///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ambalat News   Page 1    



Pembangunan bersama Laut Sulawesi masih dalam pertimbangan - Mgazette - 5/07 7:39 am

Kerajaan Malaysia akan terus komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai perkara ini melalui rundingan mekanisma sedia ada dan memastikan kedaulatan dan kepentingan negara termasuklah kepentingan wilayah Sabah akan sentiasa dipertahankan, katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau mengulas mengenai kebimbangan yang disuarakan banyak pihak susulan laporan media berhubung komitmen Anwar dan dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk kedua-dua negara mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan





Kerajaan perlu telus isu rundingan Ambalat - Utusan - 5/07 7:38 am

PETALING JAYA: Kerajaan perlu bersikap terbuka jika ada sebarang perkembangan konkrit hasil mesyuarat teknikal Malaysia-Indonesia berhubung isu Ambalat yang dijangka bulan ini





Isu Ambalat: Cadangan pembangunan bersama belum dimuktamadkan - Sinarharian - 4/07 6:08 pm

JAKARTA - Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Mohamad Alamin berkata, cadangan Malaysia dan Indonesia membangunkan potensi ekonomi secara bersama (JD) di kawasan Laut Sulawesi belum lagi dimuktamadkan.Beliau berkata, pelbagai proses perlu diambil kira terlebih dahulu, terutamanya mendapatkan pandangan serta persetujuan daripada Kerajaan Sabah.Mekanisme perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya termasuk Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, katanya."Apapun, JD di Laut Sulawesi merupakan hal yang masih dalam pertimbangan dan sememangnya belum lagi dimuktamadkan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Mohamad berkata, cadangan JD di Laut Sulawesi membabitkan ND6 dan ND7, atau dirujuk oleh Indonesia sebagai "Ambalat", dilaporkan memiliki simpanan sumber asli seperti minyak dan gas yang signifikan bukanlah sesuatu yang baharu





Isu Ambalat: Kerajaan komited, sepakat pertahan kedaulatan negara Mohamad Alamin - Astroawani - 4/07 5:30 pm

Kerajaan Persekutuan komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai isu Ambalat melalui rundingan mekanisme sedia ada.





Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam apa jua rundingan ??? Bung Moktar - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam apa jua rundingan Bung Moktar KUALA LUMPUR Sabah berhak untuk dilibatkan dalam apa jua kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat





Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono – Razali - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono - Razali KUALA LUMPUR Kerajaan tidak boleh secara semberono menawarkan janji-janji manis kepada rakyat berhubung Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalatseperti yang dilakukan ketika ini





Pembangkang eksploit isu Ambalat demi kepentingan politik Geostrategis - Thempress - 4/07 4:55 pm

TINDAKAN pembangkang mempolitikkan isu pembangunan bersama MalaysiaIndonesia di blok Ambalat disifatkan sebagai usaha terancang untuk meraih manfaat politik dengan mengeksploitasi sentimen rakyat berhubung soal kedaulatan negara





Sabah berhak dilibatkan dalam rundingan Ambalat – Bung Moktar - Thempress - 4/07 11:20 am

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa Sabah berhak untuk dilibatkan dalam sebarang kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat





Isu Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam rundingan - Bung Moktar - Sinarharian - 4/07 11:11 am

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa Sabah berhak untuk dilibatkan dalam apa juga kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat.Bung Moktar berkata, walaupun Sabah kini berada di ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) namun beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu kedaulatan negeri itu





Wajar bahas isu Ambalat di Parlimen - Sinarharian - 4/07 10:00 am

SHAH ALAM Isu pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi wajar dibahaskan secara terbuka di Parlimen demi memastikan ketelusan kerajaan dalam mengurus sempadan serta sumber strategik negara.Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, permintaan pembangkang agar perkara itu didedahkan kepada umum tidak seharusnya dipandang serong kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa pembentangan tersebut wajar dibuat hanya selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal antara Malaysia dan Indonesia berlangsung, yang dijangka pada akhir bulan ini."Jadi, seeloknya biarlah mesyuarat ini berlangsung dahulu, lihat keputusannya bagaimana dan selepas itu barulah kerajaan mendedahkan."Maknanya, kerajaan perlu bersikap telus dengan rakyat supaya tidak timbul dakwaan yang tidak diingini kerana ini adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Indonesia," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, Ambalat merupakan kawasan kaya dengan sumber minyak dan gas, justeru kerajaan bertanggungjawab untuk berterus terang dengan rakyat dalam apa jua keputusan melibatkan aset strategik negara.Ditanya mengenai kemungkinan keputusan untuk memajukan kawasan Ambalat bersama Indonesia boleh dianggap sebagai kompromi terhadap tuntutan kedaulatan Malaysia, jelasnya, kerjasama tersebut tidak semestinya mencerminkan pengorbanan kedaulatan.Ujarnya, jika kedua-dua negara bersetuju untuk memajukan kawasan itu tanpa membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ia boleh dianggap sebagai satu penyelesaian damai."Pada pandangan saya, Indonesia tidak mahu membawa hal Ambalat ke ICJ kerana masih trauma dengan kekalahan kes Sipadan dahulu, manakala Malaysia pula tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan terlalu lama."Jadi, kalau nak memajukan kawasan Ambalat, kita tidak boleh anggap ia sebagai satu kompromi, tetapi lebih kepada usaha mengekalkan keamanan demi pembangunan bersama."Bagaimanapun, ia mesti dibuat melalui perjanjian yang adil supaya tidak timbul dakwaan Malaysia mendapat kurang, Indonesia mendapat lebih





Rafizi bidas pemimpin pembangkang main emosi isu Ambalat - Sinarharian - 3/07 6:09 pm

SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak bermain emosi dan mempolitikkan isu Ambalat sehingga boleh menjejaskan hasil dan rancangan pembangunan negara.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama agar potensi minyak di kawasan tersebut dapat dimanfaatkan.Malah katanya, ia adalah salah satu perkara yang dibawanya semasa dalam Kabinet dahulu kerana kaedah tersebut terbukti berkesan dan telah dilaksanakan di luar pesisir Kelantan dan Thailand.Menurut Rafizi, keadaannya sama iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak."Dalam tahun 1970-an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu."Wakil sama banyak, suara sama banyak





Rafizi sokong JDA Ambalat, mahu Pusat jamin kepentingan Sabah - Mgazette - 3/07 3:20 pm

# Rafizi sokong JDA Ambalat, mahu Pusat jamin kepentingan Sabah KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli bersetuju dan menyokong inisiatif Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalat yang dimeterai antara Malaysia dan Indonesia





Ambalat: Kedaulatan negara bukan milik PM – Bersatu - Mgazette - 3/07 3:20 pm

# Ambalat: Kedaulatan negara bukan milik PM - Bersatu KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan kebimbangan dengan persetujuan negara menerusi Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalat yang disifatkan dimeterai secara tergesa-gesa





Seek clarification from Putrajaya, Sabah minister says over Ambalat issue - Mkini - 3/07 1:00 pm

Masidi says PM only issued a general statement on it.





Muhyiddin persoal perjanjian pembangunan Ambalat, desak penjelasan kerajaan - Astroawani - 2/07 7:00 pm

Muhyiddin mempersoalkan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Indonesia di Blok Ambalat, iaitu kawasan perairan yang masih dalam pertikaian membabitkan kedua-dua negara.





Indonesia and Malaysia set model for dispute resolution with Ambalat pact - Scmp - 2/07 6:00 pm

The decision by Indonesia and Malaysia to jointly develop the resource-rich Ambalat sea block signals a pragmatic step towards defusing a decades-old territorial stand-off, even as legal uncertainties over sovereignty remain unresolved





Muhyiddin persoal terma perjanjian pembangunan Ambalat - Sinarharian - 2/07 5:22 pm

KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Indonesia di Blok Ambalat, iaitu kawasan perairan yang belum dimuktamadkan sempadan maritimnya.Menurut beliau, tiada penjelasan terperinci mengenai perjanjian tersebut telah dibuat oleh kerajaan sehingga kini."Benarkah Malaysia tidak mengorbankan seinci pun wilayahnya dalam Perjanjian Pembangunan Bersama ini? Apakah terma-terma perjanjian ini? Tidakkah ia menjejaskan kedudukan Malaysia dalam tuntutan kedaulatan ke atas Ambalat?"Oleh kerana pertikaian mengenai Ambalat melibatkan sempadan negeri Sabah, adakah negeri Sabah telah dirunding sebelum perjanjian pembangunan bersama ini dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia?" soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.Dalam sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka, Jakarta minggu lalu, Anwar berkata, kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat.Jelas Muhyiddin, sebarang bentuk perjanjian pembangunan bersama di wilayah yang masih menjadi pertikaian maritim seperti Ambalat hanya boleh dilaksanakan dengan syarat-syarat yang tegas.Beliau berkata, pelaksanaan perjanjian tersebut mestilah berpaksikan prinsip undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), dan tidak boleh dianggap sebagai penyerahan hak kedaulatan dalam apa jua bentuk.Menurutnya, sebarang pengumuman berkaitan niat pembangunan bersama tanpa kejelasan syarat, mandat Parlimen, serta jaminan terhadap hak negeri Sabah merupakan langkah cuai yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap tuntutan sah Malaysia."Rakyat juga berhak bertanya, adakah terdapat klausa yang membenarkan Malaysia menarik diri sekiranya haknya dinafikan? Adakah Sabah dijamin bahagian hasil atau hak mentadbir sumber tersebut?"Atau adakah tindakan ini hanya akan mengukuhkan tuntutan Indonesia melalui pengiktirafan tersirat dalam perjanjian pembangunan bersama?" katanya.Tambah beliau, sebarang kerjasama yang melibatkan wilayah pertikaian mesti ditangguhkan sehingga sempadan diputuskan secara sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau menerusi mana-mana saluran undang-undang yang diiktiraf.Jelasnya lagi, negara tidak boleh membenarkan tindakan hari ini menjadi duluan berbahaya yang memberi implikasi serius terhadap kedaulatan negara pada masa depan."Hak dan maruah negara tidak boleh diperjudikan





Isu Ambalat: Benarkah Malaysia tak serah seinci tanah, soal Muhyiddin - Mkini - 2/07 5:12 pm

Bekas PM itu berkata, dia telah meminta Anwar menjelaskan tentang rundingan Malaysia dengan Indonesia berhubung Ambalat.





Muhyiddin: What are guarantees for Malaysia in Ambalat deal? - Mkini - 2/07 4:58 pm

Ex-PM recalls raising the issue in Parliament in 2023.





Isu Ambalat akan dibincang semasa lawatan PM ke Indonesia - Fahmi - Astroawani - 2/07 4:15 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini, dengan isu Ambalat antara perkara yang dijangka dibincangkan





Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? – Muhyiddin - Mgazette - 2/07 3:56 pm

# Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk perjanjian pembangunan bersama di wilayah yang masih menjadi pertikaian maritim seperti Ambalat hanya boleh dilaksanakan dengan syarat-syarat yang tegas





Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di .. - Mgazette - 2/07 3:56 pm

# Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di Parlimen KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen





Ambalat block issue likely to feature in Malaysia-Indonesia talks - NST - 2/07 3:48 pm

PUTRAJAYA: Issues related to the resource-rich Ambalat block are among the matters expected to be discussed during the Annual Consultation between Malaysia and Indonesia on July 29





Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di Parlimen - Sinarharian - 2/07 3:05 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, ini kerana rakyat berhak mengetahui tentang kedudukan sebenar isu tersebut.Malah menurutnya, kedaulatan dan kepentingan Malaysia ke atas segenap inci wilayah negara, khususnya di kawasan maritim strategik di Blok Ambalat yang kaya dengan simpanan minyak serta gas asli wajib dipertegas dan dipertahankan."Langkah membuat pembangunan bersama secara tergesa-gesa, ketika wilayah kedaulatan maritim negara dituntut negara luar boleh menjerumuskan kepentingan nasional dalam keadaan samar."Lebih menimbulkan persoalan, pengumuman pembangunan bersama di Ambalat dilihat berbeza dengan beberapa siri jawapan Perdana Menteri termasuk ketika isu mengenai Triti Sulawesi dan Ambalat dibangkitkan di Parlimen," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilapor menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.Pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di Jakarta, 27 Jun lalu, Anwar berkata, kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat.





PN gesa rancangan Ambalat dibahas di parlimen - Mkini - 2/07 2:51 pm

Hamzah Zainudin mengingatkan kerajaan supaya tidak membuat keputusan sedemikian secara tergesa-gesa.





Don't be hasty, debate Ambalat joint deal in Parliament first - PN - Mkini - 2/07 2:41 pm

'Our sovereignty, interests in strategic maritime area must be strongly defended.'





Sabah leaders in uproar over Ambalat deal, demand PM's explanation - Mkini - 1/07 8:12 pm

Kitingan says Sabah's rights bypassed in joint MalaysiaIndonesia oil exploration move.





[KOLUMNIS] Ambalat bukan Sipadan: Pengelolaan bersama bukan pengakuan hak - Astroawani - 1/07 7:46 pm

Pengelolaan bersama di kawasan Ambalat tidak membawa pengiktirafan hak berdaulat mana-mana pihak.



Kitingan questions Ambalat deal: Was Sabah consulted on joint development plan with Indonesia? - Malaymail - 1/07 6:35 pm

KOTA KINABALU, July 1 Deputy Chief Minister Datuk Seri Jeffrey Kitingan has expressed disappointment over Prime Minist...





Blok Ambalat: PAS dakwa persetujuan kerajaan tergesa-gesa - Mkini - 30/06 8:33 pm

Adakah kerajaan beranggapan bahawa hasil negara ini boleh dirunding sesuka hati tanpa mandat rakyat?" tanya PAS





Ambalat mampu jadi hab baharu tenaga, ekonomi serantau - Utusan - 30/06 6:50 am

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan Malaysia dan Indonesia yang hampir sepakat membangunkan Ambalat dilihat mampu mewujudkan kawasan baharu tenaga dan ekonomi di rantau Asia Tenggara





Isu Ambalat: Malaysia wujudkan situasi 'menang-menang' dengan Indonesia - Astroawani - 29/06 9:00 pm

Malaysia akan mewujudkan situasi 'menang-menang' dengan Indonesia berhubung wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat.





MalaysiaIndonesia guna pendekatan ‘menang-menang’ tangani isu Ambalat - Thempress - 29/06 8:46 pm

MALAYSIA berhasrat mewujudkan pendekatan ‘menang-menang’ bersama Indonesia dalam menyelesaikan isu wilayah sempadan maritim di Ambalat menerusi pelaksanaan perjanjian pembangunan bersama (JDA)





Malaysia, Indonesia hampir sepakat isu Ambalat - Utusan - 29/06 6:50 am

REMBAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat berhubung Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara





Lima rakyat Malaysia masih di Iran atas pilihan sendiri - Mohamad Hasan - Sinarharian - 28/06 3:15 pm

REMBAU - Hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri, membabitkan empat pelajar dan seorang peniaga, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, mereka telah menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran meskipun sebelum ini kerajaan menggesa supaya kesemua rakyat yang berada di sana meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing."Proses evakuasi (membawa keluar) rakyat Malaysia di Iran selesai dan mereka kembali ke tanah air pada 21 Jun lepas, saya mengarahkan semua rakyat negara ini di Iran untuk pulang, kebanyakannya berada di Tehran. Namun, empat pelajar masih tinggal di sana, iaitu tiga di Qom dan satu di Esfahan manakala seorang lagi peniaga."Mereka telah menandatangani aku janji serta menyatakan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Wisma Putra serta memilih untuk tinggal di sana tidak ramai rakyat Malaysia yang berada di Iran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kaum Ibu Penajes kali ke-52 di sini pada Sabtu.Sebelum ini, media melaporkan 24 individu termasuk rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines melalui penerbangan MH781.Daripada jumlah berkenaan, 17 daripadanya merupakan warga tempatan, enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada warga Malaysia dan seorang rakyat Singapura.Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Malaysia akan segera menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menerokai pembangunan ekonomi di kawasan sempadan maritim di Ambalat.Beliau berkata, walaupun kawasan terbabit masih dalam perundingan antara kedua-dua negara, Malaysia tidak mahu kawasan yang kaya dengan hasil bumi itu menjadi liabiliti dan terlepas begitu sahaja."Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat, sekarang tinggal bahagian jawatankuasa teknikal untuk segera kenal pasti cara untuk memuktamadkan supaya kedua-dua negara dapat nikmati apa jua hasil bumi di sana."Bentuk kerjasama yang akan dilakukan mungkin dari segi menerokai pembangunan bersama seperti dilakukan di Teluk Siam, Thailand, walaupun itu kawasan bertindih, tetapi pada masa sama kita ada persamaan untuk bangunkan kawasan itu," katanya.Semalam, Anwar dan Prabowo menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan





Anwar, Prabowo sepakat tingkat kerjasama, bangunkan kawasan Ambalat - Mgazette - 28/06 8:02 am

# Anwar, Prabowo sepakat tingkat kerjasama, bangunkan kawasan Ambalat JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan





Business : Anwar, Prabowo Agree To BoostStrategic Cooperation, ToJointly .. - Bernama - 28/06 8:02 am

From Mohd Iswandi Kasan Anuar JAKARTA, June 27 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Indonesian President Prabowo Subianto have expressedthestrong commitment of both countries to accelerate strategic cooperation in various fields including joint development in the maritime border area of Malaysia and Indonesia in Ambalat in a peaceful and mutually beneficial manner.





Anwar, Prabowo agree to boost strategic cooperation, develop Ambalat - NST - 27/06 10:13 pm

JAKARTA: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Indonesian President Prabowo Subianto have expressed the strong commitment of both countries to accelerate strategic cooperation in various fields, including joint development in the maritime border area of Malaysia and Indonesia in Ambalat, in a peaceful and mutually beneficial manner





Anwar, Prabowo agree to boost strategic cooperation in Ambalat - SUN - 27/06 9:45 pm

JAKARTA: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Indonesian President Prabowo Subianto have pledged to strengthen strategic cooperation, particularly in the Ambalat maritime border area




Reformasi     >>



Govt rejects extremism, tackles radicalism among .. - Mkini
Religious agencies play important role, minister says.
Kroni     >>



Business : PM Anwar's Visit To France A Success, .. - Bernama
# PM Anwar's Visit To France A Success, Reviving Partnerships Across All Sectors --President Macron PARIS, July 4 (Bernama) -- French President Emmanuel Macron has described Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's two-day visit to France as a success, with the two nations reviving ..
Tabloid     >>



Air sungai bergulung depan mata! - Hmetro
Baling: Pak cik hilang isteri dan menantu perempuan yang ketika itu sedang hamil. Anak lelaki turut maut sekelip mata dalam tragedi kepala air Kampung Iboi. Hidup pak cik kini sunyi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



As Samsung’s smartwatch market share drops, more .. - Androidauthority
Will the new Galaxy Watch 8 lineup help restore Samsung's former smartwatch glory?
World     >>



Hamas says it delivered 'positive response' on Gaza .. - BBC
The group said it was ready to begin negotiations immediately after Donald Trump said Israel had accepted conditions for a 60-day ceasefire.
Motor Trend     >>



BYD Seal 06 DM-i Wagon Tiba di China, Jarak 2,000 km, .. - Careta
Bukan Sekadar Wagon Biasa Walaupun station wagon bukanlah pilihan popular di China berbanding SUV, segmen ini mula mendapat tempat kembali sejak kebangkitan kenderaan tenaga baharu (NEV). BYD Seal 06 DM-i Wagon hadir denganrekaan badan bergaya Marine Aesthetics menampilkan garisan