///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Bandar Mahkota Cheras News   Page 1    



Kanak-kanak dihanyutkan arus deras ditemukan lemas di Sungai Langat - Mygazette - 4/05 7:47 am

# Kanak-kanak dihanyutkan arus deras ditemukan lemas di Sungai Langat KAJANG - Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini hari ini





'Saya terima apa pun keadaan dia, syukur mayat Nur Qaseh ditemui'- Datuk - Sinarharian - 3/05 9:05 pm

Asalkan saya dapat tahu di mana dia disempurnakan (dikebumikan), daripada hanyut dan tidak ditemukan," katanya kepada pemberita di unit forensik di sini hari ini.Menyifatkan Nur Qaseh Deandra sebagai seorang kanak-kanak periang dan mudah mesra, Zulkarnain berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah dua minggu lepas ketika majlis keluarga di kediamannya di Sendayan, Negeri Sembilan."Dia memang periang, dia mudah berkawan dengan siapa sahaja. Yang paling terkesan sekarang mungkin abang nombor duanya kerana mereka memang sangat rapat," katanya.Kira-kira 10 ahli keluarga termasuk ibu bapa kanak-kanak itu menunggu proses bedah siasat selesai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long di sini.Difahamkan, jenazah Nur Qaseh Deandra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, Hulu Langat malam ini, selepas proses bedah siasat selesai pada jam 3.47 petang.Jenazah mangsa dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Taman Rakan di Cheras, dekat sini untuk disembahyangkan.Nur Qaseh Deandra yang terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini jam 12.17 tengah hari tadi.Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang yang juga komander operasi Izman Adnan, kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 10.6 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).- Bernama





Burial tonight for nine-year-old girl found drowned three days after vanishing from Bandar Mahkota Cheras play area - Malaymail - 3/05 7:14 pm

KAJANG, May 3 The remains of a nine-year-old girl who was found drowned in Sungai Langat at noon today will be...





Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri - Sinarharian - 3/05 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama





'Qaseh kami ditemui jua akhirnya' - Sinarharian - 3/05 3:56 pm

KAJANG "Qaseh kami ditemui jua akhirnya, terima kasih atas doa kalian."Demikian luahan keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, selepas jasad mangsa ditemukan pada Ahad.Bapa saudara mangsa, Afiq Ahmad, 33, berkata, penemuan itu menamatkan penantian penuh debaran keluarga selepas lebih 40 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.Menurutnya, mereka sekeluarga amat terharu dengan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan sepanjang usaha pencarian berlangsung."Terima kasih kepada pihak media atas liputan yang membuka ruang untuk satu Malaysia mendoakan sepanjang usaha pencarian dijalankan serta tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk pasukan penyelamat yang terlibat dalam usaha SAR ini."Lepas lebih 40 jam, Qaseh kami telah ditemukan, sesungguhnya kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Katanya, pihaknya difahamkan urusan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini."Insha ALLAH, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan Nur Qaseh Deandra yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi SAR dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh





PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni - Sinarharian - 3/05 3:43 pm

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meluluskan usul agar Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan semula sebagai Velodrom Azizulhasni bagi menghargai sumbangan besar Datuk Azizulhasni Awang kepada sukan berbasikal negara.Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli gabungan PKBM pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu hari ini dan akan dibawa ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan."Hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk membawa hasrat ini (pertukaran nama Velodrom Nasional) kepada pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN)





Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer - Mygazette - 3/05 3:40 pm

# Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer KAJANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, memasuki hari ketiga hari ini dengan pencarian diperluas hingga ke Sungai Langat





60 tahun MARA: DPMM sokong transformasi, pemerkasaan ekonomi Bumiputera - Mygazette - 3/05 3:40 pm

# 60 tahun MARA: DPMM sokong transformasi, pemerkasaan ekonomi Bumiputera KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menzahirkan ucapan tahniah kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas pencapaian cemerlang agensi itu sempena sambutan ulang tahun yang ke-60





Peserta Rain Rave Water Music Festival berisiko dikompaun RM2,000 - Mygazette - 3/05 3:40 pm

# Peserta Rain Rave Water Music Festival berisiko dikompaun RM2,000 KUALA LUMPUR - Peserta Rain Rave Water Music Festival 2026 yang dikesan membuang sampah merata-rata berisiko dikenakan kompaun RM2,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 12 jam





P.Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas - Mygazette - 3/05 3:40 pm

# P.Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melaporkan bahawa seorang lelaki tempatan meninggal dunia disebabkan strok haba yang dilaporkan pada 26 April, selepas mangsa menyertai satu acara larian kategori sejauh 30 kilometer, di bandar raya itu





Kota Baca: Suara buku seantero bandar raya - Utusan - 3/05 3:03 pm

Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 baru-baru ini menjadi titik-tolak kepada usaha pengukuhan gerakan membaca nasional melalui pelaksanaan program Kota Baca 2026, sebuah inisiatif literasi berskala besar





Missing Bandar Mahkota Cheras girl found dead in Sungai Langat after three-day search - Malaymail - 3/05 2:23 pm

KAJANG, May 3 The body of a nine-year-old girl who fell into a drain and was swept away by strong currents in Ba...





'Terima kasih mak' - Simpanan ibu sejak kecil bawa remaja 18 tahun tunai haji, jemaah termuda tahun ini - Sinarharian - 3/05 2:22 pm

MAKKAH - Remaja berusia 18 tahun Eusoff Azman berterima kasih kepada ibunya kerana berpeluang menunaikan haji pada usia muda hasil perancangan wanita itu sejak dirinya masih bayi.Anak muda berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu berkata, ibunya telah membuka akaun simpanan dan mendaftarkan namanya dengan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2008."Terima kasih mak





Mayat Qaseh akhirnya ditemukan 11km dari lokasi dilaporkan terjatuh - Hmetro - 3/05 1:59 pm

Kajang: Mayat kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dilaporkan hilang dibawa arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin sudah ditemukan di Sungai Langat, hari ini





Mayat Nur Qaseh ditemui selepas tiga hari, anggota bomba cedera ketika pencarian - Sinarharian - 3/05 1:43 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh."Mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menjalankan pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai."Ibu bapa mangsa turut hadir dan membuat pengecaman pada jam 1.12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Mengulas lanjut, Wan Syariman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1 Mei lalu kira-kira jam 7.08 malam di Kondominium Sri Hijau.Katanya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berukuran kira-kira 3x3 meter ketika cuba mengambil bola."Ketika kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus."Jentera dari BBP Kajang tiba di lokasi kira-kira jam 7.22 malam selepas menerima panggilan kecemasan," katanya.Menurutnya, operasi SAR digerakkan dengan penglibatan lebih 50 anggota bomba termasuk pegawai kanan serta dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta unit PPDA Selangor."Pada hari kedua operasi, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan di sekitar lokasi kejadian hingga ke Sungai Langat."Seorang anggota Unit K9 turut mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tertusuk besi ketika operasi dijalankan," katanya.Menurutnya, operasi pada hari kedua ditangguhkan pada jam 7.30 malam sebelum disambung semula keesokan hari."Operasi kemudian diteruskan secara agresif termasuk pada waktu malam dengan penugasan tambahan anggota PPDA."Pencarian diperluaskan hingga ke laluan Sungai Langat memandangkan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras," katanya.Tambahnya, pada hari ketiga, mangsa akhirnya ditemukan, sekali gus menamatkan operasi SAR."Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.





Agenda bumiputera Kerajaan Madani lebih lantang, tegas dan berani - Anwar - Sinarharian - 3/05 12:00 am

KUALA LUMPUR - Agenda pemerkasaan bumiputera dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani di bawah pentadbiran Kerajaan Madani sejak tiga tahun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu, membuktikan kerajaan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan kaum bumiputera seperti yang didakwa sesetengah pihak.Beliau menarik perhatian, terhadap keputusan kerajaan memberikan tempat secara automatik ke program matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A tanpa mengira kaum, namun pada masa yang sama tetap menjamin kuota sedia ada bagi bumiputera."Dalam masa yang sama, 90 peratus anak bumiputera turut diberikan peluang melalui program matrikulasi, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan."Justeru, dalam perbahasan, jangan hanya memilih satu aspek sahaja tanpa melihat keseluruhan dasar secara menyeluruh, jangan cetuskan persepsi persaingan zero-sum game," kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.Perdana Menteri berkata, meskipun asas dasar kerajaan kekal konsisten dan tidak berubah, ia perlu dilaksanakan dengan kewarasan dan kebijaksanaan, bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.Beliau berkata, Malaysia tidak akan sesekali berganjak daripada prinsip justice as fairness, khususnya dalam memastikan pembelaan terhadap golongan yang terpinggir dan terabai.Perdana Menteri berkatab tanggungjawab memperkasakan agenda bumiputera turut diamanahkan kepada Timbalan Perdana Menteri serta barisan menteri, bagi memastikan pelaksanaannya diberi keutamaan serta dibentangkan secara menyeluruh pada peringkat Jemaah Menteri.Anwar berkata, sepanjang tiga tahun pentadbiran, pelbagai keputusan penting termasuk yang bersifat kontroversi, berjaya dicapai antaranya pengisytiharan Tanah Rizab Melayu yang merupakan antara langkah pertama seumpamanya dilakukan sejak 1997."Dalam pendidikan, peranan MARA terus diperkukuh dengan peningkatan peruntukan kepada RM43 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta pelajar termasuk melalui pendekatan seperti Ulul Albab, yang membuktikan pelajar bumiputera mampu cemerlang dalam sistem pendidikan yang menyeluruh serta seimbang antara ilmu moden dan nilai agama," kata beliau.Dari sudut ekonomi, Anwar menarik perhatian mengenai perkembangan positif pendapatan isi rumah bumiputera yang meningkat lebih 10 peratus daripada sekitar RM6,300 pada 2022 kepada RM7,000 pada 2024, meskipun mengakui masih wujud jurang yang perlu diberi perhatian.Beliau berkata, selain mengutamakan pembasmian kemiskinan tegar yang kini membuahkan hasil di Pahang dan Perak, kerajaan turut menambah peruntukan pembangunan bagi negeri-negeri relatif lebih miskin, termasuk yang tidak bersama kerajaan Persekutuan menerusi peningkatan peruntukan yang signifikan.Selain itu, Anwar berkata, peruntukan kepada kementerian berkaitan luar bandar turut ditingkatkan, manakala kadar pengangguran mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun."Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi, melalui kerjasama agensi seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Selain itu, kerajaan menyasarkan penguasaan Bumiputera menjelang 2035 menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35)," kata Anwar.Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menggerakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, untuk melatih serta meningkatkan keupayaan bumiputera dalam bidang baharu seperti semikonduktor, tenaga hijau dan teknologi





Once abandoned, hero cats make good with their blood - Sinardaily - 3/05 12:00 am

KUALA LUMPUR - It was a "bloody" miracle, and most of the credit, in the eyes of veterinarian Dr Shafiqah Nasruddin, belonged to Fluffy.One evening in January, a concerned passerby brought in a bleeding, battered stray cat





Budak 9 tahun lemas: Bomba tumpu cari mangsa hingga ke Sungai Langat - Sinarharian - 3/05 11:44 am

KAJANG Tiada petunjuk baharu ditemui setakat ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi SAR masih diteruskan dengan tumpuan di kawasan mangsa dipercayai jatuh sehingga ke Sungai Langat.Menurutnya, setakat ini pihaknya hanya melaksanakan operasi berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan."Tiada petunjuk baharu ditemui dan operasi diteruskan mengikut kaedah serta penugasan yang telah disusun."Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini yang dibahagikan kepada beberapa pasukan bagi memperluaskan pencarian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, operasi SAR dibahagikan kepada dua sektor utama melibatkan pencarian di sepanjang aliran air."Pasukan A ditugaskan melakukan pencarian di Sungai Langat melibatkan radius sejauh 2.4 kilometer (km)."Manakala Pasukan B menjalankan pencarian dari lokasi mangsa dipercayai jatuh sehingga jarak 1.4km," katanya.Tambah beliau, operasi SAR akan terus dipergiatkan dengan pemantauan rapi di kawasan terlibat bagi mengesan sebarang petunjuk baharu.Media sebelum ini melaporkan kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diperluaskan ke Sungai Langat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Izman Adnan berkata, radius SAR yang memasuki hari ketiga, hari ini membabitkan 5km dari lokasi kejadian di Pangsapuri Sri Hijau sehingga Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.Menurutnya, pencarian turut dilakukan dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km.Terdahulu, kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras dilaporkan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu.





Kronologi kes bunuh Nurfisya Zulkifly - Sinarharian - 3/05 11:16 am

KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Kes pembunuhan tragis dan kejam seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang mayatnya ditemukan berlumuran darah di kawasan sawah di Ketereh di sini menggemparkan masyarakat dengan rentetan pergerakan mangsa berjaya dikesan pihak berkuasa.Dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan mayat, polis bertindak pantas menahan empat empat suspek bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Berikut kronologi kes : 1 Mei 202612:22 tengah malam Orang awam menemui mayat mangsa dengan berlumuran darah di atas jalan kawasan sawah di Ketereh dan laporan dibuat kepada polis.Bedah siasat dijalankan dan mengesahkan identiti mangsa sebagai Nurfisya Zulkifly, 19, pelajar semester tiga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).4:40 petang Polis memulakan tangkapan pertama melibatkan suspek kes.8 malam Keluarga mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Kuala Kangsar, Perak, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian.2 Mei 2026Sehingga 2 pagi Seramai empat individu berjaya ditahan, terdiri daripada dua remaja lelaki (termasuk suspek utama), pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun.8.40 pagi Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu dan dua remaja berkenaan direman selama tujuh hari manakala pasangan warga emas tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Menjelang tengah hari Sabtu, mula tersebar laporan dipercayai daripada pihak berkuasa berhubung pergerakan mangsa yang dilihat di lobi sebuah kondominium terletak di tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu pada jam 12.26 tengah hari, Khamis





Search radius grows to 29km for girl swept away in Bandar Mahkota Cheras drain - Malaymail - 3/05 11:13 am

KAJANG, May 3 The search and rescue (SAR) operation for a nine-year-old girl who is feared to have drowned after...





Operasi cari kanak-kanak jatuh longkang diperluas hingga ke Sg Langat - Mkini - 3/05 10:55 am

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras.





Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer - Sinarharian - 3/05 10:43 am

KAJANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, memasuki hari ketiga hari ini dengan pencarian diperluas hingga ke Sungai Langat.Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Izman Adnan berkata, radius tersebut merangkumi jarak lima kilometer (km) dari lokasi kejadian, di sekitar Pangsapuri Sri Hijau sehingga penghujung Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.Beliau berkata, pencarian hari ini, turut dibuat dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km."Keseluruhan pasukan penyelamat hari ini sebanyak 60 orang daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis, manakala aset termasuk tiga buah bot dan dua kanu, dengan satu unit K9 (anjing pengesan)."Kita berharap untuk selesaikan pencarian hari ini, dibantu oleh cuaca yang baik ketika ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, pada Ahad.Izman berkata, strategi pencarian hari ini, turut melibatkan khidmat Unit K9 di beberapa lokasi strategik sepanjang sungai yang dalam, sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menyelam jika terdapat sebarang petunjuk positif.Mengenai cuaca, beliau berkata, persekitaran yang cerah dengan keadaan arus sungai yang tenang serta cetek pada paras lutut, banyak memudahkan pergerakan anggota menyusuri tebing dan laluan air.Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil sebiji bola, sebelum dihanyutkan arus deras susulan hujan lebat dalam kejadian petang Jumaat.Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam





Search continues for 9-year-old girl swept away in Cheras drain - Malaymail - 3/05 9:16 am

KUALA LUMPUR, May 4 The search for a girl, nine, who went missing after falling into a drain in Bandar Mahkota C...





Palm oil tanker flips, spills contents near Bandar Sultan Suleiman in Klang - Malaymail - 3/05 9:11 am

SHAH ALAM, May 3 A palm oil tanker overturned and spilled its content on the road heading to Bandar Sultan Sulei...





Pulau Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas - Sinarharian - 3/05 8:46 am

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melaporkan bahawa seorang lelaki tempatan meninggal dunia disebabkan strok haba yang dilaporkan pada 26 April, selepas mangsa menyertai satu acara larian kategori sejauh 30 kilometer, di bandar raya itu.JKNPP memaklumkan kes membabitkan lelaki berusia 42 tahun itu, merupakan kes pertama penyakit berkaitan cuaca panas yang direkodkan di Pulau Pinang bagi tahun 2026."Lelaki itu menyertai satu acara larian di George Town sejauh 30 kilometer yang bermula 6.30 pagi 25 April dan laluan larian tersebut turut melibatkan trek berbukit melalui kawasan hutan sekitar bandar raya ini dan kira-kira 4 petang, mangsa dilaporkan pengsan berhampiran garisan penamat."Mangsa telah diberikan rawatan kecemasan di lokasi, sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam keadaan kritikal sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan malam tadi.Menurut kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.08 pagi 26 April dan punca kematian disebabkan strok haba dengan komplikasi rhabdomyolysis dan kegagalan pelbagai organ."JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai khususnya individu yang menjalankan aktiviti luar atau sukan lasak, agar sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri serta keadaan cuaca semasa," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan pastikan hidrasi badan yang mencukupi dan segera menghentikan aktiviti sekiranya mengalami tanda-tanda awal kelesuan haba seperti pening, mual atau kekejangan otot."Orang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut semasa cuaca panas, iaitu elakkan pendedahan berpanjangan di luar, minum air kosong dengan kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat dan jadkan aktiviti fizikal lasak."Selain itu, gunakan pelindung diri seperti topi atau payung serta pakaian yang ringan, beri perhatian kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan haba," menurut kenyataan itu.Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia, https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, https://infosihat.moh.gov.my/cuaca-panas.html





Minyak sawit tumpah di jalan raya selepas tangki tercabut dari lori - Sinarharian - 3/05 8:36 am

SHAH ALAM - Sebuah lori tangki minyak sawit terbalik dan menumpahkan bahan komoditi berkenaan di atas jalan raya menghala ke Bandar Sultan Suleiman, dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, pada kira-kira jam 1.55 petang lori terbabit yang dari Rantau Panjang, Klang sedang menuruni jambatan sebelum kunci tangki tercabut daripada kepala lori, sehingga menyebabkan tangki jatuh di lorong kiri susur lebuh raya."Pemandu lelaki warganegara berumur 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis





Nur Qaseh masih belum ditemui - Sinarharian - 2/05 11:17 pm

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam, ditangguhkan pada 7.30 malam tadi dan akan disambung 8 pagi esok.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 22 anggota penyelamat termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air terlibat dalam operasi hari ini.Beliau berkata, operasi pencarian melibatkan kawasan dalam radius kira-kira lima kilometer."Setakat 7.30 malam tadi mangsa masih belum ditemukan," katanya ketika dihubungi malam tadi.Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun,Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh, sebelum dihanyutkan arus deras.Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam





Mayat lelaki warga Myanmar ditemui di dasar tasik - Kosmo - 2/05 10:03 pm

KAJANG Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tebing tasik di Tasek Taman Cheras Prima, Jalan Cheras Lima 1, di sini hari ini





Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah - Mypress - 2/05 7:38 pm

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…



PH/BN abaikan Terengganu fokus Kedah & Perlis - Wrlr - 2/05 6:45 pm

KENALI PRINSIP ANWAR IBRAHIM Anwar Ibrahim berkawan dia tidak akn khianati kawan





Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen. - Wrlr - 2/05 6:21 pm

Ustaz Al-Asri Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen





Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar - Mypress - 2/05 5:26 pm

TANJUNG MALIM Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…





Pesta Chithirai Sentosa 2026 angkat perpaduan, warisan budaya India – - Harapandaily - 2/05 4:33 pm

FB Live… Sidang Media bersama YB Dr





Kanak-kanak perempuan jatuh longkang: Radius pencarian diperluas - Bomba - Sinarharian - 2/05 3:17 pm

KAJANG Lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini diperluaskan hingga ke Sungai Langat.Ketua Zon Hulu Langat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Wan Syariman Wan Saleh berkata, keadaan air yang semakin surut ketika ini membolehkan anggota penyelamat melakukan pencarian secara lebih menyeluruh."Anggota penyelamat akan melakukan pencarian secara terperinci di kawasan sempit termasuk melalui culvert," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Sabtu.Wan Syariman berkata, pos kawalan semua agensi turut dipindahkan ke Masjid Taman Rakan bagi memudahkan pemantauan serta penyelarasan tenaga operasi."Operasi pencarian akan bermula dari Jambatan Taman Rakan menghala semula ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh sebelum diteruskan hingga ke Sungai Langat," katanya.Dalam pada itu, beliau mengakui antara cabaran utama operasi adalah struktur longkang jenis monsoon drain yang mempunyai tebing tinggi serta permukaan tanah tidak stabil."Anggota tidak boleh turun dari atas kerana faktor keselamatan, jadi mereka perlu masuk melalui laluan air untuk meneruskan pencarian hingga ke Sungai Langat."Operasi SAR dijangka diteruskan hingga malam bergantung kepada keadaan cuaca semasa," ujarnya.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati anggota Bomba Dan Penyelamat turut menggunakan dron bagi membantu operasi pencarian.Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola sebelum dihanyutkan arus deras.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 malam sebelum operasi SAR digerakkan.





Langkawi: Kedaulatan, hak negeri dipertahan MB Sanusi - Harakahdaily - 2/05 2:10 pm

LANGKAWI: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dituduh bersifat ‘retorik emosi’ tidak lebih hanya cubaan lawan politik untuk mengalih perhatian daripada isu pokok, iaitu kedaulatan wilayah dan hak perlembagaan negeri Kedah





Kanak-kanak hilang dihanyut arus, keluarga harap keajaiban - Kosmo - 2/05 1:54 pm

KAJANG – Keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras di sini semalam masih berharap mangsa ditemui selamat





Ibu sebak tunggu nasib Nur Qaseh - Hmetro - 2/05 1:48 pm

Kajang: Kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras semalam, dikatakan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu





[VIDEO] Hati-hati, ‘divider’ Jalan Ampang tengah tunggu mangsa - Kosmo - 2/05 12:46 am

PETALING JAYA – Orang ramai yang menggunakan Jalan Ampang di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur diminta berhati-hati dengan pembahagi jalan yang sedang dalam pembinaan di kawasan itu





Regular play spot but not her slippers, says mum of missing nine-year-old girl swept into Bandar Mahkota Cheras drain - Malaymail - 2/05 12:46 am

KAJANG, May 2 A nine-year-old girl, feared drowned after falling into a drain and swept away by strong currents...





'Memang itu tempat Nur Qaseh Deandra selalu bermain' - Sinarharian - 2/05 12:17 am

KAJANG "Memang itu tempat dia selalu bermain."Demikian kata ibu kepada Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini pada Jumaat.Ibu mangsa, Nordina Zulkarnain, 34, berkata, kawasan padang dan taman permainan berhampiran pangsapuri berkenaan sememangnya menjadi lokasi kebiasaan kanak-kanak bermain setiap kali waktu lapang dan cuti sekolah."Semalam dia keluar bermain sebab cuti bersama kawan-kawan lain yang tinggal di pangsapuri itu."Selepas kejadian berlaku, abang mangsa yang juga anak kedua saya naik ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada saya serta suami," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Sabtu.Menurut Nordina, suaminya kemudian segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan pihak bomba.Beliau berkata, keluarga kini hanya mampu berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan hari kedua itu membuahkan hasil.Mengulas penemuan beberapa barangan seperti selipar dan bola di sekitar kawasan pencarian, Nordina mengesahkan ia bukan milik anaknya.Sementara itu, datuk mangsa, Zulkarnain Ahmad, 57, berkata, dia bergegas dari Seremban ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa cucunya."Saya memang rapat dengan dia





Second-day search underway for nine-year-old feared swept away in Bandar Mahkota Cheras drain - Malaymail - 2/05 11:16 am

KAJANG, May 2 The search and rescue (SAR) operation for a nine-year-old girl feared swept away after falli...





Kanak-kanak perempuan jatuh longkang, operasi SAR diperluas lima kilometer - Sinarharian - 2/05 10:49 am

KAJANG [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, ketika mengambil bola diteruskan hari kedua pada Sabtu dengan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan bantuan dua unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam dan KLIA."Operasi turut dibantu Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Rescue Bencana Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Pasukan PPDA akan menyusuri pembentungan dari lokasi mangsa jatuh sehingga ke Sungai Long," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Sabtu.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan turut menggunakan 'pole camera' IWK untuk membantu pencarian di dalam pembentung."Anggota penyelamat akan meranduk masuk ke dalam pembentung sejauh 270 meter bagi mengesan mangsa."Pembentung berkenaan dianggarkan sedalam kira-kira 50 meter di bawah paras tanah dengan diameter sekitar dua meter," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 malam pada Jumaat."Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran kawasan perumahannya ketika bermain bola bersama rakan-rakan."Dimaklumkan terdapat empat kanak-kanak bermain bola sebelum bola terbabit terjatuh ke dalam longkang," katanya.Beliau berkata, mangsa cuba mengambil bola berkenaan namun dihanyutkan arus deras."Rakan mangsa sempat memegang tangannya tetapi gagal disebabkan keadaan licin, hujan dan arus air yang deras," katanya.





APEC jambatan Asia-Pasifik - Sinarharian - 2/05 8:10 am

BEIJING Dalam suasana geopolitik dan ekonomi global semakin mencabar, platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) kini menjadi jambatan penting membina kepercayaan, kestabilan dan hala tuju masa depan rantau Asia-Pasifik.Sehubungan itu, wartawan Sinar Harian antara 16 media dari negara anggota APEC dibawa menyertai bengkel di Universiti Hal Ehwal Luar China di sini dan lawatan sekitar Zhuhai, Shenzhen dan Guangzhou selama 14 hari.Ia sebagai persiapan menjelang Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen iaitu penganjuran kali ketiga China selaku tuan rumah pada November depan.Bagi Pensyarah Kanan Ekonomi Antarabangsa di universiti berkenaan, Profesor Ran Jijun, evolusi APEC kini bergerak daripada liberalisasi perdagangan kepada usaha memperkukuh kepercayaan antara negara anggota termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.Pendekatan selari konsep komuniti masa depan bersama untuk kemanusiaan yang sering diketengahkan dalam kerangka hubungan antarabangsa China.Dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa, Profesor Qu Bo pula menegaskan, kekuatan utama kemajuan China terletak pada kesinambungan antara dasar dan pelaksanaan."Perancangan yang berkesan memerlukan kesinambungan dalam pelaksanaan





10,000 CCTV DBKL kini mampu cam wajah dan jejak pergerakan - Careta - 2/05 8:04 am

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud





Pendidikan soal hidup mati bangsa, bukan sekadar peperiksaan ??? Zahid - Mygazette - 2/05 8:00 am

# Pendidikan soal hidup mati bangsa, bukan sekadar peperiksaan Zahid KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendidikan bukan lagi sekadar soal keputusan peperiksaan, sebaliknya penentu masa depan bangsa dan negara dalam menghadapi cabaran teknologi serta ekonomi global





Jatuh longkang ambil bola, budak 9 tahun dikhuatiri lemas - FMT - 2/05 6:44 am

Kanak-kanak perempuan itu dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.





12 organisations show support for NS ruler at mosque - FMT - 2/05 12:04 am

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir expressed his thanks after Friday prayers at the mosque in Bandar Seri Jempol.





Jatuh longkang ketika ambil bola, kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas - Sinarharian - 1/05 11:31 pm

KUALA LUMPUR -Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cherasdi sini petang Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden di Kondominium Sri Hijau itu pada 7.08 malam.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian."Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus," menurutnya dalam kenyataan di sini.Ahmad Mukhlis berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.- Bernama





Nine-year-old girl swept away by strong currents in Cheras drain - Sinardaily - 1/05 9:09 pm

SHAH ALAM A search and rescue operation is underway for a nine-year-old girl who is feared drowned after falling into a drain near a condominium in Bandar Mahkota Cheras on Friday.The Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) received an emergency call regarding the incident at 7.08pm.Selangor Fire and Rescue Department Operations Assistant Director Ahmad Mukhlis Mokhtar said seven personnel from the Kajang Fire and Rescue Station were dispatched to the scene, arriving at 7.22pm.According to the operations commander, the victim is suspected to have fallen into a three-by-three-metre drain while attempting to retrieve a ball.At the time of the incident, the water current in the drain was swift and it is believed the victim was swept away, he said in a statement.Mukhlis added that the Selangor Water Rescue Unit (PPDA) has been mobilised to the location to assist with search efforts.This incident follows a similar tragedy just days ago in Bandar Puncak Alam.On April 28, a 10-year-old boy, Khairil Izani Khaizalullinudin, was reported missing after falling into a drainage channel at Lorong Cakera Purnama during heavy rain.The search for Khairil Izani ended on April 30 when his body was discovered by rescue teams near a riverbank in Sungai Buloh, several kilometres from where he was first swept away.In response to the Puncak Alam case, the state government has committed to enhancing safety measures at the site to prevent future accidents.Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said immediate steps would include the installation of safety fences and drain covers or barriers at the location."The state government will improve safety aspects at the location where the boy fell and was swept away by strong currents by installing safety fences and drain covers."These immediate steps are vital to ensure such incidents do not recur in the area," he said.Authorities continue to urge the public to stay vigilant around monsoon drains and waterways, especially during periods of heavy rainfall.





Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC - Mypress - 1/05 7:01 pm

BANDAR BARU BANGI – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi diterima berhubung nasib rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla…





Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Terengganu - MetMalaysia - Sinarharian - 1/05 6:53 pm

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.Keadaan sama dijangka melandaKedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).Di Pahang, kawasan dijangka terlibat ialahTanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran;Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson serta Rembau)dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasanKuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri serta Limbangmanakala Sabah melibatkan kawasanPedalaman (Nabawan).- Bernama





Lelaki maut motosikal bertembung pacuan empat roda - Sinarharian - 1/05 5:48 pm

TAWAU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Tawau-Bombalai di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki 39 tahun."Hasil siasatan mendapati pemandu sedang memandu dari arah bandar Tawau menuju ke Benta Wawasan, manakala mangsa datang dari arah Kampung Haji Matahir, Jalan Merotai menuju ke Kompleks Sukan Tawau."Sebaik tiba di satu jalan lurus, pemandu dipercayai telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum memasuki laluan bertentangan dan seterusnya melanggar penunggang motosikal yang datang dari arah hadapan."Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan."Pemandu tersebut turut akan direman bagi membantu siasatan," katanya.Jasmin dalam pada itu turut menasihatkan supaya pemandu tidak sesekali memintas kenderaan lain tanpa memastikan laluan benar-benar selamat dan bebas daripada kenderaan dari arah bertentangan."Tindakan cuai dan berbahaya akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas tanpa sebarang kompromi," tegasnya.





Wanita warga asing maut jatuh tingkat 13 - Sinarharian - 1/05 5:29 pm

NILAI - Seorang wanita warga asing berusia 20-an ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai di sini jam1.51 pagi tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilaimengesahkan menerima maklumat kejadian kira-kira 1.30 pagi ketika sepasukan pegawai menjalankan serbuan berkaitan kesalahan narkotik di premis berkenaan."Semasa serbuan dijalankan wanita tersebut dipercayai bertindak melarikan diri melalui balkoni unit premis berkenaan, sebelum tergelincir dan jatuh dari tingkat 13 bangunan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Alzafny berkata,susulan kejadian itu, unit rondaan bermotosikal (URB) IPD Nilai digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.Beliau berkata, pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Nilai tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat wanita itu dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat."Hasil siasatan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikesan setakat ini dan kes diklasifikasikan mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mendapatkan rakaman percakapan saksi," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai atau balai polis berhampiran.- Bernama





Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita





Kerjasama BN-PH hanya sementara – KJ - Mygazette - 1/05 3:38 pm

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sering kali mengundang pelbagai tafsiran sinis namun masih ada garis pemisah yang jelas dalam menentukan hala tuju serta kedaulatan parti di dalam kerajaan hari ini, kata Khairy Jamaludin





Usaha tarik pelancong tenggelam dicemari elemen kontroversi - ABIM - Sinarharian - 1/05 2:09 pm

SHAH ALAM - Usaha menarik pelancong melalui penganjuran pelbagai program sememangnya wajar dihargai, khususnya dalam menampilkan kekayaan makanan tradisi, budaya, adat serta pakaian yang mencerminkan identiti Malaysia.Bagaimanapun, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, potensi dan nilai usaha itu berisiko tenggelam apabila dicemari elemen kontroversi yang tidak perlu, sekali gus mengaburkan penyampaian mesej sebenar.Dalam masa sama, tegasnya, keunikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terletak pada kekayaan warisan budaya, kepelbagaian adat serta identiti masyarakat majmuk yang tiada di kebanyakan destinasi lain."Pendekatan promosi yang terlalu bergantung kepada bentuk hiburan yang tidak mencerminkan identiti tempatan berisiko menghakis keaslian Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan beridentiti."Justeru, pendekatan yang lebih tersusun dan berpaksikan nilai penting bagi memastikan imej negara terus diperkukuh sebagai masyarakat yang berbudaya, berprinsip serta dihormati."Malaysia perlu dikenali kerana jati dirinya, bukan meniru bentuk hiburan generik yang tidak mencerminkan keunikan negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Justeru, kata Ahmad Fahmi, pihaknya menggalakkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memperkukuh strategi pelancongan yang lebih bersepadu dan berpaksikan nilai.Tambah beliau, strategi dimaksudkan khususnya dalam merangka penganjuran program pelancongan di seluruh negara yang wajar, berfokus dan selari aspirasi Malaysia Madani."Ini termasuk penekanan kepada kandungan yang mencerminkan identiti tempatan dan garis panduan jelas bagi memastikan kesesuaian program dengan konteks semasa serta nilai masyarakat."ABIM percaya keseimbangan antara keperluan ekonomi dan sensitiviti masyarakat adalah asas kepada pembentukan dasar berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa yang memerlukan kepimpinan berteraskan hikmah serta pertimbangan menyeluruh," ujarnya.Ahmad Fahmi turut memaklumkan, ABIM mengiktiraf kepentingan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negara.Namun, jelasnya, dalam suasana semasa yang menyaksikan tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan global, pendekatan penganjuran acara perlu dinilai secara lebih menyeluruh dari sudut keutamaan, mesej dasar dan kesannya terhadap persepsi awam.Tambah Ahmad Fahmi, sambutan pelancongan dengan aktiviti seperti pesta air di kawasan bandar utama dan tumpuan awam menimbulkan persoalan dari sudut kesesuaian pendekatan serta nilai yang ingin ditonjolkan."Perkara ini tidak terhad kepada satu lokasi tertentu, sebaliknya mencerminkan pendekatan lebih meluas dalam penganjuran program pelancongan di seluruh negara yang wajar dinilai kembali secara menyeluruh."Lebih membimbangkan, penglibatan kepimpinan tertinggi kementerian secara langsung dalam aksi semburan air di ruang awam menunjukkan pertimbangan yang tidak selari konteks semasa, sekali gus berisiko menjejaskan kewibawaannya serta komitmen terhadap nilai kesederhanaan dalam kerangka Malaysia Madani."Percanggahan yang ketara antara seruan penjimatan serta keperluan pengurusan berhemah dengan pendekatan penganjuran acara seperti ini turut berisiko menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya lagi.





3,000 pengunjung meriahkan Perarakan Bandar Tentera Laut Lumut - Kosmo - 1/05 1:34 pm

LUMUT – Kira-kira 3,000 pengunjung teruja kerana dapat hadir pada perasmian Perarakan Bandar Tentera Laut Lumut sempena ulang tahun ke-92 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta melihat sendiri aset-aset pertahanan maritim negara yang canggih





'Mohon PMX batalkan pesta air di Bukit Bintang' - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 1/05 11:11 am

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mempersoalkan penganjuran program berbentuk pesta air oleh sebuah kementerian yang disifatkan seolah-olah bertukar menjadi acara hiburan seperti disko di tengah bandar raya ini.Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini terdapat program kementerian menyediakan hidangan arak, manakala penganjuran terbaharu itu pula dilihat tidak selari dengan nilai masyarakat setempat.Beliau turut mendakwa bantahan yang disuarakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak diberi perhatian oleh pihak menteri terlibat.Sehubungan itu, beliau secara sinis menyatakan harapan agar Perdana Menteri dapat menganugerahkan gelaran "menteri paling kuat bekerja membina imej baik Madani" kepada Menteri Pelancongan susulan penganjuran program terbabit."Moga PMX boleh anugerahkan menteri paling kuat bekerja membina imej baik Madani pada menteri perlancongan ini," ujarnya dalam satu hantaran di Facebooknya bertajuk 'Mohon YAB PMX untuk membatalkan pesta air di Bukit Bintang ini'pada Jumaat.Dalam masa sama, beliau turut meluahkan harapan agar cuaca hujan lebat serta ribut petir berlaku di kawasan penganjuran program berkenaan.Terdahulu, Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya membantah penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur yang dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai masyarakat.Menurut kenyataan itu, JAWI menzahirkan kekesalan terhadap penganjuran program tersebut dan berharap agar pihak penganjur dapat menilai semula konsep pelaksanaan serta lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.Kenyataan itu turut merujuk Bayan Linnas Siri Ke-351 bertajuk "Rain Rave Water Music Festival 2026: Hiburan Ada Batas, Penganjur Memikul Tanggungjawab Dan Konsert Berbentuk Maksiat Wajib Dihentikan" dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun ia perlu tertakluk kepada garis panduan syarak.JAWI turut memohon kerjasama semua pihak bagi memastikan sebarang penganjuran program hiburan tidak mengandungi unsur yang boleh menjejaskan kesucian agama dan akhlak masyarakat demi mengelakkan kemudaratan lebih besar.




Reformasi     >>



Baru diterima semula, berlagak macam dia Presiden Umno - Harapandaily
Pemuda AMANAH mengecam ahli Umno yang baru diterima semula menyertai parti itu, Khairy Jamaludin dengan menyifatkannya sebagai bercakap umpama dia presiden Umno. Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda berkata, KJ hanya baru sahaja diterima menyertai Umno tetapi apabila bercakap seolah-olah ..
Kroni     >>



Rain Rave: Respon lewat Zahid cuma damage control - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap respon kerajaan yang disifatkan lewat berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026. Beliau berkata, meskipun menyokong kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, ..
Tabloid     >>



Ayda bertuah suami rajin jaga anak - Hmetro
PENYANYI dan pelakon terkenal, Ayda Jebat mengakui kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Nabil Mahir kini dilengkapkan dengan kehadiran cahaya mata ketiga, Anggun Mikayla yang dilahirkan pada Januari lalu. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Microsoft's turned Windows into a cesspool, but it .. - Register
Windows is a mess, GitHub keeps wobbling, Copilot draws flak - whats wrong at Redmond? kettle When it comes to making decisions that piss off your user base, no one knows how to do it like Microsoft.
World     >>



Iran warns US over Hormuz escort plan, says .. - Middleeasteye
Iran warns US over Hormuz escort plan, says interference breaks ceasefire A senior Iranian lawmaker has warned that any US involvement in managing traffic through the Strait of Hormuz would breach the ceasefire. Ebrahim Azizi said Washington risks violating the truce if it intervenes in what he ..
Motor Trend     >>



Buletin Livery Ikonik Apple Hidup Semula Pada Porsche .. - Mekanika
# LIVERY IKONIK APPLE HIDUP SEMULA PADA PORSCHE 963 DI LAGUNA SECA **Kolaborasi klasik kembali menghidupkan nostalgia di litar.** Porsche mengumumkan kemunculan semula livery ikonik Apple, kali ini pada jentera lumba moden mereka, Porsche 963 yang akan beraksi di Laguna Seca. Rekaan khas ini ..