///
See Also: Shutterstock

Search : Bangsa Bersatu News   Page 1    





Hamzah serang pihak takut hilang kuasa, dakwa guna politik perpecahan - Mygazette - 30/07 8:20 am

# Hamzah serang pihak takut hilang kuasa, dakwa guna politik perpecahan SEREMBAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa terdapat pihak yang takut kehilangan kuasa sehingga sanggup menggunakan politik perpecahan untuk meraih sokongan rakyat





BN pun halau Sanusi, politik perkauman tiada tempat di N. Sembilan – .. - Mygazette - 30/07 8:20 am

# BN pun halau Sanusi, politik perkauman tiada tempat di N





Jangan suruh orang Cina balik China, India balik India – Anwar - Mygazette - 30/07 8:20 am

# Jangan suruh orang Cina balik China, India balik India - Anwar SEREMBAN Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras politik berasaskan kaum dengan menegaskan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mempunyai hak yang sama sebagai warganegara





'Kebanjiran Rohingya dah cukup memeningkan kepala kami' - Sinarharian - 30/07 8:10 am

AMPANG Penduduk Pandan Mewah di sini berharap lebih 100 pelarian Rohingya yang diusir dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Pulau Pinang tidak ditempatkan di kawasan itu kerana bimbang menambah kebanjiran etnik berkenaan.Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wati, 44, berkata, komuniti Rohingya di kawasan itu sudah ramai dan pertambahan jumlah mereka dikhuatiri meresahkan dan menjejaskan kesejahteraan penduduk."Kami tak mahu terima mereka, cukuplah yang ada di sini pun sudah memeningkan kepala," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, kebimbangan penduduk bertambah apabila mendakwa melihat beberapa individu yang tidak dikenali sebelum ini meminta sedekah di sebuah restoran berhampiran kediamannya.Bagaimanapun, Wati mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada individu itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pelarian yang diusir dari Kampung Kuala Muda."Saya tidak boleh sahkan, tetapi memang wajah mereka berbeza daripada biasa saya lihat," katanya.Seorang lagi penduduk, Izzati, 49, berkata, kawasan Pandan Mewah sememangnya mempunyai komuniti Rohingya yang ramai dan mereka boleh dilihat di beberapa lokasi sekitar kawasan perumahan serta premis perniagaan.Katanya, dalam kalangan mereka kebanyakannya bekerja di kilang dan premis berhampiran, manakala sebahagian lagi berniaga di pasar malam, mengutip barang kitar semula serta meminta sedekah.Penduduk yang hanya dikenali sebagai Rosnah, 49, berkata, kawasan perumahan itu juga sering dijadikan lokasi transit oleh sebahagian pelarian Rohingya dari beberapa negeri sebelum mendapatkan rawatan atau bersalin di sebuah hospital kerajaan berhampiran.Katanya, berdasarkan maklumat didengarinya, terdapat pelarian Rohingya dari Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menyewa bilik di flat sekitar Pandan Mewah untuk tempoh singkat sebelum pulang ke negeri masing-masing."Selepas selesai urusan bersalin, mereka akan pulang semula ke negeri asal," dakwanya.Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Sulaiman, 43, pula berkata, pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.Katanya, penduduk mahu agensi berkaitan menyiasat segala aduan dibangkitkan bagi memastikan kawasan itu terus selamat dan mematuhi peraturan."Kami cuma mahu suara penduduk didengar dan setiap aduan disiasat secara telus. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya perlu diambil," tambah beliau.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai penghantaran etnik itu di kawasan Pandan Mewah.Beliau memberitahu, kebanyakan mereka kini menumpang di rumah saudara mara dan kenalan sekitar Balakong dan Semenyih sementara mencari kediaman baharu.Menurutnya, semua pelarian terbabit memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah."Bukan mudah untuk mereka dapatkan rumah sewa kerana ramai pemilik enggan menyewakan kediaman kepada pelarian," katanya.Beliau berkata, komuniti Rohingya menghargai layanan serta simpati yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia sepanjang mereka berada di negara ini."Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang masih menunjukkan simpati serta solidariti kepada pelarian Rohingya walaupun ada segelintir pihak kurang senang dengan kehadiran mereka," katanya.Mengulas kejadian di Kampung Kuala Muda, Zafar Ahmad berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, pelarian terbabit meninggalkan kawasan itu secara aman sebelum menuju ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan daripada UNHCR.Katanya, komuniti Rohingya berharap isu kemanusiaan melibatkan pelarian dapat ditangani dengan penuh ihsan tanpa menjejaskan undang-undang negara.





Bubar Bersatu? Penganalisis beza pendapat - FMT - 30/07 8:00 am

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Bersatu masih boleh diselamat dengan rombak kepimpinan namun Tawfik Yaakub anggap usaha itu terlambat selepas kemunculan Wawasan.





Tular peniaga kena maki jual vape kepada pelajar bawah umur - Sinarharian - 30/07 7:00 am

KUALA LUMPUR - Tular satu rakaman video pendek di Facebook pada Isnin lalu memaparkan seorang lelaki berang terhadap peniaga kerana didakwa menjual rokok elektronik atau vape kepada golongan bawah umur.Menerusi hantaran video berdurasi satu minit 35 saat di akaun Facebook Ali Burger Jinjang, lelaki tersebut yang dipercayai bapa kepada pelajar bawah umur itu sedang menyoal peniaga berkenaan sambil memaki hamun.Individu itu juga sempat mempersoalkan sama ada peniaga terbabit memiliki lesen perniagaan atau tidak."Itu saya tak mahu kira, apa macam budak (pelajar sekolah) boleh dapat itu barang (vape)?"Kamu punya lesen mana saya mahu tengok, betul-betul ke berniaga mesti ada ikut undang-undang kan?"Budak-budak kena tunjuk kad pengenalan (bila beli barang) kan?" ujarnya.Lelaki tersebut mendakwa, guru besar sekolah turut memintanya untuk mencari individu yang menjual vape kepada beberapa pelajar lain."Lagi lima enam budak sekolah sana, guru besar minta saya cari sini





PRN Negeri Sembilan jadi penentu hala tuju kerjasama BN-PN - Bastien - Sinarharian - 29/07 8:28 pm

KUALA LUMPUR Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bakal menjadi penentu awal kepada keberkesanan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebelum gabungan itu berdepan pilihan raya lain termasuk di Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU).Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap kerjasama berkenaan kerana ia perlu melalui pelbagai ujian politik sebelum dapat dibuktikan benar-benar berjaya.Menurutnya, kerjasama itu bukan sesuatu yang asing memandangkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah bergabung di bawah Muafakat Nasional serta membentuk kerajaan sebelum membawa haluan masing-masing."BN, Pas dan Bersatu pernah bersama membentuk kerajaan suatu ketika dahulu





Muhyiddin among authorised signatories for Bersatu CIMB account, witness tells court - Sinardaily - 29/07 8:12 pm

KUALA LUMPUR - The High Court today heard that Tan Sri Muhyiddin Yassin was among the individuals authorised to sign cheques for Bersatus CIMB Bank account, which received party contributions and membership fees.Bersatu finance officer Muhammad Zulhelmi Zaulkafly, 34, said the account had three signatories, namely Muhyiddin, who was the party president at the time; then-deputy president Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; and then-treasurer-general Datuk Mohamed Salleh Bajuri, who was a mandatory signatory."The signatories for the account were the party president, Tan Sri Muhyiddin, and Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, with any two of them required to sign, he said.Muhammad Zulhelmi, the 22nd prosecution witness, was testifying in the trial of the former prime minister, who is facing seven charges of abuse of power and money laundering.He said Bersatu had two bank accounts - CIMB Bank and AmBank, which were monitored by the partys treasurer-general.During examination-in-chief by deputy public prosecutor Mahadi Abdul Jumaat, the witness said the CIMB Bank account was used to receive contributions and membership fees, while the AmBank account was for administrative and operational purposes.Mahadi: So, Encik Zulhelmi, for all donations (contributions) from the public or companies, which bank account would the money be deposited into?Muhammad Zulhelmi: The CIMB Bank account.The witness said the treasurer-general was responsible for presenting Bersatus financial matters to the partys Supreme Leadership Council (MPT), which included the party president.However, he agreed with a suggestion by lawyer Chetan Jethwani, representing Muhyiddin, that no individual had exclusive control over the partys finances despite the existence of two signatories.When questioned by deputy public prosecutor Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin on Muhyiddins role in the partys management committee, Muhammad Zulhelmi said Muhyiddin oversaw the committees role and the management of party affairs.He said the committee was responsible for handling the partys administration, management and financial matters.Muhyiddin, 79, who was prime minister and Bersatu president at the time, is facing four charges under Section 23(1) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009 of allegedly abusing his position to obtain RM225.3 million in gratification for the party in connection with the Jana Wibawa programme between March 2020 and August 2021.The Pagoh MP also faces three charges under Section 4(1)(b), read together with Section 87(1), of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 involving RM200 million allegedly deposited into Bersatu's bank accounts between February 2021 and July 2022.The offences carry maximum prison terms of 20 years and 15 years respectively, as well as fines, upon conviction.The trial before Judge Noor Ruwena Md Nurdin continues on Aug 17





Muhyiddin antara penandatangan dalam akaun sumbangan Bersatu - Saksi - Sinarharian - 29/07 7:30 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu yang mempunyai kuasa untuk menandatangani cek akaun CIMB Bank milik Bersatu yang menerima sumbangan dan yuran keahlian parti itu.Pegawai Kewangan Bersatu, Muhammad Zulhelmi Zaulkafly, 34, berkata, akaun berkenaan mempunyai dua penandatangan, dengan Bendahari Agung ketika itu Datuk Mohamed Salleh Bajuri bertindak sebagai penandatangan wajib."Penandatangan bagi akaun berkenaan ialah presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Timbalan Presiden ketika itu), dengan mana-mana dua daripadanya," katanya pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram.Muhammad Zulhelmi, saksi pendakwaan ke-22 berkata, Bersatu mempunyai dua akaun bank iaitu akaun Ambank dan CIMB Bank yang dipantau Bendahari Agung.Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengenai tujuan kedua-dua akaun berkenaan, Muhammad Zulhelmi berkata, akaun CIMB Bank untuk menerima sumbangan dan yuran keahlian, manakala Ambank bagi urusan pentadbiran dan operasi.Mahadi: Jadi Encik Zulhelmi, untuk kesemua derma (sumbangan) oleh orang awam atau syarikat akan dimasukkan ke dalam akaun bank mana?Muhammad Zulhelmi: Akaun CIMB Bank.Saksi itu berkata Bendahari Agung (Mohamed Salleh) bertanggungjawab untuk melaporkan urusan kewangan Bersatu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.Kepada soalan Mahadi adakah MPT termasuk Presiden Bersatu dan Muhammad Zulhelmi menjawab "ya".Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin bahawa tiada mana-mana individu yang mempunyai kawalan eksklusif terhadap kewangan parti, walaupun mempunyai dua penandatangan.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai peranan Muhyiddin dalam jawatankuasa pengurusan parti itu, Muhammad Zulhelmi berkata beliau menyelia dengan mengambil tahu peranan dan perjalanan hal ehwal pengurusan parti itu.Saksi itu berkata, jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pentadbiran, pengurusan parti dan kewangan.Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Perbicaraan kes di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung pada 17 Ogos





Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia - PM - Sinarharian - 29/07 7:22 pm

JELEBU - Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, walaupun perkara itu sukar untuk dilaksanakan pada peringkat awal, ia akhirnya berjaya dilakukan dan perkembangan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Malaysia dan Myanmar."Orang kata hantar balik (pelarian Rohingya tapi), hantar balik ke mana? Hantar ke Myanmar...depa (mereka) dekat sana (sebelum ini) tak mahu terima (pelarian Rohingya ini)."(Tapi) sebab hubungan baik (Malaysia) dengan Myanmar sekarang ini, dia (Myanmar) setuju ambil 5,000 (pelarian Rohingya) dulu dari Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin pada majlis Minum Petang Bersama PMX DUN Chennah, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah Anthony Loke di Simpang Durian di sini pada Rabu.Isnin lepas, ratusan pelarian Rohingya berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur selepas mereka tiba di ibu negara pada awal pagi tersebut dengan menaiki tiga bas dari Pulau Pinang.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus pada Rabu berkata, pelarian berkenaan dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri ditetapkan pertubukan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.Ketika mengulas mengenai perkara itu semalam, Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia agar tidak mengganggu ketenteraman awam dengan berkumpul di jalan raya mahupun tempat-tempat awam."Saya dah bagi arahan (kepada polis), saya tak mahu (pelarian) Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam."Ini negara Malaysia, tak boleh dia ganggu kita





ASEAN perlukan modal besar, perkongsian lebih kukuh untuk percepatkan peralihan tenaga - PM - Sinarharian - 29/07 5:26 pm

Pada masa sama, peralihan itu adalah mengenai daya saing ekonomi, katanya.Beliau juga berkata, sektor tenaga bersih China kini menyumbang lebih daripada 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, dan libat urus lebih mendalam dengan China dan negara rakan kongsi lain harus diterajui melalui mekanisme pimpinan ASEAN, seperti Grid Kuasa ASEAN.Anwar berkata, bahawa proses peralihan tenaga tidak bergerak dengan mudah, selain itu integrasi juga tidak boleh diteruskan secara bersendirian."Sebelum krisis tenaga semasa pun, pergantungan berlebihan terhadap bahan api fosil telah menarik banyak perhatian negara-negara ASEAN kepada alternatif seperti solar dan angin. Namun begitu, kuasa nuklear kelihatan diketepikan serta tidak diberi perhatian utama."Ini agak merugikan memandangkan rantau ini mempunyai pengalaman pengawalseliaan kukuh serta kepakaran teknikal diperlukan untuk meneruskan tindakan yang boleh menyumbang secara signifikan ke arah merealisasikan teras Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga," katanya.Sementara itu, persidangan itu disokong oleh Rangka Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berperanan sebagai platform strategik untuk Malaysia merapatkan Asia Tenggara dan Greater Bay Area (GBA) di China.GBA, secara rasmi dikenali sebagai Greater Bay Area Guangdong-Hong Kong-Macao, adalah inisiatif kerajaan China menyepadukan 11 bandar menjadi satu hab ekonomi dan inovasi.Disokong oleh Dewan Perniagaan ASEAN yang baru dilancarkan di Hong Kong, Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan pasaran kewangannya sebanyak RM4.3 trilion, berteraskan kepada kepimpinanannya merintis dalam sukuk hijau, selain daripada kepakaran dalam teknologi GBA.Sinergi strategik ini direka bentuk untuk mengurangkan risiko pelaburan hijau dan menggantikan rantaian bekalan bahan api fosil global yang terdedah kepada risiko dengan alternatif serantau yang stabil dan bersepadu secara mendalam di seluruh zon Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.Pusat kepada strategi serantau itu ialah peluasan fizikal Grid Kuasa ASEAN, diperkukuh oleh Tabung Ketersambungan Tenaga Serantau yang baru ditubuhkan.Kejayaan operasi Projek Integrasi Kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura telah menunjukkan bahawa perdagangan elektrik bersih merentas sempadan sudah pun menjadi satu realiti praktikal





RCI Tabung Haji: Radzi gesa semua Ahli Parlimen diberi ruang bahas - Sinarharian - 29/07 5:14 pm

PUTRAJAYA Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Md Jidin menggesa Speaker Dewan Rakyat memberi peluang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan dapatan dan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) pada sidang khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.Menurut beliau, ruang perbahasan tidak seharusnya dihadkan kepada beberapa Ahli Parlimen sahaja memandangkan laporan itu melibatkan kepentingan awam dan sebuah institusi strategik negara."Speaker Dewan Rakyat perlu memberikan peluang kepada semua Ahli Parlimen untuk membahaskan dapatan dan syor RCI ini."Ruang perbahasan tidak seharusnya terhad kepada beberapa orang Ahli Parlimen sahaja," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dr Radzi berkata, Speaker juga perlu memastikan menteri berkaitan memberikan penjelasan terhadap semua isu yang dibangkitkan selain membuka ruang soal jawab seluas-luasnya.Menurutnya, kerajaan juga perlu memberikan komitmen untuk melaksanakan cadangan bersesuaian yang dikemukakan Ahli-ahli Parlimen bagi menambah baik kedudukan TH.Terdahulu, Kabinet menyatakan persetujuan untuk mengklasifikasikan semula dan mendedahkan laporan RCI berkenaan,Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri diberi taklimat oleh pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH).Katanya, laporan RCI tersebut menggariskan sebanyak 25 syor tindakan penambahbaikan dengan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus daripada keseluruhan syor berkenaan.Dalam pada itu, Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu menggesa kerajaan memperincikan status pelaksanaan setiap syor RCI, termasuk menyediakan pelan tindakan bagi cadangan yang masih belum dilaksanakan."Kerajaan juga perlu menjelaskan status tindakan terhadap pihak yang didapati melakukan salah laku atau pelanggaran undang-undang," jelasnya.Bekas Menteri Pendidikan itu turut menggesa kerajaan mendedahkan keseluruhan laporan asal RCI supaya kandungannya dapat diteliti secara terbuka.Katanya, laporan RCI TH melibatkan kepentingan awam kerana menyentuh sebuah institusi strategik negara yang mempunyai kedudukan istimewa dalam kehidupan umat Islam.Menurut beliau, TH dibangunkan berteraskan aspirasi umat Islam untuk menyimpan wang secara patuh syariah bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah haji dengan teratur dan tertib."Lebih sembilan juta pendeposit telah meletakkan kepercayaan kepada institusi ini."Bagi sebahagian besar pendeposit, wang yang diamanahkan bukan sekadar simpanan biasa, tetapi hasil titik peluh yang dikumpulkan bertahun-tahun lamanya dengan niat untuk menyempurnakan tuntutan agama."Perkara berkaitan tadbir urus, pengurusan kewangan atau keputusan pelaburan TH bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi dan pentadbiran, malah menyentuh soal amanah, integriti serta keyakinan umat Islam terhadap institusi tersebut."Sama-sama kita pastikan institusi yang amat dekat di hati umat Islam ini diurus dengan penuh amanah, telus dan berintegriti," katanya.





Trial: Bersatu finance officer confirms party received donations; finances reported to leadership including Muhyiddin - Malaymail - 29/07 3:51 pm

KUALA LUMPUR, July 29 Donations that had been given to Parti Pribumi Bersatu Malaysia have to be declared to the...





RM13 juta bangunkan Laman Deria Pintar - Mygazette - 29/07 3:39 pm

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memperuntukkan RM13 juta untuk membangunkan Laman Deria Pintar (Smart Sensory Park) di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Mutiara Rini di sini





Perkasa aspek pendidikan, kemahiran belia antara fokus calon PH DUN Paroi - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Perkasa aspek pendidikan, kemahiran belia antara fokus calon PH DUN Paroi REMBAU Pemerkasaan aspek pendidikan serta kemahiran merupakan antara fokus utama calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16





DAP perlu berhenti bermain dengan fakta sejarah, identiti negara - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# DAP perlu berhenti bermain dengan fakta sejarah, identiti negara KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa nama Tanah Melayu telah berakhir selepas Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa





Pelarian Rohingya 'pindah' ke destinasi pilihan guna e-hailing - Polis - Sinarharian - 29/07 1:31 pm

KUALA LUMPUR - Majoriti pelarian etnik Rohingya yang selesai proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini menggunakan khidmat e-hailing untuk pergerakan ke destinasi pilihan di ibu negara, Selangor dan Pulau Pinang.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, destinasi pilihan pelarian itu adalah berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit."Pecahan penempatan pelarian ialah 66 di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (18 orang), Selangor (29 orang) dengan jumlah keseluruhan 113 orang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Fadil berkata, pada jam 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang, Selasa, Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menjalankan proses dokumentasi ke atas komuniti pelarian etnik Rohingya di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur.Katanya, tujuh orang wakil Malaysian Relief Angensy (MRA) telah hadir memberi sumbangan makanan tengah hari dan bantuan semakan kesihatan ke atas pelarian tersebut."Jumlah pelarian yang terlibat ialah seramai 113 orang."Seramai 109 orang pelarian Rohingya bersama seorang Indonesia merupakan isteri kepada Ketua Komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan keluar ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTambahnya, proses telah dimulakan dengan pengecaman semula pemilik dokumen dan mereka dilepaskan secara bergilir melalui Pintu Utama IPK Kuala Lumpur.Sinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad.Kesemua warga asing itu kemudian telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah.





110 pelarian Rohingya pindah ke lokasi baharu di tiga negeri - Polis - Sinarharian - 29/07 12:07 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya sudah pindah ke destinasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 18 orang di Pulau Pinang dan Selangor seramai 29 orang."Pihak NGO dan UNHCR telah menguruskan semua pelarian terbabit."Lokasi pilihan pelarian terbabit adalah Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Media sebelum itu melaporkan seramai 113 pelarian membabitkan 110 etnik Rohingya termasuk 53 kanak-kanak, seorang lelaki warga Iraq, wanita Somalia (1 orang) dan wanita Indonesia (1 orang) merupakan isteri etnik terbabit telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLSinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad.





BN-PN bertahan lama atau sekadar 'kahwin kontrak' - Sinarharian - 29/07 8:30 am

PERSEFAHAMAN antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang diterjemahkan menerusi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat memberi gambaran baharu landskap politik negara.Kerjasama yang suatu ketika dahulu dianggap sukar direalisasikan, kini dilihat sebagai strategi ampuh untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri sekali gus memaksimumkan peluang menewaskan lawan.Namun di sebalik itu, timbul persoalan sama ada kerjasama berkenaan mampu bertahan lama selepas pilihan raya atau sekadar kesepakatan sementara yang didorong oleh keperluan politik semasa yang diistilahkan sebagai 'kahwin kontrak'.Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, secara asasnya kerjasama BNPN bukan lahir daripada keserasian ideologi, sebaliknya didorong oleh keperluan politik semata-mata."Objektif utamanya adalah untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang terbukti sering memecahkan undi Melayu dan memberi kelebihan kepada pihak lawan."Ini strategi pilihan raya yang rasional, tetapi hakikatnya strategi tidak semestinya melahirkan kepercayaan





Negeri Sembilan state election: As the decisive swing force, where will .. - Sinchew - 29/07 7:58 am

Negeri Sembilan state election: As the decisive swing force, where will the 130,000 Indian votes go? The Negeri Sembilan state election depends not only on the political inclinations of Malay and Chinese voters, but also heavily on Indian voters





113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan - Mygazette - 29/07 7:58 am

Tambah Fadil, hasil pemeriksaan awal mendapati, kesemua pelarian terbabit berusia di antara satu bulan hingga 60 tahun. Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, IPK Kuala Lumpur





Manifeso BN, PN lain-lain, kalau menang mana satu nak pakai? – .. - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Manifeso BN, PN lain-lain, kalau menang mana satu nak pakai? - Muhyiddin PORT DICKSON Pengundi Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak tertipu dengan kerjasama yang kononnya terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini





DAP lapor polis terhadap MP Jempol, dakwa kenyataan fitnah ketika kempen... - Mygazette - 29/07 7:58 am

# DAP lapor polis terhadap MP Jempol, dakwa kenyataan fitnah ketika kempen PRN SEREMBAN - DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsul Kahar Mohd Deli





Hamzah sesuai calon PM? Selamat maju jaya cita-cita besar Saifuddin .. - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Hamzah sesuai calon PM? Selamat maju jaya cita-cita besar Saifuddin - Ahmad Zahid SEREMBAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Wawasan) Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai satu cita-cita yang baik





'UMNO tidak pernah tutup pintu penyatuan Melayu' - Razlan - Sinarharian - 28/07 10:39 pm

SHAH ALAM - UMNO tidak pernah menutup pintu terhadap usaha menyatukan orang Melayu dan Islam, termasuk membabitkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berasaskan matlamat memperkukuh kedudukan bangsa serta negara.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menjelaskan, usaha itu tidak seharusnya terus dibelenggu dengan pertelingkahan politik lampau kerana generasi hari ini perlu melihat kepentingan lebih besar demi masa depan negara serta kepentingan orang Melayu."Pelbagai episod yang pernah berlaku sebelum ini termasuk isu 'Amanat Hadi' dan perpecahan dalam masyarakat Melayu perlu dilihat sebagai sejarah yang tidak wajar diheret berpanjangan."Kita kena faham, selagi mana kita nampak titik pertemuan untuk kita bersama, kita kena perjuangkan perkara itu kerana itulah yang akan menjamin masa depan kita."Kalau perkara itu boleh diterjemahkan dari sudut politik, itulah hasrat kita untuk melihat orang Melayu bersatu," katanya.Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka Sinar Harian bertajuk 'Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-hara', yang turut disertai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda dan Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Mengulas gesaan supaya Pas menarik balik Amanat Hadi yang pernah diucapkan Presiden Pas itu di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981, Razlan menegaskan, perkara itu diserahkan kepada ketentuan ALLAH SWT dan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha mencari titik persefahaman.Malah beliau menjelaskan, banyak perkara yang berlaku pada masa lalu termasuk kewujudan dua imam, isu kenduri dan perpecahan dalam masyarakat Melayu tidak sepatutnya terus dijadikan asas permusuhan politik."Hari ini zaman kita yang muda-muda, takkan kita nak heret perkara-perkara itu sehingga menyebabkan orang Melayu terus bergaduh."Orang Melayu kena fikirkan negara ini satu-satunya tanah Melayu





Wawasan mahu 'makan pasaran' PKR, Amanah dan DAP, bukan pecah undi Melayu - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 28/07 9:41 pm

SHAH ALAM - Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyasarkan untuk 'makan pasaran' Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dengan menarik sokongan pengundi yang kecewa terhadap Pakatan Harapan (PH), bukannya untuk memecahkan undi Melayu.Ketua Penerangan Wawasan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, strategi itu merupakan antara pendekatan parti berkenaan bagi memperkukuhkan sokongan Perikatan Nasional (PN), selain menembusi kelompok pengundi pertengahan yang sebelum ini sukar memberikan sokongan kepada gabungan tersebut.Menurutnya, Wawasan mahu meraih sokongan pengundi PKR, Amanah dan DAP yang tidak lagi yakin dengan PH."Kami sebenarnya bergerak ke arah kelompok tengah





Two forecasts, one battleground: Negeri Sembilan hangs in the balance - Sinardaily - 28/07 7:38 pm

SHAH ALAM The battle for Negeri Sembilan is shaping up to be one of the closest state elections in recent years, with competing projections pointing to an uncertain outcome as Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) vie for control of the 36-seat state assembly.Vodus Researchs latest forecast places PH slightly ahead in the statewide popular vote and projects the coalition leading in 17 seats, just short of the 19 needed to form the next state government





Businessman tells court Muhyiddin had role in helping Nepturis secure Jana Wibawa project - Sinardaily - 28/07 7:23 pm

KUALA LUMPUR - A businessman told the High Court today that he believed former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had a role in helping Nepturis Sdn Bhd, a company he had established, secure a project under the Jana Wibawa programme.Metrasys Sdn Bhd director Lian Tan Chuan, 55, said this stemmed from Nepturis winning the pre-qualification tender for the Klang Utara District Police Headquarters (IPD) project in Selangor on Jan, 12, 2022, following the issuance of a Letter of Acceptance by the Public Works Department (JKR)."On Jan 16, 2022, I instructed Rizman (Mohd Rizman Akum Khan) to issue a cheque of RM1 million from Nepturis, payable to Bersatu





Muhyiddin mempunyai peranan bantu dapatkan projek Jana Wibawa - Saksi - Sinarharian - 28/07 7:01 pm

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa beliau percaya bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peranan dalam membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd yang ditubuhkannya, mendapatkan projek di bawah Program Jana Wibawa.Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd Lian Tan Chuan, 55, berkata, ini berikutan syarikat Nepturis memenangi tender pra kelayakan pada 12 Januari 2022 bagi Projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor, selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan surat setuju terima (SST)."Pada 16 Januari 2022, saya meminta Rizman (Mohd Rizman Akum Khan) untuk sediakan cek daripada Nepturis berjumlah RM1 juta untuk dibayar kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)





Adam Radlan bantu dapat kontrak Jana Wibawa, saksi beritahu mahkamah - FMT - 28/07 6:51 pm

Pengarah Metrasys Sdn Bhd Lian Tian Chuan kata ahli perniagaan Azman Yusoff kenalkan beliau dengan bekas timbalan ketua Bersatu Segambut pada 2020.





Businessman: Bumi contractors RM1m to Bersatu was reward after getting RM141m govt project, tapped Muhyiddins golf buddys help - Malaymail - 28/07 6:49 pm

KUALA LUMPUR, July 28 Bumiputera contractor Nepturis Sdn Bhd had given RM1 million to political party Parti...





'Wanita Rohingya menangis, meraung' - Sinarharian - 28/07 6:17 pm

KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertukar riuh dengan tangisan dan raungan sejurus melihat kehadiran pihak media dan lensa kamera.Itu gelagat seorang wanita Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur sementara menanti tindakan lanjut daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati semua 110 pelarian Rohingya dan tiga individu masing-masing pencari suaka dari negara lain ditempatkan dalam keadaan lebih teratur berbanding di kaki lima pejabat UNHCR.Turut kelihatan petugas dari badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Relief Agency (MRA) membuat pemeriksaan perubatan buat individu yang memerlukan.Difahamkan pelarian terbabit diberi makan dan minum yang mencukupi malah kemudahan asas seperti tandas serta susu bayi termasuk air panas disediakan.Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil daripada proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga Rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga Rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL





I sought Adam Radlans help for Jana Wibawa contract, businessman tells court - FMT - 28/07 5:40 pm

Metrasys Sdn Bhd director Lian Tian Chuan says another businessman, Azman Yusoff, introduced him to the former Segambut Bersatu deputy chief in 2020.





Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur - Sinarharian - 28/07 4:59 pm

KUALA LUMPUR Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang."Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLPelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatanTerdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.





Malaysia sasar jadi hab ekosistem wakaf bertaraf dunia lima tahun lagi - Sinarharian - 28/07 4:45 pm

KUALA LUMPUR 2 - Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai hab ekosistem wakaf bertaraf dunia dalam tempoh lima tahun menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi yang diperkukuhkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Global Wakaf Al-Quran (GWAQ), PERKIM, Tulus Digital dan Islamica.Pengerusi Bersama Global Wakaf Al-Quran, Prof





Komando lumpuh selepas 'hukuman' di kem: Pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan - Radzi Jidin - Sinarharian - 28/07 4:06 pm

SHAH ALAM - Siasatan terhadap anggota Rejimen 22 Komando, Truper Abdul Hamid Talib yang parah ketika berada di dalam kem pada Mac lalu perlu dipercepat dan dijalankan secara telus.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan menyeluruh perlu dilaksana bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan."Kementerian Pertahanan juga perlu memastikan kebajikan mangsa dan keluarganya terbela





Tun Faisal harap pengundi awal diberi kebebasan pilih calon terbaik - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Tun Faisal harap pengundi awal diberi kebebasan pilih calon terbaik SEREMBAN Anggota dan pegawai keselamatan tidak sepatutnya dikenakan tekanan oleh mana-mana pihak untuk memilih calon dan parti tertentu pada hari mengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) hari ini





Polis lumpuhkan sindiket calling centre di Forest City - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Polis lumpuhkan sindiket calling centre di Forest City JOHOR BAHRU - Seramai 335 ahli sindiket diberkas termasuk warga asing selepas serbuan dilakukan dua pusat calling centre yang menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di Forest City, Iskandar Puteri pada 15 Julai lalu





113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen 113 .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# 113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang berlindung di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sejak semalam tidak akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ini kerana mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusian





Bangun seawal subuh, anggota polis tunaikan tanggungjawab mengundi - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Bangun seawal subuh, anggota polis tunaikan tanggungjawab mengundi LABU -Seawal jam 8 pagi, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula hadir ke Balai Polis Labu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini





Bersatu sangkal dakwaan sertai PRN kerana mahu pecah undi ??? Tun Faisal - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Bersatu sangkal dakwaan sertai PRN kerana mahu pecah undi Tun Faisal SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan parti itu menyertai Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan hanya semata-mata untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH)





Komited bina AI Malaysia, elit selesa dengan kaedah lama jangan jadi .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Komited bina AI Malaysia, elit selesa dengan kaedah lama jangan jadi penghalang - PM CYBERJAYA - Usaha melakar kerangka baharu negara menerusi agenda kecerdasan buatan (AI) memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi dan penjawat awam





Penduduk Kuala Muda tidak mahu etnik Rohingya dominasi kampung mereka - Mygazette - 28/07 3:47 pm

Apatah lagi, rata-rata penduduk berpandangan kegiatan ekonomi penduduk tempatan berisiko terjejas sekiranya kawasan kampung didominasi etnik berkenaan. Penduduk, Wan Nor Azian Wan Ibrahim, 43, berkata, tiga perbincangan sudah diadakan membabitkan penduduk, pemilik rumah, polis dan wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sebelum kata sepakat dicapai untuk memberi tempoh sehingga 26 Julai kepada komuniti Rohingya berkenaan berpindah secara sukarela





P.Pinang pantau komuniti Rohingya susulan kebimbangan penduduk – Kon .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

Mereka yang datang ke sini perlu menghormati undang-undang dan menggunakan saluran yang betul, katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perpindahan secara sukarela lebih 100 etnik Rohingya dari penempatan sementara di bekas tapak tsunami Penaga, Kepala Batas ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur, semalam





113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# 113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang 'berkampung' di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur





Pelarian Rohingya tidak dihantar ke depoh imigresen - Sinarharian - 28/07 3:18 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak akan dihantar ke depoh tahanan imigresen.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, depoh tahanan imigresen hanya digunakan untuk menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau dokumen sah."Individu yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan, namun kedudukan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa."Kesemua 113 pelarian ini tidak boleh ditempatkan di depoh tahanan imigresen





Companys RM19.5m donation to Bersatu was due to project award after Muhyiddins minutes, MD says - Malaymail - 28/07 2:59 pm

KUALA LUMPUR, July 28 Construction company Mamfor Sdn Bhds managing director Shahradzi Shamsuddin s...





Pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan - Sinarharian - 28/07 1:56 pm

KUALA LUMPUR Suasana di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tenang apabila 113 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak ditempatkan di kawasan berbumbung sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati mereka duduk secara berkumpulan di atas lantai dengan barangan peribadi masing-masing termasuk beg pakaian.Sebahagian wanita dilihat bersama anak, manakala golongan lelaki ditempatkan secara berasingan bagi memastikan keadaan lebih teratur dan terkawal.Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan keadaan kesihatan pelarian berada dalam keadaan baik.Tinjauan turut mendapati pihak berkuasa membekalkan botol air mineral dan susu kepada golongan terbabit.Beberapa wanita menangis dan meraung apabila menyedari kehadiran pengamal media.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di perkarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.





Malaysia wajar pertimbangkan semula keberadaan UNHCR jika tiada kerjasama saringan - Mohamad - Sinarharian - 28/07 1:38 pm

SEREMBAN - Malaysia wajar mempertimbangkan semula keberadaan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini, sekiranya badan antarabangsa itu enggan bekerjasama dalam melaksanakan proses saringan ketat terhadap pemohon kad pelarian.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi 'magnet', yang menarik kemasukan lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia.Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengusahakan mekanisme bagi memastikan proses saringan dilakukan secara bersama-sama oleh UNHCR dan pihak berkuasa tempatan, sebelum sebarang kad pelarian dikeluarkan kepada mana-mana individu.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMohamad berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan beliau meminta supaya Perjanjian Negara Tuan Rumah disegerakan, bagi menetapkan garis panduan serta kawalan yang lebih ketat terhadap pengeluaran kad UNHCR."Kita mahu supaya ada kerjasama dan tapisan ketat dilakukan





Is Negeri Sembilan The End Of The Road For Bersatu? - Rakyatpost - 28/07 1:05 pm

Analysts say Negeri Sembilan could determine whether Bersatu still commands its own voter base or remains dependent on PN's machinery.





Pelarian Rohingya 'diusir' dari Kuala Muda miliki dokumen UNHCR sah - Polis - Sinarharian - 28/07 11:32 am

KUALA LUMPUR Kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin."Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya."Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Fadil berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur (JKA) serta wakil bersama pejabat UNHCR."Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.Beliau berkata, kesemua etnik Rohingya ditempatkan sementara di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur."Setakat ini, pihak UNHCR sedang berusaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian yang ada pada hari ini," ujarnya.





Bersatu Fighting For Survival In Negeri Sembilan As Party Seeks To Prove Its Relevance - Rakyatpost - 28/07 10:32 am

With eight clashes against its own former PN allies, analysts say Bersatu is contesting not to win bigbut to prove it still matters.





Over 2,400 military and police personnel cast early votes in Negeri Sembilan - Sinardaily - 28/07 9:40 am

PORT DICKSON - A total of 1,481 military personnel and their spouses will cast their ballots today at the Army Basic Training Centre (Pusasda) in the early voting process for the 16th Negeri Sembilan State Election.According to the Election Commission (EC), the voting process, involving 11 polling streams, is being held from 8am to 5pm.The eligible military personnel are voting in the Bagan Pinang constituency.Bagan Pinang is witnessing a three-cornered contest involving incumbent Abdul Fatah Zakaria of Perikatan Nasional (PN), Sheikh Junaidy Jamaludin of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) and Nasir Raman of Pakatan Harapan (PH).Meanwhile, checks by Bernama found that military personnel, officers and their spouses began queuing as early as 7am to fulfil their responsibilities as early voters.Early voting is taking place under overcast skies.Army Chief Gen Tan Sri Azhan Md Othman is expected to observe the early voting process at PUSASDA at 11am.Meanwhile, at the Negeri Sembilan Police Contingent Headquarters (IPK), 979 police personnel and their spouses will cast their ballots for the Temiang seat.ASP Harminder Singh Pritam Singh was the first early voter to cast his ballot at Stream 1 at the Negeri Sembilan IPK in Seremban this morning.Also among those who have voted is Crime Prevention Board member at the Home Ministry in Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, who previously served as Bukit Aman Management Department deputy director (Administration) and former Negeri Sembilan police chief.The Temiang constituency is seeing a three-cornered contest involving Ho Weng Wah (PH), Leaw Kok Chan of Barisan Nasional (BN) and Fazly Hamid of Bersatu.Meanwhile, Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad visited the Negeri Sembilan police headquarters to observe the early voting process





1,481 anggota tentera, pasangan undi awal di PUSASDA, 979 anggota polis di IPK Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/07 9:36 am

PORT DICKSON - Sebanyak 1,481 anggota tentera serta pasangan akan mengundi awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di sini, pada Selasa.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses pengundian berkenaan yang membabitkan 11 saluran itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Kesemua anggota keselamatan negara itu akan mengundi wakil rakyat baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.DUN Bagan Pinang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Abdul Fatah Zakaria daripada Perikatan Nasional (PN), Sheikh Junaidy Jamaludin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Nasir Raman daripada Pakatan Harapan (PH).Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anggota dan pegawai tentera serta pasangan telah mula menunggu seawal 7 pagi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal.Suasana pengundian awal berlangsung dalam suasana cuaca redup.Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman turut dijangka meninjau proses pengundian awal di PUSASDA pada jam 11 pagi.Sementara itu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, sebanyak 979 anggota dan pegawai polis akan menunaikan tanggungjawab mengundi bagi DUN Temiang.Asisten Superintenden Harminder Singh Pritam Singh menjadi pengundi awal pertama di Saluran 1 yang menunaikan tanggungjawab di IPK Negeri Sembilan di Seremban, pagi ini.Turut selesai mengundi ialah Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan bekas Ketua Polis Negeri Sembilan.DUN Temiang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ho Weng Wah (PH), Leaw Kok Chan daripada Barisan Nasional (BN) dan Fazly Hamid (Bersatu).Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad turun meninjau proses undi awal di IPK Negeri Sembilan sebelum mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, jam 11 pagi ini.Proses pengundian awal yang berlangsung di 38 pusat pengundian di seluruh negeri akan ditutup secara berperingkat mengikut lokasi dengan 18 pusat pengundian awal akan ditutup pada jam 12 tengah hari, dua pusat mengundi pada jam 2 petang, manakala baki 18 lagi ditutup pada jam 5 petang.Sebanyak 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan layak mengundi pada PRN kali ini.Hari pengundian biasa bagi PRN berkenaan ditetapkan pada Sabtu ini.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama





110 pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat UNHCR diperiksa JIM - Sinarharian - 28/07 9:16 am

KUALA LUMPUR Seramai 110 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini telah diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL).JIM WPKL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur."Individu yang diperiksa terdiri daripada 35 lelaki, 29 kanak-kanak lelaki, 22 wanita dan 23 kanak-kanak perempuan warga Myanmar serta seorang wanita warga Indonesia."Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur," katanya.Terdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.JIM WPKL berkata, tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah."Bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak UNHCR."Status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMenurut JIM WPKL, pihaknya bersama IPK Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Semua warga asing yang berada di Malaysia tanpa mengira status atau latar belakang adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.Semalam dilaporkan ratusan pelarian Rohingya 'berkampung' di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang.





Sanusi mula hantar LOD, lebih ramai bakal disaman - Sinarharian - 28/07 9:02 am

ALOR SETAR Pasukan peguam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menjalankan proses penyerahan surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah dalam ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Menurut Muhammad Sanusi, lebih ramai individu berada dalam senarai untuk menerima LOD sekiranya didapati melakukan tindakan sama, termasuk memutar belit, menokok tambah dan mengulas kenyataannya di luar konteks sebenar."Penyerahan LOD ini sedang diuruskan oleh pasukan peguam."Ada ramai lagi dalam senarai untuk menerima LOD seumpama ini dengan tuntutan yang sesuai mengikut tindakan mereka."Mereka memutar belit, menokok tambah, mengada-adakan perkara yang tiada, memberi komen berasaskan sumber yang telah diputar belit tanpa diperiksa, selain memesong dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar."Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua," katanya yang dipetik di media sosialnya pada Selasa.Pada Sabtu lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya berkaitan sejarah demi kepentingan politik.Beliau turut memaklumkan laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataan berkenaan, sambil menegaskan ucapan yang disampaikan hanyalah berdasarkan fakta sejarah dan tidak ditujukan kepada mana-mana kaum atau pihak tertentu.Difahamkan, antara individu terawal menerima LOD ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.Menerusi surat tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Faizi & Associates bertarikh 27 Julai, Muhammad Sanusi mendakwa Dr Sathia telah memfitnah beliau menerusi kenyataan media dan video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya berhubung ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Surat itu mendakwa Dr Sathia secara tidak tepat mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan berbunyi 'India baliklah India' dan 'Cina baliklah China', sedangkan frasa tersebut didakwa tidak pernah diucapkan oleh Menteri Besar Kedah itu.Sebaliknya, surat berkenaan menyatakan ucapan sebenar Muhammad Sanusi hanya menjelaskan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka, manakala bangsa lain mempunyai negara asal masing-masing.Peguam beliau turut mendakwa tindakan memetik sebahagian ucapan, menambah perkataan tertentu serta menyunting rakaman video telah menjejaskan reputasi anak guam mereka dan dilakukan dengan niat jahat.Sehubungan itu, Dr Sathia dituntut dalam tempoh tujuh hari untuk menarik balik video TikTok berkenaan, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, selain mencadangkan jumlah ganti rugi kepada Muhammad Sanusi.Surat berkenaan turut menyatakan tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa sebarang notis lanjut sekiranya tuntutan tersebut gagal dipenuhi.Sebelum itu, Dr Sathia dilaporkan mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan Muhammad Sanusi dengan menggunakan perkataan 'balik'.Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden juga turut mendakwa Dr Sathia memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka.Susulan kontroversi itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia bagi membolehkan siasatan dijalankan.





Gabungan baharu Bersatu perlu rakan besar, kata penganalisis - FMT - 28/07 9:00 am

Ia perlu lebih daripada sekadar himpunan parti kecil selain dipercayai dan jadi alternatif bermakna untuk rakyat.





Anwar arah tindakan tegas terhadap Rohingya ganggu ketenteraman awam Anwar .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

Beliau menegaskan, tiada mana-mana pihak boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa mematuhi undang-undang negara ini. Menurutnya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu, termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang didapati melanggar peraturan atau menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk tempatan





Ganggu ekonomi penduduk punca 121 etnik Rohingya berpindah - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Ganggu ekonomi penduduk punca 121 etnik Rohingya berpindah KEPALA BATAS - Persaingan ekonomi dan pertambahan jumlah penempatan warga Rohingya menjadi faktor 121 etnik tersebut berpindah secara sukarela dari penempatan sementara bekas tapak tsunami Penaga, Kuala Muda di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kesemua mereka berpindah ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur untuk proses selanjutnya





Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL Ratusan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini, dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti




Reformasi     >>



9 dakwaan yang dulu dinafi kini terbukti, RCI dedah .. - Harapandaily
Oleh INAMUL HASAN Terus terang, sebagai rakyat biasa dan pendeposit, awalnya saya rasa sedih. Skandal Tabung Haji (TH) yang saya cuba dinafikan rupanya ada kebenaran yang lebih perit. Sedih sebab ia adalah Tabung Haji. Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan. Ia tempat jutaan umat Islam ..
Kroni     >>



Bila aku suruh hang balik? Sanusi bidas tuduhan - Harakahdaily
SEREMBAN: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kenyataannya berkaitan Tanah Melayu tidak pernah bermaksud mengarahkan mana-mana kaum untuk kembali ke negara asal. Tapi oleh kerana mungkin tak faham bahasa, saya tak pandai cakap Cina. Walaupun ..
Tabloid     >>



Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya, .. - Siraplimau
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Myanmar telah bersetuju untuk menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia menerusi hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara. Beliau berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam ..
Tech     >>



UK is asking for 'highly intrusive' controls over App .. - Appleinsider
Apple has told UK regulators that the plans to adopt more EU-like measures over the App Store are too restrictive, go beyond promoting competition, and amount to illegal regulation of service pricing. UK Parliament - image credit: Parliament The UK's Competition and Markets Authority (CMA) is ..
World     >>



Iraq calls Saudi-US attacks a flagrant violation of .. - Aljazeera
Prime Minister Ali al-Zaidi cancels first official trip to Saudi Arabia in protest.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Giias 2026:toyota Veloz Hybrid Dari Rm .. - Mekanika
Sebelum Toyota Veloz memasuki pasaran Malaysia pada 2022 sebagai kembar kepada Perodua Alza, ramai yang tertanya-tanya sama ada MPV tujuh tempat duduk ini akan menerima versi hibrid. Kini, persoalan itu akhirnya terjawab apabila**Toyota Veloz Hybrid**dipamerkan kepada umum di**Gaikindo ..