///
See Also: Shutterstock

Search : Angkatan Tentera News   Page 1    



Kes rasuah tidak akan jejaskan kewibawaan ATM – Bekas PAT - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Kes rasuah tidak akan jejaskan kewibawaan ATM - Bekas PAT KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menegaskan bahawa kes mahkamah yang dihadapinya tidak akan menjejaskan reputasi dan kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhan





Bekas PAT didakwa hari ini, tiba di mahkamah dengan tongkat - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Bekas PAT didakwa hari ini, tiba di mahkamah dengan tongkat KUALA LUMPUR - Seorang lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini, susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa kes berprofil tinggi dalam institusi ketenteraan memasuki fasa pendakwaan





Bekas PAT tidak mengaku salah seleweng lebih RM3.7 juta dana TKAT - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Bekas PAT tidak mengaku salah seleweng lebih RM3.7 juta dana TKAT KUALA LUMPUR Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah dan pecah amanah





Bekas PTD mengaku tidak bersalah dua lagi pertuduhan terima wang .. - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Bekas PTD mengaku tidak bersalah dua lagi pertuduhan terima wang aktiviti haram SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram terima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000





Jenazah Komando VAT69 akan dikebumikan di Ipoh - Mgazette - 23/01 5:38 pm

Sebelum ini, media melaporkan Khairil Azhar, 40-an, tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking dalam kejadian sekitar jam 10.25 pagi, semalam. Allahyarham ketika itu sedang mengikuti latihan menyelam di kawasan perairan berhampiran Pos Gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)





Zaid persoal motif pendedahan salah laku pegawai tertinggi ATM - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Zaid persoal motif pendedahan salah laku pegawai tertinggi ATM KUALA LUMPUR Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan motif sebenar di sebalik pendedahan dakwaan pengubahan wang haram yang mengaitkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sambil membayangkan kemungkinan wujud agenda tersembunyi pihak berkepentingan





Kerajaan beri laluan penuh pihak berkuasa banteras rasuah, kegiatan haram e-waste - Sinarharian - 23/01 4:00 pm

BANGI -Kerajaan Madani memberilaluan penuh kepada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa termasuk kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri pada Jumaat secara tegas melarang perbuatan menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste."Isu pengalaman kita tentang kontrak dan tender, walaupun begitu kuat kita beri tekanan dan gesaan tetapi kita nampak masih ada kelemahan dan keterlanjuran."Ketetapan kita dan Jemaah Menteri ialah melarang sama sekali Malaysia menjadi tempat pembuangan e-waste. Jadi sebab itu, hal-hal ini harus dipantau dan saya beri laluan penuh (kepada pihak berkuasa)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini pada Jumaat.Dua hari lepas,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan akan memperhebatkan siasatan berhubung kegiatan pengimportan e-waste secara haram, susulan risikan yang mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga dilaporkan berkata, beberapa kementerian telah dikenal pasti dalam radar pemantauan SPRM berhubung isu perolehantermasuk Kementerian Pertahanan.Sementara itu, Anwar berkata, beberapa pihak antaranya SPRM, Jabatan Audit Negara, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga memberikan laporan penuh siasatan mengenai isu rasuah, salah guna kuasa atau hal berkaitan kepadanya hari ini."Tugas mereka (pihak berkuasa adalah) membersihkan saki-baki karenah rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.Anwar sebelum ini berkata, semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.Beliau berkata, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula kesemua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada





Ibu Syamsul Haris dibenarkan tarik balik notis usul laporan bedah siasat - Sinarharian - 23/01 3:23 pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin untuk menarik balik notis usul yang mengarahkan Hospital Kota Tinggi, Johormembekalkan salinan laporan bedah siasat pertama pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu.Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun, 46, yang diwakili peguam Aiman Haziq Saiful Kamal.Terdahulu, Aiman Haziq memaklumkan bahawa permohonan itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan bedah siasat dan perubatan pertama Syamsul Haris pada 30 Disember lepas daripada pihak hospital serta pendakwaan.Timbalan Pendakwa Raya, Parvin Hameedah Natchiar tidak membantah permohonan itu.Sementara itu, Aiman Haziq yang dibantu oleh peguam, Muhammad Syawal Mohd Razak, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya memohon untuk menarik balik usul tersebut dengan kebebasan memfailkannya semula jika terdapat perkembangan baharu pada masa hadapan.Beliau berkata, notis usul itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Oktoberlepas bagi memperoleh perintah mengarahkan Pengarah Hospital Sultan Ismail dan/atau Pengarah Hospital Kota Tinggi Johor membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama serta nota keterangan daripada Bahagian Kecemasan dan Kemalangan hospital berkenaankepada peguam keluarga si mati.Aiman Haziq turut memaklumkan pihaknya kini menunggu perkembangan lanjutselepas kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Pada 2 Disember lepas, Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar keskematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah kesalahan membunuh untuk siasatan lanjutoleh pihak Polis Diraja Malaysia.Pada 19 Ogos lepas, Ummu Haiman Bee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi antaranya untuk membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan, dan mencadangkan prosiding inkues dimulakan bagi menyiasat kematian pelajar itu.Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai 2025 di Hospital Kota Tinggi ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai tahun lepasdi Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.- Bernama





Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Siput - Sinarharian - 23/01 3:22 pm

IPOH - Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas hilangketika melakukan aktiviti menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput, sejak Selasa lepas.Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kehilangan mangsa berusia 48 tahun dan dikenali sebagai 'Bujang'itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput pada Khamis."Bertindak daripada makluman pihak polis, kami telah menjalankan pencarian bermula dari11 pagi hingga 7 malam dari kawasan mangsa disyaki hilang hingga Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar meliputijarak sekitar 15 kilometer (km)."Operasi turut melibatkan enambot dari JBPM, polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain 26 anggota daripada ketiga-tiga agensi," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Shazlean berkata, operasi pencarian pada hari ini diteruskanmelibatkan jarak kira-kira 14 kilometer, bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sehingga ke Victoria Bridge, Kuala Kangsar."Operasi bermula sekitar jam 8 pagi dengan pencarian dilakukan secara pencarian di permukaan menggunakan dua bot JBPM yang bergerak dari Victoria Bridge hingga tempat kejadian mangsa dilaporkan hilang," katanya





Saya akan ikut proses perundangan – Muhammad Hafizuddeain - Thempress - 23/01 2:43 pm

SHAH ALAM – Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akur terhadap pertuduhan kes yang didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram





Bekas PTD didakwa lagi terima wang haram RM145,000 - Sinarharian - 23/01 2:11 pm

SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Hafizuddeain, 58, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin."Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju berwarna hitam.Mengikut semua pertuduhan, bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin, menguna pakai jumlah RM250,000 termasuk syarat tambahan yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, bagi empat kes terdahulu."Saya mohon kes ini dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kerana ia menggunakan saksi serta fakta kes serupa," katanya.Bagaimanapun, peguam, Aizul Rohan Anuar tiada bantahan cadangan pihak pendakwaan.Mohd Nasir membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mac depan.Pada Khamis, Muhammad Hafizuddeain didakwa atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 dari 2024 hingga tahun lalu.Dia merupakan PTD pertama dituduh atas kes menerima wang haram.Di Mahkamah Sesyen berasingan, isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, mengaku tidak bersalah, atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, pada 2024 dan tahun lalu.





Bekas Panglima Tentera Darat jadi tertuduh, RM145,000 wang haram masuk akaun - Harapandaily - 23/01 12:20 am

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini





Bekas PAT tangguh tiga pembedahan bantu siasatan SPRM - Hmetro - 23/01 12:14 am

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar menangguhkan tiga prosedur pembedahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)





Bekas Panglima Tentera Darat didakwa lagi, 2 pertuduhan babit RM145,000 - Hmetro - 23/01 11:48 am

Shah Alam: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000





Bekas PAT didakwa pecah amanah tabung tentera, salah guna kuasa terima suapan - Mdateline - 23/01 11:00 am

Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar didakwa atas pertuduhan menggunakan kedudukan bagi suapan dan menerima wang berjumlah RM752,482 serta pecah amanah ..





Skandal Raya ATM: Kain pelikat, batik & tuala antara suapan bekas panglima - Harapandaily - 23/01 10:38 am

Panas! Tan Sri Mohd Nizam Jaffar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan dan menerima wang berjumlah RM752,482. Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) berusia 60 tahun itu juga didakwa melakukan pecah amanah membabitkan dana sebanyak RM3 juta





Hafizuddeain didakwa terima RM145,000 hasil aktiviti haram - Mkini - 23/01 10:05 am

Bekas Panglima Tentera Darat itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dikenakan ke atasnya hari ini





Bekas PAT mengaku tidak salah terima suapan, wang RM752,000, pecah amanah .. - Hmetro - 23/01 9:44 am

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta





Bekas PAT nafi salah guna kuasa, pecah amanah tabung tentera - Sinarharian - 23/01 9:41 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua kes guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM552,481.90 dan masing-masing satu pecah amanah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) membabitkan RM3 juta dan menerima RM200,000 sejak 2024 lalu.Mohd Nizam, 60, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad."Faham (pertuduhan), tidak mengaku bersalah Yang Arif," kata Mohd Nizam yang memakai kot berwarna hitam ketika berdiri di kandang tertuduh dengan memegang tongkat.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TKAT, telah menggunakan kedudukan untuk suapan bagi diri sendiri iaitu melibatkan jumlah RM267,481.90 dan RM285,000.Dia dituduh melantik lima syarikat untuk menjalankan kerja pembekalan kain pelikat, kain batik, multifunctional folding pliers, beg galas dan tuala mandi untuk bungkusan barang hari raya bagi tahun 2025 kepada TKAT.Kesalahan didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah, di sini pada 24 Jun 2024.Dia dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa ketika menjawat jawatan sama, diamanahkan wang sejumlah RM3 juta di akaun bank milik TKAT, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.Dia dituduh menyalahgunakannya dengan membuat pelaburan tambahan di sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT di lokasi sama pada 4 Oktober 2024.Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.Bagi pertuduhan keempat, dia selaku PAT ATM, telah menerima untuk diri sendiri wang RM200,000 dengan tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat berusia 57 tahun, yang diketahui mungkin mempunyai kena mengena dalam urusan yang akan dijalankan oleh tertuduh.Kesalahan didakwa dilakukan di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, di sini pada Mac 2025.Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan."Ia termasuk syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman dan Nidzuwan Abd Latip.Bagaimanapun, peguam, Abdul Aziz Hamzah yang mewakili Mohd Nizam merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum."Selain menyara keluarga, anak guam saya juga menjaga ibu bapa yang berusia 88 dan 82 tahun."Mohd Nizam telah berkhidmat dalam ATM selama 42 tahun malah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekali gus memberi gambaran anak guamnya sentiasa memberi komitmen kesetiaan tanpa berbelah bahagi."Sepanjang siasatan, anak guam terpaksa menangguhkan dan menjadualkan semula tiga prosedur pembedahan bagi memberi ruang siasatan dilengkapkan dengan segera."Kami juga tidak membantah syarat tambahan berkenaan," katanya yang hadir bersama peguam lagi peguam, Surya Putra Taulan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM180,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan.





Salah guna kuasa: Bekas Panglima Angkatan Tentera tiba di mahkamah - Sinarharian - 23/01 8:37 am

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar yang disiasat berkaitan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.Mohd Nizam, 60, akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tiba sekitar jam 8.20.Beliau memakai sut berwarna kelabu dan bertongkat diiringi pegawai SPRM memasuki lobi mahkamah sebelum dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah.Bekas PAT ke-23 itu juga akan berdepan dengan satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Semakan menunjukkan kes Mohd Nizam akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada jam 9 pagi.Pada 15 Januari lalu, SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan dakwaan menerima kes jenayah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).





Bekas PTD akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini - Hmetro - 23/01 8:27 am

Shah Alam: Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan didakwa sekali lagi, kali ini di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung kes pengubahan wang haram





Bekas PAT Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini - Hmetro - 23/01 8:19 am

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan, antaranya salah guna kuasa dan pecah amanah





Bekas Panglima ATM didakwa hari ini, isu TKAT jadi tumpuan - Harapandaily - 23/01 7:47 am

Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi ini





Dakwaan Tender Rigged MINDEF: laporan dibuat kepada MOF, MyCC dan SPRM - Harapandaily - 22/01 10:05 pm

FOTO BERITA… Sidang Media oleh Arun Dorasamy isu Skandal “Tender Rigged Mindef” Rm20 juta kesan terhadap keselamatan anggota tentera laut negara di Crystal Hall 2, Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, Selangor





‘Yeye’: Bekas kapten tempelak MP PN - Harapandaily - 22/01 9:35 pm

Seorang bekas pegawai tentera tampil menempelak kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang menafikan kewujudan amalan yeye dalam institusi ketenteraan





Nahas pelajar UniSZA: Pemandu Honda Jazz dituduh mencuri - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Nahas pelajar UniSZA: Pemandu Honda Jazz dituduh mencuri KUALA TERENGGANU - Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kali ini atas pertuduhan mencuri wang tunai dan beberapa barangan milik seorang anggota tentera





Dua lagi pegawai kanan ATM dijangka didakwa minggu depan - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Dua lagi pegawai kanan ATM dijangka didakwa minggu depan KOTA BHARU - Dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dijangka didakwa berkaitan rasuah minggu depan





Pengubahan wang haram: Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Pengubahan wang haram: Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM70,000





Bekas PTD hadapi 4 pertuduhan pengubahan wang haram RM2.12 juta - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Bekas PTD hadapi 4 pertuduhan pengubahan wang haram RM2.12 juta KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM2.12 juta





[VIDEO] Bekas PTD kunci mulut, selesai bayar jaminan RM250,000 - Kosmo - 22/01 4:22 pm

KUALA LUMPUR Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini dengan wajah sugul tanpa memberi sebarang komen berhubung empat pertuduhan rasuah melibatkan dirinya





SPRM tambah empat pegawai integriti pantau perolehan tender Mindef - Sinarharian - 22/01 4:13 pm

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menambah empat lagi pegawai integriti untuk memantau urusan perolehan tender dan sebut harga Kementerian Pertahanan (Mindef).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penambahan dalam tempoh enam bulan itu dijalankan sebelum 1 Februari ini bagi melihat dan memantau tadbir urus kementerian tersebut."Keputusan ini dilakukan selepas saya mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan semalam."Sebelum ini, SPRM sudah menempatkan dua pegawai integriti di Mindef sejak hampir dua tahun lalu





Bekas Panglima Tentera Darat kunci mulut, enggan ulas kes - Sinarharian - 22/01 3:35 pm

KUALA LUMPUR Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut ketika meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Beliau yang diiringi dua individu dilihat keluar dari kawasan mahkamah kira-kira jam 3.08 petang, dipercayai selepas selesai membayar wang jaminan sekitar jam 3 petang.Muhammad Hafizuddeain hanya mengangkat tangan tanpa sebarang kenyataan apabila disapa pengamal media sebelum terus beredar.Terdahulu, Muhammad Hafizuddeain dan isteri ketiganya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima hasil aktiviti haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2.19 juta.Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa atas empat pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM2,122,400 antara Februari 2024 hingga November tahun lalu.Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua institusi perbankan berasingan di Jalan Melaka dan Bukit Damansara di sini, antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, isteri ketiga tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000.Wanita itu hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda dipercayai akibat kesakitan di bahagian paha kerana menghidap bisul kronik.Mengikut pertuduhan, Salwani yang didakwa bertindak sebagai pengawal syarikat Wany Venture menerima wang RM50,000, RM7,000 serta dua transaksi lain masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat berkenaan





Dua lagi pegawai kanan ATM akan didakwa - SPRM - Sinarharian - 22/01 3:20 pm

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk bakal didakwa susulan kes melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pertuduhan ke atas dua individu itu akan dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara."Sekiranga Peguam Negara bersetuju, kita akan terus kepada pendakwaan





Pendakwaan PTD, isteri: Semua kes termasuk di Shah Alam, Kuala Terengganu dipindah ke KL - Sinarharian - 22/01 12:57 am

KUALA LUMPUR Semua kes pendakwaan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya, Salwani Anuar akan dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, keputusan memindahkan semua prosiding ke Kuala Lumpur dibuat bagi menjimatkan masa, kos serta demi kepentingan keadilan."Pemindahan ini melibatkan kes yang difailkan di Shah Alam dan Terengganu."Semua kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memastikan perjalanan kes lebih teratur dan efisien," katanya ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.Wan Shaharuddin berkata, bekas PTD itu berdepan empat pertuduhan manakala isteri ketiganya turut berdepan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001."Pertuduhan terhadap Muhammad Hafizuddeain melibatkan dua kes yang akan dibacakan di Shah Alam, manakala isterinya pula akan didakwa di Kuala Terengganu sebelum semua kes dipindahkan ke Kuala Lumpur."Semua wang yang terlibat adalah dana haram dan jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah hampir RM3 juta," katanya.Terdahulu, Muhammad Hafizuddeain dan isteri ketiganya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menerima hasil aktiviti haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2.19 juta.Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa atas empat pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM2,122,400 antara Februari 2024 hingga November tahun lalu.Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima wang haram masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank berasingan di Jalan Melaka dan Bukit Damansara di sini antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, isteri ketiga tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000.Wanita itu hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda dipercayai akibat kesakitan pada paha kerana menghidap bisul kronik.Mengikut pertuduhan, Salwani yang didakwa bertindak sebagai pengawal syarikat Wany Venture menerima wang RM50,000, RM7,000 serta dua lagi transaksi masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat berkenaan.Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes pengubahan wang haram





Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat alami bisul kronik, terpaksa duduk di kandang tertuduh - Sinarharian - 22/01 12:28 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD) yang mengalami kesakitan akibat bisul kronik di paha, hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bagi menghadapi empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, 2024 dan tahun lalu.Semasa prosiding, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, kemudiannya memohon kepada Hakim, Rosli Ahmad, supaya anak guamnya tidak perlu berdiri ketika menjawap pertuduhan."Tuan, saya harap Salwani dibenarkan duduk, kerana dia mengalami kesukaran untuk berdiri kerana sakit di paha akibat bisul yang kronik."Pagi tadi, dia hadir ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda," katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Aizul Rohan Anuar.Selepas mendengar permohonan tersebut, Rosli membenarkan perkara tersebut.Salwani yang memakai jubah dan bertudung hitam berjalan dengan perlahan ke kandang tertuduh.Mengikut empat pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi transaksi dengan jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun bank milik syarikat itu.Pendakwaan dalam kes itu dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.Turut hadir ialah Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Maziah Mohaide.Di Mahkamah berasingan, suami Salwani, bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, 58, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Azura Alwi atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Pada 15 Januari lalu, SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung siasatan kes jenayah berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Mindef.





Isteri Ketiga Bekas Panglima Tentera Didakwa Rasuah RM77,000, Tak Boleh Berdiri Sebab Bisul - Ohmedia - 22/01 12:25 am

Isteri bekas Panglima Tentera didakwa rasuah RM77,000, peguam mohon jaminan rendah sebab baru kahwin dan sakit bisul





Perlu hadap pertuduhan walaupun khidmat ATM 40 tahun - Sinarharian - 22/01 12:19 am

KUALA LUMPUR Jasa dan tempoh perkhidmatan panjang seseorang individu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada berdepan proses perundangan, susulan pendakwaan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pihaknya menghargai sumbangan tertuduh yang telah berkhidmat hampir empat dekad dalam bidang pertahanan negara, namun kedudukan itu tidak meletakkan seseorang di atas undang-undang."Memang benar beliau telah berkhidmat selama 40 tahun dalam bidang pertahanan negara dan kami menghargainya





Isteri ketiga PTD terpaksa duduk dalam kandang tertuduh kerana hidap bisul .. - Hmetro - 22/01 11:53 am

Kuala Lumpur: Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM77,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini





Rundingan Kod Tatakelakuan Laut China Selatan capai hampir 70 peratus - Tok Mat - Sinarharian - 22/01 11:44 am

KUALA LUMPUR Negara berjaya menyelesaikan hampir 70 peratus proses rundingan Kod Tatakelakuan (CoC) Laut China Selatan setakat ini.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemajuan itu dicapai hasil rundingan berterusan antara negara-negara terlibat yang mana proses perbincangan tersebut memerlukan pendekatan teliti dan berhati-hati."CoC ini ada macam-macam perkara dan berpuluh-puluh perenggan





Bekas Panglima Tentera Darat mengaku tak bersalah terima rasuah RM2.12 juta - Harapandaily - 22/01 11:13 am

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.12 juta





Hadir Ke Mahkamah Naik ‘Wheelchair’, Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000 - Beautifulnara - 22/01 10:58 am

Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lalu, memetik Kosmo





Kronologi kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM - Sinarharian - 22/01 10:47 am

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinyaSalwani Anuar pada Khamis didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.Muhammad Hafizuddeain turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat manakala isterinya akan didakwa dengan satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.Sementaraitu, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT)Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat membabitkandua pertuduhan di bawahSeksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, susulan siasatan salah guna kuasadan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).Beliau juga akan menghadapi pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Berikut ialah kronologi melibatkan skandal rasuah pegawai tertinggi ATM:22 Disember 2025: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubardmembuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangimendakwa dirinya mempunyai dokumen forensik yang menunjukkan aliran wang bulanan puluhan ribu ringgit ke dalam akaun seorang pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya.23 Disember 2025: SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (Mindef) untukmenyiasat projek perolehan secara tender terbuka dan perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat sejak 2023.24 Disember 2025: SPRM merakam keterangan tiga individu danmempergiatkan siasatan dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.27 Disember 2025: Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti serta-merta untuk memberikan laluan kepada siasatan tanpa konflik kepentingan.29 Disember 2025: SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.8 Januari 2026: Seorang bekas PTDdan dua isterinya diremanbagi membantu siasatan kes rasuah.10 Januari 2026: SPRM menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur, dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera darat.14 Januari 2026: SPRM mengesahkan penahanan seorang lagi pegawai tertinggi ATM untuk membantu siasatan lanjut kes projek tender perolehan tentera darat.15 Januari 2026: SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM berikutan dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKATdan Mindef.19 Januari 2026: SPRM menyerahkan kertas siasatan membabitkanbekas pegawai tertinggi ATM kepada pendakwa raya.21 Januari 2026: SPRM mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua bekas pegawai tertinggi ATM.22 Januari 2026:Muhammad Hafizuddeaindan isterinyaSalwani Anuardidakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram





Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Rasuah RM2.12 Juta, Isteri ketiga Didakwa Terima RM77,000 - Thevocket - 22/01 10:28 am

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti..





Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima wang haram RM77,000 - Sinarharian - 22/01 10:15 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, 2024 dan tahun lalu.Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad."Faham, saya mengaku tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda kerana mengalami kesakitan di paha akibat penyakit bisul yang kronik.Mengikut empat pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture, telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun bank milik syarikat itu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Damansara Heights, di sini antara 24 November 2024 dan 25 November 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama, boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.Subseksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan wanita itu diberi ikat jamin RM30,000 hingga RM50,000 dengan dua penjamin.Menurutnya, ia termasuk syarat tambahan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah."Jumlah yang kami cadangkan tidak bersifat menekan kerana ia melibatkan kesalahan serius dan jaminan ini mencerminkan kesalahan tersebut."Pasport tertuduh juga perlu diserahkan kepada mahkamah atas alasan wujud kebarangkalian tertuduh melarikan diri kerana dia menghadapi pertuduhan serius," katanya.Bagaimanapun, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili Salwani berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sejak ditahan reman pada 7 Januari lalu."Dia yang berkahwin dengan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan namun belum dikurniakan cahaya mata, turut didakwa atas tuduhan sama hari ini."Anak guam merupakan seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan secara dalam talian masih dalam tanggungan suaminya, malah dia turut membantu ibu bapa di kampung, di Besut, Terengganu," katanya.Susulan itu, beliau memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan kes yang dipertuduhkan sebanyak RM77,000.Beliau berkata, pembelaan tidak membantah syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Rosli membenarkan Salwani diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin berserta memenuhi syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan dan menetapkan 30 Mac depan untuk sebutan semula kes.Di Mahkamah berasingan, Muhammad Hafizuddeain, 58, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Azura Alwi, atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Pada 15 Januari lalu, SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan dakwaan menerima kes jenayah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan MINDEF.





[TERKINI] Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima rasuah .. - Hmetro - 22/01 10:10 am





Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta - Hmetro - 22/01 9:35 am

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini





Bekas PTD didakwa terima wang haram lebih RM2.1 juta - Sinarharian - 22/01 9:31 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Muhammad Hafizuddeain, 58, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi."Faham (pertuduhan) puan, saya mohon dibicarakan," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju dan berseluar serba hitam.Dia yang merupakan PTD pertama dituduh atas kes menerima wang haram, kelihatan tenang ketika berada di kandang tertuduh.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima hasil haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di dua bank berbeza di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini, antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025





Kes gubah wang haram: Bekas PTD, isteri tiba di mahkamah - Sinarharian - 22/01 9:06 am

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinyamasing-masing tibadi Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.10 dan 8.20 pagipada Khamis.Difahamkan pasangan ini berdepan empat pertuduhan mengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Pada Rabu, menerusi kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa pasangan suami isteri itu telah diperoleh.Ia berhubung siasatan kes membabitkan kes tender perolehan pasukan itu.





'Panglima' jalan kaki 450km bawa isu Pati, pelarian - Mkini - 22/01 9:00 am

Cedera, penat dan demam jadi cabaran perjalanan anggota Pertubuhan Angkatan Lindungan Masyarakat (Panglima) Mohamed Izam Ahmad.





Bekas Panglima Tentera Darat dan isteri tiba di mahkamah, berdepan dakwaan .. - Hmetro - 22/01 8:38 am

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya yang disiasat berkaitan rasuah serta salah guna kuasa tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini





Kemboja dakwa puluhan rumah penduduk di sempadan dimusnahkan - Utusan - 22/01 8:30 am

PHNOM PENH: Pasukan tentera Thailand didakwa memusnahkan rumah-rumah penduduk Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan selepas gencatan senjata menamatkan pertempuran antara kedua-dua negara jiran itu, menurut satu kumpulan hak asasi tempatan





Pegawai kanan tentera buat laporan polis terhadap Chegubard - Mgazette - 21/01 6:26 pm

# Pegawai kanan tentera buat laporan polis terhadap Chegubard KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan tentera membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis Chegubard berhubung beberapa dakwaan yang disebarkan di media sosial





Mantan PAT, bekas PTD serta isteri akan didakwa Mantan PAT, bekas PTD .. - Mgazette - 21/01 6:26 pm

Manakala, Salwani akan didakwa dengan satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin, 26 Januari 2026, kata SPRM dalam kenyataan hari ini. Selain itu, SPRM juga telah memperoleh izin mendakwa terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Januari 2026





Isu rasuah terpalit tak harus cemari keseluruhan ATM, MINDEF ??? Anwar - Mgazette - 21/01 6:26 pm

# Isu rasuah terpalit tak harus cemari keseluruhan ATM, MINDEF Anwar KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menegaskan, kemelut melibatkan salah laku yang terpalit ke atas beberapa individu tidak harus mencemari keseluruhan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga Kementerian Pertahanan





Dua bekas panglima tentera akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah - Mkini - 21/01 5:30 pm

Melibatkan bekas panglima angkatan tentera Nizam Jaafar dan bekas panglima tentera darat Hafizuddiean Jantan bersama isterinya.





Bekas PTD, isteri akan didakwa esok, bekas PAT dituduh Jumaat - Sinarharian - 21/01 5:30 pm

KUALA LUMPUR Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddiean Jantan dan isterinya, Salwani Anuar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung kes pengubahan wang haram, pada Khamis.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka berdepan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Hafizuddiean turut berdepan kes di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Jumaat.Salwani pula akan didakwa di bawah peruntukan sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin minggu depan.Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut memperoleh izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Januari.Mohd Nizam akan didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).Beliau juga akan berdepan pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.SPRM turut memaklumkan, siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.Menurut SPRM, Suruhanjaya itu kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa sebarang kompromi selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang





Bekas Panglima ATM antara didakwa Jumaat - Utusan - 21/01 5:26 pm

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh izin daripada Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa tiga individu melibatkan dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seorang orang awam berkaitan rasuah tender perolehan ATM dan salah guna kuasa





Bekas PTD, isteri didakwa empat pertuduhan rasuah esok - Kosmo - 21/01 5:13 pm

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera (ATM) serta seorang orang awam berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kes tender perolehan pasukan itu





Bekas PAT, panglima tentera darat bakal didakwa - FMT - 21/01 5:12 pm

SPRM berkata Hafizuddiean Jantan akan berdepan enam pertuduhan manakala Mohd Nizam Jaafar bakal hadapi tiga pertuduhan.





Bekas pegawai tertinggi ATM akan didakwa esok - Sinarharian - 21/01 4:55 pm

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.Difahamkan, lelaki berusia 58 tahun itu akan dituduh selepas SPRM mengemukakan kertas siasatan bagi Ops Parasit kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), Isnin lalu.Berdasarkan semakan di sistem kehakiman nama suspek belum didaftarkan.Pada Isnin, SPRM telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan pegawai tertinggi ATM kepada pihak pendakwa raya berserta cadangan pertuduhan.





Puting beliung dalam ATM tidak gambarkan keseluruhan pasukan - PM - Sinarharian - 21/01 4:33 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 'puting beliung' yang melanda Angkatan Pertahanan Malaysia (ATM) berkait dakwaan salah laku dan rasuah tidak menggambarkan keseluruhan imej pasukan pertahanan negara itu.Beliau berkata, di sebalik kemelut tersebut masih ramai yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti tinggi.Sehubungan itu beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua pihak yang berkhidmat dengan baik dan cemerlang, sambil menyatakan harapan agar episod gelap dan muram yang diibaratkan sebagai puting beliung itu dapat berlalu."Jarang berlaku puting beliung di Malaysia ini, tetapi dua tiga tahun sekali dia mari melanggar




Reformasi     >>



Ramai sambut baik, PM syor ladang babi di Bukit Tagar .. - Harapandaily
Ramai menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan. Terdahulu, Anwar berkata, Kabinet dalam mesyuarat hari ini, berpandangan isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan ..
Kroni     >>



RM42mil not from Saudis, Najib admits in court - Star
KUALA LUMPUR: The RM42mil deposited into Datuk Seri Najib Razak's personal bank accounts was not related to any Saudi donation, the former prime minister has conceded. Read full story
Tabloid     >>



Rayuan Ditolak, Dai Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga .. - Beautifulnara
Pendakwah selebriti, Dai Syed, dihantar ke penjara hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, yang berlaku tujuh tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, ..
Tech     >>



Why couldn't Samsung and Apple make this phone? - Phonearena
It's frustrating how the world's biggest phone makers are not even close to the hardware on this phone.
World     >>



Board of Peace, Zelensky and Musk - What happened .. - BBC
The US president held a charter-signing ceremony for his "new international oversight body", though several key allies were not present.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Y15zr Edisi Ulang Tahun Ke-70 Lancar .. - Mekanika
# YAMAHA Y15ZR EDISI ULANG TAHUN KE-70 LANCAR DI INDONESIA **Yamaha Motor Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 Yamaha dengan memperkenalkan barisan model istimewa.** Sempena ulang tahun ke-70, Yamaha melancarkan empat model khas yang terdiri dari MX King 150 (Y15ZR), Aerox Aplha Turbo (NVX ..