| /// |
|
| Search : Batu Muda News | Page 1 |
|
Kekurangan tenaga kerja hospital di Johor perlu diberi perhatian serius .. - Mygazette - 21/10 8:06 am # Kekurangan tenaga kerja hospital di Johor perlu diberi perhatian serius - Exco JOHOR BAHRU - Isu kekurangan tenaga kerja di hospital di Johor perlu diberi perhatian serius susulan peningkatan jumlah pesakit yang semakin membebankan petugas kesihatan |
|
Sultan Selangor tidak berkenan kerabat diraja ambil kesempatan demi .. - Mygazette - 21/10 8:06 am # Sultan Selangor tidak berkenan kerabat diraja ambil kesempatan demi kepentingan peribadi KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda tidak berkenan mana-mana ahli kerabat diraja Selangor menyalahgunakan kedudukanuntuk memperdaya pihak lain demi kepentingan peribadi |
|
Sebelum salahkan kerajaan, Samsuri kena fahami dulu Perlembagaan PN ??? .. - Mygazette - 21/10 8:06 am # Sebelum salahkan kerajaan, Samsuri kena fahami dulu Perlembagaan PN Danish KUALA LUMPUR - Daripada menuduh kerajaan ketakutan, mantan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu isu perlembagaan gabungannya sendiri yang membawa kepada pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) |
|
Jepun mahu perluas pertukaran pendidikan dua hala dengan Malaysia - Astroawani - 21/10 4:00 am Usaha itu termasuk memperluas peluang kepada generasi muda kedua-dua negara untuk melanjutkan pengajian, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan inovasi bersama. |
|
KPT, UM tidak hasrat ambil tindakan terhadap wakil mahasiswa ajukan soalan "hangat" - Zambry - Astroawani - 20/10 10:00 pm Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap seorang mahasiswa yang tular susulan tindakannya mengemukakan soalan hangatpadaSidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 baru-baru ini. |
|
'Fahami perlembagaan sendiri sebelum salahkan kerajaan' - AMK - Sinarharian - 20/10 9:00 pm SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar supaya memahami dan mematuhi perlembagaan gabungan itu sebelum menyalahkan kerajaan berhubung pembatalan pendaftarannya.Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya menjelaskan isu pematuhan perlembagaan PN susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan menyifatkannya sebagai luar tabii serta mendakwa kerajaan ketakutan."Yang luar tabii ialah apabila pengerusi gabungan begitu lantang menuding jari, tetapi seolah-olah tidak memahami perlembagaan gabungannya sendiri."Notis RoS bertarikh 22 September 2026 telah dijawab PN dan menurut RoS, penjelasan itu gagal menyangkal asas pembatalan |
|
Jerebu: Tanjung Malim keluar kategori tidak sihat, Johan Setia tertinggi setakat 7 malam - Astroawani - 20/10 7:30 pm Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara pada paras 171, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur turun dua mata kepada 169. |
|
Send temple vandals straight to jail, MP tells govt - FMT - 20/10 7:06 pm Batu MP P Prabakaran says such cases should not be complicated by bail or fines. |
|
Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 20/10 5:53 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan tertinggiiaitu 173.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak lima kawasan di Selangormencatatkan bacaan tidak sihat, iaituJohan Setia (171), Shah Alam (170), Petaling Jaya (169), Klang (164) dan Banting (162).Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Bukit Rambai (166) sertaAlor Gajah dan Bandaraya Melaka dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 156, selain Nilai (165), Seremban (161) dan Port Dickson (154) di Negeri Sembilan.Sementara itu, sebuah lagi kawasan di Kuala Lumpur,Cherasmencatatkan bacaan IPU 169 manakala Putrajaya (164).Sebanyak tujuh kawasan di Johor juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (159), Kluang dan Pasir Gudang dengan masing-masing mencatatkan 156, Pengerang dan Kota Tinggi masing-masing (155), serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing (153).Turut terjejas, Paka (155) di Terengganu; Tasek Ipoh (154), Pegoh Ipoh (151) dan Tanjung Malim (114) di Perak.Sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya lapan kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.-Bernama |
|
Air quality unhealthy in 25 areas nationwide, Batu Muda worst at 173 - Sinardaily - 20/10 5:47 pm KUALA LUMPUR - Twenty-five areas nationwide remained at unhealthy air quality levels as of 4 pm today, with Batu Muda in Kuala Lumpur recording the highest Air Pollutant Index (API) reading at 173.According to the Department of Environments Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, five areas in Selangor recorded unhealthy readings: Johan Setia (171), Shah Alam (170), Petaling Jaya (169), Klang (164) and Banting (162).Three areas in Melaka also recorded unhealthy air quality: Bukit Rambai (166), Alor Gajah (156) and Bandaraya Melaka (156) |
|
Presiden ALEPS terima penghargaan Menteri Luar Jepun - Sinarharian - 20/10 5:19 pm KUALA LUMPUR Presiden Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Isrami Ismail, menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Jepun.Penghargaan itu disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, dalam satu majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Jepun di Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam ucapannya, Shikata menghargai komitmen Isrami dalam mempererat hubungan kedua-dua negara menerusi pendidikan, pertukaran budaya dan usaha memperkukuh persefahaman antara rakyat Malaysia dengan Jepun."Komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun amat penting dalam memastikan persahabatan kedua-dua negara terus berkembang."Usaha menerusi pendidikan dan pertukaran budaya juga membantu meningkatkan persefahaman serta mengeratkan hubungan antara generasi muda," katanya.Pengiktirafan berkenaan diberikan atas sumbangan Isrami dalam memperluas jaringan alumni Malaysia yang pernah melanjutkan pengajian di Jepun, selain menggalakkan generasi muda meneroka peluang pendidikan di negara itu.Berucap pada majlis berkenaan, Isrami berkata, pengalaman menuntut di Jepun bukan sahaja memberikannya ilmu dan kemahiran, malah membentuk nilai disiplin, ketekunan, kerendahan hati serta tanggungjawab terhadap masyarakat."Pengajaran paling berharga yang saya bawa pulang dari Jepun bukanlah semata-mata ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah |
|
Pembahagian kerusi uji kesepakatan UMNO-Pas - Sinarharian - 20/10 5:14 pm KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan membuktikan bahawa kerjasama atau persefahaman antara kedua-dua gergasi Parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah jawapan kepada kegusaran umat Melayu-Islam di negara ini.Keputusan PRN di Johor serta Negeri Sembilan menunjukkan di mana setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti pengundinya Melayu disapu bersih oleh calon-calon dari BN atau PN.Malah terdapat banyak kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) melalui DAP, PKR dan Amanah kembali dirampas oleh BN atau Perikatan Nasional (PN).Paling menakutkan PH dalam PRN Negeri Sembilan adalah kekalahan Setiausaha Agung DAP, iaitu Anthony Loke kepada calon muda MCA di kubunya iaitu Chennah |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 20/10 4:51 pm KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan 10 negeri sehingga jam 6 petang ini.Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dan hujan lebat itu melibatkan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, Johor dan Sarawak.Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Kulim, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena.Di Pulau Pinang, amaran melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.Bagi Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Larut Matang dan Selama.Di Kelantan, amaran melibatkan Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok, manakala di Terengganu, kawasan terlibat ialah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus.Di Pahang, amaran dikeluarkan bagi Jerantut, Rompin dan Bentong.Di Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling |
|
Bekas pengurus kanan TH rayu sabitan rasuah, hukuman penjara 3 tahun - Mygazette - 20/10 3:53 pm # Bekas pengurus kanan TH rayu sabitan rasuah, hukuman penjara 3 tahun KUALA LUMPUR - Bekas Pengurus Kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Zaharuddin Hamid, merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM852,385 yang dikenakan ke atasnya berhubung kes rasuah membabitkan kerja pengubahsuaian pejabat agensi itu |
|
Jerebu: IPU Batu Muda meningkat, dua stesen di Pahang kembali sederhana setakat 2 petang - Astroawani - 20/10 2:20 pm Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan 170, diikuti Cheras (168) dan Putrajaya (164). |
|
Jerebu: Batu Muda catat IPU tertinggi tengah hari ini, kawasan tidak sihat turun kepada 28 - Astroawani - 20/10 12:15 am Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan 171, diikuti Petaling Jaya (169), Shah Alam (168) dan Cheras (167). |
|
Malaysia haze: 30 areas record unhealthy API readings as of 9am; Batu Muda in KL and Johan Setia in Selangor highest - Malaymail - 20/10 11:34 am KUALA LUMPUR, Oct 20 A total of 30 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of... |
|
Batu Muda, Johan Setia top list of areas with unhealthy air quality - FMT - 20/10 11:06 am Another 28 areas also record unhealthy air quality while 31 have moderate API readings. |
|
Haze: 30 areas record unhealthy API readings as of 9am - Sinardaily - 20/10 10:55 am KUALA LUMPUR, Oct 20 (Bernama) -- A total of 30 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 9 am today, with Batu Muda in Kuala Lumpur and Johan Setia in Selangor recording the highest readings at 172 each.According to the Department of Environments (DOE) Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, Petaling Jaya and Shah Alam in Selangor each recorded an API reading of 167, followed by Klang (164) and Banting (160).Apart from Batu Muda, Cheras in Kuala Lumpur recorded an API reading of 165, while Putrajaya registered 162.In Johor, seven areas recorded unhealthy API readings, led by Larkin at 157, followed by Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (153), Kluang (152), Pengerang (151), Batu Pahat (143) and Tangkak (142).In Negeri Sembilan, Nilai recorded the highest API reading at 166, followed by Seremban (160) and Port Dickson (151), while in Melaka, Bukit Rambai registered the highest reading at 163, followed by Alor Gajah (155) and Melaka City (153).In Pahang, Rompin recorded the highest API reading at 152, followed by Balok Baru in Kuantan (151), Jerantut (136), Indera Mahkota (115) and Temerloh (104).In Perak, Tasik Ipoh and Pegoh Ipoh recorded API readings of 155 and 151, respectively, while in Terengganu, Paka registered 156 and Kemaman 101.Meanwhile, 31 areas recorded moderate API readings, while seven recorded good readings.API readings of zero to 50 indicate good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and readings above 300 hazardous |
|
30 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Muda antara bacaan tertinggi - FMT - 20/10 10:47 am Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172. |
|
Guthrie nafi dakwaan cetus kebakaran hutan di Indonesia - Sinarharian - 20/10 10:46 am PETALING JAYA- Syarikat perladangan Malaysia, SD Guthrie (Guthrie) menafikan laporan yang mendakwa anak-anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia.Menerusi kenyataan, syarikat bertaraf multinasional itu menegaskan dakwaan terhadap Guthrie tidak berasaskan bukti yang kukuh dan bercanggah dengan hasil pemeriksaan terkini di lapangan yang mengesahkan tiada kebakaran yang masih aktif dikesan di mana-mana ladang milik syarikat tersebut di Indonesia.Tegasnya, pemeriksaan tersebut juga tidak menemukan sebarang bukti bahawa kebakaran berpunca daripada anak-anak syarikat atau pekerja Guthrie."Beberapa syarikat yang telah dikaitkan dengan Guthrie dalam laporan awam juga sebenarnya tidak dimiliki, diurus mahupun dikawal oleh Guthrie," katanya pada Selasa.Ujar Guthrie, syarikat itu telah melaksanakan Dasar Sifar Pembakaran yang ketat di seluruh kawasan operasinya, di samping mendukung komitmen pembangunan Tanpa Penebangan Hutan, Tanpa Tanah Gambut dan Tanpa Eksploitasi sejak tahun 1985.Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan termasuklah pemantauan paras air dalam masa nyata, pemantauan aras air bawah tanah di kawasan tanah gambut, kawalan kelembapan pada tahap yang sesuai, program pencegahan kebakaran bersama masyarakat, serta latihan pengurusan tanah secara bertanggungjawab untuk pekebun kecil dan petani tempatan."Apabila kebakaran dikesan dalam kawasan atau berhampiran sempadan operasi Guthrie, syarikat tersebut akan bertindak serta-merta tanpa mengira punca kebakaran."Anak syarikat Guthrie di Indonesia, Minamas Plantation, mempunyai 67 pasukan pemadam kebakaran yang terdiri daripada 1,005 anggota terlatih."Keupayaan ini diperkukuhkan melalui penggunaan dron serta pemantauan inframerah yang meliputi kawasan konsesi perladangan dan kira-kira 322,000 hektar tanah masyarakat di sekitarnya," jelasnya.Menurutnya, Guthrie memperuntukkan kira-kira 3.5 bilion Rupiah (RM800,000) sebulan untuk menyelenggara dan menggerakkan sumber-sumber tersebut.Menerusi anak-anak syarikatnya di Indonesia, Guthrie turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani kebakaran hutan dan tanah di luar kawasan konsesinya.Antara Januari hingga September 2026, pasukan-pasukan pemadam kebakaran syarikat telah menangani dan memadamkan 2,411 kebakaran, termasuklah 2,376 kejadian yangberlaku di tanah masyarakat setempat.Tindakan membantu memadamkan kebakaran di luar kawasan operasi Guthrie tidak seharusnya dianggap sebagai bukti bahawa syarikat telah mencetuskan kebakaran.Bagi kebakaran yang berlaku di dalam kawasan operasi Guthrie, sistem pemantauan membolehkan pengesanan awal dan tindakan pemadaman diambil dengan segera."Laporan juga dipercayai merujuk kepada peta Hak Guna Usaha (HGU) yang lama dan tidak mencerminkan status pemilikan atau sempadan operasi semasa."Pada masa yang sama, laporan turut mengandungi fakta yang tidak tepat apabila menyatakan bahawa pokok-pokok sawit di kawasan kebakaran telah matang dan perlu ditebang, sedangkan pokok-pokok tersebut masih muda dan produktif."Justeru, tiada keperluan bagi operasi Guthrie untuk membakar kawasan tersebut bagi tujuan pembersihan tanah |
|
30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 9 pagi - Sinarharian - 20/10 10:25 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167, diikuti Klang (164) dan Banting (160).Di Kuala Lumpur, selain Batu Muda, Cheras turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 165, manakala Putrajaya (162).Johor merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (157), Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (153), Kluang (152), Pengerang (151), Batu Pahat (143) dan Tangkak (142).Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan (166), Seremban (160) dan Port Dickson (151) manakala di Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan bacaan 163, diikuti Alor Gajah (155) dan Bandaraya Melaka (153).Bagi Pahang, Rompin mencatatkan bacaan IPU 152, Balok Baru, Kuantan (151), Jerantut (136), Indera Mahkota (115) dan Temerloh (104).Di Perak, Tasik Ipoh merekodkan bacaan 155 dan Pegoh Ipoh (151), manakala di Terengganu, Paka mencatatkan bacaan 156 dan Kemaman (101).Sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya |
|
Jerebu: 30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi - Astroawani - 20/10 10:20 am Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing172. |
|
'Bina rumah praktikal didiami sepanjang hayat' - Sinarharian - 20/10 9:10 am SHAH ALAM Golongan muda berharap pemaju menyediakan kediaman yang selamat, mudah diakses dan praktikal untuk didiami sepanjang hayat supaya mereka tidak perlu berpindah atau melakukan pengubahsuaian besar apabila usia meningkat.Seorang guru tadika, Nur Atiqah Abdul Wahab berkata, pemaju perlu menyediakan rumah yang sesuai untuk didiami setiap peringkat kehidupan, bukan hanya ketika penghuni masih muda."Antara ciri kediaman yang saya diharapkan ialah rumah satu tingkat tanpa tangga, laluan luas dan bilik air yang selamat."Rumah sepatutnya bukan sahaja selesa untuk didiami ketika muda, tetapi juga praktikal apabila penghuni semakin berusia atau mempunyai masalah pergerakan," katanya kepada Sinar Harian.Muka depan akhbar ini pada Isnin melaporkan tangga, bilik air licin, ruang sempit dan bilik tidur di tingkat atas boleh menjadikan rumah sendiri satu perangkap apabila usia meningkat, termasuk meningkatkan risiko jatuh atau menyebabkan penghuni terperangkap di satu aras.Disebabkan itu, ada pemilik terpaksa mengeluarkan sehingga RM50,000 daripada simpanan persaraan untuk menyesuaikan kediaman di mana pakar seni bina UKM, Dr Mazlan Mohd Tahir mengingatkan kelemahan reka bentuk rumah akhirnya boleh bertukar menjadi masalah kecukupan simpanan persaraan.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, isu itu kini diberi perhatian menerusi Dasar Perumahan Negara 2026-2035 yang menekankan rumah baharu lebih mudah diakses selain penambahbaikan kediaman sedia ada.Nur Atiqah, 36, juga memberitahu, dia mengimpikan kediaman sendiri yang mempunyai ruang luas, pengudaraan baik serta bilik tidur dan bilik air yang mudah diakses, selain reka bentuk mesra kanak-kanak dan warga emas.Katanya, kemudahan itu membolehkannya terus tinggal di rumah sendiri sehingga usia tua tanpa perlu berpindah hanya disebabkan faktor usia atau kesukaran bergerak.Sementara itu, Fara Wahidah Norismarshah, 24, yang bekerja dalam bidang percukaian dan menetap di TTDI Jaya, Shah Alam berkata, rumah yang selesa penting supaya penghuni dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu menyusahkan orang lain apabila semakin berusia."Bagi saya, pemaju bukan sekadar perlu bina tempat tinggal, tapi kena bina tempat kita berteduh sampai tua kelak |
|
Isu Umi Umairah, Onn jangan alih ‘tiang gol’ – Fadhli .. - Mygazette - 20/10 7:48 am # Isu Umi Umairah, Onn jangan alih 'tiang gol' - Fadhli JOHOR BAHRU - Jawapan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkenaan cara menentang rasuah yang dibangkitkan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit dalam satu program baru-baru ini dilihat cuba mengalihkan 'tiang gol' |
|
Kebebasan bersuara prinsip yang mesti dipertahankan – AMK Johor - Mygazette - 20/10 7:48 am # Kebebasan bersuara prinsip yang mesti dipertahankan - AMK Johor JOHOR BAHRU - Kebebasan bersuara di negara ini merupakan prinsip yang mesti dipertahankan tanpa mengira siapa bertanya atau siapa dipersoalkan |
|
Puncanya saya tak mahu orang kempen politik dalam program berkenaan .. - Mygazette - 20/10 7:48 am # Puncanya saya tak mahu orang kempen politik dalam program berkenaan - Surina KUALA LUMPUR - Ketua Srikandi PKR Melaka, Farzana Hayani Nasir didakwa cuba berkempen pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani di Bukit Rambai, Melaka sehingga mencetuskan kekecohan dan diminta meninggalkan program berkenaan |
|
Pas utamakan UMNO bukti tiada semangat setiakawan ??? AMK - Mygazette - 20/10 7:48 am # Pas utamakan UMNO bukti tiada semangat setiakawan AMK KUALA LUMPUR Keputusan Pas mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) membuktikan parti itu lebih mengejar kuasa berbanding semangat setiakawan, dakwa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor |
|
Lori terbalik kes kemalangan ketiga di Persiaran Mokhtar Dahari bulan ini - Sinarharian - 20/10 12:21 am SHAH ALAM - Kemalangan sebuah lori yang terbabas dan terbalik di susur Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari di sini pada Isnin menjadi kes ketiga yang tular di kawasan tersebut dalam bulan ini.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kes itu berlaku sekitar jam 3.24 petang.Menurutnya, lori muatan batu kerikil dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Puchong ke Puncak Alam.ARTIKEL BERKAITAN:Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat"Kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan lalu terbabas ke susur kiri sehingga menyebabkan kenderaan tersebut mengiring terbalik ke kanan."Insiden ini mengakibatkan pemandu tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, kes pertama dilaporkan kira-kira jam 4.20 petang pada 9 Oktober lalu melibatkan 12 kenderaan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari.Kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang positif dadah mendakwa mengalami masalah brek telah hilang kawalan semasa menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan langsung melanggar 11 kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.Kejadian kedua pula berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 16 Oktober di Kilometer 9.2 Persiaran Mokhtar Dahari.Kes itu dipercayai berpunca daripada pemandu pacuan empat roda yang bergerak menuju ke Puncak Alam terlanggar belakang sebuah lori yang bergerak di arah sama lalu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori serta kereta. |
|
PRU16: Utamakan UMNO bukti Pas kejar kuasa semata-mata, tiada semangat setiakawan - AMK - Sinarharian - 19/10 7:30 pm KUALA LUMPUR - Selepas menyingkirkan Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN), dengan mementingkan Wawasan yang merupakan parti serpihan Bersatu, Pas kini menunjukkan sikap sebenar dengan lebih mengutamakan seteru lama, UMNO pula berbanding Wawasan.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, situasi itu menunjukkan Pas tidak mempunyai semangat setiakawan sepertimana Pakatan Harapan (PH) kerana sanggup meminggirkan rakan gabungan yang ada semata-mata mahu melampiaskan nafsu untuk menduduki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU16)."Pas pandai menggunakan slogan penyatuan ummah untuk PRU16, tetapi hakikat yang kita semua dapat lihat ialah mereka sanggup berkawan dengan seteru politik sejak berdekad-dekad selepas melihat potensi dan peluang yang wujud untuk meraih keuntungan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sebelum ini berkata, Pas akan mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbanding parti lain, termasuk Wawasan pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam rundingan pakatan politik.Hashim berkata, mesyuarat Majlis Syura Pas yang dipengerusikannya baru-baru ini bersetuju bahawa parti itu boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, tetapi UMNO perlu diberi keutamaan.Mengakui bahawa usaha mengeratkan hubungan Pas dengan UMNO bukanlah mudah, beliau berkata kedua-dua parti perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang untuk menyatukan kedua-dua parti.Mengulas lanjut, Muhammad Iman berkata, rakyat harus menilai dengan bijak terutama selepas apa yang terjadi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan kerajaan negeri menjadi tidak stabil selepas BN dan Pas menang dan berjaya menumbangkan PH |
|
Jerebu: Batu Muda catat IPU tertinggi, 25 kawasan masih tidak sihat setakat 7 malam - Astroawani - 19/10 7:20 pm Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 25 kawasan di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat, berkurangan daripada 26 kawasan pada jam sebelumnya. |
|
Polis kesan suspek salah guna gambar Raja Muda Selangor - Sinarharian - 19/10 6:58 pm SHAH ALAM Polis sedang mengesan individu yang dipercayai menyalahgunakan gambar Raja Muda Selangor dan menyamar sebagai juruiring (ADC) untuk memperdaya orang ramai dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor, Istana Mestika pada jam 9.53 pagi, 15 Oktober lalu."Laporan itu berhubung hantaran di platform Threads yang mendakwa terdapat seorang lelaki yang mengaku sebagai ADC kepada Raja Muda Selangor dan menggunakan gambar baginda untuk memperdaya orang awam dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan."Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan |
|
Pemandu tersepit, lori muatan batu terbalik - Sinarharian - 19/10 6:55 pm SHAH ALAM - Seorang lelaki cedera selepas lori tipper muatan batu dipandunya terbabas lalu terbalik dalam kejadian di Jalan Pulau Lumut di sini pada Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima pada jam 3.03 petang."Sampai di lokasi kejadian mendapati sebuah lori tipper 10 tan telah terbabas dan terbalik."Pemandu berusia 40-an yang terperangkap dan tersepit berjaya dibawa keluar pada jam 4.40 petang dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pemandu mengalami kecederaan dibahagian kaki dan tangan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.Tambahnya, operasi tamat sekitar jam 5.05 petang.Sebelum itu tular rakaman video pengguna jalan raya memaparkan sebuah lori yang terbabas ketika melalui selekoh di lokasi kejadian. |
|
4 rugi RM670,000 diperdaya lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor - FMT - 19/10 6:33 pm Seorang lelaki dipercayai menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor bagi memperdaya orang ramai dalam urusan penjualan tanah dan kereta mewah. |
|
Haze: 27 areas record unhealthy API readings as of 4pm - Sinardaily - 19/10 5:30 pm KUALA LUMPUR - A total of 27 areas nationwide continued to record unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 4 pm today, with Johan Setia in Selangor recording the highest reading of 169.According to the Department of Environments (DOE) Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, other areas in Selangor, including Petaling Jaya (158), Klang (156), Banting (154) and Shah Alam (153), also recorded unhealthy readings.Three areas in Melaka were also at the unhealthy level, namely Alor Gajah (165), Bukit Rambai (164) and Bandaraya Melaka (161), as were Nilai (164), Seremban (164) and Port Dickson (120) in Negeri Sembilan.Meanwhile, in Kuala Lumpur, Batu Muda and Cheras recorded readings of 164 and 152, respectively, while Putrajaya recorded 154.Six areas in Johor also recorded unhealthy API readings, namely Tangkak (161), Pasir Gudang (157), Batu Pahat (156), Larkin (140), Kota Tinggi (128) and Kluang (105).Other affected areas were Rompin (155) and Indera Mahkota Kuantan (152) in Pahang; IPD Serian (139) and Sri Aman (113) in Sarawak; and Tasek Ipoh (136), Pegoh Ipoh (125) and Seri Manjung (114) in Perak.A total of 38 areas nationwide recorded moderate API readings, while only three areas - Labuan (48), Kimanis in Sabah (43) and Limbang in Sarawak (35) - recorded good readings.An API reading of zero to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, while readings above 300 are hazardous. |
|
27 kawasan kekal catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 19/10 5:25 pm KUALA LUMPUR -Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 169.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Selangor yang mencatatkan bacaan tidak sihatialahPetaling Jaya (158), Klang (156), Banting (154) dan Shah Alam (153)Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Alor Gajah (165), Bukit Rambai (164) dan Bandaraya Melaka (161), selain Nilai (164), Seremban (164) dan Port Dickson (120) di Negeri Sembilan.Sementara itu, bacaan IPU di dua kawasan di Kuala Lumpur, iaitu Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan 164 dan 152, manakala Putrajaya pula mencatatkan 154.Sebanyak enam kawasan di Johor jugamencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (161), Pasir Gudang (157), Batu Pahat (156), Larkin (140), Kota Tinggi (128) dan Kluang (105).Turut terjejas Rompin (155) dan Indera Mahkota, Kuantan (152) di Pahang; IPD Serian (139) dan Sri Aman (113) di Sarawak; serta Tasek Ipoh (136), Pegoh Ipoh (125) dan Seri Manjung (114) di Perak.Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya tiga kawasan, iaituLabuan (48), Kimanis di Sabah (43) dan Limbang di Sarawak (35) merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya |
|
Menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, polis terima lima laporan - Sinarharian - 19/10 5:12 pm KUALA LUMPUR Polis menerima lima laporan berhubung kes seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor bagi memperdaya orang ramai dalam urusan penjualan tanah dan kereta mewah sehingga menyebabkan kerugian RM670,000.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini kes berkenaan membabitkan empat mangsa dengan laporan dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur."Polis turut menerima laporan daripada pegawai khas istana pada 15 Oktober lalu berhubung kes ini."Seorang mangsa mengalami kerugian RM30,000, diikuti mangsa kedua sebanyak RM155,000, mangsa ketiga RM452,000, manakala seorang lagi mangsa kerugian RM33,000," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini belum ada tangkapan dilakukan."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.Terdahulu, Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan menyerahkan isu individu menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.Kata kenyataan itu, Istana Selangor memandang serius terhadap isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.Sehubungan itu, Istana Selangor memohon kerjasama orang awam supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengaitkan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan. |
|
Operasi pembenihan awan dilaksana di empat negeri, KL dan Putrajaya - Sinarharian - 19/10 4:32 pm SHAH ALAM Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan di beberapa negeri dan lokasi terpilih bermula Isnin bagi meningkatkan taburan hujan.Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa operasi itu dijalankan di Johor pada 19 dan 20 Oktober, manakala pada 21 hingga 23 Oktober, operasi berkenaan akan dilaksanakan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)."Sama-sama kita doakan agar operasi ini berjalan lancar dan membawa rahmat buat bumi bertuah ini!"Orang ramai digalakkan mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini menerusi aplikasi myCuaca atau laman web rasmi MET Malaysia," menurut hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan TUDM melaksanakan OPA di Sarawak, Kedah dan Perlis pada 3 hingga 5 September lalu susulan keadaan jerebu yang semakin teruk, terutama di Sarawak.Operasi tersebut melibatkan Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak; Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris di Kedah; serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini.Antara kawasan yang mencatatkan bacaan tersebut ialah Melaka dengan IPU 165, diikuti Negeri Sembilan (164), Kuala Lumpur (162), Selangor (160) dan Putrajaya (155).Tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Tangkak (164), Pasir Gudang (162), Batu Pahat (158), Kota Tinggi (157), Kluang (153), Larkin (153) dan Pengerang (132). |
|
Polis siasat kes lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor - Mygazette - 19/10 4:15 pm # Polis siasat kes lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor KUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan berhubung penyalahgunaan gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh pemilik akaun Threads dwan_hamid yang didakwa menyamar sebagai pengawal peribadi sulit kepada baginda bagi memperdaya orang awam |
|
Selangor Palace seeks investigation into alleged fake Raja Muda bodyguard - Malaymail - 19/10 2:00 pm SHAH ALAM, Oct 19 The Selangor Palace has expressed serious concern over allegations that an individual had... |
|
Statistik bantu negara merancang masa depan lebih baik - Sinarharian - 19/10 1:46 pm SHAH ALAM - Statistik bukan sekadar himpunan angka dan formula, sebaliknya menjadi asas penting dalam memahami realiti kehidupan rakyat serta membantu negara merancang pembangunan berdasarkan fakta, bukan andaian.Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, statistik memainkan peranan besar dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk perancangan perbelanjaan isi rumah, peluang pekerjaan, kegiatan perniagaan dan pembangunan kemudahan awam.Menurut beliau, maklumat seperti Indeks Harga Pengguna (IHP), pendapatan isi rumah dan taburan penduduk membolehkan masyarakat serta kerajaan membuat keputusan lebih tepat mengikut keperluan semasa."Bayangkan sebuah kawasan yang mengalami pertambahan penduduk dengan pesat |
|
Selangor Palace refers alleged royal bodyguard impersonation to police - Sinardaily - 19/10 1:15 pm SHAH ALAM The Selangor Palace has expressed serious concern over allegations that an individual impersonated the Raja Muda of Selangors personal bodyguard in an attempt to defraud members of the public through purported land and luxury car deals |
|
Istana Selangor serah polis siasat kes menyamar pengawal peribadi Raja Muda - Astroawani - 19/10 12:50 am Istana Selangor menyerahkan kes berkenaankepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan telus. |
|
Individu menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu urusan tanah, kereta mewah - Sinarharian - 19/10 12:42 am KLANG Seorang individu dipercayai menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bagi memperdayakan orang awam dalam urusan penjualan tanah dan kereta mewah untuk mengaut keuntungan peribadi.Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihak Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berkaitan kes itu.Menurut kenyataan itu, pihak istana memandang serius isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh secara adil dan telus."Pihak pentadbiran istana juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes ini."Orang awam diminta membuat semakan dengan pihak Pentadbiran Istana Selangor sekiranya menerima sebarang dakwaan yang mengaitkan individu terbabit dengan institusi istana bagi menjalankan sesuatu urusan," menurut kenyataan itu. |
|
Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara Wan Fauzuldin - Sinarharian - 19/10 11:26 am KUANTAN Mahasiswa tidak sepatutnya dibuli hanya kerana menyuarakan pandangan dan pendirian mereka, kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad.Menurutnya, sebaliknya golongan mahasiswa berhak mengemukakan pandangan dan kritikan selagi tidak melampaui batas serta menjaga adab.Katanya, mahasiswa seperti Ummi Umairah Bakhit, perlu diberi ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa berdepan tekanan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka."Anak-anak muda berhak untuk menyatakan pendirian mereka bahawa 'menderma' kepada seseorang penyakau dan perasuah itu suatu perbuatan yang 'bodoh'."Jika ada dalam kalangan orang politik atau 'ulamak-ulamak jahat' yang mahu bersimpati dengan penyakau, silakan tetapi jangan buli anak-anak muda dan mahasiswa seperti Ummi Umairah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam forum terbuka bersama-sama pemimpin UMNO baru-baru ini, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta.Pandangan itu kemudiannya mengundang kecaman di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.Mengulas lanjut, Wan Fauzuldin turut memuji Universiti Malaya (UM) yang mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap Ummi Umairah susulan persoalan serta pandangan yang disuarakannya itu.Tegasnya, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.Beliau menambah, mahasiswa perlu dibentuk menjadi individu yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab."Kepada semua anak muda dan mahasiswa, teruskan memberi pandangan dan kritikan asalkan tidak melampaui batasan dan adab."Percayalah majoriti rakyat Malaysia akan berada di belakang kamu dan akan melindungi kamu daripada gerombolan pembuli dan penyakau itu," katanya. |
|
Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 19/10 10:11 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (164), Pasir Gudang (162), Batu Pahat (158), Kota Tinggi (157), Kluang (153), Larkin (153) dan Pengerang (132).Di Selangor, selain Johan Setia, empat kawasan lain turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Petaling Jaya (160), Klang (158), Banting (156) dan Shah Alam (154).Sementara itu, tiga kawasan di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (168), Alor Gajah (165) dan Bandaraya Melaka (164) manakala di Negeri Sembilan, kawasan Nilai merekodkan IPU 168, diikuti Seremban (164) dan Port Dickson (153).Di Kuala Lumpur, Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan bacaan 162 dan 155 manakalaPutrajaya mencatatkan bacaan IPU 155.BagiPahang, Rompin dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 149 manakala bagi Perak, Seri Manjung mencatatkan bacaan IPU 115.Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan tahap tidak sihat, iaituIbu Pejabat Polis Daerah Serian (153), Kuching (152) dan Samarahan (128).Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama |
|
Tular dihalau hadiri program Madani, Farzana akan jumpa wanita tular - Mygazette - 19/10 7:55 am # Tular dihalau hadiri program Madani, Farzana akan jumpa wanita tular MELAKA Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir berhasrat bertemu wanita yang didakwa menghalaunya daripada menghadiri program di kawasan masjid Bukit Rambai pagi tadi sehingga tular di media sosial |
|
Dadah, jenayah seksual ancaman serius, ibu bapa perlu pantau anak ???... - Mygazette - 19/10 7:55 am # Dadah, jenayah seksual ancaman serius, ibu bapa perlu pantau anak Ayob Khan KUALA LUMPUR Ibu bapa perlu memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam jenayah seksual, penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah lain yang boleh merosakkan masa depan |
|
Di sebalik statistik ada realiti yang perlu difahami ke arah masa... - Mygazette - 19/10 7:55 am # Di sebalik statistik ada realiti yang perlu difahami ke arah masa depan terancang **TANGGAL** 20 Oktober hadir setiap tahun |
|
Parti lawan bukan kebimbangan, saya risau musuh dalam selimut ??? Ab Rauf - Mygazette - 19/10 7:55 am # Parti lawan bukan kebimbangan, saya risau musuh dalam selimut Ab Rauf Itu amaran keras Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada mana-mana ahli parti yang cuba menjadi 'duri dalam daging' menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Pengiktirafan UNESCO tidak jamin silat terus diwarisi - Saarani - Astroawani - 18/10 10:15 pm Pengiktirafan seni silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tidak menjamin kelangsungan warisan itu sekiranya generasi muda semakin menjauhkan diri darigelanggang persilatan. |
|
Penangs water lifeline gets boost as new barrage nears completion - FMT - 18/10 7:47 pm The new Sungai Muda barrage is expected to be ready by mid-2027, helping Penang and Kedah secure water supplies during dry spells. |
|
25,000 kunjungi pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun M - Sinarharian - 18/10 7:16 pm IPOH -Lebih 25,000 orang dari seluruh negaramenziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sejak pemergiannya lebih tiga minggu lalu, sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan tokoh wanita itu.Anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah pengunjung yang direkodkan dalam tempoh berkenaan disifatkan sebagai satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.Menurutnya, pengunjung yang hadir bukan sahaja dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Palembang, Indonesia meskipun tidak pernah bertemu Allahyarham secara peribadi."Saya dimaklumkan25,000 orang datang dari merata tempat |
|
Mangsa kebakaran di Tawau rakam terima kasih sumbangan Perdana Menteri - Mydateline - 18/10 6:35 pm Mangsa kebakaran di Batu 2, Jalan Apas di sini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan khas yang diberikan .. |
|
Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup - Sinarharian - 18/10 6:25 pm KUALA LUMPUR - Kebanyakan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka susulan banjir di Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Perak ditutup hari ini berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, namun dua PPS masih beroperasi di Perak, setakat jam 4 petang.Di PULAU PINANG, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, satu-satunya PPS di daerah berkenaan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Bukit Mertajam, ditutup petang ini, dengan kesemua 36 mangsa daripada 10 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Beliau berkata, keputusan menutup PPS itu dibuat selepas penilaian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati kawasan terjejas selamat untuk diduduki semula.PPS berkenaan dibuka pada jam 8.30 malam tadi bagi menempatkan mangsa dari Kampung Kubang Semang selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.Di PAHANG, dua PPS di daerah Raub yang menempatkan 26 mangsa daripada 11 keluarga turut ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru Cheroh dan Balai Raya Sempam Baru dibenarkan pulang selepas keadaan banjir semakin pulih.Sementara itu, di KEDAH, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaim memaklumkan, PPS Dewan Lembah Keriang di Jitra, ditutup pada jam 3.30 petang tadi selepas banjir di Mukim Temin surut.Penutupan itu membolehkan 26 penduduk daripada lapan keluarga yang terjejas pulang ke rumah masing-masing |
|
Kanak-kanak seawal 10 tahun terjebak salah laku seksual - Sinarharian - 18/10 6:18 pm KUALA LUMPUR -Kanak-kanak seawal usia 10 tahun dikesan mula terbabit dalam salah laku seksual, manakala sebahagian remaja pula terjerat dalam kegiatan pengedaran dadah sebagai keldai dadah.Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan perkara tersebut berdasarkan pengalamannya ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau penggunaan telefon bimbit serta pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada pengaruh negatif, khususnya menerusi platform dalam talian."Trend itu bermula apabila kanak-kanak mula berinteraksi melalui panggilan video dengan individu yang dikenali secara dalam talian sebelum terpengaruh untuk menayangkan bahagian sulit."Ada juga remaja yang menggunakan aplikasi Telegram untuk menghasilkan dan menjual kandungan lucah mampu meraih sekitar RM20,000 hingga RM30,000," katanyapada Ahad.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Konvensyen Perdana Ceramah Maulidur Rasul 2026 Siri Ke-6 di Dewan Matrade, Kuala Lumpurdi sini pada Ahad.Mengulas lanjut, Ayob Khan turut mengingatkan golongan muda agar memahami implikasi undang-undang berkaitan hubungan seksual bawah umur.Tegasnya, tindakan undang-undang tetap terpakai walaupun hubungan berkenaan didakwa atas dasar suka sama suka."Ada juga dalam kalangan pelajar kita ini yang bawah umur, dia tak tahu |
|
Terengganu catat kadar penglibatan dadah tertinggi – Saifuddin - Mygazette - 18/10 3:57 pm # Terengganu catat kadar penglibatan dadah tertinggi - Saifuddin BESUT - Terengganu mencatat kadar penglibatan dadah sebanyak 735 individu bagi setiap 100,000 penduduk, hampir dua kali ganda kadar nasional iaitu 381 individu bagi setiap 100,000 penduduk |
|
Peperiksaan sekolah agama di Johor diteruskan mengikut jadual ??? JAINJ - Mygazette - 18/10 3:57 pm # Peperiksaan sekolah agama di Johor diteruskan mengikut jadual JAINJ JOHOR BAHRU - Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dijadualkan berlangsung pada 19hingga 23 Okt ini akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan |
|
Jangan biarkan keganasan jadi budaya di Malaysia – Lee Lam Thye - Mygazette - 18/10 3:57 pm # Jangan biarkan keganasan jadi budaya di Malaysia - Lee Lam Thye KUALA LUMPUR - Usaha bersepadumelibatkan seluruh lapisan masyarakat perlu dilaksanakan segera bagimencegah tingkah laku agresif dan penggunaan kekerasan fizikaldaripada menjadi perkara biasa dalam masyarakat Malaysia susulan insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini di sekolah dan komuniti |
|
Nik Nazmi selamat diri rumah tangga dengan Farah - Mygazette - 18/10 3:57 pm KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat bergelar suami sekali lagi selepas mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dikenali sebagai Farah sebagai suri hatinya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |