| /// |
|
| Search : Asisten Komisioner News | Page 1 |
|
Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid - Mygazette - 24/09 8:06 am # Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengenal pasti identiti penunggang motosikal yang melanggar dua murid perempuan ketika mereka sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Permatang Pauh dekat sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan dijalankan selepas polis mengesan satu video berdurasi kira-kira 30 saat yang tular di platform media sosial memaparkan kejadian itu hari ini |
|
Wanita OKU ditemukan mati ditikam, dua ahli keluarga ditahan Wanita OKU .. - Mygazette - 24/09 8:06 am # Wanita OKU ditemukan mati ditikam, dua ahli keluarga ditahan KUALA KANGSAR Polis menahan dua ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kes seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemukan maut di sebuah rumah di Kampung Cheh, Kati, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.38 petang |
|
Selisih faham punca wanita OKU dibunuh, dua lelaki ditahan - Sinarharian - 23/09 11:18 pm KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, polis kemudiannya berjaya menahan dua lelaki merupakan ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan."Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian."Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Terdahulu media melaporkan mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.Heisham berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohamad Fadhil Ab Wahab dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222. |
|
Suri rumah OKU ditemui mati dengan kesan tikaman - Sinarharian - 23/09 9:44 pm Polis yang tiba kemudian turut menjalankan pemeriksaan dan soal siasat."Polis turut menemui sebilah pisau di kawasan kebun kelapa sawit selepas anak mangsa menunjukkan lokasi berkenaan," katanya.Menurut Nur Halim, mangsa dan keluarganya sudah lama menetap di rumah berkenaan yang merupakan kediaman keluarga sebelah suaminya.Katanya, selain mangsa, suami serta ketiga-tiga anak mereka juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala ketiga-tiga anak mangsa mempunyai kategori OKU berbeza.Sementara itu, adik ipar mangsa, Suliana Jalaluddin, 37, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 2.16 petang selepas menerima mesej daripada abangnya yang juga suami mangsa menerusi kumpulan WhatsApp keluarga."Hubungan arwah, suami dan tiga anak mereka memang rapat. Arwah merupakan OKU, begitu juga ketiga-tiga anak mereka."Anak sulung berusia 17 tahun merupakan OKU fizikal akibat kecederaan terbakar yang dialami sebelum ini, manakala dua lagi anak termasuk yang dikaitkan dengan kejadian ini adalah OKU pembelajaran," katanya.Difahamkan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun ketika dihubungi media memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung kejadian selepas siasatan dijalankan. |
|
Tegur suami keluar malam, wanita dakwa dicekik dan ditampar - Sinarharian - 23/09 9:14 pm KANGAR - Seorang pemandu lori berumur 56 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes mencederakan isterinya pada 15 September lepas.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan selepas isterinya berusia 49 tahun membuat laporan polis pada Selasa.Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, suspek dipercayai menampar dan menghantukkan kepala wanita berkenaan sebelum menolaknya ke sofa serta cuba mencekiknya di sebuah rumah di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini."Suri rumah itu mengalami kesan lebam pada bahagian perut dan perselisihan faham dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suaminya supaya tidak keluar rumah pada waktu malam kerana mengesyakinya ingin berjumpa dengan wanita lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Yusharifuddin berkata, wanita itu mendakwa pergaduhan berlaku sejak dua tahun lepas setelah membaca perbualan suaminya dengan wanita tidak dikenali menerusi Facebook."Sejak itu, isterinya kerap bertanya mengenai perkara berkenaan, namun dinafikan suaminya yang dipercayai akan menamparnya ketika marah selain pernah memukulnya sehingga pengsan," katanya.Beliau berkata, wanita itu masih menerima rawatan dan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga |
|
Penunggang motosikal langgar dua murid depan sekolah diburu - Kosmo - 23/09 9:03 pm SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar dua murid perempuan ketika kedua-duanya sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Permatang Pauh, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi kira-kira 30 saat mengenai .. |
|
Pemandu lori direman bantu siasatan kes cederakan isteri - Sinarharian - 23/09 8:56 pm KANGAR - Seorang pemandu lori berumur 56 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mencederakan isterinya pada 15 September lepas.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan selepas isterinya berusia 49 tahun membuat laporan polis, semalam.Beliau berkata, dalam kejadian pada 9.30 malam itu, suspek dipercayai menampar dan menghantukkan kepala wanita berkenaan sebelum menolaknya ke sofa serta cuba mencekiknya di sebuah rumah di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini."Suri rumah itu mengalami kesan lebam pada bahagian perut dan perselisihan faham dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suaminya supaya tidak keluar rumah pada waktu malam kerana mengesyakinya ingin berjumpa dengan wanita lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.Yusharifuddin berkata, wanita itu mendakwa pergaduhan berlaku sejak dua tahun lepas setelah membaca perbualan suaminya dengan wanita tidak dikenali menerusi Facebook."Sejak itu, isterinya kerap bertanya mengenai perkara berkenaan, namun dinafikan suaminya yang dipercayai akan menamparnya ketika marah selain pernah memukulnya sehingga pengsan," katanya.Beliau berkata wanita itu masih menerima rawatan dan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga |
|
Polis kesan penunggang motosikal langgar 2 murid ketika melintas - Sinarharian - 23/09 8:38 pm BUKIT MERTAJAM Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melanggar dua murid perempuan ketika mereka melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Permatang Pauh pada pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika kedua-dua murid berusia lapan dan sembilan tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.Menurut beliau, pihak polis mengesan satu rakaman video berdurasi kira-kira 30 saat yang memaparkan kejadian tersebut sebelum tular di media sosial pada Rabu."Siasatan awal mendapati kedua-dua murid berkenaan sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah sebelum dilanggar sebuah motosikal."Penunggang motosikal terbabit masih belum dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identitinya serta mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Hafizi Mansor di talian 017-566 0103," katanya.Dalam pada itu, Nik Aminuddin menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memperlahankan kenderaan dan memberikan keutamaan kepada pejalan kaki."Perkara ini khususnya perlu diberi perhatian di kawasan sekolah dan lintasan pejalan kaki bagi memastikan keselamatan semua pihak serta mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya. |
|
Lelaki tempatan dibunuh, tiga pelajar IPT warga asing ditahan - Sinarharian - 23/09 7:35 pm IPOH - Tiga warga asing penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki tempatan yang ditemui tidak sedarkan diri di Kampung Kuchai di sini pada 18 September lalu.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa berusia 53 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan pada bahagian muka.Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Mangsa menerima rawatan selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 22 September 2026 kira-kira jam 6.42 petang."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Muhammad Najib berkata, susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan tiga lelaki warga asing yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan."Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun merupakan pelajar di sebuah IPT swasta di Ipoh |
|
Tular himpit kenderaan, pemandu disaman dan kereta disita - Sinarharian - 23/09 5:19 pm KUANTAN - Pemandu sebuah kereta dipercayai menghimpit kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Pantai Sepat di sini yang videonya tular di media sosial baru-baru ini telah dikenal pasti dan dikenakan tindakan.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan polis berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terlibat.Menurutnya, pemandu berkenaan telah dipanggil bagi membantu siasatan dan rakaman percakapan turut diambil."Dua notis kesalahan lalu lintas dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan."Kenderaan terbabit turut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan siasatan," katanya.Ashari berkata, polis turut menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada terdapat elemen kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bersabar, mengawal emosi dan mengamalkan sikap bertolak ansur ketika berada di jalan raya.Katanya, sebarang bentuk provokasi atau tindakan agresif perlu dielakkan kerana ia boleh mengundang kemalangan serta membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain."Sekiranya berlaku perselisihan di jalan raya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri."Sebaliknya, utamakan keselamatan dan salurkan maklumat atau rakaman berkaitan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya," katanya. |
|
JKKP keluar notis larangan susulan pekerja maut terjatuh dari tingkat 25 - Mygazette - 23/09 5:15 pm Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, katanya. Semalam media melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad memgesahkan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan |
|
Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh - Mygazette - 23/09 5:15 pm # Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh IPOH Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh di Jalan Laksamana di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.25 pagi |
|
Tiga cedera, van bawa jururawat pelatih terbalik selepas bertembung kereta - Mygazette - 23/09 5:15 pm Difahamkan, van berkenaan yang membawa pelatih jururawat dalam perjalanan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menuju ke Klinik Kesihatan Buntong. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian sekitar jam 7.25 pagi itu, van yang dinaiki 11 individu dan seorang pemandu itu dalam perjalanan dari arah Pekan Baharu manakala kereta yang dipandu seorang individu datang dari arah Little India menghala ke Padang Ipoh |
|
Pemandu lori didakwa cekik, tampar isteri direman - Kosmo - 23/09 5:00 pm KANGAR – Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan kes mencederakan isterinya dalam kejadian di Simpang Empat, di sini minggu lalu. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, proses reman ke atas suspek berusia 56 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini |
|
Van bawa 10 jururawat pelatih terbalik - Sinarharian - 23/09 3:06 pm IPOH [DIKEMAS KINI] Sebuah van membawa 11 penumpang termasuk jururawat pelatih terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Iskandar-Jalan Sultan Yussof di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.25 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari arah Pekan Baharu.Menurutnya, van berkenaan membawa seorang pemandu bersama 11 penumpang, manakala kereta terbabit dipandu seorang individu dari arah Little India menghala ke Padang Ipoh."Setibanya di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat sebelum meneruskan perjalanan dan bertembung dengan kereta berkenaan di tengah persimpangan."Akibat pelanggaran itu, van terbabit terbalik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, tiga penumpang van mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan.Menurutnya pemandu van bersama lapan lagi penumpang serta pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.Muhammad Najib berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis.Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat dan peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. |
|
Media masih berkampung di hadapan rumah Najib - Sinarharian - 23/09 2:58 pm KUALA LUMPUR - Pengamal media masih berkampung di hadapan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada hari keenam bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu.Tinjauan pada Rabu mendapati pengamal media tempatan dan antarabangsa berada di hadapan kediaman berkenaan sejak jam 8 pagi.Keadaan cuaca panas terik tidak menghalang petugas media yang terus menunggu sebarang perkembangan baharu atau pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan.Suasana di sekitar kediaman Najib dilaporkan terkawal dan tenang, dengan kawasan luar rumah itu menjadi tumpuan media sejak Jumaat lalu.Setakat jam 3 petang, tiada sebarang pergerakan keluar masuk dikesan di kediaman berkenaan.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam memaklumkan penugasan anggota polis di kawasan berkenaan kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan antaranya aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. |
|
Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar - Mypress - 23/09 2:25 pm IPOH Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad… |
|
Mayat tanpa identiti di KLIA Terminal 2 masih belum dituntut - Sinarharian - 23/09 12:01 am Sekiranya ada ahli keluarga yang masih belum pulang atau hilang, boleh berhubung dengan balai polis berhampiran untuk kami lengkapkan siasatan."Identiti mayat itu juga masih belum dapat ditentukan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Rabu.Mengenai punca keberadaan mangsa di dalam pesawat tersebut, Shazeli memaklumkan, perkara itu masih menjadi persoalan dan dalam siasatan pihaknya.Jelasnya, kes sedemikian bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah berlaku sebelum ini."Ini bukan kes pertama, pernah berlaku sedemikian rupa apabila individu dijumpai di tempat simpanan tayar."Saya tak nak beri kesimpulan kerana dibimbangi tersasar. Kita tunggu hasil siasatan," ujarnya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi dilaporkan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang dilaporkan hilang atau gagal dihubungi sejak 19 Ogos 2026, khususnya mereka yang dipercayai mempunyai kaitan atau pernah berada di sekitar KLIA, diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-87768926; Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Rosli (011-14453057) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nicholas anak Idel (018-7017291). |
|
Lelaki warga asing cuba terjun dari bumbung tingkat empat - Mygazette - 23/09 7:46 am # Lelaki warga asing cuba terjun dari bumbung tingkat empat KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari bumbung tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Nipah di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, kejadian pukul 9.25 malam itu dikesan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki berkenaan yang dipercayai cuba terjun dari bangunan terbabit |
|
Tragedi pulang sekolah: Dua pelajar maut motosikal bertembung kereta - Mygazette - 23/09 7:46 am Dalam kejadian kira-kira 1.51 tengah hari, kedua-dua mangsa berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki kedua-dua mangsa dan tiga buah kereta |
|
Polis siasat kes imam warga Thailand diugut, kereta isteri diconteng cat hitam - Sinarharian - 22/09 10:43 pm TUMPAT - Seorang imam warga Thailand yang didakwa menerima ugutan berhubung pemberian maklumat mengenai aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Kepulauan Tumpat, berdepan kejadian kereta milik isterinya diconteng cat hitam di Jeti Kok Majid di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian itu disedari lelaki berusia 30 tahun berkenaan selepas dia kembali ke jeti berkenaan kira-kira jam 9.36 malam.Menurut beliau, sebelum itu pengadu meletakkan kereta jenis Honda City berwarna putih berkenaan di Jeti Kok Majid kira-kira jam 7.10 malam sebelum bergerak ke Masjid Pulau Beluru untuk menunaikan solat Isyak."Selepas selesai solat dan kembali ke lokasi, pengadu mendapati terdapat kesan tompokan cat berwarna hitam pada bahagian sisi kiri kenderaan milik isterinya."Pengadu kemudian membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mohd Khairi memberitahu, sebelum kejadian pengadu turut menerima satu tangkap layar daripada rakannya yang mengandungi kenyataan berhubung dakwaan bahawa dia telah diugut.Ujarnya, ugutan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan pemberian maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan PATI di kawasan Kepulauan Tumpat."Bagaimanapun, pengadu menafikan dakwaan tersebut."Kami kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian selain menyiasat kemungkinan terdapat kaitan antara kejadian khianat berkenaan dengan maklumat yang diterima pengadu sebelum itu," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-7252482 atau hadir di balai polis berhampiran |
|
Dua pelajar maut, motosikal bertembung kereta - Sinarharian - 22/09 9:10 pm LANGKAWI - Dua pelajar sekolah menengah maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta di Jalan Nyior Chabang di sini pada Selasa.Mangsa dipercayai Muhammad Danial Afiq Barahan dan rakannya, Muhamad Amir Ashraf Muhamad Farid.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, polis menerima maklumat kejadian pada jam lebih kurang 1.51 petang membabitkan kematian dua pelajar sekolah menengah di daerah ini.Menurutnya, kemalangan berlaku membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki kedua-dua mangsa dengan tiga kereta lain."Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah dari arah Simpang Kenyum menghala ke Nyior Chabang."Setibanya di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai sedang memotong dua buah kereta dari laluan sama sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang datang dari arah hadapan," katanya.Beliau berkata, akibat impak pelanggaran yang kuat, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.Sementara itu, ketiga-tiga pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun berada dalam keadaan trauma.Jasad kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian memandu dengan melulu atau membahayakan.Beliau berkata, polis menyeru mana-mana orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka untuk tampil membantu siasatan.Pihaknya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar di atas kehilangan anak mereka akibat tragedi tersebut."Rentetan daripada kes ini, kami ingin menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kenderaan digunakan, terutamanya motosikal mempunyai lesen memandu yang sah serta mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan."Jangan sesekali membiarkan anak-anak menunggang dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya. |
|
Polis terima 24 laporan kes ceroboh tanah Hutan Simpan Tasik Bera - Mygazette - 22/09 3:04 pm Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang. Dalam majlis itu, Superintendan Afandi Husin akan memangku tugas Ketua Jabatan Pengurusan Pahang selepas pertukaran Asisten Komisioner selepas SAC Mohd Fakhrurazie Che Sulaiman ke Bukit Aman |
|
Pekerja tapak binaan kondominum maut terjatuh dari tingkat 25 - Mygazette - 22/09 3:04 pm Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa berusia 31 tahun ditemukan terbaring di tingkat 20 bangunan berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada jam 6.50 petang |
|
Kediaman Najib lengang, polis kekal kawalan keselamatan - Sinarharian - 22/09 1:55 pm KUALA LUMPUR - Keadaan di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini kekal tenang tanpa sebarang perkembangan terkini pada Selasa.Tinjauan mendapati tiada mana-mana individu yang berada di sekitar kediaman ini selain pihak polis dan petugas media.Turut kelihatan beberapa pengamal media yang berada di sekitar kediaman ini dipercayai sejak awal pagi bagi menunggu sebarang maklumat lanjut berhubung status bekas Perdana Menteri itu.Sinar Harian yang turut berada di lokasi ini mendapati beberapa anggota polis bersama sebuah balai polis bergerak ditempatkan di pagar luar kediaman terbabit.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis masih mengekalkan tahap kawalan keselamatan sedia ada di kediaman bekas Perdana Menteri itKetua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota polis di kawasan berkenaan masih kekal seperti yang diumumkan pada Ahad.Sebelum ini, empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman di Langgak Duta bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian.Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. |
|
Pekerja ditemui maut di tapak pembinaan - Sinarharian - 22/09 12:18 am GEORGE TOWN Seorang pekerja warga Myanmar ditemui maut di sebuah tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa berusia 31 tahun ditemukan terbaring di tingkat 20 bangunan berkenaan.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada jam berkenaan sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi."Hasil siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan tapak pembinaan sebuah bangunan kondominium setinggi 25 tingkat di Jelutong."Mangsa yang juga pekerja di tapak pembinaan berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat 25 ketika sedang menjalankan kerja pemasangan papan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, pemeriksaan terhadap badan mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan."Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat."Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. |
|
Tiada kawat, pagar besi akan dibina di kediaman Najib – Polis - Mygazette - 22/09 7:54 am # Tiada kawat, pagar besi akan dibina di kediaman Najib - Polis KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada pemasangan pagar besi akan dibina di kediaman Datuk Seri Najib Razak sekiranya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Jalan Langgak Duta di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam menepis khabar itu dan memberi jaminan tiada kawalan ketat akan dikenakan kerana pihaknya hanya bertanggungjawab berkaitan soal keselamatan di luar kediaman sahaja |
|
Yasin tarik balik dakwaan dadah 'bolos' di penjara - Sinarharian - 21/09 9:29 pm SHAH ALAM - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi.Yasin berkata, perkara yang pernah dikongsikan menerusi 'podcast' dan temu bual baru-baru ini sekadar pengalamannya sewaktu berada di dalam penjara.Menurut beliau, perkongsian tersebut dibuat berdasarkan situasi dialami dan difahaminya ketika melalui tempoh berkenaan.Kata Yasin, dirinya sedang mengalami episod bipolar mania pada waktu tersebut sebelum diarah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta Ipoh, Perak."Keadaan saya ketika itu mungkin telah mempengaruhi cara saya melihat, mendengar, memahami dan mentafsir perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya."Selepas mengambil maklum penjelasan Jabatan Penjara Malaysia dan melihat kembali keadaan yang saya lalui ketika itu, saya dengan ini menarik balik kenyataan berkenaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Pelantun Mimpi Laila itu mengakui kesal sekiranya perkongsian tersebut menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat.Tambah beliau, perkongsian pengalamannya itu tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjaramahupun memperkecilkan tugas pegawai dananggotanya."Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia atas kekeliruan yang timbul."Saya menghargai tugas dan khidmat pegawai serta anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menjalankan amanah dalam menjaga keselamatan, kebajikan dan proses pemulihan penghuni."Dengan penjelasan ini, saya harap segala kekeliruan daripada perkongsian saya sebelum ini dapat diperbetulkan dan diselesaikan dengan baik," ujarnya.Sebelum ini, Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah semasa menjalani hukuman penjara.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi itu.Menurut beliau, jabatan sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan serta program pemulihan yang dilaksanakan. |
|
“Tak, itu semua khabar angin” – Polis Sangkal Khabar Angin Pasang Pagar Besi Di Rumah Najib - Lobakmerah - 21/09 6:44 pm Antara yang diperkatakan termasuk dakwaan kononnya pagar besi akan dipasang dan kawalan keselamatan di rumah berkenaan akan diperketatkan. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Jabatan Penjara Tampil Jawab Dakwaan Yasin Sulaiman Mengenai D*dah Dalam Penjara - Lobakmerah - 21/09 5:16 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Polis buru enam ahli Geng Mista, Geng Sasi curi kabel TNB,... - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Polis buru enam ahli Geng Mista, Geng Sasi curi kabel TNB, TM TEMERLOH - Tiga kumpulan penjenayah 'Geng Mat Letrik', 'Geng Mista' dan 'Geng Sasi' dikenal pasti aktif kegiatan mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah ini sejak bulan Jun lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, tujuh orang suspek telah ditahan dalam serbuan melibatkan tiga buah kediaman dan dua buah kenderaan dalam tempoh lima hari, bermula 15 September lepas, di sekitar daerah ini |
|
Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara hadir di kediaman Najib - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara hadir di kediaman Najib KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat hadir di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini |
|
Penunggang motosikal maut dalam nahas 3 kenderaan di Lebuhraya Sultan .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Penunggang motosikal maut dalam nahas 3 kenderaan di Lebuhraya Sultan Iskandar KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah lori dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Terowong 2, Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Damansara, di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, nahas yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan lelaki tempatan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian |
|
Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib - Kosmo - 21/09 4:13 pm KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini |
|
Ketua Polis Daerah Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib - Sinarharian - 21/09 4:08 pm KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia dipercayai mengadakan mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.Mesyuarat itu dipercayai membabitkan perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.Setakat ini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa.Sebelum ini, Anuar Bakri memaklumkan polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung masa atau proses pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediaman itu.Beliau berkata, penugasan anggota polis di sekitar kediaman berkenaan juga masih dikekalkan pada tahap sedia ada dan kekuatan akan ditambah sekiranya menerima perkembangan terkini berkaitan proses berkenaan.Sebuah balai polis bergerak turut ditempatkan berhampiran kediaman Najib bermula jam 7 pagi hari ini sebagai persediaan keselamatan. |
|
[TERKINI] Tahanan rumah: Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara adakan mesyuarat di kediaman Najib - Astroawani - 21/09 3:55 pm Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta pada Isnin. |
|
KPD Sentul, pegawai penjara mesyuarat di rumah Najib? - Utusan - 21/09 3:55 pm KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara tiba di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini |
|
10,000 buku 'bekal ilmu' prospek penjara elak ulang jenayah - Sinarharian - 21/09 3:23 pm KOTA BHARU - Sebanyak 10,000 buku menjadi 'bekalan ilmu' kepada prospek di institusi penjara di Semenanjung sebagai sebahagian usaha membantu mereka berubah dan tidak kembali melakukan jenayah selepas dibebaskan.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, koleksi buku pelbagai kategori itu diperoleh menerusi kerjasama dengan Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan SMO Bookstores.Menurut beliau, buku berkenaan merangkumi bahan agama, fiksyen dan motivasi yang akan diedarkan ke semua institusi penjara kecuali Sabah, Sarawak untuk dimanfaatkan prospek sebagai bahan bacaan sepanjang menjalani hukuman."Kita mengharapkan masyarakat bersama-sama menyumbang buku, sama ada buku baharu atau yang sudah dibaca untuk diberikan kepada prospek di penjara."Program ini kita harap menjadi peluang kepada prospek untuk membaca dan pulih dalam kehidupan di penjara," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan SMO Bookstores di Blok Wanita, Penjara Pengkalan Chepa di sini.Beliau memberitahu, pendekatan berkenaan merupakan antara usaha menyokong prospek supaya mempunyai persediaan ilmu dan pemikiran lebih baik sebelum kembali ke tengah-tengah masyarakat.Mohamad Rosidek memberitahu, pihaknya berharap ilmu dan bahan bacaan yang diperoleh sepanjang berada di penjara dapat membantu mengurangkan risiko mereka mengulangi kesalahan atau residivis selepas dibebaskan."Kita harap mereka tidak residivis dan kembali masuk penjara sebab mereka berilmu," katanya.Jelas beliau, program berkenaan yang dilancarkan sejak Februari lalu merupakan inisiatif pertama pihaknya menggunakan pendekatan kolaborasi dengan sektor korporat untuk mendapatkan bahan bacaan bagi prospek.Menurutnya, sumbangan turut digerakkan menerusi 31 premis SMO Bookstores dengan masyarakat boleh membeli buku untuk disumbangkan, selain mendapat diskaun daripada pihak berkenaan."Kita harap selepas ini akan ada lagi agensi, korporat dan sebagainya membantu kita untuk menerima kembali prospek dengan apa cara sekalipun."Kita juga harap usaha ini dapat membantu mengurangkan stigma masyarakat terhadap mereka yang pernah menjalani hukuman penjara," katanya. |
|
'Mat rempit' di Persiaran Pulau Lumut masuk 'jerat' polis - Sinarharian - 21/09 2:24 pm KLANG Kegiatan samseng jalanan atau 'mat rempit' di Persiaran Pulau Lumut, Laguna Park Pulau Indah di sini digempur pada Ahad.Operasi bermula jam 6 petang itu digerakkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, sepanjang operasi, pemeriksaan telah dijalankan terhadap 12 individu dan 11 buah motosikal.Menurutnya, hasil pemeriksaan, sebanyak 49 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas."Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, kesalahan nombor pendaftaran, cermin sisi, ubah suai ekzos dan struktur peralatan, aksesori tidak sempurna, tidak memakai topi keledar serta penunggang bawah umur."Polis turut menyita 11 motosikal untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, operasi penguatkuasaan selama tiga jam itu membuktikan komitmen berterusan IPD Klang Selatan dalam membanteras kegiatan samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.Sebelum itu, pihak IPD Klang Selatan menerima aduan serta maklumat daripada orang awam berkaitan kegiatan samseng jalanan di sekitar lokasi terbabit sebelum pemantauan dan rondaan di sekitar Persiaran Pulau Lumut dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dilaksanakan pada Sabtu.Kata beliau, ini sebagai langkah pencegahan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara."BSPT IPD Klang Selatan akan terus mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam melalui pemantauan serta rondaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pematuhan undang-undang sentiasa diberi keutamaan."Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan dan kesalahan lalu lintas melalui Hotline IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau melalui platform media sosial Facebook rasmi Polis Klang Selatan," ujarnya. |
|
Penjara sesak, KPI tangkap penagih di Kelantan tetap jalan - Sinarharian - 21/09 2:07 pm KOTA BHARU - Kesesakan Penjara Pengkalan Chepa tidak halang Polis Kelantan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) menangkap seorang penagih dadah setiap hari.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mengakui keadaan itu masih mampu diuruskan menerusi pelbagai pendekatan termasuk penjara satelit dan program reintegrasi.Menurut beliau, pelaksanaan sasaran tangkapan penagih oleh Polis Kelantan merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan dan tidak seharusnya dilihat dari sudut kapasiti penjara semata-mata."Polis mempunyai KPI tersendiri dalam aspek keselamatan awam, manakala Jabatan Penjara pula mempunyai mekanisme bagi memastikan keselamatan dan pengurusan penghuni terus terjamin."Polis ada KPI dia, kami ada KPI kami |
|
Tiga geng curi kabel tumpas, tujuh suspek ditahan - Sinarharian - 21/09 2:04 pm TEMERLOH - Tujuh termasuk seorang wanita anggota tiga geng yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar daerah ini berjaya ditahan dalam beberapa siri serbuan di sini antara Selasa hingga Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun yang ditahan sekitar Temerloh dan Mentakab itu dipercayai anggota geng Mat Letrik, Geng Mista dan Geng Sasi.Menurutnya, semua anggota geng terbabit termasuk enam yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam lima kes curi kabel komunikasi dan utiliti milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) yang dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini dengan anggaran kerugian kira-kira RM100,000."Susulan penahanan suspek terlibat, polis turut merampas sejumlah kabel, sebuah kereta dan lori serta alat pembuka 'main hole' yang digunakan dalam kegiatan tersebut."Hasil soal siasat dijalankan mendapati tiga suspek terlibat secara langsung mencuri kabel manakala dua lagi membantu proses kabel dicuri untuk mendapat logam berharga terutama tembaga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Temerloh di sini pada Isnin.Mohd Nasyim berkata, semakan mendapati empat suspek memiliki rekod lampau berkait dadah dan jenayah."Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek, salah seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamime."Semua suspek kini ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan dan kes disiasatdi bawah Seksyen 379 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan."Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 235 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali,"katanya.Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan tujuh suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan."Polis telah selesai buat soal siasat ke atas semua suspek yang ditahan dan perintah reman yang berakhir pada Selasa dijangka akan dilanjutkan untuk melengkapkan siasatan," katanya.Menurutnya, tindakan akan diambil termasuk mengantung lesen kepada premis atau kedai barang lusuh yang didapati membeli kabel curi. |
|
Dadah 'bolos' dalam tahanan: Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman - Sinarharian - 21/09 1:27 pm KOTA BHARU - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi itu.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi penjara.Menurut beliau, Jabatan Penjara sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan serta program pemulihan yang dilaksanakan."Tidak benar |
|
Tahanan rumah Najib: Polis kekal penugasan di kediaman - Sinarharian - 21/09 10:21 am KUALA LUMPUR Polis mengekalkan tahap kawalan keselamatan sedia ada di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota polis di kawasan berkenaan masih kekal seperti yang diumumkan pada Ahad."Setakat ini, tiada pertambahan anggota kerana kita masih belum menerima sebarang maklumat."Sekiranya terdapat perkembangan atau maklumat terkini yang mengesahkan tahanan rumah Datuk Seri Najib akan dilaksanakan di Langgak Duta, kita akan menambah kekuatan anggota," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Ketika ditanya sama ada pihaknya menerima sebarang pengesahan mengenai bila Najib akan dipindahkan dari penjara, beliau berkata, setakat ini tiada maklumat diterima."Belum lagi |
|
Penunggang maut digilis, polis kesan pemandu treler - Sinarharian - 21/09 9:23 am IPOH Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai digilis sebuah treler dalam kejadian kemalangan disyaki langgar lari di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila motosikal jenis Yamaha NVX dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.Menurut beliau, mangsa, seorang berusia 27 tahun, dipercayai digilis treler berkenaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Muhammad Najib berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pemandu serta treler yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.Katanya, keluarga mangsa juga telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.Dalam pada itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.Jelasnya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.Semalam laluan berkenaan mengalami kesesakan sehingga lima kilometer susulan kemalangan terbabit. |
|
Hidu asap, cedera akibat kebakaran punca tiga sekeluarga maut - Sinarharian - 20/09 9:18 pm IPOH Dua daripada tiga mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini pada awal pagi Ahad, meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap dalam kejadian kira-kira jam 3.53 pagi itu.Menurutnya, ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 64 tahun serta dua lelaki masing-masing berusia 70 dan 18 tahun."Berdasarkan hasil bedah siasat, dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran manakala seorang lagi akibat terhidu asap."Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Muhammad Najib berkata, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian bagi mengawal keselamatan serta menjalankan operasi pemadaman.Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi.Sementara itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa.Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri warga emas bersama cucu lelaki mereka ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Desa Tambun di sini awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan isterinya, Zaitun Mohamed, 64, serta cucu mereka, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan. |
|
Rumah terbakar: Hidu asap, cedera punca 3 sekeluarga maut - Kosmo - 20/09 9:07 pm IPOH – Bedah siasat mendedahkan punca kematian dua mangsa kebakaran rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini awal pagi tadi adalah kecederaan berkaitan kebakaran. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan itu juga menunjukkan seorang lagi mangsa maut akibat terhidu .. |
|
Muatan besi cerucuk dibawa lori terjatuh ketika membelok - Sinarharian - 20/09 4:06 pm KLANG - Muatan besi cerucuk yang dibawa sebuah lori terjatuh di jalan sebelum terkena bahagian hadapan kanan sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan Jalan Kapar-Persiaran Hamzah Alang di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta.Menurutnya, siasatan mendapati lori dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan dari Jalan Kapar menghala ke Meru."Siasatan awal mendapati, semasa membelok ke kiri, berlaku masalah teknikal pada bahagian belakang lori sehingga menyebabkan muatan besi cerucuk terjatuh ke atas jalan dan terkena bahagian hadapan sebelah kanan kereta yang dipandu wanita berusia lingkungan 40-an."Kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kesesakan jalan raya dipercayai berpunca akibat sebuah lori yang membawa muatan besi cerucuk.Ramsayberkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 94 dan 170/59."Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Sarjan Mohammad Mohd Kodin di talian 011-23831459 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
3 maut, 9 cedera kemalangan libat 12 motosikal dan 3 kereta - Mygazette - 20/09 2:51 pm # 3 maut, 9 cedera kemalangan libat 12 motosikal dan 3 kereta IPOH Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam jam 3.35 pagi |
|
Lelaki warga Bangladesh disyaki kurang siuman cetus kekecohan di KLIA - Utusan - 20/09 1:31 pm SEPANG: Polis mengesahkan seorang lelaki warga Bangladesh yang tular kerana berkelakuan agresif dan mengganggu penumpang di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu dipercayai kurang siuman. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang ketika lelaki berusia 26 tahun itu berada di kaunter sebuah .. |
|
Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan bermula esok, bantu kawal proses pulang - Sinarharian - 20/09 1:12 pm KUALA LUMPUR - Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mulai esok.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula jam 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.Beliau berkata, penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan."Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong."Ia bukan tugas yang diarahkan untuk kawalan Datuk Seri Najib, tetapi untuk kawalan keselamatan semasa proses pemindahan beliau selepas membayar denda, dari penjara ke rumah," katanya ketika dihubungi media pada Ahad.Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anuar Bakri berkata, pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu."Saya tidak boleh beri pengesahan sebab saya pun tidak dapat apa-apa maklumat, tetapi satu daripada rumah rasmi Datuk Seri Najib di bawah tanggungjawab saya."Terdapat kemungkinan kediaman lain milik Datuk Seri Najib turut berada dalam pertimbangan, namun perkara itu belum dapat dipastikan," katanya.Mengulas pihak yang bertanggungjawab mengawasi sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, Anuar Bakri berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, tanggungjawab berkenaan adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukan PDRM.Empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman berkenaan semalam bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian." PDRM hanya memudah cara pergerakan Datuk Seri Najib untuk masuk dan pada masa sama menjaga keselamatan pemberita," katanya.Anuar Bakri berkata, penempatan anggota polis ketika proses berkenaan dijangka melibatkan seorang penyelia bersama dua anggota, selain dibantu unit kereta peronda (MPV).Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd |
|
Tular lelaki mengamuk di KLIA, disyaki kurang siuman - Sinarharian - 20/09 11:13 am SEPANG - Suasana di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menjerit serta mengganggu penumpang lain dalam kejadian pada Khamis lalu.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihak kawalan keselamatan terminal yang hadir untuk menenangkan keadaan kemudian membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Terminal 1 bagi tindakan lanjut.Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Bangladesh pada jam 10.20 malam."Semasa tempoh bertenang, suspek dilihat tidak dapat mengawal diri dan bertindak agresif."Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan agresif di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.Ravi berkata, pihak kedutaan turut dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan penyebaran berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran di tempat awam. |
|
Kilang kayu proses hasil hutan tidak bercukai diserbu - Sinarharian - 20/09 12:00 am TANAH MERAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) membongkar kegiatan sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Kecil di sini yang dipercayai memproses hasil hutan tidak bercukai, dengan keseluruhan rampasan bernilai RM1.4 juta dalam serbuan pada Sabtu.Operasi pada jam 2 petang itu turut membawa kepada penahanan empat lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun, termasuk seorang kerani kilang.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi bersepadu menerusi Op Taring Wawasan itu dijalankan sepasukan anggota Risik Batalion 8 PGA dengan bantuan Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah.Menurut beliau, pemeriksaan di premis berkenaan mendapati seorang lelaki sedang mengendalikan jentera berat membawa muatan kayu ke kawasan mesin bandsaw, manakala tiga lagi lelaki sedang memotong kayu menggunakan mesin berkenaan."Pemeriksaan lanjut mendapati kerani kilang berusia 27 tahun gagal mengemukakan permit pemindahan kayu daripada Jabatan Perhutanan."Pihak Jabatan Perhutanan Tanah Merah yang hadir ke lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan kayu-kayu yang terdapat di kawasan kilang dipercayai tidak bercukai," katanya kepada pemberita pada Ahad.Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati mesin dan jentera di premis berkenaan disyaki digunakan untuk memproses kayu yang tidak bercukai.Serbuan itu membawa kepada rampasan sebuah jentera berat jenis Caterpillar berwarna kuning tanpa nombor pendaftaran yang dianggarkan bernilai RM800,000.Turut dirampas dua unit mesin Cross Cut bernilai RM70,000, dua unit Band Saw bernilai RM500,000, 13 mata gergaji bernilai RM26,000 serta 290 batang kayu hutan pelbagai saiz dan spesies dianggarkan bernilai RM29,000."Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1.4 juta," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |