| /// |
|
| Search : Bank Islam News | Page 1 |
|
Pemuda PPP buat laporan polis terhadap Zamri Vinoth - Mgazette - 7/02 4:07 pm # Pemuda PPP buat laporan polis terhadap Zamri Vinoth KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi serta menyentuh isu sensitif kaum, agama dan institusi raja |
|
Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan... - Mgazette - 7/02 4:07 pm # Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan ketamin KUALA LUMPUR Seramai 38 individu yang merupakan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu di sini ditahan kerana didapati positif dadah ketika serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal pagi tadi |
|
Ahli PKR suka merajuk, merengek boleh keluar parti – Anwar - Mgazette - 7/02 4:07 pm # Ahli PKR suka merajuk, merengek boleh keluar parti - Anwar AMPANG - Ahli Keadilan Rakyat (PKR) yang gemar menimbulkan masalah dengan sikap yang tidak matang disarankan meninggalkan parti itu |
|
'Jika kita berkasar, bagaimana bukan Islam ingin lihat indahnya Islam' - Sinarharian - 7/02 2:27 pm KOTA BHARU - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menasihatkan agar pihak tertentu tidak menempelak, berkasar untuk menunjukkan rahmah kepada bukan beragama Islam berkaitan isu penggunaan kalimah Islam seperti Alhamdulillah dan seumpamanya."Bagaimana yang bukan Islam ingin melihat indahnya Islam jika kita sendiri berkasar."Seperti saya sebutkan tadi, kita ingin mengharmonikan dan ini adalah satu cabaran dakwah untuk kita |
|
'Kahwin di Thailand bukan perkara main-main, fikir panjang dulu' - Sinarharian - 7/02 1:48 pm KOTA BHARU - Pernikahan di Thailand yang tidak didaftarkan di Malaysia menjejaskan status sah suami isteri di sisi undang-undang negara, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai komplikasi serius yang memberi kesan besar kepada keluarga, termasuk nasab dan masa depan anak-anak.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, isu tersebut bukan perkara baharu, namun masih berlaku walaupun pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan."Perkara ini bukan baru dan pihak agensi tidak pernah berhenti untuk memberikan kefahaman serta kesedaran |
|
Kes Zara Qairina: Henti spekulasi, serah kepada mahkamah - Sinarharian - 7/02 12:23 am KOTA BHARU Masyarakat diminta supaya menghentikan segala bentuk spekulasi, tohmahan dan kenyataan tidak berasas berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina yang kini sedang berada di peringkat inkues di mahkamah.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, sebarang percakapan tanpa fakta bukan sahaja mencemarkan proses keadilan, malah membawa dosa dan pertanggungjawaban di sisi ALLAH SWT.Menurut beliau, perbuatan menokok tambah cerita, membuat andaian serta menyebarkan persepsi negatif adalah tidak beretika, tidak berakhlak dan bercanggah dengan prinsip Islam."Ini bukan sekadar nasihat, tetapi satu peringatan tegas kepada masyarakat |
|
Rizalman luah rasa syukur hasrat bina surau bersama wang derma tercapai - Sinarharian - 7/02 12:03 am DALAM suasana malam yang hening, selepas jemaah selesai menunaikan solat Isyak, Datuk Rizalman Ibrahim berdiri di hadapan Surau Ar-Rijal dengan wajah penuh kesyukuran, seolah-olah masih sukar mempercayai bahawa rumah ibadah itu kini menjadi kenyataan.Surau bernilai RM1.5 juta itu, yang dibina sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai dan penyumbang persendirian menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI), dirasmikan pada Jumaat.Bagi Rizalman, perasmian itu bukan sekadar acara rasmi, tetapi sebuah detik rohani yang cukup mendalam, hadir tepat selepas beliau sendiri sujud bersama jemaah di ruang yang dibina hasil tangan-tangan pemurah.Beliau mengakui tidak pernah terlintas untuk terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah ibadah bagi komuniti Muslim di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, di sini.Bagi Rizalman, perasmian itu bukan sekadar acara rasmi, tetapi sebuah detik rohani yang cukup mendalam, hadir tepat selepas beliau sendiri sujud bersama jemaah di ruang yang dibina hasil tangan-tangan pemurah.Kerana itu, Surau Ar-Rijal menjadi simbol keajaiban yang sukar diterjemahkan - sebuah perjalanan yang mempertemukannya dengan peranan yang tidak pernah diimpikan.Dalam ucapannya, Rizalman menyatakan rasa terharunya kerana dapat berkongsi pahala dengan setiap penderma yang bersama-sama menegakkan syiar Islam melalui pembinaan surau tersebut."Jarang ada projek yang sepenuhnya bergantung kepada dana orang ramai dan penyumbang persendirian berjalan begitu lancar |
|
Kegagalan usaha wajar minimum boleh undang denda, pengawasan - FMT - 7/02 11:13 am Bank berdepan hukuman itu jika gagal patuhi keperluan di bawah rangka kerja AML/CFT, kata pakar undang-undang. |
|
Pempengaruh mohon maaf kepada Mohd Na'im, saman fitnah selesai luar mahkamah - Sinarharian - 7/02 10:38 am SHAH ALAM Saman fitnah difailkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar terhadap seorang pempengaruh, Ramzi Kamil selesai secara baik di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Ia berhubung dakwaan fitnah dalam dua pernyataan yang diterbitkan di laman Facebook Ramzi selaku defendan bertarikh 23 dan 25 November 2025, berkaitan suntikan vaksin dengan jemaah haji.Penyelesaian berkenaan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Helmi Hamzah dalam prosiding yang dibuat secara dalam kamar.Tinjauan di laman Facebook atas nama 'Rambo Melaka' dikendalikan Ramzi juga memaparkan permohonan maaf kerana memfitnah.Berdasarkan dokumen diperoleh media pada Sabtu, defendan yang menjalankan perniagaan produk detox menzahirkan kekesalan serta memohon maaf atas penggunaan ayat dan ungkapan berunsur fitnah yang tidak wajar sehingga memberi kesan buruk kepada mantan menteri agama selaku plaintif.Susulan itu, defendan bersetuju dan berakujanji tidak akan mengeluarkan hantaran serupa pada masa hadapan.Mahkamah turut mengeluarkan injunksi mandatori supaya defendan memadamkan dua hantaran daripada akaun Facebook dikenali sebagai Rembo yang dikenali sebagai Melaka dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghakiman.Selain itu, defendan, ejen atau mana-mana pihak berkaitan dihalang daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi atau mengulangi kenyataan berkenaan dalam apa jua bentuk.Defendan juga berjanji meletakkan penafian jelas di akaun media sosial miliknya bahawa dia tidak mengizinkan, menyokong dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan pihak ketiga yang menerbitkan semula kenyataan didakwa berunsur fitnah, tanpa kebenarannya."Teks permohonan maaf tanpa syarat yang disediakan plaintif perlu dimuat naik oleh defendan di platform media sosial miliknya dalam tempoh 24 jam selepas penghakiman direkodkan, malah ia perlu dipaparkan selama 30 hari."Serentak itu, defendan dikehendaki membayar kos penyelesaian kepada plaintif yang dihadkan sebanyak RM5,000," kata dokumen penghakiman.Katanya, defendan perlu mendedahkan jumlah keseluruhan wang sekiranya membuat kutipan, dengan menyatakan sumber penyumbang, penyata akaun penuh, rekod transaksi, resit dan dokumen sokongan, bagi membuktikan jumlah sebenar wang dikutip, diterima serta dibelanjakan.Semua wang yang dikutip hanya boleh digunakan bagi pembayaran jumlah penyelesaian di bawah penghakiman persetujuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain atau medium mengulangi kenyataan fitnah.Sekiranya kutipan dana melebihi jumlah itu, lebihan berkenaan hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada Baitul Mal Selangor dan defendan tidak berhak menuntut atau menggunakan wang tersebut.Defendan juga perlu mengemukakan bukti pembayaran rasmi kepada plaintif berhubung penyerahan lebihan dana berkenaan.Dalam prosiding berkenaan, plaintif diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Muhammad Aslam Akberdin dan Ahmad Redza sementara defendan oleh peguam, Nur Fazrin Ahmad.Pada 23 Disember tahun lalu, Mohd Naim memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Ramzi menerusi Tetuan Akberdin & Co.Menerusi pernyataan tuntutan yang disediakan pihak plaintif memberitahu, defendan merupakan seorang peniaga menggambarkan plaintif seolah-olah memaksa jemaah haji mengambil vaksin dan tindakan tersebut menunjukkan mantan menteri agama itu tidak layak memegang jawatan berkaitan hal ehwal agama.Katanya, defendan menyatakan tindakan plaintif menyokong pelaksanaan vaksin (yang kononnya mengandungi unsur haram serta boleh menyebabkan penyakit kronik), secara jelas telah mencemarkan tuntutan agama Islam yang suci."Defendan menyampaikan imputasi bahawa plaintif tidak memberi pilihan kepada jemaah, sehingga mereka terpaksa menolak peluang haji dan umrah kerana tidak mahu menerima suntikan vaksin, demi menjaga tubuh daripada perkara yang dianggap haram."Defendan menyatakan, tindakan plaintif menyebabkan umat Islam terhalang daripada menunaikan ibadah umrah dan haji sebagaimana dikaitkan dengan hadis, sekali gus menggambarkan bekas menteri itu sebagai punca kerosakan masyarakat Islam," kata dokumen.Justeru, defendan berniat jahat dan mengaitkan plaintif dan mengaitkan perkara-perkara tidak benar. |
|
NGO Hindu minta kerajaan tubuhkan j/kuasa khas tangani isu kuil tak .. - Mgazette - 7/02 7:55 am # NGO Hindu minta kerajaan tubuhkan j/kuasa khas tangani isu kuil tak berdaftar KUALA LUMPUR -Malaysia Hindhudharma Maamandram, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kuil-Kuil Hindu di Malaysia mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Pendaftaran & Pemuliharaan Kuil Hindu di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri |
|
Terkilan, anak tidak ikut keluar sebelum rumah rentung – Liah .. - Mgazette - 7/02 7:55 am # Terkilan, anak tidak ikut keluar sebelum rumah rentung - Liah KUALA LANGAT Kehilangan insan tersayang amat perit untuk dihadapi seorang ibu apatah lagi tidak berupaya untuk menyelamatkan anak ketiganya yang terperangkap dalam satu kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi |
|
Bank Islam appoints Raja Teh Maimunah as Group CEO - Sinardaily - 6/02 9:17 pm SHAH ALAM - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) appoints Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz as its new Group chief executive officer (CEO), effective April 1, 2026.Raja Teh Maimunah succeeds Datuk Mohd Muazzam Mohamed, who retired early in December 2025 after more than a decade of leading the bank.Under Muazzams leadership, Bank Islam strengthened its position as Malaysias pioneering Islamic bank while navigating an increasingly complex digital financial landscape.Bank Islam chairman Tan Sri Dr Ismail Bakar said the appointment marks an important milestone for the group."We are delighted to welcome Raja Teh Maimunah as our new Group CEO |
|
Bank Rakyat lancar AI Fiqh Scholar - FMT - 6/02 7:48 pm Platform AI berteraskan Syariah itu bagi memperkukuh integrasi teknologi digital dan kewangan Islam. |
|
Pertikai wibawa UIAM, Amanah tuntut Pas mohon maaf - Sinarharian - 6/02 6:31 pm SHAH ALAM - Pas dituntut supaya memohon maaf kepada warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) susulan kenyataannya yang mempertikaikan kewibawaan universiti berkenaan dalam menjalankan kajian berkaitan cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.Pengerusi Biro Pendidikan dan Pemerkasaan Masyarakat Parti Amanah Negara (Amanah), Azli Yusof berkata, tindakan mempertikaikan institusi pendidikan itu bukan sahaja tidak bertangungjawab tetapi juga memperlihatkan sikap politik anti ilmu dan akademik.Jelasnya, kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga turut menimbulkan persoalan sama ada parti itu hanya mengiktiraf kepakaran akademik jika hanya memberi keuntungan kepada mereka."UIAM bukanlah sebuah universiti yang terlalu junior seperti didakwa, sebaliknya telah ditubuhkan pada tahun 1983, menjadikannya sebuah institusi pengajian tinggi awam yang telah berkhidmat lebih empat dekad kepada negara."Amanah menegaskan bahawa kajian akademik dijalankan berasaskan kaedah saintifik, kerangka analisis dan kebebasan akademik, agar ia bebas dari arahan atau kecenderungan mana-mana pihak berkepentingan."Justeru, Amanah menyeru Pas agar menarik balik kenyataan tidak berasas tersebut dan memohon maaf kepada warga UIAM, menghormati peranan institusi ilmu serta kembali berpolitik secara bertanggungjawab, beretika dan berasaskan fakta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada Khamis, Takiyuddin mempertikaikan pemilihan UIAM selaku institusi pendidikan yang melaksanakan kajian berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kini turut menimbulkan kontroversi.Beliau berkata, PN ingin tahu atas dasar apa UIAM dipilih dalam pelaksanaan kajian itu sedangkan terdapat universiti lain yang mempunyai lebih kepakaran bagi tujuan berkenaan.Mengulas lanjut, Azli berkata, sikap Takiyuddin yang meragui kewibawaan institusi berkenaan juga dilihat sebagai cubaan melemahkan peranan universiti dan dapatan kajian ilmiah dalam menyumbang kepada pembentukan dasar awam dan reformasi institusi negara.Beliau dalam masa sama turut mengingatkan bahawa merendahkan martabat mana-mana universiti awam sebelum kajian bermula hanya menguatkan persepsi bahawa Pas takut kepada fakta, data dan perbahasan terbuka malah boleh membina persepsi negatif yang menghakis keyakinan rakyat terhadap ilmu, kepakaran tempatan dan masa depan negara."Isu pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah isu reformasi tadbir urus bandar yang serius dan memerlukan perbincangan matang, terbuka dan berfakta, bukan polemik politik sempit," katanya. |
|
Top IJM official arrested by MACC - FMT - 6/02 5:26 pm Source says this follows raids on the officials home, a fund management firm and an investment bank. |
|
Bekas pengerusi syarikat mengaku tak salah perdaya projek RM2.5 juta - FMT - 6/02 5:13 pm Zahri Ismail dituduh melakukan kesalahan itu di tiga bank antara Jun 2020 hingga 30 Jun 2021. |
|
IJM Corporation chairman arrested by MACC - Sinardaily - 6/02 5:12 pm PUTRAJAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested the chairman of IJM Corporation Berhad in connection with an investigation involving corporate governance issues, procurement processes, financial transactions and overseas asset ownership estimated to be worth about RM2.5 billion.According to a source, the male suspect, believed to be in his 70s, was detained at about 7pm on Thursday at the MACC headquarters here after a search was conducted at his residence."MACC carried out inspections and searches at three additional locations, namely a fund management and investment institution, an investment bank, as well as the suspects residence."Preliminary investigations found that the investment bank had been appointed to manage the takeover bid process for IJM Corporation Berhad, including regulatory dealings with a self-funded statutory body," the source said.On Jan 19, MACCs Special Operations Division launched investigations into the suspect over matters related to corporate governance, procurement procedures, financial transactions and overseas asset ownership amounting to RM2.5 billion, involving potential offences under relevant laws.As part of the probe, MACC has frozen 70 personal and corporate bank accounts linked to the case, involving a total sum of about RM30.6 million.The source added that investigations were also focused on tracing and seizing other assets suspected to have been acquired through money laundering activities |
|
Jenazah legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/02 4:55 pm JENAZAH legenda bola sepak Terengganu Zulharisam Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mok Suri, Pekan Batu Enam, di sini kira-kira jam 3 petang tadi.Bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun pada 6.20 petang semalam di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu di sini akibat penyakit dalaman.Urusan pengebumian Allahyarham dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan yang memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Nur Bakti, Gong Badak di sini dengan diimamkan anak sulung Allahyarham, Muhammad Aizat Hairi.Muhammad Aizat Hairi, 19, semasa ditemui bersyukur urusan pengebumian lancar serta berterima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan bapanya.Pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam jurusan Sains itu berkata, bapanya ada berpesan supaya menjaga ibu dan adik-beradiknya serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik."Ayah banyak menyembunyikan kesakitan kerana tidak mahu orang risau dan hanya berkongsi keadaan sebenar dengan ahli keluarga terdekat."Insya-ALLAH, saya akan terus berusaha menjadi tulang belakang keluarga dan memastikan amanah arwah ayah dipikul sebaiknya," katanya.Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.Zulharisam yang juga Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meninggalkan isteri Nik Noratiza Abd Aziz, 47, dan tiga anak iaitu Muhammad Aizat Hairi, Nur Airin Farisha, 17, dan Muhammad Aidan Haidi, 12 |
|
Pengerusi IJM Corporation ditahan SPRM, bantu siasatan kes pengubahan wang haram RM2.5 bilion - Sinarharian - 6/02 4:43 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengerusi Syarikat IJM Corporation Berhad berhubung kes berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas kediaman beliau dibongkar."SPRM telah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di tiga lokasi baharu iaitu sebuah institusi pengurusan dana dan pelaburan selain sebuah bank pelaburan dan kediaman suspek."Siasatan awal mendapati bank pelaburan tersebut telah dilantik untuk menguruskan proses tawaran pengambilalihan ke atas IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawal selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri," katanya.Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap suspek berkaitan tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset berjumlah RM2.5 billion di luar negara dan potensi elemen kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.Sehubungan itu, SPRM telah membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah kira-kira RM30.6 juta.Tambah sumber, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram dan setakat ini pihaknya telah memanggil 15 orang saksi termasuk isteri suspek untuk dirakam percakapan.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan maklumat"Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)."Suspek telah dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangan diambil memandangkan suspek turut mengalami masalah kesihatan," ujarnya. |
|
Bekas pengerusi eksekutif mengaku tidak bersalah perdaya projek perlombongan - Sinarharian - 6/02 4:32 pm SHAH ALAM - Seorang bekas pengerusi eksekutif sebuah syarikat berkait perlombongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdaya dalam urusan projek perlombongan membabitkan nilai RM2.5 juta, enam tahun lepas.Zahri Ismail, 53, didakwa memperdaya subkontraktor Toh Chee Seng, 56, untuk mempercayai bahawa tertuduh akan memberikan projek perlombongan di Gua Musang, Kelantan, sehingga mendorong Chee Seng memasukkan wang masing-masing berjumlah RM2 juta, RM250,000 dan RM250,000 ke tiga akaun bank yang didaftarkan atas nama tertuduh.Zahri dituduh melakukan kesalahan itu di tiga bank di Kota Damansara, Petaling Jaya, antara Jun 2020 hingga 30 Jun 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Atirah Mohd Azuarizanuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap tertuduh serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali selain tidak mengganggu saksi pendakwaan.Peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi yang mewakili tertuduh, memohon agar tiada jaminan dikenakan dengan alasan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan jantung dan telah membayar jaminan RM50,000 dan RM20,000 bagi pertuduhan berkaitan masing-masing di mahkamah Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah sebelum ini.Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon selain menetapkan sebutan semula kes pada 1 Mac seperti yang diputuskan di Mahkamah Kota Bharu sebelum ini.Media sebelum ini melaporkan Zahri telah didakwa atas 13 pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat bernilai RM485,500 di Mahkamah Kota Bharu selain lima pertuduhan menipu berjumlah RM1.38 juta di Mahkamah Alor Setar |
|
MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI - Mgazette - 6/02 4:07 pm # MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melangkah ke fasa baharu pembangunan organisasi menerusi pengenalan agenda MQA 3.0 yang menekankan peranan agensi itu sebagai peneraju kualiti dalam landskap pendidikan tinggi negara yang semakin kompleks dan dinamik |
|
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion KUALA LUMPUR - Pengerusi IJM Corporation Bhd |
|
Penggunaan ???Alhamdulillah??? dan ???Insya-Allah??? oleh bukan Islam .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Penggunaan Alhamdulillah dan Insya-Allah oleh bukan Islam dibenarkan dengan syarat KUALA LUMPUR Penggunaan ungkapan seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah oleh bukan Islam adalah dibenarkan selagi ia digunakan dengan niat yang baik, beradab serta menghormati makna asal lafaz tersebut |
|
Sebutan Alhamdulillah; teguran Zailah wajar, berasas – Ahmad - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Sebutan Alhamdulillah; teguran Zailah wajar, berasas - Ahmad KUALA LUMPUR Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahayamenyifatkan teguran Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkenaan sebutan Alhamdulillah adalah wajar dan berasas |
|
Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap Isu Kuil Jadi Senjata Politik: PAS Didakwa Terjebak Naratif Merugikan Parti Waytha Moorthy dakwa isu kuil Hindu dipolitikkan, Pas terperangkap naratif cetus ketegangan agama KUALA LUMPUR Parti Kemajuan Malaysia (MAP) mendakwa isu kuil Hindu sengaja dipolitikkan dan dimanipulasi oleh tangan-tangan ghaib yang berkait dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Jangan selindung sebalik `kajian??? untuk halalkan agenda politik – .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Jangan selindung sebalik `kajian untuk halalkan agenda politik - Hafez KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat mengingatkan pihak-pihak terlibat tidak berselindung di sebalik `kajian untuk menghalalkan agenda politik yang hala tuju dan niatnya sudah jelas |
|
Lelaki didenda RM20,000 kerana miliki kad ATM orang lain - Sinarharian - 6/02 4:05 pm TAWAU - Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM) yang bukan miliknya.Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Yunsa Eso Mhd Yunus, 33, selepas dia gagal memberikan alasan munasabah |
|
Sindiket penipuan kini beroperasi seperti perniagaan - Sinarharian - 6/02 3:53 pm KUALA LUMPUR - Kegiatan penipuan di Asia Tenggara kini memasuki fasa kritikal apabila tidak lagi bersifat terpencil, sebaliknya berkembang menjadi operasi komersial berskala besar yang didalangi sindiket terancang dan berfungsi seperti perniagaan moden yang sah.Perkara tersebut didedahkan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VIDA Group, Niki Luhur yang menggesa pihak berkuasa keselamatan maklumat di Malaysia memperkasa sistem pertahanan keselamatan digital dengan lebih baik."Jenayah penipuan pada hari ini bukan lagi tentang individu yang ingin mencari keuntungan dengan cepat tetapi ia menjadi suatu perniagaan."Apabila jenayah beroperasi seperti sebuah industri, keselamatan tidak boleh bergantung pada andaian yang dibina untuk era yang berbeza," katanya memetik laporan PR Newswire.Beliau dilapor berkata demikian menerusi pembentangan bertajuk 'Daripada Penipu kepada Sindiket: Peningkatan Kegiatan Penipuan Komersial di Asia Tenggara' di CISO Malaysia 2026, acara yang menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) di negara ini.VIDA Group merupakan sebuah syarikat yang terkemuka di Indonesia dalam bidang identiti digital dan pencegahan penipuan, mendapat lesen daripada Lembaga Persijilan (CA) yang didaftarkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Republik Indonesia.Dalam pembentangan tersebut, Niki turut memperincikan sejauh mana Kecerdasan Buatan (AI) secara asasnya membentuk semula ekonomi jenayah digital, mengautomasikan dan meningkatkan skala penipuan menjadi ancaman industri berstruktur.Pesanan tersebut bertepatan dengan CISO, memandangkan ancaman berkuasa AI seperti serangan palsuan dan penipuan identiti sintetik menjejaskan model-model keselamatan tradisional.Ia juga sejajar dengan keputusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menghentikan SMS OTP secara berperingkat-peringkat menjelang Jun 2026 yang seterusnya menggariskan kekurangan pengesahan legasi dan memerlukan reka bentuk semula yang asas bagi strategi pertahanan untuk pemimpin perbankan.Justeru, Niki menegaskan kepentingan pertahanan identiti yang dilaksanakan secara berlapis dan terkoordinasi.Pencegahan penipuan yang berkesan memerlukan penyatuan penentusahan identiti, semakan integriti peranti, pengesanan keaslian dan pengesahan PKI ke dalam satu sistem padu yang mampu bertahan daripada serangan berasaskan AI yang berskala besar. |
|
'Hormat Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok' - Kor Ming - Sinarharian - 6/02 3:22 pm SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membidas sikap pemimpin Pas yang sering menganggap perbuatan orang lain haram walaupun perkara itu berniat baik.Kor Ming berkata, sebaliknya jika ia dilakukan oleh parti mereka semuanya baik dan boleh diterima."Jangan ikut tabiat parti Pas, semua yang dia lakukan halal, bila orang lain lakukan perkara yang baik pun dianggap haram."Dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, amalan saling menghormati itu penting dan rakyat tidak harus dipisahkan dengan faktor warna kulit mahupun kepercayaan agama," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, tindakan Kor Ming, menggunakan pelbagai 'kalimah Islam' ketika ucapan penggulungan kementeriannya mencetuskan persoalan daripada seorang Ahli Parlimen Pas yang memberi amaran supaya tidak 'mengelirukan rakyat'.Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang bangun mencelah ucapan Kor Ming ketika sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut bertanya secara terus kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu jika dia 'sudah beriman'.Dalam masa sama Kor Ming menegaskan bahawa dalam kerangka Madani itu ada hormat dan ihsan.Jelas beliau, semua pihak tidak seharusnya cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan untuk membawa kepada penyatuan sebuah keluarga."Kita sebagai rakyat malaysia kena menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok."Anak Malaysia itu terdiri daripada Melayu,Cina, India, Kadazan Iban dan Dayak |
|
61 calon STAM peroleh Mumtaz dalam semua subjek - Sinarharian - 6/02 2:12 pm SHAH ALAM - Seramai 61 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran, termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).KPM memaklumkan pencapaian ini amat bermakna kerana melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini selama tiga tahun.Kerjasama dengan Al-Azhar Al-Sharif turut membuahkan hasil apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan 2.81 mata, manakala Gred Purata calon sekolah KPM ialah 2.63 mata.Menurut kenyataan KPM, 4,382 calon mendaftar untuk peperiksaan STAM 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara, dengan peratus kehadiran keseluruhan 98.7 peratus."Bagi calon di bawah KPM, peratus kehadiran lebih tinggi iaitu 99.1 peratus |
|
Tiga sekolah terbaik keputusan STAM terima insentif RM10,000 - Sinarharian - 6/02 2:01 pm SHAH ALAM - Tiga buah sekolah yang mencatatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 terbaik akan menerima RM10,000 sebagai insentif keputusan yang cemerlang.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan keseluruhan calon STAM dengan kurikulum baharu itu juga membanggakan negara."Malah kurikulum yang digubal bersama Al Azhar ini sebenarnya sedang menyiapkan anak-anak untuk urusan negara yang lebih besar."Menjadi bakal ulama dan umara yang menguasai bidang serta rahmah kepada umat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau juga alumni sekolah agama menengah (SAM) melahirkan rasa bangga dengan kegigihan asatizah dan guru yang mendidik.Terdahulu, Fadhlina memaklumkan turut berada di SAM Bandar Baru Salak Tinggi untuk meraikan keputusan STAM calon di sekolah berkenaan pada Khamis."Ada yang sebak sambil memeluk saya |
|
HASiL santuni keluarga asnaf di Kuala Perlis - FMT - 6/02 1:46 pm Ia sempena Program CSR HASiL Prihatin 2026 bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). |
|
'Kajian belum siap, UIAM sudah dipandang rendah' - Nik Nazmi - Sinarharian - 6/02 12:54 am SHAH ALAM Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, susulan kenyataannya yang didakwa mempertikaikan kajian cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dan merendahkan keupayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan mempertikai kajian yang masih belum siap jelas mencerminkan sikap memandang rendah terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan."Begitu sekali universiti Islam dipandang rendah, kajian belum siap lagi |
|
Pasangan remaja dicekup berkhalwat, rakam aksi tidak bermoral - Sinarharian - 6/02 12:25 am MERSING Pasangan remaja ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat dan menyimpan rakaman tidak bermoral dalam satu operasi pemeriksaan di sebuah hotel di daerah ini, awal pagi Rabu.Menurut JAINJ, operasi yang dijalankan antara jam 10 malam hingga 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan beberapa hotel dan penginapan sekitar Mersing berikutan daerah berkenaan jarang menerima aduan kes maksiat berbanding daerah lain."Pada kira-kira jam 2.30 pagi, penguat kuasa mengetuk pintu sebuah bilik hotel sebelum dibuka oleh seorang lelaki |
|
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri - Sinarharian - 6/02 12:12 am KUALA LUMPUR - Semua negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Bukan Islam bagi menyelaras urusan berkaitan tanah rumah ibadat serta pentadbiranagama selain Islam, selaras dengan bidang kuasa yang terletak di bawah kerajaan negeri.Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, semua perkara berkaitan hal ehwal agama dan urusan tanah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaituSenarai Negeri."Kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam aspek berkaitan pentadbiran agama, urusan tanah, hak milik, pendaftaran serta pengambilan tanah, selari dengan ketetapan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, iaitu Senarai Negeri."Setakat ini, kesemua kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras perkara tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook.Dalam hantaran sama, Aaron turut memuat naik beberapa poster berkaitan jawatankuasa khas tersebutdisetiap negeri bagi memberi penjelasan kepada orang ramai.Semalam ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, beliau berkata, sebarang perkara melibatkan penggunaan tanah dan pengurusan rumah ibadat perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang negeri serta melalui pendekatan rundingan dan integrasi sosial.Aaron juga pada masa sama turut menegaskankerajaan sentiasa menjamin hak kebebasan beragama, namun turut bertanggungjawab menegakkan kedaulatan undang-undang termasuk dalam aspek pengurusan tanah dan perancangan pembangunan yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkaitan.Beliau berkata, biarpunisu tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri,Kementerian Perpaduan Negara turut bertindak sebagai pemudah cara bagi memastikan isu agama ditangani secara adil, berhemah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Rukun Negara |
|
'Lafaz Alhamdulillah, Insya-ALLAH oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik' - Mohamed Azam - Sinarharian - 6/02 11:07 am SHAH ALAM Penggunaan lafaz seperti "Alhamdulillah" dan "Insya-ALLAH" oleh bukan Muslim adalah dibenarkan selagi digunakan dengan niat baik, beradab serta menghormati makna asal lafaz tersebut.Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, ungkapan berkenaan pada hakikatnya merupakan lafaz keimanan yang merujuk kepada pengakuan dan pujian kepada ALLAH SWT, namun dari sudut bahasa dan adat, ia tidak terhad kepada orang Islam sahaja.Menurutnya, dalam konteks masyarakat majmuk, hukum penggunaan lafaz berkenaan oleh bukan Muslim bergantung kepada niat dan konteks, selaras dengan kaedah fiqh yang menetapkan bahawa ukuran sesuatu lafaz adalah berdasarkan niat dan maknanya, bukan semata-mata lafaz."Ia dibenarkan sekiranya digunakan dengan niat baik, beradab dan menghormati makna asalnya, namun tidak dibenarkan jika digunakan untuk memperolok atau menyalahgunakan makna kerana boleh merendahkan kesucian agama," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.IKIM turut merujuk pandangan Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Dawah, Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama al-Islami yang menyatakan bahawa lafaz pujian kepada ALLAH SWT oleh bukan Islam tidak diharamkan selagi tidak membawa maksud pengakuan akidah Islam atau menghina agama.Menurut Mohamed Azam, para ulama Islam secara ijmak bersetuju bahawa penilaian hukum dalam perkara ini perlu mengambil kira niat, maksud dan konteks masyarakat setempat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam agar mengamalkan sikap husnuzon atau bersangka baik serta berhikmah dalam menangani isu berkenaan, selain mencontohi pendekatan Nabi Muhammad SAW yang memahami dan mendoakan hidayah bagi bukan Muslim selagi ungkapan yang digunakan tidak menghina atau menyalahi akidah.Pada masa sama, masyarakat bukan Islam juga disaran memahami makna sebenar lafaz-lafaz ketuhanan bagi memastikan penggunaannya tidak disalah tafsir.Menurut beliau lagi, pendekatan sedemikian bukan sahaja dapat menjaga kesucian lafaz ALLAH SWT, malah menjadi kaedah dakwah yang beradab, berhikmah serta menyumbang kepada keharmonian hidup bermasyarakat. |
|
Leave it to authorities to probe Agrobank issue Mohammad Sabu - Sinardaily - 6/02 10:31 am SHAH ALAM - The Agriculture and Food Security Ministry (KPKM) is leaving it to the authorities to investigate the issue of Bank Pertanian Malaysia Bhds (Agrobank) losses of more than RM200 million due to online fraud.Its Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said the matter falls fully under the jurisdiction of the Royal Malaysia Police and Bank Negara Malaysia (BNM)."We leave it 100 per cent to them to investigate |
|
Penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim diharuskan selagi tidak hina agama - Pejabat Mufti WP - Sinarharian - 6/02 10:23 am SHAH ALAM Penggunaan kalimah-kalimah Islam seperti Alhamdulillah, Insya-ALLAH, Masya-ALLAH dan seumpamanya oleh golongan bukan Islam dalam perbualan harian adalah diharuskan, selagi ia tidak merendahkan kesucian agama Islam serta tidak mengandungi unsur penghinaan.Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, fenomena penggunaan kalimah Islam oleh sebahagian bukan Muslim adalah sesuatu yang normal dan berlaku hasil pergaulan antara budaya serta agama.Menurut penjelasan itu, dari sudut hukum syarak, perbuatan berkenaan dibenarkan dengan syarat ia digunakan dalam konteks yang betul dan tidak dijadikan bahan olok-olok atau persendaan terhadap Islam."Sekiranya seorang bukan Muslim mengucapkan Alhamdulillah, termasuk selepas bersin, maka harus bagi seorang Muslim menjawab dengan doa seperti semoga ALLAH memberi hidayah kepada kamu atau semoga ALLAH memberi kesembuhan kepada kamu," menurut kenyataan itu.Penjelasan tersebut bersandarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa RA, yang menyebut bahawa golongan Yahudi pada zaman Rasulullah SAW sengaja bersin di hadapan Baginda dengan harapan didoakan rahmat, namun Baginda SAW mendoakan agar mereka diberikan hidayah dan diperbaiki keadaan.Bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa tidak dibenarkan untuk memohon keampunan atau rahmat ALLAH kepada orang kafir kerana rahmat tersebut adalah khusus untuk orang beriman.Dalam hal ini, ulama seperti Syeikh Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa doa yang sesuai untuk bukan Muslim ialah agar mereka diberikan hidayah dan taufiq untuk beriman kepada ALLAH SWT."Keharusan ini tidak terpakai sekiranya kalimah-kalimah suci Islam digunakan dengan niat menghina, memperlekeh atau mempersendakan agama," jelas kenyataan itu.Dalam situasi sedemikian, umat Islam ditegaskan supaya menjauhi majlis atau perbualan yang mengandungi unsur penghinaan terhadap ayat-ayat ALLAH, selaras dengan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Nisa ayat 140.Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menggariskan beberapa panduan penting berkaitan penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim, antaranya tidak digunakan dalam bentuk penghinaan, tidak dijadikan bahan komersial yang mencemarkan makna asal serta perlu difahami maksud sebenar kalimah berkenaan agar digunakan dalam situasi yang tepat.Secara keseluruhan, penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam perbualan harian adalah dibenarkan dalam suasana masyarakat majmuk, namun tertakluk kepada adab, konteks dan penghormatan terhadap kesucian agama Islam. |
|
Sayap bukan Islam, ahli Gerakan jadi exco bukti PAS tak hardline, kata pemimpin - FMT - 6/02 9:30 am Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad berkata label hardline hanya strategi politik untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam. |
|
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu - Sinarharian - 6/02 12:01 am SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM)."Kita serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Madani Agro, di sini hari ini.Semalam, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lepas.Saifuddin berkata, sebanyak 47 individu ditahan berkaitan kes itu dengan tiga telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan akaun keldai.Beliau yang tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai penipuan berkaitan Agrobank dalam jawapan sama turut memaklumkan ia tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan itu.Siasatan terhadap 44 suspek lain masih diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity serta Bank Negara |
|
'Alhamdulillah' dilarang guna bagi bukan Islam - Peguam Syarie - Sinarharian - 5/02 11:32 pm SHAH ALAM - Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri.Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, larangan itu termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang diguna pakai oleh kebanyakan kerajaan negeri di negara ini."Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri walaupun tidak di Wilayah Persekutuan."Kalau orang bukan Islam mengucapkannya bagi merujuk agama bukan Islam, ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam," katanya dalam hantaran di Thread miliknya pada Khamis.Menerusi hantaran sama, beliau turut kongsikan tangkap layar mengenai senarai perkataan dan ekspresi yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama bukan Islam.Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada Rabu mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.Siti Zailah berkata, perbuatan tersebut seolah-olah mengelirukan masyarakat bukan Islam dan mempermainkan kesucian agama Islam. |
|
MP Pas syor beri tempoh pemutihan kepada kuil haram - Sinarharian - 5/02 5:49 pm KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen Pas mengesyorkan supaya tempoh pemutihan diberikan kepada rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan sebelum pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun atau mengeluarkan arahan penutupan selepas tamat tempoh berkenaan.Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berpandangan, pertikaian melibatkan tapak rumah ibadat sering dibiarkan tanpa penyelesaian selama bertahun-tahun oleh PBT sebelum ia meletup apabila timbul aduan atau tekanan politik."Kemudian ia dinaratifkan sebagai isu agama, bukan kegagalan tadbir urus |
|
CIMB launches Minggu Seri-Ibu Kraf to support SMEs and preserve Malaysian craft - Sinardaily - 5/02 5:45 pm KUALA LUMPUR CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) has launched Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB, a new month-long platform aimed at energising Malaysias craft industry while providing meaningful support for small and medium enterprises (SMEs) across the creative economy and beyond.The launch was officiated by Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah accompanied by CIMB Group chairman Datuk Syed Zaid Albar and CIMB Islamic Bank Berhad chairperson Datin Azlina Mahmad.The launch marked a significant step in CIMBs efforts to champion entrepreneurship, heritage and innovation within Malaysias growing creative sector.CIMB Group chief executive officer Novan Amirudin said Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB reflects the Groups long-standing commitment to empowering SMEs through platforms that enhance capabilities, strengthen networks and create long-term value."By supporting entrepreneurship and Malaysian craft in both contemporary and heritage forms, we aim to help future-proof businesses while preserving this artform for generations in line with our purpose of Advancing Customers and Society," he said.Beyond showcasing craftsmanship, Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB is designed as a holistic business development ecosystem.The programme includes a series of networking sessions featuring the Saudagar CIMB initiative, open to SMEs from all sectors.These sessions focus on sharpening entrepreneurial skills, facilitating business matching and creating opportunities for partnerships, financing and cross-selling |
|
Adakah pilihan raya Datuk Bandar KL bakal guna daftar pemilih SPR? Takiyuddin - Sinarharian - 5/02 4:37 pm KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan sama ada sistem pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kebolehlaksanaannya sedang dalam proses kajian ketika ini bakal menggunakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia dikhuatiri memberi implikasi yang besar.Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu perlu dijelaskan secara terperinci dan disyorkan dibuat menerusi sesi penerangan menteri selain perbahasan juga turut dibuka."Kita mahu tahu bagaimana pola dalam Kuala Lumpur dari segi kependudukan atau demografi dan apakah sistem pilihan raya yang nak dibuat |
|
Pemimpin bukan Islam desak tindakan tegas, halang Himpunan Anti Rumah Anutan Haram - Sinarharian - 5/02 3:57 pm KUALA LUMPUR Pemimpin politik bukan Islam dan wakil pertubuhan masyarakat mendesak kerajaan serta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas susulan perancangan himpunan yang didakwa mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.Desakan itu berikutan perancangan Himpunan Anti Rumah Anutan Haram yang dijangka bermula jam 8 malam berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu ini.Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk G Parameswaran berkata, walaupun hak berhimpun dijamin di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memprovokasi isu kaum dan agama.Beliau menegaskan, isu rumah ibadat perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira sejarah, faktor penempatan serta peranan komuniti setempat."Masyarakat India tersinggung dengan tindakan segelintir yang seolah memperkecilkan kepercayaan orang lain, namun belum ada lagi tindakan pantas dari pihak kerajaan," katanya.Ujar beliau lagi, perhimpunan itu hanya akan mencurahkan minyak ke dalam api, memburukkan lagi rasa terpinggir dan seterusnya menggugat kepercayaan sesebuah komuniti terhadap sistem pemerintahan."Mana pergi larangan 3R yang dilaungkan selalu?" katanya.Terdahulu, Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang perhimpunan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan.Sementara itu Ketua Pemuda Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran memaklumkan parti telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan permintaan agar pihak berkuasa campur tangan untuk menyekat perhimpunan tersebut.Malah kata Justin, Presiden MIPP P Punithan turut menghantar surat rasmi kepada sekutu PN, PAS dan Bersatu, melalui Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Kami (MIPP) menggesa ahli dan pemimpin mereka (PAS dan Bersatu) untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut."Ini adalah untuk menjaga kerjasama dalam PN dan untuk menegakkan keharmonian, keamanan dan keselamatan negara," katanya |
|
Mangsa keganasan rumah tangga antara penerima baki RM150 juta SARA - Sinarharian - 5/02 1:03 pm KUALA LUMPUR Sejumlah RM150 juta baki peruntukan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 secara sekali bayar yang tidak dibelanjakan atau dituntut sehingga 31 Disember lalu akan diagihkan kepada golongan rentan termasuk mangsa keganasan rumah tangga.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penghuni pusat perlindungan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) khususnya mangsa keganasan rumah tangga menjadi salah satu daripada empat golongan yang akan menerima agihan itu."Kedua, kita akan agihkan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)."Ketiga, bagi pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan keempat, untuk penubuhan bank masakan dapur siswa dengan peruntukan khusus sebanyak RM15 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha binti Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.Beliau menegaskan, pengagihan semula dana itu bukan sahaja memastikan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan awam malah memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.Menurutnya, tumpuan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit miskin memperlihatkan keutamaan kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.Kata Amir Hamzah, langkah tersebut juga membuktikan keupayaan kerajaan mengurus dana awam secara fleksibel dan responsif terhadap keperluan semasa."Ia turut mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan sosial," katanya.Berkongsi lanjut, Amir Hamzah berkata, bagi penghargaan SARA sekali bayar tahun lalu, lebih 21 juta rakyat Malaysia telah membuat perbelanjaan iaitu 96 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.Pada Isnin ini pula, ujarnya, SARA Untuk Semua iaitu bantuan sekali bayar RM100 melalui MyKad akan bermula."Peruntukan RM2.2 bilion disediakan untuk manfaat semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas |
|
Muslim MP Backs Nga Kor Ming’s Use Of “Alhamdulillah,” Hopes Minister Embraces Islam One Day - Therakyatpost - 5/02 11:27 am MP Siti Zailah Mohd Yusoff accused Housing Minister Nga Kor Ming of manipulating Islam by using Arabic phrases like "Alhamdulillah," "sujud syukur," and "bersyukur" during his speech. |
|
Istilah Islam perlu dilihat secara betul, elak perbalahan Aiman Athirah - Sinarharian - 5/02 12:30 am SHAH ALAM - Penggunaan istilah Islam seperti 'Alhamdulillah' dan 'Insya-ALLAH' oleh bukan Islam perlu dilihat dan difahami secara betul bagi mengelakkantercetusnya perbalahan agar keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terpelihara.Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ada yang menganggap istilah-istilah tersebut eksklusif untuk umat Islam, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai ungkapan umum yang merujuk kehidupan manusia kepada adanya Tuhan."Secara asasnya, ungkapan berkenaan bermaksud segala puji bagi ALLAH dan jika diizinkan ALLAH adalah lafaz pujian dan pengakuan terhadap kekuasaan Tuhan."Penggunaannya tidak secara automatik menjadikan seseorang itu Muslim |
|
NGO Islam perlu pembaharuan tatakelola bagi kembalikan keyakinan masyarakat - Zulkifli - Sinarharian - 4/02 9:18 pm PUTRAJAYA - Isu penyelewengan dana dan kelemahan tatakelola yang melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut pembaharuan menyeluruh dalam aspek berkenaan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, cabaran utama dalam konteks masyarakat ketika ini ialah terhakisnya keyakinan terhadap NGO akibat beberapa kes tertentu yang berlaku sebelum ini.Justeru, katanya, usaha mengembalikan keyakinan masyarakat perlu dilaksanakan melalui pengukuhan tahap profesionalisme dan tatakelola yang setanding dengan NGO pada peringkat antarabangsa."Sebelum ini, kita merasakan bahawa masyarakat sangat yakin terhadap NGO, tetapi apabila ada kes-kes tertentu, perkara ini menyebabkan keterhakisan keyakinan masyarakat, termasuk terhadap NGO Islam."Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama pada peringkat kerajaan untuk berusaha mengembalikan semula teras keyakinan ini agar kita dapat sokongan daripada masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa," katanya ketika berucap merasmikan Program Libat Urus Pembangunan Kapasiti NGO Islam di sini hari ini.Zulkifli berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memegang amanah untuk membantu dan membimbing NGO Islam bagi memperkukuh aspek tatakelola dan tahap profesionalisme."Insya-ALLAH, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) dan agensi agama telah mengorak langkah, merancang untuk melakukan perkara ini (memastikan NGO lebih profesional)," katanya.Beliau berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah penganjuran program libat urus pembangunan kapasiti melibatkan aspek pengurusan dana awam, pengurusan dana serta profesionalisme NGO."Hari ini kita mengadakan satu libat urus pembangunan kapasiti dari segi pengurusan dana awam, pengurusan dana, dari segi aspek profesionalismenya," katanya.Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Zulkifli berkata, pendekatan yang diambil ketika ini bersifat sukarela tanpa paksaan termasuk dari segi audit, dengan penekanan kepada amalan terbaik."Kita ingin mewujudkan satu amalan terbaik secara sukarela tanpa ada paksaan yang akhirnya akan mewujudkan keharmonian (keyakinan) masyarakat (aspek terhadap pengurusan dana NGO)," katanya.Program libat urus anjuran Yadim itu dihadiri lebih 200 wakil NGO Islam dari seluruh negara |
|
Kajian pilihan raya Datuk Bandar wajar diperluas ke bandar utama lain - Farhan Haziq - Sinarharian - 4/02 6:52 pm SHAH ALAM - Kajian berkenaan pilihan raya Datuk Bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar diperluas ke majlis bandaraya utama lain di negara ini.Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Farhan Haziq Mohamed berkata, pelaksanaan tersebut membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka dan memastikan Datuk Bandar bertanggungjawab terhadap dasar serta infrastruktur.Katanya, berdasarkan pengalamannya sebagai peguam selama 10 tahun dan Ahli Majlis selama lapan tahun di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kini Majlis Perbandaran Kajang, beliau menyokong penuh kajian berkenaan dan menggesa ia diperluaskan ke bandar-bandar utama lain."Apabila turun padang ramai penduduk bertanya siapa Datuk Bandar dan siapa Yang Dipertua (YDP) di kawasan mereka |
|
Malik, the only pardoned prisoner the Sultan met in person - Sinardaily - 4/02 5:47 pm KUALA LUMPUR - The Sultan of Selangor has granted pardons to convicts, but he has never met those he has given such freedom.One exception was Dr Malik Yatam, the countrys first inmate to earn a Doctor of Philosophy (PhD) while serving a prison sentence.Malik, now 39, was sent to jail at the age of 14 in 2001 and never imagined he would walk out of prison 25 years later with a "Dr title to his name.He was granted a royal pardon on Dec 11, 2024, in conjunction with the Sultans birthday.Today, the Sabahan runs a chilli farm in Selangor with several former convicts as his partners.Soft-spoken and reflective, the Kadazandusun traced his life journey and experiences, mostly sad and painful ones, marked by a determination to improve himself through education while in prison, when hope seemed distant.Maliks story is deeply tragic, yet also a testament to resilience, a tale about a human being who refused to give up on himself when the world had already moved on.He could not contain his emotions and composure, as the one-hour audience granted by His Royal Highness Sultan Sharafuddin Idris Shah on Tuesday came to an end.Tears flowed as he hugged the Sultan, who had promised to sponsor Maliks umrah trip with his wife, a civil servant.Malik left his home in Keningau for Kuala Lumpur with seven others, lured by a promise of a RM800 monthly job to support his impoverished family.But after six months working in a Sekinchan restaurant, he was not paid a single sen as he became a victim of labour exploitation and physical abuse.In a desperate attempt to escape, an altercation broke out, which led to the unfortunate death of the employer.Malik was sentenced to detention at the state Rulers pleasure, spared the death penalty under the Child Act, but imprisoned indefinitely with no release date.Unlike people of his age who would just be starting their school life with fond memories of childhood, his world came to a crushing stop.But the dropout found a kind juvenile offender officer who planted the spark in Malik to continue his studies.He borrowed books from fellow inmates and endured the mockery of prisoners who laughed at his intention, asking why he bothered when there was no date of his release.Unperturbed, Malik sat for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) in 2006 at the age of 21, followed by Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) a year later.He eventually completed his PhD dissertation in business administration from Open University Malaysia (OUM), writing a dissertation on the entrepreneurial skills of convicts."It was very tough |
|
Hannah patut sensitif pelantikan Datuk Bandar KL perlu perkenan Agong Puad - Sinarharian - 4/02 4:30 pm SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang didakwa sepatutnya lebih sensitif terhadap peruntukan undang-undang berkaitan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.Beliau menegaskan, perkara itu jelas termaktub di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, namun seolah-olah tidak diambil kira."Barangkali ramai tidak sedar bahawa pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu mendapat perkenan Agong |
|
Extractive-led economic growth fuels Indonesia???s environmental crisis - Sinchew - 4/02 3:03 pm Extractive-led economic growth fuels Indonesias environmental crisis JAKARTA: The ambition from President Prabowo Subiantos administration to increase the countrys economic growth to 8 percent through expanding extractive business may risk accelerating environmental degradation and widening social injustice, the Indonesian Forum for the Environment (Walhi) has warned |
|
Pelajar latihan industri JAIP maut, motosikal langgar tiang elektrik - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Pelajar latihan industri JAIP maut, motosikal langgar tiang elektrik KUANTAN - Seorang pelajar latihan industri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan maut selepas melanggar tiang elektrik di Jalan Kuantan-Cherok Paloh berhampiran Masjid Pantai Sepat semalam |
|
Puad kritik Hannah, ingatkan kuasa Agong dalam pelantikan Datuk Bandar KL - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Puad kritik Hannah, ingatkan kuasa Agong dalam pelantikan Datuk Bandar KL KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh diingatkan supaya lebih berhati-hati dan menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam urusan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan tidak menjadikan proses itu seolah-olah satu pilihan raya |
|
Kaji dulu cara lantik Pengerusi PN, Kah Leong jawab Fadhli Kaji dulu cara .. - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Kaji dulu cara lantik Pengerusi PN, Kah Leong jawab Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leongmemulangkan paku buah keras kepada Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mencadangkan supaya universiti awam turut melakukan kajian berkenaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) |
|
PN: Pilihan Raya Datuk Bandar langkah naif, salah arah dan gagal faham .. - Mgazette - 4/02 3:03 pm # PN: Pilihan Raya Datuk Bandar langkah naif, salah arah dan gagal faham masalah DBKL KUALA LUMPUR Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membidas cadangan mengkaji pelaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar sebagai langkah naif, simplistik dan salah arah yang disifatkan gagal memahami punca sebenar kelemahan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) |
|
Universiti juga patut jalankan kajian tentang UEC – Fadhlli - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Universiti juga patut jalankan kajian tentang UEC - Fadhlli KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut mencadangkan kajian menyeluruh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) termasuk kedudukannya dalam Perlembagaan dan kesannya kepada dasar pendidikan kebangsaan dilaksanakan oleh ahli-ahli akademik berpengalaman |
|
'Afdal sekalikan kajian pilihan raya Datuk Bandar KL dengan UEC' - Liyana Marzuki - Sinarharian - 4/02 1:52 pm SHAH ALAM Kerajaan didesak untuk turut menjalankan kajian mengenai pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serentak dengan kajian pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilapor sedang dilakukan.Aktivis politik yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, kajian mengenai UEC itu untuk menilai kepentingannya kepada negara berbilang kaum dan bangsa."Afdal juga kalau sedang buat kajian untuk pilihan raya Datuk Bandar, sekalikan dengan kajian UEC |
|
Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 4/02 1:12 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan pengamal perubatan dalam melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit boleh ditafsirkan sebagai tidak konsisten dengan peruntukan undang-undang sedia ada.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dipandang serius susulan kebimbangan berhubung campur tangan pengendali insurans, takaful dan pentadbir pihak ketiga (TPA) dalam pengurusan rawatan yang berpotensi mempengaruhi keputusan klinikal doktor di hospital swasta.Beliau berkata, sebarang bentuk campur tangan sedemikian bercanggah dengan peruntukan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang menjamin tanggungjawab profesional pengamal perubatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit."KKM memainkan peranan aktif menerusi Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC), sebuah platform melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, wakil syarikat insurans, pengendali takaful dan TPA bagi membincangkan serta mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan."Ia sebuah jawatankuasa untuk membincangkan serta mencari penyelesaian tuntas bagi usaha-usaha yang dibangkitkan bersama pemegang taruh," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. |
|
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina - Sinarharian - 4/02 1:11 pm KOTA BHARU - Mahkamah Syariah di negeri ini mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan tahun 2020.Sumber Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) berkata, penahanan individu itu dibuat dalam satu operasi ke atas acara melibatkan sekumpulan transgender."Susulan itu satu pendakwaan dibuat ke atas suspek di Mahkamah Syariah Kelantan, baru-baru ini atas dakwaan melakukan pengubahan jantina," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Menurut beliau, kes tersebut masih peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan.Katanya, individu tersebut dipercayai mengubah jantina tersebut pada pertengahan tahun lalu.Sumber berkata, pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, berkaitan kesalahan mengubah jantina sendiri atau orang lain."Jika sabit kesalahan ia boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.Sementara itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan perincian kes berkenaan secara terbuka."Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |