| /// |
|
| Search : Asyraf Wajdi News | Page 1 |
|
Nasib pelajar yatim piatu KPTM Bangi dapat perhatian Asyraf Wajdi - Mygazette - 18/08 8:07 am # Nasib pelajar yatim piatu KPTM Bangi dapat perhatian Asyraf Wajdi KUALA LUMPUR Nasib pelajar yatim piatu yang buntu untuk menjelaskan yuran pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki |
|
???Sakau??? TH: AMK gesa Asyraf Wajdi jadi pimpinan UMNO pertama direhatkan - Mygazette - 17/08 10:11 pm # Sakau TH: AMK gesa Asyraf Wajdi jadi pimpinan UMNO pertama direhatkan KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr |
|
RCI TH: Asyraf Wajdi perlu jadi yang pertama dari UMNO 'direhatkan' - AMK - Sinarharian - 17/08 6:10 pm KUALA LUMPUR - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu menjadi pimpinan UMNO pertama direhatkan susulan sisatan yang sedang djalankan ke atas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sememangnya ada sakau.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan siasatan berjalan tanpa sebarang persepsi gangguan atau konflik kepentingan.Beliau berkata, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu berada dalam kerajaan dalam tempoh yang termasuk dalam skop siasatan RCI Tabung Haji, justeru beliau juga perlu bersedia menjawab persoalan tentang tanggungjawab politik, peranan dan pengetahuan terhadap apa yang berlaku ketika itu."RCI menyebut wujud transaksi mencurigakan, penyembunyian maklumat, kelemahan proses membuat keputusan pelaburan dan kegagalan tadbir urus |
|
SNAPSHOT Amanah gives free legal help to those slapped with LOD from Asyraf; MAS pilot drug screening done - Mkini - 17/08 2:07 pm What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
Pemuda Amanah tawar khidmat guaman percuma kepada penerima LOD Asyraf Wajdi - Sinarharian - 17/08 11:25 am JOHOR BAHRU Pemuda Parti Amanah Negara ( Amanah) menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mana-mana individu yang menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkaitan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda dan Azri Abdullah berkata, tindakan mengemukakan LOD terhadap individu yang membangkitkan persoalan berkaitan isu Tabung Haji dilihat terlalu drastik dan keterlaluan.Menurut mereka, Asyraf Wajdi sebagai bekas Timbalan Menteri Agama dan ahli politik berpengalaman sepatutnya memahami bahawa isu Tabung Haji membabitkan kepentingan awam, khususnya umat Islam di negara ini."Sebagai mantan Timbalan Menteri dan ahli politik senior, Datuk Dr Asyraf seharusnya faham bahawa isu Tabung Haji ini merupakan satu isu terkait kepentingan awam, khususnya orang Melayu Islam."Tindakan Datuk Dr Asyraf yang sibuk menghantar LOD seolah-olah menunjukkan beliau terlalu takut dengan sebarang komen dan kebimbangan yang disuarakan rakyat marhaen," katanya dalam satu kenyataan.Pada Jumaat, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya, Datuk Adnan Seman, menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitnah serta memburukkan reputasinya dengan mengaitkannya dengan pelbagai isu berkaitan Tabung Haji (TH).Beliau berkata, LOD berkenaan akan mula disediakan dan diserahkan secara berperingkat kepada pemilik akaun terbabit, bermula petang ini.Dalam pada itu, Fadhli Umar dan Azri berkata, kritikan atau persoalan yang dibangkitkan rakyat sepatutnya dijawab dengan jelas, tuntas dan berhemah, bukannya melalui tindakan undang-undang.Pemuda Amanah turut mempersoalkan tindakan Asyraf Wajdi yang didakwa meletakkan gambar seorang individu dalam tindakan berkaitan LOD, walaupun individu terbabit dikatakan tidak menyebut namanya secara langsung."Bahkan, tindakan Datuk Dr Asyraf dilihat keterlaluan apabila beliau sendiri bertindak meletakkan gambar seorang individu yang langsung tidak menyebut nama beliau tetapi telah dikongsi oleh individu lain dan menggambarkan seolah-olah individu tersebut telah memfitnah beliau," katanya.Sehubungan itu, Pemuda Amanah berkata tawaran khidmat guaman pro bono dibuat bagi membantu rakyat yang menerima LOD, terutama mereka yang hanya meminta penjelasan atau maklum balas daripada Asyraf Wajdi berhubung isu RCI Tabung Haji."Kami ambil maklum bahawa ramai yang menerima LOD ini adalah rakyat marhaen dan bukan elit politik yang mampu mempertahankan diri mereka di mahkamah kelak," katanya. |
|
Amanah tawar khidmat guaman percuma pada penerima LOD Asyraf - Mkini - 17/08 11:09 am Tindakan Asyraf menghantar LOD kepada orang perseorangan berkaitan isu Tabung Haji dilihat keterlaluan, kata dua Exco Pemuda Amanah. |
|
Ugut bunuh isteri, bekas anggota polis didenda RM4,500 - Mygazette - 16/08 4:19 pm # Ugut bunuh isteri, bekas anggota polis didenda RM4,500 TUMPAT - Seorang bekas anggota polis didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dalam kejadian di Wakaf Bharu, minggu lepas |
|
Bekas anggota polis mengaku bersalah ugut bunuh isteri - Sinarharian - 16/08 3:45 pm TUMPAT - Seorang bekas anggota polis didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dalam kejadian di Wakaf Bharu, minggu lepas.Muhd Sirrul Akmal Rasali, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Muhd Sirrul didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya berusia 42 tahun, dengan mengugut membunuh sehingga menyebabkan mangsa gerun atau ketakutan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, lebih kurang 9 pagi, 8 Ogos.Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Megat Asyraf Megat Ishak, memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran yang mewakili Muhd Sirrul, memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai buruh, selain sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. |
|
Cadangan tukar Pengerusi MARA mengarut - UMNO Indera Mahkota - Sinarharian - 16/08 3:19 pm KUANTAN - Saranan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan individu lain satu cadangan mengarut.Timbalan Ketua UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, cadangan dilontarkan seorang perwakilan dalam Kongres Nasional Keadilan 2026 itu hanya membuka ruang kepada permusuhan politik.Menurutnya, perwakilan berkenaan sepatutnya mencadangkan PKR membuat bedah siasat dan kajian punca parti itu ditolak oleh rakyat."Fikirkan juga bagaimana hendak meningkatkan kebajikan rakyat dan memajukan ekonomi, bukannya mewujudkan serta melebarkan lagi ruang permusuhan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Wakil dari Negeri Sembilan, Mohd Shariman Che Deris sebelum ini menyarankan Perdana Menteri mempertimbangkan untuk menggantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA dengan individu lain memandangkan pemimpin UMNO itu terlibat dalam konflik berkaitan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Saranan itu dilontarkan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu.Muhammad Faiz berkata, sebagai Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO telah melaksanakan pelbagai perubahan sepanjang menerajui MARA dan prestasinya turut mendapat penerimaan baik dalam kalangan pelajar."Beliau telah buat yang terbaik di MARA dan melakukan pelbagai perubahan |
|
Asyraf Wajdi suspends MARA staff after eight students allege sexual harassment misconduct - Malaymail - 16/08 12:09 am KUALA LUMPUR, Aug 16 Majlis Amanah Rakyat (MARA) has immediately suspended a member of its staff following alleg... |
|
Mara staff member suspended after sexual harassment complaints - FMT - 16/08 12:05 am Mara chairman Asyraf Wajdi Dusuki says the move will allow a thorough investigation into the students complaints without interference. |
|
Mara gantung serta-merta petugas didakwa gangguan seksual - Mkini - 16/08 10:54 am "Pelik, pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan, kata Asyraf Wajdi. |
|
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual - Sinarharian - 16/08 10:50 am KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.Beliau perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera."Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah |
|
PM disaran pertimbang tukar Pengerusi MARA- Mohd Shariman - Sinarharian - 15/08 8:14 pm AYER KEROH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mempertimbangkan untuk menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan individu lain.Wakil dari Negeri Sembilan, Mohd Shariman Che Deris berkata, ini kerana pemimpin UMNO terbabit sedang terlibat dalam konflik berkaitan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)."Saya fikir tak salah sekiranya Pengerusi MARA itu diubah memandangkan beliau sekarang sedang terlibat dengan konflik RCI TH, malah sibuk pula saman, LOD sana dan sini."Bagi dia bertenang, mungkin tempoh bertenang |
|
Pelajar MRSM hilang: Asyraf Wajdi arah pengurusan MARA semak semula SOP bawa pelajar ke klinik - Sinarharian - 15/08 2:09 pm SHAH ALAM - Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah untuk menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pelajar ke klinik susulan insiden dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka dilaporkan hilang sebelum ini.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang."Apa pun faktor yang mendorong dua pelajar MRSM Alor Gajah 'hilang' empat hari, saya telah minta Pengurusan MARA untuk semak SOP bawa pelajar ke klinik."Ia penting agar tiada lagi insiden serupa berulang masa akan datang |
|
Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pasar Seni - Beautifulnara - 15/08 9:19 am Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu akhirnya berjaya ditemui di sekitar Central Market atau Pasar Seni, Kuala Lumpur, malam tadi. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook awal pagi hari ini |
|
Dakwaan fitnah isu Tabung Haji: Asyraf Wajdi fail tuntutan RM5 juta - Mygazette - 15/08 8:15 am # Dakwaan fitnah isu Tabung Haji: Asyraf Wajdi fail tuntutan RM5 juta KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang didakwanya memfitnah serta memburukkan reputasinya berhubung pelbagai isu berkaitan Tabung Haji |
|
Tiga hari hilang, dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui di Kuala Lumpur - Sinarharian - 15/08 7:09 am SHAH ALAM - Dua pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu berjaya ditemukan polis di sekitar Central Market, Kuala Lumpur pada Jumaat.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial pada awal pagi Sabtu."Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman telah berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur, jam 10.31 malam tadi," katanya.Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai keadaan kedua-dua pelajar berkenaan buat masa ini.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua pelajar berkenaan.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan dibuat oleh guru pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu.Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ialah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.Menurutnya, Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.Seorang lagi pelajar, Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. |
|
Isu TH: Asyraf Wajdi arah peguam serah notis kepada warganet - FMT - 14/08 6:20 pm Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan tindakan terhadap individu yang didakwa berniat jahat melalui penyebaran dakwaan tidak benar. |
|
SNAPSHOT Kamil: PKR No 2 vacancy won't affect preparations for polls; Asyraf issues LODs to defamers - Mkini - 14/08 6:03 pm What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
Asyraf threatens to sue netizens over TH claims - FMT - 14/08 5:54 pm Umno secretary-general says letters of demand will be served to several social media account holders, seeking a total of RM5 million in compensation for alleged defamation. |
|
Asyraf Wajdi saman RM5 juta pemilik akaun fitnah isu Tabung Haji - Sinarharian - 14/08 5:53 pm SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman sebanyak RM5 juta kepada pemilik-pemilik akaun berhubung hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan berkaitan isu Tabung Haji.Asyraf Wajdi berkata, bermula petang ini, secara berperingkat LOD akan mula disediakan dan diserahkan kepada pemilik-pemilik akaun berkenaan."Mereka memfitnah dan sengaja mahu memburukkan dan menjatuhkan reputasi saya dengan mengaitkan dengan pelbagai isu Tabung Haji."Ia berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.Tambah Asyraf Wajdi, sebagaimana saman-saman terdahulu, beliau bertekad untuk menyalurkan setiap sen wang yang diterima dan ditentukan oleh mahkamah kelak ke Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah."Bukan wang yang saya cari, tapi insya- ALLAH, ALLAH akan tunjukkan kebenaran di muka pengadilan," jelasnya. |
|
Gen Z agenda, future jobs dominate AMK Congress motions - Sinardaily - 14/08 3:49 pm MELAKA - Youth issues took centre stage at the 2026 National Congress of Angkatan Muda Keadilan (AMK) today, with motions focusing on stronger engagement with Generation Z (Gen Z), jobs of the future, mental health and social wellbeing.Three delegates from Perak, Terengganu and Sarawak called on PKR to refine its approach to better reflect the realities and needs of young Malaysians.Syahnaz Putera Mohd Yaacob, who is Perak AMK Information chief, said PKR faced challenges in winning support from younger voters, particularly Gen Z.He said the party needs a bolder and more creative approach to engage Gen Z, particularly through digital platforms, while helping them develop their talents and gain access to government opportunities and funding."It is a bitter reality we have to accept |
|
Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu - Beautifulnara - 14/08 3:23 pm Kedua-dua pelajar tersebut dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad dari Bukit Sentosa, Rawang. […] The post Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Two Alor Gajah MRSM students reported missing - Sinardaily - 14/08 2:19 pm ALOR GAJAH Police have received a report regarding two Form Four students from Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka, who have allegedly been missing since last Tuesday.Alor Gajah district police chief Superintendent Ahmad Abu Bakar said the police received a report lodged by a teacher regarding the disappearance of Siti Nur Aaira Aidi, 16, and Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16, at 10.46pm on Aug 11.Siti Nur Aaira is 157 centimetres tall, weighs 50 kilogrammes, has dark skin and her registered address is in Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.Meanwhile, Nur Aisy Humaira is of the same height and weight, has fair skin and was last known to be at Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, he said in a statement on Friday.Members of the public with any information regarding the two individuals are urged to contact the Investigation Officer, Inspector Shahrul Izwan Mohd Suffian, at 017-8180106 or report to the nearest police station.Meanwhile, the Majlis Amanah Rakyat (Mara) chairman Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, via a Facebook post on Friday, requested prayers and cooperation from the public so that both students can be found and safely return to their families."On this blessed Friday morning, please pray that the two missing MRSM Alor Gajah students, Siti Nur Aaira Aidi and Nur Aisy Humaira Mohd Saad, return safely to their respective families," he said.Based on details from a viral poster regarding the case, the two students were last spotted at the Terminal Bersepadu Selatan (TBS) in Kuala Lumpur.Siti Nur Aaira was reportedly last seen wearing a black top, has medium-fair or mixed-race skin tone, a slim build and is tall.Meanwhile, Nur Aisy Humaira was last seen dressed in dark clothing.Anyone with information on the whereabouts of the two teenagers is requested to immediately contact their next of kin at +60 13-299 4303 (Mother), +60 19-765 2404 (Father), 019-237 0810 (Nisa - Mother), or any nearby police station. |
|
Misteri Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos, Asyraf Wajdi Rayu Doa Orang Ramai - Siraplimau - 14/08 12:25 am Dua pelajar hilang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka sejak 11 Ogos lalu, menyebabkan pihak sekolah, keluarga dan pihak berkuasa kini giat mengesan keberadaan mereka. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut memohon orang ramai mendoakan agar kedua-dua pelajar berkenaan, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, ditemukan […] The post Misteri Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos, Asyraf Wajdi Rayu Doa Orang Ramai first appeared on SirapLimau.com . |
|
Kes 2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang, Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai - Siakapkeli - 14/08 9:26 am Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang, Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memohon orang |
|
Asyraf mohon doa 2 pelajar MRSM Alor Gajah hilang ditemu selamat - FMT - 14/08 9:08 am Pengerusi Mara itu berharap dua pelajar yang hilang sejak 11 Ogos lalu kembali semula ke pangkuan keluarga dengan selamat. |
|
Dua pelajar MRSM Alor Gajah dilapor hilang - Sinarharian - 14/08 9:03 am ALOR GAJAH - [KEMAS KINI] Polis menerima laporan membabitkan dua pelajarTingkatan EmpatMaktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang didakwa hilang sejak Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh guru mengenai kehilangan Siti Nur Aaira Aidi, 16, dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16,pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu."Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter serta berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor."Manakala Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau melaporkan ke balai polis berhampiranSementara ituPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat memohon doa dan kerjasama masyarakat agar kedua-dua pelajar berkenaan dapat ditemui serta kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.*Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan agar dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat, " katanya.Berdasarkan maklumat poster penularan kes berkenaan, lokasi terakhir kedua-dua pelajar berkenaan dilihat adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.Siti Nur Aaira dilaporkan terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam, berkulit cerah sederhana atau kacukan, berbadan kurus serta tinggi.Sementara itu, Nur Aisy Humaira pula kali terakhir dilihat berpakaian gelap.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kedua-dua remaja berkenaan diminta segera menghubungi talian waris di +60 13-299 4303 (Ibu), +60 19-765 2404 (Ayah), 019-237 0810 (Nisa - Ibu) atau mana-mana balai polis berdekatan. |
|
Asyraf Wajdi nafi miliki peranan dalam Al-Rawda, jelas punca hadir majlis meterai perjanjian - Mydateline - 14/08 8:35 am Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi menafikan sebarang penglibatan dengan pelaburan bermasalah Lembaga Tabung Haji (TH), Al-Rawda ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri di Jabatan .. |
|
Asyraf nafi kaitan dengan pelaburan bermasalah TH dalam Al-Rawda - FMT - 13/08 9:29 pm Kegagalan pelaburan TH di syarikat Arab Saudi itu ialah kerugian terbesar dikenal pasti dalam laporan RCI. |
|
Bersungguh mahu burukkan, bunuh imej saya dengan kaitkan isu Tabung Haji - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 13/08 8:53 pm SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan terbabit dalam keputusan Tabung Haji (TH) memeterai perjanjian lanjutan pajakan hotel di Madinah dan Makkah dengan syarikat Al-Rawda ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2017.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menjelaskan, timbalan menteri tiada sebarang kuasa untuk terlibat dalam proses mahupun meluluskan sebarang perjalanan dan operasi, termasuk perjanjian melibatkan institusi itu.ARTIKEL BERKAITAN:RCI Tabung Haji: Ambil tindakan kalau ada 'sakau', UMNO tidak bela salah laku - Asyraf Wajdi"Wah, bersungguh-sungguh nampaknya nak burukkan dan bunuh imej saya dengan cuba kaitkan saya dengan apa juga isu Tabung Haji."Untuk pengetahuan, saya diminta menjadi Ketua Jemaah Haji Malaysia pada tahun 2017 menggantikan menteri |
|
Asyraf rejects alleged links to THs troubled Al-Rawda investment - FMT - 13/08 8:21 pm Tabung Hajis failed investment in the Saudi Arabia-based company was the largest loss identified in the royal commission of inquiry report. |
|
Bersungguh nampaknya nak bunuh imej saya - Asyraf - Mkini - 13/08 6:57 pm Asyraf mengulas dakwaan dia menghadiri pemeteraian perjanjian antara Tabung Haji dengan syarikat hartanah al-Rawda pada 2017. |
|
Asyraf denies role in Tabung Haji's Al-Rawda loss-making investment - Mkini - 13/08 6:49 pm 'As then-deputy minister, I have no authority in approval processes.' |
|
RUU Mara 2026: Kuasa pengerusi bakal dihadkan RUU Mara 2026: Kuasa .. - Mygazette - 13/08 7:55 am KUALA LUMPUR - Kuasa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal dihadkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Mara 2026 yang dijangka dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kira-kira 80 peratus kandungan akta baharu itu memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus korporat termasuk pengasingan kuasa yang jelas antara lembaga pengarah dan pengurusan |
|
80 peratus RUU Akta Mara baharu sentuh pemerkasaan struktur tadbir urus - Sinarharian - 12/08 8:26 pm SHAH ALAM - Sekitar 80 peratus Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) baharu menyentuh perihal pemerkasaan Tadbir Urus Korporat Mara, yang mana ia tidak pernah dibincangkan pada era 60-an.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara intipati penting draf RUU Akta Mara 2026 yang bakal dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini selepas mendapat kelulusan dasar mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu adalah mengurangkan kuasa Pengerusi Mara.Menurut beliau, Pengerusi Mara bertanggungjawab mempengerusikan Lembaga Pengarah atau majlis dan menentukan perkara dasar sahaja, tidak seperti Akta Mara 1966 yang memberikan kuasa besar kepada Pengerusi melangkaui kuasa eksekutif pengurusan.Katanya lagi, keperluan pengasingan kuasa yang jelas antara lembaga dengan pengurusan Mara."Selain itu, kriteria pelantikan ahli lembaga dan had tempoh perkhidmatan, tatakelola kewangan, perolehan ketat dan pematuhan piawaian nasional serta antarabangsa."Mewujudkan Jawatankuasa Audit Mara, Jawatankuasa Pelaburan Mara, Jawatankuasa Kewangan dan Tadbir Urus Mara serta Jawatankuasa Risiko Mara."Buat pertama kali juga Jawatankuasa Syariah diwujudkan untuk memastikan segala aspek operasi Mara mematuhi prinsip syariah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau turut memaklumkan, terdapat banyak lagi aspek penting berkaitan dengan amalan tadbir urus baik yang selama ini tidak pernah disebut secara jelas dalam Akta Mara 1966.Tambah Asyraf Wajdi, kesemuanya perlu dilaksanakan agar tiada lagi kes atau insiden melibatkan salah guna kuasa, kelemahan tadbir urus, penyelewengan, penyimpangan, ketirisan mahupun keborosan boleh berlaku sehingga berisiko mengakibatkan kemudaratan besar terhadap institusi yang bertanggungjawab menjaga kepentingan Melayu dan bumiputera di negara ini."Setelah saya dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 10 Mac 2023, perkara pertama saya lakukan adalah menubuhkan pasukan khas untuk menilai serta memperbaiki Tadbir Urus Korporat dan Tatakelola Kewangan Mara yang diketuai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim."Ia kerana banyak maklum balas waktu itu mengenai pelbagai isu terkait kelemahan tadbir urus Mara yang berlaku sebelum ini," jelas Setiausaha Agung UMNO tersebut.Pertama, menurut beliau, pembelian aset luar negara di Australia dan United Kingdom (UK) antara 2012 hingga 2014 menyebabkan anak syarikat Mara Corp iaitu Mara Inc mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM286.30 juta dari 2012 hingga 2022.Kedua, katanya, isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' antara kontroversi tadbir urus terbesar sekitar 2016 hingga 2017 yang membawa kepada penggantungan Pengerusi Mara ketika itu."Ketiga, kerugian melibatkan jutaan ringgit daripada pelbagai projek di bawah Mara yang tiada siapa dipertanggungjawabkan |
|
80 peratus RUU Akta Mara baharu sentuh pemerkasaan struktur tadbir urus - Sinarharian - 12/08 8:26 pm SHAH ALAM - Sekitar 80 peratus Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) baharu menyentuh perihal pemerkasaan Tadbir Urus Korporat Mara, yang mana ia tidak pernah dibincangkan pada era 60-an.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara intipati penting draf RUU Akta Mara 2026 yang bakal dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini selepas mendapat kelulusan dasar mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu adalah mengurangkan kuasa Pengerusi Mara.Menurut beliau, Pengerusi Mara bertanggungjawab mempengerusikan Lembaga Pengarah atau majlis dan menentukan perkara dasar sahaja, tidak seperti Akta Mara 1966 yang memberikan kuasa besar kepada Pengerusi melangkaui kuasa eksekutif pengurusan.Katanya lagi, keperluan pengasingan kuasa yang jelas antara lembaga dengan pengurusan Mara."Selain itu, kriteria pelantikan ahli lembaga dan had tempoh perkhidmatan, tatakelola kewangan, perolehan ketat dan pematuhan piawaian nasional serta antarabangsa."Mewujudkan Jawatankuasa Audit Mara, Jawatankuasa Pelaburan Mara, Jawatankuasa Kewangan dan Tadbir Urus Mara serta Jawatankuasa Risiko Mara."Buat pertama kali juga Jawatankuasa Syariah diwujudkan untuk memastikan segala aspek operasi Mara mematuhi prinsip syariah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau turut memaklumkan, terdapat banyak lagi aspek penting berkaitan dengan amalan tadbir urus baik yang selama ini tidak pernah disebut secara jelas dalam Akta Mara 1966.Tambah Asyraf Wajdi, kesemuanya perlu dilaksanakan agar tiada lagi kes atau insiden melibatkan salah guna kuasa, kelemahan tadbir urus, penyelewengan, penyimpangan, ketirisan mahupun keborosan boleh berlaku sehingga berisiko mengakibatkan kemudaratan besar terhadap institusi yang bertanggungjawab menjaga kepentingan Melayu dan bumiputera di negara ini."Setelah saya dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 10 Mac 2023, perkara pertama saya lakukan adalah menubuhkan pasukan khas untuk menilai serta memperbaiki Tadbir Urus Korporat dan Tatakelola Kewangan Mara yang diketuai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim."Ia kerana banyak maklum balas waktu itu mengenai pelbagai isu terkait kelemahan tadbir urus Mara yang berlaku sebelum ini," jelas Setiausaha Agung UMNO tersebut.Pertama, menurut beliau, pembelian aset luar negara di Australia dan United Kingdom (UK) antara 2012 hingga 2014 menyebabkan anak syarikat Mara Corp iaitu Mara Inc mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM286.30 juta dari 2012 hingga 2022.Kedua, katanya, isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' antara kontroversi tadbir urus terbesar sekitar 2016 hingga 2017 yang membawa kepada penggantungan Pengerusi Mara ketika itu."Ketiga, kerugian melibatkan jutaan ringgit daripada pelbagai projek di bawah Mara yang tiada siapa dipertanggungjawabkan |
|
Forging MCs: Two men get 14 days in jail, RM8,000 fine - Sinardaily - 12/08 4:47 pm KUANTAN - Two men were each sentenced to 14 days jail and fined RM8,000 by the magistrates court here today after pleading guilty to forging 40 medical certificates between March and July.Mohd Shukrie Zainuddin, 28, and Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, admitted to the offence after the charge was read before Magistrate Ellyna Othman.They face an additional eight months jail if they fail to pay the fine.According to the charge sheet, the duo had dishonestly created fake documents involving 40 medical certificates from a clinic and used the name and signature of a doctor with the intention to deceive.The offence was allegedly committed at a factory along Jalan Bypass Gebeng here between March 28 and July 13.The charge framed under Section 465 of the Penal Code, read together with Section 34 of the same law, carries a maximum jail term of two years, or a fine, or both upon conviction.Deputy public prosecutor B |
|
Palsukan 40 sijil cuti sakit, 2 lelaki dipenjara 2 minggu, denda... - Mygazette - 12/08 4:07 pm # Palsukan 40 sijil cuti sakit, 2 lelaki dipenjara 2 minggu, denda RM8,000 KUANTAN - Padah memalsukan 40 sijil cuti sakit (MC), dua lelaki masing-masing dihukum penjara 14 hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini |
|
Palsukan 40 sijil cuti sakit, dua pekerja kilang dipenjara, denda RM8,000 - Mkini - 12/08 3:58 pm Majistret juga memerintahkan Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, dipenjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda. |
|
Jual sijil cuti sakit palsu: Dua lelaki dipenjara 14 hari, denda RM8,000 - Kosmo - 12/08 3:57 pm KUANTAN – Dua lelaki masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan selepas didapati bersalah menjual sijil cuti sakit palsu pada bulan lalu |
|
Dua lelaki dijel 14 hari dan didenda RM8,000 buat sijil cuti sakit palsu - Sinarharian - 12/08 2:54 pm KUANTAN Perbuatan dua lelaki membuat sijil cuti sakit palsu membawa padah apabila masing-masing dihukum penjara 14 hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Rabu.Hukuman itu perintah Majistret Ellyna Othman selepas Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.Kedua- kedua tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shukrie dan Muhammad Asyraf mengaku secara tidak jujur membuat 40 dokumen palsu berupa sijil cuti sakit sebuah klinik dengan menggunakan nama dan tandatangan seorang doktor dengan niat menipu.Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Jalan Bypass Gebeng, di sini, antara 28 Mac hingga 13 Julai lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya B Deevagaran Naidu pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduhBagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili Mohd Shukrie dan Muhammad Asyraf memohon agar hukuman denda dikenakan terhadap mereka."Kedua-dua tertuduh sudah insaf dengan kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi," ujarnya dalam rayuan tersebut. |
|
Kualiti Makanan MRSM Makin Kurang Aduan, Asyraf Wajdi Dakwa Usaha Pecahkan Kartel Berkesan - Siraplimau - 11/08 6:03 pm Aduan mengenai kualiti makanan di dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) didakwa semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, selepas beberapa usaha dilakukan pihak MARA termasuk operasi mengejut menerusi #Terjah. Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook, yang meluahkan rasa syukur apabila semakin kurang mendengar aduan berkaitan makanan di […] The post Kualiti Makanan MRSM Makin Kurang Aduan, Asyraf Wajdi Dakwa Usaha Pecahkan Kartel Berkesan first appeared on SirapLimau.com . |
|
Mara pecah kartel kuasai kontrak makanan MRSM, kata Asyraf - FMT - 11/08 11:14 am Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata aduan kualiti makanan di dewan selera MRSM semakin berkurangan susulan tindakan tegas oleh pihak pengurusan. |
|
MARA pecah kartel kontrak dewan selera MRSM, aduan makanan semakin kurang Asyraf Wajdi - Sinarharian - 11/08 10:12 am KUALA LUMPUR Aduan berkaitan kualiti makanan di dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kini semakin berkurangan selepas tindakan tegas diambil bagi memecahkan kumpulan kartel yang didakwa menguasai kontrak makanan institusi berkenaan.Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha itu dilakukan termasuk menerusi pemeriksaan mengejut atau terjah ke MRSM selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pelajar sejak beliau diberikan amanah menerajui agensi itu tiga tahun lalu.Menurutnya, antara maklumat yang diterima ketika itu ialah kewujudan kartel yang didakwa menguasai kontrak-kontrak dewan selera."ALLAH SWT nak tunjuk, pada tahun pertama banyak aduan daripada ibu bapa bahkan pelajar sendiri di ruangan media sosial yang mengadu mengenai kualiti makanan dan kes keracunan."Daripada aduan-aduan ini, saya bertekad untuk memecahkan kartel-kartel ini dan mula turun secara mengejut ke MRSM atas nama terjah |
|
“Tiada kompromi” – Staf MARA Didakwa C*bul Pelajar Digantung Kerja Serta-Merta - Lobakmerah - 10/08 4:56 pm Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil tindakan pantas menggantung kerja seorang staf sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah agensi itu hanya dalam tempoh dua jam selepas menerima aduan berhubung dakwaan kes pencabulan seksual terhadap seorang pelajar. Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau sendiri menerima mesej aduan daripada mangsa sebelum mengarahkan pihak pengurusan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Staf IPT Mara digantung kerja dua jam selepas aduan cabul - Kosmo - 10/08 4:06 pm Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima sendiri mesej aduan daripada pelajar berkenaan sebelum mengarahkan pihak pengurusan menjalankan siasatan segera |
|
Umno ingatkan jangan biar pihak ketiga ganggu kerjasama - FMT - 8/08 4:46 pm Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno pernah lihat pakatan terkubur akibat pihak ketiga, seperti ketika PAS keluar MN untuk tubuh PN bersama Bersatu. |
|
Umno warns against third parties disrupting alliances - FMT - 8/08 4:20 pm Asyraf Wajdi Dusuki says Umno has seen alliances fail due to third parties, pointing to PAS deserting MN to form PN with Bersatu. |
|
RCI Tabung Haji: Ambil tindakan kalau ada 'sakau', UMNO tidak bela salah laku - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 3:08 pm KOTA BHARU - UMNO tidak pernah menafikan atau menutup sebarang kelemahan mahupun membela salah laku berkaitan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Menurut beliau, sekiranya benar wujud salah laku, rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan, tindakan perlu diambil tanpa mengira kedudukan individu terbabit.ARTIKEL BERKAITAN:RCI Tabung Haji: Taklimat khas BN Isnin iniRCI Tabung Haji: SPRM selesai rakam keterangan bekas CFORCI Tabung Haji: Tiga individu direman lima hari"Daripada awal lagi, kepimpinan UMNO menyatakan, ambillah tindakan |
|
'Pihak ketiga' jangan ganggu usaha persefahaman parti Melayu - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:21 pm KOTA BHARU - Usaha mewujudkan persefahaman dan muafakat antara parti politik sering kali digagalkan oleh pihak ketiga, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Menurut beliau, keadaan itu turut berlaku apabila terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli dan akar umbi."Pengalaman nampak yang mana usaha ke arah mewujudkan persefahaman dan muafakat sering kali digagalkan oleh pihak ketiga."Kadang kala dalam dunia sosial media atau dunia tanpa sempadan hari ini, banyak dalam kalangan pihak-pihak yang mahu berlagak hero mengeluarkan status-status, kenyataan yang melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan kepada parti dan juga orang-orang di bawahnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.Asyraf Wajdi memberitahu, pihak yang terlibat dalam usaha perundingan juga seharusnya tidak menggunakan media umum untuk membentuk persepsi sebelum sebarang perbincangan dimulakan."Jadi saya kira lebih baiklah untuk kita tidak menggunakan media umum ini sebelum kita mulakan perundingan ataupun perbincangan, memberikan persepsi-persepsi yang sebenarnya tidak menguntungkan dalam konteks perbincangan ini," katanya.Mengulas mengenai pihak ketiga yang dimaksudkan, beliau menyerahkan kepada wartawan untuk membuat tafsiran sama ada ia membabitkan pemimpin politik atau pihak lain."Pihak ketiga ini ada macam-macam |
|
Jangan ambil kerja Tuhan tentukan keikhlasan seseorang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:13 pm KOTA BHARU - UMNO menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk soal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal sama ada BN ikhlas atau tidak dalam kerjasama berkenaan tidak wajar dipersoalkan sebelum rundingan antara kedua-dua pihak berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN:21 kerusi BN, apa baki untuk PN?[VIDEO] BN pertahankan 21 kerusi di Melaka - Ahmad Zahid"Jadi biarkan keikhlasan itu kerja Tuhan |
|
PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 7/08 2:00 pm TANAH MERAH Sebarang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimulakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Beliau berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi hanya akan diputuskan selepas rundingan rasmi antara kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan."Prinsip asasnya sama seperti yang dilaksanakan pada PRN Negeri Sembilan, namun rundingan masih belum bermula."Biarkan dahulu kepimpinan kedua-dua parti berkenaan berbincang |
|
Wanita didenda RM75,000 mengaku salah beri rasuah kepada pegawai JAS - Mygazette - 7/08 8:18 am # Wanita didenda RM75,000 mengaku salah beri rasuah kepada pegawai JAS SHAHALAM - Seorang wanitadidenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan keranamemberi suapan RM15,000 kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadappremis pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram, tahun lepas |
|
Huru hara di negeri sembilan - Wrlr - 6/08 7:29 pm Isnin lalu, berlaku satu pertemuan di Port Dickson yang melibatkan kumpulan yang digelar "geng penderhaka", termasuk Tunku Nadzaruddin dan Rais Yatim. Mereka memanggil Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi mendesak Menteri Besar baharu, Datuk Ismail Lasim, menandatangani Proclamation untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz |
|
Wanita didenda RM75,000 mengaku salah beri rasuah kepada pegawai JAS - Sinarharian - 6/08 5:47 pm SHAHALAM - Seorang wanitadidenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan keranamemberi suapan RM15,000 kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadappremis pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram, tahun lepas.Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Chan Suit Seong, 60, yang turut berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda.Mengikut pertuduhan pilihan, Suit Seong didakwa secara rasuah memberikan wang tunai RM15,000 kepada Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap premisdisyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana tidak mempunyai lesen premisditetapkan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah tapak melibatkan tiga lot tanah di Revolusi Hijau Batu, Johan Setia, Klang pada kira-kira 12.30 tengah hari, 25 Februari 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekalijika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi, manakala tertuduh diwakili peguam S Preakas.Mahkamah turut memerintahkan wang sitaan berjumlah RM15,000 yang menjadi bahan kes dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM.Kes itu merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Nature 6.0 yang dijalankan SPRM Selangor |
|
'Asyraf Wajdi wajar letak jawatan Pengerusi Mara sehingga siasatan RCI TH selesai' - Ahli MPT Bersatu - Sinarharian - 5/08 2:54 pm SHAH ALAM- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin menggesa Datuk Dr Asyraf Wajdi melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga semua proses siasatan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) selesai.Afif berkata, Asyraf Wajdi perlu mengambil tanggungjawab moral atas peranannya sebagai Timbalan Menteri yang berkaitan dengan portfolio Hal Ehwal Agama dalam sebahagian tempoh yang menjadi fokus RCI.Menurutnya, walaupun sebarang liabiliti individu perlu ditentukan melalui proses undang-undang, Asyraf Wajdi tidak boleh berpura-pura seolah-olah tiada perkara yang berlaku."Justeru, demi menjaga integriti institusi awam dan memastikan tiada persepsi wujud campur tangan atau pengaruh terhadap mana-mana siasatan atau keputusan pendakwaan yang mungkin dibuat oleh pihak berkuasa, Asyraf Wajdi wajar melepaskan jawatan tersebut."UMNO tidak boleh memilih prinsip mengikut keadaan |
|
Dr Afif cabar Azeez dedah surat SPRM, gesa Asyraf Wajdi letak jawatan - Mkini - 5/08 1:21 pm Anggota MPT Bersatu itu berkata, laporan RCI mengesahkan wujud kelemahan serius dalam tadbir urus serta pengurusan institusi simpanan umat Islam. |
|
KLCC takes centre stage as Kuala Lumpur Fashion Week 2026 returns to celebrate Malaysian creativity - Sinardaily - 4/08 5:08 pm KUALA LUMPUR - KLCC will once again become the centre of Malaysia's fashion industry as Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 returns to the Esplanade at KLCC Park from Aug 3 to Aug 9.Held under the theme Destination: Home Ground, the 14th edition will bring together more than 50 Malaysian designers and labels in a celebration of local creativity, culture and fashion.Organised in collaboration with Suria KLCC and KLCC (Holdings) Sdn Bhd, the annual event is supported by the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) in conjunction with Visit Malaysia 2026.This year's edition expands beyond conventional runway presentations by introducing fashion experiences throughout Suria KLCC, further strengthening KLCC's position as a destination where retail, culture and creativity intersect.The main venue has been redesigned with inspiration from archival batik prints from Yayasan Sabah, featuring a monochromatic heritage-themed facade, all-white hourglass-shaped runways and a purpose-built 500-seat hall.Live runway broadcasts will also be screened on a large LED display, allowing shoppers and the public to experience the shows.Fashion-themed activities across Suria KLCC will include styling displays by students from Isetan KLCC, a visual exhibition by Moccona and KPDN's Jom Malaysia pop-up showcasing homegrown brands.More than 50 designers and labels will take part in this year's event, including runway debuts by Plaza, NanaLyana, Asyraf Arrif, inisaya by Jeffery Goh, 99%Angel, CDH and Emri.Established names such as Rizman Ruzaini and Fiziwoo will also return, with Rizman presenting two consecutive shows and Fiziwoo showcasing Woo Brothers, the menswear extension of its brand.Malaysian craftsmanship will also be highlighted through collaborations such as Muni's partnership with designer Jeff Yeong and social enterprise Tanoti's debut collection.Meanwhile, KPDN will revive its Fashion Forward Batik Malaysia segment, featuring 30 looks created by 10 local designers using batik sourced from both Peninsular Malaysia and East Malaysia.Suria KLCC Executive Director and Chief Executive Officer Francis Tan said the shopping destination remains committed to supporting Malaysia's creative industry while positioning KLCC as the home of local fashion."As the iconic home ground for Malaysian fashion, Suria KLCC is pleased to welcome KLFW 2026 back to the Esplanade KLCC |
|
Pengurus projek ditahan, disyaki terima rasuah RM38,000 - Sinarharian - 4/08 4:20 pm KOTA BHARU Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM38,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar di negeri ini.Perintah reman berkuat kuasa Selasa sehingga Isnin minggu depan itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 1 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar secara rundingan terus daripada sebuah kementerian."Perbuatan itu disyaki dilakukan pada tahun 2022."Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai selain melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya serta beberapa akaun pihak ketiga," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. |
|
Empat maut dihempap pokok: Mohd Radzi aktif dalam politik sejak usia muda - Bapa - Sinarharian - 3/08 11:22 pm TEMERLOH - Rahimi Abd Samad, bapa kepada Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 40, menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang aktif dalam politik sejak usia muda.Rahimi, 63, berkata, Allahyarham telah berkhidmat kira-kira 10 tahun dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang."Beliau memang seorang yang aktif. Ramai (ahli UMNO) yang rapat dengannya Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh) pun nak datang (ziarah) arwah sebab arwah adalah Bendahari Pemuda UMNO," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada Isnin.Mohd Radzi bersama isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong kira-kira jam 1 tengah hari Isnin.Dalam kejadian sama, seorang lagi anaknya, Muhammad Rizz Haziq mengalami kecederaan parah pada kepala dan sedang menerima rawatan di HoSHAS.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokokTragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga mautAsyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO MaranEmpat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad ZahidDalam pada itu, Rahimi berkata, ketika kejadian Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke Maran selepas menyertai program motosikal bersama belia Maran di Pulau Pangkor, Perak."Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham adalah pada Khamis sebelum beliau pergi ke Pangkor Semuanya macam biasa, beliau cuma beritahu hendak sertai konvoi motosikal ke Pangkor bersama kawan-kawan," katanya.Antara pemimpin yang menziarahi keluarga berkenaan ialah Muhamad Akmal; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |