///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Balai Bomba News   Page 1    



Askar maut motosikal bertembung ketika memotong - Mgazette - 23/03 3:53 pm

ALOR GAJAH Seorang anggota tentera maut dengan keadaan putus tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dan kereta ketika memotong kenderaan di Jalan Padang Kemunting, Masjid Tanah di sini, awal pagi tadi





Hafizul dipenjara 5 tahun cuba bunuh bekas isteri - Mgazette - 23/03 3:53 pm

# Hafizul dipenjara 5 tahun cuba bunuh bekas isteri KUALA LUMPUR - Bekas pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari diperintah oleh Mahkamah Sesyen Sepang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan cuba membunuh bekas isterinya, dua tahun lalu





Lelaki Bangladesh lemas, basikal jatuh dalam sungai - Utusan - 23/03 3:20 pm

IPOH: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan lemas selepas basikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai di Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, di sini hari ini





Tiga hektar hutan terbakar dalam dua kejadian di Seremban - Utusan - 23/03 2:51 pm

SEREMBAN: Lebih tiga hektar hutan membabitkan kawasan di Taman Bukti dan Taman Nusa Intan di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku semalam





Midnight blaze destroys first floor of Jln Samariang house, ground floor partially damaged - BorneoPost - 23/03 2:26 pm

KUCHING (March 23): The first floor of a house in Jalan Samariang, Bukit Siol here was completely destroyed, while the ground floor was partially damaged in a fire around midnight today





7 kes premis mercun terbakar tahun ini, kata bomba - FMT - 23/03 2:11 pm

Ketua Pengarah JBPM Nor Hisham Mohammad berkata 113 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 19 kes pada 2024.





Anggota tentera maut, putus tangan kanan nahas 3 kenderaan - Sinarharian - 23/03 1:58 pm

ALOR GAJAH -Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Padang Kemunting, Masjid Tanahawal pagi Isnin.Dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala serta putus tangan kanan.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, SuperintendanMuhammad Zaki Ramat berkata, berdasarkan siasatan awal,mangsa dari arah Sungai Udang menghala ke Pengkalan Balak dipercayai cuba memotong kenderaansebelum memasuki laluan bertentangan."Akibat tindakan itu, mangsa bertembung dengan sebuah motosikal jenisSYM VF3i dan kereta Proton Sagayang datang dari arah Pengkalan Balak menghala ke Sungai Udang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, penunggang motosikal SYMVF3iyangberusia 18 tahun itu mengalami patah kaki dan tangan kanan serta kini dirawat di Hospital Melaka.Pemandu Proton Saga iaituwanita berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat."Orang ramaiyang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Loh Gia Xao melalui talian 019-5382353 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikutSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya





Alahai kurta siapa, nasib baik tak panggil bomba - Kosmo - 23/03 12:43 am

PETALING JAYA – Persiapan menyambut Aidilfitri seorang lelaki bertukar menjadi lucu apabila baju kurta miliknya ditemui tersangkut pada kabel elektrik di sebuah kawasan perumahan semalam





Penunggang maut, motosikal terbakar sejurus kemalangan - Sinarharian - 23/03 12:11 am

KOTA BHARU Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbakar sejurus terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan stesen minyak di Kok Lanas, awal pagi Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta jenis Honda sebelum kenderaannya terbakar.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Pegawai Bomba Kanan II Wan Azmi Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh dikejarkan ke lokasi."Pasukan tiba di lokasi pada jam 3.57 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah kereta."Akibat pelanggaran itu, motosikal terbakar dan penunggangnya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Operasi melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS.





Lelaki lemas jatuh sungai ketika berbasikal - Sinarharian - 23/03 11:15 am

IPOH - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu di sini pada pagi Isnin.Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh pada jam 8.35 pagi melibatkan mangsa berusia 29 tahun, warga Bangladesh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal mendapati, mangsa dipercayai menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai."Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam di dalam sungai sebelum ketibaan pasukan penyelamat."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari sungai menggunakan pengusung dan tali sebelum dibawa naik ke tebing," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia."Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Operasi yang melibatkan seramai 10 anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS itu tamat pada jam 9.41 pagi.





First floor of shoplot at Sibu’s Eco Garden totally destroyed in fire - BorneoPost - 23/03 10:54 am

SIBU (March 23): The first floor of a shoplot at Eco Garden here was totally destroyed in a fire on Sunday





Kedai perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 23/03 10:52 am

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai perabot tiga tingkat di Bukit Bintang di sini musnah dalam kejadian kebakaran malam Ahad.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.58 malam.Menurut JBPM, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman."Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat dua bangunan yang menempatkan perniagaan perabot serta minyak wangi dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terlibatdan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.- Bernama





Fire razes 8 container-type rooms at Bakun Dam, no injuries reported - BorneoPost - 23/03 10:33 am

BINTULU (March 23): Eight container-type rooms of a lodging house at Bakun Dam were completely destroyed in a fire early Monday morning





Kedai buku dua tingkat terbakar di Seremban - Sinarharian - 23/03 12:05 am

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan sebuah kedai buku dua tingkat di Jalan Dato' SheikhAhmad di sini terbakar pada Ahad.Komander Operasi Kanan JBPM negeri Mohd Hanafi Wahid berkata kebakaran berlaku kira-kira 9 malam, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat."Setakat ini anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dibantu BBP Seremban 2 sedang giat menjalankan operasi pemadaman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata kebakaran bagaimanapun, dapat dikawal pada 11.34 malam.Sementara itu, Pegawai Perhubungan JBPM Negeri Sembilan Muhammad Syazwan Tajuddin berkata kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan hutan diTaman Bukti, Ampangan dengan operasi pemadaman sedang dilakukan tujuh anggota BBP Senawang.Beliau berkata bomba menerima laporan kejadian pada kira-kira 9 malam namun keluasan kawasan terlibat masih dalam siasatan kerana persekitaran gelap."Laporan komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan lerengbukit hutan,"katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata hutan itu berdekatan dengan kawasan perumahan namun keadaan masih terkawal





Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis .. - Mgazette - 22/03 10:36 pm

# Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi - Polis KOTA BHARU - Kes kemalangan maut di KM85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, Jumaat lepas yang membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan sebuah kereta masih dalam siasatan polis secara menyeluruh





Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan - Sinarharian - 22/03 8:58 pm

KAPIT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di Sungai Bangkit Katibas, berhampiran Rumah Sebastian Tambi, Nanga Bangkit, Song di sini pada Ahad.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan mangsa Sylvester Jarbis Mesin dilaporkan keluar mandi bersama dua rakannya kira-kira 12.30 tengah hari."Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung pada 3.15 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, sebelum dihantar ke Klinik Nanga Bangkit," menurut kenyataan itu.JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Song digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 65 kilometer, termasuk perlu menggunakan perahu untuk tiba





Gerai mercun terbakar: Armada Bersatu desak polis jelaskan status lesen - Mgazette - 22/03 7:22 pm

Media hari ini melaporkan suasana malam raya pertama Aidilfitri di Taman Pekaka di sini bertukar cemas apabila sebuah gerai menjual pelbagai jenis mercun musnah dalam kebakaran. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal digerakkan ke lokasi kejadian





Kontraktor rugi RM356,342 terpedaya pelaburan ‘marinasand’ - Mgazette - 22/03 7:22 pm

# Kontraktor rugi RM356,342 terpedaya pelaburan 'marinasand' UALA LUMPUR - Seorang kontraktor di Kuantan berputih mata selepas dia mengalami kerugian sebanyak RM356,342 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai marinasand





Pemandu maut, 3 lagi cedera dalam nahas libatkan dua kenderaan di... - Mgazette - 22/03 7:22 pm

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi dan tiba dalam tempoh sembilan minit bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat





Empat kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel - Mgazette - 22/03 7:22 pm

KULAI - Empat kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel dalam kejadian di JV Autopart And Motorsport 47, Jalan Idaman 1/5, Taman Desa Idaman Senai di sini malam tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 10.53 malam





Mayat pemuda ditemui dalam sungai - Mgazette - 22/03 7:22 pm

BATU PAHAT - Seorang pemuda yang hilang selepas terjun dalam sungai di jambatan Jalan Bypass Parit Jalil di sini semalam, ditemui mayatnya hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggeram, Pegawai Bomba Kanan II Ikhsaan Husaini Mahat berkata, mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemui pada pukul 10.54 pagi tadi





Rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran - Mgazette - 22/03 7:22 pm

Bagaimanapun, insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya tiada di rumah. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.12 pagi





Kemalangan maut anak editor kanan Astro Awani: Polis masih lakukan siasatan lanjut - Sinarharian - 22/03 6:19 pm

TANAH MERAH - Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan maut di Kilometer 85.5, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli di sini pada Jumaat yang melibatkan anak kepada editor kanan Astro Awani.Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Mursyid Azmi, 25, yang merupakan anak kepada Husna Yusop meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, kenyataan sebelum ini berkait dengan kemalangan itu dibuat berpandukan kepada siasatan awal di lokasi kejadian."Siasatan itu termasuk keterangan saksi serta penemuan fizikal."Jadi...dakwaan bahawa pihak polis membuat kesimpulan tanpa asas adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di laman sosial Facebook Polis Daerah Tanah Merah pada Ahad.Menurut beliau, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional melibatkan pelbagai aspek.Beliau berkata, ia termasuk keterangan saksi, analisis forensik serta penelitian teknikal di lokasi kejadian.Mohd Haki memberitahu, pihaknya meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan adil.Dalam pada itu, ujar beliau, polis memandang serius penularan tangkap layar yang dikaitkan dengan kejadian ini."Hasil semakan mendapati tangkap layar tersebut tidak berlaku di Tanah Merah dan tidak berkaitan dengan tarikh kejadian sebenar."Ia tidak relevan serta mengelirukan," katanya.Menurut Mohd Haki, individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah atau menghubungi balai polis berhampiran.Media pada Sabtu melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan kenderaan jabatan sebagai punca kemalangan di KM 85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, seperti yang tular di media sosial.Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat berhubung insiden berkenaan.





Rumah, kereta dan motosikal hangus di Syawal kedua - Kosmo - 22/03 6:08 pm

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut menyebabkan sebuah kereta dan dua buah motosikal hangus. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya ..





Dua pantai Kelantan dikenal pasti 'hotspot' kes lemas - Sinarharian - 22/03 4:18 pm

BACHOK Pantai Kemayang dan Pantai Irama dikenal pasti sebagai titik panas (hotspot) kes lemas apabila merekodkan antara jumlah tragedi tertinggi di daerah ini bagi tempoh lima tahun sejak 2021.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sempena cuti musim perayaan ini, orang ramai yang merancang untuk berkelah atau bermandi-manda diharap lebih berhati-hati."Kedua-dua lokasi itu dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdasarkan statistik kejadian yang direkodkan sepanjang tempoh berkenaan."Pantai Kemayang mencatatkan sekurang-kurangnya lima kes melibatkan lima mangsa, manakala Pantai Irama turut merekodkan beberapa kejadian termasuk kes terbaharu pada tahun ini."Berdasarkan rekod, kebanyakan mangsa adalah lelaki dan ditemui sama ada di lokasi kejadian atau hanyut ke kawasan berhampiran dalam tempoh tertentu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau memberitahu, bagi tahun 2025 sahaja, lima kes direkodkan membabitkan enam mangsa dengan dua daripadanya berlaku di Pantai Irama dan Pantai Kemayang.Ujarnya, selain itu kes lemas turut dilaporkan di kawasan tali air dan sungai termasuk di Kampung Budi, Kubang Telaga dan Sungai Mujur, Jelawat.Mengulas lanjut, Mohamad Ismail memberitahu, statistik tahun 2023 menunjukkan peningkatan ketara apabila lapan kes direkodkan di beberapa pantai utama termasuk Pantai Kemayang selain Pantai Melawi, Pantai Damai, Pantai Sri Nipah dan Pantai Telong.Sementara itu beliau berkata, enam kes direkodkan pada tahun 2024 melibatkan lokasi seperti Pantai DAur, Pantai Kemayang dan beberapa kawasan tali air di sekitar daerah ini.Sehubungan itu ujarnya, polis mempergiatkan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang terutama di dua lokasi berkenaan yang dikenal pasti sebagai titik panas kes lemas."Rondaan berkala oleh Unit MPV dilakukan empat kali sehari manakala Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dua kali sehari di kawasan tumpuan."Pemantauan turut dilaksanakan oleh pasukan ronda cegah jenayah melibatkan empat balai di bawah pentadbiran IPD Bachok," katanya.Tambah beliau, hebahan keselamatan melalui pembesar suara juga dilakukan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada pengunjung."Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mengambil risiko ketika beriadah di pantai ketika keadaan ombak kuat atau cuaca tidak menentu terutama pada musim perayaan ini," katanya.





Anggota polis cedera, orang awam bertindak provokasi - Sinarharian - 22/03 2:08 pm

KUALA KRAI - Seorang anggota polis yang menjalankan tugas cedera selepas berlaku pergelutan susulan tindakan provokasi oleh orang awam semasa operasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, awal pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai menjalankan operasi pemantauan serta kawalan keselamatan di sekitar kawasan pentadbiran daerah berkenaan.Menurut beliau, operasi yang bermula pada jam 10 malam, Jumaat itu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Balai Polis Kuala Krai."Pada jam 12 tengah malam, pihak polis telah membuat hebahan melalui kenderaan peronda polis (MPV) dan mengarahkan orang ramai supaya beredar serta menghentikan aktiviti pembakaran mercun terlarang."Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang masih berdegil dan berkumpul di sepanjang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mazlan memberitahu, sekitar jam 2 pagi Sabtu, pihaknya mengesan beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta berlumba di antara lampu isyarat Batu Balai dan Guchil.Ujarnya, terdapat juga penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya sebelum seorang daripadanya terjatuh selepas melanggar motosikal lain ketika cuba mengelak daripada pemeriksaan polis di Dataran Guchil."Seorang anggota polis cuba menahan individu terbabit, namun berlaku pergelutan sehingga menyebabkan anggota berkenaan mengalami kecederaan."Sejurus itu, sekumpulan orang awam berkumpul dan mengganggu tugas polis, malah terdapat individu yang bertindak melakukan provokasi serta mengeluarkan kata-kata ancaman," katanya.Menurut beliau, tindakan tersebut mencetuskan ketegangan di lokasi sebelum keadaan berjaya dikawal secara profesional oleh pihak polis.Ujarnya, kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular di media sosial dengan pelbagai versi rakaman."Operasi berakhir pada jam 6 pagi dengan tiga buah kereta dan tiga motosikal disita, selain 34 saman dikeluarkan serta dua individu ditahan."Pihak polis kini giat mengesan beberapa kenderaan dan individu yang terlibat tetapi berjaya melarikan diri," katanya.Tambah beliau, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu, Mazlan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang provokasi serta menyambut perayaan dalam suasana harmoni tanpa menjejaskan ketenteraman awam."Orang ramai juga diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis."Kita juga menggalakkan masyarakat menyertai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan berkesan," katanya.





Nak untung cepat, kontraktor rugi RM356,342 angkara pelaburan Marinasan - Sinarharian - 22/03 1:20 pm

KUANTAN - Akibat terlalu mengejar keuntungan mudah sebanyak 10 peratus, seorang kontraktor bukan sahaja kehilangan wang simpanan peribadi, malah turut melibatkan dana syarikatnya berjumlah RM356,342 dalam satu skim pelaburan tidak wujud.Kejadian itu bermula apabila lelaki berusia 34 tahun tersebut melihat satu iklan pelaburan melalui laman web dikenali sebagai Marinasand pada 18 Februari lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berminat kemudian mendaftar dan menyertai pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan daripada jumlah pelaburan."Sebanyak 16 transaksi pindahan wang ke dalam lima akaun bank yang berbeza bermula dari 18 Februari hingga 19 Mac lalu berjumlah RM356,342.00."Transaksi itu dilakukan dengan menggunakan simpanan peribadi dan melibatkan wang milik syarikatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, lelaki tersebut hanya sempat menerima pulangan awal sekitar RM1,000 sebelum tidak menerima sebarang keuntungan seterusnya seperti yang dijanjikan."Mangsa juga mendapati tidak lagi dapat mengakses laman sesawang pelaburan tersebut sebelum menyedari telah ditipu."Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," jelasnya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai dinasihatkan supaya merujuk dan mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang pelaburan.Tegasnya, langkah ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.Yahaya menambah, orang ramai juga disarankan untuk membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan."Sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, orang ramai diminta untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan segera," katanya.





Gerai jual mercun musnah terbakar - Sinarharian - 22/03 11:31 am

NIBONG TEBAL Sebuah gerai yang dijadikan tempat penjualan mercun di Taman Pekaka di sini hampir musnah keseluruhannya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, gerai berkeluasan 10 x 10 kaki persegi berkenaan mengalami kemusnahan dianggarkan 95 peratus.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian."Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 12.25 pagi dan kebakaran dipadam sepenuhnya 19 minit kemudian sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.25 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus."Selain itu, tiga unit penyaman udara di bahagian luar sebuah rumah berhampiran turut terjejas akibat kebakaran berkenaan."Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut," ujarnya.John menambah, operasi pemadaman diketuai seorang komander bersama lapan anggota menggunakan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT)."Kaedah pemadaman dilakukan secara ofensif dengan pembinaan fire break bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran."Operasi turut mendapat bantuan daripada polis serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Jawi, Parit Buntar dan Nibong Tebal," katanya lagi.Beliau berkata, kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.





Nine escape injury as fire damages home, destroys vehicles in Miri - BorneoPost - 22/03 10:29 am

MIRI (March 22): A family of nine had a narrow escape after their home at Tudan Desaras was partially damaged in a fire late Saturday evening





Wanita maut, dua lelaki cedera nahas dua kenderaan - Sinarharian - 22/03 10:14 am

SIBU - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di lampu isyarat Vista Perdana, Miri awal pagi Ahad.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa berusia 23 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian."Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Bezza dengan menggunakan stretcher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut," menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan pada Ahad.Menurutnya, seorang lagi mangsa dalam kenderaan Perodua Bezza serta pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.JBPM Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.05 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah digerakan ke lokasi dan tiba pada jam 3.14 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.15 pagi





Body of second teenage victim found in Bintulu drowning incident - BorneoPost - 22/03 9:55 am

BINTULU (March 22): The body of the second victim in a drowning incident at Sungai Plan Lot Waterfall in Kidurong here has been found





Remaja hilang mandi air terjun ditemukan lemas - Sinarharian - 22/03 8:16 am

SIBU - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Jalan Permata, Kidurong, Bintulu petang Sabtu, ditemukan lemas lewat malam tadi.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemukan orang awam pada jam 11.19 malam, kira-kira lima meter dari tebing sungai."Selepas menerima panggilan pada jam 11.20 malam daripada orang awam mengenai penemuan itu, bomba bergegas ke lokasi kejadian





Polis tahan suspek kes rogol di Maran, siasatan lanjut dijalankan - Mgazette - 22/03 8:12 am

# Polis tahan suspek kes rogol di Maran, siasatan lanjut dijalankan KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang wanita yang dipercayai berlaku di sebuah rumah di daerah di Maran, Pahang semalam





Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun .. - Mgazette - 22/03 8:12 am

Kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat pada 2.30 petang sebelum disyaki lemas, menurut kenyataan itu. JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian.- BERNAMA Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment





Body of missing boy found, search continues for second victim in Bintulu drowning - BorneoPost - 22/03 8:02 am

BINTULU (March 22): A search and rescue (SAR) operation was launched after two children were reported missing while bathing at Sungai Plan Lot Waterfall in Kidurong on Saturday, with the body of one victim found about five metres from the riverbank three hours later





Kira-kira 40,000 peminat berkumpul untuk konsert kemunculan semula BTS - Sinarharian - 22/03 7:53 am

KIRA-KIRA 40,000 peminat berkumpul di pusat bandar Seoul pada Sabtu untuk menyaksikan kumpulan K-pop BTS kembali ke pentas selepas berehat selama empat tahun, menurut pihak berkuasa, sekali gus mendorong langkah keselamatan ditingkatkan, lapor Agensi Berita Yonhap.Kumpulan yang terdiri daripada tujuh anggota itu memulakan konsert di Dataran Gwanghwamun pada jam 8 malam, menarik kira-kira 40,000 hingga 42,000 orang ke kawasan berkenaan, menurut polis.Lokasi itu merangkumi kira-kira 22,000 tempat berdiri sahaja yang merentasi dari Dataran Gwanghwamun hingga ke Dewan Bandaraya Seoul





Gadis dakwa dirogol kenalan baru dikenali - Sinarharian - 21/03 10:24 pm

MARAN - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa rogol oleh kenalan lelaki yang baru dikenalinya baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada ibu mangsa berhubung kes terbabit.Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada awal Mac di sebuah rumah di Maran ketika mangsa keluar bersama suspek."Mangsa memaklumkan telah dirogol oleh kenalan lelakinya di dalam bilik rumah terbabit sebelum menceritakan perkara itu kepada ibunya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, susulan itu pada Jumaat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengumpul keterangan kes terbabit.Kim Wai berkata, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Maran di talian 09-4771222 bagi membantu siasatan.





Pulau Burung terbakar: Bomba ambil masa 12 jam padam api - Utusan - 21/03 9:24 pm

NIBONG TEBAL : Kebakaran yang berlaku di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung sejak awal pagi akhirnya berjaya dipadamkan selepas operasi pemadaman dijalankan selama 12 jam tanpa henti





Bomba bertarung 12 jam padam kebakaran tapak pelupusan - FMT - 21/03 8:22 pm

Operasi di Pulau Burung tamat sepenuhnya petang tadi.





Bomba bertarung 12 jam padam kebakaran tapak pelupusan - Hotfm - 21/03 8:22 pm

Operasi di Pulau Burung tamat sepenuhnya petang tadi.





Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun - Sinarharian - 21/03 8:14 pm

SIBU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu, petang tadi.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mayat Tristan Mariss Marissa Erna, 12, ditemukan pada 5.20 petang kira-kira lima meter dari tebing sungai manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Daren Dakun, 13."Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka, masing-masing seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipercayai mandi di kawasan air terjun itu kira-kira 2 petang."Kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat pada 2.30 petang sebelum disyaki lemas," menurut kenyataan itu.JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian





Tiga rumah terbakar di Kota Bharu, Aidilfitri disambut suram - Mgazette - 21/03 5:03 pm

Rozmawani bersyukur kerana kebakaran dari rumah seorang pesara yang telah ke masjid, disedari anak jirannya Muhammad Fitri Mat Nawi, 28, yang membantunya dalam situasi itu. Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim PBK II Mohd Amin Mohd Kari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi dengan kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat





Abdul Rozak santuni anggota polis bertugas di hari raya Aidilfitri Abdul .. - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Abdul Rozak santuni anggota polis bertugas di hari raya Aidilfitri GEORGE TOWN - Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad meluangkan masa meninjau penugasan anggota barisan hadapan di enam balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini





Kebakaran tapak pelupusan Pulau Burung belum selesai - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Kebakaran tapak pelupusan Pulau Burung belum selesai NIBONG TEBAL - Kebakaran melibatkan timbunan sampah di tapak pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung di sini, awal pagi tadi masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya sehingga kini. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan Sungai Bakap digerakkan ke lokasi





8 cedera, Bezza bertembung Saga - Sinarharian - 21/03 2:33 pm

GERIK - Lapan individu termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran surau Sekolah Menengah Air Panas di sini pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.02 tengah hari.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai dan tiba pada jam 12.10 tengah hari."Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Saga dan Perodua Bezza





Tiga rumah terbakar di Kota Bharu, Aidilfitri disambut suram - Sinarharian - 21/03 2:13 pm

KOTA BHARU - Sambutan Aidilfitri suri rumah Rozmawani Abdullah suram selepas rumahnya musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran di Lorong Rela Kampung Bunut Payong di sini pagi Sabtu.Kebakaran itu turut memusnahkan dua rumah berdekatan.Rozmawani, 42, berkata, bergegas membawa dua anaknya Muhammad Ammar Darwisy Mohd Fadzli,11, yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal dan Afiyah Hanan, lapan tahun, ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.Semasa kejadian, suaminya Mohd Fadzli Ab Rashid, 45, dan anak sulung mereka Muhammad Zafran Zarif, 14, tidak berada di rumah kerana ke Masjid Bunut Payong untuk solat sunat Aidilfitri."Saya tidak sempat mengambil dokumen milik suami dan hanya mampu menyelamatkan beg pakaian raya yang berada di ruang tamu."Rasa sedih dengan dugaan kami sekeluarga. Ketika orang lain bergembira menyambut 1 Syawal kami sebaliknya apabila rumah terbakar," katanya semasa dihubungi pada Sabtu.Rozmawani bersyukur kerana kebakaran dari rumah seorang pesara yang telah ke masjid, disedari anak jirannya Muhammad Fitri Mat Nawi, 28, yang membantunya dalam situasi itu.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim PBK II Mohd Amin Mohd Kari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi dengan kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat."Dua rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus namun tiada mangsa yang cedera," katanya.Mohd Amin berkata, operasi pemadaman yang melibatkan 22 anggota berjaya mengawal api pada jam 9.44 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan





Mayat lelaki bertatu ditemui terapung di Tasik Biru, Kuang - Sinarharian - 21/03 1:59 pm

SUNGAI BULOH - Satu mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Biru, Kuang di sini Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad berkata, maklumat daripada orang awam diterima pihaknya pada jam 8.03 pagi.Menurutnya, mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berkulit cerah selain tatu bertulis 'ship floss' di bahu kiri dan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG)."Semasa dijumpai, mangsa berpakaian baju warna coklat gelap bertulisan 'suppligae', seluar jeans biru dan jam tangan Seiko dengan tali warna hijau," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga dengan ciri-ciri tersebut diminta segera hubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mejar Rosli Mohd Nor di talian 013-6095744 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar menghormati sensitiviti keluarga mangsa dengan menularkan imej atau maklumat tidak sah di mana-mana platform media sosial.





Aidilfitri pilu buat Rozalina, suami terbaring kaku selepas dilanggar lari - Sinarharian - 21/03 12:00 am

SEREMBAN - Sambutan Aidilfitri kali ini tidak lagi sama buat Koperal Rozalina Jaafar, 40, apabila suaminya yang juga merupakan anggota polis hanya terbaring kaku di rumah selepas menjadi mangsa langgar lari tahun lalu.Insiden 2 Jun itu ternyata mengubah sepenuhnya kehidupannya yang kini terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan dua anak berusia lima dan 12 tahun sendirian.Menurut Rozalina, perancangan untuk pulang beraya di kampung halamannya di Perak tahun ini terpaksa dilupakan kerana keadaan suaminya sekarang."Tahun lepas raya di kampung suami di Melaka dan sepatutnya tahun ini di kampung saya pula





Tapak pelupusan di Pulau Burung terbakar lagi, api belum terkawal - FMT - 21/03 10:43 am

Pasukan bomba guna dua jengkaut untuk wujud pemisah api elak kebakaran merebak.





Uniform kerja jadi ganti baju raya pada pagi Syawal - FMT - 21/03 10:00 am

Dari wad hospital dan balai bomba hingga ke lebuh raya yang sesak, petugas barisan hadapan sambut Raya dengan berbakti kepada orang awam.





Anak Editor Kanan Astro Awani meninggal dunia dalam nahas di Tanah Merah .. - Mgazette - 21/03 9:39 am

Pasukan dari SPK Bukit Bunga bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan kepada anggota terlibat dan mengawal lalu lintas, katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang PBT II Disagar Mani Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.43 petang dan mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan sebelum memulakan operasi menyelamat mangsa yang terlibat





Langgar pokok: Dua lelaki maut, 4 parah di Putrajaya - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Langgar pokok: Dua lelaki maut, 4 parah di Putrajaya KUALA LUMPUR - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala ke Taman Wetland, Presint 12, kira-kira jam 11.30 pagi





Elak anjing melintas: Seorang maut, lima cedera Myvi masuk parit - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Elak anjing melintas: Seorang maut, lima cedera Myvi masuk parit ALOR GAJAH Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam nahas dipercayai berpunca daripada cubaan sebuah Perodua Myvi mengelak anjing melintas jalan di Jalan Garing, Machap Baru di sini, petang semalam





Lelaki miliki tujuh rekod lampau, pecut kereta lari pemeriksaan polis diberkas - Sinarharian - 20/03 9:37 pm

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki memandu kereta curi sebelum memecut laju selepas dikejar polis akhirnya menjerat diri apabila berjaya ditahan di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ketika anggota kereta peronda polis hendak melaksanakan pemeriksaan terhadap kenderaan suspek jenis Perodua Myvi.Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak agresif dan melanggar beberapa kenderaan lain sebelum berjaya ditahan."Pemeriksaan mendapati suspek warga tempatan mempunyai tujuh rekod lampau dan satu rekod dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di daerah Kuala Bera."Semakan terhadap nombor casis kereta suspek didapati mempunyai rekod kenderaan hilang bersabit dengan laporan di daerah Kuala Bera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 20-an direman selama dua hari sehingga Jumaat bagi siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.Katanya, suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera untuk siasatan kes di daerah terbabit, sementara kertas siasatan akan dilengkapkan dan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat serta tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden terbabit."Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," ujarnya.





Dua maut, empat parah kemalangan di Putrajaya - Sinarharian - 20/03 9:34 pm

PUTRAJAYA - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala ke Taman Wetland, Presint 12, di sini tengah hari Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya PgB, M Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 11.58 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 bersama pasukan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi pada jam 12.07 tengah hari, pasukan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan, dengan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan."Enam mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan dua lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya menerusi hantaran Facebook Bomba Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Jumaat.Beliau berkata, empat mangsa lain telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS dan pasukan bomba telah menjalankan operasi pengasingan mangsa serta kerja pembersihan di lokasi termasuk memotong pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan laluan selamat sepenuhnya.Operasi melibatkan tujuh anggota bersama satu jentera LFRT dan satu unit EMRS dari BBP Presint 14.Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan KKM.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa yang mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kanan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang pokok."Akibat kemalangan itu, dua penumpang lelaki tempatan berusia lingkungan lewat belasan hingga awal 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat."Pemandu dan beberapa penumpang lain yang juga lelaki tempatan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya





Tiga maut, lima cedera nahas Proton X70, Perodua Alza - Sinarharian - 20/03 9:17 pm

KUCHING - Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman, kira-kira 8.30 pagi Jumaat.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan, iaitu Proton X70 dan Perodua Alza yang terbakar 100 peratus."Tiga mangsa yang menaiki Proton X70, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan."Dua lagi penumpang kenderaan sama, kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun, mengalami kecederaan pada bahagian kepala, dan telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut





Three killed, five injured in MPV-SUV collision on Jalan SerianSri Aman on eve of Aidilfitri - BorneoPost - 20/03 12:45 am

KUCHING (March 20): A collision between a multi-purpose vehicle (MPV) and a sports utility vehicle (SUV) at Kampung Selepong Jinggau along Jalan Serian–Sri Aman has left three people dead and five others injured





No injuries after lorry overturns, resulting in oil spill on Pan Borneo Highway near Bukit Song - BorneoPost - 20/03 11:48 am

MIRI (March 20): No injuries were reported following a road incident involving an oil spill after a cargo lorry overturned while descending Bukit Song along the Pan Borneo Highway here on Thursday evening




Reformasi     >>



Malaysias fuel subsidy bill jumps to US$811 million .. - Scmp
Malaysias fuel subsidy bill has surged more than fourfold in under a week due to the sharp spike in global oil prices triggered by the US-Israel war on Iran. The national monthly RON95 petrol and diesel subsidies have risen from 700 million ringgit to 3.2 billion ringgit (US$177.4 million to ..
Kroni     >>



Iran janji tindak balas lebih dahsyat jika AS serang .. - Utusan
TEHERAN: Iran kini berada dalam keadaan berwaspada tinggi menjelang tempoh akhir yang ditetapkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin yang menuntut pembukaan semula Selat Hormuz. Trump menuntut Iran membuka semula laluan tersebut atau berhadapan dengan serangan ..
Tabloid     >>



Manchester City Tewaskan Arsenal Untuk Julang Piala .. - Thevocket
Manchester City menamatkan impian Arsenal untuk meraih trofi pertama musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Carabao 2026, dengan Nico OReilly muncul... The post Manchester City Tewaskan Arsenal Untuk Julang Piala Carabao appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Siri Samsung Galaxy S26 Mula Menyokong Apple AirDrop .. - Amanz
Samsung mengumumkan Samsung Galaxy S26 Ultra, Samsung Galaxy S26+ dan Samsung Galaxy S26 akan mula menyokong penghantaran fail ke peranti Apple menggunakan protokol AirDrop bermula hari ini. Kemas kini sistem bagi membolehkan penghantaran fail rentas platform mula diberikan pada peranti di ..
World     >>



CNBC Daily Open: Trump issues Strait of Hormuz .. - Cnbc
U.S.-Iran threats over Hormuz rattle markets as oil risk lingers and missiles hit Israel, raising fears of a prolonged conflict.
Motor Trend     >>



Brabus Bodo Coupe Terbocor Awal - Careta
Menurut laporan dari The Drive, imej model yang dikenali sebagai Bodo itu muncul di subreddit r/whatisthiscar sebelum dipadam selepas komuniti menyedari ia adalah model belum dilancarkan. Apa yang menjadikan situasi ini lebih ironik, Brabus sendiri sebenarnya baru sahaja mula tease model