///
See Also: Shutterstock

Search : Angkatan Bersatu News   Page 1    





A new era has dawned for Sabah with the defeat of Peninsula parties - Sinchew - 12/12 3:39 pm

A new era has dawned for Sabah with the defeat of Peninsula parties The recently concluded Sabah state election has driven home the point that Sabahans want to be rulers of their own state





Syed Saddiq tidak dapat faedah kewangan ekoran pengeluaran RM1 juta dana... - Mgazette - 12/12 3:39 pm

# Syed Saddiq tidak dapat faedah kewangan ekoran pengeluaran RM1 juta dana Armada PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan hari ini menghujahkan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mendapat faedah kewangan ekoran pengeluaran dana Armada RM1 juta seperti pertuduhan bersubahat yang dikenakan terhadapnya





Jangan buat huru-hara jika tak sehaluan dengan Muhyiddin - Mgazette - 12/12 3:39 pm

# Jangan buat huru-hara jika tak sehaluan dengan Muhyiddin JOHOR BAHRU - Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak sehaluan dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta agar tidak membuat huru-hara dari dalam





Kenyataan bercanggah Albert Tei timbulkan persoalan integriti – AMK - Mgazette - 12/12 3:39 pm

# Kenyataan bercanggah Albert Tei timbulkan persoalan integriti - AMK KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan usahawan, Albert Tei, yang didakwa membuat pengakuan di media mengenai pemberian rasuah tetapi menafikannya ketika dihadapkan ke mahkamah





'Ini sesuatu yang tidak dijangka' Hisyam - Sinarharian - 12/12 3:34 pm

PUTRAJAYA "Ini sesuatu yang tidak dijangka, namun saya tidak mahu mengulas lanjut."Demikian reaksi peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhubung arahan Mahkamah Persekutuan yang meminta pihak pendakwaan dan pembelaan menilai semula hujahan masing-masing berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tujuh tahun lalu.Hisyam berkata, perkara itu adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh pasukan guamannya."Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh kami, namun saya berpendapat mahkamah telah melakukan perkara yang betul."Selain itu, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ini adalah arahan mahkamah," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini pada Jumaat.Ditanya sama ada langkah mahkamah itu memberi gambaran seolah-olah tiada kes kukuh terhadap anak guamnya, Hisyam sekali lagi menegaskan beliau tidak akan mengulas lanjut.Menurut beliau, pihak pembelaan baru sahaja menyelesaikan penghujahan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dan menghargai ruang masa yang diberikan oleh mahkamah."Kami bersyukur dan berterima kasih kepada barisan hakim Mahkamah Persekutuan yang memberikan kami masa mencukupi untuk mengemukakan hujahan dan pendirian kami."Seperti diketahui, keputusan ditangguhkan dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak pulang serta meneliti semula kes masing-masing," katanya.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat membuat kejutan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berhubung keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), tujuh tahun lalu.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais turut meminta kedua-dua pihak merenung kembali hujahan yang difailkan.





Mahkamah beri masa pendakwaan, pembelaan Syed Saddiq masa seminggu bertenang - Sinarharian - 12/12 2:51 pm

PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat membuat kejutan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berhubung keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), tujuh tahun lalu.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais juga meminta pihak pendakwaan dan pembelaan merenung kembali hujahan yang difailkan."Kedua-dua pihak perlu bertenang dan teliti semula hujahan masing-masing, saya beri masa seminggu."Jika anda rasa strong conviction dan percaya rayuan ini perlu diputuskan oleh mahkamah ini atau berpandangan kami perlu semak semula, anda nyatakan pendirikan masing-masing kepada kami," katanya.AKAN MENYUSUL





'Tak sabar pulang ke Muar, banyak kerja menanti' Syed Saddiq - Sinarharian - 12/12 2:18 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] "Buat masa sekarang, saya tidak sabar untuk pulang ke Muar, banyak kerja menanti, dan saya sentiasa bersemangat untuk terus berkhidmat kepada kawasan saya seperti biasa."Demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui pada hari terakhir prosiding rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya di sini, pada Jumaat.Beliau yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berkata, fokusnya kini adalah untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sambil menyerahkan seluruh keputusan kepada mahkamah."Perjalanan kes ini dilalui tanpa sebarang usaha melengahkan proses."Terima kasih banyak kepada rakan-rakan media, pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam saya yang luar biasa," katanya di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini pada Jumaat.Katanya, semua peguam yang mewakilinya telah bekerja tanpa henti demi mencari keadilan."Kami tidak pernah memohon penangguhan serta melengahkan proses, pada akhirnya, kami percaya bahawa kebenaran, walaupun mengambil masa, saya yakin tetap akan menang."Saya menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada ALLAH SWT dan institusi kehakiman itu sendiri, jika bukan hari ini, esok, jika bukan esok, bulan hadapan, tetapi kebenaran akhirnya akan menang," katanya.Mengulas mengenai perjalanan prosiding hari ini, beliau mengesahkan bahawa keputusan masih belum dibuat.Ditanya mengenai respons hakim yang meminta pihak pendakwaan meneliti semula pendirian mereka, Syed Saddiq berkata, beliau enggan memberi sebarang tafsiran."Sejujurnya, saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam posisi hakim, saya benar-benar menghormati badan kehakiman, bukan hanya hakim secara individu, tetapi keseluruhan institusi kehakiman," katanya.Menurutnya, walaupun beliau pernah melalui fasa sukar selepas disabitkan di Mahkamah Tinggi, beliau tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi mahkamah."Ia bukan tentang individu semata-mata, tetapi mengenai institusi kehakiman yang perlu dipertahankan."Itu benteng terakhir pembelaan untuk mereka yang tidak mempunyai suara dan rakyat yang memerlukan perlindungan terakhir," jelasnya.Syed Saddiq turut menzahirkan rasa hormat kepada panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut serta seluruh proses mahkamah yang sedang berlangsung."Selepas itu, semuanya terserah kepada mahkamah untuk dipertimbangkan," katanya.Syed Saddiq diwakili Peguam utama, Datuk Hisyam Teh Poh Teik bersama Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S Devanandan, Low Wei Loke, Lim Wei Jiet, Siti Summaiyah Ahmad Jaafar, Mohammed Khairuzzaman Mohammed Ridha, Ee Gen You dan Nevyn Vinosh Venudran.Manakala, pendakwaan selaku perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib, Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Prosiding itu berlangsung di hadapan tiga panel hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Prosiding berkenaan adalah berkaitan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





RM120,000 milik Syed Saddiq, tiada bukti kepunyaan Armada Peguam - Sinarharian - 12/12 1:36 pm

PUTRAJAYA Pihak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat bahawa, pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada tidak boleh dikekalkan kerana wang itu milik Ahli Parlimen Muar berkenaan selain tiada bukti ia kepunyaan pihak lain.Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden berkata, hakim bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sepatutnya menentukan sama ada wang itu milik responden atau tidak."Jika jawapannya ya, maka tiada sebarang penyelewengan atau pengeluaran wang secara tidak jujur boleh berlaku."Hakim Mahkamah Rayuan juga telah membuat keputusan yang tepat apabila mendapati bahawa wang itu sememangnya milik responden," katanya.Beliau berkata, Mahkamah Rayuan telah menyandarkan fakta itu berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13), Rafiq Hakim Razali yang tidak pernah menyatakan wang berkenaan milik Armada, Bersatu, Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) atau dirinya sendiri.Hisyam berkata, dia juga mengakui wang terbabit dikumpul hasil kutipan dana dan menjadi milik responden untuk kempen pilihan raya peribadinya.Selain itu peguam berkata, saksi sama memberitahu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa responden terlebih dahulu membelanjakan wang sendiri dan kutipan itu dianggap sebagai bayaran balik.Justeru katanya, Mahkamah Rayuan mengambil tindakan tepat apabila menyimpulkan bahawa SP13 hanyalah pemegang amanah kepada RM120,000 berkenaan





Sabah Bersatu deserves support, not criticism, says Saifuddin - FMT - 12/12 10:00 am

Bersatu Supreme Council member Saifuddin Abdullah calls for an understanding of local context and respect for Sabah leaders in analysing the party's election loss.





Hormati suara Bersatu Sabah, Saifuddin beritahu pimpinan pusat - FMT - 12/12 10:00 am

Saifuddin Abdullah berkata pimpinan pusat seharusnya lebih empati bukan menyalahkan pimpinan Bersatu Sabah susulan kekalahan PRN, bulan lalu.





'Semoga semuanya dipermudahkan' - Syed Saddiq - Sinarharian - 12/12 9:38 am

PUTRAJAYA "Saya berharap prosiding hari ini berjalan lancar dan saya doakan semuanya dipermudahkan."Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menegaskan beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada institusi kehakiman dalam prosiding rayuan pendakwaan berhubung empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya di sini pada Khamis.Menurut Syed Saddiq, segala isu yang dibangkitkan pihak pendakwaan telah pun diperjelaskan dan dijawab secara menyeluruh oleh pasukan pembelaannya."Saya menghormati tugas pihak pendakwaan, semua isu yang ditimbulkan telah kami tangani, bukan sahaja dalam prosiding rayuan tetapi juga melalui petisyen bertulis sebelum ini."Segala perkara telah dihujahkan secara komprehensif, kini, saya serahkan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan berdasarkan fakta," katanya.Syed Saddiq berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mengikuti hari kedua prosiding rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Armada yang dihadapinya.Prosiding berkenaan bersambung sejak Khamis dan dijangka diteruskan sehingga selesai penghujahan kedua-dua pihak.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa prosiding ini merupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Syed Saddiq berhubung empat kes menyeleweng dana Armada.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari bermula Khamis, di hadapan beberapa hakim.





Proton Wira gagal memotong kenderaan lain punca bertembung trak tentera - Polis - Sinarharian - 12/12 9:07 am

MACHANG Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh sebuah trak tentera dari arah bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Khamis.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah itu turut menyebabkan tiga lagi anggota ATM termasuk pemandu Proton Wira mengalami kecederaan."Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas."Ketika tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dari arah Kota Bharu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan."Laluan itu merupakan laluan sah milik trak ATM





Kehadiran Bella Astillah sekali lagi curi tumpuan pengamal media - Sinarharian - 12/12 8:41 am

PUTRAJAYA Kehadiran pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan pengamal media di Kompleks Mahkamah Putrajaya yang mengikuti hari kedua prosiding mengetepikan pembebasan empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Jumaat.Bella tiba pada jam 8.30 pagi sambil ditemani beberapa individu.Bella dilihat mengenakan baju kurung sambil melemparkan senyuman serta memberi salam kepada barisan pengamal media yang setia menanti perkembangan kes berkenaan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa prosiding ini merupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Syed Saddiq berhubung empat kes menyeleweng dana Armada.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari bermula Khamis, di hadapan beberapa hakim.





78 ADUN Sabah termasuk enam dilantik angkat sumpah hari ini - Mgazette - 12/12 7:34 am

# 78 ADUN Sabah termasuk enam dilantik angkat sumpah hari ini KOTA KINABALU - Sebanyak 78 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk enam ADUN lantikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Datuk Kadzim M Yahya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini





Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera dalam kemalangan di .. - Mgazette - 12/12 7:34 am

# Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera dalam kemalangan di Machang KOTA BHARU - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lori lima tan ATM dengan sebuah kereta Proton Wira, di Kampung Bukit Belah, Machang petang tadi





Seorang anggota tentera maut, 4 cedera trak bertembung Proton Wira - Sinarharian - 11/12 7:59 pm

MACHANG - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan dan Proton Wira di Kampung Bukit Belah di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang sebelum bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama enam anggota.Menurut beliau, setibanya di lokasi pada jam 6.58 petang, pasukannya mendapati pemandu Proton Wira, tersepit dan cedera parah."Manakala tiga lagi anggota ATM turut mengalami kecederaan."Kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita.Ujar beliau, mangsa yang meninggal dunia di lokasi disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).





Ahli Parlimen Bersatu hantar surat tuntutan kepada PM berkait ART - FMT - 11/12 6:49 pm

Rosol Wahid berkata beliau menuntut penjelasan Anwar Ibrahim berhubung kuasanya menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).





Tafsiran derma jadi milik peribadi disifat bahaya, pendakwaan bantah hujah Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 4:31 pm

PUTRAJAYA Sekiranya Mahkamah Persekutuan pada Khamis menerima alasan Ahli Parlimen Muar, bahawa hasil derma di akaun parti boleh dialihkan ke akaun peribadi kerana menggantikan wang yang digunakan semasa pilihan raya, ia membuka ruang kepada mana-mana individu untuk mengalirkan derma ke akaun peribadi secara sah.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib selaku perayu, menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33.Menurutnya, keadaan itu akan membuka ruang lebih luas kepada pihak lain termasuk ahli politik, untuk mengalihkan wang derma ke dalam akaun masing-masing dengan halal."Jika tafsiran Mahkamah Rayuan dikekalkan, pihak itu boleh memindahkan wang sumbangan kempen ke akaun sendiri kemudian menuntutnya sebagai wang peribadi."Pendakwaan menyifatkan kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa wang itu milik perayu sebagai suatu isu berbahaya."Ia meruntuhkan prinsip fidusiari antara tujuan sesuatu dana dikumpulkan dengan kawalan peribadi," katanya.Dalam prosiding ini, beliau hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Mereka menegaskan, dengan menganggap tujuan pengumpulan dana sebagai pemberian pemilikan mutlak, Mahkamah Rayuan seolah-olah memadamkan elemen amanah yang menjadi asas kepada kesalahan penyelewengan.Beliau berkata, dana yang dikumpul untuk sesuatu tujuan merupakan milik penderma atau dana kolektif sehingga digunakan dengan betul.Katanya, sumbangan itu tidak boleh dianggap serta-merta menjadi hak milik benefisiari sehingga kewajipan amanah disempurnakan.Ahmad Akram berkata, Mahkamah Rayuan tersilap dalam dapatan dengan menggambarkan dana itu sebagai satu bentuk penukaran dan bukannya penyalahgunaan atau pecah amanah.Beliau berkata, ini kerana Syed Saddiq selaku responden meminta dana awam berdasarkan naratif pengorbanan, tetapi telah menggunakan dana itu demi kepentingan diri sendiri."Derma berkenaan merupakan harta yang diamanahkan jadi selaku pemegang jawatan, Syed Saddiq mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadapnya."Kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu telah lengkap sebaik sahaja wang itu dialihkan ke dalam kawalan peribadi Syed Saddiq, tanpa mengira dakwaan kemudiannya bahawa dana digunakan sebagai bayaran balik," katanya.Justeru katanya, Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan dana berkenaan menjadi milik bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu hanya kerana ia dikutip untuk kempen pilihan rayanya.Beliau berkata, wang amanah kekal sebagai harta milik orang lain sehingga digunakan untuk tujuan asalnya."Seorang fidusiari tidak boleh secara sepihak menukar wang amanah menjadi milik peribadi," katanya.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, bersambung Jumaat.Dalam prosiding ini, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S Devanandan, Low Wei Loke, Lim Wei Jiet, Siti Summaiyah Ahmad Jaafar, Mohammed Khairuzzaman Mohammed Ridha, Ee Gen You dan Nevyn Vinosh Venudran





UEC banyak percanggahan dengan sistem pendidikan negara – Medidik - Mgazette - 11/12 3:31 pm

# UEC banyak percanggahan dengan sistem pendidikan negara - Medidik JOHOR BAHRU - Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (Mendidik) membantah sekiranya kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)





Syed Saddiq dalang pengeluaran dana RM1 juta Armada – Pendakwaan - Mgazette - 11/12 3:31 pm

# Syed Saddiq dalang pengeluaran dana RM1 juta Armada - Pendakwaan PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan dalang atau _mastermind_ di sebalik perbuatan pecah amanah dana RM1 juta Armada yang dilakukan Penolong Bendaharinya ketika itu, Rafiq Hakim Razali





14 Ketua Bahagian Bersatu Perak nafi desak Muhyiddin letak jawatan - Mgazette - 11/12 3:31 pm

# 14 Ketua Bahagian Bersatu Perak nafi desak Muhyiddin letak jawatan KUALA LUMPUR - Seramai 14 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menafikan mereka mendesak supaya Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan





Syed Saddiq mastermind pecah amanah dana Armada - Pendakwaan - Sinarharian - 11/12 12:51 am

PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan mastermind di sebalik kes pecah amanah terhadap dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq, 33.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana parti itu.Wan Shaharudin berkata, ketika prosiding di Mahkamah Rayuan, panel hakim gagal menilai keseluruhan keterangan saksi berdasarkan kronologi kes, secara objektif dan menyeluruh.Sedangkan katanya, hakim Mahkamah Rayuan mengakui Syed Saddiq selaku responden telah mengeluarkan arahan kepada bekas Penolong Bendahari parti, Rafiq Hakim Razali, 35, supaya mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada.Menurutnya, ia termasuk arahan responden kepada Rafiq Hakim untuk melupuskan wang atau perkataan yang timbul semasa prosiding iaitu clearkan dana apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat rumah responden pada 31 Mac 2020.Katanya, perbuatan itu bukan untuk urusan politik sebaliknya takut wang itu akan dirampas.Beliau berkata, keterangan itu jelas menjurus kepada kesalahan persubahatan supaya Rafiq Hakim yang juga saksi pendakwaan (SP) ke-13 mengeluarkan wang milik Armada atas alasan tidak jujur."Tanpa arahan daripada ahli politik itu, SP13 tidak mungkin mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada."Setiap peristiwa itu juga berlaku kerana ada arahan diberi sama ada kepada SP10, bekas Exco Armada Bersatu, Abdul Hannaan Khairy atau SP11, bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi."Jelas sekali, dalang bagi setiap kesalahan itu ialah responden sendiri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Wan Shaharudin turut berhujahkan bahawa Mahkamah Rayuan menilai keterangan semua saksi itu termasuk SP8, pemilik syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32.Katanya, ia berkaitan kemungkinan wujud motif untuk mengenakan Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.Sedangkan katanya, semua saksi itu merupakan kawan baik responden sekali gus menunjukkan tiada motif untuk mengenakan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terbabit."Komen panel hakim Mahkamah Rayuan terhadap saksi-saksi terbabit merupakan tidak berasas memandangkan tiada perselisihan pernah dilaporkan berlaku."Selain itu ketika perbicaraan, responden mengesahkan hubungan mereka baik malah sebelum bicara bermula, Syed Saddiq pernah memanggil SP13 untuk memperagakan baju raya," katanya.Beliau menegaskan, pihak pendakwaan telah membuktikan semua elemen penting secara kukuh dan mempunyai asas prima facie.Justeru katanya, tidak wajar bagi panel hakim Mahkamah Rayuan mengatakan perayu gagal sedangkan mereka telah membuktikan semua elemen dalam prosiding berkenaan.Mengulas mengenai sebab pendakwaan tidak menuduh SP13 di mahkamah atas tuduhan jenayah, Wan Shaharuddin berkata, tiada halangan untuk pihak pendakwaan mendakwa orang yang bersubahat sahaja, tanpa menuduh pesalah utama.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat.Dalam prosiding itu, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu, diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S





Malaysia tidak sekat lawatan UNHCR - Sinarharian - 11/12 11:51 am

PUTRAJAYA - Malaysia membidas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dakwaan menyekat lawatan suruhanjaya itu ke depoh tahanan di negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pihaknya merekodkan hanya dua permohonan yang dikemukakan UNHCR tahun ini."Seingat saya, tahun ini, baru dua kali kami terima surat, di mana UNHCR kata dia nak datang jengok depoh Imigresen, dua kali baru."Tetapi dia beritahu dunia kata kita sekat, tak bagi," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Khamis.Jelas beliau, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 namun meneruskan tanggungjawab moral untuk menguruskan manusia secara bermaruah, termasuk pelarian."Kita buat ini kerana kita ada tanggungjawab moral





14 ketua Bersatu di Perak termasuk Peja nafi desak Muhyiddin letak jawatan - FMT - 11/12 11:10 am

Mereka menegaskan sidang media diketuai Ketua Bersatu Pasir Salak Zainol Fadzi Paharudin tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan negeri itu.





14-division call for Muhyiddin to step down not official, say Perak Bersatu leaders - FMT - 11/12 11:08 am

They say only nine of the 14 division chiefs were involved in the press conference led by the Pasir Salak division chief.





Hakim Abu Bakar dengar rayuan akhir pendakwaan kes Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 11:02 am

PUTRAJAYA Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais mengetuai panel tiga hakim, mendengar rayuan akhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Abu Bakar selaku Hakim Mahkamah Persekutuan bersama dua lagi hakim yang baru mengangkat sumpah pada 3 Disember lalu ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Prosiding bermula tepat jam 9.30 pagi dengan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu, memulakan hujahan.Semasa prosiding, panel hakim memberi masa selama tiga jam untuk pihak perayu membuat hujahan, diikuti pihak pembelaan yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ambiga Sreevenasan.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun, pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, Penolong Bendahari Armada Bersatu, yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018, yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jaya, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.





Fourteen Perak Bersatu chiefs call for Muhyiddin to resign over party turmoil, voter backlash - Malaymail - 11/12 10:29 am

IPOH, Dec 11 Fourteen Perak Bersatu division chiefs yesterday called for President Tan Sri Muhyiddin Yassin to s...





Nafi desakan 'turun' Muhyiddin, sidang media tidak wakili pendirian rasmi Bersatu Perak - Sinarharian - 11/12 9:52 am

IPOH - Desakan 14 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak agar Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan presiden tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan parti negeri.Dalam satu kenyataan bersama, Ketua-ketua Bahagian Bersatu negeri menjelaskan, semakan dibuat mendapati, hanya sembilan ketua bahagian terlibat dalam sidang media diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudinmanakala selebihnya bukan pemegang jawatan ketua bahagian."Individu lain yang hadir adalah atas kapasiti peribadi dan tidak boleh dianggap sebagai pendirian kolektif kepimpinan bahagian di Perak," menurut kenyataan itu.Kenyataan berkenaan dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan media pada Rabu berhubung desakan 14 bahagian Bersatu Perak yang mahu Muhyiddin berundur atas alasan kegagalan dalam menangani kemelut dalaman yang melanda parti ketika ini.Kenyataan sama itu berkata, tindakan membawa isu dalaman parti ke ruang awam melalui sidang media terbuka adalah tidak wajar serta bercanggah dengan disiplin parti.Mereka menegaskan, sebagai ahli MPT Bersatu, Zainol Fadzi seharusnya menyalurkan sebarang pandangan atau perbezaan pendirian melalui Mesyuarat Pimpinan Tertinggi, bukan dengan cara yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi."Tindakan tersebut menjejaskan imej parti dan memberi persepsi tidak tepat mengenai kestabilan serta kesepaduan kepimpinan Bersatu di Perak





Bella anggun berbaju kurung pink hadir di mahkamah - Sinarharian - 11/12 9:06 am

PUTRAJAYA - Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tiba di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.30 pagi bagi mengikuti prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Ahli Parlimen Muar, berhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Bella sempat melemparkan senyuman sebelum memberi salam kepada pengamal media yang menunggu sejak awal pagi di sini.Bella kelihatan yang kelihatan anggun dan manis mengenakan baju kurung bewarna pink turut ditemani pembantunya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat inidi hadapan beberapa hakim.Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden, hanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.





Mahkamah Persekutuan Putrajaya jadi tumpuan pengamal media - Sinarharian - 11/12 8:59 am

PUTRAJAYA - Kompleks Mahkamah Persekutuan di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berkaitan hujahan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini kes berprofil tinggi itu.Ibu, bapa dan kakak Ahli Parlimen Muar itu dilihat berjalan menuju ke tingkat atas kira-kira jam 8.15 pagi.Turut kelihatan juga beberapa petugas keselamatan mahkamah menjalankan kawalan di sekitar pintu masuk hadapan kompleks berkenaan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat ini, di hadapan beberapa hakim.Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku respondenhanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.Pendengaran kes berkenaan bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu memulakan hujahan.Mereka bakal membentangkan fakta yang perlu bagi panel hakim berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).Jika mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan bersalah serta hukuman terbabit.Andai kata panel hakim membuat keputusan berbeza, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut berdepan hukuman penjara, denda dan sebatan tersebut.Pada 22 September lalu, perayu mengemukakan 28 alasan bahawa Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi wajar mengembalikan semula sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 25 Jun lalu.Perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, daripada 15 daripadanya melibatkan tuduhan bersubahat pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Sembilan lagi katanya, berkaitan kes salah guna harta di bawah Seksyen 403 kanun sama, manakala empat selebihnya berkaitan dua kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Mengikut petisyen yang difailkan, perayu berkata, panel Hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menuduh pihak pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tekanan terhadap saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali, yang juga bekas Penolong Bendahari Armada dan saksi utama kes.





Syed Saddiq tiba di mahkamah, rayuan terakhir pendakwaan - Sinarharian - 11/12 8:50 am

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan di sini pada jam 8.26 pagi Khamis, bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannyaberhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Syed Saddiq, 33, yang memakai kot berwarna hitam hadir dengan ditemani dua penyokongnya.Itumerupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan berkenaan dalam prosiding yang ditetapkan selama dua hari sehingga Jumaat, di hadapan panel hakim yang jumlah dan namanya hanya akan diketahui semasa prosiding berlangsung dijangka bermula 9 pagi.Kes bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu membentangkan hujahan bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Kesemua pertuduhan melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta berjumlah RM120,000dan dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.Jika mahkamah menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua sabitan dan hukuman.Sebaliknya, jika panel hakim menerima rayuan, beliau akan berdepan semula hukuman penjara, sebatan dan denda yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Prosiding diteruskan dengan hujahan pihak pembelaan diketuai oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teikyang memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.Terdahulu pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada Bersatu)yang diamanahkan dengan dana RM1 jutauntuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jayamengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Ia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pula menyusul di belakang ahli politik itubeberapa minit kemudian.





Tun M jemput Anwar, Tengku Zafrul hadir Konvensyen Melayu 153 Sabtu... - Mgazette - 11/12 7:56 am

# Tun M jemput Anwar, Tengku Zafrul hadir Konvensyen Melayu 153 Sabtu ini PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput menghadiri Konvensyen Melayu 153 pada Sabtu ini bagi 'membincangkan' secara menyeluruh kedudukan serta tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan





14 bahagian Bersatu Perak gesa Muhyiddin berundur 14 bahagian Bersatu .. - Mgazette - 11/12 7:56 am

# 14 bahagian Bersatu Perak gesa Muhyiddin berundur IPOH - Sebanyak 14 kepimpinan bahagian Bersatu Perak hari ini menggesa Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur untuk memberikan laluan kepada proses pembaharuan parti





14 Perak Bersatu divisions want Muhyiddin to step down - FMT - 10/12 10:02 pm

Pasir Salak division chief Zainol Fadzi Paharudin, acting as their spokesman, says the party president had failed to contain Bersatu's internal crisis.





14 ketua Bersatu di Perak desak Muhyiddin letak jawatan presiden - FMT - 10/12 9:01 pm

Jurucakap Zainol Fadzi Paharudin berkata Muhyiddin Yassin didakwa gagal menangani kemelut dalaman parti itu lebih awal.





14 bahagian Bersatu Perak desak Muhyiddin undur - Zainol Fadzi - Sinarharian - 10/12 7:42 pm

IPOH Sejumlah 14 daripada 24 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak tampil secara bersama mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Presiden demi masa depan parti itu.Desakan berkenaan disuarakan Ketua Bahagian Bersatu Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang bertindak sebagai jurucakap kepada bahagian terlibat.Menurutnya, permintaan itu dibuat kerana kegagalan Muhyiddin dalam menangani kemelut dalaman yang melanda parti ketika ini.Jelasnya, perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan segera jika dikawal di peringkat awal."Presiden perlu mengawal perkara ini dengan lebih cermat umpama menarik rambut di dalam tepung





Kes Lebuhraya MEX II: Adam Radlan sedia bantu siasatan rasuah - Mgazette - 10/12 5:00 pm

# Kes Lebuhraya MEX II: Adam Radlan sedia bantu siasatan rasuah KUALA SELANGOR Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sedia membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Projek Lebuhraya Maju Expressway 2 (MEX 2)





Adam Radlan to give statement on Mex II case - MACC - Sinardaily - 10/12 3:22 pm

SHAH ALAM, Dec 10 (Bernama) -- Segambut Bersatu Division deputy chief Adam Radlan Adam Muhammad will record a statement with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in connection with its investigation into the MEX II Highway project.MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said Adam Radlan, who is believed to be in the United Kingdom, has given his assurance that he will return to Malaysia and cooperate fully with the investigation."His lawyer, Tan Sri Shafie Abdullah, has also submitted a letter confirming this, Azam told reporters after the MACC-UiTM Inspirasi 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan programme at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam today.Azam, who also serves as a UiTM Adjunct Professor, earlier delivered a lecture titled Integrity as the Core of Leadership, Trustworthiness as the Foundation of Success





Adam Radlan to give statement in MEX II probe, says Azam - FMT - 10/12 2:21 pm

MACC chief commissioner says the deputy Segambut Bersatu chief and his lawyer have assured the anti-graft agency of full cooperation.





Adam Radlan akan pulang bantu siasatan projek MEX 2, kata SPRM - FMT - 10/12 2:20 pm

Azam Baki berkata timbalan ketua Bersatu Segambut itu ialah saksi dalam siasatan projek MEX.2.





MACC: Segambut Bersatu deputy chief Adam Radlan to return from UK to assist MEX II probe - Malaymail - 10/12 2:16 pm

KUALA LUMPUR, Dec 9 Segambut Bersatu deputy chief Adam Radlan Adam Muhammad has promised to return to Malaysia t...





Siasatan MEX II: Adam Radlan akan tampil beri keterangan - Sinarharian - 10/12 1:33 pm

PUNCAK ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad akan memberikan keterangan dalam tempoh terdekat berhubung siasatan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX II.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihaknya."Sebelum ini, Adam berada di luar negara





Hujahan pendakwaan cabar pembebasan Syed Saddiq bermula Khamis - Sinarharian - 10/12 1:20 pm

PUTRAJAYA Peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan didengar di Mahkamah Persekutuan di sini, pada Khamis.Mahkamah menetapkan prosiding berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat, di hadapan panel hakim yang jumlah dan namanya hanya akan diketahui pada hari prosiding dijalankan.Kes bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu membentangkan hujahan bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Kesemua pertuduhan melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta berjumlah RM120,000, dan dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.Jika mahkamah menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq, 33, akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua sabitan dan hukuman





Insiden jatuh laut: Seorang ditemui lemas, dua lagi masih hilang - Sinarharian - 10/12 9:17 am

PERAI Salah seorang daripada tiga lelaki yang terjatuh ke laut dalam tiga kejadian berasingan telah ditemui lemas di perairan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada malam Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan terjatuh dari KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai kira-kira jam 3.30 pagi, Selasa."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan bantuan pelbagai agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS)."Sebanyak lima bot digerakkan, iaitu satu bot Maritim Malaysia, dua bot bomba, satu bot APM dan satu bot PBS Bukit Bendera," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tambah beliau, mayat mangsa ditemui selepas pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR di tiga sektor kawasan pencarian, iaitu A1, A2 dan A3."Ia meliputi keluasan 2.69 batu nautika persegi menggunakan kaedah pencarian permukaan air (Water Surface Searching)."Mangsa akhirnya ditemui oleh Pasukan Polis Marin pada jam 8 malam tadi (Selasa) di perairan berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum mayatnya dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban," ujarnya.Beliau berkata, operasi melibatkan 12 anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, dengan bantuan BBP Butterworth dan BBP Bagan Jermal menerusi unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)."Pihak penyelamat masih meneruskan operasi SAR bagi mencari dua lagi mangsa yang terjatuh ke laut," tambahnya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa Pulau Pinang mencatatkan tiga insiden berasingan membabitkan individu terjatuh ke laut dalam tempoh 24 jam, melibatkan dua kejadian di Jambatan Pulau Pinang dan satu kejadian di kawasan perairan Butterworth.Kes pertama berlaku pada Isnin jam 1.41 tengah hari di Tambatan W3, Dermaga Dalam, Butterworth, manakala kes kedua berlaku di KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai pada jam 8.22 malam, Isnin.Kes ketiga pula melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun di lokasi sama pada jam 3.30 pagi, Selasa.Pasukan penyelamat telah melancarkan operasi SAR bagi mencari kesemua mangsa yang dilaporkan terlibat.





Tiga lelaki jatuh laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam - Sinarharian - 9/12 6:40 pm

GEORGE TOWN Pulau Pinang mencatat tiga insiden berasingan membabitkan individu terjatuh ke laut dalam tempoh 24 jam, melibatkan dua kejadian di Jambatan Pulau Pinang dan satu kejadian di kawasan perairan Butterworth.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kes pertama berlaku pada pada Isnin jam 1.41 tengah hari di Tambatan W3 Dermaga Dalam, Butterworth selepas sebuah motosikal Yamaha LC V8 dan telefon bimbit ditemui ditinggalkan di lokasi."Polis memaklumkan seorang lelaki dipercayai telah terjatuh ke laut





Tiga lelaki jatuh dalam laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam Tiga .. - Mgazette - 9/12 4:38 pm

# Tiga lelaki jatuh dalam laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam GEORGE TOWN - Tiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang digerakkan secara serentak selepas tiga lelaki dilaporkan terjatuh ke laut dalam insiden berasingan di Jambatan Pulau Pinang dan Dermaga Dalam, Butterworth dalam tempoh kurang 24 jam





Malaysia tunggu lampu hijau PBB hantar pasukan pengaman ke Gaza - Sinarharian - 9/12 2:16 pm

MELAKA - Malaysia hanya menunggu lampu hijau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin bagi misi keamanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.Beliau berkata, hasrat itu sudah dipanjangkan melalui Majlis Keselamatan PBB dan kini hanya menunggu mandat rasmi sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan."Kita memang sentiasa bersedia menghantar pasukan pengaman bagi tugasan antarabangsa malah menyediakan satu batalion bagi misi sedemikian."Untuk menghantar pasukan kita ke Gaza, kita juga perlu mengambil kira persetujuan penduduk Palestin selaras dengan pendirian Malaysia yang menekankan penyelesaian komprehensif memandangkan keamanan di Palestin memerlukan pendekatan menyeluruh," katanya.Adly berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri pada Selasa.Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengekalkan komitmen antarabangsa, dengan 150 anggota pengaman Malaysia Batalion (Malbatt) 850-12 kini bertugas di Lubnan dan dijangka berakhir pada akhir 2026."Pasukan kita sentiasa bersedia untuk digerakkan ke mana-mana lokasi yang memerlukan misi keamanan antarabangsa," katanya.Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu arahan rasmi daripada PBB berhubung misi pengaman ke Gaza.Mohd Nizam berkata, pihaknya telah berada pada tahap kesiapsiagaan untuk diaturgerakkan ke sana bagi melaksanakan misi itu





Lelaki ditemukan lemas di dasar kolam - Mgazette - 9/12 7:49 am

BINTULU - Seorang lelaki ditemukan lemas hari ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumah pekerja di Simpang Rumah Panjang Kiroh Bali, Tatau semalam





Azman dakwa tuduhan rasuah sengaja dibuat untuk alih perhatian - Sinarharian - 8/12 4:13 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin selesai membayar ikat jamin RM75,000 selepas hampir empat jam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah.Bercakap pada sidang media selepas proses itu, Azman, 53, mendakwa pertuduhan terhadapnya sengaja dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada kes-kes lain yang lebih besar, antaranya isu rakaman video 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia termasuk pendakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin."Semua ini berlaku mungkin disebabkan teguran saya mengenai soalan di Parlimen baru-baru ini





Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

# Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada prosiding PUTRAJAYA - Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais menarik diri daripada mendengar permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk merayu keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi parti itu





Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri dengar permohonan Bersatu cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat - Sinarharian - 8/12 2:32 pm

PUTRAJAYA - Presiden Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar permohonan Bersatu untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum lepas.Datuk Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bahawa beliau memutuskan untuk menarik diri kerana mengenali peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang mewakili Bersatu, selama lebih 30 tahun.Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.Panel itu menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman yang mewakili Tan Sri Johari Abdul selaku responden pertama.Terdahulu, Abu Bakar berkata, beliau percaya isu itu tidak akan menimbulkan konflik terhadap kepentingan awam yang mewajarkannya menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.Bagaimanapun, beliau meminta kedua-dua pihak menyuarakan pendapat berhubung perkara itu.Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili keempat-empat Ahli Parlimen, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya agak keberatan jika Abu Bakar terus mendengar permohonan itu.Pada 17 April 2023, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, yang juga pegawai awam parti itu, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Johari serta Ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden.Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan 2023 yang menyatakan keempat-empat Ahli Parlimen telah memberikan penjelasan dan mengesahkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Perlembagaan Bersatu.Parti politik itu turut memohon deklarasi bahawa Ahli Parlimen terbabit telah berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kesemua kerusi Parlimen.Pada 16 Nov 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos lepas





Hakim tarik diri, permohonan Bersatu rayu kes Ahli Parlimen Sabah ditangguh - FMT - 8/12 1:13 pm

Peguam Ahli Parlimen itu berkata anak guamnya tidak selesa dengan Hakim Abu Bakar Jais, yang mendedahkan hubungan rapat dengan peguam Bersatu.





SEA-PLM: Pencapaian murid kekal stabil dalam domain Bacaan, Matematik - Sinarharian - 8/12 12:33 am

PUTRAJAYA - Pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran serantau Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) kekal stabil dengan kedua-dua domain Bacaan dan Matematik masing-masing merekodkan skor melebihi purata serantau, meskipun mencatat sedikit penurunan berbanding pusingan penilaian pertama.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, bagi domain Bacaan, Malaysia merekodkan skor melepasi purata serantau 300 mata, dengan penurunan kecil sebanyak lima mata berbanding penilaian SEA-PLM 2019.Beliau berkata, gambaran sama turut direkodkan bagi domain Matematik apabila skor negara melepasi purata serantau 305 mata, juga dengan penurunan lima mata."Ini bermakna secara keseluruhan, murid Malaysia berada pada tahap literasi membaca yang kompetitif walaupun menghadapi gangguan pembelajaran."Ini menunjukkan asas numerasi murid Malaysia masih kukuh secara relatif, walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam pemulihan pembelajaran," katanya ketika membentangkan keputusan SEA-PLM 2024 di sini pada Isnin.Beliau berkata, kohort yang mengambil bahagian dalam SEA-PLM 2024 ialah murid yang lahir pada 2013, dan menyifatkan kohort itu unik kerana murid menjalani PdPR (proses pengajaran dan pembelajaran di rumah) selama hampir dua tahun ketika berada di Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dari 2020 hingga 2021."Gangguan pembelajaran pada awal fasa persekolahan ini merupakan faktor besar yang mempengaruhi penguasaan kemahiran asas mereka dan menjadi konteks penting untuk mentafsir dapatan SEA-PLM dengan tepat," katanya.Mohd Azam berkata, trend yang direkodkan membantu Kementerian Pendidikan (KPM) merangka intervensi lebih bersasar bagi memastikan murid bukan sekadar pulih, malah mampu meningkatkan kemahiran Matematik ke tahap lebih tinggi.SEA-PLM yang dijalankan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil adalah pentaksiran serantau anjuran Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), melibatkan tujuh negara ASEAN termasuk Timor-Leste.SEA-PLM 2024 menilai pencapaian 4,379 murid Tahun 5 daripada 158 sekolah dalam empat domain utama, namun bagi pusingan kali ini, dapatan hanya melibatkan domain Bacaan dan Matematik.Mengulas pencapaian mengikut band aras penguasaan, beliau berkata, sebanyak 69 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas bagi domain Bacaan, yang disifatkan sebagai pencapaian baik, termasuk satu pertiga murid daripada keluarga berstatus sosioekonomi (SES) rendah.Bagi domain Matematik pula, sebanyak 74 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas, sekali gus menunjukkan trend penguasaan asas numerasi yang semakin positif."Ini menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah telah menampakkan implikasi positif," katanya.Antara inisiatif berkenaan ialah pembangunan kapasiti guru, program pemulihan khas, program baca bersama serta program literasi dan numerasi sekolah rendah.Dari segi jantina, Mohd Azam berkata, pencapaian murid perempuan masih mengatasi murid lelaki dalam domain Bacaan, namun jurang semakin mengecil daripada sembilan mata pada 2019 kepada tujuh mata pada 2024.Katanya, bagi Matematik pula, tiada jurang pencapaian antara murid lelaki dan perempuan direkodkan, malah murid lelaki mencatat peratusan lebih tinggi bagi Band 8 dan 9 berbanding murid perempuan.Beliau berkata, jurang berdasarkan status sosioekonomi kekal sebagai cabaran utama apabila perbezaan ketara direkodkan antara murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi, iaitu jurang 23 mata bagi Bacaan dan 26 mata bagi Matematik




Reformasi     >>



Ringgit lonjak paling tinggi, kini cecah RM4.10 .. - Harapandaily
Ringgit kini mencatatkan rekod paling tinggi dalam tempoh empat tahun enam bulan apabila mengukuh ke paras 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang semalam, ringgit dilapor meningkat kepada 4.1040/1105 berbanding dolar AS daripada 4.1155/1195 ketika ditutup. Lapor Bernama, ..
Kroni     >>



Perlis rintis enakmen anak angkat libat orang Islam - Harakahdaily
KANGAR: Perlis menjadi negeri pertama di Semenanjung Malaysia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi urusan pengangkatan anak dalam kalangan umat Islam. Ia setelah Rang Undang-Undang Enakmen Pengangkatan Orang Islam (Negeri Perlis) 2025 telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ..
Tabloid     >>



Erra Fazira Sah Milik Mr E Dengan Satu Lafaz - Hotfm
Primadona filem alaf baru, Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E.
Tech     >>



After striking OpenAI deal, Disney demands Google .. - Mashable
Disney has sent a legal threat to Google, telling the company to stop using its characters in its AI models.
World     >>



'Spoof' ship: Seized oil tanker Skipper hid location .. - Cnbc
The seizure of the oil tanker Skipper comes as President Donald Trump has escalated pressure on Venezuelan President Nicols Maduro in recent weeks.
Motor Trend     >>



Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025 - Piston
Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga serba baharu, Proton menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport). Prestasi ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali ..