///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Akmal Saleh News   Page 1    





Pas tak ambil `pot??? dakwaan pemimpin UMNO bantah salur peruntukan kepada .. - Mygazette - 18/08 8:07 am

Ketika menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya meminggirkan negeri-negeri yang diterajui PN, Anwar mendakwa pemimpin UMNO pernah membantah pemberian peruntukan berkenaan. Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mencabar Anwar menamakan pemimpin UMNO seperti yang didakwa berkenaan





Jangan hina Melayu, jenayah tidak kenal bangsa, – Akmal - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# Jangan hina Melayu, jenayah tidak kenal bangsa, - Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menegaskan, kesalahan individu dalam isu Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina atau merendahkan bangsa Melayu secara keseluruhan





Akmal sokong kerajaan Johor sita kilang pasang Jalur Gemilang terbalik - Sinarharian - 17/08 4:34 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyokong tindakan kerajaan negeri Johor yang pantas menyita sebuah kilang berikutan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik.Beliau berkata, tindakan sedemikian sepatutnya dilakukan dan bukannya membela pihak yang sengaja memasang bendera berkenaan secara terbalik."Tahniah kerajaan negeri Johor yang pantas bertindak dengan menyita kilang tersebut."Ini sepatutnya dilakukan bukan dengan membela mereka yang sengaja pasang bendera secara terbalik."Tahniah kerajaan Johor," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.Terdahulu, Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) menutup dan menyita sebuah kilang di kawasan perindustrian di Kulai kerana didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata, polis sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat itu akan dipanggil dengan kadar segera untuk memberikan penjelasan.





Isu Tabung Haji: 'Jangan kerana kesalahan beberapa individu, satu bangsa dihina' Akmal Saleh - Sinarharian - 17/08 11:55 am

SHAH ALAM Kesalahan yang dilakukan individu dalam isu Tabung Haji tidak wajar dikaitkan dengan sesuatu bangsa secara keseluruhan.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, perbuatan mencuri atau melakukan kesalahan boleh berlaku dalam mana-mana kelompok masyarakat tanpa mengira latar belakang bangsa."Ada Melayu yang mencuri





“Cuba PMX beritahu siapa pemimpin UMNO tersebut” – Akmal - Mygazette - 17/08 7:55 am

# "Cuba PMX beritahu siapa pemimpin UMNO tersebut" - Akmal KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Akmal Saleh mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan siapa pemimpin UMNO yang didakwa pernah membantah pemberian peruntukan kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional





'Kutuk bukan main lagi, akhir sekali teruskan hubungan dengan UMNO'- Akmal Saleh kritik kenyataan Anwar - Sinarharian - 16/08 6:17 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meneruskan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).Akmal berkata, sedangkan sebelum ini mereka lantang mengkritik dan menghina UMNO."Gelar UMNO bermuka-muka, kutuk UMNO bukan main lagi





Ugut bunuh isteri, bekas anggota polis didenda RM4,500 - Mygazette - 16/08 4:19 pm

# Ugut bunuh isteri, bekas anggota polis didenda RM4,500 TUMPAT - Seorang bekas anggota polis didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dalam kejadian di Wakaf Bharu, minggu lepas





Bekas anggota polis mengaku bersalah ugut bunuh isteri - Sinarharian - 16/08 3:45 pm

TUMPAT - Seorang bekas anggota polis didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dalam kejadian di Wakaf Bharu, minggu lepas.Muhd Sirrul Akmal Rasali, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Muhd Sirrul didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya berusia 42 tahun, dengan mengugut membunuh sehingga menyebabkan mangsa gerun atau ketakutan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, lebih kurang 9 pagi, 8 Ogos.Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Megat Asyraf Megat Ishak, memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran yang mewakili Muhd Sirrul, memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai buruh, selain sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.





Melaka polls: Dr Akmal Salehs brother among 15 Bersama candidates - Sinardaily - 16/08 8:37 am

MELAKA The brother of Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh is among 15 candidates announced by Parti Bersama Malaysia (Bersama) to contest in the upcoming Melaka state election.Dr Muhammad Solehin Saleh, 40, has been named as the partys candidate for the Bemban state seat.He is a medical doctor who holds a Bachelors Degree in General Medicine from Universitas Sriwijaya in Indonesia.He operates his own medical clinic in Merlimau and Muar since 2017.Bersama founder Datuk Seri Rafizi Ramli said the announcement makes the party the first to reveal its candidates and the seats they will contest in the Melaka state election.Of the 28 state seats the party plans to contest, the 15 announced today are Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput and Klebang.The other seats are Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Telok Mas and Serkam.





Politik bukan agama, hubungan adik-beradik kami baik – Dr Solehin .. - Mygazette - 16/08 7:37 am

# Politik bukan agama, hubungan adik-beradik kami baik - Dr Solehin MELAKA - Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Muhammad Solehin Saleh menegaskan persaingan politiknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan hubungan dengan adiknya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh





Abang Dr Akmal Saleh antara 15 calon parti Bersama bertanding PRN Melaka - Mygazette - 16/08 7:37 am

# Abang Dr Akmal Saleh antara 15 calon parti Bersama bertanding PRN Melaka MELAKA Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan akan bertanding di 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Haluan politik berbeza, hubungan dengan Akmal tetap baik Solehin - Sinarharian - 16/08 1:13 am

MELAKA - Keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui jalur politik berbeza di bawah Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan hubungan adik-beradik antara Dr Muhammad Solehin Saleh dengan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Dr Muhammad Solehin berkata, beliau dan Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO itu sentiasa berhubung selain kerap berbincang mengenai perjalanan politik masing-masing."Saya tak nak menyentuh hal peribadi sebab saya dengan dia sangat rapat, kami okey, kami tak ada apa permasalahan."Kami adik-beradik memang selalu bincang pasal perjalanan politik





PRN Melaka: Abang Dr Akmal Saleh antara 15 calon Bersama - Sinarharian - 16/08 12:28 am

MELAKA - Abang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh antara 15 calon diumumkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) bertanding PRN Melaka.Dr Muhammad Solehin Saleh, 40, diumumkan bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Bemban.Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia.Beliau memiliki klinik perubatan sendiri yang beroperasi sejak 2017 di Merlimau dan Muar.Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pengumuman itu menjadikan parti berkenaan yang terawal mengumumkan calon serta kerusi yang bakal ditandingi pada PRN Melaka.Semua 15 daripada 28 DUN yang akan ditandingi ialah Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput dan Klebang.Turut sama ialah DUN Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Telok Mas, dan Serkam.





Abang Akmal antara 15 calon tanding PRN Melaka - FMT - 15/08 11:50 pm

Dr Solehin Saleh iaitu abang kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh antara calon dipertaruhkan Bersama.





Bersama names candidates for 15 seats in Melaka polls - FMT - 15/08 11:41 pm

Among them is Dr Solehin Saleh, brother of Umno Youth chief Dr Akmal Saleh, who will contest Bemban.





Padah tipu sewa rumah, pekerja kontrak dipenjara 9 bulan - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Padah tipu sewa rumah, pekerja kontrak dipenjara 9 bulan JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kontrak yang melakukan penipuan sewa rumah secara dalam talian membabitkan kerugian keseluruhan RM36,425 dua bulan lalu, menerima padah apabila dikenakan hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini





Ketua Pemuda UMNO Memang Parti Kamu Talam! Depan Cakap Lain Belakang... - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Ketua Pemuda UMNO Memang Parti Kamu Talam! Depan Cakap Lain Belakang Lain! - AMK Melaka Wakil Pemuda PKR Melaka, Muhammad Hakim Mohd Hafizudin tampil menghentam Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang didakwa sering memainkan naratif Melayu terancam





Kamu tuduh kami liberal, habis pakai songkok ini liberal lagi? – .. - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Kamu tuduh kami liberal, habis pakai songkok ini liberal lagi? - Hakim AYER KEROH Wakil Pemuda PKR Melaka, Muhammad Hakim Mohd Hafizudin tampil menghentam Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang didakwa sering memainkan naratif Melayu terancam





'Kejayaan ekonomi tidak diukur melalui angka pertumbuhan semata-mata' - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 14/08 5:20 pm

SHAH ALAM - Kejayaan ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan enam peratus pada suku kedua 2026 tidak boleh diukur melalui angka semata-mata.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan kuasa beli rakyat."Pertumbuhan enam peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global yang mencabar."Namun, kejayaan ekonomi tidak boleh diukur melalui angka pertumbuhan, yang lebih penting ialah peluang pekerjaan yang lebih baik, peningkatan pendapatan dan kuasa beli rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini Kementerian Ekonomi memaklumkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama tahun.Prestasi itu menjadikan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh separuh pertama 2026 sebanyak 5.7 peratus berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama pada 2025.Menurut kementerian itu, pertumbuhan berkenaan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, prestasi eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang menggalakkan serta pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan.Dalam pada itu Akmal Nasrullah menjelaskan, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan terus memantau perkembangan ekonomi dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesan perkembangan luar terhadap rakyat serta perniagaan dapat ditangani secara berkesan."Tumpuan MTEN kepada empat langkah utama iaitu menjamin bekalan, memanjangkan tempoh bekalan, mengekang kenaikan harga dan memanfaatkan peluang ekonomi."Keutamaan adalah untuk memastikan bekalan kekal mencukupi, harga terkawal dan aktiviti perniagaan dapat diteruskan, di samping memanfaatkan peluang baharu daripada perubahan ekonomi dan rantaian bekalan global," ujarnya.





Transformasi sisa menuju kelestarian alam - Sinarharian - 12/08 11:10 am

CYBERJAYA - Menyedari kepentingan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bagaimana sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan di negara ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) memperkenalkan SWCorp Discovery Tour (SDT).Inisiatif pendidikan awam berasaskan pengalaman sebenar yang mula diperkenalkan pada Julai tahun lalu itu telah berjaya merekodkan sebanyak 33 siri lawatan dengan lebih 1,089 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, sektor swasta dan delegasi antarabangsa.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Syahrul Nizam Saleh berkata, menerusi program berkenaan, peserta didedahkan secara langsung kepada rantaian pengurusan sisa, proses pengumpulan dan pengangkutan sehinggalah kepada aktiviti kitar semula, pemulihan serta pelupusan."Melalui pengalaman ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan, malah memahami realiti operasi pengurusan sisa serta kepentingannya dalam memastikan persekitaran bersih, selamat dan lestari."Matlamat utama SWCorp apabila memperkenalkan program SDT ini adalah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan sisa pepejal, membudayakan amalan kebersihan dan kitar semula, sekali gus melahirkan rakyat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini baru-baru ini.Beliau menambah, sepanjang siri lawatan tersebut, peserta berpeluang meninjau operasi di beberapa fasiliti utama yang menjadi nadi kepada pengurusan sisa pepejal negara.Katanya, fasiliti itu antaranya Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (C4i) yang memantau operasi pengurusan sisa dan pembersihan awam, Drive-Thru Recycling Centre (DTRC) yang memudahkan orang ramai menghantar bahan kitar semula.Selain itu, Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), pameran Waste to Art dan Waste to Wealth, selain melawat fasiliti Waste to Energy (WTE) bagi melihat bagaimana sisa dapat ditukar kepada sumber tenaga."Ramai masyarakat hanya melihat hasil akhir iaitu kawasan yang bersih atau sampah yang telah dikutip, namun kurang memahami proses yang berlaku disebalik penyampaian perkhidmatan tersebut."Jadi, inilah antara keperluan yang mendorong kita memperkenalkan SDT ini supaya dapat memberi pendedahan secara langsung mengenai keseluruhan sistem pengurusan sisa pepejal negara."Ia bermatlamat agar masyarakat lebih memahami cabaran yang dihadapi, selain menghargai usaha kerajaan dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan lestari," katanya.Didik peserta fahami kitaran pengurusan sisaPengalaman menyertai SWCorp Discovery Tour bukan sekadar lawatan biasa, malah memberi peluang kepada peserta menyaksikan sendiri bagaimana pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan secara sistematik.Menerusi sesi simulasi di Putrajaya, peserta didedahkan kepada operasi kutipan sisa pepejal, penggunaan sistem kutipan bertong, pengoperasian kenderaan pencuci jalan serta pelaksanaan tugas oleh syarikat konsesi berdasarkan jadual, laluan dan spesifikasi yang ditetapkan.Peserta turut berinteraksi dengan petugas barisan hadapan serta melihat bagaimana penguat kuasa SWCorp memantau prestasi syarikat konsesi berdasarkan Indikator Prestasi Utama (KPI), termasuk aspek kualiti perkhidmatan, pematuhan jadual, tahap kebersihan dan spesifikasi kerja.Pengembaraan peserta kemudiannya diteruskan ke FIKS untuk memahami perjalanan bahan kitar semula daripada proses pengumpulan dan pengasingan sehingga kepada pemulihan sumber untuk diproses semula.Pendedahan ini memberi pemahaman bahawa pengurusan sisa bukan sekadar aktiviti mengutip dan membuang sampah, sebaliknya melibatkan sistem operasi yang tersusun, pemantauan berterusan serta kerjasama pelbagai pihak.Pada masa yang sama, peserta diperkenalkan kepada konsep Pengasingan di Punca dan ekonomi kitaran yang menekankan penggunaan sumber secara lebih cekap dan mampan bagi mengurangkan jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan.Melalui pengalaman secara langsung ini, peserta dapat memahami bahawa pengurusan sisa yang berkesan bermula dari rumah dan premis masing-masing, di samping meningkatkan penghargaan terhadap peranan wira-wira kebersihan negara.Ubah persepsi, bina tanggungjawab bersama urus sisa pepejalDitanya mengenai tanggapan salah masyarakat terhadap pengurusan sisa pepejal yang ingin diperbetulkan melalui SDT, Syahrul Nizam berkata, antara perkara yang masih wujud ialah semua sisa yang dibuang akan dikitar semula.Hakikatnya ujar beliau, tidak semua sisa boleh diproses untuk kitar semula kerana lazimnya sampah yang tercemar, bercampur atau tidak diasingkan dengan betul perlu dilupuskan memandangkan ia tidak sesuai dipulihkan atau digunakan semula.Selain itu katanya, masih terdapat persepsi bahawa pengurusan sisa pepejal merupakan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata."Sebenarnya, kejayaan sistem pengurusan sisa bergantung kepada semua pihak





Court increases man's jail sentence to 30 years for causing daughter's death - Sinardaily - 11/08 4:16 pm

PUTRAJAYA - A man who appealed for a shorter prison sentence for causing the death of his two-month-old daughter instead had his sentence increased to the maximum 30 years by the Court of Appeal here today.Justice Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, who delivered the decision of a three-member bench, said although the prosecution had not cross-appealed against the sentence, the court had the discretionary power under Section 60 of the Courts of Judicature Act 1964 (CJA) to enhance Muhammad Daniel Iman Mohd Sharifs sentence.Also on the bench were Justices Datuk Azman Abdullah and K





Akmal Nasrullah: Malaysias renewable energy transition to catalyse RM4.3b investment, create 7,738 jobs - Malaymail - 11/08 11:22 am

KUALA LUMPUR, Aug 11 Malaysias renewable energy transition is expected to catalyse about RM4.3 bill...





Jalur Gemilang: Mengapa Akmal tidak selantang di Kepala Batas? Jalur .. - Mygazette - 11/08 8:13 am

# Jalur Gemilang: Mengapa Akmal tidak selantang di Kepala Batas? SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dipersoalkan kerana didakwa tidak menunjukkan ketegasan sama terhadap kontroversi Jalur Gemilang di Kuala Terengganu berbanding insiden di Kepala Batas tahun lalu





Akmal Nasrullah unveils RM12.3m Penang STEM programme, targeting 100,000 students by 2030 - Malaymail - 10/08 1:05 pm

GEORGE TOWN, Aug 10 The federal government will allocate RM12.3 million for a four-year STEM talent programme in Penan...





From exiting govt to seat talks: Akmal mocks PH over U-turn on Melaka BN cooperation - Sinardaily - 10/08 7:38 am

MELAKA -Pakatan Harapan's (PH) seemingly inconsistent stance on political cooperation with Barisan Nasional (BN) in the state has drawn sarcasm from Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.In a Facebook post on Aug 9, Akmal highlighted two statements by PH that appeared to contradict its earlier position."July 2026, Melaka PH decides to exit the government





PRN Melaka: Julai keluar kerajaan, Ogos mahu runding kerusi Akmal Saleh - Sinarharian - 9/08 7:22 pm

MELAKA - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak konsisten berhubung pendirian kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) di negeri ini mengundang sindiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Menerusi perkongsian di Facebook pada Ahad, Akmal memaparkan dua kenyataan PH yang dilihat tidak selari dengan pendirian yang dibuat sebelum ini."Julai 2026, PH Melaka muktamad keluar kerajaan





RCI TH: LHDN perlu siasat kemungkinan pengelakan cukai Kumpulan TH bagi tempoh 2014-2020 - Sinarharian - 8/08 2:58 pm

Ia bukan kerja individu," katanya.Mazlan berkata, penemuan laporan RCI itu harus dijadikan permulaan untuk siasatan lebih mendalam dan bukan pengakhiran proses tersebut selain menekankan agensi penguatkuasaan kini mesti menentukan sekiranya isu yang timbul menunjukkan perbuatan jenayah tertentu serta mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.Beliau berkata, antara masalah utama yang dibangkitkan RCI ialah kelemahan tadbir urus, terutamanya pada peringkat lembaga pengarah.Sebagai akauntan bertauliah dan ahli majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA), beliau berkata, lembaga pengarah mempunyai kewajipan fidusiari untuk menyediakan pengawasan, mekanisme semak dan imbang serta hala tuju yang sewajarnya bagi organisasi berkenaan."Lembaga pengarah bertanggungjawab atas apa sahaja dilakukan oleh pihak pengurusan. Mereka mesti melaksanakan kewajipan fidusiari mereka serta menyediakan mekanisme semak dan imbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THLaporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai mendedahkan pelbagai penemuan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos untuk membahaskan laporan itu





Agong titah siasat Laporan RCI Tabung Haji 'sehingga ke lubang cacing' - Sinarharian - 8/08 1:03 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan 'sehingga ke lubang cacing'.Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah langkah itu penting bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.Selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah."Jangan ada yang terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah. Yang penting, perkara seperti ini tidak boleh berulang," titah Seri Paduka Baginda.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THTerdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Bukit Tunku, hari ini.Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai kandungan Laporan RCI TH, selain isu semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai dapatan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.Satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan





RM1.139 bilion untuk tujuh projek pembangunan di HSA -Akmal RM1.139 bilion .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# RM1.139 bilion untuk tujuh projek pembangunan di HSA -Akmal JOHOR BAHRU - Sebanyak RM1.139 bilion diperuntukkan untuk tujuh projek pembangunan dan peningkatan fasiliti di Sultanah Aminah (HSA) di sini





Akmal Nasrullah: KLs rising startup ranking just the beginning as Malaysia eyes lasting growth - Malaymail - 6/08 6:29 pm

KUALA LUMPUR, Aug 6 Malaysias startup ecosystem has climbed into the worlds 31st to 40th bra...





'Kami okay sahaja bersahabat' - Akmal Saleh ulas kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah - Sinarharian - 6/08 5:58 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi mengenai kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah, berlandaskan hubungan persahabatan.Muhamad Akmal berkata, hubungan persahabatan tidak seharusnya dibina atas dasar politik semata-mata."Sebaliknya, penyatuan perlu dilakukan juga dari luar konteks politik.Orang lain boleh cakap macam- macam,tapi kami okay sahaja bersahabat," ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dalam masa sama, Muhamad Akmal turut berkongsi hantaran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memaparkan gambar rombongan tersebut.Muhamad Akmal juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Pas Negeri Kedah kerana menjamu mereka."Terima kasih sudi jamu makan tengah hari, alang-alang sudah sampai di bumi Kedah hari ini."Insya-ALLAH, kita jaga persahabatan ini hingga ke syurga," ujarnya.





Akmal Nasrullah warns complacency fuels recurring government project wastage - Sinardaily - 6/08 3:25 pm

ALOR SETAR - Complacency, coupled with a lack of responsibility and accountability in managing government projects, continues to fuel the recurring wastage of taxpayers money.Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir stressed that although the country has been independent for nearly 70 years and governments have changed over time, the same weaknesses continue to persist, resulting in projects funded by taxpayers money facing various problems.He said the criticism he raised over the water treatment plant (LRA) project in Kedah was not intended to blame any party but to ensure that shortcomings in the management of government projects are addressed."I know some people are unhappy with me for sharing what happened with the LRA project in Kedah





Ex-lorry attendant to continue serving jail sentence after appeal dismissed - FMT - 5/08 6:46 pm

Court of Appeal Justice Hayatul Akmal Abdul Aziz says the prosecution had proved its case beyond reasonable doubt.





Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga Empat jenazah mangsa .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga TEMERLOH Kesemua jenazah empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur berhampiran Bentong semalam selamat dituntut oleh ahli keluarga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) malam tadi





Empat maut dihempap pokok: Mohd Radzi aktif dalam politik sejak usia muda - Bapa - Sinarharian - 3/08 11:22 pm

TEMERLOH - Rahimi Abd Samad, bapa kepada Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 40, menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang aktif dalam politik sejak usia muda.Rahimi, 63, berkata, Allahyarham telah berkhidmat kira-kira 10 tahun dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang."Beliau memang seorang yang aktif. Ramai (ahli UMNO) yang rapat dengannya Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh) pun nak datang (ziarah) arwah sebab arwah adalah Bendahari Pemuda UMNO," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada Isnin.Mohd Radzi bersama isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong kira-kira jam 1 tengah hari Isnin.Dalam kejadian sama, seorang lagi anaknya, Muhammad Rizz Haziq mengalami kecederaan parah pada kepala dan sedang menerima rawatan di HoSHAS.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokokTragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga mautAsyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO MaranEmpat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad ZahidDalam pada itu, Rahimi berkata, ketika kejadian Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke Maran selepas menyertai program motosikal bersama belia Maran di Pulau Pangkor, Perak."Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham adalah pada Khamis sebelum beliau pergi ke Pangkor Semuanya macam biasa, beliau cuma beritahu hendak sertai konvoi motosikal ke Pangkor bersama kawan-kawan," katanya.Antara pemimpin yang menziarahi keluarga berkenaan ialah Muhamad Akmal; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab





Akmal pertahan gelar Teresa Kok nyonya tua, sebut faktor usia - FMT - 3/08 10:58 pm

Bekas menteri Khalid Samad bagaimanapun berkata, ketua Pemuda Umno itu tidak perlu guna bahasa kasar sedemikian.





Akmal defends calling Teresa Kok nyonya tua, cites her age - FMT - 3/08 10:23 pm

Former federal minister Khalid Samad, however, says the Umno Youth chief did not need to resort to such harsh language.





Zahid, Umno leaders extend condolences over Maran Umno Youth chief's death in Bentong tree tragedy - Sinardaily - 3/08 8:58 pm

No words can describe what they are going through."May Allah SWT give them the strength to face these tough times, he posted on Facebook today.Meanwhile, Pahang Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said Mohd Radzi was a committed youth leader who was dedicated to serving the people and always put the community first.Wan Rosdy, who is also the Pahang Menteri Besar, said Mohd Radzi's passing was a great loss not only to his family but also to the Maran Umno division, the Pahang Umno Youth movement and the Pahang Umno Liaison Committee."It is with profound sadness that I received the news of the passing of Maran Umno Youth chief, the late Mohd Radzi, better known as Edy Radzi, who returned to the mercy of Allah after a tree-falling incident in Bentong this afternoon," he said in a Facebook post today.He said the tragedy also claimed the lives of Nuriani Mohammad Jafri, her son Muhammad Rizz Hazim and her younger brother Mohammad Nizam."On behalf of the Pahang Umno Liaison Committee, I extend my deepest condolences to the families of the deceased. May they be granted strength, fortitude, and patience in facing this immensely difficult loss," he said.Umno Youth chief Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh also extended his condolences to Mohd Radzi's family."May Allah SWT forgive all his sins, accept all his good deeds, and grant him eternal rest," he said.Mohd Radzi, 40, his wife and brother-in-law, along with a five-year-old boy were killed by a falling tree that crushed the vehicle they were in, while another boy, believed to be the twin of the deceased boy, was injured and taken to Bentong Hospital for further treatment





Empat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang' - Sinarharian - 3/08 8:47 pm

KUANTAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran antara empat yang terkorban dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong, tengah hari tadi.Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi Rahimi, 40, satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga Allahyarham tetapi juga kepada UMNO Bahagian Maran dan UMNO Pahang, khususnya kepada Pergerakan Pemuda negeri itu."Allahyarham dikenali sebagai pemimpin muda yang komited, berjiwa rakyat dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan parti."Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham."Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.Menteri Besar Pahang itu memaklumkan kejadian turut mengorbankan tiga ahli keluarga Mohd Radzi, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Radzi."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa, menerima segala amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT





'Jangan takut, saya cuma budak kampung' - Akmal sindir individu didakwa sunting profilnya di Wikipedia - Sinarharian - 3/08 1:50 pm

PUTRAJAYA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak yang didakwa menyunting halaman Wikipedia mengenainya dengan menegaskan mereka tidak perlu takut kerana beliau hanyalah seorang budak kampung yang biasa.Beliau menerusi hantaran di Facebook pada Isnin mendakwa tindakan itu membuktikan ada pihak yang berasa tergugat sehingga sanggup mengubah maklumat pada laman ensiklopedia dalam talian berkenaan."Sampai ke Wikipedia pun diorang nak edit sebab takut pada Akmal Saleh."Jangan takut pada saya, kerana saya bukanlah hebat sangat ataupun ada apa-apa pun





Kemenangan BN di Negeri Sembilan cetus isyarat baharu, tidak tolak .. - Mygazette - 3/08 7:36 am

# Kemenangan BN di Negeri Sembilan cetus isyarat baharu, tidak tolak kerjasama dengan PN diteruskan PASIR SALAK Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan dalam menghadapi pilihan raya akan datang susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kemenangan UMNO dan BN di Negeri Sembilan selepas dua penggal tidak membentuk kerajaan adalah satu keputusan yang amat bermakna serta mencerminkan keyakinan rakyat terhadap parti itu





Dalam politik tiada yang mustahil - Akmal Saleh - Sinarharian - 2/08 2:44 pm

PASIR SALAK - Pemuda UMNO terbuka terhadap kemungkinan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihan raya akan datang.Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil terutama selepas menilai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan."Dalam politik, tiada yang mustahil





Terima kasih Nga Kor Ming, sindir Akmal - Mygazette - 2/08 8:15 am

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis berkata, beliau tidak mahu marah kepada Nga Kor Ming kerana para pengundi Negeri Sembilan telah mengikut nasihat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu sehingga Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan pada pilihan raya negeri itu





PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal antara 29 calon hilang deposit - Sinarharian - 2/08 1:13 am

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz antara 29 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang hilang deposit.Selain Tun Faisal, 22 lagi calon Bersatu turut hilang deposit, manakala Datuk Seri R Sanjeevan yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang menjadi satu-satunya wakil daripada parti itu yang tidak hilang deposit.Calon lain Bersatu yang hilang deposit ialah Rebin Birham (Palong), Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu), Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Serting), Mohd Zuhaimi Md Yusof (Juasseh), Mohd Nazree Mohd Yunus (Paroi), Noor'Azah Harun (Ampangan), Muhammad Adib Musa (Klawang) dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Pertang).Turut menerima nasib sama, Mazrulhisham Abd Mansor (Sungai Lui), Zool Amali Hussin (Lenggeng), Datuk V Saravan (Nilai), Fazly Hamid (Temiang), Datuk Sri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin (Seri Menanti), Mohd Izaffi Istear Khan (Senaling), Tang Jay Son (Rahang), Sarawanan Nagayah (Mambau) dan Mahendran Ramasamy (Seremban Jaya).Selain itu, calon Bersatu lain yang hilang deposit ialah Akmal Noradzmi Abd Rahim (Kota), Sheikh Junaidy Jamaludin (Bagan Pinang), Datuk Zamri Md Said (Linggi), M Leevineshwaraan (Sri Tanjung) dan Zolazrai Capt Zolkapli (Gemas)Turut hilang deposit ialah empat calon bebas dan masing-masing satu Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta Parti Sosialis Malaysia (PSM).Mengikut peraturan pilihan raya, seseorang calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu per lapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon yang bertanding di kerusi berkenaan.PRN negeri ini menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas.Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), ASLI dan PSM pula masing-masing menampilkan seorang calon.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri berkenaan.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata Pakatan Harapan pula menang 11 kerusi dan PN tujuh kerusi.





Akmal Saleh 'ucap terima kasih' kepada Kor Ming - Sinarharian - 2/08 12:32 am

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Akmal mendakwa keputusan pilihan raya itu menunjukkan rakyat Negeri Sembilan telah mengikut saranan Kor Ming yang sebelum ini menyatakan politik perkauman dan parti yang menunggang agama tidak mempunyai tempat di negeri berkenaan."Saya hari ini tak nak marah dengan Nga Kor Ming





BNs Suhaimi Aini wins Kota seat with 7,693-vote majority - Sinardaily - 2/08 12:07 am

SHAH ALAM Barisan Nasional (BN) candidate Suhaimi Aini has won the Kota state seat in the 16th Negeri Sembilan state election.According to the Election Commission, Suhaimi polled 10,177 votes, defeating Pakatan Harapan (PH) candidate Muhammad Allif Ibrahim, who garnered 2,484 votes.Meanwhile, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) candidate Akmal Noradzmi received 290 votes.This gave BN a majority of 7,693 votes in the Kota seat.



PRN Negeri Sembilan: Peratusan keluar mengundi cecah 65.38%, atasi rekod .. - Mygazette - 1/08 5:38 pm

# PRN Negeri Sembilan: Peratusan keluar mengundi cecah 65.38%, atasi rekod 2023 SEREMBAN - Jumlah peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini menunjukkan peningkatan apabila mencecah 65.38 peratus setakat jam 4 petang, sekali gus mengatasi keseluruhan peratusan yang direkodkan pada PRN 2023



'Kita jumpa di mahkamah ' - Akmal Saleh - Sinarharian - 1/08 12:25 am

SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan peguamnya akan mengeluarkan surat tuntutan (LOD) minggu depan susulan dakwaan terhadapnya dalam satu ceramah DAP berbahasa Cina yang tular semula menerusi hantaran pada Sabtu.Beliau berkata, tindakan undang-undang itu akan diambil selepas mendakwa penceramah berkenaan menuduhnya menerima rasuah serta melabelnya sebagai seorang ekstremis."Kamu tuduh aku rasuah, kamu tuduh aku ekstrem, tidak mengapa



Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026 - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 1/08 12:11 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Beliau berkata, antara langkah yang diambil kerajaan ialah memastikan bekalan minyak kekal stabil sehingga akhir tahun, yang dijangka membantu mengekalkan momentum ekonomi negara."Pertumbuhan ekonomi untuk separuh pertama 2026 sudah mencapai 5.6 peratus



Malaysia, Singapore to jointly launch JSSEZ Master Plan in December, says Akmal Nasrullah - Malaymail - 31/07 7:42 pm

BATU PAHAT, July 31 The Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) Master Plan is expected to be officially...



Laporan RCI sahkan lima isu utama Tabung Haji - Rafizi - Sinarharian - 31/07 3:28 pm

SHAH ALAM - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesahkan lima isu utama termasuk berlakunya transaksi mencurigakan dan pembayaran hibah ketika rizab berada dalam negatif sehingga memaksa kerajaan melaksanakan pelan penyelamatan (bail-out).Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, laporan RCI itu mengesahkan pelbagai transaksi yang mencurigakan dan menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit.Beliau yang juga Bekas Menteri Ekonomi berkata, laporan sama mendapati rizab Tabung Haji (TH) menjadi negatif sejak tahun kewangan 2015 dan memuncak 2017 sehingga memaksa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan satu pelan penyelamatan bernilai RM19.9 bilion.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH"Selain itu, hibah atau keuntungan tetap diagihkan kepada pendeposit antara 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai 'skim cepat kaya' dengan menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain."Laporan itu menyatakan TH telah mencipta peraturan perakaunan dalaman bagi membolehkan hibah dibayar ketika rizab negatif walaupun ia bertentangan dengan akta dan peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, isu kelima pula menunjukkan pelan penyelamatan TH berjumlah RM27.8 bilion pada nilai akhir semasa matang melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) hanyalah satu tindakan sementara bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen 'bail out' apabila tiba tarikh matang.Justeru, Ahli Parlimen Pandan terbabit bersetuju dengan hampir semua saranan dikemukakan ahli-ahli RCI termasuk semua Ahli Lembaga Pengarah TH, anak-anak syarikat TH dan pegawai-pegawai kanan membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan.Beliau juga menyokong saranan supaya siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan mana-mana agensi penguatkuasaan serta penyelia."Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji," ujar Rafizi lagi.Tegasnya, beberapa perkara memerlukan tindakan lebih tegas termasuklah keperluan Malaysia mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba daripada penyelewengan itu.Dalam pada itu, Rafizi menambah, kes TH adalah sesuatu yang peribadi kepada dirinya kerana menjadi ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab institusi Islam yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.Beliau memberitahu, perkara itu dibawa ke parlimen seawal Mac 2016 diikuti 34 pendedahan lain antara 2016 hingga 2018 mengenai salah laku, pelaburan lesap dan keterlibatan TH dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri ketika itu."Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan



RCI: Penjualan aset hampir RM10 bilion elak muflis - TH - Sinarharian - 31/07 9:32 am

KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan penjualan aset bernilai hampir RM10 bilion pada 2018 merupakan langkah penyelamatan bagi mengelakkan institusi berkenaan daripada berdepan risiko insolvensi susulan kedudukan defisit kewangan yang memerlukan tindakan segera ketika itu.Menurut TH, pelan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada tahun berkenaan bukan sahaja berjaya memulihkan kedudukan kewangan institusi itu, malah memastikan kepentingan pendeposit terus dilindungi."TH ingin menegaskan pelan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah bagi menangani kedudukan defisit kewangan TH yang memerlukan tindakan penyelamatan kewangan segera (bailout) dari kerajaan pada waktu tersebut, untuk melindungi TH dari insolvensi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.TH menjelaskan, pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2014 telah membangkitkan kebimbangan terhadap amalan pembayaran agihan keuntungan yang tinggi sehingga menyebabkan rizab sedia ada menjadi negatif serta mendedahkan institusi itu kepada risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran.Ujar TH, Ketua Audit Negara dalam Penyata Kewangan TH berakhir 2017 turut membangkitkan isu amalan perakaunan yang tidak konsisten dan tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pula menegur tindakan Ketua Audit Negara yang hanya mengeluarkan Sijil Audit Bersih dengan Penegasan Perkara.Jelasnya, jurang antara aset dan liabiliti yang dikenal pasti pada akhir 2017 terus meningkat sehingga melebihi RM10 bilion pada penghujung 2018.Menurut TH, sekiranya keadaan itu tidak ditangani sebelum akhir 2018, institusi itu tidak lagi dapat memenuhi syarat di bawah Akta Tabung Haji untuk mengisytiharkan sebarang agihan keuntungan kepada pendeposit."Jika tiada tindakan 'bailout' oleh Kerajaan pada masa itu, ia juga boleh menyebabkan krisis pasaran kewangan dan menggugat kestabilan negara apabila TH terpaksa menjual aset-aset pada harga terdesak di pasaran bagi memenuhi permohonan pengeluaran tunai yang besar dan tidak terkawal oleh pendeposit," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaSehubungan itu, kerajaan dan TH meneliti empat pilihan bagi melaksanakan pelan pemulihan dalam tempoh singkat sebelum memilih penjualan aset-aset kurang berdaya saing dan bermasalah kepada kerajaan bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti supaya TH kembali solven.Pada Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penyahklasifikasian Laporan RCI berhubung pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang mengandungi 25 syor bagi memperkukuh tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi berkenaan.Susulan itu, TH mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan rasional pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan 2018, termasuk penjualan aset kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), selain memaklumkan kira-kira 75 peratus syor RCI telah dilaksanakan sejak 2023.Dalam kenyataan sama, TH memaklumkan, Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik penuh kerajaan, UJSB membeli aset bernilai RM9.7 bilion pada jumlah RM19.9 bilion sekali gus membolehkan agihan keuntungan bagi tahun 2018 diisytiharkan."Transaksi ini dibiayai oleh dua siri sukuk terbitan UJSB yang diberi surat sokongan Kerajaan dengan kadar keuntungan 4.05 dan 4.10 peratus setahun," kata TH.Menurutnya, bagi melindungi kepentingan TH, institusi itu turut diberikan Hak Keutamaan untuk Menolak terhadap aset yang dipindahkan sekiranya UJSB bercadang menjualnya pada masa hadapan.TH berkata, hak tersebut tidak mewajibkan institusi itu membeli semula aset berkenaan, sebaliknya hanya memberi keutamaan untuk membuat keputusan berdasarkan penilaian komersial dan kesesuaian pelaburan."TH hanya memiliki keutamaan untuk membuat keputusan membeli sekiranya UJSB berhasrat untuk menjual aset tersebut pada masa hadapan tertakluk kepada penilaian komersil dan kesesuaian kepada kriteria pelaburan Tabung Haji pada ketika itu," jelasnya.Kenyataan itu memaklumkan, TH pada tahun ini membeli semula tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga pasaran RM270 juta berbanding harga asal penjualan RM400 juta, selain memperoleh semula ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM695 juta berbanding RM800 juta ketika dijual kepada UJSB.Menurut TH, tindakan itu membuktikan institusi berkenaan hanya akan mengambil alih semula aset yang memberi nilai tambah kepada portfolio pelaburannya demi menjaga kepentingan para pendeposit.TH berkata, hasil pelan pemulihan dan penstrukturan itu, institusi berkenaan kini kembali berada di landasan lebih kukuh dengan kadar agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.25 peratus pada 2024 dan 3.50 peratus pada 2025, selain berjaya menangani keseluruhan kerugian pelaburan berjumlah RM12.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung tahun lalu."Di bawah kepimpinan Pengerusi, Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional dan berwibawa, TH kini berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan melalui pelaksanaan pelan strategik, reformasi serta tadbir urus yang lebih baik, tanpa campur tangan Kerajaan," katanya.



Kerajaan tetap diserang sama ada dedah atau tidak laporan RCI TH - Nurul Izzah - Sinarharian - 31/07 7:34 am

Yang penting ialah ketelusan dan keberanian untuk mendedahkannya. Kini, kita terus ke depan menuju hari pengundian," katanya kepada pemberita di sini.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nurul Izzah berkata, walau apapun yang diramal oleh penganalisis politik berkenaan PRN Negeri Sembilan, keputusan akhir terletak di tangan pengundi."Saya berharap pengundi keluar mengundi dan mengekalkan Pakatan Harapan



Akmal Saleh tuntut kerajaan perjelas percanggahan audit TH 2017 - Sinarharian - 30/07 5:37 pm

SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kepada rakyat berhubung percanggahan dapatan audit membabitkan prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun 2017.Beliau berkata, pada tahun berkenaan, TH diumumkan mencatatkan keuntungan sebanyak RM3.412 bilion selepas zakat dan angka itu diiktiraf oleh Jabatan Audit Negara memandangkan TH ialah sebuah badan berkanun yang tertakluk kepada pengauditan jabatan berkenaan."Bagaimanapun, audit yang dijalankan oleh pihak swasta yang dilantik bagi tahun kewangan sama pula mendapati TH mengalami kerugian sebanyak RM4.1 bilion," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan laporan audit manakah yang perlu dipercayai oleh rakyat memandangkan kedua-duanya membabitkan tahun kewangan yang sama tetapi menghasilkan dapatan yang berbeza.Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada kredibiliti Jabatan Audit Negara boleh dipertikaikan sekiranya dapatan audit swasta dijadikan rujukan utama.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik"Jika audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara didapati salah dan menyeleweng, timbul persoalan sama ada rakyat masih boleh mempercayai semua audit yang dilaksanakan terhadap badan-badan berkanun kerajaan yang lain di negara ini," katanya.Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan sejauh mana kredibiliti audit swasta boleh diyakini sekiranya audit oleh Jabatan Audit Negara sebenarnya dilaksanakan dengan betul.Justeru, Muhamad Akmal memohon pencerahan daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan supaya isu berkenaan diperjelaskan secara telus kepada seluruh rakyat.



Jangan jadikan RCI sebab hilang keyakinan terhadap Tabung Haji - Jamil Khir - Sinarharian - 30/07 5:05 pm

Kita yang terkena. ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid 'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIM RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik Hibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikan RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535 RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH "Jadi saya mengajak jangan jadikan isu ini sebagai isu yang menghambat orang Islam dalam konteks perniagaan yang mampu kita lakukan dalam Tabung Haji," katanyaBeliau berkata sedemikian dalam podcast Hitam Putih Kelabu Edisi Khas: RCI Tabung Haji: Ada Sakau? disiarkan menerusi Facebook UMNO Online pada Khamis.Podcast dikendalikan moderator Raziz Rashid terbabit turut menampilkan Ahli MKT UMNO yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, sekiranya kerajaan berpandangan Laporan RCI wajar didedahkan kepada umum, ia perlu dilakukan secara telus supaya tidak terus menimbulkan prasangka terhadap mana-mana pihak."Kalau sudah ada RCI, sudah selesai dan juga kerajaan melihat kewajaran supaya ia didedahkan, bukan lagi dijadikan sebagai suatu akta rahsia untuk menyekat dan sebagainya, sila."Untuk tujuan supaya jangan ada di sana prasangka dan buruk sangka kepada mana-mana pihak dan termasuk kita nak kerajaan kita telus dalam konteks yang seperti ini," ujarnya lagi.Jamil Khir menegaskan, ketelusan kerajaan serta pihak pengurusan Tabung Haji termasuk mereka yang pernah terlibat sebelum ini amat penting bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan terus terpelihara."Jangan ada buruk sangka dan prasangka yang akhirnya merugikan orang Islam sendiri," katanya.



'Mengapa simpan laporan RCI Tabung Haji lebih 43 bulan?' - Radzi Jidin - Sinarharian - 30/07 4:39 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan digesa menjelaskan punca kelewatan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada awam yang didakwa mengambil masa lebih 43 bulan selepas dibentangkan kepada Jemaah Menteri.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, cadangan penubuhan RCI TH dibincangkan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2020 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum diluluskan penubuhannya pada 14 Julai 2021.Menurutnya, laporan RCI itu kemudiannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022 di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Jemaah Menteri bawah pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah usahakan yang terbaik untuk memperkasa tadbir urus Tabung Haji melalui penubuhan RCI.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula"Ramai yang bertanya mengapa selepas lebih 43 bulan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri barulah kerajaan hendak dedahkan kepada rakyat? Itu kerajaan hari ini yang kena jawab," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, Mohd Radzi yang juga bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi membandingkan pendekatan penyerahan laporan RCI TH itu dengan penyediaan Kertas Putih FELDA di bawah kementeriannya terdahulu.Beliau yang menyertai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 17 Julai 2018 di bawah Menterinya ketika itu, Datuk Seri Mohamer Azmin Ali, memikul tanggungjawab membantu memantau penyediaan Kertas Putih FELDA.Katanya, Kertas Putih itu bukan sahaja memperincikan isu-isu dalaman FELDA, malah mengandungi laporan forensik bagi lapan pembelian atau pelaburan aset agensi berkenaan."Selepas sahaja siap dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara, Kertas Putih FELDA terus dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada 10 April 2019."Kesimpulannya, Kertas Putih FELDA dibentang segera di Parlimen selepas disiapkan, manakala Laporan RCI berkaitan Tabung Haji disimpan lebih 43 bulan sebelum dibentang," katanya.



'Jadikan laporan RCI TH iktibar agar kesilapan sama tak berulang' - Fuziah - Sinarharian - 30/07 4:35 pm

SHAH ALAM Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar bagi memastikan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang yang berlaku sebelum ini dalam institusi itu tidak berulang.Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, laporan RCI TH mendedahkan semua kelemahan itu yang mewujudkan defisit antara aset dan liabiliti TH sejak tahun 2014.Beliau yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, antara keutamaan kerajaan ketika beliau menggalas jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2018 hingga 2020 ialah memastikan proses pemulihan TH dapat dilaksanakan bagi melindungi simpanan pendeposit dan memulihkan keyakinan rakyat."Proses pemulihan yang dimulakan pada tahun 2018 adalah langkah penting untuk mengembalikan kestabilan institusi ini."Namun, pemulihan sahaja tidak mencukupi sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.Pada Rabu malam, kerajaan mendedahkan laporan RCI TH yang merumuskan mengenai kerugian yang dialami TH selain dakwaan pemalsuan akaun, pelaburan bermasalah dan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THDalam laporan setebal 211 muka surat itu, RCI turut menyenaraikan syor yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi berkenaan termasuk menyarankan supaya amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan dihentikan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor memaklumkan, TH mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion itu akibat pelaburan yang tidak mematuhi peraturan dan kelemahan dalam tadbir urus.Anwar berkata, pihaknya menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mana-mana pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kerugian, penipuan atau salah guna kuasa dalam TH.Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik pendirian Perdana Menteri supaya mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang hendaklah disiasat.Kata beliau, sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, biarlah lunas undang-undang menjalankan tanggungjawabnya."TH dibina atas kepercayaan umat Islam, amanah sebesar ini hanya dapat dipelihara melalui tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti."Semoga segala syor RCI dapat dilaksanakan untuk memastikan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus kekal kukuh untuk generasi akan datang," ujar beliau.




Reformasi     >>



'Caught in the wave': How BN-PN's 'Malay unity' push .. - Mkini
'Bersatu needs to revitalise itself or risk more electoral setbacks.'
Kroni     >>



WAWASAN sasar disertai anggota bukan-Melayu - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Penubuhan Wawasan Negara (WAWASAN) dilihat sebagai langkah strategik untuk membantu Perikatan Nasional (PN) memperluas sokongan melangkaui pengundi sedia ada, khususnya dalam kalangan masyarakat bukan-Melayu di Semenanjung. Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ..
Tabloid     >>



Idea kita cipta nama di dunia - Hmetro
Shah Alam: Siapa sangka idea program perusahaan sosial diusahakan Nazrul Hanif Ahmad Nadzer, 37, bersama dua rakan berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat global dengan pengiktirafan World Summit Awards (WSA) pada Mei lalu. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Epic doesn't believe in compromise unless it is with .. - Appleinsider
The vendetta Epic Games holds against Apple seemingly won't let it accept any settlement beyond complete surrender, but it wants to participate "in good faith." Epic settled with Google by paying for a promotional campaign Apple shared its latest proposed commission rates in an attempt to ..
World     >>



War on Iran: Phase II, Day 37 - Aljazeera
Iran is offering $30,000 for captured or killed US soldiers. Trump cuts back South Korea drills.
Motor Trend     >>



JPJ Kelantan - Demi aksi 'Superman', labur hingga .. - Careta
Malah, katanya, antara remaja paling muda dikesan menggunakan motosikal yang diubah suai secara ekstrem adalah pelajar berusia 15 tahun. Katanya, antara alasan yang digunakan kumpulan berkenaan ketika operasi dilakukan adalah mahu tampil lebih menonjol di kalangan rakan-rakan selain hobi serta