| /// |
|
| Search : Bahasa Melayu News | Page 1 |
|
BM, History now compulsory subjects at international, religious schools, says Anwar - BorneoPost - 20/01 6:52 pm PUTRAJAYA (Jan 20): All schools nationwide, including international schools, religious schools and those following the Unified Examination Certificate (UEC) stream, will be required to offer Bahasa Melayu and History as compulsory subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said |
|
MCA kena lawan DAP di Kluang, baru tahu siapa liabiliti sebenar... - Mgazette - 20/01 6:23 pm # MCA kena lawan DAP di Kluang, baru tahu siapa liabiliti sebenar BN - Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan MCA merupakan liabiliti sebenar kepada Barisan Nasional (BN) bukan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Pengiktirafan UEC tidak dilihat secara terasing ??? Zambry - Mgazette - 20/01 6:23 pm Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ia termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama, sekolah Arab serta sistem pendidikan lain yang tidak berteraskan pendidikan nasional. Katanya, perdana menteri sebelum ini telah menjelaskan langkah awal kerajaan adalah memastikan semua sistem pendidikan berkenaan memenuhi prasyarat asas, khususnya pengajaran bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia berdasarkan kurikulum kebangsaan, sebelum sebarang keputusan lanjut berkaitan kemasukan ke universiti awam dibuat |
|
Kenapa Kacau Tanah Melayu? Jika Nak Gadai Dah Lama Saya Jual!... - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Kenapa Kacau Tanah Melayu? Jika Nak Gadai Dah Lama Saya Jual! - Penduduk Kenapa Kacau Tanah Melayu? Jika Nak Gadai Dah Lama Saya Jual! -Penduduk Kg |
|
Semua sistem pendidikan termasuk UEC wajib ambil ujian Bahasa Melayu .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Semua sistem pendidikan termasuk UEC wajib ambil ujian Bahasa Melayu - PM PUTRAJAYA Semua sistem pendidikan termasuk Sekolah Antarabangsa, Sekolah Agama Rakyat dan sekolah aliran Cina atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diwajibkan mengambil ujian Bahasa Melayu dan Sejarah mulai tahun ini |
|
Kolaborasi Agung: Pemulihan sokongan Melayu mesti lahir dari pembaharuan .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Kolaborasi Agung: Pemulihan sokongan Melayu mesti lahir dari pembaharuan - Mahfuz KUALA LUMPUR - Cadangan Kolaborasi Agung perlu diperjelaskan dengan lebih berhati-hati supaya tidak disalah tafsir sebagai langkah mengundur ke politik lama yang sedang ditinggalkan semua parti politik |
|
Henti guna label seperti `syaitan bisu’, tak cermin sunnah politik .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Henti guna label seperti `syaitan bisu', tak cermin sunnah politik Islam - Zamir KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa berhenti melabel dan menghina sesama Islam dengan istilah-istilah yang mencederakan persaudaraan seperti 'syaitan bisu dan seumpamanya |
|
Segera muktamad terma, mekanisme dan konsep Rumah Bangsa Segera muktamad .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Segera muktamad terma, mekanisme dan konsep Rumah Bangsa JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa perlu segera memuktamad terma rujukan, syarat dan mekanisme pelaksanaan konsep Rumah Bangsa agar dapat direalisasikan dengan berkesan |
|
Penyatuan Melayu; UMNO bukan saja minoriti, tapi juga `late comer??? ???... - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Penyatuan Melayu; UMNO bukan saja minoriti, tapi juga `late comer Annuar KUALA LUMPUR - Muafakat orang Melayu telah wujud tanpa UMNO, namun penyertaan parti itu akan lebih melengkapkan usaha tersebut |
|
Hanya parti kuat mampu pimpin penyatuan sebenar Melayu-Islam – .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Hanya parti kuat mampu pimpin penyatuan sebenar Melayu-Islam - Nurulhidayah KUALA LUMPUR Gagasan kolaborasi agung boleh menjadi satu kebaikan besar kepada Melayu dan Islam, jika ia dibina atas prinsip, kejelasan peranan dan kebijaksanaan kepimpinan |
|
Pas Perak tolak kolaborasi agung jika mahu beri ‘oksigen .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Pas Perak tolak kolaborasi agung jika mahu beri 'oksigen politik' kepada PH, DAP Idris KUALA LUMPUR Pas Perak berkata, cadangan pemuafakatan Melayu-Islam sama ada menerusi kolaborasi agung atau rumah bangsa seperti dicadangkan UMNO perlu dijelaskan secara tuntas kepada rakyat |
|
Rumah Bangsa perlu diterajui individu tidak sebelah mana-mana pihak .. - Mgazette - 20/01 6:23 pm # Rumah Bangsa perlu diterajui individu tidak sebelah mana-mana pihak - Zaidy KUALA LUMPUR Individu berkecuali, bebas daripada pengaruh politik dan berintegriti perlu diletakkan untuk menerajui Rumah Bangsa bagi mengelakkan UMNO mengulangi kesilapan sama dalam penyatuan ummah sebelum ini |
|
Matris Pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kokurikulum - Sinarharian - 20/01 5:27 pm PUTRAJAYA - Pendekatan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi pelajar Tahun Empat dan Tingkatan Tiga bukan semata-mata sistem peperiksaan awam, sebaliknya satu kaedah penilaian yang menumpukan kepada sokongan awal pembelajaran secara berperingkat.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan berkonsepkan ujian itu diperkenalkan bagi memastikan tahap penguasaan murid dapat dikenal pasti lebih awal, sekali gus membolehkan guru dan pihak sekolah merancang langkah pengukuhan kurikulum yang bersesuaian."Pelaksanaan matriks pembelajaran tahun empat dibuat bagi memastikan masih terdapat tempoh dua tahun untuk melaksanakan intervensi, sekiranya kelemahan atau jurang pembelajaran dapat dikenal pasti pada peringkat awal (sebelum memasuki tingkatan satu)."Secara keseluruhannya, matriks pembelajaran berperanan sebagai mekanisme intervensi dan pengukuhan pembelajaran selain menyokong pelaksanaan kurikulum baharu," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, di sini pada Selasa.Matriks Pembelajaran Malaysia akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan selaku badan berwajib, bertujuan mewujudkan keyakinan awam terhadap ujian itu dan bagi tahun empat ia akan dilaksanakan Oktober tahun ini, manakala tingkatan tiga pada 2027.Ia melibatkan empat mata pelajaran bagi tahun empat, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, manakala tingkatan tiga melibatkan lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.Menurut Fadhlina, matriks pembelajaran juga secara tidak langsung akan mempersiapkan murid untuk menghadapi tiga penilaian antarabangsa, iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).Dalam pada itu, beliau berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak dikembalikan memandangkan ia sudah tidak sesuai dengan pelajar sekarang." matriks pembelajaran ini jauh lebih baik daripada UPSR dan PT3 kerana ruang lingkupnya adalah penambahbaikan dan intervensi," katanya.RPN 2026-2035 ialah langkah reformasi pendidikan bagi membina masa hadapan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah sehingga pendidikan tinggi |
|
Constitution, History now compulsory MPU subjects in universities - FMT - 20/01 4:49 pm These subjects will be taught in Bahasa Melayu and are compulsory for all Malaysian students in higher education institutions. |
|
Form 6, matriculation categorised as higher education from this year PM Anwar - Sinardaily - 20/01 4:41 pm PUTRAJAYA - The Higher Education Ministry (MOHE) will fully take over the pre-university education system involving Form Six and matriculation programmes starting this year, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.He said the move will officially place both groups of students under the higher education category."Starting this year, the Higher Education Ministry will take over the entire pre-university education system - Form Six and matriculation."So Form Six and matriculation students are no longer school students. They are now categorised under higher education, he said when speaking at the launch of the National Education Blueprint (RPN) 2026-2035 here today.At the same time, Anwar said the government is also addressing the annual controversy over limited entry opportunities into preferred courses, particularly among students from minority communities who achieve excellent results but face constraints due to limited places.To ensure fairness of opportunity, the Prime Minister said the government has asked universities to add 1,500 new places in popular courses."Understanding this problem, I have asked universities to increase places in these preferred courses by 1,500 from the current figure, he said.Following further discussions, Anwar said universities agreed to add another 1,500 places covering fields such as law, accounting, finance and banking, Islamic finance, artificial intelligence (AI), economics, Bahasa Melayu, English language, communication, media studies, data science, data analytics and computer science."We are adding another 1,500 places, which means a total of 3,000 additional places this year, he said.In addition, to ease concerns among students, Anwar said the government will continue to prioritise foundation and matriculation students as usual, while assurances have also been given to high-performing Form Six (STPM) students."We have also given assurances that high-achieving Form Six STPM students will be given priority for university placement, particularly those with a cumulative grade point average (CGPA) of 4.0."If the CGPA is 4.0, universities will make every effort to offer a place, although in some cases the choice of course will depend on the universitys capacity, he said |
|
Rumah Bangsa: Pemuda UMNO Johor sambut baik usaha kembalikan asas muafakat Melayu - Sinarharian - 20/01 4:34 pm JOHOR BAHRU Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 kerana memperkenalkan idea dan konsep Rumah Bangsa sebagai usaha terancang bagi mengembalikan asas muafakat Melayu yang semakin terhakis ketika ini.Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, keputusan yang dimuktamadkan pada pada 17 Januari lalu itu dilihat amat bertepatan dengan realiti landskap politik semasa, khususnya ketika politik Melayu berdepan krisis serta kelompangan kepimpinan.Justeru menurutnya, idea dan konsep perpaduan berteraskan keindukan Melayu itu akan diperhalusi menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."Pemuda UMNO Johor berpandangan konsep Rumah Bangsa ini mencerminkan komitmen UMNO untuk kembali mencari titik persamaan dalam kalangan parti politik yang berteraskan identiti Melayu dan Islam di Malaysia."Ia juga menzahirkan keikhlasan UMNO bagi menyeru semula penyatuan orang Melayu dan Islam demi kepentingan agama, bangsa dan negara."Kelompangan kepimpinan Melayu yang berlarutan telah menyebabkan kegagalan parti-parti politik Melayu menawarkan kepimpinan yang jelas, wawasan baharu serta gagasan perpaduan yang mampu mengembalikan semangat muafakat Melayu yang sekian lama diharapkan oleh rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Noor Azleen berkata demikian bagi mengulas pengumuman Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2025 berhubung cadangan penubuhan Rumah Bangsa sebagai wadah penyatuan orang Melayu dan Islam bagi menangani perpecahan politik serta mengisi kelompangan kepimpinan Melayu ketika ini.Pada masa sama, beliau turut menggesa agar UMNO melalui jawatankuasa berkenaan segera memuktamadkan terma rujukan, syarat serta mekanisme pelaksanaan yang jelas bagi memastikan konsep Rumah Bangsa dapat direalisasikan dengan berkesan.Malah katanya, Pemuda UMNO Johor turut mencadangkan supaya jawatankuasa itu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk pertubuhan politik berteraskan Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta tokoh pemikir dan profesional Melayu."Adalah diharapkan dengan terdirinya Rumah Bangsa kelak, UMNO dapat mengembalikan peranannya sebagai jurucakap utama mewakili suara majoriti orang Melayu."Namun, konsep Rumah Bangsa tidak wajar disempitkan kepada kepentingan politik kepartian atau sekadar alat menghadapi pilihan raya sahaja, sebaliknya berfungsi sebagai wadah memelihara hak orang Melayu dan kepentingan bumiputera selaras dengan Perlembagaan Persekutuan."Malah, Rumah Bangsa juga perlu bersifat sederhana dan inklusif serta dihormati semua kaum di Malaysia supaya tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat majmuk," katanya. |
|
Constitution, history to be made compulsory subjects at universities starting this year - PM - Sinardaily - 20/01 4:17 pm PUTRAJAYA - General education subjects covering issues of the Federal Constitution and Malaysian history will be included in the curriculum of all public and private universities starting this year, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said.He said the subjects will be taught fully in Malay and will be made compulsory for all Malaysian students in higher education institutions."At the tertiary level, we do not make Bahasa Melayu and History compulsory, but starting this year, we will introduce revised general education subjects, which to be taught in Malay in all public and private universities for Malaysian students, namely the Federal Constitution and Malaysian History, in the curriculum, he said at launch of the National Education Blueprint (RPN) 2026-2035 today.Anwar said the move is aimed at ensuring all students, regardless of their field of study, have a basic understanding of the nations history and the structure of the Federal Constitution."It is unreasonable for Malaysian students to lack any understanding of their countrys Constitution and history...If we want to safeguard this nation, our children must master the basic knowledge of our Constitution and history," he said.Separately, Anwar announced that 5,000 additional student accommodation places will be provided starting this year, citing rising complaints over limited and costly housing, particularly in urban areas.He said the government has instructed government-linked investment companies (GLICs) to take the lead in developing student housing, as relying on private firms could be controversial.The Prime Minister said these companies will work directly with universities to develop and prioritise accommodation for students."We hope to begin this year at selected universities, with a target of providing 5,000 additional accommodation places," he said.The new education blueprint launched today reflects a comprehensive and phased alignment of national education policy, ensuring continuity in human capital development from the school level to higher education.The RPN is jointly led by the Ministry of Higher Education (MOHE) through the Malaysian Higher Education Blueprint (RPTM) 2026-2035 and the Ministry of Education (MOE) through the Malaysian Education Blueprint (RPM) 2026-2035 |
|
New assessment for Year 4 students from 2026; tests to cover five subjects - BorneoPost - 20/01 2:36 pm PUTRAJAYA (Jan 20): Primary students in Year 4 will be required to sit for a new assessment starting this year |
|
Semua aliran pendidikan, UEC wajib ambil subjek BM, Sejarah dalam SPM - Anwar - Sinarharian - 20/01 2:18 pm PUTRAJAYA -[DIKEMAS KINI] Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, agama dan aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi langkah berkenaan kontroversi berkaitan isu Bahasa Melayu dan syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA) juga tidak lagi berbangkit selepas ini."Negara ini telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka penguasaan bahasanya bukan sekadar menguasai, tapi harus ditingkatkan."Sebab itu kita mulai sekarang menjelaskan tentang keperluan bahasa dan menuntut supaya semua sistem pendidikan dalam negara kita menetapkan dan wajibkan bahasa Melayu mengikut kurikulum kementerian, maksud saya SPM."Sama ada di sekolah antarabangsa, ramai anak-anak Malaysia yang di sekolah antarabangsa, tanpa kecuali diwajibkan diwajibkan mengambil ujian bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM," katanya demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini pada Selasa.Anwar berkata, di sekolah agama rakyat dan Maahad Tahfiz yang mencecah lebih 400,000 pelajar juga diwajibkan mengambil dua subjek berkenaan.Jelasnya, perkara itu terpakai juga tentang kontroversi kecil soal UEC biarpun keadaan sudah berubah."Justeru jalur mereka untuk pergi ke pendidikan tinggi sama ada dari sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat atau UEC, tidak lagi menjadi kontroversi."Kita terima baik asalkan syarat ini diterima |
|
Year Four assessment to be implemented from this year, says Anwar - Sinardaily - 20/01 2:01 pm PUTRAJAYA Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has announced the implementation of the Standard Four Learning Assessment starting this year.He said the assessment will involve five core subjects: Bahasa Melayu, English, Mathematics, Science and History.Beginning this year, the Standard Four assessment will be implemented and administered by the Malaysian Examinations Board, he said when delivering his speech at the launch of the Malaysia Education Plan (RPM) and the Malaysia Higher Education Plan (RPTM) 20262035 here on Tuesday.This means that in 2027 we are not ready to make it mandatory, as there may be parents who feel that their children are not yet prepared.We will continue to allow children aged seven to enter Year One, but parents are strongly encouraged to prepare from now on so that children begin preschool at five and enter Year One at six, he said on Tuesday.Anwar added that the decision was made to keep pace with changing times and evolving demands.He explained that children today are already able to distinguish matters and demonstrate greater maturity as early as the age of five compared with previous generations.In the past, children were only eligible to enter Year One at the age of seven.At the same time, we will place comprehensive emphasis on the preschool system |
|
Komuter percuma sempena Thaipusam - Anthony Loke - Sinarharian - 20/01 1:53 pm KUALA LUMPUR -Keretapi Tanah Melayu Berhad menawarkan perkhidmatan komuter percuma di Lembah Klang selama dua hari, dengan operasi khas tanpa henti selama empat hari sempena sambutan Thaipusam, Ahad ini.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia bagi memudahdan melancarkan pergerakan kira-kira 2.5 juta penganut Hindu dan pelancong ke Batu Caves, Selangor yang menjadi antara tumpuan utama sambutan Thaipusam di negara ini.Beliau berkata, perkhidmatan percuma itu disediakan selama 48 jam bermula 12 tengah malam 31 Januari (Sabtu) ini hingga 11.59 malam 1 Februari (Ahad), dengan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG)."Inisiatif ini dijangka menelan kos RM1 juta, tetapi kita mahu memastikan kemudahan penumpang dan mengelakkan kesesakan teruk kerana terlalu ramai dijangka menggunakan perkhidmatan komuter."Secara keseluruhan sebanyak 609 trip akan dikendalikan, peningkatan 23 peratus berbanding tahun lepas, melibatkan laluan Batu Caves-Pulau Sebang, Batu Caves-Pelabuhan Klang serta Tanjong Malim-KL Sentral," katanya pada sidang media perkhidmatan KTM Komuter Sempena Thaipusam 2026 di KL Sentral pada Selasa.Ia merangkumi 302 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves, 165 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu Caves dan 142 perkhidmatan laluan Tanjong Malim-KL Sentral-Tanjong Malim (transit tren ke KL Sentral).Loke berkata, sebanyak 28 stesen KTMB akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh itu bagi melancarkan aliran penumpang dan membantu golongan warga emas, orang kurang upaya, wanita mengandung serta kanak-kanak.Beliau berkata, KTMB juga menyediakan tambahan lapanperkhidmatan tren elektrik (ETS) dari 29 Januari hingga 3 Februari melibatkan masing-masing dua trip bagi laluan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral, JB Sentral-KL Sentra-JB Sentral, KL Sentral-Ipoh-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth -KL Sentral dengan 10,080 tiket ditawarkan.Sementara itu, beliau berkata, Prasarana Malaysia Berhad melalui Rapid KL dan Rapid Penang akan menyediakan perkhidmatan bas shuttle percuma di ibu negaradan Pulau Pinang, manakala perkhidmatan feri percuma di Pulau Pinang ditawarkan selama 53 jam bermula 31 Januari."Di Kuala Lumpur, 30 bas akan beroperasi dari Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kampung Batu ke Batu Caves dengan kekerapan setiap 10 minit, manakala di Pulau Pinang, 12 bas shuttle percuma disediakan dari jeti feri ke Adventist mengikut jadual feri |
|
MCMC siasat laporan media salah terjemah titah Agong - Fahmi - Sinarharian - 20/01 1:31 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung kandungan dalam talian terbitan sebuah organisasi media yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen pada Isnin.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu dimulakan susulan aduan rasmi dikemukakan orang awam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Menurutnya, peruntukan itu berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam atau menjejaskan keharmonian."Sekiranya terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, perkara berkenaan adalah berasingan dan diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Fahmi menggesa Majlis Media Malaysia sebagai badan bebas memainkan peranan sebagaimana diperuntukkan, termasuk memastikan pematuhan etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat, serta menjadi platform pengawalseliaan kendiri dalam menangani aduan serta isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan komen melampau atau bersifat fitnah khususnya di media sosial, selain sentiasa menghormati institusi raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.Pada Isnin, organisasi media terbabit memuat naik kandungan di Facebook berkongsi titah Sultan Ibrahim dengan tajuk Tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia sebelum menukarnya kepada Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia.Susulan itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dilaporkan membuat laporan polis terhadap syarikat terbabit berhubung penyiaran laporan berita dalam talian yang didakwa memesongkan Titah Diraja semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara |
|
Free Thaipusam train rides as KTMB boosts frequencies, adds ETS services for CNY and Raya - Malaymail - 20/01 12:56 am KUALA LUMPUR, Jan 20 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), in collaboration with the Transport Ministry, will off... |
|
Antara gagasan Melayu-Malaysia Zahid dan retorik Melayu-Melayu Akmal - FMT - 20/01 8:00 am Akmal Saleh mungkin lebih popular berbanding Zahid Hamidi tetapi Akmal tidak memperlihatkan kenegarawanan bagi Melayu dan Malaysia. |
|
Bahasa, tanda dan ingatan - FMT - 20/01 7:00 am Bahasa di ruang awam bukan sekadar maklumat |
|
Presiden UMNO pun boleh tarik balik kenyataan, DAP bila lagi? - Lian Ker - Sinarharian - 19/01 8:19 pm SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mempersoalkan kesediaan DAP untuk menarik balik kenyataan berhubung polemik berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Lian Ker berkata, tidak dinafikan sekarang isu itu tidak timbul namun pernah muncul dan menjadi panas ketika DAP berada sebagai pembangkang.Menurutnya, ia tercetus apabila DAP menuntut pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tanpa syarat, serta menolak tawaran Perdana Menteri pada masa itu untuk mengiktiraf dengan syarat kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah."Sejak itu, isu bahasa bukan lagi soal dasar, tetapi kesan daripada bahasa politik arkib DAP yang bernada tinggi dengan tuntutan politik DAP yang menimbulkan kemarahan."Hakikatnya, polemik ini boleh diredakan dan ditutup sepenuhnya sekiranya DAP menarik balik tuntutan menjadikan bahasa lain setaraf dengan bahasa Melayu dan menerima secara terbuka syarat Bahasa Melayu serta Sejarah bagi pengiktirafan UEC."Selain itu, DAP perlu membersihkan atau mengarkibkan tuntutan politik lama yang bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara |
|
'Kolaborasi Agung, Rumah Bangsa dengar hebat tapi kurang meyakinkan' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 19/01 6:30 pm SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berpendapat Kolaborasi Agung dan Rumah Bangsa masih kurang meyakinkan, terutama dari sudut hala tuju serta matlamat akhir, walaupun istilahnya kedengaran hebat.Ahmad Fadhli berkata, turut menjadi persoalan ialah sama ada Rumah Bangsa itu berkait atau tidak dengan kerjasama dan gerak kerja politik, ataupun ia hanyalah proses dalaman UMNO, yakni usaha pengukuhan semula parti serta penyatuan ahli.Menurutnya, Kolaborasi Agung pula kelihatan sebagai satu idea yang berbeza, barangkali bertujuan menghimpunkan parti politik Melayu yang kemudiannya dijenamakan sebagai Musyawarah Nasional."Namun, persoalan yang masih berbaki ialah, apakah hala tuju politik sebenar gagasan ini? Jika benar ia sekadar 'kolaborasi', maka mengapa ia perlu direalisasikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)?"Dengan lebih jelas, mengapa ia perlu dikaitkan secara langsung dengan pilihan raya? Jadikanlah ia kerjasama bagi tujuan sosial atau kemasyarakatan, seperti kenduri besar atau himpunan muafakat, tanpa sebarang matlamat politik."Kita tunggu sahaja sejauh mana idea ini akan dikembangkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu, menyatakan hasrat untuk membentuk grand collaboration atau Kolaborasi Agung bagi menyatukan parti politik Melayu dan Islam di negara ini.Mengulas lanjut Ahmad Fadhli berkata, timbul kegusaran tentang sejauh mana ketegasan gagasan Kolaborasi Agung ini mampu dipertahankan kelak, susulan insiden Ahmad Zahid menarik balik sebahagian ucapannya berhubung isu 'Team A dan Team B dalam DAP' selepas disanggah oleh Setiausaha Agung DAP."Jika ucapan paling penting seorang presiden parti di hadapan seluruh perwakilan yang boleh dianggap sebagai amanat agung pun boleh disanggah dan akhirnya ditarik balik, maka apakah jaminan Kolaborasi Agung tidak akan berdepan penolakan dan sanggahan yang sama?"Jika penegasan seorang Timbalan Presiden bahawa UMNO kononnya tidak pernah bekerjasama dengan DAP pun boleh disanggah secara terbuka, maka ke arah mana 'kejantanan' Rumah Bangsa mahu dijulang?"Mujur kenyataan itu belum lagi ditarik balik oleh Timbalan Presiden UMNO," ujarnya.Beliau menambah, secara keseluruhannya, Kolaborasi Agung dan Rumah Bangsa pada hakikatnya masih berupa idea yang belum jelas bentuk dan hala tujunya."Namanya hebat, tetapi isinya belum meyakinkan |
|
Better Not Live In Malaysia If You Can’t Accept Bahasa Melayu In Education, Says The King - Therakyatpost - 19/01 5:58 pm The King also touched on emerging digital security risks involving "deepfakes" and threats to information integrity. |
|
KPM menjunjung titah Sultan Ibrahim, RPM 2026-2035 martabat Bahasa Melayu - Sinarharian - 19/01 5:04 pm PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, kementerian itu memaklumkan sedang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah.Jelas KPM, RPM 2026-2035 adalah kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah tamat pada tahun lalu dengan matlamat utamanya untuk meningkatkan mutu pendidikan negara demi anak-anak Malaysia.'Seperti yang dititahkan Sultan Ibrahim, RPM 2026-2035 memberi penekanan kepada usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid."KPM memastikan titah Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi penambahbaikan pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.Terdahulu Sinar Harian melaporkan Sultan Ibrahim bertitah sebarang usaha merangka sistem pendidikan baharu perlu seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras utama pelaksanaannya.Titah Seri Paduka Baginda, ia kerana sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembangunan bangsa, pembentukan jati diri dan penentu masa depan negara. |
|
Tidak terima Bahasa Melayu, baik jangan duduk Malaysia - Agong - Sinarharian - 19/01 3:32 pm SHAH ALAM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah sebarang usaha merangka sistem pendidikan baharu perlu seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras utama pelaksanaannya.Seri Paduka Baginda bertitah, ia kerana sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembangunan bangsa, pembentukan jati diri dan penentu masa depan negara."Jika hendak buat sistem pendidikan baharu, ia mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa Kebangsaan."Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia."Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia," titah Baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-15, di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Isnin.Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak perlu kembali kepada asas pembentukan negara menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Menurut Seri Paduka Baginda, rakyat juga wajar menghayati semula niat asal pembentukan negara yang berteraskan perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama erat melibatkan negeri serta Kerajaan Persekutuan."Semua hendaklah lebih hati-hati supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah, sebarang perbezaan pandangan harus diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka."Hakikatnya, hak negeri perlu sentiasa dihormati |
|
Amanah terbuka usaha perpaduan Melayu, tetapkan garis merah nilai Madani - Sinarharian - 19/01 2:43 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sentiasa terbuka terhadap sebarang usaha memartabatkan perpaduan ummah, namun menegaskan bahawa perpaduan itu tidak boleh berlaku dalam vakum nilai serta mesti berteraskan prinsip Madani dan Rahmah.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pendirian itu diambil susulan cadangan kolaborasi agung dan visi UMNO sebagai rumah bangsa yang dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025/2026 baru-baru ini.Menurutnya, sebarang bentuk kerjasama politik perlu mempunyai garis merah yang jelas dan tidak boleh dilanggar oleh mana-mana pihak."Perpaduan mestilah inklusif, bukan berteraskan assabiyah |
|
Pemandu van Thailand didakwa langgar gadis hingga maut di lampu isyarat - Sinarharian - 19/01 1:20 pm JITRA - Seorang pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, Khamis lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusof Senkonam, 60, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22.Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa Thailand sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.Kemalangan menyebabkan Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas di sini meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan. |
|
Agong mahu RMK13 fokus kesejahteraan rakyat - Sinarharian - 19/01 1:10 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.Bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara."Jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ia mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan."Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti terima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.. |
|
Perpaduan teras pembentukan Malaysia perlu terus dipelihara ??? Sultan .. - Mgazette - 19/01 12:57 am # Perpaduan teras pembentukan Malaysia perlu terus dipelihara Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR Asas kepada pembentukan Malaysia adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat |
|
Perkasa tolak ???Kolaborasi Agung??? jika libatkan DAP ??? Syed Hassan - Mgazette - 19/01 12:57 am # Perkasa tolak Kolaborasi Agung jika libatkan DAP Syed Hassan KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak cadangan penubuhan Kolaborasi Agung bagi penyatuan orang Melayu sekiranya mana-mana parti politik yang terlibat masih bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Madani, tegas Presidennya, Syed Hassan Syed Ali |
|
DAP bukan parti musuh Melayu - Mgazette - 19/01 12:57 am KLANG - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan parti itu tidak pernah berdiam diri atau mengalah dalam Kabinet sejak menyertai kerajaan, sebaliknya terus memperjuangkan agenda reformasi dan kebajikan rakyat seperti digariskan dalam manifesto |
|
“Ini rizab Melayu, kami tidak pernah setuju tanah diambil” - Mgazette - 19/01 12:57 am # "Ini rizab Melayu, kami tidak pernah setuju tanah diambil" SEMENYIH - Seramai 48 pemilik lot tanah di Kampung Sungai Pening di sini sangat marah selepas mendakwa Kerajaan Negeri Selangor mahu mengambil tanah mereka bagi membina jalan pintasan menuju ke Lebuhraya SILK |
|
UMNO WP ditolak kerana budaya politik lama, bukan sebab kerjasama dengan... - Mgazette - 19/01 12:57 am # UMNO WP ditolak kerana budaya politik lama, bukan sebab kerjasama dengan PH KUALA LUMPUR - UMNO di Wilayah Persekutuan ditolak kerana kegagalan kronik kepimpinan parti itu sendiri yang terperangkap dalam budaya lama serta sarat dengan krisis kepercayaan |
|
“Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk .. - Mgazette - 19/01 12:57 am # "Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia" KUALA LUMPUR Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas utama pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
|
Perdasama gesa PM halang cadangan pengambilalihan IJM - Mgazette - 19/01 12:57 am # Perdasama gesa PM halang cadangan pengambilalihan IJM KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menolak cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad kerana urus niaga ini merugikan kepentingan negara |
|
Bersatu sedia pertimbang kolaborasi agung, tapi nafi bincang dengan UMNO .. - Mgazette - 19/01 12:57 am # Bersatu sedia pertimbang kolaborasi agung, tapi nafi bincang dengan UMNO - Muhyiddin KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menimbangkan cadangan kolaborasi agung oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setelah mendapat input yang lebih jelas mengenainya |
|
Pas tolak perpaduan dibina atas kepentingan politik sempit - Mgazette - 19/01 12:57 am # Pas tolak perpaduan dibina atas kepentingan politik sempit KUALA LUMPUR Pas menolak sebarang bentuk perpaduan yang dibina atas kepentingan politik sempit dan ciptaan manusia, sebaliknya hanya bersama perpaduan yang berpaksikan ketetapan Allah |
|
Tahniah..PAU tapi semacam Perhimpunan Agung DAP ??? Kah Leong - Mgazette - 19/01 12:57 am # Tahniah..PAU tapi semacam Perhimpunan Agung DAP Kah Leong KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leong secara sinikal mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang kelihatan seolah-olah seperti `Perhimpunan Agung DAP (PAD) |
|
Penafian dua kem dalam DAP tak tutup persoalan ada perbezaan dalaman .. - Mgazette - 19/01 12:57 am # Penafian dua kem dalam DAP tak tutup persoalan ada perbezaan dalaman - Ramasamy KUALA LUMPUR - Penafian kepimpinan DAP terhadap dakwaan kewujudan dua kem dalam parti itu terus dipersoalkan apabila beberapa perkembangan mutakhir menunjukkan wujud perbezaan pandangan dan ketegangan dalaman yang tidak boleh dinafikan |
|
Penyatuan Melayu: Dulu UMNO yang paling awal patah balik ??? Mazri - Mgazette - 19/01 12:57 am # Penyatuan Melayu: Dulu UMNO yang paling awal patah balik Mazri KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr |
|
If you cant accept BM, dont live in Malaysia, says king - FMT - 19/01 12:02 am Sultan Ibrahim says any new education system must follow national policy, with Bahasa Melayu as the main language. |
|
If you cant accept it, do not stay: King says any education system proposal must recognise Bahasa Melayu, Malay history - Malaymail - 19/01 11:28 am KUALA LUMPUR, Jan 19 His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today said any education system that seeks fo... |
|
Agong berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Parlimen - Sinarharian - 19/01 10:43 am KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di sini hari ini.Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Dataran Parlimen kira-kira jam 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.Sejurus tiba di Dataran Parlimen Sultan Ibrahim kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah "Hormat Diraja" oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.Lagu Negaraku kemudiannya dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das daripada Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat.Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama dan seterusnya berangkat semula ke Penterana Diraja serta menerima sembah "Hormat Diraja" buat kali kedua, sebelum lagu Negaraku dimainkan sekali lagi.Selesai istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim diiringi ke Bilik Rehat Diraja di bangunan Parlimen sebelum ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.Istiadat berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari dengan tumpuan utama ialah perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen yang dijadual bermula esok hingga 29 Jan, diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 4 Februari.Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung selama lapan hari bermula 11 Februari hingga 3 Mac.Menurut takwim berkenaan, Parlimen tidak bersidang pada 2 dan 3 Februari berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Februari susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan pada minggu itu.Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari |
|
Kenyataan Rozi disalah tafsir, tiada kerjasama UMNO, Pas di Terengganu - Sinarharian - 19/01 10:18 am KUALA TERENGGANU UMNO Terengganu menegaskan parti itu tidak mempunyai sebarang hasrat untuk bergabung dengan Pas sama ada melalui Muafakat Nasional (MN) atau sebarang bentuk kerjasama politik lain.Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Nurhisam Johari berkata, perkara itu disebabkan kelemahan serius tadbir urus kerajaan negeri pimpinan Pas yang dilihat menjejaskan imej Islam.Menurutnya, sebarang tafsiran yang menganggap kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat yang dilaporkan sebelum ini sebagai pelawaan kepada Pas adalah kesilapan yang disengajakan serta mengelirukan rakyat.Jelas beliau, kenyataan berkenaan sebenarnya merupakan sindiran politik yang tegas terhadap kelemahan pentadbiran Pas di Terengganu yang semakin jelas dan sukar dinafikan."Saya ingin menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten bahawa UMNO Terengganu tidak mempunyai sebarang hasrat untuk bergabung dengan Pas, sama ada melalui Muafakat Nasional atau mana-mana bentuk kerjasama politik lain,"katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Nurhisam berkata, kelemahan pentadbiran Pas bukan lagi isu kecil atau bersifat teknikal, sebaliknya telah mencapai tahap membimbangkan apabila kerajaan negeri yang memerintah bertahun-tahun masih gagal mengurus kewangan dengan berkesan."Keadaan ini terbukti apabila pembayaran bonus penjawat awam terpaksa dimohon daripada Kerajaan Persekutuan |
|
Bersatu nafi beri mandat runding penyatuan Melayu dengan UMNO - Sinarharian - 18/01 5:11 pm SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tidak pernah memberikan sebarang mandat rasmi kepada mana-mana pimpinan parti untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung usaha penyatuan Melayu.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkara itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti berkenaan.Penegasan itu dibuat susulan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menyentuh mengenai perbincangan dengan pimpinan Bersatu bagi mengusahakan penyatuan Melayu.Muhyiddin berkata, sebarang perbincangan rentas parti yang melibatkan bentuk kerjasama antara Bersatu dan UMNO perlu diadakan mengikut saluran rasmi parti.Menurutnya, perbincangan sedemikian juga hendaklah dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti bagi memastikan ia berlangsung secara sah dan berwibawa.Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan perlu dilakukan secara telus serta mengambil kira semua faktor berkaitan."Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk pandangan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN) serta kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini," ujar Muhyiddin yang juga merupakan bekas Perdana Menteri.Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut menyatakan pendirian terbuka Bersatu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO berhubung perkara berkenaan.Ujarnya, Bersatu akan menimbangkan cadangan itu selepas mendapat input yang lebih jelas dan menyeluruh mengenainya |
|
Tak perlu kolaborasi agung, pembaharuan dasar juga boleh pulih sokongan Melayu - FMT - 18/01 3:00 pm Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata prestasi pentadbiran meyakinkan dan kejujuran politik juga boleh memulihkan sokongan Melayu. |
|
GMP sokong Musyawarah Nasional, penyatuan angkat martabat Melayu - Sinarharian - 18/01 12:47 am IPOH Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar pertubuhan Melayu turut serta di dalam Musyawarah Nasional harus disambut baik sebagai langkah ke arah penyatuan orang Melayu di negara ini.Presidennya, Norali Nordin berkata, GMP berpandangan pelawaan tersebut wajar diperluaskan kepada semua parti Melayu di seluruh negara agar usaha penyatuan dapat direalisasikan secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan fahaman politik.Menurut beliau, sudah tiba masanya orang Melayu kembali bersatu dan melupakan segala perbalahan demi menjamin hak serta masa depan generasi akan datang."Penyatuan ini bukan sahaja penting untuk memperkukuh kedudukan orang Melayu, malah mampu mengangkat martabat bangsa di mata kaum lain |
|
Pas, PN pilihan terbaik masa depan politik rakyat Malaysia Haim Hilman - Sinarharian - 18/01 12:28 am ALOR SETAR Masa depan politik rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu digerakkan ke arah kepimpinan yang berprinsip, bersih dan berintegriti, dengan Pas serta Perikatan Nasional (PN) muncul sebagai pilihan terbaik.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah mendakwa, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 jelas memperlihatkan krisis arah tuju parti itu, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu yang semakin hilang keyakinan terhadap UMNO.Menurutnya, UMNO yang suatu ketika dahulu menjadi tonggak perjuangan bangsa kini keliru dan bercanggah antara retorik menolak DAP dengan tindakan mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang terasnya ialah DAP."Keadaan ini menunjukkan UMNO tidak lagi berpaksikan prinsip, sebaliknya bergantung kepada kuasa dan jawatan untuk kelangsungan politik |
|
'Dari mana datang keyakinan UMNO mampu menang solo di Kedah?' - Sanusi - Sinarharian - 18/01 11:52 am ALOR SETAR - "Dari mana datang keyakinan itu?"Itu reaksi Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa UMNO mempunyai peluang cerah untuk kembali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sekiranya bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Bashah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 itu, Muhammad Sanusi berkata, ia tidak bersandarkan pada fakta."Ahmad Bashah rujuk rekod dan data yang mana? Dari mana datang keyakinan itu?"Pada PRU14, UMNO bertanding solo dan hanya menang tiga kerusi DUN di Kedah |
|
Isu peletakan jawatan Muhyiddin perlu diselesaikan segera – Tok Him - Mgazette - 18/01 8:03 am # Isu peletakan jawatan Muhyiddin perlu diselesaikan segera - Tok Him KUALA LUMPUR Presiden Parti Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali menegaskan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) kekal utuh sekali gus menepis persepsi negatif susulan polemik hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN |
|
Zahid sahkan jumpa Pas, Bersatu hidupkan usaha penyatuan Melayu - Mgazette - 18/01 8:03 am # Zahid sahkan jumpa Pas, Bersatu hidupkan usaha penyatuan Melayu KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa politik Melayu lain berhubung idea penyatuan orang Melayu |
|
Rumah Bangsa wujud kerana Payung Besar Tun M gagal satukan orang Melayu .. - Mgazette - 18/01 8:03 am # Rumah Bangsa wujud kerana Payung Besar Tun M gagal satukan orang Melayu Khairul KUALA LUMPUR Penubuhan Rumah Bangsa anjuran UMNO tidak berniat untuk menyaingi Payung Besar yang dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad |
|
Rumah Bangsa timbul kerana dinamika politik menjelang PRU-16 – .. - Mgazette - 18/01 8:03 am Katanya lagi, desakan Pemuda UMNO kepada Kerajaan Perpaduan itu sangat subjektif sama ada keluar secara _end bloc_ sebagai pembangkang ataupun kekal dalam kerajaan. Kita membangkang apa juga perkara, isu dan tajuk melibatkan gangguan atau cubaan untuk melanggar garis merah kita terutama dalam isu Perlembagaan, isu Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam |
|
UMNO hanya boleh bangkit jika orang Melayu tolak politik emosi ???... - Mgazette - 18/01 8:03 am # UMNO hanya boleh bangkit jika orang Melayu tolak politik emosi Khaled KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan kembali berpengaruh sekiranya sokongan orang Melayu terus dipacu oleh emosi, sentimen dan persepsi semata-mata, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin |
|
Jangan peduli orang kutuk kita UMDAP, fokus perkukuh parti – Johari - Mgazette - 18/01 8:03 am # Jangan peduli orang kutuk kita UMDAP, fokus perkukuh parti - Johari KUALA LUMPUR - Ahli UMNO diminta tidak menghiraukan pelbagai gelaran atau cercaan yang dilamperkan pihak lawan sebaliknya terus fokus kepada gerak kerja untuk memperkukuhkan parti |
|
UMNO wujudkan kolaborasi agung, tak gugat Kerajaan Perpaduan – Zahid - Mgazette - 18/01 8:03 am # UMNO wujudkan kolaborasi agung, tak gugat Kerajaan Perpaduan - Zahid KUALA LUMPUR UMNO bakal mewujudkan kolaborasi agung untuk menyatupadukan parti-parti politik Melayu dan Islam di seluruh negara di bawah satu gabungan |
|
Khaled dilantik Pengerusi Rumah Bangsa, Ghani jadi Pengerusi Musyawarah .. - Mgazette - 18/01 8:03 am # Khaled dilantik Pengerusi Rumah Bangsa, Ghani jadi Pengerusi Musyawarah Nasional - Zahid KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang sebulat suara dipersetujui majoriti perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini |
|
Sentimen anti-DAP dominasi PAU - FMT - 17/01 11:53 pm Perwakilan Umno kerap kembali kepada topik DAP walaupun pemimpin cuba fokus semula mesej parti kepada penyatuan Melayu. |
|
Diam seribu bahasa, Puteri Umno kecewa usul tak dipandang serius - FMT - 17/01 11:47 pm Puteri Umno cadang had usia keahliannya dinaikkan kepada 40 tahun bagi menjamin kesinambungan kepimpinan dan perjuangan parti. |
|
Ahmad Zahid sahkan perjumpaan Pas, Bersatu untuk usaha penyatuan Melayu - Sinarharian - 17/01 10:28 pm KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan berlaku pertemuan dengan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung penyatuan orang Melayu menerusi kolaborasi agung.Menurut Ahmad Zahid, perjumpaan yang disifatkan secara tidak langsung itu turut melibatkan beberapa parti politik Melayu lain."UMNO sebagai parti politik Melayu-Islam terbesar, kita mengambil langkah ke hadapan untuk mengajak parti lain bersama-sama mengambil langkah proaktif dan strategik bagi menggabungkan seluruh tenaga dan pemikiran dengan parti politik ini untuk mengadakan muzakarah atau perbincangan."Ia kerana saranan telah diberikan namun tidak ada satu saranan konkrit ke mana-mana persidangan atau perhimpunan tahunan parti politik," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan dasar pada Sabtu memaklumkan hasrat parti untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali sebagai kolaborasi agung. |
|
Kolaborasi agung tidak gugat Kerajaan Perpaduan - Azalina - Sinarharian - 17/01 10:23 pm KUALA LUMPUR - Pembentukan kolaborasi agung bukan satu bentuk kerjasama politik dan sama sekali tidak bertujuan untuk menggugat atau menggantikan Kerajaan Perpaduan.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usaha ini merupakan satu ruang musyawarah dan kolaborasi berasaskan titik persamaan isu bersama, khususnya berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.Jelasnya, penubuhan kolaborasi tersebut adalah langkah ke arah memberi ruang berdialog untuk orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat di negara ini."Usaha ini juga melangkaui sempadan politik kepartian, melibatkan pertimbangan pandangan daripada badan bukan kerajaan (NGO), organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pelbagai pihak berkepentingan yang berkongsi aspirasi memperkukuh kedudukan Melayu dan Islam dalam kerangka negara majmuk."UMNO mengambil tanggungjawab ini secara serius kerana UMNO merupakan satu-satunya parti Melayu yang mempunyai legitimasi, autoriti dan kedudukan dalam kerajaan |
|
Kolaborasi agung: 10 pemimpin parti Melayu-Islam terlibat - Sinarharian - 17/01 9:01 pm KUALA LUMPUR - Pemilihan kepimpinan utama bagi kolaborasi agung akan melibatkan seramai 10 pemimpin tertinggi daripada parti-parti politik Melayu dan Islam.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan tersebut merangkumi presiden, timbalan presiden dan pimpinan kanan parti yang berhasrat untuk menjalin kerjasama dalam gabungan berkenaan."UMNO memulakan perbincangan dengan kelompok terlebih dahulu sebagai langkah awal sebelum sebarang bentuk kerjasama diperluaskan."UMNO memulakan usaha tersebut dengan (menjemput) kumpulan terdiri 10 pemimpin teratas iaitu presiden, timbalan presiden dan pimpinan tertinggi parti-parti berkaitan termasuk setiausaha agung serta kepimpinan kanan."Tiada sebarang perjanjian akan dimeterai pada peringkat awal kerana usaha ini bukan bertujuan mengasingkan atau meminggirkan kaum, agama dan budaya lain," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan dasar pada Sabtu memaklumkan hasrat parti untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali sebagai kolaborasi agung.Ujar Ahmad Zahid, kolaborasi itu bersifat kerjasama longgar dan bukan satu bentuk gabungan politik.Beliau menegaskan bahawa usaha tersebut tidak menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya bertujuan memperkukuh agenda Melayu dan Islam melalui pendekatan muzakarah dan perbincangan bersama."Langkah UMNO kali ini merupakan pendekatan proaktif bagi menyahut suara akar umbi dan perwakilan, dan ia dibawa secara rasmi ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 sebagai satu usul oleh Presiden untuk diterima oleh para perwakilan," ujarnya.Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menolak sebarang cadangan bagi mengembalikan semula Muafakat Nasional (MN), berikutan nama itu telah didaftarkan di bawah badan bukan kerajaan (NGO)."Jika terdapat cadangan untuk menghidupkan semangat MN atau menjenamakannya sebagai Muafakat Nasional 2.0, kita menolak penggunaan istilah tersebut kerana Muafakat Nasional telah didaftarkan sebagai sebuah NGO," ujarnya |
|
Ahmad Zahid cadang bentuk kolaborasi agung, satukan parti Melayu-Islam - Sinarharian - 17/01 8:40 pm KUALA LUMPUR - UMNO bercadang untuk membentuk grand collaboration atau kolaborasi agung bagi menyatukan parti politik Melayu dan Islam di negara ini.Cadangan membentuk satu kerangka gabungan lebih besar itu disuarakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.Beliau bagaimanapun menegaskan, kolaborasi itu sama sekali tidak berniat menggugat Kerajaan Perpaduan sedia ada, sebaliknya bertujuan menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu dan Islam dalam kerangka lebih besar."Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jangan risau |
|
Umno mahu bentuk kolaborasi agung parti Melayu Islam - FMT - 17/01 8:04 pm Presiden Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan langkah itu sama sekali tidak berniat menggugat kerajaan perpaduan sedia ada. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |