| /// |
|
| Search : Anugerah News | Page 1 |
|
Lebih 30 usahawan terima pengiktirafan BISA 2026 - Sinarharian - 7/05 12:54 am PETALING JAYA Lebih 30 usahawan dan organisasi daripada pelbagai sektor menerima pengiktirafan dalam Bisnes Sinar Harian Awards BISA 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel di sini pada Rabu.Pengiktirafan itu merangkumi pelbagai bidang termasuk hospitaliti, fesyen, kesihatan, pendidikan, teknologi, peruncitan dan logistik yang dilihat menjadi pemacu utama pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Anugerah Pilihan Juri menjadi antara segmen paling mencuri tumpuan apabila lima entiti berpengaruh dipilih berdasarkan pencapaian luar biasa serta impak besar dalam industri masing-masing.Antara penerima bagi kategori tersebut ialah Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin), Casalwa Holdings, PKNS Bizz Point, Bank Rakyat serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA yang disifatkan sebagai peneraju dalam bidang masing-masing.Penerima lain ialah Boustead Hotels & Resorts yang meraih pengiktirafan dalam kategori hospitaliti, selain Nurrifa bagi inovasi herba serta jenama Christy Ng sebagai peneraju jenama fesyen tempatan.KDEB Waste Management pula diiktiraf dalam inovasi pengurusan sisa, manakala pereka fesyen Kashfi Zulkufli dan Casalwa Holdings masing-masing menerima pengiktirafan sebagai ikon dalam industri fesyen.Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA serta jenama Cuura pula masing-masing menerima Anugerah Hospitaliti Premium Wanita dan Anugerah Peneraju Jenama Kecantikan Tempatan selain SuperLife World pula dinobat sebagai penerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global.Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin turut menerima Anugerah Inspirasi Usahawan Selebriti sekali gus membuktikan peranan selebriti dalam dunia keusahawanan semakin berkembang.Selain itu, Mydin diiktiraf sebagai peneraju peruncitan, manakala Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Bank Rakyat masing-masing menerima anugerah berkaitan kelestarian korporat serta pembangunan usahawan.Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula dianugerahkan kepada Pengarah & Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris sebagai penghargaan terhadap sumbangan berterusan dalam industri pelancongan.Perasmian BISA 2026 disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.Hadir sama, Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan. |
|
Andalusia terima Anugerah Sepanjang Hayat BISA 2026 - Sinarharian - 7/05 12:17 am PETALING JAYA - Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) diangkat sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026.Anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong sempena Malam BISA 2026, di Royale Chulan Damansara, di sini, pada Rabu.Pengarah & Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, penghormatan atas pengiktirafan tersebut amat bermakna buat seluruh keluarga Andalusia.Beliau percaya, kekuatan sebenar tidak datang daripada kejayaan semata-mata tetapi kesabaran menghadapi dan ujian dan keberanian untuk terus bangkit."Ini bukan milik saya seorang tetapi pertamanya milik bonda saya, seorang wanita yang mendidik saya tentang erti ketabahan"Ini juga hasil bimbingan suami saya Haji Ibrahim yang sebenarnya menjadi seorang suami, sahabat perjuangan, rakan bergaduh setiap hari serta seluruh warga Andalusia yang bersama-sama membina perjalanan Andalusia ini."Semoga segala usaha kecil kami menjadi manfaat pada ummah dan generasi akan datang," katanya ketika berucap pada malam BISA 2026.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan.Lebih 30 penerima anugerah terdiri daripada pelbagai sektor dan industri diraikan termasuk lima penerima Anugerah Pilihan Juri.Penerima bagi kategori tersebut ialah Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin), Casalwa Holdings, PKNS Bizz Point, Bank Rakyat serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA yang disifatkan sebagai peneraju dalam bidang masing-masing. |
|
KRU, Ella terima pengiktirafan BISA 2026 - Sinarharian - 6/05 10:46 pm PETALING JAYA - Kumpulan rap legenda KRU dianugerahkan sebagai Peneraju Industri Kreatif, manakala Ratu Rock, Ella menerima Anugerah Inspirasi Usahawan Selebriti sempena Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026, anjuran Sinar Harian di bawah Karangkraf.BISA 2026 disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, di Royale Chulan Damansara di sini pada Rabu.Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta pengaruh mereka dalam dunia keusahawanan dan industri kreatif tanah air.KRU menjadi antara nama besar dalam industri kreatif tempatan menerusi kejayaan mereka membina jenama serta memperluas pengaruh dalam pelbagai cabang perniagaan kreatif dan hiburan.Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima."Walaupun pernah menang anugerah dalam kategori-kategori lain yang mengajuran pihak ketiga dan lain-lain, tapi ini adalah yang kali pertama pihak media memberikan anugerah kepada kami sebagai usahawan."Jadi ini satu pengalaman yang besar kerana mengiktiraf kejayaan kumpulan syarikat KRU dan sumbangan saya, Yusri dan Edri kepada industri, ini satu penghargaan yang begitu bermakna bagi saya dan bagi KRU," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Sementara itu, pemilihan Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, sebagai penerima Anugerah Inspirasi Usahawan Selebriti sejajar dengan penglibatan aktif beliau dalam bidang perniagaan dan agropreneur selain menjadi inspirasi kepada ramai usahawan wanita.Ella yang merupakan pengasas bersama Ben Jawi Plantation mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak 2017.Kemudiannya, beliau menceburi bidang fesyen menerusi jenama Rockqueen.Anugerah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zambri Rambli dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan. |
|
Sinar Harian angkat suara rakyat, perkasa komuniti bisnes - Steven - Sinarharian - 6/05 9:40 pm PETALING JAYA - Bermula sebagai akhbar kecil di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 2006, Sinar Harian hari ini muncul sebagai antara platform media berpengaruh negara yang konsisten mengangkat suara rakyat serta memperkasa komuniti perniagaan tempatan.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya memuji penganjuran kali kedua Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Damansara pada Rabu.Ketika ucapan perasmian, Steven akui berbangga apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang mengambil inisiatif mengiktiraf kemampuan dan kebolehan usahawan tempatan, khususnya usahawan Melayu.Menurut beliau, Sinar Harian bukan sahaja berkembang sebagai sebuah organisasi media, tetapi turut memainkan peranan dalam membentuk wacana awam."Sinar Harian telah memberi ruang kepada suara rakyat dan membantu kita memahami isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian."Saya hadir anugerah bisnes anjuran media berbahasa Cina, ada usahawan Melayu yang menang anugerah |
|
BISA 2026 angkat PMKS tonggak pertumbuhan negara - Sinarharian - 6/05 9:13 pm PETALING JAYA - Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara diraikan di Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026, platform pengiktirafan perniagaan nasional anjuran Sinar Harian di bawah Karangkraf.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Berlangsung dengan kehadiran pemimpin negara dan pemain industri, BISA 2026 bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, sebaliknya satu inisiatif berkepentingan nasional untuk mengiktiraf ketahanan, integriti serta sumbangan signifikan usahawan tempatan kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti.PMKS menyumbang lebih 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat, namun kisah perjuangan dan kecekalan mereka jarang diketengahkan.Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, BISA diwujudkan untuk merapatkan jurang tersebut dengan meletakkan kisah sebenar keusahawanan di tengah wacana nasional.Menurutnya, pendekatan itu selari dengan peranan Sinar Harian yang sejak sekian lama memastikan suara dan realiti ekonomi rakyat diberi ruang yang sewajarnya dalam liputan arus perdana."BISA mencerminkan peranan media sebagai pemangkin pembangunan negara, bukan sekadar penyampai maklumat |
|
Malaysia tapau emas Asia! Program NTIS bukti teknologi tempatan bukan sekadar cakap kosong - Harapandaily - 6/05 2:45 pm Malaysia mencatat pencapaian baharu apabila program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) meraih anugerah emas di Asia-Pacific Stevie Awards 2026, sekali gus mengangkat negara sebagai pemain serius dalam arena inovasi serantau |
|
Bayangkan jika impak RM200j pesta air Rain Rave dibawa ke Langkawi? .. - Mygazette - 5/05 10:04 pm Apa yang lebih ironis, Langkawi menduduki tempat kedua (92.99 mata) dalam Top Islands: Readers Choice Award 2025 oleh Cond Nast Travelerjauh mengatasi Bali (ke-6) dan Phuket (ke-9). Ini membuktikan dunia mengakui keindahan Langkawi, tetapi kepimpinan PAS Kedah gagal menterjemahkan anugerah tersebut kepada angka ketibaan pelancong yang sebenar, katanya menerusi Facebook hari ini |
|
Tahniah Awak Ada Bakat, Tapi Semoga Satu Hari Nanti Awak Dikurniakan Hidayah – Netizen - Rotikaya - 5/05 6:13 pm Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda merangkul trofi sulung dalam dunia teater apabila dinobat sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA) |
|
SPRM berdepan cabaran rasuah moden, rentas sempadan - Sinarharian - 5/05 3:25 pm BANGI - Modus operandi jenayah yang lebih tersusun dengan teknologi digital serta transaksi rentas sempadan menjadi cabaran dalam usaha membanteras rasuah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, senario itu menuntut warga suruhanjaya berdepan cabaran baharu dengan tahap profesionalisme, ketelusan dan integriti yang lebih tinggi.Menurutnya, SPRM turut berdepan cabaran persepsi serta kepercayaan awam dalam era maklumat tanpa sempadan apabila setiap tindakan penguatkuasaan sentiasa diperhatikan dan dinilai masyarakat di dalam serta luar negara."Evolusi modus operandi rasuah kini semakin canggih, melibatkan penggunaan teknologi digital, transaksi rentas sempadan serta jaringan yang lebih tersusun."Amat penting untuk kita terus memperkukuhkan daya tahan organisasi, meningkatkan kompetensi warga kerja serta mengamalkan budaya kerja berintegriti," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM Tahun 2025 bertemakan Integriti Dijulang, Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini pada Selasa.Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi.Tambah Azam, tema berkenaan bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi prinsip asas dan nadi kepada setiap tindakan serta keputusan warga SPRM dalam melaksanakan amanah kepada negara.Pada majlis itu, seramai 233 warga SPRM menerima APC membabitkan 146 penerima dari Ibu Pejabat dan 87 lagi dari SPRM negeri.Selain itu, sebanyak 33 Anugerah Khas dan dua Anugerah Emas turut disampaikan menerusi Anugerah Ketua Pesuruhjaya (AKPJ) membabitkan 67 pencalonan yang diterima.Jelas Azam, pencapaian berkenaan membuktikan kecemerlangan berteraskan integriti terus subur dalam organisasi itu, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap SPRM.Pada majlis itu juga, Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM turut menerima Anugerah Khas AKPJ menerusi tajuk projek Pengiktirafan Antarabangsa Bagi Komunikasi Strategik (ASEAN Awards dan RAGAN).Bagi Anugerah Emas AKPJ pula diterima oleh Bahagian Siasatan SPRM atas kejayaan membongkar Kartel Perolehan Angkatan Tentera Malaysia melalui Ops Parasit dan Ops Star mananakala Bahagian Perundangan dan Pendakwaan menerusi Kejayaan Kes Berprofil Tinggi: Public Prosecutor vs Mohd Najib bin Abdul Razak (IMDB)."SPRM juga perlu berbangga kerana telah mencapai kecemerlangan di dalam dan luar negara antaranya menerusi permeteraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan negara luar misalnya bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Arab Saudi yang mencerminkan keyakinan negara-negara ini terhadap prestasi SPRM," katanya. |
|
TNB diarah bayar RM4.7 juta atas kecuaian sebabkan banjir di Cameron - FMT - 5/05 2:24 pm Mahkamah Tinggi anugerah ganti rugi kepada 100 plaintif berhubung operasi empangan yang menyebabkan banjir kilat di Lembah Bertam, 13 tahun lalu. |
|
Jalil Hamid penghibur unik, bakat tersendiri - Fahmi - Sinarharian - 4/05 4:42 pm SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai penghibur unik dengan gaya dan bakat tersendiri.Menurut beliau, negara kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air."Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu."Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Allahyarham."Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini."Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah," ujarnya.Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, yang mempunyai masalah jantung menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.Menceburi bidang seni sejak 1984, Jalil yang popular dengan single berjudul Ayam dan Raya pernah membintangi filem popular seperti Wanita Bertudung Hitam yang ditayangkan pada tahun 1992, Baginda (1997), Bisik Pada Langit (2017) dan Zombi Kampung Pisang (2007).Allahyarham terlibat dalam penghasilan lebih 30 filem, 25 lagu serta 70 telefilem dan drama tempatan sepanjang pembabitannya.Beliau turut memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Baginda pada Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bertajuk Calon Syurga di Anugerah Skrin 2016 dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Bisik Pada Langit) pada Anugerah Telenovela 2018. |
|
Lima juara dunia rebut Anugerah SAM - Sinarharian - 4/05 4:38 pm PERSAINGAN bagi merebut gelaran Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025 dijangka sengit apabila lima atlet bertaraf juara dunia daripada lima sukan disenaraikan sebagai calon utama.Mendahului pencalonan ialah jaguh wushu wanita, Tan Cheong Min yang mencatat pencapaian cemerlang dengan meraih tiga pingat emas pada Kejuaraan Dunia di Brazil tahun lalu.Atlet berusia 27 tahun itu bakal dicabar beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang muncul juara dunia di Perancis pada Ogos lalu.Senarai pendek itu turut menampilkan atlet boling padang wanita, Emma Firyana Saroji yang menjuarai Kejohanan Boling Padang Piala Dunia di Stadium Juara, Bukit Kiara, November lalu.Dua lagi calon ialah jaguh boling lelaki Muhammad Rafiq Ismail yang meraih emas dalam acara berpasukan di Piala Dunia Persekutuan Boling Dunia (IBF) di Hong Kong serta Mohd Abdul Latif Maxzakir dari sukan pencak silat yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.Sementara itu, saingan bagi Anugerah Atlet Para Terbaik 2025 menyaksikan persaingan sengit antara tiga atlet paralimpik negara iaitu Cheah Liek Hou (para badminton), Bonnie Bunyau Gustin (para powerlifting) dan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga).Ketiga-tiga mereka akan berdepan cabaran dua perenang para, Abdul Halim Mohammad yang meraih lima pingat emas, satu perak dan satu gangsa serta Carmen Lim yang mengumpul dua emas, empat perak dan satu gangsa pada Sukan Para ASEAN di Thailand tahun lalu.Presiden SAM Norismadi Abd Manap memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa pemenang bagi dua kategori utama itu akan menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi pada majlis yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel pada 13 Mei ini."Anugerah SAM-100PLUS 2025 turut menghargai sumbangan wartawan sukan menerusi penyampaian anugerah bagi enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik."Sementara itu, pemenang keseluruhan bagi kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel," katanya |
|
Oscar Mengatakan Lakonan dan Skrip Janaan AI Tidak Boleh Terima Anugerah - Amanz - 4/05 8:45 am Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) mengumumkan peraturan Oscar baharu berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang mengatakan hanya lakonan manusia sebenar dengan kredit diberikan secara rasmi dan skrip ditulis sepenuhnya layak menerima anugerah |
|
Dua karya kongsi anugerah utama, Nabila Huda Pelakon Pembantu Terbaik - Kosmo - 4/05 12:52 am Kemenangan tersebut menewaskan empat karya lain iaitu ... Read more The post Dua karya kongsi anugerah utama, Nabila Huda Pelakon Pembantu Terbaik appeared first on Kosmo Digital . |
|
Hyundai Ioniq 5 N Dan 6 N Kini Dibuka Untuk Tempahan, Dipamerkan Di Penang Autoshow 2026 - Piston - 3/05 4:58 pm Hyundai Motor Malaysia telah mengumumkan bahawa tempahan bagi model pemenang anugerah, Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N, kini telah dibuka, sempena penampilan Ioniq 5 N di Penang Autoshow 2026 yang beakhir hari ini |
|
3 Anak Muda Malaysia Terpilih Terima Penghormatan Diraja Di London - Vocket - 2/05 3:10 pm Tiga anak muda Malaysia telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pemimpin Muda 100 Queen Elizabeth II Commonwealth Trust (QECT) 2026, menyertai 97 penerima lain dari seluruh.. |
|
3 Anak Muda Malaysia Terpilih Terima Penghormatan Diraja Di London - Hotfm - 2/05 3:10 pm Tiga anak muda Malaysia telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pemimpin Muda 100 Queen Elizabeth II Commonwealth Trust (QECT) 2026, menyertai 97 penerima |
|
Ketua Setiausaha Kementerian Luar antara penerima Anugerah Tokoh Hari Pekerja Negara - Sinarharian - 1/05 2:28 pm KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Imam Besar Negeri Kelantan Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.Amran menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan Tertinggi), manakala Muhammad Hana mendapat Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan dan Profesional).Bagi Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana) diberikan kepada Penolong Pegawai Latihan Vokasional Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dr N Thinakaran.Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd Ariffin Sabirin pula menerima Anugerah Tokoh Pekerja (Eksekutif), dan Sayyidatul Aisyah Sulaiman daripada Syarikat Aerospace Technology Systems Corp diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja (Bukan Eksekutif).Anugerah Tokoh Pekerja (OKU) pula diberikan kepada Muhammad Adib Ibrahim, Anugerah Majikan Terbaik Negara (Syarikat Besar/GLC) dianugerahkan kepada Telekom Malaysia (TM), manakala Anugerah Majikan Terbaik Negara (SME) diberikan kepada Green Resource Recovery Sdn Bhd.Sarawak Teacher's Union pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Sektor Awam), manakala Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Sektor Swasta) diberikan kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia,Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPPRSM) membawa pulang Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Badan Berkanun).Sementara itu, Terrence Tan Jian Wai daripada STAR Media Group menerima Anugerah Media Terbaik (Individu), manakala Anugerah Media Terbaik (Agensi) diberikan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kontinjen Terbaik Hari Pekerja 2026.Kesemua penerima bagi 14 kategori itu membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama plak penghargaan.Bertemakan "Pekerja MADANI Kesuma Bangsa", majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei itu ialah platform bagi menghargai sumbangan besar tenaga kerja negara selain memperkukuh ekosistem kerjaya menerusi penawaran peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran |
|
Harta intelek pemangkin jenama tempatan ke pentas global - Sinarharian - 1/05 9:30 am Ia juga membuktikan setiap kejayaan atlet disokong oleh inovasi serta perlindungan IP.Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang menjuarai acara keirin dalam siri Piala Dunia Trek UCI musim ini menjadi contoh bagaimana inovasi memainkan peranan penting di sebalik pencapaian sukan.Menurut Yusnieza, elemen IP wujud dalam pelbagai aspek termasuk kasut berteknologi tinggi, reka bentuk basikal, hak penyiaran, kandungan media dan strategi penjenamaan atlet."Sumbangan kepada industri sukan bukan hanya daripada atlet, tetapi juga produk sokongan seperti minuman tenaga yang turut dilindungi IP. Ini menunjukkan IP merangkumi kreativiti dan inovasi yang luas," ujarnya.Pendekatan ini turut diketengahkan melalui Anugerah Inspirasi Madani yang diperkenalkan dalam HHIN 2026 bagi mengiktiraf inovasi dan kekuatan jenama tempatan.IP buka peluang kerjaya, pembiayaanDalam jangka panjang, MyIPO berharap HHIN dapat membuka minda generasi muda agar meneroka peluang dalam inovasi dan keusahawanan, bukan hanya bergantung kepada sektor kerajaan.Bidang IP sendiri menawarkan pelbagai kerjaya seperti ejen paten, ejen cap dagang dan perunding IP yang memerlukan pensijilan serta kepakaran tertentu |
|
Azizulhasni, PKBM Terima Anugerah BrandLaureate - Siakapkeli - 30/04 9:39 pm KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang menerima pengiktirafan Book of World Records daripada The BrandLaureate, |
|
Azizulhasni, PKBM terima anugerah BrandLaureate - Sinarharian - 30/04 4:01 pm JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang menerima pengiktirafan Book of World Records daripada The BrandLaureate, iaitu anugerah penjenamaan berprestij di Malaysia dan rantau Asia-Pasifik.Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memaklumkan Muhammad Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman menerima penghargaan berkenaan baru-baru ini, selepas menghadiahkan pingat emas acara keirin dan perak dalam acara pecut individu pada kejohanan trek Piala Dunia 2026 di Velodrom Nasional."PKBM ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni kerana menerima anugerah Book of World Records daripada The BrandLaureate |
|
ULASAN Sasterawan Negara: Mengiktiraf karya, bukan jasad - Mkini - 30/04 9:00 am ULASAN Menyangkal Rem Dambul berkaitan Anugerah Sastera Negara buat Mana Sikana. |
|
Mercedes-Benz Malaysia rai pengedar terbaik di anugerah Retail Partner of the Year 2025 - Careta - 30/04 7:48 am Pada edisi kali ini, NZ Wheels Bangsar & KL-Northeast muncul sebagai pemenang utama, merangkul gelaran paling berprestij Retail Partner of the Year 2025 |
|
Founder Produk Dedah ‘Dark Side’ Jadi Penaja Anugerah, Mahu Bangkit Semula – “Saya Pernah Bagi RM3 Juta Tapi Dihentam Teruk” - Beautifulnara - 28/04 12:43 am Dalam satu hantaran yang tular, Khyra secara terbuka mengajak artis tempatan untuk bekerjasama, sambil mendedahkan kerugian besar yang pernah ditanggung sebelum ini. Advertisement Ada tak Artis2 […] The post Founder Produk Dedah Dark Side Jadi Penaja Anugerah, Mahu Bangkit Semula Saya Pernah Bagi RM3 Juta Tapi Dihentam Teruk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Evanescence Kembali Ke Malaysia Satu-Satunya Konsert Di Asia Tenggara Selepas 14 Tahun - Vocket - 28/04 11:47 am Fenomena rock antarabangsa dari Amerika Syarikat yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Evanescence, bakal membuat kemunculan semula di Malaysia selepas 14 tahun |
|
Evanescence Kembali Ke Malaysia Satu-Satunya Konsert Di Asia Tenggara Selepas 14 Tahun - Hotfm - 28/04 11:47 am Fenomena rock antarabangsa dari Amerika Syarikat yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Evanescence, bakal membuat kemunculan semula di Malaysia selepas 14 |
|
PN beri isyarat kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 7:22 am KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) memberi isyarat terbuka untuk membentuk jajaran baharu bersama Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan ketika kemelut politik di negeri itu dilihat semakin meruncing.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemungkinan kerjasama itu sebagai satu pilihan yang tidak mustahil demi menamatkan krisis pentadbiran yang sedang berlaku ketika ini.Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, langkah seterusnya bergantung kepada perkembangan politik yang berlaku di negeri tersebut dalam masa terdekat."Apa yang berlaku di Negeri Sembilan daripada awal sampai sekarang ini memang saya rasa bukan dalam makluman saya sahaja, malah dalam makluman semua orang pun."Kita akan perhatikan apa langkah seterusnya yang akan berlaku. Jadi kita tengok daripada situlah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2024/2025 di sini pada Isnin.Mengulas mengenai dakwaan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN yang menyatakan sokongan terhadap pembentukan kerajaan baharu bersama BN, Ahmad Samsuri menegaskan gabungan itu masih berada dalam keadaan stabil.Jelas beliau, pihaknya sedia maklum mengenai perkembangan terbaharu itu dan akan terus memantau situasi semasa sebelum sebarang keputusan drastik diambil."Setakat ini dalam PN, kita tidak ada apa-apa perbezaan dengan apa yang berlaku di sana (Negeri Sembilan) |
|
Syarifah Khyra, Pengasas Felleraskin Mahu Bangkit Semula. Dulu Rugi RM3 Juta Taja Anugerah Di Stesen TV Swasta - Murai - 27/04 4:30 pm Dalam satu hantaran yang mencuri perhatian, Khyra secara terbuka meluahkan keinginan untuk bekerjasama dengan lebih […] The post Syarifah Khyra, Pengasas Felleraskin Mahu Bangkit Semula. Dulu Rugi RM3 Juta Taja Anugerah Di Stesen TV Swasta appeared first on Murai MY . |
|
Penyertaan ramai golongan muda dalam UMNO satu perkembangan positif .. - Mygazette - 27/04 8:04 am Jadi, ini menunjukkan satu perkembangan yang baik dan kami akan lebih bersifat engage dengan anak-anak muda ini, katanya di sini hari ini. Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 dan Majlis Prapelancaran Anugerah Pendidik Global 2026 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini |
|
Elak Politikkan Isu Kemasukan Pelajar Ke IPTA Zambry - Wrlr - 26/04 4:36 pm Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hadir pada Majlis Pelancaran Anugerah Pendidik Global (GEA) 2026 di Bilik Senat Dewan Tuanku Canselor UPSI Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjong Malim pada 26 April 2026 |
|
Pandu Puteri Malaysia terima pengiktirafan ASEAN, Asia Records - Sinarharian - 26/04 1:18 pm KUALA LUMPUR - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) melakar sejarah tersendiri apabila penganjuran Kem Jade 2026 berjaya mencipta dua rekod peringkat ASEAN dan Asia.Kem yang disertai 2,031 peserta dari seluruh negara itu diiktiraf sebagai 'Kem Pandu Puteri Terbesar di stadium bersebelahan Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia sempena Sambutan Ulang Tahun ke-110'.Pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh kepada Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng di Stadium Merdeka di sini.Soo Keng berkata, penganjuran di lokasi bersejarah dengan berlatarbelakangkan Menara Merdeka 118 itu menambah nilai simbolik kepada sambutan berkenaan.Menurut beliau, program tersebut bukti semangat perpaduan dan kepimpinan yang berterusan yang telah membentuk Pandu Puteri di Malaysia selama lebih satu abad."Dalam keghairahan untuk menerima kecerdasan buatan (AI) tanpa batas sehingga kita mengabaikan keunikan sebagai rakyat negara ini."Kita memerlukan peringatan dalam sejarah dengan menghubungkan warisan negara yang kaya dengan visi masa depan yang mampan dan berdaya maju," katanya ketika berucap.Kem Jade 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.Soo Keng berkata, anugerah itu merupakan pencapaian tertinggi buat PPPM sejak penubuhannya tahun 1916."Kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada ASEAN dan Asia Records serta terima kasih kepada ahli-ahli merangkumi kelip-kelip hingga Trefoil Guild yang menjayakan perancangan ini."Kem ini akan terus menjadi titik pertemuan fizikal dan bermakna dalam usaha membangunkan potensi kanak-kanak perempuan serta wanita muda," katanya lagi.Sementara itu, Izwan Hasli berkata, selaku penyedia lokasi, pencapaian PPPM merupakan aspirasi besar yang membanggakan apabila mengangkat nama negara di persada serantau.Tambahnya, program tersebut menjadi platform pembelajaran holistik dalam membentuk jati diri serta kepimpinan generasi muda."Kem ini bukan sekadar perkhemahan sebaliknya ia mengasah kemahiran kepimpinan, memperkukuh disiplin serta memupuk semangat kebersamaan menerusi pelbagai aktiviti yang dirangka sepanjang program."Penganjuran di lokasi bersejarah ini juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk menghayati nilai pandu puteri dan kekal terhubung dengan sejarah yang membentuk masa depan kita," ujarnya. |
|
‘Hero pertama – Natasha Hudson timang anak kelima - Kosmo - 26/04 1:09 pm PETALING JAYA – Berkongsi berita gembira, pelakon Natasha Hudson selamat melahirkan cahaya mata kelima pada pukul 1.15 petang, semalam. Natasha, 43, berkata, kehadiran bayi lelaki itu anugerah istimewa selepas dikurniakan empat anak perempuan |
|
Pelaku kes gunting baju pelajar MRSM dikenal pasti Pelaku kes gunting baju .. - Mygazette - 25/04 3:29 pm Tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan dimuktamadkan. "Pihak pengurusan MRSM akan terus hantar laporan kepada saya dan siasatan ini perlu disegerakan, katanya.ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di MRSM Tun Ghafar Baba, di sini hari ini |
|
Pelaku kes buli gunting baju pelajar di MRSM dikenal pasti - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 25/04 3:07 pm JASIN - Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang didakwa terlibat kes buli menggunting dan merosakkan pakaian pelajar lain telah dikenal pasti.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak pengurusan MRSM terlibat telah menghantar laporan insiden itu dan siasatan telah disegerakan."Keluarga mangsa telah membuat laporan dan pelaku juga dikenal pasti. Selepas saya membuat pengumuman di media sosial berkaitan isu itu, pengurusan terus menghantar laporan."Ada perkara yang tidak dilaporkan pihak pengurusan MRSM kepada saya tetapi pengajaran yang diperoleh ialah setiap perkara harus diambil serius," katanya.Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) MRSM Tun Ghafar Baba, di sini hari ini.Beliau berkata, pelaku terlibat tidak terkecuali daripada dibuang MRSM, bergantung pada keseriusan kes kerana buli bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi juga mental yang boleh memberi kesan terhadap mangsa.Semalam, seorang pengguna Threads berkongsi keadaan pakaian adiknya, pelajar tingkatan satu di sebuah MRSM koyak dan rosak dipercayai akibat perbuatan buli, selain beberapa lagi barangan peribadi juga dirosakkan.Hantaran itu mendapat respons Asyraf Wajdi yang menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli dalam institusi di bawah seliaan MARA dan tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar terlibat |
|
Henti politikkan FWCMS, sistem berjaya pecahkan kartel pemerdagangan pekerja asing - Bestinet - Sinarharian - 23/04 7:30 pm KUALA LUMPUR Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) menegaskan sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) yang dibangunkan syarikat itu berjaya memecahkan kartel serta menutup ruang eksploitasi dalam pengurusan pekerja asing di negara ini.Menerusi kenyataan firma guamannya, Lui & Bhullar, syarikat yang diasaskan Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor itu memaklumkan kritikan terhadap FWCMS ketika ini tidak mencerminkan perbahasan dasar yang dibuat secara objektif, sebaliknya didakwa bermotifkan kepentingan politik.Menurutnya, dakwaan yang dibangkitkan juga tidak tepat kerana berasaskan data terpilih dan di luar konteks sebenar."Penentangan ini bukan berasaskan prinsip tadbir urus baik, sebaliknya usaha mempertahankan ekosistem kewangan lama yang mengaut keuntungan daripada eksploitasi pekerja migran."Bestinet tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang kenyataan palsu, mengelirukan atau berunsur fitnah," menurut kenyataan itu.Mengulas lanjut, syarikat itu menjelaskan sebelum pelaksanaan FWCMS, pengurusan pekerja asing di Malaysia bersifat manual, tidak bersepadu dan terdedah kepada penyalahgunaan termasuk pemalsuan dokumen serta manipulasi kuota.Keadaan itu katanya, membuka ruang kepada kewujudan orang tengah dan bayaran tidak sah, selain menyebabkan kebocoran kewangan mencecah berbilion ringgit setiap tahun."FWCMS dibangunkan bagi menangani isu ini melalui sistem digital bersepadu yang mempunyai jejak audit dan tahap akauntabiliti lebih tinggi," menurut kenyataan itu.Menurut Bestinet, sistem tersebut merupakan platform tadbir urus rentas sempadan dengan 15 modul yang menghubungkan 15 negara sumber tenaga kerja, 232 pusat perubatan bertauliah serta agensi kerajaan berkaitan dalam satu ekosistem.Jelasnya, pembangunan FWCMS melibatkan lebih 500 sesi libat urus bersama agensi kerajaan selain mengambil kira cadangan badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).Sistem itu turut menerima kelulusan kerajaan melalui Surat Setuju Terima (SST) pada 2018 serta perjanjian konsesi pada 2024 selepas melalui penilaian menyeluruh termasuk oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).Dalam pada itu, Bestinet menafikan dakwaan bahawa kadar bayaran meningkat, sebaliknya menjelaskan struktur baharu telah menyerap pelbagai kos perkhidmatan berasingan sebelum ini, sekali gus mengurangkan kos keseluruhan.Syarikat itu juga menegaskan perkhidmatan FWCMS disediakan tanpa sebarang kutipan bayaran sepanjang tempoh 2012 hingga 2018.Dari sudut pengiktirafan, FWCMS pernah menerima anugerah antarabangsa termasuk World Summit Award Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2017 di Vienna, Austria.Mengulas mengenai inisiatif TURAP sebagai fasa seterusnya, Bestinet berkata platform itu dibangunkan bagi menangani isu eksploitasi di peringkat sumber pengambilan pekerja yang disifatkan paling berisiko."TURAP melengkapi sistem sedia ada seperti FWCMS, MyIMMS dan NIISe, bukannya menggantikan," katanya.Dalam masa sama, Bestinet memberi jaminan aspek keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara apabila pemilikan penuh sistem FWCMS akan dipindahkan kepada kerajaan selepas tamat tempoh perjanjian."Semua keputusan berkaitan FWCMS sejak 2012 dibuat melalui proses institusi yang ketat melibatkan pelbagai agensi serta penilaian berasaskan bukti."Dakwaan kononnya keputusan ini dibuat secara tidak teratur adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan integriti proses kerajaan," katanya |
|
Enam syarikat termasuk Karangkraf raih pengiktirafan FBSEC 2026 - Sinarharian - 23/04 6:54 pm KUALA LUMPUR - Persidangan Ke-3 Kelestarian Perniagaan Keluarga & Keusahawanan (FBSEC) 2026 menyaksikan Karangkraf muncul sebagai antara penerima anugerah apabila merangkul Anugerah Family Business Excellence Award (Category Mid-Tier & Large Enterprise).Anugerah tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri kepada Karangkraf yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin, yang juga anak kepada Pengasas Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub.Farah berkata, anugerah tersebut melambangkan pengiktirafan terhadap legasi Karangkraf sebagai perniagaan keluarga yang berjaya mengekalkan nilai teras sambil berani berubah mengikut zaman.Beliau berkata, ia menghargai perjalanan hampir lima dekad Karangkraf, daripada sebuah perusahaan penerbitan ilmu kepada kumpulan media pelbagai platform yang kekal relevan dan berprinsip."Ketika kami melalui penjenamaan semula dan hala tuju korporat baharu, fokus kami adalah kejelasan misi dan keberanian transformasi tanpa mengorbankan identiti."Anugerah ini mengesahkan bahawa pendekatan tersebut adalah tepat dan berdaya tahan merentasi generasi," katanya.Dalam pada itu beliau berkata, faktor utama kejayaan Karangkraf sebagai perniagaan keluarga adalah berpaksikan nilai yang konsisten, tadbir urus profesional dan kesinambungan visi antara generasi.Menurutnya, walaupun berteraskan perniagaan keluarga, pengurusan dijalankan secara profesional dengan pemisahan jelas antara pemilikan dan operasi."Selain itu, kekuatan utama kami ialah keupayaan untuk menyesuaikan diri, daripada media cetak ke digital serta keberanian untuk mendengar perubahan masyarakat."Legasi tidak diwarisi secara automatik, tetapi dipikul sebagai amanah untuk terus diperkasakan."Perancangan ke hadapan, Karangkraf akan memberi fokus kepada transformasi digital berterusan, pembangunan kandungan berimpak dan kelestarian jangka panjang," katanya.Farah berkata, pihaknya mahu terus membina ekosistem media berbilang platform yang berlandaskan kredibiliti, kepercayaan dan pemikiran kritikal."Pada masa sama, kami melabur dalam pembangunan bakat dan kepimpinan generasi baharu bagi memastikan Karangkraf bukan sahaja bertahan, tetapi terus relevan dan bermakna kepada masyarakat."Anugerah ini bukan titik akhir, tetapi pemangkin untuk tanggungjawab yang lebih besar," katanya.Persidangan bertemakan "From Legacy to Longevity: Sustaining Family Businesses Across Generations" itu menghimpunkan lebih 200 pembuat dasar, pemimpin industri serta peserta serantau.Selain Karangkraf, lima lagi penerima ialah Visionary Founder Excellence Award yang dianugerahkan kepada Padzilah Enda Sulaiman (Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd); Aspiring Next Generation Leadership Award, Siti Khawa Jannah Nasuha (Mak Siti Products (M) Sdn Bhd); Outstanding Family Business Award (Category SME), Structural Repairs (M) Sdn Bhd dan IANA Corporations Sdn Bhd, manakala Marrybrown menerima Family Business Excellence Award (Category Mid-Tier & Large Enterprise).Sementara itu, Pengerusi Penganjur FBSEC 2026, Saliza Abdullah berkata, perniagaan keluarga merangkumi sebahagian besar sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia serta memainkan peranan penting dalam ketahanan ekonomi negara.Katanya, pencapaian penting dalam persidangan itu ialah pelancaran Anugerah Kelestarian Perniagaan Keluarga julung kali diadakan, bagi mengiktiraf pemimpin perniagaan keluarga serta generasi pelapis yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan, inovasi dan kelestarian jangka panjang.Beliau berkata, FBSEC merupakan persidangan tahunan yang memperjuangkan kelestarian perniagaan keluarga serta pemerkasaan wanita dan akan kembali dianjurkan pada April 2027. |
|
WCE cipta sejarah, raih emas PR Awards 2026 melalui penggunaan AI - Sinarharian - 23/04 5:37 pm KLANG - Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencipta sejarah apabila muncul sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama di Malaysia meraih Anugerah Emas bagi kategori Penggunaan Teknologi/kecerdasan buatan (AI) Terbaik untuk Perhubungan Awam di PR Awards 2026.Anugerah dianjurkan MARKETING-INTERACTIVE itu disampaikan di Singapura baru-baru ini dan menjadi platform pengiktirafan utama dalam industri perhubungan awam merentasi Asia Selatan, Asia Tenggara dan Oceania dengan penilaian kompetitif oleh panel bebas terdiri daripada pakar industri berpengalaman.Kemenangan terbabit menjadi pencapaian signifikan apabila WCE berjaya menonjol dalam persaingan peringkat serantau bersama organisasi korporat pelbagai industri termasuk Shopee dan CapitaLand.Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, pihak mereka amat berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut."Lebih bermakna lagi, ia meletakkan WCE sebagai penanda aras baharu bagi industri lebuh raya di Malaysia |
|
Tiga Rakyat Malaysia Dipilih Terima Anugerah Pemimpin Muda QECT 2026 - Siakapkeli - 23/04 4:18 pm KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tiga rakyat Malaysia dipilih untuk menerima Anugerah 100 Pemimpin Muda Tabung Amanah Komanwel Ratu Elizabeth II (QECT) |
|
WCE Syarikat Lebuh Raya Malaysia Pertama Raih Anugerah Emas PR Awards 2026 - Careta - 23/04 3:03 pm Menang Saingan Peringkat Serantau Kemenangan itu dilihat sebagai pencapaian besar apabila WCE berjaya menonjol dalam persaingan bersama pelbagai organisasi korporat serantau termasuk Shopee dan CapitaLand |
|
TH perkukuh operasi haji, perkenal sokongan Muhsen untuk jemaah Malaysia - Mygazette - 23/04 2:57 pm Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, penambahbaikan perkhidmatan ini sebenarnya membantu TH untuk terus memberi perkhidmatan terbaik buat jemaah haji Malaysia kerana sejak beberapa tahun ini setiap negara hanya boleh membawa 1 peratus petugas daripada jumlah keseluruhan jemaah haji masing-masing. Namun, TH mendapat membawa 2 peratus petugas (daripada 31,600 jemaah Malaysia) susulan kejayaan besar menerima Anugerah Labbaittom (Diamond Award) daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Majlis Penutupan Musim Haji 1446H/2025M |
|
Anne Hathaway terima al-Quran susulan ungkapan Insya-ALLAH - Sinarharian - 23/04 12:02 am LONDON Pelakon Hollywood, Anne Hathaway menerima senaskhah al-Quran daripada seorang peminat ketika menghadiri tayangan perdana filem The Devil Wears Prada 2 di London, beberapa hari selepas kenyataannya menggunakan perkataan Insya-ALLAH mencetuskan perdebatan dalam talian.Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan pemenang Anugerah Oscar itu menerima naskhah kitab suci berkenaan sambil berinteraksi ringkas dengan individu terbabit.Insiden tersebut berlaku susulan temu bual sebelum ini yang mana Hathaway menggunakan ungkapan bahasa Arab Insya-ALLAH yang bermaksud "jika diizinkan Tuhan" ketika bercakap mengenai harapannya untuk masa depan."Saya mahu hidup panjang dan sihat, Insya-ALLAH |
|
Dialah ‘mata saya???, sahabat bantu Siti Hadijah tunaikan haji .. - Mygazette - 23/04 7:34 am # Dialah 'mata saya, sahabat bantu Siti Hadijah tunaikan haji Wanita yang mengalami masalah penglihatan ini sejak lahir ini menyifatkan perjalanannya menjadi duyufurrahman ini merupakan suatu anugerah yang cukup bermakna |
|
Kalau Boleh Nak Ketat Lagi, Yang Penting Glam Macam Nak Ambil Anugerah – Netizen - Rotikaya - 23/04 4:48 am Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengatakan busana yang dipakai oleh... Baca selanjutnya → The post Kalau Boleh Nak Ketat Lagi, Yang Penting Glam Macam Nak Ambil Anugerah – Netizen appeared first on ROTIKAYA . |
|
HHIN 2026 tonjol peranan IP, buka peluang ekonomi baharu - Sinarharian - 22/04 11:20 am PETALING JAYA Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 (HHIN 2026) bakal berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 April ini di Menara MyIPO, dengan pelbagai pengisian program komprehensif bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan harta intelek sebagai pemacu pembangunan negara.Mengangkat tema "Harta Intelek Nadi Malaysia MADANI: IP & Sukan Dari Idea ke Podium", penganjuran kali ini memberi penekanan khusus kepada peranan harta intelek dalam menyokong ekosistem industri sukan yang semakin berkembang dan berdaya saing.Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, sambutan HHIN merupakan platform penting dalam usaha membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.Menurut beliau, melalui penganjuran ini, masyarakat ingin didedahkan bahawa idea dan kreativiti adalah aset bernilai yang perlu dilindungi."Harta intelek bukan sahaja berfungsi melindungi ciptaan, malah berupaya membuka peluang ekonomi yang luas kepada individu dan organisasi," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa tema yang dipilih mencerminkan realiti semasa industri sukan yang tidak lagi tertumpu kepada prestasi atlet semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek inovasi termasuk teknologi peralatan, pembangunan jenama serta kandungan digital."Setiap kejayaan dalam arena sukan bermula daripada satu idea. Apabila idea ini dilindungi melalui sistem harta intelek, ia berpotensi dikembangkan menjadi produk atau perkhidmatan bernilai tinggi yang mampu bersaing di peringkat global," ujarnya.Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai Seminar dan Forum Nasional Harta Intelek yang menghimpunkan pakar industri, ahli akademik serta pemain utama dalam sektor sukan dan inovasi.Kemuncak sambutan adalah Majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2026 yang dijadual berlangsung pada 30 April |
|
'Coretan ini buat aku terisak-isak menangis' - Norish Karman - Sinarharian - 22/04 7:35 am Tidak sama sekali tercalar dengan kata-kata dusta sang iblis bertopengkan manusia," tulisnya.Bagaimanapun, situasi berubah apabila dia membaca perkongsian individu berkenaan yang dipercayai melalui pengalaman hidup hampir sama seperti yang sedang dihadapinya bersama keluarga.Jelas Norish, kata-kata semangat serta doa yang diberikan agar dia terus istiqamah disifatkan sebagai satu keajaiban yang memberinya kekuatan luar biasa untuk terus bertahan.Dalam hantaran sama, beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran individu tersebut yang dianggap sebagai kiriman istimewa daripada ALLAH SWT."Terima kasih wahai insan mulia kiriman ALLAH SWT. Walaupun kita belum pernah bersua, namun dikau adalah anugerah untuk kami sekeluarga terus bangkit dengan keyakinan dan melangkah ke hadapan," katanya.Terdahulu, kehidupan peribadi Norish Karman menjadi perhatian di media sosial susulan ujian penyakit kronik yang dihadapinya selain kekangan kewangan yang turut memberi tekanan kepada keluarganya. |
|
Reynald Guntabid Terharu Dikatakan Pesaing Aina & Marsha Raih Trofi Vokal Terbaik AJL40 - Hotfm - 21/04 5:26 pm Reynald Guntabid bersyukur apabila single pertamanya berjudul Lumangad Oku Dika (Ku Merindukan Kamu) berjaya membolosi pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) |
|
Saya Doa Orang Nampak Dia Indah- Tanda Lahir Bayi 13 Bulan Ini Jadi Perhatian, Ramai Puji Dilan Comel - Siraplimau - 21/04 1:58 pm Bagi sesetengah ibu bapa, kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai, termasuk apabila anak dilahirkan dengan keadaan unik seperti tanda lahir yang jelas pada wajah |
|
[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen! - Murai - 20/04 1:00 pm Penyanyi, Aina Abdul mencuri perhatian netizen sebelum ini selepas hadir dengan busana unik dengan menggayakan dres tuala ‘Good Morning’ ketika beraksi di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL), baru-baru ini |
|
Aina Abdul, Wani Kayrie & Dayang Nurfaizah Finalis AJL40 - Rotikaya - 19/04 1:33 am Malam tadi, sebanyak sepuluh lagu diumumkan layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 |
|
Rezeki Cak Cak Cekuk, Wani Kayrie layak ke AJL40 - Kosmo - 18/04 11:13 pm SHAH ALAM – Penantian sedekad membuahkan hasil apabila penyanyi Wani Kayrie berjaya meloloskan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menerusi lagu Cak Cak Cekuk |
|
Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik perkasa komuniti usahawan Pantai Timur - Sinarharian - 18/04 3:33 pm KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur.Rata-rata usahawan yang ditemui menyambut baik penganjuran ekspo itu kerana bagi mereka, ia bukan sahaja medan pameran produk, malah menjadi ruang interaksi serta perkongsian pelbagai ilmu baharu secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.Pengarah Urusan Chemerkau Resort, Munirah Mustafa berkata, ekspo berkenaan satu ruang dan peluang untuknya memperkenalkan bisnes penginapan diusahakan di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub.Menurutnya, platform seperti itu amat penting untuk membawa jenama Chemerkau Resort meneroka pasaran lebih luas."Acara begini memang sangat membantu, selain untuk jualan produk, di sini juga kita dapat tonjol bisnes kepada pelbagai pelanggan berpotensi termasuk dalam kalangan usahawan."Bagi saya, ekspo ini amat baik dan berimpak tinggi," kata penerima Anugerah Usahawa Felda Desa pada Majlis Anugerah Usahawan sempena Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 itu.Pandangan sama dilontarkan usahawan kraf dan makanan, Seri Kandi Jarkasi, 50.Katanya, susunan reruai yang kemas dan ekslusif menjadikan produk kraf yang dipamerkan mendapat perhatian pengikut setiap kali membuat promosi secara video 'live' di platform media sosial."Pada masa sama, sambutan dalam kalangan pengunjung juga sangat baik apabila produk yang dipamerkan untuk jualan di reruai hampir kehabisan," kata usahawan pemilik jenama Astana Crafts & Cookies yang mengangkat produk kraf dari Jengka 10 untuk pasaran Lembah Kelang.Usahawan di bawah bimbingan Felda itu berharap, ekspo itu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengetengahkan produk-produk usahawa dari Pantai Timur termasuk Pahang.Bagi pengusaha kerepek rumpai laut, Muhammad Zulkhairi dan isteri, Norhatini Zakaria, ekspo perdagangan dan usahawan pantai timur itu sebagai pusat sehenti untuk usahawan memperkenalkan produk dan mendapatkan pelbagai ilmu baharu dalam dunia perniagaan.Muhammad Zulkhairi berkata, acara seperti itu juga satu peluang kepada usahawan sepertinya untuk mengenali pelanggan sebenar."Ramai pelanggan singgah di gerai bertemu kami dan mereka memberi maklum balas langsung terhadap produk kami di pasaran."Bagi saya program ini ibarat serampang dua mata, selain bantu ketengahkan produk di bawah Atthahiri Trading ini, saya juga mendapat pendedahan ilmu perniagaan melalui bengkel dan forum yang diadakan sepanjang ekspo ini berlangsung," ujarnya.Pengusaha batik dari Kuantan, Rizal Abdullah yang juga peserta salah satu bengkel sempena ekspo itu berkata, ilmu yang dikongsi membuka mata usahawan sepertinya terhadap potensi perniagaan secara dalam talian yang terbuka luas.Katanya, usahawan kini perlu lebih terbuka untuk idea dan kaedah pemasaran dalam talian yang terbuka dan global."Sudah pasti ekspo seperti ini peluang terbaik kepada para usahawan yang berhasrat bergerak ke arah itu."Pada masa sama, di sini saya juga dapat menbina rangkaian baharu antara peserta yang terdiri dari pelbagai bidang keusahawanan," katanya.Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berlangsung pada 17 dan 18 April ini di Hotel Grand Darul Makmur di sini.Sempena ekspo itu, turut berlangsung Pahang International East Coast Entrepreneurs Summit (PIECES) 2026.Sebanyak 24 reruai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan disediakan untuk pengunjung selain bengkel untuk peserta. |
|
Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik perkasa komuniti usahawan Pantai Timur - Sinarharian - 18/04 3:33 pm KUANTAN - Penganjuran Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur.Rata-rata usahawan yang ditemui menyambut baik penganjuran ekspo itu kerana bagi mereka, ia bukan sahaja medan pameran produk, malah menjadi ruang interaksi serta perkongsian pelbagai ilmu baharu secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.Pengarah Urusan Chemerkau Resort, Munirah Mustafa berkata, ekspo berkenaan satu ruang dan peluang untuknya memperkenalkan bisnes penginapan diusahakan di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub.Menurutnya, platform seperti itu amat penting untuk membawa jenama Chemerkau Resort meneroka pasaran lebih luas."Acara begini memang sangat membantu, selain untuk jualan produk, di sini juga kita dapat tonjol bisnes kepada pelbagai pelanggan berpotensi termasuk dalam kalangan usahawan."Bagi saya, ekspo ini amat baik dan berimpak tinggi," kata penerima Anugerah Usahawa Felda Desa pada Majlis Anugerah Usahawan sempena Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 itu.Pandangan sama dilontarkan usahawan kraf dan makanan, Seri Kandi Jarkasi, 50.Katanya, susunan reruai yang kemas dan ekslusif menjadikan produk kraf yang dipamerkan mendapat perhatian pengikut setiap kali membuat promosi secara video 'live' di platform media sosial."Pada masa sama, sambutan dalam kalangan pengunjung juga sangat baik apabila produk yang dipamerkan untuk jualan di reruai hampir kehabisan," kata usahawan pemilik jenama Astana Crafts & Cookies yang mengangkat produk kraf dari Jengka 10 untuk pasaran Lembah Kelang.Usahawan di bawah bimbingan Felda itu berharap, ekspo itu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengetengahkan produk-produk usahawa dari Pantai Timur termasuk Pahang.Bagi pengusaha kerepek rumpai laut, Muhammad Zulkhairi dan isteri, Norhatini Zakaria, ekspo perdagangan dan usahawan pantai timur itu sebagai pusat sehenti untuk usahawan memperkenalkan produk dan mendapatkan pelbagai ilmu baharu dalam dunia perniagaan.Muhammad Zulkhairi berkata, acara seperti itu juga satu peluang kepada usahawan sepertinya untuk mengenali pelanggan sebenar."Ramai pelanggan singgah di gerai bertemu kami dan mereka memberi maklum balas langsung terhadap produk kami di pasaran."Bagi saya program ini ibarat serampang dua mata, selain bantu ketengahkan produk di bawah Atthahiri Trading ini, saya juga mendapat pendedahan ilmu perniagaan melalui bengkel dan forum yang diadakan sepanjang ekspo ini berlangsung," ujarnya.Pengusaha batik dari Kuantan, Rizal Abdullah yang juga peserta salah satu bengkel sempena ekspo itu berkata, ilmu yang dikongsi membuka mata usahawan sepertinya terhadap potensi perniagaan secara dalam talian yang terbuka luas.Katanya, usahawan kini perlu lebih terbuka untuk idea dan kaedah pemasaran dalam talian yang terbuka dan global."Sudah pasti ekspo seperti ini peluang terbaik kepada para usahawan yang berhasrat bergerak ke arah itu."Pada masa sama, di sini saya juga dapat menbina rangkaian baharu antara peserta yang terdiri dari pelbagai bidang keusahawanan," katanya.Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berlangsung pada 17 dan 18 April ini di Hotel Grand Darul Makmur di sini.Sempena ekspo itu, turut berlangsung Pahang International East Coast Entrepreneurs Summit (PIECES) 2026.Sebanyak 24 reruai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan disediakan untuk pengunjung selain bengkel untuk peserta. |
|
Pendekatan antirasuah SPRM melalui drama - Utusan - 18/04 3:02 pm PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerbitkan Video Korporat Baharu 2026 dengan membawa pendekatan konsep drama dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat. Menurut SPRM, video berkenaan turut diluncurkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sempena Majlis Malam Anugerah Media SPRM Kali Keenam 2025, semalam |
|
Azam Baki jadi watak utama video korporat SPRM - Sinarharian - 18/04 9:53 am KUALA LUMPUR - Pendekatan luar biasa diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila Ketua Pesuruhjayanya sendiri tampil memegang watak utama dalam Video Korporat Baharu 2026 yang diterbitkan berkonsepkan drama.Langkah berani itu menyaksikan Tan Sri Azam Baki bergandingan bersama barisan pegawai kanan SPRM dalam sebuah penceritaan kreatif yang bertujuan mendekatkan mesej antirasuah kepada masyarakat.Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, video tersebut diterbitkan dengan pendekatan dramatik bagi memperkukuh penyampaian mesej integriti secara lebih segar dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Menurutnya, penerbitan berkenaan turut menampilkan kelainan apabila watak-watak utama dilakonkan sendiri oleh kepimpinan tertinggi suruhanjaya berkenaan."Menariknya, penerbitan video ini menampilkan kelainan apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri memegang watak utama bersama barisan pegawai kanan SPRM."Ia sekali gus memberikan pendekatan lebih dekat dan mudah difahami dalam menyampaikan mesej integriti kepada khalayak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Katanya, video korporat berkenaan telah diluncurkan sempena Majlis Malam Anugerah Media SPRM Kali Keenam 2025 yang berlangsung pada Jumaat.Dalam pada itu, jelasnya, video tersebut dihasilkan dalam dua versi iaitu versi pendek berdurasi lima minit dan versi penuh selama 13 minit."Kedua-dua versi turut dilengkapi sarikata Bahasa Inggeris sebagai usaha memperluas capaian penonton ke peringkat antarabangsa."Penerbitan Video Korporat Baharu SPRM 2026 diharap menjadi medium efektif dalam menampilkan wajah baharu suruhanjaya itu kepada rakyat dan dunia selain memperkukuh keyakinan awam terhadap komitmen berterusan SPRM dalam memerangi rasuah," katanya. |
|
Perang rasuah bukan tugas SPRM semata-mata – Azam - Mygazette - 18/04 7:57 am Beliau berkata, perjuangan menentang rasuah tidak boleh digalas oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh daripada seluruh masyarakat. Rasuah tidak akan boleh dikalahkan oleh kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk rakyat dan media yang akan menyampaikan maklumat yang sebenar kepada masyarakat, katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM Kali Ke-6 di sini hari ini |
|
KP, pegawai kanan JUPEM akan didakwa SPRM Rabu depan – Azam - Mygazette - 18/04 7:57 am Azam berkata, kedua-dua mereka akan didakwa ekoran salah guna kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan dana Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT). "Ketua Pengarah JUPEM dan pegawai kanan akan dituduh mungkin pada Rabu minggu hadapan," katanya dalam ucapan pada Malam Anugerah Media SPRM kali Ke-6 di ibu negara |
|
Status kontrak: Azam Baki kekal kunci mulut - Sinarharian - 18/04 7:08 am KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sekali lagi enggan mengulas mengenai status kontrak perkhidmatannya yang hampir tamat tidak lama lagi.Beliau hanya memberikan jawapan ringkas ketika diajukan soalan berhubung perkara itu."Saya tidak tahu, wallahualam," katanya ketika ditemui pada Anugerah Media SPRM kali ke-6 tahun 2025 di sini pada Jumaat.Terdahulu, media melaporkan kontrak Azam dijadualkan berakhir kurang sebulan selain beberapa nama dikatakan diteliti sebagai pengganti.Untuk rekod, Azam telah tiga kali dilantik semula bagi memegang jawatan berkenaan, masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024, 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025, serta 13 Mei 2025 hingga 12 Mei tahun ini.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya yang memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Dibawah pimpinannya, antara kes berprofil tinggi sepanjang 2025 hingga kini adalah pertuduhan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin serta empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia yang didakwa berhubung tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima benda berharga. |
|
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM - Sinarharian - 17/04 11:42 pm KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah dan seorang pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah minggu depan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini berkata, pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu dijangka dilakukan pada Rabu atau Khamis depan.Pada 11 Februari lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang Ketua Pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.Dalam pada itu, Azam turut memaklumkan SPRM berjaya memulihkan lebih 70 peratus aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB), iaitu RM30 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion.Beliau berkata, kadar pemulihan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia berbanding purata global yang mencatatkan kurang daripada 30 peratus.Beliau berkata, kerajaan menerusi SPRM berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000, yang dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan, selain sedang mengusahakan pemulangan tujuh lagi karya dari rumah lelong Christies di Amerika Syarikat.Selasa lepas, SPRM memaklumkan empat karya seni yang telah dibawa pulang ialah Composition (1953) hasil karya Joan Mir; Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St |
|
Anugerah VOTY DSF.my-Allianz 2026 Menobatkan Proton eMas 7 PHEV Sebagai Kenderaan Terbaik Tahun Ini - Piston - 17/04 9:23 am Proton berjaya meraih kemenangan besar pada malam Anugerah Kenderaan Terbaik Tahun Ini (VOTY) DSF.my-Allianz 2026 apabila Proton eMas 7 PHEV dinobatkan sebagai Kenderaan Terbaik Tahun 2026, manakala model kembarnya yang lebih kecil, Proton eMas 5, memenangi Kenderaan Elektrik Terbaik Tahun 2026 |
|
Johor rekod kemasukan pelawat tertinggi di Malaysia - Mygazette - 17/04 7:24 am Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen Tahun Melawat Johor 2026 dan Sambutan Hari Raya Industri Pelancongan Johor di sini hari ini. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Juri Asia Records, Eldrick Koh sekali gus mengangkat pencapaian Johor ke peringkat pengiktirafan serantau yang lebih luas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |