| /// |
|
| Search : Ahmad Zahid News | Page 1 |
|
Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian - Mgazette - 15/12 8:16 am # Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian JOHOR BAHRU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan dua notis larangan dan arahan penutupan lokasi kejadian kren runtuh di sebuah loji jana kuasa semalam, sehingga siasatan selesai dijalankan |
|
Kemarau 34 tahun berakhir, Malaysia patah dominasi Thailand dalam regu .. - Mgazette - 15/12 8:15 am # Kemarau 34 tahun berakhir, Malaysia patah dominasi Thailand dalam regu berpasukan CHONBURI - Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di sini, hari ini |
|
Saring kontraktor elak saingan tak sihat, kata Zahid - FMT - 15/12 7:46 am Timbalan perdana menteri berkata langkah itu bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang boleh menjejaskan kelangsungan pemain sebenar dalam industri pembinaan. |
|
Pertukaran taktikal jadi kunci emas regu Malaysia - Ahmad Jais - Sinarharian - 14/12 7:02 pm KETUA jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menyifatkan pertukaran taktikal memasukkan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican bagi menggantikan Zulkifli Razak sebagai langkah tepat dalam melunturkan semangat pemain tuan rumah Thailand, sekali gus membolehkan Malaysia muncul juara acara regu berpasukan pada Sukan SEA 2025.Beliau berkata, keputusan berani itu dibuat selepas menyedari corak permainan lawan mula menguasai perlawanan, namun tekong muda itu berjaya memberikan impak segera dari segi tempo dan keyakinan pasukan."Bagi saya ikut corak pemain kita, apabila kita pada tahap tertekan, kami perlu melakukan strategi untuk memecahkan barisan pertahanan lawan."Taktikal kami sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan dan untuk regu ketiga |
|
Malaysia ends 34-year wait for mens team sepak takraw gold - FMT - 14/12 5:52 pm The last time Malaysia won gold in the event was in 1991, when the national teams head coach Ahmad Jais Baharom was a player. |
|
Kren runtuh: Jenazah Muhammad Amaluddin selamat dikebumikan - Sinarharian - 14/12 5:28 pm JOHOR BAHRU - Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji janakuasa semalam, Muhammad Amaluddin Hisamudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah pada 3.45 petang tadi.Pengebumian Muhammad Amaluddin, 22, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat terdekat serta wakil syarikat Malakoff.Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah keluarganya di Jalan Nusa Perintis di sini, selepas semua urusan di Unit Forensik Hospital Pontian selesai pada jam 2 petang.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa Muhammad Alfarid Ahmad, 19, akan dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan.Ahli keluarga dua mangsa terlibat mula berada di Hospital Pontian pada jam 9 pagi bagi menguruskan urusan berkaitan jenazah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata siasatan masih dijalankan dengan pihaknya sedang menunggu laporan pihak berkaitan."Kami masih menunggu laporan penuh bomba dan Tanjung Bin sebelum kenyataan dikeluarkan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.Semalam, dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren mengangkat arang batu runtuh di kawasan loji janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian pada kira-kira 1 tengah hari dengan kejadian juga menyebabkan kebakaran kecil.Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.Susulan kejadian itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu supaya siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan dengan pihak pengurusan loji serta kontraktor terlibat diarahkan memberi kerjasama penuh.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat mengenal pasti punca kejadian |
|
MIC masih komponen BN - Saravanan - Sinarharian - 14/12 5:10 pm TAPAH - MIC masih lagi komponen Barisan Nasional (BN) kerana Majlis Tertinggi parti itu belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan parti lain.Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan berkata, ketika ini Majlis Tertinggi MIC belum bermesyuarat untuk menentukan hala tuju parti."Setakat ni MIC masih lagi bersama BN sehingga keputusan dibuat di peringkat Majlis Tertinggi. Kita masih parti komponen," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan komputer riba kepada seramai 50 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pejabat MIC Bahagian Tapah di sini pada Ahad.Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti komponen yang meninggal gabungan itu tidak diterima semula, Saravanan menyokong penuh perkara tersebut."Betullah apa (Ahmad Zahid) cakap itu |
|
BN akan runding calon PRK Kinabatangan, Lamag - FMT - 14/12 4:48 pm Perkara berkenaan perlu dibincangkan memandangkan BN sebahagian kerajaan Sabah, kata Pengerusi Zahid Hamidi. |
|
Anwar ikhlas tubuh kerajaan perpaduan, kata Zahid - FMT - 14/12 4:12 pm Pengerusi BN berkata, pengerusi PH itu cukup berjiwa besar serah jawatan MB kepada BN di Perak, walaupun jumlah kerusinya lebih banyak. |
|
Zahid says BN has heard no formal word from MIC on quitting the coalition - Malaymail - 14/12 4:11 pm SEMENYIH, Dec 14 Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the coalition has yet to rece... |
|
Kren runtuh: Bomba siasat punca kebakaran pacuan empat roda - Sinarharian - 14/12 3:57 pm PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat punca kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi runtuhan kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, laporan berhubung insiden kebakaran itu sedang giat disiapkan."Siasatan bomba lebih menjurus kepada kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi ketika insiden runtuhan kren mengangkat arang batu di loji janakuasa berkenaan."Operasi yang memakan masa lebih empat jam membabitkan 15 pegawai dan anggota bomba bermula jam 1 tengah hari pada Sabtu, lebih tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa serta pemadaman kebakaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain memaklumkan, pihaknya masih menunggu hasil siasatan lengkap daripada JBPM, selain laporan penuh daripada pihak pengurusan Malakoff Tanjung Bin.Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan unit forensik Hospital Pontian apabila lebih 50 ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan menunggu proses bedah siasat selesai.Dua jenazah pekerja subkontraktor yang terkorban dalam insiden di loji janakuasa Malakoff, Tanjung Bin dituntut oleh ahli keluarga masing-masing selepas proses bedah siasat selesai di unit forensik Hospital Pontian.Jenazah Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dituntut oleh ahli keluarga kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Tanah Merah, kelantan.Manakala jenazah Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, dituntut oleh ahli keluarga pada jam 1.45 petang dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah untuk dikebumikan. |
|
Tiada jalan pulang jika tinggalkan BN, Zahid beri amaran - FMT - 14/12 3:19 pm Kenyataan pengerusi BN itu dibuat di tengah-tengah spekulasi bahawa MIC dan MCA mungkin meninggalkan gabungan itu. |
|
Pelajar maut dirempuh motosikal di Kampus UiTM Machang - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Pelajar maut dirempuh motosikal di Kampus UiTM Machang KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus berkenaan, petang semalam |
|
Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji .. - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji Janakuasa Malakoff KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff di Pontian, Johor semalam |
|
Zahid ingatkan parti komponen jangan menyesal jika tinggalkan BN Zahid .. - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Zahid ingatkan parti komponen jangan menyesal jika tinggalkan BN SEMENYIH Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) agar tidak menyesal sekiranya meninggalkan gabungan parti itu kerana BN tidak akan menerima mereka kembali |
|
Ini Perkahwinan Politik Tak Ada Yang Pekak Atau Bisu! PM Sentiasa... - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Ini Perkahwinan Politik Tak Ada Yang Pekak Atau Bisu! PM Sentiasa Dengar Suara Parti Komponen Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama politik sebagai satu perkahwinan politik yang tidak terlepas daripada cabaran dan perbezaan pandangan, sama seperti perkahwinan sebenar |
|
Kekosongan jawatan dalam Kabinet, Zahid tunggu keputusan PM - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Kekosongan jawatan dalam Kabinet, Zahid tunggu keputusan PM SEMENYIH - Pertanyaan berkenaan rombakan Kabinet yang akan datang perlu diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalan itu (mengenai rombakan kabinet) sepatutnya ditujukan kepada perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
BN belum putuskan calon PRK Lamag, Kinabatangan – Zahid - Mgazette - 14/12 3:14 pm # BN belum putuskan calon PRK Lamag, Kinabatangan - Zahid SEMENYIH - Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan untuk meletakkan siapa calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan kerusi Parlimen Kinabatangan ekoran kematian Allahyarham, Datuk Seri Bung Moktar Radin., Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya parti itu lebih mengutamakan pendekatan berunding bersama parti-parti lain yang bertanding di kawasan tersebut demi kepentingan rakyat di negeri berkenaan |
|
BN akan runding calon PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Zahid - Sinarharian - 14/12 2:42 pm SEMENYIH - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perundingan dengan semua pihak, khususnya parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Sabah, berhubung calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan perlu dibincangkan menerusi meja rundingan memandangkan BN kini merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah."Oleh kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah, tidak mustahil untuk kita mengadakan perundingan bukan sahaja dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi juga parti-parti lain yang pernah bertanding di Lamag sebelum ini."Bagi Parlimen Kinabatangan, kita juga akan berundingjika perundingan dengan semua pihak dapat dilakukan, itu adalah kaedah yang lebih baik memandangkan tempoh Parlimen masih berbaki sehingga 24 bulan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini pada Ahad.Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Disember lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini memaklumkan Mesyuarat Khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan pada 16 Disember ini.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau belum diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengemukakan nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet."Perdana Menteri belum minta (nama) |
|
No road back once you leave BN, warns Zahid - FMT - 14/12 2:42 pm BN chairmans comments come amid speculation that MIC and MCA may leave the coalition. |
|
Zahid cautions BN component parties against exit, says there will be no way back - Malaymail - 14/12 2:21 pm KUALA LUMPUR, Dec 14 Barisan Nasional (BN) has warned that any of its component parties considering leaving the... |
|
Parti komponen keluar BN, tidak akan diterima kembali - Ahmad Zahid - Sinarharian - 14/12 2:21 pm SEMENYIH - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menyesal sekiranya meninggalkan gabungan itu, kerana parti terbabit tidak akan diterima kembali, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Walaupun tidak menyebut mana-mana parti secara khusus, namun kenyataan Pengerusi BN itu dipercayai merujuk kepada MIC yang kini berdepan ketegangan hubungan dalam gabungan berkenaan.Menurut beliau, sejarah persahabatan dan kesetiaan lebih tujuh dekad dalam BN seharusnya dihargai dan tidak diketepikan hanya kerana wujud rasa tidak puas hati atau kemabukan kuasa."Jangan buat keputusan hanya kerana mabuk kuasa dan tanpa mengira kita adalah kawan lebih dari 70 tahun."Saya bimbang ada pihak yang akhirnya berada dalam keadaan gantung tidak bertali," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) di Setia Ecohill di sini pada Ahad.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, politik bukan medan untuk membuat keputusan ketika marah, sedih atau terdesak.Sebaliknya kata beliau, ia memerlukan kesabaran dan pertimbangan rasional kerana landskap politik sentiasa berubah.Dalam masa sama, beliau turut menyindir ada pihak tertentu yang sebelum ini enggan mendekati Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani, namun selepas kerajaan itu stabil, kemudian mendakwa kononnya mereka dipinggirkan serta dianaktirikan.Sementara itu ketika sidang media, ketika ditanya sama ada MIC ada menghantar sebarang resolusi untuk meninggalkan BN, kata beliau:"Saya tidak nampak apa-apa resolusi ataupun surat dan tentu kita tidak membuat sebarang keputusan tetapi kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, kita akan membuat keputusan."Selain itu Ahmad Zahid memberitahu, kedua-dua pihak tidak mengadakan sebarang pertemuan pasca Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC yang lalu.Dalam AGM pada bulan lalu itu, perwakilan MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar daripada BN dan menyertai Perikatan Nasional (PN).Bagaimanapun, para perwakilan turut bersetuju keputusan muktamad berhubung perkara itu ditangguhkan sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan datang, bagi memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti membuat pertimbangan menyeluruh |
|
No request yet from Anwar on Cabinet reshuffle names, says Zahid - Malaymail - 14/12 2:13 pm KUALA LUMPUR, Dec 14 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has yet to request names to fill vacant posts, desp... |
|
Zahid signals BN leans towards talks, not contests, in Lamag and Kinabatangan after Bung Moktars death - Malaymail - 14/12 1:58 pm KUALA LUMPUR, Dec 14 Barisan Nasional (BN) is open to negotiating with its Sabah government partners over who sh... |
|
PKR Temerloh bantah tuntutan pengiktirafan UEC - Sinarharian - 14/12 12:14 am KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Temerloh membantah tuntutan dikemukakan Penasihat DAP, Lim Guan Eng kepada kerajaan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ketua Penerangannya, Abdullah Hakim Ahmad berkata, tuntutan tersebut bukan sahaja tidak selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, ia berpotensi menggugat asas perpaduan nasional yang telah sekian lama dibina atas dasar persefahaman dan toleransi antara kaum.Kata Abdullah Hakim, sebagai sebuah negara majmuk berteraskan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan, sebarang dasar pendidikan mestilah berpaksikan kepada sistem pendidikan kebangsaan yang menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan alat perpaduan utama rakyat Malaysia."Pengiktirafan UEC secara menyeluruh tanpa penyesuaian kepada sistem kebangsaan akan mewujudkan jurang yang lebih besar dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda."Justeru, kami menyokong penuh kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak sebarang tuntutan yang bersifat perkauman dan tidak mencerminkan kepentingan nasional," katanya melalui kenyataan pada Ahad.Abdullah Hakim berkata, PKR Temerloh berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri dalam mempertahankan asas kenegaraan."Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha yang cuba mencabar kedudukan Bahasa Melayu, sistem pendidikan kebangsaan dan prinsip-prinsip asas Perlembagaan."Kami menyeru semua pihak, khususnya dalam kerajaan Perpaduan agar lebih berhati-hati dalam mengemukakan tuntutan yang boleh mencetuskan keresahan rakyat dan menggugat keharmonian negara," ujarnya. |
|
41 pil kuda ditemukan dalam kereta rempuh trak askar - Mgazette - 14/12 8:16 am # 41 pil kuda ditemukan dalam kereta rempuh trak askar MACHANG - Sejumlah 41 pil berwarna kemerahan disyaki pil kuda ditemukan dalam kereta yang merempuh trak tentera di Kilometer 37.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Kerai dekat Bukit Belah, di sini sehingga menyebabkan kematian seorang askar, kelmarin |
|
Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan - Mgazette - 14/12 8:16 am # Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar kren runtuh di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini |
|
Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA - Mgazette - 14/12 8:16 am # Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA PONTIAN - Dua pekerja subkontraktor yang terselamat dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini hari ini, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal |
|
Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut .. - Mgazette - 14/12 8:16 am # Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut PONTIAN - Seorang penyelia kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang juga bapa mertua kepada mangsa maut dalam runtuhan dan kebakaran kren di sini hari ini, terdengar satu letupan kuat sebelum tragedi tersebut |
|
Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin - Mgazette - 14/12 8:16 am # Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin PONTIAN - Dua pekerja maut tertimbus manakala seorang terselamat dalam kejadian runtuhan kren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini hari ini |
|
Pelajar UiTM maut dilanggar motosikal semasa melintas dipercayai pakai earbuds - Sinarharian - 14/12 7:56 am MACHANG - Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang di sini maut dilanggar sebuah motosikal dipercayai memakai 'earbuds' atau fon putik di telinga semasa melintas di kawasan kampus universiti terbabit pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa turut dipercayai melintas secara melulu semasa kejadian, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan."Mangsa yang berumur 19 tahun merupakan pelajar semester tiga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan didakwa leka semasa melintas kerana ada 'earbuds' di telinga."Pihak polis tidak menolak dakwaan ini dan ada saksi nampak mangsa melulu melintas dan siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa yang berasal dari Terengganu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Ujarnya, pihak polis menerima makluman berhubung kejadian itu pada jam 6.40 petang hasil laporan orang awam.Ahmad Shafiki memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah motosikal yang ditunggang pelajar lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan dari pintu utama UiTM Machang menghala ke asrama."Setiba di lokasi kejadian, semasa motosikal sedang mendaki bukit, seorang pejalan kaki dipercayai tiba-tiba melintas jalan secara mengejut."Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki terbabit," katanya.Tambah beliau, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di atas pembahagi jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Machang untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222," katanya. |
|
Pelajar maut dirempuh motosikal di kampus UiTM Machang - Sinarharian - 13/12 11:50 pm KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus berkenaan, petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu daripada orang awam pada jam 6.40 petang dan mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.20 petang ketika penunggang motosikal dari arah pintu utama universiti itu dalam perjalanan pulang ke asrama."Setibanya di lokasi kejadian, ketika motosikal sedang mendaki bukit, seorang pejalan kaki dipercayai telah melintas jalan secara mengejut yang menyebabkan penunggang motosikal mengelak ke kiri sebelum berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata akibat perlanggaran itu, pejalan kaki berkenaan terjatuh ke atas pembahagi jalan dan cedera pada bahagian kepala.Ahmad Shafiki berkata, mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, katanya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Khairulanwar Adam melalui talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-9751222 |
|
Insiden kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 13/12 10:41 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian pada Sabtu.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam satu kenyataan menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal yang terlibat, mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan mesti diambil tindakan sewajarnya."Saya turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontraktor terlibat memberikan kerjasama penuh kepada siasatan serta memastikan semua SOP keselamatan, penyelenggaraan peralatan dan pengurusan risiko dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang."Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan demi memastikan tahap keselamatan industri tenaga negara sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya dalam kenyataan itu.Fadillah berkata, keselamatan dan kebajikan pekerja dalam sektor tenaga sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya dan setiap nyawa adalah amat berharga.Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu iaitu Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22."Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini |
|
Kren runtuh: Terkejut dengar bunyi letupan, tak sangka menantu maut - Sinarharian - 13/12 10:09 pm PONTIAN "Saya terkejut bila dengar bunyi letupan yang sangat kuat dengan kepulan asap dari arah Tanjung Bin ketika berada di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), kira-kira jam 12.30 tengah hari."Saya sempat rakam kejadian itu dan hantar kepada ahli keluarga kerana menantu saya bekerja di sana," katanya.Demikian luahan Muhammad Hussin Zulkifli, 40, bapa mentua kepada Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, yang maut dalam tragedi runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, dua pekerja dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.Muhammad Hussin yang bekerja sebagai penyelia kapal di PTP berkata, dia masih terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan kedudukan PTP dan Tanjung Bin yang saling berhadapan di Sungai Pulai.Menurutnya, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2 petang yang memaklumkan menantunya antara mangsa terlibat, dia dan isterinya terus bergegas ke Hospital Pontian."Kali terakhir kami bertemu arwah minggu lalu |
|
Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh sebelum terbakar - Sinarharian - 13/12 4:43 pm PONTIAN [DIKEMAS KINI] Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini tengah hari Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, sebuah kren dipercayai runtuh ketika operasi mengangkat arang batu sebelum menghempap tiga lelaki dewasa warga tempatan yang berada di kawasan berkenaan.Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Alfarid Ahmad berusia 19 tahun beralamat di Tanah Merah, Kelantan manakala seorang lagi Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22 tahun beralamat di Gelang Patah Johor.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari.Menurutnya, seramai 15 anggota dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Pontian Baru serta BBP Pekan Nenas digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 1.32 tengah hari dan mendapati berlaku runtuhan kren yang turut menyebabkan kebakaran kecil di kawasan loji janakuasa itu."Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar dengan kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS BBP Pontian Baru," katanya dalam kenyataan.Mohd Nazri berkata, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa ketiga berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang dan turut disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. |
|
Rempuh trak tentera: Pemandu Proton Wira bawah pengaruh dadah, polis temukan pil kuda - Sinarharian - 13/12 3:58 pm MACHANG - Polis tidak menolak dakwaan pemandu kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai merempuh trak tentera sehingga menyebabkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut berada di bawah pengaruh dadah semasa hari kejadian pada Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dakwaan tersebut dikukuhkan apabila pihak polis menemui 41 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis kuda di dalam kenderaan berkenaan."Sebelum kejadian, ada saksi melihat kereta itu dipandu dalam keadaan terhuyung hayang masuk kanan kiri jalan."Ujian air kencing tidak dapat dilakukan kerana pemandu berusia 34 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Pakar USM (Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Menurutnya, tangkapan dibuat tetapi diberi jaminan polis memandang pemandu sedang kritikal di hospital.Tambahnya, penganggur itu merupakan bekas banduan dan baru keluar penjara pada 4 Disember lalu.Ahmad Shafiki memberitahu, lelaki yang berasal dari RKT Sungai Asap di Gua Musang itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik, serta dua kes jenayah termasuk liwat."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987."Kami dimaklumkan lelaki itu mengalami kecederaan kritikal terutamanya pada bahagian kepala, badan dan patah kedua-dua belah kaki," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan tentera dan sebuah Proton Wira di Kampung Bukit Belah, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). |
|
Dendam babitkan kongsi gelap disyaki jadi motif kes tembak – Polis - Mgazette - 13/12 3:56 pm # Dendam babitkan kongsi gelap disyaki jadi motif kes tembak - Polis SEREMBAN - Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan RasahMambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap |
|
Tak siapa sekat kuasai bahasa Mandarin tapi iktiraf UEC silap besar - Mgazette - 13/12 3:56 pm # Tak siapa sekat kuasai bahasa Mandarin tapi iktiraf UEC silap besar KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli didakwa tidak faham perkara paling asas dalam dasar pendidikan - isu Bahasa Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan kebangsaan yang menjadi tiga perkara asas dalam sistem pendidikan negara |
|
JAIS tak terlibat dalam pertikaian bayaran subkontraktor Masjid .. - Mgazette - 13/12 3:56 pm # JAIS tak terlibat dalam pertikaian bayaran subkontraktor Masjid Al-Madaniah USJ18 KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak bertanggungjawab dalam urusan pembayaran kepada subkontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja kerja-kerja penurapan tar parkir dan jalan bagi projek pembinaan Masjid Al-Madaniah, USJ 18, Subang Jaya |
|
UMNO Sabah tentukan calon Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 13/12 3:00 pm PONTIAN Penentuan calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan diserahkan kepada Ketua UMNO Sabah yang baharu, Datuk Jafri Arifin.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun terdapat beberapa nama yang disebut-sebut, fokus utama adalah memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut."Yang penting bagi saya, BN perlu memenangi kedua-dua kerusi itu |
|
Penunggang motosikal maut, pemandu lori hilangkan diri - Sinarharian - 13/12 2:06 pm ALOR GAJAH - Polis sedang mengesan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Persimpangan Lampu Isyarat Taman Mutiara, Lebuh AMJ, di sini, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal manakala pemboncengnya cedera awal pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi, membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah lori yang jenisnya masih belum dikenal pasti.Menurut beliau, penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala."Pembonceng motosikal, seorang wanita tempatan berusia 19 tahun yang tidak bekerja, mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan jari tangan serta kini sedang menerima rawatan di hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Katanya, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah semasa bergerak dari arah Pengkalan menghala ke Pekan Alor Gajah sebelum melanggar sebuah lori yang sedang bergerak dari arah kiri di persimpangan tersebut."Bagaimanapun, pemandu lori terbabit telah melarikan diri dari lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum dikenal pasti."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Ujar beliau, polis sedang giat mengesan pemandu lori terbabit dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau yang menyaksikan kejadian, diminta tampil membantu siasatan.Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-5382353 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Alor Gajah. |
|
Proses air ketum di rumah, simpan dalam tangki - Sinarharian - 13/12 1:03 pm KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah rumah dan stor di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Khamis lalu kerana disyaki dijadikan tempat memproses dan mengedar air ketum.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan Ops Taring Mitra kira-kira jam 7.30 petang itu, empat lelaki berusia 35 hingga 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas dua premis berkenaan, PGA Batalion 7 menemui dan merampas 1,050 botol air ketum yang siap diproses dan sedia untuk diedarkan."Air ketum dianggarkan 1,575 liter itu ditemui disimpan dalam beberapa tong dan tangki air dalam rumah dan stor di belakang rumah suspek."Turut dirampas beberapa peralatan seperti tangki air, tong plastik dan telefon bimbit milik suspek dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan lebih RM68,000," katanya.Ahmad Radzi berkata, hasil semakan mendapati dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau."Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati kesemua mereka negatif sebarang jenis dadah."Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," ujarnya. |
|
Reformasi keadilan tidak lagi boleh ditangguh - Sinarharian - 13/12 12:31 am MAJLIS Peguam Malaysia menegaskan bahawa pembaharuan sistem keadilan negara tidak lagi boleh ditangguhkan sekiranya Malaysia mahu memantapkan kedaulatan undang-undang, meningkatkan kepercayaan awam serta memastikan akses kepada keadilan untuk semua.Menurut Presidennya, Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab, landskap perundangan negara kini berada pada tahap yang stabil, namun memerlukan suntikan pembaharuan struktural bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan institusi keadilan.Antara reformasi paling kritikal yang perlu diselesaikan dalam tempoh 12 bulan ialah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, satu langkah yang disifatkan beliau sebagai keperluan mutlak dan bukan lagi pilihan.Dalam masa sama, Majlis Peguam menuntut pemansuhan undang-undang lapuk seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disifatkan membuka ruang penyalahgunaan serta bercanggah dengan prinsip keadilan moden.Beliau turut menyentuh penerimaan masyarakat terhadap Ketua Hakim Negara yang baharu, selain persoalan berhubung pelantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh ke dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang menurutnya perlu diberikan penjelasan lanjut.Ikuti wawancara eksklusif bersama Mohamad Ezri yang dikendalikan penulis khas Sinar Harian, FARAH SHAZWANI ALI, bersama jurufoto ASRIL ASWANDI SHUKOR.SINAR HARIAN: Pemilihan Majlis Peguam 2026-2027 baru-baru ini hanya mencatat 15 peratus kertas undi dikembalikan, terendah dalam lima tahun |
|
Kes tembak: Motif disyaki akibat dendam babitkan kongsi gelap - Polis - Sinarharian - 13/12 12:01 am SEREMBAN - Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini pihaknya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan selain merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit."Kita masih lagi mengesan suspek dan saksi untuk bantu siasatan dan setakat ini, tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan."Polis percaya kes ini disebabkan balas dendam, lelaki yang maut itu merupakan pengawal keselamatan kepada lelaki cedera yang disyaki merupakan pemimpin kepada kumpulan kongsi gelap," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala seorang lagi lelaki berumur 47 tahun cedera selepas ditembak dua suspek yang menaiki motosikal.Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata hingga kini, tiada pihak yang tampil membuat laporan atau memberikan maklumat berkaitan insiden seorang lelaki yang cedera terkena tembakan ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling pada Jumaat."Polis kini sedang mengesan individu terlibat |
|
Bilik Terapi Sensori bantu 4,500 kanak-kanak istimewa - Sinarharian - 13/12 9:30 am TAMPIN - Di sebalik gelak tawa dan langkah kecil anak-anak istimewa, sering tersembunyi perjuangan yang tidak terlihat dan ibu bapa mencari ruang terapi yang mampu membantu anak mereka berkembang.Di Tampin, perjuangan itu semakin ringan apabila kemudahan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dibuka secara percuma kepada keluarga yang memerlukan.Kesedaran tentang pentingnya sokongan awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya autisme, mendorong Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) menyediakan bilik-bilik terapi sensori di seluruh negara.Bagi ribuan keluarga, langkah ini bukan sekadar program tanggungjawab sosial, tetapi peluang mengubah masa depan anak-anak mereka.Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian komitmen pihaknya untuk mewujudkan ruang kondusif bagi anak-anak berkembang mengikut kemampuan masing-masing dengan sokongan keluarga dan komuniti."Setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang, berhak mendapat peluang untuk berkembang dalam suasana positif."Melalui bilik terapi ini, kami bukan sahaja mahu membantu mereka belajar mengawal emosi dan tumpuan, tetapi juga memberikan ketenangan kepada ibu bapa apabila melihat kemajuan anak mereka," katanya.Sejak 1999, sebanyak 36 Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald telah memberi manfaat kepada kira-kira 4,500 kanak kanak berusia tiga hingga 18 tahun di seluruh negara.Bagaimanapun, keperluan terhadap kemudahan itu terus meningkat.Menurut Mohd Nasri, masih banyak pusat jagaan anak autisme, terutamanya di luar bandar, tidak mempunyai bilik terapi kerana kekangan kos."Kos penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan ini tinggi dan ramai ibu bapa tidak mampu menanggungnya |
|
Kalau UEC boleh dibincang, dirunding kenapa tak bawa sahaja ke mahkamah?... - Mgazette - 13/12 8:31 am # Kalau UEC boleh dibincang, dirunding kenapa tak bawa sahaja ke mahkamah? - Dr |
|
Anggota JPJ dipenjara 12 tahun, denda RM208,000 kes rasuah RM36,100 - Mgazette - 13/12 8:31 am # Anggota JPJ dipenjara 12 tahun, denda RM208,000 kes rasuah RM36,100 MELAKA - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara 12 tahun dan denda RM208,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM36,100 |
|
Malaysia cadang penubuhan ARDIC, perkasa pembangunan luar bandar ASEAN - Sinarharian - 12/12 5:50 pm BANGKOK - Malaysia mencadangkan penubuhan ASEAN 'Rural Development and InnovationCouncil' (ARDIC) bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam konteks pembangunan luar bandar di Asia Tenggara.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ARDIC akan berperanan sebagai platform tetap untuk menyelaras dasar, berkongsi inovasi dan memperkukuh pembangunan luar bandar secara kolektif di rantau ini.Menurut beliau, penubuhan pelan itu dijangka menjadi pemangkin penting dalam memperkasa pertukaran teknologi, amalan terbaik dan kepakaran antara semua 11 negara ASEAN.Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan Hari Pembangunan Luar Bandar pada tahun hadapan."Ia selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi usaha menonjolkan peranan komuniti desa dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan membina kehidupan yang lebih baik untuk rakyat luar bandar."Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh pembangunan luar bandar yang inklusif berasaskan inovasi, penglibatan komuniti, pendigitalan serta perluasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama kesejahteraan rakyat dan pembasmian kemiskinan."Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memainkan peranan yang konstruktif dan berwibawa dalam kerangka ASEAN bagi memastikan komuniti luar bandar menjadi penerima manfaat utama pembangunan serantau menjelang ASEAN 2045," katanya pada Jumaat.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kenyataan menteri menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE) ke-14 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Thailand dan mengetuai delegasi Malaysia.Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan terus melaksanakan pelaburan besar dalam infrastruktur luar bandar, termasuk RM2.3 bilion bagi 1,364 projek jalan serta RM195.2 juta untuk bekalan air bersih kepada 5,000 rumah.Tambahnya, ini termasuk RM162.9 juta bagi memastikan bekalan elektrik luar bandar stabil kepada 2,010 penerima dan RM364.45 juta melalui Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) yang membantu lebih 10,000 keluarga meningkatkan kualiti hidup mereka."Usaha meningkatkan sosioekonomi luar bandar diperkukuh melalui sokongan kepada 55,400 usahawan, khususnya aspek pendigitalan bagi membolehkan mereka menembusi pasaran yang lebih luas di seluruh ASEAN," kata beliau.Menerusi mesyuarat tersebut, pihaknya turut berkongsi tentang inisiatif Desa Kirana yang mempromosikan 25 destinasi agro dan ekopelancongan agar masyarakat luar bandar dapat menikmati limpahan ekonomi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026."Usaha-usaha ini semakin menampakkan hasil yang ketara dengan kadar kemiskinan tegar Malaysia menurun kepada 0.09 peratus berdasarkan Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024, berbanding 0.2 peratus pada 2022."Ini membuktikan strategi pembangunan luar bandar negara berada pada landasan yang tepat," jelas Ahmad Zahid lagi. |
|
Malaysia pushes for leadership role in Asean rural development, proposes innovation council - Sinardaily - 12/12 5:45 pm SHAH ALAM - Malaysia has asserted its ambition to steer Aseans rural development direction, as Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi presented the countrys achievements and regional proposals at the 14th Asean Ministers Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (AMRDPE) in Bangkok.In his statement, the Deputy Prime Minister reaffirmed Malaysias focus on inclusive and resilient rural development driven by innovation, community participation, digitalisation and the expansion of Technical and Vocational Education and Training (TVET)."These elements remained key to enhancing inclusive and resilient rural development, grounded in innovation, community engagement, digitalisation and the expansion of TVET as key drivers of public well-being and poverty eradication," he stated.National Progress and InvestmentOutlining Malaysias progress, Zahid detailed substantial ongoing investments:RM2.3 billion for rural roadsRM195.2 million for clean water supplyRM162.9 million for reliable electricityRM364.45 million under the PPRS housing programme, which has helped over 10,000 familiesHe added that Malaysias support for 55,400 rural entrepreneurs, particularly through digitalisation to widen market access, continues to strengthen rural economies.He also highlighted the Desa Kirana initiative featuring 25 agro and ecotourism sites ahead of Visit Malaysia Year 2026.Zahid stated that these combined efforts had contributed to Malaysias hardcore poverty rate dropping significantly to 0.09 per cent under the Household Income and Expenditure Survey (HIES) 2024, showing that the nations rural development strategies are on the right path.A key announcement in Bangkok was Malaysias proposal to establish the Asean Rural Development & Innovation Council (ARDIC).This council is envisioned as a permanent platform to coordinate policies, share technology, and strengthen collective rural development across all 11 Asean countries.In line with a United Nations declaration, Malaysia will also introduce Rural Development Day next year to highlight rural contributions towards the Sustainable Development Goals (SDGs).The meeting additionally honoured Malaysian organisations Energy Action Partners (ENACT) and GE Nitrate Solutions with the Asean Leadership Award for their contributions to poverty eradication.Zahid added that the ministry would continue to champion rural interests within Asean, stressing the commitment to ensure rural communities remain the main beneficiaries of regional development leading up to Asean 2045. |
|
Zahid: Malaysia proposes Asean Rural Development and Innovation Council to boost regional cooperation - Malaymail - 12/12 4:58 pm BANGKOK, Dec 12 Malaysia has proposed the creation of the Asean Rural Development and Innovation Council (ARDIC)... |
|
Bekas kerani MPHTJ nafi curi barang kemas bos RM37,000 dalam pejabat - Mgazette - 12/12 3:39 pm # Bekas kerani MPHTJ nafi curi barang kemas bos RM37,000 dalam pejabat MELAKA - Bekas pembantu tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan mencuri barang kemas milik bosnya bernilai RM37,000 di pejabat, Mei lalu |
|
Jangan buat huru-hara jika tak sehaluan dengan Muhyiddin - Mgazette - 12/12 3:39 pm # Jangan buat huru-hara jika tak sehaluan dengan Muhyiddin JOHOR BAHRU - Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak sehaluan dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta agar tidak membuat huru-hara dari dalam |
|
Jangan jadikan isu UEC modal politik – Farhan - Mgazette - 12/12 3:39 pm KUALA LUMPUR Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak seharusnya dijadikan modal politik murahan atau alat untuk mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani |
|
Bekas kerani tak mengaku curi barang kemas majikan bernilai RM37,000 - Sinarharian - 12/12 3:17 pm MELAKA - Bekas pembantu tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM37,000 pada Mei lalu.Tertuduh, Nurfaraein Shahruddin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri barang kemas milik seorang wanita berusia 47 tahun di Pejabat MPHTJ, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh.Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 11.10 pagi pada 27 Mei lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.Difahamkan, mangsa membuat laporan polis selepas ternampak barang kemas miliknya yang hilang telah dijual secara langsung di media sosial oleh sebuah premis kedai emas.Hasil siasatan polis melalui rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan kemudian berjaya membongkar kejadian tersebut sehingga membawa kepada penahanan tertuduh yang ketika itu merupakan kerani kepada mangsa.Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuibmenawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.Peguam Laila Qalida Adnanyang mewakili tertuduh, dalam rayuannya memohon jaminan rendah kerana anak guamnya sudah tidak bekerja selain menanggung dua anak kecil berusia enam dan tiga tahun selainmenjaga ibu bapa."Tertuduh juga perlu menjaga ibunya yang baru mengalami kemalangan manakala suami tertuduh hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan."Mohon jaminan rendah iaitu RM3,000 dengan seorang penjamin," katanya.Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Januari depan. |
|
16 pertuduhan terima suapan, anggota JPJ dipenjara 2 tahun dan denda RM208,000 - Sinarharian - 12/12 3:02 pm MELAKA - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM208,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah terhadap 16 pertuduhan menerima suapan daripada pengusaha lori sembilan tahun lalu.Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Ahmad Jamil Md Saru, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Tertuduh disabitkan bersalah atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama, serta 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Bagi enam pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 17(a), mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM158,000, dengan tambahan hukuman penjara antara tiga hingga lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.Hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak bermula Jumaat.Sementara itu, bagi 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh dikenakan denda keseluruhan RM50,000.Tertuduh boleh dipenjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Jamil menerima rasuah berjumlah RM36,100 daripada pengusaha lori sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori yang diperiksa.Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kesalahan itu dilakukan antara 26 Januari 2016 sehingga 3 Mac 2021.Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Natrah Fareha Rahmat, memohon hukuman berat dikenakan dengan alasan rasuah merupakan kesalahan serius dan melibatkan kepentingan awam."Tertuduh sebagai pembantu penguat kuasa JPJ yang berurusan dengan orang awam gagal memberikan contoh baik apabila menyalah guna kuasa dan jawatan."Ia secara tidak langsung mencemarkan imej JPJ |
|
'Tak sabar pulang ke Muar, banyak kerja menanti' Syed Saddiq - Sinarharian - 12/12 2:18 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] "Buat masa sekarang, saya tidak sabar untuk pulang ke Muar, banyak kerja menanti, dan saya sentiasa bersemangat untuk terus berkhidmat kepada kawasan saya seperti biasa."Demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui pada hari terakhir prosiding rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya di sini, pada Jumaat.Beliau yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berkata, fokusnya kini adalah untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sambil menyerahkan seluruh keputusan kepada mahkamah."Perjalanan kes ini dilalui tanpa sebarang usaha melengahkan proses."Terima kasih banyak kepada rakan-rakan media, pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam saya yang luar biasa," katanya di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini pada Jumaat.Katanya, semua peguam yang mewakilinya telah bekerja tanpa henti demi mencari keadilan."Kami tidak pernah memohon penangguhan serta melengahkan proses, pada akhirnya, kami percaya bahawa kebenaran, walaupun mengambil masa, saya yakin tetap akan menang."Saya menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada ALLAH SWT dan institusi kehakiman itu sendiri, jika bukan hari ini, esok, jika bukan esok, bulan hadapan, tetapi kebenaran akhirnya akan menang," katanya.Mengulas mengenai perjalanan prosiding hari ini, beliau mengesahkan bahawa keputusan masih belum dibuat.Ditanya mengenai respons hakim yang meminta pihak pendakwaan meneliti semula pendirian mereka, Syed Saddiq berkata, beliau enggan memberi sebarang tafsiran."Sejujurnya, saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam posisi hakim, saya benar-benar menghormati badan kehakiman, bukan hanya hakim secara individu, tetapi keseluruhan institusi kehakiman," katanya.Menurutnya, walaupun beliau pernah melalui fasa sukar selepas disabitkan di Mahkamah Tinggi, beliau tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi mahkamah."Ia bukan tentang individu semata-mata, tetapi mengenai institusi kehakiman yang perlu dipertahankan."Itu benteng terakhir pembelaan untuk mereka yang tidak mempunyai suara dan rakyat yang memerlukan perlindungan terakhir," jelasnya.Syed Saddiq turut menzahirkan rasa hormat kepada panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut serta seluruh proses mahkamah yang sedang berlangsung."Selepas itu, semuanya terserah kepada mahkamah untuk dipertimbangkan," katanya.Syed Saddiq diwakili Peguam utama, Datuk Hisyam Teh Poh Teik bersama Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S Devanandan, Low Wei Loke, Lim Wei Jiet, Siti Summaiyah Ahmad Jaafar, Mohammed Khairuzzaman Mohammed Ridha, Ee Gen You dan Nevyn Vinosh Venudran.Manakala, pendakwaan selaku perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib, Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Prosiding itu berlangsung di hadapan tiga panel hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Prosiding berkenaan adalah berkaitan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) |
|
RM120,000 milik Syed Saddiq, tiada bukti kepunyaan Armada Peguam - Sinarharian - 12/12 1:36 pm PUTRAJAYA Pihak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat bahawa, pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada tidak boleh dikekalkan kerana wang itu milik Ahli Parlimen Muar berkenaan selain tiada bukti ia kepunyaan pihak lain.Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden berkata, hakim bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sepatutnya menentukan sama ada wang itu milik responden atau tidak."Jika jawapannya ya, maka tiada sebarang penyelewengan atau pengeluaran wang secara tidak jujur boleh berlaku."Hakim Mahkamah Rayuan juga telah membuat keputusan yang tepat apabila mendapati bahawa wang itu sememangnya milik responden," katanya.Beliau berkata, Mahkamah Rayuan telah menyandarkan fakta itu berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13), Rafiq Hakim Razali yang tidak pernah menyatakan wang berkenaan milik Armada, Bersatu, Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) atau dirinya sendiri.Hisyam berkata, dia juga mengakui wang terbabit dikumpul hasil kutipan dana dan menjadi milik responden untuk kempen pilihan raya peribadinya.Selain itu peguam berkata, saksi sama memberitahu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa responden terlebih dahulu membelanjakan wang sendiri dan kutipan itu dianggap sebagai bayaran balik.Justeru katanya, Mahkamah Rayuan mengambil tindakan tepat apabila menyimpulkan bahawa SP13 hanyalah pemegang amanah kepada RM120,000 berkenaan |
|
Feldas 2022 and 2023 annual reports to be tabled in Parliament next year, says Zahid - Malaymail - 12/12 10:20 am KUALA LUMPUR, Dec 12 The Annual Report and Financial Statements of the Federal Land Development Authority (Felda... |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |