkhidmat sebagai imam di institusi berprestij luar negara."Ini satu penghormatan luar biasa dan peluang untuk memantapkan lagi keperibadian sebagai pelajar tahfiz," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Md Amin berkata, program yang berlangsung dari 16 Februari hingga 21 Mac itu bukan sahaja membanggakan UPSI, malah memperlihatkan potensi besar institusi pendidikan tempatan dalam menyumbang kepada pembangunan ilmu al-Quran di peringkat global.Menurutnya, selain Adib Farhan, Ahmad Al Mustafa Mohd Azmi turut berkhidmat sebagai imam di Malaysian Hall Perth, Australia.Sementara itu, Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli dan Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam masing-masing berkhidmat di Masjid al-Ghufran, Singapura.Turut diberi kepercayaan ialah Guru Tahfiz merangkap Penasihat Persatuan Tahfiz UPSI, Ah-Luqman Al-Hakim Che Zahari dari Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami FSK yang berkhidmat sebagai imam di Masjid Dar al-Iman dan Malaysian Hall Sydney, Australia.Md Amin berkata, penglibatan pelajar dan pegawai UPSI di luar negara membuka ruang untuk mereka memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi serta kefahaman budaya masyarakat Islam antarabangsa."Ia selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan modal insan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menjadi duta ilmu, sahsiah dan nilai Islam," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan UPSI kini dalam proses pembinaan Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan) yang bakal menjadi pusat kajian berkaitan isu pendidikan tahfiz di negara ini.Institut yang sedang dibangunkan di atas tapak seluas 7.2 hektar di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City itu akan menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan sistem pondok dan sistem pendidikan arus perdana.Sementara itu, Pengarah i-Furqan, Prof Dr Abd Rahman Abd Ghani berkata, Program Qari in Residence merupakan platform strategik dalam mengetengahkan bakat serta kepakaran pelajar tahfiz UPSI di pentas global.Menurut beliau, pemilihan wakil UPSI dibuat melalui proses saringan rapi melibatkan penilaian aspek hafazan, penguasaan qiraat, pencapaian akademik serta keperibadian calon."Program ini memberi ruang kepada peserta untuk mempraktikkan ilmu qiraat, tajwid dan pengurusan ibadah dalam konteks sebenar di luar negara, sekali gus memperkukuh keyakinan diri serta profesionalisme sebagai imam dan pendidik al-Quran."Kita berharap pengalaman ini akan memberi nilai tambah signifikan kepada pembangunan sahsiah dan kerjaya mereka pada masa hadapan," katanya.





Mydin, Sinar Harian anjur Jelajah Iftar 2026 - Sinarharian - 25/02 12:00 am

SUBANG JAYA Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 dengan kerjasama Sinar Harian bagi menyantuni masyarakat setempat sempena Ramadan tahun ini.Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, program berbuka puasa secara santai itu akan berlangsung di sembilan cawangan pasar raya berkenaan di seluruh negara bermula 23 Februari hingga 16 Mac depan.Menurutnya, cawangan yang terlibat ialah Subang Jaya (Selangor), Mutiara Rini (Johor), MITC (Melaka), Seremban 2 (Negeri Sembilan), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Meru Raya (Perak), Tunjong (Kelantan), Jengka (Pahang) dan Sejati Ujana (Sabah)."Program ini bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa, bahkan platform memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum."Hasrat meneruskan program ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan penaja kami yang konsisten menyumbang semula kepada masyarakat antaranya F&N, Nestle, Perap 99, Sunsilk, Tisha's dan Vaseline," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 di Mydin USJ, di sini pada Isnin.Majlis yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.Sementara itu, Ameer Ali memaklumkan program tahun ketiga tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dengan setiap lokasi menyantuni lebih 1,000 pelanggan.Katanya, orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui media sosial rasmi Mydin Malaysia."Seramai 500 pendaftar terawal di setiap lokasi akan menerima beg percuma tajaan F&N."Saya yakin dan percaya setiap kebaikan dan perkongsian pasti akan menambah keberkatan perniagaan kita semua," ujarnya.Selain berbuka puasa, jelajah menampilkan pengisian rohani bersama beberapa pendakwah terkenal bagi menyemarakkan suasana Ramadan.Dalam pada itu, sebagai antara rakan penaja jelajah, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd menjadikan platform inisiatif mendekati komuniti di samping menggalakkan amalan hidrasi sihat melalui minuman 100PLUS ketika berbuka puasa.Pengarah Pemasarannya, Leong Wai Yin berkata, program juga berperanan mengukuhkan jenama itu sebagai pilihan rakyat Malaysia khususnya dalam momen kebersamaan seperti iftar, di samping meningkatkan keterlihatan jenama di lokasi strategik."Kami harap sinergi terjalin diteruskan dalam jangka panjang demi memberikan nilai terbaik kepada rakan niaga dan pengguna."Melalui rangkaian pasar raya Mydin yang meluas, program ini mampu menjangkau lebih ramai pelanggan di pelbagai lokasi."Sekiranya sambutan memberangsangkan, tidak mustahil kerjasama ini diteruskan dengan lebih banyak aktiviti serta tawaran menarik pada masa depan" katanya.Sementara itu, Wai Yin turut menyasarkan pertumbuhan jualan menjelang Ramadan dan Syawal."Jelajah iftar bersama Mydin dijangka bantu perkukuhkan capaian jenama serta merancakkan jualan melalui promosi secara menyeluruh," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata, Boost Bank meneruskan kerjasama dengan Mydin menerusi meraikan Ramadan dengan menawarkan diskaun dan sumbangan baju raya bersama Mydin."Boost Bank memberikan diskaun kepada pelanggan Mydin melalui baucar baju raya bernilai RM10 kepada mereka yang membuka akaun baharu di Boost Bank."Pelanggan yang memohon kad debit Boost Bank dan menggunakannya untuk berbelanja turut dapat menikmati pulangan tunai sebanyak dua peratus," katanya.Tambahnya, Boost Bank juga menyumbangkan lebih 200 set baju raya kepada penerima sumbangan bersama Mydin di lapan lokasi lain sepanjang Ramadan ini."Ia sebahagian usaha kami menjadikan musim Ramadan dan Aidilfitri lebih bermakna dan lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia," katanya.





Immigration detains 13 foreigners at Selangor Ramadan bazaar - SUN - 24/02 10:44 pm

Malaysian immigration authorities detained 13 Indonesians at a Ramadan bazaar in Bandar Baru Bangi for suspected immigration offences.





Bau hangit selamatkan empat pekerja kedai minuman dari rentung - Sinarharian - 24/02 6:28 pm

KOTA BHARU Bau hangit yang kuat menyelamatkan empat pekerja daripada rentung dalam kebakaran sebuah kedai minuman dan pencuci mulut di Taman Kenangan di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kebakaran dipercayai bermula di bahagian stor belakang kedai sebelum merebak ke ruang pejabat dan sebahagian kawasan penyediaan minuman.Pekerja kerani akaun sambilan, Kam Sui Yin, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam pejabat sebelum terhidu bau seperti sesuatu terbakar."Saya duduk dalam ofis tiba-tiba terbau macam benda terbakar dan seorang lagi pekerja pergi periksa sebelum nampak api sudah marak di bahagian belakang stor tempat simpan kotak."Dia terus lari ke arah saya dan suruh cepat keluar sebab api makin besar, kami semua terus keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, seorang pekerja sempat mengangkat air dan cuba memadam kebakaran sementara menunggu ketibaan bomba.Katanya, ketika kejadian terdapat dua kakitangan di bahagian penabat dan dua pekerja lain bertugas di bahagian penyediaan minuman."Mujur masa tu tak ada pelanggan dalam kedai."Kebiasaan memang ada sebab kedai buka jam 3 semasa Ramadan," katanya.Akibat kebakaran terbabit, kedai yang beroperasi lebih setahun itu mengalami kerosakan di bahagian stor, pejabat dan ruang jualan minuman.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II, Zuzuki Safei, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.34 petang sebelum sebuah jentera dari BBP Kota Bharu bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai berkeluasan 223 meter persegi."Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos dan api berjaya dikawal dalam tempoh singkat," katanya.Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.





Bangunan terbiar jadi lokasi aktiviti persundalan di bulan Ramadan - Sinarharian - 24/02 5:17 pm

KLANG - Waktu siang bulan Ramadan dicemari dengan aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan terbiar dan rumah usang di Jalan Kem di sini digempur pada Selasa.Serbuan bermula kira-kira jam 1.15 petangdijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat pemasangan dinding (partition) haram sebagai bilik kecil bagi aktiviti seks di premis terbabit biar pun keadaan bangunan yang kotor, berhabuk serta berbau.Malah terdapat pintu rahsia bagi membolehkan mereka melarikan diri ketika diserbu.Turut dijumpai tisu dan kondom di premis terbabit.Selain itu, terdapat beberapa cubaan wanita untuk melarikan diri selain penghuni yang enggan memberi kerjasama membuka pintu.Seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Mimie, 29, berkata, dia mendakwa menawarkan aktiviti seks sejak dua bulan lalu dengan harga RM70."Bilik di sini saya sewa dan bayar kepada seorang lelaki yang datang tiap bulan."Pelanggan warga tempatan ada...warga asing pun ada





Worldwide Holdings agih bantuan Ramadan - Sinarharian - 24/02 5:08 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings), meneruskan tradisi tahunan Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk serta barangan keperluan asas kepada warga kerjanya di Mercu Worldwide Seksyen 13, di sini pada Selasa.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, program itu merupakan inisiatif tahunan syarikat sebagai tanda kesyukuran serta berkongsi rezeki bersama kakitangan termasuk mereka yang bertugas di tapak operasi seperti loji janakuasa dan projek waste-to-energy.Menurutnya, antara sumbangan diberikan ialah beras, kurma dan bubur lambuk, selain bayaran bonus awal sebagai persediaan menjelang Aidilfitri."Alhamdulillah, setiap kali Ramadan dengan rezeki yang Allah berikan, kita dapat berkongsi dengan warga kerja





Kaki ponteng puasa bertempiaran lari, JAINJ serbu premis makanan - Mgazette - 24/02 4:54 pm

# Kaki ponteng puasa bertempiaran lari, JAINJ serbu premis makanan JOHOR BAHRU - Beberapa lelaki Islam bertempiaran lari dan tidak sempat membeli makanan semasa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan serbuan di sebuah restoran mamak di sini





Bunyi kayu patah seperti kiamat: 6 Desa Aceh Timur ???hilang??? dibadai .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm

# Bunyi kayu patah seperti kiamat: 6 Desa Aceh Timur hilang dibadai Balok Pada 26 November tahun lalu, sekitar jam 4 petang, banjir besar disertai tanah runtuh meluru tanpa amaran





Anwar adakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Mindef di Wisma Perwira - Sinarharian - 24/02 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Perwira di sini.Perjumpaan berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Datuk Malek Razak Sulaiman.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan aspek kesiapsiagaan keselamatan dan pertahanan negara, pemerkasaan tadbir urus dan kebajikan seluruh warga ATM.Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tiba di Wisma Perwira pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, disambut Mohamed Khaled dan pimpinan tertinggi ATM.Usai pertemuan itu, Anwar menyertai Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan bersama Perdana Menteri di Masjid Khalid bin Al-Walid di sini, yang dihadiri ratusan jemaah terdiri daripada pegawai dan anggota ATM.Beliau kemudian menunaikan solat Zuhur berjemaah sebelum mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir





Sarawak Ramadan Bazaars told to tighten TB precautions - SUN - 24/02 4:05 pm

Deputy state minister urges stricter crowd control, facemask use as TB cases rise in Sarawak





160 guni anak kerang belum matang dirampas - Sinarharian - 24/02 4:02 pm

SABAK BERNAM - Sebanyak 160 guni anak kerang yang memerlukan antara 15 hingga 20 bulan untuk matang ke saiz komersial dirampas dengan nilai keseluruhan RM107,500 dalam serbuan di Jeti Bagan Sungai Pulai, di sini pada Isnin.Dalam operasi kira-kira jam 5.40 petang itu, penguat kuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor menahan tiga lelaki dan seorang wanita serta menyita sebuah lori jenis Isuzu tiga tan, tujuh tangguk bergalah halus dan satu resit jualan.Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, pemerhatian awal di lokasi mendapati saiz rampasan kecil antara anak dan benih kerang."Bagaimanapun bagi kes ini, analisis lanjut akan dibuat oleh pihak berkaitan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Ujar beliau, kes itu disiasat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.Mengulas lanjut, katanya, kes itu merupakan tangkapan pertama direkodkan pihaknya pada tahun ini.Menurut Noraisyah, perairan Sabak Bernam dan Kuala Selangor antara kawasan semula jadi berlakunya kejatuhan anak kerang berdasarkan faktor biologi dan arus laut.Ditanya adakah wujud sindiket tertentu untuk dijual pasaran tempatan atau luar negara, Noraisyah memaklumkan, siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan."Setakat ini, jabatan menumpukan kepada fakta kes yang ditemui di lokasi, namun sebarang elemen lain akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan lanjut," tambah beliau.Jelas beliau, penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan sumber itu tidak dieksploitasi secara tidak sah.Noraisyah berkata, secara umum benih kerang mempunyai nilai dalam sektor akuakultur dan boleh dipindahkan dari satu tapak ke satu tapak kultur lain yang berdaftar."Secara umum, sebarang sumber perikanan yang mempunyai nilai ekonomi terdedah kepada risiko eksploitasi."Aktiviti pengumpulan sumber perikanan mungkin menjadi pendapatan sampingan komuniti setempat, namun ia mesti mematuhi peraturan serta lesen ditetapkan," tegas beliau.Katanya, secara prosedur pelesenan, benih kerang bersaiz lebih empat milimeter hingga kurang 25 milimeter hanya boleh diambil selepas pengisytiharan pembukaan kawasan lesen kutipan umum oleh jabatan serta perlu mematuhi syarat ditetapkan sebelum dipindahkan ke tapak kultur berdaftar.Ditanya tentang kemungkinan terdapat peningkatan permintaan kerang di pasaran semasa Ramadan, Noraisyah berkata, pihaknya tidak membuat sebarang kesimpulan mengaitkan aktiviti itu dengan faktor bermusim."Secara biologinya, musim kejatuhan anak kerang lazimnya berlaku pada hujung dan awal tahun."Oleh itu, penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten dan dipertingkatkan pada tempoh berkenaan," tambah beliau.





Mermaid Man And Other Wacky 2026 Ramadan Bazaar Finds - Therakyatpost - 24/02 3:56 pm

Roti John takes center stage this year, followed by teh tarik Quesillo and the spooky Roti Pocong.




Reformasi     >>



Samsuri: PAS perlu keluar kepompong politik kampung - Mkini
Kita tak boleh bertanding di peringkat kampung saja, kena keluarlah sama ada di peringkat negeri, persekutuan, mahupun antarabangsa, katanya.
Kroni     >>



Immigration will lodge police report after officer .. - Star
PUTRAJAYA: The Immigration Department will lodge a police report over an incident in which one of its officers was rammed and injured while conducting an operation at a nightclub in Bukit Bintang early Thursday (Feb 26) morning. Read full story
Tabloid     >>



Penyanyi Rap Dikritik Netizen Gara-Gara Luncur Video .. - Beautifulnara
Dunia hiburan tempatan kembali menjadi perhatian apabila seorang penyanyi rap wanita tanah air menerima kecaman hebat susulan pelancaran video muzik terbaharunya yang dianggap tidak sensitif dengan kesucian bulan Ramadan. Video muzik tersebut memaparkan penyanyi berkenaan bersama beberapa ..
Tech     >>



Everything announced at Samsung Unpacked: The Galaxy .. - Engadget
Mobile World Congress is right around the corner, but Samsung got out ahead of many rivals that will be showing off new handsets at that event by running the latest edition of Unpacked on Wednesday. At its event in San Franciscos Palace of Fine Arts, the company revealed the Galaxy S26 lineup, ..
World     >>



Iran warns Trump using Hitler-era propaganda to .. - Tehrantimes
TEHRAN Iranian officials have rejected claims made by U.S. President Donald Trump in his recent State of the Union address, accusing him of spreading deliberate falsehoods aimed at derailing upcoming nuclear negotiations between Tehran and Washington.
Motor Trend     >>



2026 Leapmotor C10 Plus Dilancarkan Di Malaysia .. - Piston
2026 Leapmotor C10 Plus kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia, membawa peningkatan mekanikal yang ketara berbanding model tahun sebelumnya. SUV elektrik segmen-D ini kini menggunakan platform 800V, bateri lebih besar serta output lebih tinggi, dengan harga bermula RM148,000, meningkat daripada ..