///
See Also: Shutterstock

Search : Baharu Cina News   Page 1    





Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 7/02 4:07 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat hasil keputusan Mesyuarat Kabinet semalam





Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan... - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan ketamin KUALA LUMPUR Seramai 38 individu yang merupakan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu di sini ditahan kerana didapati positif dadah ketika serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal pagi tadi





Lelaki warga asing seludup mata wang asing RM2.4 juta di KLIA - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Lelaki warga asing seludup mata wang asing RM2.4 juta di KLIA KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup masuk mata wang asing bernilai RM2.4 juta gagal apabila diberkas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menerusi satu operasi pemeriksaan di balai ketibaan Balai Ketibaan Terminal 1 semalam





3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# 3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina KUALA LUMPUR Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat sehingga 3.27 juta kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan hari puncak dijangka berlaku pada Selasa dan Rabu depan





Kuil dibina bukan untuk langgar undang-undang – Vigneswaran - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Kuil dibina bukan untuk langgar undang-undang - Vigneswaran KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, isu 'kuil haram' timbul apabila sesuatu kawasan dikenal pasti untuk pembangunan semula, tanpa mengambil kira latar sejarah dan tempoh kewujudan tempat ibadat berkenaan





PRU16: PN sasar rampas Pahang, unjur menang 22 kerusi DUN - Sinarharian - 7/02 3:45 pm

KUANTAN - Pas dan Perikatan Nasional (PN) dijangka berpotensi memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau lebih pada pilihan raya akan datang, sekali gus membuka ruang kepada perubahan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke16 (PRU16).Ketua Penerangan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan trend penurunan konsisten jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di negeri itu sejak empat penggal lalu.Menurutnya, data menunjukkan dominasi BN di Pahang semakin terhakis apabila jumlah kerusi yang dikuasai merosot daripada 38 kerusi pada PRU12 kepada hanya 17 kerusi pada PRU15 yang lalu."Trend penurunan ia menunjukkan satu indikator jelas perubahan sokongan rakyat di negeri ini."Ini juga membuktikan bahawa dominasi politik BN semakin terhakis dari satu PRU ke satu PRU, selain keyakinan rakyat terhadap parti tersebut tidak lagi seperti dahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menjelaskan keyakinan itu turut didorong oleh perubahan landskap sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi Melayu di kawasan luar bandar.Jelasnya, unjuran ini selari dengan gelombang pengundi baharu yang dilihat semakin menerima pendekatan politik bersih, stabil dan berintegriti yang dibawa oleh Pas dan PN.Justeru, Ahmad Azlan berkata, pihaknya akan terus memperkukuh gerak kerja penerangan dan mobilisasi rakyat bagi memastikan momentum perubahan ini diterjemahkan kepada kemenangan dalam pilihan raya akan datang."Perubahan politik di Pahang bukan lagi satu kemungkinan yang jauh, tetapi satu realiti yang sedang terbina dengan iltizam yang utuh daripada semua jentera parti," katanya.





'Kahwin di Thailand bukan perkara main-main, fikir panjang dulu' - Sinarharian - 7/02 1:48 pm

KOTA BHARU - Pernikahan di Thailand yang tidak didaftarkan di Malaysia menjejaskan status sah suami isteri di sisi undang-undang negara, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai komplikasi serius yang memberi kesan besar kepada keluarga, termasuk nasab dan masa depan anak-anak.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, isu tersebut bukan perkara baharu, namun masih berlaku walaupun pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan."Perkara ini bukan baru dan pihak agensi tidak pernah berhenti untuk memberikan kefahaman serta kesedaran





Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal - Sinarharian - 7/02 12:08 am

SEPANG Taktik seorang lelaki menyeludup masuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM2.4 juta dengan menyembunyikannya dalam bungkusan pakaian baharu terbongkar menerusi pemeriksaan pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.Cubaan itu berjaya dipatahkan dalam operasi pemeriksaan dijalankan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1.AKPS dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dijalankan antara jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki warga asing yang tiba menaiki satu penerbangan antarabangsa.Menurutnya, pemeriksaan awal melalui mesin pengimbas bagasi mengesan imej mencurigakan sebelum penumpang berkenaan diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam untuk pemeriksaan lanjut."Hasil pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM2.4 juta melibatkan pelbagai mata wang negara luar," menurut kenyataan itu pada Sabtu.AKPS memaklumkan, turut dirampas dalam operasi berkenaan adalah tiga beg bagasi, dua unit telefon bimbit dan sebuah beg jenis pouch.Menurut kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)."Suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut."AKPS KLIA sentiasa memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara," katanya.





Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 7/02 10:25 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet semalam selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama."Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari."Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Nanta berkata, inisiatif itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang namun tidak melibatkan plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.Beliau berkata, pemilihan tarikh itu bertujuan mengelakkan penumpuan trafik selain mengoptimumkan pengoperasian serta penyelarasan logistik tambahan di kawasan hentian sebelah dan Rehat dan Rawat (R&R).Sehubungan itu, Nanta menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju dan arahan papan tanda serta memanfaatkan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk cadangan waktu perjalanan.Beliau turut mengesyorkan orang ramai menyemak maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi LLM atau menghubungi pusat pengurusan trafik agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini





Alasan lapuk peniaga tipu pengguna - Sinarharian - 7/02 10:20 am

SHAH ALAM Tidak tahu harga terkini, harga baru naik selain mendakwa tidak sempat meletak tanda harga kerana tiada masa antara alasan paling kerap diberikan peniaga setiap kali pemeriksaan penguatkuasaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.Alasan itu sering diberikan walaupun peniaga mengetahui harga sebenar barangan yang dijual termasuk harga kawalan yang telah ditetapkan kerajaan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asaari berkata, dalam beberapa situasi, peniaga mengakui maklum mengenai harga siling, namun tetap menjual barangan pada harga lebih tinggi atas alasan kos meningkat atau mengikut harga pasaran."Antara kes yang kerap dikesan ialah penjualan barang kawalan seperti minyak masak pada harga melebihi kadar ditetapkan, meskipun barangan itu diperoleh melalui saluran subsidi."Ada juga peniaga dakwa tidak mempunyai masa untuk meletakkan tanda harga, khususnya di premis kecil yang dikendalikan oleh seorang atau dua pekerja sahaja."Tetapi pemeriksaan mendapati ketiadaan tanda harga bukan bersifat sementara, sebaliknya berlarutan dan disengajakan bagi membolehkan harga diubah mengikut situasi dan pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.Muhamad Hanif berkata, dalam beberapa kes, tanda harga hanya dipamerkan selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa.Katanya, ia mencerminkan sikap sambil lewa terhadap pematuhan undang-undang."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hak pengguna, malah membuka ruang manipulasi harga dan eksploitasi yang sukar dikesan tanpa pemeriksaan berkala."KPDN Selangor turut mengesan kes peniaga menyalahkan pekerja, walaupun pemilik sendiri berada di premis dan mempunyai kuasa penuh terhadap operasi perniagaan," ujarnya.Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025, sebanyak 110,067 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh Selangor.Menurutnya, angka itu mencerminkan skala sebenar penguatkuasaan serta tahap pematuhan peniaga terhadap peruntukan undang-undang sedia ada."Daripada jumlah itu, sebanyak 1,141 kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga, menjadikannya kesalahan paling dominan dan kerap dikesan," jelasnya.Beliau berkata, 146 kes pula melibatkan Akta Kawalan Bekalan manakala 293 kes direkodkan di bawah Akta Timbang Sukat.Menurutnya, 62 kes lagi membabitkan pelanggaran Akta Perlindungan Pengguna sekali gus menunjukkan kelemahan pematuhan terhadap hak pengguna masih berlarutan.Muhamad Hanif berkata, alasan tidak mengetahui harga terkini atau tiada masa mempamerkan tanda harga tidak boleh diterima kerana tanggungjawab itu terletak sepenuhnya kepada peniaga."Undang-undang meletakkan kewajipan mempamerkan harga dengan jelas kepada peniaga, bukan pengguna," ujarnya.Tambahnya, sepanjang 2025, sebanyak 1,381 premis dikenakan kompaun serta-merta dengan jumlah keseluruhan RM341,900."Dalam masa sama, 478 kertas siasatan dibuka melibatkan kes lebih serius dengan jumlah kompaun mencecah RM3.87 juta."Nilai rampasan sepanjang tempoh itu pula direkodkan mencecah RM18.05 juta, melibatkan pelbagai kategori barangan yang melanggar peruntukan undang-undang," katanya.Muhamad Hanif memaklumkan, sebanyak 151 operasi bersepadu turut dilaksanakan sepanjang 2025 bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten.Menurut beliau, penguatkuasaan akan terus diperkasakan kerana kegagalan mematuhi undang-undang memberi kesan langsung kepada pengguna.Premis dikendali individu lainLebih membimbangkan, menurut beliau, kecenderungan segelintir pemilik premis berdaftar yang menyerahkan sepenuhnya pengurusan perniagaan kepada pihak lain tanpa mengambil kira implikasi undang-undang.Situasi ini dikesan berulang kali, termasuk premis yang beroperasi atas nama pemilik tempatan tetapi dikendalikan individu yang tidak mempunyai liabiliti sah.Muhamad Hanif berkata, setiap premis yang berdaftar sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia perlu diuruskan oleh pemilik berdaftar atau pekerja warganegara yang mempunyai tanggungjawab undang-undang."Kehadiran pihak yang bertanggungjawab secara sah amat penting bagi memastikan maklum balas kepada penguat kuasa adalah tepat dan boleh dipercayai."Apabila pemilik sah terlibat secara langsung, mereka akan lebih peka dan mempunyai fear factor untuk tidak sewenangnya menyerahkan pengurusan kepada pihak yang tidak mempunyai liabiliti," tambahnya.Menurut beliau, ketidakpatuhan bukan sahaja boleh membawa kepada kompaun atau pendakwaan, malah berisiko mengundang tindakan lebih berat di bawah bidang kuasa KPDN dan SSM.Muhamad Hanif menegaskan, pendaftaran perniagaan boleh dibatalkan sekiranya pemilik didapati gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.Beliau berkata, implikasi lebih serius ialah pemilik perniagaan boleh disenarai hitam daripada mendaftarkan perniagaan baharu secara sah dalam negara





50% diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina - FMT - 7/02 10:12 am

Diskaun itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM19.5 juta pampasan kepada pengendali tol.





United tawar Kai Rooney kontrak baharu - Sinarharian - 7/02 9:20 am

KAI Rooney, anak legenda Manchester United, Wayne Rooney berpeluang mengikuti jejak bapanya selepas dilaporkan ditawarkan kontrak baharu oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Penyerang berusia 16 tahun itu yang bakal menamatkan persekolahannya pada musim panas ini telah lama beraksi di akademi United dan kelab dikatakan kagum dengan perkembangannya.Menurut laporan The Sun, biasiswa musim panas ini atau menjelang musim baharu bakal diberikan, dengan kontrak profesional sedang dirancang.Kai antara 14 pemain muda yang ditawarkan kontrak baharu oleh United termasuk Jacey Carrick, anak kepada pengurus sementara kelab, Michael Carrick.Bulan lalu, Kai mencipta detik bersejarah apabila kali pertama tampil dalam pasukan rasmi The Red Devils dalam kempen Piala Belia FA menentang Derby.Sorakan 2,000 penonton memecah kesunyian di Old Trafford ketika Kai menggantikan pertahanan Godwill Kukonki pada masa tambahan, disambut laungan 'Rooney, Rooney' daripada penyokong.Difahamkan, keluarga Rooney masih belum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran tersebut, namun sekiranya biasiswa itu bertukar menjadi kontrak profesional, penyerang kaki kiri itu dijangka memperoleh 50,000 pound setahun (RM300,000) berserta yuran tandatangan tahunan.





Johor bina Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual - Mgazette - 7/02 7:55 am

# Johor bina Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual KOTA TINGGI - Pembinaan Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual (JISWH) di sini dengan kos RM310 juta akan memperkukuhkan agenda kelestarian alam di negeri ini





Trafik dijangka meningkat semasa Tahun Baharu Cina, awal Ramadan Trafik .. - Mgazette - 7/02 7:55 am

# Trafik dijangka meningkat semasa Tahun Baharu Cina, awal Ramadan KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah trafik di beberapa lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bersambung dengan permulaan bulan Ramadan





Lisa Blackpink bakal bintangi filem original Netflix baharu - Sinarharian - 7/02 12:11 am

LISA daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap."Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'," menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up





Lapangan terbang P Pinang sesak, exco seru anggota AKPS ditambah - FMT - 6/02 9:33 pm

Wong Hon Wai berkata AKPS yang kini mengendalikan pintu masuk dan keluar negara masih baharu dan mengalami kekurangan kakitangan.





NIOSH tawar 3,000 kursus OSH-C percuma untuk PKS bernilai RM2.6 juta - Sinarharian - 6/02 8:02 pm

SHAH ALAM - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menawarkan 3,000 tempat percuma bagi kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.Pengerusi NIOSH, Chong Chieng Jen berkata, inisiatif bernilai RM2.6 juta itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Madani untuk memperkukuh pematuhan dan amalan keselamatan serta kesihatan pekerjaan (KKP) dalam sektor PKS.Menurutnya, ia juga bagi mematuhi peruntukan baharu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024."Antara lain, Seksyen 29A Akta tersebut mewajibkan majikan yang mengambil kerja lima atau lebih pekerja untuk melantik seorang OSH-C bagi menyelaras hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja."Kegagalan mematuhi keperluan ini merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya."NIOSH memahami cabaran yang dihadapi oleh PKS, khususnya dari segi kewangan."Oleh itu, kursus percuma ini diperkenalkan sebagai langkah proaktif bagi membantu mereka mematuhi undang-undang tanpa rasa terbeban," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIOSH dan Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) di Ibu Pejabat NIOSH pada Jumaat.MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Ayop Salleh dan Setiausaha Eksekutif Mejar (B), Hanif Maidin bagi pihak NIOSH manakala SME Malaysia diwakili Presiden, Dr Chin Chee Seong dan Pengurus Besar, Koh Kok Soo.Turut hadir Presiden Persatuan ESG Malaysia Adjunct Practice, Profesor Cheah Kok Hoong.Tambah Chieng Jen, sebelum ini NIOSH menyediakan 10,000 tempat percuma untuk program yang sama di bawah inisiatif OSH-C Madani.Jelasnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluas akses latihan KKP kepada majikan dan pekerja, khususnya dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Beliau berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi PMKS berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun 2024."Ia mengatasi pertumbuhan KDNK negara sekitar 5.1 peratus





Keputusan STAM 2025 membanggakan - Fadhlina - Sinarharian - 6/02 6:27 pm

SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang diumumkan semalam disifatkan sebagai sangat membanggakan apabila mencatatkan pelbagai pencapaian positif.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 4,382 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2025 di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan peratus kehadiran keseluruhan mencecah 98.7 peratus.Menurutnya, calon di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut merekodkan peratus kehadiran yang tinggi iaitu sebanyak 99.1 peratus.STAM 2025 turut mencatat sejarah tersendiri apabila melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini melalui tempoh pengajian selama tiga tahun."Pengukuhan kurikulum hasil kerjasama dengan al-Azhar al-Sharif menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan pencapaian 2.81 mata," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, Gred Purata bagi calon sekolah KPM juga mencatatkan pencapaian yang baik iaitu 2.63 mata.Dalam pada itu, seramai 61 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam semua 10 mata pelajaran, termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah KPM.Secara keseluruhan, seramai 2,816 calon berjaya melepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Fadhlina berkata, calon turut menunjukkan keupayaan menguasai format baharu bagi empat mata pelajaran utama iaitu Hifz al-Quran dan Tajwid, Tauhid dan Mantiq, Hadith dan Mustolah serta Insya dan Mutalaah.Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa, petugas peperiksaan dan pemeriksa yang memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan STAM 2025."Buat semua calon, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan," tambahnya.





Jenazah legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/02 4:55 pm

JENAZAH legenda bola sepak Terengganu Zulharisam Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mok Suri, Pekan Batu Enam, di sini kira-kira jam 3 petang tadi.Bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun pada 6.20 petang semalam di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu di sini akibat penyakit dalaman.Urusan pengebumian Allahyarham dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan yang memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Nur Bakti, Gong Badak di sini dengan diimamkan anak sulung Allahyarham, Muhammad Aizat Hairi.Muhammad Aizat Hairi, 19, semasa ditemui bersyukur urusan pengebumian lancar serta berterima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan bapanya.Pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam jurusan Sains itu berkata, bapanya ada berpesan supaya menjaga ibu dan adik-beradiknya serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik."Ayah banyak menyembunyikan kesakitan kerana tidak mahu orang risau dan hanya berkongsi keadaan sebenar dengan ahli keluarga terdekat."Insya-ALLAH, saya akan terus berusaha menjadi tulang belakang keluarga dan memastikan amanah arwah ayah dipikul sebaiknya," katanya.Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.Zulharisam yang juga Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meninggalkan isteri Nik Noratiza Abd Aziz, 47, dan tiga anak iaitu Muhammad Aizat Hairi, Nur Airin Farisha, 17, dan Muhammad Aidan Haidi, 12





'Usul bahas isu persempadanan Malaysia dan Indonesia ditolak' - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 6/02 4:50 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan bahawa usul yang dikemukakannya bagi mengadakan sesi perbahasan berhubung penerangan Perdana Menteri mengenai isu persempadanan Malaysia dan Indonesia telah ditolak oleh Dewan Rakyat.Beliau berkata, usul tersebut dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) untuk membolehkan Parlimen membahaskan keputusan Mesyuarat Bersama IndonesiaMalaysia ke-45 yang berlangsung pada 18 Februari 2025 berkaitan penyelesaian masalah sempadan tertangguh (Outstanding Boundary Problems OBP) antara kedua-dua negara."Usul untuk membahaskan kedaulatan negara berhubung jajaran baharu sempadan MalaysiaIndonesia, yang didakwa melibatkan kehilangan kira-kira 5,000 hektar tanah, telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Menurut beliau, penolakan usul tersebut menafikan ruang perbahasan terbuka di Parlimen terhadap isu yang disifatkan sebagai berkepentingan nasional."Di luar kami dimaki hamun dan dituduh malas membaca





Pengerusi IJM Corporation ditahan SPRM, bantu siasatan kes pengubahan wang haram RM2.5 bilion - Sinarharian - 6/02 4:43 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengerusi Syarikat IJM Corporation Berhad berhubung kes berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas kediaman beliau dibongkar."SPRM telah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di tiga lokasi baharu iaitu sebuah institusi pengurusan dana dan pelaburan selain sebuah bank pelaburan dan kediaman suspek."Siasatan awal mendapati bank pelaburan tersebut telah dilantik untuk menguruskan proses tawaran pengambilalihan ke atas IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawal selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri," katanya.Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap suspek berkaitan tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset berjumlah RM2.5 billion di luar negara dan potensi elemen kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.Sehubungan itu, SPRM telah membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah kira-kira RM30.6 juta.Tambah sumber, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram dan setakat ini pihaknya telah memanggil 15 orang saksi termasuk isteri suspek untuk dirakam percakapan.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan maklumat"Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)."Suspek telah dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangan diambil memandangkan suspek turut mengalami masalah kesihatan," ujarnya.





Polis rampas minuman keras, rokok seludup bernilai RM1.22 juta di Subang... - Mgazette - 6/02 4:07 pm

Manakala, nilai kenderaan yang dirampas pula dianggarkan RM214,000. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1,223,174 dan dipercayai persediaan bagi memenuhi permintaan pasaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba





Kerajaan didakwa terima UEC dalam dasar pendidikan negara ??? Syed Hassan - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Kerajaan didakwa terima UEC dalam dasar pendidikan negara Syed Hassan PUTRAJAYA Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendakwa wujud rasuah politik selepas kerajaan menerima Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam dasar pendidikan negara secara diam-diam, bulan lalu





MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melangkah ke fasa baharu pembangunan organisasi menerusi pengenalan agenda MQA 3.0 yang menekankan peranan agensi itu sebagai peneraju kualiti dalam landskap pendidikan tinggi negara yang semakin kompleks dan dinamik





Proses tapisan untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukan siasatan jenayah - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Proses tapisan untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukan siasatan jenayah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan, proses tapisan yang dibuat olehnya untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukanlah satu siasatan jenayah





Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion KUALA LUMPUR - Pengerusi IJM Corporation Bhd





Larangan kenderaan berat, barangan sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Larangan kenderaan berat, barangan sempena Tahun Baharu Cina KUALA LUMPUR - Semua kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya pada 14 & 15 Februari serta 21 & 22 Februari 2026 ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina





Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah... - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah gambut terbakar MUAR Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di ladang kelapa sawit dan nanas seluas 38.4 hektar bersamaan 54 padang bola sepak di Bukit Naning, Ayer Hitam di sini sejak sejak Sabtu lalu berdepan cabaran apabila berlaku satu letupan kuat di satu sektor kebakaran petang semalam





Ahli Bersatu sertai DAP bukan fenomena luar biasa ??? Tawfik - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Ahli Bersatu sertai DAP bukan fenomena luar biasa Tawfik KUALA LUMPUR Dakwaan Pengerusi DAP cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin bahawa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu menyertai DAP tidak dilihat sebagai sesuatu yang menyalahi sistem demokrasi negara





Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap Isu Kuil Jadi Senjata Politik: PAS Didakwa Terjebak Naratif Merugikan Parti Waytha Moorthy dakwa isu kuil Hindu dipolitikkan, Pas terperangkap naratif cetus ketegangan agama KUALA LUMPUR Parti Kemajuan Malaysia (MAP) mendakwa isu kuil Hindu sengaja dipolitikkan dan dimanipulasi oleh tangan-tangan ghaib yang berkait dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi - Mgazette - 6/02 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)





Empat Presiden PN sah hadir ???mesyuarat khas??? pilih pengerusi baharu .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Empat Presiden PN sah hadir mesyuarat khas pilih pengerusi baharu - Takiyuddin KUALA LUMPUR - Keempat-empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kehadiran mereka dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) bagi memilih pengerusi baharu gabungan itu





Arif Aiman curi tumpuan, kini bergelar model baju melayu - Sinarharian - 6/02 3:25 pm

BINTANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air, namun kali ini bukan dengan kelincahannya di atas padang.Pemain sayap lincah itu membuat kejutan apabila kini bergelar model untuk sebuah jenama baju melayu terkenal, ketika beliau sedang melalui fasa pemulihan akibat kecederaan hamstring yang dialaminya pada tahun lalu.Penampilan segak Arif memperagakan busana tradisional itu nyata mengubat kerinduan peminat yang menantikan perkembangan terbaharunya.Arif Aiman sebelum ini telah mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan sukan terkemuka dunia, Dr Lempainen Lasse selepas kecederaanya itu.Susulan rawatan tersebut, beliau perlu berehat sekitar tiga bulan akibat kecederaan serius yang dialaminya ketika menggalas tugasan antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.Arif Aiman hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika aksi menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 November lepas, sebelum terpaksa diusung keluar padang.Tempoh rehat panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain berusia 23 tahun itu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti di luar bola sepak.Sebelum tular dengan wajah baharu sebagai model, Arif turut menarik perhatian netizen di media sosial menerusi gelagat bersahajanya mempamerkan kemahiran memasak burger.





'Hormat Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok' - Kor Ming - Sinarharian - 6/02 3:22 pm

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membidas sikap pemimpin Pas yang sering menganggap perbuatan orang lain haram walaupun perkara itu berniat baik.Kor Ming berkata, sebaliknya jika ia dilakukan oleh parti mereka semuanya baik dan boleh diterima."Jangan ikut tabiat parti Pas, semua yang dia lakukan halal, bila orang lain lakukan perkara yang baik pun dianggap haram."Dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, amalan saling menghormati itu penting dan rakyat tidak harus dipisahkan dengan faktor warna kulit mahupun kepercayaan agama," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, tindakan Kor Ming, menggunakan pelbagai 'kalimah Islam' ketika ucapan penggulungan kementeriannya mencetuskan persoalan daripada seorang Ahli Parlimen Pas yang memberi amaran supaya tidak 'mengelirukan rakyat'.Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang bangun mencelah ucapan Kor Ming ketika sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut bertanya secara terus kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu jika dia 'sudah beriman'.Dalam masa sama Kor Ming menegaskan bahawa dalam kerangka Madani itu ada hormat dan ihsan.Jelas beliau, semua pihak tidak seharusnya cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan untuk membawa kepada penyatuan sebuah keluarga."Kita sebagai rakyat malaysia kena menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok."Anak Malaysia itu terdiri daripada Melayu,Cina, India, Kadazan Iban dan Dayak





Kegiatan seludup arak guna label palsu kastam tumpas - Sinarharian - 6/02 3:09 pm

SUBANG JAYA Kegiatan penyeludupan arak menggunakan label palsu kastam ditumpaskan dalam satu serbuan di sini pada Rabu lalu.Serbuan menerusi Op Kontraban dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hasil maklumat serta risikan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 6.30 pagi itu menahan dua lelaki warga asing berusia 25 dan 35 tahun selepas dikesan melakukan aktiviti pemunggahan kotak mengandungi minuman keras dari sebuah lori ke dalam sebuah premis.Menurut beliau, pemeriksaan dalam premis berkenaan menemukan pelbagai jenis minuman keras serta rokok tidak bercukai, selain dua lori bonded yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengedaran."Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penyeludupan arak dan premis terbabit digunakan sebagai stor simpanan sejak kira-kira lima bulan lalu."Minuman keras ini dibekalkan ke pasaran sekitar Subang Jaya dan dipercayai bagi memenuhi permintaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, suspek turut dikesan mencetak label palsu kastam untuk ditampal pada botol arak berkenaan bagi mengelirukan pihak berkuasa serta pembeli.Katanya, rampasan melibatkan 17,972 botol dan 2,796 tin minuman keras serta 450 karton rokok dengan nilai keseluruhan RM1,009,174."Rampasan kenderaan pula dianggarkan bernilai RM214,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1,223,174," ujarnya.Tegas beliau, kejayaan tangkapan dan rampasan ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya JKDNKA Selangor, dalam membanteras jenayah penyeludupan barangan tidak bercukai yang menjejaskan hasil serta keselamatan negara."Polis Selangor akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah yang merugikan negara," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.





HRD Corp gantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi - Sinarharian - 6/02 2:41 pm

KUALA LUMPUR - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).HRD Corp dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan tindakan itu diambil berdasarkan penemuan dan syor berkaitan pengurusan levi tidak digunakan, pemerolehan Menara Ikhlas serta pengurusan pelaburan ekuiti HRD Corp."Perkara itu juga merangkumi penemuan terkini berhubung Sistem Teras Baharu (New Core System) bernilai RM14 juta yang tertangguh lebih empat tahun selepas tiga kegagalan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT)," menurut kenyataan itu.Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shamir Aziz dalam kenyataan sama menegaskan langkah pemulihan dan pengukuhan tadbir urus itu selaras dengan aspirasi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan yang menekankan standard integriti, ketelusan dan akauntabiliti lebih tinggi dalam institusi tenaga kerja.Beliau berkata, ia juga bagi memastikan pengurusan HRD Corp menghasilkan impak positif kepada majikan serta tenaga kerja negara, sejajar dengan semangat Madani Bekerja."HRD Corp akan melaksanakan siasatan dalaman yang telus dan berintegriti dengan mandat, skop serta terma rujukan yang jelas merangkumi semakan dokumen, rekod kewangan, kelulusan, minit mesyuarat dan jejak audit berkaitan selain pengambilan keterangan serta pengesahan fakta daripada pegawai terlibat tertakluk kepada prinsip keadilan asasi dan keperluan kerahsiaan siasatan," katanya.HRD Corp memaklumkan berjaya memperoleh penyelesaian kira-kira 18 peratus daripada portfolio pelaburan berstruktur yang tertunggak bersama pulangan berjumlah RM151.8 juta dalam minggu pertama pelantikan Ketua Eksekutif baharu, sekali gus membuktikan pemulihan pantas telah dilakukan selain memastikan pelaburan yang dibuat lebih terjamin dan dilindungi."Selain itu, bagi memastikan tadbir urus dan pemantauan yang lebih kukuh, pelaksanaan program latihan yang diluluskan hanya boleh dijalankan selepas tempoh minimum 21 hari hingga tiga bulan daripada tarikh kelulusan."Tempoh ini memberi masa yang cukup kepada majikan dan penyedia latihan untuk membuat perancangan rapi termasuk tempahan lokasi, pendaftaran peserta dan penyelarasan logistik," menurut kenyataan itu.HRD Corp turut memaklumkan ketiadaan pemantauan sistematik terhadap program latihan yang diluluskan pada masa ini melemahkan kawalan dan pengawasan tadbir urus, selain terdapat kes latihan dilaksanakan sebelum kelulusan diperoleh dengan permohonan geran dikemukakan hanya selepas latihan selesai."HRD Corp akan memperkukuh rangka kerja pemantauan dan penguatkuasaan secara berperingkat dengan menempatkan pegawai di lapangan untuk menyelia pelaksanaan latihan."Penambahbaikan ini akan memperkukuh pematuhan, akauntabiliti dan tadbir urus lebih baik selari dengan aspirasi Malaysia Madani, khususnya teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan dan Ihsan dalam memastikan manfaat pembangunan negara dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat serta industri," menurut kenyataan itu





61 calon STAM peroleh Mumtaz dalam semua subjek - Sinarharian - 6/02 2:12 pm

SHAH ALAM - Seramai 61 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran, termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).KPM memaklumkan pencapaian ini amat bermakna kerana melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini selama tiga tahun.Kerjasama dengan Al-Azhar Al-Sharif turut membuahkan hasil apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan 2.81 mata, manakala Gred Purata calon sekolah KPM ialah 2.63 mata.Menurut kenyataan KPM, 4,382 calon mendaftar untuk peperiksaan STAM 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara, dengan peratus kehadiran keseluruhan 98.7 peratus."Bagi calon di bawah KPM, peratus kehadiran lebih tinggi iaitu 99.1 peratus





Tiga sekolah terbaik keputusan STAM terima insentif RM10,000 - Sinarharian - 6/02 2:01 pm

SHAH ALAM - Tiga buah sekolah yang mencatatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 terbaik akan menerima RM10,000 sebagai insentif keputusan yang cemerlang.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan keseluruhan calon STAM dengan kurikulum baharu itu juga membanggakan negara."Malah kurikulum yang digubal bersama Al Azhar ini sebenarnya sedang menyiapkan anak-anak untuk urusan negara yang lebih besar."Menjadi bakal ulama dan umara yang menguasai bidang serta rahmah kepada umat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau juga alumni sekolah agama menengah (SAM) melahirkan rasa bangga dengan kegigihan asatizah dan guru yang mendidik.Terdahulu, Fadhlina memaklumkan turut berada di SAM Bandar Baru Salak Tinggi untuk meraikan keputusan STAM calon di sekolah berkenaan pada Khamis."Ada yang sebak sambil memeluk saya





Kerajaan lulus import daging babi Brazil, Thailand - FMT - 6/02 1:56 pm

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata langkah itu demi memastikan bekalan mencukupi menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.





KPKM lulus import daging khinzir dari Brazil, Thailand - Sinarharian - 6/02 1:47 pm

PUTRAJAYA Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.KPKM menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semua daging khinzir yang diimport tertakluk kepada pematuhan kawalan keselamatan makanan serta prosedur operasi standard (SOP) kesihatan veterinar yang telah ditetapkan.Langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan import kekal selamat untuk pengguna, selain mengurangkan risiko penularan penyakit ke dalam negara."Para pengimport tempatan boleh merujuk laman sesawang rasmi DVS bagi mendapatkan senarai tiga abatoir yang diluluskan di Brazil serta empat abatoir yang diluluskan di Thailand bagi tujuan pengimportan daging khinzir tersebut," menurut kenyataan itu





'Kajian belum siap, UIAM sudah dipandang rendah' - Nik Nazmi - Sinarharian - 6/02 12:54 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, susulan kenyataannya yang didakwa mempertikaikan kajian cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dan merendahkan keupayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan mempertikai kajian yang masih belum siap jelas mencerminkan sikap memandang rendah terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan."Begitu sekali universiti Islam dipandang rendah, kajian belum siap lagi





DOCM perkasa pelancongan negara menerusi komuniti permotoran - Sinarharian - 6/02 12:38 am

SHAH ALAM - Ducati Official Club Malaysia (DOCM) memainkan peranan penting dalam menyokong dan mempromosikan pelancongan negara melalui penglibatan aktif komuniti permotoran di peringkat antarabangsa, khususnya menerusi pendekatan motorcycle tourism.Perkara itu dizahirkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sahot, ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Ke-10 Ducati Official Club Malaysia serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-9 di sebuah hotel di sini.Shaharuddin ketika berucap berkata, penglibatan aktif DOCM di peringkat antarabangsa, khususnya menerusi penyertaan dalam World Ducati Week (WDW) di Itali, secara tidak langsung membawa jenama Malaysia ke mata dunia."DOCM juga merupakan antara kelab Ducati terbesar yang menghantar 100 delegasi dari Malaysia merentasi beberapa negara Eropah termasuk Itali, Switzerland, Jerman dan Austria, sekali gus menyumbang kepada promosi pelancongan negara di peringkat global," ujarnya.Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, serta Presiden Ducati Official Club Malaysia, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin bersama barisan kepimpinan dan ahli DOCM dari seluruh negara.Menurut Shaharuddin, DOCM bukan sekadar sebuah kelab motosikal, malah telah berkembang sebagai platform profesional yang menyokong usaha kerajaan mempromosikan pelancongan melalui komuniti permotoran, selain memupuk disiplin, keselamatan dan imej positif negara.Beliau berkata, pendekatan motorcycle tourism yang diketengahkan DOCM berpotensi menjadi tarikan baharu kepada pelancong antarabangsa, sekali gus mengukuhkan jenama Tourism Malaysia serta merancakkan industri pelancongan dan hospitaliti negara.Pada masa sama, kerajaan mengiktiraf peranan kelab permotoran berdaftar seperti DOCM dalam membentuk budaya menunggang yang bertanggungjawab, mematuhi undang-undang serta menyumbang kepada keselamatan jalan raya dan keharmonian sosial.DOCM kini mempunyai lebih 1,800 ahli berdaftar sepanjang sedekad penubuhannya dan terus aktif menganjurkan program berimpak tinggi termasuk aktiviti kebajikan, keselamatan serta penganjuran acara yang berpotensi menarik kehadiran pelancong luar ke Malaysia."Sambutan ulang tahun ke-10 itu sekali gus menandakan kejayaan DOCM sebagai duta tidak rasmi negara dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra komuniti permotoran dua roda," tambahnya.





Carrick rombak peraturan ketat era Ten Hag, Amorim - Sinarharian - 6/02 12:33 am

PENGENDALI sementara Manchester United, Michael Carrick melakukan perubahan drastik terhadap jadual latihan pasukan sejak kembali ke Old Trafford, bulan lalu.Rombakan rutin mingguan pemain itu menandakan perbezaan ketara berbanding pendekatan yang diamalkan oleh dua pengurus terdahulu, Erik ten Hag dan Ruben Amorim.Carrick mengambil alih tugas daripada Darren Fletcher pada Januari lalu susulan pemecatan Amorim sebagai pengurus.Menurut laporan The Sun, Carrick kini menetapkan supaya para pemain diberikan cuti rehat sehari selepas perlawanan.Pendekatan ini nyata berbeza dengan era Ten Hag dan Amorim, di mana kedua-duanya mewajibkan sesi pemulihan diadakan sehari selepas setiap aksi pasukan utama





LBS rai Tahun Baharu Cina, 65 tahun pertumbuhan dan komitmen komuniti - Sinarharian - 6/02 11:28 am

PETALING JAYA LBS Bina Group Berhad (LBS) menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu sebagai tanda penghargaan kepada rakan perniagaan, warga kerja dan pihak berkepentingan.Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selain dihadiri kira-kira 600 tetamu terdiri daripada pemimpin negara, wakil media dan warga LBS.Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Menurut LBS, majlis berkenaan diadakan bersempena sambutan Tahun Kuda yang membawa simbol kekuatan dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan, selari dengan perjalanan pertumbuhan syarikat itu.Sambutan kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila berlangsung sempena ulang tahun ke-65 penubuhan LBS sejak ditubuhkan pada tahun 1961 oleh mendiang Dato Sri Lim Bock Seng





Makan Ceria Kongsi Bersama Ayam Brand sempena Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 6/02 11:07 am

KUALA LUMPUR Ayam Brand memperkenalkan kempen Makan Ceria Kongsi Bersama sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan mengetengahkan rangkaian Ayam Carik sebagai pilihan bahan serba guna untuk penyediaan hidangan perayaan.Menurut syarikat itu, kempen berkenaan bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengekalkan tradisi berkumpul bersama keluarga sambil meneroka idea masakan yang lebih kreatif dan moden, sejajar dengan perubahan gaya hidup masa kini.Tumpuan utama kempen ini adalah rangkaian Ayam Carik Ayam Brand yang hadir dalam beberapa variasi perisa termasuk Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas





TLDM operasi dua jenis misil antipermukaan, NSM dari Norway diterima Mac ini - Sinarharian - 6/02 10:41 am

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengoperasikan dua jenis Surface to Surface Missiles(SSM) atau misil antipermukaantermasuk Naval Strike Missile (NSM) dari Norway yang akan diterima pada Mac ini.Kementerian Pertahanan (Mindef), memaklumkanselain itumisil ATMACA dari Turkiye pula sedang dalam proses perolehan dan dijangka diterima pada 2028."Mindef telah merangka pelan penggantian secara berperingkat bagi keupayaan peluru berpandu antikapal TLDM, dengan menilai platform peluru berpandu generasi baharu termasuk NSM yang mempunyai keupayaan jarak lebih jauh, kebolehan menghindari radar yang lebih tinggi serta integrasi rangkaian sensor moden."Pendekatan berperingkat dan berhemah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memodenkan keupayaan TLDM secara realistik dan mampan, selaras dengan keperluan keselamatan maritim negara dan kemampuan fiskal semasa," menurut Mindef dalam jawapan bertulis menerusi laman rasmi Parlimen.Jawapan itu dikemukakan kepada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu rancangan penggantian peluru berpandu jenis Exocet MM40 Blok II (berusia 29 tahun) yang usang dan tidak relevan lagi digunakan untuk kapal tempur milik TLDM serta jangkaanprogram penggantian itu selesai.Dalam soalan berasingan, Mindef memaklumkan jadual pentauliahan Kapal Tempur Pesisir 1 (LCS 1) dipinda ke Disember 2026 manakala LCS 2 pula pada Ogos tahun hadapan,berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukan kepada Pasukan ProjekLCS TLDM.Menurut kementerian itu, bagi kapal berikutnyapentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 (Ogos 2028) dan LCS 5 (April 2029)."Hingga 25 Dis 2025, kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan keseluruhan Projek LCS telah mencapai 75.73 peratus sebenar berbanding 81.57 peratus perancangan," menurut jawapan Mindef kepada Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahustatus terkini proses ujian dan pentauliahan LCS





PAS dah pilih calon pengerusi baharu PN, kata Takiyuddin - FMT - 6/02 10:28 am

Setiausaha Agung PAS berkata pelantikan calon itu yang juga Ahli Parlimen PAS akan dimuktamad dalam mesyuarat MT PN.





Contohi reset politik Razak untuk bina bangsa, kata Saifuddin - FMT - 6/02 10:00 am

Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata Malaysia memerlukan politik baharu berteraskan kerjasama rentas kaum yang sebenar, sederhana dan berorientasikan dasar.





Beras Cap Astana terus diwarisi, kekal pilihan merentas dua generasi - Sinarharian - 6/02 9:24 am

KUALA LUMPUR - Kepercayaan terhadap sesuatu jenama makanan lazimnya terbina dalam tempoh panjang, diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.Situasi itu turut dialami Beras Cap Astana yang kekal menjadi pilihan sebahagian besar keluarga di negara ini





Ex-Terengganu captain Zulharisam Awang dies at 51 - Sinardaily - 5/02 9:30 pm

KUALA NERUS - Terengganu football legend Zulharisam Awang died at his home in Kampung Wakaf Baharu here this evening





Larangan kenderaan berat di jalan raya pada Tahun Baharu Cina - FMT - 5/02 7:25 pm

JPJ berkata larangan selama empat hari itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.





Rumah kosong guna elektrik haram lombong bitcoin diserbu - Sinarharian - 5/02 4:53 pm

MELAKA - Sebuah rumah kosong di taman perumahan baharu di Taman Tambak Paya Harmoni di sini dikesan melakukan sambungan bekalan elektrik secara haram bagi kegiatan perlombongan mata wang kripto, bitcoin.Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, kegiatan itu terbongkar hasil pemantauan dan rondaan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengesan peningkatan haba serta arus elektrik luar biasa di premis berkenaan.Menurutnya, sambungan kabel haram itu disorok menggunakan kain langsir bagi mengaburi mata orang awam, namun berjaya dikesan menerusi risikan yang dijalankan selama hampir dua bulan."Anggaran kerugian akibat kecurian elektrik itu dianggarkan sekitar RM8,000 sebulan."Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat susulan rumah tersebut kosong tidak berpenghuni ketika serbuan dilakukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada operasi bersepadu bersama TNB dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga di rumah berkenaan pada Khamis.Menurut Mohd Noor Helmy, operasi itu merupakan operasi kedua dijalankan pada tahun ini selepas satu serbuan pada Januari lalu yang melibatkan dua unit premis kedai dengan anggaran kerugian mencecah RM1.6 juta."Pada tahun lalu, sebanyak 85 kes perlombongan bitcoin haram direkodkan, meningkat mendadak berbanding 30 kes pada tahun sebelumnya."Dari segi kerugian pula, sebanyak RM10.46 juta direkodkan pada 2024 manakala RM29.63 juta direkodkan pada 2025 akibat kecurian bekalan elektrik ini bagi aktiviti berkenaan," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata kegiatan perlombongan bitcoin bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada TNB, malah turut mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk sekitar."Arus elektrik yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kabel menjadi panas dan seterusnya mencetuskan kebakaran."Ia juga boleh mengakibatkan gangguan bekalan elektrik serta merosakkan peralatan elektrik di kediaman berhampiran," katanya.Beliau enyeru orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau luar biasa di kawasan kediaman masing-masing kepada pihak berkuasa, pejabat wakil rakyat atau terus kepada TNB.Ujarnya, maklumat awal daripada orang awam amat penting bagi membolehkan tindakan segera diambil sebelum berlaku kejadian tidak diingini.





Apa salahnya dari Bersatu ke DAP? - Sinarharian - 5/02 4:39 pm

PUTRAJAYA Tindakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa berhasrat menyertai DAP bukan satu kesalahan dalam kerangka demokrasi negara, sebaliknya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik merupakan hak setiap individu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, senario peralihan sokongan atau keahlian politik adalah perkara biasa dalam landskap politik negara kerana ahli dan pemimpin lazimnya akan mencari wadah yang dilihat mampu menjaga kepentingan mereka, sama ada dari segi kebajikan, jawatan mahupun pengaruh kuasa."Ideologi dan perjuangan sering menjadi kenderaan untuk mencapai matlamat tertentu





Syarikat pengangkutan perlu pastikan pemandu bebas dadah - Anthony - Sinarharian - 5/02 2:41 pm

AMPANG Syarikat dan operator pengangkutan diingatkan supaya mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua pemandu kenderaan berat mereka bebas daripada pengaruh dadah.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya memandang serius isu membabitkan pemandu kenderaan berat yang memandu di bawah pengaruh dadah."Bukan sahaja pihak berkuasa yang perlu mengambil tindakan, malah syarikat juga perlu mempunyai perancangan untuk memastikan pemandu mereka tidak menggunakan dadah."Ini sangat membahayakan pengguna jalan raya dan semua pihak perlu mengambil serius isu ini," katanya pada sidang akhbar semasa Sesi Pengenalan Penjejak Penjimatan My50 dan pendigitalan Pas Rapid Kota serta Rapid Kembara di Stesen LRT Ampang Park, di sini, pada Khamis.Dalam pada itu, Anthony memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil langkah segera bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan kejadian nahas bas sewa yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lalu.Beliau berkata, antara tindakan yang diambil termasuk menambah garisan jalan yang lebih jelas serta memasang lampu jalan di kawasan yang gelap dan berkabus."Dengan langkah keselamatan ini, keselamatan pemandu serta pengguna jalan raya lain dapat dipertingkatkan," ujarnya.Menurut beliau, punca utama insiden tersebut adalah disebabkan pemandu memandu melebihi had laju serta masalah brek yang tidak berfungsi dengan baik."Berdasarkan laporan terkini, pemandu bas berkenaan memecut sehingga 114 kilometer sejam ketika menuruni bukit."Salah satu punca brek tidak berfungsi dengan baik mungkin disebabkan pemandu memecut sepanjang perjalanan," jelas beliau.Mengulas mengenai pelancaran penjejak penjimatan pas My50, Anthony berkata, inisiatif itu membolehkan pengguna memantau perjalanan serta penjimatan bulanan secara digital melalui Touch n Go e-Wallet.Katanya, ciri baharu itu memudahkan lebih 200,000 pengguna My50 setiap bulan untuk memperbaharui pas masing-masing tanpa perlu beratur di kaunter."Setakat Januari, seramai 103,280 pengguna telah menggunakan Touch n Go e-Wallet, berbanding 86,094 pengguna yang masih menggunakan kaunter," katanya.Beliau menjelaskan, pengguna boleh merekodkan perjalanan mereka dan menerima notis sekiranya jumlah perjalanan belum mencapai nilai RM50 bagi memastikan penggunaan pas dapat dioptimumkan."Setelah melebihi nilai RM50, pengguna boleh melihat jumlah penjimatan yang diperoleh setiap bulan serta jumlah perjalanan yang telah direkodkan."Kos sebenar penggunaan My50 ialah RM150 sebulan dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM100 bagi setiap pengguna





EON tawar potongan harga sempena musim perayaan - Sinarharian - 5/02 2:32 pm

KUALA LUMPUR Musim perayaan awal tahun bakal lebih bermakna apabila Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) menganjurkan acara jualan istimewa Gong Xi Eid Bersama EON selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Februari 2026.Acara berkenaan menggabungkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri dengan pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan, termasuk rebat sehingga RM58,000, kadar faedah serendah 0.77 peratus serta yuran tempahan bermula RM88, tertakluk kepada terma dan syarat.Menurut EON, program tersebut berlangsung di semua cawangan dan bilik pameran EON di seluruh negara, selain beberapa lokasi roadshow terpilih bagi memberi peluang kepada orang ramai meneroka pelbagai pilihan kenderaan mengikut keperluan masing-masing.Selain tawaran pembiayaan, pengunjung turut berpeluang menikmati ganjaran pandu uji, hadiah tempahan serta cabutan bertuah di lokasi tertentu





Empat presiden parti komponen PN sah hadir mesyuarat pilih pengerusi baharu - Sinarharian - 5/02 2:21 pm

KUALA LUMPUR Kesemua empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN untuk memilih pengerusi baharu gabungan itu.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut dijangka diadakan selepas 19 Februari ini berdasarkan permintaan seorang daripada presiden parti tersebut.Bagaimanapun, katanya, tarikh yang tepat masih lagi belum ditentukan tetapi pihaknya berharap ia dapat disegerakan sebelum akhir bulan ini."Saya sudah hubungi semua presiden parti di bawah PN, empat presiden menyatakan semua boleh hadir, tiada yang berkecuali





CIMB perkasa PKS kraf, gabung warisan dan ekonomi moden - Sinarharian - 5/02 2:04 pm

KUALA LUMPUR Usaha memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri kraf kini dilihat bergerak ke fasa baharu apabila sektor berasaskan warisan itu mula diposisikan sebagai sumber ekonomi mampan, sejajar keperluan pasaran moden dan daya saing jangka panjang.Pendekatan itu diterjemahkan menerusi pelancaran Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB oleh CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), satu inisiatif yang menggabungkan pembangunan kapasiti, jaringan perniagaan serta penciptaan nilai ekonomi bagi PKS kreatif, khususnya penggiat kraf tempatan.Pelancaran program berkenaan dirasmikan oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, sekali gus memberi pengiktirafan institusional terhadap peranan industri kraf dalam landskap ekonomi negara.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin berkata, Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB yang berlangsung dari 4 Februari hingga 1 Mac 2026 di KLGCC Mall, Kuala Lumpur mencerminkan komitmen berterusan kumpulan itu dalam memperkasa PKS melalui penyediaan platform yang menyokong penambahbaikan keupayaan perniagaan, pembinaan jaringan serta penciptaan nilai jangka panjang.Menurutnya, sokongan terhadap keusahawanan kraf Malaysia, sama ada berteraskan reka bentuk kontemporari mahupun warisan, penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan sambil memelihara nilai seni tersebut untuk generasi akan datang, selari dengan aspirasi CIMB untuk memperkasa pelanggan dan masyarakat."Dalam konteks ekonomi semasa, pendekatan bersepadu yang ditampilkan CIMB dilihat signifikan kerana ia tidak hanya menumpukan aspek jualan, sebaliknya merangkumi elemen asas kelangsungan perniagaan seperti pengurusan aliran tunai, kawalan perbelanjaan, strategi penjenamaan dan perancangan pertumbuhan," katanya dalam kenyataan.Seiring itu, Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB turut menampilkan siri sesi jaringan termasuk program Saudagar CIMB yang terbuka kepada PKS daripada pelbagai sektor, bertujuan membantu pemilik perniagaan mengasah kemahiran keusahawanan serta memahami cabaran sebenar mengurus perniagaan secara mampan.Sesi padanan perniagaan yang dianjurkan pula membuka ruang kerjasama strategik melibatkan pembiayaan, jualan silang dan peluasan pasaran, dengan sasaran kehadiran kira-kira 300 PKS sepanjang program berkenaan.Menariknya, kandungan perkongsian yang diketengahkan melangkaui aspek tradisional, apabila usahawan berjaya daripada industri makanan dan minuman, fesyen serta pengurusan hartanah berkongsi pengalaman mengenai pemanfaatan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI), selain proses penskalaan daripada pengeluaran kecil kepada pasaran eksport.Pendekatan ini mencerminkan usaha meletakkan industri kraf sebagai sebahagian daripada rantaian ekonomi moden, bukan sekadar produk seni bernilai estetika tetapi juga berpotensi menjana pendapatan berterusan jika diurus secara strategik.Dalam usaha memperkukuh sokongan kewangan, Yayasan Hasanah turut terlibat dengan memperkenalkan geran perniagaan khusus untuk PKS, manakala panel pakar CIMB menyediakan pandangan profesional merangkumi pelbagai peringkat kitaran hayat perniagaan.Penglibatan komuniti tempatan seperti Cake Piknik pula menambah dimensi praktikal melalui penganjuran bengkel membuat kek, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian subsektor kreatif yang digabungkan dalam satu ekosistem pembangunan.Dari sudut pameran, Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB menampilkan pelbagai hasil kraftangan artisanal merangkumi medium tekstil, kayu, kaca, logam dan bahan bukan logam lain, melibatkan lebih 30 butik fesyen serta kraf yang mempamerkan karya terbaik mereka sepanjang acara yang berlangsung selama sebulan.Pameran berkenaan turut diserikan dengan koleksi fesyen Raya oleh pereka terkemuka dan bakat meningkat naik, sekali gus menghubungkan kreativiti tempatan dengan permintaan pasaran bermusim yang bernilai komersial tinggi.Antara usahawan kraf yang terlibat termasuk Toko Art, La Putri, Cipela, Earth Heir, Hara Makers, Mah Meri Cultural Village, Kakao Origin dan Aperture Caf TTDI, selain pengeluar tenun serta anyaman seperti Terengganu Songket, Manang Songket, Samyama by John Ang, Tanoti dan MyPride.Pereka fesyen yang mengambil bahagian pula merangkumi Radzuan Radziwill, Tom Abang Saufi, Pink Jambu, Arun Sayfull, Shanell Harun, Tinta Sutera dan Qudyn Aziz bersama Kekean Wastra Gallery, sekali gus memperlihatkan sinergi antara kraf dan fesyen sebagai satu ekosistem ekonomi kreatif.Sebagai nilai tambah, CIMB bekerjasama dengan Sime Darby Property bagi menganjurkan Piala Seri-Ibu Kraf, pertandingan yang mengetengahkan bakat terbaik dalam seni kraf merangkumi kategori Tekstil, Tukang Logam serta Bukan Logam, di samping Anugerah Inovasi dan Anugerah Pilihan Orang Ramai.Anugerah Khas Seri-Ibu pula akan dipilih sendiri oleh Tengku Ampuan Pahang, sekali gus mengangkat martabat kraf tempatan ke peringkat lebih tinggi melalui pengiktirafan berprestij.Keseluruhan inisiatif ini turut menyemarakkan semangat Kita Bagi Jadi, gerakan sosial CIMB yang meraikan daya tahan, optimisme serta nilai positif dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya PKS yang terus berusaha membangunkan perniagaan dalam persekitaran mencabar





Mangsa keganasan rumah tangga antara penerima baki RM150 juta SARA - Sinarharian - 5/02 1:03 pm

KUALA LUMPUR Sejumlah RM150 juta baki peruntukan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 secara sekali bayar yang tidak dibelanjakan atau dituntut sehingga 31 Disember lalu akan diagihkan kepada golongan rentan termasuk mangsa keganasan rumah tangga.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penghuni pusat perlindungan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) khususnya mangsa keganasan rumah tangga menjadi salah satu daripada empat golongan yang akan menerima agihan itu."Kedua, kita akan agihkan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)."Ketiga, bagi pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan keempat, untuk penubuhan bank masakan dapur siswa dengan peruntukan khusus sebanyak RM15 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha binti Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.Beliau menegaskan, pengagihan semula dana itu bukan sahaja memastikan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan awam malah memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.Menurutnya, tumpuan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit miskin memperlihatkan keutamaan kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.Kata Amir Hamzah, langkah tersebut juga membuktikan keupayaan kerajaan mengurus dana awam secara fleksibel dan responsif terhadap keperluan semasa."Ia turut mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan sosial," katanya.Berkongsi lanjut, Amir Hamzah berkata, bagi penghargaan SARA sekali bayar tahun lalu, lebih 21 juta rakyat Malaysia telah membuat perbelanjaan iaitu 96 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.Pada Isnin ini pula, ujarnya, SARA Untuk Semua iaitu bantuan sekali bayar RM100 melalui MyKad akan bermula."Peruntukan RM2.2 bilion disediakan untuk manfaat semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas





Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 4/02 6:40 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan di Kedah, daerah terlibat ialah Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Amaran itu turut melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu)





'Jauh sangat lari Woo Kah Leong' - Ahmad Fadhli bidas Ketua DAPSY - Sinarharian - 4/02 3:14 pm

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong yang meminta untuk mengkaji cara pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.Ahmad Fadhli menerusi laman Facebook berkata, pelantikan Pengerusi PN adalah perkara yang berbeza dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pilihan raya Datuk Bandar yang jelas merupakan isu rakyat.Menurutnya, UEC dan pilihan raya Datuk Bandar melibatkan wang rakyat, isu negara dan pembayar cukai"Jauh sangat tu lari Woo Kah Leong, perbandingan yang tidak sama dan bukankah anda sendiri sedang memperjuangkan lulusan UEC agar diterima ke universiti awam? Itulah isu rakyat dan kami terlibat."Isu Pengerusi PN, anda tidak terlibat




Reformasi     >>



PM: Tiada kompromi demi selamatkan negara dari rasuah - Mkini
"Kononnya jadi juara kaum, tetapi bila disemak (dalam) akaun berbilion ringgit," kata Anwar Ibrahim.
Kroni     >>



Teo urges platforms to block sponsored posts promoting .. - Star
KULAI: Sponsored content promoting gambling and fraud, aimed at boosting reach to users, is raising concerns as such material has been widely detected on social media platforms, said Deputy Communications Minister Teo Nie Ching. Read full story
Tabloid     >>



Organ Dalaman Dah Tak Kuat, Along Eyzendy Kritikal - Siakapkeli
Organ Dalaman Dah Tak Kuat, Along Eyzendy Kritikal Keadaan kesihatan pelakon, Along Eyzendy kini dilaporkan semakin kritikal apabila
Tech     >>



The best live TV streaming services to cut cable in .. - Engadget
People who are interested in a live TV streaming service are probably looking for one (or all three) of the following: current sports matchups, breaking news and cable-like channels. We tried all the major providers to see what you get for your monthly bill particularly in light of the fact ..
World     >>



Trump takes down racist Truth Social post showing .. - Cnbc
The depiction of the Obamas, posted from Trump's Truth Social account, was included in a video pushing a conspiracy theory about 2020 election voting machines.
Motor Trend     >>



Buletin Volkswagen Golf R-line Rasmi Dilancarkan ??? .. - Mekanika
# VOLKSWAGEN GOLF R-LINE RASMI DILANCARKAN HARGA BERMULA RM179K **Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model Golf R-Line ke pasaran tempatan, selepas ia dipertontonkan kepada umum sewaktu pelancaran Golf GTI baharu tahun lalu.** Sempena pelancaran ini, Golf R-Line ..